perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

Similar documents
Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

Penghargaan

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

PowerPoint Presentation

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

BAB SATU


Penghargaan

PowerPoint Presentation

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Penghargaan

Tajuk

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

JAWATANKUASA PENERBITAN KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP AMB. JANUARI 2008 (BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IP

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

各位记者先生,小姐

BAB 5

BookCatalog FINAL

Kertas 1

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

华小董事觉醒运动缘起

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

Microsoft Word - 15 TanChingChing


Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

SaverBrochure_F 07.ai

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

二零零九年坚柏华小行政历

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH (PBS) NAIB PN. LIANG FEI SHIN PN. LEE CHAI YENG (TAHAP 1) CIK TUEH SHE PING (TAHAPN 2) KPBM: PEMENTORAN KPBI

Penghargaan

1

Microsoft Word - Apendix alla.doc

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

BAB SATU

ISM Circular: 20 –2005

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

研 究 背 景 我 来 自 巴 都 林 当 师 范 学 院 在 此 之 前, 已 拥 有 两 次 的 实 习 经 验, 分 别 为 期 四 周 与 八 周 如 今, 在 古 晋 市 区 的 甲 校, 进 行 为 期 12 周, 即 第 三 次 的 实 习 生 涯 这 次, 我 被 分 配 教 导 三

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

三年级音乐世界全年计划

CONTOH PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总

四年级第二 次月考范围

周序 日期 预办之事项 PROGRAM / AKTIVITI YANG DIJADUALKAN 负责老师 27/02 照常上课 Pembelajaran seperti biasa Semua Guru 28/02 照常上课 Pembelajaran seperti biasa Semua Guru

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

巴东色海尚正学校2006年度行政历

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

一月 JANUARI

6 16/2 Isnin 周会 Perhimpunan 呈交评审一试卷 Penyerahan kertas soalan Ujian 1 17/2 Selasa 新春团拜 Perayaan Tahun Baru Cina 18/2 Rabu 农历新年除夕特假 ** Cuti Peristiwa Ta

BAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi, pemeliharaan, dan

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

Contents Bahasa Indonesia

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

PowerPoint Presentation

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

Kata Ganti Nama Diri padankan jawapan yang betul. 1. Kita 我 2. Mereka 你 3. Saya 他 4. Kamu 你 / 你们 5. Kami 他们 6. Awak 大家 7. Dia 我们 Kata Tanya padankan j

Wawasan Penabur

四年级第二 次月考范围

ZC501N_UM_FrontPg

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

Dear Parents,

Mixtions Pin Yin Homepage

28 EN-PRUlink golden managed 01

<4D F736F F D D31AE61AAF8B74EA8A3A65EC2D05FADD7A5BFAAA95F2DB1D0B0C8B342A65EC2D0205F315F>

Microsoft Word - Avail News _Ogos 2017_.doc

穨ecr2_c.PDF

電腦相關罪行跨部門工作小組-報告書

i

发展党员工作手册

i

39898.indb

Microsoft Word - Avail News _November 2017_.doc

3 points # ? (A) 6 (B) 7 (C) 8 (D) 10 (E) 15 # 2. Eric had 10 equal metal strips. He has screwed pairs of them together into five long str

Microsoft Word - PDPA2010.doc

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he

Minit Mesyuarat

Transcription:

1. TAJUK INOVASI Ng Sing Yee yee.mika@yahoo.com GAMBAR & KARAKTER CINA (Bahasa Cina (SK)) (Tempat Pertama Kategori Pelajar Guru) 2. OBJEKTIF 1. Menggabungkan teknik melukis dalam kaedah Tafsiran Gambar untuk membimbing pelajar sekolah kebangsaan (rendah) mengingati bentuk perkataan Bahasa Cina. 2. Menggabungkan teknik melukis dalam kaedah Tafsiran Gambar untuk meningkatkan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran mengenali bentuk perkataan Bahasa Cina. 3. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN Saya merupakan seorang guru pelatih IPG Kampus Batu Lintang dari kumpulan Bahasa Cina (SK) Ambilan januari 2013 yang telah mengajar mata pelajaran Bahasa Cina di Sekolah kebangsaan St. Thomas. Melalui pengalaman mengajar Bahasa Cina di Sekolah Kebangsaan Rendah daripada tiga fasa praktikum yang lalu, saya mendapati bilangan kuantiti perkataan yang dikenali pelajar agak kurang. Pelajar juga didapati kurang berminat untuk belajar perkataan cina. Antara penyebab kemunculan fenomena ini adalah kerana pelajar belajar Bahasa Cina atas paksaan mengikut permintaan standard pembelajaran sekolah rendah. Selain itu, pelajar sekolah kebangsaan (rendah) mempelajari perkataan bahasa cina secara terus tanpa pengetahuan asas terhadap asal-usul dan makna dalam gabungan dan rekaan bentuk sesuatu tulisan tersebut. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran perkataan cina, guru biasanya akan terus memaparkan sesuatu perkataan cina, menerangkan maknanya menerusi lisan, gambar atau gerakan untuk membantu pemahaman murid. Selepas itu, murid akan diminta untuk menghafal bentuk, sebutan bunyi dan makna perkataan secara hafalan atau menulis hanya perkataan tersebut. Oleh yang demikian, bagi pelajar, perkataan cina seolah-olah simbol yang kompleks dan susah untuk diingati. Ini kerana ia terdiri daripada pelbagai perkataan cina. 4. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Melalui hasil temu bual dengan guru pembimbing, saya mendapati dalam aspek mengenali perkataan cina, masalah yang dihadapi murid adalah mereka susah membuat perkaitan antara bentuk, bunyi dan maksud Koleksi Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran 2016 IPGK BL, 42-53 42

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan pemerhatian awal terhadap sesi pembelajaran perkataan cina kelas tahun empat pula, didapati bahawa dalam aktiviti Angkat Kad Perkataan berdasarkan Sebutan Guru hanya terdapat 30% murid yang mendapat jawapan betul berdasarkan sebutan perkataan guru sepanjang lima pusingan aktiviti tersebut dilaksanakan. Hal ini menunjukkan murid lemah dan tidak dapat mengenal bentuk perkataan cina berdasarkan sebutan bunyi perkataan tersebut. Berikut merupakan contoh hasil kerja murid-murid sebelum inovasi dilaksanakan: Rajah. 3.1 Rajah. 3.2 Melalui analisis awal terhadap hasil kerja murid, boleh didapati bahawa murid dapat membuat padanan yang betul antara sebutan bunyi perkataan cina pin yin dengan gambar yang melambangkan maksud sesuatu perkataan. Tetapi murid membuat banyak padanan yang salah antara bentuk perkataan cina dengan sebutan bunyinya pin yin. Ini telah membuktikan bahawa murid masih boleh faham perkataan cina melalui sebutan bunyi, tetapi lemah untuk mengingatkan bentuk perkataan cina tersebut. Sebagai kesimpulanya, murid mengenali perkataan Bahasa Cina melalui usaha membuat perkaitan dari tiga aspek iaitu antara sebutan bunyi, bentuk dan maksud perkataan tersebut. Manakala, masalah utama murid untuk mengenali perkataan Bahasa Cina adalah murid lemah dalam membuat perkaitan reka bentuk sesuatu perkataan dengan sebutan bunyi dan maknanya. 5. INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN Inovasi ini merupakan inovasi Pembelajaran dan pengajaran melalui usaha menggabungkan strategi melukis dalam kaedah Tafsiran Gambar Koleksi Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran 2016 IPGK BL, 42-53 43

