Tingkatan 2- Bab 2: Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tangan British 丰富的天然资源促使英国的介入 2.1 Dasar Campur Tangan British di Negeri-negeri Melayu 英国介入马来联邦的政策 1. Campur tangan bermaksud melibatkan diri secara langsung dalam pentadbiran negeri lain. 介入意思打算直接干预其他国家的行政管理 2. Dasar campur tangan British bermaksud British melibatkan diri secara langsung dalam pentadbiran dan pemerintahan di negeri Melayu selepas tahun 1874. 英国的干预政策意思是英国打算 1874 年之后直接介入马来州的政府和行政管理 3. Walaupun sebelum itu British mengamalkan dasar tidak campur tangan, namun mereka telah menduduki Pulau Pinang (1786), Singapura (1819), dan Melaka (1824). British membentuk Negeri-negeri Selat (NNS) pada tahun 1826. 英国之前采用不干预的政策, 但是他们已经占据槟城 (1786), 新加坡 (1819), 和马六甲 (1824) 英国 海峡殖民地成立 (NNS) 于 1826 年 4. Negeri-negeri Selat menjalinkan hubungan perdagangan dengan negeri-negeri Melayu seperti Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. 海峡殖民地与马来国家, 如霹雳, 雪兰莪州和森美兰州有贸易往来 5. Negeri-negeri Selat berperanan sebagai pelabuhan entrepot yang mengendalikan perdagangan negeri-negeri Melayu. 海峡成为该负责处理马来州的营运转口港 6. Pedagang-pedagang Negeri-negeri Selat juga melabur modal dalam perlombongan bijih timah di Larut, Klang, Lukut, dan Sungai Ujong. 海峡商人也投资发展 Larut, 巴生 (Klang), Lukut, dan Sungai Ujong 的锡矿 7. Faktor British campur tangan di Tanah Melayu 英国介入马来亚的因素 (a)kekayaan hasil bumi negeri-negeri Melayu 马来州丰富的天然资源 (b)revolusi Perindustrian di Britain 在英国的工业革命 (c)pengenalan kapal wap 蒸汽船的推出 (d)pembukaan Terusan Suez Suez 运河的开通 (e)kebimbangan campur tangan kuasa Eropah lain 担心其他欧洲强国的介入 (f)pertukaran kerajaan di Britain 英国政府的变化 (g)desakan pedagang British Negeri-negeri Selat 海峡殖民地商人的坚持 2. 1. 1 Kekayaan Hasil Bumi Negeri-negeri Melayu Menarik Perhatian British 马来州丰富的天然资源吸引英国的注意力 Negeri-negeri Melayu kaya dengan bijih timah, emas, bijih besi, dan arang batu. Kekayaan hasil bumi di negeri-negeri Melayu : 1
马来州盛产锡, 黄金, 铁矿石和煤炭 在马来州丰富的天然资源 : Negeri 州 Kawasan 地区 Hasil galian 矿物 Perak 霹雳 Larut Bijih timah 锡 Kinta Selangor 雪兰莪 Lukut Bijih timah 锡 Kuala Lumpur Ampang Petaling Negeri Sembilan 森美兰 Sungai Ujong Bijih timah 锡 Pahang 彭亨 Ulu Tembeling Emas dan bijih timah 黄金和锡 Sungai Pahang Sungai Lembing 2. British ingin menguasai negeri-negeri Melayu seperti Perak, Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan yang kaya dengan hasil bumi ini sebelum jatuh ke tangan kuasa Barat yang lain. 英国希望在马来州, 比如含丰富的天然资源的霹雳, 雪兰莪, 彭亨和森美兰落入其他西方强国手中之前, 要 掌握马来州 2. 1. 2 Revolusi Perindustrian Mendesak Campur Tangan 工业革命促使介入 1. Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah menyebabkan British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan. 当时在欧洲的工业革命导致英国人需要锡矿以发展罐头制造食品企业 2. British berpendapat bahawa mereka perlu menguasai negeri-negeri Melayu seperti Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan untuk memastikan bekalan bijih timah yang murah, mudah, serta berkekalan. 英国认为, 他们需要掌握马来州, 如霹雳, 雪兰莪, 森美兰, 以确保锡矿石供应价格便宜, 方便和可持续的 3. British mahu menjadikan negeri-negeri tersebut sebagai kawasan untuk memasarkan barangan kilang mereka. 英国要这些国家来推销他们的厂制品的一个区域 2. 1. 3 Terusan Suez dan Kapal Wap Merancakkan Persaingan 苏伊士 (Suez) 运河和蒸汽船提升竞争 1. Pengenalan kapal wap membolehkan orang Eropah belayar ke Timur dalam masa yang pendek. 蒸汽船的引进允许欧洲人在短时间内航行到东方 2. Kapal wap juga boleh membawa muatan yang lebih berbanding dengan kapal-kapal layar sebelumnya. 蒸汽船与以前的帆船相比, 还可以携带更多的载荷 3. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 memendekkan jarak perjalanan dari England ke Tanah Melayu. Suez 运河于 1869 年开通缩短从英国前往马来半岛的距离 2.1.4 Kebimbangan Campur tangan kuasa Eropah lain 担心其他欧洲强国的介入 2
