Penghargaan

Size: px
Start display at page:

Download "Penghargaan"

Transcription

1 BAB 1 PENGENALAN 1.0 PENGENALAN Hanyu ( 汉语 )atau bahasa Mandarin baku adalah bahasa pengantar bangsa Han( 汉 民族的共同语言 ) yang berasaskan kepada dialek Beijing. Ia adalah bahasa standard yang telah dirasmikan oleh kerajaan China sebagai bahasa pengantar seluruh negara, atau juga dikenali sebagai Putonghua. Di Malaysia, Hanyu dikenali sebagai Huayu ( 华语 ) atau Bahasa Cina (BC), iaitu bahasa orang Cina manakala di Taiwan, ia dikenali sebagai Guoyu ( 国语 ), iaitu bahasa rasmi Taiwan. Dalam kegunaan seharian, istilah bahasa Mandarin sering digunakan. Ia biasanya merujuk kepada bahasa Mandarin baku. Dalam penyelidikan ini, istilah bahasa Mandarin digunakan kerana ia sejajar dengan nama kursus Bahasa Mandarin Komunikasi yang diikuti oleh subjek kajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mandarin adalah bahasa yang mempunyai penutur yang paling ramai di dunia (Oriental Daily News 2006, m.s.d2-d4). Pembelajaran bahasa Mandarin telah menjadi trend yang terkini. Ini adalah kerana dalam era globalisasi, kedudukan negara China menjadi semakin penting, sama ada dalam bidang ekonomi mahupun bidang yang lain, khasnya selepas negara China menjadi ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan berjaya menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun Kedudukan bahasa Mandarin juga telah dipertingkatkan penggunaannya memandangkan China akan menjadi rakan perdagangaan ekonomi yang kuat di dunia. Nilai ekonomi bahasa 1

2 Mandarin semakin tinggi dan akan menjadi salah satu bahasa antarabangsa yang penting. Di China, sebanyak 400 buah universiti telah menawarkan kursus bahasa Mandarin kepada pelajar luar negeri dan universiti-universiti ini dijangka telah menerima seramai 400,000 orang pelajar luar negeri (Bifeng 2006, m.s.5). Menurut Gu Hongxing, Pengarah Bahagian Budaya Kedutaan Republik China di Malaysia, kini lebih daripada 2300 buah universiti di dunia telah menawarkan kursus bahasa Mandarin. Di antaranya ialah Thailand, Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, Malaysia, Korea, Jepun, Sepanyol, Portugis, Belgium, Afrika dan negara-negara lain. Bilangan pelajar yang mempelajari bahasa Mandarin telah melebihi seratus juta orang, iaitu telah meningkat lebih kurang 40%. (Nanyang Siangpau 2007, m.s.a5) Keadaan yang sama juga berlaku di Malaysia. Bilangan pelajar yang mempelajari bahasa Mandarin telah bertambah, khasnya dalam kalangan pelajar Melayu. Institusi-institusi tempatan sama ada di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah menawarkan kursus bahasa Mandarin untuk memenuhi permintaan semasa. Sehingga kini, sebanyak 10 buah IPTA atau IPTS tempatan seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universit Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi 2

3 Petronas (UTP) dan Universiti Lim Kok Weng masing-masing telah menawarkan kursus Mandarin sebagai kursus elektif mulai akhir tahun 90-an. (Tan 2007, m.s.1-2) Di samping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi (BCK) di sekolah kebangsaan (SK) pada tahun 2005 untuk menarik minat murid pelbagai kaum mempelajari BC di SK serta memberi peluang kepada mereka mempelajari bahasa-bahasa lain. Mulai tahun 2007, KPM merancang menggantikan BCK dengan BC dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP2006). BC akan dirintis di 150 buah SK pilihan (KPM 2006, m.s.80). Usaha KPM telah mencapai hasil yang memuaskan. Sebanyak 100 buah sekolah kebangsaan telah menawarkan mata pelajaran BC sebagai pilihan elektif kepada pelajar pada Januari tahun Sehingga kini, seramai 1908 orang pelajar sekolah kebangsaan sedang mempelajari BC. (Sinchew 2007, m.s.05) 1.1 Pernyataan Masalah Dalam proses pembelajaran bahasa Mandarin, tidak kira sama ada sebagai bahasa pertama (B1) atau bahasa kedua (B2), sistem fonetik bahasa Mandarin atau dikenali sebagai Hanyu Pinyin (HP) ( 汉语拼音 ) merupakan ilmu asas yang harus dipelajari. Ini selaras dengan pandangan Fries (1962, m.s.3), di mana apabila seseorang mempelajari sesuatu bahasa, beliau mestilah bermula dengan sistem fonetik bahasa terlebih dahulu. Tulisan Cina merupakan tulisan yang berbentuk piktografik dan ia adalah rumit bagi pelajar yang baru mengenali tulisan ini. Pembaca akan menghadapi 3

