BAB SATU
|
|
- 涎鲜 仝
- 5 years ago
- Views:
Transcription
1 2.9 Kesimpulan Dalam bab ini, pengkaji telah membincang kajian-kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik lepas tentang kewujudan fenomena percampuran kod dalam wacana pertuturan dan penulisan. Ini telah membantu pengkaji mengkaji fenomena percampuran kod dalam berita hiburan akhbar bahasa Cina di Malaysia. BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan Penyelidikan deskriptif ini ialah satu kajian survey untuk mengkaji hasil percampuran kod dari segi leksis dan sosiolinguistik. Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan data yang dipilih bagi penyelidikan ini serta menghuraikan langkahlangkah yang telah digunakan untuk memperoleh data-data yang diperlukan dalam penyelidikan ini. Pengkaji menerangkan kaedah penganalisisan yang digunakan untuk menganalisis data benar atau korpus berita hiburan akhbar bahasa Cina di Malaysia yang memiliki fenomena percampuran kod. Perbincangan tersebut akan dibuat di bawah topik kaedah persampelan, pengumpulan data, pemerhatian, temubual dan kaedah penganalisisan data yang terkumpul. 3.2 Pengumpulan Data-data 40
2 Pengkaji mengumpul data dari dua sumber utama, iaitu melalui akhbar-akhbar tempatan dan kajian-kajian perpustakaan. Pengkaji telah mengumpul item-item leksis bahasa Cina dari tiga jenis akhbar bahasa Cina di Malaysia, iaitu Guang Ming Daily ( 光明日报 )Guāngmíng Rìbào), China Press ( 中国报 Zhōngguó Bào ) dan Mun Sang Poh ( 民生报 Mingshēng Bào) selama lima bulan dari bulan Januari 2007 hingga bulan Mei Dalam ketiga-tiga jenis akhbar ini, terdapat sebanyak ayat berita hiburan akhbar bahasa Cina. Pengkaji hanya dapat mengumpul sebanyak 1132 ayat berita hiburan akhbar bahasa Cina yang mempunyai fenomena percampuran kata-kata bahasa Inggeris sahaja. Selepas menganalisis data dengan teliti 1132 ayat berita hiburan bahasa Cina dalam akhbar-akhbar bahasa Cina di Malaysia, pengkaji mendapat bahawa terdapat banyak pertindihan kata-kata bahasa Inggeris yang dicampurkan terutamanya kata nama khas. Oleh itu, 132 ayat berita hiburan yang memiliki fenomena percampuran kod tidak dianalisis kerana ulangan kata nama khas. Justeru, hanya 1000 ayat berita hiburan bahasa Cina dianalisis. Dengan kata lain, pengkaji hanya memilih 1000 ayat berita hiburan yang mengandungi percampuran kata-kata bahasa Inggeris sebagai data penyelidikan ini. Ini kerana percampuran kod pada tahap leksis kerap wujud sekiranya berbanding dengan percampuran kod pada tahap frasa atau klausa (Nik Safiah, 1989). 3.3 Pemerhatian Pengkaji telah menggunakan masa selama lima bulan untuk mengumpul data penyelidikan dari kolum berita hiburan tiga buah akhbar bahasa Cina di Malaysia, yakni Guang Ming Daily, China Press dan Mun Sang Poh keluaran bulan Januari 2007 hingga Mei Sepanjang proses pengumpulan data, pengkaji juga menjalankan 41
3 pemerhatian tanpa melibatkan diri terhadap corak laras bahasa hiburan dalam akhbarakhbar bahasa Cina Malaysia yang terkumpul. Selepas menjalankan pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa item-item leksis bahasa Inggeris kerap dicampurkan ke dalam ayat berita hiburan dalam akhbar bahasa Cina di Malaysia. Sebaliknya, item-item leksis bahasa Melayu sangat kurang dicampurkan ke dalam ayat hiburan bahasa Cina setempat. Seterusnya, pengkaji memerhatikan ciri-ciri dari struktur linguistik bagi item-item leksis bahasa Inggeris yang dicampurkan lalu membincangkan ciri-ciri tersebut dalam Bab Responden Kajian Responden kajian ini terdiri daripada dua kumpulan, iaitu penulis atau editor berita hiburan akhbar bahasa Cina dan pelajar sekolah menengah Penulis dan Editor Berita Hiburan Pengkaji telah memilih beberapa responden yang terdiri daripada penulis artikel berita hiburan dan editor bahagian berita hiburan akhbar-akhbar bahasa Cina dalam kajian ini. Pengkaji menggunakan kaedah temubual untuk mendapat maklum balas daripada responden-responden tersebut agar mengetahui faktor-faktor yang mengakibatkan itemitem leksis bahasa Inggeris dicampurkan ke dalam ayat-ayat berita hiburan bahasa Cina dalam akhbar bahasa Cina di Malaysia, di samping menjawab soalan-soalan penyelidikan. Soalan-soalan yang ditanya adalah mengenai faktor-faktor yang mengakibatkan item-item 42
