Minit Mesyuarat

Similar documents
PowerPoint Presentation

PowerPoint Presentation

华小董事觉醒运动缘起

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

1. NAMA DAN ALAMAT PENDAFTARAN 1.1 Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) atau dengan perkataan Inggeris Malaysian

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

BAB SATU


4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

Penghargaan

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

SaverBrochure_F 07.ai

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

1

PowerPoint Presentation

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

BAB SATU

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Penghargaan

Penghargaan

Tajuk

ABMB_document_template_v1

CashVantage Financing-i Terms & Conditions

ZC501N_UM_FrontPg

KANDUNGAN pg 1 pg 2 pg 3-25 PERATURAN PERNIAGAAN PENGEDAR CNI Objektif Perjanjian Pengedar Peraturan Perniagaan Pengedar 目錄 pg 26 pg 27 pg CNI 商

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH (PBS) NAIB PN. LIANG FEI SHIN PN. LEE CHAI YENG (TAHAP 1) CIK TUEH SHE PING (TAHAPN 2) KPBM: PEMENTORAN KPBI

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

Privacy Notice

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

Á ÂÛÚÐ %ÜÝ $&'%ÜÞ $&' ()*!( (( ß!à á â;ã ) äæåçpèé+êë;ì í îý 6%!3 % ª«% 0.% ±,7 ² ³ µ! 08 %!¹º» 9%% ¼½ 9¾ yà * ïð Á Â Ã Ä ÅÇÆ È $È :; É ;< É => É <? É

PERJANJIAN KEAHLIAN (Syarat-syarat) 1. Untuk menjadi seorang Pengedar di "Mc-Ocean Holding Sdn Bhd" (selepas ini dirujuk sebagai Syarikat), pemohon me

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

Transactions with PIN cards at PIN enabled terminals / Transaksi menggunakan kad PIN di terminal berkeupayaan PIN / 在允许密码操作的终端机以 PIN 卡进行交易 Start trans

Q: Must the Relationship Managers or sales persons handling the investment products of SCSB be licensed? Does that mean your RMs are now under SCSB? W

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

ABMB_document_template_v1

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

CC-CompanyProfile-A4.pdf

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

社團改組資料

Microsoft Word - AG867AFS2010

AXA-Wealth Edu Brochure (2015)

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

HEALTH A-Plus Junior CriticalCare A closer look at the benefits Medical advancements for the treatment and early detection of critical illnesses have

GWPPC T&C _edited

MCA Youth and Wanita Division Delegates (MCA Website)_V2.pdf

Microsoft Word - Avail News _Januari 2015_.doc

TRANSFEROR ( 转让人 ) 股份转让表格 SHARE TRANSFER FORM MLD/R036 (R7-11/04/2011) Stamp Duty RM10.00 Processing Fees RM3.00 I of do hereby agree to transfer my R

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧

Persediaan Awal PENGGUNAAN Sila hubungi juruteknik profesional untuk pemasangan. Jangan memasangnya sendiri. Sahkan parameter Nota: Tekanan bekalan ga

AXA-AFFIN Maximiser-Brochure(Mar2018)

6. P.Pinang P051 Bayan Baru 峇央峇鲁 7. Perak P064 Ipoh Timur 怡保东区 8. Perak P065 Ipoh Barat 怡保西区 9. Perak P066 Batu Gajah 华都牙也 10. Perak P070 Kampar 金宝 11

ISI KANDUNGAN (1) Pendahuluan 1 (2) Pandangan Dan Cadangan 1 (i) Menggubal sistem pembinaan sekolah komuniti bagi setiap 1 aliran sekolah (ii) Meranca

To:

Kertas 1

各位记者先生,小姐

MB-07OB MB-07WG

CEC’s Annual English Competition

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

Transcription:

PERSEKUTUAN PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA (Registration No : 0799-08-WKL) 1 Secretariat Office : 19, Lebuh Batu Maung 12/1, 11960 Pulau Pinang. Tel : 017-4614178 Fax : 04-6264361 Email : pppsbm@gmail.com Minit Mesyuarat Agung Tahunan (PPSB) yang ke-6 telah diadakan pada hari Jumaat,, jam 10.45 am bertempat di Banquet 1, Lanson Place Ambassador Row, 1, Jalan Ampang Hilir, 50300 Kuala Lumpur. Hadir : A. Wakil Jawatan Ahli Persatuan 1. Dato Tok Teng Sai DSMT, DMPT, ASM, AMN, PJK 2. Dato Lee Kong Heng, DIMP, AMP Presiden Naib Presiden Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Terengganu Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Pahang 3. Cik Carole Loh Chooi Lean 4. En. Mah Swee Lye 5. En. John Chen Joon Onn, JP 6. En. Chaw Soo Peoh Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengusaha Sarang Burung Walit Pulau Pinang Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Selangor Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Melaka Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Perak 7. En. Loh Siaw Kuei Ahli Jawatankuasa Sarawak Bird s Nest Merchants Association 8. En. Khor Swee Hock Ahli Jawatankuasa Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Perlis 9. En. Cheoh Thian Shing Ahli Jawatankuasa Persatuan Pemilik Gudang Burung Layang-Layang Negeri Sembilan 10. En. Allen Tan Swee Meng Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengusaha Industri Sarang Burung Negeri Johor 11. En. Lawrence Tan Meng Kuang 12. En. LiuThian Leong 13. En. Jesse Tang Yu Hang 14. En. Ooi Siong Hwa, PB 15. En. Out Teck Meng 16. En. Goh Chooi Tean 17. En. Lee Koi Chuan 18. En. Liw Chong Liong Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Juruaudit, PPSB Juruaudit, PPSB Ahli Ahli Ahli Persatuan Pengusaha Burung Walit Daerah Kemaman, Terengganu Sarawak Bird s Nest Import & Export Association Sarawak Bird s Nest Suppliers Association Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Kelantan Persatuan Pedagang Sarang Burung Muar Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Kedah Persatuan Pengutip Dan Pedagang Sarang Burung Perak Utara, Perak Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Melaka

