Neo-Konfusianisme 理学 menjadi terkenal pada zaman dinasti Song dan Ming sebagai sebuah gerakan rasional yang menolak kepercayaan karut. Sekitar tahun 1

Similar documents
PowerPoint Presentation

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii


BAB SATU

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

Tajuk

SaverBrochure_F 07.ai

华小董事觉醒运动缘起

Penghargaan

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

PowerPoint Presentation

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

BookCatalog FINAL

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

Penghargaan

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of

1

BAB 5

Peranakan-peranakan yang Cemerlang Lima Puluh Kehidupan Terunggul Kisah Singapura adalah kisah pelbagai pertemuan di antara pedagang, pengembara, dan

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

ISM Circular: 20 –2005

2

1936- Golongan tentera mengambil alih pentadbiran Jepun. 军 方 接 管 了 日 本 的 行 政 管 理 Jepun menakluki Manchuria. 日 本 入 侵 满 洲 Jepun menguasai Ko

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

各位记者先生,小姐

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

科系 ( 华 ) 科系 ( 巫 ) 科系 ( 英 ) 修读年数学分科系简介工业实习鉴定资格就业机会积分 马来亚大学 Universiti Malaya 文学院 FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL 国际公共关系学研究系 Pengajian Antarabangsa dan

Penghargaan

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

Microsoft Word - PDPA2010.doc

SejarahOrang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu

PowerPoint Presentation

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

Microsoft PowerPoint - -Poster Making Competition BP- Introduction to Cultural Assets [Powerpoint] [Compatibility Mode]

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

BAB SATU

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

Kata Ganti Nama Diri padankan jawapan yang betul. 1. Kita 我 2. Mereka 你 3. Saya 他 4. Kamu 你 / 你们 5. Kami 他们 6. Awak 大家 7. Dia 我们 Kata Tanya padankan j

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

Contents Bahasa Indonesia

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _Januari 2015_.doc

Microsoft Word - MY_Stern Warning on Product Selling on Internet Classified Ad Sites_1 Feb 2017.docx

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

社團改組資料

Southern University College Academic Journal, Volume 2, August 2014 南方大学学报 第 2 卷, 2014 年 8 月 prosa dan puisi. Sastera Melayu lama terdiri daripada cer

新校舍虽然只是木板屋结构的旧款式校舍, 但学校的范围已比以前大得多, 且因濒临海边, 空气异常清新, 同时因远离街市, 得以免除喧嚣的干扰, 实有助于学子潜心学习 一九七三年, 在本校服务二十余载之董能隆校长因思乡心切, 申请调职成功, 终于在离留两难中告别了这所由他细心培育成长的学校 董能隆校长的

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

这项运动还呼吁回教徒团结起来反抗在回教国家的西方殖民主义 (c) Idea perjuangan Gerakan Islah telah disebar ke Tanah Melayu oleh pelajar-pelajar Melayu yang menuntut di Mesir, khusu

巴东色海尚正学校2006年度行政历

一月 JANUARI

Lampiran 2

1

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:


四年级第二 次月考范围

Travel Protector Flight delays. Loss of luggage. Illness. An accident. Whether you are on a business trip or on holiday with your family, any of these

AXA-Wealth Edu Brochure (2015)

28 EN-PRUlink golden managed 01

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

Microsoft Word - Avail News _Ogos 2017_.doc

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he

校规 Peraturan Sekolah 1. 尊敬师长, 巡察员及班长 Menghormati guru, pengawas dan ketua darjah. 2. 须向访客请安 Memberi salam kepada pelawat sekolah. 3. 上课时, 不得迟到或早退 如要早退

UCAMHALAL 中心是通过与 PEHMA 机构合作于 2014 年开发的 JAKIM 主动发展专业发展愿景 (HPB), 以满足政府希望在马来西亚和国际层面需要 60,000 名清真高管的愿望 HPB JAKIM 已经任命并认证了 7 所 IPTA 和 3 所 IPTS, 其中包括被委托在马来西

