KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

Similar documents
BAB SATU

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

Penghargaan

Tajuk

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

Penghargaan

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

PowerPoint Presentation

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

PowerPoint Presentation

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

Penghargaan

BAB SATU


Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

BAB 5

华小董事觉醒运动缘起

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

四年级第二 次月考范围

SaverBrochure_F 07.ai

Kertas 1

Penghargaan

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

BookCatalog FINAL

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Microsoft Word - Apendix alla.doc

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

1

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

ISM Circular: 20 –2005

各位记者先生,小姐

BAB SATU

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

四年级第二 次月考范围

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

Dear Parents,

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

PowerPoint Presentation

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format Of English Language Paper (Sa2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1

Dear Parents,

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format of English Language Paper (SA1) Primary 6 Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format of English Language Paper (SA2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL English Language Paper (SA) Primary 6 Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing Paper Writin

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

JAWATANKUASA PENERBITAN KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP AMB. JANUARI 2008 (BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IP

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

社團改組資料

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

Contents Bahasa Indonesia

ISI KANDUNGAN (1) Pendahuluan 1 (2) Pandangan Dan Cadangan 1 (i) Menggubal sistem pembinaan sekolah komuniti bagi setiap 1 aliran sekolah (ii) Meranca

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

Microsoft Word - PDPA2010.doc

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH (PBS) NAIB PN. LIANG FEI SHIN PN. LEE CHAI YENG (TAHAP 1) CIK TUEH SHE PING (TAHAPN 2) KPBM: PEMENTORAN KPBI

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

icctv user guide manual.indd

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧

三年级音乐世界全年计划

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL English Language Paper (SA1) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1 Paper 1 W

Kata Ganti Nama Diri padankan jawapan yang betul. 1. Kita 我 2. Mereka 你 3. Saya 他 4. Kamu 你 / 你们 5. Kami 他们 6. Awak 大家 7. Dia 我们 Kata Tanya padankan j

5 阅读理解二 (2 篇 ) Chinese 试卷一 : 2 个小时 (60 分 ) 1. 实用文 私人电邮 - 分享类 ( 分享经验 / 心得 ) 公务电邮 - 投诉类 2. 作文 (3 题选一 ) 命题作文 ( 写人 ) 命题作文 ( 写事 ) 情境作文 试卷二 : 1 个小时 30 分钟 (

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves

I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model I am my business s guardian I am my staff s employer Many people depend on

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he

二零零九年坚柏华小行政历

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL English Language Paper (SA2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1 Paper 1 W

AXA-AFFIN Maximiser-Brochure(Mar2018)

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:


Offline Fill in a Membership Application Form and pass the form together with a joining fee of RM53 (inclusive of GST) to your introducer, or submit t

(b) apabila anggota itu meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis tiga bulan kepada Menteri; atau (c) apabila tamat tempoh jawatannya. Pemba

Microsoft Word - Bursary

BAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi, pemeliharaan, dan

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb

Minit Mesyuarat

Transcription:

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2015

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA LINGUISTIK FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2015

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN Nama: YAU CHENG YAN (No. K.P/Pasport: 771101-05-5752 ) No. Pendaftaran/Matrik: TGC090036 Nama Ijazah: SARJANA LINGUISTIK Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis ( Hasil Kerja ini ): KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT Bidang Penyelidikan: Analisis Wacana Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa: (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli; (3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini; (4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain; (5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya ( UM ) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM; (6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM. Tandatangan Calon Tarikh: Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan, Tandatangan Saksi Nama: Jawatan: Tarikh:

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat aspek penggunaan kohesi nahuan dalam karangan bahasa Cina bagi pelajar tingkatan empat. Sejumlah 30 buah karangan jenis keperihalan dipilih sebagai sampel kajian. Analisis yang dijalankan adalah berdasarkan teori kohesi yang dikemukakan oleh Halliday dan Hasan (1976), dengan memfokuskan empat jenis kohesi nahuan, iaitu rujukan, penggantian, elipsis, dan konjungsi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis kohesi yang digunakan dan corak penggunaan kohesi dalam karangan pelajar. Perbincangan secara deskriptif terhadap kohesi yang digunakan disertakan dengan contoh-contoh berkenaan untuk menjelaskan corak dan strategi kohesi yang digunakan oleh pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa rujukan dan konjungsi merupakan dua jenis kohesi yang paling kerap digunakan. Selain itu, didapati juga bahawa ramai pelajar sering mengulang rujukan personal yang sama berkali-kali dalam karangan mereka. Jenis kohesi yang digunakan dalam karangan juga adalah sangat terhad dan ini menampakkan kelemahan pelajar dalam membina kesinambungan di antara satu bahagian dengan yang lain dalam karangan. Kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan kelemahan pelajar menguasai penggunaan kohesi nahuan dalam penulisan karangan. Beberapa cadangan untuk meningkatkan kemahiran menggunakan kohesi nahuan juga dibincangkan untuk menolong pelajar menghasilkan karangan yang bermutu. ii

ABSTRACT The purpose of this study is to analyse the use of cohesion in the Chinese essay by Form 4 students. A total of 30 descriptive essays are selected for this study. The analysis is based on the cohesion theory by Halliday and Hasan (1976), with the focus on four major types of grammatical cohesion: reference, substitution, ellipsis, and conjunction. The objectives of this study are to identify the type of cohesion used, and the patterns of the cohesion used in the students essays. A descriptive discussion that includes relevant examples is conducted to explain the pattern and the strategy of cohesion used by the students. The findings of this study showed that reference and conjunction are the two types of cohesion that are used most frequently. In addition, it was found that many students repeat the use of personal reference frequently in their essays. The variation of cohesion used in the essays was found to be very limited, and this showed the students' weakness in building the continuity between one part of the passage and another in their essays. In conclusion, this study shows the students' weakness in mastering the skill of using grammatical cohesion in writing essays. Some suggestions to improve the students' mastery of grammatical cohesion in writing are also discussed to help students to produce quality essays. iii

PENGHARGAAN Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia saya, Pn. Chong Siew Ling yang telah memberi motivasi, tunjuk ajar, bimbingan dan teguran yang bermanfaat kepada saya sepanjang kajian ini dijalankan. Kesabaran dan ketabahan beliau menjadi teladan kepada saya. Di samping itu, saya juga berterima kasih kepada En. Alfred Wei Jie, Pn. Eng Lee Choo dan Lee Wei Ying yang pernah menyumbang idea dan pandangan terhadap kajian ini. Seterusnya, saya juga ingin menunjukkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan iaitu Magdalene Wong, Mangamah Mangai, Wan Harwani bt Wan Hamat yang sentiasa memberi motivasi dan juga bantuan untuk menyempurnakan kajian ini. Tidak lupa juga jasa baik dan kasih sayang daripada semua ahli keluarga saya yang memberi sokongan yang tidak terhingga kepada saya, terutamanya suami saya Goh Chun Hsian, yang sentiasa bersedia memberi bantuan, semangat dan motivasi untuk menempuhi pelbagai halangan dalam usaha menghasilkan kajian ini. Sekali lagi, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang pernah menolong saya sama ada secara langsung dan juga tidak langsung. iv

KANDUNGAN ABSTRAK... ii ABSTRACT... iii PENGHARGAAN... iv KANDUNGAN... v SENARAI CARTA... viii SENARAI JADUAL... ix SENARAI RAJAH... x BAB 1 PENGENALAN... 1 1.0 Pendahuluan... 1 1.1 Latar Belakang Kajian... 1 1.2 Penyata Masalah... 2 1.3 Objektif Kajian... 6 1.4 Persoalan Kajian... 6 1.5 Kepentingan Kajian... 6 1.6 Batasan Kajian... 9 BAB 2 TINJAUAN KAJIAN LEPAS... 10 2.0 Pendahuluan... 10 2.1 Wacana... 10 2.2 Kohesi... 13 2.2.1 Koherensi... 14 2.2.2 Jenis-jenis Kohesi... 15 2.3 Kajian Lepas Penggunaan Kohesi Dalam Wacana... 16 2.3.1 Kajian Lepas Berkenaan Bahasa Inggeris... 17 2.3.2 Kajian Lepas Berkenaan Bahasa Cina... 23 2.4 Kerangka Teori Kohesi... 27 2.4.1 Kohesi Nahuan... 28 2.4.1.1 Kohesi Nahuan Rujukan... 29 2.4.1.1.1 Rujukan Personal... 29 2.4.1.1.2 Rujukan Demonstratif... 30 v

2.4.1.2 Kohesi Nahuan Penggantian... 34 2.4.1.2.1 Penggantian Nominal... 34 2.4.1.2.2 Penggantian Verbal... 36 2.4.1.2.3 Penggantian Klausa... 38 2.4.1.3 Kohesi Nahuan Elipsis... 39 2.4.1.4 Kohesi Nahuan Konjungsi... 40 2.4.1.4.1 Konjungsi Aditif... 41 2.4.1.4.2 Konjungsi Adversatif... 41 2.4.1.4.3 Konjungsi Kausal... 42 2.4.1.4.4 Konjungsi Temporal... 43 2.5 Kesimpulan... 44 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN... 46 3.0 Pendahuluan... 46 3.1 Latar Belakang Pelajar... 46 3.2 Reka Bentuk Kajian... 48 3.3 Pengumpulan Data... 49 3.4 Penganalisisan Data... 52 3.5 Kesimpulan... 52 BAB 4 ANALISIS DATA... 53 4.0 Pendahuluan... 53 4.1 Strategi Penggunaan Kohesi Nahuan... 53 4.2 Kekerapan Penggunaan Kohesi Nahuan... 56 4.2.1 Penggunaan Kohesi Nahuan Rujukan... 61 4.2.1.1 Rujukan Personal... 63 4.2.1.2 Rujukan Demonstratif... 65 4.2.2 Penggunaan Kohesi Nahuan Penggantian... 68 4.2.3 Penggunaan Kohesi Nahuan Elipsis... 71 4.2.4 Penggunaan Kohesi Nahuan Konjungsi... 74 4.2.4.1 Konjungsi Aditif... 76 4.2.4.2 Konjungsi Adversatif... 78 4.2.4.3 Konjungsi Kausal... 80 vi

4.2.4.4 Konjungsi Temporal... 82 4.3 Kesalahan Penggunaan Kohesi Nahuan... 83 4.3.1 Kesalahan Penggunaan Penggantian... 83 4.3.2 Kesalahan Penggunaan Elipsis... 86 4.3.3 Kesalahan Penggunaan Konjungsi Aditif... 88 4.3.4 Kesalahan Penggunaan Konjungsi Adversatif... 89 4.3.5 Kesalahan Penggunaan Konjungsi Kausal... 91 4.3.6 Kesalahan Penggunaan Konjungsi Temporal... 92 4.4 Kesimpulan... 93 BAB 5 KESIMPULAN... 95 5.0 Pendahuluan... 95 5.1 Perbincangan Kajian... 95 5.2 Cadangan... 98 5.2.1 Cadangan Untuk Penyelidikan Lanjutan... 100 5.3 Kesimpulan... 101 BIBLIOGRAFI... 103 LAMPIRAN... 106 vii

SENARAI CARTA Bilangan Tajuk Halaman Carta 4.2.1 Kekerapan penggunaan kohesi dalam setiap sampel 58 Carta 4.2.2 Kekerapan penggunaan empat jenis kohesi nahuan 59 Carta 4.2.1.1 Kekerapan penggunaan kohesi nahuan rujukan 61 Carta 4.2.1.2 Kekerapan penggunaan kohesi rujukan dalam setiap 62 sampel Carta 4.2.1.1.1 Kekerapan penggunaan kohesi rujukan personal 63 Carta 4.2.1.2.1 Kekerapan penggunaan kohesi rujukan demonstratif 66 Carta 4.2.2.1 Kekerapan penggunaan kohesi nahuan penggantian 68 Carta 4.2.3.1 Kekerapan penggunaan kohesi nahuan elipsis 71 Carta 4.2.4.1 Statistik penggunaan empat jenis kohesi konjungsi 75 Carta 4.2.4.2 Penggunaan empat jenis kohesi konjungsi dalam 76 setiap sampel Carta 4.2.4.1.1 Kekerapan penggunaan konjungsi aditif 77 Carta 4.2.4.2.1 Kekerapan penggunaan konjungsi adversatif 78 Carta 4.2.4.3.1 Kekerapan penggunaan konjungsi kausal 80 Carta 4.2.4.4.1 Kekerapan penggunaan konjungsi temporal 82 viii

SENARAI JADUAL Bilangan Tajuk Halaman Jadual 3.1.1 Keputusan peperiksaan percubaan PMR bahasa Cina 47 Jadual 4.1.1 Penggunaan kohesi nahuan 54 Jadual 4.2.1 Kekerapan penggunaan kohesi dalam setiap sampel 57 karangan Jadual 4.2.2 Perbandingan kekerapan penggunaan setiap jenis kohesi nahuan 60 ix

SENARAI RAJAH Bilangan Tajuk Halaman Rajah 2.4.1 Model kerangka teori kohesi 28 x

BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Dalam bab ini pengkaji akan mengemukakan latar belakang kajian ini, termasuk matlamat pengajaran dan pembelajaran tatabahasa yang tersenarai dalam sukatan mata pelajaran bahasa Cina. Aspek kajian seterusnya ialah pernyataan masalah kajian, objektif kajian, persoalan kajian dan kepentingan kajian. 1.1 Latar Belakang Kajian Matlamat pengajaran dan pembelajaran tatabahasa yang tersenarai dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah untuk mata pelajaran bahasa Cina telah mengaitkan penguasaan bahasa Cina dengan keperluan tiga bidang, iaitu bidang komunikasi, bidang informasi dan bidang estetik. Dalam bidang komunikasi, pelajar seharusnya boleh menggunakan bahasa Cina untuk berkomunikasi dalam aktiviti sosial seharian dengan cekap serta dapat menjalin perhubungan dengan penguasaan bahasa Cina, manakala dalam bidang informasi, objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Cina adalah membolehkan pelajar memperoleh dan menggunakan maklumat berasaskan kemampuan bahasa yang dipelajari. Dalam bidang estetik pula, pelajar seharusnya berupaya menikmati dan menggubah karya-karya penulisan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Cina, pelajar seharusnya menguasai empat kemahiran iaitu, kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Aspek 1

tatabahasa merupakan satu aspek yang penting dan tidak boleh diabaikan, terutamanya dalam pertuturan dan penulisan. Apabila pelajar menguasai aspek tatabahasa ini, mereka akan dapat menggunakan bahasa Cina untuk bercerita, menyampaikan pendapat serta mengemukakan soalan, dan seterusnya dapat bertutur dengan menggunakan kosa kata yang tepat, lancar, semula jadi dan berbudi bahasa dengan menggunakan tatabahasa yang sewajar. Dari segi kemahiran menulis pula, ia bermatlamat memupuk kemahiran seseorang pelajar supaya mampu menggunakan tatabahasa secara tepat untuk menghasilkan karya-karya yang mempunyai isi kandungan yang padat dan tepat, berfikiran positif, dapat memperlihatkan penggunaan bahasa yang baku dan gramatis, dan seterusnya berkebolehan untuk mengenal pasti kesilapan yang terdapat dalam karya-karya pihak lain. Namun persoalan yang harus difikirkan adalah adakah objektif-objektif tersebut tercapai? Bagaimanakah prestasi atau tahap pencapaian bahasa Cina bagi pelajar yang belajar bahasa Cina di Sekolah Menengah Kebangsaan? 1.2 Penyata Masalah Perkembangan teknologi informasi yang pesat terutamaannya dalam perkomputeran, telefon pintar dan internet telah mengubah cara manusia berkomunikasi. Kini, dengan adanya pelbagai aplikasi atas talian yang berasaskan internet, manusia boleh berinteraksi atas talian tanpa kekangan masa dan jarak. Telefon pintar juga merupakan satu alat komunikasi yang telah menjadi keperluan 2

asas bagi semua golongan. Para pengguna menggunakannya sebagai alat utama untuk berhubung antara satu sama lain. Mesej segera (instant messenger), mel elektronik (email), bilik sembang (chat room), dan laman jaringan sosial (social network sites) kian digunakan untuk penyampaian maklumat dan berkomunikasi. Dalam komunikasi atas talian, penyampaian maklumat kini lebih cenderung kepada penyampaian maklumat yang ringkas dan cepat. Kata-kata yang ringkas, akronim serta simbol-simbol turut digunakan dalam mesej-mesej semasa sesi perbualan mahupun dalam mel elektronik justeru mempengaruhi tabiat penggunaan bahasa dalam kalangan golongan muda yang sering menggunakan mesej sebagai cara utama berkomunikasi. Menurut laporan dari Asia Digital Marketing Year Book 2011, majoriti pengguna internet di Malaysia adalah terdiri daripada golongan muda dalam lingkungan umur 15-24 tahun, iaitu sebanyak 38 peratus daripada jumlah pengakses internet. Laporan tersebut juga menyatakan bahawa sebanyak 63.3 peratus daripada jumlah pengakses internet menggunakan internet untuk perbualan melalui mesej segera (instant messenger). Pada tahun tersebut, penggunaan internet di Malaysia adalah sebanyak 62.9 peratus dan angka ini akan meningkat setiap tahun. Sehingga ke tahun 2014, suatu laporan statistik yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Media Malaysia pada bulan Disember telahpun menunjukkan kadar penggunaan jalur lebar di Malaysia telah mencapai 67 peratus daripada jumlah 3

penduduk Malaysia yang dapat mengakses internet. Dengan erti lain, golongan pelajar yang berada pada peringkat menengah atas lebih tinggi kebarangkaliannya untuk terdedah kepada tabiat menggunakan kata-kata singkat dan ayat-ayat ringkas yang tidak menepati tatabahasa. Sebagai pemerhati, kadang-kala menjadi suatu perkara yang mengagumkan apabila melihat kata-kata singkatan yang kreatif dihasilkan oleh golongan remaja kini. Akan tetapi kata-kata singkatan yang kreatif ini tidak menepati hukum tatabahasa contohnya, perkataan pergi telah disingkatkan menjadi gi* mahupun g*, xdapt* (membawa maksud tidak dapat ), aja* (sahaja), sy* (saya), *km (kami), mtg* (meeting), g9* (good night), 2molo* (tomorrow) dan sebagainya. Pengkaji menganggap fenomena ini sebagai fenomena pencemaran bahasa. Fenomena ini bukan hanya terjadi dalam penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, namun telah menular dalam penggunaan bahasa Cina. Kata singkatan mahupun simbolsimbol emosi selalu digunakan sehinggakan mengabaikan aspek tatabahasa, sebagai contohnya, perkataan 酱 jiàng yang pada asalnya membawa maksud sos, sentiasa disalahgunakan oleh pelajar untuk mengganti perkataan 这样 zhèyàng (begini) sebagai kata singkatanya, sebab sebutan 这样 zhèyàng hampir sama dengan 酱 jiàng. Selain itu, pelajar juga sering menggunakan perkataan 然后 ránhòu (kemudian) sebagai sarana kohesi untuk menghubungkaitkan ayat dengan ayat atau perenggan dengan perenggan dalam karangan mereka dan juga dalam pertuturan. 4

Kelemahan yang ketara dalam karangan yang dihasilkan oleh golongan ini adalah tiada kesinambungan ayat dalam wacana, dan masalah ini berkait rapat dengan kohesi dalam karangan. Kohesi merupakan satu aspek bahasa dalam wacana, kohesi adalah organisasi sintaktik yang memainkan peranan menyusun wadah ayat-ayat secara padu dan padat supaya maklumat dapat disampaikan dengan jelas dan berkesan mahupun secara lisan atau tulisan. Berdasarkan Halliday dan Hasan (1976:18-19), kohesi merujuk kepada apa yang mempertautkan klausa dengan klausa, ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan dalam sesuatu teks. Pendapat ini juga sepadan dengan pendapat De Beaugrande dan Dressler (1981) bahawa kohesi merupakan salah satu aspek yang penting dalam organisasi sesebuah wacana. Dengan penguasaan dan juga penggunaan kohesi yang baik, maka penutur dan pengguna akan dapat menghasilkan wacana yang baik. Dengan merujuk kajian-kajian lepas yang berkaitan, didapati penyelidikan yang berkaitan analisis wacana telah banyak dijalankan dan meliputi pelbagai jenis wacana, sama ada wacana bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan juga bahasa Tamil. Akan tetapi, analisis karangan bahasa Cina dalam kalangan pelajar sekolah menengah belum dikaji secara mendalam oleh pengkaji tempatan. Maka, adalah wajar penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti permasalahan yang wujud seterusnya langkah yang pragmatik dapat diambil bagi memartabatkan bahasa Cina dalam kalangan 5

penuturnya. 1.3 Objektif Kajian Kajian ini secara amnya bertujuan untuk memperlihatkan kohesi dalam karangan pelajar tingkatan empat. Objektif-objektif utama kajian ini adalah untuk; 1. Mengenal pasti penggunaan kohesi dalam penulisan karangan pelajar. 2. Menganalisa kekerapan penggunaan kohesi dalam penulisan karangan pelajar. 3. Mengenal pasti penggunaan kohesi yang salah dan tidak sesuai dalam karangan pelajar. 1.4 Persoalan Kajian Persoalan kajian adalah seperti berikut: 1. Apakah strategi kohesi yang digunakan oleh pelajar dalam karangan bahasa Cina? 2. Apakah kekerapan penggunaan kohesi yang dikenal pasti dalam karangan bahasa Cina pelajar? 3. Apakah kesalahan dan ketidaksesuaian penggunaan kohesi dalam karangan bahasa Cina pelajar? 1.5 Kepentingan Kajian Hasil tulisan termasuk karangan merupakan satu bentuk komunikasi tulisan yang penting untuk menyampaikan sesuatu perkara atau maklumat serta hasrat dan fikiran penulis kepada pembaca atau penerima mesej. Sekiranya seseorang pengguna 6

bahasa itu tidak mampu menyampaikan hasrat atau fikirannya dengan hasil tulisan mereka, maka komunikasi tulisan antara penulis dengan pembaca akan dianggap tidak tercapai. Berasaskan Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, salah satu objektif yang tersenarai dalam huraian sukatan mata pelajaran bahasa Cina ialah, pada akhir pembelajaran di peringkat sekolah menengah, murid dapat menyampaikan maklumat dan melahirkan idea yang imaginatif dan kreatif dengan berkesan sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Maka, karangan bukan sahaja berperanan sebagai wadah penyampaian maklumat atau idea tetapi juga sebagai satu penanda aras tahap penguasaan sesuatu bahasa itu. Oleh hal yang demikian, pelajar seharusnya dapat menghasilkan karangan yang jelas serta berupaya menyampaikan maklumat dan juga buah fikiran dengan berkesan. Oleh itu, penelitian dan penganalisisan terhadap kelemahan karangan pelajar merupakan usaha yang penting untuk mencari penyelesaian yang berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran penulisan karangan. Sebagai seorang guru bahasa Cina, saya mendapati ramai pelajar yang masih tidak dapat menguasai kemahiran menulis karangan. Kelemahan ini dapat dilihat dengan ketara apabila menanda atau membaca karangan mereka. Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah pelajar tidak dapat menghasilkan karangan yang menepati kehendak soalan dan ayat-ayat dalam satu perenggan juga tidak mempunyai 7

kesinambungan atau perkaitan antara satu ayat dengan ayat yang lain disebabkan oleh kegagalan pelajar merancang kerangka karangan sebelum menulis karangan. Che Mohd. Arif (1996) juga menyatakan masalah penyampaian idea dan maklumat yang tidak teratur dan gagal membentuk ayat-ayat yang mempunyai kohesi dalam penulisan karangan merupakan kelemahan yang paling ketara dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu, fokus terhadap permasalahan yang menyebabkan kelemahankelemahan tersebut perlu dikaji dengan lebih teliti. Kohesi dalam sesuatu karangan itu memang mempengaruhi penyampaian, hal ini telah dibuktikan dalam kajian Goon (1987), yang menyatakan bahawa pelajar yang boleh menghasilkan karangan yang baik boleh menggunakan kaedah kohesi dengan baik jika dibandingkan dengan pelajar yang lemah dalam penulisan. Sebagai seorang guru bahasa adalah ada kewajiban untuk mendidik dan membimbing pelajar sehingga berupaya menghasilkan wacana yang jelas dan padat samada dari segi penyampaian mahupun isi kandungannya. Seperti apa yang telah disebutkan sebelum ini, kelemahan yang ketara dalam penulisan pelajar ialah kohesi dalam wacana pelajar terdapat banyak kekurangan. Maka, pengkaji merasakan mengenal pasti penggunaan kohesi dalam wacana dan menganalisa penggunaan kohesi dalam karangan adalah penting. Adalah diharapkan agar dapatan kajian ini boleh memberikan satu gambaran yang lebih jelas terhadap penggunaan kohesi dalam karangan pelajar, seterusnya dapat membantu pelajar menghasilkan penulisan yang lebih berkualiti. 8

1.6 Batasan Kajian Skop kajian ini melibatkan pelajar tingkatan empat yang terus mempelajari bahasa Cina selepas tingkatan tiga. Tumpuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan kohesi nahuan dalam karangan bahasa Cina bagi golongan pelajar ini tanpa mengambil kira mutu karangan. Berdasarkan dapatan kajian oleh para penyelidik seperti Connor (1984) dan Alarcon and Morales (2011), penggunaan kohesi dalam penulisan karangan pelajar tidak ada kaitan yang rapat dengan mutu karangan. Maka dalam proses pemilihan sampel karangan, tahap penguasaan bahasa Cina dan mutu karangan tidak dipertimbangkan. Oleh sebab kajian ini merupakan kajian kes jenis deskriptif yang hanya dapat memberi gambaran mengenai kekerapan penggunaan kohesi tertentu dan membuat kesimpulan secara menyeluruh tentang corak-corak penggunaan kohesi berdasarkan data-data yang sedia ada. Hal ini tidak dapat menjelaskan sebab-sebab penggunaan sesuatu kohesi lebih kerap berbanding dengan kohesi yang lain. 9

BAB 2 TINJAUAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pendahuluan Dalam bab ini, perbincangan akan dibahagikan kepada tiga aspek melalui aspek pertama, pengkaji akan membincangkan pengertian wacana dan kohesi menurut pandangan tokoh-tokoh dan ahli-ahli linguis dari negara lain dan juga tempatan. Dalam aspek kedua, pengkajian akan menjurus kepada kajian-kajian lepas berkenaan dengan analisis wacana dan kohesi dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Cina. Manakala aspek ketiga pula akan membincangkan tentang kerangka teori kohesi yang digunakan dalam kajian ini berserta contoh-contoh releven. 2.1 Wacana Dalam bidang analisis wacana bahasa Inggeris, terdapat dua kata kunci yang sering digunakan dalam konteks, iaitu teks (text) dan wacana (discourse). Menurut Halliday dan Hasan (1976), perkataan teks digunakan dalam bidang linguistik untuk merujuk kepada suatu petikan yang panjangnya tidak terhad, sama ada dalam bentuk pertuturan atau penulisan yang membentuk satu kesatuan dalam bahasa secara menyeluruh. Teks lebih sesuai ditakrifkan sebagai satu unit semantik. Kalau satu petikan dalam bahasa Inggeris yang mengandungi lebih daripada satu ayat dianggap sebagai teks, maka ciri-ciri bahasa tertentu yang lain juga akan wujud dalam petikan tersebut, untuk membentuk satu kesatuan dan memberikan tekstur kepada petikan tersebut. 10

Menurut Cook (1989), teks ditakrifkan sebagai suatu ayat atau perenggan yang ditafsir secara formalnya tanpa konteks. Manakala wacana didefinisikan sebagai suatu ayat atau perenggan yang bermakna, berpaduan dan bertujuan. Cook membezakan takrifan perkataan teks dengan wacana dari segi kesinambungan makna yang dibawa oleh sesuatu perenggan bahasa itu. Sekiranya sesuatu pautan ayat itu adalah saling berkait dan membawa maksud, maka ia ditakrif sebagai wacana. Menurut Nunan (1993), teks merupakan sebarang rekod tulisan yang digunakan untuk berkomunikasi. Manakala definisi bagi wacana adalah tafsiran terhadap peristiwa komunikatif dalam konteks. Daripada definisi-definisi yang dikemukakan oleh para ahli linguis di atas, jelas menunjukkan bahawa tiada pendapat yang sama berkenaan dengan definisi teks dan wacana. Terdapat segolongan ahli linguis yang lain pula yang berpendapat bahawa perkataan teks dan wacana boleh digunakan secara silih berganti. Contohnya, Salkie (1995) tidak membezakan teks dengan wacana dan berpendapat bahawa teks atau wacana, kedua-duanya merupakan satu bahagian bahasa yang mempunyai lebih daripada satu ayat. Oleh itu, analisis teks dan wacana adalah tentang bagaimana ayatayat digabungkan untuk membentukkan teks. Menurut seorang tokoh bahasa yang terkenal di Malaysia, Asmah Haji Omar (1980), beliau berpendapat bahawa: wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian bab, buku, 11

siri buku atau sebagainya yang memperlihatkan kesatuan dan hubungan di antara butir-butir fikiran dan juga perkembangan akaliah yang ada di dalamnya. (Asmah Haji Omar, 1980:11) Pada pendapat Khatijah Abdul Hamid (1996), wacana mempunyai definisi yang berikut: wacana ialah kesatuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam bentuk pertuturan dan penulisan yang memperlihatkan kesinambungan fikiran di dalamnya dan merujuk kepada komunikasi dalam konteks. (Khatijah Abdul Hamid, 1996:868-880) Dalam Kamus Dewan edisi keempat, perkataan wacana mempunyai definisi yang berikut: 1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan; 3. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen). Berdasarkan Kamus Dewan pula istilah wacana, membawa maksud yang sama dengan definisi perkataan text dalam bahasa Inggeris yang diterangkan oleh Halliday dan Hasan (1976). Namun terdapat pandangan yang berbeza dalam memberikan pendefinisian istilah text dan discourse dalam bahasa Inggeris sehingga maksud perkataan ini dianggap mempunyai perbezaan. Secara 12

keseluruhannya, kedua-dua perkataan ini sebenarnya merujuk kepada maksud yang hampir sama. Dalam kajian ini, wacana adalah sama dengan text atau discourse. 2.2 Kohesi Menurut definisi yang dikemukakan oleh Halliday dan Hasan dalam Cohesion In English yang diterbitkan pada 1976, mereka berpendapat bahawa kohesi merupakan sebahagian daripada sistem linguistik. Kohesi pada dasarnya merupakan unsur atau elemen yang penting untuk menghubungkaitkan struktur ataupun ayat bagi unsur-unsur yang saling tidak berkaitan di dalam sebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang bermakna. Dalam konteks yang lebih mudah difahami, kohesi merujuk kepada hubungan antara satu perkataan dengan satu perkataan lain sehingga membentuk satu ayat, seterusnya menghubungkaitkan satu ayat dengan ayat yang lain untuk membentuk satu wacana yang lengkap dan bermakna. Apabila terdapat unsur-unsur dalam wacana yang mempunyai maklumat atau informasi yang saling bergantung dan berkaitan, kohesi diperlukan supaya pengekodan ataupun penghantaran mesej menjadi lebih jelas dan berkesan. Kohesi memain peranan yang penting dalam membina kesinambungan di antara satu bahagian dengan yang lain di dalam teks dan dalam membentuk sebuah teks yang mudah difahami oleh pembacanya tentang kaitan antara apa yang telah diperkatakan, yang sedang diperkatakan dan yang akan diperkatakan. 13

Kaedah-kaedah kohesi yang digunakan adalah berdasarkan kepada cara-cara penyampaian maklumat atau susunan informasi di dalam ayat dari aspek gramatikal dan juga leksikal. Kohesi berperanan untuk merealisasikan hubungan dan urutan dengan menandakan susunan atau urutan ayat di dalam suatu teks dan menyampaikan maklumat dengan jelas dan berkesan. 2.2.1 Koherensi Sebuah teks boleh dikatakan mempunyai koherensi sekiranya pembaca dapat mengaitkan latar belakang mereka dengan teks berkenaan dan memahami apa yang hendak disampaikan di dalam setiap satu teks atau ayat yang berikutnya. Hal ini boleh berlaku sekiranya pembaca mempunyai pengetahuan sedia ada terhadap konteks tersebut walaupun tiada kohesi yang jelas dalam suatu teks itu. Namun begitu, hal ini tidak memberikan gambaran bahawa kohesi tidak penting di dalam pembinaan ayat atau wacana kerana kohesi juga penting untuk pembinaan wacana dengan idea yang jelas dan mudah difahami. Penguasaan kohesi di dalam penulisan karangan dalam kalangan pelajar merupakan suatu perkara yang penting. Dengan penggunaan kohesi yang tepat dan sesuai, karangan yang ditulis itu menjadi lebih mudah difahami walaupun tanpa pengetahuan tentang sesuatu topik itu. 14

2.2.2 Jenis-jenis Kohesi Menurut Halliday dan Hasan (1976), kohesi boleh dipersembahkan di dalam teks melalui cara gramatikal dan leksikal. Menurut McCarthy (1991), kohesi nahuan (gramatikal) merupakan tanda pautan semantik antara klausa dengan ayat dalam wacana penulisan dan juga dilafazkan dalam urutan dalam ucapan. Kohesi gramatikal atau nahuan adalah berdasarkan kepada struktur dalam kandungan sesuatu wacana. Ia memainkan peranan untuk menjalinkan hubungan antara ayat dari aspek gramatikal yang boleh dikategorikan kepada empat jenis, iaitu: rujukan, penggantian, elipsis dan konjungsi. Kohesi nahuan rujukan boleh dibahagikan kepada rujukan personal, rujukan demonstratif dan rujukan komparatif. Kohesi nahuan konjungsi pula merangkumi empat jenis konjungsi yang utama iaitu, konjungsi aditif, konjungsi adversatif, konjungsi kausal dan konjungsi temporal. Kohesi leksikal pula merupakan kajian berdasarkan kandungan dari segi leksikal, dan menggunakan kosa kata untuk menghubungkaitkan ayat-ayat. Menurut Halliday dan Hasan (1976), kohesi leksikal merangkumi dua kategori yang utama, iaitu reiterasi dan kolokasi. Kedua-dua jenis kohesi leksikal tersebut adalah elemen yang penting bagi mewujudkan tekstur dalam sesebuah teks, dengan menjalinkan hubungan antara elemen di dalam konteks perbincangan dalam teks. Setiap kohesi tersebut direalisasikan dengan penggunaan unsur-unsur linguistik yang dikenali 15

sebagai kaedah kohesi. Kaedah kohesi adalah amat penting untuk menjalinkan hubungan di antara fasal yang berlainan, ayat-ayat dan perenggan-perenggan untuk membina satu wacana yang saling berkaitan. Ia menjadi penanda kepada hubungan antara idea-idea dan membawa maksud dalam konteks supaya wacana itu menjadi lebih jelas. 2.3 Kajian Lepas Penggunaan Kohesi Dalam Wacana Selepas Halliday dan Hasan memperkenalkan konsep kohesi di dalam buku Cohesion in English pada tahun 1976, ia telah membuka satu babak baru dalam kajian berkenaan dengan kohesi. Banyak kajian telah dijalankan untuk menganalisis fungsi dan peranan kohesi dalam wacana Inggeris sejak pengenalan konsep itu. Selain daripada kajian berkenaan kohesi dalam bahasa Inggeris, ramai tokoh mula menjalankan kajian terhadap kohesi dalam bahasa masing-masing, contohnya bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa-bahasa lain. Terdapat banyak pengkaji yang turut menggunakan teori kohesi ini dalam penterjemahan bahasa lain kepada bahasa Inggeris. Kebanyakan kajian yang dijalankan adalah untuk menganalisis penggunaan kohesi di dalam bahasa Inggeris bagi pelajar-pelajar yang bahasa ibunda mereka bukannya bahasa Inggeris, tetapi mempelajari Inggeris sebagai bahasa asing. Contohnya, dalam kajian Connor (1984), beliau telah menganalisis enam buah karangan mengikut kerangka teori Halliday dan Hasan (1976) untuk mengenal pasti kecenderungan penggunaan kohesi bagi pelajar 16

yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris berbanding dengan karangan yang ditulis oleh pelajar yang bahasa ibundanya ialah bahasa Inggeris. Reid (1992) telah menjalankan kajian terhadap sejumlah 768 karangan yang ditulis oleh penulis yang mempunyai latar belakang bahasa yang berlainan, iaitu bahasa Arab, bahasa Cina, bahasa Spanyol, dan bahasa Inggeris telah dikaji untuk meneliti corak-corak penggunaan empat jenis kaedah-kaedah kohesi berdasarkan kepada teori kohesi oleh Halliday dan Hasan (1976). Pakar-pakar dalam bidang linguis juga telah mengemukakan pandangan mereka terhadap konteks berkenaan berdasarkan kepada kerangka teori tersebut. 2.3.1 Kajian Lepas Berkenaan Bahasa Inggeris Banyak kajian telah dijalankan dalam subjek analisis kohesi terhadap hasil karangan pelajar dari latar belakang yang berlainan untuk menyelidik bagaimana kohesi digunakan dalam karangan pelajar dan apakah corak penggunanya. Melalui kajian-kajian tersebut, diharapkan dapat memberi idea kepada para pendidik untuk penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa, seterusnya meningkatkan mutu penulisan pelajar. Kajian analisis berkenaan kohesi dalam bahasa Inggeris yang dijalankan oleh para linguis, kebanyakannya adalah berdasarkan kerangka teori kohesi yang dikemukakan oleh Halliday dan Hasan pada tahun 1976. Sebagai contoh, kajian yang 17

dijalankan oleh Pritchard (1980). Beliau berpendapat bahawa keupayaan menulis ayat-ayat dengan tatabahasa yang betul bukannya satu-satunya kriteria untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik. Kaedah kohesi yang sesuai adalah penting untuk menjalinkan hubungan antara ayat-ayat untuk menyampaikan maklumat dengan jelas dan cekap. Untuk menjawab persoalan adakah wujud perbezaan dalam penggunaan kohesi antara karangan yang baik berbanding karangan yang lemah, beliau telah menjalankan satu kajian dengan menganalisis 22 buah karangan yang baik dan 22 buah karangan yang lemah. Dapatan kajian itu menunjukkan wujudnya perbezaan yang ketara dalam penggunaan kaedah kohesi dalam karangan yang baik dan karangan lemah adanya. Jenis kohesi yang digunakan dalam karangan baik adalah lebih banyak berbanding dengan karangan yang lemah, tetapi jumlah kekerapan penggunaan kaedah kohesi bagi karangan baik dan karangan lemah tidak mempunyai banyak perbezaan. Dalam kajian yang dijalankan oleh Witte dan Faigley (1981), mereka berpendapat bahawa untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik, pelajar-pelajar perlu berupaya menulis secara jelas dan ringkas dengan penggunaan kohesi yang sesuai tanpa mengulang perkataan atau ayat yang sama berkali-kali, kerana pengulangan kata-kata ataupun ayat-ayat akan mengelirukan pembaca. Dalam kajian Connor (1984), enam buah karangan daripada golongan pelajar yang bahasa ibundanya adalah bahasa Inggeris dengan pelajar yang bahasa ibundanya 18

bukan bahasa Inggeris telah dianalisis berdasarkan kerangka teori Halliday dan Hasan (1976). Hasil kajian itu menunjukkan bahawa ianya tidak terdapat perbezaan yang besar di dalam kekerapan penggunaan kohesi dalam karangan yang dihasilkan oleh dua golongan pelajar tersebut. Namun kohesi adalah salah satu unsur linguistik yang penting dalam wacana, kepadatan kohesi di dalam sesebuah karangan tidak ada kaitan yang rapat dengan kualitinya. Tetapi, tidak boleh dinafikan bahawa sebuah karangan yang bagus, mampu menyampaikan mesej dengan jelas dan cekap dengan menggunakan kaedah kohesi yang pelbagai dan sesuai. Lindeberg (1985) telah menjalankan kajian terhadap karangan yang ditulis oleh golongan pelajar Sweden yang membelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa asing. Dapatan kajian itu menunjukkan bahawa kohesi merupakan salah satu unsur utama yang terdapat dalam karangan yang baik. Mutu sebuah karangan berkait rapat dalam kaedah kohesi yang digunakan. Dengan penggunaan kaedah kohesi yang sesuai untuk menyampaian idea, ia akan mengurangkan situasi pengulangan perkataan atau ayat yang sama berulang kali. Dapatan kajian beliau dan Connor (1984) adalah selaras dengan dapatan kajian Witte dan Faigley (1981). Dalam kajian Schneider (1985), sejumlah 30 buah karangan yang ditulis oleh pelajar kolej penutur jati bahasa Inggeris telah dianalisa. Perbezaan penggunaan kohesi dalam karangan yang baik dengan yang lemah telah ditelitikan. Dapatan kajian itu menunjukkan bahawa kohesi yang kukuh telah digunakan untuk menghubungkan 19

ayat-ayat dalam karangan yang baik, manakala bagi karangan yang lemah, tidak ada kohesi yang sesuai digunakan. Zhou (2007) menjalankan satu kajian terhadap 20 orang pelajar yang mengikuti kursus bahasa Inggeris, peringkat sarjana di Zhejiang Normal University, China. Bahasa ibunda mereka adalah bahasa Cina, mereka telah lulus dalam peperiksaan bahasa Inggeris dan mempunyai keupayaan penulisan yang sederhana. Tujuan kajian tersebut adalah untuk meneliti sama ada mengajar aspek kohesi yang dikemukakan oleh Halliday dan Hasan kepada pelajar berbangsa Cina (di negara China) akan meningkatkan tahap penguasaan kohesi dan koherensi dalam karangan bahasa Inggeris dan meningkatkan mutu karangan mereka secara menyeluruh. Dalam kajian beliau, beliau membandingkan kekerapan penggunaan kohesi dalam karangan responden sebelum dan selepas pengajaran teori kohesi yang dikemukakan oleh Halliday. Beliau mengambil tempoh dua bulan untuk kajian ini. Daripada dapatan kajiannya, ia menunjukkan bahawa kohesi rujukan personal adalah paling kerap digunakan dalam karangan mereka sama ada sebelum atau selepas teori kohesi Halliday didedahkan kepada pelajar-pelajar ini. Kohesi yang kedua kerap digunakan ialah kohesi leksikal, diikutinya kohesi konjungsi dan kohesi penggantian. Zhang (2010) menjalankan satu kajian terhadap pelajar-pelajar kolej yang bukan major dalam bahasa Inggeris and mengambil bahagian dalam National Entrance Test Of English pada tahun 2004 demi tujuan memohon program lepasan ijazah di 20

Universiti Lanzhou, China. Calon-calon dikehendaki menulis sebuah karangan yang panjangnya lebih kurang 200 patah perkataan. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa kohesi leksikal mempunyai peratusan penggunaan yang paling tinggi iaitu 2052 kali (50.60%), diikuti oleh kohesi rujukan 1687 kali (41.60%) dan kohesi konjungsi 295 kali (7.28%). Kohesi elipsis dan kohesi penggantian jarang digunakan dengan hanya 8 kali (0.2%) dan 13 kali (0.32%) masing-masing. Beliau turut membuat kesimpulan bahawa tiada hubung-kait antara mutu karangan dengan kekerapan penggunaan kohesi. Alarcon and Morales (2011) telah menjalankan satu kajian terhadap 61 buah karangan yang ditulis oleh pelajar universiti. Respoden yang terlibat ialah pelajarpelajar dari negara Filipina yang berumur 16 hingga 18 tahun, di mana mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai media belajar di peringkat sekolah rendah dan menengah. Responden-responden ini menggunakan bahasa Filipina atau dialek tempatan dan juga bahasa Inggeris dalam pertuturan harian di rumah. Kajian Alarcon and Morales (2011) adalah berdasarkan kerangka teori kohesi yang dikemukakan oleh Halliday dan Hasan. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis kohesi yang digunakan dan kekerapan penggunaan kohesi dalam karangan pelajar, serta mengenal pasti perkaitan antara kekerapan penggunaan kohesi dengan mutu karangan. Untuk menentukan kualiti karangan yang dihasilkan oleh para pelajar, dua orang guru bahasa Inggeris turut terlibat dalam penilaian mutu sampel karangan berkenaan. 21

Sampel karangan tersebut telah dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif, dan dapatan kajian mereka menunjukkan bahawa kohesi rujukan mempunyai kekerapan penggunaan yang tertinggi, iaitu sebanyak 90.67% berbanding dengan kohesi-kohesi yang lain, di mana kekerapan penggunaan kohesi konjungsi adalah 9.08% dan kohesi penggantian hanya 0.25%, dan tiada penggunaan kohesi elipsis yang dapat dikenal pasti dalam sampel karangan. Dapatan kajian mereka turut menunjukkan kekerapan penggunaan kohesi tiada kaitan yang rapat dengan mutu karangan. Mereka turut berpendapat bahawa dapatan kajian mereka adalah selari dengan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik yang lain. Ayub, Seken dan Suarnajaya (2013) telah menjalankan satu kajian untuk mengenal pasti jenis kohesi yang digunakan dalam karangan bahasa Inggeris yang ditulis oleh 30 orang pelajar yang bertingkat gred 2 di SMAN 1 Labuapi, di daerah West Lombok, Indonesia. 30 buah karangan tersebut telah dianalisis dengan menggunakan kerangka teori Halliday dan Hasan (1976), dan sejumlah 1403 bilangan kohesi telah dikenal pasti. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa kohesi rujukan personal adalah lebih kerap digunakan dengan penggunaan 573 kali (40.84%), diikuti oleh kohesi konjungsi 275 kali (19.60%), kohesi elipsis 19 kali (1.35%) dan kohesi penggantian 4 kali (0.29%). Dari segi kohesi leksikal, ia telah digunakan dengan sebanyak 533 kali (37.99%) dengan kebanyakannya adalah penggunaan reiterasi. 22

2.3.2 Kajian Lepas Berkenaan Bahasa Cina Kajian kohesi terhadap bahasa Cina hanya bermula apabila teori wacana barat diperkenalkan di negara China pada lewat tahun tujuh puluhan. Sejak itu, terdapat ramai pakar linguis di negara China mengemukakan teori-teori kohesi berkenaan bahasa Cina berdasarkan kepada kerangka teori wacana dan kohesi dalam bahasa Inggeris. Mereka mengadaptasikan dan mengubahsuai teori yang sedia ada ini kepada ciri-ciri tatabahasa dalam bahasa Cina meskipun ciri-ciri tatabahasa bahasa Cina adalah sangat berbeza berbanding ciri-ciri tatabahasa dalam bahasa Inggeris. Para linguis dari negara China mempunyai pandangan yang berlainan tentang cara-cara pengkategorian kohesi. Hal ini menyebabkan terdapat banyak teori yang berbeza telah diperkenalkan, biarpun teori-teori itu berbeza, namun kebanyakan kajian terhadap kohesi adalah berdasarkan kepada kerangka teori Halliday dan Hasan (1976), iaitu, membahagikan aspek kaedah-kaedah kohesi kepada kohesi nahuan dan kohesi leksikal. Di mana kohesi nahuan boleh dibahagikan kepada empat jenis kohesi, iaitu, kohesi rujukan, kohesi penggantian, kohesi elipsis dan kohesi konjungsi. Manakala bagi kohesi leksikal pula, ia boleh dibahagikan kepada reiterasi dan kolokasi. Antara tokoh-tokoh linguistik yang terkenal dan berpengaruh dalam bidang analisis wacana yang penting dan sering dirujuk adalah seperti Liao Qiuzhong, Hu Zhuanglin, Huang Guowen dan lain-lain lagi. 23

Liao merupakan seorang tokoh linguistik bahasa Cina yang telah menjalankan banyak kajian dalam bidang analisis wacana sejak tahun 1983 hingga 1991. Banyak hasil kajian beliau adalah berkenaan dengan kohesi, koheren dan analisis struktur wacana. Beliau telah memberi sumbangan yang besar dalam mengemukakan teori kerangka berkenaan analisis wacana bahasa Cina. Selepas artikel beliau yang berjudul Kohesi Dalam Wacana Bahasa Cina ( 现代汉语篇章中的连接成分 ) diterbitkan dalam suatu jurnal linguistik pada tahun 1986, artikel tersebut telah menjadi inspirasi kepada ramai penyelidik linguistik dan banyak hasil kajian dalam bidang analisis wacana serta analisis berkenaan kohesi dalam wacana turut diterbitkan. Tokoh linguistik bahasa Cina, Hu (1994) berpendapat bahawa kohesi dan koheren dalam wacana merupakan satu topik yang harus diutamakan dalam kajian analisis wacana kerana untuk menghasilkan sebuah wacana yang bermutu, penggunaan kohesi yang tepat untuk menghubungkan unsur-unsur dalam wacana menjadi perkara yang amat penting. Hu (1994) memperkenalkan kohesi dan koheren dalam wacana bahasa Cina. Beliau telah menganalisis wacana bahasa Cina dan membandingkan secara sistematik tentang kaedah kohesi bahasa Cina dengan kaedah kohesi bahasa Inggeris berdasarkan teori Halliday dan Hasan (1976). Essentials of Text Analysis yang dihasilkan oleh Huang (1988), merupakan salah satu karya yang terawal di negara China yang menggunakan contoh-contoh bahasa Inggeris dan memperkenalkan cara yang sistematik untuk menganalisis kohesi 24

dan koheren di dalam wacana bahasa Cina. Karya beliau telah dianggap sebagai permulaan bagi analisis kohesi dalam wacana bahasa Cina oleh para penyelidik di negara China. Berdasarkan kerangka teori kohesi yang dikemukakan oleh Halliday dan Hasan (1976), beliau telah membahagikan kohesi kepada tiga kategori yang utama. Selain daripada kohesi nahuan dan kohesi leksikal yang telah dikemukakan oleh Halliday dan Hasan (1976), beliau memperkenalkan satu jenis kaedah penghubung logik yang mewakili hubungan aditif, sebab dan akibat, urutan masa dan lain-lain. Menurut pandangan beliau, untuk menghasilkan sebuah wacana yang koheren, selain daripada kaedah kohesi, ia seharus juga mempertimbangkan hubungan antara ayat dengan ayat. Penyusunan informasi dalam ayat perlu mematuhi logik di mana sesuatu perkara bermula dan berakhir supaya ia tidak mengelirukan pembaca dan menjejaskan koheren dalam wacana. Karya tempatan yang bertajuk Tatabahasa Bahasa Cina Moden ( 现代汉语语 法 ) yang dihasilkan oleh Luo (1992) merupakan salah satu karya tatabahasa bahasa Cina yang penting. Ia merupakan sebuah bahan rujukan yang lengkap dengan penerangan dan contoh-contoh tatabahasa bahasa Cina. Di antara topik-topik yang dibincangkan termasuk unsur-unsur ayat, pembentukan ayat, jenis-jenis ayat dan katakata penghubung. Dalam karya tersebut, beliau telah menunjukkan cara-cara untuk menganalisis ayat, jenis-jenis kata penghubung serta contoh-contoh kesalahan penggunaan konjungsi di dalam ayat. 25