1. British bimbang dengan kemaraan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara. Kuasa Eropah tersebut telah meluaskan kuasanya seperti berikut : 英国担心其他欧洲大国在东南亚地区的势力进度 这些欧洲扩大其势力如下 : Kuasa Eropah 欧洲势力 Negara Asia Tenggara yang dikuasai 被控制的东南亚联合国 Belanda 荷兰 Hindia Timur ( Indonesia ) 东印度群岛 ( 印度尼西亚 ) Perancis 法国 Indochina 中南半岛 Sepanyol 西班牙 Filipina 菲律宾 2. British tidak akan membiarkan kepentingannya di negeri-negeri Melayu diancam oleh kuasa Eropah yang lain khususnya Perancis. 英国不会允许它在马来州的利益受到其他欧洲大国的威胁, 尤其是法国 2. 1. 5 Pertukaran Kerajaan Mengubah Dasar British 英国换政府改变政策 1. Di England, Parti Konservatif telah mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan daripada Parti Liberal pada tahun 1873. 在英国, 行政管理于 1873 年由保守党 (Parti Konservatif) 从自由党 (Parti Liberal) 接手掌舵 2. Kerajaan baru di bawah Parti Konservatif menyokong dasar perluasan kuasa Britain dan menukarkan dasar kerajaan tidak campur tangan kepada dasar campur tangan di negeri-negeri Melayu. 在保守党的管理之下, 新的行政支持扩展英国势力以及从不介入政策变成介入马来州的政策 2.1.6 Desakan pedagang mempercepat campur tangan 商人的坚持加速介入 1. Faktor yang menyebabkan keadaan huru-hara di negeri-negeri Melayu : 引起马来周骚乱的因素 : (a) Pertelingkahan di kalangan pembesar 大臣之间的冲突 (b) Pergaduhan kongsi gelap Cina 华人黑帮打斗 2. Keadaan tersebut merugikan pedagang-pedagang Negeri-negeri Selat. Mereka mendesak British campur tangan dan melindungi kepentingan pelaburan mereka. 这种情况不利于海峡殖民地的商家 他们敦促英国介入和保护他们的投资利益 3. Pada tahun 1873, seramai 243 orang pedagang Negeri-negeri Selat menulis surat kepada Lord Kimberley, iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British bagi mendesak British untuk campur tangan di negeri-negeri Melayu. 在 1873 年,243 个海峡商人写信给 Kimberley 勋爵, 就是为英国殖民地秘书, 以敦促英国介入马来州 2. 2 Keadaan di Perak, Selangor Negeri Sembilan, dan Pahang Memberi Peluang Campur Tangan British 在霹雳, 雪兰莪森美兰, 和彭亨的情况给予英国介入的机会 1. Keamanan dan kestabilan adalah penting untuk menjamin kemakmuran dan kemajuan sesebuah negara. 一个国家的安全性和稳定性是很重要的, 以确保该国的繁荣和进步 3
2. Negara akan mudah terdedah kepada campur tangan kuasa asing jika keadaan tidak stabil dan huru-hara berlaku. 国家将很容易被外来势力的介入, 如果情况不稳定并发生暴乱事情 3. Pada kurun ke-19, keadaan tidak stabil telah berlaku di negeri-negeri Melayu pantai barat. 在第 19 世纪, 在马来州的西海岸发生不稳定的状态 2. 2. 1 Ketidakstabilan di Perak 在霹雳的不稳定 1. Daerah Larut kaya dengan galian bijih timah terutamanya di kawasan berikut : Larut 省有丰富的锡矿尤其是以下地区 : (a) Kelian Pauh (b) Kelian Bharu 2. Pada tahun 1848, Long Jaafar membawa masuk buruh dari China secara beramai-ramai untuk memajukan perlombongan bijih timah di Larut. 在 1848 年, Long Jaafar 自中国带进大量的工人以发展在 Larut 的锡矿业 3. Kemasukan buruh Cina yang ramai telah mencetuskan pergaduhan sesama mereka kerana kebanyakan mereka menganggotai kumpulan kongsi gelap yang berlainan, iaitu : 越来越多的中国工人引发他们之间打斗因为他们大多数参加不同的黑帮, 那就是 : (a) Ghee Hin 义兴 (b) Hai San 海圣 4. Pergaduhan ini membawa kepada meletusnya Perang Larut yang menjejaskan perusahaan bijih timah. 这打斗导致爆发 Larut 之战, 危害锡矿发展 5. Menteri Larut, Ngah Ibrahim telah melantik Kapten Speed, iaitu Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri-negeri Selat untuk membantu menamatkan kekacauan di Larut. Larut 的部长,Ngah Ibrahim 委任 Speed 船长, 那就是海峡州副警察局长, 以帮助完成后期的混乱 6. Keadaan di Perak bertambah buruk dengan perang saudara apabila berlaku perebutan takhta dalam kalangan kerabat diraja. 霹雳州的情况因为内战而变得更加恶化, 当皇亲国戚之间发生争夺王位事件 7. Masalah perebutan takhta berlaku kerana sistem pewarisan takhta tidak dipatuhi sepenuhnya. 争夺王位的问题会发生是因为没有遵守王位继承系统 (a) Selepas kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871, Raja Ismail yang merupakan Raja Bendahara dilantik menjadi sultan Perak. Ali 苏丹驾崩于 1871 年之后, 还是宰相王的 Ismail 王, 被委任为霹雳州的苏丹 (b) Proses pelantikan ini mengetepikan Raja Muda, iaitu Raja Abdullah. 4
这任职抛开了太子, 那就是 Abdullah 王 (c) Pelantikan Raja Ismail sebagai sultan Perak ditentang oleh Raja Abdullah dan Raja Yusof. Ismail 王为霹雳州苏丹的任职被 Abdullah 王和 Yusof 王反对 (d) Raja Abdullah menentang kerana beliau sepatutnya menjadi Sultan Perak menggantikan Sultan Ali. Raja Abdullah tidak dilantik kerana tidak hadir pada upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong walaupun dijemput. Abdullah 王反对因为他才是应该成为以取代 Ali 苏丹的 Abdullah 王没有被委任是因为没有出席 Ali 苏丹在 Sayong 的葬礼, 虽然已经被邀请 (e) Raja Yusof yang memegang jawatan Raja Di Hilir sebelum itu diketepikan sama sekali kerana beliau tidak disukai oleh pembesar-pembesar Perak. 