untuk membimbing pelajar sekolah kebangsaan rendah mengingatkan bentuk perkataan Bahasa Cina. 5.1 INOVASI PENDEKATAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Menurut Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mengenali perkataan cina merupakan asas untuk segala aktiviti seperti membaca, menulis, mendengar dan kumunikasi. Ia merupakan matlamat utama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Cina untuk sekolah rendah. Inovasi ini adalah inovasi Pembelajaran dan pengajaran menyeronokan yang bersesuaian dengan fitrah kanak-kanak yang suka akan aktiviti melukis serta berfikir secara konkrit. Menurut Jin Jiao (2012), kanak-kanak berfikir menerusi warna, imej atau bahan secara konkrit. Seterusnya, Zheng Yan (2013), Cui Yong Hua (2010), Liu Xun (2000) dan Richard Sears(2011) menganggap perkataan cina merupakan bentuk simbol yang kompleks. Mereka bersama sokong bahawa strategi mengenali perkataan bahasa cina melalui tafsiran gambar dapat membantu kanak-kanak mengenali maksud perkataan Bahasa Cina melalui kisah penghasilan reka bentuk perkataannya. Menurut ahli psikologi kanak-kanak dari England, Diane Waller(2014) mengatakan bahawa sifat minat merupakan dorongan utama untuk belajar. Malah untuk kanak-kanak sememangnya ada minat yang tinggi dalam aktiviti melukis. Seterusnya, Yi Zhong Zhe (2006) dalam tesisnya tentang Perbincangan tentang Teori Jean Piaget dalam Perkembangan Kognitif Kanak-kanak telah mengatakan bahawa kanak-kanak akan belajar melalui pengalaman diri untuk meneroka dan menguasai persekitarannnya. Oleh itu, saya akan menerapkan aktiviti melukis yang membawa unsur minat dan penglibatan diri pelajar menerusi keinginan dan kawalan dirinya secara langsung dalam pembelajaran menerusi kaedah Tafsiran Gambar yang memaparkan maksud bentuk sesuatu perkataan yang asalnya bersifat abstrak kepada bahan bersifat konkrit menerusi imej gambar yang jelas dengan warna. Shi Jin Gui Shi (2015) mengatakan bahawa cara paling baik untuk mengingat adalah menerusi pengunaan warna untuk mengaktifkan fungsi mengingat melalui otak kanan. Fang Zi Jie (2015) dan Xin Fang(2015) juga berpendapat bahawa otak kanan manusia menguasai ingatan melalui imej, warna serta dapat mengendali maklumat secara terus malah bertransformasi menjadi ingatan jangka panjang. Menerusi fakta demikian, maka kaedah Tafsiran Gambar dan aktiviti melukis yang banyak bergantung kepada penyampaian imej dan warna secara konkrit boleh dianggap dapat membantu pelajar mengenali, meningat serta memahami bentuk perkataan Bahasa Cina dengan efektifnya. Seterusnya, kos pembelajaran penyediaan kertas untuk menghasilkan bahan imej transformasi asal-usul perkataan Cina, lembaran kerja dan Koleksi Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran 2016 IPGK BL, 42-53 44

kertas melukis adalah sangat sedikit iaitu berjumlah RM14. Malah segala proses penghasilan bahan disediakan oleh saya sendiri. 5.2 DESKRIPSI INOVASI Kaedah Tafsiran Gambar adalah satu cara penyampaian maklumat asal usul dan transformasi reka bentuk sesuatu perkataan cina, membantu pelajar membezakan bentuk perkataan cina yang amat serupa menerusi pemaparan gambar yang jelas dan berwarna. Antara tiga jenis alatan penyampaian yang digunakan adalah Kad Transformasi Perkataan, Gambar Perkataan dengan Unsur Bahagian yang Sama dan Gambar Pembezaan Bentuk Perkataan Serupa. Semua bahan ini boleh dihasilkan oleh guru sendiri, manakala bahan pengajaran dan maklumat seperti gambar dan asal usul perkataan tersebut boleh didapati melalui buku berkenaan atau muat turun dari internet. Guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar ini secara berulang menerusi cara penyampaian yang pelbagai, malah senang juga diguna pakai oleh guru yang lain. Seterusnya, penerapan kaedah Mengenali Perkataan Cina melalui teknik Melukis sebenarnya telah diubahsuai dan diinovasikan dari strategi pengajaran dan pembelajaran tentang Mengarang Menerusi teknik Melukis yang selalu digunakan untuk membantu pelajar Sekolah Kebangsaan Cina untuk menulis ayat dan mengarang. Teknik melukis ini bukan sahaja memenuhi keperluan minat pelajar dalam bidang seni, malah dapat mewujudkan satu peluang atau proses pengukuhan hasil pembelajaran perkataan cina melalui aktivit lukisan yang menarik disamping membantu ingatan kanak-kanak menerusi pengalaman diri mereka untuk melibatkan diri dalam proses melukis menerusi penggunaan warna yang mengaktifkan daya ingatan otak kanan. 5.3 TARIKH DAN KOS Inovasi ini dilaksanakan pada 28 Mac hingga 8 April 2016 sempena praktikum 3 di Sekolah Kebangsaan St.Thomas. Kos pembelajaran untuk menghasilkan alat bantu mengajar Tafsirsan Gambar adalah seperti jadual di bawah. Bahan UnitxHarga(RM) Kos(RM) 1 Kertas A4 Kertas Penampilan Tafsiran Gambar 1 x 8.00 8.00 Latihan Pengukuhan ( Aktviti Melukis) 2 Printing Ink 50 x 0.20 10.00 Kos Keseluruhan RM 18.00 Koleksi Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran 2016 IPGK BL, 42-53 45

