Dasar Menuju ke Selatan

Similar documents
PowerPoint Presentation

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

SaverBrochure_F 07.ai

Penghargaan

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

PowerPoint Presentation

ISM Circular: 20 –2005

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri


华小董事觉醒运动缘起

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

BAB SATU

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

UCAMHALAL 中心是通过与 PEHMA 机构合作于 2014 年开发的 JAKIM 主动发展专业发展愿景 (HPB), 以满足政府希望在马来西亚和国际层面需要 60,000 名清真高管的愿望 HPB JAKIM 已经任命并认证了 7 所 IPTA 和 3 所 IPTS, 其中包括被委托在马来西

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

Microsoft Word - Avail News _Ogos 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

Penghargaan

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

1

各位记者先生,小姐

Microsoft Word - Avail News _Oktober 2017_.doc

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Q: Must the Relationship Managers or sales persons handling the investment products of SCSB be licensed? Does that mean your RMs are now under SCSB? W

Penghargaan

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

Microsoft Word - Avail News _November 2017_.doc

ISI KANDUNGAN (1) Pendahuluan 1 (2) Pandangan Dan Cadangan 1 (i) Menggubal sistem pembinaan sekolah komuniti bagi setiap 1 aliran sekolah (ii) Meranca

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Parkson Malaysia PROSPECTS The emergence of new retail that seamlessly connects online presence with offline retail experience through leveraging on d

Tajuk

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

AXA-Wealth Edu Brochure (2015)

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

28 EN-PRUlink golden managed 01

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

AXA-AFFIN Maximiser-Brochure(Mar2018)

Wawasan Penabur

BookCatalog FINAL

PowerPoint Presentation

Microsoft Word - Avail News _Januari 2015_.doc

SejarahOrang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu

摘 要 在 1990, 毛 四 周 群 山 抱, 而 在 山 中, 蕴 藏 着 丰 富 的 锡 米 銔 毛 个 村 改 邦, 马 来 文 Kampung Asam Kumbang 銔 Asam Kumbang 是 种 特 别 的 树, 在 英 文 称 Roselle, 中 文 个 美 称 洛 花 銔

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

Microsoft Word - PDPA2010.doc

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

四年级第二 次月考范围

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

Parkson Malaysia CORPORATE DEVELOPMENT During the financial year, the Group had undertaken the following significant corporate event: In December 2016

Microsoft Word - Bursary

Selain itu, perniagaan Bahagian ini juga terjejas berikutan kelembapan dalam pasaran hartanah, perniagaan pengedaran bar keluli kita terutamanya bar p

Privacy Notice

Microsoft Word - MY_Stern Warning on Product Selling on Internet Classified Ad Sites_1 Feb 2017.docx

17.EN-PRUlink education income fund 01

I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model I am my business s guardian I am my staff s employer Many people depend on

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

Offline Fill in a Membership Application Form and pass the form together with a joining fee of RM53 (inclusive of GST) to your introducer, or submit t

ZC501N_UM_FrontPg

新校舍虽然只是木板屋结构的旧款式校舍, 但学校的范围已比以前大得多, 且因濒临海边, 空气异常清新, 同时因远离街市, 得以免除喧嚣的干扰, 实有助于学子潜心学习 一九七三年, 在本校服务二十余载之董能隆校长因思乡心切, 申请调职成功, 终于在离留两难中告别了这所由他细心培育成长的学校 董能隆校长的

北方大学科系介绍

出生于柔佛州的麻坡的 Bukit Gambir,Dato Onn 是 Dato' Ja'afar bin Haji Muhammad 的儿子 柔佛州第一任 首席部长 他是柔佛王室并从小受到 Ibrahim 苏丹 (Abu Bakar 苏丹的儿子 ) 的照顾, 并在他去英国深造之前 接受被马来教育 在

Sepanjang tahun kewangan, prestasi Megasteel telah terjejas teruk oleh kemerosotan dalam pasaran keluli dan aktiviti lambakan berleluasa akibat lebiha

社團改組資料

27. EN-PRUlink golden bond01

KANDUNGAN pg 1 pg 2 pg 3-25 PERATURAN PERNIAGAAN PENGEDAR CNI Objektif Perjanjian Pengedar Peraturan Perniagaan Pengedar 目錄 pg 26 pg 27 pg CNI 商

LAPORAN TAHUNAN MSWG MUKTAMAD UNTUK DICETAK A.indd 2 3/17/16 11:39 PM

A-EnrichGold REALISE YOUR SAVINGS GOALS You work hard to achieve your aspirations a new car, a new house, putting your kids through school, preparing

eng-PRUlink bond o2 copy

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves


5.EN-PRUlink bond fund 01

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he

The solution to your financial and protection needs Makes your money work harder and smarter for you If you want to get your life feeling right, you h

PERJANJIAN KEAHLIAN (Syarat-syarat) 1. Untuk menjadi seorang Pengedar di "Mc-Ocean Holding Sdn Bhd" (selepas ini dirujuk sebagai Syarikat), pemohon me

KERAJAAN Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan RM24.3 juta pada tahun 2010 bagi Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Jumlah perun

BAB SATU

Travel Protector Flight delays. Loss of luggage. Illness. An accident. Whether you are on a business trip or on holiday with your family, any of these

July 2017 Business Incentive

2 Buletin Mutiara Berita Rakyat Pulau Pinang DIARI SEORANG KETUA MENTERI SERINGKALI kita bertanggapan bahawa kehidupan harian seorang Ketua Menteri ad

PowerLink Protect Your loved ones and Yourselves when illness or accident strikes One plan that links all Your protection needs Imagine owning just on

Protect Your loved ones and Yourselves when illness or accident strikes One plan that links all Your protection needs Imagine owning just one insuranc

25 eng-PRUlink edu equity 03 copy

Transcription:

前言 (Page5) Dasar Baharu Menuju Ke Selatan PENDAHULUAN Pada masa kini didapati negara-negara Korea, Jepun, China, Europa dan Amerika Syarikat masing-masing telah memasuki pasaran Asia Tenggara. Ini adalah kerana Asia Tenggara mempunyai potensi dalam mepengaruhi dan kepentingan yang makin luas dalam bidang ekonomi dan perdagangan dunia. Berhadapan dengan perkembangan ekonomi dunia yang tidak tentu dan perubahan rangkaian perdagangan yang dinamik, Kerajaan Taiwan telah merangka dan mengubah strategi pembangunan ekonomi nasional agar terus mempertahankan daya saingan dalam pasaran global. Menerusi peninjauan yang terperinci, Kerajaan kita bertekad membentukkan jalinan kerjasama bersepadu dengan semua negara anggota ASEAN, enam negara Asia Selatan, Australia dan New Zealand demi mewujudkan kemakmuran ekonomi serantau berteraskan elemen-elemen seperti pertukaran bakat, kerjasama penggalakan ekonomi, penggabungan teknologi, pertukaran kebudayaan, perkongsian sumber dan pasaran, dan lain-lain lagi bertujuan untuk menjanakan manfaat kepada semua pihak. Dengan penggubalan Dasar Baru Menuju Ke Selatan dan pelaksanaan strategi Ekonomi dan Perdagangan Baru haluan negara kita tetap cerah menuju ke kemakmuran. Selain melancarkan pelbagai strategi dengan agresif, Kerajaan berharap perusahaan-perusahaan dalam negari dan orang ramai akan berganding bahu demi melahirkan masyarakat berharmoni dan maju. Untuk membantu pengilang-pengilang dan pengusaha-pengusaha Taiwan yang berniaga di luar negeri, serta pelajar-pelajar dan orang awam dari pelbagai peringkat mengenali dan memahami sejarah dan latar belakang, keadaan perdagangan, bahasa dan kebudayaan negara-negara ASEAN dan Asia Selatan, maka dicetak buku panduan Dasar Baru Menuju Ke Selatan ini.