4 masalah sekiranya wujud sesuatu perkataan baru dalam pembacaannya. Maka HP merupakan alat yang digunakan untuk menulis sebutan bahasa Mandarin di samping memudahkan para pelajar mempelajari bahasa Mandarin. Namun begitu, hasil pembelajaran HP sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar tidak mendatangkan hasil yang memuaskan. Dalam hal ini, Zhao Yuanren ( 赵元任 ) (1980, m.s.156) berpendapat bahawa pembelajaran bahasa asing dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu fonetik, perbendaharaan kata dan tatabahasa. Di antaranya, bahagian fonetik merupakan bahagian yang paling susah dan paling penting. Menurut Lin Tao ( 林涛 ) (2002 dalam Sun 2006, m.s.1), pengajaran fonetik di China bukan sahaja tidak berkembang malahan semakin merosot. Manakala di Malaysia, Tong Sem-Ting (1992, m.s ) berpendapat bahawa pelajar Melayu telah menghadapi gangguan dalam pembelajaran bahasa Mandarin. Hasil kajian para sarjana tempatan seperti Tong (1992, m.s ), Tan (1993, m.s ), Lee, Lau & Mok (2007, m.s ) dan Zhuang (2005, m.s ) juga telah memaparkan keadaan di mana pelajar Melayu menghadapi masalah sebutan fonetik bahasa Mandarin, khasnya suku kata awal ( 声母 ) dalam sistem HP. Dalam penyelidikan ini, pengkaji akan cuba meneliti keupayaan pelajar Melayu membezakan sebutan fonetik bahasa Mandarin dalam aspek kemahiran mendengar. Berasaskan data yang dikumpulkan, pengkaji akan mengkategorikan jenis-jenis kesilapan yang berlaku serta menghitung kekerapannya, meneliti punca kesilapan dan 4

5 seterusnya mengemukakan langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar Melayu. 1.2 Persoalan Kajian Dalam pembelajaran sebutan fonetik bahasa Mandarin, didapati ramai pelajar yang mengikuti kursus bahasa tersebut di UPSI tidak dapat mempelajari sebutan fonetik dengan baik. Maka, kajian ini akan cuba menerokai soalan-soalan dalam aspek kemahiran mendengar seperti berikut : i. Sejauhmanakah pelajar berupaya mentranskripsikan dan membeza komponen fonetik bahasa Mandarin? ii. Apakah kesilapan yang lazim dilakukan oleh pelajar dalam mentranskripsikan suku kata awalan, suku kata akhiran dan nada fonetik bahasa Mandarin? iii. Apakah punca-punca masalah yang menyebabkan kesilapan berlaku dalam proses mentranskripsikan sebutan fonetik bahasa Mandarin? 1.3 Objektif Penyelidikan Kajian ini secara khususnya akan mengkaji keupayaan pelajar Melayu dalam pembelajaran bahasa Mandarin, khasnya dari segi keupayaan mentranskripsikan dan membezakan sebutan fonetik bahasa Mandarin dalam aspek kemahiran mendengar. Penyelidikan ini bermatlamatkan kepada beberapa objektif: 5

6 i. Menganalisis keupayaan pelajar mentranskripsikan dan membezakan komponen fonetik bahasa Mandarin, ii. Mengkaji kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam mentranskripsikan suku kata awal, suku kata akhir dan nada bahasa Mandarin, iii. Mengenalpasti punca-punca kesilapan yang berlaku dalam proses mentranskripsikan sebutan bahasa Mandarin, 1.4 Kepentingan Kajian Kajian ini memperlihatkan beberapa kepentingan seperti berikut: Sumbangan Dari Segi Teori Di China, banyak kajian berkenaan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua (PBBM2) telah dijalankan oleh pakar-pakar bahasa, namun ianya masih kurang dan terhad memandangkan mempelajari bahasa Mandarin menjadi satu perkembangan yang begitu pesat di seluruh dunia. Di Malaysia, walaupun beberapa penyelidikan telah dilakukan oleh ahli akademik tempatan, namun hasil penyelidikan yang sedia ada masih tidak mencukupi untuk memaparkan keadaan yang menyeluruh dalam bidang PBBM2. Hasil kajian diharap akan dapat membantu akademik tempatan membuat penyelidikan selanjutnya dalam bidang ini memandangkan penyelidikan ini memaparkan keadaan pelajar Melayu mempelajari HP yang merupakan ilmu asas bahasa Mandarin. 6

7 Selain itu, pengkaji juga berharap dapatan penyelidikan ini dapat membantu pengajar atau mereka yang berminat menceburi bidang pengajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua (PGBM2) melalui penyediaan rekabentuk rancangan pengajaran dan bahan pengajaran yang lebih sesuai Sumbangan Dari Segi Praktis Penyelidikan ini diharapkan dapat memberi gambaran tentang kekeliruan yang dihadapi oleh pelajar Melayu dalam proses pembelajaran bahasa Mandarin, khasnya dari segi kemahiran mendengar dalam aspek mentranskripsikan dan membezakan sebutan dalam HP. Ini akan banyak membantu pelajar untuk memahami masalah dan mencari cara penyelesaian untuk mengatasinya; Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat memberi gambaran yang jelas kepada pelajar untuk menambahbaikkan kaedah pembelajaran yang sedia ada, menggunakan strategi yang lebih kreatif dan menjadikan proses pembelajaran bahasa sebagai satu aktiviti yang menarik. 1.5 Limitasi Penyelidikan Dari Segi Bilangan Subjek Tumpuan kajian ini terhad kepada 40 subjek daripada 48 orang pelajar yang mengikuti Kursus Bahasa Mandarin Komunikasi I (BCA1012) di UPSI. Pelajar yang dipilih sebagai sasaran penyelidikan adalah sama peringkat iaitu kesemuanya dari peringkat I dalam kursus BCA