之前任职下游的王的 Yusof 王一样被抛开因为霹雳州大臣不喜欢他 Jawatan Tahun Sultan 苏丹 Raja Muda 太子 Raja Bendahara 宰相王 Raja Di Hilir 下游的王 1871 Sultan Ismail Raja Abdullah 1865 Sultan Ali Raja Abdullah Raja Ismail 1857 Sultan Jaafar Raja Ali Raja Ismail Raja Abdullah 1851 Sultan Muhammad Shah Raja Jaafar Raja Ali Raja Yusof Petunjuk : Memegang jawatan mengikut giliran yang sepatutnya 根据正确的轮换任职 Mengekalkan jawatan yang disandang 维持固定位置 Melangkau satu jawatan 跳过一个位置 Kedudukan raja-raja dalam sistem pewarisan takhta Perak pada kurun ke-19 霹雳 19 世纪系统的王位继承系统 8. Raja Abdullah yang mendapat sokongan daripada pembesar di hilir Perak seperti Dato' Maharajalela dan Dato' Sagor telah melancarkan penentangan. 获得来自霹雳下游官员比如 Dato' Maharajalela 和 Dato' Sagor 的支持的 Abdullah 王发动了叛乱 9. Raja Abdullah terus berkuasa di Hilir Perak menyebabkan kuasa Sultan Ismail terhad di Hulu Perak sahaja. Abdullah 王继续在霹雳州下游执掌权力导致 Ismail 苏丹的权利仅限于葫芦霹雳州上游而已 10. Pertabalan Raja Ismail sebagai sultan Perak menyebabkan perpecahan dalam kalangan pembesar Perak dan keadaan ini menggugat keamanan di negeri Perak. 加冕 Ismail 王为霹雳州的苏丹引起霹雳州大臣之间的分裂, 这局势破坏了霹雳州的太平 11. Raja Abdullah telah meminta bantuan British untuk mengiktiraf beliau sebagai sultan Perak yang sah. Abdullah 王要求英国的帮助以承认他为霹雳州合法的苏丹 12. Gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Andrew Clarke melihat permintaan Raja Abdullah ini sebagai peluang untuk British menguasai Perak yang kaya dengan bijih timah. 海峡殖民地总督, 也就是 Andrew Clarke 看到 Abdullah 王的请求是英国控制丰富锡的霹雳州的机会 5
13. Andrew Clarke telah memanggil pembesar-pembesar Melayu dan pemimpin-pemimpin kongsi gelap Cina berunding di Pulau Pangkor untuk menamatkan kekacauan di Perak. Andrew Clarke 叫马来大臣和华人黑帮领导人在 Pangkor 岛谈判, 以结束霹雳州的混乱 14. Ketua kumpulan kongsi gelap Cina Hai San, iaitu Kapitan Chung Ah Kwee antara pemimpin kongsi gelap Cina yang hadir untuk menyelesaikan pergaduhan di Larut. 海山华人黑帮的帮主, 那就是 Chung Ah Kwee 甲必丹是其中出席的华人黑帮领导人以解决 Larut 的战斗 15. Masyarakat cina bersetuju menamatkan pergaduhan dan menerima pihak British menjadi orang tengah dalam urusan perlombongan bijih timah. 华社同意结束战斗, 并接受英国成为锡矿事务的调解员 16. Andrew Clarke merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat yang bertanggungjawab meletakkan Negeri-negeri Melayu di bawah pengaruh British. Andrew Clarke 是负责把马来州纳入英国势力之下的海峡殖民地总督 17. Antara pembesar Melayu yang hadir ialah Raja Abdullah, Ngah Ibrahim, dan Dato' Sagor. Sultan Ismail tidak hadir kerana lewat menerima surat jemputan. 其中出席的大臣有马来人 Abdullah 王,Ngah Ibrahim 和 Dato' Sagor Ismail 苏丹缺席因为太迟收到邀请函 18. Hasil rundingan tersebut telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 di atas kapal British H. M. S. Pluto. 这个谈判的结果导致于 1874 年 1 月 20 日在英国船 H.M.S. 冥王星 (Pluto) 签署 Pangkor 条约 19. Syarat Perjanjian Pangkor 1874 1874 年 Pangkor 条约的条款 (a) Raja Abdullah diiktiraf sebagai sultan Perak. Abdullah 王被承认是霹雳州的苏丹 (b) Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda. Ismail 王被承认为太子 (Raja Muda) (c) Sultan menerima seorang Residen British yang akan menasihati baginda dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. 苏丹接受一位英国领事驻, 劝导他所有事项, 除了有关回教和马来习俗的的 (d) Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak. 领事驻全权负责征管霹雳州的税收 (e) Residen, Penolong Residen, sultan, dan pembesar dibayar gaji daripada pungutan hasil mahsul Perak. 领事驻, 领事驻助理, 苏丹和大臣从霹雳州征收的税款中支付薪水 (f) Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen. 6
Ngah Ibrahim 仍然是 Larut 的部长和接受一位的领事驻助理 (g) Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha mengembalikan keamanan di Perak. Larut 的部长负责承担一切努力恢复霹雳州和平的财务 20. Kesan Perjanjian Pangkor (Pangkor 条约的后果 ) (a) Raja Abdullah terpaksa menerima seorang Residen British. Abdullah 王被迫接受了英国领事驻 (b) Kerajaan Melayu Perak kehilangan hak memungut cukai. 马来霹雳州政府失去收税的权利 (c) Kerajaan Melayu Perak terpaksa menanggung perbelanjaan keselamatan di Perak. 马来霹雳州政府被迫承担霹雳州治安的费用 (d) Bermulanya penguasaan British secara langsung dalam pentadbiran dan ekonomi di Perak. 英国开始直接控制在霹雳州的管理和经济 (e) British terus mencari peluang untuk menguasai negeri-negeri Melayu lain yang kaya untuk kepentingan ekonomi mereka. 英国继续寻找机会以掌控马来州对方为自己的经济利益 Mesej Focus 消息焦点 SULTAN 苏丹 RAJA MUDA 太子 RAJA BENDAHARA 宰相王 RAJA DI HILIR 下游的王 PUTERA SULTAN 苏丹的王子 Sistem pelantikan sultan di Perak dikenali sebagai Sistem Giliran. Mengikut sistem ini, seseorang anak raja perlu memegang tiga jawatan iaitu Raja di Hilir, Raja Bendahara, dan Raja Muda sebelum layak ditabal menjadi Sultan. 霹雳州苏丹的委任制被称为轮流制度 根据这个制度, 国王的儿子在有资格加冕为苏丹之前必须胜任三个职 位, 那就是下游的王, 宰相王, 和太子 2. 2. 2 Perang Klang di Selangor 在雪兰莪的巴生之战 7
