BAB 4: ANALISIS DATA, DAPATAN DAN PERBINCANGAN 4.1 PENGENALAN Kajian ini dijalankan untuk mengkaji metafora kata nama dan kata sifat yang terkandung buku cerpen Universiti Nanyang 2006(2006 年南洋大学微型小说选 ). Kesemua 23 buah cerpen dalam buku tersebut telah dijadikan sampel kajian ini. Beberapa jenis data telah digunakan untuk mengkaji metafora kata nama dan kata sifat dalam kajian ini iaitu buku cerpen Universiti Nanyang, rekod-rekod pendapat para pengadil, dokumen-dokumen silam Persatuan Alumni Universiti Nanyang, laporan akhbar dan juga temuduga. Penyelidik menggunakan kaedah yang diperkenalkan oleh Hawkes (1972:2) untuk mengenalpasti metafora dari cerpen-cerpen yang dikaji. Metafora yang dikenalpasti itu akan dikategorikan kepada kelas kata nama dan kelas kata sifat berdasarkan kegunaanya dalam struktur-struktur yang dikaji. Kekerapan dan peratusan metafora yang wujud dalam kata nama dan kata sifat dipersembahkan melalui graf dan dijadualkan. Pembahagian metafora kepada 3 kumpulan iaitu pengumpamaan, synecdoche dan metonimi dilakukan. Kesan yang dijana oleh metafora akan dikenalpasti. Kaedah kualitatif dan kuantitatif 88
akan digunakan untuk menganalisiskan data. Akhirnya penyelidik akan melakukan kesimpulan berdasarkan hasil analisis. 4.2 TEMA DALAM CERPEN Karya sastera telah diberikan dua definisi, definisi yang luas dikatakan karya sastera adalah merangkumi kebudayaan dan definisi yang sempit adalah merujuk kepada pandangan kecantikan (Tong, 1992:49). Secara umumnya, karya sastera itu adalah merangkumi atau dikatakan mewakili sesuatu kebudayaan bagi seseorang. Maka bolehlah dikatakan bahawa, karya sastera merupakan hasil yang boleh membayangkan kenyataan dan kebudayaan bagi sesuatu bangsa atau komuniti (Tong, 1992:49). Cerpen merupakan salah satu jenis genre dalam kesusasteraan. Dalam buku cerpen yang dikaji, setiap cerpen itu mempunyai tema yang jelas dan mudah difahami. Menurut kritikan yang diberikan oleh para pengadil dalam buku cerpen tersebut, mereka yang berjaya menyampaikan tema dengan sempurna melalui cerpe kepada pembaca merupakan salah satu faktor yang penting untuk memenangi peraduan penulisan cerpen ini (2006:006). Dalam buku cerpen yang dikaji, 23 buah cerpen mempunyai tema masingmasing. Antaranya terdapat cerpen yang mempunyai lebih daripada satu tema. 89
Tema yang terdapat dalam cerpen boleh dibahagikan kepada tema, tema sekunder dan juga tema tertier. Tema yang ingin disampaikan oleh cerpen adalah berkait rapat dengan gaya bahasa yang digunakan dalam penulisan. Gaya penulisan tersebut akan membentuk ton bagi cerpen itu. Tema yang timbul dalam cerpen-cerpen akan mempengaruhi metafora yang akan digunakan. Semasa menganalisis tema-tema yang wujud dalam cerpen-cerpen, penyelidik membuat penakrifan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan serta interpretasi kebudayaan terhadap makna yang dibawa oleh sesuatu perkataan. 4.2.1 Sinopsis Cerpen 1) Kematian Yap Ah Loy 叶亚来之 死 Penulis : Xie Zeng Ying 谢增英 Gender: Wanita Cerpen ini menceritakan Yap Ah Loy telah kembali ke Kuala Lumpur yang moden ini. Beliau bertemu dengan seorang pelajar yang sedang menuntut di sekolah menengah. Yap Ah Loy bersembang dengan pelajar tersebut dan 90
didapati pelajar tersebut tidak mengenali beliau. Yap Ah Loy berasa sangat kecewa kerana jasa beliau tidak tertulis dalam buku sejarah. Analisis Tema Cerpen: Yap Ah Loy merupakan tokoh sejarah yang terkenal di kalangan masyarakat orang Cina. Dengan meninjau kepada plot cerita yang dinyatakan, jelas kata tema bagi cerpen ini adalah penghapusan jasa bangsa Cina dalam sejarah pembangunan negara. Cerpen ini melakarkan imej yang bertentangan antara dua watak utama iaitu Yap Ah Loy yang sudah tua dan remaja yang masih muda. Yap Ah Loy mempunyai ciri yang matang dan disanjung tinggi manakala remaja tersebut nampaknya tidak ambil berat terhadap sejarah perkembangan negara dia sendiri. Tema sekunder yang dapat diteliti adalah sikap tidak ambil berat terhadap negara di kalangan remaja. Tema tertier tidak dapat diteliti oleh penyelidik dalam cerpen ini. Kategori tema: Premier: mengkritik kerajaan tidak menghargai jasa baik tokoh bangsa lain Sekunder: mengejek sikap remaja yang tidak mengambil berat sejarah perkembangan negara sendiri. 91
Tertier: tiada 2) Baby s Breath Yang Abadi 永远的满天星 Penulis:Liang Guo Rong 梁国蓉 Gender: Wanita Cerpen ini menggunakan perbualan antara seorang ibu dengan kandungan beliau. Ibu itu merupakan seorang yang kehilangan suami. Ibu masih tabah hati menjaga anak yang masih berada dalam kandungan. Perbualan antara ibu dengan anak sangat mengharukan. Akhirnya ibu yang sedang mengandung tersebut mati dalam kemalangan tanah runtuh. Analisis Tema Cerpen : Watak ibu dalam cerpen ini kemungkinan besar ialah seorang ibu kematian suami atau ditinggalkan oleh suami. Proses pengamatan (Mok, 2002:147) digunakan oleh penyelidik untuk menghasilkan idea tersebut. Pengamatan adalah sama maksud dengan persepsi iaitu gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran yang datang dengan automatik semasa membuat tafsiran. Tujuan penulis berbuat demikian adalah untuk menonjolkan imej yang mulia bagi seorang ibu, di mana ibu itu menghadapi konflik dalam kehidupan tetapi masih sayangkan anak dalam kandungannya. Tema yang dapat diteliti ialah kemuliaan ibu. 92
Cerpen ini mengakhiri dengan kematian ibu dan anak ini disebabkan tanah runtuh. Dari permulaan cerpen, penulis ceritakan hidup seorang ibu yang sangat muda, menanam bunga, membaca buku, menyanyi. Walaupun ibu itu dalam kesunyian, keletihan dan kesusahan tetapi kehidupan mereka masih penuh dengan kasih sayang. Konflik yang dihadapi dalam hidup tidak membunuh ibu dan anak itu tetapi malapetaka yang membunuh mereka. Maka tema sekunder yang dapat ditangkap ialah kemusnahan malapetaka. Tema tertier tidak dapat dikesani. Kategori tema: Premier: memuji kemuliaan ibu Sekunder: menyatakan malapetaka membawa kemusnahan kepada manusia Tertier: tiada 3) Kemalangan 意外 Penulis:Deng Li Si 邓丽思 Gender: Wanita Cerpen ini menerangkan satu cerita yang berkaitan dengan seorang lelaki yang menyaksikan satu kes kemalangan di jalan raya. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta biasa dengan kereta bank yang mengangkut wang 93
kertas. Wang berterbangan dan lelaki tersebut mengambil tindakan seperti orang awam yang lain iaitu mengutip kertas wang. Lelaki tersebut dapat RM7000, dan dia tidak menghulurkan bantuan kepada mangsa dalam kes kemalangan tersebut. Selepas itu, dia berasa sangat kesal kerana tamak dan mengabaikan mangsa yang meminta tolong. Analisis Tema Cerpen Plot cerita cerpen ini menerangkan satu fenomena yang terjadi di negara kita di mana rakyat negara ini tidak sanggup saling membantu dan hanya mementingkan keuntungan diri sahaja. Melalui kejadian mengutip wang kertas dan kematian mangsa kemalangan membayangkan sikap masyarakat pada hari ini. Tema yang dapat dibaca ialah sikap dingin masyarakat terhadap golongan yang perlu tangan bantuan. Tema sekunder menyatakan kenyataan kehidupan dan tekanan ekonomi menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu yang tidak rasional. Dia dalam cerpen ini masih mengambil berat terhadap mangsa dalam kemalangan itu tetapi disebabkan dia merupakan orang yang tipikal dan pentingkan wang juga dia tidak menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan. Tema sekunder ialah tekanan hidup. 94
Tema tertier ialah menyatakan bahawa kesedaran adalah sangat penting dan jangan melakukan kesalahan atau sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama dan pendidikan moral. Seperti dalam cerpen, dia mimpi ngeri kerana tidak membantu mangsa kemalangan dan dia disalahkan oleh hati dia sendiri. Kategori tema: Premier: melakarkan sikap dingin masyarakat terhadap kemalangan orang lain Sekunder: mengkritik sikap tamak manusia mendatangkan keburukan Tertier: memupuk sifat perikemanusiaan untuk kehidupan bahagia 4) Lif 电梯 Penulis: Xu Wei Chun 许为春 Gender: Lelaki Cerpen ini berkaitan dengan seorang lelaki yang mengalami kegagalan mencari pekerjaan untuk beberapa kali. Dia mengambil keputusan untuk memperbaiki kelemahan diri dan berusaha belajari bahasa Cina. Akhirnya dia berjaya diupah dan 40 tahun kemudian dia berjaya mendirikan syarikat sendiri. Analisis Tema Cerpen: 95
Cerpen ini menerangkan pengalaman seorang pemuda memohon perkerjaan tetapi tidak berjaya kerana tidak mengetahui bahasa Cina. Ini kemungkinan besar membayangkan isu semasa yang wujud di negara kita di mana kerajaan tidak membenarkan syarikat orang Cina menyiarkan iklan jawatan kosong di mana pemohon mesti mengetahui bahasa Cina. Tema cerpen ini adalah kepentingan bahasa Cina. Tema sekunder cerpen ini ialah bangsa selain bumiputra dan Melayu adalah susah menyertai pekerjaan kerajaan. Tema ini dapat dikesan dalam idea di mana penulis menyatakan bahawa orang Cina susah untuk mendapat pekerjaan kerajaan. Tema tertier ialah berusaha boleh mencapai cita-cita. Watak dalam cerpen ini pada mulanya merupakan seorang pemuda yang tidak dapat pekerjaan dan setelah mengambil tahu keperluan pasaran dan menambah nilai bagi diri sendiri melalui pembelajaran, akhirnya menjadi pengerusi bagi sebuah syarikat. Kategori tema: Premier: menerangkan punca pengangguran dalam negara Sekunder: menyatakan ketabahan hati boleh mengatasi masalah Tertier: mengatakan perjuangan yang berterusan diperlukan untuk mendapat kejayaan 96