8 1.5.2 Dari Segi Kaedah Penyelidikan Penyelidikan ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Instrumen kajian terhad kepada ujian mendengar dan soal selidik yang diberi kepada pelajar. Ujian mendengar dan soal selidik merupakan instrumen kajian utama dalam penyelidikan ini supaya dapat memperolehi data yang dapat menggambarkan keupayaan kemahiran mendengar pelajar dalam pembelajaran Mandarin, khasnya dalam aspek sebutan HP Dari Segi Hasil Penyelidikan Hasil kajian ini tidak semestinya sama dengan pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Mandarin di institusi/universiti lain. Ini kerana setiap institusi atau universiti yang menawarkan kursus sebegini masing-masing menggunakan kaedah pengajaran dan modul yang berlainan. Di samping itu, masa pembelajaran kursus bahasa Mandarin di setiap institusi/universiti juga berbeza. 1.5 Kesimpulan Hanyu telah menjadi bahasa yang penting dalam abad yang baru ini. Perkembangan bahasa ini menggalakkan ramai orang belajar bahasa Mandarin dan seterusnya membawa kepada perkembangan penyelidikan dalam bidang ini. Maka secara kesimpulannya, penerokaan penyelidikan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai B2 (PPBM2) adalah perlu dijalankan supaya memenuhi kehendak zaman dan juga tidak ketinggalan zaman. 8

Penghargaan

Penghargaan BAB 4 ANALISIS DATA 4.0 PENGENALAN Kajian ini dijalankan untuk meneliti keupayaan mahasiswa/i etnik Melayu mentranskripsikan dan membezakan komponen utama fonetik bahasa Mandarin dari aspek mendengar dalam

More information

Penghargaan

Penghargaan BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 PENGENALAN Bab 5 akan memaparkan kesimpulan berdasarkan analisis kesilapan yang dijalankan dalam Bab 4. Selain daripada itu, bab ini akan disusuli dengan implikasi kajian,

More information

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii DRAF KURIKULUM STANDARD DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SAINS TAHUN LIMA BAGI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA i KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD

More information

BAB SATU

BAB  SATU 2.9 Kesimpulan Dalam bab ini, pengkaji telah membincang kajian-kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik lepas tentang kewujudan fenomena percampuran kod dalam wacana pertuturan dan penulisan.

More information

Penghargaan

Penghargaan BAB 2 SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 PENGENALAN : PERKEMBANGAN PPBM2 Pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing (PPBMA) telah bermula di China pada tahun 1950. Selepas dasar pembukaan dan

More information

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri Bahagian A [10 Markah] [Masa dicadangkan: 15 minit] Peta buih di bawahmenunjukkanmasyarakatberbilangkaum di Malaysia. Tulis lima ayat yang lengkaptentang peta buihtersebut. 1. 2. 3. 4. 5. 1 SULIT Bahagian

More information

PowerPoint Presentation

PowerPoint Presentation SELAMAT DATANG KE PLATFORM PERKONGSIAN KEKAYAAN PENGGUNAANTARABANGSA Pengenalan keahlian DMC DMC ditubuhkan pada 2016 dan ibu pejabat DMC telah ditubuhkan di Kuala Lumpur, Malaysia. DMC ialah satu platform

More information

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan Dalam bab ini, data-data yang dipilih untuk tujuan penyelidikan ini serta caracara data tersebut dipungut akan dibincangkan. Seterusnya, kaedah-kaedah menganalisis

More information

Tajuk

Tajuk BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif mengenai corak penggunaan metafora dalam puisi tradisional bahasa Cina. Pengkaji akan menganalisis item leksikal yang mengandungi

More information

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN LAU YOKE LIAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA PENGAJIAN BAHASA MODEN FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK

More information

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan Pengguna-pengguna bahasa di Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain secara sengaja atau tanpa disedari ke dalam pertuturan khususnya di konteks yang tidak

More information

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

MENINGKATKAN  KEMAHIRAN MENGENAL  PASTI  KOMPONEN-KOMPONEN  DALAM  AYAT  TUNGGAL  PENGAJIAN  CINA Meningkatkan Kemahiran Mengenal Pasti Komponen-Komponen dalam Ayat Tunggal Pengajian Cina oleh Chiang Lee Kwun Maktab Perguruan Perlis ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk membantu guru pelatih meningkatkan

More information

PowerPoint Presentation

PowerPoint Presentation 2018/2019年一年级新生报读程序 今年开始 教育部要求全部家长通过上网方式申请一年级所要就读的学校 请 家长参考以下步骤 并点击链接(https://public.moe.gov.my)填写表格 家长可 以在三月一日开始至四月三十日 2个月 期间作出申请 打印后连同所需文 件带来学校 特此声明 并非先到先得,教育局会进行筛选 因此敬请家长不必 争先恐后 PENDAFTARAN TAHUN SATU

More information

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

Pengiklanan  merupakan  sebahagian daripada  proses  pembudayaan  dan  pemasyarakatan  pengguna  hari  ini LAMPIRAN I (Soalan Temu Bual) 1 Soalan-soalan yang dikemukakan kepada penulis-penulis iklan bahasa Cina di Malaysia (responden-responden) dalam sesi temu bual: Masa yang diambil: Lebih kurang 1 jam bagi

More information

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Menurut Statistik Perangkaan Banci Penduduk 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai

More information

BAB SATU

BAB  SATU shopping dan rap juga dicampurkan langsung ke dalam ayat berita hiburan, tetapi versi bahasa Cina yang sedia ada tidak digunakan. Begitu juga kata bahasa Inggeris yang telah diakronimkan dan bersifat singkat,

More information

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun Sustainable Education 8 Penggunaan Kaedah Nyanyian Untuk Meningkatkan Pengetahuan Tentang Cara Pengurusan Bahan Kitar Semula TAN JUN MING 1 CHIN CHEE KEONG 2 1 SJKC ON PONG 2, Pandan Mewah, 68000 Ampang

