Kembara Sutera 1
Jom ke China Merancang percutian ke China? Nak cari Wacana dari Tembok Besar Tempat Peranginan Warisan Budaya Hotel Penginapan Restoran Makanan Halal Masjid Semua info yang berguna ada di sini. Kenali China sebelum datang ke China. Salam sejahtera para pembaca budiman. Pejam celik pejam celik kita sudah pun menghampiri setengah tahun kedua bagi tahun 2015. Adakah azam tahun baharu anda sudah hampir terlaksana? Bagaimanakah pula dengan impian pengembaraan anda? Sekiranya anda masih tercari-cari tempat pelancongan yang sesuai, kami di Kembara Sutera (KS) sentiasa berlapang dada untuk membantu anda. Untuk edisi KS kali ini, kami telah menyediakan tiga buah tempat yang istimewa yang mungkin boleh anda masukkan dalam senarai tempat-tempat pelancongan anda di China. Tempat-tempat tersebut ialah Shangri-la, bandar Wuxi dan beberapa taman tema. Adakah anda pernah mendengar tentang pemandangan alam sekitar yang permai dan tiada tandingannya seolah-olah syurga di dunia? Sekiranya anda benar-benar ingin menyaksikan syurga tersebut, marilah berkunjung ke Shangri-la. Selain terpesona akan pemandangan alamnya, anda juga akan terpegun menyaksikan panorama flora dan faunanya yang istimewa. Kesibukan dan kebisingan di kota ada kalanya memenatkan. Sekiranya anda mahukan kesenyapan dan suasana yang damai, ikutilah percutian Satria ke kampung halamannya di Wuxi, mungkin kesenyapan dan kedamaian yang anda cari dapat anda temukan di sana. Bagi yang sudah berkeluarga, percutian berkonsepkan taman tema tentunya menjadi pilihan. Taman Tema Happy Valley Beijing, Disneyland Hong Kong dan Chimelong Paradise merupakan antara pilihan terbaik untuk hiburan anda seisi keluarga. Selain tempat pelancongan, tempat makan juga sangat penting kepada setiap pelancong. Kesempatan untuk menikmati percutian tidak lengkap rasanya tanpa mencuba makananmakanan tempatan yang istimewa. Terdapat beberapa jenis makanan yang mesti anda cuba sekiranya berada di Beijing, di samping merasai sendiri suasana istimewa restoran tema original di China. Dijamin berbaloi! Oh, ya! Selain itu, KS juga ada menyediakan beberapa rencana yang menarik untuk tatapan anda. Diharapkan maklumat tersebut akan mendekatkan anda lagi dengan China. Sekian, semoga kita akan bertemu lagi dalam keluaran yang akan datang. Salam mesra daripada kami. Menjadi rakan kami melalui ID: Kembara-Sutera atau terus skan kod QR ini.
Penerbit: Radio Antarabangsa China (CRI) 06 Pekan Luodai 10 Shangri-la, Taman Aman dan Sentosa 14 Restoran Tema Asli Yang Unik 18 Xinjiang, Wilayah Yang Paling Luas di China 22 Empat Harta Karun di Bilik Bacaan 24 Kekeningan Kota Wuxi yang Mendamaikan 28 Taman Tema untuk Kunjungan Keisi Keluarga 30 Apakah Makanan Pilihan di Beijing? 32 Etnik Yang Beragama Islam di China Etnik Tatar 33 Masjid Xiningdao, Tianjin 34 Dapur Lazat Anisah: Toona Sinensis Ketua Pengarang: An Xiaoyu Timbalan Ketua Pengarang: Zhang Wenwen Ketua Editor: Wang Jin Editor: Zaidah Ahmad Rosly Zhang Wei Lin Ying Tempat Edaran: Malaysia Tarikh Terbit: Oktober, Disember, Februari, April, Jun, Ogos Laman Sesawang: http://malay.cri.cn facebook: www.facebook.com/kembarasutera E-mel: mal@cri.com.cn Surat-menyurat: Malay Service, China Radio International, 16A Shijingshan Road, 100040 Beijing, P.R. China. Telefon: +86-10-68892073
Pekan Luodai Pekan Luodai yang terletak di kawasan luar bandar Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan merupakan sebuah pekan kuno Hakka yang dipelihara dengan baik di kawasan barat daya China. Pekan kuno ini mencakupi kawasan seluas 20 kilometer persegi dengan jumlah penduduk sebanyak 23 ribu orang. Lebih 90% penduduk pekan ini merupakan orang Hakka yang masih mewarisi adat istiadat orang Hakka dan bertutur dalam bahasa Hakka. 6 Kembara Sutera Kembara Sutera 7
Apabila bersiar-siar di pekan kuno Hakka ini, pelancong akan berasa seolah-olah berada di Meizhou, perlindungan bangunan kuno kerana mempunyai keistimewaan dari segi seni bina tradisional China. Sekampung Guangdong Pertama. Dewan orang Hakka ini telah menjadi tempat untuk mengadakan mesyuarat, majlis memuja iaitu tempat asal orang Hakka di provinsi Dewan-dewan persatuan rakan nenek moyang dan majlis meraikan Guangdong. Menurut orang tempatan sekampung ini merupakan bangunan perayaan yang penting. Pada tahun 2007, tipikal yang wujud pada zaman Dinasti ketua dari 39 persatuan rakan sekampung Ming (1368-1644) dan Dinasti Qing Guangdong dari seluruh Malaysia telah (1616-1912). Antara empat buah dewan berkunjung ke Dewan Persatuan Rakan persatuan tersebut, dewan persatuan Sekampung Guangdong di Luodai ini. rakan sekampung provinsi Guangdong Di pekan kuno Hakka ini terdapat merupakan dewan yang paling bersejarah satu jalan, tujuh lorong dan lima dan paling mewah. dewan, satu taman yang menjadi Pada zaman dahulu, orang Hakka destinasi pelancongan utama. Destinasi dari Guangdong sangat pandai berniaga ini menggabungkan semua unsur dan kaya-raya. Oleh sebab itulah dewan kebudayaan Hakka, iaitu orang Hakka, persatuan mereka dibina dengan cantik bahasa Hakka, seni bina Hakka dan adat dan mewah. istiadat Hakka. Pada masa sekarang, terdapat banyak Kedai-kedai di pekan kuno ini juga dewan persatuan rakan sekampung menjadi daya tarikan pelancong. Antaranya Luodai, orang bukan Hakka juga bertutur Guangdong di seluruh China, namun termasuklah kedai pakaian, kedai kraf dalam bahasa Hakka setelah berkahwin hanya ada dua buah sahaja yang dipelihara tangan dan restoran. Yang paling menarik