2 19. En. Wong Pong Hol Ahli Persatuan Pengusaha Rumah Sarang Burung Walit, Batang Padang, Perak 20. En. Calvin Chai Boon Seong 21. Dato Lee Yuen Fong DSNS 22. En. Phang Kam Wah 23. En. Steven Ng Peng Wah Ahli Ahli Ahli Ahli Persatuan Pedagang Sarang Burung Tanjung Malim, Perak Persatuan Pengusaha-pengusaha Burung Walit Negeri Sembilan Darul Khusus Pertubuhan Perniagaan Dunia Sarang Burung Walit Malaysia Sabah Swiftlet House & Bird s Nest Industry Association B. Tidak Hadir : 1. Dato Chow Liong DIMP, AMP 2. En. Chieng Lea Phing C. Delegasi: 1. En. Koh Weng Peow 2. En. Lee Voon Kok 3. En. Leng Wa Nam 4. En. Jackson Loo Chin Choy 5. Pn. Heng Weai Kok 6. En. Lim Boon Yeow 7. En. Lavernt Chen Vun Wo 8. En. Tioh Fook Men 9. En. Tan Chong Wan 10. En. Dee Poh Chuan 11. En. Lee Cheng Siong 12. En. Ng Yit Foong 13. Pn. Tan Mui Wa Jawatan Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatan Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Setiausaha Setiausaha Bendahari Naib Presiden Setiausaha Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa Setiausaha Penolong Setiausaha Setiausaha Ahli Persatuan Persatuan Pengusaha Sarang Burung Walit Negeri Pahang Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit Bintulu Ahli Persatuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Perlis Persatuan Pengutip Dan Pedagang Sarang Burung Perak Utara, Perak Persatuan Pedagang Sarang Burung Tanjung Malim, Perak Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Selangor Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Selangor Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Melaka Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Melaka Persatuan Pengusaha-pengusaha Burung Walit Negeri Sembilan Darul Khusus Persatuan Pengusaha-pengusaha Burung Walit Negeri Sembilan Darul Khusus Persatuan Pemilik Gudang Burung Layang-Layang Negeri Sembilan Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Kelantan Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Kelantan Persatuan Pedagang Sarang Burung Muar

3 14. En. Tan Boon How Ahli Persatuan Pengusaha Industri Sarang Burung Negeri Johor 15. En. Leong Kah Foong Naib Presiden Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Pahang 16. En. Low Kok Leong 17. En. Wong Teck Heng 18. En. Lee Kia Boon 19. En. Wong Nguie Jin D. Turut Hadir: 1. En. Liew Chin Huat Penolong Setiausaha Setiausaha Bendahari Ahli Urusetia PPSB Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Pahang Sarawak Bird s Nest Merchants Association Sarawak Bird s Nest Merchants Association Sarawak Bird s Nest Import & Export Association

4 1 1.1 1.2 1.2.1 1.2.2 ALUAN PENGERUSI Dato Tok telah mengumumkan mulanya Mesyuarat Agung Tahunan selepas mengesahkan cukupnya kuorum. LAPORAN TERKINI AGENSI KERAJAAN CHINA Dato Tok menjemput En. Tan Boon How membuat sedikit laporan tentang permintaan dan keputusan terbaru agensi kerajaan China. Laporan En. Tan Boon How adalah seperti berikut: i. Pihak China telah membuat pindaan terhadap Standard Keselamatan Makanan Negara GB 14881 dan menamakannya sebagai GB 14881-2013. ii. Dalam GB 14881-2013, sarang burung walit termasuk di dalamnnya. iii. Standard baru tersebut akan dilaksanakan pada 01-Jun-2014. iv. Sarang burung walit mesti boleh dijejaki jika berlakunya sebarang kejadian. Ini bermakna sistem daya jejak mesti dimulai dari premis sarang burung walit sehingga ke kilang pemprosesan. v. Bank data premis burung walit di pihak China telah siap dan ujian telah dibuat di negeri China. vi. Agensi kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan akan datang ke Malaysia untuk membuat pemeriksaan terhadap premis burung walit untuk mengetahui lebih banyak tentang kandungan bakteria serta tahap nitrit. vii. Pihak China sedang membuat draf standard SOP bagi sarang burung jenis raw-unclean, hanya sedang menunggu maklum balas dari pihak Malaysia. 1.2.3 1.2.4 1.2.5 1.2.6 En. Tan menyatakan bahawa berkaitan dengan bank data tersebut, beliau telah menghubungi Dr. Hisham dan dia menerangkan bahawa kerana kekeliruan dalam industri terhadap cip ID telah menyusahkan proses pendaftaran premis. En. Tan juga mencadangkan satu jawatankuasa teknikal ditubuhkan untuk berkomunikasi dengan pihak China berkaitan dengan standard sarang burung walit jenis raw-unclean & raw-clean untuk mengetahui lebih mendalam tentang permintaan pihak China. Pihak China juga memberi perhatian berat terhadap kawalan tahap mikroorganisma semasa pemprosesan. Menurut En. Tan, pada masa hadapan kilang pemprosesan tempatan bertahap HACCP akan membuat pemprosesan sarang burung walit raw-unclean secara minima dan mengeksport ke China untuk memproses dengan tahap lebih mendalam. Oleh itu akan terdapat banyak kilang pemprosesan di China pada masa itu.

5 1.3 PAMERAN DI XIAMEN 1.3.1 Dato Tok melaporkan bahawa terdapat satu pameran di Xiamen, dan PPSB akan berbincang sama ada akan melibatkan diri dalam pameran tersebut. 1.4 AGROBANK DAN AGENSI KERAJAAN 1.4.1 Dato Tok melaporkan bahawa beliau pernah berbincang dengan Agrobank tentang pembiayaan kewangan untuk industri sarang burung. Pihak bank berpandangan bahawa adalah lebih baik memberi bantuan kewangan kepada kilang pemprosesan daripada premis burung walit. Kerana banyak pemilik premis burung walit tidak berupaya membayar balik ansuran bulanan pinjaman. 1.4.2 1.4.3 1.4.4 1.4.5 Syarat untuk Agrobank mempertimbangkan permohonan pinjaman sesebuah kilang pemprosesan adalah ianya mesti mendapat kelulusan mengeksport dari pihak China. Pinjaman maksima RM5 juta akan dipertimbangkan tertakluk kepada terma dan syarat tertentu. Dato Tok melaporkan beliau telah menulis surat kepada Menteri Pertanian untuk membuat satu temujanji dengan Menteri untuk berkomunikasi dan menyuarakan sebarang isu dalam industri. Selain Menteri Pertanian, beliau juga menulis surat kepada Perdana Menteri untuk mengucapkan tahniah dipilih semula sebagai Perdana Menteri. Dato Tok juga berterima kasih kepada Tan Sri Ong Ka Ting sebab dengan bantuannya banyak isu-isu teknikal telah diselesaikan dengan berkesan. 2 2.1 2.2 2.3 2.4 LAPORAN TAHUNAN JAWATANKUASA EKSEKUTIF PPSB BAGI TAHUN 2012/2013 Setiausaha Eksekutif En. Liew Chin Huat menjelaskan bahawa dalam LaporanTahunan Jawatankuasa Eksekutif 2012/2013, beliau melabelkan ahli yang diwakili dalam mesyuarat sebagai Tidak hadir. Atas permintaan, beliau akan mengubah kedatangan ahli yang diwakili sebagai Hadir, tetapi dengan satu tanda yang menunjukkan ahli tersebut diwakili dalam mesyuarat tertentu. En. Wong Teck Heng mencadangkan nama beliau dikeluarkan dari jadual kehadiran dalam Laporan Tahunan Jawatankuasa Eksekutif PPSB untuk mengelakkan kekeliruan kerana beliau tidak lagi berperanan sebagai wakil Sarawak Bird s Nest Merchant Association. Laporan Tahunan Jawatankuasa Eksekutif PPSB bagi tahun 2012/2013 dibentangkan untuk makluman dan kelulusan Ahli Mesyuarat. Laporan Tahunan Jawatankuasa Eksekutif PPSB bagi tahun 2012/2013 diluluskan atas cadangan En. Ooi Siong Hwa dan disokong oleh Dato Lee Kong Heng.

