Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

Similar documents
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

BAB SATU


Tajuk

Penghargaan

PowerPoint Presentation

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

BAB 5

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

BAB SATU

Penghargaan

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

Penghargaan

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

PowerPoint Presentation

SaverBrochure_F 07.ai

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

BookCatalog FINAL

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

四年级第二 次月考范围

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

华小董事觉醒运动缘起

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

Southern University College Academic Journal, Volume 2, August 2014 南方大学学报 第 2 卷, 2014 年 8 月 prosa dan puisi. Sastera Melayu lama terdiri daripada cer

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

1

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

Wawasan Penabur

BAB SATU

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

Penghargaan

Contents Bahasa Indonesia

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of

各位记者先生,小姐

Neo-Konfusianisme 理学 menjadi terkenal pada zaman dinasti Song dan Ming sebagai sebuah gerakan rasional yang menolak kepercayaan karut. Sekitar tahun 1

四年级第二 次月考范围

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

ISM Circular: 20 –2005

BAB 4

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

Kata Ganti Nama Diri padankan jawapan yang betul. 1. Kita 我 2. Mereka 你 3. Saya 他 4. Kamu 你 / 你们 5. Kami 他们 6. Awak 大家 7. Dia 我们 Kata Tanya padankan j

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

PowerPoint Presentation

5

icctv user guide manual.indd

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧

ZC501N_UM_FrontPg

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

Dear Parents,

Microsoft Word - PDPA2010.doc

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

Kertas 1

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总

Microsoft Word - Apendix alla.doc

1

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

1

01 SOCIAL MARKETER UPDATES APRIL 2016 SOCIAL MARKETER UPDATES APRIL BETTER PRODUCTS THE PRODUCTS YOU'RE PUTTING ON YOUR SKIN, INTO YOUR BODY

Microsoft Word - Avail News _Januari 2015_.doc

社團改組資料

Persediaan Awal PENGGUNAAN Sila hubungi juruteknik profesional untuk pemasangan. Jangan memasangnya sendiri. Sahkan parameter Nota: Tekanan bekalan ga

Offline Fill in a Membership Application Form and pass the form together with a joining fee of RM53 (inclusive of GST) to your introducer, or submit t

UCAMHALAL 中心是通过与 PEHMA 机构合作于 2014 年开发的 JAKIM 主动发展专业发展愿景 (HPB), 以满足政府希望在马来西亚和国际层面需要 60,000 名清真高管的愿望 HPB JAKIM 已经任命并认证了 7 所 IPTA 和 3 所 IPTS, 其中包括被委托在马来西

三年级音乐世界全年计划

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

AXA-AFFIN Maximiser-Brochure(Mar2018)

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

第五章 峇峇文學的定位與價值

EDUCATIONAL ISSUES IN MAHUA FICTIONS ( ) By LEONG SOO YEN Thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the re

I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model I am my business s guardian I am my staff s employer Many people depend on

Dear Parents,


5

28 EN-PRUlink golden managed 01

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

Transcription:

BAB 1 PENGENALAN 1.0 Latar Belakang Kajian Bahasa merupakan suatu sistem simbol yang digunakan oleh anggota masyarakat bahasa untuk berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka berlandaskan budaya yang dimiliki mereka bersama (Soenjono, 2003). Zulkifley menjelaskan bahawa pola pemikiran sesuatu masyarakat tergambar secara jelas dalam bahasa. Bahasa dikatakan sebagai penyerlah akal budi yang paling nyata. Hanya dengan bahasa, manusia dapat menangani dan mengungkapkan pengalaman yang telah atau bakal ditempuhi dalam kehidupan harian (Zulkifley Hamid, 1996, p.55). Bahasa bukan sahaja berfungsi sebagai alat komunikasi tetapi juga sebagai saluran bagi memaparkan kehidupan sesuatu masyarakat dalam menghadapi kehidupan harian. Ini bermakna pandangan dunia sesebuah masyarakat dapat dilihat melalui aspek budaya, sejarah kehidupan dan pemikiran masyarakat yang dipapar melalui bahasa. Manusia merupakan satu-satunya mahkluk yang dikurniakan dengan kebolehan berbahasa. Dengan berbekalkan akal fikiran, manusia mampu mengamati alam sekitar dan perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Pemerhatian ini termasuklah tingkah laku manusia, interaksi sesama manusia, haiwan, alam sekitar dan sebagainya. Melalui sistem kognitif dan bahasa, manusia dapat berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain. Dengan keintelektualan yang ada, manusia turut menghasilkan karya kesusasteraan, peribahasa dan juga kata pepatah. Melalui karya kesusasteraan dan peribahasa yang dihasilkan, budaya dan adat resam sesuatu masyarakat itu dapat disebarkan dan diketahui umum (Saidatul Nornis, 2001). 1

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaksanaan suatu masyarakat yang menghimpunkannya dari zaman-berzaman dan mewarisinya secara turun-temurun (Noraini & Mascitah, 2011, p.2). Menurut Cíhǎi (1999, p.4477), kata pepatah merupakan bahasa biasa dalam kalangan manusia yang mempunyai kuasa ekspresif yang kuat. Kata pepatah terdiri daripada gabungan perkataan yang ringkas dan padat serta hukuman ayat yang tetap. Penggabungan perkataan dengan semantik adalah padat dan tidak boleh dialih sesuka hati. Kata pepatah dihasilkan secara kolektif (umbrella term) di mana ia merangkumi peribahasa, simpulan bahasa dan bahasa kiasan (Neo, Heng & Lee, 2014, p.17). Peribahasa merupakan bahasa kiasan yang digunakan oleh masyarakat untuk menambah dan mengindahkan pertuturan dalam kehidupan seharian mereka. Perkara yang dikategorikan dalam penggolongan peribahasa termasuklah perumpamaan, simpulan bahasa, pepatah, perbilangan dan kiasan. Peribahasa ini sebenarnya melambangkan kekayaan sesebuah masyarakat dari segi kebudayaan, pemikiran dan falsafah hidup anggota masyarakat tersebut. (Noraini & Mascitah, 2011, p.2). Setiap masyarakat mempunyai peribahasanya yang unik dan tersendiri yang diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang seterusnya. Penguasaan dan pengetahuan serta mengenali bahasa ibunda sendiri dengan lebih mendalam adalah sangat digalakkan supaya warisan ini dapat dikekalkan dalam sesebuah masyarakat tersebut. Justeru, kajian yang dijalankan ini diharap dapat memupuk pemahaman dan 2

minat masyarakat ini untuk mendalami bahasa khususnya penggunaan simpulan bahasa dan kebudayaan yang terkandung dalam kesusasteraan Cina. Menurut Dai (2003), simpulan bahasa ialah sinonim yang memperkayakan gaya penulisan. Simpulan bahasa terdiri daripada susunan kata yang pendek, terisi dengan makna yang luas, mengandungi unsur kebenaran dan menggambarkan istilah di sebaliknya. Memandangkan simpulan bahasa merupakan unsur bahasa yang penting dalam cabang kesusasteraan dan mencerminkan unsur kebudayaan masyarakat penggunanya, kajian sewajarnya dilakukan untuk mengkaji ciri-ciri yang unik yang terkandung dalam simpulan bahasa. Kajian yang dijalankan ini akan menumpukan perhatian pada penggunaan unsur warna dalam simpulan bahasa Cina. Simpulan bahasa dalam bahasa Cina dikenali sebagai 成语 (chéngyǔ). Orang Cina mempunyai koleksi kesusasteraan yang lama (Wan Mohd, 1991). Lagendalagenda dan mitos-mitos dalam kesusasteraan Cina telah wujud lebih daripada dua ribu tahun Sebelum Masihi. Menurut kamus Cina 古今汉语词典 (Gǔjīn Hànyǔ Cídiǎn) (2004, p.165), kebanyakan simpulan bahasa Cina terdiri daripada empat patah perkataan yang berstruktur ringkas dan berbentuk tetap. Simpulan bahasa membayangkan nilainilai dan falsafah pegangan masyarakat Cina. Setiap simpulan bahasa mempunyai latar belakang yang menarik, misalnya cerita yang baik, cerita benar dan juga cerita dongeng. Terdapat simpulan bahasa yang menunjukkan perkembangan dalam bidang ilmu sains, bidang penciptaan teknikal, bidang kesenian, budaya dan adat istiadat, persekitaran dan aspek-aspek lain (Liu, 2000). Menurut Wang & Wang (2013), simpulan bahasa adalah bahasa yang wujud melalui pembentukan ungkapan yang unik dan tetap dalam proses penggunaannya. 3