4 bahasa Inggeris yang berkenaan dicampurkan secara interbahasa ke dalam ayat-ayat berita hiburan akhbar bahasa Cina di Malaysia ( rujuk Lampiran V). Berikut ialah butir-butir penulis dan editor berita hiburan akhbar-akhbar bahasa Cina di Malaysia yang menjadi responden bagi penyelidikan ini. Jadual 3.1 Butir-butir Responden Temubual No. Nama editor dan Jantina Umur penulis berita hiburan (Tahun) Pengalaman bekerja 1. Kee Teik Hee Lelaki tahun 2. Tneh Khim Liang Lelaki tahun 3. Cheah Hee Teck Lelaki tahun 4. Goh Bee Khoon Lelaki tahun 5. Chuah Moi Ngoh Perempuan tahun 6. Tan Keng Teong Lelaki 28 4 tahun 7. Teo Lay Sze Perempuan 26 3 tahun 8. Quah Hui Zhi Perempuan 25 3 tahun Pelajar Pengkaji telah juga memilih pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Krian, Parit Buntar sebagai responden penyelidikan ini. Sekolah Menengah Kebangsaan Krian ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di utara Perak. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan soal selidik untuk menanya pelajar supaya memperoleh maklum balas tentang kesan-kesan yang timbul akibat fenomena percampuran item-item leksis bahasa Inggeris ke dalam ayat-ayat berita hiburan akhbar bahasa Cina. 43
5 Berikut ialah butir-butir pelajar yang menjadi responden bagi penyelidikan ini. Jadual 3.2 Butir-butir Responden Soal Selidik Tingkatan Lelaki Perempuan Jumlah (orang) (orang) (orang) Instrumen Kajian Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan dua instrumen kajian, iaitu kaedah temubual dan soal selidik Temubual Sebelum menjalankan kaedah temubual, pengkaji telah menyediakan soalan-soalan yang akan ditujukan kepada lapan orang responden (rujuk Jadual 3.2). Pengkaji menyediakan 20 soalan temubual bagi responden-responden yang terdiri daripada penulis artikel dan editor berita hiburan akhbar-akhbar bahasa Cina untuk mengetahui faktorfaktor yang mengakibatkan item-item leksis bahasa Inggeris tertentu dicampurkan secara interbahasa ke dalam ayat-ayat berita hiburan bahasa Cina di Malaysia. Maklum balas yang diperolehi daripada responden-responden tersebut akan membantu pengkaji menjawab soalan-soalan penyelidikan demi mencapai objektif kajian ini, iaitu membolehkan pengkaji mengetahui sebab-sebab yang mengakibatkan item-item leksis bahasa Inggeris dicampurkan ke dalam ayat-ayat berita hiburan akhbar bahasa Cina di Malaysia. 44
6 Pengkaji juga menemubual responden-responden (penulis-penulis berita hiburan bahasa Cina di Malaysia) untuk mengetahui bagaimana penulis-penulis tersebut mengenal pasti item leksis bahasa Inggeris yang sesuai untuk dicampurkan ke dalam ayat-ayat berita hiburan bahasa Cina. Maklum balas responden-responden pengkaji rekodkan ke dalam pita rakaman yang tersedia untuk memudahkan kerja penganalisisan pada masa hadapan. Soalan-soalan temubual dilampirkan dalam bahagian Lampiran V Soal Selidik Pengkaji menyediakan satu set soal selidik. Soal selidik tersebut diberikan kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Krian, Parit Buntar, Perak yang kerap membaca ruang hiburan akhbar-akhbar bahasa Cina setempat. Soal selidik ini (rujuk Lampiran VI) akan menanya pelajar-pelajar tentang kesan-kesan percampuran kod dalam berita hiburan terhadap mereka serta pandangan mereka tentang fenomena percampuran kod dalam berita hiburan akhbar bahasa Cina di Malaysia. Pengkaji menggunakan kaedah soal selidik lalu mengemukakan soalan-soalan soal selidik kepada 30 orang pelajar Cina Tingkatan 4 dan 30 orang pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Krian, Parit Buntar, Perak untuk mengetahui kesan-kesan yang timbul terhadap golongan pembaca akhbar akibat fenomena percampuran item-item leksis bahasa Inggeris ke dalam ayat-ayat berita hiburan akhbar bahasa Cina. Soal selidik ini juga membolehkan pengkaji mengetahui pandangan mereka terhadap fenomena percampuran kod dalam ayat-ayat hiburan akhbar bahasa Cina di Malaysia. 45
7 3.6 Kajian Perpustakaan Demi memperoleh maklumat yang cukup mengenai fenomena percampuran kod dalam berita hiburan akhbar bahasa Cina, pengkaji telah merujuk sumber-sumber primer seperti buku akademik, jurnal, buku rujukan dan kertas persidangan. Bahan-bahan rujukan tersebut didapati di Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya, Perpustakaan Asia Timur Universiti Malaya, Perpustakaan New Era di Kajang dan Perpustakaan Kolej Selatan di Johor. Selain itu, pengkaji juga memperoleh maklumat-maklumat yang berkenaan dengan percampuran kod daripada laman-laman web setempat dan luar negara. Pengkaji juga telah merujuk kajian-kajian lepas berkaitan yang pernah dijalankan oleh sarjana-sarjana setempat dan luar negara untuk mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan dengan fenomena percampuran kod dalam laras bahasa hiburan akhbar bahasa Cina. 3.7 Penganalisisan Data-data Pengkaji menganalisis semua data yang dikumpul secara kualitatif dan kuantitatif mengikut kategori Analisis Data Leksis Pengkaji memilih ayat-ayat yang mengandungi item leksis bahasa Inggeris dari 1000 ayat berita hiburan akhbar bahasa Cina. Setiap leksis bahasa Inggeris dianalisis dari kelas katanya secara kuantitatif. Pengkaji mengklasifikasikan item-item leksis bahasa Inggeris yang dicampurkan ke dalam ayat-ayat berita hiburan akhbar bahasa Cina di 46