6 Ketetapan : Bahawa Laporan Tahunan Jawatankuasa Eksekutif PPSB bagi tahun 2012/2013 diluluskan dan diterima. 3 LAPORAN BENDAHARI DAN PENYATA KEWANGAN PPSB YANG TELAH DIAUDIT BAGI TAHUN BERAKHIR 31-12-2012 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 Laporan Bendahari dan Penyata Kewangan PPSB yang telah diaudit bagi tahun berakhir 2012 dibentangkan untuk kelulusan Ahli Mesyuarat. Mesyuarat dimaklumkan bahawa baki tunai di dalam bank pada 31-12-2012 adalah RM48,952.88 Mesyuarat meluluskan Laporan Bendahari dan Penyata Kewangan PPSB yang telah diaudit bagi tahun berakhir 31-12-2012, dengan cadangan En. Liu Thian Leong dan disokong oleh En. Allen Tan Swee Meng. Setiausaha Eksekutif En. Liew Chin Huat menyeru ahli yang memasukkan cek atau tunai ke dalam akaun PPSB segera memaklumkan dia dan memberi segala maklumat seperti nombor cek dan bank kerana terdapat sejumlah wang dalam akaun PPSB yang tidak diketahui sumbernya. En. Liew juga menjelaskan bahawa semasa penyediaan Laporan Bendahari dan Penyata Kewangan PPSB, Juruaudit En. Out Teck Meng berada di luar negara, oleh itu beliau tidak dapat menandatangi laporan tersebut, dan beliau diminta menandatangi laporan itu dalam mesyuarat serta-merta. En. Liew menanyakan sama ada hutang oleh ketiga-tiga ahli yang sudah keluar dari PPSB dihapus kira, kerana menurut Laporan Bendahari, ketiga-tiga persatuan tersebut masih berhutang dengan PPSB. Mesyuarat sebulat suara bersetuju menghapus kira hutang-hutang tersebut. Ketetapan : Bahawa Laporan Tahunan Bendahari Dan Penyata Kewangan PPSB bagi tahun berakhir 31-12-2012 diluluskan dan diterima. 4 PINDAAN PERLEMBAGAAN PPSB 4.1 Cik Carole Loh melaporkan bahawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa, persetujuan tentang pindaan yang perlu dibuat ke atas perlembagaan telah dicapai, tetapi menurut Perlembagaan PPSB, pindaan perlembagaan mesti dibuat melalui Mesyuarat Agung.

7 4.2 Cik Carole Loh menjelaskan bahawa pindaan yang dibuat dalam tahun 2012 telah ditolak oleh ROS kerana ketidak keseimbangan jumlah Ahli Jawatankuasa berbanding dengan jumlah ahli biasa. Dalam Mesyuarat Jawatankuasa, cadangan pindaan Ahli Jawatankuasa adalah seperti berikut: 1 Seorang Yang Dipertua 1 Seorang Timbalan Yang Dipertua 3 Tiga orang Naib Yang Dipertua 1 Seorang Setiausaha 1 Seorang Penolong Setiausaha 1 Seorang Bendahari 8 Lapan orang Ahli Jawatankuasa Biasa 16 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 Cadangan pindaan Perlembagaan seperti di atas diterima mesyuarat dengan cadangan En. Lee Koi Chuan, dan disokong oleh Dato Lee Yuen Fong. En. Mah Swee Lye berpendapat bahawa masalah kuorum tidak mencukupi tidak akan timbul jikalau tempoh notis yang mencukupi diberi bagi Mesyuarat Jawatankuasa. Cik Carole Loh menjelaskan bahawa mesyuarat kecemasan adalah terpaksa kerana notis singkat diberikan oleh agensi kerajaan, dan PPSB cuba bermesyuarat sebelum berjumpa dengan agensi kerajaan untuk mendapat seberapa banyak pendapat ahli-ahli. En. Mah Swee Lye berpandangan bahawa tidak perlu setiap kali PPSB menjemput kesemua ahli jawatankuasa untuk bermesyuarat, tetapi hanya beberapa wakil sudah mencukupi untuk mengumpul cadangan dan pandangan. Beliau menegaskan PPSB harus mengikut Perlembagaan dalam mengadakan sebarang mesyuarat. Cik Carole Loh menjelaskan bahawa PPSB cuba melibatkan seberapa banyak ahli jawatankuasa yang boleh demi mengelakkan sebarang ketidak puasan antara ahli-ahli jawatankuasa. 4.8 En. Steven Ng menyuarakan perbezaan antara Jawatankuasa Penuh, iaitu kesemua ahli jawatankuasa, dan Jawatankuasa Eksekutif, iaitu hanya sesetengah ahli yang terlibat yang hanya akan dipanggil untuk bermesyuarat jika terdapat mesyuarat kecemasan dengan agensi kerajaan. 4.9 En. Allen Tan Swee Meng dengan rujukan Perlembagaan Fasal 8.6, menjelaskan bahawa notis 7 hari seharusnya diberi untuk Mesyuarat Jawatankuasa, Yang Dipertua atau tidak kurang daripada 4 orang ahli jawatankuasa bersama-sama berhak pada bila-bila masa memanggil Mesyuarat Jawatankuasa. 4.10 En Cheoh Thian Shing menanyakan kedudukan ahli biasa bukan jawatankuasa, kerana ahli biasa tersebut juga perlu membuat laporan kepada ahli masingmasing dalam negeri.

