BAB SATU

Similar documents
BAB SATU

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

BAB SATU

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

Penghargaan

PowerPoint Presentation

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri


Tajuk

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

Penghargaan

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Penghargaan

PowerPoint Presentation

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

BAB 5

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

SaverBrochure_F 07.ai

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

1

Penghargaan

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

四年级第二 次月考范围

各位记者先生,小姐

华小董事觉醒运动缘起

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

PowerPoint Presentation

ISM Circular: 20 –2005

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

四年级第二 次月考范围

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧

Neo-Konfusianisme 理学 menjadi terkenal pada zaman dinasti Song dan Ming sebagai sebuah gerakan rasional yang menolak kepercayaan karut. Sekitar tahun 1

Southern University College Academic Journal, Volume 2, August 2014 南方大学学报 第 2 卷, 2014 年 8 月 prosa dan puisi. Sastera Melayu lama terdiri daripada cer

BookCatalog FINAL

icctv user guide manual.indd

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

Minit Mesyuarat

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format of English Language Paper (SA2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

SejarahOrang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb

Microsoft Word - PDPA2010.doc

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总

Contents Bahasa Indonesia

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format Of English Language Paper (Sa2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

BAB 4

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

ZC501N_UM_FrontPg

Dear Parents,

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format of English Language Paper (SA1) Primary 6 Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

Microsoft Word - Apendix alla.doc

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

28 EN-PRUlink golden managed 01

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves

Offline Fill in a Membership Application Form and pass the form together with a joining fee of RM53 (inclusive of GST) to your introducer, or submit t

社團改組資料

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL English Language Paper (SA) Primary 6 Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing Paper Writin

1

To:

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Dear Parents,

Kertas 1

I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model I am my business s guardian I am my staff s employer Many people depend on

JAWATANKUASA PENERBITAN KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP AMB. JANUARI 2008 (BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IP

CEC’s Annual English Competition

25 eng-PRUlink edu equity 03 copy

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

Q: Must the Relationship Managers or sales persons handling the investment products of SCSB be licensed? Does that mean your RMs are now under SCSB? W

UCAMHALAL 中心是通过与 PEHMA 机构合作于 2014 年开发的 JAKIM 主动发展专业发展愿景 (HPB), 以满足政府希望在马来西亚和国际层面需要 60,000 名清真高管的愿望 HPB JAKIM 已经任命并认证了 7 所 IPTA 和 3 所 IPTS, 其中包括被委托在马来西

Transcription:

BAB 2 SOROTAN KAJIAN-KAJIAN LEPAS 2.1 Pengenalan Pengkaji telah merujuk kepada kajian-kajian lepas tentang fenomena percampuran kod yang pernah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji di luar negara mahupun setempat. Pengkaji mendapati bahawa kebanyakan penyelidikan tentang fenomena percampuran kod yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini adalah berkaitan dengan wacana lisan, sebaliknya kajian tentang fenomena percampuran kod dalam bahasa penulisan adalah sangat kurang. Pengkaji juga membincangkan kajian-kajian tentang percampuran kod yang pernah dijalankan oleh beberapa penyelidik dan sarjana di Malaysia. Kajian-kajian tentang fenomena percampuran kod dalam bahasa iklan, bahasa internet, bahasa hiburan serta faktor-faktor kewujudan fenomena percampuran kod juga akan pengkaji huraikan dalam bab ini. 2.2 Definisi Percampuran Kod 15

Menurut Yu (2003:106), fenomena percampuran kod ( 语码混用 / 语码夹杂 ) biasanya wujud dalam masyarakat yang berbilingual atau bermultilingual. Fenomena ini berlaku apabila berlaku pertembungan antara dua masyarakat dan budaya yang berbeza. Percampuran kod (code mixing) merupakan satu fenomena yang biasa berlaku di kalangan mereka yang boleh berbahasa lebih daripada satu. Percampuran kod berlaku apabila seorang bertutur mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang lain atau antara satu dialek dengan dialek-dialek lain. Fenomena ini amat berleluasa di Malaysia kerana di sini terdapat pelbagai jenis bahasa dan dialek seperti bahasa Melayu, Cina, Tamil dan suku kaum serta dialek tempatannya (http://mptkl.tripod.com/rnd/devil_02a.htm,2007). Bokemba (1988) menyatakan bahawa percampuran kod harus dipilih sebagai istilah yang sesuai untuk merujuk kepada alternatif dalam sesebuah kalimat. Ini menunjukkan bahawa percampuran kod terhasil daripada pertembungan lebih daripada dua kod linguistik. Dalam pertembungan ini, bahasa natif berperanan sebagai penyerap manakala kod-kod yang telah dicampurkan itu mestilah wujud dalam satu-satu klausa atau ayat yang sama dalam sesuatu ujaran. Dengan kata lain, kod-kod yang dicampurkan ke dalam bahasa natif mesti wujud dalam satu ayat yang sama di mana sesuatu ayat dalam keseluruhan perbualan tidak ditukarkan kepada kod baru atau digantikan dengan kod-kod baru. Menurut Bokemba (1988), percampuran kod memerlukan sekurang-kurangnya dua bahasa yang peraturannya diintegrasikan dalam satu ayat. Dalam kajian ini, percampuran 16

kod berlaku dalam bahasa bertulis yang berbahasa Cina, unsur-unsur bahasa Inggeris telah disisipkan ke dalam bahasa Cina secara interlingual. Percampuran kod boleh berlaku apabila seseorang itu mengetahui dan menguasai lebih daripada satu bahasa. Jika penutur dapat menguasai sepenuhnya antara dua bahasa tersebut ia dikenali sebagai ambilingual. Pengetahuan tentang kedua-dua bahasa itu tidak sama baik pula dipanggil dwibahasaan (http://mptkl.tripod.com/rnd/devil_02a.htm,2007). berikut: Pieter Muysken (2000) juga telah memberi definisi kepada percampuran kod seperti Code-mixing refers to all cases where lexical items and grammatical features from two languages appear in one sentence. ( Pieter Muysken, 2000 ) Weinreich (1953) juga telah menerangkan bahawa percampuran kod menandakan kekurangan kemahiran dwibahasa dan penggangguan. Ahli sosiolinguistik Holmes (2001) menyatakan bahawa dua pihak penutur dan pendengar membuat penyesuaian dalam perbualan dengan membuat pilihan perbendaharaan kata yang sama. Pilihan perbendaharaan kata yang sama inilah yang mendorong manusia melakukan percampuran kod. Dalam membincangkan percampuran kod, kita tidak boleh lari daripada istilahistilah seperti penukaran kod (code-switching), perubahan kod (code alternation), percampuran bahasa (language mixing), dan kadang-kala perpindahan kod (code-shifting). 17