Terdapat banyak kajian berkenaan analisis dan klasifikasi terhadap kesalahan penggunaan kohesi dalam wacana bahasa Cina bagi pelajar-pelajar yang bahasa ibunda mereka bukan bahasa Cina. Di antaranya, Wu (2007) telah menjalankan kajian terhadap karangan yang ditulis oleh pelajar dari XinJiang Ili Normal College yang berbangsa Uyghur dan Kazak, dan menganalisa kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut dalam penggunaan kohesi rujukan personal, kohesi rujukan demonstratif dan kohesi konjungsi. Sejumlah 126 buah karangan dengan lebih kurang 70,000 patah perkataan telah dianalisikan. Dapatan kajian menunjukkan kesalahan penggunaan kohesi konjungsi adalah 226 kali (54%), kesalahan kohesi rujukan personal sebanyak 123 kali (29%), dan diikuti oleh kesalahan kohesi rujukan demonstratif sebanyak 71 kali (17%). Menurut kajian beliau, pengaruh penggunaan bahasa ibunda di kalangan pelajar-pelajar merupakan factor kesalahan ini. Dalam kajian Xiao (2010), beliau telah menganalisa kesalahan penggunaan kohesi dalam karangan yang ditulis oleh pelajar-pelajar Vietnam yang mencapai tahap sederhana dan tinggi dalam peperiksaan kompetensi bahasa Cina (Hanyu Shuiping Kaoshi, HSK) yang dianjurkan oleh negara China. Dalam kajian itu, sejumlah 500 buah karangan (368,000 patah perkataan) telah dipilih dari pangkalan data untuk dianalisa. Dapatan kajian itu menunjukkan kesalahan penggunaan kohesi konjungsi adalah 387 kali (38.13%), kesalahan kohesi rujukan 26

personal sebanyak 449 kali (44.24%), dan diikuti oleh kesalahan kohesi rujukan demonstratif sebanyak 149 kali (14.68%). Manakala, kesalahan penggunaan kohesi elipsis adalah hanya 20 kali (1.97%) dan kohesi penggantian 10 kali (0.98%). Menurut pandangan beliau, golongan pelajar Vietnam yang mempelajari bahasa Cina sebagai bahasa asing amat dipengaruhi oleh penggunaan bahasa ibunda mereka, kerana struktur-struktur ayat yang salah kebanyakannya adalah hasil penterjemahan terus dari bahasa Vietnam. Zhang (2010) menjalankan kajian terhadap karangan yang ditulis oleh pelajar yang bahasa ibundanya adalah bahasa Inggeris. Golongan pelajar ini mencapai tahap tinggi dalam peperiksaan HSK. Sejumlah 62 buah karangan (25,000 patah perkataan) telah dikaji. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa kohesi konjungsi paling kerap digunakan, dan diikutinya ialah kohesi rujukan personal dan kohesi rujukan demonstratif. Kesalahan penggunaan kohesi konjungsi merangkumi sebanyak 61.49% daripada jumlah kesalahan. Kesalahan penggunaan rujukan personal adalah 19.54%, dan kesalahan penggunaan rujukan demonstratif sebanyak 18.97%. 2.4 Kerangka Teori Kohesi Kerangka teori yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan teori kohesi yang dikemukakan oleh Halliday dan Hasan (1976). 27

Rajah 2.4.1 Model kerangka teori kohesi 2.4.1 Kohesi Nahuan Menurut Halliday dan Hasan (1976), kohesi terdiri daripada kohesi nahuan ( grammatical cohesion ) dan kohesi leksikal ( lexical cohesion ). Kohesi nahuan berfungsi untuk menghubungkan unsur-unsur di antara ayat-ayat secara gramatikal, dan ianya boleh dibahagikan kepada rujukan ( reference ), penggantian ( substitution ), elipsis ( ellipsis ) dan konjungsi ( conjunction ). Manakala kohesi leksikal adalah hubungan leksikal yang wujud di antara ayat-ayat, dan ianya oleh dibahagikan kepada reiterasi ( reiteration ) dan kolokasi ( collocation ). Kajian ini hanya tumpukan pada kajian kohesi nahuan, kohesi leksikal tidak akan dibincang dalam kajian ini. 28

2.4.1.1 Kohesi Nahuan Rujukan Kohesi nahuan rujukan merupakan satu jenis kohesi nahuan dimana ianya berkaitan dengan hubungan semantik. Ia digunakan untuk merujuk kepada bahagian lain dalam wacana untuk memberi maksud yang jelas dengan menghubungkan ayatayat dalam wacana. Menurut Halliday dan Hasan (1976:37), kohesi rujukan boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu, rujukan personal, rujukan demonstratif, dan rujukan komparatif. 2.4.1.1.1 Rujukan Personal Rujukan personal merujuk kepada seseorang, sesuatu perkara atau benda yang dinyatakan dalam ayat dengan penggunaan kata ganti nama. Dalam bahasa Cina, kata ganti nama adalah sama dengan kata ganti nama dalam bahasa Inggeris kerana dalam bahasa Inggeris wujudnya kata ganti nama tunggal ( singular ) dan kata ganti nama jamak ( plural ), begitu juga dalam Bahasa Cina. Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: ganti nama diri pertama, ganti nama diri kedua, dan ganti nama diri ketiga. Contoh-contoh adalah seperti berikut: 1. Ganti nama diri pertama: 我 wǒ (saya), 我们 wǒmen (kami), 自己 zìjǐ (sendiri) 2. Ganti nama diri kedua: 你 nǐ (kamu), 你们 nǐmen (kamu), 您 nín (anda) 29

3. Ganti nama diri ketiga: 他 tā (dia) yang khas untuk lelaki, 她 tā (dia) yang khas untuk perempuan, 它 tā (ia) yang khas digunakan pada binatang atau benda yang tidak bernyawa, 他们 / 她们 tāmen (mereka). Contoh ayat (1): 当时, 我的父母都是大学生 Dāngshí, wǒ de fùmǔ dōu shì dàxué shēng. [Ketika itu] [saya] [punya] [ibubapa] [semua] [adalah] [universiti] [pelajar]. 他们一边上学, 一边培养两个孩子 Tāmen yībiān shàngxué, yībiān péiyǎng liǎng gè háizi. [Mereka] [sambil] [belajar] [sambil] [mengasuh] [dua] [orang] [anak]. Terjemahan: ( 张颖,2010:19) (Zhang Ying, 2010:19) Pada ketika itu, ibubapa saya kedua-duanya adalah pelajar university. Mereka sambil belajar sambil mengasuh dua orang anak. Penerangan: Dalam ayat (1), perkataan 他们 tāmen (mereka) adalah kata ganti nama diri ketiga yang merujuk kepada ibubapa penulis. 2.4.1.1.2 Rujukan Demonstratif Rujukan demonstratif merujuk kepada lokasi bagi subjek dan objek dalam sesuatu ayat untuk memberi maklumat tentang skala jarak bagi subjek yang 30