8 4.11 4.12 4.13 Cik Carole Loh menjawab bahawa menurut kebiasaan PPSB, semua ahli dijemput menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa. En. Steven Ng bertanya sama ada perlunya membuat pindaan Perlembagaan supaya PPSB boleh melantik Penasihat. En. Allen Tan menjawab Perlembagaan PPSB telah mempunyai Fasal tersebut iaitu Fasal 14. 4.14 Cik Carole Loh mencadangkan membuat pindaan Fasal 8.1 kerana Perlembagaan menyatakan bahawa pemilihan Jawatankuasa hanya boleh dibuat dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Cadangan beliau adalah seperti berikut: Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai PPSB hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam: i. Mesyuarat Agung Tahunan, atau; ii. Mesyuarat Agung Khas 4.15 4.16 4.17 4.18 4.19 Mesyuarat menerimanya dengan cadangan Dato Lee Kong Heng, dan disokong oleh Dato Lee Yuen Fong. En. Ooi Siong Hwa bertanya tentang Fasal 1, nama singkat persatuan sama ada PPPSBM atau PPSB. Tetapi menurut sijil pendaftaran, ianya PPSB, oleh itu mesyuarat memutuskan mengikut sijil pendaftaran kerana sijil tidak boleh dipinda. En. Ooi juga menyoalkan alamat PPSB dalam Fasal 2. En. Liew menjawab pindaan telah dibuat di ROS, tetapi belum lagi mengemaskini dalam Perlembagaan PPSB. 5 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 5.1 5.1.1 KEHADIRAN PERSATUAN PENGUSAHA SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG KUALA KRAI, KELANTAN En. Ho Chung Loong, pengerusi Persatuan Pengusaha Sarang Burung Layang- Layang Kuala Krai, Kelantan, bekas ahli PPSB, telah memasuki bilik mesyuarat bertujuan menyertai Mesyuarat Agung Tahunan. Sebagai Pengerusi mesyuarat, Dato Tok telah meminta beliau keluar dari bilik mesyuarat kerana persatuan beliau bukan lagi ahli PPSB, dan ahli-ahli PPSB akan memutuskan sama ada beliau masih berhak menyertai mesyuarat tersebut kemudian. 5.1.2 Dato Tok menjelaskan bahawa PPSB telah mengeluarkan surat penerimaan pengeluaran dari PPSB kepada persatuan tersebut dengan lampiran surat khabar yang persatuan tersebut telah mengumumkan pengeluaran dari PPSB. Jika persatuan hendak membuat sebarang penjelasan mestilah membalas surat dari PPSB.

9 5.1.3 Cik Carole Loh menerangkan bahawa mengikut Perlembagaan PPSB, ahli yang hendak keluar dari PPSB mestilah memberi satu surat kepada PPSB sebagai notis. Walaupun persatuan tersebut tidak berbuat demikian, namun pengumuman di atas surat khabar juga boleh diterima sebagai satu bentuk notis. 5.1.4 5.1.5 5.1.6 5.1.7 5.1.8 5.1.9 5.2 5.2.1 5.2.2 5.2.3 En. Leng Wa Nam bertanyakan keputusan mesyuarat lepas iaitu mesyuarat membuat keputusan untuk menghantar surat kepada persatuan tersebut meminta penjelasan. En. Liw Chong Liong bersetuju dengan kenyataan En. Leng, dan mencadangkan jika terdapat beberapa cadangan yang berbeza, mestilah diputuskan dengan undi dalam mesyuarat. En. Loo Chin Choy berpendapat bahawa PPSB harus mendengar penjelasan dari persatuan tersebut sebelum membuat sebarang keputusan. Pendapat ini dipersetujui oleh En. Liw Chong Liong. En. Liu Thian Leong bersetuju dengan tindakan Cik Carole Loh iaitu PPSB hanya menerima pengeluaran keahlian persatuan tersebut, bukannya PPSB mengambil tindakan untuk memecat persatuan itu. Oleh yang demikian kes itu seharusnya sudah selesai selepas PPSB menerima keputusan persatuan itu sendiri. En. Steven Ng berpendapat bahawa jika persatuan tersebut berhasrat kembali menjadi ahli PPSB, maka haruslah membuat permohonan baru. Mesyuarat akhirnya membuat keputusan tidak perlu mendengar penjelasan dari persatuan tersebut. Jika persatuan tersebut ikhlas untuk membuat sebarang penjelasan, bolehlah menulis surat kepada PPSB. DRAF STANDARD SARANG BURUNG RAW-UNCLEAN Dato Tok mengalu-alukan Dr. Wee Hui Kit untuk memberi sedikit penerangan terhadap draf Malaysia Standard untuk sarang burung jenis raw-unclean. Dr. Wee bermula dengan menjelaskan bahawa Standard tersebut merupakan standard yang sedang ditetapkan oleh Jabatan Standard sebagai penyediaan untuk mengeksport sarang burung mentah belum proses (raw-unclean) ke China. Standard ini merupakan pindaan daripada standard lama 2011. Ia berkemungkinan akan diguna pakai oleh kerajaan China pada masa hadapan sebagai rujukan mengimport sarang burung mentah belum proses (raw-unclean). 5.2.4 Penetapan standard tersebut diketuai oleh Jabatan Standard, Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau Kementerian Kesihatan tidak akan bertindak secara unilateral. Jika terdapat sebarang pertikaian atau bantahan ianya boleh dibangkit dalam mesyuarat kumpulan kerja (Working Group) SIRIM.

