(b) apabila anggota itu meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis tiga bulan kepada Menteri; atau (c) apabila tamat tempoh jawatannya. Pemba

Similar documents
华小董事觉醒运动缘起

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

PowerPoint Presentation

1. NAMA DAN ALAMAT PENDAFTARAN 1.1 Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) atau dengan perkataan Inggeris Malaysian

PowerPoint Presentation

SaverBrochure_F 07.ai

ABMB_document_template_v1

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

CashVantage Financing-i Terms & Conditions

ABMB_document_template_v1


BAB SATU

1

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

PERJANJIAN KEAHLIAN (Syarat-syarat) 1. Untuk menjadi seorang Pengedar di "Mc-Ocean Holding Sdn Bhd" (selepas ini dirujuk sebagai Syarikat), pemohon me

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

Offline Fill in a Membership Application Form and pass the form together with a joining fee of RM53 (inclusive of GST) to your introducer, or submit t

ISM Circular: 20 –2005

KANDUNGAN pg 1 pg 2 pg 3-25 PERATURAN PERNIAGAAN PENGEDAR CNI Objektif Perjanjian Pengedar Peraturan Perniagaan Pengedar 目錄 pg 26 pg 27 pg CNI 商

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

1

Travel Protector Flight delays. Loss of luggage. Illness. An accident. Whether you are on a business trip or on holiday with your family, any of these

1

PowerPoint Presentation

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

Perkiraan Sukarela Mekanisme Penyelamat Bagi Mengelak Tindakan Undang-Undang Kebankrapan Akta Insolvensi 1967 menyediakan Perkiraan Sukarela (VA) seba

Microsoft Word - PDPA2010.doc

GWPPC T&C _edited

HEALTH A-Plus Junior CriticalCare A closer look at the benefits Medical advancements for the treatment and early detection of critical illnesses have

CPB89 A5 Booklet Employer ALL

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model I am my business s guardian I am my staff s employer Many people depend on

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

AXA-Wealth Edu Brochure (2015)

REFERRAL REWARDS PROGRAM

CC-CompanyProfile-A4.pdf

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

Tajuk

Penghargaan

ZC501N_UM_FrontPg

AXA-AFFIN Maximiser-Brochure(Mar2018)

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he

Benefits at a glance Maximise the potential of your money and stay protected Having a reserve fund in place can help ensure that you and your loved on

Minit Mesyuarat

Á ÂÛÚÐ %ÜÝ $&'%ÜÞ $&' ()*!( (( ß!à á â;ã ) äæåçpèé+êë;ì í îý 6%!3 % ª«% 0.% ±,7 ² ³ µ! 08 %!¹º» 9%% ¼½ 9¾ yà * ïð Á Â Ã Ä ÅÇÆ È $È :; É ;< É => É <? É

TRANSFEROR ( 转让人 ) 股份转让表格 SHARE TRANSFER FORM MLD/R036 (R7-11/04/2011) Stamp Duty RM10.00 Processing Fees RM3.00 I of do hereby agree to transfer my R

Product Suitability Assessment Form

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

Privacy Notice

Q: Must the Relationship Managers or sales persons handling the investment products of SCSB be licensed? Does that mean your RMs are now under SCSB? W

The solution to your financial and protection needs Makes your money work harder and smarter for you If you want to get your life feeling right, you h

What is Sun MaxiMed-i? It is an individual top up hospitalisation and surgical takaful plan with surplus sharing to provide for expenses on hospitalis

Microsoft Word - AG867AFS2010

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

PROTECTION A-Life Signature A closer look at the benefits All these years, you have been their provider and protector. You ve wiped away every tear. C

Protection. Investment. Guaranteed Cash Payment! 1 Plan 3 Purposes While most insurance policies act solely as a protection plan, Allianz provides you


Increase Your income and protection with 1 plan We at Allianz believe that an insurance plan should be more than just protection. offers You the oppor