Sebagai satu bentuk bahasa, simpulan bahasa mempunyai ciri dan corak tersendiri dan digunakan dengan kerap sama ada dalam bentuk bahasa tulisan atau lisan kerana simpulan bahasa boleh digunakan untuk menyampaikan pelbagai maklumat bagi bahasa dan budaya apabila komunikasi berlaku sesama manusia. Dalam pelbagai keadaan, simpulan bahasa adalah refleksi daripada alam sekitar, kehidupan dan sejarah kebudayaan penutur asli dan ia juga berkait rapat dengan semangat mereka. Simpulan bahasa biasanya digunakan dalam semua jenis bentuk bahasa, sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Terdapat simpulan bahasa yang mudah difahami dengan hanya melihat makna tersurat perkataan itu, manakala juga terdapat simpulan bahasa yang lebih rumit. Contoh simpulan bahasa yang senang difahami ialah 大同小异 (dàtóng xiǎoyì). 大 : besar; 同 : sama; 小 : kecil; 异 : perbezaan. Maksudnya, hampir keseluruhan sesuatu perkara atau benda itu sama, dan hanya terdapat sedikit perbezaan sahaja. Jadi, dengan hanya membaca simpulan bahasa ini sepintas lalu, seseorang itu berupaya untuk memahami maksud keseluruhan simpulan bahasa itu. Ungkapan simpulan bahasa Cina mempamerkan kepintaran manusia hasil daripada gabungan pengalaman, pengamatan dan pengajaran manusia. Simpulan bahasa terbentuk daripada gabungan pelbagai jenis unsur yang dikutip daripada pengalaman hidup seharian masyarakat pada zaman dahulu. Ia dibentuk berdasarkan pengalaman hidup dan perkara yang dialami serta pemerhatian terhadap sesuatu perkara. Melalui proses ini, simpulan bahasa dibentuk satu demi satu dan mula digunakan dalam komunikasi seharian. Dalam pada itu, didapati bahawa simpulan bahasa ini diwarnai dengan unsur perlambangan unik yang melibatkan penggunaan unsur warna dalam ungkapan simpulan bahasa tersebut. 4

Selain penggunaan unsur warna, unsur-unsur lain yang turut wujud dalam simpulan bahasa termasuklah unsur alam yang digunakan sebagai lambang untuk sesuatu makna seperti unsur haiwan iaitu kucing, anjing, harimau, tikus, lembu, ular, kambing, ayam, naga, itik, udang dan lain-lain lagi. Unsur tumbuh-tumbuhan turut digunakan misalnya; bunga, pokok, akar, mawar, rebung dan lain-lain lagi. Unsur cakerawala yang digunakan pula adalah seperti langit, bulan, matahari, bintang, sungai dan lain-lain lagi. Kesemua unsur ini diaplikasikan oleh pencipta peribahasa pada zaman dahulu dalam menghasilkan peribahasa melalui pengalaman, pemerhatian dan kepekaan mereka (Tengku Azeezeen, 2008). Unsur warna merupakan suatu unsur perlambangan yang dipilih untuk mengungkapkan makna yang tertentu dalam suatu simpulan bahasa. Makna yang dimaksudkan di sini termasuklah budaya masyarakat, kelakuan dan perasaan manusia, peranan sesuatu watak, gambaran sesuatu pemandangan, kemewahan status, keunikan, pantang larang, perlambangan kerabat diraja, agama dan adat dan lain-lain (Liu, 2000). Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum 1 (Rem, 2001). Warna amat penting dalam kehidupan manusia. Warna memainkan peranan yang penting dalam pelbagai fungsi dan aspek dalam kehidupan harian kita. Oleh sebab perkataan yang memberi pengertian warna ini amat berkait rapat dengan bahasa, maka kajian ini akan berusaha untuk mengkaji aspek makna, lambang, fungsi dan kedudukan warna dalam simpulan bahasa Cina terutamanya dari sudut bahasa. 1 Menurut Dewan Bahasa Pustaka, spektrum ialah cahaya berwarna-warni seperti warna pelangi yang terjadi apabila sesuatu sinar diuraikan oleh kaca prisma dll. Sumber daripada laman sesawang http://prpm.dbp.gov.my/search.aspx?k=spektrum 5

Setiap warna dalam simpulan bahasa Cina membawa makna yang tersendiri. Umpamanya, menurut Kamus Bahasa Cina Moden (2002), putih melambangkan sifat bersih, jernih, jujur, murni, suci, tulen dan tulus. Warna merah pula membawa makna seperti darah, menyala, saga, kegembiraan, kemewahan dan kekayaan. Di sebaliknya, hitam membawa maksud gelap, dukacita, haram, malang, suram dan pantang-larang. Hijau pula membawa maksud masih mentah dan muda. Selain simpulan bahasa Cina, penggunaan warna turut dapat diperhatikan dalam beberapa contoh ungkapan simpulan bahasa Melayu. Misalnya, terdapat beberapa hal dinyatakan secara halus dengan menggunakan unsur warna putih dalam simpulan bahasa Melayu. Umpamanya, putih mata bermaksud kecewa, putih tulang bermaksud lebih baik mati dan putih hati membawa maksud jujur. Simpulan bahasa, sesungguhnya, menjadi cermin bagi bangsa masing-masing. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kata adjektif warna menjadi amat penting dalam bahasa (Nathesan, 1998). Kajian ini hanya memfokuskan pada perubahan makna terhadap unsur warna dalam simpulan bahasa Cina dan seterusnya dilanjutkan dengan pengkategorian simpulan bahasa Cina yang berunsur warna ke dalam beberapa kategori budaya Cina. 1.1 Pernyataan Masalah Simpulan bahasa Cina kaya dengan unsur-unsur budaya. Ia mempunyai asalusul yang mencerminkan keadaan masyarakat penggunanya pada masa itu. Simpulan bahasa dihasilkan berdasarkan sejarah, prosa klasik, cerita khayalan, puisi atau hasil pertembungan dengan bahasa lain (Liu, 2000). Semua ciri ini menjadikan simpulan bahasa Cina begitu istimewa. Namun, semakin banyak masyarakat Cina kurang 6

mengutamakan simpulan bahasa (Lam, 2008). Keadaan ini menyebabkan penggunaannya semakin berkurangan. Fenomena penggunaan peribahasa dan simpulan bahasa semakin terpinggir akibat daripada penggunaannya yang amat kurang dalam komunikasi harian. Para remaja jarang menggunakan peribahasa dan simpulan bahasa malah ada yang kurang menyedari akan kewujudan peribahasa dan simpulan bahasa. Walau bagaimanapun, tradisi penggunaan peribahasa dan simpulan bahasa harus diteruskan. Adalah penting bagi kita untuk mengetahui dan mengekalkan penggunaan peribahasa dan simpulan bahasa ini kerana ia merupakan salah satu warisan yang perlu dihargai dan dipelihara oleh bangsa itu sendiri. Hal ini dapat mengekalkan penggunaan warisan kesusasteraan sesuatu bangsa yang telah diwarisi sejak turun temurun dan seterusnya dapat memupuk perpaduan dan mencapai kemuafakatan sesebuah bangsa itu. Memandangkan simpulan bahasa merupakan unsur bahasa yang unik dan penting dalam masyarakat penggunanya, maka kajian ini akan bertumpu kepada kajian terhadap unsur warna dengan meninjau apakah makna metafor dan perluasan makna yang ditonjolkan oleh unsur-unsur warna di bawah perubahan makna sesuatu warna tersebut. Kajian seterusnya dilanjutkan dengan pengkategorian simpulan bahasa Cina yang berunsur warna ke dalam beberapa kategori budaya Cina. 1.2 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang unsur warna yang terkandung dalam simpulan bahasa Cina. Secara khususnya, objektif kajian ini ialah untuk membuat tinjauan tentang kekerapan penggunaan unsur warna dalam simpulan bahasa Cina dan mengkaji makna metafor dan peluasan makna yang 7

