KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Similar documents
KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

BAB SATU

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

Tajuk

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

PowerPoint Presentation


teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

Penghargaan

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

Penghargaan

PowerPoint Presentation

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

Penghargaan

BAB SATU

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

华小董事觉醒运动缘起

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

BAB 5

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

SaverBrochure_F 07.ai

1

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

Mixtions Pin Yin Homepage

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

ISM Circular: 20 –2005

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

各位记者先生,小姐

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

PowerPoint Presentation

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

ti2 guan4 bo1 bo5 huai4 zheng4 hong1 xi2 luo2 ren4

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

BookCatalog FINAL

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

四年级第二 次月考范围

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

社團改組資料

Stock Transfer Service Inc. Page No. 1 CENTURY PEAK METALS HOLDINGS CORPORATION (CPM) List of Top 100 Stockholders As of 12/31/2015 Rank Sth. No. Name

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

icctv user guide manual.indd

UCAMHALAL 中心是通过与 PEHMA 机构合作于 2014 年开发的 JAKIM 主动发展专业发展愿景 (HPB), 以满足政府希望在马来西亚和国际层面需要 60,000 名清真高管的愿望 HPB JAKIM 已经任命并认证了 7 所 IPTA 和 3 所 IPTS, 其中包括被委托在马来西

Penghargaan

Microsoft Word - Apendix alla.doc

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

JAWATANKUASA PENERBITAN KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP AMB. JANUARI 2008 (BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IP

EDUCATIONAL ISSUES IN MAHUA FICTIONS ( ) By LEONG SOO YEN Thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the re

Microsoft Word - PDPA2010.doc

Microsoft Word - Avail News _Januari 2015_.doc

Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of

<D2BDC1C6BDA1BFB5CDB6C8DAD7CAB8DFB7E5C2DBCCB3B2CEBBE1C3FBB5A52E786C7378>

1

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH (PBS) NAIB PN. LIANG FEI SHIN PN. LEE CHAI YENG (TAHAP 1) CIK TUEH SHE PING (TAHAPN 2) KPBM: PEMENTORAN KPBI

Kertas 1

Microsoft Word - Chord_chart_-_Song_of_Spiritual_Warfare_CN.docx

Minit Mesyuarat

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

四年级第二 次月考范围

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

Microsoft Word - Chord_chart_-_The_Word_of_God_in_Song CN.docx

Travel Protector Flight delays. Loss of luggage. Illness. An accident. Whether you are on a business trip or on holiday with your family, any of these

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

Dear Parents,

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧

1


CEC’s Annual English Competition

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

AXA-AFFIN Maximiser-Brochure(Mar2018)

jiàn shí

ZC501N_UM_FrontPg

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format of English Language Paper (SA2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1

Kata Ganti Nama Diri padankan jawapan yang betul. 1. Kita 我 2. Mereka 你 3. Saya 他 4. Kamu 你 / 你们 5. Kami 他们 6. Awak 大家 7. Dia 我们 Kata Tanya padankan j

CEC’s Annual English Competition


Transcription:

BAB 3: METODOLOGI 3.1 PENGENALAN Penyelidik telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Dr Tan Kay Teh yang disusun oleh setiausaha alumni Universiti Nanyang untuk menyempurnakan kajian ini. Antara pertemuan yang dilakukan, dua daripadanya telah digunakan untuk menjalankan sesi temubual dengan setiausaha dan juga setiausaha sukarela bagi alumni tersebut. Sesi temubual yang dijalankan bertujuan untuk memahami maklumat-maklumat tentang penganjuran peraduan penulisan cerpen tersebut serta mengetahui latar belakang tentang Universiti Nanyang yang telah ditutup oleh kerajaan Singapura. Pertemuan-pertemuan yang telah diwujudkan bertujuan untuk mendapatkan dokumen-dokumen, berita silam, series buku yang pernah diterbitkan, sejarah bagi penganjuran peraduan penulisan cerpen, laporan minit mesyuarat dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan. Penyelidikan ini merupakan satu kajian deskriptif mengenai metafora kata nama dan kata sifat. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah triangulasi. Triangulasi ini dipilih kerana kajian ini menggunakan gabungan beberapa pendekatan iaitu 1)temubual, 2)kajian teks dan 3)analisis data. Penyelidik menggunakan pendekatan-pendekatan ini untuk mengkaji dimensi masalah 64

