Similar documents
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

KSSR BAHASA CINA TAHUN 1

PowerPoint Presentation

BAB SATU

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

PowerPoint Presentation

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

Penghargaan

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc


turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Penghargaan

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

SaverBrochure_F 07.ai

Tajuk

Penghargaan

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

华小董事觉醒运动缘起

四年级第二 次月考范围

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

CONTOH PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH

BookCatalog FINAL

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

MANUAL PROSEDUR KERJA KOKURIKULUM LATAR BELAKANG Kokurikulum merupakan salah satu aktiviti gerak kerja yang boleh meningkatkan interaksi dan intergras

Wawasan Penabur

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

各位记者先生,小姐

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

一月 JANUARI

三年级音乐世界全年计划

BAB 5

Microsoft Word - Apendix alla.doc

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

JAWATANKUASA PENERBITAN KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP AMB. JANUARI 2008 (BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IP

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH (PBS) NAIB PN. LIANG FEI SHIN PN. LEE CHAI YENG (TAHAP 1) CIK TUEH SHE PING (TAHAPN 2) KPBM: PEMENTORAN KPBI

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

1

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

UCAMHALAL 中心是通过与 PEHMA 机构合作于 2014 年开发的 JAKIM 主动发展专业发展愿景 (HPB), 以满足政府希望在马来西亚和国际层面需要 60,000 名清真高管的愿望 HPB JAKIM 已经任命并认证了 7 所 IPTA 和 3 所 IPTS, 其中包括被委托在马来西

ISM Circular: 20 –2005

BAB SATU

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

二零零九年坚柏华小行政历

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

Kertas 1

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

四年级第二 次月考范围

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

ISI KANDUNGAN (1) Pendahuluan 1 (2) Pandangan Dan Cadangan 1 (i) Menggubal sistem pembinaan sekolah komuniti bagi setiap 1 aliran sekolah (ii) Meranca

PowerPoint Presentation

各 部 门 工 作 总 结 报 告 19

Dear Parents,

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format Of English Language Paper (Sa2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总

BAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi, pemeliharaan, dan

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

Penghargaan

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL English Language Paper (SA) Primary 6 Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing Paper Writin

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

AXA-Wealth Edu Brochure (2015)

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format of English Language Paper (SA1) Primary 6 Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

FEBRUARY 0 4 Program Anti Dadah / 反毒运动周 0 Ping Pong TKB MSSPP Zon Jelutong Hari Thaipusam 大宝森节 Serah Soalan PKSR Tahun () 呈交六年级归纳评审 () 试卷 4 Serah Soal

28 EN-PRUlink golden managed 01

Dear Parents,

Microsoft Word - PDPA2010.doc

社團改組資料

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format of English Language Paper (SA2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL English Language Paper (SA1) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1 Paper 1 W


Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

AXA-AFFIN Maximiser-Brochure(Mar2018)

I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model I am my business s guardian I am my staff s employer Many people depend on

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

周序 日期 预办之事项 PROGRAM / AKTIVITI YANG DIJADUALKAN 负责老师 27/02 照常上课 Pembelajaran seperti biasa Semua Guru 28/02 照常上课 Pembelajaran seperti biasa Semua Guru

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

3. mengesan yg tdk memuaskan yg blh menjejaskn pencapaian akademik di samping mengembangkn peribadi n sosial serta memberi Bimbingan

ZC501N_UM_FrontPg

01 SOCIAL MARKETER UPDATES APRIL 2016 SOCIAL MARKETER UPDATES APRIL BETTER PRODUCTS THE PRODUCTS YOU'RE PUTTING ON YOUR SKIN, INTO YOUR BODY

巴东色海尚正学校2006年度行政历

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

6 16/2 Isnin 周会 Perhimpunan 呈交评审一试卷 Penyerahan kertas soalan Ujian 1 17/2 Selasa 新春团拜 Perayaan Tahun Baru Cina 18/2 Rabu 农历新年除夕特假 ** Cuti Peristiwa Ta

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL English Language Paper (SA2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1 Paper 1 W

Transcription:

Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Semakan 2017 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia APRIL 2016

Terbitan 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

KANDUNGAN Rukun Negara... Falsafah Pendidikan Kebangsaan... Definisi Kurikulum Kebangsaan...... Kata Pengantar... ix x xi xii Pendahuluan... 1 Matlamat... 2 Objektif... 2 Kerangka Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan... 3 Fokus... 5 Kemahiran Abad Ke-21... 5 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi... 7 Persekitaran Pembelajaran... 8 Perancangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran... 9 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran... 9 Pelibatan Ibu Bapa... 14 Murid Berkeperluan Khas... 14 v

Elemen Merentas Kurikulum... 15 Pentaksiran Sekolah... 18 Organisasi Kandungan... 20 Peruntukan Waktu Minimum... 21 Peruntukan Waktu P&P... 22 Tunjang Komunikasi... 25 Bahasa Melayu... 27 English Language... 37 Bahasa Cina... 45 Bahasa Tamil... 53 Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai... 61 Pendidikan Islam... 63 Pendidikan Moral... 71 Tunjang Keterampilan Diri... 79 Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika... 87 Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan... 89 Kreativiti dan Estetika...... 98 vi

Tunjang Sains dan Teknologi... 105 Sains Awal... 107 Matematik Awal... 114 Tunjang Kemanusiaan... 125 Standard Prestasi... 133 Tafsiran Umum...... 134 Tunjang Komunikasi...... 135 Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai... 141 Tunjang Keterampilan Diri... 147 Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika... 150 Tunjang Sains dan Teknologi... 154 Tunjang Kemanusiaan... 160 Panel Penggubal... 162 Turut Menyumbang... 166 Penghargaan... 168 vii

viii

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN ix

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) x

DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN 3. Kurikulum Kebangsaan (1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97] xi

KATA PENGANTAR Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dilaksanakan pada tahun 2010 telah disemak semula bagi memenuhi tuntutan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan keperluan semasa. Penyemakan ini dilakukan bagi memastikan kualiti kurikulum yang dilaksanakan di prasekolah setanding dengan standard antarabangsa. Kurikulum berasaskan standard yang diterjemahkan dalam KSPK 2017 mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Pentaksiran. Dokumen kurikulum ini dinamakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). DSKP yang dihasilkan telah menyepadukan enam tunjang dalam kerangka KSPK 2017 iaitu Tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri. KSPK 2017 mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21 termasuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Usaha memasukkan Standard Pentaksiran dalam dokumen kurikulum telah mengubah landskap sejarah sejak Kurikulum Kebangsaan dilaksanakan di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan. Menerusi Standard Pentaksiran, murid dapat ditaksir secara berterusan untuk mengenal pasti tahap penguasaannya dalam sesuatu ilmu, kemahiran dan nilai, serta membolehkan guru membuat tindakan susulan bagi mempertingkat pencapaian murid. Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penggubalan KSPK 2017. Semoga pelaksanaan KSPK 2017 mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan. Dr. SARIAH BINTI ABD. JALIL Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum xii

KSPK PENDAHULUAN Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia pendidikan. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan dapat membekalkan murid dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif untuk pembelajaran yang seterusnya. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) adalah wadah utama yang menjadi panduan guru dalam mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan prasekolah bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. KSPK digubal berdasarkan prinsip amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak dan teori pembelajaran kanakkanak. Kandungan KSPK adalah berasaskan enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri. Antara perkara yang diberi penekanan dalam pengubalan KSPK ialah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dinyatakan secara eksplisit dalam penulisan Standard Pembelajaran. Guru perlu menterjemah Standard Pembelajaran dalam P&P di bilik darjah dengan penekanan kepada KBAT. Perincian dalam dokumen ini diharap dapat membantu guru merancang dan melaksanakan P&P secara berkesan. Aktiviti yang dirancang perlu memberi pengalaman yang menyuburkan dan menyeronokkan, melibatkan murid secara aktif serta selamat. Guru digalak menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun, mengolah dan mempelbagai aktiviti berpandukan Standard Pembelajaran mengikut kesesuaian murid. Adalah diharapkan guru akan menghayati dan melaksanakan kehendak-kehendak sebagaimana yang terkandung dalam kurikulum ini agar matlamat dan objektif yang telah ditetapkan akan tercapai. Kandungan yang dipelajari di peringkat prasekolah pada asasnya merupakan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan murid sebagai persediaan untuk mengikuti pendidikan di peringkat sekolah rendah kelak. 1

KSPK MATLAMAT OBJEKTIF Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bertujuan memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid untuk mencapai objektif seperti yang berikut: 1. Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan. 2. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam. 3. Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. 4. Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia. 5. Menyayangi dan menghargai alam sekitar. 6. Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri. 7. Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga keselamatan diri. 8. Mengembangkan daya kreatif dan estetika. 9. Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. 2

KSPK KERANGKA KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif sebagaimana yang digambarkan dalam Rajah 1. Rajah 1: Kerangka Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 3

Tunjang Komunikasi Tunjang Komunikasi menekankan kepada kemahiran berbahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini mengandungi disiplin ilmu bahasa yang wajib dipelajari oleh semua murid prasekolah iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bagi murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil, mereka wajib mempelajari Bahasa Cina/Bahasa Tamil. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi keutamaan kepada aspek penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Tunjang ini mengandungi disiplin ilmu Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama Islam. Tunjang Kemanusiaan Tunjang Kemanusiaan menekankan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Tunjang Keterampilan Diri Tunjang Keterampilan Diri memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi dan pembinaan kemahiran berinteraksi serta kemahiran sosial dalam kalangan murid. Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum juga ditekankan dalam Tunjang ini. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika menekankan perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri serta pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi terhadap karya seni dalam kalangan murid. Tunjang ini melibatkan komponen Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan; serta Kreativiti dan Estetika. Tunjang Sains dan Teknologi Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik; serta pengetahuan dan kemahiran matematik. Disiplin ilmu yang terkandung dalam tunjang ini ialah Sains Awal dan Matematik Awal. 4

FOKUS KEMAHIRAN ABAD KE- 21 Kurikulum Prasekolah berfokus untuk melahirkan murid yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dan bersosialisasi dengan yakin. Di samping itu, kurikulum ini menghasratkan murid yang mampu menghadapi cabaran, menyelesaikan masalah, berkeinginan untuk belajar dan bersedia untuk pembelajaran seterusnya. Satu daripada hasrat KSPK adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran abad ke-21 dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran abad ke-21 bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil murid seperti dalam Jadual 1 supaya berupaya bersaing di peringkat global. Penguasaan SK dan SP dalam kurikulum prasekolah menyumbang kepada pemerolehan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan murid. Jadual 1: Profil Murid PROFIL MURID PENERANGAN Berdaya Tahan Mereka mampu menghadapi dan mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dengan kebijaksanaan, keyakinan, toleransi dan empati. Mahir Berkomunikasi Mereka menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan bertulis, menggunakan pelbagai media dan teknologi. 5

PROFIL MURID PENERANGAN PROFIL MURID PENERANGAN Pemikir Kerja Sepasukan Mereka berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif; mampu untuk menangani masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika. Mereka berfikir tentang pembelajaran dan diri mereka sebagai murid. Mereka menjana soalan dan bersifat terbuka kepada perspektif, nilai dan tradisi individu dan masyarakat lain. Mereka berkeyakinan dan kreatif dalam menangani bidang pembelajaran yang baru. Mereka boleh bekerjasama secara berkesan dan harmoni dengan orang lain. Mereka mengalas tanggungjawab bersama serta menghormati dan menghargai sumbangan yang diberikan oleh setiap ahli pasukan. Mereka memperoleh kemahiran interpersonal melalui aktiviti kolaboratif, dan ini menjadikan mereka pemimpin dan ahli pasukan yang lebih baik. Berprinsip Mereka berintegriti dan jujur, kesamarataan, adil dan menghormati maruah individu, kumpulan dan komuniti. Mereka bertanggungjawab atas tindakan, akibat tindakan serta keputusan mereka. Bermaklumat Penyayang/ Prihatin Mereka mendapatkan pengetahuan dan membentuk pemahaman yang luas dan seimbang merentasi pelbagai disiplin pengetahuan. Mereka meneroka pengetahuan dengan cekap dan berkesan dalam konteks isu tempatan dan global. Mereka memahami isu-isu etika/undangundang berkaitan maklumat yang diperoleh. Mereka menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa hormat terhadap keperluan dan perasaan orang lain. Mereka komited untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan kelestarian alam sekitar. Bersifat Tahu Ingin Mereka membangunkan rasa ingin tahu semula jadi untuk meneroka strategi dan idea baru. Mereka mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan inkuiri dan penyelidikan, serta menunjukkan sifat berdikari dalam pembelajaran. Mereka menikmati pengalaman pembelajaran sepanjang hayat secara berterusan. Patriotik Mereka mempamerkan kasih sayang, sokongan dan rasa hormat terhadap negara. 6

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan dalam kurikulum secara eksplisit supaya guru dapat menterjemahkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid. Penerangan KBAT adalah berfokus kepada empat tahap pemikiran seperti Jadual 2. Jadual 2: Tahap pemikiran dalam KBAT TAHAP PEMIKIRAN Mengaplikasi Menganalisis PENERANGAN Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir. Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman. Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional. Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan berfokus untuk menyelesaikan masalah. Menilai Mencipta Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran dan peta minda serta penyoalan aras tinggi untuk menggalakkan murid berfikir. 7

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN Persekitaran pembelajaran merujuk kepada suasana dan keadaan fizikal tempat di mana murid belajar dan guru mengajar. Ia merupakan salah satu elemen penting dalam pendidikan prasekolah dan perlu dirancang supaya persekitaran pembelajaran yang interaktif dan kondusif dapat diwujudkan. Persekitaran pembelajaran yang baik dapat menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yang terjamin, perhubungan guru-murid yang aktif dan menjamin keseronokan untuk murid belajar Keselamatan dan kesihatan Ruang, perabot, peralatan dan bahan yang bersih dan selamat untuk digunakan. Pencahayaan dan pengudaraan yang sesuai. Persekitaran semula jadi yang selamat dan merangsang pembelajaran. Susun atur Susun atur kelas mudah diubah mengikut perancangan P&P dari semasa ke semasa. Susun atur perabot dan peralatan yang sesuai memberi ruang yang mencukupi untuk murid menjalankan aktiviti dan bergerak bebas. Peralatan dan bahan yang disediakan diatur dengan kemas dan senang diakses oleh murid. Peralatan dan bahan ini diganti-gantikan untuk mengekalkan minat murid dan mencapai objektif pembelajaran. Hasil kerja murid perlu diberi keutamaan sebagai bahan pameran. Pameran hasil kerja murid bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan tetapi juga dapat menggalakkan mereka untuk menghasilkan lebih banyak karya. Ruang pembelajaran Mewujudkan ruang pembelajaran dan menggunakannya secara optimum. Kelengkapan pusat pembelajaran mudah diakses, sesuai, mencukupi dan sentiasa dikemaskini berdasarkan berkeperluan P&P. Menyediakan pusat pembelajaran yang menggalakkan main secara kolaboratif dan juga individu. Melibatkan murid dalam mereka bentuk pusat pembelajaran. 8

PERANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Perancangan jangka masa panjang dan pendek bagi aktiviti P&P perlu dibuat berdasarkan keperluan kurikulum. 2. Perancangan jadual waktu berdasarkan perkembangan murid dan pelaksanaannya adalah fleksibel. 3. Perancangan aktiviti P&P hendaklah mengambil kira perkara berikut: Kebolehan dan aras perkembangan kognitif murid. Memberi peluang kepada murid untuk membuat pilihan semasa menjalankan aktiviti. Memberi peluang dan masa yang mencukupi kepada murid untuk menjalankan aktiviti penerokaan. Menggunakan bahan maujud dalam P&P bagi membantu murid menguasai konsep dan pengetahuan. Aktiviti P&P perlu pelbagai dan seimbang supaya pembelajaran murid lebih berkesan dan bermakna seperti: aktiviti dalam dan luar; aktiviti aktif dan pasif; aktiviti individu, kumpulan dan kelas; serta aktiviti berasaskan inisiatif murid dan aktiviti yang dirancang oleh guru. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Dalam proses P&P, tidak ada satu kaedah dan strategi yang khusus dan terbaik untuk diaplikasikan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian murid. Guru perlu bijak menggunakan pelbagai strategi P&P yang sesuai dengan tahap perkembangan, keperluan, kebolehan, bakat dan minat murid supaya pembelajaran berkesan dan lebih bermakna. Terdapat pelbagai strategi P&P yang boleh digunakan oleh guru antaranya ialah: Pembelajaran Berpusatkan Murid Pembelajaran berpusatkan murid bermaksud penglibatan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti pembelajaran dan mereka diberi tanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri. Di bawah pembelajaran berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran kerana pembelajaran digerakkan atas minat, dorongan dan keperluan murid. Murid juga diberi kebebasan untuk memilih jenis aktiviti, bahan dan masa semasa pembelajaran. Guru merupakan pemudahcara atau pembimbing yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran. 9

Belajar Melalui Bermain Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang bebas, selamat, mengembirakan dan bermakna. Pendekatan ini diberi penekanan dalam pendidikan prasekolah kerana bermain merupakan fitrah atau tingkahlaku semulajadi kanak-kanak. Melalui proses bermain mereka akan membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan pengalaman secara langsung dan semulajadi. Melalui pendekatan ini, aspek perkembangan fizikal, sosial emosi, kognitif dan bahasa serta potensi kanak-kanak dapat ditingkatkan ke tahap yang maksimum. Pembelajaran Berasaskan Inkuiri P&P berasaskan Inkuiri merupakan satu pendekatan di mana murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiri melalui penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada. Pelaksanaan pendekatan ini adalah melalui pelbagai pendekatan seperti pembelajaran berasaskan projek, penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif bagi melahirkan murid yang berilmu dan berkemahiran berfikir aras tinggi. Proses P&P Inkuiri berfokus kepda learning by doing yang melibatkan murid melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baharu. Secara umumnya, Inkuiri mementingkan mengapa dan bagaimana berbanding dengan apa terhadap sesuatu perkara atau kejadian. Selain daripada itu, Inkuiri dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif serta menggalakkan pembelajaran kendiri. Inkuiri juga dapat menimbulkan rasa ingin tahu dan menggalakkan murid untuk bertanya. Dalam masa yang sama murid akan membuat refleksi sepanjang proses pembelajaran. Pendekatan Bersepadu Pendekatan bersepadu adalah pendekatan yang menggabungjalin dua atau lebih kemahiran yang perlu dikuasai murid dalam satu masa. Pendekatan ini akan dapat membantu murid untuk memahami hakikat kehidupan sebenar. Dalam kehidupan sebenar sesuatu itu saling berkaitan antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah-pisah. Selain daripada itu, guru hendaklah menggunakan pengalaman seharian murid dalam proses P&P. Pembelajaran dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu dan tidak memisahkan pembelajaran kepada disiplin ilmu yang 10

berbeza-beza. Selain daripada kesepaduan antara disiplin ilmu, pendekatan ini juga melibatkan kesepaduan antara beberapa kemahiran, kemahiran dan nilai, kesepaduan antara tunjang, kesepaduan antara aktiviti serta pelbagai kaedah dan teknik. Pembelajaran melalui pendekatan bersepadu dapat memenuhi keperluan murid yang berbeza-beza dari segi perkembangan, minat dan kebolehan serta perbezaan dari segi latar belakang. Pendekatan Bertema Pendekatan bertema adalah pengurusan kurikulum dan pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat, latar belakang dan tahap perkembangan murid. Pendekatan pengajaran bertema melibatkan perkara-perkara berikut: Penggunaan satu tema umum merentasi bidang pembelajaran. Pemilihan tema berdasarkan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau peristiwa semasa. Saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru yang diperoleh secara tersusun dan sistematik Peluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran. Pemeringkatan daripada yang mudah kepada yang sukar dan umum kepada yang lebih spesifik. Pembelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran berasaskan projek adalah proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara terancang dalam jangka masa yang tertentu. Kaedah pengajaran ini menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Proses pembelajaran ini juga biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul. Antara ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek ialah: Kaedah ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap. Interaksi guru dengan murid adalah berbentuk bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses (guru sebagai fasilitator) Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil serta refleksi kendiri. 11

Kaedah pembelajaran ini berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid. Berorientasikan dunia sebenar. Pembelajaran Masteri Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan untuk memastikan semua murid menguasai objektif pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu pembelajaran sebelum berpindah ke pembelajaran seterusnya. Dengan kata lain, pendekatan ini berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri, murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid untuk belajar mengikut keupayaannya, tindakan pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada proses P&P. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta proses P&P yang berkualiti. Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baharu dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Guru digalakkan memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecerdasan Teori Kecerdasan Pelbagai merupakan satu teori yang penting kerana teori ini mempunyai hubungkait yang rapat dengan bidang pendidikan. Setiap murid mempunyai pelbagai 12

kecerdasan dan cara murid berfikir, bertindak dan belajar adalah berlainan berbanding dengan murid yang lain. Terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan pelbagai antaranya ialah: kecerdasan verbal-linguistik: kebolehan menggunakan katakata secara berkesan dalam bentuk lisan dan penulisan. kecerdasan logikal-matematik: kebolehan menggunakan nombor secara berkesan, mempunyai keupayaan logik, menaakul dan bijak berhujah kecerdasan visual-ruang: kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan kecerdasan kinestetik: kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah kecerdasan muzik: kebolehan mengesan irama dan lagu kecerdasan interpersonal: kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain kecerdasan intrapersonal: kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak kecerdasan naturalis: kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan, galian dan binatang termasuk rumput dan batu-batuan serta pelbagai flora dan fauna. Setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza, dengan adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai, potensi kecerdasan, minat dan kecenderungan murid dapat dikembangkan ke tahap optimum. 13

PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI SETEMPAT 1. Penerangan tentang kurikulum prasekolah dan pelaksanaannya kepada ibu bapa/penjaga perlu diadakan bagi mewujudkan kesedaran tentang pendidikan prasekolah dan kerjasama untuk memastikan P&P dapat dilaksanakan dengan lancar serta berkesan. 2. Perkongsian maklumat antara guru dengan ibu bapa/penjaga untuk membantu pembelajaran murid dan memastikan kesinambungan P&P dari sekolah ke rumah dan sebaliknya. 3. Hubungan yang baik antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga dan komuniti setempat membantu memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna dan memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid. MURID BERKEPERLUAN KHAS 1. Guru perlu merancang strategi untuk menangani masalah pembelajaran bagi murid berkeperluan khas dengan mengenal pasti dan mengambil tindakan susulan. Antara tindakan yang boleh diambil adalah seperti berikut: Mengenal pasti tahap dan perbezaan pembelajaran murid supaya perancangan P&P dapat dibuat untuk memenuhi keperluan mereka. Menyediakan portfolio untuk mengumpul hasil kerja dan merekod perkembangan dan pembelajaran murid. Mempelbagaikan kandungan dan aktiviti pembelajaran supaya P&P berkesan. Mengubah suai alat bantu belajar berdasarkan keperluan murid. 2. Guru boleh menggunakan Instrumen Menentukan Penempatan Murid Berkeperluan Khas (IMPaK) (4-6 Tahun) untuk mengesan murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Instrumen ini merupakan satu alat untuk mengesan murid yang berkebarangkalian mempunyai ciriciri berkeperluan khas. Guru perlu berbincang dengan ibu bapa/penjaga jika didapati murid berkemungkinan mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas. Instrumen ini perlu 14

dibawa bersama ketika berjumpa pengamal perubatan sebagai bahan rujukan untuk pengesahan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen-elemen di dalam EMK adalah seperti berikut: 1. Bahasa Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu dititikberatkan dalam semua mata pelajaran. Semasa P&P bagi setiap mata pelajaran, aspek sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan. 2. Kelestarian Alam Sekitar Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui P&P semua mata pelajaran. 15

Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar dalam membentuk etika murid untuk menghargai alam. 3. Nilai Murni Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya murid sedar akan kepentingan dan mengamalkannya. Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam kehidupan harian. 4. Sains Dan Teknologi Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat meningkatkan literasi sains serta teknologi dalam kalangan murid. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan. Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam P&P merangkumi empat perkara iaitu: o Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep yang berkaitan dengan sains dan teknologi); o Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran manipulatif tertentu); o Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, keselamatan); dan o Penggunaan teknologi dalam aktiviti P&P. 5. Patriotisme Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat. Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia. 6. Kreativiti Dan Inovasi Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan idea yang ada. Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah suaian, membaiki dan mempraktikkan idea. 16

Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk memastikan pembangunan modal insan yang mampu menghadapi cabaran Abad 21. Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam P&P. 7. Keusahawanan Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam P&P melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran. 8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi Penerapan elemen TMK dalam P&P memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari. Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi kreatif malah menjadikan P&P lebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan kualiti pembelajaran. TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar dan sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran. 9. Kelestarian Global Elemen Kelestarian Global bermatlamat melahirkan murid berdaya fikir lestari yang bersikap responsif terhadap persekitaran dalam kehidupan harian dengan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi melalui elemen Penggunaan dan Pengeluaran Lestari, Kewarganegaraan Global dan Perpaduan. Elemen Kelestarian Global penting dalam menyediakan murid bagi menghadapi cabaran dan isu semasa di peringkat tempatan, Negara dan global. Elemen ini diajar secara langsung dan secara sisipan dalam mata pelajaran yang berkaitan. 10. Pendidikan Kewangan Penerapan elemen Pendidikan Kewangan bertujuan membentuk generasi masa hadapan yang berkeupayaan 17

membuat keputusan kewangan yang bijak, mengamalkan pengurusan kewangan yang beretika serta berkemahiran menguruskan hal ehwal kewangan secara bertanggungjawab. Elemen Pendidikan Kewangan boleh diterapkan dalam P&P secara langsung ataupun secara sisipan. Penerapan secara langsung adalah melalui tajuk-tajuk seperti Wang yang mengandungi elemen kewangan secara eksplisit seperti pengiraan faedah mudah dan faedah kompoun. Penerapan secara sisipan pula diintegrasikan melalui tajuk-tajuk lain merentas kurikulum. Pendedahan kepada pengurusan kewangan dalam kehidupan sebenar adalah penting bagi menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dapat diaplikasikan secara berkesan dan bermakna. PENTAKSIRAN SEKOLAH Pentaksiran Sekolah (PS) adalah sebahagian daripada pendekatan pentaksiran yang merupakan satu proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid yang dirancang, dilaksana dan dilapor oleh guru yang berkenaan. Proses ini berlaku berterusan sama ada secara formal dan tidak formal supaya guru dapat menentukan tahap penguasaan sebenar murid. PS perlu dilaksanakan secara holistik berdasarkan prinsip inklusif, autentik dan setempat (localised). Maklumat yang diperoleh dari PS akan digunakan oleh pentadbir, guru, ibu bapa dan murid dalam merancang tindakan susulan ke arah peningkatan perkembangan pembelajaran murid. PS boleh dilaksanakan oleh guru secara formatif dan sumatif. Pentaksiran secara formatif dilaksanakan seiring dengan proses P&P, manakala pentaksiran secara sumatif dilaksanakan pada akhir suatu unit pembelajaran, penggal, semester atau tahun. Dalam melaksanakan PS, guru perlu merancang, membina item, mentadbir, memeriksa, merekod dan melapor tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran yang diajar berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). 18

Pentaksiran di prasekolah adalah satu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan dan pembelajaran murid. Ia merupakan perkara asas dan penting dalam proses P&P yang dijalankan secara berterusan. 6. Membantu guru merancang tindakan susulan yang berkesan untuk: Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum. Membantu pembelajaran murid. Memperbaiki pengajaran guru. Tujuan pentaksiran prasekolah adalah seperti berikut: 1. Mengesan pertumbuhan dan perkembangan murid bersesuaian dengan peringkat umur. 2. Mengenal pasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan secara menyeluruh. 3. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. 4. Memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa/penjaga dan pentadbir sekolah tentang perkembangan dan pembelajaran murid dalam semua aspek yang terkandung dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. 5. Mengesan keberkesanan pengajaran guru serta peluang pembelajaran dan persekitaran yang disediakan. Prinsip Pelaksanaan Pentaksiran Prasekolah 1. Pentaksiran dijalankan merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. 2. Pentaksiran dilaksanakan selari dengan tujuan yang telah ditetapkan. 3. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan sepanjang tempoh persekolahan. 4. Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih; sesuai dengan perkembangan murid; dan berasaskan kaedah saintifik. Pentaksiran berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara murid. Kaedah pentaksiran adalah pemerhatian secara berterusan dan penilaian hasil kerja murid. Ujian atau peperiksaan formal tidak harus dilaksanakan. 19

Data yang dikumpulkan perlu dianalisis supaya pelaporan yang dibuat adalah sah dan sahih. Dokumentasi pentaksiran perlu dilaksanakan secara sistematik. Contoh rekod pentaksiran adalah seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod berterusan, persampelan masa dan persampelan peristiwa. 5. Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika dan mengambil kira hak asasi kanak-kanak. ORGANISASI KANDUNGAN Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberi penekanan kepada tiga bahagian utama iaitu Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi. STANDARD KANDUNGAN Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. STANDARD PEMBELAJARAN Suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. STANDARD PRESTASI Suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid. Rajah 2: Organisasi DSKP 20

Peruntukan Waktu Minimum Peruntukan waktu minimum pendidikan prasekolah hendaklah dipatuhi sebagaimana berikut: 1. Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya empat jam sehari (termasuk masa rehat), iaitu, sejumlah 20 jam satu minggu. untuk kanak-kanak yang berumur 5+. 2. Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya tiga setengah jam sehari (termasuk masa rehat), iaitu, sejumlah 17½ jam satu minggu untuk kanak-kanak yang berumur 4+. 3. Bahasa Melayu hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 600 minit seminggu di kelas prasekolah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 4. Bahasa Melayu hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 400 minit seminggu di kelas prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 5. Bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 600 minit seminggu di kelas prasekolah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 6. Bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 400 minit seminggu di kelas prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 7. Jika di dalam sesuatu prasekolah terdapat lima orang murid atau lebih yang beragama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran Pendidikan Islam oleh guru yang bertauliah, sekurang-kurangnya dua jam seminggu. 8. Jika di dalam sesuatu tadika terdapat lima orang murid atau lebih yang bukan beragama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran Pendidikan Moral sekurang-kurangnya dua jam seminggu. 21

Peruntukan Waktu P&P Perancangan aktiviti harian di prasekolah haruslah berdasarkan peruntukan waktu yang telah ditetapkan seperti di Jadual 3. Walau bagaimanapun, guru diberi keluwesan dalam menyusun jadual waktu P&P mengikut keperluan murid. Jadual 3: Peruntukan Waktu di Prasekolah Bil. Bidang Pembelajaran Peruntukan masa seminggu (minit) untuk kelas prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Melayu Bahasa Pengantar Lain 1. Bahasa Melayu 60 60 2. Bahasa Inggeris 60 60 3. Bahasa Cina/Bahasa Tamil - 60 4. Aktiviti Luar 120 120 6. Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral 120 120 7. Matematik Awal 40 40 8. Pembelajaran Bersepadu 800 740 Jumlah 1200 1200 Perincian berkaitan bidang pembelajaran dalam peruntukan waktu di prasekolah adalah sebagaimana berikut: Pembelajaran Bersepadu Pembelajaran Bersepadu memberi peluang kepada murid memperoleh pengalaman pembelajaran sendiri yang lebih bermakna. Guru perlu mengintegrasikan tunjang, kemahiran dan nilai dalam P&P. Pembelajaran Bersepadu termasuk: 1. Aktiviti rutin Aktiviti rutin adalah aktiviti yang dijalankan pada setiap hari dan diberi peruntukan masa yang khusus. Aktiviti ini merangkumi perbualan awal, rehat dan penutup. Perbualan Awal Perbualan Awal bertujuan untuk menyediakan murid dari aspek mental dan emosi untuk mengikuti pembelajaran pada hari tersebut dengan lebih berfokus. Aktiviti semasa perbualan awal seperti berkongsi idea dan maklumat; bercerita; menyanyi dan sebagainya dapat menambah kosa kata; dan meningkatkan kemahiran bersosialisasi serta menggalakkan pelibatan murid secara aktif. Waktu yang diperuntukkan untuk sesi perbualan awal ialah 20 minit sehari. 22

Rehat Dalam pendidikan prasekolah, rehat merupakan sebahagian daripada P&P. Waktu rehat diperuntukan untuk murid prasekolah makan dan minum serta merehatkan minda dan fizikal mereka. Waktu rehat boleh dimanfaatkan dengan melibatkan murid dalam membantu penyediaan makanan dan tempat makan. Aspek pengurusan diri, adab makan dan pemakanan yang sihat serta seimbang perlu diberi penekanan semasa rehat. Masa yang diperuntukkan untuk waktu rehat ialah 30 minit sehari. Aktiviti Penutup Aktiviti penutup memberi peluang kepada guru dan murid membuat refleksi terhadap pembelajaran dan perkara yang telah berlaku pada hari tersebut. Selain itu, guru dan murid boleh berbincang tentang pembelajaran seterusnya. Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti penutup ialah 10 minit sehari. 2. Aktiviti pembelajaran Aktiviti pembelajaran memberi peluang kepada guru untuk memilih strategi P&P yang sesuai bagi memberi peluang kepada murid menjalankan penerokaan dan eksperimen, menyelesaikan masalah serta menggalakkan pemikiran kritis. Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang boleh digunakan, antaranya ialah pendekatan bertema, pendekatan projek dan penggunaan pusat pembelajaran. Peruntukan waktu untuk aktiviti pembelajaran dalam Pembelajaran Bersepadu adalah: (i) 500 minit seminggu untuk Sekolah Kebangsaan. (ii) 440 minit seminggu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan. Aktiviti Luar Aktiviti Luar bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar kelas. Aktiviti Luar berhasrat untuk membina kecergasan dan merangsang kecerdasan murid. Aktiviti luar juga memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meneroka persekitaran. Melalui aktiviti ini, kesedaran murid terhadap aspek keselamatan dan kesihatan dapat dibina serta kepekaan terhadap persekitaran dapat ditingkatkan. Aktiviti Luar perlu dilaksanakan setiap hari sebagaimana berikut: 1. Aktiviti Fizikal Aktiviti fizikal ialah aktiviti yang melibatkan pergerakan tubuh yang akan menggerakkan tubuh badan dan memerlukan tenaga untuk meningkatkan kecerdasan fizikal dan 23

kesihatan diri. Aktiviti fizikal sangat penting untuk perkembangan murid dan merupakan asas kepada kesihatan dan kehidupan yang aktif. Selain daripada itu, aktiviti fizikal juga dapat membantu memupuk kecergasan badan, ketangkasan dan koordinasi serta perkembangan kognitif, kecekapan sosial dan kematangan emosi murid. Peruntukan masa untuk Aktiviti Fizikal ialah 30 minit bagi setiap sesi dan dilaksanakan 2 kali seminggu. 2. Main Bebas Main bebas memberi peluang kepada murid untuk membuat pilihan secara bebas tentang apa, bila dan bagaimana untuk bermain. Mereka juga bebas untuk menentukan peraturan dan peranan semasa bermain. Banyak faedah kepada pembelajaran murid dari segi fizikal, emosi, kognitif dan kemahiran sosial semasa main bebas. Selain murid menikmati kegembiraan, murid juga belajar cara berinteraksi dan berunding dengan berkesan; berkongsi dan bekerjasama dengan orang lain; serta kemahiran menyelesaikan masalah. Semasa main bebas, guru berperanan sebagai perancang, fasilitator, play partner dan pemerhati. Guru juga perlu bijak menyediakan persekitaran supaya main bebas adalah berkesan dan bermakna. Peruntukan masa main bebas ialah 20 minit bagi setiap slot dan dilaksanakan 3 kali seminggu. Pendidikan Islam/Pendidikan Moral Peruntukan waktu Pendidikan Islam/Pendidikan Moral adalah 120 minit seminggu. Bagi kelas yang mempunyai lima atau lebih murid beragama Islam, Pendidikan Islam hendaklah diajar sekurang-kurangnya 120 minit seminggu oleh guru yang bertauliah. Manakala bagi kelas yang mempunyai lima atau lebih murid yang bukan beragama Islam, Pendidikan Moral perlu diajar sekurang-kurangnya 120 minit seminggu. Walau bagaimanapun, bagi kelas yang tidak mempunyai atau mempunyai kurang daripada 5 orang murid beragama Islam, peruntukan waktu bagi Pendidikan Moral boleh digabungkan dengan Pembelajaran Bersepadu. 24

TUNJANG KOMUNIKASI 25

26

Tunjang Komunikasi terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Kemahiran bahasa merupakan teras kepada Tunjang Komunikasi. Kemahiran bahasa ini diorganisasikan dalam kemahiran mendengar dan bertutur; kemahiran membaca; dan kemahiran menulis. Keempat-empat kemahiran ini adalah penting bagi memperkembangkan komunikasi lisan dan asas literasi murid untuk pembelajaran mereka seterusnya. Di samping itu, aspek seni bahasa juga diterapkan dalam Tunjang ini. Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur melalui pelbagai aktiviti dan permainan bahasa seperti nyanyian, bercerita, berlakon dan berpuisi. BAHASA MELAYU Selepas mengikuti aktiviti pembelajaran yang berteraskan Bahasa Melayu, murid boleh: 1. Memberi respons secara bertatasusila terhadap pelbagai bahan rangsangan yang didengar. 2. Berkomunikasi dan menyampaikan idea. 3. Membaca dan memahami ayat mudah. 4. Menulis perkataan, frasa dan ayat mudah. 27

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4+ 5+ BM 1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR BM 1.1 Mendengar dan memberi respons terhadap pelbagai bunyi di persekitaran Murid boleh: BM 1.1.1 Mengenal pasti pelbagai bunyi di persekitaran Murid boleh: BM 1.1.2 Mengecam dan membezakan bunyi di persekitaran (i) manusia (ii) alam sekitar (iii) ciptaan manusia BM 1.1.3 Memberi respons terhadap bunyi yang didengar BM 1.2 Mendengar, memahami dan memberi respons secara gerak laku dan lisan Murid boleh: BM 1.2.1 BM 1.2.2 BM 1.2.3 Mendengar dan memberi respons terhadap cerita yang didengar Mendengar dan menyanyi lagu Mendengar, memahami dan memberi respons secara bertatasusila terhadap: (i) ucap selamat (ii) arahan yang mudah Murid boleh: BM 1.2.4 BM 1.2.5 BM 1.2.6 Mendengar dan memberi respons dengan bertatasusila terhadap: (i) arahan (ii) soalan (iii) cerita Mendengar dan melafazkan puisi dengan intonasi yang betul Melafazkan puisi (i) pantun dua kerat (ii) sajak 28

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4+ 5+ BM 1.3 Mendengar dan mengecam bunyi bahasa Murid boleh: BM 1.3.1 BM 1.3.2 Mendengar dan menyebut abjad Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi suku kata awal yang sama dalam perkataan Murid boleh: BM 1.3.4 BM 1.3.5 Mendengar, mengecam dan menyebut perkataan Menyebut dan memberi respons terhadap perkataan yang didengar BM 1.3.3 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi suku kata akhir yang sama dalam perkataan BM 1.4 Berinteraksi menggunakan ayat mudah Murid boleh: BM 1.4.1 Mendengar dan menyebut ayat mudah secara bertatasusila Murid boleh: BM 1.4.4 Berinteraksi menggunakan ayat mudah mengikut situasi BM 1.4.2 Berinteraksi menggunakan ayat mudah untuk: (i) meluahkan perasaan (ii) menyatakan permintaan BM 1.4.5 Berinteraksi menggunakan ayat mudah untuk: (i) memberi arahan (ii) memberi pandangan BM 1.4.3 Bersoal jawab menggunakan ayat mudah BM 1.4.6 Bersoal jawab menggunakan ayat mudah berdasarkan bahan rangsangan BM 1.5 Bertutur untuk menyampaikan idea Murid boleh: BM 1.5.1 Menyampaikan idea tentang sesuatu yang didengar, dilihat atau dialami Murid boleh: BM 1.5.2 Menyampaikan idea secara kritis tentang sesuatu yang didengar, dilihat atau dialami 29

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4+ 5+ BM 2.0 KEMAHIRAN MEMBACA BM 2.1 Menguasai kemahiran prabaca Murid boleh: BM 2.1.1 Menyatakan lambang dan cetakan yang membawa makna tertentu BM 2.1.2 BM 2.1.3 BM 2.1.4 BM 2.1.5 Mengenal pasti ciri-ciri fizikal buku: (i) judul (ii) gambar/ilustrasi (iii) pengarang Mengamalkan cara membaca yang betul: (i) dari kiri ke kanan (ii) dari atas ke bawah (iii) jarak antara mata dengan buku (iv) teknik memegang buku Mengamalkan penjagaan buku dengan cara yang betul Membaca secara olok-olok BM 2.2 Mengenal huruf abjad Murid boleh: Murid boleh: BM 2.2.1 BM 2.2.2 Mengenal pasti abjad Menyebut dan membunyikan huruf vokal BM 2.2.3 Mengenal pasti dan menyebut huruf kecil dan besar 30

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4+ 5+ BM 2.3 Membina dan membaca suku kata dan perkataan Murid boleh: BM 2.3.1 Membunyikan suku kata terbuka BM 2.3.2 Membunyikan suku kata tertutup Murid boleh: BM 2.3.3 Membaca perkataan dengan suku kata terbuka: (i) KV+KV (ii) KV+ KV+KV BM 2.3.4 Membaca perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup: (i) KVK (ii) V+KV (iii) V+KVK (iv) KV+KVK (v) KVK+KV (vi) KVK+KVK BM 2.4 Membaca dan memahami frasa dan ayat Murid boleh: BM 2.4.1 BM 2.4.2 Membaca frasa yang mengandungi perkataan dengan suku kata terbuka Membaca ayat mudah yang mengandungi perkataan dengan suku kata terbuka Murid boleh: BM 2.4.3 BM 2.4.4 Membaca dan memahami frasa yang mengandungi perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup Membaca dan memahami ayat mudah dengan sebutan yang betul 31