8 Malaysia dengan menggunakan kaedah kuantitatif dalam bentuk jadual berangka lalu menyampaikannya dalam bentuk carta pai. Seterusnya, pengkaji menganalisis item leksis bahasa Inggeris dari fungsi tatabahasa dan maknanya dengan menggunakan kaedah kualitatif Analisis Data Temubual Selepas menemubual penulis-penulis artikel berita hiburan akhbar dan editor-editor yang menyuntingkan bahagian hiburan akhbar bahasa Cina, pengkaji menganalisis datadata yang telah diperolehi dengan menggunakan kaedah kualitatif. Pengkaji juga menganalisis maklum balas daripada temubual dalam Bab 5, lalu membincangkan sebabsebab wujudnya fenomena percampuran kod dalam berita hiburan akhbar bahasa Cina setempat dan pandangan responden-responen terhadap fenomena linguistik ini dengan menggunakan kaedah kualitatif, yakni dengan kaedah penghuraian Analisis Data Soal Selidik Berdasarkan borang soal selidik dan hasil kajian yang telah dijalankan dalam Bab 5, pengkaji membincangkan pandangan responden-responden terhadap fenomena linguistik ini dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. 3.8 Kesimpulan Pengkaji telah membincangkan data-data yang dipilih serta menghuraikan langkahlangkah yang penting untuk menjalankan penyelidikan ini. Kaedah persampelan, 47
9 pengumpulan data, pemerhatian, temubual dan kaedah penganalisiasan data-data yang sesuai adalah penting dalam penyelidikan ini. Akhirnya, data-data penyelidikan ini dianalisis secara kuantitatif lalu dihuraikan secara kualitatif. BAB 4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Dalam bab ini, pengkaji membincangkan ayat-ayat berita hiburan yang dipilih dari tiga akhbar tempatan bahasa Cina iaitu Guang Ming Daily ( 光明日报 ) Guāngmíng Rìbào), China Press ( 中国报 Zhōngguó Bào ), dan Mun Sang Poh ( 民生报 Mingshēng Bào )dari bulan Januari 2007 hingga bulan Mei Ayatayat berita hiburan yang mempunyai fenomena percampuran kod pada tahap leksis sahaja dipilih untuk dijadikan sebagai data penyelidikan ini. Pengkaji mengkategorikan kata-kata bahasa Inggeris yang dicampurkan ke dalam ayat-ayat berita hiburan akhbar bahasa Cina kepada 12 kelas kata. Pengkaji menganalisis data kajian ini melalui kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif pula digunakan untuk mengkaji kekerapan item-item leksis 48
turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat
BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan Dalam bab ini, data-data yang dipilih untuk tujuan penyelidikan ini serta caracara data tersebut dipungut akan dibincangkan. Seterusnya, kaedah-kaedah menganalisis
More informationKAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN
KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN LAU YOKE LIAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA PENGAJIAN BAHASA MODEN FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK
More informationBAB SATU
shopping dan rap juga dicampurkan langsung ke dalam ayat berita hiburan, tetapi versi bahasa Cina yang sedia ada tidak digunakan. Begitu juga kata bahasa Inggeris yang telah diakronimkan dan bersifat singkat,
More informationAntara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan Pengguna-pengguna bahasa di Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain secara sengaja atau tanpa disedari ke dalam pertuturan khususnya di konteks yang tidak
More informationPengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini
LAMPIRAN I (Soalan Temu Bual) 1 Soalan-soalan yang dikemukakan kepada penulis-penulis iklan bahasa Cina di Malaysia (responden-responden) dalam sesi temu bual: Masa yang diambil: Lebih kurang 1 jam bagi
More informationTajuk
BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif mengenai corak penggunaan metafora dalam puisi tradisional bahasa Cina. Pengkaji akan menganalisis item leksikal yang mengandungi
More informationKAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN
BAB 3: METODOLOGI 3.1 PENGENALAN Penyelidik telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Dr Tan Kay Teh yang disusun oleh setiausaha alumni Universiti Nanyang untuk menyempurnakan kajian ini. Antara pertemuan
More informationPenghargaan
BAB 1 PENGENALAN 1.0 PENGENALAN Hanyu ( 汉语 )atau bahasa Mandarin baku adalah bahasa pengantar bangsa Han( 汉 民族的共同语言 ) yang berasaskan kepada dialek Beijing. Ia adalah bahasa standard yang telah dirasmikan
More informationBahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri
Bahagian A [10 Markah] [Masa dicadangkan: 15 minit] Peta buih di bawahmenunjukkanmasyarakatberbilangkaum di Malaysia. Tulis lima ayat yang lengkaptentang peta buihtersebut. 1. 2. 3. 4. 5. 1 SULIT Bahagian
More informationPenghargaan
BAB 4 ANALISIS DATA 4.0 PENGENALAN Kajian ini dijalankan untuk meneliti keupayaan mahasiswa/i etnik Melayu mentranskripsikan dan membezakan komponen utama fonetik bahasa Mandarin dari aspek mendengar dalam
More informationMENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA
Meningkatkan Kemahiran Mengenal Pasti Komponen-Komponen dalam Ayat Tunggal Pengajian Cina oleh Chiang Lee Kwun Maktab Perguruan Perlis ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk membantu guru pelatih meningkatkan
More informationKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii
DRAF KURIKULUM STANDARD DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SAINS TAHUN LIMA BAGI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA i KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD
More informationKOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S
KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2015 KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA
More information3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi
UJIAN DIAGNOSTIK Sk Seksyen 20,2016 MATEMATIK TAHUN 6 KERTAS 2 1 Jam [60 Nama:.. Kelas:. Jawab semua soalan. 1 Rajah 1 menunjukkan sekeping kad nombor. 736 981 Rajah 1 Nyatakan digit yang mewakili nilai
More informationPowerPoint Presentation
2018/2019年一年级新生报读程序 今年开始 教育部要求全部家长通过上网方式申请一年级所要就读的学校 请 家长参考以下步骤 并点击链接(https://public.moe.gov.my)填写表格 家长可 以在三月一日开始至四月三十日 2个月 期间作出申请 打印后连同所需文 件带来学校 特此声明 并非先到先得,教育局会进行筛选 因此敬请家长不必 争先恐后 PENDAFTARAN TAHUN SATU
More informationPRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy
PRUmultiple crisis cover PRUmultiple crisis cover crisis cover PRUmultiple PRUmultiple crisis cover PRUmultiple crisis cover (TPD) PRUmultiple crisis cover PRUmultiple crisis cover TPD ( 3 ) ( 65 50% 1
More informationPowerPoint Presentation
SELAMAT DATANG KE PLATFORM PERKONGSIAN KEKAYAAN PENGGUNAANTARABANGSA Pengenalan keahlian DMC DMC ditubuhkan pada 2016 dan ibu pejabat DMC telah ditubuhkan di Kuala Lumpur, Malaysia. DMC ialah satu platform
More informationBAB 5
BAB 5 KESIMPULAN 5.1 Pengenalan Perbincangan bab ini dibahagikan kepada 2 bahagian utama. Bahagian pertama, meninjau dapatan kajian dan yang kedua, mengemukakan cadangan yang sesuai untuk kajian masa depan.
More informationKertas 1
SULIT 32/1 32/1 Bahasa Cina Kertas 1 Ogos 2008 1 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008 KEDAH DARUL AMAN 2008 年 初 中 评 审 预 试 BAHASA CINA 华 文 Kertas 1 试 卷 一 Masa : Satu jam 时 间 :1 小 时 JANGAN
More informationCLS Newsletter No.15 慈 大 華 語 通 訊 第 十 五 月 慈 濟 大 學 語 言 教 學 中 心 活 動 預 告 活 重 要 記 事 重 特 約 專 文 進 泰 國 印 尼 慈 濟 學 校 華 語 教 師 培 訓 慈 濟 人 文 活 動 分 享 動 要 預 記 華 語 教 入 師 華 培 語 訓 語 工 音 作 的 分 世 享 界 嚴 趙 玉 彥 真 老 高 季 節 泰 班
More informationMicrosoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc
Lampiran A Teks bacaan (bahasa Cina) 我爱你 三个字看来非常简单, 但是要随便从一些人的口中喊出来, 有时的确有些困难 因为东方人不像西方洋人那么随便, 他们时常把 I love you 挂在嘴边, 不但对自己的爱人常说我爱你, 就算首次见面的美女, 他也敢向对方说出我爱你 自然成习惯后, 就造成洋人太过开放 太过随便, 爱 字就变成没什么价值了 坦白说, 我对家人从来也不曾说过
More informationPenghargaan
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 PENGENALAN Bab 5 akan memaparkan kesimpulan berdasarkan analisis kesilapan yang dijalankan dalam Bab 4. Selain daripada itu, bab ini akan disusuli dengan implikasi kajian,
More informationKAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN
BAB 1 : PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Terdapat pelbagai pandangan mengenai genre cerpen dalam dunia kesusasteraan bahasa Cina. Ramai pengkaji menjalankan kajian terhadap asalusul cerpen. Antaranya, terdapat
More informationIsi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian
BIL KURSUS KOD KURSUS NAMA AKTIVITI/TEMPAT /TARIKH/ PENSYARAH PENGIRING INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN ( Bahasa Cina Pendidikan
More information四年级第二 次月考范围
二 零 一 六 年 度 培 华 小 学 一 年 级 评 鉴 三 考 试 Skop Penilaian 3 Tahun 1(Tahun 2016) Malaysia Inggeris Buku Teks : unit 11-17 ( m/s48-77 ) Buku Aktiviti Jilid 1 : unit 11-15 ( m/s53-76 ) Sistem : Topik 6-8 ( m/s17-26
More informationMicrosoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc
BERITA AVAIL 1) PROGRAM KICK START WITH AVAIL 2017 (TERKINI)!! Berita BAIK!! Syarikat akan mengadakan satu program iaitu Kick Start With Avail 2017. Program ini merupakan program pembukaan bagi tahun 2017.