dengan orang di pekan ini. Di Pekan Luodai, terdapat empat buah dewan persatuan rakan sekampung dari provinsi Guangdong, Jiangxi, Hubei dan Hunan, serta utara Sichuan. Keempat-empat buah dewan persatuan ini telah disenaraikan dalam senarai dengan sempurna, iaitu di Tianjin dan yang satu lagi di Pekan Luodai. Walau bagaimanapun, dewan persatuan di Luodai ini lebih mewah dan sempurna berbanding dengan dewan persatuan di Tianjin. Oleh itu, dewan persatuan Guangdong ini dikenali sebagai Dewan Persatuan Rakan di pekan ini ialah masakan istimewa orang Hakka seperti mi, taufu, daging arnab, dan lain-lain. Sektor pelancongan yang kian berkembang telah membantu meningkatkan pendapatan orang Hakka di Luodai. Oleh sebab Luodai berdekatan dengan bandar Chengdu, hasil pertanian tempatan juga boleh dibawa dan dijual dengan laris di Chengdu. Di samping itu, penduduk Chengdu juga suka bersantai di pekan Luodai dan ini turut mendorong perkembangan sektor pelancongan tempatan. 8 Kembara Sutera Kembara Sutera 9
Apakah Shangri-la? Shangri-la seumpama sebuah lagu yang mengisahkan sebuah tempat yang mempesona, sebuah hotel yang menyediakan tempat istirahat kepada kita dan sebuah taman yang menjadi syurga dunia dalam hati kita. Shangri-la benarbenar wujud. Shangri-la ialah sebuah kaunti yang indah di Daerah Autonomi Etnik Tibet Diqing di provinsi Yunnan, barat daya China. Diqing dalam bahasa Tibet bermaksud tempat yang sentosa dan tempat yang paling dekat dengan syurga. Shangri-la Taman Aman dan Sentosa Penulis Britain yang terkenal, James Hilton dalam novelnya Horizon Yang Hilang menggambarkan Shangrila sebagai sebuah kawasan penduduk etnik Tibet yang sentosa di China. Di sana terdapat tasik, gunung-ganang, gaung dan padang rumput. Pemandangan alam sekitar yang indah permai dan tiada tandingannya menjadikan Shangri-la seolah-olah syurga di dunia. Orang ramai kagum akan keindahan kaunti Zhongdian di daerah Diqing kerana sama seperti yang digambarkan dalam novel Hilton tersebut. Oleh itu, tempat yang telah dinamakan sebagai Zhongdian selama 400 tahun, kini lebih dikenali dengan nama Shangri-la. Sebenarnya, perkataan Shangri-la pernah tercatat dalam buku kuno bahasa Tibet kira-kira seribu tahun lalu yang bermaksud matahari dan bulan dalam hati. Satu jambatan, satu pelataran, dua tasik dan satu gunung adalah antara destinasi pelancongan yang tidak boleh dilepaskan sekiranya melawat ke Shangri-la. Satu jambatan ialah Jambatan Semula Jadi. Daripada nama jambatan ini, kita sudah boleh tahu jambatan ini ialah sebuah jambatan alamiah. Jambatan ini setinggi lebih 60 meter dari paras air sungai, selebar 10 meter dan sepanjang 200 meter. Permukaan jambatan ini amat datar dan lurus seperti buatan manusia. Di sebelah kiri dan kanan jambatan ini, terdapat lereng yang tinggi dan curam dan mata air panas yang suhu puratanya mencecah 70 sepanjang 10 Kembara Sutera Kembara Sutera 11
tahun. Satu pelataran pula ialah Pelataran Baishui (air tawar) yang terletak di 2380 meter dari paras laut di sebelah tenggara Shangri-la. Mata air yang kaya dengan natrium bikarbonat itu mengalir perlahan-lahan dari Pelataran Baishui. Apabila air mengewap, endapan natrium bikarbonat akan membentuk satu pelataran yang seluas tiga kilometer persegi. Pelataran Baishui yang kelihatan seolah-olah sawah yang bertingkattingkat pula dikenali sebagai ladang bertingkat tinggalan dewa-dewi. Pada 8 hb. bulan kedua yang tiada pencemaran dan iklim yang sesuai menjadikan Tasik Napa habitat bagi bangau leher hitam. Tabung Bangau AS kini memelihara 14 daripada 15 jenis bangau yang terdapat di dunia dan hanya kekurangan bangau leher hitam. Sekarang, terdapat lebih kurang 1,000 ekor bangau leher hitam di dunia. Menurut kaji selidik sarjana AS pada tahun 1989, terdapat 76 ekor setiap tahun menurut kalendar Cina, penduduk tempatan dari etnik Tibet, Naxi, Yi, Bai dan Lisu akan mengadakan upacara memuja dewa-dewi di pelataran Baishui. Dua tasik yang dimaksudkan ialah Tasik Bita dan Tasik Napa. Tasik Bita yang dikenali sebagai mutiara dataran tinggi merupakan tasik paling tinggi di provinsi Yunnan. Permukaan tasik ini setinggi 3,539 meter dari paras laut. Ikan liar hidup di sini kerana tiada pencemaran sedikit pun di tasik ini. Antara spesies ikan yan hidup di tasik ini termasuklah sejenis ikan yang mempunyai tiga bibir yang dinamakan ikan berbilang bibir Bita oleh ahli biologi China. Ikan ini merupakan hidupan dari Zaman Glasier IV, iaitu 2.5 juta tahun lalu. Bunga azalea tumbuh dengan mekar pada bulan Mei setiap tahun. Bunga tersebut tumbuh di tepi Tasik Bita sehingga ke permukaan tasik. Keadaan ini telah menarik kemunculan banyak ikan di tasik tersebut. Ikan yang makan bunga azalea akan mabuk dan terapung-apung di permukaan air. Oleh itu, pemandangan ikan mabuk bunga azalea di Tasik Bita menjadi pemandangan unik yang sangat menarik. Tasik Napa merupakan tasik semula jadi yang terdiri daripada kolam-kolam air tawar dan tanah paya. Air dari lapan batang sungai kecil di gunung bertemu, lalu membentuk Tasik Napa. Tasik Napa dikelilingi padang rumput yang paling luas di Shangri-la. Pada musim gugur, padang rumput di sekitar Tasik Napa kelihatan berkilau-kilauan seperti emas, tatkala disinari cahaya matahari. Pemandangan tersebut sungguh menawan hati. Bayang gunung salji pula akan kelihatan pada permukaan air yang jernih. Pemandangan pelbagai jenis burung liar yang berbunyi dalam rumput atau bermain-main di permukaan air sangat menyenangkan. Aktiviti menangkap jejak