Kepada,

Similar documents
PowerPoint Presentation

PowerPoint Presentation

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

华小董事觉醒运动缘起


PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

SaverBrochure_F 07.ai

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

BAB SATU

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

1

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

1. NAMA DAN ALAMAT PENDAFTARAN 1.1 Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) atau dengan perkataan Inggeris Malaysian

一月 JANUARI

Penghargaan

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

1

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

校规 Peraturan Sekolah 1. 尊敬师长, 巡察员及班长 Menghormati guru, pengawas dan ketua darjah. 2. 须向访客请安 Memberi salam kepada pelawat sekolah. 3. 上课时, 不得迟到或早退 如要早退

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

Penghargaan

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

Kata Ganti Nama Diri padankan jawapan yang betul. 1. Kita 我 2. Mereka 你 3. Saya 他 4. Kamu 你 / 你们 5. Kami 他们 6. Awak 大家 7. Dia 我们 Kata Tanya padankan j

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

2.2 Memakai baju-t sekolah semasa mengikuti kelas Pendidikan Jasmani. 上体育课时, 穿上学校所指定的衬衫 2.3 Semasa menghadiri aktiviti kokurikulum, semua murid mesti

CEC’s Annual English Competition

8

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

Tajuk

社團改組資料

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

CEC’s Annual English Competition

ISM Circular: 20 –2005

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

Kertas 1

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Minit Mesyuarat

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH (PBS) NAIB PN. LIANG FEI SHIN PN. LEE CHAI YENG (TAHAP 1) CIK TUEH SHE PING (TAHAPN 2) KPBM: PEMENTORAN KPBI

MANUAL PROSEDUR KERJA KOKURIKULUM LATAR BELAKANG Kokurikulum merupakan salah satu aktiviti gerak kerja yang boleh meningkatkan interaksi dan intergras

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

icctv user guide manual.indd

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

Microsoft Word - PDPA2010.doc

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

1

1. Se kunci. 2. Se baju. 3. Se rumah. 一排屋子 4. Se pisau. 5. Se pensel. 6. Satu tentera laut. batang jambak helai deret bilah angkatan 2 Tatabahase Dril

Travel Protector Flight delays. Loss of luggage. Illness. An accident. Whether you are on a business trip or on holiday with your family, any of these

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

PowerPoint Presentation

ZC501N_UM_FrontPg

PERJANJIAN KEAHLIAN (Syarat-syarat) 1. Untuk menjadi seorang Pengedar di "Mc-Ocean Holding Sdn Bhd" (selepas ini dirujuk sebagai Syarikat), pemohon me

UCAMHALAL 中心是通过与 PEHMA 机构合作于 2014 年开发的 JAKIM 主动发展专业发展愿景 (HPB), 以满足政府希望在马来西亚和国际层面需要 60,000 名清真高管的愿望 HPB JAKIM 已经任命并认证了 7 所 IPTA 和 3 所 IPTS, 其中包括被委托在马来西

What is Sun MaxiMed-i? It is an individual top up hospitalisation and surgical takaful plan with surplus sharing to provide for expenses on hospitalis

BookCatalog FINAL

AXA-Wealth Edu Brochure (2015)

July 2017 Business Incentive

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves

(b) apabila anggota itu meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis tiga bulan kepada Menteri; atau (c) apabila tamat tempoh jawatannya. Pemba

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

Microsoft Word - Bursary

四年级第二 次月考范围

KANDUNGAN pg 1 pg 2 pg 3-25 PERATURAN PERNIAGAAN PENGEDAR CNI Objektif Perjanjian Pengedar Peraturan Perniagaan Pengedar 目錄 pg 26 pg 27 pg CNI 商

Penghargaan

5

Microsoft Word - Avail News _Oktober 2017_.doc

Offline Fill in a Membership Application Form and pass the form together with a joining fee of RM53 (inclusive of GST) to your introducer, or submit t

Microsoft Word - Avail News _Ogos 2017_.doc

MB-07OB MB-07WG

竞赛规则 2015 年大华银行 年度之画 竞赛 1. 参赛资格 1.1 大华银行 年度之画 竞赛 ( 以下简称 竞赛 ) 的主办单位为大华银行 ( 马来西亚 ) 有限公司 ( 以下简称 马来西亚大华银行 ) 若参赛画作在邮寄途中遗失或遭到损坏, 马来西亚大华银行将不会以任何方

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

ABMB_document_template_v1

BAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi, pemeliharaan, dan

Microsoft Word - Avail News _November 2017_.doc

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he

AXA-AFFIN Maximiser-Brochure(Mar2018)

Each entry must have a label attached to the back of the entry at the top right-hand corner. All information must be clearly written in block letters

Wawasan Penabur

A work of art that did not begin in emotions is not art. - Paul Cézanne Paint with passion Art with heart stirs the soul with its intimacy, intensity

NEP_Arissto_CoffeeMachine_UserManual_Booklet_ _FA

Persediaan Awal PENGGUNAAN Sila hubungi juruteknik profesional untuk pemasangan. Jangan memasangnya sendiri. Sahkan parameter Nota: Tekanan bekalan ga

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

巴东色海尚正学校2006年度行政历

Transcription:

KUMPULAN PENGAKAP TERBUKA SHIANG YANG BERCHAM KUMPULAN PENGAKAP YANG KE-219 DALAM DAERAH KINTA Program Perhimpunan Dan Pertandingan Kemahiran Pengakap Peringkat Kebangsaan Kali Ke 3 / Antarabangsa Kali Pertama Sempena Perasmian Projek Perintis Pengakap Terpanjang Di Malaysia (The Malaysia Book of Records) 2016 Tarikh 23 & 24 Disember 2016 (Perhimpunan & Pertandingan) Tempat Taman Rekreasi Kg. Baru Bercham dan Kelab Sukan Komuniti Bercham Lorong Bercham 14, Kg. Baru Bercham, Ipoh, Perak. (Belakang Balai Polis Bercham) Anjuran Kumpulan Pengakap Terbuka Shiang Yang Bercham, Kumpulan Pengakap Yang Ke-219 Dalam Daerah Kinta. Dengan Kerjasama Persekutuan Pengkap Malaysia Negeri Perak & Rukun Tetangga Bercham