More informationteh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai
Pesta Filem Mikro Antarabangsa China 2016-2017 Panduan Penyertaan Pertandingan Filem Mikro Antarabangsa Teh & Cinta http://esperanto.cri.cn/teokajamo2016c/ (Chinese) http://esperanto.cri.cn/teokajamo2016e/
More informationSustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun
Sustainable Education 8 Penggunaan Kaedah Nyanyian Untuk Meningkatkan Pengetahuan Tentang Cara Pengurusan Bahan Kitar Semula TAN JUN MING 1 CHIN CHEE KEONG 2 1 SJKC ON PONG 2, Pandan Mewah, 68000 Ampang
More information华小董事觉醒运动缘起
1998 年教育 ( 家长教师协会 ) 条例 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA - GURU) 1998 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 130(2)(i) Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan
More informationBAB SATU
BAB 2 SOROTAN KAJIAN-KAJIAN LEPAS 2.1 Pengenalan Pengkaji telah merujuk kepada kajian-kajian lepas tentang fenomena percampuran kod yang pernah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji di luar negara mahupun
More informationMicrosoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Menurut Statistik Perangkaan Banci Penduduk 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai
More informationKAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN
BAB 2: TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN 2.1 PENGENALAN Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan teori metafora yang popular dalam bidang bahasa figuratif. Teori metafora terbahagi kepada 4 kategori iaitu
More informationThis study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves
1. Study Information PARTICIPANT INFORMATION SHEET & CONSENT FORM Research Title: Behaviours on Digital Platforms Principal Investigator: Dr Natalie Pang Senior Research Fellow, Social Lab Institute of
More informationMicrosoft Word - ULBS BC SPM doc
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MANUAL PENGENDALIAN UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (ULBS) BAHASA CINA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH
More informationMicrosoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc
BERITA AVAIL 1) AVAIL PAKEJ IPO (TERKINI)!! Berita BAIK!! Syarikat telah menjalankan satu promosi yang sangat hebat sempena Avail Go Public 2022. Pakej tersebut ialah Avail Pakej IPO. Terdapat 5 SET pilihan
More informationLangkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun
Program Akumulasi Perak TM (SAP) Program Akumulasi Perak TM (Silver Accumulation Program TM ) bertujuan memudahkan orang ramai untuk membuat simpanan perak dengan modal serendah RM100 sahaja. Program ini
More informationSaverBrochure_F 07.ai
TAKAFUL SAVER Menabung untuk kesejahteraan masa depan. 今天的投资, 明天的保障 produk berlandaskan syariah nasihat kewangan profesional pengurusan dana islam Konsep Takaful Takaful ialah satu konsep yang berasaskan
More informationBook Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep
Southern University College Academic Journal, Volume 3, August 2015 鞙南方大学学 鞚第 3 卷 姓 2015 8 姓 Yow Cheun Hoe, Antara China dengan Tanah Tempatan: Satu Kajian Pemikiran Dwipusat di Kalangan Penulis Cina di
More informationWHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban
Bancassurance Service Guide Panduan Perkhidmatan Bankasurans 银行保险服务指南 1 WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product
More informationChinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总
Subject Format / Topics English Language Paper 1 Duration: 1 h 50 min Total marks: 70 Editing Skills, Situational Writing Skills, Continuous Writing Skills Paper 2 Duration: 1 h 50 min Comprehension and
More informationWHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e
Bancassurance Service Guide WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can enjoy these value added
More information1
C C S 通函 Circular 中国船级社 (2012 年 ) 通函第 87 号总第 249 号 2012 年 9 月 17 日 ( 共 5 页 ) 发 : 总部相关处室 各分社 / 办事处并转船公司 发送 SSA 时船舶识别指南 - 转发马来西亚航运通告 NPM43/2010 马来西亚海事主管机关近期向港口当局 / 委员会 船东 航运代理 船长 船上海员以及其它航运机构下发航运通告 NPM43/2010,
More informationGONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format of English Language Paper (SA2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1
GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Our Ref No: 1 / E / 361 18 August 201 To: Parents/Guardians of P Pupils No.1 Tampines Street 42 S pore 29176 Tel: 6783 1191 Fax: 6788 0004 Email: gsps@moe.edu.sg Website: www.gongshangpri.moe.edu.sg/
More informationGONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format Of English Language Paper (Sa2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1
GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Our Ref No: 16/E/368 24 August 2016 To: Parents/Guardians of P Pupils No.1 Tampines Street 42 S pore 29176 Tel: 6783 1191 Fax: 6788 0004 Email: gsps@moe.edu.sg Website: www.gongshangpri.moe.edu.sg/
More informationMicrosoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc
BERITA AVAIL 1) AVAIL PAKEJ IPO (TERKINI)!! Berita BAIK!! Syarikat telah menjalankan satu promosi yang sangat hebat sempena Avail Go Public 2022. Pakej tersebut ialah Avail Pakej IPO. Terdapat 5 SET pilihan
