teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

Similar documents
PowerPoint Presentation

PowerPoint Presentation

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

SaverBrochure_F 07.ai

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

BAB SATU

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

华小董事觉醒运动缘起

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

ISM Circular: 20 –2005

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

Contents Bahasa Indonesia

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

1

Tajuk

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

icctv user guide manual.indd

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

1

竞赛规则 2015 年大华银行 年度之画 竞赛 1. 参赛资格 1.1 大华银行 年度之画 竞赛 ( 以下简称 竞赛 ) 的主办单位为大华银行 ( 马来西亚 ) 有限公司 ( 以下简称 马来西亚大华银行 ) 若参赛画作在邮寄途中遗失或遭到损坏, 马来西亚大华银行将不会以任何方


社團改組資料

PAKAIAN PEJABAT DAN KASUAL POLO RENOMA CLASSIC PENDEK TERPILIH 特选短袖衬衫 HB/原价 219 DAPPER PENDEK TERPILIH 特选短袖衬衫 HB/原价 POLO DAPPER HB/原

BAB SATU

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

Each entry must have a label attached to the back of the entry at the top right-hand corner. All information must be clearly written in block letters

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc


Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

Kertas 1

Microsoft Word - PDPA2010.doc

Microsoft Word - MY_Stern Warning on Product Selling on Internet Classified Ad Sites_1 Feb 2017.docx

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

Microsoft Word - Avail News _Oktober 2017_.doc

DAPPER PENDEK TERPILIH 特选短袖衬衫 SNAILS 特选长袖衬衫 HB/原价 POLO 特选长袖衬衫 HB/原价 219 BEVERLY HILLS POLO CLUB BEG SLING/单肩包 SNAILS HB/原价 299

Penghargaan

A work of art that did not begin in emotions is not art. - Paul Cézanne Paint with passion Art with heart stirs the soul with its intimacy, intensity

Penghargaan

Privacy Notice

Á ÂÛÚÐ %ÜÝ $&'%ÜÞ $&' ()*!( (( ß!à á â;ã ) äæåçpèé+êë;ì í îý 6%!3 % ª«% 0.% ±,7 ² ³ µ! 08 %!¹º» 9%% ¼½ 9¾ yà * ïð Á Â Ã Ä ÅÇÆ È $È :; É ;< É => É <? É

PowerPoint Presentation

Offline Fill in a Membership Application Form and pass the form together with a joining fee of RM53 (inclusive of GST) to your introducer, or submit t

1

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

3. You will not engage in unlawful multi-level marketing, such as a pyramid scheme, on TypefaceMe. 4. You will not upload viruses or other malicious c

BookCatalog FINAL

What is Sun MaxiMed-i? It is an individual top up hospitalisation and surgical takaful plan with surplus sharing to provide for expenses on hospitalis

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

Microsoft Word - Bursary

AXA-AFFIN Maximiser-Brochure(Mar2018)

ƒ / 8ˆŠ $$! Œ* Ž Œ* Ž +-,/ ,/ :<;>=? :<;>=? C D E C D E 8O-PQ 8O-PQ ) )) '+UTWVX-YZ ) )) '+UTWVX-YZ & [ \ & ]-^ )_ `

ZC501N_UM_FrontPg

AXA-Wealth Edu Brochure (2015)

28 EN-PRUlink golden managed 01

Kata Ganti Nama Diri padankan jawapan yang betul. 1. Kita 我 2. Mereka 你 3. Saya 他 4. Kamu 你 / 你们 5. Kami 他们 6. Awak 大家 7. Dia 我们 Kata Tanya padankan j

u œ e e "!"#$%&('()*&+(,.-"/ "+7(*&+.#$8 CDA3B E&F&G3I J&K JML N!O"PRQS ""## $!% :;&<MTU &' V (! ]&^ 'Z '[\ )'_ *`&a!'+ ef&g3h

CAG bus_TMFT_eManual

Wawasan Penabur

1. NAMA DAN ALAMAT PENDAFTARAN 1.1 Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) atau dengan perkataan Inggeris Malaysian

Microsoft Word - Avail News _Ogos 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

UCAMHALAL 中心是通过与 PEHMA 机构合作于 2014 年开发的 JAKIM 主动发展专业发展愿景 (HPB), 以满足政府希望在马来西亚和国际层面需要 60,000 名清真高管的愿望 HPB JAKIM 已经任命并认证了 7 所 IPTA 和 3 所 IPTS, 其中包括被委托在马来西

CPB89 A5 Booklet Employer ALL

TRANSFEROR ( 转让人 ) 股份转让表格 SHARE TRANSFER FORM MLD/R036 (R7-11/04/2011) Stamp Duty RM10.00 Processing Fees RM3.00 I of do hereby agree to transfer my R

Microsoft Word - Avail News _November 2017_.doc

Q: Must the Relationship Managers or sales persons handling the investment products of SCSB be licensed? Does that mean your RMs are now under SCSB? W