More information

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN BAB 1 : PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Terdapat pelbagai pandangan mengenai genre cerpen dalam dunia kesusasteraan bahasa Cina. Ramai pengkaji menjalankan kajian terhadap asalusul cerpen. Antaranya, terdapat

More information

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian BIL KURSUS KOD KURSUS NAMA AKTIVITI/TEMPAT /TARIKH/ PENSYARAH PENGIRING INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN ( Bahasa Cina Pendidikan

More information

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN BAB 3: METODOLOGI 3.1 PENGENALAN Penyelidik telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Dr Tan Kay Teh yang disusun oleh setiausaha alumni Universiti Nanyang untuk menyempurnakan kajian ini. Antara pertemuan

More information

CLS Newsletter No.15 慈 大 華 語 通 訊 第 十 五 月 慈 濟 大 學 語 言 教 學 中 心 活 動 預 告 活 重 要 記 事 重 特 約 專 文 進 泰 國 印 尼 慈 濟 學 校 華 語 教 師 培 訓 慈 濟 人 文 活 動 分 享 動 要 預 記 華 語 教 入 師 華 培 語 訓 語 工 音 作 的 分 世 享 界 嚴 趙 玉 彥 真 老 高 季 節 泰 班

More information

各位记者先生,小姐

各位记者先生,小姐 恢复小学母语教授数理运动 研讨会暨 还我母语教育 明信片推介礼 董总主席叶新田讲词 日期 :2007 年 7 月 8 日地点 : 董教总教育中心 402 礼堂 今天, 董教总联合马来西亚华校校友联总 隆雪中华大会堂 马来西亚南洋大学校友会 马来西亚留台联总 马来西亚留华同学会 也联合马来族群团体大马学术团体 人民宗教学校理事会以及马来西亚淡米尔教育研究与发展基金会 公民关怀组织等在此举办 恢复小学母语教授数理运动

More information

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p 1. TAJUK INOVASI Ng Sing Yee yee.mika@yahoo.com GAMBAR & KARAKTER CINA (Bahasa Cina (SK)) (Tempat Pertama Kategori Pelajar Guru) 2. OBJEKTIF 1. Menggabungkan teknik melukis dalam kaedah Tafsiran Gambar

More information

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MANUAL PENGENDALIAN UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (ULBS) BAHASA CINA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH

More information

SaverBrochure_F 07.ai

SaverBrochure_F 07.ai TAKAFUL SAVER Menabung untuk kesejahteraan masa depan. 今天的投资, 明天的保障 produk berlandaskan syariah nasihat kewangan profesional pengurusan dana islam Konsep Takaful Takaful ialah satu konsep yang berasaskan

More information

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi UJIAN DIAGNOSTIK Sk Seksyen 20,2016 MATEMATIK TAHUN 6 KERTAS 2 1 Jam [60 Nama:.. Kelas:. Jawab semua soalan. 1 Rajah 1 menunjukkan sekeping kad nombor. 736 981 Rajah 1 Nyatakan digit yang mewakili nilai

More information

1

1 C C S 通函 Circular 中国船级社 (2012 年 ) 通函第 87 号总第 249 号 2012 年 9 月 17 日 ( 共 5 页 ) 发 : 总部相关处室 各分社 / 办事处并转船公司 发送 SSA 时船舶识别指南 - 转发马来西亚航运通告 NPM43/2010 马来西亚海事主管机关近期向港口当局 / 委员会 船东 航运代理 船长 船上海员以及其它航运机构下发航运通告 NPM43/2010,

More information

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy PRUmultiple crisis cover PRUmultiple crisis cover crisis cover PRUmultiple PRUmultiple crisis cover PRUmultiple crisis cover (TPD) PRUmultiple crisis cover PRUmultiple crisis cover TPD ( 3 ) ( 65 50% 1

More information

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc BERITA AVAIL 1) PROGRAM KICK START WITH AVAIL 2017 (TERKINI)!! Berita BAIK!! Syarikat akan mengadakan satu program iaitu Kick Start With Avail 2017. Program ini merupakan program pembukaan bagi tahun 2017.

More information

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2015 KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA

More information

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc Lampiran A Teks bacaan (bahasa Cina) 我爱你 三个字看来非常简单, 但是要随便从一些人的口中喊出来, 有时的确有些困难 因为东方人不像西方洋人那么随便, 他们时常把 I love you 挂在嘴边, 不但对自己的爱人常说我爱你, 就算首次见面的美女, 他也敢向对方说出我爱你 自然成习惯后, 就造成洋人太过开放 太过随便, 爱 字就变成没什么价值了 坦白说, 我对家人从来也不曾说过

More information

BookCatalog FINAL

BookCatalog FINAL Katalog BUKU OBOR Belia * Pelajaran Alkitab & Umum * Siri Asas Kerpercayaan Kristian Siri Bimbingan Remaja * Kanak-Kanak & Keluarga * Siri Kaunselling Pastoral Siri Kupasan Alkitab * Siri Kaunselling *

More information

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman The Association of Banks in Malaysia 马来西亚银行公会 Frequently Asked Questions 50 sen Cheque Processing Fee 经常被问及的问题 -50 仙支票处理手续费 1. When will the cheque processing fee be charged? 何时开始收取支票处理手续费? It will be

More information

BAB 5

BAB 5 BAB 5 KESIMPULAN 5.1 Pengenalan Perbincangan bab ini dibahagikan kepada 2 bahagian utama. Bahagian pertama, meninjau dapatan kajian dan yang kedua, mengemukakan cadangan yang sesuai untuk kajian masa depan.