More informationJAWATANKUASA PENERBITAN KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP AMB. JANUARI 2008 (BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IP
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP amb. Januari 2008 (Bahasa Cina Pendidikan Rendah) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Jalan College,
More informationISM Circular: 20 –2005
ISM PUBLIC FOR IMMEDIATE RELEASE CENTRAL SYSTEM FOR MOTOR INSURANCE NO CLAIM DISCOUNT (NCD) 30 June 2010 All motor insurance and takaful companies in Malaysia have integrated their sales systems with the
More informationBookCatalog FINAL
Katalog BUKU OBOR Belia * Pelajaran Alkitab & Umum * Siri Asas Kerpercayaan Kristian Siri Bimbingan Remaja * Kanak-Kanak & Keluarga * Siri Kaunselling Pastoral Siri Kupasan Alkitab * Siri Kaunselling *
More information4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s
Product Testimony Form/ 产品见证表格 / Borang Testimoni Produk Personal Details / 个人资料 /Keterangan Diri Name/ 姓名 / Nama IC No/ 身份证号码 / No Kad Pengenalan Age/ 年龄 / Umur Gender/ 性别 / Jantina : Male/ 男 / Lelaki
More informationQ9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O
Tesco Ong Mali 2019 House of Prosperity Contest Frequently Asked Question Q 1: How do I participate in the Ong Mali contest? A: You must shop at any Tesco stores or Tesco Online Shop (GHS) with a minimum
More informationColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire
E-Warranty Guidelines 在线注册使用指南 Garis Panduan E-Waranti ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire Attention / 留意 / Perhatian 1 Every unit of ColumbusAire is entitled for
More informationperkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p
1. TAJUK INOVASI Ng Sing Yee yee.mika@yahoo.com GAMBAR & KARAKTER CINA (Bahasa Cina (SK)) (Tempat Pertama Kategori Pelajar Guru) 2. OBJEKTIF 1. Menggabungkan teknik melukis dalam kaedah Tafsiran Gambar
More information四年级第二 次月考范围
二 零 一 五 年 度 培 华 小 学 一 年 级 评 鉴 四 考 试 Skop Penilaian 4 Tahun 1(Tahun 2015) Malaysia Cina Inggeris 道 德 Moral Seni Buku Teks : Unit 19 Unit 25 (m/s 84-m/s 115) Lembaran Kerja Pentaksiran Berasakan Sekolah
More informationGONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format of English Language Paper (SA1) Primary 6 Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1
Our Ref No: 16 / E / 181 30 March 2016 To: Parents/Guardians of P6 Pupils GONGSHANG PRIMARY SCHOOL No.1 Tampines Street 42 S pore 29176 Tel: 6783 1191 Fax: 6788 0004 Email: gsps@moe.edu.sg Website: www.gongshangpri.moe.edu.sg/
More informationMicrosoft Word - Avail News _April 2015_.doc
AVAIL BEAUTY SDN BHD (599827-W) (AJL 931505) WISMA AVAIL N0. 23, Jalan Kenari 17E, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 603-8070 1822 Fax: 603-8070 2622 Website: www.availbeauty.com
More information3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang
3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang akan hinggap di atas bunga yang mempunyai lima kelopak
More informationicctv user guide manual.indd
1 Index Performing icctv Installation Pemasangan icctv icctv 安装演示 3 10 17 2 Performing icctv Installation To install icctv, download the software from the software vendor s web site or insert the CD- ROM
More informationPenghargaan
BAB 2 SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 PENGENALAN : PERKEMBANGAN PPBM2 Pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing (PPBMA) telah bermula di China pada tahun 1950. Selepas dasar pembukaan dan
More informationAsia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey
NEWS RELEASE NEWS RELEASE 30 th June 2009 Merdeka Center poll: Youth well informed but politically disconnected KUALA LUMPUR - Malaysian youth in general seem to be well informed on current issues but
More informationDear Parents,
MOE/FVPS/363/ July 0 Dear Parents/Guardians, RE: Primary 6 Prelims Schedule. The Preliminary Examination will take place on the following dates: Date Subject Duration 4 August (Tuesday) & August (Wednesday)
More informationMicrosoft Word - 15 TanChingChing
PENGGUNAAN KAEDAH ANSUR MAJU UNTUK MEMPERBAIKI KEKEMASAN TULISAN AKSARA BAHASA CINA MURID TAHUN TIGA 运 用 循 序 渐 进 原 则 指 导 写 字 能 够 改 善 小 学 三 年 级 学 生 书 写 硬 笔 字 的 美 观 Tan Ching Ching 陈 菁 菁 PISMP Bahasa Cina
More informationPV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri
Longrich China Incentive Trip Promotion Promotional Period : From 18 th March 2013 to 12 th May 2013 Qualification Requirements Entitlement 7,000PV Incentive RM 1,250 (1) During the promotional period
More information<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>
华小董事会章程样本 ( 马来文版本 ) 这份华小董事会章程样本只供参考 各校董事会应根据各自的具体情况, 拟定本身的董事会章程 注意事项 : 在这份华小董事会章程样本里, 有关加黑的条文或段落是必须具有的 (2008 年 1 月修订 ) SURATCARA PENGELOLAAN LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) ABCD,
More informationKepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:
AVAIL BEAUTY SDN BHD (599827-W) (AJL 931505) WISMA AVAIL N0. 23, Jalan Kenari 17E, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 603-8070 1822 Fax: 603-8070 2622 Website: www.availbeauty.com
More informationJAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH (PBS) NAIB PN. LIANG FEI SHIN PN. LEE CHAI YENG (TAHAP 1) CIK TUEH SHE PING (TAHAPN 2) KPBM: PEMENTORAN KPBI
JAWATANKUASA SKPM NAIB PN. PUANG LIANG HUI (S/U KURIKULUM) PN. ONG JEK BEE (GURU MEDIA) ENCIK TAN TAI HOCK (GURU DATA) PN. ANG SOIT NEE (DISIPLIN) PN. LOO YEE NAK (GURU BIMBINGAN) ENCIK SEE ENG GUAN (S/U
More informationMicrosoft Word - Apendix alla.doc
LAMPIRAN Lampiran A B C SENARAI LAMPIRAN Kajian Kebolehpercayaan Skor Tentang Pentaksiran Karangan Surat Kelulusan Permohonan Soalan-Soalan Ujian Karangan Bahasa Cina SJK(C) Daripada Jabatan Pelajaran
More informationMicrosoft Word - Avail News _Januari 2015_.doc
AVAIL BEAUTY SDN BHD (599827-W) (AJL 931505) WISMA AVAIL N0. 23, Jalan Kenari 17E, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 603-8070 1822 Fax: 603-8070 2622 Website: www.availbeauty.com
More informationContent About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around
Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around the World...p11 Kandungan Mengenai Kumon...p13 Lembaran
More information社團改組資料
育達科技大學學生社團基本資料卡 Yu Da University of Science and Technology 學年度 Tahun akademik Kartu Informasi Dasar Siswa Sekolah 社團名稱 Nama komunitas 類別 : 學生自治團體 Kategori: Grup otonomi mahasiswa 社辦地址 : Alamat sosial:
More informationContents Bahasa Indonesia
Visit www.tp-link.com/support for user guides, FAQs, warranty & more Quick Installation Guide Wi-Fi Camera TP-Link Technologies Co., Ltd. Specifications are subject to change without notice. is a registered
More informationDear Parents,
MOE/FVPS/060/15 26 January 2015 Dear Parents/Guardians, Primary 6 CA Schedule Global Learners of Tomorrow 1. The CA assessment will take place on the following dates: Date / (Day) Subject Duration 9 to
More informationZC501N_UM_FrontPg
model / ZC 501N Rechargeable Search Light/ 可充电手提照明灯 /Lampu Kecemasan Boleh Dicas Semula Instruction Manual / 说明指示书 /Buku Panduan Please read this manual carefully before operating this product. Keep this
More information6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran
SJKC KEOW KUANG BUKIT KECIL, BUKIT MERTAJAM PENILAIAN PEMAHAMAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5 (MAC 2017) Soalan 1 hingga 16 BAHAGIAN A [20 markah] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Perdana
More information28 EN-PRUlink golden managed 01
All data is as of 31 December 2015 unless otherwise stated Features of Fund Eastspring Investments Berhad (531241-U) All data is as of 31 December 2015 unless otherwise stated How the Fund has performed
More information研 究 背 景 我 来 自 巴 都 林 当 师 范 学 院 在 此 之 前, 已 拥 有 两 次 的 实 习 经 验, 分 别 为 期 四 周 与 八 周 如 今, 在 古 晋 市 区 的 甲 校, 进 行 为 期 12 周, 即 第 三 次 的 实 习 生 涯 这 次, 我 被 分 配 教 导 三
KESAN PENGGUNAAN MENGARANG BERPANDUKAN GAMBAR DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN 看 图 作 文 对 提 升 学 生 写 作 的 功 效 Oleh Lee Ngiik Ting 李 玉 珍 geen_89@yahoo.com.tw ABSTRAK Penyelidikan Tindakan ini
More information1
GetMoreFromYourSavings/1Mar2016/ENG/V1 Get More From Your Savings Challenge ( Challenge ) Terms and Conditions 1. The Challenge 1.1. OCBC Bank (Malaysia) Berhad (295400-W) ( OCBC Bank ) presents Get More
More information2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing
Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 2016-06-03 KBRI Beijing 印尼馆 KBRI Beijing bekerja sama dengan ASEAN China Center (ACC) telah menyelenggarakan acara pembukaan Wonderful Indonesia
More information5 阅读理解二 (2 篇 ) Chinese 试卷一 : 2 个小时 (60 分 ) 1. 实用文 私人电邮 - 分享类 ( 分享经验 / 心得 ) 公务电邮 - 投诉类 2. 作文 (3 题选一 ) 命题作文 ( 写人 ) 命题作文 ( 写事 ) 情境作文 试卷二 : 1 个小时 30 分钟 (
Subject English Language Format / Topics Paper 1 50 min Total marks: 70 (35%) Editing Skills (10 marks), Situational Writing Skills (30 marks), Continuous Writing Skills (30 marks) Paper 2 50 min Total
More informationGONGSHANG PRIMARY SCHOOL English Language Paper (SA1) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1 Paper 1 W
GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Our Ref No: 17/E /177 22 March 2017 To: Parents/Guardians of P Pupils No.1 Tampines Street 42, S pore 29176 Tel: 6783 1191 Fax: 6788 0004 Email: gsps@moe.edu.sg Website: www.gongshangpri.moe.edu.sg/
More information17.EN-PRUlink education income fund 01
All data is as of 31 December 2015 unless otherwise stated (Domestic) Features of Fund Investment Objective Investment Strategy & Approach To provide medium to long term accumulation of capital, taking
More informationGONGSHANG PRIMARY SCHOOL English Language Paper (SA) Primary 6 Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing Paper Writin
Our Ref No: 7/ E/78 March 07 To: Parents/Guardians of P6 Pupils GONGSHANG PRIMARY SCHOOL No. Tampines Street 4 S pore 976 Tel: 6783 9 Fax: 6788 0004 Email: gsps@moe.edu.sg Website: www.gongshangpri.moe.edu.sg/
More informationYes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman
The Association of Banks in Malaysia 马来西亚银行公会 Frequently Asked Questions 50 sen Cheque Processing Fee 经常被问及的问题 -50 仙支票处理手续费 1. When will the cheque processing fee be charged? 何时开始收取支票处理手续费? It will be
More informationPowerPoint Presentation
Phone script to make Appointments Life Planner: Good morning / afternoon, may I speak to [ Customer s First Name ] please? [ If not comfortable to use First Name, then use Mr./Mrs./Ms. ] Customer: Yes
More information27. EN-PRUlink golden bond01
All data is as of 31 December 2015 unless otherwise stated Features of Fund Investment Objective Investment Strategy & Approach Aims to provide medium to long term accumulation of capital, taking into
More informationAnne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he
Achieving your savings goal Mencapai matlamat simpanan anda 实现您的储蓄目标 Allianz Allianz Life Life Insurance Insurance Malaysia Malaysia Berhad Berhad (104248-X) (104248-X) (Licensed under the Financial Services
More informationBM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda
BM - 0 rancangan pembangunan perniagaan CNI kandungan BM-1 BM-1 BM-2 BM-3 Selamat Datang Ke Keluarga Besar CNI Keistimewaan Rancangan Pembangunan Perniagaan CNI Sistem Kenaikan Pangkat Bagaimana Pelan
More informationGONGSHANG PRIMARY SCHOOL English Language Paper (SA2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1 Paper 1 W
GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Our Ref No: 17/E /31 28 August 2017 To: Parents/Guardians of P Pupils No.1 Tampines Street 42, S pore 29176 Tel: 6783 1191 Fax: 6788 0004 Email: gsps@moe.edu.sg Website: www.gongshangpri.moe.edu.sg/
More informationBenefits for you and your loved ones Short-term commitment with choice of policy terms Pay for only 4 years to enjoy continuous savings and insurance
Savings I want to achieve optimum savings with short-term commitment AXASaver Accumulate your wealth with a short-term commitment of only 4 years Benefits for you and your loved ones Short-term commitment
More information1
OCBC Express Deal Promotion ( Promotion ) Terms and Conditions OCBCExpressDeal/T&C/1October2014/Eng/v1 1. The Promotion 1.1. OCBC Bank (Malaysia) Berhad ( OCBC ) present the OCBC Express Deal Promotion
More informationMicrosoft Word - AG867AFS2010
DATE : 16 Mac 2010 NO : AG 867 Dear Wealth Managers/Planners and Quality Leaders/Agents, Agency Financing Scheme 2010 Recruitment plays an important role in order to ensure we have the strength in numbers
More informationMicrosoft Word - Avail News _November 2017_.doc
BERITA AVAIL 1) PROMOSI PANGKAT TERBARU (TERKIN)!! Syabas & Tahniah kepada pemimpin pemimpin yang terhebat dan digelar pangkat GM pada Bulan Bonus November 2017!! Kejayaan cemerlang khas kepada GM terbaru,
More informationEDUCATIONAL ISSUES IN MAHUA FICTIONS ( ) By LEONG SOO YEN Thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the re
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EDUCATIONAL ISSUES IN MAHUA FICTIONS (1934-1999) LEONG SOO YEN FBMK 2013 37 EDUCATIONAL ISSUES IN MAHUA FICTIONS (1934-1999) By LEONG SOO YEN Thesis presented to the Senate of
More informationMicrosoft Word - Avail News _Ogos 2017_.doc
BERITA AVAIL 1) PROMOSI PANGKAT TERBARU (TERKIN)!! Syabas & Tahniah kepada pemimpin pemimpin yang terhebat dan digelar pangkat GM pada Bulan Bonus Ogos 2017!! Kejayaan cemerlang khas kepada GM terbaru,
More information各位记者先生,小姐
恢复小学母语教授数理运动 研讨会暨 还我母语教育 明信片推介礼 董总主席叶新田讲词 日期 :2007 年 7 月 8 日地点 : 董教总教育中心 402 礼堂 今天, 董教总联合马来西亚华校校友联总 隆雪中华大会堂 马来西亚南洋大学校友会 马来西亚留台联总 马来西亚留华同学会 也联合马来族群团体大马学术团体 人民宗教学校理事会以及马来西亚淡米尔教育研究与发展基金会 公民关怀组织等在此举办 恢复小学母语教授数理运动
More informationIncome Family Micro-Insurance and Savings Scheme 英康低收入家庭保险兼储蓄计划 Skim Simpanan dan Insurans-Mikro Keluarga Income Income Family Micro-Insurance and Savings Scheme (IFMISS) Supporting families in crisis
More informationJuly 2017 Business Incentive
New Customers Receive RM400 Loyalty Shopping Dollars! 新优惠顾客 RM400 之消费回馈券 Pelanggan Baru Mendapat RM400 Nilai Beli Belah! New Directors earn RM1,688 Guaranteed! 新总监保障分红 赚取 RM1,688! Pengarah Baru Memperolehi
More informationI am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model I am my business s guardian I am my staff s employer Many people depend on
Build a legacy for your family Bina satu legasi untuk keluarga anda 为您的家人建立一份遗产 Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (104248-X) I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model
More informationKata Ganti Nama Diri padankan jawapan yang betul. 1. Kita 我 2. Mereka 你 3. Saya 他 4. Kamu 你 / 你们 5. Kami 他们 6. Awak 大家 7. Dia 我们 Kata Tanya padankan j
Kata Ganti Nama Diri padankan jawapan yang betul. 1. Awak 你 / 你们 2. Dia 你 3. Saya 他 4. Mereka 我 5. Kami 他们 6. Kita 我们 7. Kamu 大家 Kata Arah padankan jawapan yang betul. 1. Dalam 前面 2. Atas 后面 3. Luar 上面
More informationOffline Fill in a Membership Application Form and pass the form together with a joining fee of RM53 (inclusive of GST) to your introducer, or submit t
Effective 1 st June 2016 / Revised January 2017 Offline Fill in a Membership Application Form and pass the form together with a joining fee of RM53 (inclusive of GST) to your introducer, or submit the
More information三年级音乐世界全年计划
Pesanan kepada pengguna RPT DSM bagi versi BC: TEGAS DIMAKLUMKAN BAHAWA Dokumen ini adalah diterjemahkan oleh ANNABELLE LAW dengan merujuk kepada DSK versi BM 2012 dan DSP MEI 2012 kerana setakat ini diketahui
More information