kajian. Dengan menggunakan triangulasi, penyelidik dapat mengetahui dengan jelas pelbagai perspektif mengenai gambaran sebenar fenomena yang dikaji. Buku Cerpen Universiti Nanyang 2006( 南大微型小说选 ) dikaji sebagai satu teks. Dalam buku ini, terdapat 23 cerpen yang dihasilkan oleh 22 penulis di mana seorang penulis telah menyumbangkan 2 cerpen. Dengan bantuan yang diberikan oleh setiausaha Alumni Universiti Nanyang( 南大校友会秘书 ), Cik Fong Mei Ki ( 方美琪小姐 )dan Dr Tan Keng Teh( 陈庆地博士 ), bukubuku cerpen terbitan bagi tahun-tahun lepas berjaya dikutip oleh penyelidik untuk mengetahui perkembangan penulisan cerpen-cerpen selama ini. Temubual dapat dijalankan atas kerjasama Cik Fong dan Dr Tan. 3.2 PROSEDUR KAJIAN Untuk menjalankan kajian, penyelidik mengikut prosedur-prosedur kajian. Prosedur kajian ini terbahagi kepada beberapa langkah-langkah. Langkah pertama Mengenalpasti sampel kajian Langkah kedua Mengumpul data 65

Langkah ketiga Kajian perpustakaan Langkah keempat Menjalankan temuduga Langkah kelima Analisis data dan menulis hasil kajian Sebelum menjalankan kajian, penyelidik mengenalpasti sampel kajian. Penyelidik telah memilih buku cerpen Universiti Nanyang 2006 sebagai sampel kajian kerana buku ini merupakan buku yang terbaru bagi terbitan University Nanyang pada tahun 2006. Sampel kajian ini dipilih kerana penyelidik berminat dalam penulisan cerpen dan ingin meneroka kemahiran dan teknik baru dalam penulisan cerpen. Penyelidik percaya bahawa selepas mengalami beberapa langkah ini, penyelidik dapat didedahkan kepada idea dan teknik yang baru untuk membuat kajian terhadap metafora. Penyelidik telah menggunakan sebanyak enam bulan untuk mengumpulkan semua data yang berkaitan dengan penyelidikan ini. Dokumendokumen rasmi dan tidak rasmi dari Alumni Universiti Nanyang dapat dikumpulkan oleh penyelidik untuk tujuan menganalisakan tujuan penganjuran pertandingan penulisan cerpen ini. Keratan akhbar, pandangan pengadil dan catatan minit mesyuarat dapat dikumpulkan untuk kegunaan penyelidikan kerana 66

pandangan para pengadil akan mempengaruhi gaya dan tema yang dipilih oleh cerpenis untuk mengkarya cerpennya. Penyelidik menjalankan kajian perpustakaan dengan meninjau kepada kajian-kajian silam yang berkaitan dengan kajian ini. Temuduga dijalankan antara penyelidik dengan setiausaha dan setiausaha sukarela alumni Universiti Nanyang. Sebanyak 2 temuduga dijalankan untuk mendapat maklumat tentang latar belakang alumni Universiti Nanyang dan juga mengenai peraduan penulisan cerpen tersebut. Penafsiran dan penerangan data dilakukan dengan kaedah kualitatif dan juga kuantitatif. Satu kesimpulan dihasilkan berdasarkan analisis dan sudut perbincangan diwujudkan. 3.3 SAMPEL KAJIAN Dalam penyelidikan ini, sebanyak 23 buah cerpen yang terdapat dalam buku cerpen Universiti Nanyang 2006( 南大微型小说选 ) telah dipilih untuk dijadikan sampel bagi kajian ini. Tajuk cerpen dan penulis adalah seperti yang tersenarai di bawah: 67