Istilah-istilah ini muncul secara tekal dalam perpustakaan profesional dan para sarjana jarang bersetuju mana yang harus digunakan dan bila ia digunakan. Pairat (1979:85) telah memberi satu definisi yang agak jelas dan lengkap tentang percampuran kod. Menurut beliau, percampuran kod merupakan hasil secara langsung daripada pertembungan antara satu bahasa dengan bahasa lain dalam semua peringkat linguistik serta mengalami pelbagai proses linguistik. Dalam pertembungan ini, bahasa natif atau bahasa pertama berperanan sebagai penyerap manakala kod lain yang dicampurkan telah dinatifkan atau diserap masuk ke dalam bahasa natif itu. Selain itu, percampuran kod dianggap sebagai salah satu strategi komunikatif yang digunakan oleh pengguna-pengguna bahasa dari komuniti yang berdwibahasa atau bermultilingual. Nababan (1984) pula melihat percampuran kod sebagai satu keadaan atau cara berbahasa di mana pengguna-pengguna bahasa mencampurkan satu atau lebih bahasa lain atau ragam bahasa lain ke dalam satu lakuan tuturan atau wacana (speech act atau discourse). Dalam keadaan sedemikian, hanya kesantaian penutur atau kebiasaannya yang menyebabkan mereka mencampurkan kod lain ke dalam sesuatu bahasa yang dituturkan atau digunakan. Semua istilah tersebut merujuk kepada hakikat bahasa sesetengah penutur yang mahir dalam dua ataupun lebih banyak bahasa menggabungkan kemahiran dwibahasaan atau multilingual itu dalam pertuturan mereka sehinggakan bahasa pertama (B1), biasanya bahasa ibunda penutur dan bahasa kedua (B2) biasanya bahasa yang diperolehi ketika remaja atau dewasa berkongsi tanggungjawab untuk menyampaikan mesej, terutamanya dalam perhubungan tidak rasmi (tidak formal). 18

Braj B. Kachru (1978) telah merumuskan beberapa proses percampuran kod yang sering wujud dalam masyarakat yang berdwibahasa atau bermultilingual, iaitu: i. Penyisipan atau percampuran dari segi unit, iaitu mencampurkan satu item leksis bahasa lain ke dalam bahasa asal yang digunakan. ii. Percampuran kod dari segi frasa, umpamanya frasa nama, frasa kata kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama daripada bahasa lain ke dalam ungkapan sesuatu bahasa yang digunakan. iii. Penyisipan dari segi ayat dan klausa, iaitu menyisipkan ayat tunggal pendek atau klausa sesuatu bahasa ke dalam satu wacana yang berbahasa lain. iv. Penyisipan kata kiasan dan kata kolokasi sesuatu bahasa ke dalam ungkapan atau ayat yang berbahasa lain. v. Menambahkan infleksi dan reduplikasi (pengganda), yakni bahasa yang diresapi itu telah mengalami proses infleksional supaya secocok dengan bahasa peresap atau bahasa natif. Dalam proses reduplikasi, item-item atau perkara-perkara dari sesuatu bahasa dicampurkan ke dalam bahasa lain dengan tujuan semantic function of indefinitization. Dalam konteks penyelidikan ini, percampuran kod merujuk kepada penyisipan atau percampuran dari segi unit, iaitu mencampurkan satu item leksis bahasa lain ke dalam bahasa asal yang digunakan. 2.3 Percampuran Kod dalam Pertuturan di Malaysia 19

Percampuran kod adalah satu keadaan di mana penutur bertutur dengan menggunakan dua atau lebih bahasa sama ada bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil ataupun menggunakan dialek atau ideolek. Percampuran kod berlaku apabila penutur mengetahui lebih daripada satu bahasa, dengan kata lain penutur ini adalah dwibahasaan. Dwibahasaan juga dikenali sebagai bilingualisme, di mana penutur-penutur menggunakan dua bahasa dalam kehidupan hariannya. Penutur menggunakan kedua-dua bahasa ini sebagai bahasa basahannya di mana seseorang itu menggunakan bahasa tersebut bertukar ganti, contohnya sekejap bahasa Melayu sekejap bahasa Inggeris dan seterusnya. Percampuran kod (code-mixing) berlaku apabila seseorang itu menukar bahasanya secara berganti-ganti untuk satu topik perbincangan yang sama. Misalnya, perkara yang dibicarakan ialah ekonomi semasa. Penutur tadi akan bercakap dalam bahasa Inggeris, kemudian disambung dengan ayat-ayat dalam bahasa Melayu. Selepas itu berbalik semula dengan menggunakan bahasa Inggeris. Kadang-kadang istilah yang digunakan bertukar ganti. Proses yang sama juga mungkin berlaku apabila seseorang menggunakan bahasa Melayu yang dicampurkan dengan dialek-dialek masing-masing ketika bertutur. Proses ini berlaku terus-menerus sehingga ke akhir perbincangan (http://mptkl.tripod.com/rnd/devil_02a.htm, 2007). Suthanthiradevi (2006) mendapati bahawa percampuran kod di Malaysia memang menjadi kebiasaan dalam perbualan harian mereka. Ini kerana hampir semua penduduk di Malaysia boleh bercakap lebih daripada sejenis bahasa. Sebagai contoh, orang-orang Melayu yang bertutur mengikut dialeknya boleh bercakap atau memahami dalam bahasa Melayu baku. Masyarakat Cina Malaysia pula kadang kala menguasai empat bahasa, iaitu 20