More information

华小董事觉醒运动缘起

华小董事觉醒运动缘起 1998 年教育 ( 家长教师协会 ) 条例 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA - GURU) 1998 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 130(2)(i) Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan

More information

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai Pesta Filem Mikro Antarabangsa China 2016-2017 Panduan Penyertaan Pertandingan Filem Mikro Antarabangsa Teh & Cinta http://esperanto.cri.cn/teokajamo2016c/ (Chinese) http://esperanto.cri.cn/teokajamo2016e/

More information

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran ( BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif dan soalan kajian serta kepentingan kajian. Pengkaji juga akan menyatakan batasan kajian

More information

Kertas 1

Kertas 1 SULIT 32/1 32/1 Bahasa Cina Kertas 1 Ogos 2008 1 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008 KEDAH DARUL AMAN 2008 年 初 中 评 审 预 试 BAHASA CINA 华 文 Kertas 1 试 卷 一 Masa : Satu jam 时 间 :1 小 时 JANGAN

More information

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep Southern University College Academic Journal, Volume 3, August 2015 鞙南方大学学 鞚第 3 卷 姓 2015 8 姓 Yow Cheun Hoe, Antara China dengan Tanah Tempatan: Satu Kajian Pemikiran Dwipusat di Kalangan Penulis Cina di

More information

Microsoft Word - Bursary

Microsoft Word - Bursary 大马教育文凭教育文凭优秀生优秀生教育部教育部助学金计划 1.) 教育部助学金计划是由大马教育部赞助修读大学预备课程, 以让他们准备进入国内外大学修读第一个学士学位 2.) 教育部助学金计划是为了表扬所有在大马教育文凭考试 (2011 年或后 ) 中获得 9 科 A+ 及以上的优秀生 3.) 教育部助学金计划所提供的大学预备课程如下 : 大马高级教育文凭 (STPM) 学生可在任何提供两年大马高级教育文凭课程的学校就读

More information

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey NEWS RELEASE NEWS RELEASE 30 th June 2009 Merdeka Center poll: Youth well informed but politically disconnected KUALA LUMPUR - Malaysian youth in general seem to be well informed on current issues but

More information

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda BM - 0 rancangan pembangunan perniagaan CNI kandungan BM-1 BM-1 BM-2 BM-3 Selamat Datang Ke Keluarga Besar CNI Keistimewaan Rancangan Pembangunan Perniagaan CNI Sistem Kenaikan Pangkat Bagaimana Pelan

More information

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc BERITA AVAIL 1) AVAIL PAKEJ IPO (TERKINI)!! Berita BAIK!! Syarikat telah menjalankan satu promosi yang sangat hebat sempena Avail Go Public 2022. Pakej tersebut ialah Avail Pakej IPO. Terdapat 5 SET pilihan

More information

PowerPoint Presentation

PowerPoint Presentation Phone script to make Appointments Life Planner: Good morning / afternoon, may I speak to [ Customer s First Name ] please? [ If not comfortable to use First Name, then use Mr./Mrs./Ms. ] Customer: Yes

More information

ISM Circular: 20 –2005

ISM Circular: 20 –2005 ISM PUBLIC FOR IMMEDIATE RELEASE CENTRAL SYSTEM FOR MOTOR INSURANCE NO CLAIM DISCOUNT (NCD) 30 June 2010 All motor insurance and takaful companies in Malaysia have integrated their sales systems with the

More information

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 2016-06-03 KBRI Beijing 印尼馆 KBRI Beijing bekerja sama dengan ASEAN China Center (ACC) telah menyelenggarakan acara pembukaan Wonderful Indonesia

More information

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau KSA TRAINING & CONSULTANCY SDN. BHD. www.ksatraining.com.my Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan

More information

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri Longrich China Incentive Trip Promotion Promotional Period : From 18 th March 2013 to 12 th May 2013 Qualification Requirements Entitlement 7,000PV Incentive RM 1,250 (1) During the promotional period

More information

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc BERITA AVAIL 1) AVAIL PAKEJ IPO (TERKINI)!! Berita BAIK!! Syarikat telah menjalankan satu promosi yang sangat hebat sempena Avail Go Public 2022. Pakej tersebut ialah Avail Pakej IPO. Terdapat 5 SET pilihan

More information

Microsoft Word - Apendix alla.doc

Microsoft Word - Apendix alla.doc LAMPIRAN Lampiran A B C SENARAI LAMPIRAN Kajian Kebolehpercayaan Skor Tentang Pentaksiran Karangan Surat Kelulusan Permohonan Soalan-Soalan Ujian Karangan Bahasa Cina SJK(C) Daripada Jabatan Pelajaran

More information

ISI KANDUNGAN (1) Pendahuluan 1 (2) Pandangan Dan Cadangan 1 (i) Menggubal sistem pembinaan sekolah komuniti bagi setiap 1 aliran sekolah (ii) Meranca

ISI KANDUNGAN (1) Pendahuluan 1 (2) Pandangan Dan Cadangan 1 (i) Menggubal sistem pembinaan sekolah komuniti bagi setiap 1 aliran sekolah (ii) Meranca Memorandum Pendidikan Berkenaan Dengan DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2020 Disediakan Oleh Gabungan Lembaga-Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dikemukakan

More information

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban Bancassurance Service Guide Panduan Perkhidmatan Bankasurans 银行保险服务指南 1 WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product

More information

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around the World...p11 Kandungan Mengenai Kumon...p13 Lembaran

More information

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e Bancassurance Service Guide WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can enjoy these value added