1. RASIONAL Misi Pergerakan Pengakap telah diperbadankan di bawah Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 dengan pindaan No. 143 Tahun 1974 dan No. 409 Tahun 1989, adalah untuk memberi sumbangan pendidikan tidak formal kepada generasi muda melalui sistem nilai berasaskan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap manakala matlamatnya adalah untuk melatih dan mengasuh generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Kesukarelaan dan kesinambungan pergerakan pengakap amat bergantung kepada generasi penerus yang berilmu, berpengalaman, berketrampilan, dinamik, berkalibar, berinovatif, proaktif dan sentiasa berinisiatif bagi membangunkan muda-remaja-belia menjadi pewaris bangsa dan negara yang mendokong nilai-nilai murni dan wadah pembangunan modal insan kelas pertama negara. 2. MATLAMAT Pertandaingan Kemahiran Pengakap Peringkat Kebangsaan Kali Ke-3 dan Peringkat Kebangsaan Kali Pertama Tahun 2016 diadakan bertujuan mengumpulkan Pengakap dari seluruh Negara dan dari Negara luar, membentuk rangkaian persaudaraan dan persahabatan dalam kepengakapan di semua peringkat tempatan dan antarabangsa; meningkatkan kualiti golongan muda melalui komunikasi global, pertandingan kemahiran pengakap dan mengalami kerja projek perintis pengakap yang unik sebagai ruangan bagi pertukaran firkiran serta amalan budaya masingmasing untuk melahirkan generasi masa depan yang berkapasiti tinggi, berkemahiran, mempunyai rangkaian luas dan berkebolehan. 3. OBJEKTIF Pada hujung program selama lima hari, peserta program diharap akan dapat:- 3.1 Membentuk dan menghargai perasaaan bersatu-padu dan solidariti. Para peserta akan berkongsi ruang yang sama dan bertanggungjawab ke atas satu sama lain. Program ini akan menggalakkan rasa menghormati diri dan orang lain dengan memahami amalan budaya berlainan dan pengalaman bersama dengan bertukaran kemahiran pengakap melalui pertandingan dan pembinaan struktur projek perintis pengakap; 3.2 Untuk meningkatkan kesedaran tentang pembinaan imej baik dan mengekalkan tangkapan positif demi mendapat sokongan komuniti atau masyarakat umum terhadap Pergerakan Pengakap; 3.3 Untuk memahami tempat dan bangunan bersejarah tempatan melalui program jejak warisan demi menambah pengetahuan mengenai jejak sejarah yang membentuk budaya tempatan hari ini; 3.4 Untuk membentuk jaringan Pemimpin berpotensi yang boleh memimpin Pergerakan Pengakap di peringkat kumpulan, daerah, negeri dan negara masing-masing serta berkongsi maklumat sedia ada.

4. JAWATANKUASA INDUK Pengerusi Setiausha Bendahari : Tn. Haji Ahmad Azam Shah Bin Abdul Majid, AMP. : En. Voon Yeow Hong : En. Tan Swee Kong, AMP,PPT. Ahli JawatanKuasa : Semua Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak Semua Pesuruhjaya Pengakap Daerah dalam Negeri Perak Semua Ahli Majlis Kumpulan Pengakap Shiang Yang Bercham 5. JAWATANKUASA KERJA PEMBINAAN STRUKTUR PROJEK PERINTIS PENGAKAP TERPANJANG Penasihat : Tn. Haji Ahmad Azam Shah Bin Abdul Majid, AMP. Penasihat Kejuruteraan & Teknikal : En. Voon Yeow Hong Penasihat Keselamatan Penasihat Teknologi Maklumat Penasihat Perundangan Pengurus Projek Setiausaha Projek Pengurus Pembinaan Pengurus Logistik Pengurus Pemeriksaan : En. Badrul Hisham bin Azmi : En. Leong Siew Chuan : En. Edwin Siebel : En. Leong Han Wau : En. Tang Jin Han : En. Leong Shau Tang : En. Lau Jun Hui : En. Hor Kah Seng Pengurus Keselamatan & Kecemasan: En. Yau Sy Yeong Pengurus Sajian & Pengangkutan : En. Tham Zhao Foong

6. JAWATANKUASA KERJA PERASMIAN Penasihat Pengerusi Setiausaha Bendahari Penyelaras Program Pengurus Perhubungan Pengurus Sajian Pengacara Pengurus Keselamatan : Tn. Haji Ahmad Azam Shah Bin Abdul Majid, AMP. : En. Voon Yeow Hong : En. Khairul Bin Haji Abu Kassim : En. Leong Han Wau : En. Hor Kah Seng : En. Azizul Azhar Bin Abdul Rahman : Pn. Jamaliah Binti Zamri : En. Tang Jin Han/Pn.Nor Akmar Binti Ahmad Pahri : En. Badrul Hisham Bin Azmi Penyelaras Sistem PA & Pentas : En. Chong Wai Hong Pengurus Cenderamata Jurugambar Pengurus Logistik : Cik. Loo May Yen : Cik. Nicole Ng Ch ng Ch ng : En. Leong Siew Chuan 7. JAWATANKUASA KERJA PROGRAM PENGAKAP Pengarah Program Pengerusi Setiausaha Bendahari Penyelaras Program Pengurus Perhubungan Pengurus Kebajikan Penyelaras Pendaftaran Pengurus Sajian : En. Voon Yeow Hong : Cik. Loo May Yen : En. Tang Jin Han / En. Tham Zhao Foong : Cik. Chan Khar Mun / En. Chee Zhen Yu : En. Lau Jun Hui : Cik. Loo May Yen : En. Lau Jun Hui : Cik Chan Khar Mun / En. Chee Zhen Yu : Cik. Wong Cui Wen / Cik Angel Lee

Pengacara : En. Tang Jin Han / Cik Lee Min Yee Pengurus Keselamatan dan Kecemasan : En. Liew Chee Hoe Penyelaras Sistem PA Penyelaras Malam Pengakap Penyelaras Persembahan Pentas : En. Chong Wai Hong : Cik. Loo May Yen : En. Yap Chee Yeong Penyelaras Sijil, Piala dan Cenderamata : Cik Nicole Ng / Cik Wong Cui Wen Jurugambar Pengurus Tarian Riadah Pengurus Logistik : En. Wong Jun Beng : Cik Woi Keat Theng : En. Leong Han Wau 8. KEGIATAN DAN AKTIVITI RIADAH YANG DITAWARKAN. 1) Pameran Pengakap. 2) Pameran Bomba dan Penyelamat. 3) Pameran St.John Ambulans Negeri Perak. 4) Pameran Pertahanan Awam. 5) Pameran Dewan Bandaraya Ipoh. 6) Pameran Anti-dadah. 7) Pameran Jabatan Kesihatan. 8) Pertandingan tarik tali. 9) Lawatan sekitar kawasan Bercham 10) Lawatan Projek Perintis Pengakap Terpanjang di Malaysia 11) Ceramah kepengakapan oleh pemimpin pengakap bertauliah dan berpengalaman. 12) Aktiviti berpangkalan untuk pelajaran ilmu pengakap dan permainan pengakap. 13) Sessi tarian pengakap bersama. 14) Tayangan wayang gambar. 15) Ceramah Anti-dadah. 16) Ceramah dan demostrasi Pertahanan Awam. 17) Ceramah dan demostrasi St. John Ambulans Negeri Perak.