bangau leher hitam menjadi sebab banyak orang datang ke Tasik Napa. Bangau yang sangat bernilai dan jarangjarang ditemukan ini hanya hidup di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet dan Dataran Tinggi Yunnan- Guizhou, China. Tasik Napa yang banyak air dan subur rumputnya menyediakan makanan yang cukup kepada bangau leher hitam. Alam sekitar Panduan: Lebuh raya merupakan cara pengangkutan utama keluar masuk Shangri-la. Laluan 1: Bas ekspres dari Kunming (ibu kota provinsi Yunnan) ke Shangri-la, jaraknya 720 kilometer, mengambil masa kira-kira 12 jam. Laluan 2: Bas ekspres dari Lijiang ke Shangri-la, jaraknya 187 kilometer, mengambil masa kira-kira 4 hingga 5 jam. Laluan 3: Bas ekspres dari Dali ke Shangri-la, jaraknya 300 kilometer, mengambil masa kira-kira 8 jam. Lapangan Terbang Diqing adalah antara lapangan terbang yang paling besar di barat laut provinsi Yunnan. Lapangan Terbang Diqing hanya 4 kilometer dari Shangri-la. Kini, laluan bagi penerbangan dari Shangri-la ke bandar Kunming, Chengdu, dan Lhasa telah mula ditawarkan. Penginapan: Sekiranya melancong ke Shangri-la, anda boleh menginap di rumah penduduk tempatan bagi menikmati adat resam tempatan yang istimewa. Biasanya berharga 60-120 yuan untuk sebuah bilik. bangau leher hitam telah berhijrah ke Tasik Napa pada musim sejuk. Sepuluh tahun selepas itu, jumlah bangau leher hitam yang disenaraikan sebagai binatang terancam oleh PBB ini, telah meningkat 150 ekor di Tasik Napa. Sekiranya anda berpeluang untuk melihat bangau leher hitam ini, janganlah mengacau mereka. Satu gunung merupakan Gunung Salji Haba. Haba dalam bahasa Naxi bermaksud bunga keemasan. Gunungnya yang tertinggi mencatat 5,396 meter. Bahagian atas lebih landai, manakala bahagian bawah agak terjal. Bulan November hingga bulan Februari tahun seterusnya merupakan waktu yang paling sesuai untuk mendaki gunung ini. Namun disebabkan oleh monsun, angin bertiup kencang pada bulan Januari dan Februari. Oleh itu, bulan November dan Disember yang anginnya tidak begitu kuat merupakan bulan yang paling baik untuk mendaki gunung tersebut. Terdapat pelbagai tumbuhan di kawasan perlindungan alam sekitar di Gunung Haba, antaranya termasuklah beberapa jenis herba yang berharga. Tempat ini juga menjadi habitat pelbagai binatang liar. Shangri-la merupakan sebuah tempat yang suci dan indah. Tasiknya tenang dan padang rumputnya luas. Sekiranya anda telah menjejakkan kaki di Shangri-la, barulah anda dapat memahami erti taman aman dan sentosa. 12 Kembara Sutera Kembara Sutera 13
Restoran Tema Asli Oleh sebab para pelanggan sering mempunyai keinginan untuk memburu makanan-makanan sedap, maka muncullah pelbagai restoran tema asli di sana sini. Marilah kita sama-sama berkunjung ke beberapa restoran tersebut. Restoran Tandas Restoran Tandas ialah restoran yang bertemakan tandas. Semua hidangan diletakkan dalam bekas berbentuk mangkuk tandas, bahkan restoran itu juga menyediakan aiskrim yang bentuknya serupa tahi. Pelanggan yang datang ke sini akan duduk di kerusi yang berbentuk tandas duduk, sambil menikmati hidangan lazat yang diletakkan dalam bekas yang unik tersebut. Terdapat sebuah restoran sebegitu di Beijing yang amat digemari oleh golongan muda. Tuan punya restoran itu memberitahu tujuannya adalah untuk menyediakan tempat yang kurang memberikan tekanan kepada golongan muda. Hiasan keseluruhan restoran tersebut direka bentuk menurut gaya bilik mandi. Kerusi di restoran tersebut berbentuk tandas duduk. Mangkuk tandas duduk dan mangkuk tandas cangkung menjadi pinggan mangkuk bagi setiap hidangan. Pelbagai jenis lukisan mengenai tahi menghiasi dinding restoran. Masuk ke restoran tersebut seperti kita masuk ke tandas lima bintang. Sekiranya anda kurang berkeyakinan, hidangan di restoran tersebut mungkin akan menakutkan anda. Hidangan nasi putih dengan ayam kari dalam mangkuk tandas, memang sukar diceritakan rupa sebenar hidangan tersebut. Kalau anda berani, cubalah rasa sendiri. Hidangannya tetap sedap! Restoran Gelap Cerita Pari-Pari Kuda Trojan Sekiranya makan dalam suasana gelap, adakah makanan tersebut mungkin akan masuk ke dalam hidung? Atau akan menyembunyikan hidangan orang lain kerana tiada cahaya? Jangan tersenyum gembira kerana hidangan anda juga mungkin dicuri oleh orang lain! Adakah anda berminat untuk mencuba hidangan di restoran seperti itu? Kami sudah menemui sebuah restoran gelap di Beijing, iaitu Restoran Gelap Cerita Pari-Pari Kuda Trojan. Tutup mata, buka hati, magis dan gelap sukar untuk digambarkan. Idea restoran tersebut berasal daripada sebuah restoran gelap yang 14 Kembara Sutera Kembara Sutera 15
Duduk dalam suasana yang tenang, makan dan minum dengan ditemani oleh binatang di sisi anda, namun tidak perlu bimbang makanan anda akan diambil atau dicuri oleh binatang itu. Bukankah ini pengalaman yang menarik? hidangan masih sedap. Oleh itu, anda pasti akan berpuas hati. Kedai Kopi Zoo Coffee menikmati suasana yang selesa pasti membuatkan kita lupa akan semua tekanan dan Dok Lama: Impian di Kampung Air Selatan kampung air di selatan China. Apabila anda masuk sahaja ke restoran tersebut, anda Meskipun hidangan pelbagai Kedai kopi Zoo Coffee pada bebanan hidup. Kampung air di selatan akan dapat melihat empat warna, namun hanya warna awalnya dibuka di Republik Di setiap dinding China amat terkenal di dunia. buah perahu panjang di depan hitam yang kelihatan. Pada Korea (RoK) pada tahun 2009. kedai kopi Zoo Coffee, akan Beberapa penerbit filem anda. Semasa