1.Pada tahun 1857, Sultan Abdul Samad yang berkuasa di daerah Langat ditabal menjadi sultan Selangor. 1857 年, 在 Langat 省有势力的 Abdul Samad 苏丹被加冕成为雪兰莪的苏丹 2. Pada mulanya, daerah Klang terletak di bawah kekuasaan Raja Sulaiman. Apabila Raja Sulaiman mangkat, daerah Klang diserahkan kepada Raja Abdullah. 起初, 巴生省是在 Sulaiman 王的统治下 当 Sulaiman 王去世后, 巴生省被移交给 Abdullah 王 3. Penyerahan ini tidak dipersetujui oleh putera Raja Sulaiman, iaitu Raja Mahadi. Sulaiman 王的儿子, 那就是 Mahadi 王不赞同这个移交 4. Raja Abdullah memajukan perlombongan bijih timah secara besar-besaran di daerah Klang dengan membawa masuk buruh dari China. Lombong-lombong bijih timah dibuka di Kuala Lumpur dan Ampang. Abdullah 王大规模发展在巴生区的锡矿山, 通过引进来自中国的工人 锡矿在吉隆坡和 Ampang 被开发 5. Pada tahun 1860, daerah Klang berkembang maju sebagai pusat pengeluaran bijih timah yang utama di negeri Selangor. 1860 年, 巴生省蓬勃发展成为雪兰莪州主要出产锡的地区 6. Perebutan ke atas kekayaan dan hak kekuasaan di Klang mencetuskan perang saudara yang dikenali sebagai Perang Klang. 在巴生的财富和权力争夺引发一场内战, 被称为巴生的战争 7. Perang saudara yang berlaku telah merebak ke daerah-daerah lain dan bertambah buruk apabila kumpulan pelombong Cina turut terlibat. 爆发的内战蔓延到其它地区, 并恶化当一批中国矿工也参与 8. Peperangan yang berlaku menyebabkan kegiatan perdagangan di Selangor terjejas. 战争导致雪兰莪的贸易活动受到影响 9. Sultan Abdul Samad kemudiannya melantik Tengku Kudin, menantu baginda untuk menamatkan Perang Klang. Abdul Samad 苏丹过后委任 Tengku Kudin, 陛下的女婿以终止巴生的战争 10. Latar belakang Tengku Kudin : Tengku Kudin 的背景 (a) Nama sebenarnya Tengku Dhiauddin, iaitu putera diraja Kedah. 他的真实名字是 Tengku Dhiauddin, 那就是吉打州的王子 (b) Beliau berkahwin dengan puteri Sultan Abdul Samad, iaitu Raja Arfah. 他和 Abdul Samad 苏丹的公主, 那就是 Arfah 陛下结婚 (c) Pada tahun 1868, beliau dilantik sebagai wakil sultan untuk mentadbir dan memajukan Selangor. 在 1968 年, 他被委任成为苏丹代表以统治和发展雪兰莪 8
11. Tengku Kudin tidak diterima oleh pembesar-pembesar Selangor termasuk Raja Mahadi kerana beliau dianggap bukan anak negeri Selangor. Oleh itu, Tengku Kudin meminta bantuan dari luar termasuk British untuk menamatkan kekacauan di Selangor. Tengku Kudin 不被兰莪州的大臣包括 Raja Mahadi 接受, 因为他被认为不是雪兰莪的本地人 因此,Tengku Kudin 要求从外界的帮助包括英国, 以结束在雪兰莪州的混乱 12. Bantuan daripada British telah membantu Tengku Kudin menewaskan Raja Mahadi dan menamatkan Perang Klang. Kapal Perang British, H. M. S. Rinaldo telah membedil Kuala Selangor. 来自英国的援助帮助 Tengku Kudin 击败 Raja Mahadi, 结束巴生的战争 英国军舰,HMS Rinaldo 已经轰击 Kuala Selangor 13. British mengambil kesempatan melalui penglibatan dalam Perang Klang untuk mendesak Sultan Abdul Samad agar menerima Residen British tetapi desakan itu gagal. British terus mencari alasan bagi menempatkan Residennya di Selangor. 英国的借机通过参与巴生的战争以促使 Abdul Samad 苏丹接受英国的领事驻, 但是这促使失败 英国一直找 借口在雪兰莪放置英国领事驻 14. Pada tahun 1873, sebuah kapal dagang British dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka telah dirompak berdekatan dengan Langat. 在 1873 年, 从槟城前往马六甲在的英国商船在 Langat 附近被打抢 15. Pada tahun 1874, rumah api yang dibina oleh British di Tanjung Rachado telah diserang. Tanjung Rachado pernah menjadi wilayah pentadbiran kerajaan Selangor dan kini dikenali sebagai Tanjung Tuan. 在 1874 年, 由英国建造在 Tanjung Rachado 的灯塔被攻击 Tanjung Rachado 曾经是雪州政府的行政区域, 现在被称为 Tanjung Tuan 16.Peristiwa yang berlaku di perairan Selangor ini telah memberi peluang kepada British untuk mendesak Sultan Abdul Samad meletakkan Selangor di bawah naungan British. 发生在雪兰莪水域的这些事件, 给英国机会逼迫 Abdul Samad 苏丹将雪兰莪州归顺英国的羽翼之下 17. Akhirnya, pada tahun 1874, J. G. Davidson telah dilantik sebagai Residen yang pertama dan Frank Swettenham sebagai Penolong Residen. 最后, 在 1874 年,J. G. Davidson 被任命为第一领事驻和 Frank Swettenham 副领事驻 2.2.3 Perbalahan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan 在森美兰 Sungai Ujong 的争论 1. Sungai Ujong di Negeri Sembilan kaya dengan bijih timah. Sungai Linggi di daerah Sungai Ujong pula merupakan jalan perhubungan yang utama ke pelabuhan Melaka. 森美兰州的 Sungai Ujong 含丰富的锡 在 Sungai Ujong 省的 Sungai Linggi 也是去到马六甲港口的主要途径 2. Pembesar yang menguasai Sungai Linggi berpeluang memperoleh pendapatan yang lumayan melalui pungutan cukai ke atas pedagang yang melalui Sungai Linggi. 掌控 Sungai Linggi 的官员有赚取可观收入的机会, 通过向经过 Sungai Linggi 的商人收税 3. Pada tahun 1872, Dato' Kelana Syed Abdul Rahman dilantik menjadi pemerintah daerah Sungai Ujong. 9