bahasa ibundanya, misalnya bahasa Kantonis, bahasa Mandarin yang diajarkan di sekolahsekolah Cina, bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris yang menjadi bahasa wajib dipelajari di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Mereka yang tinggal di sempadan Malaysia-Thai pula dapat memahami bahasa Thai. Percampuran kod ini berlaku sama ada dalam majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi. Antara tempat-tempat di mana percampuran kod digunakan ialah di seminar-seminar ataupun di mesyuarat penting di jabatan kerajaan. Yu (2003:26) melihat percampuran kod sebagai satu fenomena pertuturan dan penulisan yang sering wujud dalam kalangan pengguna bahasa yang berasal dari masyarakat yang berbilang kaum. Mereka sering mencampurkan item-item leksis lain ke dalam bahasa yang digunakan. Beliau menjelaskan percampuran kod seperti ini tidak harus dianggap sebagai pencemaran bahasa atau kesilapan bahasa semata-mata kerana gejala ini memperlihatkan konsep baru dan mencerminkan perubahan di kalangan sesuatu masyarakat. Asmah (1982) mengatakan bahawa percampuran kod merupakan perubahan daripada satu kod ke satu kod yang lain dalam pertuturan oleh penutur yang tertentu dan dalam situasi yang tertentu sama ada formal atau tidak formal. Menurut beliau, istilah kod itu adalah bermaksud bahasa, dialek atau stail. Pernyataan ini menunjukkan bahawa percampuran kod boleh berlaku dalam bentuk interbahasa atau intrabahasa di mana ia wujud di kalangan penutur-penutur bilingual serta juga di kalangan penutur monolingual, misalnya penutur-penutur yang bahasa ibundanya ialah bahasa Melayu, tetapi pada masa yang sama dia juga boleh bertutur dengan menggunakan dialek Melayu Brunei. Oleh itu, penutur-penutur monolingual ini sering mencampurkan dialek Melayu Brunei ke dalam bahasa Melayu Standard apabila berada dalam konteks tertentu. Dengan erti kata lain, 21

peralihan dari satu bahasa ke dialek yang berasal dari bahasa yang sama. Dengan itu jelaslah menunjukkan bahawa istilah percampuran kod dan peralihan kod itu tidak mempunyai banyak perbezaan. Sementara itu, Odlin (1989: 6) mendefinisikan peralihan kod (code-switching) sebagai fenomena yang memperlihatkan pertukaran sistematik dua bahasa di tahap leksikal, frasa atau ayat. Penggunaan unsur bahasa asing ini berlaku pada semua peringkat linguistik termasuk perkataan, frasa bahkan ayat pada tempat-tempat tertentu dalam sesuatu wacana. Menurut Kang (2001), golongan perempuan generasi muda lazimnya melakukan pengalihan kod dan pencampuran kod dalam pertuturan mereka berbanding dengan generasi tua. Generasi muda bukan sahaja mencampurkan kod semasa berkomunikasi dengan penutur-penutur yang sebaya dengan mereka, tetapi juga mencampurkan kod semasa berinteraksi dengan generasi tua. Kang (2001) juga mendapati bahawa fenomena percampuran kod yang wujud dalam komuniti Cina Peranakan Kelantan bukan hanya menggunakan bahasa Melayu Kelantan sahaja. Bagi golongan yang bertaraf pendidikan tinggi, mereka suka mencampurkan item-item leksis bahasa Inggeris ke dalam pertuturan mereka. Ini disebabkan bahasa Inggeris dipandang sebagai lambang prestij dan ukuran taraf pendidikan seseorang. Selain itu, Kang (2001) mengatakan bahawa kaum wanita mempunyai sensitiviti pemilihan dan penggunaan bahasa yang lebih tinggi daripada kaum lelaki. Kang mendapati bahawa biasanya kaum wanita yang berpendidikan tinggi cuba mengurangkan penggunaan 22

bahasa Melayu Kelantan dengan mencampurkan item-item leksis bahasa Inggeris, bahasa Mandarin atau dialek Hokkien tulen ke dalam pertuturan. Justeru, Kang (2001) berpendapat bahawa fenomena percampuran kod yang berlaku di kalangan komuniti Cina Peranakan Kelantan tidak akan pupus selagi komuniti tersebut bermulti bahasa dan terdedah kepada bahasa-bahasa lain. Menurut beliau, faktor pendidikan memainkan peranan penting di mana ia telah memperkayakan jenis bahasa yang digunakan oleh seseorang pengguna bahasa apabila melakukan percampuran kod. Berdasarkan pendapat Asmah (1985), konteks atau situasi merupakan salah satu faktor yang menentukan berlakunya percampuran kod dan pengalihan kod. Fenomena percampuran kod kerap wujud dalam kalangan pengguna-pengguna bahasa yang berasal dari komuniti yang berbilingual atau bermonolingual seperti yang terdapat di Malaysia. Asmah (1985:149) juga mendapati penutur-penutur melakukan percampuran kod untuk tujuan mengakomodasikan perbualan secara bersemuka atau perbualan tanpa bersemuka. Pairat Waire, 1978 (dlm Kang, 2001) pula mengkaji fenomena percampuran kod di negara Thai. Menurut beliau, dalam proses perkembangan bahasa Thai, banyak kata pinjaman bahasa Thai dipinjam dari bahasa Sanskrit, bahasa Cina dan bahasa Khmer. Kata-kata pinjaman ini kemudiannya digabungkan dengan bahasa Thai. Beliau juga menunjukkan bahawa percampuran kod dalam bentuk interlingual dan intralingual wujud secara berdampingan antara satu sama lain. Dapatan penyelidikan beliau juga menunjukkan bahawa unsur-unsur bahasa Inggeris juga terdapat dalam bahasa Thai pada peringkat leksikal mahupun pada tahap ayat. Ini jelas menunjukkan bahawa percampuran kod bahasa Inggeris ke dalam bahasa Thai adalah amat ketara dalam perlakuan berbahasa di kalangan pengguna-pengguna bahasa Thai. 23