(Page 006) POLISI Kerajaan Taiwan telah memperkenalkan Dasar Baru Menuju Ke Selatan pada 16hb Ogos, 2016. Matlamat utama dasar ini adalah untuk menjana manfaat bersepadu antara negara anggota ASEAN, negara-negara Asia Selatan, Australia dan New Zealand dari segi ekonomi dan perdagangan, teknologi, kebudayaan dan sebagainya. Melalui dasar ekonomi baru itu, kerajaan Taiwan yakin ia mewujudkan kemakmuran ekonomi serantau berteraskan empat elemen iaitu penggalakan kerjasama ekonomi, pertukaran bakat, perkongsian sumber dan jalinan hubungan serantau. Dasar Baru Menuju Ke Selatan ini merupakan salah satu usaha strategik utama kerajaan Taiwan dalam memperkukuh kedudukan ekonominya. Sebagai anggota utama di Asia dan rantau Asia Pasifik, Taiwan senantiasa bersedia untuk mengubahsuai strateginya selaras dengan perubahan-perubahan serantau dan global. Selain fokus kepada pertumbuhan ekonomi lebih berdaya maju dan mampan, dasar ini turut mengetengahkan pemacu lain seperti pendidikan, kebudayaan, teknologi, modal dan pertukaran kepakaran bersama. Pada masa yang akan datang, Taiwan nekad memantapkan hubungan kerjasama dua hala yang erat dengan anggota-anggota ASEAN dan Asia Selatan dari aspek pendidikan dan perkongsian sumber tenaga manusia. Usaha ini adalah berdasarkan prinsip Dasar Baru Menuju Ke Selatan yang menitikberatkan aspek humanisme dan kepelbagaian. Berlandaskan prinsip tersebut, adalah menjadi harapan kerajaan Taiwan untuk menjana simbiosis supaya memperolehi manfaat daripada kemakmuran ekonomi serantau berteraskan empat komponen iaitu penggalakan kerjasama ekonomi, pertukaran bakat, perkongsian sumber dan jalinan hubungan serantau.

Pg 008-015 PERKHIDMATAN Perkhidmatan Bakat 1) Pertukaran Bakat Peluang melanjutkan ijazah/penyelidikan jangka pendek di Taiwan ditawarkan kepada para belia dari Negara-negara Menuju ke Selatan Program Biasiswa Pendidikan Taiwan Kementerian Pendidikan Taiwan Selaras dengan Dasar Baru Menuju Ke Selatan, Kementerian Pendidikan Taiwan menawarkan biasiswa pendidikan ini demi menggalakkan pelajar-pelajar yang ulung dari Negara-negara Menuju Ke Selatan (iaitu 10 anggota ASEAN, 6 negara Asia Selatan, Australia dan New Zealand) melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Taiwan. Usaha ini merupakan salah satu agenda untuk memperkenalkan pendidikan dan keadaan akademik di Taiwan di samping menyalinkan hubungan antara kedua pihak. Untuk maklumat lanjut mengenai Program Biasiswa Pendidikan Taiwan (Taiwan Scholarship) dan Program Biasiswa Bahasa Cina (Huayu Enrichment Scholarship), sila hubungi: Pegawai bertanggungjawab: Cik 賴嫺羲 Tel.: (02)2236-8225 (ext.) 4212 E-mel: taiwanscholarship@mail.moe.gov.tw Laman web: https:/taiwanscholarship.moe.gov.tw/web/index.html Biasiswa Pendidikan Pelajar Warga Asing Kementerian Pendidikan Taiwan menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar asing yang mempunyai keputusan peperiksaan yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di Taiwan tanpa sebarang kesulitan membayar yuran pelajaran. Program ini juga meliputi biasiswa untuk pelajarpelajar asing yang miskin dan juga biasiswa penyelidikan pascasiswazah cemerlang. Sila hubungi Jabatan Pendidikan Antarabangsa dan Seberang Selat (Department of International and Cross-strait Education), Kementerian Pendidikan Taiwan. Pegawai bertanggungjawab: Encik 江奇晉 Tel.: (02)7736-6712 E-mel: trichi@mail.moe.gov.tw Laman web: http:/depart.moe.edu.tw/ed2500 Program Anugerah Penyelidikan Jangka Pendek (Short Term Research Award, STRA) Program ini adalah inisiatif Kementerian Pendidikan Taiwan untuk menggalakkan calon-calon PhD atau para penyelidik pasca-doktoral dari negara-negara dibawah Dasar Menuju Ke Selatan menjalankan penyelidikan dengan tempoh jangka pendek di Taiwan. Program ini memberi peluang yang baik untuk menjelajahi dan mengetahui budaya masyarakat Taiwan dan sebaliknya.

Sila hubungi Jabatan Pendidikan Antarabangsa dan Seberang Selat (Department of International and Cross-strait Education), Kementerian Pendidikan Taiwan untuk maklumat selanjutnya. Pegawai bertanggungjawab: Cik 林欣蓓 Tel.: (02)7736-5731 E-mel: hslin@mail.moe.gov.tw Laman web: http:/edu.law.moe.gov.tw/englawcontent.aspx? Type=C&id=235 Program Biasiswa Pendidikan Taiwan Kementerian Luar Negeri Taiwan Kementerian Luar Negeri Taiwan telah meningkatkan jumlah pembayaran biasiswa pendidikan dengan tujuan untuk mendorongkan pakar-pakar akademi dari negara-negara di bwah Dasar Menuju Ke Selatan yang berminat melaksanakan penyelidikan ke atas Taiwan, China, Asia Pasifik atau kajian sinology di Taiwan demi menggalakkan pertukaran pengetahuan dan pendapat. Sila hubungi Persahabatan Taiwan (Taiwan Fellowship), Kementerian Luar Negeri Taiwan Pegawai bertanggungjawab: Encik 簡宏昇 (Setiausaha) Tel: (02)2348-2203 E-mel: hschien@mofa.gov.tw Laman web: http:/taiwanfellowship.ncl.edu.tw Program Danasiswa Untuk Pelajar ASEAN & Asia Selatan Melanjutkan Pelajaran di Taiwan dan Kerjasama Industri-Akademik Jawatankuasa Lembaga Pertanian Taiwan merancang untuk menambah bilangan pelajar negaranegara asing bagi menyertai Kursus Teknik Dalam Perkhidmatan Bagi Pemuda Negara Asing (Inservice Technical Course for Foreign Youth) dan Kursus Kerjasama Industri-Akademik Dalam Perkhidmatan (In-service Industry-Education Cooperative Course). Mengikut rancangan ini, pengambilan pelajar pada tahun 2017 dijangka akan meningkat seramai lebih daripada 200 orang. Danasiswa dan bayaran insuran diberikan kepada pelajar-pelajar sepanjang tempoh latihan industri. Pihak penaja danasiswa menjangka rancangan kerjasama industri-akademik ini dapat memperkayakan sumber manusia dalam bidang pertanian di Taiwan dan seterusnya memupuk bakat pengurusan di negara-negara Menuju Ke Selatan. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Unit Kauseling Lembaga Pertanian Taiwan. Pegawai bertanggungjawab: Encik 李政錩 (juruteknik) Tel.: (02)2312-4687 E-mel: willylee@mail.coa.gov.tw Program Lawatan Sambil Belajar ke Taiwan Bagi Pakar Dalam Bidang Pertanian Selaras dengan perlaksanaan dasar ekonomi Dasar Baru Menuju Ke Selatan, Lembaga Pertanian Taiwan turut berganding bahu dengan negara-negara yang berkenaan untuk merancang program lawatan sambil belajar ke Taiwan supaya memperkenalkan perkembangan teknologi pertanian di Taiwan sementara menerokai peluang perniagaan. Menerusi program lawatan sambil belajar ini, calon-calon berpeluang berinteraksi dengan organisasi-organisasi antarabangsa dan institusi-institusi penyelidikan serta menghadiri program latihan di peringkat antarabangsa. Tambahan pula, mereka juga dapat mengadakan sesi temu ramah dengan pegawai-pegawai dan professional dari organisasi,

melibatkan diri dalam simposium antarabangsa dan kursus latihan. Pengalaman-pengalaman tersebut pasti dapat membantu meningkatkan daya persaingan dan perkembangan teknologi pertanian negara serta memperkembangkan peluang perniagaan di Taiwan. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi: Pegawai bertanggungjawab Urusan Kerjasama Bilateral Encik 張志仁 Unit Antarabangsa, Lembaga Pertanian Urusan Organisasi Antarabangsa Puan 江筱慧 Unit Antarabangsa, Lembaga Pertanian No. Telefon Urusan Kerjasama Bilateral (02)2312-4637 Urusan Organisasi Antarabangsa (02)2312-4024 E-mel Urusan Kerjasama Bilateral ericj@mail.coa.gov.tw Urusan Organisasi Antarabangsa ssjiang@mail.coa.gov.tw 2) Pengasuhan Bakat Dalam Negara Belia-belia Cermelang Dalam Negara Melanjutkan Pelajaran/Latihan Praktikal Di Negara-negara Dasar Menuju Ke Selatan Pembiayaan Kerajaan Bagi Peperiksaan Untuk Belajar di Luar Negeri & Ujian Khas Penajaan Pendidikan di Luar Negeri Untuk mengasuh bakal pemimpin dan profesional dalam bidang tertentu di negara-negara berkenaan, Kementerian Pendidikan Taiwan menawarkan biasiswa pendidikan kepada pelajarpelajar dalam negara untuk melanjutkan pengajian pascasiswazah (doctoral atau sarjana) di luar negeri. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Unit Belajar di Luar Negeri, Jabatan Pendidikan Antarabangsa dan Seberang Selat (Department of International and Cross-strait Education), Kementerian Pendidikan Taiwan. Pegawai bertanggungjawab: Cik 丘皓秋 (Pembiayaan kerajaan bagi peperiksaan untuk belajar di luar negeri) Cik 林欣姿 (Ujian khas penajaan pendidikan di luar negeri) Te.: (02)7736-5732 E-mel: dice3@mail.moe.gov.tw Laman web: http://depart.moe.edu.tw/ed2500/content_list. aspx?n=67bd8e03dcfe9837