berjalan kaki di pertama di dunia yang dibuka prinsipnya, tempat yang boleh Selepas dua tahun, kedai kelihatan lukisan mural yang antarabangsa pernah memilih sepanjang restoran tersebut, di Zurich pada tahun 1999. bertoleransi dengan pelbagai tersebut menjadi salah sebuah bertemakan haiwan seperti lokasi penggambaran filem anda akan melihat air jernih Restoran tersebut bertujuan emosi, misalnya ketawa, marah, kedai kopi yang paling popular kuda belang, gajah dan mereka di kampung air seperti bercampur dengan batu buntar untuk membantu orang buta. sedih dan gembira hanyalah di negara itu. Kini, terdapat harimau bintang. Beberapa Zhouzhuang, Tongli, Nanxun, di bawah lantai kaca. Langsir Selepas itu, restoran tersebut restoran gelap. banyak kedai kopi Zoo Coffee boneka haiwan juga diletakkan Xitang dan Wuzhen. daripada buluh digunakan beransur-ansur menjadi dibuka di China. di sudut yang menjadi Menikmati pemandangan untuk mengasingkan meja- restoran pelancongan yang Perkara yang paling tumpuan. Anda boleh minum purba yang mempesona meja makan. Berada di terkenal di Eropah. menarik tumpuan pelanggan kopi dengan ditemani monyet, di dok lama merupakan sini seumpama berada di Restoran Gelap Cerita untuk datang ke kedai tersebut gajah, panda, dan lain-lain. pengalaman yang istimewa. kampung air. Pari-Pari Kuda Trojan ialah unsur hiasannya. Hiasan Bukankah menikmati secawan Kalau tidak sempat untuk Menyusuri dok sehingga ke mempunyai dua kawasan: di kedai kopi tersebut terdiri kopi dengan ditemani haiwan ke kampung tersebut, anda penghujung restoran, anda akan kawasan pertama, kawasan daripada pelbagai jenis juga begitu menyeronokkan? sebenarnya masih berpeluang menyaksikan pemandangan yang kelam, terdapat bunga permainan haiwan. Rentak Selain mengurangkan tekanan, untuk mencuba pengalaman yang berbeza. Suasana di ros yang bersembunyi di hidup dan budaya kerja kedai tersebut juga sangat istimewa berada di dok sambil situ seumpama berada di atas meja, suasananya amat di bandar sekarang amat praktikal bagi ibu bapa yang menikmati hidangan di Beijing. kampung nelayan. Sekiranya romantik. Kawasan kedua, pantas, khususnya di bandar- mahu membawa anak-anak Restoran Dok Lama anda memilih restoran ini untuk kawasan gelap-gelita sehingga bandar besar seperti Beijing, mereka. Kanak-kanak yang yang terletak di Hotel Asia mengadakan jamuan sudah kita betul-betul tidak nampak Shanghai, dan Guangzhou. datang ke kedai kopi tersebut Beijing sangat digemari tentu memberikan kenangan tangan kita. Walaupun makan Oleh itu, kesempatan masuk seumpama masuk ke dalam oleh pelanggan kerana reka yang istimewa kepada rakan- dalam keadaan bergelap, ke kedai kopi tersebut dan sebuah zoo. bentuknya berseni bina rakan. 16 Kembara Sutera Kembara Sutera 17
Xinjiang Wilayah Yang Paling Luas Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang yang mencakupi kawasan seluas 1.66 juta kilometer persegi, merupakan kawasan pentadbiran peringkat provinsi yang keluasan daratnya paling besar di China. Padang rumput yang terbentang luas, gunung-ganang yang diliputi salji sepanjang tahun, tasik-tasik yang misteri menjadikan Xinjiang syurga pelancongan dan percutian kepada para pelancong. di China 2 1. Haiwan misteri, budaya masyarakat Tuwa yang bersejarah, dan air tasik yang berubah-ubah adalah antara keindahan di Tasik Kanas. 2. Para pelancong boleh menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah sambil menunggang kuda di padang rumput Nanshan yang menghijau. 3. Setiap penggembala di Yili pemburu yang hebat. Mereka membawa seekor burung helang, berburu dengan menunggang kuda di padang rumput dan kawasan gunung-ganang. 1 3 18 Kembara Sutera Kembara Sutera 19
1. Tasik Bulan yang indah dan sunyi berubah mengikut perubahan Tasik Kanas. Permukaan airnya cukup jernih dan rata seumpama sebuah cermin dan reben biru yang panjang. 2. Lembah Rama-rama merupakan destinasi yang amat sesuai untuk mengembara berjalan kaki. Kini, terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis dan tidak kurang 100 ribu ekor rama-rama boleh ditemukan di lembah ini. 3. Schrenk spruce, sejenis pokok yang hidup di kawasan hutan Gunung Tianshan. Pokok ini tumbuh subur sepanjang tahun. 4. Gunung Tianshan yang sentiasa diselubungi kabus yang bergerak perlahanlahan mempamerkan pemandangan yang sungguh mengasyikkan. 1 2 3 4 20 Kembara Sutera Kembara Sutera 21
China ABC Empat Harta Karun di Bilik Bacaan Orang Cina Berus, dakwat Cina, digantikan. Hui, manakala jenama Dakwat kertas dan batu tinta Dakwat Cina atau bak Li ditukar menjadi Dakwat Hui. dianggap sebagai digunakan bersama-sama Dakwat Hui masih popular di empat harta karun yang terdapat dalam bilik bacaan orang Cina pada zaman purba. Berus atau mopit merupakan alat tulis yang istimewa di China. Batang mopit diperbuat daripada buluh atau kayu, manakala bulu mopit pula diperbuat daripada bulu binatang seperti bulu kambing, bulu serigala, dan lain-lain. Mopit dicipta kirakira dua ribu tahun yang lalu di China. Menurut cerita dalam kalangan rakyat, mopit dicipta oleh Jeneral Besar Negeri Qin, Meng Tian pada zaman Negeri-negeri Berperang (tahun 475-221 S.M.). Pada zaman Dinasti Yuan (tahun 1271-1368), Mopit Hu yang dihasilkan di bandar Huzhou, provinsi Zhejiang adalah mopit yang paling bermutu dan popular kerana coraknya yang istimewa, iaitu tajam, bulat dan kuat. Pada zaman sekarang, walaupun pensel, pena, dan lain-lain telah menggantikan mopit sebagai alat tulis seharian, namun kedudukan