Jadual 3.1: Senarai tajuk cerpen yang dikaji dan nama penulisnya. Tajuk Cerpen 1 叶亚来之 死 Kematian Yap Ah Loy 2 永远的满天星 Baby s Breath Yang Abadi 3 意外 Kemalangan 4 电梯 Lif 5 狗的颜色 Warna Anjing 6 迟到 Lambat 7 流失 Kehilangan 8 神秘的身世之迷 Latar Belakang Yang Misteri 9 大叔公 Pak Long 10 倒数的温柔 Kelembutan Count Down 11 寻找疯子 Mencari Orang Gila 12 停播 Henti Siaran Nama Penulis 谢增英 Xie Zeng Ying 梁国蓉 Liang Guo Rong 邓丽思 Deng LI Si 许为春 Xu Wei Chun 谢增英 Xie Zeng Ying 陈宏富 Chen Hong Fu 洪祖秋 Hong Zhu Qiu 徐晓萍 Xu Xiao Ping 林建荣 Lin Jian Rong 余玉婷 Yu Yu Ting 王振平 Wang Zhen Ping 郑世忠 Zheng Shi Zhong 68

13 刻印 Kesan Cop 14 母亲的梦 Mimpi Ibu 15 同根 Sama Akar 16 寻觅 Pencarian 17 生肖 Zodiak 18 转角 Selekoh 19 春天里的秋天 Musim luruh yang berada dalam musim bunga 20 悲伤的摩天轮 Ferris Wheel Yang Sedih 21 最后一程 Perjalanan Yang Terakhir 22 断手 Patah Tangan 23 上课 Pergi Kuliah 陈富雄 Chen Fu Xiong 陈丽丝 Chen Li Si 刘玉玲 Liu Yu Ling 夏惠芳 Xia Hui Fong 黄怀乐 Huang Huai Le 胡耀仪 Hu Yao Yi 张代文 Zhang Dai Wen 周锦聪 Zhou Jin Cong 何俊毅 He Jun Yi 林振耀 Lin Zhen Yao 陈钧钰 Chen Jun Yu Jumlah cerpen yang dihantar untuk menyertai peraduan penulisan cerpen yang dianjurkan oleh alumni Universiti Nanyang pada tahun 2006 sebanyak 155 69

buah cerpen. Menurut buku cerpen Universiti Nanyang 2006 (v), pesertapeserta adalah dari seluruh Malaysia (Jadual 3.2). Jadual 3.2: Jumlah peserta yang menyertai peraduan penulisan cerpen dan tempat asalnya. (Yang:2006:v) Tempat Jumlah Jumlah cerpen Peserta yang Peserta yang diterima menghantar dua cerpen Selangor, Kuala Lumpur 36 50 14 Negeri Sembilan, Melaka, 41 51 10 Johor Perak, Pulau Pinang, 21 28 7 Kedah, Perlis Pantai Timur 7 8 1 Sabah, Sarawak 12 18 6 Jumlah 117 155 38 Peserta-peserta yang menyertai peraduan ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori umur. Latar belakang penulis adalah berkaitan rapat dengan isu atau tema yang disentuh melalui cerpen. Analisis pekerjaan para peserta juga telah dicatat pada buku tersebut. (Yang:2006:v) (Jadual 3.3). 70

Jadual 3.3: Analisis latar belakang peserta peraduan penulisan cerpen Universiti Nanyang 2006.(v) Gender Lelaki 62 orang Wanita 55 orang Umur 23 ke bawah 40 orang 24-55 63 orang 56 ke atas 14 orang Pekerjaan Pelajar 38 orang Guru Kerani Pesara Staf Media Penulis bebas Peniaga Suri rumah tangga Lain-lain 22 orang 8 orang 12 orang 10 orang 4 orang 5 orang 2 orang 16 orang Peserta-peserta berasal dari golongan yang berlatar belakang berbeza. Ini menyebabkan cerpen-cerpen yang didapati dalam buku cerpen Universiti Nanyang 2006 beraneka tema. Pekerjaan, umur dan pengalaman hidup yang 71