ditonjolkan oleh unsur-unsur warna di bawah perubahan makna sesuatu warna. Seterusnya, unsur-unsur warna dikaji dari pelbagai kategori budaya masyarakat Cina. Ini dapat membantu masyarakat Cina mengenali budaya dan kehidupan masyarakat sendiri dengan lebih mendalam. Ini juga dapat menghidupkan kembali martabat kesusasteraan bangsa Cina dan seterusnya menurunkan tradisi penggunaan simpulan bahasa kepada generasi yang seterusnya. Dengan ini, objektif kajian ini adalah untuk : 1. Mengenalpasti jenis warna yang kerap digunakan dalam simpulan bahasa Cina. 2. Mengkaji simpulan bahasa Cina yang mengandungi unsur warna dari segi perubahan makna. 3. Melihat bagaimana unsur warna dalam simpulan bahasa Cina mencerminkan budaya Cina. Bagi memenuhi objektif-objektif ini, 3 soalan kajian telah dihasilkan. 1.3 Soalan Kajian Kajian ini akan mengkaji secara mendalam untuk menjawab soalan-soalan yang berikut : 1. Apakah warna yang kerap digunakan dalam simpulan bahasa Cina? 2. Apakah perubahan makna unsur warna dalam simpulan bahasa Cina yang dikaji? 3. Bagaimanakah simpulan bahasa Cina yang mengandungi unsur warna mencerminkan budaya Cina? 8

1.4 Kepentingan Kajian Dalam dunia simpulan bahasa Cina, satu gambaran yang lebih jelas tentang lambang warna dapat dihasilkan berdasarkan simpulan bahasa Cina yang kaya dengan unsur-unsur kebudayaan, sejarah dan nilai-nilai sosial ini. Dengan ini, penghasilan kajian ini juga diharap dapat mewujudkan satu pemahaman yang lebih konkrit tentang unsur-unsur warna dalam budaya masyarakat Cina. Simpulan bahasa telah diturunkan sejak zaman dahulu. Menurut Tengku Azeezeen (2008), manusia pada zaman moden ini yang dibanjiri kemajuan dan leka dalam mengejar kemodenan telah mengabaikan asal-usul kesusasteraan klasik masyarakat sendiri. Tanpa menyedari tentang nilai estetik dan seni yang tinggi dalam simpulan bahasa itu, ada kalanya simpulan bahasa telah dianggap kuno dan ketinggalan zaman serta tidak sesuai lagi untuk digunakan pada zaman kini. Justeru, simpulan bahasa ini harus diimbas kembali dan dihidupkan semula agar masyarakat Cina dapat menyedari semula kepentingan bahasa, mengenali kesusasteraan sendiri, mengingati sumbangan tokoh-tokoh dalam bidang sastera, mengenali budaya diri sendiri, melanjutkan keindahan bahasa ibunda supaya tidak luput atau tergugat sehingga bila-bila masa sahaja (Tengku Azeezeen, 2008, p.9). Melalui kajian ini, pengetahuan mengenai kognisi, konsep dan persepsi yang terkandung dalam simpulan bahasa Cina akan diperoleh dan boleh dijadikan sebagai garis panduan kepada pengkaji. Penggunaan simpulan bahasa yang tepat amat digalakkan terutamanya dalam penulisan (Paitoon, 2012, p.133). Hal ini demikian kerana sesuatu hasil penulisan yang memuatkan simpulan bahasa akan menjadi lebih menarik dan indah gaya bahasanya. 9

Selain itu, penggunaan simpulan bahasa dalam penulisan dan pengucapan adalah digalakkan kerana ciri-ciri kehalusan dan keindahan santun kata dapat dipaparkan. Dalam kajian ini, selain meninjau simpulan bahasa Cina dari perspektif warna, konotasi budaya juga akan dikaji. Hasil kajian dapat memberi gambaran yang jelas tentang aspek budaya masyarakat Cina yang terselit dalam simpulan bahasa Cina melalui unsur warna. Penghargaan terhadap ciptaan simpulan bahasa sejak berkurun lamanya juga merupakan kepentingan kajian ini. Diharapkan kajian ini juga dapat memanfaatkan pelajar yang sedang mempelajari bahasa Cina sebagai bahasa kedua atau ketiga dengan membantu mereka memahami budaya masyarakat Cina. 1.5 Batasan Kajian Memandangkan terdapat banyak kamus simpulan bahasa di pasaran, dua kamus telah dipilih untuk kajian ini. Data diambil daripada kamus Chéngyŭ Tōngjiăn Cídiǎn iaitu 成语通检词典 : terbitan 中华书局 (Zhōnghúa Shūjú), Beijing 2013 dan Xīnhuá Chéngyŭ Cídiăn iaitu 新华成语词典 : terbitan 商务印书馆 (Shāngwù Yìnshūguăn), Beijing 2011. Kebanyakan simpulan bahasa Cina mempunyai ungkapan sebanyak empat patah perkataan. Terdapat juga sesetengah simpulan bahasa yang melebihi empat patah perkataan. Kajian ini hanya terbatas kepada simpulan bahasa yang terdiri daripada empat patah perkataan. Simpulan bahasa yang terdiri lebih daripada empat patah perkataan tidak diambil kira sebagai data. Pengkaji memilih kedua-dua kamus ini kerana kamus-kamus ini disyorkan sebagai instumen kajian yang sesuai dalam penyelidikan dan juga rujukan yang berwibawa dalam bidang akademik. Bilangan simpulan bahasa yang terkandung amat mencukupi dikumpul sebagai data. 10

Simpulan bahasa merangkumi pelbagai unsur yang amat luas, antaranya termasuk unsur budaya, agama dan adat resam, prikemanusiaan, unsur alam, undangundang, kehidupan masyarakat, pemikiran manusia dan lain-lain aspek. Kajian ini hanya meliputi kajian simpulan bahasa Cina yang mengandungi unsur warna sahaja. Dari sini, kita dapat memerhatikan cara simpulan bahasa ini diperlihat atau dikonseptualisasikan dari sudut budaya. Asmah (1986) mengatakan bahawa bahasa sebagai petunjuk bagi kebudayaan adalah suatu perkara yang sudah lama diketahui kerana bahasa mencerminkan kebudayaan penutur, cara kehidupan dan juga persekitaran fizikal dan sosial sesebuah masyarakat. Terdapat banyak data perlu dianalisis sekiranya kajian terhadap kesemua unsur warna (13 jenis) yang terkandung dalam simpulan bahasa Cina dilakukan. Oleh itu, kajian ini terbatas kepada 5 jenis warna yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi (Sila rujuk jadual kekerapan 4.1). 1.6 Definisi Operasional Unsur warna - Warna merupakan sejenis unsur penting dalam grafik kerana ia dapat memberikan kesan psikologis kepada orang yang melihatnya. Warna mampu memberikan saranan yang mendalam kepada manusia. Warna juga berhubung kait dengan latar belakang budaya sebuah bangsa tertentu yang mungkin memberikan penilaian berbeza untuk penggunaan warna-warna yang berbeza. Simpulan bahasa Cina merupakan ungkapan bahasa Cina yang terdiri daripada empat patah perkataan yang mempunyai susunan tetap dan mantap dengan pengertian 11

tertentu (Yao, 1998). Sesetengah simpulan bahasa mempunyai bilangan perkataan yang melebihi empat patah perkataan. 1.7 Kesimpulan Setelah membincangkan latar belakang kajian, objektif kajian, kepentingan dan permasalahan kajian terhadap simpulan bahasa Cina, diharapkan kajian ini dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan kajian tentang simpulan bahasa. Simpulan bahasa memainkan peranan amat penting dalam bidang kesusasteraan untuk menonjolkan keunikan budaya masyarakat tersebut dan cara masyarakat tersebut menggunakan unsur-unsur yang tertentu dalam penghasilan simpulan bahasa ini. Bab yang seterusnya akan memperkembangkan lagi pemahaman tentang penggunaan simpulan bahasa dalam masyarakat serta kajian unsur warna-warna yang pernah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji dahulu dan sekarang. 12