5) Warna Anjing 狗的颜色 Penulis: Xie Zeng Ying 谢增英 Gender:Wanita Cerpen ini menceritakan seorang budak yang sangat berbakat dalam pelukisan tetapi malangnya ibunya tidak memupuk budak tersebut dengan menggunakan cara yang betul. Ini telah menyebabkan budak tersebut kehilangan minat untuk melukis. Analisis Tema Cerpen : Cerpen warna anjing untuk menyatakan satu konsep stereotaip dalam pendidikan seperti mendapat 10 A merupakan pelajar yang cemerlang. Dalam cerpen ini, kanak-kanak itu suka melukis dengan memilih warna yang tersendiri yang dapat menonjolkan keunikannya. Melalui pemilihan warna untuk anjing, dapat membayangkan pemikiran ibu bapa hari ini terhadap pendidikan anak mereka. Ibu bapa tidak memberikan kebebasan kepada para penuntut untuk mengembangkan bidang yang diminati. Ibu bapa memaksa anak mereka belajar kursus yang dianggap oleh mereka adalah bagus seperti ibu bagi kanak-kanak tersebut tidak membenarkan anaknya mewarnai anjing itu dengan warna-warni. Tema dalam cerpen ini adalah berkaitan dengan stereotaip dalam pendidikan. 97
Tema sekunder adalah pemaksaan terhadap kanak-kanak. Walaupun tema ini tidak jelas tetapi masih boleh dibaca melalui idea dalam cerpen yang disampaikan oleh penulis. Penulis menerangkan seorang kanak-kanak yang sangat suka melukis dan akhirnya menjadi benci kepada melukis. Pemaksaan berlaku kepada kanak-kanak dan akan menghancurkan kanak-kanak. Cikgu mengajar lukis yang pertama itu merupakan cikgu yang benar-benar bagi kanakkanak tersebtu, dan beliaulah orang yang menyelamatkan kanak-kanak itu dari dimusnah. Tema tertier tidak dapat dikesani. Kategori tema: Premier: mengkritik cara pendidikan yang tidak betul akan menghapuskan kebakatan seseorang Sekunder: menerangkan kanak-kanak dirampas peluang untuk membesar ikut kebakatan sendiri Tertier: tiada 6) Lambat 迟到 Penulis: Chen Hong Fu 陈宏富 Gender: Lelaki Cerpen ini menceritakan seorang pekerja bagi sesebuah syarikat telah lambat pergi ke tempat kerja disebabkan beliau membantu seorang makcik yang 98
memerlukan bantuan. Bos beliau terus memecat beliau tanpa menanyakan sebabnya. Sebenarnya makcik tua yang beliau membantu merupakan ibu kepada bosnya. Apabila bos mengetahui, bos berasa sangat malu. Analisis Tema Cerpen : Tema cerpen ini adalah merujuk kepada majikan yang tidak menghargai pekerja yang baik. Melalui plot cerita didapati bahawa, majikan tersebut adalah jahat dan tidak mengenang budi. Tema sekunder ialah kes ragut yang semakin berleluasa. Nenek dalam cerpen ini diragut lalu cedera. Tema tertier tidak dapat dikesani. Kategori tema: Premier: mengkritik sikap dingin yang diamalkan di kalangan masyarakat Sekunder:mengkritik kes peragut semakin meningkat Tertier: tiada 7) Kehilangan 流失 Penulis: Hong Zu Qiu 洪祖秋 99
Gender : lelaki Cerpen ini menceritakan mangsa kes ragut. Mangsa kes ragut merupakan seorang guru yang penuh dengan kasih sayang. Beliau menyayangi anak muridnya yang berasal dari latar belakang yang miskin. Pada suatu hari, beliau pergi beli sarapan untuk murid tersebut tetapi malangnya menimpa peragut. Peragut menolak cikgu tersebut ke dalam longkang, semua ini disaksi oleh anak murid tersebut dan murid tersebut dapat mengecam bahawa peragut itu merupakan bapanya. Analisis Tema Cerpen: Tema primer bagi cerpen ini sangat jelas menyatakan kerosakan dan kemusnahan yang dibawa oleh kes ragut. Ini menunjukkan keadaan di negara kita semakin tidak selamat. Kes ragut dalam cerpen ini dilakukan oleh seorang ayah bagi anak murid cikgu tersebut. Ini merupakan satu cara penulisan yang ironi. Tema sekunder bagi cerpen ini memujikan kemuliaan bagi seorang guru terhadap anak muridnya. Cikgu tersebut sangat simpati terhadap anak muridnya yang sanggup mencuri demi sekeping roti canai. Cikgu yang baik hati itu cuba memenuhi kemahuan anak muridnya dan pergi beli roti canai baginya. Mana 100
tahu, dalam perjalanan itu, Cikgu pula yang diragut dan akhirnya dihentam mati oleh peragut dengan kayu. Tema tertier dalam cerpen ini tidak dapat dikesani. Kategori tema: Premier: mengkritik kes ragut semakin meningkat Sekunder:memuji kemuliaan guru Tertier: tiada 8) Latar Belakang Yang Misteri 神秘的身世之迷 Penulis: Xu Xiao Ping 徐晓萍 Gender :Wanita Cerpen ini berkaitan dengan kes kecuaian yang berlaku di hospital dalam negara Malaysia di mana 2 bayi dari 2 keluarga yang berbangsa berbeza telah tertukar. Selepas berpuluh-puluh tahun kemudian baru kenyataan didedahkan. Analisis Tema Cerpen Cerpen ini menceritakan satu kisah benar yang berlaku di Malaysia. Tema primer bagi cerpen ini adalah menonjolkan kemuliaan cinta ibu bapa kepada anak-anak mereka tanpa mengira sama ada mereka ialah anak kandungan atau 101
tidak. Dalam cerpen ini, walaupun keluarga India tersebut mengetahui bahawa anak perempuan mereka bukan anak kandungan mereka tetapi mereka tetap sayang dia seperti dulu. Tema sekunder dalam cerpen ini ialah mengkritik kualiti hospital kerajaan. Kelalaian seperti ini bukan perkara yang biasa. Dalam negara kita, pihak hospital selalu mendapat aduan mengenai kakitangan hospital tidak cukup professional. Sifat dan amalan kurang mengambil berat di hospital bagi kakitangan hospital kerajaan selalu hangat dibincang dalam negara kita. Tema tertier yang ketiga ialah menonjolkan masyarakat majmuk dalam negara kita. Walaupun kedua-dua keluarga tersebut akhirnya mendapat anak perempuan kandungan mereka, tetapi kedua-dua keluarga ini masih mencintai anak prempuan yang tersilap ambil itu. Kedua-dua keluarga menjadi kawan karib selepas kejadian ini. Kedua-dua anak perempuan tersebut mempunyai dua ibu dan bapa dan kedua-dua pasang ibu dan bapa tersebut mempunyai dua anak perempuan. Walaupun bangsa, agama dan cara hidup berbeza tetapi percintaan mereka adalah sama. Kategori tema: Premier: memuji kemuliaan ibu bapa Sekunder: mengkritik sikap buruk kaki tangan hospital kerajaan Tertier: menunjukkan negara merupakan masyarakat majmuk 102
9) Pak Long 大叔公 Penulis:Lin Jian Rong 林建荣 Gender:Lelaki Cerpen ini berkaitan dengan cerita yang berlaku pada zaman anti komunis. Seorang yang digelarkan sebagai Pak Long telah dipilih sebagai penghulu untuk mengesan komunis. Beliau melaksanakan tanggungjwabnya dengan baik sekali. Selepas beliau meninggal dunia, didapati Pak Long mempunyai banyak bahan yang berkaitan dengan ajaran komunis. Analisis Tema Cerpen: Tema bagi cerpen ini adalah melakarkan keadaan masyarakat semasa tempoh anti komunis. Dalam cerpen ini, seorang ahli dari sebuah kampung dipilih sebagai penghulu dengan tujuan menyekat penerapan ahli komunis. Sesiapa yang didapati menyimpan buku komunis akan dihukum. Semua ahli kampung hidup dengan tidak tenteram. Pak Long yang bijak sana telah mengetuai pertumbuhan bagi kampung dan kampung tersebut berjaya diselamatkan. Tema sekunder dan tema tertier tidak dapat dikesani. 103
Kategori tema: Premier: melakarkan keadaan kehidupan semasa anti komunis Sekunder: tiada Tertier: tiada 10) Kelembutan Count Down 倒数的温柔 Penulis: Yu Yu Ting 余玉婷 Gender : Wanita Cerpen ini berkaitan dengan seorang ibu tunggal yang hidup bersama seorang anak perempuan. Anak perempuan yang sedang membesar itu tidak lagi manja dan rapat seperti dahulu dengan dia. Ibu tersebut mendapat kanser dan mungkin akan meninggal dunia selepas 3 bulan. Anak perempuan sedayaupaya memberi sokongan moral kepada ibunya. Analisis Tema Cerpen Cerpen ini menyentuh tema kemuliaan ibu di mana kasih sayang terhadap ibu tidak berubah walaupun anak perempuannya tidak menghargainya. Jurang generasi yang wujud antara ibu bapa dengan anak mereka adalah satu kenyataan yang mencerminkan hubungan ibu bapa dengan anak pada hari ini. 104
Tema sekunder yang terdapat dalam cerpen adalah mengenai sikap generasi muda pada hari ini. Mereka sombong dan tidak sanggup mengambil masa untuk mencapai cita-cita. Tema tertier yang dibayangkan ialah penyakit kanser telah menjadi sesuatu yang sangat umum di masyarakat. Kita perlu menghargaji satu sama lain bermula sekarang. Kategori tema: Premier: memuji kemuliaan ibu bapa Sekunder: melakarkan sikap remaja hari ini Tertier:menerangkan penyakit kanser semakin banyak 11) Mencari Orang Gila 寻找疯子 Penulis:Wang Zhen Ping 王振平 Gender:Lelaki Cerpen ini menceritakan seorang yang tidak siuman selalu mengganggu penduduk-penduduk di sesuatu kampung. Orang gila tersebut selalu berkata dan menjerit ingin mencari orang gila dalam kampung. Akhirnya orang gila tersebut ditembak mati oleh pihak polis. Analisis Tema Cerpen: 105
