turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

Size: px
Start display at page:

Download "turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat"

Transcription

1 BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan Dalam bab ini, data-data yang dipilih untuk tujuan penyelidikan ini serta caracara data tersebut dipungut akan dibincangkan. Seterusnya, kaedah-kaedah menganalisis data tabii yang digunakan turut dibincangkan. Data penyelidikan ini ialah iklan-iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia yang memiliki fenomena percampuran kod. Terlebih dahulu kajian rintis yang dijalankan sebelum penyelidikan dibincangkan dalam 3.2, dan diikuti oleh perbincangan tentang metod penyelidikan yang digunakan. Kaedah-kaedah penyelidikan tersebut termasuk pengumpulan data, instrumen temu bual, soal selidik dan kaedah penganalisisan data yang digunakan. 3.2 Kajian Rintis Menurut Fraenkel dan Wallen (1990), kajian rintis merupakan cubaan kajian yang dijalankan secara kecil-kecilan dan bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan instrumen kajian dan tatacara penyelidikan. Tambahan pula, suatu penyelidikan akan dapat dikenal pasti sama ada dapat terus dijalankan atau sebaliknya melalui kajian rintis. Sebagai seorang pembaca akhbar bahasa Cina Malaysia, pengkaji mendapati bahawa iklan-iklan perniagaan tempatan yang memiliki fenomena percampuran kod semakin bertambah. Percampuran bahasa telah menjadi salah satu ciri istimewa dalam laras bahasa iklan perniagaan di Malaysia. Dalam proses menjalankan kajian rintis, 50 ayat iklan bahasa Cina dipilih secara rawak daripada salah satu akhbar bahasa Cina tempatan, iaitu Nanyang Siang Pau pada awal tahun Ayat-ayat iklan tersebut 65

2 turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat-ayat iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia. Pelbagai jenis perkataan bahasa Inggeris disisipkan ke dalam ayat-ayat iklan bahasa Cina tersebut, dan hampir semua perkataan tersebut mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Hasil dapatan kajian rintis ini turut membuktikan bahawa kajian ini adalah memadai dan boleh teus dijalankan. 3.3 Pengumpulan Data Pada mulanya, 300 ayat iklan perniagaan bahasa Cina dipetik dari empat akhbar bahasa Cina di Malaysia. Akhbar-akhbar bahasa Cina tempatan tersebut ialah (1) Guang Ming Daily ( 光明日报 ), (2) China Press ( 中国报 ), (3) Nanyang Siang Pau ( 南洋商报 ) dan (4) Oriental Daily ( 东方日报 ) yang diterbitkan dari Julai 2005 hingga Disember 2005, iaitu selama enam bulan. Keempat-empat surat khabar bahasa Cina tersebut mempunyai golongan pembaca yang agak ramai di seluruh Malaysia. Terdapat juga ruang yang tersedia dalam akhbar-akhbar bahasa Cina tersebut agar membolehkan syarikat dan peniaga mempromosikan produk dan perkhidmatan perniagaan masingmasing melalui bahasa dan gambar kepada golongan pembaca dan pengguna di Malaysia. Selepas itu, setiap ayat iklan tersebut dibaca dengan teliti. Didapati bahawa sesetengah ayat tersebut tidak mempunyai fenomena percampuran kod atau mempunyai percampuran perkataan bahasa Melayu. Terdapat juga iklan yang bertindih dan dicampuri oleh terlalu banyak kata nama khas bahasa Inggeris. Faktor ini turut mengakibatkan tidak semua iklan perniagaan tersebut dikaji. Selepas penapisan dan pemilihan dilakukan, sebanyak 100 ayat iklan perniagaan bahasa Cina dipilih dan 66

3 dijadikan sebagai data penyelidikan ini. Iklan-iklan tersebut diterbitkan untuk mempromosikan dan mengiklankan barangan perniagaan tertentu seperti kereta, telefon bimbit, bir, bahan bacaan, makanan segera, pencuci rambut, perabot, alat elektronik, alat tulis, wayang, lagu, nada dering dan sebagainya kepada golongan pengguna tempatan. Selain itu, iklan-iklan perniagaan bahasa Cina tersebut juga mengiklankan dan memperkenalkan perkhidmatan perniagaan, institusi pengajian, jualan murah di pusat beli-belah dan tempat hiburan yang tertentu kepada pembaca-pembaca akhbar bahasa Cina di Malaysia. Tempoh masa selama enam bulan telah digunakan untuk mengumpul data penyelidikan tersebut. 3.4 Instrumen Kajian Dua jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual dan soal selidik. Dengan kata lain, terdapat dua kumpulan responden dalam penyelidikan ini Temu Bual Untuk mencapai objektif penyelidikan ketiga, lima orang penulis iklan bahasa Cina tempatan telah ditemu bual untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mengakibatkan perkataan-perkataan bahasa Inggeris tertentu dicampurkan ke dalam tajuk besar dan ayat iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia. Butir-butir penulispenulis iklan bahasa Cina (responden-responden) yang ditemu bual tersenarai dalam Jadual 1 berikut. 67