ƒ / 8ˆŠ $$! Œ* Ž Œ* Ž +-,/ ,/ :<;>=? :<;>=? C D E C D E 8O-PQ 8O-PQ ) )) '+UTWVX-YZ ) )) '+UTWVX-YZ & [ \ & ]-^ )_ `

u œ e e "!"#$%&('()*&+(,.-"/ "+7(*&+.#$8 CDA3B E&F&G3I J&K JML N!O"PRQS ""## $!% :;&<MTU &' V (! ]&^ 'Z '[\ )'_ *`&a!'+ ef&g3h

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

Each entry must have a label attached to the back of the entry at the top right-hand corner. All information must be clearly written in block letters

Penghargaan

HEALTH A-Plus BabyCare A closer look at the benefits The Schedule of Benefits of A-Plus BabyCare: A-Plus BabyCare is an optional add-on ( rider ) that

28 EN-PRUlink golden managed 01

Kertas 1

竞赛规则 2015 年大华银行 年度之画 竞赛 1. 参赛资格 1.1 大华银行 年度之画 竞赛 ( 以下简称 竞赛 ) 的主办单位为大华银行 ( 马来西亚 ) 有限公司 ( 以下简称 马来西亚大华银行 ) 若参赛画作在邮寄途中遗失或遭到损坏, 马来西亚大华银行将不会以任何方

PROTECTION A-LifeLink 2 A closer look at the benefits How to get started? PROTECTION AND SAVINGS IN ONE PLAN A-LifeLink 2 covers death and Total and P

BAB SATU

Microsoft Word - MY_Stern Warning on Product Selling on Internet Classified Ad Sites_1 Feb 2017.docx

Frequently Asked Questions on GST

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

Distribution 210x297mm_for web

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

Microsoft Word - Avail News _Ogos 2017_.doc

17.EN-PRUlink education income fund 01

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Let Allianz protect Your retirement, what s in it for me? helps You build a bigger nest egg for a more comfortable retirement. To enjoy a happy and co

3. You will not engage in unlawful multi-level marketing, such as a pyramid scheme, on TypefaceMe. 4. You will not upload viruses or other malicious c

Microsoft Word - Avail News _November 2017_.doc

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

CEC’s Annual English Competition

OAC travel leaflet new fa new

Transcription:

YB Dr. Ong Kian Ming Ahli Parlimen Serdang Dewan Rakyat Kuala Lumpur 24 Julai 2017 Kepada Datuk Roosme Binti Hamzah Setiausaha Dewan Rakyat Pindaan Rang Undang Undang Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2010 Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Mengikut peruntukkan Seksyen 55 (3) dan 57 (2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat, saya ingin mengemukakan pindaan terhadap D.R. 7/2017 seperti yang berikut: Satu Bahagian Baru yang bertajuk Tribunal Pemandu Teksi dan Pemandu Kenderaan E-Hailing 259. Suatu tribunal yang dikenali sebagai Tribunal Pemandu Teksi dan Pemandu Kenderaan E-Hailing hendaklah ditubuhkan. Keanggotaan Tribunal 260. (1) Tribunal hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri: (a) seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; dan (b) tidak kurang daripada lima orang anggota (i) yang merupakan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau orang yang berkelayakan mengikut pengertian Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166], Ordinan Peguam Bela Sabah [Bab 2] atau Ordinan Peguam Bela Sarawak [Bab 110], mengikut kehendak keadaan; (2) Anggota yang disebut dalam perenggan (1)(b) (a) hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun; dan (b) adalah layak untuk dilantik semula apabila tamat tempoh jawatannya tetapi tidak boleh dilantik lebih daripada tiga tempoh berturut-turut. (2) Anggota yang disebut dalam perenggan (1)(b) (a) hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun; dan (b) adalah layak untuk dilantik semula apabila tamat tempoh jawatannya tetapi tidak boleh dilantik lebih daripada tiga tempoh berturut-turut. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi 261. Jika kerana apa-apa sebab Pengerusi tidak dapat melaksanakan fungsi-fungsinya atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan fungsi-fungsi Pengerusi. Pengosongan jawatan 262. Jawatan seseorang anggota Tribunal hendaklah menjadi kosong (a) apabila anggota itu mati;