berbeza boleh mempengaruhi pandangan terhadap sesuatu perkara berlainan dan penekanan dalam kehidupan juga berbeza. 3.4 KAEDAH MENGUMPUL DATA Pengumpulan data dilakukan untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai latar belakang peraduan cerpen yang dianjurkan oleh alumni Universiti Nanyang. Buku-buku lepas yang telah diterbitkan oleh alumni ini telah dikumpulkan untuk dijadikan rujukan tambahan. Selain itu, dokumen-dokumen lepas yang berkaitan juga dikumpulkan. Semua data ini dikumpulkan melalui setiausaha alumni Nanyang Universiti. Data dikumpulkan daripada 4 sumber. 1. Buku Cerpen Universiti Nanyang Buku Cerpen Universiti Nanyang 2006 (2006 年南大微型小说选 ) dijadikan teks kajian. Buku ini merupakan sasaran kajian penyelidik. Buku cerpen yang lain yang diterbitkan oleh Universiti Nanyang juga dijadikan rujukan untuk menjalankan penyelidikan. 2. Rekod-rekod pendapat para pengadil Rekod-rekod pendapat para pengadil bagi pertandingan tersebut pada tahun 2006 dikumpulkan. Rekod-rekod para pengadil pada tahun 72

sebelum 2006 juga dicari dan dijadikan rujukan. Penyelidik memerlukan pandangan para pengadil untuk dijadikan rujukan semasa membuat analisis terhadap cerpen-cerpen yang dikaji. 3. Dokumen-dokumen silam Persatuan Alumni Universiti Nanyang Pertandingan ini telah diadakan selama 18 tahun. Dokumen-dokumen silam Persatuan Alumni Universiti Nanyang dikumpulkan supaya latar belakang persatuan ini dan objektif mengadakan pertandingan ini dapat diketahui. Dokumen-dokumen silam ini dapat membantu penyelidik lebih memahami pegangan dan misi untuk mewujudkan peraduan penulisan cerpen ini. 4. Laporan akhbar Akhbar mengenai berita pertandingan tersebut dan menyeru masyarakat Cina di Malaysia supaya menyertai pertandingan tersebut dengan aktif didapati. Keratan akhbar yang berkaitan dikumpulkan bagi tujuan kajian. Laporan akhbar merupakan salah satu sumber bagi penyelidik untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan peraduan ini. Maklumat yang terdapat melalui akhbar ini dijadikan rujukan kepada penyelidik. 73

3.5 KAJIAN PERPUSTAKAAN Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data-data yang berkaitan dengan cara membuat penyelidikan terhadap kajian ini. Kaedah ini adalah untuk memerhati kajian-kajian silam yang telah dilakukan oleh penyelidik lain di mana kajiannya juga berdasarkan satu teks. Selain itu, penyelidik membuat kajian perpustakaan terhadap kajian-kajian lain, laporan-laporan, jurnal-jurnal, buku-buku ilmiah lain yang terutamanya melakukan penyelidikan di bidang metafora dan cerpen. Dengan menjalankan kajian seperti ini penyelidik mendapat idea membentuk rangka kajian bagi penyelidikan ini. Terdapat 4 jenis sumber data digunakan untuk menjalankan kaedah kajian perpustakaan ini. 1. Buku-buku rujukan Buku-buku yang membincangkan metafora dan cerpen serta kelas kata dijadikan rujukan bagi penyelidik untuk mencari teori-teori yang bersesuaian bagi penyelidikan. Terdapat banyak jenis buku yang tertulis dalam bahasa Malaysia, bahasa Cina dan juga bahasa Inggeris yang menyentuh tentang bidang metafora, cerpen dan kelas kata. Penyelidik didedahkan lebih mendalam dengan pengumpulan bagi jenis metafora dan asal-usul dan latar belakang metafora. Selain itu, sejarah perkembangan bagi genre cerpen dapat diketahui oleh penyelidik sama ada di China, Negara Eropah dan juga 74