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

PERJANJIAN KEAHLIAN (Syarat-syarat) 1. Untuk menjadi seorang Pengedar di "Mc-Ocean Holding Sdn Bhd" (selepas ini dirujuk sebagai Syarikat), pemohon me

ABMB_document_template_v1

Microsoft Word - Avail News _Januari 2015_.doc

To:

ENTERPRISE BANKING SME CREDIT (SME-GO) PROGRAM

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he

Antarabangsa 签证 / 居留证件过期 Visa / Permit Kediaman yang Tamat Tempoh 附录 Lampiran 校园地图 PETA KAMPUS 健康检查申请表 BORANG P

院系▲

Microsoft Word - AG867AFS2010

July 2017 Business Incentive

The solution to your financial and protection needs Makes your money work harder and smarter for you If you want to get your life feeling right, you h

HEALTH A-Plus Junior CriticalCare A closer look at the benefits Medical advancements for the treatment and early detection of critical illnesses have

I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model I am my business s guardian I am my staff s employer Many people depend on

Transcription:

Pesta Filem Mikro Antarabangsa China 2016-2017 Panduan Penyertaan Pertandingan Filem Mikro Antarabangsa Teh & Cinta http://esperanto.cri.cn/teokajamo2016c/ (Chinese) http://esperanto.cri.cn/teokajamo2016e/ (Esperanto) Pertandingan Filem Mikro Antarabangsa Teh & Cinta anjuran Bahagian Bahasa Esperanto Radio Antarabangsa China (CRI) bertujuan untuk mewujudkan wahana interaksi kebudayaan antara China dengan luar negara melalui video. Cinta yang dimaksudkan dalam tema utama pertandingan tahun 2016-2017 ini bukan sekadar merujuk kepada percintaan antara lelaki dengan perempuan, tetapi satu konsep yang lebih luas termasuk kasih sayang antara ibu bapa dan anak, adik beradik, kawan-kawan, rasa cinta terhadap budaya teh, alam sekitar, keamanan, serta minat membaca buku ataupun membelajari bahasa Esperanto. Semua karya filem mikro yang melibatkan perasaan cinta dan sayang, dan dapat memperlihatkan unsur-unsur positif dialu-alukan menyertai pertandingan ini. Teh & Cinta bakal menjadi nama tetap bagi Pesta Filem Mikro ini. Kami dengan sukacitanya menanti-nantikan penyertaan anda dalam Pertandingan Filem Mikro Antarabangsa Teh & Cinta 2016-2017. I. Jadual 1 Mei 30 November 2016: Pemungutan karya Januari 2017: Penilaian profesional 1 Januari 31 Mac 2017: Penerbitan karya di laman web dan pengundian dalam talian. April 2017: Pesta Filem Mikro Antarabangsa Teh & Cinta diadakan di Hangzhou, China. II. Kelayakan Pertandingan dibuka kepada semua termasuk artis profesional ataupun amatur, peminat

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilaian profesional dan pengundian dalam talian menerusi laman web. Panel pengadil profesional terdiri daripada tokoh-tokoh terkenal dalam bidang perfileman, budaya teh dan bahasa Esperanto dari dalam dan luar China. Anugerah oleh panel pengadil profesional: 1. Filem Terbaik 2. Skrip Terbaik 3. Pengarah Terbaik 4. Animasi Terbaik 5. Muzik Original Terbaik 6. Pelakon Lelaki Terbaik 7. Pelakon Wanita Terbaik 8. Penggambaran Terbaik 9. Penyuntingan Terbaik 10. Anugerah Istimewa Hadiah: Seorang pemenang akan dipilih untuk setiap kategori anugerah oleh panel pengadil profesional. Pemenang akan dijemput untuk menghadiri Pesta Filem Mikro Antarabangsa Teh & Cinta di China secara percuma. Anugerah penilaian dalam talian menerusi laman web: Semua karya yang terpilih di penilaian peringkat pertama akan ditayangkan dalam talian di laman web rasmi pihak penganjur pada tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2017. 10 filem mikro yang paling popular akan dipilih melalui pengundian pengguna internet. Hadiah: Sijil dan hadiah istimewa IV. Syarat Penyertaan Bahan-bahan yang perlu diserahkan sebelum 30 November 2016:

1. Borang penyertaan 2. Filem mikro dengan sari kata bahasa Esperanto ataupun bahasa ibunda peserta (termasuk pembukaan, penutupan dan senarai nama para pelakon serta penghargaan.) 3. Filem mikro tanpa sari kata. 4. Dokumen sari kata filem mikro dalam bentuk Word (termasuk pembukaan, penutupan dan senarai nama para pelakon serta penghargaan) 5. Poster filem mikro versi digital 6. Profil peribadi peserta dan sekurang-kurangnya dua keping foto digital. Syarat-syarat terperinci: 1. Kategori atau jenis karya: Bebas. Semua bentuk termasuk filem cerita, dokumentari, muzik, animasi dan lain-lain diterima. 2. Kandungan: Unsur-unsur positif dan melibatkan teh. 3. Panjang filem: 2 hingga 15 minit. 4. Peralatan penggambaran: Bebas. Telefon bimbit ataupun kelengkapan profesional. 5. Bahasa: Bebas. Bahasa Mandarin, bahasa Esperanto ataupun bahasa ibuda peserta. 6. Standard: Definisi tinggi 1920, 1080, 16:9, 25p dengan format MPG, MPEG-4, MP4, MOV, AVI atau WMV. 7. Sari kata: Filem perlu dilengkapi dengan pembukaan, penutupan dan senarai para pelakon serta penghargaan. Para peserta perlu melengkapi filem mikro dengan sari kata dalam bahasa Esperanto ataupun bahasa ibunda, serta menyediakan dokumen sari kata filem tersebut dalam bentuk Word. Sari kata bahasa Mandarin akan disediakan oleh pihak penganjur (kecuali filem dalam bahasa Mandarin). 8. Poster filem: Para peserta perlu mereka bentuk poster filem definisi tinggi dengan saiz 57cm lebar x 84cm tinggi, dalam format JPEG dan PDF. 9. Profil peribadi: Pengenalan diri tidak melebihi 500 perkataan. Sekurang-kurangnya 2 keping foto diri, satu versi landskap (3264 x 2488 pixels) dan satu lagi versi portret (2488 x 3264 pixels) dalam format JPEG bersaiz tidak kurang daripada 2MB. 10. Peserta yang sama (individu ataupun kumpulan) dibenarkan menyerahkan lebih daripada sebuah karya filem. Filem yang sama dibenarkan menyertai semua kategori

pertandingan. 11. Karya yang diserahkan dalam pertandingan ini boleh menyertai pertandingan-pertandingan lain. Namun, karya yang pernah menyertai Pertandingan Filem Mikro Teh & Cinta 2014-2015 tidak dibenarkan menyertai pertandingan tahun ini. Penyertaan dalam pertandingan ini juga bermakna peserta bersetuju membenarkan karya filem dicalonkan oleh pihak penganjur untuk menyertai pertandingan lain. V. Cara penyertaan: Para peserta perlu menyerahkan semua bahan sebelum pukul 12 tengah malam 30 November 2016. Semua borang perlu diisi dengan maklumat yang benar dan lengkap. Karya yang diserahkan tidak boleh mencabuli sebarang hak cipta, harta intelek ataupun hak-hak sah yang lain milik pihak ketiga. Sebarang pertikaian melibatkan hak cipta, hak potret, hak reputasi dan lain-lain adalah tanggungjawab peserta. Karya-karya tertakluk pada Creative-Commons-License (CC-BY). Cara menyerahkan karya untuk penyertaan: Muat naik menggunakan cakera internet Baidu, QQ, Dropbox, Google Drive, OneDrive, Bitcasa, atau SkyDrive dan hantar link ke filmkonkurso2015@163.com. Sila hubungi pihak penganjur sekiranya terdapat sebarang persoalan. E-mel: filmkonkurso2015@163.com Tel: 0086-10-68891795 (Chinese and Esperanto) Pengurus: Zhang Ping perfectgoja@163.com Wang Shanshan Wang Weishi 48045737@qq.com zhangpingxiaoyu@163.com WeChat: 茶语爱情世界 Akaun Rasmi WeChat: teafilm

Alamat penganjur: Esperanto Service, China Radio International, 16A Shijingshan Road, Beijing, China 100040

Borang Penyertaan Pertandingan Filem Mikro Antarabangsa Teh & Cinta 2016-2017 Judul Filem Bahasa Upload Link Pengenalan Ringkas Filem Pengarah: Kewarganegaraan Pekerjaan Senarai Penulis skrip: Kewarganegaraan Pekerjaan Nama Pelakon Animasi: Kewarganegaraan Pekerjaan dan Penghargaan Muzik: Kewarganegaraan Pekerjaan Watak utama lelaki/perempuan: Kewarganegaraan Pekerjaan Penyunting: Kewarganegaraan Pekerjaan Jurugambar: Kewarganegaraan Pekerjaan Lain-lain: Saya dengan ini mengesahkan bahawa karya filem ini tidak mencabuli Deklarasi Hak Cipta hak cipta, harta intelek dan sebarang hak yang sah milik pihak ketiga. Saya akan bertanggungjawab terhadap sebarang pertikaian melibatkan hak cipta, hak potret dan hak reputasi yang berkenaan. Saya bersetuju karya ini diterbitkan dalam laman web, radio, majalah dan lain-lain bentuk penerbitan (termasuk tetapi tidak terhad kepada buku dan produk audiovisual), pesta filem, minggu budaya, seminar dan aktiviti-aktiviti bukan keuntungan. Karya tertakluk pada Creative-Commons-License (CC-BY).

Tandatangan: Tarikh: Nama: Maklumat hubungan E-mel: Telefon: Alamat surat-menyurat: