LAMPIRAN I (Soalan Temu Bual) 1 Soalan-soalan yang dikemukakan kepada penulis-penulis iklan bahasa Cina di Malaysia (responden-responden) dalam sesi temu bual: Masa yang diambil: Lebih kurang 1 jam bagi setiap responden Nama: Umur: tahun Jantina: Lelaki / Perempuan Bangsa: Cina Pengalaman: tahun Tempat kerja: Pernahkah mencampurkan bahasa Inggeris dalam iklan BC: Ada Tidak SOALAN: 1. Adakah anda cenderung mencampurkan kata-kata bahasa lain khususnya bahasa Inggeris ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina yang anda hasilkan? 2. Biasanya, kelas/golongan kata bahasa Inggeris apa yang anda campurkan ke dalam ayat-ayat iklan perniagaan bahasa Cina? 3. Pada pendapat anda, adakah status bahasa Inggeris yang tinggi serta fungsinya yang luas turut menyebabkan item-item leksikal bahasa Inggeris dicampurkan ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina? 4. Mengapakah penulis-penulis iklan bahasa Cina di Malaysia biasanya tidak menggunakan kata nama khas bahasa Cina untuk merujuk kepada jenama produk atau tempat membeli-belah, sebaliknya mengekalkan lalu mencampurkan kata-kata nama khas bahasa Inggeris ke dalam ayat-ayat iklan bahasa Cina? 1 Soalan temu bual ini adalah dalam bahasa Cina semasa bertemu bual dengan responden-responden.
5. Mengapakah sesetengah kata nama khas bahasa Inggeris seperti Bellabride, Easy-go, Estime, FollowMe, Gerstel, Gintell, Joven, Koolfever, Lorenzo, Nutox, Nutriplus, Proactive, Sharpie, Sweetie, Unicorn dan Vono dicampurkan ke dalam iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia? Adakah disebabkan oleh tiada kata terjemahan yang setimpal dalam bahasa Cina? 6. Adakah percampuran item-item leksikal bahasa Inggeris yang sesuai dengan cita rasa golongan pengguna remaja ke dalam iklan-iklan bahasa Cina Malaysia telah menjadi satu teknik pengiklanan? Sekiranya ya, mengapakah keadaan sebegini berlaku? 7. Mengapakah item-item leksikal (khususnya perkataan) bahasa Inggeris yang bersuku kata pendek, singkat dan padat kerap dicampurkan ke dalam tema atau ayat huraian iklan-iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia? 8. Mengapakah kata-kata adjektif bahasa Inggeris yang berbunyi cool, in, hit, hot, top dan sebagainya kerap dicampurkan ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina setempat. Adakah percampuran kata-kata sifat bahasa Inggeris yang tertentu ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina setempat sesuai dengan trend masa kini? 9. Adakah percampuran kata-kata bahasa Inggeris ke dalam ayat iklan-iklan perniagaan bahasa Cina Malaysia merupakan salah satu teknik pengiklanan yang biasanya digunakan oleh penulis-penulis iklan setempat? 10. Adakah disebabkan oleh kebanyakan penulis iklan bahasa Cina setempat tidak dapat menguasai bahasa Cina dengan baik sehingga menyebabkan perkataan bahasa Inggeris tertentu perlu dikekalkan lalu dicampurkan ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina setempat? 11. Adakah fenomena percampuran kod kerap wujud dalam iklan-iklan perniagaan yang mempromosikan barangan berfesyen dan bertrend kepada golongan remaja? Sebaliknya adakah fenomena linguistik ini jarang atau kurang wujud dalam iklan-