di Malaysia seperti cerpen bahasa Malaysia, bahasa Tamil dan juga bahasa Cina. 2. Buku-buku ilmiah Terdapat kajian-kajian silam yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan ini. Jenis kajian ini boleh dikategorikan kepada tiga jenis. Yang pertama ialah buku ilmiah yang mengkaji metafora. Terdapat kajian yang mengkaji metafora di bidang SMS, lirik lagu, iklan dan lain-lain. Yang kedua ialah mengkaji kelas kata dan yang ketiga ialah kajian yang melakukan penyelidikan terhadap cerpen. Terdapat agak banyak kajian yang mengkaji cerpen. Pengkajipengkaji melakukan kajian terhadap tema cerpen, watak cerpen, aspek semantik cerpen dan juga metafora dan bentuk figuratif yang terdapat dalam cerpen. 3. Artikel-artikel Artikel yang membincangkan penggunaan metafora dan cerpen juga digunakan dalam kajian penyelidik ini. Cara untuk mempersembahkan idea dan isi kandungan akan dijadikan rujukan bagi penyelidik. 4. Jurnal-jurnal Jurnal-jurnal yang berkaitan dengan metafora, kelas kata dan cerpen dirujuk oleh penyelidik. 75

3.6 TEMUBUAL Temubual bersemuka telah dipilih untuk penyelidikan ini kerana terdapat maklumat yang tersirat yang tidak tercatat dalam dokumen silam. Maklumat yang tersirat adalah seperti prinsip alumni Nanyang Universiti ingin memberi sumbangan kepada masyarakat melalui peraduan penulisan cerpen untuk melahirkan cerpenis yang berpotensi. Beberapa temubual individu dilakukan antara penyelidik dengan setiausaha dan setiausaha sukarela dari alumni Universiti Nanyang. Temubual bersemuka dipilih kerana kaedah ini kadar responnya lebih tinggi berbanding temubual tidak bersemuka. Selain itu soalan yang kabur dapat penyelidik jelaskan kepada responden. Penyelidik cepat mendapat maklumat dan boleh memperoleh maklumat yang lebih mendalam. Kajian temubual ini dilakukan secara informal dan juga secara formal. Secara informal setiausaha bagi alumni dijemput untuk menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan alumni Universiti Nanyang dan juga latar belakang mengenai peraduan penulisan cerpen yang telah dijalankan selama 18 tahun. Secara informal, setiausaha alumni Universiti Nanyang membantu penyelidik untuk mengaturkan satu temubual dengan setiausaha sukarela alumni Universiti Nanyang. Masa dan tempat diatur oleh beliau dan rakaman pita dibenarkan oleh setiausaha sukarela tersebut. 76

3.6.1 TEMUBUAL SECARA INFORMAL Penyelidik telah mewujudkan satu temubual secara informal dengan setiausaha alumni Universiti Nanyang yang bernama Fong Mei Ki pada hari 18 Februari 2008 dan lokasinya di pejabat alumni Universiti Nanyang. Nama : Fong Mei Ki 方美琪 Tempat: Pejabat Alumni Universiti Nanyang No 47, Jalan Bukit 11/2, 46200 Petaling Jaya, Selangor. Tarikh:18/02/2008 Masa: 11.00 am Disebabkan ini merupakan kali pertama penyelidik berjumpa dengan setiausaha alumni Universiti Nanyang, maka temubual ini juga tidak dirancang sebelum ini. Cik Fong telah memberikan penyelidik satu set buku yang diterbitkan oleh alumni Universitit Nanyang yang merupakan cerpen bagi peraduan penulisan cerpen yang dianjurkan oleh alumni tersebut. Selain itu, majalah-majalah, dokumen-dokumen serta minit mesyuarat yang berkaitan dengan peraduan tersebut juga dipinjam oleh Cik Fong kepada penyelidik. Penyelidik telah mengambil kesempatan ini mengadakan satu temubual secara 77