Program Siri Bantuan Luar Negeri Bantuan kewangan diberi kepada pelajar-pelajar universiti dalam negari dan institusi penyelidikan oleh Kementerian Pendidikan supaya berpeluang menjalankan latihan praktikal profesional di luar negera (termasuk ASEAN, Asia Selatan, New Zealand, Australia dan sebagainya). Latihan tersebut dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan aras kepakaran melalui integrasi pendidikan dan pengalaman praktikal. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Pejabat Sumber Manusia, Universiti Teknologi Taiwan. Pengawai bertanggungjawab: Cik 葉秀庭 Tel.: (02)2730-1290 E-mel: tosf@mail.ntust.edu.tw Laman web: https:/www.studyabroad.moe.gov.tw/selectyear.php Kursus Bahasa Asia Tenggara & Budaya Dan Pengasuhan Bakat Ekonomi Dan Perdagangan Kementerian Pendidikan Taiwan menawarkan kursus bahasa-bahasa utama Asia Tenggara kepada pelajar-pelajar universiti dan pascasiswazah sebagai usaha untuk mengasuh bakat dan pakar dalam bidang kebudayaan, ekonomi dan perdagangan. Pelajar-pelajar cermelang akan dilantik untuk menjalankan latihan praktikal di organisasi pelabur Taiwan yang terletak di negara Asia Tenggara tertentu. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Taiwan. Pegawai bertanggungjawab: Cik 林姮妤 Tel.: (02)7736-6731 E-mel: linherngyu@mail.moe.gov.tw Perkembangan Bakat Belia Dan Penempuhan Pembelajaran Bahagian Pentadbiran Kemajuan Belia (Youth Development Administration), Kementerian Pendidikan Taiwan mengadakan kem dan persidangan bertujuan untuk memupuk bakal pemimpin dalam pengurusan hal-ehwal negara-negara Menuju Ke Selatan. Kementerian juga menawarkan bantuan biasiswa kepada belia yang terlibat dalam persidangan tertentu dan melaksanakan rancangan penempuhan pembelajaran di peringkat antarabangsa. Selain itu, pihak Institusi-institusi pengajian tinggi adalah juga digalakkan menawarkan kursus-kursus dalam bidang berkaitan dengan kebudayaan Asia Tenggara. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Bahagian Pentadbiran Kemajuan Belia, Kementerian Pendidikan Taiwan. Pegawai bertanggungjawab: Cik 薛懿含 ; Cik 蕭心怡 (Penempuhan Pembelajaran) Tel.: (02)7736-5523; 7736-5582(Penempuhan Pembelajaran) E-mel: ann0317@mail.yda.gov.tw; ak5457@mail.yda.gov.tw (Penempuhan Pembelajaran) Laman web: https:/www.yda.gov.tw

Program Kesukarelawanan Belia Di Luar Negeri Dengan pelaksanaan program ini, kerajaan dapat membangunkan satu sistem Internet yang dapat berhubung dan memperluaskan rangkaian sukarelawan di negara-negara Menuju Ke Selatan. Bahagian Pentadbiran Kemajuan Belia, Kementerian Pendidikan Taiwan sebagai penaja utama program ini telah ditugaskan untuk merancang program sukarelawan belia tersebut serta mengadakan pertandingan antara pasukan sukarelawan dan majlis penghargaan bagi pasukan teraju. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Bahagian Pentadbiran Kemajuan Belia, Kementerian Pendidikan Taiwan. Pegawai bertanggungjawab: Cik 林芃辰 Tel.: (02)7736-5526 E-mel: pclin@mail.yda.gov.tw Laman web: https:/www.yda.gov.tw Bantuan Institusi Pengajian Tinggi Untuk Perniagaan Permulaan Innovatif Di Kalangan Belia Menerusi jaringan sosial Internet institusi-institusi pengajian tinggi, pihak kerajaan memberi galakan dan panduan yang terperinci kepada belia-belia atau pasukan-pasukan yang beraspirasi untuk memulakan perniagaan berasaskan dasar ekonomi Dasar Baru Menuju Ke Selatan. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Bahagian Pentadbiran Kemajuan Belia, Kementerian Pendidikan Taiwan. Pegawai bertanggungjawab: Cik 陳玟伶 ; Cik 林怡瑩 Tel.: (02)7736-5136;7736-5135 E-mel: lindachen@mail.yda.gov.tw; education@mail.yda.gov.tw Laman web: https:/www.yda.gov.tw Program Membantu Pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam & Institusi Pengajian Tinggi Swasta Menjalankan Latihan Praktikal Korporat di Pasaran Baru Lembaga Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Ekonomi Taiwan menawarkan biasiswa demi mendorong institusi-institusi pengajian tinggi dalam negari supaya menghantar pelajar-pelajar ke negara Asia Tenggara untuk menjalankan latihan praktikal korporat di pasaran baru. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar agar memperolehi pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan dan pemasaran perdagangan antarabangsa. Dengan demikian, pelajar-pelajar berkenaan dapat dilatih dan dipupuk menjadi bakal pemimpin dalam bidang berkaitan dan seterusnya membantu memperkembangkan korporat-korporat tempatan negari. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Persatuan Pengimport Dan Pengeksport Taipei (Importers and Exporters Association of Taipei). Pegawai bertanggungjawab: Encik 葉書維 Tel.: (02)2581-6286 (samb.) 457 E-mel: gtpp@ieatpe.org.tw Laman web: http:/www.tradepioneer.org.tw

Program Pengasuhan Bakat Melalui Kerjasama Industri-Akademik Demi menggalakkan konsep kerjasama industri-akademik yang diutamakan oleh Kerajaan Taiwan di kalangan korporat dalam negari, Kementerian Ekonomi telah menubuhkan Laman web Pengasuhan Bakat Melalui Kerjasama Industri-Akademik. Usaha ini juga bertujuan untuk menggalakkan sektor korporat mempergunakan sumber-sumber kerajaan dengan sepenuhnya. Ini dapat dicapai sekiranya pihak korporat bergiat mengambil pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi tempatan sebagai pelatih dalam organisasi berkenaan. Di samping itu, kementerian juga berharap agar sektor korporat dapat bekerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi dari segi sumber pengajar, penggunaan alatan dan kemudahan pengajaran, untuk menawarkan Kursus Kerjasama Industri-Akademik Dalam Perkhidmatan (In-service Industry-Education Cooperative Course). Usahasama sedemikian bukan sahaja akan meningkatkan qualiti sumber manusia dalam negari, tetapi juga dapat membolehkan penggunaan pengetahuan di tempat kerja serta memenuhi keperluan sumber manusia dalam sektor korporat. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Institusi Penyelidikan Teknologi Industri (Industrial Technology Research Institute Taiwan) Pegawai bertanggungjawab: Cik 吳慧玲 Tel.: (02)2701-6565 (samb.) 327 E-mel: itriexpress@itri.org.tw Laman web: http:/college.itri.org.tw/co_education/ 3) Latihan Bakat Dalam Bidang Ekonomi & Perdagangan Dan Linguistik Program Melatih Bakat Korporat Antarabangsa Lembaga Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Ekonomi Taiwan menawarkan program melatih bakat ini dengan tujuan untuk membantu pengusaha-pengusaha tempatan menerokai pasaran baru di negara-negara Menuju Ke Selatan. Kursus latihan tersebut meliputi bahasa unik ASEAN, keadaan pasaran ekonomi dan perdagangan, urusan ekonomi dan perdagangan dan sebagainya. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Lembaga Pembangunan Perdagangan Luar Negeri Taiwan (External Trade Development Council Taiwan). Pegawai bertanggungjawab: Cik 林志倩 Tel.: (02)2725-5200 (samb.) 2560 E-mel: cclin@taitra.org.tw Laman web: www.iti.org.tw Projek Pertukaran Bakat Bidang Industri Pameran Untuk membantu bakat-bakat industri pameran Taiwan menembusi pasaran Menuju Ke Selatan, Lembaga Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Ekonomi berusaha merancangkan seminar peluang pameran, menjemput belia-belia dari negara-negara berkenaan dalam sesi pertukaran, menghantar pelajar-pelajar cemerlang ke negara Menuju Ke Selatan untuk latihan praktikal dan sebagainya. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Lembaga Pembangunan Perdagangan Luar Negeri