BAB 2 : SOROTAN KAJIAN 2.0 Pengenalan Dalam bab ini, pengkaji akan mengemukakan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan topik kajian ini. Pembentangan teori-teori dan kajian-kajian lepas merangkumi pengertian kata, aspek warna, budaya, simpulan bahasa, warna dalam budaya dan sebagainya. 2.1 Pengertian Kata ( 词义 Cíyì) Perkembangan pengertian kata dibahagikan kepada tiga kategori iaitu makna asal ( 本义 běnyì), perluasan makna ( 引申义 yǐnshēnyì) dan makna metafor ( 比喻义 bǐyùyì) (Huang, 2009). 2.1.1 Makna Asal ( 本义 běnyì) Makna asal sesuatu perkataan mempunyai dua penerangan. Pertama, pengertian dari sumber, iaitu maksud yang paling asal ( 本义 běnyì). Kedua, pengertian aplikasi perkataan, iaitu maksud yang selalu diguna dianggap sebagai makna asas ( 基本意义 jīběn yìyì). Terdapat banyak makna asal telah hilang. Dalam kamus umum, makna asal tidak dikategorikan dalam pergertian makna. Namun, apabila membaca bahan kuno, makna asal sesuatu perkataan mesti difahami dengan merujuk kepada kamus-kamus seperti 辞源 (Cí Yuán), 汉语大字典 (Hànzì Dàzìdiǎn), 说文解字 (Shuōwén Jiězì) dan lain-lain. Sesetengah makna asal masih dikekalkan sehingga hari ini tetapi tidak dapat 13

menonjolkan maksud secara sendiri sebaliknya ia mesti dikolokasi dengan perkataan lain. Makna asal bagi perkataan askar ( 兵 bīng) ialah senjata. Contoh simpulan bahasa yang mengandungi perkataan 兵 bīng ialah pertarungan yang sengit iaitu 短兵相接 (duǎnbīng xiāngjiē) dan bersedia untuk berperang atau bertanding iaitu 秣马厉兵 (mòmǎ lìbīng). Makna asal bagi perkataan sup ( 汤 tāng) ialah air panas. 汤 tāng wujud dalam simpulan bahasa 扬汤止沸 (yángtāng zhǐfèi) dan 赴汤蹈火 (fùtāng dǎohuǒ). 扬汤止沸 (yángtāng zhǐfèi) bermaksud menghentikan air daripada mendidih dan mencurah semula. 赴汤蹈火 (fùtāng dǎohuǒ) pula bermaksud melompat ke dalam air panas dan berjalan melalui api. Makna asal bagi perkataan jalan ( 走 zǒu) difahamkan sebagai lari. Namun, 走 zǒu menunjukkan seseorang berjalan kaki di bawah makna asas. 兵 bīng pula merujuk kepada askar di bawah makna asas. Oleh kerana makna asas bagi sesuatu perkataan selalu diguna, maka makna asalnya kadang kala diganti oleh makna asas (Li, 1993, p.68). Sesetengah makna asal masih diutamakan sehingga hari ini. Dalam keadaan ini, makna asal dan makna asas boleh menjadi konsisten 2.1.2 Perluasan Makna ( 引申义 yǐnshēnyì) Perubahan makna terbentuk hasil daripada beberapa pendekatan. Salah satu pendekatan yang penting ialah perluasan makna ( 引申义 yǐnshēnyì). Perluasan makna ( 引申义 yǐnshēnyì) berlaku di mana makna perkataan bertukar dari tahap subordinate ke tahap superordinate, iaitu skop makna perkataan telah diperluaskan. Perluasan makna 14

( 引申义 yǐnshēnyì) diperkembang daripada makna asas. Makna yang diperluas mempunyai makna yang sama atau bertentangan dengan makna asas. Sebagai contoh, perkataan dalam ( 深 shēn). Makna asas bagi 深 shēn ialah jarak yang besar dari permukaan ke dasar atau dari bahagian luar ke bahagian dalam. Contoh seperti sungai ini sangat dalam ( 这条河很深 zhè tiáo hé hěn shēn); gunung dalam ( 深山 shēnshān); perigi dalam ( 深井 shēnjǐng) dan lain-lain. Frasa-frasa ini menonjolkan makna asas 深 shēn iaitu dalam. Dalam proses perubahan makna, 深 shēn kemudian diperluas makna kepada 深奥 shēnào, 深刻 shēnkè, 深入 shēnrù dan 深厚 shēnhòu. Contohnya, falsafah yang mendalam ( 很深的哲学 hěn shēn de zhéxué ); persahabatan yang mendalam ( 友谊很深 yǒuyì hěn shēn). 深 shēn juga diperluas makna kepada masa yang lama, contohnya 夜深人静 yèshēn rénjìng. Selain itu, 深 shēn juga menggambarkan kegelapan sesuatu warna, contohnya 颜色太深 yánsè tài shēn. Pengkaji dapat menyimpulkan bahawa perhubungan antara perluasan makna dengan makna asas bagi perkataan 深 shēn terdiri daripada dasar yang sama. Merujuk kepada 说文解字 (Shuōwén Jiězì), makna asal bagi perkataan 口 kǒu ialah mulut. Mulut bukan sahaja merupakan organ makan bagi manusia dan haiwan bahkan juga merupakan organ vokal. 口 kǒu diperluas makna daripada mulut kepada penjodoh bilangan 一家五口 yì jiā wǔkǒu. 口 kǒu merupakan organ yang amat penting di kalangan manusia dan haiwan. Maka, 口 kǒu diambil sebagai unit untuk mengambil kira bilangan ahli bagi sesebuah keluarga. 15

2.1.3 Makna Metafor ( 比喻义 bǐyùyì) Metafor merupakan makna tetap yang dihasilkan melalui perumpamaan makna asal. Dalam kata lain, makna metafor juga tergolong dalam salah satu jenis perluasan makna daripada makna asal sesuatu perkataan (Li, 1993, p.60). Metafor terbentuk melalui persamaan atau keserupaan antara perkara untuk menghasilkan makna baru. Ia merupakan pemindahan nama berdasarkan perhubungan makna. Dengan ini, metafor mewakili sejenis kaedah yang menunjukkan persamaan antara satu benda dengan yang lain. Sebagai contoh, perkataan mulut iaitu 嘴 (zuǐ) merupakan salah satu deria manusia. Makna metafor mulut pula digambarkan sebagai laluan masuk bagi sesuatu objek. Makna asal bagi frasa tulang dan daging iaitu 骨肉 (gǔròu) ialah tulang dan daging. Makna metafornya bertukar menjadi pertalian yang tidak dapat dipisahkan. Frasa 手足 (shǒuzú) merujuk kepada tangan dan kaki. Namun, makna telah berubah menjadi hubungan persaudaraan iaitu 手足情 (shǒuzúqíng) apabila 手足 (shǒuzú) dikolokasi dengan 情 (qíng). Di bawah makna metafor, 口 kǒu diumpamakan sebagai saluran sesebuah bekas. 口 kǒu juga digambarkan sebagai laluan masuk dan keluar sesebuah bangunan seperti 进口 jìnkǒu dan 出口 chūkǒu. Mulut manusia mempunyai persamaan dengan saluran bekas iaitu satu akses untuk beralih ke dalam dan ke luar. Dengan ini, makna metafor 口 kǒu dapat ditonjolkan. Didapati bahawa adalah sukar untuk membezakan perluasan makna ( 引申义 yǐnshēnyì) dan makna metafor ( 比喻义 bǐyùyì). Berikut ialah dua jenis keadaan untuk memastikan perubahan makna dikategorikan sebagai makna metafor : 16