February LIA

Jom ke China Merancang percutian ke China? Nak cari Warisan Budaya Hotel Penginapan Tempat Peranginan Restoran Makanan Halal Masjid Semua info yang be

出生于柔佛州的麻坡的 Bukit Gambir,Dato Onn 是 Dato' Ja'afar bin Haji Muhammad 的儿子 柔佛州第一任 首席部长 他是柔佛王室并从小受到 Ibrahim 苏丹 (Abu Bakar 苏丹的儿子 ) 的照顾, 并在他去英国深造之前 接受被马来教育 在

PERJANJIAN KEAHLIAN (Syarat-syarat) 1. Untuk menjadi seorang Pengedar di "Mc-Ocean Holding Sdn Bhd" (selepas ini dirujuk sebagai Syarikat), pemohon me

I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model I am my business s guardian I am my staff s employer Many people depend on

ZC501N_UM_FrontPg

Microsoft Word - Avail News _November 2017_.doc

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb

August Leadership in Action

Transcription:

Sarjana dalam kebudayaan Cina Golongan pujangga, pegawai, dan pedagang Sejak berabad lamanya, sarjana melambangkan ideal kebudayaan Cina. Individu yang boleh membaca teks klasik, menulis dan melukis, bermain muzik, dan mahir dalam bidang akademik amat dihormati. Individu yang terpelajar memainkan peranan penting dalam budaya Cina - sama beliau seorang penjawat awam, peniaga yang berjaya, atau orang Cina yang di luar negara. Falsafah ideal Confucius dan hierarki sosial Ideal seorang sarjana berasal dari teks Confucius 孔子 (551 479 SM). Sebagai ulasan kepada huru-hara politik dan peperangan sewaktu zamannya, Confucius mengembangkan sebuah susunan sosial untuk menstabilkan masyarakat. Dengan sebuah sistem peperiksaan yang menguji pengetahuan klasik Confucius, mobiliti sosial dibolehkan bermula dari dinasti Tang (618 907). Pegawai-sarjana, yang juga dikenali sebagai mandarin, diletakkan di atas hierarki sosial. Walau bagaimanapun, definisi kelas sarjana berubah mengikut peredaran masa, dan ia dihubungkan dengan kelas saudagar kaya pada lewat dinasti Ming (awal abad ke-17). Yang jati atau hanya bercita-bercita Para sarjana jati menumpukan seluruh hidup mereka kepada peningkatan kemahiran sastera dan diri mereka. Ramai lagi yang bercita-cita menjadi sarjana lalu mereka telah mengamalkan aspek-aspek ideal ini. Kelakuan seorang sarjana yang beretika digalakkan demi pembangunan masyarakat secara mutlak. Sarjana di Singapura Di antara abad ke-17 dan ke-19, ramai orang Cina meneroka Asia Tenggara untuk menempah kekayaan. Ahli perniagaan yang berjaya kadangkala menceburi kegiatan ilmiah, dan jarak sosial di antara pedagang dan sarjana semakin menjadi kurang jelas. Seorang pemimpin awal masyarakat Teochew di Singapura, Seah Eu Jin, menceburi bidang lukisan dan kaligrafi lewat dalam hidupnya. Lim Boon Keng, seorang Peranakan berpendidikan Inggeris, menjadi pemimpin Pergerakan Pemulihan Confucius serta presiden Universiti Amoy di China. Orang Cina kaya di luar negara sering membeli pangkat dan memakai jubah dan lencana para mandarin. Orang lain pula memakainya walaupun secara teknikal, mereka tidak berhak atas lambang-lambang ini. Asas masyarakat stabil Konfusianisme Confucius hidup pada zaman perang saudara dan korupsi politik yang melanda China pada akhir dinasti Zhou. Dalam usahanya untuk menstabilkan masyarakat, beliau telah menganjurkan sebuah sistem muzik dan keupacaraan ( 礼乐制度 ).Pengajaran Confuscius berasaskan "lima hubungan manusia" 五伦, iaitu ihsan kepada ibu bapa, adik-beradik, suami isteri, sahabat-handai, dan pemerintah. Idea-idea ini telah dirakamkan oleh ahli-ahli sejarah dan pengikutnya dalam bentuk penulisan selepas kematiannya. Konfusianisme terus memainkan peranan penting di China, Jepun, Korea, dan ramai masyarakat Cina di luar negara. Kebangkitan dan kejatuhan Konfusianisme Walaupun Konfusianisme mempunyai pengaruh kuat di China, terdapat juga waktu di mana ia kurang diminati. Maharaja Pertama 始皇帝, yang menyatukan China pada 221 Sebelum Masihi, dilaporkan telah membakar bukubuku Konfusianisme dan sarjana yang menentang pembaharuan ini pula diseksa. Bagaimanapun, dinasti Han yang berikutan memaktubkan Konfusianisme sebagai falsafah negara.

