TAKAFUL SAVER Menabung untuk kesejahteraan masa depan. 今天的投资, 明天的保障 produk berlandaskan syariah nasihat kewangan profesional pengurusan dana islam
Konsep Takaful Takaful ialah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan Tabarru (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa diperlukan.
TAKAFUL SAVER Hari ini menabung sedikit, esok pula hasilnya membukit Ketika merancang perlindungan untuk menghadapi perkara yang tidak diingini, anda juga boleh merancang untuk perkara yang anda ingini. Seperti memiliki kediaman impian, membiayai anakanak melanjutkan pelajaran atau bersara lebih awal. Rider pelaburan Takaful Saver membolehkan anda mengecapi semua ini. Dengannya, anda boleh memilih untuk melabur terus ke dalam Dana Takafulink sambil menikmati perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink anda. Takaful Saver membolehkan anda menikmati lebih lagi dari pelan Takafulink anda kerana ia menawarkan pelan yang lebih fleksibel untuk menepati keperluan anda yang sering berubah. Bagaimana Takaful Saver dikendalikan? Setelah menyertai Takaful Saver, para peserta Takafulink boleh membuat caruman tetap ke Akaun Unit Pelaburan (IUA) untuk membeli unit-unit di dalam Dana Takafulink yang dipilih. Caruman tetap minimum: RM10 sebulan Caruman tetap maksimum: (Caruman tahunan Takafulink) x 5 Penambahan Caruman Peserta juga boleh menambah caruman tunggal ke dalam IUA mereka pada bila-bila masa. Penambahan minimum: RM1,000 Penambahan maksimum: Tiada had Memandangkan 95% daripada caruman tetap Takaful Saver diperuntukkan untuk membeli unit-unit Dana Takafulink, rider ini membolehkan para peserta menambah caruman mereka untuk pelaburan dan simpanan. Nota: 5% lagi diperuntukkan untuk yuran Wakalah bagi komisen ejen dan perbelanjaan berkaitan agihan. Caruman Takaful Saver adalah berasingan sama sekali dengan Takafulink. Apabila berlaku kematian, Hilang Upaya Penuh & Kekal (HUPK) atau Sijil mencapai tarikh matang, baki unit di dalam IUA akan dibayar kepada para peserta. Manfaat Tambahan Takaful Saver Contributor: Membayar caruman tetap kepada orang dilindungi Takaful Saver sekiranya orang dilindungi menghidap penyakit kritikal.
Takaful Saver Parent Contributor atau Takaful Saver Spouse Contributor: Sekiranya ibu bapa atau pasangan orang dilindungi meninggal dunia, mengalami HUPK atau disahkan menghidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu membayar caruman kepada pelan Takaful orang dilindungi di masa hadapan. Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila orang dilindungi meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun. Siapa yang boleh menyertai Takaful Saver? Mana-mana peserta dan / atau pencarum pelan Takafulink. Bagaimana dana anda diuruskan? Caruman tetap Takaful Saver akan diuruskan mengikut arah pelaburan yang dinyatakan di dalam pelan Takafulink anda sebelum ini. Penambahan caruman tunggal pada satu-satu masa boleh dibuat ke dalam Dana Takafulink pilihan anda. Dana-dana Takafulink berlandaskan Syariah yang disediakan ialah: Takafulink Dana Ekuiti Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang dengan melabur dalam saham bermutu tinggi yang berlandaskan Syariah dan disenaraikan di Bursa Malaysia Untuk para peserta yang mampu menghadapi risiko yang tinggi dan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang Takafulink Dana Bon Bertujuan memberikan pengumpulan modal jangka masa pertengahan hingga panjang, dengan melabur dalam sekuriti terpilih yang berlandaskan Syariah Untuk peserta yang mampu menghadapi risiko yang rendah hingga pertengahan serta berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang SELAMAT: Melabur untuk masa depan anda sambil menikmati perlindungan Takaful
KEMUDAHAN: Melabur bila-bila masa yang anda suka - terus ke dalam Dana Takafulink pilihan anda
Takafulink Dana Urus Dana diuruskan yang bertujuan memaksimumkan pulangan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang. Ini dicapai dengan melabur dalam saham dan sekuriti yang berlandaskan Syariah menerusi Takafulink Dana Ekuiti, Takafulink Dana Bon dan mana-mana dana Takafulink sedemikian yang ditawarkan di masa hadapan Untuk peserta yang mampu menghadapi risiko sederhana hingga tinggi dan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang Nota: Prestasi lepas bagi suatu Dana tidak boleh dianggap sebagai petunjuk bagi prestasi di masa hadapan. Harga bagi suatu unit mungkin naik dan turun, dan prestasi suatu Dana tidak dijamin. Nilai bagi suatu Dana mungkin lebih rendah dari jumlah sumbangan dan bergantung kepada prestasi sesuatu aset. Apakah bayaran yang dikenakan*? Yuran Pertukaran Dana Satu pertukaran percuma setiap tahun Yuran sebanyak 1% (maksimum sebanyak RM50) akan dikenakan untuk pertukaran tambahan, dalam tempoh setahun tersebut Yuran Wakalah Pengurusan Aset: Takafulink Dana Bon Takafulink Dana Ekuiti 0.5% setahun 1.5% setahun Takafulink Dana Urus 1.3% setahun (Tertakluk kepada semakan pada masa hadapan) Yuran dikenakan setiap hari berasaskan nilai dana PUA sewajarnya dan diperlihatkan dalam harga unit. Yuran Wakalah Hadapan Untuk komisen ejen dan perbelanjaan berkaitan agihan *Yuran dan caj mungkin berbeza dari masa ke semasa dengan memberi notis 90 hari.
Semua Dana Takafulink dilaburkan di dalam saham dan sekuriti yang berlandaskan Syariah. Rangkaian produk Takafulink adalah selaras dengan tuntutan Syariah. Penting: Risalah ini hanya memberikan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai terma dan syarat, sila rujuk dokumen Sijil anda. Penafian: Anda hendaklah memastikan bahawa produk ini sebaik-baiknya menepati keperluan anda dan sumbangan yang perlu dibayar di bawah Sijil ini adalah jumlah yang mampu anda bayar. FLEKSIBEL: Melabur jumlah yang anda inginkan - dari serendah RM10 sebulan
Untuk keterangan lanjut / pertanyaan, sila hubungi: Prudential BSN Takaful Berhad (740651-H) Aras 8A, Menara Prudential, No. 10 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 603 2053 7188 Faks: 603 2072 6188 Emel: customer@prubsn.com.my www.prubsn.com.my