Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

Similar documents
Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

BAB SATU

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

BAB SATU

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Penghargaan

Tajuk

PowerPoint Presentation

BAB SATU

Penghargaan

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

Penghargaan


BAB 5

PowerPoint Presentation

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

SaverBrochure_F 07.ai

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

ISM Circular: 20 –2005

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

Kertas 1

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

1

Penghargaan

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

三年级音乐世界全年计划

各位记者先生,小姐

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

PowerPoint Presentation

华小董事觉醒运动缘起

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

Contents Bahasa Indonesia

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

icctv user guide manual.indd

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

Microsoft Word - PDPA2010.doc

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧

1

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb

Microsoft Word - Avail News _November 2017_.doc

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

四年级第二 次月考范围

1

Microsoft Word - MY_Stern Warning on Product Selling on Internet Classified Ad Sites_1 Feb 2017.docx

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

Microsoft Word - Avail News _Ogos 2017_.doc

Microsoft Word - Apendix alla.doc

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

Minit Mesyuarat

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总

Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

Dear Parents,

BookCatalog FINAL

ZC501N_UM_FrontPg

5

CPB89 A5 Booklet Employer ALL

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves

ABMB_document_template_v1

BAB 4

28 EN-PRUlink golden managed 01

Privacy Notice

AXA-Wealth Edu Brochure (2015)

独立小组到伦敦的使命是跟英国政府谈判关于马来亚的独立 2. Tunku Abdul Rahman telah mengetuai Rombongan Merdeka. Beribu-ribu rakyat berkumpul memberi sokongan padu kepada anggota

To:

SejarahOrang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he

Offline Fill in a Membership Application Form and pass the form together with a joining fee of RM53 (inclusive of GST) to your introducer, or submit t

Microsoft Word - 15 TanChingChing

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

3) Q: There seem to be more mosquitoes outside the trap than inside. What shall I do? Terdapat seolah-olah ada lebih nyamuk di luar perangkap daripada

JAWATANKUASA PENERBITAN KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP AMB. JANUARI 2008 (BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IP

3. You will not engage in unlawful multi-level marketing, such as a pyramid scheme, on TypefaceMe. 4. You will not upload viruses or other malicious c

Transcription:

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan Pengguna-pengguna bahasa di Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain secara sengaja atau tanpa disedari ke dalam pertuturan khususnya di konteks yang tidak formal. Selain itu, fenomena linguistik ini juga wujud dalam iklan-iklan komersial tempatan yang diterbitkan dalam media massa bercetak. Didapati bahawa item-item leksikal bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan dialek Kantonis kerap dicampurkan ke dalam tajuk besar dan ayat huraian iklan-iklan bahasa Cina di Malaysia. Antara kodkod yang dicampurkan tersebut, didapati bahawa perkataan dan singkatan bahasa Inggeris paling banyak dicampurkan secara interbahasa ke dalam iklan bahasa Cina. Dalam bab ini, pengkaji bukan sahaja menyimpulkan hasil dapatan penyelidikan, tetapi juga mengemukakan beberapa cadangan lanjutan kepada penyelidik-penyelidik masa depan. 5.2 Kesimpulan Dapatan Kajian Dalam penyelidikan ini, kata-kata bahasa Inggeris yang dicampurkan ke dalam ayat iklan perniagaan bahasa Cina Malaysia serta kelas katanya dikenal pasti terlebih dahulu. Terdapat sebanyak 87 perkataan bahasa Inggeris yang berlainan dicampurkan ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina Malaysia. Perkataan-perkataan tersebut boleh dikategorikan ke dalam lapan kelas kata, iaitu kata nama khas, kata nama am, kata singkatan, kata adjektif, kata kerja, kata seru, kata preposisi dan kata adverba. 141

