Southern University College Academic Journal, Volume 2, August 2014 南方大学学报 第 2 卷, 2014 年 8 月 prosa dan puisi. Sastera Melayu lama terdiri daripada cer

Similar documents
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

Tajuk

Penghargaan

BAB SATU


Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

Penghargaan

BAB 5

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

BAB SATU

BookCatalog FINAL

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

PowerPoint Presentation

Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

PowerPoint Presentation

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

SaverBrochure_F 07.ai

各位记者先生,小姐

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

华小董事觉醒运动缘起

Penghargaan

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

Penghargaan

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

1

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

四年级第二 次月考范围

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

ISM Circular: 20 –2005

Neo-Konfusianisme 理学 menjadi terkenal pada zaman dinasti Song dan Ming sebagai sebuah gerakan rasional yang menolak kepercayaan karut. Sekitar tahun 1

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

Contents Bahasa Indonesia

Kertas 1

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

5

BAB SATU

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

EDUCATIONAL ISSUES IN MAHUA FICTIONS ( ) By LEONG SOO YEN Thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the re

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

Wawasan Penabur

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

四年级第二 次月考范围

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

第五章 峇峇文學的定位與價值

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

ZC501N_UM_FrontPg

SejarahOrang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu

独立小组到伦敦的使命是跟英国政府谈判关于马来亚的独立 2. Tunku Abdul Rahman telah mengetuai Rombongan Merdeka. Beribu-ribu rakyat berkumpul memberi sokongan padu kepada anggota

PowerPoint Presentation

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

Offline Fill in a Membership Application Form and pass the form together with a joining fee of RM53 (inclusive of GST) to your introducer, or submit t

新校舍虽然只是木板屋结构的旧款式校舍, 但学校的范围已比以前大得多, 且因濒临海边, 空气异常清新, 同时因远离街市, 得以免除喧嚣的干扰, 实有助于学子潜心学习 一九七三年, 在本校服务二十余载之董能隆校长因思乡心切, 申请调职成功, 终于在离留两难中告别了这所由他细心培育成长的学校 董能隆校长的

icctv user guide manual.indd

1

kebudayaan pluralisme dan perdagangan bebas dari AS. Tapi kini kita hampir tidak melihatnya lagi AS seperti yg kita kenal dulu, sehingga Jerman merasa

三年级音乐世界全年计划

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总

UCAMHALAL 中心是通过与 PEHMA 机构合作于 2014 年开发的 JAKIM 主动发展专业发展愿景 (HPB), 以满足政府希望在马来西亚和国际层面需要 60,000 名清真高管的愿望 HPB JAKIM 已经任命并认证了 7 所 IPTA 和 3 所 IPTS, 其中包括被委托在马来西

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

Microsoft Word - Avail News _November 2017_.doc

这项运动还呼吁回教徒团结起来反抗在回教国家的西方殖民主义 (c) Idea perjuangan Gerakan Islah telah disebar ke Tanah Melayu oleh pelajar-pelajar Melayu yang menuntut di Mesir, khusu

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

Minit Mesyuarat

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb

1936- Golongan tentera mengambil alih pentadbiran Jepun. 军 方 接 管 了 日 本 的 行 政 管 理 Jepun menakluki Manchuria. 日 本 入 侵 满 洲 Jepun menguasai Ko

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format of English Language Paper (SA2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1

CAG bus_TMFT_eManual

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

Microsoft PowerPoint - -Poster Making Competition BP- Introduction to Cultural Assets [Powerpoint] [Compatibility Mode]

BAB 4

Transcript from Wang Yi Video.indd

2

科系 ( 华 ) 科系 ( 巫 ) 科系 ( 英 ) 修读年数学分科系简介工业实习鉴定资格就业机会积分 马来亚大学 Universiti Malaya 文学院 FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL 国际公共关系学研究系 Pengajian Antarabangsa dan

Kata Ganti Nama Diri padankan jawapan yang betul. 1. Kita 我 2. Mereka 你 3. Saya 他 4. Kamu 你 / 你们 5. Kami 他们 6. Awak 大家 7. Dia 我们 Kata Tanya padankan j

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format Of English Language Paper (Sa2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1

Ã Æ Ã Ã Kangaroo Math Competition 2014 (Malaysia) Benjamin 3 points # 1. Arno spelled the word KANGAROO with cards showing one letter at a time. Unfor