在 1872 年,Dato' Kelana Syed Abdul Rahman 被任命为 Sungai Ujong 省的统治者 4. Pada masa yang sama, Dato' Bandar Kulop Tunggal yang sangat berpengaruh di Sungai Ujong cuba menunjukkan kuasanya di Sungai Ujong. 与此同时, 在 Sungai Ujong 非常有影响力的 Dato' Bandar Kulop Tunggal 试图在 Sungai Ujong 展示他的权力 5. Sungai Ujong menjadi rebutan antara Dato' Kelana dengan Dato' Bandar kerana masing-masing ingin menguasai sumber kekayaan melalui pungutan cukai di Sungai Linggi. Sungai Ujong 成为 Dato' Kelana 与 Dato' Bandar 之间的竞争, 因为每个人都希望通过在 Sungai Linggi 的税收控 制财富的来源 6. Dato' Bandar mendapat sokongan kuat daripada penduduk tempatan dan pelombong-pelombong Cina. Ini menyebabkan Dato' Kelana merasakan kedudukan dan kekuasaannya sebagai pemerintah Sungai Ujong terancam. Dato' Bandar 得到当地居民和华人矿工的大力支持 这导致 Dato' Kelana 感觉的作为 Sungai Ujong 统治者的 地位和权力受威胁 7. Dato' Kelana meminta sokongan British untuk mengukuhkan kedudukannya dan permintaan ini dilihat sebagai satu peluang yang baik untuk British campur tangan di Negeri Sembilan. Dato' Kelana 要求英国的支持, 以巩固他的地位, 这种需求被英国看作是介入森美兰的大好机会 8. Pada tahun 1874, Dato' Kelana menandatangani perjanjian menerima perlindungan British. Kesan perjanjian tersebut : 在 1874 年,Dato' Kelana 签署了一份协议, 接受英国的保护 这个协议的后果 : (a) Dato' Kelana diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong. Dato' Kelana 被承认为 Sungai Ujong 的统治者 (b) Pungutan cukai di Sungai Linggi dikuasai oleh British. 在 Sungai Linggi 的税收征管由英国控制 (c) P. J. Murray dilantik sebagai Residen British yang pertama di daerah Sungai Ujong. P. J. Murray 被任命为 Sungai Ujong 省第一个英国领事驻 9. Dato' Bandar tidak mengiktiraf perjanjian tersebut dan menentang tindakan British memungut cukai di Sungai Linggi. Dato' Bandar 不承认这协议, 并反对英国在 Sungai Linggi 的税收征管的举动 10. Bagi memelihara kepentingan ekonomi mereka, British lelah memberi bantuan ketenteraan kepada Dato' Kelana untuk menewaskan Dato' Bandar. Dato' Bandar dibuang negeri ke Singapura setelah beliau dikalahkan. 为了维护自身的经济利益, 英国提供 Dato' Kelana 军事援助以打败 Dato' Bandar Dato' Bandar 被驱逐到新加 坡, 当他被击败之后 11. British kemudian meluaskan kuasanya ke Rembau, Jelebu, dan Seri Menanti dengan menempatkan pegawai yang bergelar Majistret dan Pemungut Hasil di daerah-daerah tersebut. 10
英国过后再扩展它的势力到 Rembau,Jelebu 和 Seri Menanti, 并放置被称为判官与收集税收的官员在这些地 区 12. Pada tahun 1895, semua daerah disatukan untuk membentuk satu persekutuan yang dinamakan Negeri Sembilan. 1895 年, 各地区被结合, 形成被称为森美兰州的联邦 13. Tunku Muhammad ibni Yamtuan Antah, iaitu Yamtuan Seri Menanti telah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. Tunku Muhammad ibni Yamtuan Antah,, 那就是 Seri Menanti 的 Yamtuan 被加冕为森美兰州第一个 Yang Dipertuan Besar 14. Baginda dan semua pembesar terpaksa menerima Martin Lister sebagai Residen British di Negeri Sembilan. 陛下和他的所有官员被迫接受 Martin Lister 为在森美兰的英国领事驻 15. Kesannya, Negeri Sembilan menjadi negeri naungan British. 结果, 森美兰成为英国的附属国 16. Langkah British mengukuhkan kuasanya di Negeri Sembilan : 英国的步骤以加强它在森美兰州的权力 : Tahun 年 Peristiwa 事件 1895 Menempatkan Martin Lister sebagai Residen British di Negeri Sembilan. 在森美兰放置 Martin Lister 为英国领事驻 1889 Menempatkan Majistret dan Pemungut Hasil di Seri Menanti. 在 Seri Menanti 放置判官与收集税收的官员 1886 Menempatkan Majistret dan Pemungut Hasil di Jelebu. 在 Jelebu 放置判官与收集税收的官员 1883 Menempatkan Majistret dan Pemungut Hasil di Rembau. 在 Rembau 放置判官与收集税收的官员 1874 Menempatkan P. J. Murray sebagai Residen British di Sungai Ujong. 在 Sungai Ujong 放置 P. J. Murray 为英国领事驻 Mesej Focus 焦点消息 Majistret dan Pemungut Hasil terdiri daripada pegawai British yang dilantik untuk memungut cukai dan menguatkuasakan undang-undang British. Pada tahun 1896, jawatan tersebut ditukar kepada Pegawai Daerah. 英国官员被委任为判官与收集税收的官员以征收税务和执行英国法律 1896 年, 该职位被改为民政事务专 员 2.2.4 British Bimbang Pertapakan Kuasa Eropah Lain di Pahang 英国担心其它欧洲势力占据彭亨 1. Pahang merupakan negeri Melayu yang terakhir menerima Residen British. 彭亨州是最后接受英国领事驻的马来州 11
