BookCatalog FINAL

Size: px
Start display at page:

Download "BookCatalog FINAL"

Transcription

1 Katalog BUKU OBOR Belia * Pelajaran Alkitab & Umum * Siri Asas Kerpercayaan Kristian Siri Bimbingan Remaja * Kanak-Kanak & Keluarga * Siri Kaunselling Pastoral Siri Kupasan Alkitab * Siri Kaunselling * Siri Menjelajah Alkitab Alkitab Kanak-Kanak * Apologetika * Komik Wawasan Penabur Sdn Bhd P.O.Box No: 8327, Kelana Jaya Post Office, Petaling Jaya,, Selangor, Malaysia Tel : wawasan.penabur@gmail.com Website :

2 Kanak-Kanak dan Keluarga WPKK Cerita-Cerita Dari Alkitab Sebuah buku yang bertujuan untuk memupuk hubungan antara ibu bapa dan anak-anak, di samping memperkenalkan anak-anak kepada cerita-cerita yang ada di dalam Alkitab. Harga : RM15.00 WPKK02- Alkitab Kanak-Kanak Alkitab bergambar untuk membina iman anak-anak Kristian supaya mereka membesar dan bertumbuh dengan mengetahui bahawa Yesus Kristus adalah Jalan, Kebenaran dan Hidup. Harga : RM20.00 WPKK03-- YESUS SAYANG PADAKU WPKK04 - JESUS LOVES ME WPKK05 - 耶稣爱我 Menjelaskan Injil, konsep dosa, pertaubatan dan penyelamatan melalui iman dan kasih kurnia dengan cara yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Harga : RM4.00 WPRC08 - Singa Yehuda Komik tentang kisah Yesus Kristus menurut Injil Markus. Nota-nota apologetik juga disertakan untuk peneguhan iman orang Kristian. Harga : RM5.00

3 Kurikulum Pelayanan Kanak-Kanak LP-01A-08B - LAPAN PERMATA adalah satu kurikulum pelajaran pelayanan kanak-kanak dan Sekolah Minggu untuk mengajar Firman Tuhan kepada kanak-kanak dari umur 4 hingga 12 tahun (Pra Sekolah sehingga Darjah 6). Ia lengkap dengan pelbagai alat bantu mengajar supaya pengajaran Alkitab kepada kanak-kanak akan menjadi lebih menarik dan berkesan. Kanak-kanak bukan sahaja disajikan dengan cerita dari Alkitab, tetapi juga dicabar untuk menerapkan apa yang mereka pelajari ke dalam kehidupan mereka. Setiap buku mengandungi 26 pelajaran (atau 52 pelajaran untuk setahun). Sebagai tambahan kepada guru pembimbing, dua buah Buku Panduan telah disediakan untuk pelathan guru-guru pelayanan kanak-kanak dan sekolah minggu. Harga: RM 25.00/set

4 Siri Asas Kepercayaan Kristian WPAKK Siri buku berjumlah 18 naskah yang membentangkan asas-asas kepercayaan Kristian yang wajib dibaca dan diketahui oleh setiap pengikut Yesus. Harga: RM 18/set atau RM2.00 senaskah

5 Siri OBOR Belia WPOB01-WPOB05 - Siri OBOR Belia mengandungi tema-tema utama iman Kristian dan isu-isu praktikal yang dihadapi oleh pemuda-pemudi zaman sekarang. Siri 25 buku ini merangkumi kurikulum 5 tahun yang telah dirancang untuk kegunaan pemuridan dan persekutuan remaja dan belia (13-35 tahun). Ada empat kategori utama untuk siri OBOR Belia ini: Asas-asas Iman, Kehidupan dalam Kristus, Isu-isu Praktikal dan Cara Menghadapi Kepercayaan-Kepercayaan Lain. Semua pelajaran telah ditulis dengan lengkap dan sistematik, mengandungi ajaran Alkitab yang kukuh, bersifat interaktif dan sedia digunakan oleh para pembimbing dan belia. Harga : RM6.00/ senaskah

6 Siri Bimbingan Remaja WPBR01-WPBR11-11 buku kecil di dalam Siri Bimbingan Remaja ditulis oleh Dr. Lee Bee Teik, isteri kepada Bishop Emeritus Hwa Yung. Siri ini membantu para remaja dan ibu bapa memahami beberapa isu lumrah yang dihadapi oleh golongan remaja, dan bagaimana untuk menghadapi dan memahaminya. Buku ini ditulis dari perspektif kaunseling. Harga : RM2.00 senaskah

7 Siri Kaunseling WPSK01-WPSK07-7 buku kecil dalam Siri Kaunseling ini ditulis oleh Dr. Lee Bee Teik, isteri kepada Bishop Emeritus Hwa Yung. Siri ini membantu pembaca untuk memahami beberapa isu-isu yang biasa dihadapi oleh manusia dalam kehidupan seharian. Bagaimanakah kita menghadapi masalah-masalah ini dari perspektif Kristian? Anda juga boleh menggunakan buku-buku ini untuk memberi kaunseling kepada mereka yang menghadapi masalah serupa. Harga - RM2.00 senaskah Siri Menjelajah Alkitab WPMA01 - Lukas, WPMA02 - Kisah Rasul-Rasul, WPMA03 - Roma Siri Menjelajah Alkitab adalah buku-buku yang boleh digunakan untuk melengkapkan para pelajar yang ingin mengambil mata pelajaran pilihan Bible Knowledge bagi peperiksaan SPM. Ia merangkumi kehidupan dan ajaran Yesus Kristus berdasarkan Injil Lukas dan pertumbuhan gereja awal berdasarkan Kisah Rasul-Rasul. WPMA03 - Roma WPMA01 - Lukas WPMA02 - Kisah Rasul-Rasul RM12.00/senaskah RM12.00/senaskah RM12.00/senaskah