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina tempatan, iaitu sebanyak 56.88%. Seterusnya, diikuti oleh kata singkatan (16.51%), kata adjektif (9.17%), kata kerja (8.26%) dan kata seru (6.42%). Didapati bahawa kata preposisi dan kata adverba bahasa Inggeris tidak banyak dicampurkan ke dalam ayat iklan perniagaan bahasa Cina yang dikaji, iaitu sebanyak 2.75% sahaja. Dengan kata lain, sebahagian besar daripada kata-kata bahasa Inggeris tersebut merupakan kata isian. Sebaliknya, kata tugas bahasa Inggeris sangat jarang dicampurkan. Hal ini mungkin disebabkan oleh sebahagian besar daripada perbendaharaan kata bahasa Inggeris adalah kata isian, tetapi bukan kata tugas. Objektif kedua penyelidikan ini adalah mengkaji ciri-ciri linguistik bagi kata bahasa Inggeris yang dicampurkan ke dalam iklan-iklan bahasa Cina dari segi struktur linguistik. Pertamanya, didapati bahawa kebanyakan kata nama khas atau istilah-istilah bahasa Inggeris yang digunakan untuk merujuk kepada jenama produk perniagaan, tempat membeli belah dan bahan-bahan kandungan produk tidak atau belum diterjemahkan dari segi bunyi, makna atau kedua-duanya ke dalam bahasa Cina. Katakata nama khas atau istilah-istilah bahasa Inggeris tersebut perlu dikekalkan lalu dicampurkan sebulat-bulatnya ke dalam ayat iklan bahasa Cina. Terdapat juga kata-kata nama khas bahasa Inggeris yang digunakan untuk merujuk kepada jenama produk, pasar raya, tempat membeli-belah, tempat hiburan dan bahan-bahan kandungan produk telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Akan tetapi, nama terjemahan bahasa Cina tersebut tidak dipakai, sebaliknya kata-kata nama khas bahasa Inggeris dikekalkan lalu dicampurkan ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina. 142

Sebahagian besar daripada kata adjektif bahasa Inggeris dicampurkan ke dalam iklan perniagaan bahasa Cina digunakan untuk menyifatkan produk-produk dan perkhidmatan perniagaan. Kata-kata adjektif bahasa Inggeris tersebut bukan sahaja bersuku kata pendek, tetapi juga singkat dan padat. Tambahan pula, sesetengah kata adjektif bahasa Inggeris seperti hit, in, hot dan cool adalah bergaya, berciri moden dan sesuai dengan trend masa kini. Hit yang berfungsi sebagai kata kerja pada asalnya telah berubah fungsinya menjadi kata adjektif selepas dicampurkan ke dalam iklan komersial bahasa Cina tempatan. Tambahan pula, in telah disisipkan sebanyak lima kali dalam iklan bahasa Cina. Perkataan ini bukan sahaja berfungsi sebagai kata preposisi, tetapi juga dijadikan sebagai kata adjektif yang digunakan untuk menyifatkan produk perniagaan yang berciri moden. Hasil analisis juga menunjukkan bahawa kata-kata kerja bahasa Inggeris, iaitu click dan top-up telah dicampurkan ke dalam iklan-iklan bahasa Cina untuk menunjukkan perbuatan memperoleh atau menggunakan produk-produk perniagaan yang diiklankan. Kata-kata kerja bahasa Inggeris yang lain, iaitu feel, keep dan say juga dicampurkan. Didapati bahawa kata-kata kerja tersebut adalah pendek, padat, singkat dan mudah disebut. Selain itu, kata-kata singkatan bahasa Inggeris, iaitu CD, VCD, DVD, SMS, MMS, IT, VIP dan OK juga dicampurkan ke dalam ayat huraian iklaniklan bahasa Cina untuk merujuk kepada produk perniagaan, perbuatan, orang dan sebagainya. Singkatan-singkatan bahasa Inggeris yang hanya terdiri daripada dua hingga tiga huruf ini adalah lebih pendek, ringkas dan padat sekiranya dibandingkan dengan item leksikal bahasa Cina yang sama makna dengannya. Kata-kata singkatan ini 143