JADUALPROGRAM 23 Disember 2016 1500 Pendaftaran peserta 1630 Lapor diri untuk Pertandingan Isyarat Semophore & Morse code Lapor diri untuk Pertandingan Halangan Komando Comando Obstacles 1700 Bermula Pertandingan Isyarat Semophore & Morse code Bermula Pertandingan Halangan Komando Comando Obstacles 1900 Rehat dan Makan Malam 2000 Lapor diri untuk Pertandingan Pertolongan Cemas First Aid Lapor diri untuk Pertandingan Simpulan & Ikatan Knot & Lashing Lapor diri untuk Pertandingan Model Projek Perintis Pioneering Project Model Aktiviti Riadah - Permainan Pengakap; Pelajaran Pengakap Berpangkalan; Tarian Pegakap Bersama & Pertandingan Tarik Tali. 2030 Bermula Pertandingan Pertolongan Cemas First Aid Bermula Pertandingan Simpulan Simpulan & Ikatan Knot & Lashing Bermula Pertandingan Model Projek Perintis Pioneering Project Model Lapor diri untuk Saringan Pertandingan Lakonan Highlight Lapor diri untuk Saringan Pertandingan Tarian Dance 2100 Bermula Saringan Pertandingan Lakonan Highlight Bermula Saringan Pertandingan Tarian Dance 2230 Mesyuarat urusetia dan ketua-ketua kontingen. 2330 Tamat program hari pertama dan tidur. 24 Disember 2016 0730 Lapor diri untuk Pertandingan Kawad Kaki Foot Drills 0800 Bermula Pertandingan Kawad Kaki Foot Drills 0830 Pameran Pengakap, Bomba & Penyelamat, St. John Ambulans Malaysia, Pertahanan Awam, Dewan Bandaraya Ipoh, Anti-dadah, Jabatan Kesihatan. 0930 Semua peserta berkumpul untuk persediaan Upacara Perasmian. 1000 Ketibaan tetamu dan dif-dif kehormat. 1030 Ketibaan Tetamu Perasmian dan bermula Upacara Perasmian Projek Perintis Pengakap Terpanjang di Malaysia (Malaysia Book of Records) 1045 Ucapan Perasmian dan Pengisytiharan Rekod Malaysia (Malaysia Book of Records) 1130 Sesi Bergambar, Lawatan Projek Perintis dan Jamuan Ringan 1200 Ceramah Anti-dadah dan Ceramah Pengakap. Lapor diri untuk Pertandingan Memasak Scout Cooking Lapor diri untuk Pertandingan Masakan Rimba Backwoods man Cooking 1230 Bermula Pertandingan Memasak Scout Cooking Bermula Pertandingan Masakan Rimba Backwoods man Cooking

1300 Rehat Tengah Hari 1400 Ceramah dan Demostrasi Pertahanan Awam ; Ceramah dan Demostrasi SJAM Aktiviti Riadah - Permainan Pengakap; Pelajaran Pengakap Berpangkalan; Tarian Pegakap Bersama; Lawatan Sekitar Kawasan Bercham; Pertandingan Tarik Tali & Lawatan Projek Perintis. 1700 Lapor diri untuk Pertandingan Lakonan Highlight Lapor diri untuk Pertandingan Tarian Dance Lapor diri untuk Pertandingan Kostum Costume 1730 Semua Peserta Berkumpul dan Memasuki Arena Malam Pengakap. 1800 Makan Malam 1830 Malam Pengakap Bermula 1900 Bermula Pertandingan Lakonan Highlight Bermula Pertandingan Tarian Dance Bermula Pertandingan Kostum Costume 2230 Upacara Penutupan dan Penyampaian Piala / Sijil 2300 Tamat Malam Pengakap dan Semua Acara. Bersurai 9. SENARAI JEMPUTAN PERASMIAN 1. Menteri Besar Negeri Perak 2. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara 3. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Semua Pesuruhjaya Pengakap Daerah 4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Negeri Perak dan Daerah Kinta 5. Pengarah Jabatan Pedidikan Negeri Perak 6. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak 7. Presiden Majlis Belia Malaysia 8. Pengerusi Majlis Belia Negeri Perak 9. Pengerusi Majlis Belia Daerah Kinta 10. Pegawai Pendidikan Daerah 11. Pengerusi Rukun Tetanga Bercham 12. Unit St John Ambulance Malaysia Kawasan Tengah. 13. Unit Bulan Sabit Merah Malaysia, Cawangan Negeri Perak 14. Pasukan-pasukan unit Pandu Peteri 15. Pasukan-pasukan unit Pengakap 16. Wakil-wakil penaja

10. PERATURAN-PERATURAN PROGRAM PENGAKAP Undang-undang Pengakap dan Pandu Puteri menjadi kewajipan semua peserta sepanjang aktiviti dan pertandingan. Semua kontijen / kumpulan pengakap dan pandu puteri mesti melapor diri / mendaftar di bilik urusetia sebaik sahaja tiba. Peserta dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan dan arahan-arahan yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Peserta mesti berdisiplin dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak penganjur. Semua bahan/ alatan yang berbahaya dilarang membawa masuk ke dalam kawasan penganjuran. Berjudi, merokok dan minuman keras adalah dilarang. Peserta dikehendaki berpakaian kemas dan bersopan (pakaian seragam kemeja-t kumpulan bersama skaf dan wogel yang diedarkan) di kawasan penganjuran. Peserta yang ingin keluar dari kawasan penginapan selepas 11.30 malam mesti mendapatkan kebenaran daripada pihak pengajur terlebih dahulu. Jika berlaku sebarang kemalangan, hubungi pihak penganjur/ urusetia dengan segera. Ketua kontijen dan pemimpin pengakap/pandu puteri bertanggungjawab penuh atas ahli masing-masing. Jadi, semua peserta tidak digalakan keluar dari kawasan penganjuran. Pihak penganjur tidak akan bertanggunjawab atas sebarang kehilangan harta benda peribadi, kumpulan dan alatan pertandingan. Para peserta dilarang membuang sampah-sarap di merata tempat. Para peserta perlu berjaga-jaga supaya tidak merosakkan harta benda di kawasan penganjuran. Jika terdapat sebarang kerosakan harta benda pihak penganjur yang disebabkan oleh peserta, kerugian akan ditanggung oleh peserta tersebut. Peserta tidak dibenarkan memasuki kawasan larangan yang ditentukan oleh pihak penganjur kecuali dibenarkan oleh pihak penganjur. Jika ibu bapa peserta ingin berjumpa dengan peserta, mereka mesti memberitahu pengawal keselamatan yang bertugas atau pihak urusetia sebelum memasuki ke kawasan penganjuran. Ini adalah demi keselamatan semua pihak. Peserta yang didapati melanggar peraturan akan dibatalkan hak daripada menyertai pertandingan. Penyertaan pasukan tuan / puan dalam acara-acara pertandingan hendaklah dimaklumkan kepada pihak penganjur selewat-lewatnya pada atau sebelum 30 Oktober 2016 dengan menghantar borang penyertaan. Jika pasukan tuan / puan ingin meminta tempat penginapan hendaklah diberitahu dam borang penyertaan tersebut. Ini akan memudahkan kerja-kerja persedian pihak penganjur. Kontijen / kumpulan yang ingin menyertai pertandingan mesti berdaftar kepada pihak penganjur pada hari pertama - 23 Dis 2016. Kumpulan yang lewat daftar tidak layak menyertai sebarang pertandingan. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan pertandingan selepas melaporkan diri pertandingan dan semasa pertandingan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak penganjur. Peserta pertandingan tidak dibenarkan berhubung dengan orang luar semasa pertandingan dijalankan. Kawasan pertandingan mesti dibersihkan dan dikemaskan selepas pertandingan dijalankan. Keputusan pengadil adalah muktamad. Semua peserta yang hadir dilarang membawa alatan yang boleh menimbulkan kebisingan kacau-bilau semasa malam pengakap seperti tong, wisel dan lain-lain. Pihak penganjur berkuasa merampas alatan tersebut dan memulangkannya selepas majlis malam pengakap.