4 Penulis iklan BC Jadual 1: Butir-butir lima orang responden yang ditemu bual Jantina Bangsa Pengalaman pengiklanan Ada/Tidak mencampurkan kod dalam iklan W Lelaki Cina 4 tahun Ada C Lelaki Cina 6 tahun Ada K Lelaki Cina 6 tahun Ada M Perempuan Cina 8 tahun Ada B Lelaki Cina 9 tahun Ada Semua penulis iklan yang ditemu bual adalah kaum Cina Malaysia. Mereka mempunyai pengalaman pengiklanan selama sekurang-kurangnya empat tahun. Empat orang daripada mereka berjantina lelaki, manakala hanya seorang yang berjantina perempuan. Semua responden (penulis iklan bahasa Cina) yang ditemu bual mengakui bahawa diri mereka pernah mencampurkan bahasa Inggeris ke dalam ayat iklan perniagaan bahasa Cina yang dihasilkan. Justeru, maklum balas yang diberi oleh mereka dalam sesi temu bual adalah amat berguna dan boleh dipercayai di samping dapat memperkukuh lagi hasil analisis yang dibincangkan dalam 4.4. Untuk mencapai objektif penyelidikan ketiga, pengkaji telah menyediakan soalan-soalan yang ditujukan kepada lima orang penulis iklan bahasa Cina yang ditemu bual (Sila rujuk Lampiran I). Soalan-soalan yang dikemukakan kepada lima orang responden tersebut adalah berbentuk separa berstruktur. Sebahagian besar daripada soalan-soalan tersebut digubal berdasarkan data penyelidikan dan juga hasil analisis bahagian 4.3. Sebagai contoh, melalui temu bual, dapatlah diketahui bahawa faktorfaktor yang mengakibatkan kata sifat (misalnya cool dan in ) dan kata seru bahasa Inggeris (misalnya yeah dan wow ) yang tertentu disisipkan ke dalam iklan perniagaan bahasa Cina. Tambahan pula, melalui sesi temu bual, faktor-faktor yang 68

5 menyebabkan kata-kata singkatan bahasa Inggeris, iaitu CD, VCD, DVD, SMS, MMS, IT, VIP dan OK dicampurkan juga akan dapat diketahui. Maklum balas daripada responden-responden yang ditemu bual akan membantu pengkaji untuk menjawab soalan penyelidikan ini di samping membolehkan objektif kajian ketiga tercapai. Lebih kurang dua jam digunakan untuk bertemu bual dengan setiap penulis iklan. Selepas mendapat persetujuan daripada responden-responden temu bual, pengkaji turut mencatatkan maklum balas mereka dengan menggunakan perakam suara dan pen agar memudahkan kerja penganalisisan yang seterusnya. Seterusnya, maklum balas responden yang telah dirakamkan turut ditranskripsikan. Hasil transkripsi tersebut ditunjukkan sekali lagi kepada responden-responden yang ditemu bual lalu meminta mereka untuk mengesahkan hasil transkripsi tersebut sememangnya maklum balas mereka. Proses ini diperlukan agar memastikan kesahan dan kebolehpercayaan data Soal Selidik Untuk mencapai objektif kedua penyelidikan ini, soal selidik diberi kepada 100 orang responden yang mempunyai umur, taraf pendidikan, latar belakang dan pekerjaan yang berbeza. 20 orang responden soal selidik merupakan mahasiswa dan mahasiswi universiti tempatan. 20 orang lagi responden soal selidik merupakan pelajar sekolah menengah. 20 orang daripada semua responden soal selidik merupakan guru sekolah menengah, manakala 40 orang lagi responden merupakan pembaca akhbar di luar kampus. Umur responden soal selidik adalah antara 15 hingga 65 tahun. Kebanyakan responden berada dalam lingkungan umur 20 hingga 45 tahun. 100 orang responden ini merupakan pengguna bahasa Cina di Malaysia. Mereka juga merupakan pembaca 69

6 akhbar bahasa Cina tempatan. Dari segi taraf pendidikan pula, kebanyakan responden soal selidik telah mencapai taraf pendidikan sekolah menengah dan ke atas. Soal selidik dikemukakan untuk mengetahui pandangan responden terhadap ciri-ciri sesetengah perkataan bahasa Inggeris yang dicampurkan ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia. Misalnya, melalui soal selidik, pengkaji ingin mengetahui pandangan responden tentang sama ada kata-kata adjektif bahasa Inggeris yang dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina tempatan seperti in, hot dan cool adalah berciri moden atau sebaliknya. Tambahan pula, melalui soal selidik, pengkaji juga ingin mengenal pasti adakah cafe, SMS, top-up, yes, CD, VCD, DVD dan bye-bye yang dicampurkan ke dalam iklan-iklan bahasa Cina juga kerap dicampurkan ke dalam pertuturan bahasa Cina di kalangan responden. Selain itu, pengkaji juga ingin mengetahui pandangan responden tentang sama ada kata-kata singkatan bahasa Inggeris seperti CD, VCD, DVD, SMS dan VIP yang disisipkan adalah kelihatan lebih singkat atau sebaliknya sekiranya dibandingkan dengan item-item leksikal bahasa Cina yang sama makna dengannya. Semua soalan dalam borang soal selidik adalah dibentuk dengan berdasarkan hasil dapatan analisis data dan soalan-soalan tersebut adalah berbentuk tertutup (close-ended). (Sila rujuk Lampiran II) 3.5 Penganalisisan Data Selepas semua data primer dan sekunder yang berkenaan dikumpulkan, datadata tersebut dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Bagi penganalisisan kuantitatif, pengkaji mengkategorikan item-item leksikal (termasuk singkatan) bahasa Inggeris yang telah dicampurkan ke dalam iklan-iklan bahasa Cina tempatan kepada beberapa 70