10 5.2.5 Oleh kerana ia cuma salinan draf dan tidak diberi kuasa untuk mengedar dan menyebar, beliau akan menerang draf tersebut secara umum. Secara amnya draf tersebut terbahagi kepada beberapa bahagian: a. Beberapa darjah sudut sarang burung yang biasa adalah 180,165, 135, 90. b. Bentuknya terbahagi kepada beberapa kategori iaitu berbentuk mangkuk ( 盏 ), bentuk panjang ( 条 ), tanduk ( 角 ) serta cebisan ( 碎 ). c. Draf tersebut juga menunjukkan saiz dan bentuk geometri sarang burung seperti ketinggian, lengkungan, kedalaman dan panjangnya. d. Secara umumnya warna sarang burung adalah putih, tetapi terdapat sesetengah peratusan yang berrwarna, kuning, keemasan, kemerahan, merah jambu, jingga, hitam dan warna-warna lain. Telah dicadangkan bahawa warna hitam dikeluarkan dari draf tersebut. e. Jenis sarang burung lain seperti yang telah lewat dituai yang berlapis dua atau yang lebih juga disebut dalam draf tersebut. f. Rumah burung walit mesti didaftar. g. Penggredan : Panjang sarang burung > 4.5cm digred sebagai besar, 4.5cm>panjang 3cm sebagai sederhana, yang <3cm sebagai kecil. Saiz tersebut terpakai bagi sarang burung semua jenis darjah sudutnya. (180,165, 135, 90 ) 5.2.6 Dijelaskan bahawa pasukan Tan Sri Ong Ka Ting telah berjaya meyakinkan pihak China supaya tidak akan meminta tahap nitrit dan mikrobiologi & kulat diperiksa, kerana ia merupakan sarang burung mentah yang belum diproses (raw-unclean). 5.2.7 Salah satu perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat SIRIM adalah pihak China meminta supaya perkataan edible dikeluarkan dari istilah edible bird s nest, tetapi SIRIM Working Group berpendapat bahawa edible bird s nest merupakan istilah yang diterima di tahap antarabangsa, oleh itu ianya tidak perlu diubah. Dr. Wee mencadangkan bahawa selepas istilah edible bird s nest (EBN), ditambahkan perkataan yan wo dalam kurungan (yan wo). Walaubagaimanapun perkara tersebut akan terus dibincangkan dalam mesyuarat SIRIM masa depan. 5.2.8 Selain daripada sebagai penyediaan standard baru untuk mengeksport sarang burung raw-unclean ke China, tujuan lain untuk mesyuarat tersebut ialah untuk mengemaskini standard lama, salah satu daripadanya ialah pengeluaran perkataan RF dari istilah RFID, yang bermakna kebebasan mengguna sistem daya jejak lain seperti QR code, Bar code atau yang lain. 5.2.9 Dr. Wee mengatakan bahawa yang tersebut di atas merupakan rumusan daripada mesyuarat Working Group SIRIM, di mana terdapat beberapa lagi tajuk yang belum dibincang dan berbuat keputusan. Akan diadakan lagi beberapa kali mesyuarat untuk memutuskan perkara yang masih lagi terbuka.

11 5.2.10 5.2.11 5.2.12 5.2.13 5.2.14 5.2.15 5.2.16 5.2.17 5.2.18 5.2.19 5.2.20 5.2.21 5.2.22 Working Group juga meminta bantuan PPSB supaya menterjemahkan standard yang telah siap yang berbahasa Inggeris ke bahasa Mandarin. En. Liw Chong Liong & Leng Wa Nam berpendapat bahawa penerangan Dr. Wee terlalu ringkas dan tidak cukup jelas, lalu meminta salinan draf standard supaya boleh memberi sebarang komen terhadap draf tersebut. Dr. Wee menjelaskan bahawa beliau tidak diberi kuasa untuk mengedar draf tersebut. Semua maklumat akan dikongsi dalam mesyuarat PPSB. En. Liu Thian Leong bertanya sama ada tahap nitrit 30ppm tidak lagi perlu diperiksa bagi sarang burung raw-unclean. Dr. Wee menjawab bahawa pihak China telah membuat keputusan tidak akan meminta tahap nitrit diperiksa bagi sarang burung raw-unclean. Kerana ia merupakan bahan mentah belum diproses, dan ia cuma akan dijual kepada kilang pemprosesan di China. Kilang pemprosesan bertanggungjawab memastikan tahap nitrit berada di bawah tahap 30ppm. En. Cheoh Thian Shing menanya sama ada sarang burung raw-unclean cuma boleh dieksport kepada kilang pemprosesan, kalau tidak dilarang sama sekali dieksport ke China. Dr. Wee menjawab ia cuma boleh dijual kepada kilang pemprosesan di China, dilarang menjual secara terus kepada kedai, kedai ubat atau pengguna. En. Liu Thian Leong bertanya sama ada pegawai dari China akan membuat lawatan ke premis walit untuk pemeriksaan bagi sarang burung raw-unclean, seperti lawatan ke kilang pemprosesan bagi sarang burung raw-clean. Dr. Wee menjawab bahawa perbincangan kedua-dua pihak kerajaan masih belum sampai ke peringkat tersebut, di mana pihak kerajaan China masih menunggu maklum balas borang soal selidik daripada kerajaan Malaysia. Dato Tok menjelaskan bahawa beliau meminta Dr. Wee menjadi wakilnya kerana mesyuarat Working Group SIRIM merupakan mesyuarat teknikal, di mana beliau tidak searif Dr. Wee dalam bahagian teknikal. Berkaitan dengan standard SIRIM, En. Ooi Siong Hwa menjelaskan pada mulanya ahli-ahli jawatankuasa standard tersebut terdiri daripada wakil dari persatuan peringkat negeri, bukannya dilantik oleh PPSB. Untuk mengelakkan sebarang salah faham, beliau mencadangkan sebarang keputusan sebelum dikemukakan ke SIRIM mestilah dibincangkan dalam mesyuarat dalaman PPSB. Cadangan itu dipersetujui oleh En. Jesse Tang. En. Liu Thian Leong bertanya sama ada standard SIRIM untuk sarang burung raw-unclean termasuk sarang burung gua. Dato Lee Yuen Fong menjawab bahawa jawatankuasa Working Group SIRIM akan pergi ke Sabah/Sarawak selepas Hari Raya untuk berbincang tentang sarang burung gua.