Peraturan-peraturan Bilik Penginapan. 1. Bilik penginapan disediakan untuk peserta luar bandar Ipoh sahaja. 2. Para peserta tidak dibenarkan mengotorkan, mencontengkan dan merosakkan sebarang harta benda yang terdapat di dalam bilik penginapan 3. Para peserta tidak dibenarkan membuat bising dalam bilik penginapan. 4. Para peserta tidak dibenarkan memasak atau memakan sehingga mengotori bilik penginapan. 5. Para peserta tidak dibenarkan membuang sampah-sarap di bilik dan kaki lima bangunan. Pastikan sampah sarap dibuangkan ke dalam tong sampah yang disediakan. 6. Kalau terdapat kekurangan beg plastik sampah, hubungi pihak penganjur. 7. Para peserta tidak dibenarkan tidur di atas meja yang terdapat di bilik penginapan. 8. Para peserta perlu mematikan suis kipas dan lampu sekiranya tiada orang dalam bilik penginapan. 9. Jika sesiapa yang merosakkan harta-benda dalam bilik penginapan, bayaran gantirugi akan dikenakan. 10. Para peserta lelaki tidak dibenarkan memasuki bilik penginapan peserta perempuan dan juga sebaliknya. 11. Para peserta dikehendaki menjimatkan bekalan elektrik. Peraturan-peraturan Semasa Menggunakan Tandas. 1. Para peserta dikehendaki menjimatkan bekalan air dan elektrik. 2. Sentiasa menjaga kerbersihan tandas. 3. Selepas menggunakan tandas, bersihkan dengan air. 4. Para peserta tidak dibenarkan mengotorkan dan mencontengkan dinding tandas. 5. Para peserta dikedendaki berjaga-jaga semua peralatan di dalam tandas. 6. Bahan buangan yang telah digunakan seperti tisu, sabun dan botol-botol syampu yang kosong dikehendaki membuang ke dalam tong sampah yang disediakan. 7. Para peserta tidak dibenarkan bermain dan menjerit-jerit di dalam tandas. 8. Pihak penganjur tidak akan bertanggunjawab ke atas sebarang kehilangan harta benda peserta di dalam tandas. 9. Jika sesiapa yang merosakkan harta benda di dalam tandas, bayaran ganti-rugi akan dikenakan. Langkah-langkah keselamatan yang diambil 1. Peraturan-peraturan pengakap akan dikuatkuasakan sepanjang program. 2. Peti kecemasan selalu dibawa untuk menghadapi sebarang kemalangan berlaku. 3. Pemimpin yang berpengalaman mesti sentiasa berada di tempat bertugas dan menyelia seluruh kerja-kerja persediaan serta perjalanan program. 4. Semua ahli dikehendaki mendapat kebenaran daripada ibu bapa untuk melibatkan diri dalam aktiviti persediaan perhimpunan dan program tersebut. 5. Pihak penganjur akan memastikan peserta-peserta dijaga oleh pemimpin bertugas atau guru pengiring sekolah berkenaan. 6. Semua aktiviti persediaan perhimpunan dan program akan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.

12. PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN 1. Semua pertandingan dibuka peluang penyertaan kepada SEMUA pengakap/pandu puteri. 2. Penyertaan pertandingan tiada kategori lelaki atau perempuan. Hanya pertandingan halangan komando terdapat kategori lelaki dan perempuan. 3. Peserta mesti berumur antara 13 tahun hingga 18 tahun. 4. Bilangan pasukan yang menyertai pertandingan tidak dihadkan bagi setiap kumpulan pengakap / pandu puteri untuk semua pertandingan. 5. Semua pasukan pertandingan mesti mengikut giliran yang dicabut undi oleh ketua pasukan masing-masing. 6. Semua pasukan pertandingan mesti melaporkan diri bersama kad pengenalan masing-masing setengah jam sebelum pertandingan atau masa yang ditetapkan. Jika tidak, pihak penganjur boleh membatalkan kelayakan. 7. Semua peserta mesti berpakaian seragam lengkap yang ditetapkan dan kemas semasa pertandingan. 8. Jika peserta tercedera semasa pertandingan, maka peserta tersebut berhak tarik diri atau meneruskan pertandingan. Ketua kontijen atau pemimpin peserta tersebut akan bertanggungjawab. 9. Peserta yang mengambil bahagian dalam semua pertandingan mesti memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur dari masa ke semasa. 10. Setiap pasukan mesti melaporkan diri pada masa yang ditetapkan. Pasukan yang lewat tidak akan dilayani. 11. Pihak penganjur akan menjemput pengadil berkelayakan dan bertauliah seperti anggota tentera, instruktur institut tarian dan lakonan, tukang masak, jurutera, pemimpin pengakap bertauliah untuk permarkahan setiap pertandingan. Peserta boleh bertanya soalan yang berkaitan terhadap pengadil dalam sesi taklimat sebelum dan selepas pertandingan tetapi bilangan soalan dan masa adalah terhad. 12. Keputusan pengadil adalah muktamad. 13. Jika didapati sesiapa melanggar peraturan yang ditetapkan, pihak penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pasukan pertandingan. 14. Pihak penganjur berhak mengubah peraturan yang sedia ada bila-bila masa dan diumumkan di atas papan kenyataan urusetia atau memaklumkan kepada peserta bila-bila masa.

Pertandingan Simpulan & Ikatan (Knot & Lashing) Tarikh : 23 Disember 2016 Masa Lapor diri : 2000 Masa Pertandingan : 2030 hingga 2130 Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia Tempat Pertandingan : akan diberitahu semasa lapor diri Pakaian : Uniform lengkap Yuran Pendaftaran : RM 15 untuk satu pasukan Bilangan Peserta : 2 orang dalam satu pasukan Peraturan-peraturan Pertandingan Jenis simpulan merangkumi skema pelajaran Pengakap iaitu Lencana Keahlian; Lencana Kemajuan Lencana Usaha, Lencana Maju dan Lencana Jaya; Lencana Tertinggi Lencana Kemahiran sahaja. 20 jenis simpulan perlu dipersembahkan dan diberitahu semasa pertandingan. Peserta perlu buat 20 jenis simpulan yang ditetapkan di tali berpanjang 7m. Pihak penganjur akan bekalkan tali tersebut. Peserta perlu tuliskan kegunaan 20 jenis simpulan itu di atas kertas yand diedarkan. Masa pertandingan adalah 1 jam dan peserta boleh menghantar hasil kerja selepas siap. Markah bonus akan diberi sekiranya siap dalam masa singkat seperti berikut: 20 minit - 10 markah 30 minit - 7 markah 40 minit - 4 markah 45 minit - 1 markah 46 minit-60 minit - TIADA MARKAH BONUS Peserta pertandingan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan pertandingan kecuali mendapat kebenaran daripada pengurus pertandingan ini. Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil adalah terdiri daripada pemimpin/jurulatih pengakap yang berpengalaman dan bertauliah. Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan. Cara permarkahan adalah seperti berikut: Permarkahan Ketepatan Simpulan : 60% Ketepatan Kegunaan ditulis : 30% Kekemasan : 10% Jumlah : 100%