Taiwan (External Trade Development Council Taiwan). Pegawai bertanggungjawab: Cik 陳怡靜 Tel.: (02)2725-5200 (samb.) 2371 E-mel: erica@taitra.org.tw Laman web: https:/mice.iti.org.tw Perlaksanaan Kursus E-Niaga Melalui Universiti Atas Talian Perusahaan Kecil Dan Sederhana (SME Online University) Universiti Atas Talian Perusahaan Kecil Dan Sederhana menawarkan pelbagai kursus bertema E-Niaga, antaranya termasuklah Penubuhan Pasukan E-Niaga Untuk Menyambut Era Internet Barangan (Internet of Things), Perdagangan Bergerak (Mobile Commerce) Dan Pembayar Parti Ketiga dan lain-lain kursus popular. Rancangan kursuskursus tersebut adalah untuk tujuan mewujudkan platform bagi menggalakkan interaksi di antara pengusaha-pengusaha tempatan di samping meningkatkan daya persaingan serta memperkembangan jenama-jenama tempatan ke pasaran dunia. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Bahagian Perusahaan Kecil dan Sederhana, Kementerian Ekonomi Taiwan. Pegawai bertanggungjawab: Encik 陸金峰 Tel.: (02)2366-2263 E-mel: cflu@moea.gov.tw Laman web: http://www.smelearning.org.tw/ 4) Latihan Untuk Meningkatkan Keupayaan Operasi Di Kalangan Pengusahapengusaha Taiwan Bantuan Untuk Meningkatkan Daya Persaingan Pengusaha-pengusaha Lembaga Urusan Komuniti Luar Negeri memainkan peranan aktif mempromosikan program pengasuhan bakat pengusaha Taiwan. Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk persidangan dan latihan untuk pengusaha-pengusaha Taiwan yang bertapak di Asia Tenggara, Asia Selatan, New Zealand dan Australia; menghantar rombongan pakar ke Asia Tenggara untuk melancarkan seminar serta membekal maklumat mengenai ekonomi dan perdagangan; memperkukuhkan latihan kepakaran belia untuk pengusaha-pengusaha Taiwan; menubuhkan persatuan pengusaha Taiwan, persatuan pengusaha belia di negara asing, mengaturkan rombongan lawatan untuk generasi kedua dan ketiga wakil-wakil korporat bagi tujuan mengasuh bakal pemimpin di kalangan pengusaha Taiwan. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Lembaga Urusan Komuniti Luar Negeri. Pegawai bertanggungjawab: Cik 郭淑貞 Tel.: (02)2327-2702 E-mel: kuochen@ocac.gov.tw

Pengasuhan Bakat Dari Negara-negara Menuju Ke Selatan Menghadapi perkembangan transformasi ekonomi di kalangan negara Asia Tenggara, pelabur-pelabur Taiwan di negara asing mempunyai pelbagai cabaran iaitu bukan sahaja mengenai komunikasi tetapi juga dari segi pemahaman isu politik, ekonomi, kebudayaan atau perundangan tempatan. Masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan bantuan siswazah tempatan yang memiliki kelebihan dari segi penguasaan bahasa dan pengetahuan persekitaran tempatan. Memandangkan keperluan bakat dalam bidang pendidikan vokasional yang makin meningkat, program pendidikan khas vokasional lanjutan dirangka oleh Lembaga Urusan Komuniti Luar Negeri untuk menarik pelajar-pelajar tersebut. Usaha ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar berkenaan meningkatkan kedayaupayaan dan potensi mereka menerusi kursus dalam-perkhidmatan pendidikan vokasional tinggi yang ditawarkan oleh Kerajaan Taiwan. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Lembaga Urusan Komuniti Luar Negeri. Pegawai bertanggungjawab: Encik 尤正才 Tel.: (02)2327-2810 E-mel: dove@ocac.gov.tw 5) Pengambilan Calon Bantuan Untuk Mengambil Bakat Di Kalangan Pelajar-pelajar Asing Pelajar-pelajar asing merupakan sumber manusia yang amat penting bagi sektor korporat Taiwan yang berniat untuk melabur di Asia Tenggara. Lembaga Urusan Komuniti Luar Negeri akan terus memainkan peranan penting dalam proses pengambilan calon untuk pihak korporat sementara memberi peluang pekerjaan kepada pelajar-pelajar asing. Perkhidmatan ini akan memanfaatkan sector korporat Taiwan dalam usaha memperluaskan pasaran Asia Tenggara. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Jabatan Pelajar Asing, Lembaga Urusan Komuniti Luar Negeri. Pegawai bertanggungjawab: Encik 尤正才 Tel.: (02)2327-2810 E-mel: dove@ocac.gov.tw Peluang Latihan Praktikal Untuk Pelajar-pelajar Asing Lembaga Urusan Komuniti Luar Negeri berganding bahu dengan Dewan Perniagaan Asia Taiwan menawarkan program pengasuhan bakat kepada pelajar-pelajar asing dan pemastautin baru Taiwan melalui latihan praktikal yang akan dijalankan di sector korporat tempatan. Usahasama ini juga memanfaatkan pihak korporat sebab dapat memenuhi keperluan sumber tenaga manusia yang berkebolehan dalam bidang berkaitan.

Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Jabatan Pengusaha Asing, Lembaga Urusan Komuniti Luar Negeri. Pegawai bertanggungjawab: Cik 郭淑貞 Tel.: (02)2327-2702 E-mel: kuochen@ocac.gov.tw 6) Pengambilan Calon-calon Asing Bantuan Untuk Mengambil Bakat Di Kalangan Pelajar-pelajar Asing Jabatan Pelaburan, Kementerian Ekonomi Taiwan telah membentuk satu platform internet yang dikenali sebagai Contact Taiwan untuk mengiklankan jawatan kosong yang sedia ada di sektor korporat tempatan. Tindakan ini bertujuan untuk membantu pihak korporat tempatan dalam pengambilan calon-calon asing yang cemerlang di samping meracang strategi untuk menerokai pasaran negara-negara Menuju Ke Selatan. Selain itu, Contact Taiwan juga berfungsi untuk memperkukuhkan jalinan antara institusi-institusi pendidikan dan persatuan-persatuan teknologi terkenal di negara-negara Menuju Ke Selatan bagi tujuan pertukaran bakat. Sesi pertemuan di antara calon-calon asing dan korporat-korporat tempatan akan dirancang dan dijalankan di dalam dan luar negeri supaya keperluan sumber manusia dapat dipenuhi dengan sempurna. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Lembaga Pembangunan Perdagangan Luar Negeri Taiwan (External Trade Development Council Taiwan). Pegawai bertanggungjawab: Encik 郝代源 Tel.: (02)27255200 (samb.)1960 E-ml: angelica@taitra.org.tw Laman web: www.contacttaiwan.tw 7) Penghantaran Guru Bahasa Cina Yang Cemerlang Ke Luar Negeri Tujuan utama usaha ini adalah untuk mempromosi pengajaran Bahasa Cina yang bermutu tinggi dan memperkenalkan kebudayaan Taiwan supaya memperkukuhkan pengaruh Taiwan dalam bidang pengajaran linguistik Cina. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Jabatan Pendidikan Antarabangsa dan Seberang Selat (Department of International and Cross-strait Education), Kementerian Pendidikan Taiwan. Pegawai bertanggungjawab: Cik 陳妍樺 Tel.: (02)7736-5735 E-mel: yanne27@mail.moe.gov.tw 8) Kemesraan Taiwan Projek Keluarga Angkat (Host Family) bagi Pelajar-pelajar Asing Projek ini telah dirancangkan oleh Kementerian Pendidikan untuk mendorong keluarga-

