Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of

Similar documents
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

BAB SATU


Penghargaan

Tajuk

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

PowerPoint Presentation

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

Penghargaan

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

BAB SATU

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

PowerPoint Presentation

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

华小董事觉醒运动缘起

SejarahOrang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

Penghargaan

SaverBrochure_F 07.ai

Neo-Konfusianisme 理学 menjadi terkenal pada zaman dinasti Song dan Ming sebagai sebuah gerakan rasional yang menolak kepercayaan karut. Sekitar tahun 1

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

BAB 5

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

Southern University College Academic Journal, Volume 2, August 2014 南方大学学报 第 2 卷, 2014 年 8 月 prosa dan puisi. Sastera Melayu lama terdiri daripada cer

Penghargaan

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

第五章 峇峇文學的定位與價值

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

各位记者先生,小姐

1

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

BookCatalog FINAL

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

Kertas 1

出生于柔佛州的麻坡的 Bukit Gambir,Dato Onn 是 Dato' Ja'afar bin Haji Muhammad 的儿子 柔佛州第一任 首席部长 他是柔佛王室并从小受到 Ibrahim 苏丹 (Abu Bakar 苏丹的儿子 ) 的照顾, 并在他去英国深造之前 接受被马来教育 在

1936- Golongan tentera mengambil alih pentadbiran Jepun. 军 方 接 管 了 日 本 的 行 政 管 理 Jepun menakluki Manchuria. 日 本 入 侵 满 洲 Jepun menguasai Ko

独立前的《蕉风》与马来亚之国族想像

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

Contents Bahasa Indonesia

ISM Circular: 20 –2005

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

这项运动还呼吁回教徒团结起来反抗在回教国家的西方殖民主义 (c) Idea perjuangan Gerakan Islah telah disebar ke Tanah Melayu oleh pelajar-pelajar Melayu yang menuntut di Mesir, khusu

Mixtions Pin Yin Homepage

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

科系 ( 华 ) 科系 ( 巫 ) 科系 ( 英 ) 修读年数学分科系简介工业实习鉴定资格就业机会积分 马来亚大学 Universiti Malaya 文学院 FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL 国际公共关系学研究系 Pengajian Antarabangsa dan

ISI KANDUNGAN (1) Pendahuluan 1 (2) Pandangan Dan Cadangan 1 (i) Menggubal sistem pembinaan sekolah komuniti bagi setiap 1 aliran sekolah (ii) Meranca

PowerPoint Presentation

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

Peranakan-peranakan yang Cemerlang Lima Puluh Kehidupan Terunggul Kisah Singapura adalah kisah pelbagai pertemuan di antara pedagang, pengembara, dan

新校舍虽然只是木板屋结构的旧款式校舍, 但学校的范围已比以前大得多, 且因濒临海边, 空气异常清新, 同时因远离街市, 得以免除喧嚣的干扰, 实有助于学子潜心学习 一九七三年, 在本校服务二十余载之董能隆校长因思乡心切, 申请调职成功, 终于在离留两难中告别了这所由他细心培育成长的学校 董能隆校长的

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

独立小组到伦敦的使命是跟英国政府谈判关于马来亚的独立 2. Tunku Abdul Rahman telah mengetuai Rombongan Merdeka. Beribu-ribu rakyat berkumpul memberi sokongan padu kepada anggota

EDUCATIONAL ISSUES IN MAHUA FICTIONS ( ) By LEONG SOO YEN Thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the re

巴东色海尚正学校2006年度行政历

Kata Ganti Nama Diri padankan jawapan yang betul. 1. Kita 我 2. Mereka 你 3. Saya 他 4. Kamu 你 / 你们 5. Kami 他们 6. Awak 大家 7. Dia 我们 Kata Tanya padankan j

Minit Mesyuarat

BAB SATU

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧

CPB89 A5 Booklet Employer ALL

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

一月 JANUARI

四年级第二 次月考范围

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

Microsoft Word - Avail News _Januari 2015_.doc

BAB 4

I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model I am my business s guardian I am my staff s employer Many people depend on

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

KSSR BAHASA CINA TAHUN 1

2019 Chinese Taipei National High School Athletic Game Boxing Championship Junior Men Division Top 8 As of WED 24 APR 2019 Men s Mosquito(38-41Kg) Ran

Microsoft Word CHN - Fu Ruomei - OK_setting


Wawasan Penabur

摘 要 在 1990, 毛 四 周 群 山 抱, 而 在 山 中, 蕴 藏 着 丰 富 的 锡 米 銔 毛 个 村 改 邦, 马 来 文 Kampung Asam Kumbang 銔 Asam Kumbang 是 种 特 别 的 树, 在 英 文 称 Roselle, 中 文 个 美 称 洛 花 銔

2

Microsoft Word - PDPA2010.doc


社團改組資料

Microsoft Word - 15 TanChingChing

kebudayaan pluralisme dan perdagangan bebas dari AS. Tapi kini kita hampir tidak melihatnya lagi AS seperti yg kita kenal dulu, sehingga Jerman merasa

Transcription:

85 Sepanjang Abad ke-20: Kajian tentang Bidang serta Kesannya 1 SU Yingying Institut Bahasa-bahasa Asia dan Afrika Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing. Abstrak Abad ke-20 merupakan tempoh masa yang agak penting bagi penyebaran dan perkembangan kebudayaan tradisional China di Tanah Melayu. Dalam masa seratus tahun ini, kebudayaan tradisional China, sebagai salah satu kebudayaan perantau, telah dikekalkan dan diwariskan melalui empat saluran utama, iaitu penerbitan akhbar dan majalah bahasa Cina, pembentukan sistem pendidikan bahasa Cina, perkenalan dan penterjemahan karya-karya klasik bahasa Cina serta penyebaran opera tradisional China di rantau ini. Dapat dipercayai bahawa selaras dengan pembangunan yang membanggakan serta persahabatan antara negara China dengan Malaysia pada abad ke- 21, tamadun China moden dengan tamadun Melayu moden akan bertemu, berinteraksi sehingga berkembang maju bersama-sama pada suatu masa nanti. Kata Kunci: Abad ke-20, kebudayaan tradisional China, Tanah Melayu 1 Supported by the Young Faculty Research Fund of Beijing Foreign Studies University (2015JT001).

Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of Asia and Africa Beijing Foreign Studies University. Abstract The 20 th century had witnessed the spread and development of Chinese classical culture in Malaya. During the past century the Chinese classical culture was rooted and developed in Malaya through four main avenues, namely Chinese language publications, Chinese language schools, translated works of Chinese classical novels and the traditional opera. Entering the 21 st century, with the increasing interaction between China and Malaysia in trading and economic aspects, the Chinese interaction between contemporary civilization and Malay modern culture would remain amicable and thus promote harmonious coexistence. Keywords: 20 th Century, Chinese classical culture, Malaya

87 Pengenalan Pada akhir abad ke-19, Kerajaan Dinasti Qing negara China telah hampir runtuh akibat peperangan dan bencana alam yang kerap berlaku dan melanda negara tersebut. Di samping itu, kekalahan teruk kerajaan China dalam Perang Candu telah menyebabkan penjajah Barat masing-masing memperoleh hak mengambil tenaga kerja China. Dengan latar belakang ini, sebilangan besar orang China telah berhijrah ke seberang laut untuk mencari rezeki dan memperbaiki kehidupan mereka yang sengsara itu. Kemasukan orang China ke Tanah Melayu secara beramai-ramai berlaku pada pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke-20. Menjelang awal abad ke-20, orang China yang berhijrah ke negeri-negeri Melayu di Semenanjung telah tersebar ke merata tempat. Sepanjang abad ke-20, terutamanya separuh pertama abad ini, jumlah bilangan penghijrah China bertambah pantas sehingga mencapai beberapa juta orang, termasuk perantau China ke Asia Tenggara. Boleh dikatakan orang China menjejaki seluruh rantau Asia Tenggara sehingga terdapat sesetengah pendapat mengatakan bahawa, di mana air laut berombak, di situlah terdapat jejak orang China. Dengan kumpulan penghijrah China yang agak besar bilangannya yang mendiami kawasan di sekitar Asia Tenggara, kebudayaan China, terutamanya kebudayaan tradisional China telah berakar dan turut diwariskan, disebar dan dikembangkan di rantau ini. Perkara ini telah menjadi suatu kepastian. Antara negaranegara di Asia Tenggara, Tanah Melayu, termasuk Malaysia dan Singapura yang belum dipisahkan dari Persekutuan Malaysia, tidak disyaki lagi merupakan suatu kawasan yang agak penting dalam perkembangan kebudayaan tradisional China. Sejak zaman kuno, Tanah Melayu terletak di daerah laluan penting bagi lalu lintas dan komunikasi antara Timur dan Barat. Perhubungan antara Tanah Melayu dengan negara China pun agak rapat. Singapura mempunyai kadar yang paling tinggi dalam pembentukan kaum Cina dalam jumlah penduduknya kalau berbanding dengan negara-negara yang lain di Asia Tenggara, dan juga merupakan salah satu bandar paling ramai cendekiawan China berkumpul dan bermastautin. Penyebaran ilmu sinologi, iaitu kajian tentang China di kalangan golongan sarjana Asia Tenggara boleh dikatakan bertunas dan bersubur di Singapura, manakala Malaysia pula merupakan satu-satunya negara yang mempunyai sistem pendidikan bahasa Cina yang lebih lengkap di dunia ini, selain benua besar China, Hongkong, Macau dan Taiwan. Penulis akan cuba memberikan penjelasan dan analisis tentang penyebaran kebudayaan tradisional China di Tanah Melayu serta kesannya sepanjang abad ke-20. Huraian berkaitan akan dijalankan dari empat segi, iaitu penerbitan akhbar dan majalah bahasa Cina, pembentukan sistem pendidikan bahasa Cina, perkenalan dan penterjemahan karya-karya klasik bahasa Cina serta penyebaran opera tradisional China di rantau ini. Penerbitan Akhbar dan Majalah Bahasa Cina Surat khabar bahasa Cina yang pertama,yakni Chinese Monthly Magazine telah diterbitkan pada tahun 1815. Ini bermakna media massa bahasa Cina seberang laut sudah bersejarah 200 tahun.menurut statistik pada hujung abad ke-20, terdapat 4000 jenis