Pertandingan Masakan Rimba (Backwoods man Cooking) Tarikh : 24 Disember 2016 Masa Lapor diri : 1200 Masa Pertandingan : 1230 hingga 1530 Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia Tempat Pertandingan : akan diberitahu semasa lapor diri Pakaian : Uniform lengkap Yuran Pendaftaran : RM 30.00 untuk satu pasukan Bilangan Peserta : 4 orang dalam satu pasukan Peraturan-peraturan Pertandingan Masakan yang perlu siap dalam masa 3 jam adalah berikut: (I) Nasi dalam buluh (II) Telur (III)Roti Lilit (IV) Ayam panggang (V) Masakan yang akan diberitahu semasa pertandingan Pihak penganjur akan membekalkan 250gram beras, 2 biji telur, 2 sayap ayam dan 500gram tepung gandum dan sejenis bahan mentah makanan yang akan diberitahu semasa pertandingan. Buluh untuk memasak nasi ataupun bahan memasak perlu disediakan oleh peserta. Beras perlu dimasak dalam buluh; ayam perlu dimasak cara panggang ; cara memasak telur adalah bebas; Roti lilit diwajibkan. Semua bahan mentah yang dibekalkan perlu dihabiskan masak. Hanya gula, garam dan majerin/mentega dibenarkan sebagai bahan perisa dan perlu disimpan dalam bekas plastik sahaja. Setiap pasukan bertanding dalam kawasan 2.5m x 2.5m. Pihak penganjur akan membekalkan kayu api atau buluh sebagai bahan api. Semua bahan api dan umpan semulajadi seperti daun kering, rumput kering, serat tempurung dan sebagainya perlu disediakan oleh peserta. Minyak tanah, kertas dan bahan bukan semulajadi dilarangkan. Walau bagaimanapun peserta digalakkan membawa kayu api atau pun buluh sendiri. Bilangan mancis adalah terhad kepada 3 batang dan dibekalkan oleh pihak penganjur. Markah 10% daripada markah keseluruhan akan ditolak sekiranya minta 1 mancis tambahan. Meja disediakan oleh pihak penganjur dan semua masakan hendaklah dihidangkan di atas meja itu. Peserta dibenarkan membawa meja sendiri tetapi hanya boleh diletakkan dalam kawasan pertandingan pasukan sendiri sahaja. (dilarang letak di luar kawasan pertandingan) Hiasan atas meja hidangan adalah bebas tetapi mestilah berunsur semulajadi. Alatan memasak disediakan oleh peserta seperti parang, pisau, gergaji, buluh, batu dan 2 baldi air. Alat sudu, garpu, mangkuk dan sebagainya yang digunakan untuk mengendali makanan perlu diperbuat daripada alat semulajadi seperti buluh atau tempurung. Alatan selain daripada itu dilarangkan (Aluminiumn foil dan bekas besi dilarangkan). Menu hidangan adalah wajib dan mesti diperbuat daripada bahan semulajadi (Kain dan kertas dilarang, tetapi hanya pen marker dibenarkan). Pengadil adalah terdiri daripada jurulatih/pemimpin pengakap yang bertauliah dan berpengalaman. Keputusan pengadil adalah muktamad. Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan. Cara permarkahan adalah seperti berikut: Permarkahan Kemasakan : 30% Rasa Makanan : 30% Persembahan hasil masakan : 10% Kebersihan : 10% Penggunaan alatan semulajadi : 20% Jumlah : 100%

Pertandingan Memasak (Scout Cooking) Tarikh : 24 Disember 2016 Masa Lapor diri : 1200 Masa Pertandingan : 1230 hingga 1530 Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia Tempat Pertandingan : akan diberitahu semasa lapor diri Pakaian : Uniform lengkap Yuran Pendaftaran : RM 30.00 untuk satu pasukan Bilangan Peserta : 4 orang dalam satu pasukan Peraturan-peraturan Pertandingan Peserta akan diberi masa 2 jam setengah untuk siapkan masakan berikut: 1)Nasi 2)Sayur 3) Ayam 4) Ikan 5) Sup 6) Manisan 7) Masakan yang akan diberitahu Para peserta perlu menyediakan bahan mentah seperti dinayakan kecuali masakan no.7. Pihak penganjur akan membekalkan kayu api atau buluh sebagai bahan api tetapi umpan semulajadi seperti daun kering, rumput kering, serat tempurung dan sebagainya perlu disediakan oleh peserta. Minyak tanah, kertas dan bahan bukan semulajadi dilarangkan. Walau bagaimanapun peserta digalakkan membawa kayu api ataupun buluh sendiri. Makanan tin dan siap masak adalah dilarang. Setiap pasukan bertanding dalam kawasan 4m x 4m. Peserta dibenarkan membawa bahan-bahan sampingan seperti udang kecil, belacan, ikan bilis, halia, bawang, telur dan sebagainya untuk masak bersama bahan mentah. Bahan perisa seperti garam,gula,sos kicap dan sebagainya dibenarkan. Bahan-bahan untuk penyediaan bahan manisan hendaklah dibawa oleh peserta. Pertandingan memasak ini berpandu kepada konsep Back To The Basics. Makanan mestilah HALAL. Peserta dibenarkan membawa meja sendiri. Para peserta hanya dibenarkan menggunakan 1 kuali dan 1 periuk sahaja. Peserta pertandingan tidak dibenarkan merujuk kepada buku resipi masakan (recipe book) semasa pertandingan dijalankan. Peserta boleh menghidupkan lebih daripada 1 timbunan api. Peserta hanya menggunakan mancis untuk menghidupkan api bersama umpan semulajadi seperti daun kering, rumput kering, dan sebagainya. Mancis disediakan oleh peserta. Tiada markah untuk menghidupkan api dan bilangan mancis yang digunakan tidak dihadkan. Pengadil hanya menilai hasil masakan. Masakan boleh dinilai oleh pengadil sejurus selepas siap dimasak dan dihidangkan dalam pinggan atau mangkuk dengan permintaan peserta. Masakan yang disediakan boleh dinilai satu demi satu dan tidak semestinya dinilai selepas semua masakan siap. Hiasan makanan hanya diambil kira di dalam pinggan atau mangkuk yang dihidangkan. Hiasan luar daripada pinggan atau mangkuk yang dihidangan tidak akan dinilai. Menu makanan tidak diperlukan. Pengadil adalah terdiri daripada tukang masak restoran, instruktur kelas memasak dan pemimpin/ jurulatih pengakap yang berpengalaman dan bertauliah. Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan. Keputusan pengadil adalah muktamad. Cara Permakahan adalah seperti berikut : Permarkahan Kemasakan : 30% Rasa Makanan : 40% Persembahan hasil masakan : 15% Kebersihan : 15% Jumlah : 100%