mopit dalam kebudayaan dan kesenian China tidak dapat dengan mopit untuk menulis dan melukis. Dakwat Cina dihasilkan daripada arang batu, arang pokok pain, gam, dan lain-lain. Dakwat Cina digosok pada batu tinta dengan air sebelum boleh digunakan untuk menulis dan melukis. Pada zaman dahulu, seorang bapa dan anaknya yang bernama Xi Chao dan Xi Ting pandai membuat dakwat Cina yang bermutu dan disanjung tinggi oleh Raja Dinasti Nantang, Li Yu (tahun 916-961). Keluarga Xi turut dihadiahi nama diraja Li. Selepas itu, Dakwat Li menjadi terkenal di seluruh negara. Tempat tinggal keluarga Li, iaitu kaunti She, provinsi Anhui ditukar nama menjadi bandar China sehingga sekarang. Kertas yang juga dipanggil kertas Xuan dihasilkan di bandar Xuan, provinsi Anhui. Produk kertas bandar Xuan bermutu tinggi. Teknik membuat kertas dicipta oleh Cai Lun pada zaman Han Timur (tahun 25-220). Disebabkan generasi ke generasi terus membaiki teknik pembuatan kertas, teknik pembuatannya kini sudah semakin baik. Corak kertas Xuan yang rata dan licin, cepat menyerap air dan boleh disimpan lama menjadikan produk tersebut amat terkenal. Batu tinta diperbuat daripada batu. Fungsinya sebagai bekas untuk menggosok dakwat Cina. Berdasarkan tempat keluaran yang berbeza, batu tinta juga boleh dikategorikan dalam pelbagai jenis. Antara yang paling terkenal ialah batu dari Zhaoqing, provinsi Guangdong, bandar Taozhou di provinsi Gansu, dan kaunti She dari provinsi Anhui, serta dari provinsi Shanxi. 22 Kembara Sutera Kembara Sutera 23
Ikuti editor KS melancong di China Keheningan Kota Wuxi yang Mendamaikan Zhang Hong @ Satria, suka melancong, dan pernah menjejakkan kaki ke beberapa negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand. Beliau juga telah melawat ke beberapa bandar pelancongan dalam negeri seperti Urumqi, Kashgar, Yinchuan, Kunming, Nanning, Guilin, Hangzhou, Suzhou, Luoyang dan lain-lain. Wuxi ialah kampung halaman Zhang Hong. Dalam ruangan Ikuti Editor KS Melancong di China keluaran ini, silalah bersama-sama Zhang Hong bercuti di bandar yang indah ini. Pada awal bulan Mac lalu, saya pulang ke kampung halaman di Wuxi, selatan Sungai Yangtze untuk menghadiri upacara perkahwinan sepupu saya sambil menikmati cuti pendek. Pada suatu petang, selepas makan tengah hari bersamasama dengan kawan-kawan lama, kami pergi ke Jalan Nanchangjie untuk minum teh. Oleh sebab hari itu ialah hari bekerja, pengunjung yang datang ke jalan tersebut tidak banyak, suasana begitu hening, memang sesuai untuk minum teh dan berbual-bual dengan beberapa orang kawan lama. Hujan salji* turun pada hari itu. Tidak berapa lebat, malah cepat cair apabila mencecah permukaan terusan kuno yang telah mengalir lebih 2,500 tahun, di luar restoran teh yang kami duduk. Suasana seumpama ini amat seronok. Maka, saya telah mengambil beberapa keping gambar di dalam restoran teh tersebut dan di kawasan yang berhampiran sebelum memuatnaikkannya ke dalam Wechat, media sosial yang paling popular di China. Tidak sangka pula pada malam itu, kawan saya, Xiaowei, seorang Cina Malaysia telah melihat gambar-gambar tersebut dan bertanya kepada saya melalui Wechat, Ini kampung halaman awakkah? Sangat cantik! Seperti Wuzhen, tempat yang pernah saya lawati. Tetapi, Wuxi lebih menarik, seindah lukisan dakwat klasik China! Saya amat terkejut kerana bagi saya pemandangan ini biasa sahaja. Semasa kecil, saya sekeluarga tinggal di rumah seperti restoran teh ini, mempunyai dinding putih dan atap kelabu. Di depan rumah saya juga terdapat terusan kuno yang sama. Sebenarnya, Jalan Nanchangjie dan beberapa buah pekan purba di provinsi Jiangsu dan Zhejiang mempunyai seni bina atau sejarah yang hampir sama. Kemudian, barulah saya menyedari gambargambar yang saya ambil itu tidak kelihatan banyak orang! Suasana yang sunyi sepi menjadikan Jalan Nanchangjie unik berbanding dengan pekan-pekan purba lain yang sudah menjadi sangat terkenal seperti Zhouzhuang dan Wuzhen. Zhouzhuang yang berhampiran dengan bandar Suzhou, dan Wuzhen yang berdekatan dengan bandar Hangzhou antara enam pekan purba yang terkenal di selatan Sungai Yangtze. Setiap hari pekan-pekan ini akan menerima ribuan pelancong dari dalam dan luar negara. Biasanya, pelancong akan *Hujan salji: hujan yang bercampur dengan salji. 24 Kembara Sutera Kembara Sutera 25
menghabiskan sekurang- terkenal dalam sejarah China, Selepas makan, saya akan dapat melihat terusan kuno kurangnya setengah hari untuk akhirnya telah menetap di sini membawa Xiaowei bersiar- dan tanglung merah yang berjalan-jalan di pekan purba setelah membantu negerinya siar di Jalan Nanchangjie, bercahaya di setiap kedai di tersebut. Hiruk-pikuk dan membanteras musuh. tempat saya mengambil tepi sungai. keriuhan memang tidak dapat Kemudian, saya gambar yang dimuatnaikkan Sejak saya kecil lagi dielakkan apabila pelbagai merancang untuk membawa ke dalam Wechat sebelum ini. terusan kuno ini sudah jenis dialek dan bahasa Xiaowei melancong ke Gunung Jalan ini berhampiran dengan berfungsi seperti 2,000 tahun bercampur aduk. Sudah Huishan pada sebelah petang pusat bandar Wuxi. Banyak yang lalu. Banyak kapal pasti hasrat untuk menikmati pula. Di sini, terletak Taman bangunan dua tingkat yang yang mengangkut pelbagai kesunyian kampung air di Jichangyuan yang sangat dibina di tepi sungai, seperti jenis barangan belayar dari selatan Sungai Yangtze seperti digemari oleh Maharaja Kangxi rumah saya dahulu, kini telah selatan ke utara. Kebanyakan diubah suai menjadi