(i) Objek yang ditunjukkan oleh makna asas digambarkan secara spesifik ( 具体 jùtǐ), iaitu sesuatu yang wujud manakala makna yang ditunjukkan melalui makna metafor digambarkan secara abstrak ( 抽象 chōuxiàng). Sebagai contoh, bulu ( 皮毛 pímáo). Makna asal 皮毛 pímáo ialah kulit yang berbulu. Contoh ayat ialah bulu cerpelai dan bulu musang merupakan bulu yang amat berharga ( 貂皮 狐皮都是极贵重的皮毛 diāopí húpí dōushì jí guìzhòng de pímáo). Di bawah perubahan makna metafor, 皮毛 pímáo merujuk kepada pengetahuan secara permukaan sahaja. Contoh ayat ialah berpengetahuan cetek ( 略知皮毛 luèzhī pímáo ). Melalui contoh di atas, pengkaji mendapati bahawa makna asas bagi 皮毛 pímáo iaitu kulit yang berbulu merupakan sesuatu yang spesifik. Sebaliknya, apabila 皮毛 pímáo digambarkan sebagai pengetahuan secara permukaaan, ia merupakan sesuatu yang abstrak. (ii) Sifat objek yang ditunjukkan oleh makna asas dan makna metafor mempunyai jurang perbezaan yang besar. Hal ini memudahkan orang ramai menganggap ia tergolong dalam metafor. Sebagai contoh, meletup iaitu 放炮 fàngpào menunjukkan tembakan peluru. Makna asas ini kemudian diubah menjadi makna metafor iaitu serangan yang ganas terhadap sesuatu perkara. Pengkaji menegaskan bahawa makna metafor yang diubah secara sementara bukan merupakan makna metafor yang sebenar sebaliknya penggunaannya perlu diaplikasi dalam suatu jangka masa yang panjang di samping ia telah lama dikukuhkan dalam bidang pengertian makna. 17

Selain daripada perluasan makna ( 引申义 yǐnshēnyì) dan makna metafor ( 比喻义 bǐyùyì), pengertian kata ( 词义 cíyì) juga merangkumi metonomi ( 借代义 jièdàiyì), makna simbolik ( 象征义 xiàngzhēngyì) dan sebagainya. Pengertian kata terbentuk hasil daripada aplikasi bahasa dan proses perkembangannya dalam jangka masa yang panjang. Memandangkan skop tesis ini perlu dihadkan berdasarkan jumlah perkataan, kajian ini hanya menfokuskan pada perubahan makna daripada makna asal kepada makna metafor atau perluasan makna. 2.2 Lambang dan Makna 2.2.1 Lambang Merujuk kepada Kamus Dewan (2005, p.876), lambang merupakan tanda yang mengatakan atau mengenalkan sesuatu barang, simbol, isyarat (seperti kain, pasu, bendera dan lain-lain lagi) : Warna kuning dengan bulan sabit dan bintang melambangkan Islam adalah agama rasmi Malaysia. Bintang bersudut empat belas melambangkan tiga belas negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan. 14 jalur melambangkan negeri-negeri Malaysia dan ibu negeri. Warna biru melambangkan perpaduan. Warna putih melambangkan kesucian. Warna merah melambangkan keberanian. Kajian ini akan mengkaji unsur warna dalam simpulan bahasa yang melambangkan atau memberikan makna yang tersirat terhadap simpulan bahasa itu. Menurut Ogden & Richards (1972), lambang ini bersifat konvensional tetapi dapat diorganisasi, dirakam dan dikomunikasikan. Lambang juga merupakan tanda tetapi lambang tidak memberi tanda secara langsung, contohnya warna putih dalam masyarakat Cina merupakan lambang kesucian manakala warna kuning merupakan warna khas yang melambangkan keluarga kerabat diraja. 18

Lambang boleh wujud dalam pelbagai bentuk atau konsep. Dengan itu, lambang ialah pengwujudan konsep (Tengku Azeezeen, 2008, p.31). Kebanyakan konsep yang kita gunakan adalah terikat kepada budaya. Kita bergantung kepada pemahaman suatu masyarakat terhadap pengetahuan dan pengalaman yang tidak sama dengan masyarakat yang lain. Ini kerana setiap budaya mempunyai pandangan masing-masing yang unik. Ini dapat dilihat dalam simpulan bahasa Cina yang akan dikaji ini, berfokuskan kepada aspek unsur warna iaitu terdapat lambang yang memberikan maksud tertentu. 2.2.2 Makna Linguistik kognitif mengkonsepsikan hubungan kognitif dan makna (Jalaluddin, Nor Hashim, Anida & Zaharani, 2012, p.460). Premis yang diutamakan adalah meaning is embodied, iaitu pengalaman ini menkonsepsikan makna (Lakoff, 1987). Makna dianggap tidak wujud secara tersendiri daripada orang yang mencipta atau menggunakannya oleh aliran linguistik kognitif. Makna dilihat sebagai struktur konseptual yang lazim (conventionalized conceptual structure). Menurut Lakoff (1987), ungkapan bahasa mempunyai hubungan yang erat dengan manusia dan ini bermaksud pengalaman dan interaksi manusia dengan dunia nyata mencerminkan pengkonsepsian makna dalam mental. Menurut Awang Had Salleh (1959, dlm. Zulkifley Hamid, 1996), makna adalah sesuatu yang luas yang mempunyai hubungan langsung dengan otak penutur; untuk mengetahui makna dengan tepat, seseorang mesti mendalami perkara yang difikirkan oleh penutur, dan berfikiran selaras dengan beliau. Dalam kajian ini, pengkaji harus 19

mendalami maksud yang disampaikan oleh lambang warna dalam simpulan bahasa sebelum dan selepas perubahan makna berlaku terhadap sesuatu warna. Bahasa dikatakan terdiri daripada unsur bunyi dan unsur makna. Ahmad al- Mutawakkil (2006) mengatakan bahawa terdapat dua jenis makna iaitu makna penutur dan makna leksikal. Makna penutur merupakan makna yang dikehendaki oleh penuturnya yang mengandungi tujuan dan niat manakala makna leksikal pula merupakan makna yang terkandung dalam sesuatu perkataan yang berkaitan antara satu sama lain melalui pertuturan dan ujaran seseorang. Dalam kajian ini, makna yang dimaksudkan oleh lambang unsur warna yang digunakan dalam simpulan bahasa Cina akan dikaji dengan teliti dari pelbagai aspek seperti fungsi warna, watak, peranan, budaya dan lain-lain lagi agar pengertiannya dapat dijelaskan dengan tepat. 2.3 Perlambangan dalam Simpulan Bahasa Menurut Chi & Hao (2013), simpulan bahasa adalah kumpulan tetap kata-kata yang maknanya tidak jelas jika difahami dari setiap perkataan secara berasingan sebaliknya ia perlu difahami secara keseluruhannya. Dalam perspektif yang luas, simpulan bahasa terdiri daripada kata-kata yang telah ditetapkan, frasa, peribahasa, bahasa seharian, dua ungkapan biasa dan sebagainya. Terdapat banyak simpulan bahasa yang wujud dalam kedua-dua bahasa Cina dan Inggeris. Simpulan bahasa bagi kedua-dua bahasa ini menunjukkan maklumat yang agak rumit tentang kebudayaan mereka dan budaya dalam simpulan bahasa ini merupakan aspek yang penting dalam budaya tradisional mereka. 20