Pertandingan Isyarat (Semaphore & Morse Code) Tarikh : 23 Disember 2016 Masa Lapor diri : 1630 Masa Pertandingan : 1700 hingga 1900 Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia Tempat Pertandingan : akan diberitahu semasa lapor diri Pakaian : Uniform lengkap Yuran Pendaftaran : RM 15.00 untuk satu pasukan Bilangan Peserta : 4 orang dalam satu pasukan Peraturan-peraturan Pertandingan Peserta tidak dibenarkan berkomunikasi selain daripada cara-cara yang dinyatakan. Peserta tidak dibenarkan berhubung dengan orang lain sehingga tamat pertandingan. Telefon bimbit dilarangkan. Bendera Semaphore dan peralatan Morse-code (Buzer) akan disediakan oleh pihak pengajur. Terdapat 4 stesen dalam pertandingan isyarat pengakap. Stesen 1 ~ Isyarat tangan Stesen 2 ~ Menerima isyarat tangan & memberi isyarat bendera Semaphore ke stesen 3. Stesen 3 ~ Menerima isyarat bendera Semaphore & memberi isyarat ke stesen 4 dengan menggunakan buzer Morse-code. Stesen 4 ~ Mendengar bunyi telegraf Morse- code dan tuliskan isyarat dalam kertas yang dibekalkan. Kelayakan minimum untuk pengiraan kepantasan ialah sekurang-kurangnya separuh bilangan daripada huruf-huruf yang diterima di stesen 4 adalah betul. Sekiranya huruf yang diterima di stesen 4 tidak mencapai betul separuh bilangan daripada huruf diberi, markah kepantasan tidak akan diberi. Pengadil adalah terdiri daripada pemimpin pengakap yang berpengalaman dan bertauliah. Keputusan pengadil adalah muktamad. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta sekiranya didapati melanggar peraturan. Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan. Cara permarkahan adalah seperti berikut: Permakahan Kejituan isyarat yang diterima : 50 % Kepantasan selesai proses menghantar isyarat : 50 % Jumlah : 100% Cara pengiraan markah kejituan : Bilangan Huruf Yang Betul Jumlah Bilangan Huruf x 50% = Markah(%) Cara pengiraan markah kepantasan : 1 - (Masa Digunakan Oleh Pasukan Bertanding) x 50% = Markah(%) (Masa Maximum Digunakan Antara Semua Pasukan)

Isyarat Morse-Code Lampiran Isyarat bendera Semaphore

Isyarat Tangan Doc - 07

Pertandingan Model Projek Perintis (Pioneering Project Model) Tarikh : 23 Disember 2016 Masa Lapor diri : 2000 Masa Pertandingan : 2030 hingga 2330 Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia Tempat Pertandingan : akan diberitahu semasa lapor diri Pakaian : Uniform lengkap Yuran Pendaftaran : RM 15.00 untuk satu pasukan Bilangan Peserta : 4 orang dalam satu pasukan Peraturan-peraturan Pertandingan Model tapak perkhemahan tidak diperlukan. Peserta akan diberi masa 3 jam untuk menyiapkan model projek perintis tersebut: a) Satu Menara b) Satu Jambatan. Setiap model gadjet mesti diperbuat daripada lidi sate yang berdiameter antara 2mm ~ 3mm. Hanya benang putih sahaja boleh digunakan untuk membuat model ini. Paku, gam dan segala bahan pelekat dilarang sekali. Lidi sate boleh siap potong tetapi ikatan perlu dibuat semasa pertandingan. Segala alatan dan bahan keperluan dalam pertandingan disediakan oleh peserta sendiri. (kecuali bahan larangan) Jika terdapat sebarang peralatan larangan, pihak penganjur akan dirampas dan dipulangkan selepas pertandingan. Teknik pembinaan seperti trestle, bracing, lantai, selusur, perekaan dari segi pengukuhan, tangga dan sesuai guna adalah digalakkan. Markah kelogikan diberi berdasarkan skala dan nilai realiti model projek perintis yang dihasilkan. Skala untuk model projek perintis ialah 2cm : 1m Semua peserta dibenarkan memberi penerangan. Semua peserta mesti berhenti kerja setelah masa tamat. Pengadil boleh membatalkan peryertaan sekiranya melanggar peraturan ini. Peserta pertandingan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan pertandingan kecuali mendapat kebenaran daripada pengurus pertandingan ini. Jika peserta didapati melanggar peraturan tertentu, penalti masa selama 10 minit boleh dikenakan. Permarkahan hanya tertumpu terhadap hasil kerja, iaitu satu model menara dan satu model jambatan. Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil adalah terdiri daripada jurutera struktur dan pemimpin/jurulatih pengakap yang berpengalaman dan bertauliah. Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan. Cara permarkahan adalah seperti berikut: Permarkahan Kreativiti : 20% Kelogikan : 20% Teknik Pembinaan : 20% Suai guna & kekukuhan : 30% Kekemasan : 10% Jumlah : 100%

Pertandingan Lakonan (Highlight) Tarikh : 23 Disember 2016 (Saringan) dan 24 Disember 2016 (Terakhir) Masa Lapor diri : 2030 (Saringan) dan 1700 (Terakhir) Masa Pertandingan : 2100 (Saringan) dan 1900 (Terakhir) Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia Tempat Pertandingan : Tapak Malam Pengakap Yuran Pendaftaran : RM 15.00 untuk satu pasukan Bilangan Peserta : Minimum 6 orang dalam satu pasukan Peraturan-peraturan Pertandingan Segala kesan bunyi atau muzik yang diperlukan sepanjang persembahan adalah disediakan oleh peserta sendiri dalam bentuk CD ataupun Pendrive Peserta dikehendaki membawa bersama CD ataupun pendrive semasa melapor diri. Peserta dikehendaki mengahantar seorang wakil untuk berkomunikasi dengan penyelaras sistem PA. Masa persembahan dihadkan 8 minit. Jika lakonan melebihi masa yang ditetapkan, kandungan cerita dianggap tidak lengkap dan markah untuk kandungan cerita boleh ditolak. Kandungan cerita hendaklah berkaitan dengan unsur Pengakap. Pakaian yang mencolok mata dilarangkan. Pergerakan dan pertuturan yang kurang brsopan adalah DILARANG. Giliran persembahan ditentukan secara cabut undi semasa lapor diri. Audition akan dijalankan jika melebihi 5 pasukan dan masa audition akan diberitahu pada hari tersebut. 3-5 pasukan terpilih sahaja dapat membuat persembahan akhir semasa Malam Pengakap berlangsung. Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil adalah terdiri daripada pemimpin/jurulatih pengakap yang berpengalaman dan bertauliah. Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan. Cara permarkahan adalah seperti berikut: Permarkahan Gaya Persembahan : 30% Kandungan cerita : 30% Pakaian dan solekan : 10% Bakat lakonan : 30% Jumlah : 100%