Q: Must the Relationship Managers or sales persons handling the investment products of SCSB be licensed? Does that mean your RMs are now under SCSB? W

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

01 SOCIAL MARKETER UPDATES APRIL 2016 SOCIAL MARKETER UPDATES APRIL BETTER PRODUCTS THE PRODUCTS YOU'RE PUTTING ON YOUR SKIN, INTO YOUR BODY

5. What are the uniquenesses of CryoBac 193? Most probiotics available in the market cannot survive through the digestive tract. With patented Cryo-Ba

Transcription:

Book Reviews 书评 Book Reviews 书评 Liaw Yock Fang, A History of Classical Malay Literature. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS), 2013. 485 pp. Liaw Yock Fang antara nama yang begitu besar dalam bidang kesusasteraan dan bahasa. Sumbangan terbesarnya adalah menerusi penghasilan buku kesusasteraan Melayu klasik dan beberapa karya lain yang telah memberikan warna sebenar terhadap dunia kesusateraan Melayu. Hingga kini beliau dirujuk sebagai pakar dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu tradisional atau klasik. Karya-karyanya adalah cerminan kepada asal usul kewujudan kesusasteraan Melayu klasik dan memberikan kita satu medium yang amat berguna dalam memerhatikan kehidupan orang-orang Melayu dan bagaimana kehidupan orang-orang Melayu ini dapat mencorak dan mempengaruhi sesuatu ketamadunan manusia pada zaman itu. Sejarah kesusasteraan Melayu klasik adalah pancaran kehidupan masyarakat Melayu yang sememangnya kaya dengan adat resam dan khazanah turun-temurun sejak zaman berzaman lagi. Buku sejarah kesusasteraan Melayu klasik ini digarap dengan penuh terperinci dan kemas oleh penulisnya iaitu memaparkan sejarah serta asal-usul kemunculan kesusasteraan Melayu klasik itu sendiri. Penyelidikan mengenai sastera Melayu tradisional telah dipelopori oleh R.O. Winstedt yang mana beliau telah menerbitkan buku berjudul A History of Classical Malay Literature dan buku tersebut telah diterbitkan pada tahun 1940. Pengkaji-pengkaji sejarah telah menggunakan buku ini sebagai buku wajib bagi mereka yang ingin mendalami pengetahuan mengenai kesusasteraan Melayu klasik. Atas dasar inilah penulis menghasilkan buku kesusasteraan Melayu klasik yang mana buku ini telah dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pengkaji sejarah Melayu lama. Buku yang dihasilkan oleh penulis ini juga telah diulang cetak beberapa kali oleh penerbit dan telah dikemaskini malah buku ini juga telah diterjemah kepada bahasa Inggeris bagi memperkembangkan serta memperluaskan lagi skop pemahaman pembaca yang kurang memahami bahasa Melayu. Dalam buku ini, penulis cuba merungkaikan bahawa kesusasteraan lama terdiri daripada dua bentuk iaitu 171

Southern University College Academic Journal, Volume 2, August 2014 南方大学学报 第 2 卷, 2014 年 8 月 prosa dan puisi. Sastera Melayu lama terdiri daripada cerita asal-usul, cerita binatang, cerita jenaka dan cerita penglipur lara. Untuk zaman peralihan, sastera Melayu ditandai dengan sastera hikayat. Perkembangan terakhir pada masa sastera Melayu lama adalah munculnya karya sastera jenis syair. Buku ini mengandungi sepuluh bab. Bab pertama, Folk Literature iaitu Kesusasteraan Rakyat menghuraikan mengenai kesusasteraan rakyat atau sastera lisan. Sastera rakyat ialah kesusasteraan yang lahir di kalangan rakyat. Pada lazimnya, sastera rakyat merujuk kepada kesusasteraan rakyat dari masa lampau yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Misalnya, dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting untuk orang kampung. Pada lazimnya sastera rakyat disampaikan melalui pertuturan. Sastera lisan merupakan hasil sastera yang dimiliki oleh masyarakat Melayu, disebarkan dan dituturkan daripada satu generasi ke satu generasi secara lisan. Sastera rakyat dapat dibahagikan kepada lima iaitu cerita asal usul, cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan pantun. Penulis merumuskan bahawa pengaruh sastera rakyat memainkan peranan yang besar dalam mencorak kehidupan dan perlakuan sesebuah masyarakat kerana sastera rakyat dianggap bahan terpenting dalam pendidikan moral, hiburan dan menjadi petunjuk tata tertib dan adab tatatusila dalam pergaulan seharian. Cerita jenaka merupakan salah satu antara sastera rakyat yang acapkali diperdengarkan kepada pembaca yang mana cerita jenaka tersembunyi seribu satu isi tersurat dan tersirat mengenai sikap manusia itu sendiri. Cerita-cerita jenaka seperti Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Pandir, Si Luncai dan Pak Belalang antara cerita jenaka yang sering diperkatakan oleh masyarakat Melayu. Cerita jenaka ini bukan sahaja menekankan aspek hiburan semata-mata malah sarat dengan pengajaran dan juga teladan yang amat berguna kepada masyarakat. Bab kedua, The Indian Epics and The Wayang in Malay Literature iaitu Epik India dalam Kesusasteraan Melayu berkisar mengenai unsur-unsur luar seperti pengaruh India dalam mempengaruhi kesusateraan Melayu yang mana kedatangan unsur luar telah memperkayakan lagi unsur kesusasteraan Melayu yang sedia ada. Setelah kedatangan pengaruh India, kita dapat lihat 172

