Penghargaan

Similar documents
Penghargaan

Penghargaan

Penghargaan

BAB SATU

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

PowerPoint Presentation

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

Tajuk

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN


Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

PowerPoint Presentation

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

四年级第二 次月考范围

华小董事觉醒运动缘起

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

BAB SATU

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

BAB 5

1

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

各位记者先生,小姐

BookCatalog FINAL

38 u i i i u i u uo o e iou eng ing iong er 18 on ian an en in un ang iang uang uo d t n l uo uo z c s ue

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

i i i u u y er a a e e ia ia i ie i ua ua u ue y e o o uo uo yo i a ia ua ya ie ua ye a ia ua i u y a l eiao yo ia ia ya a a ia uaa ia ua

学 习 习 总 书 记 重 要 讲 话 支 部 轮 训 活 动 大 会 现 场 分 组 讨 论

SaverBrochure_F 07.ai

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

ISM Circular: 20 –2005

四年级第二 次月考范围

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

Kertas 1

1

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey


jiàn shí

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

Mixtions Pin Yin Homepage

1

ISI KANDUNGAN (1) Pendahuluan 1 (2) Pandangan Dan Cadangan 1 (i) Menggubal sistem pembinaan sekolah komuniti bagi setiap 1 aliran sekolah (ii) Meranca

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

Microsoft Word - Apendix alla.doc

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

(CIP) : /. :, (/ ) ISBN T S H CI P (2006) XIANGPIAOWANLI JIUW ENH UA YU CH ENGYU



6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

(CIP) : /. :, (/ ) ISBN T S H CI P (2006) CH IJIASH EN GXIAN G YINSHI WEN H U A Y U CHENGY U 1

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

píng liú zú

Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of

各 部 门 工 作 总 结 报 告 19

<4D F736F F D20372DBDCDADBBB4E4A470BEC7AABABA7EBB79ABF7ADB5B1D0BEC A1D0B6C0A4EBB6EA2E646F63>

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH (PBS) NAIB PN. LIANG FEI SHIN PN. LEE CHAI YENG (TAHAP 1) CIK TUEH SHE PING (TAHAPN 2) KPBM: PEMENTORAN KPBI

é é

BAB SATU

j n yín

UCAMHALAL 中心是通过与 PEHMA 机构合作于 2014 年开发的 JAKIM 主动发展专业发展愿景 (HPB), 以满足政府希望在马来西亚和国际层面需要 60,000 名清真高管的愿望 HPB JAKIM 已经任命并认证了 7 所 IPTA 和 3 所 IPTS, 其中包括被委托在马来西

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

Microsoft Word - Bursary

lí yòu qi n j n ng


WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

fa 5 ta 5 t ie 5 io 5 fa 55 ta 55 t ie 55 io 55 t i 5 i 5 t u 5 5 t t u t n 31 t 31 t a t an 31 t y 31 t an k i 53 21na t

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

PowerPoint Presentation



JAWATANKUASA PENERBITAN KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP AMB. JANUARI 2008 (BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IP

Minit Mesyuarat

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

Q: Must the Relationship Managers or sales persons handling the investment products of SCSB be licensed? Does that mean your RMs are now under SCSB? W

SejarahOrang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu


<D2BDC1C6BDA1BFB5CDB6C8DAD7CAB8DFB7E5C2DBCCB3B2CEBBE1C3FBB5A52E786C7378>


Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

二零零九年坚柏华小行政历

Transcription:

BAB 2 SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 PENGENALAN : PERKEMBANGAN PPBM2 Pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing (PPBMA) telah bermula di China pada tahun 1950. Selepas dasar pembukaan dan perkembangan ekonomi negeri China, kedudukan bahasa Mandarin menjadi semakin penting dan seterusnya membawa bidang ini melangkah ke era yang baru. Dalam masa 57 tahun kebelakangan ini, perkembangan bidang ini bukan sahaja dari segi kemajuan dan bilangan pelajar, malahan juga dari segi tenaga pengajar, pengajaran, penyelidikan dan juga bahan pengajaran telah mendapat hasil yang menggalakkan. Perkembangan bahasa Mandarin bukan sahaja berlaku di China, namun banyak negara telah menyedari kepentingan bahasa ini. Misalnya di Thailand, selain daripada mengistiharkan bahasa Mandarin sebagai bahasa asing yang utama, pihak kerajaan Thailand juga memperkenalkan kursus bahasa Mandarin dalam sistem pendidikan di 2000 buah sekolah menengah dan sekolah rendah. (Liu & Wu 2006, m.s.33). Orang Perancis yang begitu bangga terhadap bahasa mereka juga telah menyedari kepentingan bahasa Mandarin sehingga melantik seorang penyelia bahasa Mandarin ( 汉语督学 ) untuk memperkenalkan bahasa Mandarin kepada semua pelajar sekolah menengah di Perancis. Menurut laporan Sinchew, sumber yang diperolehi dari Kementerian Pendidikan Perancis, seramai 12 ribu orang sedang mempelajari bahasa Mandarin di Perancis. Pembelajaran bahasa Mandarin telah mengalami perkembangan yang pesat dan meningkat sebanyak 20% hingga 30% setahun. Sebanyak 194 buah sekolah menengah dan 12 buah sekolah rendah telah menawarkan kursus bahasa Mandarin, di 9

mana pelajar boleh memilih bahasa Mandarin sebagai salah satu subjek dalam peperiksaan untuk memenuhi syarat tamat pengajian. (Sinchew 2006, m.s.29) Perkembangan bahasa ini telah mendorong kepada penubuhan Institusi Konfusius ( 孔子学院 ) yang pertama di Seoul, Korea pada tahun 2004. Sehingga hujung tahun 2009, terdapat 282 buah Institusi Konfusius dan 272 buah kelas Konfusius ditubuhkan di 88 buah negara di rantau bumi ini. Penubuhan Institusi Konfusius oleh Kementerian Pendidikan China, di bawah seliaan The Office of Chinese Language Council International (Hanban) adalah bertujuan menyediakan kemudahan pembelajaran seperti tenaga pengajar, modul pembelajaran dan bantuan pengajaran dan pembelajaran lain bagi mereka yang berminat mempelajari bahasa ini di luar negeri. (http://www.hanban.edu.cn/node_7446.htm) Di Malaysia, ramai orang mempelajari bahasa Mandarin tidak kira di peringkat sekolah rendah mahupun dalam kalangan orang dewasa. Banyak pusat bahasa swasta seperti Pusat Bahasa Skylace, Global Hanyu & Culture College dan Vine Language Centre telah menawarkan kursus Bahasa Mandarin untuk memenuhi keperluan pasaran. Selain itu, Institusi-institusi dan universiti tempatan juga menawarkan kursus ini untuk memenuhi permintaan yang tinggi terhadap trend mempelajari bahasa ini. Misalnya, beberapa universiti tempatan telah mengikut langkah UiTM, UKM, USM dan UPM menawarkan kursus bahasa Mandarin sebagai B2 mulai tahun 2000 iaitu UTP (2001), UPSI (2004) dan UMP (2004) atas kesedaran terhadap perkembangan bahasa Mandarin (Tan 2007, m.s.1-3). 10

Gu Hong Xing, Pegawai Kebudayaan Kedutaan China mengatakan bahawa terdapat 3 buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia telah memohon untuk menubuhkan Institusi Konfusius. Antaranya ialah Kolej Selatan di Johor, Kolej New Era di Selangor dan UM di Kuala Lumpur. Datuk Ong Tee Kiat, bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) amat mengalu-alukan Institusi Konfusius ditubuhkan di Malaysia. KPT akan memberi sokongan kepada IPTA dan IPTS tempatan yang berminat untuk memohon menubuhkan Institusi Konfusius di universiti masing-masing. (Nanyang 2007, m.s.a5) Akhinya pada 8 Julai 2009, UM telah berjaya menubuhkan Intitusi Konfusius yang ditempatkan di Kampus Kota, UM. Kini, institusi tersebut mempunyai bilangan pelajar seramai 229 orang pelajar, di antaranya 90% adalah pelajar Melayu. (http://www.mca.org.my/chinese/inthenews/pages/90709lk02.aspx dan http://www.schoolmy.com/view.asp?2977.) Maka dapat dirumuskan bahawa mempelajari bahasa Mandarin telah menjadi keperluan perkembangan sosial. Ramai orang belajar bahasa Mandarin kerana ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Keupayaan menutur bahasa Mandarin meningkatkan peluang pekerjaan dan juga daya persaingan mereka dalam dunia globalisasi. 11

2.1 HASIL KAJIAN PPBM2 2.1.1 Hasil Kajian PPBM2 Di China PPBM2 di China yang bermula pada tahun 1950 sehingga kini telah mengalami perkembangan selama 57 tahun. Hasil daripada sorotan kajian yang dilakukan, pengkaji membahagikan perkembangan PPBM2 di China kepada 3 peringkat seperti di bawah : a) Tahun 50an tahun 70an PPBM2 di China yang bermula pada tahun 1950 telah mengalami perkembangan yang pesat mulai tahun 80an. Pada peringkat awal, iaitu pada tahun 50an hingga akhir tahun 70an, PPBM2 mementingkan pengajaran tatabahasa dan perbendaharaan kata. (Dai 1999, m.s.41) Penulisan modul pada peringkat ini terpengaruh dengan pendekatan penterjemahan ( 翻译法 ), iaitu terlalu bergantung pada bahasa ibunda pelajar. Hasil kajian pada peringkat ini adalah kurang kerana PPBM2 masih merupakan satu bidang baru di China. Pada tahun 1958, bahan pengajaran pertama iaitu MODUL PENGAJARAN HANYU ( 汉语教科书 ) telah diterbitkan. (Dai 1999, m.s.345) Modul ini diterbitkan khas untuk kegunaan pelajar luar negeri mempelajari bahasa Mandarin. Penyuntingan modul ini telah memaparkan PPBM2 di China pada peringkat ini kuat dipengaruh oleh pendekatan penterjemahan tatabahasa. Pendekatan ini mementingkan penerangan tatabahasa di mana ia mengabungkan aspek fonetik, 12

perbendaharaan kata dan tatabahasa, memberi tumpuan terhadap keupayaan pelajar membaca dan menterjemah. Cara penyuntingan bahagian tatabahasa buku ini telah menjadi rujukan asas kepada pengajaran tatabahasa PPBM2 pada masa akan datang. (Dai 1999, m.s.103-104, 345) Pada tahun 1977, BUKU TEKS HANYU ( 汉语课本 ) telah diterbitkan oleh Penerbit Institusi Pengajian Bahasa Beijing. Modul ini telah menggunakan kaedah pengajaran pola ayat ( 句型教学 ) sebagai pendekatan pengajaran. Pendekatan ini menerapkan kelebihan pendekatan mendengar dan menutur ( 听说法 ) untuk menonjolkan kaedah pengajaran pola ayat. (Dai 1999, m.s.351) b) Tahun 80an tahun 90an Mulai akhir tahun 80an, PPBM2 di China telah mengalami perubahan. Pada peringkat ini, PPBM2 telah menyerapkan aspek kemahiran seperti membaca, menutur, mendengar dan menulis dalam pendekatan struktur ( 结构法 ). Pendekatan ini menekankan cara pembelajaran seperti meniru, mengulang dan menghafal dengan membuat latihan tubi terhadap struktur ayat. Misalnya ASAS HANYU ( 基础汉语 )merupakan sebuah modul yang mengutamakan pendekatan ini. (Dai 1999, m.s.104-105) Satu lagi pendekatan yang kuat mempengaruhi bidang PPBM2 di China dalam peringkat ini ialah pendekatan fungsi ( 功能法 ). Pendekatan ini amat mementingkan fungsi komunikasi dalam bahasa. Misalnya BAHASA HANYU PRATIKAL ( 实用 汉语课本 ) yang diterbitkan pada tahun 1981 telah memaparkan kewujudan sebuah 13

sistem pengajaran yang baru di mana ia mengabungkan kelebihan dalam pendekatan struktur dengan pendekatan fungsi supaya meningkatkan keberkesanan PPBM2. (Dai 1999, m.s.105) Penyelidikan dalam bidang PPBM2 pada peringkat ini telah mula berkembang dan mendapat hasil yang membanggakan. Selepas tahun 80an, mereka yang telah menceburi bidang PPPBM2 mula melakukan kajian yang sistematik terhadap pengalaman pengajarannya. Jurnal akademik yang khas untuk PPBM2 seperti KAJIAN DAN PENGAJARAN BAHASA ( 语言教学与研究 ), PENGAJARAN HANYU DI PERINGKAT ANTARABANGSA ( 世界汉语教学 )dan BELAJAR BAHASA CINA( 学汉语 ) membolehkan para sarjana memaparkan hasil kajian mereka.. (Dai 1999, m.s.351-359) Pada 13hb-17hb Ogos 1985, Persidangan Pengajaran Bahasa Mandarin Antarabangsa Kali Pertama ( 第一届国际汉语教学讨论会 ) telah diadakan di Beijing. Sebanyak 180 buah artikel telah diterima oleh pihak penganjur. Artikel yang dikumpul merangkumi kajian pengajaran fonetik, tatabahasa, morfologi, tulisan bahasa Mandarin, kaedah PGBM2, perbandingan bahasa Mandarin dengan bahasa asing, hubungan antara bahasa dan kesusasteraan serta penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa Mandarin. (Zhao 1997a, m.s.290) Pada peringkat ini, kajian terhadap bahasa Mandarin, perbandingan bahasa Mandarin dengan bahasa asing dan perbezaan antara budaya telah mengalami perkembangan yang 14

pesat. Kajian terhadap bahasa Mandarin telah dibincangkan kerana pengajaran bahasa Mandarin merupakan asas dalam PPBM2. Maka kajian terhadap bahasa itu sendiri merupakan asas bagi kajian dalam pengajaran bahasa asing. Selain daripada itu, pelajar asing merupakan sasaran dalam PPBM2, maka terjadilah keperluan kajian dalam perbandingan antara dua bahasa supaya mencapai hasil pengajaran dan pembelajaran yang memuaskan. Hasil kajian pada peringkat ini lebih tertumpu pada keperluan pengajaran dan juga masalah-masalah pelajar asing mempelajari bahasa Mandarin. Di samping itu, pada pertengahan tahun 80an, pengajaran budaya Cina mula diserapkan dalam PPBM2. Kajian perbandingan antara budaya telah dilakukan supaya dapat menyelesaikan masalah yang timbul akibat persilangan budaya. Pada tahun 1997, Universiti Budaya dan Bahasa Beijing ( 北京语言文化大学 ) telah menerbitkan buku PENGAJARAN HANYU DAN BUDAYA SEBAGAI BAHASA ASING ( 对外汉 语教学与文化 ). Buku ini adalah berkait dengan silang budaya dan PGBM2. Buku ini memaparkan kajian tentang perhubungan silang budaya, faktor-faktor budaya dalam pengajaran bahasa Mandarin dan masalah budaya dalam PPBM2. (Zhou 1997, m.s.vii-viii) c) Abad 20 sekarang Ekoran daripada perkembangan bahasa ini, PPBM2 di China pada zaman moden ini bukan sahaja mementingkan aspek kemahiran bahasa malahan telah berkembang luas ke 15

fungsi bahasa. Misalnya bahasa Mandarin untuk perlancongan, bahasa Mandarin dan kebudayaan, bahasa Mandarin untuk perdagangan, bahasa Mandarin dan penterjemahan, bahasa Mandarin dan kewartawanan, bahasa Mandarin untuk HSK (Chinese Proficiency Test) dan bahasa Mandarin untuk fungsi-fungsi lain. PPBM2 pada peringkat ini telah mengalami perkembangan yang pesat, khasnya selepas tahun 2005, PPBM2 di China telah memasuki alaf yang baru. Pada Julai tahun 2005, Persidangan Bahasa Mandarin di peringkat antarabangsa telah diadakan kali pertama di Beijing. Hasil persidangan ini telah membawa PPBM2 di China menghala ke peringkat antarabangsa. PPBM2 bukan sahaja memenuhi keperluan pelajar asing di China, malahan juga diperluaskan ke luar negera. (Sun 2006, m.s.1) Hasil kajian pada peringkat ini lebih kepada kajian yang khusus. Pusat Pengajian Pengajaran dan Pembelajaran Dunia Hanyu Shangwu Yinshuguan ( 商务印书馆世界汉语教学研究中心 ) telah menerbitkan koleksi buku tentang kajian PPBM2 pada tahun 2006. Selain daripada kajian terhadap teori pengajaran, fonetik dan fonologi, morfologi, tatabahasa dalam PPBM2, terbitan yang memaparkan kajian bidang baru termasuk kajian terhadap tulisan bahasa Mandarin, mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta budaya dalam PPBM2, penyuntingan modul PPBM2, ujian HSK, penggunaan multimedia dalam pengajaran dan kajian-kajian lain. (Sun 2006, m.s.16-27) 16

d) Chinese Proficiency Test(HSK)( 汉语水平考试 ) Pada tahun 1989, Institusi Pengajian Bahasa Beijing ( 北京语言研究中心 ) menubuhkan Pusat Chinese Proficiency Test ( 汉语水平考试中心 ). Tugas utama pusat ini ialah mengkaji dan mengubal soalan ujian untuk menilai taraf penguasaan bahasa Mandarin bagi pelajar asing. Ujian ini direka berdasarkan satu sistem piawai yang dikenali sebagai Hanyu Shuiping Dengji Biaozhun he Dengji Dagang. ( 汉语水平等级标准 和等级大纲 ). Sistem ini merupakan hasil kajian Persatuan Pengajaran Bahasa Mandarin Sebagai Bahasa Asing di China pada tahun 1988. Ujian HSK telah dilaksanakan di Institusi Pengajian Bahasa Beijing selama 3 tahun dan seterusnya diperkembangkan ke luar negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan Malaysia. Penilaian ini telah mendapat hasil yang memuaskan. Kajian HSK dan perkembangan ujian ini telah menggalakan lagi perkembangan PPBM2 di China. (Zhao 1997a, m.s.286) Sebagai rumusan, perkembangan PPBM2 di China telah memaparkan keadaan yang begitu menggalakkan dan dipercayai bahasa ini akan menjadi bahasa yang penting pada masa akan datang. 2.1.2 Hasil Kajian PBBM2 di Malaysia Di Malaysia, jarang terdapat buku-buku rujukan yang berkaitan dengan bidang ini diterbitkan oleh sarjana tempatan. Walau bagaimanapun, tiada buku rujukan tidak bererti tiada kajian dilakukan. Kursus bahasa Mandarin di Malaysia lebih kepada jenis sintesis, iaitu gabungan antara kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. 17

Pendedahan tatabahasa diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan 4 kemahiran ini. Maka kajian tempatan juga tidak lari dari bidang ini. Dari segi fonetik dan fonologi, Tan Ai Mooi dari Fakulti Pendidikan, UM telah menjalankan kajian terhadap pelajar Melayu di Institusi Pentadbiran Awam Negara (INTAN) 1. Beliau telah meneliti jenis-jenis masalah yang mempengaruhi pelajar Melayu dalam pembelajaran HP pada tahun 1993. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa bahasa ibunda dan sebutan fonetik bahasa Mandarin merupakan gangguan utama dalam pembelajaran HP. (Tan 1993, m.s.iii-iv) Selain itu, Lee Pau Wing dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya juga telah menjalankan kajian terhadap sistem fonetik bahasa Mandarin. Rencana beliau yang bertajuk Hanyu Pinyin Dengan Pengajaran Bahasa Cina telah diterbitkan di jurnal Masalah Pendidikan (jil.17) pada tahun 1993. Rencana ini membincangkan pandangan dan pendapat beliau berkenaan sistem fonetik bahasa Mandarin dalam pengajaran bahasa Mandarin. Salah sebuah hasil penyelidikan tempatan yang memaparkan kajian bidang tatabahasa ialah Kesilapan Sintaksis Dalam Pembelajaran Bahasa Mandarin di Kalangan Dewasa Melayu oleh Saw Kin Lee pada tahun 1997 2. Beliau telah melakukan kajian ke atas 1 Kajian ini dikemukakan oleh Tan Ai Mooi adalah untuk memenuhi sebahagian daripada syarat memperolehi Sarjana Pengajian Bahasa Moden. 2 Kajian yang dikemukakan oleh Saw Kin Lee ini adalah untuk memenuhi sebahagian daripada syarat memperolehi Sarjana Pengajian Bahasa Moden. 18

pelajar dewasa Melayu dari segi kesilapan sintaksis yang biasa dilakukan oleh pelajarnya dalam proses pembelajaran bahasa Mandarin. Selain itu, Prof. Madya Cheun Heng Huat, pensyarah Pusat Kecemerlangan Bahasa, UiTM juga telah melakukan kajian terhadap pelajarnya. Hasil kajian beliau yang bertajuk Masalah Pembelajaran Tulisan Bahasa Cina dalam Kalangan Pelajar Melayu UiTM ( 玛拉工艺大学马来学生学汉字所面对的困境 )telah dibentangkan di Persidangan Pengajaran Bahasa Mandarin Peringkat Asia Timur-Selatan Ke-5 pada tahun 2003. Hasil kajian ini telah memaparkan 4 kesalahan tulisan ( 错字 )dan 3 jenis kesilapan tulisan ( 别字 )yang biasa dilakukan oleh pelajar. Choo Siew Hwa, pensyarah Universiti Multimedia juga membentangkan hasil kajian beliau di persidangan yang sama. Tajuk perbentangan beliau ialah Penggunaan Jaring Multimedia Dalam Pengajaran Tulisan Bahasa Mandarin Kepada Pengajaran Bahasa Mandarin Sebagai Bahasa Asing-Tahap Asas ( 初级对外汉语教学中多媒体网路在识字教学的运用 ). Kajian ini menunjukkan perbezaan dan keberkesanan kaedah pengajaran tulisan bahasa Mandarin antara cara yang tradisional dengan penggunaan teknologi yang terkini. Akhir kata, hasil daripada sorotan kajian lepas, kajian PPBM2 di Malaysia lebih tertumpu kepada aspek seperti kajian terhadap sintaksis, aksara Cina, fonetik dan fonologi, kemahiran bertutur dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Sebagai rumusan, pengkaji berpendapat bahawa penyelidikan PPBM2 di Malaysia masih 19

mempunyai ruang kajian yang besar jika berbanding dengan kajian yang telah dilakukan di negara China. Perkembangan bidang ini telah menarik perhatian para sarjana tempatan untuk melakukan kajian dari pelbagai aspek dalam pengajaran dan pembelajaran bidang PPBM2. Ini dapat dibuktikan dengan hasil penyelidikan yang dibentangkan dalam 2 nd International Conference Issues in Language Teaching and Learning Amongst Non-Native Speakers (ILLANNS) : Language Competence and Performance pada tahun 2009 di Concorde Hotel, Shah Alam. Terdapat sebanyak 19 buah hasil kajian yang berkaitan dengan PPBM2 telah dibentangkan dalam persidangan tersebut memandangkan pada tahun 2005, hanya terdapat 2 buah hasil kajian sahaja yang berkaitan dengan PPBM2 dibentangkan dalam persidangan tersebut. 2.1.3 Perbandingan antara Kajian di China dan Malaysia. Hasil daripada sorotan kajian yang dilakukan, pengkaji berpendapat bahawa kajian PPBM2 di luar negeri khasnya di China dan Malaysia walaupun kedua-duanya adalah sebagai B2, namun terdapat juga perbezaan dari beberapa aspek seperti di bawah: a) Nama yang Digunakan Nama bidang yang digunakan oleh China dan Malaysia adalah berbeza. Di China, bidang ini disebut sebagai pengajaran dan pembelajaran Hanyu sebagai bahasa asing (PPHYA) ( 对外汉语教学 ). Ini bermakna pengajaran dan pembelajaran Hanyu 3 dilakukan ke atas orang asing yang merupakan sasaran utama, dan juga merangkumi orang Cina di luar negeri, serta kaum minoriti di China. 3 Hanyu adalah bahasa bangsa Han yang kini telah menjadi bahasa rasmi di China. 20