7 kelas kata. Seterusnya, jadual berangka digunakan untuk menunjukkan frekuensi dan peratus kata-kata bahasa Inggeris yang dicampurkan ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia. Daripada jadual yang dibentuk, kata-kata bahasa Inggeris tersebut dikategorikan ke dalam lapan kelas kata lalu dianalisis dengan kaedah kuantitatif. Melalui penganalisisan, kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan akan dapat dikenal pasti. Selain daripada kaedah penganalisisan kuantitatif, kaedah deskriptif juga digunakan dalam penyelidikan ini. Menurut Salkind (1997), kaedah deskriptif merupakan metod penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan dan menghuraikan sesuatu fenomena atau keadaan yang tertentu. Tambahan pula, kaedah deskriptif juga bertujuan untuk menerokai satu bidang yang belum atau kurang dikaji, namun kaedah ini tidak bertujuan untuk menguji kebenaran atau ketepatan sesuatu hipotesis. Dalam 4.3, pengkaji menganalisis dan membincangkan ciri-ciri perkataan bahasa Inggeris yang dicampurkan ke dalam tema dan ayat huraian iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia berserta. Pengkaji hanya menganalisis dan membincangkan ciri-ciri item leksikal bahasa Inggeris tersebut dari segi linguistik sahaja. Tambahan pula, maklum balas 100 orang responden soal selidik tersebut dianalisis dengan kaedah manual. Ciri-ciri sesetengah perkataan bahasa Inggeris yang dicampurkan turut dibincangkan berdasarkan maklum balas mereka. Dengan kata lain, maklum balas responden soal selidik memperkukuh lagi hasil analisis tentang ciri-ciri sesetengah item leksikal bahasa Inggeris yang dicampurkan ke dalam iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia. 71

8 Seterusnya, maklum balas penulis-penulis iklan bahasa Cina tempatan yang ditemu bual dikemaskinikan. Kaedah kualitatif digunakan dalam membincangkan faktor-faktor yang mengakibatkan kata-kata bahasa Inggeris tersebut dicampurkan iklan perniagaan bahasa Cina tempatan. 3.6 Kesimpulan Selain daripada menjalankan kajian rintis dan memungut data, dua jenis instrumen, iaitu temu bual dan soal selidik juga digunakan dalam penyelidikan ini untuk mencapai objektif kajian tertentu. Terdapat dua kumpulan responden dalam kajian ini, iaitu responden temu bual dan responden soal selidik. Responden temu bual terdiri daripada lima orang penulis iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia, manakala responden soal selidik terdiri daripada 100 orang pengguna bahasa Cina di Malaysia yang juga merupakan pembaca iklan bahasa Cina. Dari segi kaedah penganalisisan data pula, kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan untuk menganalisis data-data penyelidikan yang diperoleh. Data-data kajian ini termasuk iklan-iklan perniagaan yang dipungut dari akhbar bahasa Cina Malaysia, maklum balas responden temu bual dan soal selidik. 72

BAB SATU

BAB  SATU 2.9 Kesimpulan Dalam bab ini, pengkaji telah membincang kajian-kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik lepas tentang kewujudan fenomena percampuran kod dalam wacana pertuturan dan penulisan.

More information

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

Pengiklanan  merupakan  sebahagian daripada  proses  pembudayaan  dan  pemasyarakatan  pengguna  hari  ini LAMPIRAN I (Soalan Temu Bual) 1 Soalan-soalan yang dikemukakan kepada penulis-penulis iklan bahasa Cina di Malaysia (responden-responden) dalam sesi temu bual: Masa yang diambil: Lebih kurang 1 jam bagi

More information

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan Pengguna-pengguna bahasa di Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain secara sengaja atau tanpa disedari ke dalam pertuturan khususnya di konteks yang tidak

More information

BAB SATU

BAB  SATU shopping dan rap juga dicampurkan langsung ke dalam ayat berita hiburan, tetapi versi bahasa Cina yang sedia ada tidak digunakan. Begitu juga kata bahasa Inggeris yang telah diakronimkan dan bersifat singkat,

More information

Tajuk

Tajuk BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif mengenai corak penggunaan metafora dalam puisi tradisional bahasa Cina. Pengkaji akan menganalisis item leksikal yang mengandungi

More information

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN LAU YOKE LIAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA PENGAJIAN BAHASA MODEN FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK

More information

Penghargaan

Penghargaan BAB 1 PENGENALAN 1.0 PENGENALAN Hanyu ( 汉语 )atau bahasa Mandarin baku adalah bahasa pengantar bangsa Han( 汉 民族的共同语言 ) yang berasaskan kepada dialek Beijing. Ia adalah bahasa standard yang telah dirasmikan

More information

PowerPoint Presentation

PowerPoint Presentation SELAMAT DATANG KE PLATFORM PERKONGSIAN KEKAYAAN PENGGUNAANTARABANGSA Pengenalan keahlian DMC DMC ditubuhkan pada 2016 dan ibu pejabat DMC telah ditubuhkan di Kuala Lumpur, Malaysia. DMC ialah satu platform

More information

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri Bahagian A [10 Markah] [Masa dicadangkan: 15 minit] Peta buih di bawahmenunjukkanmasyarakatberbilangkaum di Malaysia. Tulis lima ayat yang lengkaptentang peta buihtersebut. 1. 2. 3. 4. 5. 1 SULIT Bahagian

More information

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN BAB 3: METODOLOGI 3.1 PENGENALAN Penyelidik telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Dr Tan Kay Teh yang disusun oleh setiausaha alumni Universiti Nanyang untuk menyempurnakan kajian ini. Antara pertemuan

More information

Penghargaan

Penghargaan BAB 4 ANALISIS DATA 4.0 PENGENALAN Kajian ini dijalankan untuk meneliti keupayaan mahasiswa/i etnik Melayu mentranskripsikan dan membezakan komponen utama fonetik bahasa Mandarin dari aspek mendengar dalam

More information

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii DRAF KURIKULUM STANDARD DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SAINS TAHUN LIMA BAGI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA i KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD

More information

PowerPoint Presentation

PowerPoint Presentation 2018/2019年一年级新生报读程序 今年开始 教育部要求全部家长通过上网方式申请一年级所要就读的学校 请 家长参考以下步骤 并点击链接(https://public.moe.gov.my)填写表格 家长可 以在三月一日开始至四月三十日 2个月 期间作出申请 打印后连同所需文 件带来学校 特此声明 并非先到先得,教育局会进行筛选 因此敬请家长不必 争先恐后 PENDAFTARAN TAHUN SATU

More information

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Menurut Statistik Perangkaan Banci Penduduk 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai

More information

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

MENINGKATKAN  KEMAHIRAN MENGENAL  PASTI  KOMPONEN-KOMPONEN  DALAM  AYAT  TUNGGAL  PENGAJIAN  CINA Meningkatkan Kemahiran Mengenal Pasti Komponen-Komponen dalam Ayat Tunggal Pengajian Cina oleh Chiang Lee Kwun Maktab Perguruan Perlis ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk membantu guru pelatih meningkatkan

More information

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2015 KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA

More information

Penghargaan

Penghargaan BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 PENGENALAN Bab 5 akan memaparkan kesimpulan berdasarkan analisis kesilapan yang dijalankan dalam Bab 4. Selain daripada itu, bab ini akan disusuli dengan implikasi kajian,

More information

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun Sustainable Education 8 Penggunaan Kaedah Nyanyian Untuk Meningkatkan Pengetahuan Tentang Cara Pengurusan Bahan Kitar Semula TAN JUN MING 1 CHIN CHEE KEONG 2 1 SJKC ON PONG 2, Pandan Mewah, 68000 Ampang

More information

CLS Newsletter No.15 慈 大 華 語 通 訊 第 十 五 月 慈 濟 大 學 語 言 教 學 中 心 活 動 預 告 活 重 要 記 事 重 特 約 專 文 進 泰 國 印 尼 慈 濟 學 校 華 語 教 師 培 訓 慈 濟 人 文 活 動 分 享 動 要 預 記 華 語 教 入 師 華 培 語 訓 語 工 音 作 的 分 世 享 界 嚴 趙 玉 彥 真 老 高 季 節 泰 班

More information

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN BAB 1 : PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Terdapat pelbagai pandangan mengenai genre cerpen dalam dunia kesusasteraan bahasa Cina. Ramai pengkaji menjalankan kajian terhadap asalusul cerpen. Antaranya, terdapat

More information

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc BERITA AVAIL 1) PROGRAM KICK START WITH AVAIL 2017 (TERKINI)!! Berita BAIK!! Syarikat akan mengadakan satu program iaitu Kick Start With Avail 2017. Program ini merupakan program pembukaan bagi tahun 2017.

More information

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi UJIAN DIAGNOSTIK Sk Seksyen 20,2016 MATEMATIK TAHUN 6 KERTAS 2 1 Jam [60 Nama:.. Kelas:. Jawab semua soalan. 1 Rajah 1 menunjukkan sekeping kad nombor. 736 981 Rajah 1 Nyatakan digit yang mewakili nilai

More information

BAB 5

BAB 5 BAB 5 KESIMPULAN 5.1 Pengenalan Perbincangan bab ini dibahagikan kepada 2 bahagian utama. Bahagian pertama, meninjau dapatan kajian dan yang kedua, mengemukakan cadangan yang sesuai untuk kajian masa depan.

More information

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy PRUmultiple crisis cover PRUmultiple crisis cover crisis cover PRUmultiple PRUmultiple crisis cover PRUmultiple crisis cover (TPD) PRUmultiple crisis cover PRUmultiple crisis cover TPD ( 3 ) ( 65 50% 1

More information

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc Lampiran A Teks bacaan (bahasa Cina) 我爱你 三个字看来非常简单, 但是要随便从一些人的口中喊出来, 有时的确有些困难 因为东方人不像西方洋人那么随便, 他们时常把 I love you 挂在嘴边, 不但对自己的爱人常说我爱你, 就算首次见面的美女, 他也敢向对方说出我爱你 自然成习惯后, 就造成洋人太过开放 太过随便, 爱 字就变成没什么价值了 坦白说, 我对家人从来也不曾说过

More information

ISM Circular: 20 –2005

ISM Circular: 20 –2005 ISM PUBLIC FOR IMMEDIATE RELEASE CENTRAL SYSTEM FOR MOTOR INSURANCE NO CLAIM DISCOUNT (NCD) 30 June 2010 All motor insurance and takaful companies in Malaysia have integrated their sales systems with the

More information

Kertas 1

Kertas 1 SULIT 32/1 32/1 Bahasa Cina Kertas 1 Ogos 2008 1 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008 KEDAH DARUL AMAN 2008 年 初 中 评 审 预 试 BAHASA CINA 华 文 Kertas 1 试 卷 一 Masa : Satu jam 时 间 :1 小 时 JANGAN

More information

华小董事觉醒运动缘起

华小董事觉醒运动缘起 1998 年教育 ( 家长教师协会 ) 条例 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA - GURU) 1998 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 130(2)(i) Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan

More information

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai Pesta Filem Mikro Antarabangsa China 2016-2017 Panduan Penyertaan Pertandingan Filem Mikro Antarabangsa Teh & Cinta http://esperanto.cri.cn/teokajamo2016c/ (Chinese) http://esperanto.cri.cn/teokajamo2016e/

More information

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MANUAL PENGENDALIAN UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (ULBS) BAHASA CINA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH

More information

BAB SATU

BAB  SATU BAB 2 SOROTAN KAJIAN-KAJIAN LEPAS 2.1 Pengenalan Pengkaji telah merujuk kepada kajian-kajian lepas tentang fenomena percampuran kod yang pernah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji di luar negara mahupun

More information

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc BERITA AVAIL 1) AVAIL PAKEJ IPO (TERKINI)!! Berita BAIK!! Syarikat telah menjalankan satu promosi yang sangat hebat sempena Avail Go Public 2022. Pakej tersebut ialah Avail Pakej IPO. Terdapat 5 SET pilihan

More information

SaverBrochure_F 07.ai

SaverBrochure_F 07.ai TAKAFUL SAVER Menabung untuk kesejahteraan masa depan. 今天的投资, 明天的保障 produk berlandaskan syariah nasihat kewangan profesional pengurusan dana islam Konsep Takaful Takaful ialah satu konsep yang berasaskan

More information

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian BIL KURSUS KOD KURSUS NAMA AKTIVITI/TEMPAT /TARIKH/ PENSYARAH PENGIRING INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN ( Bahasa Cina Pendidikan

More information

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves 1. Study Information PARTICIPANT INFORMATION SHEET & CONSENT FORM Research Title: Behaviours on Digital Platforms Principal Investigator: Dr Natalie Pang Senior Research Fellow, Social Lab Institute of

More information

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri Longrich China Incentive Trip Promotion Promotional Period : From 18 th March 2013 to 12 th May 2013 Qualification Requirements Entitlement 7,000PV Incentive RM 1,250 (1) During the promotional period

More information

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman The Association of Banks in Malaysia 马来西亚银行公会 Frequently Asked Questions 50 sen Cheque Processing Fee 经常被问及的问题 -50 仙支票处理手续费 1. When will the cheque processing fee be charged? 何时开始收取支票处理手续费? It will be

More information

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN BAB 2: TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN 2.1 PENGENALAN Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan teori metafora yang popular dalam bidang bahasa figuratif. Teori metafora terbahagi kepada 4 kategori iaitu

More information

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda BM - 0 rancangan pembangunan perniagaan CNI kandungan BM-1 BM-1 BM-2 BM-3 Selamat Datang Ke Keluarga Besar CNI Keistimewaan Rancangan Pembangunan Perniagaan CNI Sistem Kenaikan Pangkat Bagaimana Pelan

More information

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc BERITA AVAIL 1) AVAIL PAKEJ IPO (TERKINI)!! Berita BAIK!! Syarikat telah menjalankan satu promosi yang sangat hebat sempena Avail Go Public 2022. Pakej tersebut ialah Avail Pakej IPO. Terdapat 5 SET pilihan

More information

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc AVAIL BEAUTY SDN BHD (599827-W) (AJL 931505) WISMA AVAIL N0. 23, Jalan Kenari 17E, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 603-8070 1822 Fax: 603-8070 2622 Website: www.availbeauty.com

More information

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s Product Testimony Form/ 产品见证表格 / Borang Testimoni Produk Personal Details / 个人资料 /Keterangan Diri Name/ 姓名 / Nama IC No/ 身份证号码 / No Kad Pengenalan Age/ 年龄 / Umur Gender/ 性别 / Jantina : Male/ 男 / Lelaki

More information

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty: AVAIL BEAUTY SDN BHD (599827-W) (AJL 931505) WISMA AVAIL N0. 23, Jalan Kenari 17E, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 603-8070 1822 Fax: 603-8070 2622 Website: www.availbeauty.com

More information

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p 1. TAJUK INOVASI Ng Sing Yee yee.mika@yahoo.com GAMBAR & KARAKTER CINA (Bahasa Cina (SK)) (Tempat Pertama Kategori Pelajar Guru) 2. OBJEKTIF 1. Menggabungkan teknik melukis dalam kaedah Tafsiran Gambar

More information

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 2016-06-03 KBRI Beijing 印尼馆 KBRI Beijing bekerja sama dengan ASEAN China Center (ACC) telah menyelenggarakan acara pembukaan Wonderful Indonesia

More information

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun Program Akumulasi Perak TM (SAP) Program Akumulasi Perak TM (Silver Accumulation Program TM ) bertujuan memudahkan orang ramai untuk membuat simpanan perak dengan modal serendah RM100 sahaja. Program ini

More information

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban Bancassurance Service Guide Panduan Perkhidmatan Bankasurans 银行保险服务指南 1 WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product

More information

icctv user guide manual.indd

icctv user guide manual.indd 1 Index Performing icctv Installation Pemasangan icctv icctv 安装演示 3 10 17 2 Performing icctv Installation To install icctv, download the software from the software vendor s web site or insert the CD- ROM

More information

Penghargaan

Penghargaan BAB 2 SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 PENGENALAN : PERKEMBANGAN PPBM2 Pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing (PPBMA) telah bermula di China pada tahun 1950. Selepas dasar pembukaan dan

More information

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总 Subject Format / Topics English Language Paper 1 Duration: 1 h 50 min Total marks: 70 Editing Skills, Situational Writing Skills, Continuous Writing Skills Paper 2 Duration: 1 h 50 min Comprehension and

More information

Microsoft Word - PDPA2010.doc

Microsoft Word - PDPA2010.doc PERSONAL DATA PROTECTION NOTICE The Personal Data Protection Act 2010 ( Act ) regulates the processing of personal data in commercial transactions. Due to its nature of activities, REVITA LIFESTYLE SDN

More information

社團改組資料

社團改組資料 育達科技大學學生社團基本資料卡 Yu Da University of Science and Technology 學年度 Tahun akademik Kartu Informasi Dasar Siswa Sekolah 社團名稱 Nama komunitas 類別 : 學生自治團體 Kategori: Grup otonomi mahasiswa 社辦地址 : Alamat sosial:

More information

BookCatalog FINAL

BookCatalog FINAL Katalog BUKU OBOR Belia * Pelajaran Alkitab & Umum * Siri Asas Kerpercayaan Kristian Siri Bimbingan Remaja * Kanak-Kanak & Keluarga * Siri Kaunselling Pastoral Siri Kupasan Alkitab * Siri Kaunselling *

More information

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep Southern University College Academic Journal, Volume 3, August 2015 鞙南方大学学 鞚第 3 卷 姓 2015 8 姓 Yow Cheun Hoe, Antara China dengan Tanah Tempatan: Satu Kajian Pemikiran Dwipusat di Kalangan Penulis Cina di

More information

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey NEWS RELEASE NEWS RELEASE 30 th June 2009 Merdeka Center poll: Youth well informed but politically disconnected KUALA LUMPUR - Malaysian youth in general seem to be well informed on current issues but

More information

Microsoft Word - 15 TanChingChing

Microsoft Word - 15 TanChingChing PENGGUNAAN KAEDAH ANSUR MAJU UNTUK MEMPERBAIKI KEKEMASAN TULISAN AKSARA BAHASA CINA MURID TAHUN TIGA 运 用 循 序 渐 进 原 则 指 导 写 字 能 够 改 善 小 学 三 年 级 学 生 书 写 硬 笔 字 的 美 观 Tan Ching Ching 陈 菁 菁 PISMP Bahasa Cina

More information

1

1 C C S 通函 Circular 中国船级社 (2012 年 ) 通函第 87 号总第 249 号 2012 年 9 月 17 日 ( 共 5 页 ) 发 : 总部相关处室 各分社 / 办事处并转船公司 发送 SSA 时船舶识别指南 - 转发马来西亚航运通告 NPM43/2010 马来西亚海事主管机关近期向港口当局 / 委员会 船东 航运代理 船长 船上海员以及其它航运机构下发航运通告 NPM43/2010,

More information

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63> 华小董事会章程样本 ( 马来文版本 ) 这份华小董事会章程样本只供参考 各校董事会应根据各自的具体情况, 拟定本身的董事会章程 注意事项 : 在这份华小董事会章程样本里, 有关加黑的条文或段落是必须具有的 (2008 年 1 月修订 ) SURATCARA PENGELOLAAN LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) ABCD,

More information

JAWATANKUASA PENERBITAN KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP AMB. JANUARI 2008 (BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IP

JAWATANKUASA PENERBITAN KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP AMB. JANUARI 2008 (BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IP Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP amb. Januari 2008 (Bahasa Cina Pendidikan Rendah) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Jalan College,

More information

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e Bancassurance Service Guide WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can enjoy these value added

More information

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran ( BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif dan soalan kajian serta kepentingan kajian. Pengkaji juga akan menyatakan batasan kajian

More information

Microsoft Word - Apendix alla.doc

Microsoft Word - Apendix alla.doc LAMPIRAN Lampiran A B C SENARAI LAMPIRAN Kajian Kebolehpercayaan Skor Tentang Pentaksiran Karangan Surat Kelulusan Permohonan Soalan-Soalan Ujian Karangan Bahasa Cina SJK(C) Daripada Jabatan Pelajaran

More information

Offline Fill in a Membership Application Form and pass the form together with a joining fee of RM53 (inclusive of GST) to your introducer, or submit t

Offline Fill in a Membership Application Form and pass the form together with a joining fee of RM53 (inclusive of GST) to your introducer, or submit t Effective 1 st June 2016 / Revised January 2017 Offline Fill in a Membership Application Form and pass the form together with a joining fee of RM53 (inclusive of GST) to your introducer, or submit the

More information

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O Tesco Ong Mali 2019 House of Prosperity Contest Frequently Asked Question Q 1: How do I participate in the Ong Mali contest? A: You must shop at any Tesco stores or Tesco Online Shop (GHS) with a minimum

More information

Microsoft Word - Avail News _November 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _November 2017_.doc BERITA AVAIL 1) PROMOSI PANGKAT TERBARU (TERKIN)!! Syabas & Tahniah kepada pemimpin pemimpin yang terhebat dan digelar pangkat GM pada Bulan Bonus November 2017!! Kejayaan cemerlang khas kepada GM terbaru,

More information

各位记者先生,小姐

各位记者先生,小姐 恢复小学母语教授数理运动 研讨会暨 还我母语教育 明信片推介礼 董总主席叶新田讲词 日期 :2007 年 7 月 8 日地点 : 董教总教育中心 402 礼堂 今天, 董教总联合马来西亚华校校友联总 隆雪中华大会堂 马来西亚南洋大学校友会 马来西亚留台联总 马来西亚留华同学会 也联合马来族群团体大马学术团体 人民宗教学校理事会以及马来西亚淡米尔教育研究与发展基金会 公民关怀组织等在此举办 恢复小学母语教授数理运动

More information

Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of

Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of 85 Sepanjang Abad ke-20: Kajian tentang Bidang serta Kesannya 1 SU Yingying Institut Bahasa-bahasa Asia dan Afrika Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing. Abstrak Abad ke-20 merupakan tempoh

More information

PowerPoint Presentation

PowerPoint Presentation Phone script to make Appointments Life Planner: Good morning / afternoon, may I speak to [ Customer s First Name ] please? [ If not comfortable to use First Name, then use Mr./Mrs./Ms. ] Customer: Yes

More information

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire E-Warranty Guidelines 在线注册使用指南 Garis Panduan E-Waranti ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire Attention / 留意 / Perhatian 1 Every unit of ColumbusAire is entitled for