Neo-Konfusianisme 理学 menjadi terkenal pada zaman dinasti Song dan Ming sebagai sebuah gerakan rasional yang menolak kepercayaan karut. Sekitar tahun 1900, falsafah Konfusianisme yang baru ini mengambil unsur-unsur falsafah Barat untuk memodenkan masyarakat tradisional Cina. Studio seorang sarjana Seorang sarjana elit pada dinasti Ming atau Qing biasanya akan membina sebuah studio ( 书斋 ) di mana beliau boleh belajar, bermeditasi, mengamalkan seni khat dan lukisan, menikmati khazanah kecil, serta bergaul dengan sarjanasarjana yang lain. Alat-alat penting untuk menulis dikenali sebagai Empat Khazanah 文房四宝 - berus, dakwat, kertas, dan batu dakwat (inkstone). Dalam buku-buku kepakaran dari lewat zaman Ming, para sarjana mencerita tentang studio mereka dengan teliti, termasuk pelbagai perabot dan objek. Penulisan ini menjadi asas buat konsep studio sarjana hari ini. Studio ini merupakan rekaan fizikal matlamat estetik seseorang individu - ia sering dihias secara minimalis supaya sarjana itu tidak diganggu keselerakan. Studio ini juga merupakan ruang berundur dan bertapa. Pemandangan ke arah taman dianggap penting untuk menimbulkan inspirasi daripada alam semula jadi. Perabot yang paling digemari untuk menghiasi studio tersebut pada zaman itu diperbuat daripada kayu yang jarang ditemui, diimport dari Asia Tenggara, seperti huanghuali 黄花梨. Kayu keras dari tanah asing mula didapati pada lewat zaman Ming apabila sekatan perdagangan ditarik balik. Perjalanan para sarjana Pengembaraan Pegawai-sarjana telah dihantar ke pejabat-pejabat di seluruh pelosok negara. Pemindahan, melawat rakan lama dan tempat-tempat semula jadi, dan membuat kenalan baru dari pelbagai golongan pujangga menjadi satu bahagian penting dalam gaya hidup seorang sarjana. Dengan peningkatan dalam pengangkutan laut dan darat, pengembaraan secara peribadi menjadi lebih mudah dan sesuata yang biasa. Perabot Fujian Perabot Ming, yang mempunyai reka bentuk yang mudah, dicipta di rantau Jiangnan 江南 di selatan China ia bukan sahaja mempunyai estetik yang menarik, tetapi ia juga sangat praktikal. Meja dan kerusi boleh dibahagikan buat pengangkutan. Perabot yang diperbuat di wilayah Fujian telah diilhamkan oleh contoh-contoh ini, tetapi ia dibuat daripada kayu gelap yang berasal dari rantau ini. Satu contoh ialah kayu "sayap ayam" 鸡翅木. Empat kegiatan kebudayaan Lelaki dan wanita beradab di China lazimnya mengambil bahagian dalam empat kegiatan budaya, iaitu 琴棋书画 "zither, weiqi, kaligrafi, dan lukisan". Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk memperbaiki tingkah laku seseorang. Alat muzik zither dianggap sebagai instrumen suci yang memberikan kejelasan minda dan kekuatan rohani untuk menghindari tenaga negatif. Permainan weiqi (dikenali sebagai go di Jepun) menyediakan latihan yang tepat buat pemikiran strategik dan untuk menguji kesabaran. Kaligrafi memerlukan gabungan kebolehan mental dan fizikal, dan ia dianggap sebagai sebuah gambaran jati diri. Akhir sekali, meneliti sesebuah lukisan klasik membantu seorang sarjana untuk menghargai kehalusan seni.