Tema cerpen ini adalah berkaitan dengan orang gila yang mencari orang gila. Orang gila yang bernama Darban tidak mengetahui bahawa dirinya merupakan orang gila dalam pandangan orang lain. Tema primer bagi cerpen ini adalah menyatakan masalah sosial di mana orang yang bermasalah menganggap orang lain pula yang bermasalah. Ini telah menjadi satu penyakit umum dalam masyarakat dan sosial di negara kita. Tema cerpen yang sekunder ialah berkaitan dengan sikap masyarakat terhadap orang yang tidak siuman. Darban dalam cerpen ini tidak pernah diberitahu bahawa dirinya yang merupakan orang gila itu, akibatnya dia mati ditembak. Tema sekunder yang dapat dikesan ialah masyarakat tidak cuba membantu golongan yang memerlukan bantuan. Cara untuk menyelesaikan golongan yang lemah ialah menghapuskan dia. Tema tertier dalam cerpen tidak dapat dikesani orang penyelidik. Kategori tema: Premier: menerangkan masalah sosial dan masyarakat Sekunder: mengkritik sikap dingin antara manusia Tertier:tiada 106
12) Henti Siaran 停播 Penulis : Zheng Shi Zhong 郑世忠 Gender : Lelaki Cerpen ini berkaitan dengan salah satu acara di dalam radio negara Malaysia telah diarahkan berhenti siarannya kerana telah dikatakan bercanggah dengan prinsip perundangan negara Malaysia. Penulis mengejek ahli politik melalui isu ini. Analisis Tema Cerpen: Tema primer cerpen ini ialah kerajaan menyekat kebebasan rakyat mengeluarkan pandangan ikhlas. Orang ramai yang menelefon mengeluarkan pendapat sendiri, akhirnya siaran tersebut diberhentikan kerana Datuk bandaraya berkata orang yang mengeluarkan pendapat kurang ajar dan akan menjejaskan imej. Tema sekunder yang dapat dikesan ialah mengejek kepalsuan politik dan hakikat dalam kehidupan telah dihiasi oleh kerajaan. Melalui pertuturan Datuk, timbalan dan jemaah timbalan bandaraya serta menteri-menteri dapat mengetahui hakikat ini. Tema tertier ialah mengkritik cara pentadbiran kerajaan yang ketinggalan zaman. Kerajaan tidak sanggup bersedia menerima krtikan dari rakyat sebaliknya menyekat kebabasan rakyat bersuara. 107
Kategori tema: Premier: mengkritik kerajaan menyekat kebabasan rakyat bersuara Sekunder:mengejek kepalsuan politik Tertier: mengejek cara pentadbiran pihak kerajaan yang ketinggalan zaman. 13) Kesan Cap 刻印 Penulis: Chen Fu Xiong 陈富雄 Gender : lelaki Cerpen ini berkaitan dengan seorang ibu yang telah banyak berjasa untuk keluarganya. Anak yang sibuk dengan pekerjaan menemani ibunya pergi ke Jabatan Pendaftaran untuk menukar MyKad. Dalam prosedur untuk mengecopkan ibu jari didapati ibunya kehilangan cap jari. Ini adalah disebabkan penggunaan sabun dalam masa jangka panjang. Anaknya berasa sangat bersalah kerana telah mengabaikan pengorbanan ibunya sepanjang berpuluhpuluh tahun ini. Analisis Tema Cerpen: Tema primer cerpen ini ialah memuji kemuliaan ibu. Ibu bekerja keras demi kebahagian anak, tetapi anak tidak mengenang budi, tidak mahu makan makanan yang disediakan, tidak menjaga keperluan ibu sehingga dia terkejut 108
melihat ibu jari emaknya kehilangan kesan cap. Tema sekunder cerpen ini ialah mengkritik sikap anak yang kurang mengambi berat terhadap ibu. Ibu meminta banyak kali supaya anaknya menghantar dia pergi menukar mykad tetapi anaknya selalu dalam kesibukan. Tema tertier ialah kesunyian yang dihadapi oleh seorang ibu. Ibu susah payah membesarkan anaknya tetapi anak tidak membalas budi. Tema yang ketiga ini ialah menyuruh sebagai anak perlu taat dan ambil berat terhadap ibu bapa. Kategori tema: Premier: memuji kemuliaan ibu Sekunder:melakarkan hubungan anak dengan ibu kurang erat Tertier: menyatakan anak perlu ambil berat terhadap ibu 14) Mimpi Ibu 母亲的梦 Penulis : Chen Li Si 陈丽思 Gender : Perempuan Cerpen ini berkaitan dengan seorang ibu yang meninggalkan anak dia untuk menyempurnakan impiannya. Anak-anak beliau tidak memahami impian ibu betapa penting bagi beliau. Mereka telah membenci ibu selama ini. Sehingga ibunya meninggal dunia barulah anak-anaknya menyedar ibunya sebenarnya merupakan seorang yang sangat berani untuk menyempurnakan impian dirinya. 109
Analisia tema cerpen: Tema primer cerpen ini ialah menyanjung pengorbanan seorang ibu dan sehingga pada akhir hayatnya, beliau sanggup meninggalkan anaknya untuk mengejarkan cita-cita padanya. Imej seorang ibu yang berani serta teguh untuk merealisasikan impiannya telah dilakarkan dalam cerpen ini. Walaupun harga yang dibayar untuk menyempurnakan impian dirinya itu adalah sangat mahal. Ibu telah menyebabkan anaknya marah terhadap dia kerana terpaksa meninggalkan anaknya dan pergi ke luar negara. Tema sekunder dalam cerpen ini adalah berkaitan dengan kehidupan bagi anak kehilangan ibu atau bapa adalah tidak sempurna. Dalam cerpen ini, anak lelaki bagi ibu tersebut telah membenci ibunya selama 30 tahun. Tema tertier dalam cerpen ini tidak dapat dikesani. Kategori tema: Premier: menerangkan pengorbanan ibu Sekunder: melakarkan kehidupan bagi anak kehilangan ibu atau bapa Tertier: tiada 15) Sama Akar 同根 Penulis: liu yu ling 刘玉玲 Gender : wanita 110
Cerpen ini berkaitan dengan isu yang ditimbulkan di Pengajian Tionghoa sebuah universiti. Terdapat 4 subjek yang diajar dalam universiti bagi kursus tersebut dengan menggunakan bahasa Malaysia. Ramai orang memandang rendah terhadap graduan dari pengajian tersebut. Penulis telah melakarkan keadaan temubual beliau. Analisis Tema Cerpen: Cerpen ini menceritakan isu pengajian Tionghoa di salah satu universiti di negara ini yang mengajar empat subjek dalam bahasa Malaysia. Sebenarnya masyarakat tidak mengenali jabatan ini dan ada salah faham terhadapnya. Tema primer cerpen ini adalah berkaitan dengan isu bahasa ibunda. Tema sekunder adalah berkaitan dengan sikap sombong bagi sesetengah orang. Segelintir orang itu menganggap dia yang paling bagus dan memandang rendah terhadap orang lain. Ini merupakan sikap yang sangat biasa terdapat di masyarakat. Tema tertier cerpen ini ialah mengenang budi dan menyuruh orang jangan lupa akar diri. Kategori tema: 111
Premier: menyedarkan kepentingan bahasa ibunda Sekunder: mengkritik sikap sombong Tertier: mengkritik orang yang tidak mengenang budi 16) Pencarian 寻觅 Penulis: Xia Hui Fang 夏惠芳 Gender : Wanita Cerpen ini berkaitan dengan seorang anak perempuan dengan ibunya. Ibunya sedang menunggu-nunggu kepulangan suaminya selama ini. Anak perempuannya tidak memahami perasaan ibunya. Ini menyebabkan anak perempuannya mempunyai fobia dalam percintaan. Dia takut dia akan mengulangyang dialami oleh ibunya. Apabila anak perempuan itu terjumpa dengan seorang lelaki dia berusaha untuk mengelakkan diri daripada lelaki tersebut akhirnya juga menerimanya kerana lelaki tersebut telah menunjukkan keikhlasannya. Analisis Tema Cerpen: Tema cerpen ini adalah berkaitan dengan cinta. Penulis percaya kepada cinta sudi dalam dunia ini. Melalui pertemuan antara watak utama dan seorang lelaki melakarkan cinta mereka yang utuh walaupun diserang oleh penyakit. Tema sekunder dan tema tertier tidak dapat dikesani. 112
Kategori tema: Premier: menerangkan cinta itu mulia Sekunder: tiada Tertier: tiada 17) Zodiak 生肖 Penulis: Huang Huai Le Gender: Wanita Cerpen ini mengkritik pemikiran kolot di kalangan masyarakat orang Cina di mana mereka percaya kepada zodiak. Anak yang dilahirkan tidak sepadan dengan zodiak bapa maka bapa itu melayannya dengan buruk sekali tetapi tidak sangka anak yang dikatakan akan membawa maut kepada bapa itu pula yang paling sayang serta taat kepada bapanya. Analisis Tema Cerpen: Tema ini mengkritik mereka yang terlalu percaya kepada zodiak.tema sekunder melakarkan cinta kanak-kanak terhadap ahli keluarga. Anak kedua itu walaupun tidak disukai oleh bapanya tetapi dia masih mencintai ahli keluarganya dengan hati yang suci. Tema tertier tidak dapat dikesani. Kategori tema: 113
Premier: mengkritik sikap mengamalkan kepercayaan tahyul di kalangan orang Cina Sekunder: memuji kasih sayang di kalangan kanak-kanak Tertier: tiada 18) Selekoh 转角 Penulis : Hu Yao Yi 胡耀仪 Gender: Wanita Cerpen ini menceritakan 2 mangsa dalam 2 kes ragut yang berlainan. Seorang mangsa merupakan penuntut Kolej Tunku Abdul Rahman yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Mangsa kedua ialah seorang bakal pengantin. Kedua-dua mangsa ini mempunyai masa hadapan yang cerah tetapi telah dihancurkan oleh peragut. Analisis Tema Cerpen: Tema cerpen adalah mengkritik kekejaman peragut. Tema sekunder adalah melakarkan cinta seseorang ibu terhadap anaknya. Tema tertier mengkritik ketidakupayaan pihak polis untuk menjaga keselamatan dalam negara. Kategori tema: 114