Book Reviews 书评 bagaimana unsur tempatan telah diserap oleh pengaruh ini. Pengaruh India yang paling penting ialah penerimaan dua buah epik Ramayana dan Mahabrata. Atas dasar ini juga, lahirnya karya-karya prosa dan juga puisi seperti Hikayat Seri Rama, Rama Keling dan sebagainya. Walaupun terdapat pengaruh ini, jika ditinjau dengan lebih mendalam ternyata warisan pribumi masih menebal di sanubari rakyat kita. Antara unsur kepercayaan Hindu daripada epik-epik tersebut yang mempengaruhi karya sastera yang lain ialah cerita dewa-dewi yang bersifat manusia dan Tuhan, kejadian yang luar biasa seperti penjelmaan dalam pelbagai bentuk serta senjata ghaib dan sakti. Unsur pengaruh India juga dapat dilihat daripada wayang kulit Melayu dimana cerita yang dimuat adalah saduran daripada cerita Hikayat Seri Rama iaitu merupakan himpunan cerita yang disadur dari epik Ramayana tradisi India. Secara keseluruhannya, penulis berjaya merungkai bagaimana pengaruh epik India ini memainkan peranan yang penting dalam kesusasteraan Melayu tradisional yang bukan bukan sahaja memberikan kesan serta impak yang mendalam terhadap seni kesusasteraan dan seni kebudayaan masyarakat Melayu. Bab ketiga, Javanese Panji Stories iaitu Dongeng Panji dari Jawa iaitu hasil kesusasteraan Jawa yang paling berpengaruh sekali dalam Kesusasteraan Melayu tradisional. Terdapat tiga versi cerita Panji yang terkenal iaitu Hikayat Cekel Wanengpati, Hikayat Panji Kuda Semirang dan Hikayat Panji Semirang. Sastera Panji berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk memberi hiburan dan pengajaran kepada masyarakat. Sehubungan itu, di dalam karya-karya tersebut terselit amanat penting daripada pengarangnya. Plot cerita panji dimulakan dengan pengenalan, diikuti dengan perkembangan, dan diakhiri dengan peleraian. Cerita-cerita panji berakhir dengan kegembiraan. Daripada segi latar, kita dapati cerita panji berlatarkan empat buah negeri, iaitu Daha, Kuripan, Singasari dan Gagelang. Tempat-tempat ini dikatakan pernah wujud di Jawa. Masyarakat zaman feudal di Jawa merupakan latar masyarakat dalam cerita panji. Sebagai karya yang terhasil berdasarkan pemikiran dan budaya tradisi Jawa, Sastera Panji masih mengekalkan unsur-unsur Hinduisme dan mitos. Raja-raja dikatakan berketurunan dewa-dewa daripada kayangan. Pertapaan merupakan sebahagian daripada samadhi. Selain itu, dipaparkan penjelmaan yang seiring 173

