Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc
|
|
|
- 哲祭 晁
- 7 years ago
- Views:
Transcription
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Menurut Statistik Perangkaan Banci Penduduk 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan jumlah penduduknya sebanyak juta. Antaranya merangkumi kaum bumiputera 66.1%, kaum Cina 25.0%, kaum India 7.5% dan selebihnya 1.4% adalah kaum minoriti (merujuk kepada risalah Data Penting 2010, Mac yang dicetak oleh Jabatan Perangkaan Malaysia). Situasi kepelbagaian kaum turut menjadikan Malaysia sebuah negara yang bermultibahasa di mana setiap kaum di negara ini masih bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing walaupun bahasa Melayu diisytihar sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi atau bahasa kedua di Malaysia. Sebagai contoh, bahasa Cina merupakan lingua franca untuk komuniti Cina, manakala bahasa Tamil adalah bahasa utama untuk masyarakat India. Ini menunjukkan bahawa penduduk Malaysia sekurang-kurangnya merupakan penutur berdwibahasa. Tambahan pula, penduduk negara ini juga bertutur dalam pelbagai bahasa dengan merangkumi dialek-dialek dan variasi-variasi bahasa tersebut (Asmah, 1992). Kenyataan ini disokong oleh Kuang (2006:76), beliau mengatakan (i) penutur Melayu selain daripada cekap dalam bahasa Melayu, kebanyakan daripada mereka juga boleh bertutur dalam bahasa Inggeris; (ii) penutur Cina lebih kerap bertutur dalam bahasa ibunda 1
2 mereka (misalnya Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew, Hainanese) dan pada masa yang sama mereka juga mempelajari bahasa Cina dan bahasa Melayu di sekolah; (iii) bagi penutur India pula, mereka juga bertutur dalam bahasa ibunda mereka (contohnya Tamil, Telugu, Malayalam atau Punjabi) dan bahasa Melayu, iaitu bahasa yang perlu dipelajari di sekolah. Situasi berbilang kaum dan bahasa di Malaysia mendorong fenomena pemilihan bahasa berlaku. Demi mencapai tujuan komunikasi, penduduk-penduduk di negara ini selalu memilih dan menggunakan bahasa perantaraan yang difahami oleh semua pihak semasa berkomunikasi dalam domain yang berlainan. Pemilihan bahasa bukan sahaja berlaku dalam komunikasi inter-etnik, tetapi juga kerap berlaku dalam komunikasi intraetnik, yakni dalam masyarakat Cina. Ini disebabkan komuniti Cina di Malaysia merupakan bangsa yang bermultibahasa. Komuniti Cina di Malaysia selalu dianggap sebagai golongan yang berupaya berkomunikasi dengan pelbagai bahasa. Ini disebabkan sejak kecil lagi mereka sudah dididik untuk menguasai bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan mungkin juga dialek Cina keturunan sendiri. Antara sebab-sebab yang mendorong komuniti Cina mementingkan penguasaan pelbagai bahasa adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan lingua franca Malaysia; bahasa Inggeris mempunyai kedudukan yang tinggi di pentas antarabangsa, ia juga didefinisikan sebagai bahasa penyalur kemodenan dalam bidang sains dan teknologi, perkomputeran, perdagangan, pendidikan dan diplomatik; manakala bahasa Cina atau dialek Cina adalah bahasa natif mereka dan 2
3 kedua-duanya selalu dijadikan sebagai alat yang mewarisi identiti kebudayaan nenek moyang. Dengan wujudnya pelbagai pilihan bahasa bagi komuniti Cina, maka kebanyakan daripada mereka selalu menyesuaikan diri dalam komunikasi harian dengan menggunakan bahasa tertentu berdasarkan konteks atau domain komunikasi yang berlainan untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi. 1.2 Permasalahan Kajian Perkembangan teknologi perkomputeran dan internet yang pesat dalam era globalisasi ini telah mengubah secara drastik cara manusia berkomunikasi antara satu sama lain. Medium baru ini membolehkan manusia berinteraksi dalam talian tanpa batasan jarak dan masa dengan hanya menggunakan pelbagai aplikasi berasaskan internet seperti mel elektronik, blog, bilik sembang (chat room), forum dalam talian, mesej segera (instant messenger), laman jaringan sosial (social netwok sites) dan sebagainya. Statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada tahun 2008 (dalam Digital Media Across Asia, 2010) menunjukkan bahawa kadar penembusan internet di Malaysia adalah 62.8% daripada jumlah populasinya. Daripada jumlah itu, 94.4% pengguna internet mengakses internet untuk mencari maklumat diikuti dengan tujuan berkomunikasi dalam talian (84.7%). Ini sepadan dengan dapatan kajian bertajuk Identify Malaysian Online Behavior yang dijalankan oleh Omnicom Media Group dan Yahoo (dalam Asiamediajournal.com, 2008) menunjukkan masing-masing sebanyak 24.0% dan 19.0% remaja yang berusia 20-3