keluarga dalam negari menyertai dalam kursus latihan dan aktiviti padanan. Aktiviti ini dianjurkan dalam persekitaran pembelajaran yang mesra untuk memberi ingatan kepada masyarakat Taiwan supaya berinteraksi dengan pelajar-pelajar asing secara ramah-tamah. Selain daripada itu, sekolah-sekolah dan keluarga-keluarga yang terlibat turut berpeluang didedah dengan pengetahuan dan maklumat pelbagai budaya asing serta meningkatkan pemahaman terhadap masalah-masalah global kini dan memperluaskan perspektif diri sendiri. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Pejabat Projek Keluarga Angkat (Universiti Teknologi Taiwan Selatan). Pegawai bertanggungjawab: Cik 王思婷 Tel.: (06)253-3131 (samb.) 1603 E-mel: hostfamily@mail.stust.edu.tw Laman web: http:/www.hostfamily.org.tw/ Pg 017-020 Perkhidmatan Kewangan 1) Pinjaman Pelaburan Luar Negeri & Pembiayaan Eksport Pinjaman Pelaburan Luar Negeri Pengilang-pengilang yang berniat untuk memperluaskan pasaran global, membangun tapak pasaran atau gudang pengedaran di luar negeri, menanam modal saham ataupun mengadakan perusahaan berkongsi (joint venture) dan sebagainya boleh memohon pinjaman pelaburan luar negeri melalui bank tertentu. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi bank-bank, Persatuan Bank ROC. Laman web: http:/www.ba.org.tw/) Pembiayaan Eksport Pinjaman Eksport Bank menawarkan pelbagai pinjaman eksport termasuk pinjaman eksport jangka pendek, sederhana dan panjang. Perkhidmatan pinjaman eksport biasa, anjak piutang antarabangsa (international factoring) dan sebagainya kepada pengilang-pengilang juga ditawarkan. Pembiayaan esksport dapat membantu pengilang-pengilang memperolehi modal perputaran atau mendapat balik bayaran tempahan dengan lebih awal. Justeru itu, meringankan beban akibat dari modal yang ketat. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi bank-bank berlainan, Persatuan Bank ROC. Laman web: http:/www.ba.org.tw/) Pengukuhan Pinjaman Kewangan Perdagangan Biro Perdagangan Luar Negeri, Kementerian Ekonomi bekerjasama dengan China Eximbank (The Export-Import Bank of China) untuk menggalakkan pinjaman import dan eksport demi

membantu para pengimport yang ingin menerokai pasaran luar negeri. Bank ini menawarkan bantuan kewangan dengan kadar faedah yang munasabah. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi China Eximbank. Pegawai bertanggungjawab: Cik 吳佩珊 Tel.: (02)3322-0526 E-mel: Wups@eximbank.com.tw Laman web: http:/www.eximbank.com.tw Pembiayaan Eksport & Pembiayaan Semula Dengan kerjasama institusi-institusi kewangan tempatan dan luar negeri, Biro Perdagangan Luar Negeri, Kementerian Ekonomi dan China Eximbank pinjaman kewangan ditawarkan kepada peminjam luar negeri yang membeli produk Taiwan melalui bekalan modal. Program pinjaman ini disalurkan melalui bank-bank tempatan di luar negeri. Di samping itu, tawaran pinjaman juga meliputi pembiayaan kepada pengimport-pengimport luar negeri yang mengimport produk-produk Taiwan. Tujuan usaha ini adalah untuk meningkatan kerelaan pembeli-pembeli luar negera untuk memasarkan produk-produk Taiwan. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi China Eximbank. Pegawai bertanggungjawab: Encik 彭兆行 Tel.: (02)3322-0507 E-mel: jamespeng@eximbank.com.tw Laman web: http:/eximbank.com.tw 2) Pembiayaan & Jaminan Projek Pembinaan Luar Negeri Untuk membantu pengilang-pengilang memgembangkan pasaran pembinaan di luar negeri, China Eximbank menawarkan pembiayaan dan bantuan kewangan kepada mereka yang menghadapi kesulitan modal operasi atau cagaran jaminan projek pembinaan. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi China Eximbank. Pegawai bertanggungjawab: Encik 邵志盛 Tel.: (02)3322-0536 E-mel: shaocs@eximbank.com.tw Laman web: http:/www.eximbank.com.tw 3) Pinjaman Gabungan (Syndicated Loan), Jaminan Bersama, Dan Platform Pinjaman Gabungan Pinjaman Gabungan Bank, Jaminan Bersama Demi menyokong para pengilang Taiwan yang berhasrat untuk membuat pelaburan atau mengambil kontrak kerja besar di ASEAN dan Asia Selatan, perkhidmatan pinjaman gabungan dan jaminan cagaran dapat diberikan untuk memenuhi keperluan berkenaan.

Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi China Eximbank. Pegawai bertanggungjawab: Encik 盧其筠 Tel.: (02)3322-0532 E-mel: lucc@eximbank.com.tw Laman web: http:/www.eximbank.com.tw Platform Pinjaman Gabungan Bagi Sistem Eksport, Kilang, Dan Harta Pembinaan Berlandaskan dasar kerajaan, China Eximbank menawarkan Platform Pinjaman Gabungan Bagi Sistem Eksport, Kilang Dan Harta Pembinaan. Melalui mekanisma rujukan kepada ekonomi dan perdagangan, pihak bank membuat rancangan bantuan kewangan yang terperinci. Platform ini seterusnya berfungsi sebagai operator yang menggabungkan sumber kewangan daripada institusi-institusi kewangan agar bantuan kewangan yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha tersebut tidak terjejas. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi China Eximbank. Pegawai bertanggungjawab: Encik 戴乾振 (pengurus) Tel.: (02)2396-2904 E-mel: daycc@eximbank.com.tw Laman web: http:/www.eximbank.com.tw/ 4) Insurans Pelaburan Luar Negeri Dan Insurans Eksport Insurans Pelaburan Luar Negeri Perkhidmatan insurans pelaburan ini membantu pelabur-pelabur tempatan mengurangkan risiko dan mengelakkan kerugian teruk akibat daripada penyitaan, peperangan, larangan pengiriman wang, isu-isu politik dan sebagainya. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi China Eximbank. Pegawai bertanggungjawab: Cik 詹秋菊 Tel.: (02)3322-0588 E-mel: chancc@eximbank.com.tw Laman web: http:/www.eximbank.com.tw Insurans Eksport Biro Perdagangan Luar Negeri, Kementerian Ekonomi bekerjasama dengan China Eximbank membantu pengilang-pengilang mengelakkan pergolakan politik atau isu kredibiliti yang disebabkan oleh perdagangan antarabangsa. Tambahan pula, pihak bank turut menawarkan insurans eksport berasaskan syarat-syarat bayaran yang berbeza. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi China Eximbank. Pegawai bertanggungjawab: Cik 詹秋菊

Tel.: (02)3322-0588 E-mel: chancc@eximbank.com.tw Laman web: http:/www.eximbank.com.tw 5) Insurans Projek Pembinaan Luar Negeri Insurans Projek Pembinaan Luar Negeri Tujuan perkhidmatan ini adalah untuk membantu pihak pengilang mengurangkan risiko dan mengelakkan kerugian teruk akibat daripada pergolakan politik atau kemuflisan dialami oleh parti lain dalam kontrak pembinaan berkenaan. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi China Eximbank. Pegawai bertanggungjawab: Cik 石麗芬 Tel.: (02) 3322-0592 E-mel: shyrlf@eximbank.com.tw Laman web: http:/www.eximbank.com.tw 6) Jaminan Kredit Dan Bantuan Pembiayaan Membekalkan Jaminan Kredit Dan Bantuan Pembiayaan Biro Perdagangan Luar Negeri, Kementerian Ekonomi bekerjasama dengan Tabung Jaminan Kredit Perniagaan Kecil Dan Sederhana (Small and Medium Business Credit Guarantee Fund) menubuhkan Skim Jaminan Kredit Bagi Pinjaman Eksport demi membantu Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) dalam usaha mengembangkan pasaran luar negeri. Selain itu, bagi PKS yang beroperasi di luar negera dan masih aktif dalam negari, Bahagian Perniagaan Kecil Dan Sederhana juga akan menawarkan Pinjaman Tenaga Hijau Dan Eksport Aset Kemudahan dan lain-lain perkhidmatan seperti pengawalan jaminan pembiayaan. Untuk sebarang persoalan berkaitan dengan jaminan kredit, sila hubungi Pusat Bantuan Segera Kementerian Ekonomi, 0800-056-476 (talian percuma). Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Bahagian Perniagaan Kecil Dan Sederhana, Kementerian Ekonomi Taiwan. Pegawai bertanggungjawab: Cik 謝佳娟 Tel.: (02)2368-0816 (samb.) 356 Laman web: cchsieh@moea.gov.tw Jaminan Pinjaman Kerjaya Pengusaha Taiwan Dan Pinjaman Pendidikan Pelajar Asing Pembekalan jaminan kredit membolehkan pengusaha-pengusaha Taiwan yang menjejakan ke Asia Tenggara diberi modal yang diperlukan untuk operasi perniagaan dan perkembangan kerjaya selanjutnya. Jaminan kredit pinjaman pendidikan pula dapat