kelab, barangan yang dibawa ialah restoran teh dan kedai-kedai beras kerana sejak zaman kecil yang menjual kraf tangan purba, Wuxi merupakan satu yang menarik. Oleh sebab daripada empat pasaran bandar ini belum menjadi beras paling besar di negara disediakan untuk pasaran diperbuat daripada porselin destinasi pelancongan yang ini. Kini, bagi mengurangkan tempatan dan kawasan yang pastinya menjadi terkenal, kebanyakan orang pencemaran, kapal-kapal berhampiran. kesukaan kaum wanita. yang bersantai di sini adalah tersebut belayar melalui sungai Saya akan mencuci daun Wuxi, bandar yang penuh penduduk tempatan. Maka, yang lain. teh, memanaskan cawan dengan kemesraan dan air. bandar ini masih mengekalkan Kadangkala, dari dan mengasingkan daun teh Saya masih ingat slogan suasana sunyi sepi yang tingkat atas restoran teh mengikut cara menyediakan promosi pelancongan bandar mendamaikan jiwa. tersebut pengunjung boleh teh Cina yang tradisional ini yang digunakan kira-kira Restoran teh yang sering melihat kapal persiaran untuk menyambut kedatangan 20 tahun yang lalu. Selamat saya kunjungi bernama yang membawa pelancong tetamu dari jauh. Setelah melawat ke Wuxi. Nikmatilah Chuanqi, berdekatan dengan menikmati pemandangan di berbual-bual dan minum teh, keheningan kampung air di yang digambarkan dalam banyak filem China tidak akan tercapai. Oleh itu, saya telah mengundang Xiaowei melawat ke Wuxi untuk merasai pesona sebenar kampung air. Wuxi terletak di provinsi Jiangsu. Bandar ini tidak besar, sehari sahaja sudah cukup untuk menikmati keindahannya. Pada sebelah pagi, saya bercadang untuk membawa Xiaowei berkunjung ke Taman Yuantouzhu untuk menikmati pemandangan Tasik dan cucu baginda, Qianlong, Dinasti Qing. Baginda sudah 12 kali melawat ke selatan Sungai Yangtze. Setiap kali baginda datang, baginda mesti menginap di Taman Jichangyuan. Bahkan Maharaja Qianlong telah membina Taman Xiequ di dalam Taman Yihe (Summer Palace di Beijing) mengikut reka bentuk Taman Jichangyuan. Sekiranya masih ada waktu, saya akan membawa Xiaowei melawat ke pekan purba di kaki Gunung Jambatan Qingming yang telah berusia lebih 400 tahun. Penyanyi Jepun, Ogata Daisaku, pernah mencipta lagu Jambatan Qingming, yang amat popular di Jepun, selepas melawat ke Wuxi pada tahun 1986. Chuanqi bermaksud alat yang boleh diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi kerana selain minum teh, restoran teh tersebut juga menjual teko dan cawan teh yang diperbuat daripada tembikar merah dan porselin. Saya terusan kuno. Restoran teh tersebut menyediakan pelbagai jenis daun teh untuk dipilih. Tetapi, sekiranya sudah berada di Wuxi, saya cadangkan anda cubalah teh hijau tempatan, Yinhao yang berkualiti tinggi dan pernah beberapa kali memenangi anugerah tertinggi negara. Bagaimanapun, disebabkan jumlah pengeluarannya terbatas dan daun teh hijau sukar disimpan, teh tersebut hanya saya akan mencadangkan Xiaowei memilih beberapa cawan dan teko yang diperbuat daripada tembikar merah untuk dibawa pulang ke Malaysia sebagai cenderamata. Untuk makluman, teko teh yang diperbuat daripada tembikar merah di Yixing, sebuah tempat di bawah pentadbiran Wuxi, merupakan teko teh yang paling terkenal di China. Di sini juga terdapat pelbagai perhiasan seperti cincin dan subang yang selatan Sungai Yangtze ini! Panduan: Wuxi berdekatan dengan bandar Shanghai dan Suzhou. Jika menaiki kereta api laju, lebih kurang 40 minit sudah boleh sampai di bandar ini. Wuxi juga mempunyai lapangan terbang yang menyediakan penerbangan ke pelbagai bandar lain di China serta Thailand, Singapura, Jepun dan Republik Korea. Jaringan kereta api bawah tanah pula sedang dilengkapkan. Dari stesen kereta api laju ke pusat bandar hanya mengambil masa kira-kira 40 minit sahaja. Stesen kereta api di lapangan terbang juga akan beroperasi pada tahun depan. Wuxi hanya sebuah bandar kecil, semua destinasi pelancongan berada dalam bandar. Oleh itu, jika dari satu destinasi ke destinasi lain, pelancong dicadangkan menaiki teksi sahaja, yang semuanya menggunakan meter. Musim bunga merupakan musim yang paling seronok untuk melawat ke bandar ini. Taihu, tasik air tawar ketiga Huishan dan mencuba biasanya memilih bilik di terbesar di China. Menurut beberapa jenis makanan tingkat dua apabila berada di legenda, Xishi, salah seorang tempatan ketika makan malam restoran tersebut. Saya akan daripada empat jelitawan yang di sana. membuka tingkap kayu supaya 26 Kembara Sutera Kembara Sutera 27
Bersempena dengan cuti sekolah pada setiap tahun, pasti banyak ibu bapa akan merancang untuk membawa anak-anak mereka melawat ke taman hiburan atau melancong ke tempat lain bagi mengisi waktu cuti. Aktiviti lawatan dan pelancongan bukan sahaja membolehkan kanakkanak mendekati alam semula jadi, tetapi juga mendapat pengetahuan baharu di luar sekolah. Antara lokasi yang patut dikunjungi dan boleh dikatakan satu pilihan yang baik ialah taman tema. Taman Tema untuk Kunjungan Seisi Keluarga Taman Happy Valley yang terletak di tenggara bandar Beijing merupakan antara taman tema yang paling moden Panduan Pelancongan: Pengangkutan: Naik subway MTR laluan Tsuen Wan dan tukar ke laluan Tung Chung di Stesen Lai King. Kemudian, turun di stesen Sunny Bay untuk menaiki MTR khas yang menuju ke Disneyland Hong Kong. Waktu Dibuka: 10.30 pagi 9.00 malam Terletak di Pulau Lantau, Disneyland Hong Kong adalah taman hiburan Disneyland yang pertama di China. Taman tema ini bukan sahaja menyerupai Disneyland lain di seluruh dunia yang