12 5.2.23 5.2.24 5.2.25 5.2.26 5.2.27 5.3 5.3.1 5.3.2 Cik Carole Loh menyatakan bahawa telah berlakunya banyak kali maklumat PPSB dan kerajaan teralir keluar walaupun mesyuarat belum tamat. Ini telah menyebabkan banyak keputusan terjejas. Beliau berharap ahli-ahli bekerjasama untuk mengurangkan insiden tersebut. En. Steven Ng mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa teknikal yang akan memanggil mesyuarat untuk berbincang tentang isu-isu teknikal dalam draf SIRIM standard. Mesyuarat itu mestilah dikawal ketat bagi mengelakkan sebarang keputusan atau maklumat tersebar ke pihak ketiga. Dr. Wee membuat penjelasan tentang peranan agensi kerajaan dalam penghasilan standard baru dan pindaan standard sedia ada. Menurut beliau, Jabatan Standard sebagai pengelola telah memanggil agensi-agensi kerajaan seperti JPV, Kementerian Kesihatan untuk membentuk satu Working Group dengan tujuan membuat pindaan atau menghasilkan satu standard baru. Working Group tersebut diketuai oleh Dr. Fadzillah dari JPV. Dato Lee Yuen Fong mencadangkan untuk mengadakan satu mesyuarat dalaman sebelum bermesyuarat dalam SIRIM Working Group. Dato Lee juga menerangkan bahawa draf tersebut boleh diedar serta dibaca hanya dalam mesyuarat dalaman PPSB, dan sebarang cadangan boleh diberi dalam mesyuarat tersebut, selepas mesyuarat draf yang telah diedarkan itu harus dipulangkan semula. MESYUARAT DENGAN JABATAN STANDARD Seterusnya Dato Tok menjemput Setiausaha PPSB Cik Carole Loh memberi laporan tentang mesyuarat dengan Jabatan Standard. Cik Carole Loh menyatakan bahawa mesyuarat tersebut umpama ulangan kali kedua sebab dulu pihak kerajaan tidak menerima nasihat dari persatuan, sebagai contohnya: a. saiz sampel yang dibuat terlalu kecil, iaitu hanya 50 sampel diambil daripada anggaran lebih 50 ribu buah premis burung walit b. tahap nitrit 30ppm terlalu rendah kerana ianya diukur di tempat yang tidak tepat iaitu di kilang pemprosesan, di mana bacaan tersebut mungkin berubah mengikut keadaan sekelilingnya selepas dieksport. 5.3.3 Istilah raw-unclean edible bird s nest telah ditukar ke bird s nest raw material. Penukaran tersebut menjadikan sarang burung raw-unclean sebagai bahan mentah, yang menyebabkan standardnya lebih rendah berbanding dengan rawclean.

13 5.4 5.4.1 5.4.2 5.4.3 5.4.4 5.4.5 5.4.6 5.4.7 5.4.8 5.4.9 5.4.10 PENDAFTARAN PREMIS WALIT DAN SISTEM DAYA JEJAK Terdapat pertikaian dalam industri terhadap penggunaan balik RFID. Cik Carole menyatakan bahawa selepas mendapat penjelasan daripada JPV, ID tersebut merupakan pengenalan premis walit seperti kad pengenalan seorang individu, bukannya sistem daya jejak yang bermula dari pengguna sehingga ke premis walit seperti yang dicadangkan dulu. Pada kini ianya hanya dijejak sampai ke kilang pemprosesan. Pengenalan bagi setiap premis walit adalah permintaan pihak China untuk mewujudkan satu bank data semua premis walit di Malaysia. Untuk penerangan lanjut, En. Ooi Siong Hwa diminta memberi ulasan kerana beliau kerap berurusan dengan JPV Kelantan. En. Ooi menjelaskan bahawa terdapat kekeliruan antara penggunaan ID dengan SALT. Menurut beliau, JPV menggalakkan pengusaha mendaftar premis burung walit, di mana pendaftaran premis dipanggil SALT. Selepas pendaftaran satu cip akan dipasang dan bacaan GPS akan diperolehi. Beliau kerap membuat pengaduan kerana dalam negeri Kelantan tiada satu premis walit berada dalam rekod JPV walaupun terdapat premis yang telah didaftar. Selepas disiasat dari Putrajaya didapati tiada rekod kerana dalam negeri Kelantan peranti GPS yang salah telah dipakai. Beliau mendaftar premis walitnya kerana berharap selepas pendaftaran premis tersebut akan mendapat lesen dari kerajaan tempatan. Beliau menyeru JPV untuk bekerjasama dengan kerajaan tempatan untuk memberi lesen kepada yang berdaftar dengan JPV. En. Cheoh Thian Shing menanyakan sama ada cip ID yang dipakai dalam pendaftaran premis walit JPV adalah RFID. Cik Carole Loh menjawab bahawa cip ID diguna untuk mendapat bacaan koordinat GPS. En. Ooi menjawab bahawa cip ID itu hanya salah satu bahagian daripada RFID, kerana RFID merupakan satu sistem lengkap daya jejak. Beliau meminta En. Jesse Tang untuk membantu beliau menjelaskan dengan lebih mendalam tentang sistem RFID. En. Jesse Tang menjelaskan sebab cip ID digunakan untuk mendaftar premis walit, iaitu kerana bagi premis yang berada dalam ladang kelapa sawit atau dalam dusun di mana tidak terdapatnya alamat, nama jalan atau nombor premis, kedudukan premis tersebut tidak dapat didaftar. Oleh itu cip ID dipakai sebagai alamat untuk premis tersebut. Cip tersebut juga berperanan sebagai pengenalan kepada premis yang dipakai untuknya. Maklumat premis tersebut akan dimasukkan ke dalam cip tersebut, dan maklumatnya adalah rahsia seperti yang terdapat dalam kad ATM.