4 an bersifat embracers dan socials dalam dunia siber, di mana mereka gemar mencuba dan menikmati apa-apa aplikasi yang baru dalam internet dan menunjukkan penglibatan yang tinggi dalam aktiviti komunikasi dalam laman jaringan sosial, mesej segera dan blog. Secara puratanya, mereka menggunakan 4 hingga 4.5 jam sehari untuk pelbagai aktiviti komunikasi dalam talian. Statistik ini menunjukkan semakin ramai generasi muda di negara ini suka melakukan komunikasi dalam talian sehingga ia menjadi suatu amalan kemestian dalam kehidupan harian. Fenomena sebegini berlaku disebabkan medium komunikasi yang baru ini membolehkan komunikasi berkembang kepada kitaran hubungan yang lebih luas, di mana ia memudahkan penggunanya berinteraksi dan membangunkan komuniti dengan pihak yang dikenali, mahupun pihak dari serata dunia yang tidak dikenali. Maka, pemilihan bahasa oleh para pengguna internet semasa melakukan komunikasi bertulis dalam talian adalah satu persoalan yang menarik, memandangkan interaksi sosial yang bersifat global ini tentu mewujudkan kepelbagaian pola pemilihan bahasa, terutama bagi generasi muda tempatan yang berbangsa Cina kerana mereka sentiasa mempunyai banyak pilihan bahasa dalam komunikasi harian. Jika meneliti kajian-kajian lepas yang berkaitan, didapati bahawa kebanyakan penyelidikan yang dijalankan ke atas topik ini lebih memberi tumpuan kepada pemilihan bahasa dalam komunikasi tradisional, iaitu komunikasi bersemuka. Akan tetapi, pemilihan bahasa dalam komunikasi berbantukan komputer (KBK) atau komunikasi 4
5 dalam talian belum dikaji secara mendalam oleh pengkaji tempatan walaupun cara komunikasi baru ini dilihat sudah menjadi salah satu corak kehidupan sesetengah rakyat Malaysia. Dengan menyedari hakikat ini, adalah wajar jika satu penyelidikan khusus dijalankan untuk melihat pola pemilihan bahasa dalam komunikasi berbantukan komputer yang sentiasa dilakukan oleh golongan generasi muda. 1.3 Objektif Kajian Kajian ini memberi tumpuan kepada dua aspek yang tersenarai seperti berikut: 1. Mengenal pasti pola pemilihan bahasa mahasiswa Cina dalam komunikasi berbantukan komputer. 2. Menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan bahasa mahasiswa Cina dalam komunikasi berbantukan komputer. 1.4 Persoalan Kajian Berdasarkan objektif yang ditentukan, maka persoalan kajian adalah seperti berikut: 1. Apakah bahasa yang biasa digunakan oleh mahasiswa Cina dalam laman jaringan sosial dan mesej segera berdasarkan (i) tujuan komunikasi dan (ii) interlokutor yang berlainan? 2. Adakah pola pemilihan bahasa mahasiswa Cina dalam laman jaringan sosial dan mesej segera berbeza berdasarkan (i) gender dan (ii) program pengajian? 5
6 3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pola pemilihan bahasa mahasiswa Cina dalam laman jaringan sosial dan mesej segera? 1.5 Skop Kajian Menurut kaji selidik Accenture pada tahun 2010, sebanyak 85.0% responden di Malaysia menggunakan jaringan sosial dalam talian. Ini disokong dengan laporan comscore World Matrix (sehingga Ogos, 2009) yang menunjukkan bahawa 67.0% daripada keseluruhan pengguna internet di Malaysia merupakan pengguna jaringan sosial. Di samping itu, berdasarkan laporan bertajuk Household Use of the Internet Survey 2009 yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, terdapat 66.5% pengguna internet menggunakan mesej segera untuk bersembang atau berkomunikasi secara bertulis dengan ahli keluarga dan rakan. Dengan itu, didapati komunikasi berbentuk jaringan sosial dan mesej segera kini dijadikan sebagai saluran komunikasi berbantukan komputer yang paling hangat dan semakin ramai yang menggunakannya. Tambahan pula, disebabkan kadar pertukaran mesej dan giliran pertuturan antara penyampai dan penerima dalam komunikasi berbentuk jaringan sosial dan mesej segera adalah cepat dan segera, maka kecenderungan atau corak pemilihan bahasa seseorang dapat dilihat dengan lebih signifikan sekiranya dibandingkan dengan komunikasi berbentuk mel elektronik, blog dan sebagainya. 6