8 Siri Kaunseling Pastoral WPKP01 - WPKP11-11 buku kecil di dalam Siri Kaunseling Pastoral ini ditulis oleh Dr. Lee Bee Teik, seorang Doktor perubatan terlatih. Buku-buku dalam siri ini akan membantu anda sebagai pemimpin gereja untuk mengetahui tips-tips kaunseling Kristian yang berkesan, memahami aspek-aspek kaunseling pastoral dan mengetahui beberapa akar permasalahan yang menjurus kepada masalah kaunseling. Harga - RM2.00 senaskah

9 Siri Kupasan Alkitab Buku-buku dalam Siri Kupasan Alkitab ini bertujuan untuk melakukan satu atau lebih daripada yang berikut: 1) menggalakkan keyakinan dan pergantungan kepada Firman Allah; 2) meneguhkan keyakinan bagaimana Alkitab menjadi saksi kepada Yesus Kristus; dan 3) membolehkan rakan-rakan sepelayanan dilengkapi untuk menjadi lebih bersedia dalam mengendalikan Firman kebenaran. Harga - RM12.00 senaskah WPKA01- Karya Agung Vaughan Roberts telah mempersembahkan Alkitab dari pelbagai perspektif, menunjukkan bagaimana pelbagai penulis merentas ribuan tahun boleh menenun sebuah kisah yang tiada tandingan cerita Allah untuk sejagat manusia serta apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Bacalah buku ini supaya kamu boleh meneliti Alkitab dengan lebih mendalam dan yakin lagi. Harga : RM12.00 WPKA02- Satu Panduan Asas Mentafsir Alkitab Mengikut Peraturan- Peraturan Ia adalah sebuah pengenalan ringkas untuk hermeneutika Kitab Suci. Tanpa menggunakan terlalu banyak bahasa teknikal, penulis mampu untuk menyampaikan maklumat penting kepada pembaca supaya mereka dapat belajar bagaimana untuk mengenal pasti pelbagai genre alkitabiah dan memahami maksud teks-teks Alkitab. Harga : RM12.00 WPKA03- Mengenali Allah melalui Firman-Nya Membantu anda memahami apa yang dikatakan Alkitab tentang dirinya dan ciri-ciri utama yang menyumbang kepada kepentingannya yang berkekalan. Harga : RM12.00 WPKA04- Cerita Alkitab dalam 16 Ayat Buku ini memperkenalkan pembaca kepada teologi alkitabiah, dengan memberi jawapan kepada soalan-soalan dari Kitab Suci, dan secara teratur menelusuri semua peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah penebusan untuk menerangi benang Injil dan mengikat semuanya bersama-sama. Harga : RM12.00 WPKA05 - Exposisi Khutbah Buku terbitan bersama Wawasan Penabur dan KVBC Trust ini bertujuan memberi panduan mengajarkan Firman Allah secara eksposisional alkitab. Mereka yang telah berkhutbah atau mengajar Alkitab akan mendapati bahawa buku ini menawarkan satu panduan berguna untuk menilai apa yang anda lakukan sekarang. Harga : RM20.00 WPKA06- Pembacaan Alkitab Satu-Dengan-Satu satu panduan mudah bagi orang Kristian untuk melakukan pemuridan satu-dengan-satu. Ini adalah satu pendekatan baru kepada salah satu cara yang paling praktikal dan peribadi dalam penginjilan dan pemuridan yang relasional berdasarkan Firman Allah yang hidup dan aktif, dan menawarkan alat-alat praktikal untuk pembacaan Alkitab satudengan-satu. Harga : RM6.00

10 Umum WPRC01 - Hadiah Kehidupan Buku penginjilan yang disampaikan dalam bentuk komik dan penuh dengan pengajaran asas tentang penciptaan manusia, dosa dan kejatuhan manusia, jalan penebusan dan penyelamatan yang disediakan oleh Allah dan bagaimana kita dapat memperolehi anugerah kasih kurnia Tuhan itu. Harga : RM2.00 WPRC02- Lakukan Apa Yang Benar Satu panduan praktikal tentang perundangan untuk gereja-gereja di Malaysia. Merangkumi pengetahuan asas undang-undang dan hak Perlembagaan yang perlu diketahui oleh setiap orang Kristian di Malaysia. Harga : RM8.00 WPRC03- Kamus Alkitab Kamus untuk istilah- istilah dan tema-tema Kristian. Sesuai untuk para pelajar Sekolah Alkitab dan orang awam yang sedang membaca atau mempelajari Alkitab, sama ada secara peribadi atau dalam kumpulan, baik di rumah ataupun dalam persekutuan gereja. Harga : RM6.00 WPRC04- Langkah- Langkah Menuju Kebebasan Dalam Kristus Buku ini membantu anda untuk hidup dengan penuh kemenangan di dalam kebebasan yang Kristus telah berikan. Ia boleh digunakan untuk kegunaan peribadi, atau membimbing seseorang dalam langkahlangkah pelepasan. Harga : RM6.00 Poster Kronologi Alkitab - Satu gambaran besar tentang kronologi peristiwa-peristiwa dan tokoh-tokoh dalam Alkitab. Ia akan membantu kita lebih menghargai Firman Allah yang kita punyai. Boleh didapati dalam 2 saiz: banner 9x94 inci dan 3x34 inci. WPRC06 - Poster Dinding Kronologi Alkitab (9x94 inci) Harga : RM10.00 WPRC07 - Poster Kecil Kronologi Alkitab (3x34 inci) Harga : RM2.00