14 5.4.14 5.4.13 En. Liw Chong Liong bertanya sama ada sistem cip ID boleh diintegrasi dengan sistem lain seperti kod QR. Dan juga kenyataan dari kesemua pihak berbezabeza, ada yang mendakwa bahawa sistem tersebut boleh diintegrasi dengan sistem lain, ada yang menafikannya. Selain itu beliau juga berhasrat untuk tahu mana satu pihak berkuasa merupakan pihak yang betul dan berhak membuat dakwaan serta komen yang tepat mengenai sistem sistem daya jejak. En. Jesse Tang menjawab bahawa sistem kod QR merupakan satu sistem yang kosong, hanya menunggu data-data dimasukkan ke dalamnya. Secara lazimnya terdapat 2 jenis: i. Generated QR Code - kod QR akan terjana hanya selepas data-data dimasukkan ke dalam sistem. Sistem ini merupakan sistem terbuka dan boleh dibaca oleh sesiapa dengan telefon bimbit yang mempunyai perisian membaca kod QR. ii. Managed QR Code - kod-kod QR telah ditetapkan sebelum sebarang data dimasukkan ke dalam sistem, kemudiannya semua data akan dimasukkan ke dalam sistem dan disepadankan dengan kod QR yang terjana pada peringkat awal. Hanya orang yang mempunyai akses ke sistem tersebut boleh membaca maklumat yang terkandung dalam kod QR. 5.4.14 5.4.15 5.4.16 5.4.17 5.4.18 Beliau juga menjawab bahawa Sistem kod QR boleh diintegrasi dengan sistem cip ID oleh JPV. En. Jesse Tang juga menyatakan bahawa maklumat-maklumat yang perlu dimasukkan semasa penjanaan kod QR bergantung kepada keperluan perdagangan antara penjual dan pelanggan, melainkan jikalau diminta pleh pihak berkuasa. En. Mah Swee Lye juga berkongsi dengan mesyuarat Sistem kod QR yang dipakai oleh syarikat beliau. Beliau menyatakan bahawa syarikat beliau menggunakan sistem jenis kedua, iaitu maklumat-maklumat premis walit akan dimasukkan ke dalam sistem secara manual. Oleh itu maklumat seperti pemilik premis atau lokasi premis akan dirahsiakan, kerana hanya satu kod premis walit dimasukkan ke dalam Sistem kod QR. Tetapi jika pihak berkuasa meminta bahawa segala maklumat premis walit didedahkan, maka maklumat premis tersebut akan didedahkan. Beliau juga menyatakan sistem tersebut tidak boleh diintegrasi dengan sistem cip ID JPV. Menurut En. Jesse Tang, secara umunya pihak China hanya perlu kod pendaftaran premis walit untuk membuat pengesahan kewujudan premis walit tersebut dengan JPV, bukannya maklumat lebih mendalam seperti pemilik premis tersebut. En. Mah menyeru pihak berkuasa yang betul terutamanya Kementerian Pertanian menjelaskan perbezaan antara cip ID dan RFID, kerana pemilik premis walit enggan memasang cip ID. Tindakan itu telah menyusahkan pengkesport kerana pihak China melarang sarang burung dari premis tanpa pendaftaran (tanpa cip ID) diimport.

15 5.4.19 5.4.20 5.4.21 5.4.22 5.4.23 5.4.24 5.5 5.5.1 5.6 5.6.1 5.6.2 5.6.3 Dr. Wee menjelaskan bahawa dalam mesyuarat dengan Jabatan Standard pada 10 Jun, Ketua Pengarah Puan Fadilah telah berjanji akan mengeluarkan perkataan RF dari istilah RFID dalam SIRIM Malaysia Standard. En. Jesse Tang menjelaskan bahawa cip ID oleh JPV menggunakan frekuensi radio untuk bacaan maklumat, oleh itu ia merupakan Radio Frequency ID (RFID). Tetapi RFID tidak semestinya satu sistem daya jejak, tetapi merupakan satu alat. Perbezaan terbesar alat ini dengan sistem kod QR adalah alat ini mempunyai satu lapisan keselamatan, di mana sistem kod QR tidak mempunyai sebarang dan semua maklumat akan terdedah selepas ianya diimbas. En. Jesse Tang juga mencadangkan Jabatan Standard Malaysia menetapkan sistem daya jejak untuk sarang burung yang boleh diterima oleh industri. Beliau juga menegaskan bahawa semua standard sarang burung walit harus ditetapkan oleh Jabatan Standard Malaysia, dan bukannya JPV atau Kementerian Kesihatan. Dato Tok juga menyatakan Puan Fadilah telah menghubungi beliau dan berjanji akan menyelesaikan kerisauan industri. Beliau telah meminta Puan Fadilah meringkaskan Standard Malaysia yang sedia ada dan cuba menetapkan Standard yang baru secara yang termudah dan ringkas untuk mengurangkan beban industri. En. Liu Thian Leong bertanya sama ada JPV masih bertanggungjawab membuat pendaftaran premis walit kerana sebelum ini terdapat aduan bahawa proses pendaftaran terlalu lambat, ia memakan masa beberapa tahun untuk melengkapkan pendaftaran kesemua premis walit di Malaysia. Dato Tok menjawab bahawa pendaftaran masih di bawah tanggungjawab JPV, dan menyeru pemilik premis mendaftar secepat mungkin untuk mengelakkan kelambatan proses pendaftaran. PELANTIKAN PRESIDEN KEHORMAT KEKAL Walaupun telah diterima dalam mesyuarat Jawatankuasa, Dato Tok berpendapat adalah lebih baik jika disebut semula dalam Mesyuarat Agung Tahunan, iaitu PPSB membuat keputusan untuk melantik Dato Paduka Beh Heng Siong dan John Chen Joon Onn, JP sebagai Presiden Kehormat kekal PPSB. PELANTIKAN DR. WEE SEBAGAI WAKIL TEKNIKAL PPSB En. Steven Ng mencadangkan untuk melantik Dr. Wee sebagai wakil teknikal PPSB untuk berurusan dengan JPV. En. Jesse Tang berpendapat melantik Dr. Wee sebagai ketua jawatankuasa kecil teknikal dalam PPSB. En. Lim Boon Yeow membantah cadangan melantik Dr. Wee sebagai wakil PPSB. 5.6.4 Mesyuarat memutuskan membawa perkara pelantikan Dr. Wee ke mesyuarat Jawatankuasa.