More information

Microsoft Word - Avail News _Ogos 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _Ogos 2017_.doc BERITA AVAIL 1) PROMOSI PANGKAT TERBARU (TERKIN)!! Syabas & Tahniah kepada pemimpin pemimpin yang terhebat dan digelar pangkat GM pada Bulan Bonus Ogos 2017!! Kejayaan cemerlang khas kepada GM terbaru,

More information

5 阅读理解二 (2 篇 ) Chinese 试卷一 : 2 个小时 (60 分 ) 1. 实用文 私人电邮 - 分享类 ( 分享经验 / 心得 ) 公务电邮 - 投诉类 2. 作文 (3 题选一 ) 命题作文 ( 写人 ) 命题作文 ( 写事 ) 情境作文 试卷二 : 1 个小时 30 分钟 (

5 阅读理解二 (2 篇 ) Chinese 试卷一 : 2 个小时 (60 分 ) 1. 实用文 私人电邮 - 分享类 ( 分享经验 / 心得 ) 公务电邮 - 投诉类 2. 作文 (3 题选一 ) 命题作文 ( 写人 ) 命题作文 ( 写事 ) 情境作文 试卷二 : 1 个小时 30 分钟 ( Subject English Language Format / Topics Paper 1 50 min Total marks: 70 (35%) Editing Skills (10 marks), Situational Writing Skills (30 marks), Continuous Writing Skills (30 marks) Paper 2 50 min Total

More information

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran SJKC KEOW KUANG BUKIT KECIL, BUKIT MERTAJAM PENILAIAN PEMAHAMAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5 (MAC 2017) Soalan 1 hingga 16 BAHAGIAN A [20 markah] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Perdana

More information

Privacy Notice

Privacy Notice Privacy Notice Notis Privasi This Privacy Notice outlines Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad s ( the Bank ) policy and practices in handling customers personal data. Notis Privasi

More information

Microsoft Word - Avail News _Januari 2015_.doc

Microsoft Word - Avail News _Januari 2015_.doc AVAIL BEAUTY SDN BHD (599827-W) (AJL 931505) WISMA AVAIL N0. 23, Jalan Kenari 17E, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 603-8070 1822 Fax: 603-8070 2622 Website: www.availbeauty.com

More information

28 EN-PRUlink golden managed 01

28 EN-PRUlink golden managed 01 All data is as of 31 December 2015 unless otherwise stated Features of Fund Eastspring Investments Berhad (531241-U) All data is as of 31 December 2015 unless otherwise stated How the Fund has performed

More information

July 2017 Business Incentive

July 2017 Business Incentive New Customers Receive RM400 Loyalty Shopping Dollars! 新优惠顾客 RM400 之消费回馈券 Pelanggan Baru Mendapat RM400 Nilai Beli Belah! New Directors earn RM1,688 Guaranteed! 新总监保障分红 赚取 RM1,688! Pengarah Baru Memperolehi

More information

四年级第二 次月考范围

四年级第二 次月考范围 二 零 一 六 年 度 培 华 小 学 一 年 级 评 鉴 三 考 试 Skop Penilaian 3 Tahun 1(Tahun 2016) Malaysia Inggeris Buku Teks : unit 11-17 ( m/s48-77 ) Buku Aktiviti Jilid 1 : unit 11-15 ( m/s53-76 ) Sistem : Topik 6-8 ( m/s17-26

More information

Contents Bahasa Indonesia

Contents Bahasa Indonesia Visit www.tp-link.com/support for user guides, FAQs, warranty & more Quick Installation Guide Wi-Fi Camera TP-Link Technologies Co., Ltd. Specifications are subject to change without notice. is a registered

More information

Q: Must the Relationship Managers or sales persons handling the investment products of SCSB be licensed? Does that mean your RMs are now under SCSB? W

Q: Must the Relationship Managers or sales persons handling the investment products of SCSB be licensed? Does that mean your RMs are now under SCSB? W New Subsidiary Standard Chartered Securities (B) Sdn Bhd (SCSB) FAQ Q: What is this? A: In line with regulatory obligations, Standard Chartered Bank has set up a locally incorporated subsidiary, Standard

More information

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang 3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang akan hinggap di atas bunga yang mempunyai lima kelopak

More information

CPB89 A5 Booklet Employer ALL

CPB89 A5 Booklet Employer ALL GUIDE ON EMPLOYMENT LAWS FOR EMPLOYERS 雇主的雇佣资讯 PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG PEKERJAAN UNTUK PARA MAJIKAN If you are hiring employees in Singapore, do you know that you have certain obligations under

More information

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks BAB 1 PENGENALAN 1.0 Latar Belakang Kajian Bahasa merupakan suatu sistem simbol yang digunakan oleh anggota masyarakat bahasa untuk berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka berlandaskan budaya yang

More information

Microsoft Word - Avail News _Oktober 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _Oktober 2017_.doc BERITA AVAIL 1) PROMOSI PANGKAT TERBARU (TERKIN)!! Syabas & Tahniah kepada pemimpin pemimpin yang terhebat dan digelar pangkat GM pada Bulan Bonus Oktober 2017!! Kejayaan cemerlang khas kepada GM terbaru,

More information

Dear Parents,

Dear Parents, MOE/FVPS/363/ July 0 Dear Parents/Guardians, RE: Primary 6 Prelims Schedule. The Preliminary Examination will take place on the following dates: Date Subject Duration 4 August (Tuesday) & August (Wednesday)

More information

27. EN-PRUlink golden bond01

27. EN-PRUlink golden bond01 All data is as of 31 December 2015 unless otherwise stated Features of Fund Investment Objective Investment Strategy & Approach Aims to provide medium to long term accumulation of capital, taking into

More information

ZC501N_UM_FrontPg

ZC501N_UM_FrontPg model / ZC 501N Rechargeable Search Light/ 可充电手提照明灯 /Lampu Kecemasan Boleh Dicas Semula Instruction Manual / 说明指示书 /Buku Panduan Please read this manual carefully before operating this product. Keep this

More information

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧 LAMPIRAN G KOD TEKS/IMEJ SAMPEL KAJIAN Sampel B1 Kod 妈妈给我织的小背心 挺好看吧? B1A Singlet yang ibu tenun buat saya. Nampak cantik kan? B1B 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik. Bolehkah saya memakainya? Okey.

More information

CAG bus_TMFT_eManual

CAG bus_TMFT_eManual CHANGI AIRPORT TANAH MERAH FERRY TERMINAL Shuttle Bus Service CHANGI AIRPORT TANAH MERAH FERRY TERMINAL 樟宜机场 接驳巴士 丹纳美拉渡轮码头 Layanan Shuttle Bus CHANGI AIRPORT TANAH MERAH FERRY TERMINAL Tanah Merah Ferry

More information

Microsoft Word - MY_Stern Warning on Product Selling on Internet Classified Ad Sites_1 Feb 2017.docx

Microsoft Word - MY_Stern Warning on Product Selling on Internet Classified Ad Sites_1 Feb 2017.docx 1 February 2017 STERN WARNING ON PRODUCT SELLING ON INTERNET CLASSIFIED AD SITES Dear Young Living Members and Leaders: Our ongoing mission at Young Living is to provide our members with exceptional products

More information

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH (PBS) NAIB PN. LIANG FEI SHIN PN. LEE CHAI YENG (TAHAP 1) CIK TUEH SHE PING (TAHAPN 2) KPBM: PEMENTORAN KPBI

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH (PBS) NAIB PN. LIANG FEI SHIN PN. LEE CHAI YENG (TAHAP 1) CIK TUEH SHE PING (TAHAPN 2) KPBM: PEMENTORAN KPBI JAWATANKUASA SKPM NAIB PN. PUANG LIANG HUI (S/U KURIKULUM) PN. ONG JEK BEE (GURU MEDIA) ENCIK TAN TAI HOCK (GURU DATA) PN. ANG SOIT NEE (DISIPLIN) PN. LOO YEE NAK (GURU BIMBINGAN) ENCIK SEE ENG GUAN (S/U

More information

1

1 GetMoreFromYourSavings/1Mar2016/ENG/V1 Get More From Your Savings Challenge ( Challenge ) Terms and Conditions 1. The Challenge 1.1. OCBC Bank (Malaysia) Berhad (295400-W) ( OCBC Bank ) presents Get More

More information

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介 MOTHER TONGUE LANGUAGE (CL) RESPECT RESPONSIBILTY TEAMWORK LIFELONG LEARNING 武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介 多元的评价形式 帮助学生改善学习, 让学生学习得更投入 更有意义 1) 日常教学中的评价 通过提问和互动对学生进行评价 2) 有规划的评价 学期测验 单元练习 评价性任务, 如朗读 讲述 复述故事 口语互动等

More information

To:

To: Credit Card PIN & PAY Frequently Asked Questions (FAQ) 1. What is a PIN & PAY card? PIN & PAY card is a PIN - enabled card that allows you to make purchase by keying in a 6-digit PIN, with no signature

More information

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he Achieving your savings goal Mencapai matlamat simpanan anda 实现您的储蓄目标 Allianz Allianz Life Life Insurance Insurance Malaysia Malaysia Berhad Berhad (104248-X) (104248-X) (Licensed under the Financial Services

More information

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb Peragaan Runcit 杂货经营 5 Prinsip Pengurusan Barang Dagangan(Merchandising) 个推销规划的原则 Dalam keluaran yang lepas, kami telah berkongsi bersama anda beberapa tip untuk menghasilkan peragaan yang baik untuk kedai

More information

1

1 OCBC Express Deal Promotion ( Promotion ) Terms and Conditions OCBCExpressDeal/T&C/1October2014/Eng/v1 1. The Promotion 1.1. OCBC Bank (Malaysia) Berhad ( OCBC ) present the OCBC Express Deal Promotion

More information

17.EN-PRUlink education income fund 01

17.EN-PRUlink education income fund 01 All data is as of 31 December 2015 unless otherwise stated (Domestic) Features of Fund Investment Objective Investment Strategy & Approach To provide medium to long term accumulation of capital, taking

More information

各 部 门 工 作 总 结 报 告 19

各 部 门 工 作 总 结 报 告 19 各 部 门 工 作 总 结 报 告 19 20 2015 年 工 作 报 告 书 各 部 门 工 作 总 结 报 告 各 部 门 工 作 总 结 报 告 21 2015 年 整 体 工 作 总 结 报 告 秘 书 长 傅 振 荃 2015 年 对 于 董 总 来 说, 除 了 面 对 种 种 不 利 于 母 语 教 育 政 策 的 实 施, 董 总 也 面 对 严 峻 的 内 部 领 导 危 机 的

More information

四年级第二 次月考范围

四年级第二 次月考范围 二 零 一 五 年 度 培 华 小 学 一 年 级 评 鉴 四 考 试 Skop Penilaian 4 Tahun 1(Tahun 2015) Malaysia Cina Inggeris 道 德 Moral Seni Buku Teks : Unit 19 Unit 25 (m/s 84-m/s 115) Lembaran Kerja Pentaksiran Berasakan Sekolah

More information