Southern University College Academic Journal, Volume 2, August 2014 南方大学学报 第 2 卷, 2014 年 8 月 dengan inkarnasi di dalam ajaran Hindu. Di dalam penulisan dan penganalisaan yang telah dilakukan oleh penulis, cerita panji dari Jawa telah mempengaruhi perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional. Dongeng Panji dari Jawa ini secara keseluruhannya menerapkan banyak nilai murni dalam kehidupan seharian manusia. Bab keempat, Literature Belonging to the Period of Transition from Hinduism to Islam iaitu Sastera Zaman Peralihan iaitu merupakan peralihan pengaruh Hindu-Islam dalam karya-karya sastera. Karya-karya pada Zaman Peralihan ini banyak memasukkan istilah-istilah yang terdapat di dalam bahasa Arab-Parsi. Kebiasaannya, permulaan ayat dimulai dengan Syahdan, al-kisah, hatta, kalakian dan sebagainya. Nama-nama Hindu pula pada alat-alat seperti, nobat, gangga dan dewa. Terdapat juga penyebutan nama Allah. Perubahan pradigma masyarakat yang melihat unsur atau pemikiran Hindu yang dimuat dalam karya-karya sasteranya diubahsuai mengikut cita rasa dan nilai-nilai Islam. Unsur-unsur Hindu yang bertentangan dengan akidah Islam dimurnikan agar roh keislaman dapat dijelmakan. Contohnya dalam Hikayat Ganjamara yang bercorak Hindu, telah diberikan wajah Islam dan berperanan sebagai mubaligh sehingga berjaya mengislamkan beberapa orang raja Hindu. Antara karya Hindu lain yang telah disadurkan dengan ciri-ciri keislaman ialah Hikayat Si Miskin, Hikayat Ahmad Muhammad dan Hikayat Inderajaya dan banyak lagi. Di dalam bab ini juga, penulis turut merungkaikan bahawa walaupun karya-karya ini telah dimasukkan unsur Islam, tetapi ciri-ciri sastera Hindu masih ketara, khasnya tentang dewa-dewa dan peranan mereka dalam kehidupan manusia. Bab kelima, Literature of the Islamic Age atau Kesusasteraan Zaman Islam membuktikan bahawa penguasaan Islam dalam budaya dan amalan mempengaruhi dunia kesusasteraan zaman Islam. Kesusasteraan zaman Islam dibahagikan kepada lima jenis iaitu; cerita Nabi Muhammad s.a.w; cerita nabi-nabi Allah; cerita para sahabat Nabi; cerita pahlawan Islam dan cerita orang-orang yang salih. Di dalam bab ini, penulis merumuskan bahawa kedatangan Islam ke Tanah Melayu sejak abad ke 13 Masihi telah mempengaruhi corak dan pemikiran masyarakat setempat yang bersifat tradisional. Penulis turut berpendapat bahawa sastera zaman Islam ialah cerita-cerita Nabi Muhammad S.A.W dan tokoh-tokoh Islam. Menurut penulis 174

Book Reviews 书评 juga, sastera keagamaan tergolong dalam hikayat-hikayat sumber Islam atau lagenda Islam. Buku ini juga menceritakan pengaruh Hindu mulai lemah dan cara hidup Islam mula meresap dalam jiwa masyarakat dan secara tidak langsung penguasaan Islam dalam budaya dan amalan telah mempengaruhi dunia kesusasteraan Melayu pada masa itu. Bab keenam, ialah Framed Narratives atau Cerita Berbingkai yang mempunyai satu cerita pokok yang menjadi bingkai atau dasarnya, kemudian terdapat beberapa cerita sisipan sebagai bantuan. Cerita ini ialah hasil sastera asing yang diterjemah dan disadur ke dalam sastera Melayu. Cerita atau hikayat berbingkai ini sangat terkenal dalam kesusasteraan India, Parsi dan Arab. Mengikut R.O. Winstedt cerita tersebut telah timbul dan dikenali oleh bangsa Melayu sejak abad ke-16 lagi. Pada umumnya, cerita tersebut menggunakan bahasa Melayu yang baik. Cerita berbingkai yang terkenal dalam sastera Melayu ialah Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Kalilah dan Daminah, Hikayat Panca Tanderan, Hikayat Seribu Satu Malam dan Hikayat Ghulam. Menurut penulis, cerita berbingkai merupakan hasil sastera terjemahan/saduran daripada cerita-cerita Hindu dan Arab-Parsi ke dalam bahasa tempatan. Secara keseluruhannya, penulis cuba menggambarkan bahawa cerita berbingkai ialah sebagai cerita yang didalamnya sentiasa disisipkan cerita-cerita lain bagi memberi nasihat dalam bentuk kiasan dan sindirian dengan fungsi menghiburkan pendengar dan pembaca dalam bentuk moral. Bab ketujuh, The Literature of Islamic Theology atau Sastera keagamaan berkait dengan pelbagai cabang ilmu. Ilmu tasawuf merupakan cabang ilmu yang paling dekat dengan sastera dan sering diperbincangkan dalam sejarah sastera. Ilmu tasawuf menghuraikan hubungan manusia dengan Tuhan. Aliran tasawuf Melayu dapat dibahagikan kepada dua aliran iaitu ortodoks 1 dan heterodoks 2. Aliran ortodoks diwakili oleh Nuruddin dan Abdul Rauf. Manakala aliran heterodoks pula ialah Hamzah Fansuri dan Syamsudin Pasai. Bab ini juga merujuk kepada kitab-kitab yang berkisar tentang hal-hal yang berkaitan dengan persoalan agama Islam dalam bahasa 1 2 Ortodoks berpegang pada atau berdasarkan pendapat-pendapat (prinsip-prinsip, ajaran) yang diterima umum Heterodoks menyimpang daripada kebiasaan yang rasmi 175