Wawasan Penabur

Wawasan Penabur BORANG PESANAN BUKU TERBITAN WAWASAN PENABUR 2017 Nama Pemesan: Nama Gereja/Organisasi: Alamat Penghantaran/Pengiriman: Tel (Pejabat): Fax: H/P: Email: Pembayaran cek dibuat atas nama: Wawasan Penabur

More information

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri Bahagian A [10 Markah] [Masa dicadangkan: 15 minit] Peta buih di bawahmenunjukkanmasyarakatberbilangkaum di Malaysia. Tulis lima ayat yang lengkaptentang peta buihtersebut. 1. 2. 3. 4. 5. 1 SULIT Bahagian

More information

PowerPoint Presentation

PowerPoint Presentation 2018/2019年一年级新生报读程序 今年开始 教育部要求全部家长通过上网方式申请一年级所要就读的学校 请 家长参考以下步骤 并点击链接(https://public.moe.gov.my)填写表格 家长可 以在三月一日开始至四月三十日 2个月 期间作出申请 打印后连同所需文 件带来学校 特此声明 并非先到先得,教育局会进行筛选 因此敬请家长不必 争先恐后 PENDAFTARAN TAHUN SATU

More information

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii DRAF KURIKULUM STANDARD DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SAINS TAHUN LIMA BAGI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA i KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD

More information

PowerPoint Presentation

PowerPoint Presentation SELAMAT DATANG KE PLATFORM PERKONGSIAN KEKAYAAN PENGGUNAANTARABANGSA Pengenalan keahlian DMC DMC ditubuhkan pada 2016 dan ibu pejabat DMC telah ditubuhkan di Kuala Lumpur, Malaysia. DMC ialah satu platform

More information

CLS Newsletter No.15 慈 大 華 語 通 訊 第 十 五 月 慈 濟 大 學 語 言 教 學 中 心 活 動 預 告 活 重 要 記 事 重 特 約 專 文 進 泰 國 印 尼 慈 濟 學 校 華 語 教 師 培 訓 慈 濟 人 文 活 動 分 享 動 要 預 記 華 語 教 入 師 華 培 語 訓 語 工 音 作 的 分 世 享 界 嚴 趙 玉 彥 真 老 高 季 節 泰 班

More information

Kertas 1

Kertas 1 SULIT 32/1 32/1 Bahasa Cina Kertas 1 Ogos 2008 1 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008 KEDAH DARUL AMAN 2008 年 初 中 评 审 预 试 BAHASA CINA 华 文 Kertas 1 试 卷 一 Masa : Satu jam 时 间 :1 小 时 JANGAN

More information

Penghargaan

Penghargaan BAB 1 PENGENALAN 1.0 PENGENALAN Hanyu ( 汉语 )atau bahasa Mandarin baku adalah bahasa pengantar bangsa Han( 汉 民族的共同语言 ) yang berasaskan kepada dialek Beijing. Ia adalah bahasa standard yang telah dirasmikan

More information

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy PRUmultiple crisis cover PRUmultiple crisis cover crisis cover PRUmultiple PRUmultiple crisis cover PRUmultiple crisis cover (TPD) PRUmultiple crisis cover PRUmultiple crisis cover TPD ( 3 ) ( 65 50% 1

More information

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi UJIAN DIAGNOSTIK Sk Seksyen 20,2016 MATEMATIK TAHUN 6 KERTAS 2 1 Jam [60 Nama:.. Kelas:. Jawab semua soalan. 1 Rajah 1 menunjukkan sekeping kad nombor. 736 981 Rajah 1 Nyatakan digit yang mewakili nilai

More information

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan Dalam bab ini, data-data yang dipilih untuk tujuan penyelidikan ini serta caracara data tersebut dipungut akan dibincangkan. Seterusnya, kaedah-kaedah menganalisis

More information

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian BIL KURSUS KOD KURSUS NAMA AKTIVITI/TEMPAT /TARIKH/ PENSYARAH PENGIRING INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN ( Bahasa Cina Pendidikan

More information

Tajuk

Tajuk BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif mengenai corak penggunaan metafora dalam puisi tradisional bahasa Cina. Pengkaji akan menganalisis item leksikal yang mengandungi

More information

SaverBrochure_F 07.ai

SaverBrochure_F 07.ai TAKAFUL SAVER Menabung untuk kesejahteraan masa depan. 今天的投资, 明天的保障 produk berlandaskan syariah nasihat kewangan profesional pengurusan dana islam Konsep Takaful Takaful ialah satu konsep yang berasaskan

More information

BAB SATU

BAB  SATU 2.9 Kesimpulan Dalam bab ini, pengkaji telah membincang kajian-kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik lepas tentang kewujudan fenomena percampuran kod dalam wacana pertuturan dan penulisan.

