HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 5 SEMESTER 1 2014/ 2015 TAJUK: LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME DISEDIAKAN OLEH: TAN XIU LING A143401 PENSYARAH: PROF. MADYA DR. ZALEHA BINTI ABDUL SHUKOR
BAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI NILAI Nilai adalah suatu bobot atau kualitas perbuatan kebaikan yang terdapat dalam berbagai hal yang dianggap sebagai sesesuatu yang berharga, berguna, dan memiliki manfaat. Menurut Hutcheon (1972), seseorang ahli antropolpgi mempunyai beberapa pengertian lain untuk mentakrifkan nilai. Menurut beliau, nilai merupakan norma, idealism budaya, kepercayaan, barang-barang berharga, orientasi nilai, tingkah laku yang baik dan sikap. Raymond Firth (1964) pula menerangkan bahawa nilai dikenal pasti melalui objek, motif dan matlamat. Clyde Kluckhohn (1951) menjelaskan bahawa konsep nilai kadang kala dikelirukan dengan sikap, tindak-tanduk, objek, kuantiti yang boleh diukur, adat istiadat atau tradisi. Menurut beliau, nilai juga merupakan satu konsepsi yang diingini sama ada yang tersurat atau tersirat yang mencirikan individu atau kumpulan yang mempengaruhi cara, maksud dan matlamat tindakan yang dilakukan. 1.2 DEFINISI SIKAP Sikap adalah kecenderungan individu untuk memahami, merasakan, bereaksi dan berperilaku terhadap suatu objek yang merupakan hasil dari interaksi komponen kognitif, afektif dan konatif.
Menurut La Pierre (2003), nenerangakn bahawa sikap merupakan suatu pola perilaku, terdensi atau kesiapan antisipatif, predisposisi untuk menyesuaikan diri dalam situasi sosial atau secara sederhana, sikap adalah respon terhadap stimuli sosial yang telah terkondisikan. Soetarna (1994) pulan mendefinisikan sikap sebagai pandangan atau perasaan yang disertai kecenderungan untuk bertindak terhadap obyek tertentu. Sikap sentiasa diarahkan kepada sesuatu artinya tidak ada sikap tanpa obyek. Sikap diarahkan kepada benda-benda, orang, peritiwa, pandangan, lembaga, norma dan lain-lain. 1.3 DEFINISI ETIKA Istilah etika berasal dari perkataaan Yunani kuno iaitu ethos yang membawa erti kebiasaan, adat, akhlak, keperibadian dan watak. Ethos juga membawa maksud adat kebiasaan. Ia juga membawa maksud karakter. Perkataan ethos juga terdapat dalam kamus bahasa inggeris yang bermaksud sifat moral dalam sesuatu bangsa. Dalam bahasa Inggeris, ethic bermaksud akhlak, tatasusila, kesusilaan dan etika. Manakala ethics bermaksud prinsip akhlak, ketatasusilaan dan ilmu etika. Menurut kamus lain, ethic bermaksud system of moral and principal rules of conduct yang bermaksud sistem prinsip akhlak; peraturan-peraturan perilaku. Manakala ethics pula bermaksud sains yang menumpukan perhatian kepada akhlak. Dalam bahasa Melayu, etika bermaksud kepercayaan ataupun tanggapan terhadap sesuatu perkara sama ada ianya benar, salah, baik atau buruk. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, etika bermaksud ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Ia juga melibatkan tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Contohnya Etika Perkhidmatan Awam yang melibatkan kakitangan awam.
1.4 DEFINISI PROFESIONALISME Profesionalisme (profésionalisme) ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional. Profesionalisme berasal daripada profesion yang bermakna berhubungan dengan profesion dan memerlukan kepandaian khusus untuk menjalankannya, (KBBI, 1994). Jadi, profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional (Longman, 1987). Profesionalisme aparatur dalam hubungannya dengan organisasi publik menurut Kurniawan (2005:79) digambarkan sebagai, Bentuk kemampuan untuk mengenali kebutuhan masyarakat, menyusun agenda, memprioritaskan pelayanan, dan mengembangkan program-program pelayanan sesuai dengan kebutuhan dan aspirasi masyarakat atau disebut dengan istilah resposivitas. Atmosoeprapto dalam Kurniawan (2005:74), menyatakan bahwa, Profesionalisme merupakan cermin dari kemampuan (competensi), yaitu memiliki pengetahuan (knowledge), keterampilan (skill), bisa melakukan (ability) ditunjang dengan pengalaman (experience) yang tidak mungkin muncul tiba-tiba tanpa melalui perjalanan waktu. Profesionalisme menurut Dwiyanto (2011:157) adalah, Paham atau keyakinan bahwa sikap dan tindakan aparatur dalam menyelenggarakan kegiatan pemerintahan dan pelayanan selalu didasarkan pada ilmu pengetahuan dan nilai-nilai profesi aparatur yang mengutamakan kepentingan publik. 1.5 PENGENALAN PROGRAM Tujuan utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk memupuk kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i supaya generasi tersebut dapat berfikir dan menyelesaikan segala masalah yang dihadapi secara cekap dan berkesan. Kursus ini melengkapkan pelajar UKM menjadi individu berdaya saing dan dapat befikir secara spontan dan logik dalam penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan sebagai penyediaan menghadapi persekitaran professional.
Demi menyempurnakan projek ini, saya telah memilih dan menyertai program Pesta Tanglung UKM Ke-35. Program Pesta Tanglung mempunyai misi untuk memperkenalkan budaya-budaya Tiong Hua di kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Program tersebut bermatlamat menyatukan mahasiswa-mahasiswi berlainaan kaum melalui persefahaman budaya serta memperkenalkan dan meningkatkan imej UKM dalam kalangan masyarakat luar. Selain itu, melalui anjuran pelbagai aktiviti-aktiviti di bawah program ini, mahasiswa-mahasiswi didedahkan kepada aktiviti kebudayaan yang pelbagai supaya dapat mempertingkatkan keprihatinan dan kesedaran terhadap kepentingan secara aktif dalam aktiviti bersifat kebudayaan. Sehubungan itu, saya telah ditugaskan sebagai AJK Penerbitan dalam program tersebut. Sebagai ahli program, saya melibatkan diri dan memberikan bantuan dalam pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan. Contoh aktiviti ialah penyediaan majalah program, menjadi penolong dalam Karnival anjuran S.J.K (C) Sin Bin, penyediaan Malam Persembahan Pentas dan sebagainya. Melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti tersebut, saya berpeluang untuk menerapkan kemahiran untuk nilainilai dan sikap-sikap positif dan berkomunikasi dengan pelbagai pihak sama ada secara dalaman ataupun luaran. Saya berupaya menyampaikan idea, memberi motivasi, mengadakan perbincangan, berkongsi maklumat dan menyelesaikan masalah dengan berkesan. Dengan penyertaan program tersebut, kemahiran nilai,sikap, etika dan profesionalisme saya dapat dipertingkatkan.
BAB II PEMILIHAN PROJEK Nama projek : Program Pesta Tanglung UKM Ke-35 (PTUKM) No. kelulusan : DN00334/2014 Anjuran : Sekretaria Pesta Tanglung UKM Ke-35 Dengan kerjasama : Pusat Kebudayaan UKM Anjuran bersama : Urusetia Artisukma UKM Tarikh pelaksanaan : 23/09/14-21/11/14 Tema tahunan : PERSEFAHAMAN BUDAYA, ASAS KEBUDAYAAN Jawatan disandang : AJK Penerbitan
BAB III PERANCANGAN PROJEK Mesyuarat bahagian mingguan diadakan sebanyak 8 kali pada setiap hari Jumaat di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Tujuan perjumpaan diadakan adalah bagi: Memperkenalkan program kepada ahli Ahli-ahli baru akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut fungsi kumpulan seperti bahagian penerbitan, bahagian protokol, bahagian pameran, bahagian kewangan dan sebagainya. Ahli-ahli akan diperkenalkan maklumat berkenaan dengan program Pesta Tanglung seperti misi, matlamat, logo, lagu program dan lain-lain. Menerangkan peranan dan tugasan ahli Ahli-ahli baru didedahkan kepada penerangan berkaitan dengan tugasan, tanggungjawab dan peranan yang perlu mereka laksanakan berdasarkan kumpulan mereka. Dengan ini, ahli-ahli sedar dan faham apakah komitmen yang mereka wajar berikan untuk menjayakan program tersebut. Mengeratkan hubungan ahli-ahli Melalui perjumpaan mingguan, ahli jawatankuasa, ahli-ahli baru dan ahli-ahli lama saling berkenalan antara satu sama lain. Ini membantu menwujudkan dan mengeratkan hubungan tali silaturahim antara mereka. Dengan ini, kerjasama yang berkesan dapat diwujudkan dan tahap komunikasi antara ahli-ahli juga dapat dipertingkatkan. Ini membantu dalam menjamin program supaya berjalan lancer dan sempurna atas kerjasama yang diberikan oleh ahli.
BAB IV PELAKSANAAN PROJEK Dalam pelaksanaan tugasan, saya telah melakukan: Aktiviti Persediaan Malam Persembahan Pentas Saya melibatkan diri dalam aktiviti penyediaan bagi Malam Persembahan Pentas di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) selama 3 hari, iaitu dari 20 hingga 22 November 2014. Aktiviti promosi Saya memperkenalkan aktiviti-aktiviti PTUKM kepada masyarakat sama ada dalam ataupun luar kampus dengan pelbagai poster melalui penggunaan media elektronik, Facebook. Tugas Taksifan dan Terjemanah Sebagai ahli kumpulan penerbitan, saya ditugaskan untuk mentaksifkan beberapa artikel Bahasa Cina kepada Bahasa Malaysia bagi tujuan penerbitan majalah program. (Rujuk Lampiran) Tugas Jualan Tiket Saya membantu mempromosikan dan menjualkan tiket Malam Persembahan Pentas PTUKM ke-35 yang bakal diadakan pada 22 November 2014 kepada pihak luar kampus.
BAB V PERANAN SAYA Semasa mesyuarat bahagian dijalankan, saya membantu menjana idea-idea supaya aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan sempurna. Saya telah dipertanggungjawabkan untuk membantu mentaksifkan beberapa karangan Bahasa Cina kepada Bahasa Malaysia. Karangan-karangan tersebut menerankan tema program tersebut iaitu Wei Xiao yang membawa maksud ketaatan kepada golangan tua dan menceritakan pelbagai karangan yang berkaitan dengan kaedah untuk menghormati ibu bapa dan memahami beberapa tindakan yang dibuat oleh ibu bapa dengan mendalami. Karangan yang ditaksif akan digunakan dalam menghasilkan majalah cenderamata dan diberikan kepada penonton-penonton semasa Malam Persembahan Pentas. Majalah yang dihasilkan bertujuan untuk memperkenalkan persatuan Pesta Tanglung UKM kepada masyarakat luar kampus. Di samping itu, dengan pelbagai karangan yang disertai dalam majalah, kami berharap ia dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan untuk ketaatan kepada ibu bapa. Disebabkan bahagian penerbitan dan pameran diletakkan dalam Jabatan Penyelidikan, oleh itu, kedua-dua bahagian ini saling membantu antara satu sama lain. Saya sebagai salah satu ahli dalam bahagian penerbitan turut membantu dalam menyediakan bahan yang hendak dipamerkan pada Malam Persembahan Pentas. Antaranya termasuklah menyediakan buku bacaan khas yang menerangkan ketaatan dan kehormatan kedapa ibu bapa supaya mengingati para pembaca bahawa pengormatan kepada ibu bapa perlu dilakukan seawal mungking kerana masa ibu bapa bersama kita adalah terhad. Untuk menghasilkan bahan bacaan tersebut, kami telah mempersembahan dalam bentuk gambar-gambar yang boleh difahami dengan
mudah kepada para pembaca. Bahan pameran yang lain juga boleh dilihatkan dalam lampiran. Pada pagi hari perlaksanaan Majlis Persembagan Pentas, saya dan rakan-rakan telah dipertanggungjawapkan untuk menyusun tempat duduk bagi para penonton yang akan datang. Antaranya termasukkan penonton dari penaja-penaja dan persatuanpersatuan daripada universit-universiti lain seperti persatuan dari Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan sebagainya. Untuk memastikan tempat duduk yang disediakan adalah sesuai dengan bilangan penonton yang datang untuk memastikan tempat duduk dimaksimumkan, saya dan rakan saya telah membuat pengesahan dengan pihak-pihak tertentu sebelum melakukan perangcangan peraturan tempat duduk. Tambahan pula, saya juga terlibat dalam memberikan idea papan untuk menghasilkan tunjuk jalan yang digunakan ketika Malam Persembahan Pentas. Papan tunjuk jalan ini digantung di sekitar kawasan UKM sama ada dalaman atau di luaran kampus untuk memudahkan para hadirin yang datang ke Malam Persembahan Pentas sampai ke destinasi persembahan, iaitu Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Saya memberikan beberapa cadangan dan sokongan terhadap reka bentuk, isi kandungan dan bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan papan tersebut. Akhirnya, keputusan dibuat dengan penggabungan idea-idea bernas yang disumbangkan oleh semua ahli-ahli projek. Selain itu, saya juga terlibat dalam membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi ketika program dijalankan. Saya bekerjasama dengan AJK lain dalam melaksanakan tugas mentafsirkan karangan Bahasa Mandarin kepada Bahasa Melayu. Semasa kami melakukan tugas, saya mendapati bahawa rakan saya tidak berapa mahir dalam penguasaan bahasa Melayu. Sebahagian ayat yang ditafsir mempunyai kesilapan tatabahasa dan sesetengah perkataan Bahasa Melayu yang digunakan tidak sesuai dalam menyampaikan mesej yang ingin disampai. Oleh itu, saya berperanan untuk menyemak semula karangan yang ditafsir oleh rakan AJK lain demi memastikan tiada kesalahan tatabahasa dan penggunaan perkataaan yang tidak sesuai dalam karangan yang ditafsirkan. Perkara tersebut amat penting kerana mesej tidak dapat disampaikan dengan betul dan berkesan jikalau ayat dan perkataan yang digunakan tidak tepat dalam mesej yang hendak disampaikan.
Saya diberikan tanggungjawab untuk bertugas sebagai petunjuk jalan bagi pemandu kereta yang datang mengunjungi pada Malam Persembahan Pentas. Saya dan rakan kumpulan saya telah menyediakan pelan yang berkaitan dengan tempat meletakkan kenderaan dan membuat perancangan tentang bilangan VIP yang akan datang untuk memastikan tempat letak kenderaan bagi meraka disediakan. Saya ditempatkan di tempat perletakkan kenderaan bagi perasmi dan VIP yang terletak di hadapan DECTAR pada Malam Persembahan Pentas. selain itu, tugas saya juga memastikan pengunjung yang datang menonton persembahan pentas memandu ke jalan yang ditentukan bagi meletakkan kenderaan mereka dalam tempat letak kereta yang sudah ditetapkan. Perkara sebegini adalah bagi memastikan kelancaran trafik semasa program dilaksanakan. Saya berusaha menjawab soalan yang ditujukan oleh pemandu kereta dan menunjukkan jalan yang perlu mereka ikuti.
BAB VI HASIL PEMBELAJARAN Daripada program yang dilaksanakan, beberapa kemahiran telah dipertingkatkan: Saya belajar teknik-teknik memberikan pandangan dengan sikap dan cara yang lebih sesuai di hadapan orang ramai tanpa mengabaikan kepentingan dan perasaan orang lain serta mampu menjana idea secara spontan. Saya telah belajar untuk menyusun urutan bagi sebuah majalah daripada mereka yang berpengalaman mengikut profesional mereka. Contohnya, cara untuk menyusun perkataan dan gambar-gambar untuk menjadikan majalah lebih menarik. Saya dilatih melihat sesuatu masalah dari sudut dan dimensi yang pelbagai. Contohnya, kami meramal segala keadaan yang mungkin berlaku dan menaja cara untuk mengatasinya dalam proses penyediaan tempat perletakan kenderaan bagi memudahkan para penonton. Saya menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui analisis terhadap kesan jika sesuatu tindakan diambil. Bertimbang sebelum bertindak, berfikir sebelum bercakap supaya tidak melakukan sesuatu yang salah. Saya dapat menunjukkan arahan kapada para pengunjung dengan cara yang beretika dan sopan supaya dapat memaximumkan tempat perletakan kenderaan yang terhad.
LAMPIRAN Artikel dalam Majalah Artikel Bahasa Cina (1): 尊重 父亲退休后, 不甘在家里闲着, 于是我在家附近帮他找了份花匠的工作 父 亲是个极度负责人的人, 自上班那天起就没有休息过, 每天精心的照顾那些 花草 有一天, 刮着很大的风, 父亲仍早早的就起来了 我下楼准备上班时, 父亲已经在花坛里修剪枯枝了 爸, 休息一会吧 我轻喊 父亲转头过来, 我忽然发现他皮衣的背上有一天约半尺长的裂口, 当时我即皱了皱眉, 说 : 爸, 你的衣服都破了, 怎么还穿呢? 父亲脸上惊过一丝微笑, 说 : 这衣服是麋皮的, 挡风, 还是前些年你给我买的呢! 我不是给您买新的了吗? 我有些不悦, 这年头谁还穿破衣服啊, 别人会 以为我这个做女儿的不孝顺 父亲说 : 穿着新衣服, 干活不方便 当天晚上, 我出差去了外地, 一走就是好几天 回来的第二天早上, 我在公 寓区的院子里没有发现父亲的身影, 于是往家里打了电话询问 电话是母亲接的 母亲说, 你父亲病了, 因为着凉引起的感冒 我说 : 天这么冷, 他怎么就不多穿天衣服呢? 母亲沉默了好一会儿才说 : 那天, 你把从你那儿回来, 脱下那件旧皮衣就冲我发脾气, 说我不该让他穿那件破衣服去上班, 还他丢了女儿的脸 第二天, 他硬是不肯穿那件衣裳, 我让他穿新的皮衣他又舍不得, 最后只穿了一件薄薄的上衣就出去了, 回来就病倒了 挂掉电话, 我仿佛看见了父亲穿着薄薄的衣衫在寒风里发抖的样子 而他这 样做, 只是为了配合我, 维护我那可怜而又莫名其妙的自尊心!
你不知道的事 : 回想过去的年年月月, 父母似乎已经习惯了站在我们的角度去处理事情, 无论是在学习还是工作上, 他们都极力的配合我们 而我们, 也在父母慷慨的支持和宠爱下, 渐渐地忽略了他们的想法, 最后将物质的给予与孝顺画上等号, 却忘了为人子女对长辈应有, 最起码的孝顺 尊重 Ditaksifkan kepada bahasa Malaysia: Kehormatan Selepas bapa bersara, dia tidak mahu duduk sahaja di rumah. Justeru,saya mendapatkan kerja sebagai tukang kebun di kawasan perumahan saya untuknya.bapa saya merupakan seorang yang bertanggungjawab, oleh itu, dia tidak pernah bercuti sejak bekerja sebagai tukang kebun. Pada suatu hari, angin bertiup dengan jencang, dia tetap bangun awal. Apabila saya bangun awal untuk membuat persediaan untuk bekerja, dia sudah berada dalam kebun bunga untuk memangkaskan dahan layu. Ayah, berehatlah sebentar. Saya berkata. Tiba-tibanya saya ternampak bahawa jaket kulit yang dipakainya telah berlubang. Saya mengkerutkan dahi dan berkata Ayah, baju kau sudahlah berlubang tetapi kenapa masih memakainya? Ayah membalas dengan senyuman dengan berkata Jaket ini biduat daripada kulit kambing gunung dan ia boleh melindungi saya daripada agin. Tambahan pula, kamu yang membelikan jaket ini kepada saya pada beberapa tahun lepas. Bukanlah saya sudah beli sehelai yang baru kepada kamu? Saya tidak berpuas hati kerana menakutkan orang lain yang ternampak akan menganggap saya sebagai anak yang tidak menjagakan ibu bapa. Pada malam tersebut, saya telah meninggalkan rumah untuk menguruskan perniagaan di luar negara. Apabila saya pulang ke rumah, saya mendapati bahawa bapa telah bercuti. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menelefon balik rumah untuk bertanya khabar tentang kehadiran bapa daripada tempat bekerja.
Telefon telah dijawab oleh ibu dan ibu mengatakan bahawa bapa telah sakit deman. kenapa bapa tidak memakai baju yang berlebihan apabila cuaca yang begitu sejuk? saya tanya. Ibu berdiam sebentar dan berkata Hari itu selepas dia pulang daripada rumah kamu, dia menanggalkan jaket tersebut dan memarahi saya bahawa saya tidak patut membenarkan dia memakai jaket yang berlubang itu dan menyebabkan awak kehilangan maruah. Pada hari kedua, dia tidak mahu memakai jaket yang lama itu lagi. Akhirnya dia hanya memakai sehelai baju kemeja yang nipis dan pergi bekerja. Sebaik sahaja dia balik dari kerja, dia sudah jatuh sakit. Selepas itu saya menamatkan penggilan tersebut, saya bagaikan nampak wajahnya memakai baju kemeja itu dan gementar dalam cuaca yang sejuk. Dia berbuat demikian hanyalah untuk menjaga maruah saya sahaja. Apa yang anda tidak tahu: Kita tidak harus memikirkan diri sendiri tetapi mengabaikan pemikiran ibu bapa. Sebagai anak, kami harus memahami mereka dan mengambil berat ibu bapa daripada sudut pemikiran mereka. Kita tidak harus menandakan kesamaan dalam kebendaan yang diberi dan kenangan kepada ibu bapa, tetapi melupakan pengiktirafan yang penting sekali iaitu kehormatan. Gambar
Gambar diambil semasa hari Majlis Pelacaran Pesta Tunglung UKM ke-35. Sesi fotografi untuk penyediaan majalah program. Sesi fotografi untuk penyediaan majalah program. Gambar diambil selepas mesyuarat diadakan.
Bahan Promosi bagi Karnival Lantera Hias.
Bahan promosi sesi perkongsian dengan senior.
Bahan promosi bagi Malam Persembahan Pentas. Majalah yang diterbitkan
Pengaturan tempat duduk untuk penonton. Haisan tempat masuk dewan.
Bahan untuk kegunaan pameran semasa Malam Persembahan Pentas. Cenderamata kepada penonton
Surat Kelulusan Usrat kelulusan JPPEL.
Sijil Penghargaan. Sijil Penghargaan sebagai AJK Penerbitan.