More information

四年级第二 次月考范围

四年级第二 次月考范围 二 零 一 六 年 度 培 华 小 学 一 年 级 评 鉴 三 考 试 Skop Penilaian 3 Tahun 1(Tahun 2016) Malaysia Inggeris Buku Teks : unit 11-17 ( m/s48-77 ) Buku Aktiviti Jilid 1 : unit 11-15 ( m/s53-76 ) Sistem : Topik 6-8 ( m/s17-26

More information

Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Semakan 2017 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia APRIL 2016 Terbitan 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak

More information

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire E-Warranty Guidelines 在线注册使用指南 Garis Panduan E-Waranti ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire Attention / 留意 / Perhatian 1 Every unit of ColumbusAire is entitled for

More information

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves 1. Study Information PARTICIPANT INFORMATION SHEET & CONSENT FORM Research Title: Behaviours on Digital Platforms Principal Investigator: Dr Natalie Pang Senior Research Fellow, Social Lab Institute of

More information

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun Program Akumulasi Perak TM (SAP) Program Akumulasi Perak TM (Silver Accumulation Program TM ) bertujuan memudahkan orang ramai untuk membuat simpanan perak dengan modal serendah RM100 sahaja. Program ini

More information

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran SJKC KEOW KUANG BUKIT KECIL, BUKIT MERTAJAM PENILAIAN PEMAHAMAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5 (MAC 2017) Soalan 1 hingga 16 BAHAGIAN A [20 markah] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Perdana

More information

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t Global Transfer FREE instant fund transfer. Powered by Citi. Transfer funds across the globe* in an instant Easy, fast and convenient MEMBER *Refer to the list of countries available inside. Transfer funds

More information

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介 MOTHER TONGUE LANGUAGE (CL) RESPECT RESPONSIBILTY TEAMWORK LIFELONG LEARNING 武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介 多元的评价形式 帮助学生改善学习, 让学生学习得更投入 更有意义 1) 日常教学中的评价 通过提问和互动对学生进行评价 2) 有规划的评价 学期测验 单元练习 评价性任务, 如朗读 讲述 复述故事 口语互动等

More information

BAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi, pemeliharaan, dan

BAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi, pemeliharaan, dan HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT SET 4 SEMESTER 1 2014/ 2015 TAJUK: LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DISEDIAKAN OLEH:

More information

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O Tesco Ong Mali 2019 House of Prosperity Contest Frequently Asked Question Q 1: How do I participate in the Ong Mali contest? A: You must shop at any Tesco stores or Tesco Online Shop (GHS) with a minimum

More information

1

1 GetMoreFromYourSavings/1Mar2016/ENG/V1 Get More From Your Savings Challenge ( Challenge ) Terms and Conditions 1. The Challenge 1.1. OCBC Bank (Malaysia) Berhad (295400-W) ( OCBC Bank ) presents Get More

More information

KSSR BAHASA CINA TAHUN 1

KSSR BAHASA CINA TAHUN 1 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH 中 学 标 准 课 程 BAHASA CINA 华 文 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN 课 程 与 评 价 标 准 TINGKATAN 1 中 一 Terbitan Terhad Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan

More information

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH (PBS) NAIB PN. LIANG FEI SHIN PN. LEE CHAI YENG (TAHAP 1) CIK TUEH SHE PING (TAHAPN 2) KPBM: PEMENTORAN KPBI

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH (PBS) NAIB PN. LIANG FEI SHIN PN. LEE CHAI YENG (TAHAP 1) CIK TUEH SHE PING (TAHAPN 2) KPBM: PEMENTORAN KPBI JAWATANKUASA SKPM NAIB PN. PUANG LIANG HUI (S/U KURIKULUM) PN. ONG JEK BEE (GURU MEDIA) ENCIK TAN TAI HOCK (GURU DATA) PN. ANG SOIT NEE (DISIPLIN) PN. LOO YEE NAK (GURU BIMBINGAN) ENCIK SEE ENG GUAN (S/U

More information

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb Peragaan Runcit 杂货经营 5 Prinsip Pengurusan Barang Dagangan(Merchandising) 个推销规划的原则 Dalam keluaran yang lepas, kami telah berkongsi bersama anda beberapa tip untuk menghasilkan peragaan yang baik untuk kedai

More information

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s Product Testimony Form/ 产品见证表格 / Borang Testimoni Produk Personal Details / 个人资料 /Keterangan Diri Name/ 姓名 / Nama IC No/ 身份证号码 / No Kad Pengenalan Age/ 年龄 / Umur Gender/ 性别 / Jantina : Male/ 男 / Lelaki

More information

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总 Subject Format / Topics English Language Paper 1 Duration: 1 h 50 min Total marks: 70 Editing Skills, Situational Writing Skills, Continuous Writing Skills Paper 2 Duration: 1 h 50 min Comprehension and

More information

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN BAB 2: TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN 2.1 PENGENALAN Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan teori metafora yang popular dalam bidang bahasa figuratif. Teori metafora terbahagi kepada 4 kategori iaitu

More information

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang 3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang akan hinggap di atas bunga yang mempunyai lima kelopak

More information

Microsoft Word - Avail News _November 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _November 2017_.doc BERITA AVAIL 1) PROMOSI PANGKAT TERBARU (TERKIN)!! Syabas & Tahniah kepada pemimpin pemimpin yang terhebat dan digelar pangkat GM pada Bulan Bonus November 2017!! Kejayaan cemerlang khas kepada GM terbaru,

More information

新校舍虽然只是木板屋结构的旧款式校舍, 但学校的范围已比以前大得多, 且因濒临海边, 空气异常清新, 同时因远离街市, 得以免除喧嚣的干扰, 实有助于学子潜心学习 一九七三年, 在本校服务二十余载之董能隆校长因思乡心切, 申请调职成功, 终于在离留两难中告别了这所由他细心培育成长的学校 董能隆校长的