Southern University College Academic Journal, Volume 2, August 2014 南方大学学报 第 2 卷, 2014 年 8 月 Melayu. Sastera jenis ini berkembang pesat dengan kewujudan kerajaan Melayu Islam di Alam Melayu, antaranya termasuklah Kerajaan Pasai, Kerajaan Melaka, Kerajaan Acheh, Kerajaan Palembang, Kerajaan Banjarmasin dan Kerajaan Melayu Riau. Penulis juga berpendapat perkembangan Islam tertumpu di masjid dan istana raja-raja Melayu. Atas dasar ini, lahirlah buku-buku teks untuk kegunaan pusat-pusat pengajian Islam. Perkembangan pengajian Islam pula telah mendorong lahirnya kitab-kitab yang membicarakan pelbagai cabang ilmu dalam Islam, khususnya kitab-kitab yang berkaitan dengan ilmu fiqah 3 dan ilmu tauhid 4. Bab ini telah digarap kemas oleh penulis dan telah diperincikan dengan teliti bagi memudahkan pemahaman pembaca. Bab kelapan, Historical Literature Sastera Sejarah adalah suatu bentuk penulisan yang menggabungkan unsur-unsur penulisan sejarah dengan unsur-unsur penulisan bukan sejarah atau sastera. Kedua-dua unsur tersebut diolah dengan indah oleh pengarang istana Melayu untuk menggambarkan konsep sejarah zaman silam masyarakat Melayu. Oleh itu karya sastera sejarah bukanlah karya sastera sepenuhnya sebaliknya mengandungi unsur-unsur peristiwa sejarah yang benar-benar berlaku pada zaman lampau. Antara contoh karya sastera sejarah ialah Hikayat Raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, Hikayat Acheh, Hikayat Kelantan, Misa Melayu, Hikayat Johor, Salasilah Melayu Bugis, Tuhfat Al Nafis dan lain-lain. Penulis merumuskan dalam bab ini bahawa unsur Hindu-Buddha dalam karya Sejarah Melayu juga adalah salah satu ciri historiografi 5 Melayu. Hal ini adalah kerana unsur Hindu-Buddha masih lagi tebal dalam masyarakat Melayu pada masa itu walaupun penulisan historiografi Melayu bermula selepas penyebaran agama Islam. Jadi, unsur Hindu-Buddha ini telah menjadi satu ciri dalam historiografi Melayu seperti Sulalutin Salatin, Hikayat raja-raja Pasai, Misa Melayu dan lain-lain lagi. 3 4 5 Fiqah pengetahuan tentang hukum dalam agama Islam. Tauhid tentang keesaan Tuhan(mengikut agama Islam) Historiografi prinsip atau kaedah pengajian sejarah; penulisan sejarah; karya atau hasil penulisan berkaitan dengan sejarah. 176