More information

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai Pesta Filem Mikro Antarabangsa China 2016-2017 Panduan Penyertaan Pertandingan Filem Mikro Antarabangsa Teh & Cinta http://esperanto.cri.cn/teokajamo2016c/ (Chinese) http://esperanto.cri.cn/teokajamo2016e/

More information

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

Pengiklanan  merupakan  sebahagian daripada  proses  pembudayaan  dan  pemasyarakatan  pengguna  hari  ini LAMPIRAN I (Soalan Temu Bual) 1 Soalan-soalan yang dikemukakan kepada penulis-penulis iklan bahasa Cina di Malaysia (responden-responden) dalam sesi temu bual: Masa yang diambil: Lebih kurang 1 jam bagi

More information

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN LAU YOKE LIAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA PENGAJIAN BAHASA MODEN FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK

More information

ISM Circular: 20 –2005

ISM Circular: 20 –2005 ISM PUBLIC FOR IMMEDIATE RELEASE CENTRAL SYSTEM FOR MOTOR INSURANCE NO CLAIM DISCOUNT (NCD) 30 June 2010 All motor insurance and takaful companies in Malaysia have integrated their sales systems with the

More information

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc BERITA AVAIL 1) PROGRAM KICK START WITH AVAIL 2017 (TERKINI)!! Berita BAIK!! Syarikat akan mengadakan satu program iaitu Kick Start With Avail 2017. Program ini merupakan program pembukaan bagi tahun 2017.

More information

华小董事觉醒运动缘起

华小董事觉醒运动缘起 1998 年教育 ( 家长教师协会 ) 条例 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA - GURU) 1998 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 130(2)(i) Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan

More information

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MANUAL PENGENDALIAN UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (ULBS) BAHASA CINA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH

More information

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri Longrich China Incentive Trip Promotion Promotional Period : From 18 th March 2013 to 12 th May 2013 Qualification Requirements Entitlement 7,000PV Incentive RM 1,250 (1) During the promotional period

More information

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun Program Akumulasi Perak TM (SAP) Program Akumulasi Perak TM (Silver Accumulation Program TM ) bertujuan memudahkan orang ramai untuk membuat simpanan perak dengan modal serendah RM100 sahaja. Program ini

More information

1

1 C C S 通函 Circular 中国船级社 (2012 年 ) 通函第 87 号总第 249 号 2012 年 9 月 17 日 ( 共 5 页 ) 发 : 总部相关处室 各分社 / 办事处并转船公司 发送 SSA 时船舶识别指南 - 转发马来西亚航运通告 NPM43/2010 马来西亚海事主管机关近期向港口当局 / 委员会 船东 航运代理 船长 船上海员以及其它航运机构下发航运通告 NPM43/2010,

More information

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN BAB 1 : PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Terdapat pelbagai pandangan mengenai genre cerpen dalam dunia kesusasteraan bahasa Cina. Ramai pengkaji menjalankan kajian terhadap asalusul cerpen. Antaranya, terdapat

More information

BAB SATU

BAB  SATU shopping dan rap juga dicampurkan langsung ke dalam ayat berita hiburan, tetapi versi bahasa Cina yang sedia ada tidak digunakan. Begitu juga kata bahasa Inggeris yang telah diakronimkan dan bersifat singkat,

More information

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire E-Warranty Guidelines 在线注册使用指南 Garis Panduan E-Waranti ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire Attention / 留意 / Perhatian 1 Every unit of ColumbusAire is entitled for

More information

Penghargaan

Penghargaan BAB 4 ANALISIS DATA 4.0 PENGENALAN Kajian ini dijalankan untuk meneliti keupayaan mahasiswa/i etnik Melayu mentranskripsikan dan membezakan komponen utama fonetik bahasa Mandarin dari aspek mendengar dalam

More information

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan Pengguna-pengguna bahasa di Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain secara sengaja atau tanpa disedari ke dalam pertuturan khususnya di konteks yang tidak

More information

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Menurut Statistik Perangkaan Banci Penduduk 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai

More information

Contents Bahasa Indonesia

Contents Bahasa Indonesia Visit www.tp-link.com/support for user guides, FAQs, warranty & more Quick Installation Guide Wi-Fi Camera TP-Link Technologies Co., Ltd. Specifications are subject to change without notice. is a registered

More information

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p 1. TAJUK INOVASI Ng Sing Yee yee.mika@yahoo.com GAMBAR & KARAKTER CINA (Bahasa Cina (SK)) (Tempat Pertama Kategori Pelajar Guru) 2. OBJEKTIF 1. Menggabungkan teknik melukis dalam kaedah Tafsiran Gambar

More information

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau KSA TRAINING & CONSULTANCY SDN. BHD. www.ksatraining.com.my Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan

More information

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc BERITA AVAIL 1) AVAIL PAKEJ IPO (TERKINI)!! Berita BAIK!! Syarikat telah menjalankan satu promosi yang sangat hebat sempena Avail Go Public 2022. Pakej tersebut ialah Avail Pakej IPO. Terdapat 5 SET pilihan

More information

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran SJKC KEOW KUANG BUKIT KECIL, BUKIT MERTAJAM PENILAIAN PEMAHAMAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5 (MAC 2017) Soalan 1 hingga 16 BAHAGIAN A [20 markah] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Perdana

More information

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc Lampiran A Teks bacaan (bahasa Cina) 我爱你 三个字看来非常简单, 但是要随便从一些人的口中喊出来, 有时的确有些困难 因为东方人不像西方洋人那么随便, 他们时常把 I love you 挂在嘴边, 不但对自己的爱人常说我爱你, 就算首次见面的美女, 他也敢向对方说出我爱你 自然成习惯后, 就造成洋人太过开放 太过随便, 爱 字就变成没什么价值了 坦白说, 我对家人从来也不曾说过