新校舍虽然只是木板屋结构的旧款式校舍, 但学校的范围已比以前大得多, 且因濒临海边, 空气异常清新, 同时因远离街市, 得以免除喧嚣的干扰, 实有助于学子潜心学习 一九七三年, 在本校服务二十余载之董能隆校长因思乡心切, 申请调职成功, 终于在离留两难中告别了这所由他细心培育成长的学校 董能隆校长的 公元一九三一年, 本地乡亲陈财发君与卢见广君倡议, 本地须拥有一所学校,, 以培养下一代之人才, 并给予他们适当的教育, 俾能为国家及人民服务 在他两老的极力推动与支持下, 一所平民私塾小学终于诞生了 至一九四一年, 才算正式成立了学校, 尽管如此, 却尚未拥有本身的舍 第二次世界大战过后, 公立启华小学终于成立了, 然而亦只是租用店铺暂充校舍, 并聘请许照光先生为首任校长, 由卢见广君担任首任董事长,

More information

Microsoft Word - Avail News _Ogos 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _Ogos 2017_.doc BERITA AVAIL 1) PROMOSI PANGKAT TERBARU (TERKIN)!! Syabas & Tahniah kepada pemimpin pemimpin yang terhebat dan digelar pangkat GM pada Bulan Bonus Ogos 2017!! Kejayaan cemerlang khas kepada GM terbaru,

More information

Protection. Investment. Guaranteed Cash Payment! 1 Plan 3 Purposes While most insurance policies act solely as a protection plan, Allianz provides you

Protection. Investment. Guaranteed Cash Payment! 1 Plan 3 Purposes While most insurance policies act solely as a protection plan, Allianz provides you PowerLink Income Provider Realising the future you seek 實現你未來的夢想 Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (104248-X) Protection. Investment. Guaranteed Cash Payment! 1 Plan 3 Purposes While most insurance

More information

Contents Bahasa Indonesia

Contents Bahasa Indonesia Visit www.tp-link.com/support for user guides, FAQs, warranty & more Quick Installation Guide Wi-Fi Camera TP-Link Technologies Co., Ltd. Specifications are subject to change without notice. is a registered

More information

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63> 华小董事会章程样本 ( 马来文版本 ) 这份华小董事会章程样本只供参考 各校董事会应根据各自的具体情况, 拟定本身的董事会章程 注意事项 : 在这份华小董事会章程样本里, 有关加黑的条文或段落是必须具有的 (2008 年 1 月修订 ) SURATCARA PENGELOLAAN LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) ABCD,

More information

Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of

Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of 85 Sepanjang Abad ke-20: Kajian tentang Bidang serta Kesannya 1 SU Yingying Institut Bahasa-bahasa Asia dan Afrika Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing. Abstrak Abad ke-20 merupakan tempoh

More information

Microsoft Word - 15 TanChingChing

Microsoft Word - 15 TanChingChing PENGGUNAAN KAEDAH ANSUR MAJU UNTUK MEMPERBAIKI KEKEMASAN TULISAN AKSARA BAHASA CINA MURID TAHUN TIGA 运 用 循 序 渐 进 原 则 指 导 写 字 能 够 改 善 小 学 三 年 级 学 生 书 写 硬 笔 字 的 美 观 Tan Ching Ching 陈 菁 菁 PISMP Bahasa Cina

More information

djz

djz 董教总提呈教育备忘录予教育部 (2008 年 4 月 10 日 ) 注 : 2008 年 4 月 10 日, 董教总在教总主席王超群以及董总主席叶新田的率领下, 前往教育部拜访新任教育部副部长魏家祥博士, 就我国当前教育课题与魏家祥副部长进行会面和交流意见 在这次拜访中, 董教总也呈上一份含有 13 项华教问题的教育备忘录予魏家祥副部长, 希望教育部给予关注和加以解决 1.1 建议教育部恢复各源流小学数理科只以母语教学和考试

More information

Minit Mesyuarat

Minit Mesyuarat PERSEKUTUAN PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA (Registration No : 0799-08-WKL) 1 Secretariat Office : 19, Lebuh Batu Maung 12/1, 11960 Pulau Pinang. Tel : 017-4614178 Fax : 04-6264361 Email : pppsbm@gmail.com

More information

I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model I am my business s guardian I am my staff s employer Many people depend on

I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model I am my business s guardian I am my staff s employer Many people depend on Build a legacy for your family Bina satu legasi untuk keluarga anda 为您的家人建立一份遗产 Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (104248-X) I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model

More information

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc AVAIL BEAUTY SDN BHD (599827-W) (AJL 931505) WISMA AVAIL N0. 23, Jalan Kenari 17E, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 603-8070 1822 Fax: 603-8070 2622 Website: www.availbeauty.com

More information

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around the World...p11 Kandungan Mengenai Kumon...p13 Lembaran

More information

JAWATANKUASA PENERBITAN KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP AMB. JANUARI 2008 (BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IP

JAWATANKUASA PENERBITAN KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP AMB. JANUARI 2008 (BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IP Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP amb. Januari 2008 (Bahasa Cina Pendidikan Rendah) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Jalan College,

More information

kebudayaan pluralisme dan perdagangan bebas dari AS. Tapi kini kita hampir tidak melihatnya lagi AS seperti yg kita kenal dulu, sehingga Jerman merasa

kebudayaan pluralisme dan perdagangan bebas dari AS. Tapi kini kita hampir tidak melihatnya lagi AS seperti yg kita kenal dulu, sehingga Jerman merasa Isi pokok: Menlu Jerman Sigmar Gabriel: "Strategi - OBOR Tiongkok telah merusak orde/tataan dunia barat" Pada konferensi keamanan ke-54 yg diselenggarakan di Munchen, setelah pada hari kedua pd 17 feb.yl