Book Reviews 书评 Bab kesembilan, Classical Malay Law Codes Undang-Undang Melayu Lama.Terdapat dua jenis undang-undang Melayu Lama yang terkenal iaitu Undang-undang Melaka dan Undang-undang Minangkabau. (Terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada zaman pemerintah Sultan Muzaffar Shah dan dilengkapkan ketika zaman Sultan Mahmud Shah). Undang-undang ini disusun secara sistematik dan mempunyai 44 bab yang meliputi perkara mengenai raja, tugas pembesar dan peraturan rasmi di istana dan memudahkan pentadbiran. Ini termasuklah segala keistimewaan yang dimiliki oleh raja seperti penggunaan bahasa istana, pakaian kuning dan sebagainya. Adat dan undang-undang bertulis menjamin kesejahteraan hidup masyarakat. Kedua-dua undang-undang ini berasaskan hukum syarak sebagai panduan. Manakala Undang-undang Minangkabau merupakan rakaman bertulis tentang pemikiran dan adat kaum Minangkabau yang masih diamalkan sehingga kini. Undang-undang Minangkabau juga turut mendedahkan hukum adat Minangkabau dalam bentuknya yang asli serta memberi gambaran tentang peranan dan kemahiran pengarang Melayu lama dalam kepengarangan dan wacana. Penulis berjaya merungkaikan dengan berkesan bab kesembilan ini dengan terperinci, yang mana secara kesimpulannya bab ini adalah berkisar tentang peraturan hidup orang Melayu yang didasarkan kepada adat resam yang turun-temurun yang digunakan untuk menjaga negeri dan kedudukan raja-raja Melayu. Bab kesepuluh, Poetic Forms Pantun dan Syair. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pantun adalah satu-satunya puisi Melayu tradisional yang paling asli dan lahir di rantau Alam Melayu. Banyak pendapat dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji tentang asal usul istilah pantun, antaranya oleh Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal Abidin Ahmad (Za ba), Wilkinson, Winsteadt dan Van Ophuijsen. Orang Melayu mula mengenali syair sejak zaman awal bertapaknya Islam di alam Melayu melalui pengkajian kitab yang terdapat bentuk syair seperti kitab Al-Luma, Fusus al-hikam, Al-Insan al-kamil yang dibawa oleh pengembang agama Islam ke Melaka. Syair bahasa Arab yang terawal ialah catatan batu nisan Sultan Malik al-saleh (1297 M) di Pasai. Manakala syair berbahasa Melayu yang pertama di batu bersurat iaitu prasasti Minye Tujuh (1380 m). Dalam Sulalatus Salatin 177

Southern University College Academic Journal, Volume 2, August 2014 南方大学学报 第 2 卷, 2014 年 8 月 Sejarah Melayu terdapat penggunaan syair, sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. Dalam perkembangan persuratan Melayu, Hamzah Fansuri, iaitu seorang tokoh ulama dan pujangga Melayu merupakan individu yang telah banyak menghasilkan syair dalam bentuk yang lebih kemelayuan dengan cukup berkesan dan bertemakan ilmiah. Ekoran daripada itu, syair terus berkembang pesat dengan bentuk yang lebih mantap. Malah, syair Melayu juga turut tersasar daripada bentuk syair Arab yang menjadi tiruannya. Penulis merumuskan bahawa syair dan pantun banyak mempengaruhi tentang adab serta perlakukan sesebuah masyarakat Melayu, ini dapat dilihat melalui fungsi syair dan pantun itu sendiri iaitu bukan sahaja sebagai hiburan, kesenian dan kebudayaan malah sebagai alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama Islam. Kesimpulan yang dapat dirumuskan di sini ialah buku ini digarap kemas dan cukup terperinci oleh penulisnya. Buku yang terdiri daripada 10 bab ini menggunakan sejarah kesusasteraan Melayu tradisional sebagai medium perbincangan. Kesusasteraan dan masyarakat mempunyai hubungan yang amat erat. Sesebuah karya kesusasteraan dibina oleh persoalan-persoalan yang dipetik daripada rencamnya kehidupan sesuatu masyarakat. Pengarang atau pencipta akan menjalin persoalan-persoalan daripada kehidupan masyarakat tersebut hingga menjadikannya satu rantaian peristiwa yang mempunyai kesinambungan antara satu sama lain dan akhirnya membentuk sebuah karya. Penulis berjaya untuk memasukkan gambaran latar masyarakat untuk menjadikan setiap persoalan itu signifikan dan relevan serta nampak realistik. Nadia Bte Ishak Kolej Universiti Selatan, Malaysia nadia@sc.edu.my 178