Eberhard (1986) mengkaji lambang-lambang karakter bahasa Cina. Beliau mengatakan bahawa perkataan Cina tidak boleh dieja, tetapi harus difahami apa yang ditulis tidak semestinya makna apa yang dimaksudkan. Lambang dan karakter bahasa Cina lebih menekankan realiti kehidupan dengan menunjukkan maksud penyampaian tersirat atau secara tidak langsung. Sesuatu yang boleh disampaikan dengan terus-terang tetapi kadang-kadang tidak boleh disampaikan melalui perkataan secara terus atas alasan seperti malu, menjaga maruah diri atau air muka. Contohnya perkataan 红 (hóng) yang secara literalnya bermaksud merah. Tetapi ada-kalanya perkara yang dimaksudkan adalah berbeza dan ia berdasarkan kepada persefahaman antara penyampai dan pendengar. Perkataan 红 (hóng) boleh bermaksud kemewahan. Akan tetapi, apabila digabungkan dengan perkataan lain, kita dapat memahami maksud lain yang didukung oleh 红 (hóng). Contohnya 来红 (lái hóng) yang bermaksud kedatangan haid. 2.4 Konsep Warna Warna adalah sebahagian daripada hidup. Menurut Kamus Dewan (2005, p.1802), warna bermaksud cahaya yang diterima oleh mata daripada cahaya yang dipantulkan oleh benda-benda yang dilihat oleh seseorang. Menurut Ensiklopedia Malaysia (1996, p.416), warna didefinisikan sebagai suatu sebutan umum bagi menggambarkan rangsangan penglihatan untuk membezakan komposisi cahaya yang mempunyai perbezaan jarak gelombangnya. Warna dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu warna amaran, warna pelengkap, warna primer dan warna asas. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (2008), warna adalah kesan yang diperolehi oleh mata daripada cahaya yang dipantulkan oleh benda-benda yang dikenainya. Sedangkan dalam ilmu fizik, warna adalah panjang gelombang cahaya yang dihasilkan atau dipantulkan 21

oleh benda sehingga dapat dilihat oleh mata manusia. Manusia dapat melihat cahaya dengan panjang gelombang kira-kira 380nm, yang setara dengan warna ungu, sampai 780nm, yang dilihat sebagai warna merah. Menurut Mahnke (1993), warna bukan sebahagian daripada suatu benda, ruang ataupun permukaan. Warna adalah sensasi yang disebabkan oleh kualiti cahaya tertentu yang terlihat oleh mata dan seterusnya diinterpretasikan oleh otak. Kopacz (2004) mengatakan bahawa istilah warna mengacu kepada semua sensasi visual, termasuk kosongnya warna putih dan gelapnya warna hitam, begitu juga intensiti daripada kemerahan sejenis lipstik dan kehalusan seketul bata merah. Warna merupakan unsur yang sangat berkesan dan berupaya untuk menyentuh kepekaan penglihatan sehingga mampu merangsang perasaan terharu, sedih, gembira, semangat, dan lain-lain (Adi Kusrianto, 2009, p.47). Warna dalam kehidupan manusia mempunyai makna yang berbeza. Jadual berikut adalah beberapa erti daripada warna secara umum : - Jadual 2.1 : Contoh Warna Warna Biru Merah Kuning Hijau Ungu Hitam Putih Lambang / Simbol sesuatu yang memiliki ketenangan dan kepercayaan sesuatu kekuatan atau nafsu sesuatu kegembiraan yang penuh harapan dan optimis sesuatu yang semulajadi keangkuhan dan kemewahan misteri, malapetaka, kematian dan ketakutan, sesuatu konotasi yang negatif kesucian, juga menunjukkan bersih dan rapi (Sumber : Kamus Bahasa Cina Moden, 2002) 22

Terdapat 6 faktor yang disebut oleh Mahnke Frank H. dalam buku Color, Environment & Human Response (1996) yang mempengaruhi pengalaman warna pada setiap individu. Keenam-enam faktor ini mempunyai tahap pengaruhnya. Ini disebut sebagai Piramid Pengalaman Warna. Dalam perkembangan evolusi manusia, kita mewarisi kemampuan untuk memberi reaksi terhadap warna yang tidak dapat kita kendalikan dan warna telah menjadi sebahagian daripada psikologi dan warisan biologi manusia. Semua ini memainkan pengaruh yang besar terhadap persepsi manusia pada warna. Berikut adalah penjelasan tentang keenam-enam faktor tersebut. Rajah 2.1 : Piramid Pengalaman Warna Hubungan Peribadi Pengaruh Trend, Fesyen dan Gaya Pengaruh Kebudayaan dan Kesopanan Kesedaran Simbolisme-Persatuan Kolektif secara Tidak Sedar Reaksi Biologi Terhadap Warna [Sumber : Color, Environment & Human Response(1996)] Warna juga dapat menjadi karakteristik dalam kebudayaan dan kelompok tertentu (Adhifah Rayahu, 2012, p.19). Misalnya, warna biru-kehijauan menjadi warna nasional Persia (Persia adalah salah satu suku yang tergolong dalam bangsa Iran, yang menggunakan bahasa Persia dan juga mempunyai persamaan dalam kebudayaan 23

dengan bangsa Iran yang lainnya). Misalnya, orang Persia kuno percaya bahawa warna tersebut dapat menjaga mereka daripada gangguan syaitan. Dalam Islam, warna hijau menandakan adat resam dan hijau juga menjadi tanda harapan. Dalam kalangan masyarakat Cina pula, bangsa Han paling suka dan selalu menggunakan warna merah (Chang, 2004, p.167). Warna merah itu sendiri sebenarnya membawa makna yang agung bagi masyarakat Cina. Warna merah menggambarkan keadaan yang terang. Dengan ini, merah menjadi lambang kegembiraan dalam kehidupan. Merah disebut sebagai hóng ( 红 ) dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong membawa maksud bertuah, bernasib baik dan beruntung. Bunyi ong disebut dalam bahasa dialek iaitu Hokkien. Orang Cina mempercayai bahawa warna merah akan membawa tuah kepada mereka jika mereka memakai pakaian merah pada hari pertama Tahun Baru Cina. Dengan ini, didapati bahawa warna merupakan suatu unsur universal yang melangkaui batas budaya dan adat resam sesebuah masyarakat. Dalam bidang reka bentuk, warna seringkali menjadi unsur pelengkap dalam sebuah rekaan. Menurut Adhifah Rahayu (2012), warna memiliki peranan yang sama penting baik dalam bidang senibina mahupun dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Dalam kajian beliau, beliau mendapati bahawa semua yang dapat dilihat itu memiliki warna. Oleh itu, warna menjadi bahagian yang penting dan sangat berpengaruh dalam kehidupan seharian manusia. Misalnya, memilih warna pakaian yang hendak dipakai, mengubah warna cat dinding ruang tamu sempena musim perayaan, memilih warna kulit penutup telefon bimbit, memilih warna untuk perabot-perabot, memilih warna tertentu untuk barangan yang hendak dibeli dari kedai dan sebagainya. Tanpa disedari, beberapa contoh ini menunjukkan bahawa warna memang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Kajian mengenai warna telah banyak dilakukan dan 24