Pedagang dan sarjana Peniaga-peniaga di China yang sering disifatkan sebagai hanya berminat dengan keuntungan, berusaha untuk mendapat pengiktirafan dengan mengaitkan diri mereka dengan para sarjana. Ramai sarjana juga memerlukan sokongan kewangan oleh orang-orang kaya untuk menaung kerja mereka. Ia amat bergaya buat orang-orang kaya untuk bergaul dengan sarjana-sarjana yang handal. Mereka memasang tulisan syair oleh penulis-penulis khat terkenal, menjadi tuan rumah perhimpunan golongan pujangga, dan menggaji sarjana untuk mengajar penulisan klasik Confucian buat anak-anak mereka. Pada abad ke-17, selatan China mengalami sebuah lonjakan ekonomi yang membolehkan pedagang-pedagang kaya untuk menjadi penaung kerja-kerja ilmiah. Saudagar-sarjana Singapura Sekitar tahun 1900, golongan pujangga muncul di Singapura, disokong oleh peniaga-peniaga yang berjaya. Didorong oleh reformasi di China dan idea-idea liberal yang diimport dari Eropah dan Amerika mengenai demokrasi dan kesaksamaan, pedagang Singapura menyokong sekolah Cina dan akhbar-akhbar Cina. Mereka mengambil peranan sebagai para sarjana untuk mendidik masyarakat. Usaha ini membawa ramai sarjana dari Cina ke Asia Tenggara, dan simbiosis di antara pedagang dan sarjana semakin giat. Menjelang tahun 1930-an, pendatang dari China bukan sahaja datang dari golongan pekerja tetapi juga golongan pendidik, wartawan, dan penulis terkemuka seperti Lao She 老舍 dan Yu Dafu 郁达夫. Penaung lukisan di Singapura Dr Tan Tsze Chor 陈之初 (1911 1983) mula mengumpul lukisan Cina dalam tahun 1930-an. Beliau amat gemar dengan hasil seni artis Shanghai Ren Yi 任颐 dan Qi Baishi 齐白石 yang bekerja di Beijing. Beliau juga berkawan dengan ramai artis seperti pelukis Singapura iaitu Liu Kang 刘抗, Xu Beihong 徐悲鸿, dan Zhao Shao'ang 赵少昂, yang datang ke Singapura di atas jemputan Dr Tan. Naungan Dr Tan penting dalam membangunkan gaya lukisan dakwat Nanyang 南洋 di Singapura. Kaligrafi Dr Tan sendiri menggabungkan beberapa gaya purba dengan dakwat berwarna yang berbeza. Sebahagian besar daripada koleksinya yang dinamakan Xiang Xue Zhuang 香雪庄, telah diderma kepada Muzium Tamadun Asia (ACM). Mendefinisikan sarjana Para sarjana yang beradab memainkan model peranan dalam budaya Cina selama lebih daripada dua ribu tahun. Confucius memanggil individu-individu ini "budiman sempurna" 君子. Melalui lukisan Song yang berkaitan dengan kesusasteraan ( 士人画 ), prototaip sarjana ini berkembang pada abad ke-10. Pada lewat dinasti Ming, para sarjana memberi tumpuan yang lebih kepada sastera dan oleh itu digelar sebagai "golongan pujangga" 文人. Kepura-puraan imperial Maharaja-maharaja Cina berusaha untuk menggambarkan diri mereka sebagai seorang sarjana atau budiman yang sempurna. Untuk memupuk para pegawai, maharaja Cina menganugerahkan mereka objek-objek ilmiah yang dihasilkan di bengkel diraja atau seni khat buatan maharaja itu sendiri. Semua aktiviti ini menaikkan tahap pencapaian seni dalam kehidupan diraja. Mereka juga memperolehi pelbagai kertas khas, kayu dakwat, dan objek halus - yang dihadiahkan untuk mendapatkan kesetiaan. Hubungan maharaja-maharaja ini dengan para sarjananya bermula pada usia yang sangat muda. Seorang sarjana yang terpelajar akan dilantik sebagai guru beliau. Ada sesetengah maharaja mengamalkan gaya hidup yang ilmiah ini. Ungkapan yang terkenal iaitu kaijuanyouyi 开卷有益 "membaca memperkayakan minda", berasal dari maharaja Song Taizong 宋太宗 (939 997), yang banyak membaca dan amat dihormati para menterinya.