membantu pelajar-pelajar asing yang menuntut kursus dalam perkhidmatan pendidikan vokasional tinggi (High Vocational Education In-Service Course) supaya dapat menamatkan pelajaran tanpa masalah kewangan. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Tabung Jaminan Kredit Luar Negeri (Overseas Credit Guarantee Fund). Pegawai bertanggungjawab: Cik 周雅娜 Tel.: (02)2375-2961 sambungan 28 E-mel: service@ocgfund.org.tw Laman web: www.ocgfund.org.tw 7) Tapak Perkhidmatan Tapak Perkhidmatan Institusi Kewangan Setakat penghujungan bulan Jun 2016, institusi-institusi kewangan Taiwan telah membuka sebanyak 189 cawangan merata di 10 negara ASEAN, India dan Australia. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Biro Perbankan, Suruhanjaya Penyeliaan Kewangan Taiwan (Banking Bureau, Financial Supervisory Commission). Laman web: http: //www.banking.gov.tw/ch/index.jsp>informasi Kewangan>Statistik Kewangan> Jadual Maklumat Asas Kewangan>Jadual Cawangan-cawangan 14 Bank Tempatan Tapak Perkhidmatan Syarikat Insurans Setakat penghujungan bulan Jun 2016, sektor insurans Taiwan telah membuka sebanyak 13 cawangan di 10 negara ASEAN dan India. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Biro Insurans, Suruhanjaya Penyeliaan Kewangan Taiwan (Insurance Bureau, Financial Supervisory Commission). Laman web: http: //www.ib.gov.tw/ch/index.jsp>perkhidmatan Awam>Perkhidmatan Kontak> Maklumat Kontak Syarikat Insurans> Cawangan Sektor Insurans Hayat Tempatan di Luar Negeri dan 本國財產保險業海外分支機構 Cawangan Sektor Insurans Harta Tempatan di Luar Negeri Pg 021-028 Perkhidmatan Harta 1) Perkhidmatan Memadan Peluang Perniagaan Rombongan Menerokai Pasaran Luar Negeri

Melalui pihak pengamanah dan persatuan-persatuan subsidi perdagangan, Biro Perdagangan Luar Negeri, Kementerian Ekonomi dapat menganjurkan rombongan melawat ke pameran profesional antarabangsa di luar negera, menyelaras rombongan meneroka pasaran dan lain-lain aktiviti untuk membantu pengilang-pengilang Taiwan mempromosikan produk-produk mereka kepada pihak pembeli atau penjual runcit yang berpotensi. Aktivitiaktiviti sedemikian dapat menembusi pasaran baru. Bahagian pengamanah sah: Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) Cik 陳頤華 Tel.: (02)27255200 (samb.) 1590 E-mel: vivian@taitra.org.tw Laman web: https:/events.taiwantrade.com.tw/ Bahagian subsidi kepada persatuan: Biro Perdagangan Cik 盧麗蓉小姐 Tel.: (02)23977316 E-mel: liely08@trade.gov.tw Laman web: http:/www.trade.gov.tw/ Menjemput Pembeli Berpotensi Ke Taiwan Biro Perdagangan Luar Negeri, Kementerian Ekonomi menghantar pegawai-pegawainya untuk melawat ke luar negeri untuk menjemput pembeli-pembeli antarabangsa, pengedarpengedar dan agen-agen melawat ke Taiwan untuk sesi padanan perniagaan. Usaha ini bertujuan untuk membantu pengilang-pengilang Taiwan membuka laluan ke pasaran asing dan menggeledah peluang perniagaan baru. Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) Encik 陳明淵先生 Tel.: (02)27255200 (samb.) 1512 E-mel: clem@taitra.org.tw Laman web: https:/events.taiwantrade.com.tw/ Menunjang Individu Pengilang Untuk Menyertai Pameran Perdagangan Luar Negeri Setiap tahun Biro Perdagangan Luar Negeri, Kementerian Ekonomi akan menyediakan peruntukan kewangan untuk pengilang-pengilang perseorangan untuk menyertai dalam pameran di luar negera. Peruntukan tersebut boleh dibelanjakan untuk bayaran sewa

ruangan pameran. Pembiayaan sebegini dapat meningkatkan imej pengilang berkenaan serta memupuk penjualan produk tersebut. Biro Perdagangan Cik 盧麗蓉小姐 Tel.: (02)23977316 E-mel: liely08@trade.gov.tw Laman web: http:/www.trade.gov.tw/ Bimbingan Kepada Pengusaha E-Niaga Tentang Operasi Dan Ekosistem di Pasaran ASEAN 1. Membantu pengusaha-pengusaha e-niaga mendirikan platform penjualan produk di negara ASEAN. Selain memperkenalkan barangan buatan Taiwan kepada penggunapengguna asing, program bimbingan ini juga dapat membantu pengusahapengusaha e-niaga untuk meningkatkan rangkaian hubungan dengan masyarakat tempatan. 2. Pengusaha-pengusahan berpeluang menggeledah pengeluar jenama produk yang berpotensi untuk menjalin perkongsian strategik dari segi aliran tunai, logistik atau pemasaran melalui platform e-niaga tersebut demi mengembangkan pasaran ASEAN. Jabatan Perdagangan Cik 林佳宜 Tel.: (02)23212200 (samb.)935 E-mel: cylin@moea.gov.tw 2) Bimbingan Yang Menyesuaikan Keperluan Individu (Customized Coaching) Pengembangan Pemasaran Perusahaan Kecil Dan Sederhana Aplikasi konsep customization dalam Satu Pusat Perkhidmatan Perundingan Profesional (one stop professional consultation service) yang berpadanan dengan program bimbingan dari Kementerian Ekonomi dapat membantu perusahaan-perusahaan baru atau PKS Taiwan untuk meningkatkan daya bersaingan di pentas dunia. Tambahan pula, usaha ini juga dapat memperkukuhkan keupayaan eksport serta memperkembangkan pasaran asing. Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) Cik 陸慧悌 Tel.: (02)27255200 (samb.) 1208 E-mel: exportadv@taitra.org.tw Laman web: www.exportadv.com.tw

Mewujudkan Pasaran Baru Untuk Produk Yang Bermutu Tinggi Dan Harga Berpatutan Menguasai kehendak pengguna di pasaran sasaran, membekal barangan konsumer yang bermutu tinggi dengan harga berdaya saing, merancangkan strategi pemasaran yang kreatif dan mengadakan padanan yang tepat dengan penjual runcit demi membantu pengilangpengilang untuk menerokai pasaran di 6 negara ASEAN (Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam) dan India. Institusi Penyelidikan Pembangunan Perdagangan (Commerce Development Research Institute) Cik 丁敦吟 Tel: (02)77074919 E-mel: tammyting@cdri.org.tw Laman web: http:/mvp-plan.cdri.org.tw/ Pusat Pemasaran Buatan Taiwan Di India Biro Perdagangan Luar Negeri, Kementerian Ekonomi mengamanahkan TAITRA di India (Mumbai, Chennai, Kolkata) supaya menubuhkan pusat pemasaran produk buatan Taiwan. Kaunter pameran pengilang, dan kakitangan pemasaran yang bersesuaian dengan kehendak tempatan disokong oleh pihak Kerajaan Taiwan. Perkhidmatan lain termasuk persediaan video bertemu antara pembeli berpotensi dan pengusaha Taiwan serta pembinaan laman web pengusaha dan lain-lain. Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) Cik 呂季芳小姐 Tel: (02)27255200 (samb.) 1356 E-mel: kellylu@taitra.org.tw Laman web: http:/events.taiwantrade.com.tw/indiatpc Pusat Pengurusan Hal-ehwal Perdagangan Luar Negeri Pusat pengurusan hal-ehwal perdagangan telah ditubuhkan di pejabat-pejabat TAITRA di mana pengilang-pengilang boleh menyewa ruangan pejabat persendirian daripada kerajaan Taiwan atas harga sewaan yang berpatutan. Tujuan adalah untuk mempromosikan barangan atau produk pengusaha-pengusaha serta meningkatkan profil organisasi berkenaan. Setakat ini, perkhidmatan ini bersedia ada di pasaran Menuju Ke Selatan termasuklah di negara Filipina (Manila), Myanmar (Yangon) dan India (Mumbai, Chennai, dan Kolkata). Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) Encik 陳立田