juga mudah difahami oleh orang ramai meskipun mereka yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris. Kata-kata seru bahasa Inggeris, iaitu yeah dan wow yang bersifat bahasa mulut juga dicampurkan ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina untuk menunjukkan perasaan riang, ghairah dan penuh minat terhadap barangan perniagaan yang diiklankan. Kedua-dua kata seru yang bersifat onomatopoeia ini menjadikan seluruh ayat iklan perniagaan kurang formal, di mana bahasa yang kurang formal secara umumnya lebih senang diterima oleh pembaca-pembaca iklan. Kata seru bahasa Inggeris bye-bye juga dicampurkan secara interbahasa ke dalam ujaran iklan bahasa Cina. Didapati bahawa pengguna-pengguna bahasa di Malaysia cenderung mencampurkan bye-bye untuk menamatkan perbualan yang bukan berbahasa Inggeris. Kebiasaan mencampurkan kod dalam pertuturan ini juga terbawa-bawa ke dalam ayat iklan bahasa Cina yang merupakan bahasa bertulis. Didapati bahawa perkataan-perkataan bahasa Inggeris seperti cafe, feeling, SMS, top-up, yes, CD, VCD, DVD dan OK yang kerap dicampurkan ke dalam pertuturan bahasa Cina dalam kalangan pengguna-pengguna bahasa di Malaysia juga disisipkan ke dalam iklan perniagaan bahasa Cina merupakan perkataan. Hal ini turut menunjukkan bahawa kata-kata bahasa lain yang kerap digunakan/dicampurkan dalam pertuturan harian telah dibawa masuk ke dalam bahasa iklan. Fenomena ini juga membuktikan bahawa bahasa pertuturan sentiasa mempengaruhi bahasa tulisan. Item-item leksikal bahasa Inggeris yang dicampurkan ke dalam iklan komersial bahasa Cina Malaysia adalah lebih diketahui dan kerap didengar oleh pengguna- 144

pengguna bahasa Cina tempatan sekiranya dibandingkan dengan versi bahasa Cinanya. Tambahan pula, kata-kata singkatan bahasa Inggeris yang lebih diketahui oleh orang ramai seperti VCD, DVD, MMS dan IT juga dicampurkan ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina. Sebaliknya, frasa nama versi bahasa Cina yang maknanya kurang diketahui oleh pengguna bahasa Cina tempatan tidak digunakan. Selain itu, no. yang dipendekkan daripada number lazim dicampurkan ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina lalu digabungkan dengan 1 untuk menonjolkan sesuatu barangan perniagaan yang diiklankan itu adalah yang terbaik. Yang menarik di sini adalah terdapat tiga perkataan bahasa Inggeris telah ditambah makna dan fungsi selepas dicampurkan ke dalam ayat iklan perniagaan bahasa Cina Malaysia. Dalam iklan perniagaan bahasa Cina, SMS dan MMS yang disisipkan ini bukan sahaja berfungsi sebagai kata singkatan yang merujuk kepada perkhidmatan mesej, tetapi juga dijadikan sebagai kata kerja yang merujuk kepada perbuatan menghantar SMS dan MMS. Selain itu, hit bukan lagi membawa makna pukul dan pukulan dalam iklan, sebaliknya perkataan ini telah ditambah makna dan dijadikan sebagai kata adjektif yang digunakan untuk menyifatkan produk perniagaan. Sehubungan dengan ini, boleh dikatakan bahawa percampuran kod merupakan salah satu ciri-ciri khusus bagi bahasa Cina Malaysia ( 马来西亚华语 ). Penggunapengguna bahasa Cina di Malaysia bukan sahaja cenderung mencampurkan sepatah dua kata bahasa lain ke dalam pertuturan bahasa Cina, tetapi juga mencampurkan kata-kata bahasa Inggeris ke dalam iklan-iklan perniagaan yang dipaparkan dalam surat khabar bahasa Cina tempatan. Fenomena ini turut menonjolkan perbezaan di antara Putonghua (bahasa Cina yang digunakan oleh pengguna-pengguna bahasa di negara China) dengan 145