(b) apabila anggota itu meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis tiga bulan kepada Menteri; atau (c) apabila tamat tempoh jawatannya. Pembatalan pelantikan 263. Menteri boleh membatalkan pelantikan seseorang anggota Tribunal yang dilantik di bawah perenggan 260 (1)(b) (a) jika kelakuannya, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Tribunal atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga memburukkan nama Tribunal (b) jika dia menjadi tak berupaya untuk menjalankan kewajipannya dengan sepatutnya sebagai anggota Tribunal; (c) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan (i) suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) suatu kesalahan di bawah mana-mana undangundang yang berhubungan dengan rasuah; (iii) suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau (iv) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun; (d) jika dia dihukum bankrap; (e) jika dia didapati atau disahkan tak sempurna akal atau selainnya tak berupaya untuk menguruskan urusannya; atau (f) jika dia tidak menghadiri sidang Tribunal tiga kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran daripada Pengerusi. Peletakan jawatan 263. Seseorang anggota Tribunal yang dilantik di bawah perenggan 260 (1)(b) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis tiga bulan kepada Menteri. Pengisian kekosongan 264. Jika seseorang anggota terhenti menjadi anggota Tribunal, Menteri boleh melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan itu selama baki tempoh yang baginya anggota yang mengosongkan jawatan itu telah dilantik. Saraan 265. (1) Anggota Tribunal yang dilantik di bawah perenggan 260 (1)(a) hendaklah dibayar apa-apa elaun tetap dan elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. (2) Anggota Tribunal yang dilantik di bawah perenggan 260 (1)(b) hendaklah dibayar (a) elaun harian sidang semasa Tribunal bersidang; dan (b) elaun penginapan, perjalanan dan sara hidup, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. (3) Saraan yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) dan (2) hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan. Setiausaha Tribunal dan pegawai lain 266. (1) Seorang Setiausaha hendaklah dilantik kepada Tribunal dan apa-apa bilangan pegawai yang perlu bagi menjalankan fungsi-fungsi Tribunal. (2) Pengerusi hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawaipegawai Tribunal. (3) Bagi maksud Akta ini, Setiausaha kepada Tribunal hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai Tribunal. Pekhidmat awam 267. Semua anggota dan pegawai Tribunal, semasa menunaikan kewajipan mereka sebagai anggota dan pegawai

sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan. Tiada tindakan terhadap Tribunal 268. Akta Pelindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] adalah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Tribunal atau terhadap mana-mana anggota atau pegawai Tribunal berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu. Sidang Tribunal 269. (1) Bidang kuasa Tribunal hendaklah dijalankan oleh mana-mana orang yang berikut bersidang sendirian: (a) Pengerusi Tribunal; (b) Timbalan Pengerusi Tribunal; atau (c) mana-mana anggota Tribunal yang dipilih oleh Pengerusi. (2) Tribunal boleh bersidang dalam dua sidang atau lebih pada hari dan masa dan di tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi. (3) Jika orang yang mempengerusikan apa-apa prosiding berkenaan dengan sesuatu tuntutan mati atau menjadi tak upaya, atau atas apa-apa sebab lain tidak dapat menyelesaikan pendengaran itu atau membereskan prosiding itu, prosiding itu hendaklah didengar semula oleh seorang anggota lain Tribunal, melainkan jika pihak-pihak bersetuju prosiding itu diteruskan oleh seorang anggota lain Tribunal. (4) Jika tempoh pelantikan mana-mana anggota Tribunal di bawah seksyen ini tamat semasa apa-apa prosiding belum selesai berkenaan dengan sesuatu tuntutan, tempoh pelantikannya hendaklah disifatkan telah dilanjutkan sehingga tuntutan itu dibereskan dengan muktamad. Pemulaan prosiding 270. Seseorang pemandu boleh mengemukakan kepada Tribunal suatu tuntutan dalam borang yang ditetapkan bersama dengan fi yang ditetapkan menuntut apa-apa kerugian yang ditanggung atas apa-apa perkara tentang kepentingannya sebagai pengguna di bawah Akta ini. Bidang kuasa Tribunal 271. (1) Tertakluk kepada seksyen 272, Tribunal hendaklah mempunyai bidang kuasa jika jumlah amaun yang berkenaan dengannya award Tribunal diminta adalah tidak melebihi sepuluh ribu ringgit. (2) Tertakluk kepada subseksyen (1), seseorang penentang kepada sesuatu tuntutan boleh membangkitkan suatu hutang atau tuntutan jumlah tertentu sebagai (a) pembelaan; atau (b) tuntutan balas. (3) Jika penentang membangkitkan suatu hutang atau tuntutan jumlah tertentu mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (2) Tribunal hendaklah (a) memberi kuat kuasa kepada pembelaan itu; atau (b) mendengar dan memutuskan tuntutan balas itu walaupun tuntutan asal telah ditarik balik, ditinggalkan atau dibatalkan. (4) Apa-apa tuntutan yang dikemukakan kepada Tribunal boleh termasuk kerugian atau kerosakan yang berbangkit. (5) Tribunal juga berhak untuk mendengar mana-mana pertikaian di antara pemandu teksi ataupun pemandu kenderaan e-hailing dengan syarikat pemegang lessen secara langsung ataupun syarikat yang mempunyai lessen pelesenan perniagaan pengantaraan.