5.4 STRATEGI PENGGUNAAN INOVASI Untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menerusi kaedah Tafsiran Gambar, secara keseluruhannya saya telah menggunakan langkah pengajaran dan alat bantu mengajar seperti Kad Transformasi Perkataan yang diutarakan oleh Shen Xiao Fen (2014) dalam jurnalnya Kajian Tindakan Tentang Kaedah Tafsiran Gambar Untuk Meningkatkan Kemampuan Murid Sekolah Kebangsaan Untuk Mengenali Perkataan Cina. Seterusnya, saya juga menerapkan penggunaan alat bantu mengajar Gambar Pembezaan Bentuk Perkataan Serupa yang diutarakan oleh Xu Ruo Fang (2014) Kaedah Tafsiran Gambar Sebagai Strategik Penyelamat Untuk Pengajaran sebagai stratagi penjelasan saya untuk memperkenalkan pperkataan cina yang amat mirip bentuknya. Saya juga menggabungkan strategik melukis yang digunakan oleh Li Yi Fang (2014) menerusi jurnalnya Mengenali Perkataan Cina oleh Pelajar Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Menerusi Imej Gambar sebagai aktiviti pengukuhan dalam langkah pengajaran dan pembelajaran inovasi ini. Seterusnya, saya juga mereka lembaran kerja berasaskan maklumat dari Shen Xiao Fen (2014) dan Lin Jia Yi (2011) dengan jurnalnya yang bertajuk Pengajaran Perkataan Cina Dengan Gambar Imej Menerusi Media Yang Berlainan. Rancangan Pengajaran dan pembelajaran Bahan: Perkataan Cina tahun 4 Alat bantu 1) Kad perkataan Cina mengajar: 2) Kad Transformasi Perkataan ( Shen Xiao Fen (2014) dalam jurnalnya Kajian Tindakan Tentang Kaedah Tafsiran Gambar Untuk Meningkatkan Kemampuan Murid Sekolah Kebangsaan Untuk Mengenali Perkataan Cina. ) Langkah Rekaan Pengajaran dan Pembelajaran Langkah Kandungan Set Induksi 1) Guru melekatkan gambar asal usul perkataan di depan papan putih. 2) Guru memberikan pelajar perkataan cina dan meminta mereka membuat padanan antara gambar dengan perkataan cina. kad perkataan: Gambar : 网羽足 Langkah pertama (pengajaran tentang perubahan sal usul perkataan) 1) Guru memberi peluang pelajar menjelaskankan sebab padanan antata gambar dan perkataan yang telah dilaksanakan.selepas itu, guru mengumumkan jawapan padana yang betul dan membuat penjelasan yang teliti unutk semua perkataan seperti 网, 羽 dan 足. i. Memjelaskan perubahan asal usul perkataan Contoh pertama: 网 Koleksi Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran 2016 IPGK BL, 42-53 46

kayu jaring ii. iii. iv. Menjelaskan maksud perkataan dan membimbing pelajar memahami bahagian yang serupa antara gambar dengan perkataan. Membaca sebutan bunyi perkataan dan melatih unsur maju tulisan perkataan Melaksanakan aktiviti melukis berdasarkan perkataan yang diberi sebagai langkah pengukuhan Langkah kedua (aktiviti pengukuhan ) Penutup Pelaksanaan lembaran kerja. 1) Mencari Mr. Right. 2) Aktviti Mengenal pasti bentuk perkataan menerusi sebutan bunyi. 1) Mengulang kaji bentuk, sebutan bunyi dan maksud semua perkataan yang telah diajar. 2) Guru memberi lembaran kerja dan menjelaskan cara membuat aktivit tersebut. i)mencari Asal Usul Perkataan 文字祖先对对碰 Lembaran Kerja Pengujian ingatan jangka panjang pelajar di luar kelas: ( Dilaksanakan selepas satu minggu pengajaran dan pembelajaran dijalankan.) 1. Melaksanakan lembaran kerja untuk menguji ingatan jangka panjang pelajar terhadap perkataan yang telah dipelajari. ⅰMembaca Sebutan Bunyi ⅱPagar Sesat Mencari ⅲ Melukis Gambar Maksud Bunyi Perkataan Perkataan Koleksi Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran 2016 IPGK BL, 42-53 47

Hasil lukisan murid mengikut perkataan cina yang diberi: Rajah. 5.3.1 Rajah. 5.3.2 Rajah. 5.3.3 5.5 KEADAAN SELEPAS INOVASI Saya telah menjalankan kaedah inovasi ini dari 28 Mac hingga 8 April 2016. Dalam masa dua minggu ini, saya telah melaksanakan tiga pusingan pegajaran dan pembelajaran untuk mengajar sepuluh perkataan cina. Berikut merupakan proses inovasi Pdp ini dijalankan. Rajah. 5.4.1 Melalui pemerhatian dan koleksi data yang dibuat terhadap pelajar seperti dalam jadual 5.4.2, selepas guru membuat pengajaran melalui kaedah Tafsiran Gambar bergabung dengan aktiviti pengukuhan Melukiskan Perkataan Cina, didapati bahawa murid dapat mengecapi kemajuan yang tinggi dalam usaha mengenali karakter cina. Jadual. 5.4.2 Koleksi Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran 2016 IPGK BL, 42-53 48

Di samping itu, melalui temu bual dengan murid berkenaan, mereka berkongsi pengalaman bahawa mereka dapat membayangkan bentuk perkataan cina tersebut kerana dapat memahami asal-usul perubahan perkataan cina tersebut. Seterusnya, secara tidak langsung mereka juga dapat membayangkan maksud yang dilambangkan dalam setiap bahagian bentuk perkataan cina tersebut dengan gambar yang pernah dilihat melalui pengalaman melukiskan perkataan tersebut. Bahkan, mereka juga bersetuju dan harapkan guru boleh melaksanakan kaedah tersebut lagi dalam kelas yang seterusnya kerana mereka berasa seronok dapat mengenali mengenali sejarah perkataan tersebut menerusi gambar ditambah lagi aktiviti melukis yang santai dan seronok mewujudkan suasana pembelajaran yang senang hati. Selepas itu, contoh hasil kerja pengujian ingatan jangka panjang pelajar selepas inovasi adalah seperti berikut: Rajah. 5.4.1 Rajah. 5.4.2 Melalui analisi terhadap hasil kerja murid dalam gambar 5.4.1 dan 5.4.2, boleh didapati bahawa murid dapat membuat padanan yang betul antara dengan gambar asal usul yang melambangkan maksud sesuatu perkataan. Rajah. 5.4.3 Rajah. 5.4.4 Rajah. 5.4.5 Seterusnya, melalui analisis terhadap hasil kerja murid dalam rajah 5.4.3, 5.4.4 dan 5.4.5 pula, boleh didapati bahawa murid dapat melukiskan lukisan yang betul untuk menjelaskan maksud perkataan cina yang dipaparkan menerusi lukisan yang mirip dengan gambar asal usul yang melambangkan maksud perkataan-perkataan yang telah dipelajari. Koleksi Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran 2016 IPGK BL, 42-53 49