Percampuran kod bahasa ialah fenomena biasa bagi semua masyarakat di dunia. Penutur yang boleh berbahasa lebih daripada satu, tidak kira bahasa utama atau dialek-dialek daerah secara sedar atau tidak akan mencampurkan bahasa-bahasa yang diketahuinya mengikut situasi semasa. Kadang-kala, ia menambahmesra perhubungan antara satu sama lain apabila percampuran bahasa digunakan. Sejak kebelakangan ini, ahliahli linguistik semakin sedar akan wujudnya kesejagatan bahasa. Ini dapat dilihat apabila dua penutur yang berlainan bahasa menggunakan satu bahasa standard yang dapat memudahkan maklumat yang ingin disampaikan untuk difahami. Oleh itu, tidak mustahil setiap penutur pada masa akan datang dapat memahami bahasa penutur lain jika ia dicampuradukkan dengan bahasa standard di sesuatu tempat. Apabila keadaan ini berlaku, sudah tentu semua penutur mengetahui makna hampir setiap ujaran dan bahasa menjadi satu yang sejagat sifatnya. 2.3.1 Bahasa Rojak Menurut Awang (2005) yang mengkaji bahasa rojak, beliau mendapati bahawa bahasa rojak merupakan satu bentuk kerancuan bahasa dalam bidang linguistik atau ilmu bahasa, sebenarnya tidak pernah wujud istilah bahasa rojak. Istilah ini ditimbulkan oleh sejumlah orang yang melihat adanya fenomena bahasa yang bercampur aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris. Menurut beliau, fenomena percampuran dalam penggunaan bahasa sebenarnya bukan fenomena baru walaupun istilah bahasa rojak itu agak baru. Dalam bidang sosiolinguistik, dikenal satu ragam bahasa yang disebut bahasa pijin dan ragam ini sudah 24

sekian lama wujud dalam sejarah perkembangan bahasa manusia. Dalam konteks masyarakat di Malaysia, masyarakat Cina Baba, misalnya, menuturkan satu ragam bahasa Melayu yang memperlihatkan percampuran unsur bahasa Melayu dengan dialek Cina. Walau bagaimanapun, ragam bahasa masyarakat Cina Baba ini masih dianggap sebagai variasi bahasa Melayu (Awang, 2005). Menurut Zulkeflee (2006), penutur bahasa rojak antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau percampuran kod bahasa memperlihatkan penutur tidak cekap berbahasa dan celaru idea atau tidak konsisten fikiran kerana bahasa merupakan alat fikiran. Penutur mempunyai pilihan sama ada bercakap dalam bahasa Melayu atau bahasa lain sepenuhnya. Fenomena bahasa rojak (code-mixing) boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat perkataan, frasa dan ayat (Anzaruddin Ahmad, 2007). Sebenarnya, ramai yang salah faham akan fenomena bahasa rojak ini. Penyalahfahaman dan kekeliruan ini timbul kerana mereka menyamakan fenomena bahasa rojak dengan penyerapan (peminjaman) kosa kata atau istilah asing. Bahkan timbul fitnah bahawa orang yang sibuk memperkatakan tentang bahasa rojak kononnya tidak sedar akan kewujudan belasan ribu perkataan dalam bahasa Melayu yang berasal daripada bahasa asing. Sebenarnya, fenomena peminjaman kosa kata daripada bahasa asing adalah tidak sama dengan gejala bahasa rojak (Awang Sariyan, 2005). Hal ini demikian, sebelum sesuatu istilah diserap masuk ke bahasa Melayu, ia terpaksa melalui satu proses integrasi sama ada dari segi fonologi mahupun morfologinya sehingga tidak ketara lagi ciri-ciri asingnya. Lebih tepat lagi, penyerapan istilah-istilah 25

asing ke bahasa Melayu dilakukan melalui proses pengubahsuaian linguistik sehingga akhirnya perkataan atau frasa itu dapat diterima sebagai sebahagian daripada khazanah bahasa Melayu (Awang Sariyan, 2005:7). Unsur bahasa asing yang telah mengalami pengubahsuaian fonologi atau morfologi dalam bahasa penerima inilah yang dikategorikan sebagai kata pinjaman (serapan) (Jacobson, 2004:4-5). Perbezaan penting di sini adalah dalam kes penyerapan istilah-istilah asing dalam kaedah atau tatacara yang tertentu. Sedangkan bahasa rojak ialah satu ragam bahasa bahasa Arab dalam wacana atau ujaran bahasa Melayu sehingga bercampuraduk di antara bahasa Melayu dengan bahasa Arab Standard dan dialek Arab Mesir. Dalam erti kata lain, dalam kes bahasa rojak, istilah-istilah asing dibawa masuk ke dalam struktur bahasa Melayu dengan sesuka hati tanpa melalui sebarang proses asimilasi. Sebenarnya, jika unsur bahasa asing diambil dan digunakan dengan bersistem, tidak ada masalahnya. Misalnya perkataan situasi yang berasal dari bahasa Inggeris (situation), telah diterima sebagai perkataan Melayu setelah diubahsuai ejaan dan sebutannya. Begitu juga perkataan dilema, fenomena, insiden dan ribuan lagi istilah yang telah diserap ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan semua perkataan itu dalam struktur bahasa Melayu tidak boleh dianggap sebagai bahasa rojak. Oleh itu, pada pandangan pengkaji, kekeliruan ini perlu dijelaskan supaya tidak akan menimbulkan salah faham. 2.3.2 Bahasa Basahan Bahasa basahan ialah bahasa yang bersifat percakapan atau basahan. Bahasa basahan ini ialah bahasa pertuturan sehari-hari. Bahasa ini tidak mementingkan unsur 26