tidak formal dengan Cik Fong dan beberapa soalan yang mudah telah ditanyakan kepada Cik Fong. Berasaskan temubual dengan Cik Fong, tujuan Universiti Nanyang menganjurkan peraduan penulisan cerpen ini adalah untuk menggalakkan perkembangan penulisan sastera bahasa Cina di kalangan masyarakat orang Cina. Genre cerpen dipilih untuk peraduan adalah disebabkan cerpen sebagai sejenis genre yang moden yang lebih mudah ditulis. Selain itu, melalui temubual yang telah dijalankan dengan Cik Fong, didapati Alumni Nanyang telah ditubuhkan sejak awal lagi iaitu pada 1960-an. Menurut Cik Fong, peraduan ini bukan sahaja terbuka kepada bangsa Cina untuk menyertai tetapi juga menerima penyertaan dari bangsa lain asalkan karya cerpen tersebut mesti ditulis dalam bahasa Cina. Walaupun Universiti Nanyang hanya wujud selama 25 tahun sahaja tetapi alumni Universiti Nanyang adalah sangat aktif dalam pelbagai aktiviti-aktiviti sosial dan kebudayaan seperti pesta nyanyian dan sebagainya. Tidak boleh dinafikan bahawa selepas 18 tahun peraduan ini dianjurkan, ramai cerpenis bahasa Mandarin Malaysia dapat dilahirkan. Usaha untuk meneruskan perjuangan mengembangkan penulisan cerpen dapat dijalankan. 78

Temubual ini tidak dirakamkan kerana diadakan tanpa dirancang di mana penyelidik hanya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai alumni Universiti Nanyang. 3.6.2 TEMUBUAL SECARA FORMAL Selepas satu temubual yang informal dengan Cik Fong, penyelidik meminta pertolongan Cik Fong untuk mengaturkan satu temubual yang formal dengan setiauasaha sukarela bagi alumni Universiti Nanyang. Cik Fong berkata bahawa setiausaha sukarela iaitu Dr. Tan Kay Teh yang merupakan bekas graduan bagi Universiti Nanyang. Satu temubual yang formal telah diaturkan pada 24 hari Februari 2008, pukul 11:30 pagi, di pejabat alumni Universiti Nanyang di mana jamuan untuk meraikan Tahun Baru Cina juga diadakan pada hari dan tempat itu. Dr. Tan merupakan Professor di Universiti Multimedia. Beliau telah menginzinkan penyelidik merakamkan proses temubual ini. Beberapa soalan telah ditanyakan kepada beliau. Nama : Tan Kay Teh 陈庆地 Tempat: Pejabat Alumni Universiti Nanyang No 47, Jalan Bukit 11/2, 46200 Petaling Jaya, Selangor. Tarikh:24/02/2008 Masa: 11.30 am 79

Maklumbalas dari temubual dengan Dr Tan mendapati Universiti Nanyang hanya wujud selama 25 tahun. Universiti ini terpaksa ditutup kerana pada masa itu Singapura melaksanakan pendidikan bahasa Inggeris. Ini menyebabkan Universiti Nanyang yang berlandaskan bahasa Cina adalah bercanggahan dengan dasar kerajaan di Singapura dan terpaksa ditutup. Menurut Dr Tan, Universiti Nanyang didirikan pada tahun 1956 dan ditutup pada tahun 1980. Walaupun Universiti ini telah ditutup oleh kerajaan tetapi graduan dari Universiti Nanyang bersatu padu dan masih aktif menyertai aktivitiaktiviti yang dianjurkan oleh alumni Universiti Nanyang ini. Alumni Universiti Nanyang didirikan di banyak negara. Contohnya di Malaysia, Singapura, Australia dan sebagainya. Mereka kebanyakan telah menjadi golongan profesional di masyarakat. Contohnya: Dr Lin Ming Fa( 林明法博士 )merupakan Profesor Madya di Fakulti Sains Universiti Malaya, pada tahun 1990, Dr Yan Qing Huang ( 颜清湟博士 ) merupakan ketua pejabat sejarah di Hong Kong Universiti. Peraduan penulisan cerpen ini diadakan pertama kali pada tahun 1989 kerana pada masa itu Pesta Kesusasteraan dan Kebudayaan dianjurkan bagi kali pertama. Alumni Universiti Nanyang dijemput untuk menyertai pesta ini dengan dipertanggungjawabkan menganjurkan satu peraduan penulisan genre 80

sastera. Universiti Nanyang memilih cerpen sebagai genre yang dipertandingkan kerana genre lain telah dipilih oleh persatuan yang lain. Menurut Dr Tan, syarat peraduan tersebut berubah sedikit pada tahun 2000 di mana jumlah cerpen dihadkan dari 2000 patah perkataan bertukar kepada 1500 patah perkataan. Dr Tan berkata bahawa cerpen dalam lingkungan 1500 patah perkataan adalah lebih sepadan dengan genre cerpen. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan peserta yang menulis cerpen yang bertema dengan bangsa Cina lebih kerap mendapat anugerah. Selain menimbangkan topik dan tema, cara persembahan bagi cerpen dan penggunaan diktion juga diambil kira. Semua ini akan diputuskan oleh pengadilpengadil. Terdapat cerpen yang tidak menyentuh isu dengan bangsa Cina mendapat anugerah juga. Memang adalah benar berkata bahawa harapan Alumni Universiti Nanyang terhadap peraduan ini adalah untuk memupuk cerpenis yang bertaraf dunia serta memberi pendedahan kepada para penulis cerpen yang berpotensi dalam pertandingan peraduan cerpen. Semua sumber kewangan untuk peraduan adalah terdiri daripada sumbangan ahli alumni Universiti Nanyang dan juga persatuan lain. Kerajaan kurang memainkan peranan dalam penganjuran peraduan ini. 81

Terdapat peserta yang merupakan pemenang dalam peraduan ini dan kemudian menjadi pengadil bagi peraduan ini. Ini menunjukkan peraduan ini telah berjaya memupuk mereka yang berpotensi supaya menjadi cerpenis bahasa Mandarin di negara ini. Dr Tan berkata, alumni Universiti Nanyang akan terus menganjurkan peraduan cerpen ini. 3.7 KAEDAH MENGANALISIS DATA DAN MENULIS HASIL KAJIAN Untuk mengenalpasti metafora-metafora dalam cerpen-cerpen yang dikaji, penyelidik telah menggunakan pendekatan Hawkes (1972) untuk membezakan metafora-metafora bagi kumpulan pengumpamaan, synecdoche, dan metonimi. 3.7.1 PENGUMPAMAAN 比喻 Pengumpamaan ialah metafora yang menggunakan persamaan yang wujud di antara dua objek untuk membuat penerangan. Titik fokusnya adalah pada sifat atau nilai yang sama yang wujud pada kedua-dua objek yang ingin diterangkan. Kata laluan yang wujud dalam ayat ialah seperti, sama, macam dan perkataan lain yang membawa makna seperti. Contonya: Masa sembahyang adalah senyap seperti biarawati (Hawkes:1972:2). Apabila terdapat perkataan yang membawa makna seperti ( 好像, 如, 像, 一样 ) dalam ayat cerpen yang dikaji, penyelidik akan menggariskan semua 82

ayat tersebut dan kemudian akan membuat analisis terhadap ayat tersebut untuk menentukan ayat itu adalah metafora. 3.7.2 SYNECDOCHE 借代 Perkataan synecdoche berasal dari perkataan Yunani synekdechesthai yang bermakna menerima dan menggabungkan ( to receive jointly ). Proses pemindahan bagi objek yang disebutkan itu akan memindahkan elemen yang unik dari objek tersebut kepada objek yang lain. Contohnya: 10 tangan merujuk kepada 10 orang (Hawkes,1972:3). Dalam cerpen yang dikaji, penyelidik akan memberi perhatian kepada perkataan yang merupakan tenor. Tenor merupakan erti sebenar bagi sesuatu perkataan. Jenis metafora ini adalah menggunakan sifat atau sebahagian dari sesuatu objek untuk mewakili keseluruhan objek tersebut. Contohnya: guna four wheel untuk mewakili kereta. Four wheel merupakan sebahagian daripada kereta tetapi digunakan untuk mewakili sebuah kereta. 3.7.3 METONIMI 转喻 Perkataan metonimi berasal dari perkataan Yunani metonymia yang terdapat daripada meta yang bermakna berubah dan onoma yang bermakna nama. Nama bagi objek yang ingin disebutkan akan digantikan dengan nama objek yang lain. Metonimi ini selalunya melibatkan personifikasi. Contohnya 83

Mahkota mewakili Monarki (Hawkes:1972:3). Metafora jenis ini menggunakan objek lain untuk mewakili sesuatu objek. Jenis metafora ini melibatkan objek yang memainkan peranan sebagai tenor. Tenor merupakan objek yang dituturkan. Contohnya: Kamu ialah bulan saya Kamu adalah tenor, bulan ialah vehicle iaitu objek yang dikaitkan untuk menerangkan kamu (Rose, 1958:93) Disebabkan penyelidikan ini merupakan penyelidikan deskriptif, data bagi metafora yang dikesani akan dijadualkan berdasarkan frekuensi dan peratusan. Data dan maklumat yang dikumpul akan dianalisis melalui beberapa tahap. 1) Mengenalpasti jumlah metafora yang wujud dalam buku cerpen mengikut tajuk Penyelidikan kuantitatif digunakan untuk mengira jumlah metafora yang wujud dalam kelas kata nama dan kata sifat. Dengan bantuan graf dan jadual, penyelidik akan menyusun metafora yang dapat dikesani dari setiap cerpen. Metafora yang dikesani itu akan dicatat dalam angka mengikut tajuk cerpen. Satu graf dan satu jadual dihasilkan berdasarkan penggiraan metafora. 2) Mengategorikan metafora berdasarkan kategori kelas kata nama dan kelas kata sifat. 84

Sebelum mengetahui frekuensi metafora dalam kelas kata nama dan kata sifat, metafora dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu kelas kata nama dan kelas kata sifat. Satu jadual dan satu graf dihasilkan berdasarkan jumlah metafora yang didapati dalam kelas kata nama dan kata sifat. 3) Membahagikan metafora kepada pengumpamaan, synecdoche dan metonimi. Metafora yang dikenalpasti dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan pengumpamaan, kumpulan synecdoche dan kumpulan metonimi. Tujuannya adalah untuk mengetahui jenis metafora yang paling kerap wujud dalam buku cerpen yang dikaji. 4) Mengkaji kesan yang dibawa oleh metafora yang dikenalpasti. Kesan-kesan metafora boleh dibahagikan kepada menjana kesan kesedihan, membentuk kesan keejekan dan mereka kesan kejenakaan. Kesan yang dibawa oleh metafora itu dikenalpasti terutamanya melalui kritikan-kritikan pengadil terhadap cerpen-cerpen yang terdapat dalam buku cerpen yang dikaji. Kesan yang dapat dikenalpasti adalah terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu kesan kesedihan, kesan keejekan dan kesan kejenakaan. Melalui jadual dan graf, kekerapan bagi kesan-kesan tersebut akan dipersembahkan. 85

5) Analisis kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan kualitatif digunakan untuk menganalisis tema-tema cerpen yang dikaji dan juga kesan-kesan metafora yang dijana dalam cerpen yang dikaji. Analisis kuantitatif pula digunakan untuk mengkaji jumlah metafora kata nama dan kata sifat. Pendekatan kualitatif digunakan untuk menganalisis tema dan faktor penyebabnya, contohnya faktor gender akan menyebabkan cerpenis wanita lebih cenderung menulis cerpen yang bertema kasih sayang. Pendekatan kuantitatif pula digunakan untuk menyusun data yang dikumpul dalam graf, carta pai dan jadual. 3.8 KESIMPULAN Penyelidikan ini menggunakan pendekatan triangulasi iaitu satu kajian yang melibatkan beberapa pendekatan. Penyelidikan ini menggunakan kaedah temubual, kajian dokumen dan teks dan juga analisis data, secara kualitatif dan kuantitatif. Pada awalnya, penyelidik mengenalpasti tajuk kajian yang dijalankan. Disebabkan penyelidik mempunyai minat yang agak besar dalam metafora maka penyelidik telah mengambil keputusan mengkaji metafora kata nama dan kata sifat dalam buku cerpen bahasa Mandarin. 86

Dengan menggunakan analisis kuantitatif dan kualitatif, penyelidik dapat menjalankan analisis dengan sempurna. Contohnya, tema cerpen dapat dianalisis melalui cara kualitatif dan jumlah metafora kata nama dan kata sifat dapat dikumpulkan melalui kaedah kuantitatif. 87