Maharaja Kangxi sebagai seorang sarjana Maharaja Kangxi 康熙 (pemerintahan 1662 1722) mendapat penerimaan daripada para pegawai-sarjana Cina Han untuk dinasti Manchunya kerana mengambil minat yang mendalam dalam Konfusianisme dan budaya tradisional Cina. Beliau dengan sendirinya menceburi bidang kaligrafi dan lukisan, dan menaja penyusunan Kamus Kangxi 康熙 字典 dan Puisi Tang Lengkap 全唐诗. Status imperial untuk dijual Pada abad ke-19, orang-orang dari selatan China berhijrah ke Asia Tenggara, Amerika, dan Hawaii. Walaupun mereka mengecapi kekayaan yang besar, mereka juga mahukan simbol status dari tanah air mereka. Melalui konsulat yang ditubuhkan di Singapura pada tahun 1877, kerajaan Cina menjual gelaran yang memberikan hak untuk mereka memakai lencana untuk menunjukkan pangkat mereka. Harga gelaran-gelaran ini disenaraikan dalam akhbar. Lazimnya, ramai orang Cina di luar negara memakai jubah mandarin sama ada mereka telah membeli gelaran atau tidak. Jubah rasmi dan lencana pangkat ini dipakai di acara-acara penting seperti majlis perkahwinan dan majlismajlis kolonial. Pegawai-sarjana Sistem peperiksaan Kerajaan Cina dikendalikan oleh para sarjana berpendidikan tinggi yang telah dipilih melalui peperiksaan yang berdasarkan teks Confucius dari abad ke-7 hingga awal abad ke-20. Dipilih atas dasar merit, birokrasi berpendidikan ini dipupuk supaya setia kepada maharaja. Pegawai-sarjana 士大夫 ini kadangkala dipanggil mandarin. Sistem peperiksaan ini juga digunakan di Vietnam dan Korea, dan mempengaruhi birokrasi kolonial British. Pangkat dan kedudukan pegawai-sarjana dipaparkan melalui pakaian mereka yang elok. Pakaian tersebut telah mula direka pada dinasti Tang. Peraturan-peraturan Ming dan Qing yang ketat juga mentadbirkan butiran seperti motif haiwan, kain, dan pelbagai aksesori. Sistem peperiksaan ini dikritik kerana tidak fleksibel, dan dihentikan seketika sewaktu kegawatan politik. Dinasti Yuan menggantung peperiksaan dari tahun 1279 hingga 1315 kerana kejatuhan kerajaan Song. Pada abad-19, sistem ini dianggap menyekat inovasi dan pemodenan, dan ia dimansuhkan pada tahun 1905. Impian dan fantasi Imej seorang sarjana yang ideal Ramai orang menghormati para sarjana tetapi tidak dapat menumpukan seluruh masa untuk memupuk minda mereka. Mereka hanya mengambil beberapa aspek kehidupan sebagai seorang sarjana. Imej sarjana menjadi amat popular pada dinasti Ming. Ini disebabkan oleh pemerdagangan dan peningkatan teknikal dalam pengeluaran porselin dan lakuer. Objek-objek ini sering menunjukkan para sarjana ketika mereka sedang menulis dan melukis, meminum wain, atau bermain muzik, dalam sebuah landskap. Objek seperti ini bukan sahaja dikumpul oleh golongan elit, tetapi juga oleh mereka yang tidak boleh membaca atau menulis. Orang asing terpesona dengan para sarjana Cina yang luarbiasa ini. Sekitar abad ke-17, objek eksport sering dihiasi dengan imej sarjana yang diambil dari buku lukisan dan novel, dan kadang-kadang digabungkan dengan reka bentuk Eropah.

Penemuan semula zaman purba China Kebangkitan semula sesuatu dari zaman purba telah lama menjadi sebuah tradisi seni di China. Kajian objek yang arkaik, terutamanya tulisan pada gangsa dan steles, adalah satu aktiviti ilmiah yang penting pada zaman lewat Ming dan Qing. Gangsa buat tujuan ritual dari dinasti Shang dan Zhou kadangkala ditemui juga. Inskripsi pada gangsa ini telah diteliti oleh para sarjana sebagai sebuah sumber baru untuk sejarah China. Pada zaman yang kemudian, terutamanya semasa dinasti Song, Ming, dan Qing, bentuk dan reka bentuk perkakas purba telah ditiru. Gangsa purba ini sering dicipta semula dengan bahan-bahan yang berbeza seperti porselin dan jed. Inskripsi-inskripsi ini dirakamkan melalui gosokan kertas dan ditiru pada seni khat. Ia menunjukkan suatu penghormatan buat sejarah China dan juga sebuah sambutan buat ideal purba yang unggul. Ritual-ritual China purba Objek jed dan gangsa digunakan dalam amalan ritual awal di China. Ciri-ciri ritual ini menyumbang kepada pembentukan idea Confucius pada abad ke-5 Sebelum Masihi. Jed Jed telah menjadi bahan sangat berharga di China seawal 5000 Sebelum Masihi kerana ia cantik dan keras. Objek jed yang halus buatannya telah ditemui dalam kubur purba golongan bangsawan. Beberapa bentuk berdasarkan alat bertukang dan senjata, walaupun jed sebenarnya terlalu rapuh untuk digunakan secara praktikal. Objek-objek jed ini mungkin memainkan peranan simbolik dalam pelbagai upacara. Kilauan jed ini dikaitkan dengan ideal kebajikan dan kecerdasan pada tempoh masa yang kemudiannya. Gangsa Perkakas yang diperbuat dengan teliti daripada gangsa digunakan untuk upacara menghormati nenek moyang dan menandakan acara tahunan yang penting pada dinasti Shang (sekitar 1600 1046 Sebelum Masihi) dan Zhou (sekitar 1046 256 Sebelum Masihi). Reka bentuk yang berbeza-beza digunakan untuk makanan, bijirin, atau wain. Kepentingan jenis binatang yang dikorbankan dan makanan yang dihidangkan dalam upacara tersebut telah dirakamkan dalam penulisan yang kemudian. Confucius memuji upacara-upacara ini sebagai mengukuhkan keharmonian sosial. Haiwan mitos dan lembaga Pada dinasti Han (206 Sebelum Masihi 220), haiwan dan lembaga-lembaga tertentu, termasuk binatang hibrid dari mitos telah disifatkan sebagai mempunyai kuasa-kuasa khas. Haiwan-haiwan merupakan pengantara antara dunia sebenar dan dunia ghaib dalam mencari keabadian dan kepanjangan umur.