Pertandingan Tarian (Dance) Tarikh : 23 Disember 2016 (Saringan) dan 24 Disember 2016 (Terakhir) Masa Lapor diri : 2030 (Saringan) dan 1700 (Terakhir) Masa Pertandingan : 2100 (Saringan) dan 1900 (Terakhir) Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia Tempat Pertandingan : Tapak Malam Pengakap Yuran Pendaftaran : RM 15.00 untuk satu pasukan Bilangan Peserta : Minimum 4 orang dalam satu pasukan Peraturan-peraturan Pertandingan Tarian moden dan tradisional diterima sekali. Segala kesan bunyi atau muzik yang diperlukan sepanjang persembahan disediakan oleh peserta sendiri dalam bentuk CD ataupun Pendrive. Peserta dikehendaki membawa bersama CD ataupun pendrive semasa melapor diri. Masa persembahan setiap pasukan dihadkan 7 minit. Jika persembahan melebihi masa yang ditetapkan, kelancaran dianggap tidak memuaskan dan markah untuk kelancaran boleh ditolak. Pakaian yang mencolok mata dilarangkan. Pergerakan yang kurang brsopan adalah DILARANG. Tarian-tarian yang dipersembahkan digalakkan menambah unsur pengakap. Giliran persembahan setiap pasukan akan ditentukan secara cabut undi semasa lapor diri. Audition akan dijalankan jika melebihi 5 pasukan dan masa audition akan diberitahu pada hari tersebut. 3-5 pasukan terpilih sahaja dapat membuat persembahan akhir semasa Malam Pengakap berlangsung. Pengadil adalah terdiri daripada instruktur institut/ studio tarian dan pemimpin/jurulatih pengakap yang berpengalaman dan bertauliah. Keputusan pengadil adalah muktamad. Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan. Cara permarkahan adalah seperti berikut: Permarkahan Gaya persembahan : 40% Kreativiti : 30% Pakaian dan solekan : 10% Kelancaran dan muzik : 20% Jumlah : 100%

Pertandingan Kostum (Costume) Tarikh : 24 Disember 2016 Masa Lapor diri : 1700 Masa Pertandingan : 1900 Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia Tempat Pertandingan : Tapak Malam Pengakap Yuran Pendaftaran : RM 15.00 untuk satu pasukan Bilangan Peserta : 2 orang dalam satu pasukan Peraturan-peraturan Pertandingan Tema pertandingan ini adalah LORD BADEN POWELL & OLAVE BADEN POWELL. Semua peserta yang menyertai pertandingan akan diminta naik ke atas pentas bersamasama dan mempamerkan hasil kerja mereka serta memberi penerangan secara bergilir. Selepas itu, dikehendaki berjalan satu pusingan di hadapan semua hadirin. Seorang peserta akan memakai kostum itu manakala seorang lagi akan memberi penerangan. Peserta hanya boleh menggunakan bahan kitar semula seperti surat khabar lama, botol plastik, kain dan sebagainya. Persembahan semua pasukan akan bermula dengan serentak. Pakaian yang mencolok mata dilarangkan. Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil adalah terdiri daripada pemimpin/jurulatih pengakap yang berpengalaman dan bertauliah. Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan. Cara permarkahan adalah seperti berikut: Permarkahan Gaya Persembahan : 20% Kemiripan : 40% Kreativiti : 20% Penggunaan bahan kitar semula : 20% Jumlah : 100%

Pertandingan Kawad Kaki (Foot Drills) Tarikh : 24 Disember 2016 Masa Lapor diri : 0730 Masa Pertandingan : 0800 hingga 1000 Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia Tempat Pertandingan : akan diberitahu semasa lapor diri Pakaian : Uniform lengkap Yuran Pendaftaran : RM 15.00 untuk satu pasukan Bilangan Peserta : 10 orang dalam satu pasukan Peraturan-peraturan Pertandingan Setiap pasukan hanya 10 orang peserta sahaja. (termasuk komander) Peserta diwajibkan pakai uniform lengkap bersama sarung tangan putih semasa pertandingan. Komander hanya memberi hukuman sahaja dan tidak boleh terlibat dalam persembahan kawad asas ataupun corak. Sukatan, bahasa hukum dan persembahan untuk kawad asas perlu mengikut format yang ditetapkan oleh pihak pengajur. Turutan 1 hingga 30 dalam sukatan kawad kaki perlu diikut dan tidak boleh ubah turutan semasa persembahan. Begitu juga bahasa hukuman mesti ikut sukatan yang diberi. Kawad asas adalah berpandu kepada Tentera Darat Diraja Malaysia. Untuk persembahan corak adalah bebas. Markah dan masa pertandingan akan dikira selepas komander memberi hukuman. Masa pertandingan yang diberi untuk setiap pasukan tidak melebihi 8 minit. Bunyi loceng pertama akan dibunyikan pada minit ke-6, bunyi loceng kedua akan dibunyikan pada minit ke-7 dan bunyi loceng ketiga akan dibunyikan pada minit ke-8. Selepas bunyi loceng ketiga, persembahan kawad kaki asas dan corak perlu dihentikan dan lapor diri. 25 pergerakan kawad kaki asas akan diberi markah kepada setiap anggota pasukan kawad kaki (tidak termasuk komander). Setiap pasukan perlu siap 25 pergerakan kawad kaki asas sebelum membuat persembahan corak. Markah pakaian seragam akan diberi untuk setiap peserta dalam pasukan kawad kaki. Markah persembahan corak diberi kepada anggota pasukan kawad kaki (tidak termasuk komander). Pengadil adalah terdiri daripada anggota tentera dan pemimpin pengakap yang berpengalaman dan berkelayakan. Keputusan pengadil adalah muktamad. Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan. Cara permarkahan adalah seperti berikut: Permarkahan Kawad kaki asas : 50% Untuk komander terbaik, Keseragaman : 20% Bahasa Hukuman : 25% Pakaian : 10% Kepimpinan : 20% Bahasa hukuman : 10% Kejelasan Suara : 30% Persembahan Corak : 10% Kenyaringan Suara : 25% Jumlah :100% Jumlah : 100%

Pelan Pertandingn Kawad Kaki ( Foot Drills ) Gelanggang bola futsal Arah masuk gelanggang Panel Pengadil Sukatan Kawad Kaki Markah kawad kaki asas akan diberi untuk pergerakan bertanda * Bahasa hukuman adalah bertanda Bolded 1. Komander masuk gelanggang. 2. Dalam 3 barisan ( Dari kiri, cepat jalan!) 3. *Berhenti! 4. *Akan menghadap ke hadapan, ke kiri pusing! 5. *Buka barisan, gerak! 6. *Kekanan lurus! 7. *Pandang depan! 8. Komander lapor! 9. *Tutup barisan, gerak! 10. *Senang diri! 11. *Rehatkan diri! 12. *Baris, baris sedia! 13. *Bergerak ke kanan, bertiga-tiga, ke kanan pusing! 14. *Bergerak ke kiri, bertiga-tiga, ke belakang pusing! 15. *Dari kanan, cepat jalan! 16. *Hormat, hormat ke hadapan...hormat! 17. *Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah! tukar langkah! tukar langkah! 18. *Kanan belok! 19. *Kanan belok! 20. *Kekanan hormat! 21. *Selaku terima gaji hormat, hormat ke hadapan.hormat! 22. *Tukar langkah perlahan, perlahan jalan! 23. *Tukar langkah cepat, cepat jalan! 24. *Bergerak ke kiri, bertiga-tiga, ke belakang pusing! 25. *Akan menghadap ke hadapan, ke kanan pusing! 26. *Berhenti! 27. *Hentak kaki, cepat! 28. *Berhenti! 29. Bermula persembahan corak dengan arahan Komander melalui isyarat bunyi wisel atau isyarat tangan sahaja. (Persembahan corak digalakan tidak melebihi 2 minit dan keseluruhan persembahan mesti tidak melebihi 8 minit.) 30. Komander lapor diri dan seterusnya memberi arahan untuk keluar gelanggang.