More information

PowerPoint Presentation

PowerPoint Presentation Phone script to make Appointments Life Planner: Good morning / afternoon, may I speak to [ Customer s First Name ] please? [ If not comfortable to use First Name, then use Mr./Mrs./Ms. ] Customer: Yes

More information

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

MENINGKATKAN  KEMAHIRAN MENGENAL  PASTI  KOMPONEN-KOMPONEN  DALAM  AYAT  TUNGGAL  PENGAJIAN  CINA Meningkatkan Kemahiran Mengenal Pasti Komponen-Komponen dalam Ayat Tunggal Pengajian Cina oleh Chiang Lee Kwun Maktab Perguruan Perlis ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk membantu guru pelatih meningkatkan

More information

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun Sustainable Education 8 Penggunaan Kaedah Nyanyian Untuk Meningkatkan Pengetahuan Tentang Cara Pengurusan Bahan Kitar Semula TAN JUN MING 1 CHIN CHEE KEONG 2 1 SJKC ON PONG 2, Pandan Mewah, 68000 Ampang

More information

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc BERITA AVAIL 1) AVAIL PAKEJ IPO (TERKINI)!! Berita BAIK!! Syarikat telah menjalankan satu promosi yang sangat hebat sempena Avail Go Public 2022. Pakej tersebut ialah Avail Pakej IPO. Terdapat 5 SET pilihan

More information

AXA-AFFIN Maximiser-Brochure(Mar2018)

AXA-AFFIN Maximiser-Brochure(Mar2018) Investment-Linked Bancassurance I want to leave a legacy to ensure my family s future AFFIN Maximiser Legacy planning takes on many meanings for different people, however, at its focus is the notion that

More information

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O Tesco Ong Mali 2019 House of Prosperity Contest Frequently Asked Question Q 1: How do I participate in the Ong Mali contest? A: You must shop at any Tesco stores or Tesco Online Shop (GHS) with a minimum

More information

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s Product Testimony Form/ 产品见证表格 / Borang Testimoni Produk Personal Details / 个人资料 /Keterangan Diri Name/ 姓名 / Nama IC No/ 身份证号码 / No Kad Pengenalan Age/ 年龄 / Umur Gender/ 性别 / Jantina : Male/ 男 / Lelaki

More information

Income Family Micro-Insurance and Savings Scheme 英康低收入家庭保险兼储蓄计划 Skim Simpanan dan Insurans-Mikro Keluarga Income Income Family Micro-Insurance and Savings Scheme (IFMISS) Supporting families in crisis

More information

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN BAB 3: METODOLOGI 3.1 PENGENALAN Penyelidik telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Dr Tan Kay Teh yang disusun oleh setiausaha alumni Universiti Nanyang untuk menyempurnakan kajian ini. Antara pertemuan

More information

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc AVAIL BEAUTY SDN BHD (599827-W) (AJL 931505) WISMA AVAIL N0. 23, Jalan Kenari 17E, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 603-8070 1822 Fax: 603-8070 2622 Website: www.availbeauty.com

More information

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around the World...p11 Kandungan Mengenai Kumon...p13 Lembaran

More information

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around the World...p11 Kandungan Mengenai Kumon...p13 Lembaran

More information

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep Southern University College Academic Journal, Volume 3, August 2015 鞙南方大学学 鞚第 3 卷 姓 2015 8 姓 Yow Cheun Hoe, Antara China dengan Tanah Tempatan: Satu Kajian Pemikiran Dwipusat di Kalangan Penulis Cina di

More information

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang 3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang akan hinggap di atas bunga yang mempunyai lima kelopak

More information

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e Bancassurance Service Guide WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can enjoy these value added

More information

一月 JANUARI

一月  JANUARI 兰瑙培文小学 2015 年行政周历 TAKWIM SJK ( C ) PAI WEN,RANAU 2015 日期 TARIKH 星期 HARI 课程 Kurikulum 一月 JANUARI 学生事务 Hal Ehwal Murid 1/1 四 /khamis 元旦假期 / Cuti Tahun Baru 2015 兼修课程 KoKurikulum 2/1 五 / jumaat Pengemaskinian

More information

Date 14 Oct 2003

Date 14 Oct 2003 SEMBAWANG SECONDARY SCHOOL http://www.sembawangsec.moe.edu.sg 30 Sembawang Crescent Singapore 757704 Tel: 67566760 Fax: 67585380 2 July 2015 Dear Parents/Guardian, We would like to thank you for supporting

More information

Travel Protector Flight delays. Loss of luggage. Illness. An accident. Whether you are on a business trip or on holiday with your family, any of these

Travel Protector Flight delays. Loss of luggage. Illness. An accident. Whether you are on a business trip or on holiday with your family, any of these BANCASSURANCE Travel Protector For your safety wherever you travel Call us now at 03-5516 9988, visit Alliance Bank branches or log on to www.alliancebank.com.my Underwritten by MSIG Insurance (Malaysia)

More information

各位记者先生,小姐

各位记者先生,小姐 恢复小学母语教授数理运动 研讨会暨 还我母语教育 明信片推介礼 董总主席叶新田讲词 日期 :2007 年 7 月 8 日地点 : 董教总教育中心 402 礼堂 今天, 董教总联合马来西亚华校校友联总 隆雪中华大会堂 马来西亚南洋大学校友会 马来西亚留台联总 马来西亚留华同学会 也联合马来族群团体大马学术团体 人民宗教学校理事会以及马来西亚淡米尔教育研究与发展基金会 公民关怀组织等在此举办 恢复小学母语教授数理运动

More information

CONTENTS English Message for Lenten Campaign 2017 Introduction Lenten Campaign 2017 Rationale for Lenten Campaign Logo Weekly Reflections 2017 Year A

CONTENTS English Message for Lenten Campaign 2017 Introduction Lenten Campaign 2017 Rationale for Lenten Campaign Logo Weekly Reflections 2017 Year A i CONTENTS English Message for Lenten Campaign 2017 Introduction Lenten Campaign 2017 Rationale for Lenten Campaign Logo Weekly Reflections 2017 Year A Activities Summary & Guidelines Archdiocesan Office

More information

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban Bancassurance Service Guide Panduan Perkhidmatan Bankasurans 银行保险服务指南 1 WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product

More information

<4D6963726F736F667420576F7264202D203130342D31AE61AAF8B74EA8A3A65EC2D05FADD7A5BFAAA95F2DB1D0B0C8B342A65EC2D0205F315F>

<4D6963726F736F667420576F7264202D203130342D31AE61AAF8B74EA8A3A65EC2D05FADD7A5BFAAA95F2DB1D0B0C8B342A65EC2D0205F315F> 雅 加 達 臺 灣 學 校 104-1 班 親 會 各 班 家 長 建 議 事 項 各 處 室 回 覆 處 理 情 形 表 * 班 親 會 時 間 :2015/10/3 小 學 部 下 午 13:00 中 學 部 下 午 14:00 Tanggapan Sekolah Jakarta Taipei School terhadap Feedback Orang Tua Murid Tahun Ajaran

More information

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧 LAMPIRAN G KOD TEKS/IMEJ SAMPEL KAJIAN Sampel B1 Kod 妈妈给我织的小背心 挺好看吧? B1A Singlet yang ibu tenun buat saya. Nampak cantik kan? B1B 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik. Bolehkah saya memakainya? Okey.

More information

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran ( BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif dan soalan kajian serta kepentingan kajian. Pengkaji juga akan menyatakan batasan kajian

More information

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 2016-06-03 KBRI Beijing 印尼馆 KBRI Beijing bekerja sama dengan ASEAN China Center (ACC) telah menyelenggarakan acara pembukaan Wonderful Indonesia

More information

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63> 华小董事会章程样本 ( 马来文版本 ) 这份华小董事会章程样本只供参考 各校董事会应根据各自的具体情况, 拟定本身的董事会章程 注意事项 : 在这份华小董事会章程样本里, 有关加黑的条文或段落是必须具有的 (2008 年 1 月修订 ) SURATCARA PENGELOLAAN LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) ABCD,

More information

社團改組資料

社團改組資料 育達科技大學學生社團基本資料卡 Yu Da University of Science and Technology 學年度 Tahun akademik Kartu Informasi Dasar Siswa Sekolah 社團名稱 Nama komunitas 類別 : 學生自治團體 Kategori: Grup otonomi mahasiswa 社辦地址 : Alamat sosial:

More information

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey NEWS RELEASE NEWS RELEASE 30 th June 2009 Merdeka Center poll: Youth well informed but politically disconnected KUALA LUMPUR - Malaysian youth in general seem to be well informed on current issues but

More information

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb Peragaan Runcit 杂货经营 5 Prinsip Pengurusan Barang Dagangan(Merchandising) 个推销规划的原则 Dalam keluaran yang lepas, kami telah berkongsi bersama anda beberapa tip untuk menghasilkan peragaan yang baik untuk kedai

More information

BAB 5

BAB 5 BAB 5 KESIMPULAN 5.1 Pengenalan Perbincangan bab ini dibahagikan kepada 2 bahagian utama. Bahagian pertama, meninjau dapatan kajian dan yang kedua, mengemukakan cadangan yang sesuai untuk kajian masa depan.

More information

Microsoft Word - Avail News _Ogos 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _Ogos 2017_.doc BERITA AVAIL 1) PROMOSI PANGKAT TERBARU (TERKIN)!! Syabas & Tahniah kepada pemimpin pemimpin yang terhebat dan digelar pangkat GM pada Bulan Bonus Ogos 2017!! Kejayaan cemerlang khas kepada GM terbaru,

More information

Penghargaan

Penghargaan BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 PENGENALAN Bab 5 akan memaparkan kesimpulan berdasarkan analisis kesilapan yang dijalankan dalam Bab 4. Selain daripada itu, bab ini akan disusuli dengan implikasi kajian,

More information

三年级音乐世界全年计划

三年级音乐世界全年计划 Pesanan kepada pengguna RPT DSM bagi versi BC: TEGAS DIMAKLUMKAN BAHAWA Dokumen ini adalah diterjemahkan oleh ANNABELLE LAW dengan merujuk kepada DSK versi BM 2012 dan DSP MEI 2012 kerana setakat ini diketahui

More information

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总 Subject Format / Topics English Language Paper 1 Duration: 1 h 50 min Total marks: 70 Editing Skills, Situational Writing Skills, Continuous Writing Skills Paper 2 Duration: 1 h 50 min Comprehension and

More information

AXA-Wealth Edu Brochure (2015)

AXA-Wealth Edu Brochure (2015) Investment-Linked I want the BEST for my child... starting from NOW Wealth Edu An investment-linked insurance plan that complements your education savings a comprehensive plan to show your love to your

More information

Microsoft Word - Avail News _Januari 2015_.doc

Microsoft Word - Avail News _Januari 2015_.doc AVAIL BEAUTY SDN BHD (599827-W) (AJL 931505) WISMA AVAIL N0. 23, Jalan Kenari 17E, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 603-8070 1822 Fax: 603-8070 2622 Website: www.availbeauty.com

More information

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty: AVAIL BEAUTY SDN BHD (599827-W) (AJL 931505) WISMA AVAIL N0. 23, Jalan Kenari 17E, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 603-8070 1822 Fax: 603-8070 2622 Website: www.availbeauty.com

More information

四年级第二 次月考范围

四年级第二 次月考范围 二 零 一 五 年 度 培 华 小 学 一 年 级 评 鉴 四 考 试 Skop Penilaian 4 Tahun 1(Tahun 2015) Malaysia Cina Inggeris 道 德 Moral Seni Buku Teks : Unit 19 Unit 25 (m/s 84-m/s 115) Lembaran Kerja Pentaksiran Berasakan Sekolah

More information

28 EN-PRUlink golden managed 01

28 EN-PRUlink golden managed 01 All data is as of 31 December 2015 unless otherwise stated Features of Fund Eastspring Investments Berhad (531241-U) All data is as of 31 December 2015 unless otherwise stated How the Fund has performed

More information

Transcript from Wang Yi Video.indd

Transcript from Wang Yi Video.indd 王怡牧师 Mandarin 亲爱的唐牧师, 各位牧师同工, 还有弟兄姐妹, 平安 我是一位中国家庭教会的牧师 我不能来参加这次大会, 说明这次大会很重要 在但以理感受到极大的争战的时候, 耶和华的使者向他显现, 说我来晚了 21 天, 是因为我与波斯的魔君争战, 所以有天使长米迦勒来帮助我, 要将神的国 祂的百姓将来所要遇到的称赞 要来告诉他们 我们感谢主, 带领着全球的华人教会, 带领着中国的家庭教会

More information

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH (PBS) NAIB PN. LIANG FEI SHIN PN. LEE CHAI YENG (TAHAP 1) CIK TUEH SHE PING (TAHAPN 2) KPBM: PEMENTORAN KPBI

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH (PBS) NAIB PN. LIANG FEI SHIN PN. LEE CHAI YENG (TAHAP 1) CIK TUEH SHE PING (TAHAPN 2) KPBM: PEMENTORAN KPBI JAWATANKUASA SKPM NAIB PN. PUANG LIANG HUI (S/U KURIKULUM) PN. ONG JEK BEE (GURU MEDIA) ENCIK TAN TAI HOCK (GURU DATA) PN. ANG SOIT NEE (DISIPLIN) PN. LOO YEE NAK (GURU BIMBINGAN) ENCIK SEE ENG GUAN (S/U

More information

Trinity-43.indd

Trinity-43.indd July 2010 Issue No 43 Berita TMC 三一家訊 TMC Newsletter Psalm 90:12 Teach us to number our days aright, that we may gain a heart of wisdom. Mazmur 90:12 Ajarlah kami menghitung hari-hari sedemikian, hingga

More information

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介 MOTHER TONGUE LANGUAGE (CL) RESPECT RESPONSIBILTY TEAMWORK LIFELONG LEARNING 武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介 多元的评价形式 帮助学生改善学习, 让学生学习得更投入 更有意义 1) 日常教学中的评价 通过提问和互动对学生进行评价 2) 有规划的评价 学期测验 单元练习 评价性任务, 如朗读 讲述 复述故事 口语互动等

More information

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t Global Transfer FREE instant fund transfer. Powered by Citi. Transfer funds across the globe* in an instant Easy, fast and convenient MEMBER *Refer to the list of countries available inside. Transfer funds

More information

Dear Parents,

Dear Parents, MOE/FVPS/363/ July 0 Dear Parents/Guardians, RE: Primary 6 Prelims Schedule. The Preliminary Examination will take place on the following dates: Date Subject Duration 4 August (Tuesday) & August (Wednesday)

More information

Microsoft Word - Avail News _November 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _November 2017_.doc BERITA AVAIL 1) PROMOSI PANGKAT TERBARU (TERKIN)!! Syabas & Tahniah kepada pemimpin pemimpin yang terhebat dan digelar pangkat GM pada Bulan Bonus November 2017!! Kejayaan cemerlang khas kepada GM terbaru,

More information

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2015 KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA

More information

四年级第二 次月考范围

四年级第二 次月考范围 二 零 一 六 年 度 培 华 小 学 一 年 级 评 鉴 三 考 试 Skop Penilaian 3 Tahun 1(Tahun 2016) Malaysia Inggeris Buku Teks : unit 11-17 ( m/s48-77 ) Buku Aktiviti Jilid 1 : unit 11-15 ( m/s53-76 ) Sistem : Topik 6-8 ( m/s17-26

More information

ZC501N_UM_FrontPg

ZC501N_UM_FrontPg model / ZC 501N Rechargeable Search Light/ 可充电手提照明灯 /Lampu Kecemasan Boleh Dicas Semula Instruction Manual / 说明指示书 /Buku Panduan Please read this manual carefully before operating this product. Keep this

More information

A LEGACY OF WELLNESS MESSAGE FROM THE CEO THE LITTLE GUYS... OUR CHAMPIONS! Frank VanderSloot, CEO 2013 was another record year at Melaleuca! In fact,