2. Pada kurun ke-19, kuasa Eropah lain seperti Perancis, Rusia, dan Jerman berlumba-lumba untuk mencari tanah jajahan di Asia Tenggara. 在 19 世纪, 欧洲势力如法国, 俄罗斯和德国都在竞相在东南亚寻找殖民地 3. Walaupun Pahang tidak kaya seperti Perak dan Selangor, namun British bimbang Pahang akan diambil oleh kuasakuasa Eropah yang lain. Kebimbangan ini menyebabkan British meluaskan kuasanya ke Pahang. 虽然彭亨没有像霹雳及雪兰莪这样富有, 但英国担心彭亨将被其他欧洲势力夺去 这些担心导致英国扩展它 的势力至彭亨州 4. Sultan Ahmad cuba memelihara kedaulatan Pahang kerana baginda tidak mahu melihat Pahang jatuh ke tangan kuasa asing. Ahmad 苏丹试图维护彭亨州的自主权, 因为他不希望看到彭亨州落入外国势力手中 5. Bagi mengelakkan campur tangan British, baginda mencontohi pemerintahan Sultan Abu Bakar dari Johor dengan membangunkan negeri Pahang. 为避免英国的的介入, 他学习柔佛 Abu Bakar 苏丹的统治以发展彭亨州 6. Usaha membangunkan ekonomi Pahang akan membuatkan British tiada alasan untuk campur tangan di Pahang. 努力开发彭亨州的经济将使英国没有理由介入彭亨 7. Bagi memajukan ekonomi Pahang, Sultan Ahmad membawa masuk pelabur-pelabur dari negara-negara Eropah. 为了促进彭亨州经济,Ahmad 苏丹引进来自欧洲国家投资者 8. Tindakan Sultan Ahmad membawa masuk pelabur-pelabur Eropah tidak disenangi oleh British kerana tindakan tersebut menjejaskan kepentingan mereka di negeri-negeri Melayu. Ahmad 苏丹引进欧洲投资者的举动, 让英国不喜欢, 因为这些举动影响英国在马来州的利益 9. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh British untuk meluaskan pengaruhnya ke Pahang. 英国作出各种努力, 以扩展它的势力至彭亨州 (a) Pada tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld, iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat memujuk Sultan Ahmad menerima Residen British tetapi usaha mereka tidak berjaya. 1886 年,Frank Swettenham 和 Frederick Weld, 那就是海峡殖民地总督说服 Ahmad 苏丹艾接受英国的领事驻, 但他们的努力均告失败 (b) Pada tahun 1887, British mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk memujuk Sultan Ahmad menerima pengaruh British. Kesannya, Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British di Pahang. Namun, British tidak berpuas hati kerana kuasa wakil British di Pahang yang terhad. 1887 年, 英国获得柔佛州 Abu Bakar 苏丹的帮助, 以劝说 Ahmad 苏丹接受了英国的势力 因此,Hugh Clifford 被任命为在彭亨州的英国代表 不过, 英国并不满足, 因为英国代表在彭亨的权力有限 (c) Pada tahun 1888, seorang warganegara British berbangsa Cina bernama Go Hui ditemui mati berhampiran istana Sultan Ahmad di Pekan. British menggunakan peristiwa ini untuk mendesak Sultan Ahmad supaya menerima seorang Residen British di Pahang sebagai alasan baginda gagal mewujudkan keamanan dan keselamatan di Pahang. 12
在 1888 年, 一个英国公民的中国人, 名字叫 Go Hui 被发现死在城市的 Ahmad 苏丹宫殿附近 英国利用这个 机会敦促 Ahmad 苏丹在彭亨州接受英国领事驻, 理由是陛下不能在彭亨营造和平与安全 10. Kesannya, Sultan Ahmad terpaksa menerima seorang Residen British dan J. P. Rodger dilantik menjadi Residen British yang pertama di Pahang. 因此,Ahmad 苏丹不得不接受英国领事驻, 并 J. P. Rodger 被任命为霹雳州的第一个英国领事驻 11. Penerimaan Residen ini menandakan berakhirnya kedaulatan Pahang. 接受领事驻标志着彭亨州的自主权已经结束 2.3 Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar 领事驻威胁苏丹和大臣的权力 1. Campur tangan British menyebabkan Sistem Residen diperkenalkan dan dilaksanakan di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang. 英国的介入导致领事驻制度面世, 并在霹雳, 雪兰莪, 森美兰和彭亨实施 2. Ciri-ciri Sistem Residen 领事驻制度的特点 (a) Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang diletak sebagai negeri naungan British. 霹雳, 雪兰莪, 森美兰和彭亨被置为英国的附属国 (b) Kuasa sultan dan pembesar mula tergugat. 苏丹和大臣的权力开始被威胁 (c) Peranan Residen ialah menasihati sultan dalam hal-hal pentadbiran kecuali perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. 领事驻的作用是有关行政事项向苏丹给予意见, 除了与回教和马来习俗有关的事务 (d) Seorang Residen ditempatkan di negeri berkenaan seperti berikut : 一位领事驻被安置在相关的州属, 如下 : Negeri 州 Residen British 英国的领事驻 Perak 霹雳 J. W. W. Birch Selangor 雪兰莪 J. G. Davidson Negeri Sembilan 森美兰 Martin Lister Pahang 彭亨 J. P. Rodger 3. Kerajaan British tidak mempunyai satu dasar yang jelas tentang pelaksanaan Sistem Residen. Keadaan ini menyebabkan Residen bertindak atas budi bicara masing-masing dan terdapat Residen yang melampaui batas bidang kuasanya. 英国政府并没有对领事驻制度实施设定明确的政策 这种情况会导致领事驻自行决定每个行为, 并有领事驻 超越他的管辖范围 4. Keadaan ini telah menggugat kuasa sultan dan pembesar negeri-negeri Melayu dengan cara : 这种情况已经威胁马来州的苏丹和大臣的权力, 通过以下方式 : 13