More information

北方大学科系介绍

北方大学科系介绍 目录 : 请点击科系名称以快速连接至科系页面 * 按 Ctrl+F 搜索以快速定位欲寻找的科系 1. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian 2. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media Dengan Kepujian 3. Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Teknologi

More information

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks BAB 1 PENGENALAN 1.0 Latar Belakang Kajian Bahasa merupakan suatu sistem simbol yang digunakan oleh anggota masyarakat bahasa untuk berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka berlandaskan budaya yang

More information

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty: AVAIL BEAUTY SDN BHD (599827-W) (AJL 931505) WISMA AVAIL N0. 23, Jalan Kenari 17E, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 603-8070 1822 Fax: 603-8070 2622 Website: www.availbeauty.com

More information

AXA-Wealth Edu Brochure (2015)

AXA-Wealth Edu Brochure (2015) Investment-Linked I want the BEST for my child... starting from NOW Wealth Edu An investment-linked insurance plan that complements your education savings a comprehensive plan to show your love to your

More information

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he Achieving your savings goal Mencapai matlamat simpanan anda 实现您的储蓄目标 Allianz Allianz Life Life Insurance Insurance Malaysia Malaysia Berhad Berhad (104248-X) (104248-X) (Licensed under the Financial Services

More information

Dasar Menuju ke Selatan

Dasar Menuju ke Selatan 前言 (Page5) Dasar Baharu Menuju Ke Selatan PENDAHULUAN Pada masa kini didapati negara-negara Korea, Jepun, China, Europa dan Amerika Syarikat masing-masing telah memasuki pasaran Asia Tenggara. Ini adalah

More information

Microsoft Word - PDPA2010.doc

Microsoft Word - PDPA2010.doc PERSONAL DATA PROTECTION NOTICE The Personal Data Protection Act 2010 ( Act ) regulates the processing of personal data in commercial transactions. Due to its nature of activities, REVITA LIFESTYLE SDN

More information

出生于柔佛州的麻坡的 Bukit Gambir,Dato Onn 是 Dato' Ja'afar bin Haji Muhammad 的儿子 柔佛州第一任 首席部长 他是柔佛王室并从小受到 Ibrahim 苏丹 (Abu Bakar 苏丹的儿子 ) 的照顾, 并在他去英国深造之前 接受被马来教育 在

出生于柔佛州的麻坡的 Bukit Gambir,Dato Onn 是 Dato' Ja'afar bin Haji Muhammad 的儿子 柔佛州第一任 首席部长 他是柔佛王室并从小受到 Ibrahim 苏丹 (Abu Bakar 苏丹的儿子 ) 的照顾, 并在他去英国深造之前 接受被马来教育 在 Tingkatan 3: Bab 4 Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan 种族间的合作以迈向独立 Pengenalan 识别 1. Membina sebuah negara yang merdeka dan berdaulat seperti yang kita nikmati pada hari ini bukanlah mudah. 要建立一个我们今天享受的独立主权的国家,

More information

28 EN-PRUlink golden managed 01

28 EN-PRUlink golden managed 01 All data is as of 31 December 2015 unless otherwise stated Features of Fund Eastspring Investments Berhad (531241-U) All data is as of 31 December 2015 unless otherwise stated How the Fund has performed

More information

科系 ( 华 ) 科系 ( 巫 ) 科系 ( 英 ) 修读年数学分科系简介工业实习鉴定资格就业机会积分 马来亚大学 Universiti Malaya 文学院 FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL 国际公共关系学研究系 Pengajian Antarabangsa dan

科系 ( 华 ) 科系 ( 巫 ) 科系 ( 英 ) 修读年数学分科系简介工业实习鉴定资格就业机会积分 马来亚大学 Universiti Malaya 文学院 FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL 国际公共关系学研究系 Pengajian Antarabangsa dan 在 MA00 Sastera 这个科系, 共有十四个科目 学生在进入大学该学院后才能选择科系 Sastera 的科目包括 : 1. 国际公共关系学研究系 2. 媒介研究 3. 环境研究 4. 中文系 5. 数学系 6. 人类与社会学系 7. 社会管理系 8. 性别研究 * 9. 城市与策划研究 10. 历史系 11. 地理 12. 东亚研究 13. 东南亚研究 14. 印度研究 * 注 : 性别研究只是提供

More information

BAB SATU

BAB  SATU BAB 2 SOROTAN KAJIAN-KAJIAN LEPAS 2.1 Pengenalan Pengkaji telah merujuk kepada kajian-kajian lepas tentang fenomena percampuran kod yang pernah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji di luar negara mahupun

More information

1936- Golongan tentera mengambil alih pentadbiran Jepun. 军 方 接 管 了 日 本 的 行 政 管 理 Jepun menakluki Manchuria. 日 本 入 侵 满 洲 Jepun menguasai Ko

1936- Golongan tentera mengambil alih pentadbiran Jepun. 军 方 接 管 了 日 本 的 行 政 管 理 Jepun menakluki Manchuria. 日 本 入 侵 满 洲 Jepun menguasai Ko Tingkatan 3- Bab 1: Pendudukan Jepun di Negara Kita ( 日 本 侵 占 我 国 ) Pengenalan 介 绍 1. Pendudukan Jepun di negara kita telah berlangsung selama tiga tahun setengah iaitu dari 15 Februari 1942 hingga 12

More information