A LEGACY OF WELLNESS MESSAGE FROM THE CEO THE LITTLE GUYS... OUR CHAMPIONS! Frank VanderSloot, CEO 2013 was another record year at Melaleuca! In fact, THREE INGREDIENTS FOR CUSTOMER LOYALTY. PAGE 10 M E L A L E U C A LEADERSHIP IN ACTION BUILDING YOUR BUSINESS APRIL 2014 Alwin Thong Executive Director ENHANCING THE LIVES OF THOSE WE TOUCH SM Issue 48,

More information

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves 1. Study Information PARTICIPANT INFORMATION SHEET & CONSENT FORM Research Title: Behaviours on Digital Platforms Principal Investigator: Dr Natalie Pang Senior Research Fellow, Social Lab Institute of

More information

icctv user guide manual.indd

icctv user guide manual.indd 1 Index Performing icctv Installation Pemasangan icctv icctv 安装演示 3 10 17 2 Performing icctv Installation To install icctv, download the software from the software vendor s web site or insert the CD- ROM

More information

CPB89 A5 Booklet Employer ALL

CPB89 A5 Booklet Employer ALL GUIDE ON EMPLOYMENT LAWS FOR EMPLOYERS 雇主的雇佣资讯 PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG PEKERJAAN UNTUK PARA MAJIKAN If you are hiring employees in Singapore, do you know that you have certain obligations under

More information

February LIA

February LIA MCKAY S MESSAGE: I WILL DO IT! PAGE 13 M E L A L E U C A LEADERSHIP IN ACTION BUILDING YOUR BUSINESS FEBRUARY 2013 Shirley Ding Chin Lee Executive Director II ENHANCING THE LIVES OF THOSE WE TOUCH SM Issue

More information

To:

To: Credit Card PIN & PAY Frequently Asked Questions (FAQ) 1. What is a PIN & PAY card? PIN & PAY card is a PIN - enabled card that allows you to make purchase by keying in a 6-digit PIN, with no signature

More information

01-20_CN209_CVR+BCK copy

01-20_CN209_CVR+BCK copy CALVARYNEWS A PUBLICATION OF CALVARY CHURCH SEPTEMBER 2018 ISSUE 209 PP5911/11/2012(031323) pledging in faith Serve in the Newness of the Spirit A Dialysis Centre, an Expression of God s Love Mission Possible

More information

Microsoft Word - PDPA2010.doc

Microsoft Word - PDPA2010.doc PERSONAL DATA PROTECTION NOTICE The Personal Data Protection Act 2010 ( Act ) regulates the processing of personal data in commercial transactions. Due to its nature of activities, REVITA LIFESTYLE SDN

More information

JERIH PAYAH KASIH KAMU... Seorang saudara dalam Kristus yang baru-baru dibebaskan dari penjara memberi komen ini kepada salah satu staf kami: Setiap h

JERIH PAYAH KASIH KAMU... Seorang saudara dalam Kristus yang baru-baru dibebaskan dari penjara memberi komen ini kepada salah satu staf kami: Setiap h 2015 Edition Prison Fellowship Newsletter Malaysia www.pfmalaysia.org In This Edition Page 4 Family Care Page 5 PFM Reports Page 6 Launching of CPP Page 7 Angel Tree Page 9 Walk for Jesus This newsletter

More information

5 阅读理解二 (2 篇 ) Chinese 试卷一 : 2 个小时 (60 分 ) 1. 实用文 私人电邮 - 分享类 ( 分享经验 / 心得 ) 公务电邮 - 投诉类 2. 作文 (3 题选一 ) 命题作文 ( 写人 ) 命题作文 ( 写事 ) 情境作文 试卷二 : 1 个小时 30 分钟 (

5 阅读理解二 (2 篇 ) Chinese 试卷一 : 2 个小时 (60 分 ) 1. 实用文 私人电邮 - 分享类 ( 分享经验 / 心得 ) 公务电邮 - 投诉类 2. 作文 (3 题选一 ) 命题作文 ( 写人 ) 命题作文 ( 写事 ) 情境作文 试卷二 : 1 个小时 30 分钟 ( Subject English Language Format / Topics Paper 1 50 min Total marks: 70 (35%) Editing Skills (10 marks), Situational Writing Skills (30 marks), Continuous Writing Skills (30 marks) Paper 2 50 min Total

More information

LEGACY OF WELLNESS MESSAGE FROM THE CEO Turning Dreams into Reality with Character A MESSAGE FROM CEO FRANK VANDERSLOOT When we were young, we used to

LEGACY OF WELLNESS MESSAGE FROM THE CEO Turning Dreams into Reality with Character A MESSAGE FROM CEO FRANK VANDERSLOOT When we were young, we used to LEADERSHIP IN ACTION BUILDING YOUR BUSINESS MOMS: Achieving Their Dreams with Melaleuca! 妈妈们 : 与美乐家实现梦想! IBU: Mencapai Impian Mereka dengan Melaleuca! ENHANCING THE LIVES OF THOSE WE TOUCH Issue 52, RM10.00

More information

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda BM - 0 rancangan pembangunan perniagaan CNI kandungan BM-1 BM-1 BM-2 BM-3 Selamat Datang Ke Keluarga Besar CNI Keistimewaan Rancangan Pembangunan Perniagaan CNI Sistem Kenaikan Pangkat Bagaimana Pelan

More information