Peluasan bidang kuasa melalui perjanjian 272. (1) Walaupun amaun atau nilai hal perkara yang dituntut atau yang dipertikaikan melebihi sepuluh ribu ringgit,tribunal hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan tuntutan jika pihak-pihaknya telah membuat suatu perjanjian secara bertulis bahawa Tribunal hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan tuntutan itu. (2) Suatu perjanjian boleh dibuat di bawah subseksyen (1) (a) sebelum tuntutan itu dikemukakan di bawah seksyen 269; atau (b) jika suatu tuntutan telah dikemukakan di bawah seksyen 269, pada bila-bila masa sebelum Tribunal merekodkan penyelesaian yang dipersetujui berkenaan dengan tuntutan itu di bawah subseksyen 278(3) atau telah memutuskan tuntutan itu di bawah seksyen 282, mengikut kehendak keadaan. Peninggalan untuk membawa tuntutan ke dalam bidang kuasa 273. (1) Pihak yang menuntut boleh meninggalkan apa-apa amaun tuntutan yang melebihi sepuluh ribu ringgit supaya dapat membawa tuntutan itu ke dalam bidang kuasa Tribunal. (2) Jika sebahagian daripada sesuatu tuntutan telah ditinggalkan di bawah subseksyen (1), rekod Tribunal bagi penyelesaian yang dipersetujui di bawah subseksyen 107(3) atau award Tribunal di bawah seksyen 112, mengikut kehendak keadaan, yang berhubungan dengan tuntutan itu hendaklah berkuat kuasa bagi melepaskan orang (a) yang menjadi pihak kepada penyelesaian yang dipersetujui itu; atau (b) yang terhadapnya tuntutan dan award yang berikutan dengannya dibuat, daripada liabiliti berkenaan dengan amaun yang ditinggalkan sedemikian. Kausa tindakan tidak boleh dibahagi 274. Tuntutan tidak boleh dibahagi, atau lebih daripada satu tuntutan dibawa, berkenaan dengan perkara yang sama terhadap pihak yang sama bagi maksud membawanya ke dalam bidang kuasa Tribunal. Bidang kuasa tambahan Tribunal 275. (1) Tanpa menyentuh seksyen 269 dan 270 atau keluasan Akta ini, Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menetapkan apa-apa perkara tambahan sebagai perkara dalam bidang kuasa Tribunal. (2) Kuasa Menteri dalam subseksyen (1) tidaklah meliputi apa-apa perkara yang baginya mana-mana undangundang bertulis terpakai jika undang-undang bertulis itu membuat peruntukan bagi suatu mekanisme yang melaluinya pengguna boleh mendapatkan tebus rugi berhubung dengan perkara itu. Penyingkiran bidang kuasa mahkamah 276. (1) Jika sesuatu tuntutan dikemukakan kepada Tribunal dan tuntutan itu adalah dalam bidang kuasa Tribunal, isu yang dipertikaikan dalam tuntutan itu, sama ada sebagaimana yang ditunjukkan dalam tuntutan yang mula-mula atau muncul semasa pendengaran, tidak boleh menjadi perkara dalam prosiding antara pihak yang sama dalam mana-mana mahkamah melainkan jika (a) prosiding di hadapan mahkamah itu telah dimulakan sebelum tuntutan itu dikemukakan kepada Tribunal; atau (b) tuntutan di hadapan Tribunal telah ditarik balik, ditinggalkan atau dibatalkan. (2) Jika perenggan (1)(a) terpakai, isu yang dipertikaikan dalam tuntutan yang dengannya prosiding itu berkaitan, sama ada sebagaimana yang ditunjukkan dalam tuntutan yang mula-mula atau muncul semasa pendengaran, tidak boleh menjadi perkara dalam prosiding antara pihak yang sama di hadapan Tribunal melainkan jika tuntutan di