Su Yingying 88 akhbar atau majalah dalam bahasa Cina telah diterbitkan dan diedarkan dalam 52 buah negara di luar China. Sebelum tahun 1950-an, terbitan bahasa Cina lebih berpusat di rantau Asia Tenggara, malahan boleh dikatakan negara-negara rantau ini mempunyai keunggulan yang agak menonjol (Cheng, hlm. 25). Menurut statistik yang lain, dalam tempoh 60 tahun, iaitu dari tahun 1881 hingga 1941, terdapat lebih daripada 70 jenis akhbar baru dan 300 jenis majalah baru dalam bahasa Cina telah diterbitkan di Tanah Melayu dan Singapura (Chen, 2011). Terdapat dua ciri bagi akhbar dan majalah bahasa Cina di Malaysia dan Singapura tersebut. Ciri yang pertama ialah terbitan-terbitan itu mempunyai sejarah yang lama dan besar bilangan edarannya. Banyak akhbar bahasa Cina di Malaysia mempunyai sejarah yang agak panjang dan pengaruh yang besar. Sebagai contoh, Kwongwah Daily telah berusia lebih daripada 100 tahun, manakala Nanyang Siang Pau dan Sin Chew Daily pula berusia hampir 90 tahun. Di Malaysia pada hari ini, antara akhbar-akhbar tempatan, jumlah keluaran akhbar bahasa Cina adalah yang paling tinggi. Mencapai lebih daripada satu juta naskhah setiap hari. Ciri yang kedua ialah terbitan-terbitan itu telah memainkan peranan utama untuk memperkembangkan kebudayaan China di masyarakat tempatan. Tidak dapat dinafikan bahawa fungsi utama media massa bahasa Cina seberang laut adalah untuk menyebarluaskan budaya China. Kebanyakan terbitan telah menawarkan halaman atau ruangan khas untuk menyiarkan novel-novel klasik China atau terjemahannya secara bersiri di samping membantu sekolah Cina tempatan memperluas pendidikan bahasa Cina. Kita boleh mengambil Straits Chinese Magazine yang diterbitkan pada 1897 sebagai contoh. Majalah ini adalah anjuran bersama Encik Song Ong Siang dan Encik Lim Boon Keng. Straits Chinese Magazine pernah secara besar-besaran memperkenalkan sastera klasik China kepada penduduk tempatan dan telah mencerminkan minat tebal golongan Cina tempatan terhadap sastera klasik China. Hampir setiap jilid majalah ini akan menyiarkan sekurang-kurangnya satu karangan untuk menterjemahkan atau memperkenalkan salah satu karya klasik persuratan China. Misalnya, karangan yang bertajuk Some Genuine Chinese Authors oleh Encik Tan Teck Soon dalam Jilid I, bukan sahaja menerangkan fikiran tokoh Chuang Tzu, tetapi juga memperkenalkan beberapa buah puisi klasik Dinasti Tang. Contoh yang lain, terjemahan pilihan daripada karya kanon The Wars of the Gods oleh Encik P. C. Tsao dalam Jilid V, karangan Chinese Literature and Philosophy oleh K. T. T. dalam Jilid V (Huang, 2003, hlm. 63). Akhbar dan majalah bahasa Cina tersebut telah merakamkan kegiatan sejarah penduduk tempatan dari pelbagai seginya, terutamanya kaum Cina tempatan. Mereka bukan sahaja secara langsung menyediakan data bagi kajian tentang masyarakat Cina tempatan, tetapi juga menyiarkan banyak kertas ilmiah dalam bidang-bidang bahasa, sastera, kesenian, sejarah dan budaya yang berkaitan dengan kaum Cina. Terbitanterbitan ini telah berfungsi bagi menyebarluaskan dan mempopularkan nilai tradisional China serta menggalakkan pelaksanaan kajian ilmu sinologi.

89 Pembentukan Sistem Pendidikan Bahasa Cina Dengan pengaruh pemikiran Konfusianisme, adat menghormati guru dan mementingkan pendidikan itu sudah lama wujud sehingga menjadi amalan baik bagi bangsa China. Tradisi mengutamakan pendidikan bahasa ibunda telah diwariskan dari satu generasi kepada generasi terkemudian. Orang Cina harus mempelajari bahasa Cina, dan perkara ini telah ditetapkan sebagai pegangan teguh bagi kaum Cina seberang laut. Sebelum sekolah sejati ditubuhkan, dalam tempoh permulaan pendidikan bahasa Cina di Tanah Melayu, tempat kanak-kanak menerima pendidikan pada dasarnya adalah sekolah swasta berbentuk tradisional. Sekolah seperti ini mula-mulanya didirikan oleh orang perseorangan, dan kemudiannya beransur-ansur ditubuhkan oleh sesebuah persatuan masyarakat Cina tempatan. Perguruan Wu Fu yang didirikan pada tahun 1819 di Pulau Pinang itu dianggap sebagai sekolah Cina swasta yang paling awal ditubuhkan di Tanah Melayu dari segi sejarahnya (Lin, 1981). Sehingga tempoh akhir abad ke-19, sebilangan besar sekolah swasta Cina telah masing-masing terbentuk, antara yang lebih terkemuka seperti Akademi-akademi Cui Ying, Pei Yi, Yu Yi, Yue Ying dan lain-lainnya. Pertubuhan akademi-akademi ini telah memberi pengetahuan asas kepada kanak-kanak di samping menyampaikan kitab-kitab klasik Konfusianisme kepada pemuda-pemudi. Sekolahsekolah ini bukan sahaja mengajar kaum Cina tempatan membaca dan mengira supaya mereka dapat mencari rezeki tetapi juga telah menanggung tugas utamanya bagi menyebarluaskan kebudayaan tradisional China dan konsep moralnya. Pada awal abad ke-20, sekolah bahasa Cina moden telah muncul di komuniti perantau Cina Tanah Melayu. Sekolah Cina Yang Zheng telah ditubuhkan oleh Encik Tan Chor Lam di Singapura pada tahun 1905. Perkara ini menandakan sekolah Cina moden terwujud secara rasminya. Hal ini telah memberi pengaruh yang besar sekali kepada penubuhan sekolah-sekolah Cina oleh persatuan-persatuan masyarakat Cina. Dalam tempoh 20 tahun kemudian, lebih 10 buah sekolah rendah Cina telah berterusan didirikan. Sekiranya kita meninjau kembali sepanjang abad ke-20, dengan tujuan untuk mewariskan tradisi kebudayaan Cina, kaum Cina Malaysia sedaya upaya terus-menerus demi menubuhkan banyak sekolah rendah dan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa perantaraan dan pendidikan supaya bahasa Cina dapat dikekalkan dan terus diwariskan. Dari Malaya ke Malaysia, dengan usaha beberapa generasi kaum Cina, sistem pendidikan bahasa Cina yang lebih lengkap, iaitu dari peringkat sekolah rendah sehingga peringkat pengajian tinggi itu telah ditubuhkan di Malaysia. Sekolah-sekolah ini telah memberi sumbangan yang agak besar untuk perwarisan dan penyebarluasan kebudayaan China di Tanah Melayu. Titik perubahan bererti sejarah telah muncul bagi pendidikan bahasa Cina di Malaysia pada hujung abad ke-20 hingga awal abad ke-21. Sebagai contoh, Southern College anjuran kaum Cina Malaysia telah ditubuhkan di Johor pada tahun 1990, dan telah dipertingkatkan peringkatnya sehingga menjadi Southern University College pada

