Penghargaan

Similar documents
Penghargaan

Penghargaan

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

BAB SATU

Penghargaan

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

PowerPoint Presentation

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

Tajuk

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

PowerPoint Presentation

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

BAB SATU

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN


各位记者先生,小姐

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

SaverBrochure_F 07.ai

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

1

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

BookCatalog FINAL

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

BAB 5

华小董事觉醒运动缘起

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

Kertas 1

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

Microsoft Word - Bursary

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

UCAMHALAL 中心是通过与 PEHMA 机构合作于 2014 年开发的 JAKIM 主动发展专业发展愿景 (HPB), 以满足政府希望在马来西亚和国际层面需要 60,000 名清真高管的愿望 HPB JAKIM 已经任命并认证了 7 所 IPTA 和 3 所 IPTS, 其中包括被委托在马来西

PowerPoint Presentation

ISM Circular: 20 –2005

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

Microsoft Word - Apendix alla.doc

ISI KANDUNGAN (1) Pendahuluan 1 (2) Pandangan Dan Cadangan 1 (i) Menggubal sistem pembinaan sekolah komuniti bagi setiap 1 aliran sekolah (ii) Meranca

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

四年级第二 次月考范围


ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

BAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi, pemeliharaan, dan

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

1

KSSR BAHASA CINA TAHUN 1

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH (PBS) NAIB PN. LIANG FEI SHIN PN. LEE CHAI YENG (TAHAP 1) CIK TUEH SHE PING (TAHAPN 2) KPBM: PEMENTORAN KPBI

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

Microsoft Word - Avail News _November 2017_.doc

新校舍虽然只是木板屋结构的旧款式校舍, 但学校的范围已比以前大得多, 且因濒临海边, 空气异常清新, 同时因远离街市, 得以免除喧嚣的干扰, 实有助于学子潜心学习 一九七三年, 在本校服务二十余载之董能隆校长因思乡心切, 申请调职成功, 终于在离留两难中告别了这所由他细心培育成长的学校 董能隆校长的

Microsoft Word - Avail News _Ogos 2017_.doc

Protection. Investment. Guaranteed Cash Payment! 1 Plan 3 Purposes While most insurance policies act solely as a protection plan, Allianz provides you

Contents Bahasa Indonesia

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of

Microsoft Word - 15 TanChingChing

djz

Minit Mesyuarat

I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model I am my business s guardian I am my staff s employer Many people depend on

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

JAWATANKUASA PENERBITAN KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP AMB. JANUARI 2008 (BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IP

kebudayaan pluralisme dan perdagangan bebas dari AS. Tapi kini kita hampir tidak melihatnya lagi AS seperti yg kita kenal dulu, sehingga Jerman merasa

北方大学科系介绍

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

AXA-Wealth Edu Brochure (2015)

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he

Dasar Menuju ke Selatan

Microsoft Word - PDPA2010.doc

出生于柔佛州的麻坡的 Bukit Gambir,Dato Onn 是 Dato' Ja'afar bin Haji Muhammad 的儿子 柔佛州第一任 首席部长 他是柔佛王室并从小受到 Ibrahim 苏丹 (Abu Bakar 苏丹的儿子 ) 的照顾, 并在他去英国深造之前 接受被马来教育 在

28 EN-PRUlink golden managed 01

科系 ( 华 ) 科系 ( 巫 ) 科系 ( 英 ) 修读年数学分科系简介工业实习鉴定资格就业机会积分 马来亚大学 Universiti Malaya 文学院 FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL 国际公共关系学研究系 Pengajian Antarabangsa dan

BAB SATU

1936- Golongan tentera mengambil alih pentadbiran Jepun. 军 方 接 管 了 日 本 的 行 政 管 理 Jepun menakluki Manchuria. 日 本 入 侵 满 洲 Jepun menguasai Ko

Transcription:

BAB 1 PENGENALAN 1.0 PENGENALAN Hanyu ( 汉语 )atau bahasa Mandarin baku adalah bahasa pengantar bangsa Han( 汉 民族的共同语言 ) yang berasaskan kepada dialek Beijing. Ia adalah bahasa standard yang telah dirasmikan oleh kerajaan China sebagai bahasa pengantar seluruh negara, atau juga dikenali sebagai Putonghua. Di Malaysia, Hanyu dikenali sebagai Huayu ( 华语 ) atau Bahasa Cina (BC), iaitu bahasa orang Cina manakala di Taiwan, ia dikenali sebagai Guoyu ( 国语 ), iaitu bahasa rasmi Taiwan. Dalam kegunaan seharian, istilah bahasa Mandarin sering digunakan. Ia biasanya merujuk kepada bahasa Mandarin baku. Dalam penyelidikan ini, istilah bahasa Mandarin digunakan kerana ia sejajar dengan nama kursus Bahasa Mandarin Komunikasi yang diikuti oleh subjek kajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mandarin adalah bahasa yang mempunyai penutur yang paling ramai di dunia (Oriental Daily News 2006, m.s.d2-d4). Pembelajaran bahasa Mandarin telah menjadi trend yang terkini. Ini adalah kerana dalam era globalisasi, kedudukan negara China menjadi semakin penting, sama ada dalam bidang ekonomi mahupun bidang yang lain, khasnya selepas negara China menjadi ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan berjaya menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 2008. Kedudukan bahasa Mandarin juga telah dipertingkatkan penggunaannya memandangkan China akan menjadi rakan perdagangaan ekonomi yang kuat di dunia. Nilai ekonomi bahasa 1

Mandarin semakin tinggi dan akan menjadi salah satu bahasa antarabangsa yang penting. Di China, sebanyak 400 buah universiti telah menawarkan kursus bahasa Mandarin kepada pelajar luar negeri dan universiti-universiti ini dijangka telah menerima seramai 400,000 orang pelajar luar negeri (Bifeng 2006, m.s.5). Menurut Gu Hongxing, Pengarah Bahagian Budaya Kedutaan Republik China di Malaysia, kini lebih daripada 2300 buah universiti di dunia telah menawarkan kursus bahasa Mandarin. Di antaranya ialah Thailand, Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, Malaysia, Korea, Jepun, Sepanyol, Portugis, Belgium, Afrika dan negara-negara lain. Bilangan pelajar yang mempelajari bahasa Mandarin telah melebihi seratus juta orang, iaitu telah meningkat lebih kurang 40%. (Nanyang Siangpau 2007, m.s.a5) Keadaan yang sama juga berlaku di Malaysia. Bilangan pelajar yang mempelajari bahasa Mandarin telah bertambah, khasnya dalam kalangan pelajar Melayu. Institusi-institusi tempatan sama ada di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah menawarkan kursus bahasa Mandarin untuk memenuhi permintaan semasa. Sehingga kini, sebanyak 10 buah IPTA atau IPTS tempatan seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universit Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi 2

Petronas (UTP) dan Universiti Lim Kok Weng masing-masing telah menawarkan kursus Mandarin sebagai kursus elektif mulai akhir tahun 90-an. (Tan 2007, m.s.1-2) Di samping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi (BCK) di sekolah kebangsaan (SK) pada tahun 2005 untuk menarik minat murid pelbagai kaum mempelajari BC di SK serta memberi peluang kepada mereka mempelajari bahasa-bahasa lain. Mulai tahun 2007, KPM merancang menggantikan BCK dengan BC dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP2006). BC akan dirintis di 150 buah SK pilihan (KPM 2006, m.s.80). Usaha KPM telah mencapai hasil yang memuaskan. Sebanyak 100 buah sekolah kebangsaan telah menawarkan mata pelajaran BC sebagai pilihan elektif kepada pelajar pada Januari tahun 2007. Sehingga kini, seramai 1908 orang pelajar sekolah kebangsaan sedang mempelajari BC. (Sinchew 2007, m.s.05) 1.1 Pernyataan Masalah Dalam proses pembelajaran bahasa Mandarin, tidak kira sama ada sebagai bahasa pertama (B1) atau bahasa kedua (B2), sistem fonetik bahasa Mandarin atau dikenali sebagai Hanyu Pinyin (HP) ( 汉语拼音 ) merupakan ilmu asas yang harus dipelajari. Ini selaras dengan pandangan Fries (1962, m.s.3), di mana apabila seseorang mempelajari sesuatu bahasa, beliau mestilah bermula dengan sistem fonetik bahasa terlebih dahulu. Tulisan Cina merupakan tulisan yang berbentuk piktografik dan ia adalah rumit bagi pelajar yang baru mengenali tulisan ini. Pembaca akan menghadapi 3