bahasa Cina Malaysia. Pada masa yang sama, ini juga menonjolkan ciri-ciri istimewa bahasa Cina Malaysia. Objektif ketiga penyelidikan ini adalah mengkaji faktor-faktor dari segi struktur linguistik dan sosiobudaya yang menyebabkan kata-kata bahasa Inggeris dicampurkan ke dalam iklan-iklan bahasa Cina yang terpungut. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, berbilang budaya dan bermulti bahasa turut mengakibatkan fenomena percampuran kod wujud dalam pertuturan dan juga iklan-iklan bertulis. Oleh sebab kebanyakan pengguna bahasa dari kaum Cina di Malaysia telah mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua serta dapat memahami, menguasai dan menggunakan bahasa Inggeris, maka faktor ini menyebabkan penulis iklan bahasa Cina tempatan cenderung mencampurkan kod Inggeris ke dalam tajuk besar atau ayat huraian iklaniklan bahasa Cina. Percampuran bahasa sebegini juga tidak menimbulkan kesulitan dari segi pemahaman bagi kebanyakan pembaca akhbar bahasa Cina di Malaysia. Tambahan pula, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang berprestij tinggi serta mempunyai pelbagai fungsi. Status dan kepentingan bahasa ini turut mengakibatkan sepatah dua kata bahasa Inggeris disisipkan ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia. Kebanyakan kata nama khas atau istilah-istilah yang digunakan untuk merujuk kepada jenama produk, nama perkhidmatan perniagaan, tempat membeli belah, tempat hiburan dan bahan-bahan kandungan produk berkenaan hanya mempunyai kata nama dalam bahasa Inggeris sahaja tetapi belum/tidak diterjemahkan dari segi bunyi, makna atau kedua-duanya (bunyi dan makna) ke dalam bahasa Cina. Faktor ini turut mengakibatkan kata-kata nama khas bahasa Inggeris dikekalkan lalu dicampurkan 146

sebulat-bulatnya ke dalam ayat iklan bahasa Cina. Akan tetapi, fenomena linguistik ini dianggap sebagai percampuran kod yang tidak dapat dielakkan. Terdapat juga kata nama khas bagi jenama produk, tempat membeli belah dan tempat hiburan mempunyai nama terjemahan dalam bahasa Cina. Namun, oleh sebab nama terjemahan bahasa Cinanya tidak diketahui umum oleh kebanyakan pembaca akhbar bahasa Cina, maka faktor ini turut mengakibatkan kata nama khas bahasa Inggeris yang asal dikekalkan lalu dicampurkan ke dalam ayat-ayat iklan bahasa Cina di Malaysia. Kata dan frasa nama bahasa Inggeris yang telah disingkatkan kerap dicampurkan ke dalam iklan bahasa Cina agar menjimatkan ruang iklan dalam akhbar di samping menjimatkan masa pihak pembaca iklan. Selain itu, kata-kata singkatan bahasa Inggeris tersebut juga menjadikan ayat iklan kelihatan ringkas dan padat. Penggunaan bahasa sebegini memang menepati ciri-ciri iklan yang mementingkan keringkasan dan kepadatan. Tambahan pula, kebanyakan kata singkatan bahasa Inggeris, iaitu VCD, DVD dan IT lebih diketahui dan kerap didengar oleh orang ramai sekiranya dibandingkan dengan nama terjemahannya dalam bahasa Cina. Hal ini turut menyebabkan kata-kata singkatan bahasa Inggeris tersebut kerap dicampurkan ke dalam iklan-iklan bahasa Cina tempatan untuk merujuk kepada video cakera padat, video cakera padat digital dan teknologi maklumat masing-masing. Sebaliknya, frasa nama versi bahasa Cina, iaitu 视频高密光盘 (VCD), 数字化视频光盘 (DVD) dan 信息技术 (IT) yang bermorfem panjang dan kurang diketahui oleh orang ramai tidak digunakan. 147