Su Yingying 90 tahun 2012. Selain itu, New Era College yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantara utamanya itu telah didirikan pada tahun 1998 di samping upacara penubuhan Universiti Tunku Abdul Rahman, institusi pendidikan tinggi swasta anjuran kaum Cina yang pertama di Malaysia itu telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia serta isterinya pada 13hb. Ogos, 2002. Perkara ini menandakan bahawa pendidikan bahasa Cina di Malaysia telah berkembang ke peringkat pendidikan tinggi. Bukan itu sahaja, sebahagian universiti utama Malaysia tempatan telah masingmasing mengadakan pendidikan dan penyelidikan bertaraf tinggi yang berkaitan dengan bahasa, budaya dan masyarakat Cina. Sebagai contoh, Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia telah menyediakan program pengajian pelbagai peringkat yang berkaitan kepada mahasiswanya, iaitu Bacelor Sastera (Bahasa Asing) Major Bahasa Cina, Master Sastera (Kesusasteraan Cina), dan Doktor Falsafah (Kesusasteraan Cina). Contoh lain, di Universiti Malaya (UM), Jabatan Pengajian Tionghoa UM telah ditubuhkan pada tahun 1963. Jabatan ini merupakan akademi yang paling tinggi peringkatnya dalam bidang penelitian bahasa dan budaya Cina di negara Malaysia. Dalam tempoh dari tahun 1963 sehingga tahun 2000, jabatan ini telah menghasilkan lepasan-lepasannya yang bermutu tinggi, iaitu 1439 orang sarjana muda, 52 orang master dan 7 orang doktor. Pembentukan sistem mata pelajaran peringkat sarjana muda di jabatan tersebut terdiri daripada dua siri, iaitu siri bahasa dan sastera Cina serta siri masyarakat dan budaya Cina. Siri yang pertama memfokuskan kajian tentang bahasa Cina dan persuratan tradisional Cina, manakala siri yang kedua memfokuskan penyelidikan tentang ilmu sinologi dan budaya tradisional Cina (Soo, 2001, hlm. 161-162). Penubuhan dan perkembangan Jabatan Bahasa Cina atau Jabatan Pengajian China universiti-universiti tempatan yang dilambangkan oleh Jabatan Pengajian Tionghua UM itu telah memainkan peranan kunci untuk menyiarkan kebudayaan klasik China di golongan kaum-kaum bumiputera tempatan serta mendorong kemajuan pelancaran kajian ilmu sinologi seberang laut tempatan. Perkenalan dan Penterjemahan Karya-karya Klasik Bahasa China Dari akhir abad ke-19 hingga abad ke-20, selaras dengan kemasukan secara besarbesaran penghijrah China ke Tanah Melayu, karya kesusasteraan klasik China pun disebarluaskan di daerah ini. Karya-karya tersebut terdiri daripada puisi kuno, nyanyian rakyat, novel, cerita, prosa dan lain-lainnya, antaranya termasuk sebahagian yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu serta karya-karya sastera dalam erti luas, misalnya kitab-kitab falsafah, agama, malahan prasasti dan sebagainya. Terdapat tiga jenis cara atau saluran penyebaran sastera klasik China, iaitu penyebaran lisan oleh penglipur lara, perkenalan dan penterjemahan novel-novel klasik China, dan penyebarluasan persuratan China dalam erti luas.

91 1. Penyebaran Lisan oleh Penglipur Lara Sastera lisan China yang popular di kalangan rakyat jelata Malaysia dan Singapura semasa itu, pada hakikatnya, ialah sastera kasar. Sarjana Mo Jia Li berpendapat, sastera kategori ini adalah disampaikan dalam dua bentuk, iaitu bentuk Gongko yang amat popular dalam kalangan tenaga buruh lapisan bawah masyarakat tempatan, serta bentuk nyanyian rakyat yang dinamakan Nyanyian Guehuan (Mo, 2001, hlm.67). Apa yang dinamakan Gongko, maksudnya adalah bercerita atau berdongeng dalam loghat selatan Hokkien dan kawasan Teo-chew. Penghijrah-penghijrah China dalam tempoh yang lebih awal di Asia Tenggara itu kebanyakannya ialah kaum tenaga buruh yang kurang berpendidikan, bagi mereka, mendengar penglipur lara berdongeng bukan sahaja menjadi kesenangan yang dapat menggembirakan diri mereka selepas bekerja berat pada siang hari, tetapi juga dapat menghibur hati mereka yang begitu merindui kampung halamannya. Oleh yang demikian, bentuk Gongko ini telah betulbetul mendapat sambutan meriah dalam kalangan buruh-buruh lapisan bawahan itu. Perkataan Guehuan dalam loghat selatan Hokkien dan kawasan Teo-chew, maknanya ialah merantau ke luar negara. Nyanyian Guehuan merupakan sejenis nyanyian rakyat Cina tempatan, seni katanya banyak menunjukkan perasaan sayu sedih dan perasingan para perantau kerana meninggalkan tanah air serta ahli keluarganya. Nyanyian ini pastinya dipersembahkan dengan loghatnya. Dengan cara ini, tempat merantau dengan kampung halaman, dua daerah yang begitu jauh antara satu sama lain itu dapat dihubungkan, seolah-olah membawa penghijrah balik ke kampung mereka dalam mimpi. 2. Perkenalan dan Penterjemahan Novel-novel Klasik China di Tanah Melayu Pada dasarnya, orang-orang Cina Malaysia tergolong ke dalam dua kelompok, iaitu kelompok Cina peranakan dan kelompok Cina totok. Antaranya, walaupun bilangan penduduk etnik Cina peranakan itu lebih kecil daripada kelompok Cina totok, namun masa permastautinan mereka di rantau ini lebih lama daripada Cina totok. Keturunan laki-laki mereka dinamakan Baba, dan yang perempuan dipanggil sebagai Nyonya. Percampuran darah menjadi identiti yang menonjol buat kelompok ini. Akibat dari latar belakang identiti dan pengaruh sosiobudaya, kebanyakan Baba dan Nyonya pandai bertutur bahasa Melayu. Tapi bahasa Melayu yang dipakai oleh mereka sebenarnya bahasa Melayu campuran, atau lebih dikenali sebagai bahasa Melayu baba. Di bidang pendidikan pula, semasa Tanah Melayu dijajah oleh kaum penjajah, nyatalah etnik Cina peranakan mengambil pendidikan bahasa Inggeris sebagai pilihan utama. Oleh itu, fikiran mereka lebih cenderung kepada Barat, namun sebahagiannya lebih suka mempertahan kebudayaan tradisional Cina dalam adat resam dan kehidupan sehari-hari. Umpamanya dalam peristiwa bersembah dan berpahala, kadangkala kelihatan lebih kolot daripada Cina totok (Yang, 2000). Kelompok Cina peranakan, sebahagian golongan elit antaranya telah memberi sumbangan yang agak besar dalam bidang perkenalan dan penterjemahan novel-novel klasik persuratan China, biarpun tahap bahasa Cina mereka bukan begitu tinggi. Dalam

Su Yingying 92 tempoh dari hujung abad ke-19 hingga 1950-an, etnik Cina peranakan telah berjaya menterjemahkan sebilangan besar karya-karya sastera Cina klasik dan kisah-kisah sejarah China ke dalam bahasa Melayu. Misalnya Sam Kok (Kisah Tiga Negara, 1892), Song Kang (Riwayat Tokoh Song Kang, 1899), Seh Yew (Hikayat Pengembaraan Ke Barat, 1911), Ow Liat Kok Chee (Salasilah Beberapa Negara, 1931), Cheng Tiong Suat Gak (Hikayat Tokoh Gak Hui Yang Taat Setia, 1934), Botan Kiong Choo (Puteri Botan, 1950) dan lain-lainnya. Karya-karya terjemahan tersebut yang masih dikekalkan sehingga hari ini sebenarnya kecil sahaja bilangannya, dan terdapat sebahagian daripadanya telah disebar ke luar negara, seperti England, Holand, Perancis dan Rusia. Yang masih disimpan di daerah Malaysia dan Singapura itu, selain yang disimpan di perpustakaan-perpustakaan kerajaan atau institut pengajian tinggi, masih ada sebahagian menjadi simpanan swasta. Yang masih dapat dijumpai pada hari ini, keseluruhannya beberapa puluh buku sahaja. Menurut statistik Encik Yang Quee Yee 2, jumlah terbitan novel-novel klasik China yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dalam tempoh 1889 hingga 1950 itu mencapai 79 judul dan dikeluarkan dalam bentuk sambungan bersiri, termasuk beberapa versi penterjemahan semula dan penerbitan semula (Yang, 2001). Encik Yang Quee Yee berkata, jika masih ada judul yang tertinggal, nescaya jumlah bilangannya tidak banyak. Kesemua buku terjemahan itu dikeluarkan dengan ejaan Rumi dan dicetak di Singapura. Pada pendapat penulis, karya-karya penterjemahan pilihan kelompok Cina peranakan itu, pada umumnya ialah novel-novel popular yang bersifat-sifat sejarah, cerita dan adat resam, misalnya hikayat, roman sejarah, cerita pelik dan sebagainya. Tematemanya banyak berkaitan dengan isu-isu sejarah. Sebagai contohnya, Hong Sin (Legenda Dewa-dewi, 1931) yang berlatarbelakangkan Dinasti Qin, Ong Cheow Koon Hoe Huan (Kisah Perkahwinan Diraja Ong Cheow Koon, 1935) yang berlatarbelakangkan Dinasti Han, Loh Tiong Sau Pak (Hikayat Wira Loh Tiong, 1907) yang berlatarbelakangkan Dinasti Tang, Ban Wha Law (Kisah Bangunan Ban Wha, 1910) yang berlatarbelakangkan Dinasti Song, Beng Leh Koon (Hikayat Beng Leh Koon, 1934) yang berlatarbelakangkan Dinasti Yuan, Cheng Teck Koon Yew Kang Lam (Hikayat Pengembaraan Raja Cheng Teck di Daerah Selatan, 1933) yang berlatarbelakangkan Dinasti Ming serta Ang Siew Chuan (Riwayat Ang Siew Chuan, 1936) yang berlatarbelakangkan Dinasti Qing. Ada penyelidik sastera yang berpendapat bahawa novel-novel penterjemahan tersebut dihasilkan dengan tujuan untuk memperkenalkan sastera tradisional Cina kepada kaum-kaum bumiputera Tanah Melayu, terutamanya kaum Melayu. Penulis tidak bersetuju dengan pandangan semacam ini. Pada hakikatnya, karya-karya penterjemahan 2 Tokoh Yang Quee Yee, pakar bahasa Malaysia yang terkemuka itu sekarang bermastautin di Singapura. Beliau agak dihormati oleh golongan cendekiawan Cina di Malaysia dan Singapura. Dalam tempoh beberapa puluh tahun itu, beliau dengan isterinya, Puan Chan Meow Wah, dengan begitu giat dan kukuh, berterusan memperjuangkan kerja mendorong komunikasi dan interaksi antara budaya Melayu dengan budaya China.

93 ini sejak dihasilkan hingga tempoh yang agak panjang terkemudian, golongan pembaca sasarannya adalah kelompok Cina Peranakan tersendiri, iaitu kumpulan Baba dan Nyonya. Encik Chan Kim Boon, penterjemah Sam Kok itu pernah menyebut dalam prakata bukunya bahawa kerja penterjemahan yang diusahakannya adalah untuk menghidangkan bacaan riang kepada kaumnya sendiri. Di samping itu, beliau juga berharap karya-karya kanon China itu dapat diperkenalkan melalui saluran penterjemahan kepada kumpulan Baba dan Nyonya yang tak kenal bahasa Cina. Seperti yang telah diterangkan sebelumnya, bahasa yang dipakai dalam karya penterjemahan itu ialah bahasa Melayu Baba, sejenis bahasa Melayu campuran. Bahasa ini mempunyai sistem tersendiri, tidak sama sepenuhnya dengan bahasa Melayu baku. Pemakaian bahasa itu memang tidak umum di dunia sastera Melayu kerana ia telah bercampur aduk banyak loghat-loghat Hokkien dengan bahasa Melayu di samping memakai bahasa Melayu dengan menggunakan sistem tatabahasa Cina. Oleh yang demikian, kaum Melayu yang masih menggunakan tulisan Jawi semasa itu memang susah faham dan kurang minat terhadap karya-karya penterjemahan itu. Perkara ini juga menjadi penyebab sebilangan besar karya-karya tersebut telah diedarkan secara bersiri di akhbar-akhbar anjuran Cina peranakan tempatan sebelum diterbitkan secara cetakan tersendiri. Hal ini kerana golongan pembaca akhbar-akhbar ini bukan lain tetapi kelompok Baba dan Nyonya itu sendiri. Dalam tempoh dari hujung abad ke-19 sampai separuh pertama abad ke-20, karyawan yang turut menterjemahkan novel-novel China itu kebanyakannya ialah Cina peranakan yang mempunyai latar belakang pendidikan Barat. Walaubagaimanapun, dalam tempoh separuh kedua abad ke-20, kumpulan yang meneruskan kerja penterjemahan itu ialah Cina peranakan yang mempunyai latar belakang pendidikan Cina (Yang, 2001). Karya-karya penterjemahan golongan kedua ini biarpun bukan begitu besar bilangannya, tetapi kategorinya lebih banyak, termasuk karya kanon, legenda, cerita rakyat, puisi kuno dan sebagainya. Selain itu, bahasa yang dipakai dalamnya pun bahasa Melayu yang lebih moden. Antaranya, karya-karya yang telah diterbitkan secara cetakan tersendiri termasuklah Hidup Bagaikan Mimpi (1961), Sha er San Pek Eng Tai (1963), Liang San-Poh dan Chu Ying-Tai (1964), Puisi dan Lirik Tiongkok Klasik (1981), Seni Ketenteraan Sun-zi (1986), Komik Riwayat Tiga Kerajaan (1992), Kitab Klasik Konfucianisme (1994), Kitab Falsafah dan Moral Taoisme (1994), Pilihan Cerita Aneh dari Balai Pustaka Liao Zhai (1994) dan Liang San-Poh dan Chu Ying-Tai (1994). Sesuatu yang harus ditegaskan bahawa pada 1990-an, beberapa karya klasik China yang diterbitkan rasmi adalah diterjemahkan oleh karyawan kaum Melayu, misalnya Dewi Putih (diterjemahkan oleh Rusnah Talib, 1990), Chienniang (diterjemahkan oleh Alauyah Bhd. Rahman, 1990), Men Zi (diterjemahkan oleh Obaidellah Hj. Mohamad, 1994) dan Lun Yu Pembicaraan Confusius (diterjemahkan oleh Obaidellah Hj. Mohamad, 1994). Antara keempat-empat karya tersebut, dua karya dahulu adalah secara tidak langsung diterjemahkan dari versi bahasa Inggeris, manakala dua karya terkemudian adalah secara langsung diterjemahkan dari versi bahasa Cina oleh Encik Obaidellah yang fasih bertutur bahasa Cina. Beliau pernah memegang jawatan sebagai pensyarah bahasa Cina di Jabatan Pengajian Tionghua UM. Karya terjemahan

Su Yingying 94 Encik Obaidellah itu diterbitkan dan diedarkan oleh DBP, penerbit paling tinggi peringkatnya tempatan dan mempunyai pengaruah yang lebih besar di Malaysia. 3. Penyebarluasan Persuratan China dalam Erti Luas Di tempat-tempat perantau Cina berkumpul, pelbagai jenis persatuan kaum Cina telah terbentuk secara beransur-ansur untuk tolong-menolong di kalangan kaum Cina dan memperkuat perpaduannya. Malaysia merupakan negara yang mempunyai persatuanpersatuan kaum Cina yang paling banyak bilangannya di seluruh dunia. Menurut statistik Biro Pendaftaran Persatuan kerajaan tempatan pada Jun 2001, jumlah persatuanpersatuan Cina di Malaysia telah mencapai 7276 buah. Menurut statistik tahun 2013 yang dilaporkan di Xinhuanet, jumlahnya sudah melebihi 9000 buah. Antara yang paling banyak ialah persatuan suku bangsa kawasan masing-masing dan persatuan kaum keluarga yang berasal dari nenek moyang yang sama. Di Malaysia dan Singapura, kebanyakan kegiatan masyarakat Cina adalah diketuai oleh persatuan berkaitan. Menurut tradisi kaum Cina, pembentukan persatuan, pendirian rumah berhala nenek moyang, penubuhan sekolah, atau perasmian kegiatankegiatan amal dan sebagainya, akan secara rasmi dicatatkan dan diukir menjadi batu bersurat sebagai kenangan. Prasasti-prasasti tersebut biasanya ditulis mengikut gaya prosa tradisional Cina dan menunjukkan bakat penulisan dan keindahan bahasanya (Mo, 2001, hlm. 68). Tidak disyaki lagi bahawa prasasti-prasasti tersebut mempunyai nilai penelitian tinggi bagi kajian tentang penyebaran budaya China di Tanah Melayu. Inskripsi-inskripsi yang disampaikan dalam bentuk prakata atau kata susulan itu boleh dianggap sebagai karya-karya sastera klasik China dalam erti luas. Prof. Wolfgang Franke, salah seorang ahli sinologi German yang terkenal, dengan mencurahkan perhatian sepenuhnya telah mengadakan banyak kajian yang memfokuskan batu-batu bersurat kaum Cina di Asia Tenggara sepanjang hidupnya. Beliau telah menghabiskan kerja pengumpulan dan penyusunan sebilangan besar bahanbahan kajian tentang prasasti orang Cina Asia Tenggara. Dalam tempoh 1960-an hingga 1970-an, Prof. Wolfgang pernah dua kali dijemput sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Tionghua UM. Pada masa itu, pakar ini telah banyak mengumpulkan inskripsiinskripsi pada tembaga atau batu zaman kuno di Malaysia dan Singapura. Karyanya Chinese Epigraphy in Malaysia dengan kerjasama dengan Prof. Chen Tieh Fan yang juga dari UM itu telah diterbitkan pada tahun 1978. Buku ini bersama dengan tiga karyanya yang lain yang dalam bahasa Cina, iaitu Koleksi Prasasti Bahasa Cina di Malaysia, Koleksi Prasasti Bahasa Cina di Indonesia, Koleksi Batu Bersurat Orang Cina di Thailand, telah menjadi bahan kajian yang amat berharga bagi generasi terkemudian. Penyebaran OperaTradisional China Bagi kaum Cina yang merantau jauh, kehidupan di tempat orang adalah memang pahit. Ini telah membuat mereka agak merindui kampung halaman dan ahli keluarga mereka. Oleh sebab itu, benda-benda yang membawa sifat-sifat kampung mereka, misalnya bangunan, hiasan, pakaian, tarian, nyanyian, opera sehingga patung dewa-dewi, semuanya telah merupakan unsur-unsur yang tidak dapat dikurangkan dalam kehidupan

95 penghijrahan mereka. Sebaliknya, golongan kaum Cina yang semakin hari semakin besar bilangannya itu telah menyediakan tanah subur untuk kewujudan dan pembangunan kesenian Cina di tempatan. Boleh dikatakan kewujudan dan perkembangan kesenian Cina di Asia Tenggara telah menjadi suatu kepastian apabila masyarakat Cina yang berpengaruh telah terbentuk di negera masing-masing. Antaranya, bentuk kesenian yang disebarkan secara paling meluas, disambut dengan paling hangat, dan mempunyai pengaruh yang paling besar itu adalah opera tradisional China. Semasa perayaanperayaan tradisional Cina atau kegiatan-kegiatan keagamaan dan upacara sembahyang diadakan, kaum Cina tempatan akan menjemput kumpulan teater di kampung halaman China datang ke negaranya untuk mengadakan persembahan, di samping itu, kumpulankumpulan teater tempatan juga dibentuk. Opera-opera tradisional China yang telah disebarkan ke Asia Tenggara termasuk Opera Gaojia (sejenis opera tempatan Hokkien), Opera Kanton, Opera Teo-chew, Opera Hainan, Opera Peking, Sandiwara Taiwan, Opera Puxian (sejenis opera Hokkien yang popular di Putian dan Xianyou), Opera Shifan, Opera Liyuan (sejenis opera tempatan Hokkien), Wayang Golek Cina, Wayang Patung, Wayang Kulit dan sebagainya. Sudah ternyata bahawa opera-opera Hokkien dan Kanton tempatan telah disebarkan paling luas di Asia Tenggara. Hal ini kerana sebahagian besar kaum Cina Asia Tenggara adalah berasal dari kedua-dua provinsi ini, manakala Hokkien dan Guangdong pun mempunyai opera tempatan yang agak banyak jenisnya. Sebelum Perang Dunia Kedua, opera-opera tradisional China berpengaruh besar dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia dan Singapura, antaranya opera Hokkien, opera Kanton dan opera Teo-chew merupakan yang paling popular dalam kalangan masyarakat Cina tempatan. Hal ini kerana kalau dibandingkan dengan novel-novel klasik, opera tentu mempunyai sifat hiburan yang lebih menonjol dan lebih senang diterima oleh rakyat jelata, terutamanya bagi golongan buta huruf. Menurut analisis sarjana Huang Lian Zhi, tema-tema bagi lakonan tradisional opera-opera yang pernah disembahkan di Tanah Melayu itu terdiri daripada empat kategori. Yang pertama, jasa besar dan pencapaian yang gilang-gemilang raja atau pembesar; yang kedua, cerita romantik dan kisah cinta antara pemuda berbakat dan gadis rupawan; yang ketiga, kisah dewa-dewi dan cerita hantu; yang keempat, kisah pelancaran ekspedisi atau peperangan (Huang, 1971, hlm. 122-123). Antara opera-opera tradisional China, opera yang paling banyak dipersembahkan di Singapura dan Malaysia itu adalah salah satu opera Hokkien tempatan, iaitu Opera Gaojia. Dalam tempoh 1902 hingga 1942, sebanyak lebih sepuluah kumpulan opera Gaojia yang datang dari Hokkien itu telah berturut-turut mengadakan pertunjukan di sekeliling Malaysia dan Singapura, hampir tidak terputus (Liang, 2007, hlm. 140). Selain Opera Gaojia, Wayang Patung yang popular di Hokkien dan Guangdong juga banyak dipertunjukkan di Malaysia dan Singapura. Menurut catatan sejarah, kumpulan wayang patung yang berasal dari Quanzhou, Hokkien dan diketuai oleh Cai Qing Yuan itu pernah banyak kali mengadakan persembahan di Singapura dan Filipina dalam tempoh 1908 hingga 1914. Di samping itu, kumpulan wayang patung yang berasal dari Guangdong yang diketuai oleh Zheng Shoushan itu pun banyak kali mengadakan

Su Yingying 96 persembahan berkeliling di Singapura dan Filipina dalam tempoh 1916 hingga 1922 (Ding, 1991, hlm. 122). Opera Kanton merupakan opera yang paling besar di Provinsi Guangdong, China. Bentuk kesenian ini telah wujud sejak awal Dinasti Ming dan telah mempunyai sejarah selama lebih 300 tahun sampai hari ini. Opera Kanton mula popular di Asia Tenggara sejak pertengahan abad ke-19. Pada awal abad ke-20, terdapat sebilangan besar kumpulan opera Kanton mengadakan pertunjunkan di Asia Tenggara. Tempoh tahun 1921 hingga 1941 ialah masa kegemilangan opera Kanton di Malaysia. Ramai pelakon China yang terkemuka opera ini berturut-turut membuat persembahan di Malaysia pada tempoh itu. Dalam tempoh dua abad kebelakangan ini, opera-opera tradisional China telah banyak dipersembahkan di Malaysia dan Singapura. Dengan pengaruh daripadanya, banyak kumpulan persembahan opera, misalnya kumpulan opera Hokkien, opera Kanton dan opera Hainan telah masing-masing ditubuhkan dalam masyarakat Cina tempatan. Corak kesenian yang dibawa dari negara China dapat dikekalkan di samping bergabung dengan unsur-unsur tempatan dan terus diperkembangkan sehingga menjadi salah sebahagian dalam kebudayaan Cina tempatan. Kesimpulan Mengalami angin dan hujan, masa seratus tahun telah berlalu dengan cara tersendiri. Sepanjang abad ke-20, selaras dengan kedatangan perantau China secara besar-besaran, kebudayaan tradisional China disebarkan ke Tanah Melayu dan terus berakar dan berkembang. Dari Malaya ke Malaysia, kebudayaan China klasik telah dikekalkan dan diwariskan melalui empat saluran utama, iaitu penerbitan akhbar dan majalah bahasa Cina, pembentukan sistem pendidikan bahasa Cina, perkenalan dan penterjemahan karya-karya klasik bahasa Cina serta penyebaran opera tradisional China. Selain itu, bentuk-bentuk kesenian dan budaya klasik China yang lain, misalnya lukisan, kaligrafi, muzik tradisional, tarian, nyanyi balada malahan kongfu (silat China) pun disebarkan dan dimajukan di Malaysia dan Singapura. Dalam proses pewarisan dan pembangunan budaya China di Tanah Melayu, banyak kejadian bererti bersejarah serta ramai tokoh yang berjasa lagi bersumbangan akan diukir dalam hati generasi terkemudian dan menjadi kenangan kekal abadi. Dipercayai bahawa selaras dengan pembangunan membanggakan persahabatan antara negara China dengan Malaysia pada abad ke-21, tamadun China moden dengan tamadun Melayu moden akan bertemu, berinteraksi sehingga berkembang maju bersama-sama pada masa nanti.

97 Buku Rujukan: Cheng, M. L. 程曼丽 (2001). 关于海外华文传媒的战略性思考 [Berkaitan Pemikiran Strategik terhadap Media Massa Bahasa China Seberang Laut]. 国际新闻界 [Kalangan Akhbar Antarabangsa], Vol. III, hlm. 25-30. Chen, Y. B. 陈友冰 (15hb. Feb. 2011). 汉文化在新加坡流播的历史进程及相关特征 [Proses Bersejarah Penyebaran Budaya China di Singapura serta Ciri-cirinya]. Rujukan daripada http://www.guoxue.com/?p=2970 Ding, Y. Z. 王言昭 (1991). 中国木偶史 [Sejarah Wayang Patung China]. Shanghai: Penerbit Xue Lin. Huang, H. M. 黄慧敏 (2003). 新马峇峇文学的研究 [Kajian tentang Persuratan Baba di Singapura dan Malaysia](Tesis Sarjana). Taipei: Universiti Politik Kebangsaan Taiwan. Huang, L. Z. 黄连枝 (1971). 马华社会史导论 [Pengenalan Sejarah Masyarakat Cina Malaysia]. Singapura: Syarikat Perusahaan Kebudayaan Wanli. Liang, H. 梁虹 (2007). 论南洋四国的中国艺术 [Penelitian tentang Kesenian China di Empat Negara di Asia Tenggara](Tesis Sarjana). Fuzhou: Universiti Perguruan Fujian. Lin, Y. H. 林远辉 (1983). 马来亚独立前的华侨学校 [Sekolah Perantau China sebelum Kemerdekaan Tanah Melayu]. Dalam 华侨史论文集 (3)[Kumpulan Kertas Kerja Sejarah Perantau China III]. Guangzhou: Institut Penyelidikan Perantau Universiti Jinan. Mo, J. L. 莫嘉丽 (2001). 中国传统文学在新马的传播 兼论土生华人的作用 [Kajian tentang Penyebaran Sastera Tradisional China di Singapura dan Malaysia sambil Membincangkan Peranan yang Dimainkan oleh Cina Peranakan]. 华侨华人历史研究 [Penyelidikan Sejarah Perantau China dan Keturunan Cina], Vol. III, hlm. 65-74 Soo, K. W. 苏庆华 (2001). 马大中文系教职员的学术研究概述 [Pengenalan Umum tentang Penelitian Ilmiah Tenaga Akademik dan Staf-staf di Jabatan Pengajian Tionghua Universiti Malaya]. Dalam Wang, R. H. & Yang, S. N. (peny.) 载王润华 杨松年 ( 主编 ), 新马汉学研究 : 国大马大中文系研究状况探讨研讨会论文集 [Kajian Ilmu Sinologi di Singapura dan Malaysia: Kumpulan Kertas Kerja Seminar Perbincangan Situasi Kajian Jabatan Pengajian China di Universiti Kebangsaan Singapura dan Univerisiti Malaya]. Singapura: Universiti Kebangsaan Singapura, hlm. 155-165. Yang, Q. Y. 杨贵谊 (2001). 马来语文中的华文文学翻译作品 [Karya-Karya Penterjemahan Sastera Cina Dalam Bahasa Melayu]. 人文杂志 [Majalah Kemanusiaan], Vol. VII, hlm. 14-25. 马来西亚华人社团近 9000 个 1/3 处于 冬眠状态 [Jumlah Bilangan Persatuan Kaum Cina Di Malaysia Lebih 9000 Buah, Satu Pertiga Antaranya Berada Situasi Hibernasi]. (3hb. Julai, 2013). Rujukan daripada http://news.xinhuanet.com/overseas/2013-07/03/c_116386735.htm