masalah sekiranya wujud sesuatu perkataan baru dalam pembacaannya. Maka HP merupakan alat yang digunakan untuk menulis sebutan bahasa Mandarin di samping memudahkan para pelajar mempelajari bahasa Mandarin. Namun begitu, hasil pembelajaran HP sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar tidak mendatangkan hasil yang memuaskan. Dalam hal ini, Zhao Yuanren ( 赵元任 ) (1980, m.s.156) berpendapat bahawa pembelajaran bahasa asing dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu fonetik, perbendaharaan kata dan tatabahasa. Di antaranya, bahagian fonetik merupakan bahagian yang paling susah dan paling penting. Menurut Lin Tao ( 林涛 ) (2002 dalam Sun 2006, m.s.1), pengajaran fonetik di China bukan sahaja tidak berkembang malahan semakin merosot. Manakala di Malaysia, Tong Sem-Ting (1992, m.s.94-102) berpendapat bahawa pelajar Melayu telah menghadapi gangguan dalam pembelajaran bahasa Mandarin. Hasil kajian para sarjana tempatan seperti Tong (1992, m.s.94-102), Tan (1993, m.s.162-166), Lee, Lau & Mok (2007, m.s.188-201) dan Zhuang (2005, m.s.249-262) juga telah memaparkan keadaan di mana pelajar Melayu menghadapi masalah sebutan fonetik bahasa Mandarin, khasnya suku kata awal ( 声母 ) dalam sistem HP. Dalam penyelidikan ini, pengkaji akan cuba meneliti keupayaan pelajar Melayu membezakan sebutan fonetik bahasa Mandarin dalam aspek kemahiran mendengar. Berasaskan data yang dikumpulkan, pengkaji akan mengkategorikan jenis-jenis kesilapan yang berlaku serta menghitung kekerapannya, meneliti punca kesilapan dan 4

seterusnya mengemukakan langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar Melayu. 1.2 Persoalan Kajian Dalam pembelajaran sebutan fonetik bahasa Mandarin, didapati ramai pelajar yang mengikuti kursus bahasa tersebut di UPSI tidak dapat mempelajari sebutan fonetik dengan baik. Maka, kajian ini akan cuba menerokai soalan-soalan dalam aspek kemahiran mendengar seperti berikut : i. Sejauhmanakah pelajar berupaya mentranskripsikan dan membeza komponen fonetik bahasa Mandarin? ii. Apakah kesilapan yang lazim dilakukan oleh pelajar dalam mentranskripsikan suku kata awalan, suku kata akhiran dan nada fonetik bahasa Mandarin? iii. Apakah punca-punca masalah yang menyebabkan kesilapan berlaku dalam proses mentranskripsikan sebutan fonetik bahasa Mandarin? 1.3 Objektif Penyelidikan Kajian ini secara khususnya akan mengkaji keupayaan pelajar Melayu dalam pembelajaran bahasa Mandarin, khasnya dari segi keupayaan mentranskripsikan dan membezakan sebutan fonetik bahasa Mandarin dalam aspek kemahiran mendengar. Penyelidikan ini bermatlamatkan kepada beberapa objektif: 5