Tel.: (02)2725-5200 (samb.) 1515 E-mel: litien@taitra.org.tw Laman web: http:/mk.taiwantrade.com.tw/html/mdn500s05.asp Pakatan Pemasaran Jentera Bertujuan untuk meningkatkan kesetiaan pembeli terhadap pengeluaran jentara buatan Taiwan, Kementerian Ekonomi dan TAITRA yang masing-masing mempunyai pejabat merata di Thailand, Malaysia, Vietnam, Indonesia dan India bergiat menggabungkan pembelipembeli tempatan atau agen-agen untuk menubuhkan Pakatan Pemasaran Jentera. Menerusi perhimpunan tetap sedemikian, ahli-ahli Pakatan ini dapat berkongsi pendapat dan maklumat mengenai produk terbaru Taiwan di samping memberikan perkhidmatan selepas jualan. Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) Cik 蕭欽沈 Tel.: (02)2725-5200 (samb.) 1557 E-mel: echo2@taitra.org.tw 3) Pemasaran Digital TaiwanTrade.com Untuk membantu pengilang-pengilang memperkembangkan pasaran asing melalui penggunaan pemasaran internet, Biro Perdagangan Luar Negeri, Kementerian Ekonomi membekalkan pelbagai perkhidmatan menerusi TaiwanTrade.com, iaitu laman web yang memiliki stor maklumat mengenai produk-produk B2B dan perdagangan import yang terbesar di Taiwan. Perkhidmatan yang didapati di TaiwanTrade.com meliputi: o idealez: membekalkan sampel pembelian dan berfungsi tempahan kuantiti yang kecil atas talian demi mendorong penempahan kuantiti besar kemudian. o Persidangan Video: membekal perkhidmatan padanan pembelian melalui persidangan video di mana kedua-dua parti pembeli dan penjual dapat berunding secara langsung. Ini dapat mempercepatkan jalinan kerjasama antara pembeli asing dan pembekal Taiwan yang bermutu tinggi. o PembelianEZ: mengemaskini maklumat pembelian pembeli-pembeli asing yang didaftar oleh TAITRA dan memberi input perkhidmatan tunggal supaya penjual berkenaan mampu menguasai maklumat pembelian dengan segera. o Pakatan strategi: pendapat-pendapat dan strategi-strategi yang dikongsi di antara ahli-ahli dari sektor yang berbeza dapat membantu TaiwanTrade.com untuk membekalkan perkhidmatan yang berkepelbagaian termasuk logistik yang murah, aliran modal, pengiktirafan parti ketiga dan sebagainya.

Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) Cik 林雅文 Tel.: (02)27255200 (samb.) 3932 E-mel: dina@taitra.org.tw Laman web: www.taiwantrade.com o Penerokaan pasaran antarabangsa: menggalakkan pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana menerokai pasaran asing melalui e-niaga. Bimbingan dan rundingan diberikan kepada PKS mengikut keperluan individu agar dapat mengembangkan pemasaran gabungan internet dan realiti. Dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti seperti seminar pengasuhan pakar e-niaga, forum, dan padanan perdagangan dengan penjual runcit, keupayaan pemasaran PKS pasti dapat diperkukuhkan. Ini adalah amat penting bagi PKS untuk menembusi pasaran antarabangsa. Bahagian Perusahaan Kecil dan Sederhana, Kementerian Ekonomi Encik 陳良滙 Tel.: (02)2368-0816 (samb.) 223 E-mel: lhchen4@moea.gov.tw Laman web: http:/cross-borderec.org.tw/ 4) Pembekalan Maklumat Pasaran Mengumpul maklumat segera dan penting mengenai keadaan pasaran dan peluang perdagangan melalui pejabat-pejabat di luar negeri; menghantar angkatan perdagangan ke pasaran baru oleh TAITRA untuk menerokai peluang perniagaan; menjalankan kajian pasaran di negara-negara Menuju Ke Selatan dan seterusnya berkongsi maklumat berkaitan melalui laman web, majalah edisi selang minggu, penerbitan khas, persidangan dan saluran lain supaya dapat memanfaatkan para pengilang. Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) Cik 蔡英庠 Tel.: (02)27255200 (samb.) 1871 E-mel: sherrytsai@taitra.org.tw Laman web: http:/tradepioneer.taiwantrade.com.tw/(angkatan perdagangan) http:/www.trademag.org.tw(kajian pasaran) 5) Meningkatkan Imej Antarabangsa Pengusahaan Projek Mempromosikan Imej Perusahaan Taiwan Produk premium buatan Taiwan yang berkualiti tinggi digunakan sebagai imej perusahaan Taiwan. Di samping itu, simbol Taiwan turut menjadi tanda imej cemerlang kepada kongsi

pengusaha kecil dan sederhana dalam negara. Pelbagai aktiviti promosi dan pemasaran dianjurkan di pasaran India, Indonesia, Vietnam dan Filipina termasuk penubuhan kawasan jualan khas dengan usahasama penjual runcit demi memperkenalkan jenama dan meningkatkan imej perusahaan Taiwan. Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) Cik 蔡詠晴 Te.: (02)2725-5200 (samb.) 1415 E-mel: josefine@taitra.org.tw Laman web: www.taiwanexcellence.org Pemasaran Peralatan Mesin dan Alat-alat Ganti Biro Perdagangan Luar Negeri, Kementerian Ekonomi berniat untuk mewujudkan imej perusahaan Taiwan yang bermutu tinggi dengan pengeluaran yang halus sebagai usahanya untuk mengukuhkan keupayaan pemasaran antarabangsa di kalangan pengusaha peralatan mesin dan alat-alat ganti. Bersempena dengan pameran-pameran professional antarabangsa, aktiviti pemasaran peralatan mesin dan alat-alat ganti seperti sesi pertemuan dan pertukaran pendapat tentang aplikasi perusahaan, dan temuramah media turut dianjurkan dengan tujuan membina imej perusahaan peralatan mesin yang bermutu unggul. Pusat Pembangunan Sinergi Korporat (Corporate Synergy Development Centre) Encik 張強 Tel.: (02)2700-1356 (samb.) 101 E-mel: c0723@csd.org.tw Laman web: http:/twmt.tw/ch/ 6) Pengoptimuman Struktur Perusahaan Membantu Transformasi Perusahaan Dalam Negari Pusat Perkembangan Daya Bersaingan Perusahaan Kementerian Ekonomi berusaha menggalakkan usaha transformasi perusahaan-perusahaan tempatan Taiwan supaya meningkatkan daya saing sector perusahaan. Inisiatif-inisiatif yang dirancangkan termasuk: 1. Membekal perkhidmatan meningkatkan teknik perusahaan dan pengurusan operasi yang bersesuaian dengan kehendak pengusaha di samping memadankan dengan penggunaan sumber bimbingan kerajaan. 2. Mempromosi dasar transformasi grad tinggi, berbagai-bagai sumber bimbingan kerajaan, dan kes-kes transformasi yang berjaya. Pusat Perkembangan Daya Bersaingan Perusahaan

Encik 莊學成 Tel.: 0800-000-257 E-mel: c1049@csd.org.tw Laman web Bimbingan perusahaan 1999: https:/assist.nat.gov.tw Program Menggalakkan Penyertaan Pengusaha Kecil dan Sederhana Dalam Rantaian Pemasaran Global Bernilai Dengan menyatukan perusahaan dalam negari, adalah dipercayai langkah ini dapat membantu pengusaha-pengusaha memperkukuhkan kebolehan dari segi pengeluaran produk baru yang kreatif, meningkatkan nilai perkhidmatan, mejalankan penyelidikan dan rekabentuk, memperkenalkan produk dan jenama, meningkatkan perkhidmatan penjualan dan sebagainya. Penyertaan dalam sistem rantaian pemasaran global yang bernilai membolehkan pengusaha-pengusaha menyeberangi sempadan negara dan seterusnya menembusi pasaran antarabangasa. Bahagian Perusahaan Kecil dan Sederhana, Kementerian Ekonomi Encik 郭昱青 Tel.: (02)2368-0816 (samb.) 212 E-mel: yuckuo@moea.gov.tw Laman web: http:/www.taiwanscm.org.tw Program Pembangunan Teknologi Perkhidmatan Penasihat Pengurusan Program ini bertujuan meningkatkan pengurusan serta membangunkan para penasihat perusahaan dalam bidang operasi, pengasuhan bakat pengurusan dari pelbagai sector. Langkah ini dapat membantu perusahaan untuk menemui dasar dan strategi yang inovatif. Seterusnya membantu pengusaha-pengusaha dari sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan ke arah transformasi bertahap tinggi. Selain itu, pengumpulan penasihatpenasihat pengurusan yang memiliki kepakaran dalam bidang berlainan dapat membantu perusahaan Taiwan mengembangkan peluang perdagangan ke China dan rantau lain di ASEAN serta memperolehi transformasi yang sempurna. Bahagian Perusahaan Kecil dan Sederhana, Kementerian Ekonomi Encik 劉法逵 Tel.: (02)2368-0816 (samb.) 334 E-mel: fkliu@moea.gov.tw Laman web: http:/www.tmcteam.tw/ 7) Bimbingan Pemasaran Pertanian di Luar Negeri Analisis Strategi Perusahaan Teknologi Pertanian Dan Strategi Teknik Tambah-Nilai