Pertandingan Halangan Komando ( Commando Obstacles ) Tarikh : 23 Disember 2016 Masa Lapor diri : 1630 Masa Pertandingan : 1700 hingga 1900 Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia Tempat Pertandingan : akan diberitahu semasa lapor diri Pakaian : Seluar dan kasut Pengakap; Baju Kemeja T Kumpulan atau Pengakap. Yuran Pendaftaran : RM 15.00 untuk satu pasukan Bilangan Peserta : 4 orang dalam satu pasukan Peraturan-peraturan Pertandingan Peserta-peserta perlu selesaikan semua halangan dalam masa yang singkat dan pasukan yang paling cepat akan menang. 10 halangan adalah berikut: Halangan 1 : Panjat tali melintang Halangan 2 : Menggayut tali Halangan 3 : Merangkak bawah jala Halangan 4 : Meniti goyang Halangan 5 : Meniti pacak Halangan 6 : Memanjat tembok 7 kaki Halangan 7 : Merangkak gelungan tayar Halangan 8 : Menggayut monyet Halangan 9 : Mengangkut pemberat Halangan 10 : Lari berpagar 50m Semua halangan perlu perlu diatasi bersama-sama dalam pasukan. Pasukan lelaki dan perempuan adalah berasingan kategori dan tidak boleh dicampurkan. Sesiapa tidak dapat melepasi halangan, boleh diulangi halangan itu tetapi tidak melebihi 3 kali dan rakan sepasukan perlu tunggu. Mana-mana pasukan yang mengulangi halangan lebih daripada 3 kali, dibatalkan kelayakan untuk meneruskan pertandingan. Peserta pertandingan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan pertandingan kecuali mendapat kebenaran daripada pengurus pertandingan itu. Peserta yang meninggalkan kawasan pertandingan dianggap tarik diri tanpa sebab. Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil adalah terdiri daripada pemimpin/jurulatih pengakap yang berpengalaman dan bertauliah. Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan. Cara penilaian adalah tertakluk kepada masa kepantasan pasukan melepasi semua halangan dengan lengkap.

Pertandingan Pertolongan Cemas (First Aid) Tarikh : 23 Disember 2016 Masa Lapor diri : 2000 Masa Pertandingan : 2030 hingga 2230 Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia Tempat Pertandingan : akan diberitahu semasa lapor diri Pakaian : Uniform lengkap Yuran Pendaftaran : RM 15.00 untuk satu pasukan Bilangan Peserta : 4 orang dalam satu pasukan Peraturan-peraturan Pertandingan Masa pertandingan yang diperuntukan untuk setiap pasukan adalah 10 minit. Peserta akan dihentikan persembahan selepas masa peruntukan itu tamat. Arahan daripada pengadil akan disampaikan melalui kertas notis. Peserta diberi masa 1 minit membacanya dan boleh bertanya soalan terhadap pengadil sekiranya dirasa arahan kurang jelas. Cuma wakil atau ketua pasukan bertanding itu dibenarkan membuat pertanyaan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Sekiranya pasukan bertanding itu menghadapi masalah berbahasa Melayu ataupun Inggeris, boleh mengemukakan permohonan semasa lapor diri supaya pengurus pertandingan dapat menyediakan pengadil yang boleh berbahasa lain untuk membantu peserta. Arahan adalah mengenai keadaan kes kecemasan yang akan ditangani. Persembahan boleh dimulakan selepas peserta faham arahan yang diberikan. Peserta-peserta dilarang meminta bantuan daripada mana-mana pihak. Pengadil akan menyoal peserta berkaitan dengan kerja-kerja yang dilaksanakan selepas tamat masa yang diperuntukan. Semasa pertandingan berlangsung, semua pasukan penyertaan akan diasingkan dari tapak pertandingan dan ditempatkan dalam bilik menunggu yang dijaga oleh pegawai penyelaras pihak penganjur. Para peserta tidak dibenarkan berkomunikasi dengan sesiapa kecuali rakan sepasukan pertandingan. Peserta dilarang membawa telefon bimbit atau alat berhubung ke dalam bilik menunggu. Peti pertolongan cemas akan disediakan oleh pihak penganjur. Bahan-bahan seperti bata, batang kayu, papan, alat pengusung, kain, kereta bersama pemandu dan lain-lain mungkin berada di kawasan pertandingan. Peserta boleh gunakannya sekiranya perlu. Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil adalah terdiri daripada jurulatih/pegawai St.John Ambulans yang berpengalaman dan bertauliah. Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan. Peserta perlu menguasai kemahiran pertolongan cemas seperti: Primary Survey, Secondary Survey, Records of Information, Bandaging, Fracture Handling, Lifting & Lowering Patient, Methods or Carry Patient, Transportation, Diagnosis Skill, Stop Bleeding dan sebagainya. Cara permarkahan adalah seperti berikut: Permarkahan Diagnosis : 40% Rawatan : 40% Pengangkutan : 20% Jumlah : 100%

1. Piala Johan Keseluruhan. 2. Piala Penyokong Terbaik 3. Piala Disiplin Terbaik. 4. Piala Komander Terbaik PIALA-PIALA PERTANDINGAN Piala-piala Pertandingan Kemahiran Pengakap & Pandu Puteri: 1. Pertandingan Kawad Kaki : Johan (Foot Drills) Naib Johan 2. Pertandingan Memasak : Johan (Scout Cooking) Naib Johan 3. Pertandingan Masakan Rimba : Johan (Backwoods man Cooking) Naib Johan 4. Pertandingan Model Projek Perintis : Johan (Pioneering Project Model) Naib Johan 5. Pertandingan Isyarat : Johan (Semaphore & Morse-Code) Naib Johan 6. Pertandingan Tarian : Johan (Dance) Naib Johan 7. Pertandingan Lakonan : Johan (Highlight) Naib Johan 8. Pertandingan Kostum : Johan (Costume) Naib Johan 9. Pertandingan Simpulan & Ikatan : Johan (Knot & Lashing) Naib Johan 10. Pertandingan Halangan Komando : Johan Lelaki (Commando Obstacles) Naib Johan Lelaki Johan Perempuan Naib Johan Perempuan 11. Pertandingan Pertolongan Cemas : Johan (First Aid) Naib Johan * Piala Johan Keseluruhan hanya terbuka kepada pasukan yang menyertai lebih daripada lima acara pertandingan. Pertandingan halangan komando diasingkan kepada kategori lelaki dan kategori perempuan.

13. LOGO RASMI PROGRAM PENGAKAP Penerangan: 1) Bentuk rekaan berdasarkan Simpulan Tali Persaudaraan Friendship Knot yang melambangkan Persaudaraan Pengakap. 2) Warna Unggu merupakan warna rasmi Pengakap Sedunia. 3) Perkataan Inggeris Fate dan perkataan Mandarin 緣 bermaksud Takdir Pertemuan dalam Kepengakapan iaitu tema program Pengakap ini. 4) Lambang Pengakap Sedunia (WOSM) menunjukkan program ini adalah peringkat antarabangsa dengan penglibatan beberapa kontinjen NSO dari Wilayah Asia Pasifik. 5) Perkataan Shiang Yang dan 向阳 adalah nama Kumpulan Pengakap penganjuran.