Premier: mengkritik kes ragut semakin meningkat Sekunder:mengkritik keselamatan negara semakin teruk Tertier: menggalakkan pemupukan semangat tolong-menolong. 19) Musim luruh yang berada dalam musim bunga 春天里的秋天 Penulis: Zhang Dai Wen 张代文 Gender : Lelaki Cerpen ini menceritakan seorang bapa yang berumur 50 tahun telah dipecat oleh syarikat. Dia berasa sangat kecewa dan tidak berani untuk memberitahu isterinya. Dia merancang untuk membunuh diri. Nasib baik isterinya datang berjumpa dengan dia dan menyatakan bahawa sanggup bersama mengatasi kesulitan ini. Analisis Tema Cerpen: Tema primer cerpen ini ialah memuliakan cinta di antara manusia. Tema sekunder dalam cerpen ini adalah tekanan kehidupan adalah semakin tinggi dan membunuh diri telah menjadi satu trend untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Tema tertier ialah kesusuahan dan cabaran kehidupan boleh dihadapi dan diselesaikan dengan wujudnya sokongan moral orang tercinta. 115
Kategori tema: Premier: memuji kemuliaan cinta Sekunder:melakarkan tekanan kehidupan Tertier: menyampaikan idea berat sama dipikul ringan sama dijinjing 20) Ferris Wheel Yang Sedih 悲伤的摩天轮 Penulis: Zhou Jin Cong 周锦聪 Gender: Lelaki Cerpen ini berkaitan dengan seorang budak yang ditinggalkan oleh bapanya sejak dari kecil lagi. Dia sangat rindu pada bapanya tetapi bapa tidak pernah datang menjenguk dia. Akhirnya mak dia membawa dia untuk menerima rawatan doktor. Analisis Tema Cerpen: Tema primer cerpen ini ialah pengaruh keluarga yang tidak sempurna terhadap seorang budak. Tema sekunder ialah cinta seorang budak terhadap bapanya dan tema tertier tidak dapat dikesani. Kategori tema: Premier: menyatakan kesulitan keluarga tunggal 116
Sekunder:menyatakan cinta seorang budak terhadap bapanya Tertier: tiada 21) Perjalanan Yang Terakhir 最后一程 Penulis: He Jun Yi 何俊毅 Gender: Lelaki Cerpen ini menerangkan kes ragut. Mangsa kes ragut ini merupakan seorang pelajar dan kematian beliau membawa kesengsaraan kepada ibu bapanya. Analisis Tema Cerpen: Tema primer cerpen adalah mengkritik kekejaman peragut. Tema sekunder adalah melakarkan cinta seorang ibu terhadap anaknya. Tema tertier mengkritik ketidakupayaan pihak polis untuk menjaga keselamatan dalam negara. Kategori tema: Premier: mengkritik kes ragut semakin meningkat Sekunder:memuji kemuliaan ibu Tertier: mengkritik keselamatan negara semakin merosot 117
22) Tangan Patah 断手 Penulis: Lin Zhen yao 林振耀 Gender : Lelaki Cerpen ini berkaitan dengan seorang pekerja yang telah patah tangan kerana kemalangan semasa bekerja. Prosedur untuk mendapat pampasan sangat melecehkan di mana memerlukan tandatangan orang yang dikatakan mempunyai status masyarakat yang tinggi. Mangsa dalam kes ini tidak dapat tandatangan dan selepas dia terjatuh sekali lagi dari tangga, dia menyuruh ahli keluarga hantar dia pergi ke tempat untuk dapat tandatangan dan bukan pergi hospital. Analisis Tema Cerpen: Tema primer cerpen ini ialah mengejek prosedur pihak kerajaan yang leceh. Tema sekunder ialah menceritakan kesusahan golongan miskin. Dan tema tertier ialah melakarkan golangan atasan yang takut untuk memikul tanggungjawab. Kategori tema: Premier: mengkritik prosedur kerajaan yang kurang efisien Sekunder:menyatakan kesusahan golongan bawahan Tertier: mengkritik sikap sambil lewa golongan atasan 118
23) Pergi Kuliah 上课 Penulis: Chen Jun Yu 陈钧钰 Gender Lelaki Cerpen ini mengkritik pihak kerajaan memaksa cikgu pergi mengikuti kursus dan menyebabkan anak murid tidak dapat mengikuti jadual pembelajaran yang sepatutnya. Cerpen ini mengkritik sikap kerajaan yang sentiasa melaksanakan program yang membazirkan wang serta tidak membawa sebarang faedah. Analisis Tema Cerpen: Tema primer mengkritik kerajaan melaksanakan projek yang tidak membawa faedah. Tema sekunder ialah memuliakan cikgu yang betul-betul ambil berat terhadap pelajar. Tema tertier ialah mengejek kerajaan tidak melakukan perkara dengan efisien dan efektif malahan mengganggu proses pengajaran guru yang sebenar. Kategori tema: Premier: mengkritik ketidakcekapan pihak kerajaan Sekunder:mengejek sikap guru yang tidak bertanggungjawab Tertier: menyatakan masalah pendidikan 119
4.3 MENGENALPASTI JUMLAH METAFORA MENGIKUT CERPEN. Untuk mengenalpasti jumlah metafora yang terdapat dalam buku cerpen Universiti Nanyang yang dikaji, penyelidik telah merujuk kepada teori yang dikemukan oleh Hawkes(1972:2) untuk mengesan metafora dalam 23 buah cerpen yang dikaji. Penyelidik mengesan metafora dengan mengfokus kepada ayat yang mempunyai perkataan seperti : seperti, ialah seumpama, iaitu, seolaholah dan sebagainya. Ada juga metafora terpendam dalam ayat, seperti metafora yang digunakan secara langsung dalam ayat tanpa kewujudan perkataan seperti, ialah, iaitu, seumpama, seolah-olah dan sebagainya. 4.4 METAFORA YANG TERDAPAT DALAM KELAS KATA NAMA DAN KELAS KATA SIFAT Metafora yang dikenalpasti itu dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan kelas kata nama, kelas kata sifat dan kumpulan kelas kata yang lain. Kumpulan kelas kata yang lain termasuk kata kerja, kata pembantu dan kelas kata yang selain kata nama dan kata sifat. 120
Jadual 4.1: Metafora yang terdapat dalam kelas kata nama dan kelas kata sifat Tajuk Cerpen Kata Nama Kata Sifat Kata Lain Jumlah 1 叶亚来之 死 6 1 1 8 Kematian Yap Ah Loy 2 永远的满天星 5 1 0 6 Baby s Breath Yang Abadi 3 意外 3 0 2 5 Kemalangan 4 电梯 3 3 4 10 Lif 5 狗的颜色 4 2 1 7 Warna Anjing 6 迟到 0 0 1 1 Lambat 7 流失 7 3 2 12 Kehilangan 8 神秘的身世之迷 0 0 0 0 Latar Belakang Yang Misteri 9 大叔公 3 1 2 6 Pak Long 10 倒数的温柔 3 3 1 7 Kelembutan Count Down 11 寻找疯子 1 0 0 1 Mencari Orang Gila 121
12 停播 3 0 0 3 Henti Siaran 13 刻印 3 2 0 5 Kesan Cap 14 母亲的梦 1 1 0 2 Minpi Ibu 15 同根 7 1 1 9 Sama Akar 16 寻觅 1 1 0 2 Pencarian 17 生肖 1 0 0 1 Zodiak 18 转角 1 0 0 1 Selekoh 19 春天里的秋天 3 3 0 6 Musim luruh yang berada dalam musim bunga 20 悲伤的摩天轮 4 2 1 7 Ferris Wheel Yang Sedih 21 最后一程 0 0 0 0 Perjalanan Yang Terakhir 22 断手 0 0 0 0 Patah Tangan 23 上课 0 0 0 0 Pergi Kuliah Jumlah 59 24 16 99 122
Jumlah metafora paling banyak terdiri daripada kelas kata nama iaitu sebanyak 59 metafora atau 59.59% daripada jumlah metafora. Metafora yang terdapat dalam kelas kata sifat agak banyak juga iaitu jumlahnya sebanyak 24 metafora atau 24.24% daripada jumlah 99 metafora yang ditemui. Metafora yang terdiri daripada kelas kata lain seperti kata kerja dan kata penentu adalah sebanyak 16 sahaja atau 16.16% daripada jumlah 99 metafora yang dapat dicari dari buku yang dikaji. Adalah munasabah dikatakan bahawa dalam penulisan cerpen yang terkandung dalam buku cerpen Universiti Nanyang 2006, cerpenis lebih cenderung untuk menggunakan metafora dari kelas kata nama dan juga kelas kata sifat. Ini berkemungkinan besar adalah disebabkan bahawa penggunaan metafora dalam kelas kata nama dan kelas kata sifat adalah paling biasa dalam penulisan cerpen dan adalah lebih senang untuk menyampaikan makna melalui metafora dari kedua-dua kelas kata tersebut. 123
4.5 PEMBAHAGIAN METAFORA KEPADA 3 KUMPULAN Metafora yang dikaji itu boleh dikelaskan kepada kumpulan yang berlainan. Hawkes (1972:2) telah membahagikan metafora kepada 3 kumpulan iaitu pengumpamaan, synecdoche dan metonimi. 4.5.1 PENGUMPAMAAN 比喻 Pengumpamaan ialah memberi contoh dengan menggunakan persamaan yang wujud di antara dua objek untuk membuat penerangan. Titik fokusnya adalah pada sifat atau nilai yang sama yang wujud pada kedua-dua objek yang ingin diterangkan. Kata laluan yang wujud dalam ayat ialah seperti, sama, macam dan perkataan lain yang membawa makna seperti. Contonya: Masa sembahyang adalah senyap seperti biarawati (Hawkes, 1972:2). 1) Seperti telah menuju ke dalam terowong sejarah 仿佛进入了历史的隧道 ( Cerpen Kematian Yap Ah Loy 叶亚来之 死 ) Makna denotasi: seperti melangkah ke dalam lorongan yang bersejarah Makna metafora: seperti memasuki tempat yang penuh dengan kenangan dan detik-detik sejarah Yap Ah Loy sedang mengenang balik peristiwa yang pernah berlaku semasa beliau bersusah payah mengembangkan Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengilang bagi bijih timah dan pernah melibatkan diri dalam peperangan Tengku Kudin. Semasa mengenang peristiwa-peristiwa silam seperti 124
beliau memasuki tempat atau kawasan yang penuh dengan kenangan dan detikdetik sejarah. 2) Berkecamuk seperti hatinya 像他的心一样乱 ( Cerpen Kemalangan 意外 ) Makna denotasi: struktur hati yang tidak tersusun. Makna metafora: merujuk kepada hati yang tidak tenteram. Semasa dia melihat banyak kertas wang berterbangan di depannya, keadaan itu berselerak. Penulis bertulis berselerak seperti hati dia. Makna metafora yang dibawa adalah menerangkan perasaan yang tidak tenteram. 3) Seperti terdengar suara gering dari deringan telefon 仿佛从电话铃声中听见那微弱的, 却非常痛苦的呻吟, 久久, 不去 ( Cerpen Kemalangan 意外 ) Makna denotasi: suara yang dikeluarkan kerana kesakitan dari deringan telefon. Makna metafora: suara menyalahkan dia dari mangsa yang telah meninggal dunia kerana tidak menghulurkan bantuan. Makna metafora merujuk kepada dia berasa sangat terkilan kerana tamakkan wang dan tidak memberi bantuan kepada mangsa kemalangan tersebut. Dia telah menggunakan wang yang dikutip di tempat kemalangan tersebut untuk membeli barangan seperti telefon bimbit, laptop, digital kamera 125
dan sebagainya. Setiap kali telefon bimbit itu berdering, dia berasa bunyi deringan itu seperti suara gering dari mangsa kemalangan tersebut. Ini menunjukkan bahawa dia berasa tidak tenteram dan bersalah. 4) Umpama mengucapkan selamat tinggal kepada emosinya yang sugul itu 仿佛是在为他逐渐低沉的心情倒数 ( Cerpen Lif 电梯 ) Makna denotasi: seperti sedang mengira balik bagi emosi yang semakin teruk. Makna metafora: penulis menggambarkan penurunan lif itu seperti emosi dia yang semakin tenggelam dan tidak puas hati. Masa depan watak utama dalam cerpen juga seperti lif, lif semakin menurun dan masa depannya semakin tidak memuaskan. Penulis cerpen ini menceritakan seorang lelaki yang berada dalam lif. Emosi dia sangat teruk kerana temuduga untuk mendapat kerja tidak berjaya. Ini menyebabkan perasaannya hampir tidak terkawal. Lif yang semakin menurun itu bagaji sedang count down untuk emosi yang semakin teruk bagi dia. 5) Sama seperti pencuri 像小偷一样 ( Cerpen Lif 电梯 ) Makna denotasi: sama seperti orang yang mencuri. Makna metafora: sama seperti pencuri yang menceroboh kehidupannya. 126
Watak dalam cerpen ini tidak dapat pekerjaan kerana dia tidak mengetahui bahasa Cina. Dia berasa geram kerana dia tidak pernah sangka bahasa Cina boleh menjadi satu perkara yang penting semasa dia pergi temuduga untuk pekerjaan. Bahasa Cina bagaikan pencuri yang telah mencerobohi kehidupannya. 6) Seolah-olah dia telah memilih satu jalan keluar ketika berada di kawasan terpinggir 像是他在苍茫荒野里选定了一条出路 ( Cerpen Lif 电梯 ) Kawasan pedalaman bermakna di keadaan yang konflik, memilih satu jalan untuk keluar bermakna telah membuat satu keputusan. Keputusan yang dilakukan oleh watak dalam cerpen ialah mengambil masa satu tahun untuk belajar bahasa Cina dan selepas itu datang balik untuk temuduga dan akhirnya watak utama itu berjaya dalam kejayaannya. 7) Teramat gembira seolah-olah mendapati bahawa pasar raya sedang mengadakan jualan murah 好像在百货公司看到大减价商品那么高兴 ( Cerpen Warna Anjing 狗的颜色 ) Makna denotasi: perasaan gembira sama seperti apabila melihat pasaraya membuat jualan murah. 127
Makna metafora: gembira seperti mendapati sesuatu yang hebat dan baik baginya. Apabila ibu bagi budak dalam cerpen ini mendapati anaknya pandai melukis dia gembira seperti didapati pasaraya sedang mengadakan jualan murah. Perasaan ibu tersebut adalah sangat gembira. Ini merupakan satu kebanggaan bagi ibu tersebut terhadap anaknya. 8) Sama seperti dunia kartun 就像卡通世界一样 ( Cerpen Warna Anjing 狗的颜色 ) Makna denotasi: nampaknya seperti dunia dalam cerita kartun Makna metafora: sama seperti dunia yang penuh dengan imaginasi dan daya kreativiti. Apabila budak dalam cerpen ini dihantar ke pusat melukis, cikgu yang mengajar lukisan itu menggalakkan budak itu melukis ikut hati sendiri. Pusat pelukisan tersebut cantik seperti dunia kartun, budak itu sangat suka akan pusat tersebut. 9) Berlari seperti siput babi di atas jalan raya 在路上蜗牛似的跑着 ( Cerpen Lambat 迟到 ) Makna denotasi: berlari sama halaju dengan siput babi. Makna metafora: halaju kereta adalah sangat rendah. 128
Penerangan : Watak utama dalam cerpen memandu dengan halaju yang rendah semasa berada di jalan raya. 10) Umpama cuka mengalir 仿佛有一段酸溜溜的醋流过 ( Cerpen Kehilangan 流失 ) Makna denotasi: Perasaan itu adalah seperti cuka. Makna metafora: Merujuk kepada perasaan yang susah hati. Seorang guru dirugut lalu ditolak ke dalam longkang. Semasa dia berada dalam longkang, dia berusaha untuk membuka matanya tetapi tidak berjaya. Dia terkenang anak muridnya yang miskin. Dia berasa simpati terhadap anak muridnya. Apabila melihat muka anak muridnya perasaan itu adalah sangat sedih hati seperti cuka mengalir dalam hatinya. 11) Seumpama tingkap yang ditutup dengan pelekat lalu memancarkan lorong 像是玻璃窗上黏了一层玻璃纸的天色 ( Cerpen Kehilangan 流失 ) Makna denotasi: menerangkan lorong yang tidak cerah. Makna metafora: menerangkan cuaca yang tidak baik, dan keadaan dalam lorongan tersebut adalah sangat gelap. 129
Cikgu dalam cerpen tersebut melangkah ke dalam lorong yang gelap di mana cuaca pada masa itu tidak berapa baik. 12) Seperti mencurahkan air 像泼水一样 ( Cerpen Lambat 迟到 ) Makna denotasi: seperti tindakan menuangkan air Makna metafora: menerangkan langit sudah berhujan dan hujan tersebut seperti tuangan air. Masa berlaku kes ragut sedang berhujan, titisan hujan seperti air mata. 13) Kesakitan yang dirasai seperti doktor gigi menggunakan penampal yang menusuk roh jiwa 像是用牙医螺旋钻直挫灵魂深处的痛楚 ( Cerpen Lambat 迟到 ) Makna denotasi: menerangkan keadaan doktor gigi menggunakan penampal Makna metafora: menerangkan perasaan yang sangat sakit. Cikgu yang diragut berasa sangat sakit seperti doktor gigi menggunakan penampal terus masuk ke dalam roh jiwa membawa makna metafora di mana kesakitan yang tidak mampu ditanggung dan kesakitan tersebut mampu membunuh cikgu tersebut. 130
14) Seperti tepi pantai yang terhakis 像被侵蚀的海岸线 ( Cerpen Lambat 迟到 ) Makna denotasi: rupa adalah seperti tepi pantai yang telah dihakis Makna metafora:kehancuran dibawa kepada sesuatu akibat tindakan sama yang berterusan. Dalam cerpen ini, ayat ini digunakan untuk menerangkan hati baik seorang cikgu sama ada sifat baik tersebut akan dikekalkan atau akan terhakis ikut masa seperti tepi pantai yang dihakis. 15) Seperti zaman mudanya dahulu 如当年他年轻时一样 ( Cerpen Pak Long 大叔公 ) Makna denotasi: serupa dengan masa zaman muda Makna metafora:merujuk kepada kekuatan seseorang adalah seperti dahulu, dan orang tersebut sangat rindu masa muda dahulu. Pak Long dalam cerpen ini masih degil seperti masa muda lagi. Di sini penulis menerangkan bahawa Pak Long itu sangat rindu terhadap masa mudanya. 16) Seperti arang yang telah dibakar membara 像煤炭被烧红似 的 131
(Cerpen Mencari Orang Gila 寻找疯子 ) Makna denotasi: merujuk kepada arang yang telah dibakar lama Makna metafora:menerangkan bahawa seseorang itu sangat marah. Penerangan : Ayat ini dipetik daripada ayat mata Tarban seperti arang yang dibakar hangat. Di sini, penulis menerangkan bahawa Tarban itu berada dalam keadaan yang sangat marah. 17) Seperti gasing yang sedang berputar-putar 像旋转的陀螺 ( Cerpen Kesan Cap 刻印 ) Makna denotasi: merujuk kepada keadaan gasing yang sedang berpusing Makna metafora: bermakna seseorang itu berada dalam keadaan pening kepala Otak seperti gasing yang sedang berputar bermakna watak dalam cerpen ini berasa sangat pening kepala terhadap perkara remeh dalam kehidupan. 18) Seperti bola yang dikejar oleh kucing 像一粒被花猫追逐的足球 ( Cerpen Kesan Cap 刻印 ) Makna denotasi: merujuk kepada keadaan seekor kucing sedang mengejar bola. Makna metafora: merujuk kepada pemikiran yang bercelaru, hati yang tidak tenteram. Penerangan : 132
Watak dalam cerpen ini berasa hati tidak selesa dan tidak tenteram. 19) Seperti sewaktu dia menunjukkan buku kemajuan yang perlu ditandatangani kepada ibunya pada suatu ketika dahulu 像当年他指着成绩单上的家长签名处给母亲看 ( Cerpen Kesan Cap 刻印 ) Makna denotasi: merujuk kepada penulis terkenang perkara silam di mana ibunya dipanggil menandatangani buku kemajuannya. Makna metafora: penulis berasa masa berlalu dengan cepat dan perkara silam telah pergi jauh dari dia, dan ibunya sudah semakin tua. Watak berasa sangat menyesal kerana dia tidak mengambil berat tentang ibu yang semakin tua. Apabila menemani ibu pergi ke Jabatan pendaftaran untuk menukar kad pengenalan baru, pegawai menyuruh ibunya melatakkan tangan ke alat biasan baru dia terkenanag dengan masa kecil dia juga pernah merujuk tempat pada buku kemajuan dan menyuruh ibu jatuhkan tandatangan di tempat tersebut. 20) Seperti dililit oleh rotan 像被蔓藤勒住 ( Cerpen Kesan Cap 刻印 ) Makna denotasi: merujuk keadaan yang diikat rotan Makna metafora: merujuk kepada perasaan yang sedih dan terkilan 133
Anak kepada ibu dalam cerpen ini terkejut terlihat cap jari kehilangan kesan jari, ini adalah disebabkan ibunya sejak dari dia kecil lagi cuci baju dengan tangan dan kesan jari telah dihancurkan kerana penggunaan sabun yang kerap. Hatinya seperti diikat oleh rotan, merujuk betapa sakit hati dia. 21) Seperti polis mendapatkan keterangan daripada tertuduh 像警官对罪犯严刑逼供 (Cerpen:sama akar 同根 ) Makna denotasi: merujuk kepada keadaan polis bertanya kepada penuduh untuk mendapatkan keterangan. Makna metafora: merujuk kepada keadaan seperti telah berbuat salah dan tidak dihormati. Merujuk kepada keadaan tersebut sangat serius dan watak tidak berasa dihormati. 22) dalam seperti sebuah perigi 深得像一口井 ( Cerpen Ferris Wheel Yang Sedih ) Makna denotasi: sesuatu adalah sangat mendalam seperti sebuah perigi. Makna metafora: menerangkan mata seseorang mendalam seperti sebuah perigi merujuk kepada orang itu mempunyai banyak pengalaman yang pedih dalam kehidupan. 134
Dalam cerpen ini, watak bapa itu diterangkan sebagai seorang yang mendiam dan daripada matanya anak dapat membaca pengalaman kehidupan bapanya yang tidak menggembirakan. 4.5.2 SYNECDOCHE 借代 Perkataan synecdoche berasal dari perkataan Yunani synekdechesthai yang bermakna menerima dan menggabungkan ( to receive jointly ). Proses pemindahan bagi objek yang disebutkan itu akan memindahkan elemen yang unik dari objek tersebut kepada objek yang lain. Contohnya: 10 tangan merujuk kepada 10 orang. (Hawkes:1972:3) 1) Biji benih 种子 ( Cerpen Baby s Breath Yang Abadi 永远的满天星 ) Makna denotasi: bijih benih merujuk kepada anak benih tumbuh-tumbuhan. Contohnya anak benih dalam buah betik. Makna metafora: bijih benih membawa makna metafora yang merujuk kepada harapan Bijih benih ialah anak benih bagi tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan boleh membiak melalui anak benih. Generasi yang baru itu boleh dipupuk demi menyemai bijih benih. Perkataan bijih benih membawa makna harapan. Cerpen ini berkaitan seorang ibu yang mengandung menyemai bijih benih 135
Baby s Breath, tindakan ini menunjukkan bahawa anak dalam kandungan itu adalah harapan bagi ibu tersebut, dan beliau menyemai bijih benih dan menunggu bijih benih itu bertumbuh seperti beliau menunggu kedatangan anaknya. 2) Dia 他 ( Cerpen Kemalangan 意外 ) Makna denotasi: merujuk kepada pihak ketiga. Makna metafora: merujuk kepada golongan masyarakat yang tamak serta tidak menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukannya. Cerpen ini menerangkan seorang lelaki yang terjumpa satu kes kemalangan jalan raya. Dia tidak diberikan nama dalam cerpen ini. Sepanjang cerpen ini, panggilan watak utama hanya dia sahaja. Penulis mengkritik golongan masyarakat yang tamak dan tidak rela membantu orang lain seperti dia dalam cerpen ini. Pihak yang terlibat dalam kes kemalangan ialah kereta yang menghantar wang serta sebuah lori besar. Wang kertas berterbangan dan ramai orang turun dari motosikal serta kereta untuk mengutip wang kertas. Dia juga berbuat demikian. Tiba-tiba dia terdengar ada orang meminta tolong, rupanya mangsa belum mati lagi, tetapi dia tidak menelefon kepada 999 kerana dia anggap mesti ada orang lain akan membuat panggilan kepada polis. Hari keesokan dia membaca surat khabar dan didapati mangsa dalam kemalangan itu meninggal dunia kerana tidak ada orang menghulurkan bantuan dan orang 136
ramai hanya mengutip wang kertas sahaja. Dia berasa menyesal dan rela tidak pernah mengutip wang kertas tersebut. Penulis menggunakan dia dan tidak berikan nama kerana dia ini boleh ialah sesiapa pun jika kita bertindak seperti dia, maka, kitalah merupakan dia juga. Makna metafora ini memberi kritikan yang tajam. 3) Warna ungu warna biru warna merah warna hijau 蓝色紫色红色青色 ( Cerpen Kemalangan 意外 ) Makna denotasi: merujuk kepada warna ungu, biru, merah dan hijau. Makna metafora: merujuk keapda wang kertas RM100,RM50, RM 10 dan RM 5. Penulis cerpen ini menggunakan warna untuk mewakili wang kertas yang bernilai berlainan. 4) Batu yang besar 大石头 ( Cerpen Lif 电梯 ) Makna denotasi: merujuk kepada batu yang bersize besar. Makna metafora: merujuk kepada halangan besar Halangan besar dalam cerpen ini ialah kekurangan dalam penguasaan bahasa Cina yang telah menjadi syarat penting untuk mendapat sesuatu pekerjaan. 137
5) Bobby 波比 ( Cerpen Warna Anjing 狗的颜色 ) Makna denotasi: kata nama khas Makna metafora: merujuk kepada nama seekor anjing. Dalam cerpen ini, penulis tidak menyatakan Bobby itu seekor anjing, tetapi disebabkan penggunaan nama ini pada seekor anjing sudah menjadi biasa, apabila pembaca membaca ayat akhirnya saya mengambil keputusan untuk melukis Bobby di rumah secara automatik pembaca dapat tahu bahawa Bobby yang dikatakan itu ialah seekor anjing. 6) Suasana Tahun Baru Cina yang tidak berseri lagi 失色的新春 ( Cerpen Pak Long 大叔公 ) Makna denotasi: tahun baru Cina yang tidak ada sebarang warna Makna metafora:tahun baru Cina yang hilang maknanya Dalam cerpen ini, semua penduduk dilarang untuk menyimpan kain warna merah untuk mengelakkan penduduk membuat bendera komunis. Makna semua penduduk tidak menggunakan warna merah untuk menghiaskan rumah walaupun pada masa Tahun baru Cina. Makna penggunaan merah dalam tahun baru Cina pada kali itu telah hilang dan tidak bermakna lagi menyambut tahun baru Cina bagi tahun tersebut. 138
4.5.3 METONIMI 转喻 Perkataan metonimi berasal dari perkataan Yunani metonymia yang terdapat daripada meta yang bermakna berubah dan onoma yang bermakna nama. Nama bagi objek yang ingin disebutkan akan digantikan dengan nama objek yang lain. Metonimi ini selalunya melibatkan personifikasi. Contohnya Mahkota mewakili Monarki (Hawkes, 1972:3). 1) Yap Ah Loy 叶亚来 ( Cerpen Punca Kematian Yap Ah Loy 叶亚来之死 ) Makna denotasi: nama seorang kapitan yang terkenal dalam sejarah perkembangan Kuala Lumpur. Makna metafora: mewakili jasa orang Cina terhadap perkembangan dalam Kuala Lumpur. Cerpen Kematian Yap Ah Loy, telah menerangkan Yap Ah Loy hidup semula dan pergi melawat Kuala Lumpur yang moden. Jalan Yap Ah Loy telah berubah kepada Lorong Yap Ah Loy. Yap Ah Loy berasa sangat kecewa kerana jasa beliau tidak dikenangi dan beliau berkata bahawa beliau akan mati dalam sejarah. Yap Ah Loy merupakan kapitan yang terkenal kerana telah berusaha mengembangkan Kuala Lumpur tetapi penulis buku sejarah satu tahun demi satu tahun mengurangkan penerangan terhadap beliau dalam buku sejarah dan cuba 139
melupakan jasa baik beliau. Tindakan ini telah menimbulkan kritikan yang hebat dari masyarakat orang Cina. Yap Ah Loy membawa makna metafora iaitu mewakili simbol bagi jasa orang Cina terhadap tanah Melayu dalam cerpen ini. 2) Menara Berkembar 双塔楼 (cerpen Punca Kematian Yap Ah Loy 叶亚来之死 ) Makna denotasi: merujuk kepada Tower Berkembar Kuala Lumpur Makna metafora: merujuk kepada zaman moden pada kini. Cerpen Kematian Yap Ah Loy menerangkan Yap Ah Loy sampai ke Kuala Lumpur yang moden pada hari ini. Semasa beliau tiba di Kuala Lumpur, beliau meninjau kepada Tower Berkembar Kuala Lumpur. Yap Ah Loy merupakan orang zaman dulu dan Tower Berkembar merupakan bagunan moden zaman ini. Kontra antara orang zaman dulu dengan bangunan moden zaman ini telah digambarkan melalui penggunaan teknik metafora dalam penulisan cerpen ini. 3) Gunung Janda China 中国寡妇山 ( Cerpen Baby s Breath Yang Abadi 永远的满天星 ) Makna denotasi: merujuk kepada sebuah gunung yang terdapat di China Makna metafora: merujuk kepada nasib seseorang wanita yang ditinggalkan oleh suaminya. 140
Gunung Janda China menceritakan sebuah lagenda yang berkaitan dengan seorang gadis kahwin dengan seorang lelaki dan pasangan suami-isteri ini terpaksa berpisah kerana suami itu hendak pergi berlayar, tinggal isteri yang mengandung di kampung. Isteri itu setiap hari memanjat ke sebuah gunung dan meninjau ke laut sambil menunggu kepulangan suaminya. Akhirnya, suatu hati, isteri itu tidak lagi turun dari gunung tersebut. Orang kampung itu memanjat ke gunung mencari dia, mereka tidak berjaya dan hanya berjumpa dengan sebuah batu besar yang berdiri di atas gunung dan rupa bentuk batu itu seperti seorang gadis yang sedang mengandung. 4) Bahasa yang berbunga-bunga 花语 ( Cerpen Baby s Breath Yang Abadi 永远的满天星 ) Makna denotasi: merujuk kepada bahasa yang dikeluarkan oleh bunga Makna metafora: merujuk kepada bahasa yang dikeluarkan oleh ibu disebabkan terlalu rindu terhadap suaminya. Watak ibu dalam cerpen ini merupakan seorang yang sedang mengandung dan sangat rindu terhadap suami yang tidak balik-balik lagi. Ibu tersebut selalunya membaca buku yang berkaitan dengan penanaman bunga. Beliau banyak menanam bungan Baby s Breath. Apabila beliau berasa sangat rindu terhadap suaminya, beliau akan menulis pepatah perkataan dalam buku tersebut. Bahasa bunga di sini merujuk kepada tulisan ibu yang penuh dengan perasaan rindu terhadap suaminya. 141
5) 999 ( Cerpen Kemalangan 意外 ) Makna denotasi: merujuk kepada nombor 999 Makna metafora: merujuk kepada pihak polis atau mendapatkan pertolongan. 999 merupakan kumpulan nombor yang popular di negara kita. Jika berlaku kemalangan, 999 akan dipanggil untuk mendapatkan pertolongan daripada pihak polis, bomba dan sebagainya. 999 telah diberikan makna metafora merujuk kepada pihak polis atau cara yang boleh mendapat pertolongan. 6) Mangkuk nasi besi 铁饭碗 ( Cerpen Lif 电梯 ) Makna denotasi: merujuk kepada mangkuk nasi yang dibuat daripada besi. Makna metafora:merujuk kepada pekerjaan di bidang kerajaan, kerana bekerja sebagai pegawai kerajaan tidak akan dipecat. Penerangan : Watak utama dalam cerpen ini tidak dapat pekerjaan dari pihak swasta kerana dia tidak berupaya bertutur bahasa Cina. Kawan dia menasihati supaya dia pergi memohon menjadi pegawai kerajaan. Dia berasa bekerja untuk kerajaan gaji murah dan jawatan tinggi tidak dapat disanjung oleh orang bukan bangsa Melayu. 142
7) Warna anjing 狗的颜色 ( Cerpen Warna Anjing 狗的颜色 ) Makna denotasi: merujuk kepada warna pada badan anjing. Makna metafora: merujuk kepada stereotaip terhadap sesuatu perkara. Anjing itu hanya boleh diwarnai hitam, coklat dan putih. Jika seorang kanak-kanak mewarnai anjing itu kepada 7 warna yang berlainan maka dia akan dianggap sebagai seorang yang tidak mahir untuk memilih warna. Cerpen ini menceritakan dalam pendidikan kanak-kanak selalu dipaksa oleh ibu bapa mereka melakukan apa yang dikehendaki oleh ibu bapa tanpa menimbangkan perasaan kanak-kanak itu sendiri. 8) Spiderman 蜘蛛侠 ( Cerpen Warna Anjing 狗的颜色 ) Makna denotasi: merujuk kepada watak dalam kartun. Makna metafora: merujuk kepada orang yang luar biasa atau berlainan dengan orang biasa. Ibu bapa memuji wayang spiderman sangat bagus, mereka boleh terima orang yang berwibawa dan mempunyai kuasa luar biasa tetapi tidak boleh terima lukisan di mana anjing itu bukan warna hitam, putih atau coklat tetapi berwarnawarni. 143
9) Superman 超人 ( Cerpen Warna Anjing 狗的颜色 ) Makna denotasi: merujuk kepada salah satu watak dalam kartun. Makna metafora: merujuk kepada manusia yang mempunyai kebolehan yang luar biasa. Ibu bapa dalam cerpen ini hanya terima gaya imaginasi yang terpapar di dalam wayang. Mereka boleh menikmati imaginasi yang diperolehi dalam wayang tetapi tidak membenarkan anak mereka mengembangkan daya kreativiti dalam kehidupan sebenar. Teknik penulisan ini sangat ironi. 10) Harimau kertas 纸老虎 ( Cerpen Pak Long 大叔公 ) Dipetik daripada ayat Komunis ialah harimau kertas. Makna denotasinya ialah harimau yang diperbuat daripada kertas, makna metafora ialah tidak mempunyai kuasa sebenar. Ayat disini mengejek bahawa komunis itu tidak mampu melakukan apa-apa. 11) Sokongan semanga t 精神支柱 ( Cerpen Kelembutan Count Down 倒数的温柔 ) Makna denotasi: tidak dapat ditakrifkan bagi makna denotasi. 144
Makna metafora: merupakan satu pergantungan bagi seseorang Dalam cerpen ini menerangkan seorang ibu yang saling bergantungan dengan anak perempuannya. Apabila anak perempuannya telah dewasa, dia selalu menonton televisyen, televisyen telah menjadi alat pergantungannya dalam kehidupan, penulis menggunakan tiang semangat untuk menakrifkan keadaan ini. 12) Golongan strawberi 草莓族 ( Cerpen :Kelembutan Count Down 倒数的温柔 ) Makna denotasi: merujuk kepada kumpulan strawberi Makna metafora:merujuk kepada pemuda-pemudi yang dilahirkan selepas 1980- an, kerana golongan pemuda-pemudi ini dianggap adalah golongan yang senang rosak seperti strawberi dan tidak hendak berusaha atau bersusah payah untuk mendapat kejayaan dan hanya mementingkan materialistik. Penerangan : Golongan strawberi ialah satu perkataan baru yang dihasilkan dari Taiwan untuk menerangkan golongan pemuda-pemudi yang hanya mementingkan keseronokan dalam kehidupan dan tidak berupaya berusaha untuk mendapat kejayaan. 145
4.6 METAFORA DALAM BENTUK TAJUK, AYAT DAN TEMA Dalam penyelidikan ini, didapati terdapat metafora yang wujud pada tahap tajuk, ayat dan juga temanya. Penyelidik telah membahagikan metafora kepada 3 kategori iaitu metafora yang wujud dalam bentuk tajuk, metafora yang wujud dalam bentuk ayat dan juga metafora yang wujud dalam bentuk tema. 4.6.1 METAFORA DALAM BENTUK TAJUK 1) Kematian Yap Ah Loy 叶亚来之死 ( Cerpen Kematian Yap Ah Loy 叶亚来之死 ) Tajuk ini membawa makna metafora. Kematian yang dirujuk di sini bukan kematian orang yang dinamakan Yap Ah Loy tetapi ialah jasa baik Yap Ah Loy telah dilupai pada hari ini. Perkataan Yap Ah Loy membawa makna metafora di mana ia merujuk kepada sumbangan masyarakat Cina dalam mengembangkan Tanah Melayu. Kematian merujuk kepada kehilangan kenangan dalam catatan tentang sumbangan yang diberikan. 2) Baby s Breath Yang Abadi 永远的满天星 ( Cerpen: Baby s Breath Yang Abadi 永远的满天星 ) 146
Baby s Breath merupakan nama bagi sejenis tumbuhan yang mempunyai bunga warna putih yang kecil. Baby s Breath di sini merujuk kepada cinta seorang ibu terhadap anaknya. Tumbuhan tidak akan menjadi abadi, kata sifat abadi merujuk kepada cinta ibu terhadap anak yang tidak akan berubah. 3) Warna anjing 狗的颜色 ( Cerpen Warna Anjing 狗的颜色 ) Tajuk cerpen ini pada permukaan merujuk kepada warna pada anjing tetapi makna metafora ialah merujuk kepada stereotaip yang ada pada ibu bapa. Ibu bapa mendapati bahawa anak mereka melukis seekor anjing yang berwarnawarni maka mereka cuba menahan anak mereka berbuat demikian. 4) Musim luruh yang berada dalam musim bunga 春天里的秋天 ( Cerpen Musim luruh yang berada dalam musim bunga 春天里的秋天 Musim luruh merujuk kepada konflik yang dihadapi dalam kehidupan. Musim bunga merujuk kepada keluaraga yang bahagia. Dalam keluarga yang bahagia mempunyai konflik yang tertentu. Tidak ada apa yang sempurna. Walaupun menghadapi konflik asalkan ahli keluarga pikul bersama maka kehidupan bahagia masih boleh diteruskan. 5) Ferris Wheel Yang Sedih 悲伤的摩天轮 147
( Cerpen Ferris Wheel Yang Sedih 悲伤的摩天轮 ) Ferris Wheel mewakil impian kanak-kanak, impian sebenarnya sesuatu yang manis tetapi dalam cerpen ini impian kanak-kanak itu adalah pahit rasanya. Pada zaman kecil lagi, ayah kepada budak dalam cerpen menanya sama ada dia hendak main Ferris Wheel atau main kuda berpusing. Selepas dia memilih Ferris Wheel, ayah dia telah bercerai dengan ibunya dan sejak itu dia tidak pernah lagi bermain Ferris Wheel. Ini meninggalkan kenangan yang pedih kepada budak tersebut. 4.6.2 METAFORA DALAM BENTUK AYAT 1) Bagajimana sejarah akan menilainya 历史会如何评价他 ( Cerpen Kematian Yap Ah Loy 叶亚来之死 ) Perkataan menilai merupakan kata kerja. Selalunya manusia atau benda hidup yang boleh melakukan sesuatu kerja. Dalam ayat ini, penulis menggunakan sejarah yang akan menilai dia. Sejarah di sini membawa makna metafora di mana ia merujuk kepada golongan yang cuba mengubah kenyataan sejarah semasa dalam proses penulisan buku teks sejarah. Perkataan dia merujuk kepada Yap Ah Loy dan makna metafora yang dibawa ialah jasa dan sumbangan orang Cina terhadap perkembangan negara ini. 148
1) Aku akan mati terkubur dalam sejarah 我会死在历史里 ( Cerpen Kematian Yap Ah Loy 叶亚来之死 ) Seseorang itu boleh mati dalam satu kemalangan, dalam sasuatu kejadian, tetapi penulis cerpen ini berkata Saya akan mati dalam sejarah. Saya di sini merujuk kepada Yap Ah Loy, Yap Ah Loy mati dalam sejarah, ayat ini membawa makna metafora yang mempunyai maksud jasa dan sumbangan Yap Ah Loy tidak lagi tercatat dalam sejarah negara ini. Maka tidak akan diketahui oleh generasi yang baru tentang jasa dan sumbangan beliau, maka beliau akan dilupai akhirnya beliau akan mati dalam sejarah, iaitu hilang dalam catatan sejarah. 2) Apabila bayangan orang semakin menghilang dalam pandangan 当人们的影子越来越细长时 ( Cerpen: Baby s Breath Yang Abadi 永远的满天星 ) Bayangan orang semakin kurus dan panjang merujuk kepada keadaan yang semakin gelap. Apabila matahari telah terbenam, bayangan orang di bawah cahaya matahari akan menjadi semakin kurus dan panjang. Penulis menggunakan ayat yang mempunyai sifat figuratif untuk menyampaikan makna metafora bagi teks ini. 149
3) Baby s Breath sebenarnya berada dalam hati ibu 满天星其实一直在母亲心里 ( Cerpen: Baby s Breath Yang Abadi 永远的满天星 ) Bunga Baby s Breath tidak akan berada dalam hati seseorang. Ayat ini membawa makna metafora di mana merujuk kepada percintaan ibu terhadap anaknya adalah kekal lama dan sentiasa wujud bagi seorang ibu. 4) Menyentuh maruah diri yang berharga yang dikunci di dalam hatinya 甚至摸到了他锁在心房里宝贵的尊严 ( Cerpen Lif 电梯 ) Maruah diri seseorang tidak dapat dikunci dalam hati. Penulis menggunakan metafora kunci untuk menerangkan sikap ego yang terpendam dalam hati watak utama. 5) Walaupun mangkuk itu diperbuat daripada besi tetapi isipadunya tidak besar, tidak boleh mengisi nasi seberapa 碗虽是铁铸的却低而浅, 盛不了多少饭呀 ( Cerpen Lif 电梯 ) 150
Mangkuk yang diperbuat daripada besi merujuk kepada pekerjaan kerajaan. Isipadu tidak besar bermakna gaji yang beri itu murah, tidak boleh mengisi nasi seberapa bermakna wang diperolehi itu tidak cukup untuk menampung kehidupan. 6) Mangkuk nasi yang besar dan berisipadu luas adalah terhad, tidak sampai giliran dia ambil 而那些高深的大饭碗却有限, 也轮不到他来端 ( Cerpen Lif 电梯 ) Mangkuk nasi yang besar merujuk kepada jawatan yang tinggi. Jawatan yang tinggi dalam pihak kerajaan adalah terhad dan tidak ada peluang untuk watak dalam cerpen memegang jawatan tersebut. Penulis mengguna mangkuk nasi yang besar merujuk kepada jawatan yang tinggi, tidak sampai giliran dia ambil merujuk kepada tidak ada peluang bagi dia menyanjung jawatan tersebut. 7) Gunakanlah warna yang kamu suka untuk melukis 用你喜欢的颜色来上色 ( Cerpen Warna Anjing 狗的颜色 ) Makna permukaannya ialah menggalakkan penggunaan warna yang disukai untuk melukis, makna metafora ialah menggalakkan seseorang mengembangkan bidang yang disukai. 151
8) Air mata yang berwarna biru 蓝色的泪水里 ( Cerpen Warna Anjing 狗的颜色 ) Biru mewakili perasaan yang sedih. Manusia mengalirkan air mata dalam 2 jenis keadaan, terlalu gembira dan terlalu sedih. Air mata yang berwarna biru membawa makna metafora di mana merujuk kepada menangis kerana terlalu sedih. 9) Langit tiba-tiba membalikkan muka 天突然回过脸来 ( Cerpen Kehilangan 流失 ) Teknik personifikasi telah digunakan dalam ayat ini. Langit membalikkan muka membawa makna metafora di mana cuaca tiba-tiba berubah dari hujan renyai-renyai kepada hujan lebat. 4.6.3 METAFORA DALAM BENTUK TEMA 1) Cerpen Baby s Breath Yang Abadi 永远的满天星 Tema cerpen ini menerangkan sebuah berita yang berkaitan dengan tanah runtuh. Kes tanah runtuh ini berlaku di Sabah dan mangsa kes ini ialah seorang wanita yang sedang hamil. Seluruh cerpen ini tidak menyatakan 152
percintaan ibu terhadap anaknya tetapi hanya menceritakan betapa suka hati ibunya menanam bunga Baby s Breath untuk anak yang belum dilahirkan. Ibu selalu bertutur dengan kandungannya tetapi anak itu tidak berupaya menjawab kerana anak tersebut belum dilahirkan lagi. Seluruh cerpen ini menceritakan baby breath dan ibu tetapi tidak menyatakan percintaan ibu terhadap anak. Melalui metafora, tema yang ingin disampaikan sebenarnya ialah percintaan ibu terhadap anak dan bukan menceritakan Baby s Breath. Cerpen ini sangat mengharukan. 2) Cerpen Warna Anjing 狗的颜色 Cerpen ini menceritakan seorang budak yang suka akan melukis. Dia melukis anjing yang berwarna-warni, kucing yang mempunyai sayap. Apabila ibu bapa mengetahui bahawa budak ini mempunyai bakat dalam pelukisan maka mereka hantar dia ke satu pusat melukis belajar lukisan. Cikgu selalu memuji dia kerana dia gunakan warna yang dia suka untuk melukis tetapi ibunya tidak suka akan cikgu tersebut. Akhirnya, ibu menghantar dia ke pusat melukis yang berlainan, di situ, cikgu tidak membenarkan budak itu mewarnakan langit warna merah, melukis anjing berwarna-warni, daya kreativiti budak itu dihancurkan. Sebelum budak meninggalkan pusat melukis yang pertama dia melukis satu lukisan hadiah kepada cikgu dia. Akhirnya lukisan yang penuh dengan daya imaginasi itu mendapat anugerah antarabangsa. Seluruh cerita tidak berkaitan dengan 153
pendidikan; hanya fokus kepada budak yang suka akan melukis tetapi ibu bapa yang telah menghancurkan potensinya dengan mengehadkan anaknya melukis ikut stereotaip yang ada pada mereka. Tema cerpen ini adalah metafora pada permukaan penulis menceritakan pengalaman seorang budak belajar melukis tetapi pada hakikatnya menerangkan ibu bapa yang tidak menggunakan cara yang betul dalam pendidikan akan memusnahkan anak yang berpotensi. 3) Cerpen Kehilangan 流失 Kehilangan merujuk kepada kehilangan seorang cikgu yang baik selepas cikgu tersebut mati kerana diragut. Kehilangan juga merujuk kepada kehilangan keselamatan yang perlu dikekalkan dalam masyarakat. 4.7 KESAN YANG DIJANA OLEH METAFORA Terdapat 3 jenis kesan yang boleh dijana oleh metafora dalam penyampaian tema cerpen iaitu menjana kesan kesedihan, membentuk kesan keejekan, dan mereka kesan kejenakaan. Menurut Wu (1986:34-35) fungsi metafora ialah menjana kesan humour dan mengejek seseorang melalui metafora. Untuk menjana kesan humour, penulis 154
selalu menggunakan ton yang lebih mudah dan tidak serius. Manakala untuk menjana kesan keejekan, penulis selalu menggunakan ton yang lebih serius. Kesan yang dapat disampaikan oleh 23 cerpen yang dikaji telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. 1. Menjana kesan kesedihan: Kesan kesedihan bermakna menjana kesan yang menyakitkan hati, menyeru dan menyedihkan. Terdapat 10 cerpen yang menjana kesan ini seperti di bawah: i. 永远的满天星 Baby s Breath Yang Abadi ii. iii. iv. 流失 Kehilangan 倒数的温柔 Kelembutan Count Down 刻印 Kesan cap v. 母亲的梦 Mimpi ibu vi. vii. viii. ix. 寻觅 Pencarian 转角 Selekoh 春天里的秋天 Musim lurah yang berada dalam musim bunga 悲伤的摩天轮 Ferris Wheel yang sedih x. 最后一程 Perjalanan yang terakhir 155
2. Membentuk kesan keejekan Kesan keejekan bermakna menjana kesan kritik dan ejek terhadap sesuatu pihak atau satu fenomena. Terdapat 7 cerpen yang menjana kesan keejekan iaitu: i. 叶亚来之死 Kematian Yap Ah Loy ii. iii. iv. 意外 Kemalangan 迟到 Lambat 同根 Sama akar v. 生肖 Zodiak vi. vii. 断手 Patah tangan 上课 Pergi kuliah 3. Mereka kesan kejenakaan Kesan kejenakaan bermakna menjana kesan yang melucukan, mempunyai elemen humour serta jenaka. Terdapat 4 cerpen yang menjana kesan kejenakaan iaitu: i. 狗的颜色 Warna Anjing ii. iii. iv. 大叔公 Pak Long 寻找疯子 Mencari orang gila 停播 Henti siaran 156
4. Menjana kesan neutral Kesan neutral bermakna tidak menjana sebarang kesan iaitu tidak cenderung kepada kesan keejekan, kesan kejenakaan dan kesan kesedihan. Kesa yang dijana oleh cerpen dalam kumpulan ini adalah biasa sahaja. Terdapat 2 cerpen telah dikategorikan dalam kumpulan ini, iaitu: i. 电梯 Lif ii. 神秘的身世之迷 Latar belakang yang misteri neutral 9% kejenakaan 17% kesedihan 44% keejekan 30% Carta Pie 4.1: Jumlah cerpen yang menjana kesan kesedihan, keejekan, kejenakaan dan neutral. 157
Menurut carta pie di atas, metafora yang digunakan untuk menyampaikan tema lebih menjana kesan kesedihan. Dari 23 cerpen yang dikaji sebanyak 10 cerpen membawa ton yang sedih, iaitu lebih kurang 43.42 % daripada jumlah cerpen. Mencipta kesen keejekan adalah sebanyak 7 buah cerpen. Metafora yang digunakan mempunyai fungsi mengejek. Peratusannya ialah lebih kurang 30% daripada jumlah cerpen. Sebanyak 4 cerpen yang mereka kesan kejenakaan. Kesan kejenakaan ini bermakna mempunyai unsur humour dalam cerpen. Akhirnya ialah memberi kesan neutral, iaitu sebanyak 2 cerpen yang tidak cenderung memberi kesan yang sedih, ejek atau jenaka. Neutral di sini bermakna kesan yang dijana tidak cenderung kepada kesan keejekan, kejenakaan dan kesedihan. 4.8 KESIMPULAN Dalam kajian ini analisis dibuat ke atas 23 buah cerpen yang dipilih dari buku cerpen Universiti Nanyang 2006 ( 2006 年南洋大学微型小说选 ) Analisis dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu 1) analisa terhadap tema dalam 158
cerpen 2) mengenalpasti jumlah metafora mengikut cerpen 3) menganalisa metafora yang terdapat dalam kelas kata nama dan kelas kata sifat 4) pembahagian metafora kepada 3 kumpulan 5) menganalisa metafora dalam bentuk tajuk, ayat dan tema dan 6) menganalisa kesan yang dijana oleh.metafora. Adalah sangat penting bagi penyelidik mengenalpasti tema dalam cerpen yang dikaji kerana tema yang ingin disampaikan oleh cerpenis melalui sesebuah cerpen akan mempengaruhi cara persembahan yang digunakan oleh cerpenis tersebut. Tema-tema yang terdapat dalam 23 buah cerpen yang dikaji adalah seperti masalah sosial iaitu kes ragut, kesusahan dalam kehidupan, pemujian terhadap kemuliaan ibu, kritikan yang dilakukan terhadap politik, masyarakat dan kerajaan,dan sebagainya. Apabila menyentuh dengan kes ragut dan mengkritik terhadap kerajaan, cerpenis cenderung menggunakan cara persembahan yang boleh membawa kesan keejekan dan kejenakaan, manakala apabila cerpen itu bertema memuji kemuliaan ibu bapa maka teknik yang mengharukan orang akan digunakan. Selain itu, jumlah metafora yang ingin dianalisa juga dikenalpastikan. Penyelidik telah merujuk kepada teori yang dikemukan oleh Hawkes (1972:2) untuk mengesan dan mengenalpasti metafora-metafora yang terdapat di dalam cerpen-cerpen yang dikaji. 159
Penyelidik juga menganalisa metafora yang terdapat dalam kelas kata nama dan kelas kata sifat. Didapati sebanyak 59 metafora dari kelas kata nama, 24 metafora dari kelas kata sifat dan 16 metafora dari kelas kata lain. Ini telah menunjukkan kekerapan penggunaan metafora dari kelas kata nama adalah paling tinggi dan boleh disimpulkan bahawa kelas kata nama adalah kelas kata yang paling senang digunakan untuk membentuk metafora. Seterusnya diikuti oleh kelas kata sifat dan kelas kata lain dalam 23 buah cerpen bahasa Mandarin yang dikaji oleh penyelidik. Seterusnya, penyelidik juga membahagikan metafora kepada 3 kumpulan untuk menjalankan kerja analisa. Ketiga-tiga kumpulan yang dikatakan itu adalah 1) pengumpamaan 2) synecdoche dan 3) metonimi. Didapati metafora yang dikatogorikan dalam kumpulan pengumpamaan adalah sebanyak 22 dan metafora dalam kumpulan synecdoche adalah sebanyak 6 dan 12 dalam kumpulan metonimi. Ketiga-tiga jenis metafora ini adalah kerap digunakan oleh cerpenis dalam penulisan cerpen bahasa Mandarin. Kerja analisa terhadap metafora dalam bentuk tajuk, ayat dan tema telah dijalankan. Terdapat sebanyak 5 metafora dalam bentuk tajuk,10 dalam bentuk ayat dan 3 dalam bentuk tema. 160
Kesan yang dijana oleh metafora terbahagi kepada kesan kesedihan, kesan keejekan, kesan kejenekaan dan juga kesan neutral. Didapati kebanyak cerpen membentuk kesan kesedihan melalui penggunaan metafora. Akhir kata, metafora memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan tema dan mesej dari cerpenis kepada pembaca. Adalah lebih efektif dan efisien untuk mempersembahkan cerpen dengan lebih sempurna, melalui penggunaan metafora. 161