hadapan mahkamah telah ditarik balik, ditinggalkan atau dibatalkan. Notis tuntutan dan pendengaran 277. Apabila sesuatu tuntutan dikemukakan di bawah seksyen 267, Setiausaha kepada Tribunal hendaklah memberi notis tentang butir-butir mengenai hari, masa dan tempat pendengaran dalam borang yang ditetapkan kepada pihak yang menuntut dan penentang. Rundingan penyelesaian 278. (1) Tribunal hendaklah, berkenaan dengan tiap-tiap tuntutan dalam bidang kuasanya, menilai sama ada, dalam semua hal keadaan, adalah wajar bagi Tribunal untuk membantu pihak-pihak merundingkan suatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan tuntutan itu. (2) Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), dalam membuat penilaian Tribunal hendaklah mengambil kira apa-apa faktor yang, pada pendapat Tribunal, mungkin mencacatkan kemampuan salah satu atau kedua-dua pihak untuk merundingkan penyelesaian yang dipersetujui. (3) Jika pihak-pihak mencapai penyelesaian yang dipersetujui, Tribunal hendaklah bersetuju dan merekodkan penyelesaian itu dan penyelesaian itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah penyelesaian itu adalah award Tribunal. (4) Jika (a) Tribunal mendapati bahawa tidaklah wajar untuknya membantu pihak-pihak merundingkan penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan tuntutan itu; atau (b) pihak-pihak tidak dapat mencapai penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan tuntutan itu, Tribunal hendaklah memutuskan pertikaian itu. Hak untuk hadir pada pendengaran 279. (1) Pada pendengaran sesuatu tuntutan tiap-tiap pihak adalah berhak untuk hadir dan didengar. (2) Tiada pihak boleh diwakili oleh peguam bela dan peguam cara pada sesuatu pendengaran. (3) Tertakluk kepada subseksyen (2) tetapi walau apa pun seksyen 37 Akta Profesion Undang-Undang 1976 (a) sesuatu perbadanan atau kumpulan orang yang tidak diperbadankan boleh diwakili oleh pekerjanya yang digaji sepenuh masa; (b) seseorang orang belum dewasa atau mana-mana orang lain yang tidak berupaya boleh diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga ad litemnya. (4) Jika sesuatu pihak diwakili sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (3), Tribunal boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya perlu bagi memastikan bahawa pihak yang satu lagi kepada prosiding itu tidaklah pada matannya diletakkan dalam keadaan yang kurang baik. Prosiding hendaklah terbuka 280. Semua prosiding di hadapan Tribunal hendaklah terbuka kepada orang ramai. Tatacara hendaklah dituliskan 280A. (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lain Akta ini, prosiding Tribunal hendaklah dijalankan mengikut tatacara yang boleh ditentukan oleh Tribunal dan disiarkan di bawah subseksyen (2). (2) Pengerusi hendaklah menyebabkan supaya tatacara yang ditentukan di bawah subseksyen (1) ditulis dan disiarkan dalam Warta atau dengan apa-apa cara lain yang difikirkan patut oleh Pengerusi. Keterangan 281. (1) Tribunal boleh