i. Menganalisis keupayaan pelajar mentranskripsikan dan membezakan komponen fonetik bahasa Mandarin, ii. Mengkaji kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam mentranskripsikan suku kata awal, suku kata akhir dan nada bahasa Mandarin, iii. Mengenalpasti punca-punca kesilapan yang berlaku dalam proses mentranskripsikan sebutan bahasa Mandarin, 1.4 Kepentingan Kajian Kajian ini memperlihatkan beberapa kepentingan seperti berikut: 1.4.1 Sumbangan Dari Segi Teori Di China, banyak kajian berkenaan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua (PBBM2) telah dijalankan oleh pakar-pakar bahasa, namun ianya masih kurang dan terhad memandangkan mempelajari bahasa Mandarin menjadi satu perkembangan yang begitu pesat di seluruh dunia. Di Malaysia, walaupun beberapa penyelidikan telah dilakukan oleh ahli akademik tempatan, namun hasil penyelidikan yang sedia ada masih tidak mencukupi untuk memaparkan keadaan yang menyeluruh dalam bidang PBBM2. Hasil kajian diharap akan dapat membantu akademik tempatan membuat penyelidikan selanjutnya dalam bidang ini memandangkan penyelidikan ini memaparkan keadaan pelajar Melayu mempelajari HP yang merupakan ilmu asas bahasa Mandarin. 6

Selain itu, pengkaji juga berharap dapatan penyelidikan ini dapat membantu pengajar atau mereka yang berminat menceburi bidang pengajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua (PGBM2) melalui penyediaan rekabentuk rancangan pengajaran dan bahan pengajaran yang lebih sesuai. 1.4.2 Sumbangan Dari Segi Praktis Penyelidikan ini diharapkan dapat memberi gambaran tentang kekeliruan yang dihadapi oleh pelajar Melayu dalam proses pembelajaran bahasa Mandarin, khasnya dari segi kemahiran mendengar dalam aspek mentranskripsikan dan membezakan sebutan dalam HP. Ini akan banyak membantu pelajar untuk memahami masalah dan mencari cara penyelesaian untuk mengatasinya; Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat memberi gambaran yang jelas kepada pelajar untuk menambahbaikkan kaedah pembelajaran yang sedia ada, menggunakan strategi yang lebih kreatif dan menjadikan proses pembelajaran bahasa sebagai satu aktiviti yang menarik. 1.5 Limitasi Penyelidikan 1.5.1 Dari Segi Bilangan Subjek Tumpuan kajian ini terhad kepada 40 subjek daripada 48 orang pelajar yang mengikuti Kursus Bahasa Mandarin Komunikasi I (BCA1012) di UPSI. Pelajar yang dipilih sebagai sasaran penyelidikan adalah sama peringkat iaitu kesemuanya dari peringkat I dalam kursus BCA 1012. 7

1.5.2 Dari Segi Kaedah Penyelidikan Penyelidikan ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Instrumen kajian terhad kepada ujian mendengar dan soal selidik yang diberi kepada pelajar. Ujian mendengar dan soal selidik merupakan instrumen kajian utama dalam penyelidikan ini supaya dapat memperolehi data yang dapat menggambarkan keupayaan kemahiran mendengar pelajar dalam pembelajaran Mandarin, khasnya dalam aspek sebutan HP. 1.5.3 Dari Segi Hasil Penyelidikan Hasil kajian ini tidak semestinya sama dengan pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Mandarin di institusi/universiti lain. Ini kerana setiap institusi atau universiti yang menawarkan kursus sebegini masing-masing menggunakan kaedah pengajaran dan modul yang berlainan. Di samping itu, masa pembelajaran kursus bahasa Mandarin di setiap institusi/universiti juga berbeza. 1.5 Kesimpulan Hanyu telah menjadi bahasa yang penting dalam abad yang baru ini. Perkembangan bahasa ini menggalakkan ramai orang belajar bahasa Mandarin dan seterusnya membawa kepada perkembangan penyelidikan dalam bidang ini. Maka secara kesimpulannya, penerokaan penyelidikan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai B2 (PPBM2) adalah perlu dijalankan supaya memenuhi kehendak zaman dan juga tidak ketinggalan zaman. 8