tatabahasa kerana yang dipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Oleh itu, ia tidak digunakan dalam penulisan atau ucapan rasmi. Bentuknya pula sering dipengaruhi oleh dialek dan slanga daerah. Percampuran kod merupakan salah satu ciri-ciri bagi bahasa basahan. Dalam penggunaan bahasa kolokial, kod yang pelbagai sering digunakan. Penggunaan lebih daripada sejenis bahasa yakni mencampurkan kod dalam pertuturan ini disebabkan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan. 2.3.3 Perbezaan Percampuran Kod, Bahasa Rojak dan Bahasa Basahan Jacobson (2004: 4) menyenaraikan bahasa rojak dan peralihan kod sebagai akibat dari pertembungan dua budaya masyarakat yang berbeza. Namun, beliau membezakan antara kedua-duanya iaitu bahasa rojak (code-mixing) dan peralihan kod (code-switching). Peralihan kod (code-switching) yang dimaksudkan di sini ialah penggunaan unsur bahasa asing yang belum mengalami integrasi fonologi atau morfologi, atau yang telah dibawa masuk ke dalam bahasa penerima dalam bentuknya yang asal sekadar dianggap sebagai peralihan kod (Jacobson, 2004 : 4-5). Menurut Nik Safiah (1988), peralihan kod (code-switching) ialah fenomena yang memperlihatkan perubahan dalam penggunaan bahasa atau jenis bahasa yang diketahui seseorang mengikut keadaan tertentu. Ia berlaku apabila seseorang penutur yang sedang bercakap dalam sesuatu bahasa, tiba-tiba menukar sebahagian (perkataan atau frasa) daripada percakapannya kepada sesuatu bahasa atau variasi bahasa yang lain atas sebabsebab tertentu. Menurut beliau, bahasa rojak adalah percampuran kod (code-mixing), yakni keadaan apabila penutur mencampurkan dua atau lebih bahasa atau variasi bahasa dalam 27

sesuatu situasi penggunaan bahasa (Nik Safiah, 1988: 46-47). Perlu diingatkan bahawa bahasa rojak (code-mixing) berbeza dengan gabungan bahasa (mixed language). Percampuran kod merupakan salah satu ciri-ciri bagi bahasa basahan iaitu bahasa yang bersifat percakapan, yakni bahasa tidak berlaras formal. Kedua-dua konsep ini tidak mementingkan tatabahasa kerana yang dititikberatkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. 2.4 Percampuran Kod dalam Bahasa Iklan Menurut Hoo (2002) pula, item-item leksis dialek Kantonis juga dicampurkan ke dalam iklan-iklan bahasa Cina di Malaysia. Ini disebabkan filem-filem, lagu-lagu dan drama-drama bersiri dialek Kantonis telah berkembang dengan berleluasa dan telah menjadi hiburan pengguna-pengguna bahasa berbangsa Cina di Malaysia. Fenomena ini menggalakkan mereka sering mencampurkan kata-kata atau frasa-frasa dialek Kantonis ke dalam pertuturan bahasa Cina. Mereka menggunakan dialek Kantonis untuk berinteraksi antara satu sama lain di konteks yang kurang formal. Tambahan pula, percampuran dialek Kantonis ke dalam iklan-iklan perniagaan setempat yang berbahasa Cina adalah sesuai dengan cita rasa dan stail bertutur golongan penutur tersebut. Selain itu, sesetengah item-item leksis dialek Kantonis yang bergaya, moden atau bertrend juga dicampurkan secara sengaja ke dalam ungkapan iklan bahasa Cina supaya menarik minat golongan pembaca yang berbangsa Cina di Malaysia. 28

Menurut Chan (2004), fenomena percampuran kod memang wujud dalam laras bahasa iklan akhbar-akhbar bahasa Cina di Malaysia. Ini disebabkan Malaysia terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum yang dapat menguasai bahasa dan budaya masingmasing sehingga menyebabkan mereka bermultilingual dan bermultibudaya. Beliau juga menyatakan bahawa pengiklan-pengiklan Cina di Malaysia biasanya mencampurkan itemitem leksis bahasa Inggeris ke dalam iklan bahasa Cina. Selain itu, pengiklan-pengiklan akhbar bahasa Cina setempat juga cenderung mencampurkan dialek-dialek Cina, kata seru bahasa Inggeris yang tidak diterjemahkan dan item-item leksis bahasa Inggeris yang bertrend ke dalam iklan-iklan perniagaan yang berbahasa Cina. Dapatan kajian beliau juga menunjukkan bahawa kata-kata adjektif bahasa Inggeris bertrend yang berbunyi hit, cool, up-date dan in telah dicampurkan ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina setempat. Ini disebabkan oleh kata-kata adjektif bahasa Inggeris tersebut singkat, mudah disebut dan senang diingat, lebih-lebih lagi sesuai dengan cita rasa pembaca yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Lau (2007) mengkaji fenomena percampuran kod dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina dalam akhbar-akhbar bahasa Cina di Malaysia. Beliau menyatakan bahawa kebanyakan item leksis yang dicampurkan ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina setempat merupakan kata nama, kata adjektif dan kata kerja bahasa Inggeris. Kebanyakan item leksis bahasa Inggeris yang dicampurkan ke dalam ayat-ayat iklan bahasa Cina bukan sahaja bermorfem singkat dan mudah disebut, tetapi juga merupakan item-item leksis bahasa Inggeris yang lazim digunakan dan didengar oleh pengguna-pengguna bahasa di 29

Malaysia. Begitu juga, kebanyakan kata sifat bahasa Inggeris yang disisipkan merupakan item-item leksis yang bertrend dan bersifat kemodenan. Selain itu, kebanyakan item-item leksis bahasa Inggeris yang dicampurkan ke dalam tema atau ayat huraian iklan perniagaan bahasa Cina Malaysia adalah bersifat bahasa lisan dan telah diakronimkan. Beliau juga mendapati item leksis bahasa Inggeris yang berbunyi no.1 kerap dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina di Malaysia. Lau (2007) mendapati bahawa item-item leksis bahasa Inggeris yang telah dicampurkan ke dalam ayat-ayat iklan perniagaan bahasa Cina setempat adalah diakronimkan, singkat, bersuku kata pendek, belum diterjemahkan ke dalam bahasa Cina, bersifat bahasa lisan serta memperlihatkan kemodenan dan trend penggunaan bahasa Inggeris. Selain itu, terdapat juga item-item leksis yang dicampurkan itu tidak boleh dijelaskan dengan menggunakan bahasa Cina. Di samping itu, faktor latar belakang Malaysia yang bermultilingual dan berbilang kaum, kebiasaan mencampurkan kod dalam pertuturan di kalangan masyarakat Malaysia serta status bahasa Inggeris yang tinggi turut mengakibatkan kata-kata bahasa Inggeris tertentu dicampurkan ke dalam ayat-ayat iklan komersial bahasa Cina di Malaysia. Tambahan pula, faktor keekonomian dan struktur linguistik item-item leksis bahasa Inggeris berkenaan juga mengakibatkan kewujudan fenomena percampuran kod. Lebihlebih lagi, laras bahasa iklan bukan laras formal serta ketiadaan item-item leksis bahasa Cina yang sesuai digunakan untuk menggelarkan sesuatu dalam iklan, maka faktor-faktor ini turut menyebabkan kata-kata bahasa Inggeris tertentu dicampurkan ke dalam ayat-ayat 30