Pemberian sibsidi kepada Institusi Penyelidikan Teknologi Pertanian (Agricultural Technology Research Institute) adalah untuk membantu melaksanakan Taiwan Agriculture Technomart (http:/tatm.coa.gov.tw) dan Platform Informasi Industri Teknologi Pertanian (Agricultural technology Industry Information Platform) (http:/ atiip.atri.org.tw). Selain daripada pembekalan maklumat mengenai pemindahan teknologi, kedua-dua platform tersebut juga memaklumkan perkembangan terkini dalam industri dan menggalakkan pembangunan teknologi dalam perusahaan tani serta perkembangan perusahaan tani di pasaran dunia. Taiwan Agriculture Technomart Cik 安淑梅 Tel.: (03)518-5076 (03)518-5120 E-mel: tatm@mail.atri.org.tw Platform Informasi Industri Teknologi Pertanian Cik 蘇昭萍 Tel.: (03)518-5082 E-mel: atiip_service@mail.atri.org.tw Vaksinasi Haiwan & Tumbuhan Import-Eksport Dan Kerjasama Teknologi Program ini meliputi: melancarkan penilaian risiko ke atas produk pertanian; memberikan vaksinasi haiwan dan tumbuhan serta bahan pembuatan untuk import atau eksport; menyertai rundingan dua hala dan rundingan di peringkat antarabangsa; membantu perusahaan penternakan dalam negari untuk mengatasi halangan quarantin dan seterusnya menerokai pasaran asing; memastikan penghasilan pertanian dan keselamatan ekosistem dalam negari. Biro Pemeriksaan Kesihatan Haiwan dan Tumbuhan (Bureau of Animal and Plant Inspection) Encik 周鈺彬 Tel.: (02)3343-2091 E-mel: iounainai@mail.baphiq.gov.tw Perkhidmatan Perundingan Tarif Negara-negara Menuju Ke Selatan Program ini meliputi: membantu mendapatkan jawapan kepada tanda-tanda soal negaranegara Menuju Ke Selatan mengenai tarif import barangan pertanian. Membantu mencapai perjanjian perdagangan bebas dan mendapatkan potongan tarif ke atas barangan pertanian eksport menerusi sesi perbincangan dua hala mengenai ekonomi dan perdagangan serta pertanian.

Lembaga Pertanian (Council of Agriculture), Bahagian Antarabangsa Encik 劉凱翔技正 Tel.: (02)2312-6965 E-mel: liukh@mail.coa.gov.tw Pengukuhan Pemasaran Antarabangsa Barangan Pertanian Berasas pelan utama pentadbiran industri pertanian iaitu Pengukuhan Kelebihan Perusahaan, Penggeledahan Pasaran Dunia dan pengasuhan bakat perdagangan pertanian dengan panduan kepada Rancangan Pemasaran Antarabangsa Barangan Pertanian, melancarkan aktiviti-aktiviti bimbingan jenama dan pengasuhan bakat perdagangan pertanian. Selain itu, Program ini juga meliputi penyertaan dalam pelbagai pameran luar negeri dan aktiviti pemasaran serta peningkatan eksport barangan pertanian supaya menambahkan pendapatan petani-petani. Dengan usaha ini, struktur perusahaan pertanian dapat diselaraskan secara tidak langsung. Lembaga Pertanian (Council of Agriculture), Bahagian Antarabangsa Cik 蔡淳瑩 Tel.: (02)2312-4030 E-mel: maggie88@mail.coa.gov.tw 8) Penubuhan Pintu Masuk Taiwan Untuk membekalkan perkhidmatan rundingan kepada pengusaha-pengusaha Taiwan, Badan Koordinasi Penanaman Modal (BKPM) telah menubuhkan pejabat atau Pintu Masuk Taiwan di Indonesia. Berdasarkan rancangan ini, Pintu Masuk Taiwan akan terus ditubuhkan di Vietnam, Thailand, Filipina, Myanmar, India dan negara-negara yang lain pada tahun 2017. Pintu Masuk Taiwan ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan rundingan; membekal maklumat harta tanah dan peluang perniagaan; mencari dan memperkenalkan rakan kongsi yang berpotensi; memberi maklumbalas terhadap rintangan pelaburan dan sebagainya. Pejabat untuk dihubungi No. telefon E-mel Bahagian Pelaburan Perusahaan, (02)2382-0495 support1@kpmg.com.tw Kementerian Ekonomi (02)2383-2169 Pusat perkhidmatan gabungan pengusahapengusaha Taiwan Pintu Masuk Taiwan di Indonesia (62-21)5252008 (samb.) 2535 u_i_jen@hotmail.com

(Page 052-055) MALAYSIA 1) Mengenali Malaysia

Sebagai bekas tanah jajahan British, Malaysia diwarisi dengan berbagai bangunan peninggalan Europa yang mengagumkan dan bangunan-bangunan tersebut terperlihara sehingga masa kini. Selain daripada China Town dan Little India, masjid, gereja, tokong Cina dan kuil India di sekitar kawasan bandar dan luar bandar turut menjadi keunikan negara ini. Sejak kemerdekaan, Malaysia dikenali sebagai masyarakat berbilang kaum yang kaya dengan pelbagai warisan budaya. Malaysia meliputi satu kawasan seluas 330,396 kilometer per segi, iaitu lebih kurang 9 kali ganda keluasan Taiwan. Ia terdiri daripada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan. Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan persekutuan yang diketuai oleh Yang di-pertuan Agong, iaitu raja elektif yang dipilih daripada kalangan 9 orang raja-raja negeri Melayu. Jawatan Yang di-pertuan Agong digilirkan setiap lima tahun. Kuasa Yang di-pertuan Agong adalah tertakluk kepada perlembagaan. Sebaliknya, kuasa eksekutif adalah di bawah pemerintahan kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri yang mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat atau Parlimen. Bilangan penduduk Malaysia ialah seramai 31.28 juta orang yang merangkumi pelbagai kaum. Di antaranya, bumiputera (termasuk kaum Melayu dan orang asli) merupakan rakyat majoriti iaitu 67.4 peratus manakala kaum Cina terdiri 24.6 peratus, kaum India 7.3 peratus, dan kaum-kaum yang lain 0.7 peratus. Islam adalah agama rasmi Malaysia di mana kaum Melayu menganut agama Islam, kebanyakan kaum Cina beragama Buddha atau Taoisme dan kaum India beragama Hindu. 2) Perkembangan Ekonomi Menduduki di tangga ketiga di antara 10 anggota negara ASEAN, Malaysia tidak lagi bergantung kepada petroleum mentah dan gas asli sebagai penjana ekonomi utama. Sebaliknya, sektor perkhidmatan dan sektor perkilangan kini memainkan peranan terpenting dalam pembangunan ekonomi negara. Lebih dari 75 peratus ekonomi negara berasas dari sumbangan kedua-dua sektor tersebut. Setakat ini, sebanyak 53.5 peratus GDP Malaysia adalah sumbangan dari kegiatan sektor perkhidmatan yang akan terus mempengaruhi kemakmuran negara. Kadar pertumbuhan sector ini adalah sebanyak 5.1% pada tahun 2015. Sementara itu, sektor perkilangan pula menyumbang sebanyak 23 peratus kepada GDP Malaysia. Pengeluaran produk elektronik dan jentera merupakan eksport negara utama yang memberi impak yang amat penting ke ekonomi negara dan kadar pertumbuhan eksport sebanyak 4.9% pada tahun 2015 telah berjaya dicatat bagi sector ini. Pengeluaran sektor perkilangan Malaysia yang utama termasuk barang-barang elektronik dan elektrik, barangan getah, produk bahan kimia, pelengkapan pengangkutan, makanan dan minuman, tembakau, bahan-bahan pembinaan dan sebagainya. Di antaranya, pembuatan elektronik dan jentera telah menyumbangkan kadar pertumbuhan sebanyak 9.2 peratus bagi sektor perkilangan dalam tahun 2015. Selain daripada itu, Malaysia mempunyai potensi dalam bidang industri hijau dan makanan halal. Memandangkan industri hijau mempunyai prospek yang luas, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan kegiatan ekonomi hijau secara agresif sejak tahun 2010. Inisiatif kerajaan termasuklah perlaksanaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) bagi menggalakkan pelaburan dalam bidang teknologi hijau khasnya dari aspek tenaga, sumber air dan sisa-sisa buangan, pemuliharaan bangunan