(a) mendapatkan dan menerima keterangan bersumpah atau dengan ikrar, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sebagai saksi, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Tribunal untuk didapatkan, diterima atau diperiksa; (b) menghendaki pengemukaan buku, kertas, dokumen, rekod atau benda di hadapannya; (c) mengendalikan sumpah, ikrar atau akuan berkanun, mengikut kehendak keadaan; (d) mendapatkan dan menerima apa-apa keterangan lain dan membuat apa-apa siasatan lain sebagaimana yang difikirkannya patut; (e) memanggil pihak-pihak kepada prosiding itu atau manamana orang lain supaya hadir di hadapannya untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda lain dalam milikannya atau selainnya untuk membantu Tribunal dalam penimbangtelitiannya; (f) menerima keterangan pakar; dan (g) secara umumnya mengarahkan dan melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi maksud mempercepat penentuan tuntutan itu. (2) Sesuatu saman panggilan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah diserahkan dan dikuatkuasakan seolah-olah ia suatu saman yang dikeluarkan oleh mahkamah rendah. Tribunal boleh bertindak semasa pihak tidak hadir 282. Tribunal boleh mendengar dan memutuskan tuntutan yang di hadapannya walaupun mana-mana pihak kepada prosiding itu tidak hadir jika dibuktikan sehingga Tribunal berpuas hati bahawa notis pendengaran telah diserahkan kepada pihak yang tidak hadir itu dengan sewajarnya. Award Tribunal 282. (1) Tribunal hendaklah membuat awardnya tanpa kelengahan dan, jika dapat dilaksanakan, dalam masa enam puluh hari dari hari pertama pendengaran bermula di hadapan Tribunal. (2) Sesuatu award Tribunal di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki satu daripada yang berikut atau lebih: (a) supaya wang diawardkan untuk memberikan pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh orang yang menuntut; (b) supaya kontrak itu diubah atau diketepikan pada keseluruhan atau sebahagiannya; (c) supaya kos untuk atau terhadap mana-mana pihak dibayar; (d) supaya bunga dibayar di atas apa-apa jumlah wang atau award kewangan pada kadar tidak melebihi lapan peratus setahun, melainkan jika telah dipersetujui selainnya antara pihak itu; (j) bahawa tuntutan itu ditolak. Rujukan kepada Hakim Mahkamah Tinggi atas persoalan undang-undang 283. (1) Sebelum Tribunal membuat sesuatu award di bawah seksyen 282, Tribunal boleh, mengikut budi bicaranya, merujukkan kepada seorang Hakim Mahkamah Tinggi sesuatu persoalan undangundang (a) yang berbangkit semasa prosiding; (b) yang, pada pendapat Tribunal, adalah cukup penting untuk mewajarkan rujukan itu; dan (c) yang penentuannya oleh Tribunal membangkitkan, pada pendapat Tribunal, keraguan yang mencukupi untuk mewajarkan rujukan itu. (2) Jika Tribunal merujukkan apa-apa persoalan undang-undang di bawah seksyen (1) bagi keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Tribunal hendaklah membuat awardnya dengan mematuhi keputusan itu. (3) Peguam Persekutuan yang diberi kuasa oleh Peguam Negara bagi maksud itu boleh hadir bagi pihak Tribunal dalam apa-apa prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di bawah seksyen ini. Sebab keputusan

284. Tribunal hendaklah dalam semua prosiding memberikan sebabnya bagi award yang diberikannya dalam prosiding itu. Perintah dan penyelesaian hendaklah direkodkan secara bertulis 285. Tribunal hendaklah membuat atau menyebabkan supaya dibuat suatu rekod bertulis bagi terma (a) tiap-tiap penyelesaian yang dipersetujui yang dicapai oleh pihak-pihak di bawah subseksyen 278(3); dan (b) tiap-tiap award yang dibuatnya di bawah seksyen 282. Keputusan Tribunal adalah muktamad 286. (1) Tiap-tiap penyelesaian yang dipersetujui yang direkodkan oleh Tribunal di bawah subseksyen 107(3) dan tiap-tiap award yang dibuat oleh Tribunal di bawah seksyen 282 (a) hendaklah muktamad dan mengikat semua pihak kepada prosiding itu; dan (b) hendaklah disifatkan sebagai perintah Mahkamah Majistret dan dikuatkuasakan sewajarnya oleh mana-mana pihak kepada prosiding itu. (2) Bagi maksud perenggan (1)(b), Setiausaha kepada Tribunal hendaklah menghantar satu salinan award yang dibuat oleh Tribunal kepada Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa di tempat yang dengannya award itu berkaitan atau di tempat award itu dibuat dan Mahkamah itu hendaklah menyebabkan Salinan itu direkodkan. Penalti jenayah kerana gagal untuk patuh 287. (1) Mana-mana orang yang gagal selepas empat belas hari untuk mematuhi suatu award yang dibuat oleh Tribunal melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Dalam hal kesalahan yang berterusan, pesalah boleh, sebagai tambahan kepada penalti di bawah subseksyen (1), didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Tatacara jika tiada peruntukan dibuat 288. Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana peraturan, Tribunal hendaklah menerima pakai tatacara yang difikirkannya patut dan wajar. Ketiadaan bentuk 289. Tiada prosiding Tribunal atau award atau dokumen lain Tribunal boleh diketepikan atau dibatalkan kerana ketiadaan bentuk. Pelupusan dokumen, dsb. 290. (1) Tribunal boleh, pada penutup prosiding di hadapannya, memerintahkan supaya apa-apa dokumen, rekod, bahan atau harta lain yang dikemukakan semasa prosiding itu dihantarserahkan kepada tuan punyanya yang sah atau dilupuskan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut. (2) Jika selepas tempoh enam bulan tiada seorang pun mengambil milik dokumen, rekod, bahan atau harta lain yang disebut dalam subseksyen (1), pemunyaan dokumen, rekod, bahan atau harta lain itu hendaklah disifatkan telah berpindah kepada dan menjadi terletak hak pada Kerajaan. Tindakan atau peninggalan yang dibuat dengan suci hati 291. Tiada tindakan atau guaman boleh dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap

(a) Tribunal; (b) anggota Tribunal; (c) seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi atau bagi pihak Tribunal, bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati dalam melaksanakan fungsi-fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini. Peraturan-peraturan berkenaan dengan Tribunal 292. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan Tribunal sebagaimana yang perlu atau suai manfaat. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi (a) menetapkan tanggungjawab dan kawalan anggota Tribunal; (b) menetapkan tatacara Tribunal; (c) menetapkan borang; (d) menetapkan dan mengenakan fi dan memperuntukkan cara bagi pemungutan dan pembayaran fi itu; (e) menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki supaya ditetapkan di bawah Bahagian ini. Huraian Bahagian baru ini dikemukakan untuk menangani isu pertikaian ataupun perselisihan di antara pemandu teksi dan/atau pemandu kenderaan ehailing dengan pihak syarikat teksi dan/atau syarikat pengantara ehailing yang berkenaan iaitu pemegang lesen teksi ataupun pemegang lesen ehailing. Model yang digunapakai adalah Tribunal Tuntutan yang telah diperkenalkan dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999. Pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 tidak memberi perlindungan yang secukupnya kepada para pemandu teksi dan pemandu kenderaan e- ahailing. Wujud ketidakseimbangan maklumat dan kuasa antara pihak syarikat dan pihak pemandu yang boleh mengakibatkan hak pihak pemandu tertindas apabila timbul perselisihan dari segi tuntutan fi, bayaran, komisien dan sebagainya. Kekurangan ini mesti dibetulkan dengan penambahbaikan melalui suatu pindaan untuk menubuhkan Tribunal Pemandu Teksi dan Pemandu Kenderaan Ehailing. Saya berharap agar pindaan yang dicadangkan ini dapat dipertimbangkan. Terima kasih, Yang benar, Dr. Ong Kian Ming Ahli Parlimen Serdang