iklan perniagaan setempat yang berbahasa Cina. Fenomena percampuran kod dalam ayatayat iklan komersial bahasa Cina di Malaysia turut menonjolkan ciri-ciri khas bahasa iklan di samping menunjukkan perbezaan antara bahasa Cina Malaysia dengan Putonghua (bahasa Mandarin Beijing). 2.5 Percampuran Kod dalam Bahasa Internet Chen (2003) mendapati bahawa pengaruh internet terhadap perkembangan bahasa Cina Standard adalah amat ketara sehingga terhasil ragam bahasa yang bersifat khas dan berbeza dengan bahasa Cina Standard. Bahasa Cina tidak standard merupakan bahasa Cina internet yang bercampur aduk dengan angka-angka, emotikon-emotikon, akronim-akronim dan item-item leksis bahasa Inggeris yang baru dan menyelewang daripada nahu yang standard. Menurut Su (2003: 125), kebanyakan pengguna bahasa Cina generasi muda yang berkomunikasi melalui bilik sembang internet, BBS, ICQ atau e-mail, mereka cenderung mencampurkan sepatah dua kata bahasa Inggeris atau ayat ringkas bahasa Inggeris seperti nice to meet you ke dalam ayat-ayat bahasa Cina. Selain itu, mereka juga kerap mencampurkan singkatan-singkatan atau akronim-akronim bahasa Inggeris yang tidak standard seperti IC (I see), bb (bye-bye), tq (thank you), u (you), ur (your), c u (see you) dan sebagainya ke dalam ayat-ayat internet bahasa Cina. Memang tidak dapat dinafikan bahawa bilik sembang internet, BBS, ICQ atau e-mail merupakan konteks komunikasi yang tidak formal, maka ini turut membenarkan fenomena percampuran kod wujud dalam ayat-ayatnya. Tambahan pula, bahasa internet bukan merupakan laras bahasa 31

formal, maka ini juga turut mengizinkan fenomena percampuran kod wujud dalam bahasa internet. Lee (2007) mendapati bahawa imbuhan akhiran bahasa Inggeris iaitu ing juga disisipkan ke dalam bahasa Cina internet, misalnya 伤心 ing dan 消音 ing. Ini jelas memperlihatkan penggunaan bahasa yang mengalami perubahan dinamik. 2.6 Percampuran Kata Akronim Bahasa Inggeris Menurut Yu (2003), banyak item leksis baru bahasa Inggeris wujud kebelakangan ini sehingga menjadi masalah menonjol dalam bidang linguistik. Setiap pengguna bahasa (termasuk pengguna bahasa Cina) kerap menggunakan akronim-akronim dan singkatansingkatan bahasa Inggeris seperti IP, CEO dan E-MAIL dalam kehidupan seharian, maka ini menyebabkan mereka juga kerap mencampurkan kata-kata bahasa Inggeris tersebut ke dalam ayat pertuturan seharian. Tambahan pula, perkataan huruf ( 字母词 zìmǔ cí)atau akronim bahasa Inggeris seperti MTV dan CCTV adalah mudah diingati dan ditulis, maka ini lebih mudah diterima oleh masyarakat umum lalu digunakan. Oleh sebab kekerapan penggunaan akronim-akronim bahasa Inggeris tersebut dalam kehidupan seharian adalah tinggi, maka kebanyakan pengguna bahasa Cina dapat mengingatinya dan biasa dengannya. Ini bukan sahaja menyebabkan kata-kata tersebut diserap ke dalam perbendaharaan kata bahasa Cina, tetapi juga dicampurkan ke dalam ayat-ayat bahasa Cina. 32

2.7 Percampuran Kod dalam Bahasa Hiburan Terdapat juga ahli-ahli linguistik yang mengkaji laras bahasa hiburan dari beberapa aspek seperti dari segi sosiolinguistik, psikolinguistik, leksis dan budaya linguistik. Namun, pengkaji mendapati bahawa kajian-kajian yang dijalankan oleh sarjana-sarjana di Malaysia tentang fenomena percampuran kod dalam laras bahasa hiburan adalah kurang. You (2003) pernah mengkaji bahasa hiburan dalam akhbar-akhbar bahasa Cina terbitan Hong Kong. Beliau mendapati bahawa banyak dialek Kantonis yang bertrend dan kerap digunakan oleh pengguna-pengguna bahasa di Hong Kong telah dicampurkan secara intralingual ke dalam ayat-ayat hiburan bahasa Cina. Tambahan pula, beliau juga mendapati bahawa beberapa item leksis bahasa Inggeris yang berunsur kemodenan seperti in, hot, high, cool dan hit telah dicampurkan secara interlingual ke dalam ayatayat berita hiburan dalam majalah-majalah bahasa Cina di Hong Kong. Beliau menyatakan bahawa ini merupakan salah satu teknik penggunaan bahasa yang bertujuan untuk menarik perhatian golongan pembaca khususnya golongan remaja yang mengagungkan trend dan kemodenan. Oleh sebab bahasa hiburan bukan laras bahasa formal, maka ini mengizinkan fenomena percampuran kod wujud dalamnya. Ini telah juga menonjolkan ciri-ciri istimewa laras bahasa hiburan di Hong Kong. Oleh sebab bahasa hiburan tidak seformal bahasa akademik, bahasa perundangan, bahasa keagamaan dan bahasa pentadbiran, maka ini turut mengizinkan fenomena percampuran kod wujud dalam ayat-ayat laras hiburan. Tambahan pula, golongan pembaca berita hiburan adalah terdiri daripada golongan dari semua lapisan masyarakat, maka laras bahasa hiburan tidak boleh terlalu formal dan rasmi agar sesuai dengan cita rasa pembaca 33