Memaksa menerima nasihat 被迫接受意见 Menguasai Pentadbiran 掌握管理 Mengambil alih pungutan cukai 接管税收征管 Mencampuri adat 介入习俗 (a) Residen menasihati sultan dalam semua urusan pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. 所有事项, 领事驻给予国王意见, 除了那些与回教和马来习俗有关的 (b) Nasihat Residen mesti dipatuhi dan dilaksanakan. 领事驻的意见, 必须被准守和被实行 (a) Sultan dan pembesar kehilangan kuasa kerana Residen menjalankan semua urusan pentadbiran negeri. 苏丹和大臣失去权力, 因为领事驻管理州的所有事务 (a) Residen mengambil alih kuasa dan hak memungut cukai yang selama ini dipegang oleh sultan dan pembesar. 领事驻接管苏丹和大臣一直以来的权力和税收征管权利 (b) Pungutan cukai dilakukan oleh pegawai British, iaitu Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil. 税收征管由英国官员进行, 即判官与收集税收的官员 (a) Tindakan Residen menghapuskan amalan perhambaan dianggap melampaui bidang kuasa mereka. 领事驻的举动, 以消除奴役的做法被认为已超出了他们的管辖范围 (b) Bagi sultan dan pembesar, amalan perhambaan merupakan adat turun-temurun dalam masyarakat Melayu tradisional. 对于苏丹和大臣, 奴隶制的习惯做法是马来社会世袭的传统 2.4 Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 通过形成马来联邦加强英 国势力 1. Sistem Residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang merupakan pemerintahan British secara tidak langsung kerana negeri-negeri tersebut masih mengekalkan struktur pemerintahan masing-masing. 在霹雳, 雪兰莪, 森美兰和彭亨的领事驻制度是英国政府间接地统治, 因为这些州仍然保留着各自的行政结 构 2. Pelaksanaan Sistem Residen tidak teratur kerana kerajaan British tidak mempunyai satu panduan yang jelas tentang pelaksanaannya. 领事驻制度没有条规地实施, 因为有关它的实施, 英国政府并没有明确的指导 3. Kelemahan dalam Sistem Residen 领事驻制度的弱点 (a) Setiap Residen bertindak mengikut budi bicara sendiri sehingga ada Residen yang melampaui bidang kuasa menjadikannya terlalu berkuasa. 领事驻自行决定每一个行为, 甚至有领事驻超越他的管辖范围使到他的权利过于强大 (b) Kuasa Residen tidak dapat dikawal oleh Gabenor Negeri-negeri Selat di Singapura. 领事驻的权利无法被在新加坡的海峡殖民地总督所控制 (c) Pentadbiran di setiap negeri tidak seragam kerana menggunakan undang-undang yang berbeza-beza. 每个州的政府不统一, 因为用的法律不同 4. Kelemahan dalam Sistem Residen menyebabkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang disatukan di bawah sebuah pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 atau Persekutuan 1896. 领事驻制度的弱点导致霹雳, 雪兰莪, 森美兰和彭亨被合并成一个被称为 1896 年马来联邦或 1896 年联邦的 政府 14
5. Pada tahun 1895, satu perjanjian untuk menubuhkan sebuah Persekutuan ditandatangani dan perjanjian tersebut dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896. 1895 年, 一项建立一个联邦的协议被签订, 并该协议于 1896 年 7 月 1 日生效 6. Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895 1895 年 6 月 12 日联邦协议的条款 (a) Raja-raja bersetuju menggabungkan negeri-negeri mereka menjadi sebuah persekutuan yang akan dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. 国王同意合并他们的州属成联邦, 并被称为马来联邦 (b) Raja-raja bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai Residen Jeneral. 国王同意接受一名英国官员为总领事驻 (c) Raja-raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. 所有事项, 国王同意遵守总领事驻的意见, 除了那些与回教和马来习俗有关的 (d) Raja-raja bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British. 国王同意按照英国政府的意见帮助需要援助的州 (e) Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. 总领事驻向也成为马来联邦的高级专员的海峡殖民地总督负责 7. Faktor penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 建立马来联邦州的因素 (a) Mengatasi kelemahan Sistem Residen dengan menyeragamkan pentadbiran. 统一行政以解决领事驻制度的弱点 (b) Membolehkan negeri-negeri Melayu berkongsi perkhidmatan pakar seperti doktor, jurutera, dan juruukur untuk menjimatkan bayaran perkhidmatan. 使马来州分享专业的服务, 如医生, 工程师和测量师以节省服务费 (c) Memperbaiki serta memajukan pengangkutan dan perhubungan seperti jalan kereta api dan jalan raya di antara negeri-negeri Melayu. 改善和发展马来州之间的交通和通讯, 如铁路和公路 (d) Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan di negeri-negeri berkenaan. 加强相关州属得强度和防御状态 (e) Membolehkan negeri-negeri kaya seperti Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan membantu menyelesaikan krisis kewangan Pahang. 让富有的州比如霹雳, 雪兰莪, 森美兰, 帮助解决彭亨的金融危机 15
8. Ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Bersekutu 马来联邦的特点 (a) Persekutuan dianggotai oleh negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang. 联邦政府由霹雳州, 雪兰莪州, 森美兰州和彭亨州组成 (b) Pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur. 联邦行政中心设在吉隆坡 (c) Pentadbiran Persekutuan diketuai oleh seorang Residen Jeneral. 联邦行政机构由总领事驻率领 (d) Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral yang pertama. 总领事驻向在新加坡的英国高级专员负责 Frank Swettenham 被任命为第一任总领事驻 9. Struktur Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu 马来联邦的行政结构 Pesuruhjaya Tinggi British 英国高级专员 (Gabenor NNS di Singapura) ( 在新加坡的 NNS 总督 ) Residen Jeneral 总领事驻 (berpusat di Kuala Lumpur)( 设在吉隆坡的总部 ) Residen Perak 霹雳州的领事驻 Residen Selangor 雪兰莪州的领事驻 Residen Pahang 彭亨州的领事驻 Residen Negeri Sembilan 森美兰州的领事驻 2.5 Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan 成立联邦挑战苏丹的权威 1. Kuasa pentadbiran bertukar tangan kepada Residen Jeneral. Residen Jeneral berkuasa dalam hal-hal yang berkaitan dengan kewangan dan cukai eksport. 行政权力转移到总领事驻手上 有关资金和出口税的事宜, 总领事驻都有权力 2. Jabatan-jabatan yang diketuai oleh pegawai British ditubuhkan oleh kerajaan pusat untuk melaksanakan kerjakerja pentadbiran. Antara jabatan kerajaan yang ditubuhkan ialah : 由英国官员领导的部门被中央政府成立以进行行政工作 其中被建立的政府部门是 : (a) Jabatan Kehakiman 司法部 (b) Jabatan Kewangan 财政部 (c) Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam 交通运输和公共服务部 3. Walau bagaimanapun, penglibatan orang Melayu dalam jabatan kerajaan tersebut dihadkan oleh pihak British. 然而, 马来人在政府部门的参与被英国限制 16
4. Sultan dikehendaki mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat Melayu. 所有事项, 苏丹必须遵循总领事驻的意见, 除了那些与回教和马来习俗有关的 5. Residen Jeneral telah mengambil alih peranan sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri. Keadaan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati sultan-sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada pihak British. 总领事驻接管苏丹和州务委员会的作用 这些情况导致马来联邦苏丹的不满并对英国表达他们的不满 6.Pada tahun 1897, British bersetuju menubuhkan Persidangan Raja-raja Melayu atau Durbar bagi mengatasi masalah kehakisan kuasa Raja-raja Melayu dalam Persekutuan. 1897 年, 英国同意建立马来统治者大会或杜巴, 以解决联邦马来统治者权力被侵蚀的问题 7. Ciri-ciri Durbar 杜巴的特点 (a) Merujuk kepada perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh raja negeri berkenaan. 参照由相关州的国王举行的会议或大会 (b) Ahli-ahlinya terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi British, Raja-raja Melayu, Residen Jeneral, dan empat orang Residen. 其成员包括英国高级专员, 马来统治者, 总领事驻, 和四个领事驻 (c) Perkara yang dibincangkan ialah hal ehwal adat, agama Islam, dan kebajikan orang Melayu. 讨论的事项包括习俗事务, 回教和马来人的福利 (d) Menjadi asas pembentukan Majlis Persidangan Raja-raja Melayu pada hari ini. 成为今天形成马来统治者委员大会的基础 8. Pada tahun 1897, Durbar pertama diadakan di Kuala Kangsar. 1897 年, 杜巴第一次在 Kuala Kangsar 举行 9. Durbar kedua diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903. Dalam Durbar tersebut, Sultan Idris dari Perak telah mengkritik pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral. Baginda mendesak supaya langkah-langkah berikut diambil oleh kerajaan British : 1903 年在吉隆坡举行第二次杜巴 这次杜巴, 霹雳州的 Idris 苏丹伊批评权利集中在总领事驻的手中 陛下 敦促英国政府采取下面的步骤 : (a) Kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan. 马来统治者的权利被还回 (b) Bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah. 加入政府服务的马来人数量增加 (c) Pegawai Melayu dilantik ke jawatan yang lebih tinggi. 马来官员被委任更高的职位 (d) Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi. 马来语被承认为官方语言 10. Hasil daripada bantahan tersebut, beberapa langkah telah diambil oleh British : 这些反对的成效, 英国采取了几个措施 : 17
(a) Pada tahun 1909, Durbar digantikan dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan. 在 1909 年, 杜巴被联邦委员会取代 (b) Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha. 总领事驻的职位由秘书长代替 (c) Kerajaan British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri. 英国政府同意把政权交出给州务委员会 18