ia juga telah menjadi sebahagian daripada pelbagai cabang ilmu seperti fizik, biologi, senibina dan psikologi. Dalam ilmu psikologi, warna merupakan satu bentuk atau lambang kepada sesuatu yang dilambangkan (Nugroho, 2008). Persepsi sesebuah masyarakat atau negara akan menentukan maksud sesuatu warna itu. Begitu juga dengan setiap bahasa yang wujud, ia akan menggunakan istilah dan makna warna yang berbeza dalam kalangan penuturnya. Warna adalah bahasa visual universal yang paling umum yang digunakan sehari-hari. Manusia selalu terpesona dengan keindahan warna. Secara psikologi, warna memang mempengaruhi kehidupan kita. Kesan psikologisnya sering jauh lebih dahsyat daripada pengalaman visual kita. Setiap warna memiliki kesan psikologi yang tertentu. Warna-warna tertentu dapat merangsang kita, mewujudkan perasaan ghairah, atau sebaliknya boleh melemahkan kita. Terdapat warna yang melahirkan sebuah gambaran yang menunjukkan kekosongan. Sebagai contoh, warna putih, 白 (bái) dalam simpulan bahasa 平白无故 (píngbái wúgù) bermaksud tiada apa-apa sebab; 白手起家 (báishǒu qǐjiā) bermaksud seseorang yang memulakan perniagaan keluarga atau sesebuah kerjaya dengan tangan yang kosong dan tiada ilmu asas. 2.5 Sejarah Unsur Warna dalam Bahasa Cina Sistem lima warna dalam tradision Cina telah mengkategorikan warna hitam, merah, hijau, putih, kuning sebagai warna positif. Warna hitam dalam Yìjīng 易经 dianggap sebagai warna langit (Xin Yuan, 2006). " 天地玄黄 (tiāndì xuánhuáng)", mengatakan bahawa orang pada zaman dahulu merasakan bahawa langit utara telah mendedahkan misteri hitam. Mereka menganggap bahawa Polaris melambangkan 25

kedudukan Maharaja. Jadi, warna hitam pada China purba merupakan warna raja-raja dan ia juga merupakan warna monokromatik yang paling lama pada zaman purba. Bagi warna merah pula, Xin (2006) mempunyai pendapat yang sama dengan Fan (2010) dan Liu (2008), iaitu mereka berpendapat bahawa warna merah melambangkan warna kemeriahan dan kegembiraan sempena sesuatu sambutan. Warna hijau (termasuk hijau muda) melambangkan musim bunga dan alam semula jadi. Konsep warna putih dalam zaman purba mempunyai banyak makna. Konsep lima elemen telah menyamakan warna putih dengan emas, iaitu putih sama seperti emas. Ini membuktikan bahawa orang zaman purba menganggap warna putih itu melambangkan sesuatu yang terang dan cerah. Warna putih juga dikategorikan sebagai warna positif yang menandakan ketulenan, cerah dan berisi. Selain itu, warna putih juga dirujuk sebagai hal-hal kematian. Xin (2006) juga mengatakan bahawa warna kuning sebagai warna pusat atau simbol warna bumi. Dalam bahasa Cina, terdapat suatu penyataan yang mengatakan kuning melahirkan Yin dan Yang ( 黄生阴阳 huáng shēng yīnyáng), iaitu mereka menganggap kuning ialah warna utama. Warna kuning ialah warna maharaja. Bangunan yang penting seperti istana, kuil dan sebagainya banyak berwarna kuning. Warna kuning juga dianggap sebagai warna luar biasa yang tidak tercemar. Selain itu, warna kuning juga merupakan warna agama Buddha, iaitu pakaian sami dan kuil adalah berwarna kuning. Akan tetapi, Guan (2008) mengatakan bahawa dalam sejarah kesenian Kristian, orang Yahudi memakai pakaian kuning sebagai lambang dengki, memberontak dan dianggap sebagai pengecut. 26

Meskipun terdapat pelbagai konsep yang mendeskripsikan warna, namun sebenarnya terdapat pula persamaan yang dapat menjadi pola universal. Berlin & Kay (1969) mengatakan bahawa istilah dasar warna dalam sebuah bahasa berevolusi pada setiap waktu dan setiap bahasa pada akhirnya mengacu kepada 11 istilah dasar warna yang universal. Berlin & Kay (1969) juga mengatakan ke-sebelas istilah dasar warna itu adalah hitam, putih, hijau, kuning, merah, biru, coklat, merah muda, oren, kelabu dan ungu. Sejumlah warna umum ini digelar sebagai pola warna dasar. 2.6 Penggunaan Kata Warna dalam Simpulan Bahasa Cina Antara kajian-kajian lepas tentang penggunaan kata warna dalam simpulan bahasa, Xu (2014) telah menganalisis ciri-ciri taburan, sumber, klasifikasi, ciri-ciri ideografik dan konotasi budaya simpulan bahasa yang mengandungi kata-kata warna melalui perspektif linguistik, psikologi dan linguistik kebudayaan. Beliau mendapati bahawa pengedaran kata-kata warna dalam simpulan bahasa adalah tidak seimbang. Perkembangan simpulan bahasa dipengaruhi oleh politik, ekonomi dan budaya. Hal ini telah mencerminkan proses pembangunan sejarah sosial. Simpulan bahasa yang mengandungi kata-kata warna terutamanya datang dari cerita dongeng, sejarah, karya sastera dan kitab-kitab agama. Sebab utama adalah kebangkitan sastera vernakular yang menjadikan peribahasa rakyat diubah menjadi sejenis bahasa dalam kesusasteraan. Ciriciri ideografik dan konotasi budaya amat kaya dalam simpulan bahasa yang mengandungi unsur warna. Budaya bahan purba negara China, budaya kerohanian, budaya sistem, budaya adat dan perasaan estetik masyarakat dahulu telah ditunjukkan sepenuhnya dalam simpulan bahasa. 27

Menurut Fan (2010), antara pelbagai jenis kata-kata warna, sesetengah daripadanya telah lenyap manakala sesetengah pula masih diguna sehingga hari ini. Fan (2010) mengatakan bahawa kita dapat lebih memahami pengertian simpulan bahasa dengan menguasai makna kata-kata warna dan seterusnya menerokai hubungan antara mereka. Hal ini bukan sahaja dapat mendalami konotasi budaya yang terselit dalam simpulan bahasa dan menikmati kekayaan yang ditinggalkan oleh nenek moyang, malahan warga asing yang belajar bahasa Mandarin dapat memahami negara China khususnya dari perspektif budaya. Menurut Chen (2013), masyarakat Cina lebih suka warna merah, kuning dan ungu. Sebagai contoh, kuning dan ungu merupakan warna jubah maharaja pada zaman dahulu. Rakyat biasa yang berpakaian kuning atau ungu dianggap sebagai sikap yang tidak hormat kepada raja dan negara. Warna merah selalu dilihat apabila menyambut sesuatu perayaan. Dalam pada itu, warna hitam, putih dan kelabu jarang muncul. Sebaliknya, putih dan hitam dipakai oleh orang ramai semasa menghadiri upacara pengebumian dan warna lain pula jarang dilihat. Ini bertindak sebagai suatu tanda penghormatan kepada si mati dan juga keluarga si mati. Simpulan bahasa 大红大紫 (dàhóng dàzǐ) bermaksud sangat disukai atau sangat popular manakala 白衣秀士 (báiyī xiùshì) bermaksud pelajar miskin yang masih belum menjadi pegawai kerajaan. Warna putih ( 白 bái) dalam simpulan bahasa boleh diklasifikasikan ke dalam kategori-kategori yang lebih kecil berdasarkan konotasi putih yang berlainan. Pertama sekali, dikaji dari segi visual, simpulan bahasa seperti 白璧无瑕 (báibì wúxiá) dan 白璧微瑕 (báibì wēixiá) dan sebagainya. Dari segi masyarakat feudal yang berhierarki, simpulan bahasa termasuk 白屋寒门 (báiwū hánmén), 白衣秀士 (báiyī xiùshì) dan sebagainya. Makna putih ini menunjukkan kemiskinan. Dari segi budaya tradisional 28