yang tidak berpendidikan tinggi. Selain itu, pencampuran sepatah dua kata bahasa Inggeris yang menunjukkan aliran ala Barat tidak membosankan pembaca berita hiburan. Fenomena percampuran kod sebegini juga wujud dalam masyarakat Singapura dan Malaysia yang bermulti bahasa dan berbilang kaum. Selain itu, pengkaji berpendapat bahawa percampuran kod sebegini adalah fenomena linguistik yang tidak dapat dielakkan. Tambahan pula, kebanyakan kata-kata nama khas yang dicampurkan adalah diketahui oleh pembaca. Sekiranya kata-kata nama khas bahasa Inggeris berkenaan diterjemahkan ke dalam bahasa Cina, kemungkinan besar akan menimbulkan kesulitan kepada pihak pembaca kerana pembaca berita hiburan mungkin tidak tahu akan makna kata nama terjemahan. 2.8 Faktor-faktor Wujudnya Fenomena Percampuran Kod Menurut Soepomo (2005), kod boleh beralih dari satu variasi ke variasi yang lain. Peralihan ini dapat menuju dari yang formal kepada yang tidak formal, dari yang paling menghormati kepada yang tidak menghormati, dari yang amat lengkap ke arah yang paling ringkas, dari dialek yang kurang dikuasai ke dialeknya sendiri dan sebagainya. Di negara Brunei Darussalam, fenomena percampuran kod pada peringkat masyarakat ditemui pada situasi-situasi yang formal atau yang tidak formal dan lebih banyak berlaku di kalangan pemuda-pemudi. Menurut beliau, terdapat beberapa faktor yang mendorong berlakunya percampuran kod di kalangan pengguna-pengguna bahasa di Brunei. Antaranya adalah seperti berikut: 34

( i ) Sistem pendidikan negara yang berlandaskan kedwibahasaan cenderung mencampurkan kod yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kedua-dua bahasa ini adalah sangat dominan di kalangan pengguna bahasa. Justeru, percampuran kod sudah menjadi kebiasaan dalam pertuturan seharian. Tambahan pula, bahasa Inggeris yang dicampurkan ke dalam bahasa natif juga digunakan sebagai bahasa perhubungan dalam urusan perniagaan sama ada di sektor awam ataupun swasta. ( ii ) Unsur kemodenan, di mana percampuran kod merupakan gaya bahasa yang terkenal masa kini terutamanya percampuran kod yang melibatkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau sebaliknya. Penggunaan seumpama ini digunakan sengaja kerana keinginan penutur untuk menunjukkan ketinggian status sosialnya serta menunjukkan dirinya orang yang berpelajaran tinggi. Sifatnya yang riyak atau ingin menunjukkan kebolehannya bertutur dalam dua bahasa mengakibatkan penutur-penutur cenderung mencampurkan kod semasa bertutur dengan penutur-penutur lain. ( iii ) Faktor ekonomi, iaitu memilih perkataan yang lebih mudah dan tidak kompleks sifatnya. Sebagai contoh, biasanya penutur-penutur bahasa Melayu menyisipkan kosa kata bahasa Inggeris untuk menggantikan kosa kata bahasa Melayu yang bersuku kata panjang, misalnya kata result yang terdiri daripada dua suku kata sering digunakan untuk menggantikan keputusan yang mempunyai empat suku kata. ( iv ) Nilai makna. Penutur-penutur bahasa Melayu sering menggunakan kosa kata bahasa Inggeris untuk menyampaikan sesuatu yang ingin diungkapkan kerana sukar untuk mencari item leksikal dalam bahasa Melayu. Jika penutur ingin menyampaikannya dalam bahasa Melayu akan melibatkan penghuraian yang panjang, misalnya kata mood lebih 35

kerap digunakan sekiranya berbanding dengan perasaan hati dalam pengertian bahasa Melayu. Justeru, percampuran kod berlaku kerana sukar menemui kata-kata yang tepat untuk mengungkapkan sesuatu yang tersirat dalam fikiran. Demi menyampaikan pengertian atau maksud yang padanannya tidak terdapat dalam bahasa Melayu atau yang tidak diwakili oleh item-item leksis yang sedia ada, pengguna-pengguna bahasa terpaksa menggunakan kata, frasa atau ungkapan bahasa Inggeris. Ini turut mewujudkan fenomena percampuran kod antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. ( v ) Penutur-penutur ingin merahsiakan sesuatu daripada diketahui oleh pendengar lain yang terlibat dalam peristiwa tutur, misalnya kedua-dua penutur yang bertutur dalam bahasa Melayu itu akan mencampurkan kod lain atau beralih kod ke bahasa Inggeris yang kurang difahami atau diketahui oleh pendengar yang berdekatannya agar merahsiakan topik atau isi perbualan. ( vi ) Dipengaruhi oleh status peserta yang terlibat. Ini bermaksud pentingnya penutur perlu mengetahui status peserta yang terlibat agar yang dituturkan itu difahami oleh peserta tersebut. Misalnya, seorang pegawai tinggi kerap menggunakan percampuran kod yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu standard dan dialek Melayu Brunei ketika berucap di hadapan penduduk kampung yang kebanyakannya berasal dari golongan yang berpendidikan rendah dan warga tua. Begitu juga semasa dalam sesi pengajaran di bilik darjah, guru juga cenderung menggunakan kaedah percampuran kod agar dapat memudahkan kefahaman pelajar-pelajar. ( vii ) Faktor peserta interaksi, iaitu apabila berlakunya pertembungan antara dua masyarakat yang mengamalkan budaya yang berbeza dan memperoleh bahasa pertama atau 36