7 Berdasarkan kedua-dua fakta di atas, maka kajian ini hanya berfokus kepada pemilihan bahasa dalam komunikasi berbentuk jaringan sosial dan mesej segera. Seramai 100 orang mahasiswa berbangsa Cina di Universiti Malaya dipilih secara rawak untuk menjadi sampel kajian ini. Secara ringkasnya, kajian ini hanya memfokus kepada bahasa yang biasa dipilih dan diguna oleh responden semasa berkomunikasi secara bertulis dalam laman jaringan sosial dan mesej segera. Oleh itu, pemilihan bahasa dalam KBK secara lisan tidak diambil kira dalam kajian. 1.6 Kepentingan Kajian Penelitian dan penganalisisan terhadap pola pemilihan bahasa dalam kalangan generasi muda adalah penting kerana mereka yang akan mempengaruhi perkembangan sesuatu bahasa pada masa akan datang. Oleh itu, kajian ini penting bagi melakarkan corak pemilihan bahasa yang dilakukan oleh masyarakat Cina muda semasa berkomunikasi berbantukan komputer, khususnya dalam domain jaringan sosial dan mesej segera, sedangkan medium komunikasi baru ini telah menjadi salah satu alat komunikasi yang tidak boleh diabaikan dalam era modernisasi ini. Pola pemilihan bahasa dalam komunikasi berbantukan komputer melalui kajian ini ditinjau dan seterusnya boleh dibandingkan dengan pemilihan bahasa dalam komunikasi bersemuka dalam kehidupan harian oleh masyarakat muda untuk 7
8 menentukan sejauh mana komunikasi berbantukan komputer mempengaruhi perkembangan bahasa. Dengan secara tidak langsung, lakaran terhadap corak pemilihan bahasa oleh generasi muda dalam komunikasi talian juga merupakan sumber penting yang boleh menjadi satu rujukan kepada pihak yang berusaha dalam perancangan bahasa. 1.7 Definisi Istilah Berikut adalah istilah yang perlu dijelaskan bagi mengelakkan kekeliruan atau kesalahtaksiran pembaca terhadap istilah yang kerap digunakan dalam kajian ini Bahasa Cina Bahasa Cina digunakan sebagai lingua franca oleh bangsa Cina merupakan bahasa standard yang dipiawaikan oleh pihak berkuasa negara China pada tahun 1956 dengan menggunakan fonetik Beijing sebagai fonetik standard; menggunakan dialek Utara (China) sebagai dialek asas dan menggunakan nahu karya-karya sastera moden yang tipikal sebagai rujukan nahu standard (Shen, 1999:7). Ia dikenali sebagai Putonghua ( 普通话 ) di negara China, tetapi komuniti Cina di Malaysia dan Singapura lebih kerap memanggilnya sebagai Huayu( 华语 ). Walaupun demikian, kedua-dua istilah tersebut sama-sama merujuk kepada bahasa Cina standard yang digunakan oleh bangsa Cina pada masa kini. Sebelum itu, istilah Huayu selalu diterjemahkan kepada bahasa Mandarin, akan tetapi, menurut Nanyang Siang Pau (2009), Majlis Pembakuan Bahasa Cina Malaysia telah mengumumkan bahawa 8
9 terjemahan yang standard bagi Huayu dalam bahasa Melayu ialah bahasa Cina dan bukan bahasa Mandarin. Maka, untuk merujuk kepada bahasa Cina standard yang digunakan sebagai lingua franca dalam komuniti Cina di Malaysia, istilah yang digunakan dalam kajian ini ialah bahasa Cina. Bagi merujuk kepada dialek Cina yang berbeza dengan bahasa Cina standard, istilah yang digunakan dalam kajian ialah dialek Cina Komunikasi Berbantukan Komputer Menurut December (1996, dalam Romiszowski & Mason, 1996:398), komunikasi berbantukan komputer (KBK, computer-mediated communication, CMC) merupakan satu proses di mana manusia menghasil, menukar dan menerima maklumat atau mesej dengan berbantukan sistem rangkaian telekomunikasi. Berbandingkan dengan komunikasi tradisional, semua teori komunikasi dan mekanisme penyaluran mesej (delivery mechanisms) dalam KBK adalah sama, yang berbezanya ialah KBK berlaku atas medium yang berasaskan teknologi internet melalui alat-alat komunikasi elektronik (Naughton, 2000, dalam Romiszowski & Mason, 1996:398). KBK boleh melibatkan komunikasi lisan atau komunikasi bertulis dengan berdasarkan aplikasi alat komunikasi elektronik yang digunakan (Romiszowski & Mason, 1996:398). Kemudahan KBK membolehkan pengguna internet melakukan interaksi sosial dalam talian tanpa kekangan ruangan dan masa. 9
10 Berdasarkan Beth dan Cathy (2001:269) dan Romiszowski dan Mason (1996:398), KBK boleh dibahagi kepada dua bentuk: (i) KBK secara serentak (synchronous CMC), iaitu dua atau lebih interlokutor yang berkomunikasi antara satu sama lain dalam talian pada waktu yang sama (real-time), contohnya bersembang dalam mesej segera, bilik sembang dalam talian dan sebagainya; (ii) KBK secara tak serentak (asynchronous CMC), iaitu komunikasi dalam talian di antara dua atau lebih interlokutor yang berlaku pada waktu yang tidak serentak, ia bermaksud proses penghantaran dan penerimaan mesej di antara intelokutor mengalami penangguhan masa (time delay), misalnya mengepos mesej atau berkongsi pautan melalui mel elektronik, blog, forum dalam talian atau laman jaringan sosial dan sebagainya. Berdasarkan skop kajian yang ditetapkan, istilah komunikasi berbantukan komputer atau singkatan KBK yang digunakan dalam kajian ini merujuk kepada komunikasi secara bertulis dalam laman jaringan sosial dan mesej segera sahaja. 10