menyediakan kawasan bertema seperti Main Street USA, Fantasyland, Adventureland dan Tomorrowland, tetapi juga Mystic Point dan Grizzly Gulch yang hanya terdapat di Hong Kong dan Toy Story Land di China dan mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung. Taman yang dibuka pada tahun 2006 ini sesuai dilawati seisi keluarga kerana mempunyai pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan bersamasama tanpa mengira lapisan umur. Para pengunjung boleh merasai keriangan dan keterujaan di taman Happy Valley yang terdiri daripada tujuh buah kawasan bertema, iaitu Wild Fjord, Atlantis, Lost Maya, Aegean Harbor, Shangri-La, Ant Kingdom dan Happy Time yang dilengkapi lebih 40 kemudahan hiburan. yang hanya terdapat di Asia. Taman tema yang dibuka kepada pengunjung pada 12 September 2005 ini menjanjikan keriangan, keseronokan dan lokasi riadah terbaik buat seisi keluarga. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan di taman ini, termasuklah menonton filem 4D yang bertajuk Mickey s Philhar Magic di Fantasyland. Panduan Pelancongan : Pengangkutan: Naik subway laluan 1, turun di Stesen Dawanglu. Kemudian, naik bas No. 31 dan turun di perhentian Houfengqiaonanzhan. Waktu Dibuka: 9.30 pagi 10.00 malam Tiket: RMB 230 bagi orang dewasa; RMB 150 bagi kanakkanak yang tingginya antara 1.2-1.5 meter. Kanak-kanak yang tingginya di bawah 1.2 meter boleh masuk percuma. Antara taman hiburan di China, Chimelong Paradise di Guangzhou merupakan taman tema yang paling besar di dunia dengan keluasan melebihi 133 hektar. Taman yang dibahagikan kepada lapan buah kawasan bertema ini menawarkan lebih 70 kemudahan hiburan yang kebanyakannya diimport dari Eropah dan AS, yang menjadikan taman hiburan ini berbeza daripada taman tema lain. Di Chimelong Paradise, pelancong boleh menikmati lapan permainan yang memegang rekod dunia, iaitu Dive Coaster, Ten Inversion Rollercoaster, Motorbike Launch Coaster, Young Star Roller Coaster, Half Pipe, Splash Battle, Stunt Show, dan Giant Frisbee. Panduan Pelancongan: Pengangkutan: Naik subway laluan 5 dan tukar ke laluan 3 di Stesen Zhujiangxincheng. Kemudian, turun di Stesen Hanxichanglong. Perkhidmatan bas No. 303A, 301, 288 dan 129 juga disediakan kepada para pelancong yang hendak ke Chimelong Paradise. Waktu Dibuka: 9.30 pagi 6.00 petang (Isnin hingga Jumaat) 9.30 pagi 7.00 malam (hujung minggu) 5.00 petang 9.00 malam (lawatan pada sebelah malam) Tiket : RMB 250 bagi orang dewasa; RMB 175 bagi kanak-kanak dan warga emas; RMB 200 seorang untuk lawatan pada sebelah malam. 28 Kembara Sutera Kembara Sutera 29
Itik Panggang Beijing Hidangan ini merupakan hidangan yang paling terkenal di bandar Beijing sehingga dikatakan sangat bersinonim dengan bandar ini. Itik akan dipanggang dalam ketukar, kemudian dihiris di hadapan pelanggan, dan dimakan bersama-sama dengan sos kacang dan roti tipis. Sekiranya anda berkunjung ke Beijing, mestilah mencuba masakan istimewa Beijing ini! Jiaozi (Dumpling) Jiaozi merupakan makanan yang amat popular di kawasan utara China. Penduduk di kawasan ini makan jiaozi pada hari-hari yang penting seperti pada Tahun Baharu Cina. Di Beijing, jiaozi dijual mengikut jumlah atau berat, iaitu satu liang (50g) lebih kurang enam biji jiaozi. Ban jin pula bersamaan dengan lima liang (250g) lebih kurang 30 biji. Kalau mahu makan untuk dua orang, ban jin lebih sesuai. Mi Sos Kacang Sekiranya anda bertanya kepada penduduk yang berasal dari Beijing, makanan apa yang paling disukai mereka, jawapannya pastilah mi sos kacang. Mi lepas direbus, ditambah dengan sos kacang dan pelbagai jenis sayur termasuk timun, kacang soya, bawang, lobak, tauge, dan lainlain. Apakah Makanan Pilihan di Beijing? Stimbot, hidangan Sichuan yang terkenal dengan cili yang cukup pedas dan roti bawang yang dimasak di depan anda adalah antara makanan yang terkenal di Beijing. Selain itu, apakah makanan lain yang paling popular dan digemari oleh pelancong asing di bandar ini? Sate Apabila tiba musim panas, rata-rata penduduk di bandar Beijing akan berkumpul di gerai-gerai tepi jalan untuk menikmati sate. Mereka memanggil sate dengan nama Kao Chuan. Terdapat pelbagai jenis sate di Beijing, namun sate kambing adalah yang paling popular. Stimbot Beijing Anda pasti akan menemui restoran stimbot di meratarata tempat di bandar Beijing. Restoran stimbot di Beijing mementingkan sup dan daging. Daging kambing akan dihiris sangat tipis supaya cepat masak dalam sup yang mendidih. 30 Kembara Sutera Kembara Sutera 31
Etnik yang Beragama Islam di China Etnik Tatar Etnik Tatar yang berjumlah lebih 3,556 orang (mengikut keputusan banci penduduk kebangsaan 2010) merupakan etnik yang bilangan penduduknya paling sedikit di China. Etnik Tatar di China sedarah dengan etnik Tatar di Rusia. Kebanyakan mereka kini tinggal di Urumqi, Yining dan Tacheng di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, di barat laut China. Pada awal abad ke-19, telah berlaku perebutan tanah oleh pemerintah Rusia sehingga menyebabkan banyak orang kehilangan tanah. Etnik Tatar yang kehilangan tanah di Rusia terpaksa berpindah. Sebahagian mereka menuruni hilir Sungai Volga, Siberia dan Kazakhstan sehingga sampai di wilayah Xinjiang, lalu menjadi salah satu etnik minoriti di negara ini. Etnik Tatar menganut agama Islam. Mereka mempunyai bahasa sendiri dan sistem tulisan yang berasaskan tulisan bahasa Arab. Oleh sebab etnik ini menetap bersama-sama dengan etnik Uygur dan etnik Kazak sejak turun-temurun, maka bahasa dan tulisan kedua-dua etnik itu juga sering digunakan dalam kehidupan etnik Tatar. Adat resam, gaya pembinaan rumah, hiasan dan cara hidup etnik Tatar berbeza dengan etnik Uygur dan etnik Kazak. Hal ini disebabkan etnik Tatar berasal dari Eropah dan mereka masih mengamalkan tradisi zaman dahulu. Makanan etnik Tatar pelbagai. Etnik Tatar suka minum teh dan minuman yang diperbuat daripada madu dan anggur. Kuih etnik Tatar bercirikan kuih Eropah, banyak jenisnya dan rasanya sedap. Berdasarkan adat resam etnik Tatar, upacara perkahwinan mereka diadakan di rumah pengantin perempuan. Selepas berkahwin, pengantin baharu akan tinggal di rumah pengantin perempuan selama tiga hingga enam bulan. Upacara perkahwinan etnik Tatar diadakan mengikut syariat Islam. Setelah imam berdoa, beliau akan bertanya kepada bakal pengantin baharu sama ada mereka bersetuju untuk bernikah atau tidak. Setelah mendapat jawapan, imam akan menyediakan segelas air gula kepada pengantin baharu itu untuk diminum. Air gula tersebut melambangkan pengantin baharu akan hidup bahagia dan manis seperti gula. Pada keesokan harinya, pengantin lelaki akan menziarahi mentua kemudian membawa isteri pulang ke rumahnya. Jamuan perkahwinan dan pelbagai hiburan sudah disiapkan di rumah pengantin lelaki. Pada malam itu, kedua-dua pengantin baharu balik ke rumah pengantin perempuan. Etnik Tatar pandai bernyanyi dan menari. Di wilayah Xinjiang, sekiranya etnik lain merayakan perayaan atau upacara perkahwinan, orang etnik Tatar yang menghadiri upacara tersebut akan mempersembahkan tarian dan nyanyian untuk memeriahkan suasana. Selain menyambut hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha seperti kaum Islam yang lain, etnik Tatar juga merayakan "Pesta Saban". Pesta yang dirayakan pada musim penanaman melalui pelbagai aktiviti seperti bernyanyi, menari, gusti, lumba kuda, dan lain-lain ini bertujuan untuk mendoakan tuaian yang lumayan pada musim gugur. Masjid Xiningdao Masjid Xiningdao terletak di nombor 55 Jalan Xiningdao, daerah Heping, bandar Tianjin, China. Masjid ini mula dibina pada 1 Mei 1991 dan dibuka pada 2 Mac, iaitu hari pertama bulan Ramadan tahun berikutnya. Kawasan masjid Xininigdao mempunyai keluasan 1,000 meter persegi. Bangunan masjid ini menggabungkan seni bina tradisional China dengan seni bina Arab. Ruang sembahyang Muslimin yang terletak di tingkat dua luasnya 185 meter Tianjin persegi, dan dapat menampung 200 orang solat berjemaah. Manakala, ruang sembahyang Muslimat yang terletak di tingkat satu luasnya 21 meter persegi, dan boleh menampung 20 orang solat berjemaah bersama-sama pada satu masa. Pada tahun 1998 dan 1999, kerajaan tempatan telah memperuntukkan dana untuk membaik pulih bumbung ruang sembahyang dan menara azan. Selepas itu, kerajaan tempatan telah beberapa kali menyediakan dana bagi membaik pulih masjid tersebut. wǒ xiǎng qù tiān jīn xī níng dào qīng zhēn sì, xiè xiè. dì zhǐ: tiān jīn shì hé pīng qū xī níng dào 55 hào. 我想去天津西宁道清真寺, 谢谢 地址 : 天津市和平区西宁道 55 号 Saya nak pergi ke Masjid Xiningdao, terima kasih. Alamat: Nombor 55, Jalan Xiningdao, Daerah Heping, Tianjin. 32 Kembara Sutera Kembara Sutera 33
Waktu Solat di China Sayur di atas Pokok Toona Sinensis Hai, semua pembaca! Selamat membaca ruangan Dapur Lazat Anisah. Dalam keluaran kali ini, saya akan memperkenalkan sejenis sayur, iaitu Toona sinensis. Toona sinensis, bagi pembaca Malaysia mungkin masih belum mengetahuinya, namun bagi masyarakat Cina, Toona sinensis sangat terkenal dan sering dimakan pada musim bunga. China merupakan negara tunggal di dunia yang mengkategorikan Toona sinensis sebagai sejenis sayur. Sejarah Toona sinensis bermula sejak zaman Dinasti Han. Sayur ini pernah dianggap sebagai barang istimewa kerana hanya diberikan kepada raja sebagai penghormatan. Pada zaman itu, nilainya sama dengan Laici, sangat berharga. Seiring dengan cuaca yang semakin panas, tumbuh-tumbuhan dikatakan dapat membantu untuk memulihkan tenaga. Sebenarnya, daun-daun pokok Toona sinensis yang baru bercambah dinamakan cambah Toona sinensis. Daunnya hijau, tetapi 34 Kembara Sutera tepinya berwarna merah, seumpama batu akik dan batu jed, serta berbau wangi. Selain itu, khasiatnya juga sangat tinggi jika dibandingkan dengan sayur yang biasa. Oleh sebab itu, Toona sinensis digelar sayur di atas pokok dan juga makanan hijau. Salad tauhu dengan Toona sinensis dianggap sebagai makanan yang mudah dibuat. Kini, Anisah akan mengajar anda menyediakan hidangan ini. Selamat mencuba! Cara memasak: 1. Panaskan air di dalam kuali. Apabila air sudah mendidih, masukkan sedikit garam. Kemudian, rendam cambah Toona sinensis seketika dan keluarkannya. 2. Cuci Toona sinensis dalam air sejuk. Seterusnya, potong kecil. 3. Masukkan Toona sinensis dalam mangkuk, kemudian campurkannya dengan minyak bijan, garam, kicap dan cuka. 4. Letakkan tauhu dalam pinggan. Kemudian, letakkan Toona sinensis yang sudah selesai dimasak di atas tauhu tersebut. Selain waktu solat dan panduan arah kiblat, anda juga boleh mendapat infoinfo berguna yang membantu menyempurnakan pelancongan anda di China, seperti: restoran Islam pusat beli-belah masjid tempat pelancongan App ini secara automatik mengesan lokasi anda di China, Malaysia dan Indonesia, dan akan memaparkan waktu solat tempatan serta arah kiblat. Ia juga sebagai panduan khusus untuk warga muslim sewaktu berada di China. App Waktu solat di China ini khusus untuk pengguna Android. Anda boleh muat turun aplikasi ini di google play store.