Sebagai kesimpulannya, murid-murid dapat mengenali perkataan Bahasa Cina melalui usaha membuat perkaitan antara bentuk sesuatu perkataan cina dengan perubahan asal-usulnya melalui gambar. Di samping itu, aktiviti melukis juga menunjukkan kesan yang baik untuk membantu murid mengingati maksud perkataan tersebut melalui penggunaan warna menerusi pengalaman penglibatan diri mereka dalam karya lukisan perkataan cina yang dihasilkan sebagai langkah pengukuhan. 5.6 PERKONGSIAN INOVASI Inovasi in telah dikongsi dengan semua warga IPG Kampus Batu Lintang sempena Pertandingan Inovasi PdP Pensyarah dan Pelajar Guru Peringkat IPG Kampus Batu Lintang 2016 pada 20 April 2016 dan Pameran Bahan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran sempena Karnival PAK-21 yang dilaksanakan pada 20 Ogos 2016. Inovasi PdP ini juga dikongsikan dengan guru dan murid-murid di SK St. Thomas. Pertandingan Inovasi PdP Pensyarah dan Pelajar Guru Peringkat IPG Kampus Batu Lintang 2016 Perkongsian Inovasi PdP dengan guru dan muridmurid di SK St. Thomas. Pameran Bahan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran sempena Karnival PAK-21 Inovasi ini juga dikongsi dengan guru-guru dan pegawai-pegawai Jabatan pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dalam Pameran & Inovasi Pendidikan Sempena Sambutan Hari Guru 2016 Peringkat Negeri Sarawak yang telah berlangsung pada 25 Mei 2016 di Summer Mall, Kota Samarahan. Pameran & Inovasi Pendidikan Sempena Sambutan Hari Guru 2016 Peringkat Negeri Sarawak. Koleksi Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran 2016 IPGK BL, 42-53 50

Inovasi ini juga boleh dikongsi dengan guru Bahasa Cina dari sekolah kebangsaan rendah yang lain untuk mengajar perkataan bahasa cina. Selain itu, aktiviti pengukuhan dengan aktiviti melukis juga boleh dikongsi dengan guru mata pelajaran yang lain sebagai peningkatan ingatan pelajar dalam hasil pembelajaran mereka. Seperti contoh untuk mata pelajaran matematik, untuk mengajar huruf bagi pelajar tahap rendah, guru tersebut boleh memberi kanak-kanak melukis atas huruf mengikut kreativiti murid seperti contoh gambar dibawah: 6. FAEDAH-FAEDAH DARIPADA INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN Menerusi strategi penggunaan inovasi untuk mengenali bentuk perkataan cina menerusi teknik Tafsiran Gambar Bersama Stragik Melukis, beberapa faedah dan kelemahannya telah dikenalpasti. Beberapa pendapat guru pembimbing dan rakan praktikum mengenal kekuatan dan kelemahan pengunaan kaedah ini dalam PdP perkataan cina telah diringkaskan seperti berikut: a) Kekuatan i. Kaedah Tafsiran Gambar memenuhi fitrah kanak-kanak yang berfikir secara konkrit. ii. Kaedah Tafsiran Gambar dapat membantu pelajar yang tiada latar belakang atau pengetahuan tentang budaya cina untuk memahami bentuk perkataan cina beransurkan asal-usul perubahan sesuatu perkataan tersebut. iii. Aktiviti pengukuhan melalui aktiviti melukis memenuhi minat kanakkanak yang suka melukis. iv. Aktiviti pengukuhan melukis juga mewujudkan suasana seronok, peluang malah memupuk amalan murid belajar secara kendiri. v. Penggunaan warna dalam penampiran Tafsiran Gambar dan proses melukis dapat meningkatkan ingatan murid terhadap hasil pembalajaran perkataan cina. vi. Kos pembelajaran untuk menghasilkan alat bantu mengajar Tafsirsan Gambar amat rendah. vii. Cara penghasilan alat bantu mengajar Tafsiran Gambar amat senang melalui buku berkenaan atau muat turun dari sumber internet. viii. Inovasi ini juga boleh diubah cara penyampaiannya untuk dijadikan satu kaedah pembelajaran untuk mata palajaran yang lain. Koleksi Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran 2016 IPGK BL, 42-53 51