11 1.7.3 Laman Jaringan Sosial Boyd dan Ellison (2008) mendefinisikan laman jaringan sosial (social network sites) sebagai suatu perkhidmatan berasaskan laman web yang membolehkan individu untuk: (1) construct a public or semi-public profile within a bounded system, (2) articulate a list of other users with whom they share a connection, and (3) view and traverse their list of connections and those made by others within the system. (Boyd & Ellison, 2008:211) Dalam kata lain, laman jaringan sosial sebenarnya merupakan salah satu media sosial atau platform komunikasi baru yang menawarkan kepelbagaian aplikasi dan aktiviti sosial dalam talian yang membolehkan para penggunanya (i) mengembara profil kawan atau pengguna jaringan sosial yang lain; (ii) meninggalkan mesej ringkas dan komentar pada profil kawan; (iii) menulis mesej peribadi (private messaging) kepada kawan; (iv) memuatnaikkan foto dan video pada profil untuk berkongsi dengan pihak ketiga; (v) menulis atau mengepos tulisan-tulisan di dalam nota atau ruangan blog (blogging); (vi) bersembang dan sebagainya (Boyd & Ellison, 2008: ). Namun, aplikasi atau aktiviti sosial yang ditawarkan oleh setiap laman jaringan sosial adalah berbeza antara satu sama lain. Laman jaringan sosial yang agak popular kini termasuk Facebook, Twitter, Myspace, Friendster dan sebagainya. 11
12 1.7.4 Mesej Segera Mesej segera (instant messenger, IM) merupakan sejenis perkhidmatan komunikasi yang membolehkan individu membina suatu bilik sembang peribadi (private chat room) untuk berkomunikasi serentak dengan pengguna mesej segera lain yang dalam talian (Webopedia, 2011). Berbandingkan dengan bilik sembang yang tipikal, mesej segera lebih bersifat peribadi (Wisegeek, 2011). Ini disebabkan interlokutor dalam mesej segera terbatas kepada individu yang telah dijemput atau diterima dalam senarai kawan. Walaupun mesej segera lebih digunakan sebagai KBK serentak oleh penggunanya, namun ia kadangkala juga digunakan sebagai KBK tak serentak, misalnya meninggalkan mesej kepada pihak yang berstatus luar talian (send an offline instant message). Mesej segera yang agak popular kini misalnya MSN Messenger, Yahoo! Messenger, Google Talk dan sebagainya. Sebagai rumusan, bab ini telah membincangkan latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian, kepentingan kajian dan istilah-istilah penting yang digunakan dalam kajian. Semua perbincangan ini bertujuan memberikan gambaran yang jelas tentang kajian yang dilakukan. 12
Penghargaan
BAB 1 PENGENALAN 1.0 PENGENALAN Hanyu ( 汉语 )atau bahasa Mandarin baku adalah bahasa pengantar bangsa Han( 汉 民族的共同语言 ) yang berasaskan kepada dialek Beijing. Ia adalah bahasa standard yang telah dirasmikan
PowerPoint Presentation
SELAMAT DATANG KE PLATFORM PERKONGSIAN KEKAYAAN PENGGUNAANTARABANGSA Pengenalan keahlian DMC DMC ditubuhkan pada 2016 dan ibu pejabat DMC telah ditubuhkan di Kuala Lumpur, Malaysia. DMC ialah satu platform
turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat
BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan Dalam bab ini, data-data yang dipilih untuk tujuan penyelidikan ini serta caracara data tersebut dipungut akan dibincangkan. Seterusnya, kaedah-kaedah menganalisis
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii
DRAF KURIKULUM STANDARD DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SAINS TAHUN LIMA BAGI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA i KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD
Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan Pengguna-pengguna bahasa di Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain secara sengaja atau tanpa disedari ke dalam pertuturan khususnya di konteks yang tidak
BAB SATU
2.9 Kesimpulan Dalam bab ini, pengkaji telah membincang kajian-kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik lepas tentang kewujudan fenomena percampuran kod dalam wacana pertuturan dan penulisan.
Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini
LAMPIRAN I (Soalan Temu Bual) 1 Soalan-soalan yang dikemukakan kepada penulis-penulis iklan bahasa Cina di Malaysia (responden-responden) dalam sesi temu bual: Masa yang diambil: Lebih kurang 1 jam bagi
Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri
Bahagian A [10 Markah] [Masa dicadangkan: 15 minit] Peta buih di bawahmenunjukkanmasyarakatberbilangkaum di Malaysia. Tulis lima ayat yang lengkaptentang peta buihtersebut. 1. 2. 3. 4. 5. 1 SULIT Bahagian
CLS Newsletter No.15 慈 大 華 語 通 訊 第 十 五 月 慈 濟 大 學 語 言 教 學 中 心 活 動 預 告 活 重 要 記 事 重 特 約 專 文 進 泰 國 印 尼 慈 濟 學 校 華 語 教 師 培 訓 慈 濟 人 文 活 動 分 享 動 要 預 記 華 語 教 入 師 華 培 語 訓 語 工 音 作 的 分 世 享 界 嚴 趙 玉 彥 真 老 高 季 節 泰 班
BAB SATU
shopping dan rap juga dicampurkan langsung ke dalam ayat berita hiburan, tetapi versi bahasa Cina yang sedia ada tidak digunakan. Begitu juga kata bahasa Inggeris yang telah diakronimkan dan bersifat singkat,
Tajuk
BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif mengenai corak penggunaan metafora dalam puisi tradisional bahasa Cina. Pengkaji akan menganalisis item leksikal yang mengandungi
PowerPoint Presentation
2018/2019年一年级新生报读程序 今年开始 教育部要求全部家长通过上网方式申请一年级所要就读的学校 请 家长参考以下步骤 并点击链接(https://public.moe.gov.my)填写表格 家长可 以在三月一日开始至四月三十日 2个月 期间作出申请 打印后连同所需文 件带来学校 特此声明 并非先到先得,教育局会进行筛选 因此敬请家长不必 争先恐后 PENDAFTARAN TAHUN SATU
KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN
KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN LAU YOKE LIAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA PENGAJIAN BAHASA MODEN FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK
Penghargaan
BAB 4 ANALISIS DATA 4.0 PENGENALAN Kajian ini dijalankan untuk meneliti keupayaan mahasiswa/i etnik Melayu mentranskripsikan dan membezakan komponen utama fonetik bahasa Mandarin dari aspek mendengar dalam
KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN
BAB 1 : PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Terdapat pelbagai pandangan mengenai genre cerpen dalam dunia kesusasteraan bahasa Cina. Ramai pengkaji menjalankan kajian terhadap asalusul cerpen. Antaranya, terdapat
teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai
Pesta Filem Mikro Antarabangsa China 2016-2017 Panduan Penyertaan Pertandingan Filem Mikro Antarabangsa Teh & Cinta http://esperanto.cri.cn/teokajamo2016c/ (Chinese) http://esperanto.cri.cn/teokajamo2016e/
Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc
Lampiran A Teks bacaan (bahasa Cina) 我爱你 三个字看来非常简单, 但是要随便从一些人的口中喊出来, 有时的确有些困难 因为东方人不像西方洋人那么随便, 他们时常把 I love you 挂在嘴边, 不但对自己的爱人常说我爱你, 就算首次见面的美女, 他也敢向对方说出我爱你 自然成习惯后, 就造成洋人太过开放 太过随便, 爱 字就变成没什么价值了 坦白说, 我对家人从来也不曾说过
SaverBrochure_F 07.ai
TAKAFUL SAVER Menabung untuk kesejahteraan masa depan. 今天的投资, 明天的保障 produk berlandaskan syariah nasihat kewangan profesional pengurusan dana islam Konsep Takaful Takaful ialah satu konsep yang berasaskan
Penghargaan
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 PENGENALAN Bab 5 akan memaparkan kesimpulan berdasarkan analisis kesilapan yang dijalankan dalam Bab 4. Selain daripada itu, bab ini akan disusuli dengan implikasi kajian,
KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S
KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2015 KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA
Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian
BIL KURSUS KOD KURSUS NAMA AKTIVITI/TEMPAT /TARIKH/ PENSYARAH PENGIRING INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN ( Bahasa Cina Pendidikan
KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN
BAB 3: METODOLOGI 3.1 PENGENALAN Penyelidik telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Dr Tan Kay Teh yang disusun oleh setiausaha alumni Universiti Nanyang untuk menyempurnakan kajian ini. Antara pertemuan
BAB SATU
BAB 2 SOROTAN KAJIAN-KAJIAN LEPAS 2.1 Pengenalan Pengkaji telah merujuk kepada kajian-kajian lepas tentang fenomena percampuran kod yang pernah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji di luar negara mahupun
Penghargaan
BAB 2 SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 PENGENALAN : PERKEMBANGAN PPBM2 Pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing (PPBMA) telah bermula di China pada tahun 1950. Selepas dasar pembukaan dan
BAB 5
BAB 5 KESIMPULAN 5.1 Pengenalan Perbincangan bab ini dibahagikan kepada 2 bahagian utama. Bahagian pertama, meninjau dapatan kajian dan yang kedua, mengemukakan cadangan yang sesuai untuk kajian masa depan.
Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep
Southern University College Academic Journal, Volume 3, August 2015 鞙南方大学学 鞚第 3 卷 姓 2015 8 姓 Yow Cheun Hoe, Antara China dengan Tanah Tempatan: Satu Kajian Pemikiran Dwipusat di Kalangan Penulis Cina di
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA
Meningkatkan Kemahiran Mengenal Pasti Komponen-Komponen dalam Ayat Tunggal Pengajian Cina oleh Chiang Lee Kwun Maktab Perguruan Perlis ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk membantu guru pelatih meningkatkan
Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey
NEWS RELEASE NEWS RELEASE 30 th June 2009 Merdeka Center poll: Youth well informed but politically disconnected KUALA LUMPUR - Malaysian youth in general seem to be well informed on current issues but
Microsoft Word - ULBS BC SPM doc
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MANUAL PENGENDALIAN UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (ULBS) BAHASA CINA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH
Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun
Sustainable Education 8 Penggunaan Kaedah Nyanyian Untuk Meningkatkan Pengetahuan Tentang Cara Pengurusan Bahan Kitar Semula TAN JUN MING 1 CHIN CHEE KEONG 2 1 SJKC ON PONG 2, Pandan Mewah, 68000 Ampang
PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy
PRUmultiple crisis cover PRUmultiple crisis cover crisis cover PRUmultiple PRUmultiple crisis cover PRUmultiple crisis cover (TPD) PRUmultiple crisis cover PRUmultiple crisis cover TPD ( 3 ) ( 65 50% 1
1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (
BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif dan soalan kajian serta kepentingan kajian. Pengkaji juga akan menyatakan batasan kajian
各位记者先生,小姐
恢复小学母语教授数理运动 研讨会暨 还我母语教育 明信片推介礼 董总主席叶新田讲词 日期 :2007 年 7 月 8 日地点 : 董教总教育中心 402 礼堂 今天, 董教总联合马来西亚华校校友联总 隆雪中华大会堂 马来西亚南洋大学校友会 马来西亚留台联总 马来西亚留华同学会 也联合马来族群团体大马学术团体 人民宗教学校理事会以及马来西亚淡米尔教育研究与发展基金会 公民关怀组织等在此举办 恢复小学母语教授数理运动
Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun
Program Akumulasi Perak TM (SAP) Program Akumulasi Perak TM (Silver Accumulation Program TM ) bertujuan memudahkan orang ramai untuk membuat simpanan perak dengan modal serendah RM100 sahaja. Program ini
3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi
UJIAN DIAGNOSTIK Sk Seksyen 20,2016 MATEMATIK TAHUN 6 KERTAS 2 1 Jam [60 Nama:.. Kelas:. Jawab semua soalan. 1 Rajah 1 menunjukkan sekeping kad nombor. 736 981 Rajah 1 Nyatakan digit yang mewakili nilai
Kertas 1
SULIT 32/1 32/1 Bahasa Cina Kertas 1 Ogos 2008 1 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008 KEDAH DARUL AMAN 2008 年 初 中 评 审 预 试 BAHASA CINA 华 文 Kertas 1 试 卷 一 Masa : Satu jam 时 间 :1 小 时 JANGAN
BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda
BM - 0 rancangan pembangunan perniagaan CNI kandungan BM-1 BM-1 BM-2 BM-3 Selamat Datang Ke Keluarga Besar CNI Keistimewaan Rancangan Pembangunan Perniagaan CNI Sistem Kenaikan Pangkat Bagaimana Pelan
Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks
BAB 1 PENGENALAN 1.0 Latar Belakang Kajian Bahasa merupakan suatu sistem simbol yang digunakan oleh anggota masyarakat bahasa untuk berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka berlandaskan budaya yang
华小董事觉醒运动缘起
1998 年教育 ( 家长教师协会 ) 条例 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA - GURU) 1998 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 130(2)(i) Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan
Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t
Global Transfer FREE instant fund transfer. Powered by Citi. Transfer funds across the globe* in an instant Easy, fast and convenient MEMBER *Refer to the list of countries available inside. Transfer funds
Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of
85 Sepanjang Abad ke-20: Kajian tentang Bidang serta Kesannya 1 SU Yingying Institut Bahasa-bahasa Asia dan Afrika Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing. Abstrak Abad ke-20 merupakan tempoh
Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:
AVAIL BEAUTY SDN BHD (599827-W) (AJL 931505) WISMA AVAIL N0. 23, Jalan Kenari 17E, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 603-8070 1822 Fax: 603-8070 2622 Website: www.availbeauty.com
Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc
BERITA AVAIL 1) AVAIL PAKEJ IPO (TERKINI)!! Berita BAIK!! Syarikat telah menjalankan satu promosi yang sangat hebat sempena Avail Go Public 2022. Pakej tersebut ialah Avail Pakej IPO. Terdapat 5 SET pilihan
2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing
Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 2016-06-03 KBRI Beijing 印尼馆 KBRI Beijing bekerja sama dengan ASEAN China Center (ACC) telah menyelenggarakan acara pembukaan Wonderful Indonesia
BookCatalog FINAL
Katalog BUKU OBOR Belia * Pelajaran Alkitab & Umum * Siri Asas Kerpercayaan Kristian Siri Bimbingan Remaja * Kanak-Kanak & Keluarga * Siri Kaunselling Pastoral Siri Kupasan Alkitab * Siri Kaunselling *
Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman
The Association of Banks in Malaysia 马来西亚银行公会 Frequently Asked Questions 50 sen Cheque Processing Fee 经常被问及的问题 -50 仙支票处理手续费 1. When will the cheque processing fee be charged? 何时开始收取支票处理手续费? It will be
<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>
华小董事会章程样本 ( 马来文版本 ) 这份华小董事会章程样本只供参考 各校董事会应根据各自的具体情况, 拟定本身的董事会章程 注意事项 : 在这份华小董事会章程样本里, 有关加黑的条文或段落是必须具有的 (2008 年 1 月修订 ) SURATCARA PENGELOLAAN LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) ABCD,
CPB89 A5 Booklet Employer ALL
GUIDE ON EMPLOYMENT LAWS FOR EMPLOYERS 雇主的雇佣资讯 PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG PEKERJAAN UNTUK PARA MAJIKAN If you are hiring employees in Singapore, do you know that you have certain obligations under
PowerPoint Presentation
Phone script to make Appointments Life Planner: Good morning / afternoon, may I speak to [ Customer s First Name ] please? [ If not comfortable to use First Name, then use Mr./Mrs./Ms. ] Customer: Yes
Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau
KSA TRAINING & CONSULTANCY SDN. BHD. www.ksatraining.com.my Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan
KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN
BAB 2: TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN 2.1 PENGENALAN Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan teori metafora yang popular dalam bidang bahasa figuratif. Teori metafora terbahagi kepada 4 kategori iaitu
ISI KANDUNGAN (1) Pendahuluan 1 (2) Pandangan Dan Cadangan 1 (i) Menggubal sistem pembinaan sekolah komuniti bagi setiap 1 aliran sekolah (ii) Meranca
Memorandum Pendidikan Berkenaan Dengan DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2020 Disediakan Oleh Gabungan Lembaga-Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dikemukakan
I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model I am my business s guardian I am my staff s employer Many people depend on
Build a legacy for your family Bina satu legasi untuk keluarga anda 为您的家人建立一份遗产 Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (104248-X) I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model
1
OCBC Express Deal Promotion ( Promotion ) Terms and Conditions OCBCExpressDeal/T&C/1October2014/Eng/v1 1. The Promotion 1.1. OCBC Bank (Malaysia) Berhad ( OCBC ) present the OCBC Express Deal Promotion
Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总
Subject Format / Topics English Language Paper 1 Duration: 1 h 50 min Total marks: 70 Editing Skills, Situational Writing Skills, Continuous Writing Skills Paper 2 Duration: 1 h 50 min Comprehension and
Microsoft Word - Bursary
大马教育文凭教育文凭优秀生优秀生教育部教育部助学金计划 1.) 教育部助学金计划是由大马教育部赞助修读大学预备课程, 以让他们准备进入国内外大学修读第一个学士学位 2.) 教育部助学金计划是为了表扬所有在大马教育文凭考试 (2011 年或后 ) 中获得 9 科 A+ 及以上的优秀生 3.) 教育部助学金计划所提供的大学预备课程如下 : 大马高级教育文凭 (STPM) 学生可在任何提供两年大马高级教育文凭课程的学校就读
Microsoft Word - Avail News _Januari 2015_.doc
AVAIL BEAUTY SDN BHD (599827-W) (AJL 931505) WISMA AVAIL N0. 23, Jalan Kenari 17E, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 603-8070 1822 Fax: 603-8070 2622 Website: www.availbeauty.com
perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p
1. TAJUK INOVASI Ng Sing Yee [email protected] GAMBAR & KARAKTER CINA (Bahasa Cina (SK)) (Tempat Pertama Kategori Pelajar Guru) 2. OBJEKTIF 1. Menggabungkan teknik melukis dalam kaedah Tafsiran Gambar
Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc
BERITA AVAIL 1) AVAIL PAKEJ IPO (TERKINI)!! Berita BAIK!! Syarikat telah menjalankan satu promosi yang sangat hebat sempena Avail Go Public 2022. Pakej tersebut ialah Avail Pakej IPO. Terdapat 5 SET pilihan
Privacy Notice
Privacy Notice Notis Privasi This Privacy Notice outlines Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad s ( the Bank ) policy and practices in handling customers personal data. Notis Privasi
四年级第二 次月考范围
二 零 一 六 年 度 培 华 小 学 一 年 级 评 鉴 三 考 试 Skop Penilaian 3 Tahun 1(Tahun 2016) Malaysia Inggeris Buku Teks : unit 11-17 ( m/s48-77 ) Buku Aktiviti Jilid 1 : unit 11-15 ( m/s53-76 ) Sistem : Topik 6-8 ( m/s17-26
AXA-AFFIN Maximiser-Brochure(Mar2018)
Investment-Linked Bancassurance I want to leave a legacy to ensure my family s future AFFIN Maximiser Legacy planning takes on many meanings for different people, however, at its focus is the notion that
三年级音乐世界全年计划
Pesanan kepada pengguna RPT DSM bagi versi BC: TEGAS DIMAKLUMKAN BAHAWA Dokumen ini adalah diterjemahkan oleh ANNABELLE LAW dengan merujuk kepada DSK versi BM 2012 dan DSP MEI 2012 kerana setakat ini diketahui
Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he
Achieving your savings goal Mencapai matlamat simpanan anda 实现您的储蓄目标 Allianz Allianz Life Life Insurance Insurance Malaysia Malaysia Berhad Berhad (104248-X) (104248-X) (Licensed under the Financial Services
有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧
LAMPIRAN G KOD TEKS/IMEJ SAMPEL KAJIAN Sampel B1 Kod 妈妈给我织的小背心 挺好看吧? B1A Singlet yang ibu tenun buat saya. Nampak cantik kan? B1B 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik. Bolehkah saya memakainya? Okey.
A-EnrichGold REALISE YOUR SAVINGS GOALS You work hard to achieve your aspirations a new car, a new house, putting your kids through school, preparing
SAVINGS A-EnrichGold Realise Your Savings Goals Guaranteed Cash Payments & Insurance Protection Needs PT0810310/0316 aia.com.my A-EnrichGold REALISE YOUR SAVINGS GOALS You work hard to achieve your aspirations
社團改組資料
育達科技大學學生社團基本資料卡 Yu Da University of Science and Technology 學年度 Tahun akademik Kartu Informasi Dasar Siswa Sekolah 社團名稱 Nama komunitas 類別 : 學生自治團體 Kategori: Grup otonomi mahasiswa 社辦地址 : Alamat sosial:
ABMB_document_template_v1
Home Complete-i Terms & Conditions Terma & Syarat Home Complete-i Home Complete-i 条件与规则 Alliance Islamic Bank Berhad (776882-V) Version 2.2 Updated as of Sept 2016 Terms & Conditions ( Terms ) Home Complete-i
To:
Credit Card PIN & PAY Frequently Asked Questions (FAQ) 1. What is a PIN & PAY card? PIN & PAY card is a PIN - enabled card that allows you to make purchase by keying in a 6-digit PIN, with no signature
Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb
Peragaan Runcit 杂货经营 5 Prinsip Pengurusan Barang Dagangan(Merchandising) 个推销规划的原则 Dalam keluaran yang lepas, kami telah berkongsi bersama anda beberapa tip untuk menghasilkan peragaan yang baik untuk kedai
出生于柔佛州的麻坡的 Bukit Gambir,Dato Onn 是 Dato' Ja'afar bin Haji Muhammad 的儿子 柔佛州第一任 首席部长 他是柔佛王室并从小受到 Ibrahim 苏丹 (Abu Bakar 苏丹的儿子 ) 的照顾, 并在他去英国深造之前 接受被马来教育 在
Tingkatan 3: Bab 4 Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan 种族间的合作以迈向独立 Pengenalan 识别 1. Membina sebuah negara yang merdeka dan berdaulat seperti yang kita nikmati pada hari ini bukanlah mudah. 要建立一个我们今天享受的独立主权的国家,
武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介
MOTHER TONGUE LANGUAGE (CL) RESPECT RESPONSIBILTY TEAMWORK LIFELONG LEARNING 武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介 多元的评价形式 帮助学生改善学习, 让学生学习得更投入 更有意义 1) 日常教学中的评价 通过提问和互动对学生进行评价 2) 有规划的评价 学期测验 单元练习 评价性任务, 如朗读 讲述 复述故事 口语互动等
Minit Mesyuarat
PERSEKUTUAN PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA (Registration No : 0799-08-WKL) 1 Secretariat Office : 19, Lebuh Batu Maung 12/1, 11960 Pulau Pinang. Tel : 017-4614178 Fax : 04-6264361 Email : [email protected]
ZC501N_UM_FrontPg
model / ZC 501N Rechargeable Search Light/ 可充电手提照明灯 /Lampu Kecemasan Boleh Dicas Semula Instruction Manual / 说明指示书 /Buku Panduan Please read this manual carefully before operating this product. Keep this
AXA-Wealth Edu Brochure (2015)
Investment-Linked I want the BEST for my child... starting from NOW Wealth Edu An investment-linked insurance plan that complements your education savings a comprehensive plan to show your love to your
