MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

Similar documents
turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

BAB SATU

Penghargaan

Penghargaan

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

PowerPoint Presentation

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri


KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

PowerPoint Presentation

Penghargaan

Tajuk

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

Kertas 1

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

BAB SATU

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

Microsoft Word - Apendix alla.doc

BAB 5

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

SaverBrochure_F 07.ai

PowerPoint Presentation

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

各位记者先生,小姐

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

华小董事觉醒运动缘起

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总

BookCatalog FINAL

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

Penghargaan

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH (PBS) NAIB PN. LIANG FEI SHIN PN. LEE CHAI YENG (TAHAP 1) CIK TUEH SHE PING (TAHAPN 2) KPBM: PEMENTORAN KPBI

JAWATANKUASA PENERBITAN KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP AMB. JANUARI 2008 (BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IP

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧

ZC501N_UM_FrontPg

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

Dear Parents,

AXA-Wealth Edu Brochure (2015)

Microsoft Word - Bursary

5 阅读理解二 (2 篇 ) Chinese 试卷一 : 2 个小时 (60 分 ) 1. 实用文 私人电邮 - 分享类 ( 分享经验 / 心得 ) 公务电邮 - 投诉类 2. 作文 (3 题选一 ) 命题作文 ( 写人 ) 命题作文 ( 写事 ) 情境作文 试卷二 : 1 个小时 30 分钟 (

社團改組資料

ISI KANDUNGAN (1) Pendahuluan 1 (2) Pandangan Dan Cadangan 1 (i) Menggubal sistem pembinaan sekolah komuniti bagi setiap 1 aliran sekolah (ii) Meranca

AXA-AFFIN Maximiser-Brochure(Mar2018)

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb

To:

Q: Must the Relationship Managers or sales persons handling the investment products of SCSB be licensed? Does that mean your RMs are now under SCSB? W

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he


BAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi, pemeliharaan, dan

Minit Mesyuarat

1

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

CEC’s Annual English Competition

Ã Æ Ã Ã Kangaroo Math Competition 2014 (Malaysia) Benjamin 3 points # 1. Arno spelled the word KANGAROO with cards showing one letter at a time. Unfor

Dear Parents,

I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model I am my business s guardian I am my staff s employer Many people depend on


GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format of English Language Paper (SA2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1

Transcription:

Meningkatkan Kemahiran Mengenal Pasti Komponen-Komponen dalam Ayat Tunggal Pengajian Cina oleh Chiang Lee Kwun Maktab Perguruan Perlis ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk membantu guru pelatih meningkatkan kemahiran mengenal pasti komponen-komponen ayat dalam ayat tunggal Pengajian Cina dengan mengenal pasti bentuk pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru pelatih. Guru pelatih semester 3 Pengajian Cina sering menghadapi masalah mengenal pasti komponen-komponen ayat tunggal Pengajian Cina walaupun mereka telah mempelajari kemahiran ini semasa di sekolah menengah. Oleh itu, satu kajian tindakan perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran tersebut. Kajian ini melibatkan 34 orang responden yang terdiri daripada guru pelatih kumpulan 3PC/MT (Pengajian Cina/Matematik) dan 3 PC/KH (Pengajian Cina/ Kemahiran Hidup). Segala data yang diperlukan untuk analisis dan interpretasi diperoleh melalui ujian pra, ujian pasca, soal selidik dan temubual berstruktur. Teknik mnemonic diperkenalkan dan digunakan untuk mengenal pasti komponen-komponen ayat dalam ayat tunggal Pengajian Cina. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa teknik mnemonic dapat membantu guru pelatih mengenal pasti komponen-komponen ayat dalam ayat tunggal dan ini dibuktikan dengan peningkatan skor min responden dalam ujian pasca dan hasil dapatan soal selidik dan temubual berstruktur. Hasil kajian ini juga menunjukkan walaupun teknik mnemonic dapat membantu meningkatkan kemahiran guru pelatih mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat tunggal, tetapi ia perlu disusul dengan latihan yang banyak dan perbincangan yang lebih supaya guru pelatih lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan berhubung dengan kemahiran ini. Di samping itu, cara seperti membuat kad-kad komponen ayat untuk dibawa dan dirujuk juga perlu dipertimbangkan supaya guru pelatih dapat mengingati komponen-komponen ayat dengan lebih baik. LATAR BELAKANG KAJIAN Mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat merupakan salah satu kemahiran yang utama dalam pembelajaran Tatabahasa Pengajian Cina. Komponen-komponen ayat ini dibahagikan kepada enam jenis iaitu zhuyu, weiyu, binyu, dingyu, zhuangyu dan buyu. Zhuyu, weiyu dan binyu merupakan komponen utama kepada ayat, manakala dingyu, zhuangyu dan buyu merupakan komponen sampingan. Keenam-enam komponen ini boleh terdiri daripada perkataan atau frasa. Dengan menguasai kemahiran mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat

2 seseorang akan dapat memahami struktur ayat dan maksud ayat dengan lebih baik. Di samping itu, kemahiran ini juga membantu mempertingkatkan keupayaan seseorang mengenal pasti struktur ayat yang lengkap dan dapat memastikan kombinasi komponen-komponen ayat yang digunakan adalah baku. Kemahiran mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat ini telah diperkenalkan seawal Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan seterusnya Tingkatan 5. Ia dinilai secara langsung dalam peperiksaan PMR dan SPM. Di maktab perguruan, kemahiran ini dimasukkan dalam sukatan Semester 3. Daripada 15 jam yang diperuntukkan kepada pengajaran tatabahasa, kemahiran ini telah diperuntukkan 7 jam. Dalam peperiksaan akhir semester 3, kemahiran ini diuji dalam bentuk soalan objektif dan soalan struktur. PERNYATAAN MASALAH Sepanjang tempoh pengajaran tatabahasa Pengajian Cina Semester 3, penyelidik dapati kemahiran mengenal pasti komponen-komponen ayat agar sukar dikuasai oleh guru pelatih. Justeru itu terdapat di antara mereka yang tidak berkeyakinan untuk menjawab soalan yang berhubung dengan kemahiran ini. Melalui sesi soal-jawab dengan guru pelatih, penyelidik diberitahu bahawa guru pelatih menghadapi masalah mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat tunggal terutamanya jika ayat itu agak panjang. Mereka juga menghadapi masalah ini jika komponen-komponen dalam ayat itu agak kompleks. RASIONAL KAJIAN Kajian ini perlu dilakukan bagi mengenal pasti cara terbaik untuk menguasai kemahiran ini. Dengan menguasai kemahiran ini, guru pelatih akan lebih berkeyakinan semasa menjawab soalan mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat tunggal. Ini seterusnya akan mempertingkatkan lagi profesion perguruan mereka. Di samping itu, penyelidik juga berhasrat berkongsi pengalaman dan dapatan kajian tindakan ini dengan guru-guru Bahasa Cina sekolah menengah di negeri Perlis untuk menambahbaikan lagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Cina. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk TUJUAN KAJIAN 1. Mengenal pasti kelemahan guru pelatih dalam menjawab soalan mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat tunggal Pengajian Cina. 2. Mengenal pasti bentuk pengajaran yang boleh diambil untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru pelatih.

3 3. Menilai keberkesanan tindakan yang diambil bagi mengatasi aspek kelemahan dalam mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat tunggal Pengajian Cina. PERSOALAN KAJIAN 1. Apakah kelemahan atau masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dalam kemahiran mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat tunggal Pengajian Cina? 2. Apakah bentuk pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat tunggal Pengajian Cina dikalangan guru pelatih 3 PC/KH dan 3 PC/MT? 3. Sejauh manakah keberkesanan tindakan bagi meningkatkan kemahiran mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat tunggal Pengajian Cina? KESIGNIFIKANAN KAJIAN Diharap kajian ini dapat memberi maklumbalas kepada pihak-pihak berikut: 1. Guru Pelatih Adalah diharap kajian ini dapat membantu meningkatkan kemahiran guru pelatih dalam mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat tunggal. 2. Pensyarah Hasil dapatan kajian ini juga diharapkan dapat menambahbaikkan amalan Pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Pengajian Cina. BATASAN KAJIAN Kajian ini terbatas kepada 34 responden semester 3 kumpulan 3 PC/KH dan 3 PC/MT, maka generalisasi, tafsiran, cadangan dan saranan yang dibuat tidak sesuai untuk mana-mana pihak lain walaupun sama-sama terlibat dalam pendidikan guru, kecuali jika pihak yang terlibat mempunyai ciri-ciri yang sama. Masa yang terhad dan faktor-faktor lain seperti pengetahuan sedia ada dan motivasi guru pelatih juga kemungkinan mempengaruhi ketepatan dan keunggulan kajian ini.

4 METODOLOGI KAJIAN Rekabentuk kajian Kajian ini mengaplikasikan kajian tindakan (Model Kemmis dan Mc Taggart 1992) seperti rajah 1 yang di bawah: Rajah 1: Model Kemmis dan Mc Taggart Membuat tinjauan terhadap kelemahan guru pelatih dalam mengenal pasti komponenkomponen dalam ayat tunggal Kitaran seterusnya (jika perlu) Merancang untuk meningkatkan kemahiran guru pelatih mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat tunggal. Membuat refleksi keberkesanan tindakan yang diambil Melaksanakan tindakan mengikut perancangan Mengumpul data dan menganalisis data Dalam menjalankan penyelidikan ini, penyelidik telah melaksanakan tindakan mengikut langkah-langkah berikut: a. Pada peringkat awal penyelidik telah membuat tinjauan terhadap kelemahan guru pelatih mengenal pasti komponen-komponen ayat dalam ayat tunggal dengan cara bersoal-jawab dan menjalankan ujian pra.

5 b. Setelah dikesan beberapa kelemahan, penyelidik cuba mencari jalan penyelesaian dengan membuat perancangan yang lebih rapi dalam pengajaran dan memperkenalkan mnemonic untuk membantu guru pelatih meningkatkan kemahiran mereka mengenal pasti komponenkomponen dalam ayat tunggal. c. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan mnemonic diperkenalkan untuk memudahkan guru pelatih mengenal pasti komponen-komponen ayat dalam ayat tunggal. d. Data-data daripada ujian pra dan ujian pasca, borang soal selidik dan temubual berstruktur dikumpul dan dianalisis. e. Penyelidik membuat refleksi untuk mengetahui keberkesanan tindakan yang telah diambil. Responden Responden kajian yang terlibat ialah 34 orang guru pelatih semester 3 kumpulan 3 PC/KH (Pengajian Cina/Kemahiran Hidup) dan 3 PC/MT (Pengajian Cina/Matematik). Kedua-dua kumpulan ini dipilih kerana kuliah mereka adalah berpandukan kepada sukatan palajaran semester 3 dan adalah dibawah bimbingan penyelidik. Instrumen kajian Dalam kajian ini ujian pra dan pasca, soal selidik dan temubual berstruktur digunakan. Ujian pra dan ujian pasca Ujian pra dijalankan untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang keupayaan guru pelatih menjawab soalan mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat tunggal. Ujian pasca diadakan dengan menggunakan soalan yang sama seperti ujian pra. Ujian pra meliputi 15 soalan dan begitu juga dengan ujian pasca. Soal selidik Satu set soal selidik menggunakan skala likert yang terdiri daripada 7 item (rujuk lampiran A) digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pengalaman guru pelatih menjawab soalan mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat tunggal dan keberkesanan teknik menganalisis ayat dan mnemonic bagi membantu guru pelatih menjawab soalan mengenal pasti komponenkomponen dalam ayat tunggal. Soal selidik telah diberikan kepada responden selepas mereka menduduki ujian pasca. Skalanya seperti berikut: 1 Sangat tidak setuju 2 Tidak setuju 3 Tidak pasti 4 Setuju 5 Sangat setuju

6 Temubual Temubual berstruktur disediakan. Soalan temubual berstuktur dijalankan bagi mendapatkan maklumat sokongan kepada soal selidik yang dijalankan. Dalam kajian ini terdapat 4 soalan temubual. Soalan temubual ini direkabentuk berdasarkan soalan soal selidik. Sebanyak 17 responden dipilih secara rawak untuk menjawab soalan temubual. Teknik analisis dapatan kajian Data yang dikumpul dianalisiskan dengan peraturcaraan Statistical Package For Social Sciences. Markah ujian pra dan pasca dianalisis dengan mencari kekerapan, peratus, min, sisihan piawai dan ujian Paired Sample t Test untuk membandingkan min ujian pra dan ujian pasca. Dapatan daripada soal selidik dianalisis secara min dan sisihan piawai. Manakala temubual dianalisis dengan membuat rumusan pola. TINJAUAN AWAL Satu sesi bersoal jawab dan ujian pra mengenai kemahiran mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat tunggal bagi guru pelatih semester 3PC/KH dan 3 PC/MT diadakan untuk menentukan tahap pencapaian guru pelatih terhadap kemahiran tersebut. Hasil bersoal jawab dengan guru pelatih telah menunjukkan bahawa kelemahan utama guru pelatih adalah seperti berikut: keliru terhadap ayat yang agak panjang. susah hendak mengenal pastikan komponen-komponen yang terdapat dalam ayat yang kompleks. Kelemahan ini dapat disokong dengan penelitian dari penyelidik semasa memeriksa ujian pra yang diadakan kepada mereka. RANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN Perancangan tindakan Berdasarkan kepada tinjauan awal yang telah dibuat, penyelidik merancang satu sesi pengajaran dan pembelajaran dan memperkenalkan teknik mnemonic untuk meningkatkan kemahirarn guru pelatih mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat. Sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan selama 3 jam dalam masa 2 hari. Hari pertama selama 1 jam dan hari kedua selama 2 jam berturut-turut. Mnemonic adalah satu teknik yang berkesan untuk membantu peringatan. Dalam mnemonic ini, hanya fakta-fakta penting sahaja dimasukkan dan fakta-fakta penting ini disusun dalam bentuk yang senang dihafal. Pelaksanaan tindakan Dalam melaksanakan kajian ini penyelidik telah merancang pelaksanaannya mengikut jadual 1 di bawah:

7 Jadual 1 Tempoh dan Pelaksanaan Tindakan Tempoh 9 Mac 2004 ( 1 jam) 9 Mac 2004 ( 1 jam) Pelaksanaan Bersoal jawab dengan guru pelatih tentang kelemahan mereka dalam menjawab soalan mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat dan dicatat oleh penyelidik. Ujian pra diberikan kepada guru pelatih untuk dijawab dan dianalisis oleh penyelidik. Menerang dan membincang ciri-ciri setiap komponen (zhuyu, binyu, weiyu, dingyu, zhuangyu dan buyu) dalam ayat dengan guru pelatih supaya mereka mendapat gambaran yang lebih jelas tentang ciri-ciri setiap komponen itu. Memperkenalkan dan menerangkan struktur ayat yang mempunyai komponen-komponen yang kompleks. Penyelidik juga menerangkan hubungan setiap komponen dalam ayat dengan menggunakan jadual perhubungan. 10 Mac 2004 (2 jam) Membahagikan pelatih kepada 7 kumpulan dengan tujuan membolehkan mereka berbincang dan membantu antara satu sama lain. Setiap kumpulan diberi 2 soalan yang sama. Salah satu soalan berbentuk mengisi komponenkomponen ayat dan satu soalan lagi berbentuk mengembangkan ayat dengan menambahkan komponenkomponen ayat seperti dingyu, zhuangyu dan buyu. Selepas perbincangan, setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan bilik kuliah. Memperkenalkan dan menerangkan mnemonic kepada guru pelatih. Mengajar guru pelatih membaca mnemonic itu dengan rentak yang sesuai disamping menepuk tangan mereka. Latihan ini diulang beberapa kali. Soalan mengenal pasti komponen-komponen (zhuyu, weiyu, binyu, dingyu, zhuangyu dan buyu) dalam ayat telah diberikan kepada guru pelatih untuk dijawab secara individu. Mereka digalakkan menjawab soalan yang

8 Tempoh Pelaksanaan diberi dengan menggunakan teknik mnemonic yang baru diajar. 11 Mac 2004 (45 minit) Ujian pasca telah dijalankan untuk menguji keberkesanan tindakan. 15 Mac 2004 17 orang responden dari kumpulan 3 PC/KH dan 3 PC/MT telah dipilih secara rawak untuk menjalankan temubual berstruktur. Borang temubual berstruktur dikumpul pada keesokan hari. Analisis ujian pra dan pasca ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA Jadual 2 Keputusan Ujian Pra dan Pasca Ujian Pra Ujian Pasca Markah Gred Bilangan responden (%) Bilangan responden (%) -100 D - - 0 F - - 20 E 3 - (8.8) 30 D 2 - (5.9) 40 D+ 9 - (26.5) 50 C- 5 - (14.7) 55 C 3 (8.8) 2 (5.9) 60 C+ 3 (8.8) 5 (14.7) 65 B- - 4 (11.8)

9 Ujian Pra Ujian Pasca Markah Gred Bilangan responden (%) Bilangan responden (%) 70 B 3 (8.8) 7 (20.6) 75 B+ 3 (8.8) 3 (8.8) 80 A- 3 (8.8) 13 (38.2) 90 A - - Jumlah keseluruhan 34 34 Jadual 3 Ujian t Perbandingan Tahap Pencapaian Responden dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca N Min Sisihan Piawai Ujian Pra 34 54.8 16.639 Nilai t Tahap Signifikan (P) -7.591 0.00 Ujian Pasca 34 73.7 9.303 Jadual 2 menunjukkan keputusan ujian pra dan ujian pasca, manakala Jadual 3 menunjukkan ujian t perbandingan tahap pencapaian responden dalam ujian pra dan ujian pasca. Berdasarkan Jadual 2, didapati 13 responden atau 38.2 % telah mendapat markah 80 atau 80 ke atas dalam ujian pasca berbanding dengan hanya 3 responden atau 8.8% dalam ujian pra. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 29.4% telah dicatat. Jadual 2 juga menunjukkan 19 responden atau 55.9% telah mendapat markah 50 atau 50 ke bawah, walau bagaimanapun peratus ini telah menurun dengan mendadak sehingga mencatatkan 0 responden atau 0% dalam ujian pasca. Dari Jadual 3, min bagi ujian pra ialah 54.8 % manakala 73.7 % bagi ujian pasca. Perbezaan min ujian pasca dan ujian pra adalah signifikan dengan merujuk kepada ujian t di Jadual 3. Ini membuktikan bahawa tindakan yang diambil iaitu teknik pengajaran pensyarah dan mnemonic mampu meningkatkan kemahiran guru pelatih menjawab soalan mengenal pasti komponenkomponen (zhuyu, weiyu, binyu, dingyu, zhuangyu dan buyu) dalam ayat. Walaupun demikian, keberkesanan ini tidak menyeluruh tetapi kepada golongan yang tertentu sahaja kerana sisihan piawai yang ditunjukkan dalam Jadual 3 masih tinggi iaitu 9.303 (SD> 1.000).

10 Soal selidik Jadual 4 Taburan Frekuensi dan Min Kesetujuan Terhadap Keberkesanan Tindakan ITEM Teknik mengenal pasti komponenkomponen dalam ayat yang disampaikan oleh pensyarah membantu saya menjawab soalan. 1 2 3 4 5 N N N N N (%) (%) (%) (%) (%) - - 1 21 12 (2.9) (61.8) (35.3) Min Sisihan Piawai 4.32 0.5349 Membaca ayat dengan teliti sebelum menjawab soalan merupakan langkah yang penting. - - - 5 (14.7) 29 (85.3) 4.85 0.3599 Membahagikan subjek dan prediket terlebih dahulu dapat membantu saya mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat dengan senang. - - - 4 (11.8) 30 (88.2) 4.88 0.3270 Teknik mnemonic membantu saya mengenal pasti kedudukan komponenkomponen dalam ayat dengan lebih mudah. - 1 (2.9) 4 (11.8) 19 (55.9) 10 (29.4) 4.12 0.7288 Latihan mengenal pasti komponenkomponen dalam ayat membantu saya menjawab soalan dengan baik. - - 3 (8.8) 17 (50.0) 14 (41.2) 4.32 0.6382 Saya lebih yakin menjawab soalan mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat tunggal dengan teknik menganalisis ayat dan mnemonic - - 6 (17.6) 18 (52.9) 10 (29.4) 4.12 0.6860 Dengan adanya mnemonic, saya tidak terganggu semasa saya menjawab soalan mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat. - 2 (5.9) 11 (32.4) 17 (50.0) 4 (11.8) 3.68 0.7676 Purata keseluruhan 4.33 0.5774

11 Berdasarkan Jadual 4, didapati skor min bagi kesetujuan guru pelatih semester 3 PC/KH dan 3 PC/MT terhadap keberkesanan tindakan ialah 4.33 (SD =0.5774). Merujuk kepada interpretasi min yang diberi, dapat dirumuskan guru pelatih semester 3 PC/KH dan 3 PC/MT bersetuju bahawa tindakan yang diambil itu berkesan. Analisis secara terperinci bagi setiap item dalam keberkesanan tindakan pula menunjukkan bahawa item membahagikan subjek dan prediket terlebih dahulu dapat membantu saya mengenal pasti komponen-komponen ayat dengan senang mencatatkan skor min yang tertinggi iaitu 4.88 (SD=0.3270), manakala item dengan adanya mnemonic, saya tidak terganggu semasa saya menjawab soalan komponen-komponen ayat menunjukkan skor min yang agak rendah iaitu 3.68 (SD=0.7676). Walau bagaimanapun skor min bagi semua item adalah pada tahap di mana guru pelatih bersetuju bahawa teknik yang digunakan dalam tindakan memberi kesan yang positif kepada mereka. Analisis temubual berstruktur Soalan temubual berstruktur telah dijalankan bagi mendapatkan maklumat sokongan kepada soal selidik yang dijalankan. Dalam kajian ini terdapat 4 soalan temubual. Seramai 17 orang responden yang dipilih secara rawak telah ditemubual. Berhubung dengan masalah yang dihadapi oleh guru pelatih semasa menjawab soalan berhubung dengan mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat, seramai 9 atau 52.9 % menyatakan bahawa mereka berasa keliru dan tidak berkeyakinan untuk menjawab soalan mengenal pasti komponen-komponen dan menghadapi masalah untuk mencari kata kunci komponen-komponen terutama ayat yang panjang. Manakala 8 orang responden atau 47.1 % menyatakan bahawa masalah mereka ialah tidak dapat mengenal pasti kedudukan komponen-komponen dalam ayat dengan tepat. Dari respon yang dinyatakan di atas, analisis dapatan yang boleh dibuat ialah kebanyakan guru pelatih bersetuju bahawa mereka menghadapi masalah semasa menjawab soalan mengenal pasti komponen-komponen ayat. Masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka adalah seperti yang berikut: keliru dan tidak berkeyakinan untuk menjawab soalan mengenal pasti komponenkomponen dalam ayat menghadapi masalah untuk mencari kata kunci komponen-komponen terutama ayat yang panjang tidak dapat mengenal pasti kedudukan komponen-komponen dalam ayat dengan tepat Berhubung dengan pendapat mereka terhadap teknik mengenal pasti komponenkomponen ayat yang disampaikan oleh pensyarah membantu mereka menjawab soalan. Analisis dapatan menunjukkan 88.2 % bersetuju bahawa teknik yang disampaikan oleh pensyarah memang membantu mereka dengan memudahkan mereka mencari kata kunci komponenkomponen ayat, lebih berkeyakinan semasa menjawab dan memenuhi kehendak mereka, misalnya:

12 Ya, teknik yang disampaikan oleh pensyarah dapat membantu saya menjawab soalan kerana ia memudahkan saya mencari kata kunci untuk menyelesaikan masalah (responden 13) Ya, teknik yang disampaikan oleh pensyarah membantu saya menjawab soalan. Ini adalah kerana teknik yang disampaikan oleh pensyarah menepati kehendak saya apabila menjawab soalan berhubung dengan mengenal pasti komponenkomponen ayat. (responden 14) Ya, teknik yang disampaikan oleh pensyarah dapat membantu saya ketika menjawab soalan komponen-komponen ayat. Ini kerana dengan mendengarteknik yang disampaikan oleh pensyarah, saya lebih berkeyakinan ketika menjawab soalan tentang komponen-komponen ayat (responden 1) Terdapat 5.9% menyatakan teknik yang disampai oleh pensyarah hanya memberi sedikit bantuan kepada mereka. Pernyataan yang diberi adalah seperti berikut: Membolehkan saya memahami sedikit komponen-komponen ayat. (responden 5) Manakala 5.9% pula menyatakan pada mulanya mereka berpendapat teknik yang disampai oleh pensyarah tidak membantu dalam menjawab soalan mengenal pasti komponenkomponen dalam ayat, walau bagaimanapun, akhirnya mereka bersetuju dengan keberkesanannya juga, contoh: Pada mulanya saya berasa ia tidak membantu, ini kerana saya masih tidak mahir dengan teknik itu. Lama-kelamaan, saya berasa teknik ini agak berguna, saya sudah dapat menjawab soalan dengan tepat. (responden 8) Analisis dapatan dari hasil temubual yang dinyatakan di atas, didapati kebanyakan guru pelatih bersetuju bahawa teknik menganalisis ayat yang disampaikan oleh pensyarah dapat membantu mereka menjawab soalan mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat. Cuma masa yang diberi untuk mereka menguasai teknik ini perlu dipanjangkan. Mengenai persoalan bagaimana pula dengan teknik mnemonic, 23.5% berpendapat bahawa teknik mnemonic ini sangat berkesan dan 70.6% berpendapat bahawa teknik ini berkesan. Mereka menyatakan bahawa teknik ini berkesan kerana mudah dihafal, senang diingati, mempunyai kata-kata kunci dan membantu mengimbas kembali apa yang telah dibelajar, misalnya:

13 Mnemonic ini dapat membantu saya semasa menjawab soalan. Ia membantu saya mengimbas kembali dan menyenangkan saya menjawab soalan. (responden 6) Teknik mnemonic telah banyak membantu saya dalam menjawab soalan. Ini adalah kerana mnemonic ini senang dihafal. Selain itu, ia juga mempunyai kata-kata kunci. Kata-kata kunci ini membolehkan saya menjawab soalan dengan baik. (responden 14) Daripada mereka yang menyatakan teknik mnemonic itu berkesan, terdapat 8.3% dari 70.6% yang telah memberi kenyataan berikut: Teknik mnemonic memang membantu saya dalam menjawab soalan, tetapi ia digunakan secara umum sahaja. Kami perlu memahami ayat itu dahulu barulah mengetahui apakah yang disebutkan oleh mnemonic itu bersesuaian atau tidak. (responden 2) Cuma terdapat 5.9% yang menyatakan teknik mnemonic itu tidak membantu dan mengelirukan mereka. Pernyataan yang diberi oleh mereka adalah seperti berikut: Kepada saya, teknik mnemonic ini tidak membantu langsung, sebaliknya mengelirukan saya lagi. Ini kerana saya telah mempunyai cara yang tersendiri untuk mengingati. (responden 7) Analisis hasil temubual di atas, didapati teknik mnemonic ini merupakan satu teknik yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran guru pelatih mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat. Ia mudah dihafal, senang diingati, mempunyai kata-kata kunci dan membantu mengimbas kembali apa yang telah dibelajar. Manakala kepada mereka yang menafikan keberkesanan teknik ini, sebab utama bukan ketidakkeberkesanan teknik itu tetapi disebabkan pengetahuan sedia ada mereka telah menyebabkan meraka tidak senang menerima teknik mnemonic ini. Apabila diminta memberi cadangan berhubung dengan langkah mempertingkatkan kemahiran guru pelatih menjawab soalan mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat tunggal, 70.6% telah mencadangkan supaya latihan dan perbincangan yang banyak perlu diadakan. 23.5% pula mencadang menggunakan teknik mnemonic dan berbincang dengan mereka semasa mereka menghadapi masalah dan selepas itu memberi latihan. Manakala 5.9% mencadang membuat kadkad komponen ayat supaya dapat membuat rujukan apabila perlu. Analisis dapatan kajian di atas telah menunjukkan walaupun teknik mnemonic dapat membantu meningkatkan kemahiran guru pelatih mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat tunggal, tetapi ia perlu disusul dengan latihan yang banyak dan perbincangan yang lebih supaya guru pelatih lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan berhubung dengan kemahiran ini. Di

14 samping itu, cara seperti membuat kad-kad komponen ayat untuk dibawa dan dirujuk juga perlu dipertimbangkan supaya guru pelatih dapat mengingati komponen-komponen ayat dengan lebih baik. RELEKSI Dalam proses melaksanakan kajian tindakan ini penyelidik merasakan kajian ini masih belum sempurna terutamanya dari segi tempoh pelaksanaan tindakan. Keadaan ini telah menyebabkan keberkesanan tindakan yang diambil tidak begitu menyeluruh dan hanya bermanfaat kepada segolongan guru pelatih semester 3 sahaja. Ini dapat dilihat dalam Jadual 3 di mana terdapat perningkatan tetapi sisihan piawainya masih tinggi. Keadaan ini berlaku disebabkan kesibukan penyelidik dalam tugas-tugas rasmi yang seterusnya menyebabkan kekangan masa untuk menjalankan tindakan berlaku. Walau bagaimanapun, hasil dapatan kajian tindakan ini telah memberi ilham yang memberangsangkan kepada penyelidik untuk menangani masalah yang dihadapi oleh guru pelatih semasa mereka menjawab soalan mengenal pasti komponenkomponen zhuyu, weiyu, binyu, dingyu, zhuangyu dan buyu dalam ayat tunggal Pengajian Cina. PENUTUP Untuk mempertingkatkan penguasaan Tatabahasa Pengajian Cina, kemahiran mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat tunggal perlu diambil berat. Ia merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang bakal guru Bahasa Cina demi mempertingkatkan lagi kualiti profesiolismenya. Dalam hal ini, peranan pensyarah sebagai seorang fasilitator adalah amat penting. Pensyarah perlu sentiasa peka dengan keperluan guru pelatih dan kreatif dengan mencuba pelbagai teknik yang dapat membantu guru pelatih, antaranya teknik mnemonic yang mudah dan senang dihafal dan tidak kurang keseronakannya. SENARAI RUJUKAN Chinese Independent School Unified Syllabus Committee (1989). Zhongxue hanyu zhishi. Kuala Lumpur: United Chinese School Committees Association of Malaysia (UCSCAM). Jin Zhihao (1997). Zhongguo zhongxuesheng yuwen zhishi daquan. Shanghai: Yuandong Chubanshe. Liao Dingwen (1987). Xiandai hanyu yufa ru men. Guizhou: Renmin Chubanshe. Luo Huayan (2003). Xiandai hanyu yufa. Ipoh : Penerbit Seni Hijau Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah: Bahasa Cina tingkatan 2. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

15 Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah: Bahasa Cina tingkatan 3. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah: Bahasa Cina tingkatan 4. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah: Bahasa Cina tingkatan 5. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

16 SOAL SELIDIK LAMPIRAN A MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN AYAT DALAM AYAT TUNGGAL BAHASA CINA ARAHAN: Baca maklumat yang disediakan dengan teliti dan tandakan ( / ) dalam ruang yang anda fikirkan sesuai berdasarkan skala pengukur berikut: 5 Sangat setuju 4 Setuju 3 Tidak pasti 2 Tidak setuju 1 Sangat tidak setuju 1. Teknik mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat yang disampaikan oleh pensyarah membantu saya menjawab soalan. 1 2 3 4 5 2. Membaca ayat dengan teliti sebelum menjawab soalan merupakan langkah yang penting. 3. Membahagikan subjek dan prediket terlebih dahulu dapat membantu saya mengenal pasti komponenkomponen dalam ayat dengan senang. 4. Teknik mnemonic membantu saya mengenal pasti kedudukan komponen-komponen dalam ayat dengan lebih mudah. 5. Latihan mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat membantu saya menjawab soalan dengan baik. 6. Saya lebih yakin menjawab soalan mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat tunggal dengan teknik menganalisis ayat dan mnemonic 7. Dengan adanya mnemonic, saya tidak terganggu semasa saya menjawab soalan mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat.

17 LAMPIRAN B BORANG TEMUBUAL 1. Apakah masalah yang anda hadapi semasa menjawab soalan berhubung dengan mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat? 2. Adakah teknik mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat yang disampaikan oleh pensyarah membantu saya menjawab soalan? 3. Bagaimana pula dengan teknik mnemonic? 4. Apakah langkah yang anda ingin cadangkan supaya guru pelatih dapat menjawab soalan mengenal pasti komponen-komponen dalam ayat tunggal dengan lebih baik lagi?

18 LAMPIRAN C MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN AYAT DALAM AYAT TUNGGAL UJIAN PRA/PASCA 姓名 : 成绩 : 组别 : 日期 : 试以符号分析下面句子 : 1. 山坡上的野花开得美极了. 2. 一辆小汽车从窗前开过. 3. 茫茫的草原上走动着雪白的羊群. 4. 玻璃这么亮是谁擦的. 5. << 教育天地 >> 是一本受读者欢迎的刊物. 6. 同学们正在操场上紧张激烈地比赛篮球. 7. 读报纸和看电视都给我增长了不少知识. 8. 眼泪汪汪的小妹妹说她丢了玩具. 9. 小华把物理实验报告忘在家里了. 10. 学好文化知识是人民对青年一代的嘱托. 11. 那挺拔的翠竹象征着不屈的敖云山人民. 12. 一列满载化肥的火车从城市开往边远山区. 13. 家家户户的庭前屋候都生长着枝叶挺拔的椰子树和槟榔树.

19 14. 一大批富于献身精神和创新能力的科学家为我国的现代化建设做 出了新贡献. 我从十岁起, 便在镇口的咖啡店里当伙计.