16 5.7 5.7.1 5.7.2 5.7.3 5.7.4 5.7.5 5.7.6 5.7.7 5.7.8 5.7.9 5.7.10 PEMEGANG JAWATAN SETELAH PENUKARAN JAWATAN DI PERSATUAN NEGERI MASING-MASING En. Liw Chong Liong sekali lagi membangkitkan isu yang pernah dibincang dalam mesyuarat Jawatankuasa, iaitu seseorang pemegang jawatankuasa dalam PPSB tidak lagi menjadi ahli jawatankuasa dalam persatuan negeri masing-masing. Beliau berharap isu ini dapat dibincang dengan lebih mendalam dan diselesaikan dalam Mesyuarat Agung Tahunan demi mengelakkan masalah tersebut berulang pada masa hadapan. En. Cheoh Thian Shing berpendapat bahawa mesti mendapat persetujuan Jawatankuasa PPSB, sama ada pengganti kepada ahli jawatankuasa lama di persatuan tahap negeri boleh terus menjadi pengganti juga kepada ahli jawatankuasa lama tersebut dalam jawatan PPSB. Dan ini hanya untuk jawatan yang tinggi, jawatankuasa biasa tidaklah perlu mendapat persetujuan Jawatankuasa PPSB. Kenyataan ini disokong oleh En. Jesse Tang. En. Lee Koi Chuan membantah cadangan tersebut, beliau berpendapat bahawa perubahan ahli jawatankuasa tidak kira jawatan tinggi atau jawatankuasa biasa harus mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa PPSB. En. Ooi Siong Hwa menerangkan bahawa PPSB menggunakan sistem pilihanraya terus ( 直选 ), misalnya seperti En. Liw sudah menjadi Presiden baru Melaka, adakah beliau juga mengganti bekas Presiden Melaka En. John Chen sebagai Bendahari PPSB? En. Allen Tan berpendapat bahawa En.Liw harus menunggu sehingga tempoh En. John Chen sebagai Bendahari tamat. Kenyataan ini disokong oleh En. Lee Koi Chuan. Dato Lee Kong Heng menyatakan bahawa En. John Chen bukan lagi ahli jawatankuasa dalam persatuan negerinya, oleh itu beliau tidak dapat membawa berita dan mesej kepada ahli-ahli negerinya. En. John Chen juga bersependapat demikian. En. Steven Ng mencadangkan PPSB mengikut cara ACCCIM yang mengarahkan ahli-ahlinya dalam negeri masing-masing untuk mengubah tarikh pilihanraya masing-masing dalam negeri, ke satu tarikh yang lebih awal daripada PPSB untuk memastikan calon itu merupakan pemegang jawatan yang terbaru. En. Liw mencadangkan bahawa Presiden boleh melantik beliau sebagai ahli jawatankuasa. En. Lee Koi Chuan & Cheoh Thian Shing bersama-sama membantah cadangan itu sebab ia akan menyebabkan bilangan ahli jawatankuasa terlalu banyak. Dato Lee Kong Heng mempunyai cadangan lain, iaitu contohnya En. John Chen harus meletakkan jawatan sebagai Bendahari PPSB selepas 3 bulan beliau tidak lagi memegang jawatan Presiden Melaka.

17 5.7.11 Menurut Dato Lee Yuen Fong, kebiasaannya pemegang jawatan yang dipilih melalui sistem pilihanraya terus ( 直选 ) akan terus berkhidmat sehingga tempoh tamat. Dan bukannya semua Pengerusi dalam persatuan negeri menjadi ahli jawatankuasa PPSB. Pengerusi yang bukan ahli jawatankuasa PPSB boleh menghadiri mesyuarat PPSB sebagai pemerhati untuk membawa berita dan mesej kepada ahlinya dalam negeri. Pengerusi negeri yang berhasrat bertanding menjadi ahli jawatankuasa PPSB mesti menunggu sehingga pilihanraya dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Dan calon tersebut bertanding dengan namanya sendiri, iaitu seseorang individu, bukannya dengan nama persatuan. 5.7.12 5.7.13 5.7.14 5.7.15 5.8 5.8.1 5.8.2 5.8.3 5.9 5.9.1 5.9.2 5.9.3 En. John Chen mengambil dirinya sebagai contoh, menanyakan isu wakil yang berhak mengundi. Jika beliau terus menjadi Bendahari PPSB, siapa yang menjadi wakil rasmi Melaka? En. Ooi Siong Hwa dan Dato Lee Yuen Fong bersama menjelaskan bahawa En. John Chen hanya memegang jawatan Bendahari PPSB, dan bukan lagi wakil rasmi Melaka, beliau tidak mempunyai hak mengundi sebagai wakil Melaka. Mesyuarat menerima penjelasan itu dan bersetuju bahawa En. John Chen terus menjadi Bendahari sehingga tempoh tamat. Sistem demikian akan terus diguna pakai oleh PPSB dalam masa depan apabila isu seperti ini timbul lagi. En. Cheoh Thian Shing rasa bimbang dengan cadangan di atas kerana beliau risau jika Pengerusi PPSB yang tidak lagi menjadi ahli jawatankuasa dalam persatuan negeri tidak akan berusaha untuk PPSB. Dato Lee Yuen Fong mengingati mesyuarat bahawa terdapat Timbalan Pengerusi mengganti jika Pengerusi tersebut berhenti berusaha untuk PPSB. CADANGAN MENGADAKAN SATU KUMPULAN WECHAT PPSB En. Khor Swee Hock mencadangkan PPSB membuka satu kumpulan dalam Wechat, supaya PPSB boleh menggunakan platform tersebut untuk mengadakan perbincangan ringkas antara ahli-ahli. Kumpukan Wechat ersebut hanya akan memasukkan wakil setiap ahli, dan keutamaan akan diberi kepada Pengerusi, seterusnya Setiausaha. Kumpulan Wechat tersebut akan dikendali oleh Setiausaha Eksekutif. CADANGAN PELANTIKAN PENASIHAT KEHORMAT KEKAL En. Ooi Siong Hwa mencadangkan PPSB untuk melantik Dato Sri Ong Ka Ting sebagai Penasihat Kehormat Kekal PPSB. En. Lee Koi Chuan memberi cadangan Mesyuarat Agung memberi kuasa kepada jawatankuasa untuk membuat keputusan tentang pelantikan Penasihat Kehormat Kekal. Mesyuarat menerimanya dengan cadangan En. Ooi Siong Hwa dan disokong oleh Dato Lee Yuen Fong.

18 5.9.4 5.9.5 5.9.6 En. Lee Koi Chuan berharap PPSB dapat melantik satu penasihat undangundang. Beliau membantah apabila Setiausaha Cik Carole Loh disebut kerana adalah tidak betul untuk pemegang jawatan dalam jawatankuasa PPSB menjadi penasihat PPSB. Dato Tok mencadangkan Mesyuarat Agung Tahunan memberi kuasa kepada jawatankuasa juga untuk mengendalikan perkara pelantikan penasihat undangundang. Mesyuarat menerima cadangan tersebut sebulat suara. Oleh kerana tidak ada perkara-perkara lain yang hendak dibincangkan, mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.45 petang. Disahkan sebagai Catitan Mesyuarat yang betul -------------------------------------------- Dato Tok Teng Sai, DSMT.,DMPT.,ASM.,AMN.,PJK. Pengerusi Tarikh: