Tajuk

Similar documents
BAB 5

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

BAB SATU

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

Penghargaan

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN


Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

PowerPoint Presentation

Penghargaan

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

BAB 4

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

PowerPoint Presentation

BAB SATU

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

Penghargaan

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

SaverBrochure_F 07.ai

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

华小董事觉醒运动缘起

BookCatalog FINAL

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

Kertas 1

Penghargaan

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

Dear Parents,

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

PowerPoint Presentation

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧

Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of

Southern University College Academic Journal, Volume 2, August 2014 南方大学学报 第 2 卷, 2014 年 8 月 prosa dan puisi. Sastera Melayu lama terdiri daripada cer

各位记者先生,小姐

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

1

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

Dear Parents,

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

ISM Circular: 20 –2005

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

Microsoft Word - PDPA2010.doc

icctv user guide manual.indd

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he

I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model I am my business s guardian I am my staff s employer Many people depend on

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

Contents Bahasa Indonesia

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

1

ZC501N_UM_FrontPg

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

Wawasan Penabur

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

AXA-AFFIN Maximiser-Brochure(Mar2018)

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

1

Microsoft Word - Apendix alla.doc

BAB SATU

5 阅读理解二 (2 篇 ) Chinese 试卷一 : 2 个小时 (60 分 ) 1. 实用文 私人电邮 - 分享类 ( 分享经验 / 心得 ) 公务电邮 - 投诉类 2. 作文 (3 题选一 ) 命题作文 ( 写人 ) 命题作文 ( 写事 ) 情境作文 试卷二 : 1 个小时 30 分钟 (

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format of English Language Paper (SA2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format Of English Language Paper (Sa2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb

CAG bus_TMFT_eManual

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format of English Language Paper (SA1) Primary 6 Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1

三年级音乐世界全年计划

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

社團改組資料

四年级第二 次月考范围

<4D F736F F D D31AE61AAF8B74EA8A3A65EC2D05FADD7A5BFAAA95F2DB1D0B0C8B342A65EC2D0205F315F>

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves

Lampiran 2

25 eng-PRUlink edu equity 03 copy

5

EDUCATIONAL ISSUES IN MAHUA FICTIONS ( ) By LEONG SOO YEN Thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the re

28 EN-PRUlink golden managed 01

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Transcription:

BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif mengenai corak penggunaan metafora dalam puisi tradisional bahasa Cina. Pengkaji akan menganalisis item leksikal yang mengandungi makna metafora dalam puisi tradisional bahasa Cina yang dipilih. Sebanyak 30 buah puisi tradisional dari Dinasti Tang (618-907 tahun masehi) dan Dinasti Song (960-1297 tahun masehi) yang berunsur falsafah dalam buku yang disunting oleh Pang (1999) akan dikaji. 3.2 Pelan Kajian Dalam pelaksanaan kajian, pembahagian proses diatur dalam jadual kegiatan seperti yang tergambar pada rajah berikut : Rajah 3.1 : Pelan Kajian PENGUMPULAN DATA KAJIAN PEMILIHAN DATA KAJIAN PENGANALISISAN DATA KAJIAN DAPATAN DAN KESIMPULAN KAJIAN 59

3.2.1 Pengumpulan data kajian Buku Pang (1999) yang bertajuk 哲理诗一百首 (Zhélǐshī Yī Bái Shǒu) dengan makna seratus buah puisi berunsur falsafah telah dijadikan data kajian ini. Buku ini mengandungi 100 buah puisi tradisional yang berunsur falsafah. Puisi dipilih untuk data kajian ini kerana puisi banyak mengandungi metafora. Seterusnya, puisi tradisional bahasa Cina dijadikan pilihan kerana pengkaji tertarik kepada kecanggihan bahasa Cina pada zaman dahulu dalam menggunakan metafora. Menurut Ye (2006:2), tujuan mempelajari puisi tradisional bahasa Cina adalah untuk memahami dan menikmati makna puisi yang bernilai dan bermanfaat. Malahan, kesenian bahasa klasik yang mengandungi metafora ini sukar difahami oleh ramai orang pada zaman moden ini yang menuntut bahasa moden. Puisi tradisional bahasa Cina boleh dibahagikan mengikut tema dan dinasti yang berlainan. Pengkaji memilih puisi tradisonal yang bertemakan falsafah kerana puisi ini bukan sahaja mempunyai kesenian bahasa yang bertaraf tinggi, tetapi juga mempunyai nilai-nilai murni dan dapat membantu pembaca dalam amalan kehidupan pada zaman moden ini. Menurut Yi (2000), isi kandungan puisi tradisional falsafah padat dan mendalam. Penggunaan bahasanya lebih mudah untuk meransangkan pemikiran pembaca dan meningkatkan rohani seseorang. Ayat-ayat dalam puisi tradisional falsafah seperti 欲穷千里目, 更上一层楼 (Kalau ingin memandang ke tempat jauh yang beribu-ribu batu, perlulah kita naik ke satu tingkat lagi), 不识庐山真面目, 只缘身在此山中 (Tidak dapat mengenal keadaan sebenar Gunung Lu kerana kita sendiri berada di dalam gunung tersebut) dan sebagainya menjadi begitu popular dalam masyarakat Cina 60

sehingga dapat dihafalkan dan selalu dideklamasi oleh murid-murid sekolah rendah pada zaman moden ini. Kajian ini diharapkan dapat menyedarkan pembaca tentang kepentingan menghidupkan semula makna sebenar puisi-puisi tradisional yang berunsur falsafah. Puisi-puisi ini mengandungi falsafah yang bernilai tinggi dan kebijaksanaan yang dihasilkan oleh sarjana dan penulis puisi tradisional yang berakhlak mulia. Dalam proses pengumpulan puisi tradisional falsafah, pengkaji hanya dapat memperolehi 2 buah buku petikan puisi tradisional falsafah. Pertama, buku berjudul Puisi Tradisional Falsafah Negara Cina ( 历代哲理诗,Lìdài Zhélǐshī) yang disunting oleh Yi (2000) mengandungi 277 buah puisi tradisional falsafah yang dipetik daripada semua dinasti dalam sejarah negara Cina. Kedua, buku puisi tradisional falsafah berjudul Seratus Buah Puisi Falsafah ( 哲理诗一百首, Zhélǐshī Yī Bái Shǒu) yang disunting oleh Pang. Pengkaji memilih buku yang disunting oleh Pang berdasarkan prinsip-prinsip pemilihan puisi Pang. Pang (1999) mengisytiharkan pemilihan puisi-puisi dalam buku 哲理诗一百首 (Zhélǐshī Yī Bái Shǒu)berdasarkan empat prinsip. Pertama, syarat pemilihan dalam linkungan unsur falsafah tidak terlalu ketat dan juga tidak terlalu longgar. Hal ini dapat mengelakkan keciciran puisi baik yang mempunyai sedikit unsur falsafah dan juga dapat menyingkirkan puisi yang kurang baik walaupun unsur falsafahnya banyak. Kedua, lebih banyak puisi tradisional daripada Dinasti Tang, Dinasti Song dan Dinasti Ching dipilih, manakala kurang puisi dipilih daripada Dinasti Han, Wei, Liu Chao, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. Hal ini kerana puisi tradisional mencapai tahap kegemilangan pada zaman Dinasti Tang, mengalami evolusi besar pada zaman Dinasti Song dan pada zaman Dinasti 61

Ching pula, kombinasi puisi tradisional Dinasti Tang dan Dinasti Song memasuki era terakhir. Oleh itu, lebih banyak puisi tradisional berunsur falsafah dihasilkan pada ketigatiga zaman tersebut, maka adalah lebih senang untuk dipilih. Ketiga, puisi-puisi yang dipilih adalah puisi tradisional yang mewakili identiti penulis yang terkenal. Keempat, bilangan puisi yang dipilih daripada setiap penulis tidak melebihi tiga buah karya. Berdasarkan empat konsep yang disebutkan di atas, buku 哲理诗一百首 ( Zhélǐshī Yī Bái Shǒu)sesuai dipilih kerana buku ini dapat mewakili puisi tradisional berunsur falsafah dalam sejarah puisi tradisional bahasa Cina. Selain itu, bilangan 100 buah puisi dalam buku ini cukup dan sesuai untuk menjadi sampel dalam kajian ini. Daripada 100 buah puisi ini, pengkaji akan memilih 30 buah puisi sebagai sampel untuk dikaji. Penjelasan makna sebenar puisi dalam buku ini jelas dan ringkas juga menjadi salah satu faktor pemilihan sebagai data kajian ini. Dalam kajian ini, pengkaji memilih puisi-puisi tradisional falsafah daripada Dinasti Tang (618-907 tahun Masehi) dan Dinasti Song (960-1279 tahun Masehi). Hal ini kerana kesenian bahasa puisi tradisional mencapai kemuncak kegemilangan pada zaman Dinasti Tang (618-907 tahun Masehi) dan juga perkembangan unsur falsafah dalam puisi tradisional menjadi fenomena teragung pada zaman Dinasti Song (960-1279 tahun Masehi). Menurut Cheng (2000:6-7), pencapaian puisi pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Song adalah sama tinggi seperti menara kembar, hanya berbeza dari segi persembahan sahaja. Pengkaji yang lepas membezakan puisi antara kedua-dua dinasti ini dengan mengatakan : 唐诗主情, 宋诗主意 ( Táng shī zhǔ qíng, sòng shī zhǔyì ) yang bermakna bahawa puisi tradisional Dinasti Tang mementingkan perasaan, puisi tradisional Dinasti Song pula mementingkan erti. Menurut Chengjie (1999), puisi dalam 62

Dinasti Song banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Confusionisme dan Taoisme yang diperkembangkan sehingga peringkat kemuncak pada zaman itu. Maka puisi pada zaman itu boleh dikatakan disatukan dengan unsur falsafah. Ramai penulis puisi yang juga merupakan ahli politik dan ahli falsafah pada zaman Dinasti Song sama-sama mementingkan sahsiah peribadi dan juga kesenian bahasa. Shu Shi (1037-1101 tahun Masehi) yang merupakan penulis puisi terkemuka pada zaman Dinasti Song pernah berkata: 诗须要有为而做, 用事当以故为新, 以俗为雅 ( Shī xū yào yǒuwéi ér zuò, yòngshì dāng yǐ gù wéi xīn, yǐ sú wéi yǎ) bermakna puisi yang baik perlu ditulis berasaskan amalan, bersifat praktikal dan boleh diterima ramai. Oleh yang demikian, kajian ini memilih puisi tradisional berunsur falsafah daripada Dinasti Tang dan Dinasti Song untuk melihat makna metaforanya yang mempunyai kesenian bahasa yang tinggi dan juga bererti. Buku Pang (1999) mempunyai 49 buah puisi yang dipetik daripada Dinasti Tang (618-907 tahun Masehi) dan Dinasti Song (960-1279 tahun Masehi), iaitu hampir 50% daripada jumlah 100 buah puisi yang ada dalam buku tersebut. Pengkaji memilih sebanyak 30 buah puisi daripada 49 buah puisi yang mempunyai item leksikal metafora untuk dikaji. Data kajian ini iaitu 30 buah puisi yang dipilih itu memang merupakan puisi-puisi yang popular pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Song. Hal ini dapat dibuktikan dengan 25 buah daripada 30 buah puisi yang dipilih itu juga termasuk dalam Kamus Puisi Dinasti Tang ( 唐诗鉴赏辞典, Tángshī Jiànshǎng Cídiǎn, 2004 :1-1 9 ) dan Kamus Puisi Dinasti Song ( 宋诗鉴赏辞典, Sòngshī Jiànshǎng Cídiǎn, 2007:1-21). Selain itu, 16 buah puisi daripada 30 buah puisi kajian ini juga dimasukkan dalam buku Puisi 63

Tradisional Falsafah Negara Cina ( 历代哲理诗, Lìdài Zhélǐshī) membuktikan data kajian ini merupakan puisi tradisional berunsur falsafah yang popular. 3.2.2 Pemilihan data kajian Dalam kajian ini, 30 buah puisi tradisional yang dipilih berdasarkan dua konsep yang penting. Pertama, puisi tradisional dipilih mengikut dinasti tertentu. Oleh sebab puisi tradisional mencapai taraf kesenian yang paling tinggi pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Song, maka hanya 30 buah puisi tradisional yang paling banyak menggunakan metafora akan dipilih daripada Dinasti Tang dan Dinasti Song walaupun buku ini mengandungi 49 buah puisi tradisional dari dinasti-dinasti tersebut. Pada peringkat pertama, pengkaji membaca kesemua puisi tradisional yang ditulis pada Dinasti Tang dan Song dan mencari item leksikal yang bermetaforikal dalam puisipuisi tersebut. Pengkaji mendapati bahawa terdapat 10 buah puisi yang tidak menggunakan metafora. Seterusnya, pengkaji melihat semula tema setiap 39 buah puisi yang mengandungi item leksikal metafora dan mendapati bahawa puisi- puisi tersebut boleh dikategorikan mengikut 3 tema utama, iaitu tema berkaitan dengan bakat dan kemuliaan, sikap belajar dan berusaha serta amalan kebenaran hidup. Untuk tujuan penyelarasan tema, pengkaji memilih 10 buah puisi yang mengandungi paling banyak item leksikal metafora yang jelas untuk setiap tema utama. Hasilnya 30 buah puisi dipilih untuk dianalisis. 64

3.2.3 Penganalisisan data kajian Dalam proses penganalisaan data kajian, pengkaji menjalankan analisis berikut secara kualitatif demi mencapai objektif kajian : i. Mencari item leksis yang mengandungi metafora dalam puisi tradisional yang dipilih dengan memastikan kewujudan sasaran (tenor) dan sumber (vehicle). ii. iii. iv. Mengenal pasti penggolongan metafora. Menganalisis makna denotatif dan makna metafora item leksikal tersebut. Menerangkan item leksikal tersebut yang digunakan untuk menghasilkan makna metafora. Dalam langkah pertama, pengkaji mencari semua item leksikal bermetafora dalam puisi berdasarkan sifat-sifat umum yang diterangkan dalam Bab 2. Dalam kajian ini, item leksikal metafora ini berjaya dikenal pasti berpandukan 3 sifat umum yang dibincangkan dalam Bab 2. Pertama, metafora berlaku apabila adanya pemindahan persamaan di antara ketaksamaan, iaitu pemindahan nama daripada satu objek kepada sesuatu objek yang berlainan yang disarankan oleh Aristotle (1968). Kedua, kedua-dua objek itu akan bertindak satu sebagai sumber (vehicle) dan merujuk kepada yang satu lagi yang merupakan sasaran (tenor) mengikut saranan Richards (1936). Ketiga, bahasa kiasan simile dan personifikasi juga dimasukkan sebagai metafora dalam kajian ini mengikut saranan Lakoff dan Johnson (1980). Di samping itu, tema setiap puisi dikenal pasti terlebih dahulu kerana tema merupakan sasaran (tenor) utama yang ingin disampaikan oleh item-item leksikal metafora yang bertindak sebagai sumber (vehicle). Item-item leksikal metafora yang dipilih itu memainkan fungsi signifikan dalam tema atau makna sebenar sesebuah puisi. 65

Ia boleh bertindak sama ada mencerminkan atau membandingkan tema sesebuah puisi itu. Selepas proses mencari item leksikal bermetafora, pengkaji menjalankan penterjemahan puisi daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu. Penterjemahan dilakukan dengan mengikut makna item leksikal atau makna ayat tertentu dalam puisi itu, biasanya penterjemahan tidak dapat dijalankan dengan mengikut setiap perkataan ( word for word ). Dengan kata lain, satu item leksikal bahasa Cina mungkin akan diterjemahkan menjadi satu ayat panjang yang bertujuan memberi makna denotasi item leksikal tersebut atau memberi penerangan makna keseluruhan puisi dengan lebih jelas. Analisis data adalah berdasarkan rangka teoretis 3 orang pengkaji. Penggolongan metafora pertama mengikut struktur sintagmatik yang disarankan oleh Shu (2000). Jenis metafora ini terdiri daripada metafora kata nama, metafora kata kerja, metafora kata sifat, metafora kata adverba dan metafora kata depan. Penggolongan metafora kedua berdasarkan imej yang disarankan oleh Nilsen & Nilsen (1978). Jenis metaforanya terdiri daripada metafora kehaiwanan, metafora tumbuhan dan metafora pengkonkritan. Pengolongan metafora ketiga mengikut konsep yang disarankan oleh Lakoff dan Johnson (1980). Jenis metaforanya terdiri daripada metafora struktur, metafora orientasi dan metafora ontologi termasuk personifikasi. Dalam proses menganalisis item leksikal metafora, pengkaji merujuk kepada kamus atau sumber lain supaya mendapat makna denotasi item leksikal. Sesuatu item leksikal mungkin mempunyai beberapa makna denotasi dalam kamus. Makna denotasi yang berkaitan atau paling dekat dengan tema puisi sahaja yang diambilkira di dalam kajian ini. 66

Pada peringkat akhir penganalisisan, makna metafora item leksikal dikaji. Pengkaji memberi sebab atau rasionalnya item leksikal tersebut dipilih untuk menyampaikan makna metafora tertentu. Dalam hal ini, ciri-ciri atau sifat-sifat makna denotasi item leksikal, konsep manusia universal, penggunaan item leksikal bahasa Cina yang berkaitan, budaya orang Cina, latar belakang, falsafah dan pengalaman penulis serta konteks puisi ini ditulis diambil kira dan diterangkan. Malahan, analisis dan pendapat pengkaji-pengkaji terdahulu mengenai makna puisi tradisional yang dikaji itu juga dirujuk. 3.3 Kesimpulan Bab ini memberi penerangan yang teliti tentang langkah-langkah yang diambil dalam setiap proses kajian iaitu mulai peringkat pengumpulan data, pemilihan data sehingga penganalisisan data. Cara-cara dalam setiap proses ini diharapkan dapat mencapai objektif kajian ini. Bab seterusnya ialah isi pokok kajian yang membentangkan hasil analisis data, iaitu hasil kajian metafora ke atas 30 buah puisi tradisional berunsur falsafah daripada Dinasti Tang dan Dinasti Song. 67