Di Malaysia, bidang tersebut disebut sebagai PPBM2. Ini kerana kebanyakkan pelajar yang mempelajari bahasa ini terdiri daripada orang Melayu yang merupakan bumiputra Malaysia. Maka perkataan orang asing adalah kurang sesuai. Walau bagaimanapun, nama PPBM2 juga digunakan di China pada zaman sekarang kerana PPHYA juga merupakan bidang pengajaran bahasa kedua. Maka kedua-dua nama PPBMA dan PPBM2 digunapakai di China sekarang dan ia merujuk kepada pengajaran bahasa Mandarin kepada mereka yang bukan penutur asli bahasa Mandarin. b) Bentuk Hasil Kajian dan Ruang Paparan Hasil Kajian Dari segi bentuk hasil kajian, perkembangan penyelidikan PPBM2 di China telah mencapai tahap yang mantap. Pelbagai persidangan dan seminar yang berkenaan dengan bidang ini telah dijalankan di China setiap tahun. Misalnya Persidangan Hanyu Peringkat Antarabangsa ( 世界汉语大会 ) telah diadakan 2 tahun sekali. Bentuk hasil kajian PPBM2 di China kini telah mencapai bilangan yang beratus-ratus. Skop kajian yang dilakukan telah merangkumi bidang seperti bahasa Mandarin sebagai B2 serta pengajaran dan pembelajaran. Misalnya kajian bidang bahasa Mandarin sebagai B2 telah dilakukan dalam pelbagai aspek seperti fonetik dan fonologi, morfologi, tatabahasa dan aksara Cina. Bagi bidang pengajaran dan pembelajaran pula, 21

kajian yang dilakukan meliputi kajian pedagogi, kajian model pengajaran, pembinaan bahan pengajaran, penilaian bahasa dan hasil pembelajaran. Selain itu, sarjana atau penyelidik di China mempunyai banyak ruang untuk mereka memaparkan hasil kajian mereka. Jurnal-jurnal yang diterbitkan di tanah besar China seperti Kajian Dan Pengajaran Bahasa ( 语言教学与研究 ) dan Pengajaran Hanyu Di Peringkat Antarabangsa ( 世界汉语教学 ) telah memberi ruang kepada para penyelidik memaparkan hasil kajian mereka. Pelbagai jurnal yang berkaitan dengan bidang ini diterbitkan dan banyak hasil kajian telah dibukukan. Misalnya PERSATUAN PPBCA KOLEKSI JURNAL SEMINAR KE-6 中国对外汉语教学学会第六次学术讨论会论文选 ( ) dan KOLEKSI JURNAL SEMINAR BAHAGIAN BEIJING KALI KE 3 ( 北京地区第三届对外汉语教学学术讨论会文选 )dan banyak lagi koleksi yang berkenaan telah diterbitkan di China. Keadaan ini telah memaparkan hasil penyelidikan di China adalah lebih mantap berbanding dengan negara kita. Dapatan para sarjana China banyak memberi manfaat kepada penyelidik Malaysia untuk menceburikan diri dalam bidang penyelidikan ini. Ini adalah kerana hasil dapatan yang diperolehi dari China dapat dijadikan rujukan oleh para penyelidik tempatan. Jika berbanding dengan bentuk hasil kajian di China, bidang penyelidikan PPBM2 di Malaysia masih mempunyai banyak ruang untuk menjalankan penyelidikan. Walaupun terdapat sebilangan sarjana tempatan telah melakukan penyelidikan ke atas bidang 22

kajian ini, namun hasil kajian tempatan secara umumnya masih belum mencapai peringkat yang mantap sekiranya kita bandingkan dengan hasil kajian di China. Tambahan pula, hasil penyelidikan tempatan juga menghadapi masalah untuk memaparkan hasil kajian mereka memandangkan tiada penerbitan yang khas untuk bidang PPBM2. 2.2 EVOLUSI SISTEM FONETIK BAHASA MANDARIN Sebelum HP diperkenalkan, beberapa sistem fonetik yang lama telah digunakan sejak 2000 tahun yang lalu untuk menyelesaikan masalah sebutan tulisan bahasa Mandarin yang merupakan tulisan gambar piktorgrafik. Pada permulaannya, iaitu 1766BC-200AD, Zhiyin Fa ( 直音法 ) telah diamalkan dengan menggunakan sebutan perkataan lain yang mempunyai bunyi sama untuk dijadikan sebutan perkataan tertentu. Cara ini walaupun nampaknya mudah tetapi terdapat juga kelemahannya. Ini adalah kerana seseorang yang menggunakan cara ini perlu menguasai perkataan yang banyak. Tambahan pula, bukannya semua perkataan menpunyai sebutan yang sama, maka dengan cara Zhiyin Fa, kita masih tidak dapat mengatasi masalah yang dihadapi. (Li 2000, m.s.11-12.) Seterusnya Fanqie Fa ( 反切法 ) diperkenalkan untuk menggantikan Zhiyin Fa. Fanqie Fa menggabungkan dua perkataan untuk menghasilkan sebutan perkataan yang baru. Misalnya du ( 都 ) merupakan hasil daripada sebutan dua perkataan iaitu dāng ( 当 ) dan gū ( 孤 ). Suku kata pertama dāng iaitu d digabungkan dengan 23

suku kata belakang gū iaitu u dan seterusnya menghasilkan perkataan dū dengan nada adalah sama dengan gū. Dalam perkataan yang baru ini, d akan berfungsi sebagai suku kata awalan dan ū pula berfungsi sebagai suku kata akhiran. Walaupun cara ini lebih baik daripada Zhiyin Fa, namun terdapat juga kelemahannya. Seperti Zhiyin Fa, Fanqie Fa juga memerlukan penguasaan perkataan yang banyak. Selain itu, sesetengah perkataan mengalami perubahan sebutan pada zaman yang berlainan. Maka sebutan yang diberi pada zaman dahulu tidak semestinya sama dengan sebutan pada zaman kini. Fanqie Fa seterusnya digantikan oleh Pinyin Fa ( 拼音法 ). (Li 2000, m.s.11-12) Pinyin Fa telah diperkenalkan oleh seorang mubaligh Kristian dari Itali yang bernama Matteo Ricci ( 利玛窦 ) pada akhir Dinasti Ming. Beliau menggunakan huruf-huruf abjad Latin sebagai traskripsi sebutan perkataan Cina. Kaedah ini telah digunakan oleh mubaligh Kristian yang kemudiannya datang ke China untuk mentranskripsikan tulisan Cina dengan huruf abjad Latin. Namun begitu, kaedah ini terbatas kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja di China. Ia hanya terhad kepada kumpulan penduduk yang kecil di Negeri China sahaja. (Barnes, 1974 dalam Lee 1993, m.s.58. ) Pada tahun 1918, perlaksanaan Zhuyin Fuhao ( 注音符号 ) diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan China sebagai sistem fonetik bahasa Cina yang lengkap dan diajar di sekolah. Sistem ini mengandungi 37 simbol fonetik yang terdiri daripada perkataan-perkataan tulisan lama bahasa Mandarin serta graf tona yang dapat mewakili secara komprehensif semua bunyi awalan, akhiran dan lima tona yang wujud dalam 24

bahasa Mandarin. (Lee 1993, m.s.58) Sistem ini telah diperluaskan penggunaannya di mana sehingga sekarang ia masih digunakan di Taiwan. Walau bagaimanapun, penggunaan Zhuyin Fuhao yang berbentuk simbol tersendiri terbatas dalam bidang teknologi moden dan juga pertukaran luar. Pada tahun 1958, satu lagi sistem fonetik bahasa Mandarin yang baru telah diumumkan bagi menggantikan sistem yang lama. Sistem HP ( 汉语拼音方案 ) telah diumumkan secara rasmi oleh kerajaan China. (Zhou 1995, m.s.6) Sistem ini telah diperkembangkan penggunaannya di pelbagai bidang seperti bidang pendidikan, penerbitan, pengkodan, pengangkutan, teknologi maklumat dan juga bidang-bidang yang lain (Lu & Su 2004, m.s.49-59). 2.3 HANYU PINYIN HP merupakan satu sistem yang digunakan untuk mencatat fonetik bahasa Mandarin atau juga dikenali sebagai sistem fonetik bahasa Mandarin. Perlaksanaan sistem HP telah diumumkan secara rasmi dalam mesyuarat Wakil Rakyat Seluruh Negara kali pertama ( 第一届全国人民代表大会 ) di China pada tahun 1958. (Wu 2003, m.s.40-41; Zhou 1995, m.s. 83-89; Xu 1980, m.s.38-57.) Pada tahun 1982, sistem ini mendapat ISO 7098 dan seterusnya perlaksanaannya berkembang luas sehingga ke Singapore pada tahun 1974 (Feng 1981 dalam Lee 1993, m.s.57-63) Seterusnya pada tahun 1983, sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), KPM juga telah menetapkan sistem HP dalam sukatan mata pelajaran BC di sekolah 25

rendah dan diteruskan dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989 (Lee 1993, m.s.57-63). Secara umumnya, fonetik bahasa Mandarin terdiri daripada 3 komponen yang utama, iaitu suku kata awalan ( 声母 ), suku kata akhiran ( 韵母 ) dan nada ( 声调 ). 2.3.1 Suku Kata Awalan ( 声母 ) Menurut takrifan Zhang Bin ( 张斌 ) (2006, m.s.31), suku kata awalan ialah konsonan yang memulakan sesuatu suku kata. Terdapat 21 suku kata awalan dalam sistem fonetik Bahasa Mandarin dan ia dibahagikan kepada enam kumpulan dengan berdasarkan cara penyebutannya, iaitu bunyi bibir, bunyi gigi, bunyi gutural, bunyi lelangit, bunyi sibilan dan bunyi gelungan. (Rajah 2.1) 1. bunyi bibir 2. bunyi gigi 3. bunyi gutural 4. bunyi lelangit 5. bunyi sibilan 6. bunyi gelungan Rajah 2.1 Cara Penyebutan Suku Kata Awalan 26

Pembahagian suku kata awalan HP dengan mengikut cara penyebutannya dapat diperlihatkan di jadual 2.1. Kumpulan Cara Penyebutan Suku Kata Awalan Bunyi Bibir b [p] p [p ] m [m] f [f] Bunyi Gigi d [t] t [t ] n [n] l [l] Bunyi Gutural g [k] k [k ] h [x] - Bunyi Lelangit j [tɕ] q [tɕ ] x [ɕ] - Bunyi Sibilan z [ts] c [ts ] s [s] - Bunyi Gelungan zh [tʂ] ch [tʂ ] sh [ʂ] r [ʐ] Jadual 2.1 Pembahagian Suku Kata Awalan Mengikut Cara Penyebutan 2.3.2 Suku Kata Akhiran ( 韵母 ) Suku kata akhiran ialah vokal yang terletak selepas suku kata awalan. (Zhang 2006, m.s.39) Suku kata akhiran boleh dibahagikan kepada 4 jenis kumpulan dengan berdasarkan cara pembentukannya, iaitu vokal tunggal, vokal majmuk, vokal sengau dan vokal gelungan. (Jadual 2.2) 27

Vokal Tunggal a [A] o [o] e [ɣ] ê [ε] i [i] -i [ɿ] -i [ʅ] u [u] ü[y] Vokal Majmuk ai [ai] ao [au ] ei [ei ] ia [ia] ie[iε] iao [iau] iou[iou] ou [ou] ua [ua ] uo [uo ] uai [uai] uei[uei] üe[yε] Vokal Sengau an [an] ang [aŋ] en [ən] eng [əŋ] in [in] ing [iŋ] ian[iεn] iang [iaŋ] ong [uŋ] iong [iuŋ ] uan [uan] uang [uaŋ] uen [uən] ueng [uəŋ] ün [yn] üan [yεn] Vokal Gelungan er [ər] Jadual 2.2 Pembahagian Suku Kata Akhiran Mengikut Cara Pembentukan 2.3.3 Nada ( 声调 ) Mandarin ialah bahasa yang bernada. Perbezaan maksud perkataan ditentukan oleh oleh nada yang naik atau turun. Nada telah memainkan peranan penting dalam membezakan makna sesuatu suku kata Mandarin. (Wu 2003, m.s. 53) Apabila sesuatu suku kata disebut dalam nada yang berlainan, maka maksudnya juga adalah berlainan. Misalnya,y<n (asap), y=n (garam), y>n (lakon), y?n (dakwat Cina). Ini bererti, bahasa Mandarin mempunyai 4 nada. Keempat-empat nada tersebut mempunyai tanda-tanda diakritik masing-masing seperti rajah 2.2. 28

Nada Pertama Nada Kedua Nada Ketiga Nada Keempat 5 5 5 5 4 3 4 3 4 3 4 3 2 1 2 1 2 1 2 1 Rajah 2.2 Tanda-Tanda Diakritik 4 Nada Bahasa Mandarin Rajah di atas jelas menunjukkan tanda diakritik nada bahasa Mandain: nada pertama ( ), nada kedua ( / ), nada ketiga ( ν ) dan nada keempat ( \ ). 2.3.4 Peraturan Ejaan Terdapat beberapa peraturan yang harus dipatuhi apabila mengeja sesuatu suku kata. Zhou Youguang (1995, m.s.28-29) dalam Pengetahuan Asas Sistem Hanyu Pinyin telah menerangkan 5 peraturan ejaan dalam sistem fonetik HP: i) Jika ü atau suku kata akhiran yang bermula dengan ü bergabung dengan j, q atau x, dua titik di atas ü dibuang dan ditulis sebagai u, namun untuk n dan l, dua titik di atas ü dikekalkan. 29

Misalnya, j + ü = ju j + üan = juan j + üe = jue j + ün = jun q + ü = qu q + üan = quan q +üe = que q + ün = qun x +ü = xu x +üan = xuan x +üe = xue x + ün = xun n +ü = nü n +üe = nüe l +ü = lü l + üe = lüe ii) Jika sekiranya sesuatu suku kata bermula dengan i tanpa huruf lain, ia akan ditulis seperti berikut: i = yi in = yin ing = ying ia = ya ian = yan iang = yang iao = yao ie = ye iou = you iong = yong iii) Jika sekiranya sesuatu suku kata bermula dengan u tanpa huruf lain, maka ia akan ditulis seperti berikut: u = wu ua = wa uai = wai uan =wan uang = wang uo = wo uei = wei uen= wen ueng = weng 30

iv) Jika sekiranya sesuatu suku kata bermula dengan ü tanpa huruf lain, maka ia akan ditulis seperti berikut: ü = yu üe = yue üan = yuan ün = yun v) Jika sekirannya iou, uei atau uen didahului sebarang suku kata awalan, maka ia akan ditulis seperti berikut: l + iou = liu sh + uei = shui d + uen = dun 2.4 PENGGUNAAN HP DALAM PPBM2 PPBM2 secara keseluruhannya dapat dibahagikan kepada beberapa aspek, iaitu dari segi fonetik, tulisan, perbendaharaan kata, tatabahasa dan juga budaya. Di antaranya, pengajaran fonetik iaitu HP merupakan satu aspek yang paling penting. Hal ini berlaku kerana tulisan bahasa Mandain yang berbentuk piktorgrafik merupakan aspek yang paling susah bagi para pelajar. Pelaksanaan HP telah memudahkan proses PPBM2. HP menggunakan huruf Abjad Latin yang pelajar telah ketahui, maka pembelajaran mereka akan menjadi senang dan mudah dikuasai. Kini, HP merupakan ilmu asas yang harus dikuasai bagi seseorang yang ingin belajar bahasa Mandarin. Pelaksanaan HP bukan sahaja diperkembangkan di China, malahan penggunaannya 31

diperluaskan di luar negera. Kebanyakkan aktiviti PPBM2 di China dan seluruh dunia (kecuali Taiwan) kini telah menggunakan HP sebagai tanskripsi sebutan tulisan Cina. 4 Menyedari kepentingan HP dalam PPBM2, maka pengkaji memutus untuk meneroka bidang kajian yang berkaitan dengan HP, khasnya menilai kebolehan mendengar penutur bukan jati dalam mentranskripsikan dan membezakan sebutan bunyi HP. 2.4.1 Hasil Kajian HP dalam PPBM2 di China Hasil kajian fonetik dan pengajaran fonetik bahasa Mandarin dalam 10 tahun kebelakangan ini walaupun belum mencapai tahap yang mantap jika berbanding dengan aspek yang lain seperti tatabahasa, akan tetapi, hasil kajian fonetik yang dilakukan juga telah mencapai bilangan yang beratus-ratus. (Sun 2006, m.s.2). Oleh yang demikian, hasil kajian HP dalam bahagian ini akan berdasarkan hasil penyuntingan Sun Dejin ( 孙德金 ) pada tahun 2006 yang berjudul Kajian Pengajaran Fonetik dan Fonetik Bahasa Mandarin sebagai Bahasa Asing ( 对外汉语语音及语音教学研究 ). Hasil penyuntingan ini telah memaparkan hasil kajian fonetik yang menyeluruh di China sejak 10 tahun kebelakangan ini. Sun Dejin telah membahagikan hasil kajian HP kepada 2 bahagian. Bahagian yang pertama adalah kajian yang berkenaan dengan sistem fonetik itu sendiri. Bahagian kedua pula merujuk kepada kajian pengajaran fonetik bahasa Mandarin. 4 Kenyataan ini dikecualikan bagi sekolah yang menggunakan Zhuyin Fuhao di mana guru dan buku teks adalah dari Taiwan. 32

a) Kajian sistem fonetik Bahasa Mandarin Dari segi pembakuan bahasa Mandarin, masalah ini semakin diberi perhatian baru-baru ini. Menurut Lin Tao ( 林涛 )(2000 dalam Sun 2006 m.s.3-9) dalam hasil kajian yang bertajuk Pengajaran Fonetik dan Pembakuan Fonetik Putonghua ( 普通话的语音标准和语音教学 ), walaupun penguasaan pembakuan fonetik amat penting dalam pengajaran fonetik, namun kita juga harus bersikap toleransi terhadap fenomena percanggahan yang wujud dalam fonetik. ( 在语音教学中, 一方面要掌握较严格的语音标准, 另一方面也必须对存在分歧的语音现象采取较宽松的态度 ) Ini akan memberi sumbangan yang praktikal dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Dari segi penggunaan HP dalam PPBM2, Wang Lijia ( 王理嘉 )(2005 dalam Sun 2006 m.s. 36-47) berpendapat bahawa Sistem HP yang diakui umum merupakan sistem yang sempurna dalam bidang linguistik. Sun Dejin berpendapat bahawa hasil kajian Wang telah memberi penerangan dan analisis yang terperinci terhadap penggunaan HP dalam PPBM2. Di samping menyelesaikan masalah yang wujud dalam perancangan teori, penentuan dasar serta hubungan antara fonetik dan abjad dalam sistem ejaan fonetik (pinyin), Wang juga telah mengemukakan cadangannya bagi mengatasi kelemahan yang wujud dalam sistem HP. (Sun 2006, m.s.3) Beliau berpendapat bahawa sebagai seorang guru yang mengajar bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua, haruslah berupaya menentukan cara pengajaran yang berbeza berdasar masalah yang dihadapi oleh pelajar. Guru harus membimbing pelajar belajar HP dengan berdasarkan bahasa realiti ( 实际语言 ), seterusnya menggunakan HP untuk belajar bahasa Mandarin, dan bukan 33

semata-mata menggunakan huruf untuk mengeja sebutan fonetik bahasa Mandarin. (Sun 2006, m.s.47) Kajian nada bahasa Mandarin juga merupakan satu isu yang hangat dalam bidang ini. Bahasa Mandarin merupakan bahasa yang bernada. Ini jauh berbeza dengan bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol, Bahasa Jerman yang merupakan bahasa yang tidak bernada. Ciri-ciri keistimewaan ini telah menarik perhatian para pengkaji untuk mendalami bidang ini (Sun 2006, m.s. 3). Menurut Cao Jianfen ( 曹剑芬 ) (2002 dalam Sun 2006, m.s. 60-74), hubungan antara nada dan intonasi bahasa Mandarin adalah tingkatan ragam yang bertimbungan ( 音阶叠加的 代数和 关系 ). Tingkatan ragam akan berubah mengikut gelombang intonasi manakala bentuk nada pula akan berada pada tahap yang mantap. Cao berpendapat bahawa perubahan tekanan bunyi, irama dan kelajuan intonasi amat penting dalam komunikasi kehidupan seharian. Di samping itu, hasil penyuntingan Sun juga merangkumi kajian Wang Yunjia ( 王韫 佳 ) (1996 dalam Sun 2006, m.s. 111-117) yang telah menganalisis darjat kelangsingan nada neutral. Wang berpendapat bahawa analisis kerumitan nada neutral dalam kelangsingan aliran bahasa semulajadi ( 自然语流音高 ) amat penting untuk pengajaran nada bahasa Mandarin. Manakala Wu Huainan ( 吴淮南 )(2003 dalam Sun 2006, m.s. 143-146) pula berpendapat bahawa kesalahan penggunaan Mandarin oleh pelajar asing kebanyakkannya adalah disebabkan oleh kekurangan pemahaman terhadap hukum pemandanan frasa kata. Maka beliau berkata bahawa pemahaman 34

terhadap hubungan antara sukukata bahasa Mandarin dengan pembentukkan kata, pemandanan kata dan pemupukan terhadap rentak bahasa akan menyumbang kepada keberkesanan PPBM2. b) Kajian pengajaran fonetik Bahasa Mandarin Tugas utama dalam PPBM2 adalah membantu pelajar menguasai fonetik bahasa Mandarin dan perlafazan yang fasih dan tepat supaya membina asas yang kukuh untuk pergaulan secara lisan. Kepentingan fonetik telah memutuskan pengajaran fonetik sebagai asas dalam PPBM2. Kelemahan fonetik akan mempengaruhi penyampaian dalam bentuk pertuturan dan juga keupayaan mendengar (Liu 2000, m.s.355). Terdapat juga sebilangan penyelidik yang berpendapat bahawa penekanan ketepatan fonetik terhadap bangsa asing tidaklah perlu begitu ditekankan kerana masih ramai penutur Cina sendiri masih tidak dapat menguasai Putonghua yang baku. Namun begitu, Liu Xun ( 刘珣 )(2000, m.s.355-356) berpendapat bahawa walaupun Putonghua tempatan orang Cina dianggap terpengaruh dengan loghat tempatan, namun bahasa yang ditutur masih difahami oleh masyarakat tempatan. Manakala kesilapan fonetik bahasa Mandarin bangsa asing yang terpengaruhi dengan bahasa bangsa mereka pula bukan mudah untuk difahami oleh masyarakat Cina. Maka Liu menekankan bahawa kita perlu menekankan pengajaran dan pembelajaran fonetik pada peringkat awal supaya kesilapan yang dilakukan tidak menjadi satu kebiasaan. Dari segi nada bahasa Mandarin, menurut kajian yang dilakukan oleh para sarjana di luar negara, masalah yang dihadapi oleh pelajar asing adalah perubahan dalam sukukata 35

( 音节变化 ) dan bukannya ketinggian/kerendahan nada ( 高低调 ) (Chi Yangqin 2005 dalam Chen 2006, m.s.105). Menurut Chen Yu ( 陈彧 )(2006, m.s.99-109.), masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh pelajar asing, malahan keadaan yang sama juga dihadapi oleh pelajar yang berbahasa ibunda yang sama atau bangsa yang sama. Manakala bagi pelajar asing yang berlainan bangsa dan bahasa ibunda, punca yang menyebabkan wujudnya permasalahan ini juga adalah berbeza. Ni Yan ( 倪彦 )dan Wang Xiaokui ( 王晓葵 )(1992 dalam Sun, 2006, m.s. 274-281) telah membuktikan bahawa bahasa Mandarin yang ditutur oleh pelajar Amerika telah dipengaruhi oleh intonasi bahasa Inggeris (BI). Ini menyebabkan mereka bertutur dalam nada yang tidak tepat. Pelajar Vietnam pula berasa susah untuk membezakan nada pertama dan keempat dalam aspek pembacaan dan pendengaran dan juga berasa keliru antara nada kedua dan ketiga dalam aspek pendengaran. B1 mereka iaitu bahasa Vietnam telah memberi kesan negatif terhadap penguasaan nada bahasa Mandarin. (Wang 2006, m.s. 70; Han Ming, 2005 dalam Chen 2006, m.s.105) Menurut Wang Kuijing ( 王魁京 ) (1998, m.s.46), pengaruh pembacaan tulisan bahasa Mandarin dalam bahasa Jepun juga telah mempengaruhi perlafazan nada bahasa Mandarin orang Jepun. Beliau berpendapat bahawa orang Jepun selalu terlupa nada bahasa Mandarin dalam pertuturan mereka. Hal ini berlaku kerana pembacaan tulisan bahasa Mandarin dalam bahasa Jepun boleh dibahagi kepada 2 jenis pembacaan, iaitu pembacaan mengikut sebutan ( 音读 )dan pembacaan mengikut makna tulisan. ( 训读 ). Maka apabila mereka belajar bahasa Mandarin, mereka selalu menjadikan nada bahasa Mandarin sebagai pembacaan mengikut sebutan dalam bahasa Jepun. Bagi pelajar dari Indonesia, nada bahasa Mandarin juga merupakan permasalahan yang utama. Menurut Chen Yulan 36

( 陈玉兰 ) (2003, m.s.62-64), pelajar Indonesia menghadapi masalah dalam membezakan 4 nada dan juga dari segi aspek pendengaran. Seperti mana yang dihadapi oleh pelajar Vietnam, pelajar Indonesia juga tidak dapat membezakan antara nada pertama dan nada keempat dan juga antara nada kedua dan ketiga. Dalam aspek suku kata awalan dan suku kata akhiran HP, terdapat juga permasalahan yang timbul dalam PPBM2. Menurut Lin Yigao ( 林奕高 )dan Wang Gongping ( 王 功平 ) (2005, m.s.59-65), perbezaan di antara HP dan bahasa Indonesia merupakan punca yang menyebabkan mereka lemah dalam sebutan bunyi occlusive ( 塞音 ) dan bunyi affricate ( 塞擦音 ). Sun Dejin ( 孙德金 )(2006, m.s.6-7) pula menyatakan bahawa banyak kajian telah membuktikan gaya bahasa bahasa Jepun banyak mempengaruhi permasalahan HP dalam kalangan pelajar Jepun. Hasil kajian Song Chunyang ( 宋春阳 )(1998) dan Huang Zhenji ( 黄贞姬 )(1999) (dalam Sun 2006, m.s.258-273) telah menunjukkan bahawa fonem awal seperti f, zh, ch, sh merupakan permasalahan yang utama bagi pelajar Korea. Hal ini berlaku kerana fonem tersebut tidak wujud dalam bahasa Korea. Selain itu, Wu Jiemin ( 吴洁敏 )(1992, m.s.224-237) dalam kajiannya telah menjalankan analisis dan perbandingan terhadap fonetik bahasa Mandarin dan BI. Beliau telah membandingkan dua bahasa ini dalam aspek vokal dan konsonan. Hasil kajian ini telah memaparkan punca permasalahan pelajar yang berbahasa Inggeris dalam pembelajaran HP. Di samping itu, beliau juga mencadangkan beberapa cara seperti melakukan perbandingan antara dua bahasa, menerangkan perbezaan dan persamaan yang wujud dalam sebutan antara dua bahasa tersebut kepada pelajar dan seterusnya menggunakan sebutan bahasa ibunda yang sedia 37

ada untuk menggantikan sebutan bahasa Mandarin dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan oleh para sarjana dalam bidang fonetik bahasa Mandain, kita boleh merumuskan bahawa setiap pelajar dari negara yang berlainan masing-masing menghadapi masalah yang berbeza dalam proses pembelajaran HP. Hasil kajian yang dilakukan oleh para sarjana telah banyak menyumbang dalam bidang penyelidikan dan juga membantu para tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, hasil daripada sorotan kajian lepas ini, pengkaji mendapati bahawa belum terdapat kajian yang dijalankan untuk melihat keupayaan pelajar mentranskripsikan sebutan HP, khasnya dari segi kemahiran mendengar. Maka pengkaji membuat keputusan untuk meneroka bidang kajian ini dengan tujuan melihat sejauh manakah keupayaan pelajar mentranskripsikan sebutan bunyi HP dalam PPBM2. 2.4.2 Hasil Kajian HP dalam PPBM2 di Malaysia Pada tahun 1983, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan perlaksanaan pengajaran HP dalam sistem pendidikan Negara. Semua murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK(C)) akan belajar HP mulai dari darjah 2 (http://221.122.98.132/refbook/px_zsc5.aspx#5015). Tujuan pihak KPM menggantikan Zhuyin Fuhao ( 注音符号 ) yang sebelum ini diajar di sekolah rendah Cina dengan HP adalah supaya pendidikan bahasa Mandarin di negara ini tidak ketinggalan dengan bahasa Mandarin di negara China (Seminar Pendidikan 2006). 38

Pada tahun 1988, Lee Pau Wing telah menjalankan penyelidikan terhadap perlaksanaan HP di beberapa buah SRJK(C). Hasil kajian beliau telah memaparkan pandangan para guru sekolah terhadap perlaksanaan HP. Walaupun ramai di antara guru sekolah Cina berpendapat bahawa HP adalah berguna dalam pembelajaran bahasa Mandarin, malah mereka juga mengakui bahawa mereka kurang keyakinan dan keupayaan dalam pengajaran HP kerana tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sistem ini. Kemudiannya pada tahun 1993, Lee telah membincangkan kepentingan HP dalam PPBM serta pencapaian HP di China, Singapore dan Malaysia dalam kajiannya yang bertajuk HP Dengan Pengajaran Bahasa Cina. Lee telah membuat kesimpulan bahawa komitmen yang diberi guru serta pengetahuan mereka merupakan faktor utama dalam menjamin kejayaan pelaksanaan HP. (Lee 1993, m.s.57-63) Seterusnya, Tong Sem Ting & Ng Pek Hon (1992), Tan Ai Mooi (1993) dan Zhuang Xingfa dan rakannya (2005) juga telah menjalankan kajian terhadap pembelajaran fonetik bahasa Mandarin oleh pelajar Melayu. Mereka telah mendapat hasil kajian yang sama. Mereka berpendapat bahawa pembacaan suku kata awalan merupakan bahagian yang paling sukar untuk mereka. Gangguan bahasa ibunda iaitu BM merupakan faktor utama yang menyebabkan mereka salah sebut suku kata fonetik bahasa Mandarin. Misalnya dalam kajian Tong Sem Ting & Ng Pek Hon (1992, m.s.94-102), pelajar Melayu selalunya salah sebut suku kata awalan p,t,k,c dan ch sebagai [p], [t], [k], [ts] dan[tş] kerana dalam bahasa ibunda mereka tidak ada wujudnya bunyi hembusan angin (bunyi aspirated). Di samping itu, Tan Ai Mooi (1993, 39

m.s.122) dan Zhuang Xingfa serta rakannya (2005, m.s.249-262) pula berpendapat bahawa sebutan suku kata awalan yang memperolehi kekerapan salah sebutan yang paling tinggi ialah bunyi affricative ( 塞擦音 ) z, c, zh, ch, j dan q. Kesalahan ini juga disebabkan oleh ketidakwujudan bunyi tersebut dalam bahasa ibunda mereka. Pada tahun 2006, Wong Seet Leng & Wong Siau-Yn (2006, m.s.133-152) telah menjalankan kajian Kemahiran Mendengar Mandarin dalam Kalangan Murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan. Hasil kajian mereka telah menunjukkan pencapaian murid dalam ujian mendengar adalah memuaskan. Namum begitu, fenomena yang diperolehi dalam kajian juga telah menunjukkan bahawa sebutan bahasa Mandarin yang rumit telah menjadi halangan kepada seseorang yang berminat untuk mempelajari bahasa Mandarin sebagai B2. Dapatan kajian kedua-dua orang pengkaji ini juga memaparkan keadaan di mana pengajaran kemahiran mendengar sering diabaikan oleh guru kerana ramai di antara mereka berpendapat bahawa kebolehan ini boleh berkembang secara semulajadi. Hasil kajian mereka juga menunjukkan walaupun keadaan ini berlaku, namun pelajar masih dapat berkomunikasi dengan B2 melalui aktiviti tertentu. Pada tahun 2007, Lee Ai Chat dan rakan penyelidikannya telah melakukan analisis kesalahan nada dalam pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga dalam kalangan pelajar bumiputra di UiTM, Shah Alam. Dapatan kajian mereka telah menunjukkan bahawa 59.5% di antara kesalahan yang berlaku dalam sebutan nada bahasa Mandarin ialah nada kedua. Selain itu, hasil kajian mereka juga memaparkan 40

sebab-sebab berlakunya kesalahan sebutan nada boleh dikategorikan kepada faktor linguistik, faktor psikologi dan faktor ekstralinguistik. (Lee 2007, m.s.188-201) Secara umumnya boleh dirumuskan bahawa penyelidikan HP dalam kalangan pelajar bukan penutur natif di Malaysia lebih tertumpu kepada pelajar Melayu yang merupakan kumpulan majoriti yang mempelajari Mandarin sebagai B2. Di samping itu, skop kajian sistem fonetik di sini lebih kepada mengkaji keupayaan pelajar dalam aspek lisan serta faktor-faktor yang menpengaruhi pembelajaran mereka. Sekiranya ingin dibandingkan dengan Negara China, kajian fonetik dalam bidang PPBM2 di Malaysia adalah terhad dan masih terdapat banyak ruang boleh diusahakan lagi. Selain itu, hasil daripada sorotan kajian lepas ini, sekali lagi membuktikan bahawa belum lagi terdapat penyelidik melakukan kajian yang sama dengan pengkaji sendiri. Maka ini telah memberi peluang kepada pengkaji menjalankan kajian untuk melihat keupayaan pelajar dalam mempelajari HP, khasnya dalam aspek kemahiran mendengar. 2.5 KEMAHIRAN MENDENGAR 2.5.1 Pengenalan Kemahiran mendengar merupakan satu aspek yang penting dalam komunikasi seharian. Ia merujuk kepada keupayaan seseorang itu mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi. Selain itu, kemahiran mendengar juga adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan. Menurut Yang (1996, m.s.10), mendengar dan bertutur mempunyai hubungan yang secara langsung dalam aktiviti komunikasi, mereka saling 41

mempengaruhi dan mendorong, mempunyai hubungan yang paling rapat. Rumusan kajian Rankin (1926, m.s. 847) telah memaparkan keadaan manusia, sebanyak 42% daripada komunikasi manusia digunakan untuk mendengar, manakala Burley-(1982) dalam kajiannya pula mendapati peratusan mendengar bertambah sehingga 60% bagi kehidupan seharian pelajar sekolah menengah. (http://www.geocities.com/sastera_upsi/b1.txt ) Selain itu, dapatan kajian Wilt, M.E (1950, dalam Wong & Wong, 2006, m.s. 133-152) pula menunjukkan bahawa masa yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mendengar dalam aktiviti bilik darjah adalah sebanyak 57.5%. Maka, melalui kajian-kajian ini, kita dapat merumuskan bahawa manusia telah menggunakan hampir separuh masa berkomunikasi mereka untuk aktiviti mendengar. 2.5.2 Kepentingan Kemahiran Mendengar dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran mendengar seharusnya bermula pada peringkat awal pengajaran bahasa dan bertujuan untuk membolehkan pelajar fasih bertutur dalam bahasa yang dipelajari. Porter & Roberts (1981, m.s. 37-47) serta Meyer (1984, m.s.343-344) mengatakan bahawa, walaupun kemahiran mendengar merupakan unsur yang penting dalam aktiviti komunikasi, namun ia merupakan kemahiran yang paling kerap diabaikan dalam pembelajaran bahasa. Maka, Brook (1964, dlm Wong &Wong, 2006, m.s.137-138) berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar harus diberi penekanan. Beliau berpendapat bahawa separuh daripada masa dalam kelas mesti 42

diperuntukkan bagi kemahiran ini pada peringkat awal pembelajaran bahasa. Kemudian masa peruntukkan boleh dikurangkan kepada 30% pada peringkat pertengahan dan seterusnya 20% pada peringkat akhir pengajaran dan pembelajaran. Menurut tafsiran Wong & Wong terhadap Brook, pelajar perlu sedar bahawa dalam proses mendengar, terdapat perubahan-perubahan yang berlaku dalam pertuturan akibat daripada faktor persekitaran, tekanan, intonasi dan kadar kelajuan seseorang penutur. Kemahiran mendengar bukan sahaja penting dalam pengajaran dan pembelajaran B1, namun ia juga amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran B2. Feyten C.M. (1991, mm.s.173-180) berpendapat bahawa, kemahiran mendengar harus diajar dengan kaedah yang betul kerana ia merupakan asas dalam kemahiran berbahasa. Menurut beliau, kemahiran mendengar telah memainkan peranan yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran B2. Menurut Wong & Wong (2006, m.s. 133-152), pengajaran kemahiran mendengar di Malaysia masih tidak diberi perhatian sehingga kini. Kebanyakkan guru tidak dilatih untuk mengajar kemahiran ini pada peringkat awal pembelajaran. Mereka berpendapat bahawa pendekatan yang digunakan di sekolah atau institusi pengajian tinggi adalah dengan menggunakan pendekatan ujian kerana ujian mendengar mempunyai indeks kebolehpercayaan yang tinggi. Di UPSI, pelajar yang mengikuti kursus Bahasa Mandarin Komunikasi juga didedah dengan kemahiran mendengar. Latihan mendengar diberi kepada pelajar mengikut 43

tajuk modul untuk melatih pelajar mendengar secara berkesan. Memandangkan pendekatan ujian mendengar merupakan cara yang lazim digunakan untuk menilai keupayaan kemahiran mendengar seseorang, maka dalam konteks kajian ini, satu set ujian mendengar dibina untuk melihat keupayaan kemahiran mendengar subjek kajian, khasnya dalam aspek HP. 2.6 KESIMPULAN Secara kesimpulan, hasil daripada kajian PPBM2 dan kajian HP yang telah dilakukan, pengkaji mendapati bahawa terdapat jurang penyelidikan (research gap) yang wujud dalam bidang ini. Sehingga kini, belum terdapat penyelidik yang meneroka bidang kemahiran mendengar dalam kalangan pelajar Melayu, khasnya dalam aspek HP. Maka pengkaji memutus untuk melakukan kajian ini. Semoga hasil kajian ini akan dapat mengisi jurang penyelidikan seperti yang dinyatakan di atas. Selain itu, pengkaji juga berharap kajian ini akan mendatangkan hasil yang menggalakkan. 44