Cina pula, simpulan bahasa termasuk 素车白马 (sùchē báimǎ) dan 红白喜事 (hóngbái xǐshì) di mana putih menunjukkan hal-hal kematian. Untuk memudahkan analisis makna, simpulan bahasa yang berunsur warna dikategorikan kepada dua bahagian iaitu perkataan warna yang menunjukkan makna warna dan perkataan warna yang tidak menunjukkan makna warna. Perubahan makna telah berlaku pada sesuatu warna itu apabila ia tidak menunjukkan maksud warna itu. 2.7 Budaya dan Budaya Masyarakat Cina Setiap bangsa mempunyai bentuk budaya yang berlainan. Terdapat beberapa pandangan yang berlainan mengenai budaya. Menurut Theodorson dan Theodorson (dalam Puteri, 2005, p.33), budaya digambarkan sebagai cara hidup sesuatu kelompok sosial, iaitu seluruh persekitaran yang dibina oleh manusia termasuk hasil kehidupan kelompok yang dibahagikan kepada budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. Budaya adalah satu konsep yang dinamik. Ia merupakan proses pembangunan sejarah. Justeru, kebudayaan mempunyai ciri-ciri geografi, ciri-ciri etnik dan zaman. Dari sudut sejarah, budaya Cina termasuklah sejarah budaya tradisional dan evolusi budaya tradisional yang berlaku secara dramatik pada zaman moden (Zhang, 1986). Zhan dan Zhu (2002) berpendapat bahawa budaya adalah kombinasi amalan hidup, cara hidup dan adat resam sesuatu bangsa yang dihasilkan daripada gabungan budaya yang berlainan. Mod budaya merangkumi sebelas aspek yang berlainan, iaitu bahasa, kehidupan kebendaan, harta dan hasil, kekeluargaan, seni, hiburan, agama, sains 29

dan budaya, kerajaan, moral dan peperangan. Menurut Edward B.Taylor (Puteri, 2005, p.33), kebudayaan ialah keseluruhan kompleks yang mengandungi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat resam dan kebolehan lain serta perlakuan manusia sebagai anggota masyarakat. Budaya ialah salah satu aspek yang penting dalam kajian ini. Budaya ialah etiket, 礼仪 (lǐyí), iaitu peraturan-peraturan formal mengenai tingkah laku yang betul dan sopan dalam sesebuah masyrakat (Oxford, 1989). Unsur budaya yang terkandung dalam sastera Cina memenuhi etiket yang sesuai dalam budaya Cina. Selain etiket, budaya Cina juga mencerminkan ciri-ciri kebangsaan dan gaya hidup negara selepas evolusi tamadun Cina dan juga keseluruhan budaya pemikiran dan ideologi sejarah etnik (Yang, 1999). Budaya tradisional Cina juga merupakan ciptaan nenek moyang keturunan Cina yang tinggal di kawasan pedalaman. Budaya tradisional yang diwarisi dari generasi ke generasi ini mengandungi ciri-ciri etnik yang tersendiri dan konotasi yang dalam dan mempunyai ciri-ciri sejarah. Secara ringkasnya, budaya tradisional Cina ialah istilah umum yang dipaparkan melalui bentuk budaya yang berbeza yang mewakili pelbagai budaya etnik, adat resam dan semangat kerohanian (Zeng, 2004). Seorang pakar budaya, 林宝卿 (Lín Bǎo Qīng) telah mengupas budaya Cina terutamanya dalam aspek bahasa dengan budaya. Beliau menfokuskan kajian dengan melihat hubungan budaya Cina dengan aspek-aspek seperti tulisan Cina, perbendaharaan kata Cina, tatabahasa Cina, peribahasa, simpulan bahasa, nama orang, nama tempat, agama dan sebagainya. Teorinya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti budaya Cina mencerminkan budaya sejarah masyarakat Cina; mencerminkan kebijaksanaan dan pengalaman masyarakat Cina zaman kuno; mencerminkan budaya mental masyarakat Cina zaman kuno; mencerminkan budaya 30

agama; mencerminkan budaya yang terselit di antara nama tempat dengan budaya negara China dan mencerminkan upacara adat istiadat budaya Cina (Lin, 2000, p. 211-214). Menurut Chong (2014), kehidupan masyarakat Cina bukan sahaja sangat menarik malahan budayanya sangat terserlah. Hal ini demikian kerana masyarakat Cina penuh dengan upacara dan adat istiadat yang menarik dan amat mementingkan maksud di sebaliknya. Sebagai contoh, yang paling menarik ialah upacara majlis perkahwinan orang Cina. Upacara perkahwinan masyarakat Cina berbeza dengan upacara perkahwinan masyarakat barat. Misalnya, masyarakat barat menjalankan upacara di gereja, manakala masyarakat Cina mengadakan jamuan makan secara besar-besaran di restoran atau rumah. Masyarakat barat mendoakan rahmat tuhan mereka semasa upacara perkahwinan, manakala masyarakat Cina berdoa dan menunjukkan penghargaan setinggi-tinggi kepada syurga dan ibu bapa. Pengantin masyarakat barat memakai gaun yang berwarna putih semasa upacara perkahwinan, manakala pengantin masyarakat Cina memakai gaun yang berwarna merah dalam majlis perkahwinan disebabkan masyarakat Cina beranggapan bahawa warna merah membawa makna gembira, riang, meriah, bertuah dan penuh dengan harapan (Lin, 2000, p. 141). Menurut Lin (2000), pasangan pengantin baru memakai gaun berwarna merah, memakai bunga merah, mengedarkan kad jemputan yang berwarna merah dan memberi gula-gula. Daripada aspek upacara perkahwinan, kita dapat perhatikan bahawa budaya masyarakat Cina dan masyarakat barat masing-masing mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. 31

2.8 Warna dalam Budaya Cina Kebudayaan adalah dikonsepkan sebagai makna bersama (Hall, 2003, p.17). Lebih-lebih lagi, jika makna itu dihasilkan melalui rujukan kepada objek fizikal atau pengalaman fizikal (Machin, 2009, p.30). Oleh yang demikian, apabila menyentuh tentang warna, tumpuan akan diberikan kepada kepentingan dalam perkongsian pengalaman dalam mentafsir makna untuk warna bersama-sama dan seterusnya melahirkan suatu fenomena yang pengkaji namakan sebagai budaya warna. Istilah warna mengandungi unsur kebudayaan dan emosi yang padat dalam kalangan bangsa Han (Chang, 2004, p.165). Dengan ini, istilah warna mengandungi perlambangan kebudayaan yang kaya. Menurut Chang (2004), sejak dahulu lagi, bahasa Cina amat kaya dengan istilah warna dan kebanyakan mempunyai hubungan yang erat dengan industri tekstil atau sutera. Di samping itu, boleh dikatakan bahawa perlambangan kebudayaan dalam bahasa Cina dilahirkan melalui pendekatan warna daripada perkara yang bersifat objektif. Jadi, istilah-istilah warna dalam bahasa Cina masing-masing mempunyai perlambangan yang berlainan pada zaman yang berlainan. Dalam sejarah China, dinasti yang berbeza berpegang kepada warna yang berlainan. Sebagai contoh, dinasti Xia mengagung-agungkan warna hijau, dinasti Shang mengagung-agungkan warna putih, dinasti Zhou mengagung-agungkan warna merah, dinasti Qin mengagung-agungkan warna hitam, dinasti Han dan dinasti-dinasti seterusnya sama-sama mengagung-agungkan warna merah. Boleh disimpulkan bahawa, istilah warna dan pemikiran kebudayaan masyarakat mempunyai hubungan yang erat. Menurut Yang (1999, p.63), warna ialah sejenis fenomena semula jadi. Pengenalan dan konsep terhadap warna daripada pelbagai bangsa dan negara adalah 32