Penulis-penulis iklan bahasa Cina di Malaysia juga cenderung mencampurkan kata-kata adjektif bahasa Inggeris yang bergaya dan berciri moden, iaitu in, hot, cool dan hit ke dalam ayat iklan-iklan bahasa Cina. Sebaliknya, kata-kata sifat yang sedia ada dalam perbendaharaan kata bahasa Cina tidak digunakan. Hal ini disebabkan oleh kata-kata sifat bahasa Inggeris tersebut agak sesuai dengan cita rasa pemuda-pemudi masa kini serta berfungsi untuk menarik perhatian golongan pengguna yang mengagung-agungkan trend dan fesyen terbaru. Justeru, percampuran kod sebegini tidak wajar dianggap sebagai pencemaran bahasa semata-mata, sebaliknya ia merupakan salah satu teknik pengiklanan. Didapati bahawa kata-kata nama bahasa Inggeris seperti show, sale, cafe dan image serta kata-kata adjektif bahasa Inggeris in, hot, hit, cool, mini, top dan updated kerap digunakan dan biasa didengar oleh pengguna-pengguna bahasa di Malaysia. Oleh sebab kata-kata bahasa Inggeris tersebut kerap digunakan dan didengar, maka secara langsungnya kebanyakan pembaca akhbar bahasa Cina atau pengguna-pengguna bahasa Cina tempatan memahami makna kata-kata bahasa Inggeris tersebut. Faktor ini turut mendorong pengiklan Cina cenderung mencampurkan sepatah dua kata bahasa Inggeris yang kerap didengar dan lazim digunakan oleh penggunapengguna bahasa tempatan ke dalam tema dan ayat iklan bahasa Cina yang dihasilkan. Tambahan pula, oleh sebab laras bahasa iklan perniagaan bukan laras bahasa yang formal dan rasmi, maka laras ini membenarkan bahasa yang kurang standard dan ayat yang kurang menepati nahu bahasa wujud dalam laras bahasa ini. Dengan kata lain, ketidakformalan laras bahasa iklan juga merupakan salah satu faktor yang mengakibatkan fenomena percampuran kod wujud dalam ayat-ayat iklan bahasa Cina. 148

Kata-kata seru bahasa Inggeris yang berbunyi wow dan yeah telah dicampurkan ke dalam iklan bahasa Cina untuk menunjukkan perasaan riang gembira dan ghairah terhadap produk atau aktiviti perniagaan yang diiklankan. Kedua-dua kata seru bahasa Inggeris tersebut menjadikan ayat iklan lebih berciri bahasa pertuturan dan bersifat semulajadi. Oleh sebab bahasa iklan yang berciri bahasa mulut adalah bersifat semulajadi dan lebih mudah diterima oleh golongan pembaca umum, maka ini telah menjadi salah satu faktor yang mengakibatkan penulis iklan bahasa Cina tempatan mencampurkan kata seru bahasa Inggeris ke dalam ayat-ayat iklan bahasa Cina. Penduduk di Malaysia cenderung mencampurkan kod-kod lain ke dalam pertuturan khususnya di konteks yang tidak formal. Lama-kelamaan, kebiasaan mencampurkan bahasa ini terbawa-bawa ke dalam bahasa bertulis dengan sengaja atau tanpa disedari sehingga mengakibatkan fenomena ini juga wujud dalam bahasa iklan bertulis. Didapati bahawa ketidaksamaan antara perkataan bahasa Inggeris dengan perkataan-perkataan bahasa Cina dalam setiap ayat iklan bahasa Cina tempatan turut menonjolkan sifat dan ciri-ciri istimewa produk-produk perniagaan berkenaan. Tambahan pula, kelainan ini dianggap dapat menarik perhatian pihak pembaca kerana pihak pembaca iklan (termasuk pengkaji) biasanya akan ditarik perhatian apabila ternampak perkataan yang berlainan bahasa dalam satu ayat. 5.3 Cadangan Penyelidikan Lanjutan Disebabkan kekangan masa, pengkaji hanya sempat mengkaji fenomena percampuran kata-kata bahasa Inggeris dalam tajuk besar dan ayat iklan-iklan 149