bahasa ibunda yang berlainan. Sebagai contoh, apabila penutur Cina berinteraksi dengan penutur Melayu, maka mereka sering menggunakan percampuran kod agar difahami oleh peserta tutur di samping membolehkan perbualan berkenaan berjalan dengan lancar tanpa tergendala. ( viii ) Percampuran kod turut berlaku disebabkan aktiviti peminjaman bahasa, iaitu penggunaan istilah-istilah khusus dalam bidang-bidang tertentu seperti ekonomi, sains teknologi dan sebagainya. Penggunaan istilah khusus daripada bahasa Inggeris atau bahasa lain ke dalam bahasa Melayu mungkin mengakibatkan pengguna bahasa menganggap bahawa kosa-kosa kata yang digunakannya itu merupakan kata-kata pinjaman, tetapi sebenarnya kosa-kosa kata bahasa Inggeris yang digunakannya dalam penyampaian bahasa Melayu itu bukan kata-kata pinjaman tetapi merupakan fenomena percampuran kod. ( ix ) Kurangnya galakan yang diberikan oleh orang yang diajak bercakap. Misalnya apabila kita ingin bertutur dalam bahasa Melayu Standard dengan sepenuhnya, kita akan dianggap sombong seolah-olah kita ingin menunjukkan diri kita sendiri. Hal ini akan memburukkan keadaan lagi sekiranya kita berinteraksi dengan golongan yang tinggi pendidikannya dan berkebolehan dalam menguasai bahasa Melayu Standard sepenuhnya. Ini turut mengakibatkan percampuran kod berlaku. Di kalangan penutur yang monolingual pula, percampuran kod adalah melibatkan penggunaan bahasa Melayu Standard yang bercampuraduk dengan dialek Melayu Brunei yang berasal dari bahasa yang sama. Menurut Soepomo (2005), faktor-faktor yang dinyatakan di atas itu jelas menunjukkan bahawa percampuran kod sering berlaku dalam situasi tidak formal kerana 37

dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti persekitaran, sosiobudaya, pendidikan, psikologi pengguna bahasa dan sebagainya. Berdasarkan beberapa alasan yang menyebabkan berlakunya percampuran kod yang telah dinyatakan di atas, jelas menunjukkan bahawa percampuran kod banyak memberi sumbangan dan keperluan dalam perhubungan sehari-hari sama ada di rumah, sekolah, pejabat dan sebagainya. Pada umumnya, kita sudah mengetahui bahawa percampuran kod berlaku tanpa kita sedari memandangkan keadaan ini sudah sebati dengan kehidupan sehari-hari dari peringkat awal lagi. Percampuran kod juga merupakan satu kepentingan kerana ia dapat melicinkan atau melancarkan komunikasi. Dalam erti kata lain dapat memudahkan pemahaman kepada orang yang diajak bercakap dengan beralih kod ke kod yang mudah difahami. Percampuran kod ini mungkin disebabkan oleh faktor pendidikan yang berdasarkan sistem dwibahasa yang diterima serta pengaruh persekitaran sama ada pergaulan sosial atau pengaruh dari bahasa ibunda. Walau bagaimanapun, Soepomo (2005) juga menyelitkan implikasi percampuran kod terhadap tamadun bangsa. Sekiranya kita memperkatakan tentang tamadun bangsa, percampuran kod tidak sama sekali menggambarkan tamadun tinggi kerana bahasa yang bercampur aduk tidak mempunyai sistem bahasa yang teratur. Tambahan pula, dalam pertumbuhan dan perkembangan mana-mana tamadun, bahasa yang rasmi dan baku itu memang diperlukan untuk tujuan pemikiran, ilmu dan bidang kehidupan lain yang mencerminkan ketinggian tamadun bangsa itu. 38

Menurut Soepomo (2005) lagi, ciri percampuran kod yang utama adalah penutur itu merupakan penutur dwibahasa atau multibahasa. Ini bermaksud penutur tersebut mempunyai pengetahuan variasi bahasa lebih daripada satu. Hal ini membolehkan penutur tersebut menyelit lebih banyak perkataan dan frasa daripada bahasa asing atau dialek-dialek mereka yang lain ke dalam bahasa yang digunakan atau dituturi. Ciri percampuran kod juga dapat dilihat dari aspek kelicinan perbualan penutur tersebut. Ini bermaksud, penutur dapat berbual dengan spontan dan mengekalkan kelancaran perbualan setiap kali percampuran kod berlaku. Oleh itu, tidak wujud perubahan dari segi irama ayat atau jeda untuk menandakan percampuran kod. Di sini juga tidak menunjukkan tanda bahawa penutur itu tidak memahami apa yang dicakapkannya. Percampuran kod berlaku kerana dipengaruhi oleh keadaan tertentu. Selain itu, menurut Yu (2003) item-item leksis bahasa Inggeris lain seperti VCD, WTO, IP, IT dan DNA telah diterima oleh pengguna-pengguna bahasa Cina. Oleh sebab item-item leksis bahasa Inggeris tersebut adalah ringkas dan tidak rumit, maka ini mengakibatkan item-item leksis bahasa Inggeris tersebut kerap digunakan dalam ayat bahasa Cina. Misalnya, sekiranya DNA ditukar ke dalam terminologi bahasa Cina, ini akan menjadi sangat rumit dan tidak mudah untuk difahami, maka item leksis bahasa Inggeris dikekalkan lalu dicampurkan ke dalam ayat bahasa Cina. Justeru, penggunapengguna bahasa perlu menganggap kata-kata huruf atau akronim bahasa Inggeris sebagai sebahagian daripada sistem bahasa Cina, agar sesuai dengan zaman kini. Ini turut menggalakkan kewujudan fenomena percampuran kod. 39

2.9 Kesimpulan Dalam bab ini, pengkaji telah membincang kajian-kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik lepas tentang kewujudan fenomena percampuran kod dalam wacana pertuturan dan penulisan. Ini telah membantu pengkaji mengkaji fenomena percampuran kod dalam berita hiburan akhbar bahasa Cina di Malaysia. BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan Penyelidikan deskriptif ini ialah satu kajian survey untuk mengkaji hasil percampuran kod dari segi leksis dan sosiolinguistik. Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan data yang dipilih bagi penyelidikan ini serta menghuraikan langkahlangkah yang telah digunakan untuk memperoleh data-data yang diperlukan dalam penyelidikan ini. Pengkaji menerangkan kaedah penganalisisan yang digunakan untuk menganalisis data benar atau korpus berita hiburan akhbar bahasa Cina di Malaysia yang memiliki fenomena percampuran kod. Perbincangan tersebut akan dibuat di bawah topik kaedah persampelan, pengumpulan data, pemerhatian, temubual dan kaedah penganalisisan data yang terkumpul. 3.2 Pengumpulan Data-data 40