b) Kelemahan dan Penambahbaikan i. Kaedah inovasi ini lebih membantu dari aspek mengingati bentuk perkataan cina, tetapi kurang berkesan untuk mengingati sebutan bunyi perkataan cina tersebut. Dicadangkan agar menerapkan aktiviti melukis dengan melukis huruf sebutan bunyi pin yin sesuatu perkataan di bawah lukisan yang melambangkan maksudnya. Rujukan Cui Yong Hua(2010.Teknik Pengajaran Bahasa Cina 汉语课堂教学技巧 Penerbit Universiti Bahasa BeiJing 北京语言大学出版社. Diane Waller(2014. Art Therapy for Children: How It Leads to Change.Dimuat turun dari http://www.marianhilgeman.nl/wpcontent/ uploads/2014/03/art-therapy-children1.pdf Fang Zi Jie(2015). Peningkatan daya ingatan Untuk Menghadapi Ujian 考试来袭脑力温习加把劲 Dimuat turun dari http://stedu.stheadline.com Jin Jiao(2012. Kajian Pelaksanaan Mengarang Berdasarkan Gambar Lukisan Untuk Pelajar Tahap Rendah Di Sekolah Rendah 小学低段 图画作文 教学的实践研究结题报告 Dimuat turun dari http://hdxx.yyedu. gov.cn/newsinfo.aspx?pkid=3327 Li Yi Fang (2014). Mengenali Perkataan Cina oleh Pelajar Tahun Dua Kebangsaan Menerusi Imej Gambar. 国小二年级国语文低成就学童图像识字教学之研究. Dimuat turun dari http:/gahi.ntua.edu.tw/ Lin Jia Yi (2011). Pengajaran Perkataan Cina Dengan Gambar Menerusi Media Yang Berlainan. 应用不同教学媒体之图像化识字策略对国小识字困难儿童识字成效之研究.Dimuat turun dari http://ndltd.ncl.edu.tw/ Liu Xin (2000). Teori Pengajaran Bahasa Cina Sebagai Bahasa Kedua. 对外汉语教育学论.Penerbit Universiti Bahasa BeiJing 北京语言大学出版社 Richard Sears(2011). Chinese Etymology. Dimuat turun dari http://www.chineseetymology.org/why_study_chinese.aspx Shen Xiao Fen (2014). Kajian Tindakan Tentang Kaedah Tafsiran Gambar Bagi Meningkatkan Kemampuan Murid Sekolah Kebangsaan Untuk Mengenali Perkataan Cina. 图解识字教学提升国小学童识字能力之行动研究 Dimuat turun dari http://ndltd.ncl.edu.tw/cgibin Koleksi Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran 2016 IPGK BL, 42-53 52

Shi Jin Gui Shi (2015). Daya Ingatan Dalam Masa 1 Minit 1 分鐘超強記憶. Penerbit Shi Bao 时报出版 Xin Fang(2014. Imaginasi Mentadbir Dunia 想象力统治世界 Nan Wen Bo Ya 南文博雅 Xu Ruo Fang (2014). Kaedah Tafsiran Gambar Sebagai Strategik Penyelamat Untuk Pengajaran. 图解识字法应用于补救教学之个案研 - 以彰化县某国小三年級学童为例.Dimuat turun dari http://ndltd.ncl.edu. tw/cgibin/gs32/gsweb.cgi Yi Zhong Zhe (2006). Perbincangan tentang Teori Jean Piaget dalam Perkembangan Kognitif Kanak-kanak 论皮亚杰儿童认知发展理论中的辩证法思想 山西师范大学教育与心理科学学院, 山西.Dimuat turun dari http://202.116.42.39/xxjy/xxjy2/content/wenjian Zheng Yan (2013). Teori Perkataan Bahasa Cina dan Pengajaran Bahasa Cina Sebagai Bahasa Kedua. 汉字的理据与对外汉字教学. Dimuat turun dari http://www.jyjxyj.shu.edu.cn/portals Koleksi Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran 2016 IPGK BL, 42-53 53