iklan jenis lain? Sekiranya ya, kenapa? 12. Adakah penulis iklan bahasa Cina Malaysia biasa meniru corak bertutur dalam kalangan penutur-penutur Malaysia yang cenderung mencampurkan kod lalu mencipta slogan atau ayat huraian iklan yang memiliki fenomena percampuran kod? (sebab mencampurkan bahasa lain ke dalam pertuturan merupakan salah satu corak bertutur bagi penduduk Malaysia) 13. Mengapakah kata-kata meminta diri bahasa Inggeris yang bersifat bahasa lisan iaitu bye-bye disisipkan ke dalam iklan-iklan bahasa Cina? Adakah percampuran kod sebegini menjadikan bahasa iklan lebih bersifat bahasa mulut? 14. Mengapakah kata-kata seru bahasa Inggeris seperti yeah dan wow dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina di Malaysia? Sebaliknya, kenapakah kata seru yang sedia ada dalam perbendaharaan kata bahasa Cina tidak digunakan? 15. Mengapakah No.1 biasanya dicampurkan ke dalam tema atau ayat huraian iklaniklan berbahasa Cina setempat? Adakah ini telah menjadi salah satu format laras bahasa iklan? Adakah ini menjadikan ayat iklan lebih bersifat bahasa mulut? Sila berikan sebab-sebab yang lain. 16. Mengapakah singkatan-singkatan bahasa Inggeris seperti CD, VCD, DVD, SMS, MMS, IT, VIP dan OK telah dicampurkan ke dalam tema atau ayat huraian iklan-iklan bahasa Cina di Malaysia, sebaliknya kata nama yang sedia ada dalam perbendaharaan kata bahasa Cina tidak digunakan? 17. Mengapakah kata-kata bahasa Inggeris yang kerap dicampurkan ke dalam pertuturan berbahasa Cina seharian seperti cafe, feeling, SMS, CD, VCD, DVD, OK (okay), VIP, top-up, click, keep, no, yes, wow, in dan hot juga disisipkan ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina setempat? 18. Adakah disebabkan oleh laras bahasa iklan perniagaan bukan laras bahasa yang
formal, maka ini turut mengakibatkan fenomena percampuran kod kerap wujud dalam iklan komersial di Malaysia? 19. Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab LAIN yang mengakibatkan penulispenulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan item-item leksikal bahasa Inggeris ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia? *** Terima kasih diucapkan kepada responden-responden yang sudi meluangkan masa mereka untuk ditemu bual.
LAMPIRAN II 问卷调查 (Soal Selidik) A 项 : 调查对象的个人资料 年龄 : 15-20 21-30 31-40 41-50 51-60 60 以上 职业 : 性别 : 男 女 学历 : 小学 中学 学院 本科 硕博士 阅读的本地中文报章 : 南洋商报 星洲日报 光明日报 中国报 东方日报 民生报 新生活报 其他 : B 项 : 调查对象对某些汉语和英语词语的看法 1. 请问本地中文商业广告中的英语简缩词, 如 :CD VCD DVD SMS MMS IT VIP 和 OK 看起来比较精简易读? 2. 请问您觉得本地中文商业广告中的英语形容词 in hot 和 cool 比中文的形容词 入时 热门 和 酷 更富时尚味道? 3. 请问您觉得本地中文商业广告中的英语感叹词 wow 和 yeah 比汉语感叹词 哗 和 耶 更能反映惊喜和兴奋的心情? 4. 请问您常在使用华语的对话中夹杂使用英语词语, 诸如 :cafe SMS top-up yes CD VCD DVD OK 和 bye-bye?
5. 请问您明白 视频高密光盘 数字化视频光盘 多媒体短信 和 信息技术 的意思? 6. 请问您明白 VCD DVD MMS 和 IT 的意思? 7. 请问您知道什么 吉尼斯 泰格斯 家乐福 西铁城 切达奶酪 飞利浦 和 娇韵诗? 8. 若与音译或意译的汉语专有名词相比, 请问您比较明白有关商业产品原本的英语专有名词? 9. 身为一名马来西亚华语使用者, 请问您能接受广告撰写人在本地的中文商业广告中夹杂使用英语词语? 接受 还可以接受 不接受 10. 请问您认为在中文广告中夹杂使用英语词语一种语言污染? 问题结束 非常感谢您的帮忙与合作!