perniagaan bahasa Cina di Malaysia. Di sini, pengkaji mencadangkan agar penyelidikpenyelidik masa hadapan mengkaji fenomena percampuran item-item leksikal bahasa Melayu atau dialek-dialek Cina (khususnya dialek Kantonis) dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina di Malaysia. Selain itu, mereka juga boleh meneliti ciri-ciri dari segi bahasa bagi item-item leksikal bahasa Melayu atau dialek Cina tersebut serta faktor-faktor yang mengakibatkan fenomena percampuran kod tersebut wujud dalam iklan-iklan bahasa Cina. Tambahan pula, penyelidik-penyelidik masa hadapan juga boleh mengkaji fenomena percampuran kod dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Melayu dan bahasa Tamil di Malaysia. Sekiranya penyelidik-penyelidik masa depan ingin terus mengkaji fenomena percampuran bahasa dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia, maka mereka boleh menjadikan tajuk atau ayat huraian iklan-iklan bahasa Cina dalam majalah, rancangan radio atau televisyen sebagai data penyelidikan. Tambahan pula, mereka juga boleh mengkaji fenomena percampuran kod bukan sahaja pada tahap perkataan, tetapi juga pada tahap frasa. Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Setiap kaum berupaya menggunakan lebih daripada sejenis bahasa sama ada dalam bentuk bertulis atau pertuturan. Justeru, penyelidik-penyelidik pada masa hadapan boleh cuba mengkaji fenomena percampuran kod dalam kalangan etnik Melayu, Cina dan India lalu membuat perbandingan. Tujuannya adalah untuk mengkaji etnik apa yang lebih kerap mencampurkan bahasa, manakala etnik apa yang jarang mencampurkan kod semasa bertutur dengan orang lain. Hasil dapatan kajian ini akan memberi satu gambaran yang kasar tentang penggunaan bahasa di Malaysia terhadap pembaca- 150

pembaca, khususnya mereka yang tidak memahami fenomena pemilihan bahasa dalam kalangan masyarakat multilingual di Malaysia. Satu lagi cadangan yang menarik adalah penyelidik-penyelidik masa hadapan boleh mengkaji fenomena percampuran bahasa yang wujud dalam blog dan bilik sembang (chatroom) internet. Ayat-ayat sembang bahasa Cina dan bahasa Melayu yang telah dicampuri item-item leksikal bahasa Inggeris boleh dijadikan sebagai data penyelidikan. Penyelidikan sebegini memang dapat membayangkan cara penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat multilingual dan berbilang kaum seperti di Malaysia. Selain itu, bahasa SMS yang mempunyai fenomena percampuran kod juga boleh diteliti di samping mengenal pasti faktor-faktor yang mewujudkan fenomena tersebut. Didapati juga bahawa berita hiburan bahasa Cina yang diterbitkan dalam akhbar Malaysia juga mempunyai ciri percampuran kod. Item-item leksikal bahasa Inggeris banyak disisipkan ke dalam ayat-ayat berita hiburan bahasa Cina tersebut. Justeru, penyelidik-penyelidik masa hadapan dicadangkan agar mengkaji ciri-ciri item-item leksikal bahasa Inggeris yang dicampurkan ke dalam ayat berita hiburan akhbar bahasa Cina di Malaysia. Selain itu, mereka juga boleh mengkaji faktor-faktor yang mengakibatkan fenomena percampuran bahasa tersebut wujud dalam berita hiburan bahasa Cina di Malaysia. Tambahan pula, penyiasatan juga boleh dijalankan untuk meninjau pandangan pengguna-pengguna bahasa di Malaysia terhadap fenomena percampuran kod. Instrumen soal selidik boleh digunakan dalam penyelidikan ini. Melalui soal selidik, penyelidik akan dapat mengetahui tahap penerimaan dan pandangan pengguna- 151

pengguna bahasa di Malaysia terhadap fenomena percampuran bahasa. Sekiranya responden-responden soal selidik tidak bersetuju dan enggan menerima fenomena percampuran bahasa yang wujud di Malaysia, mereka perlu memberi alasan-alasan. Dari segi bahasa dan gender pula, penyelidik-penyelidik masa hadapan dicadangkan agar mengkaji percampuran kod yang dilakukan oleh golongan lelaki dan golongan perempuan di Malaysia. Seterusnya, perbandingan boleh dibuat untuk mengenal pasti sama ada lelaki lebih kerap mencampurkan kod atau sebaliknya. Walaupun kajian-kajian yang disebutkan di atas tidak dapat memberi sumbangan yang besar kepada bidang bahasa dan linguistik, tetapi ia sekurang-kurangnya membolehkan pembaca (khususnya orang luar negara) mengetahui corak penggunaan bahasa di Malaysia. 152