Penghargaan

Similar documents
Penghargaan

Penghargaan

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

BAB SATU

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

Penghargaan

PowerPoint Presentation

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

Tajuk

1

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

学 习 习 总 书 记 重 要 讲 话 支 部 轮 训 活 动 大 会 现 场 分 组 讨 论

Kertas 1

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc


BAB SATU

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

PowerPoint Presentation

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

i i i u u y er a a e e ia ia i ie i ua ua u ue y e o o uo uo yo i a ia ua ya ie ua ye a ia ua i u y a l eiao yo ia ia ya a a ia uaa ia ua

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

1

38 u i i i u i u uo o e iou eng ing iong er 18 on ian an en in un ang iang uang uo d t n l uo uo z c s ue

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

SaverBrochure_F 07.ai

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

BAB 5

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

fa 5 ta 5 t ie 5 io 5 fa 55 ta 55 t ie 55 io 55 t i 5 i 5 t u 5 5 t t u t n 31 t 31 t a t an 31 t y 31 t an k i 53 21na t

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

残疾儿童康复机构服务规范 第 3 部分:听障儿童康复机构_征求意见稿.doc

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

Microsoft Word - Apendix alla.doc

华小董事觉醒运动缘起

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

各位记者先生,小姐

<4D F736F F D20372DBDCDADBBB4E4A470BEC7AABABA7EBB79ABF7ADB5B1D0BEC A1D0B6C0A4EBB6EA2E646F63>

ISM Circular: 20 –2005

汉 俄 合 璧 韵 编 中 所 见 的 世 纪 汉 语 语 音 提 要 : 本 文 讨 论 巴 拉 第 等 编 的 汉 俄 合 璧 韵 编 中 的 汉 字 读 音 问 题, 由 此 观 察 19 世 纪 末 的 汉 语 的 音 系, 列 出 声 母 表 韵 母 表, 并 讨 论 其 中 观 察 到

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

1

四年级第二 次月考范围

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

Contents Bahasa Indonesia

Dear Parents,

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧

Microsoft Word - PDPA2010.doc

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

icctv user guide manual.indd

社團改組資料

1

Dear Parents,

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

CPB89 A5 Booklet Employer ALL

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

PowerPoint Presentation

AXA-AFFIN Maximiser-Brochure(Mar2018)

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

5 阅读理解二 (2 篇 ) Chinese 试卷一 : 2 个小时 (60 分 ) 1. 实用文 私人电邮 - 分享类 ( 分享经验 / 心得 ) 公务电邮 - 投诉类 2. 作文 (3 题选一 ) 命题作文 ( 写人 ) 命题作文 ( 写事 ) 情境作文 试卷二 : 1 个小时 30 分钟 (

Privacy Notice

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

28 EN-PRUlink golden managed 01

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH (PBS) NAIB PN. LIANG FEI SHIN PN. LEE CHAI YENG (TAHAP 1) CIK TUEH SHE PING (TAHAPN 2) KPBM: PEMENTORAN KPBI

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

四年级第二 次月考范围

UCAMHALAL 中心是通过与 PEHMA 机构合作于 2014 年开发的 JAKIM 主动发展专业发展愿景 (HPB), 以满足政府希望在马来西亚和国际层面需要 60,000 名清真高管的愿望 HPB JAKIM 已经任命并认证了 7 所 IPTA 和 3 所 IPTS, 其中包括被委托在马来西



I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model I am my business s guardian I am my staff s employer Many people depend on

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

17.EN-PRUlink education income fund 01

Minit Mesyuarat

JAWATANKUASA PENERBITAN KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP AMB. JANUARI 2008 (BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IP

BookCatalog FINAL

Kata Ganti Nama Diri padankan jawapan yang betul. 1. Kita 我 2. Mereka 你 3. Saya 他 4. Kamu 你 / 你们 5. Kami 他们 6. Awak 大家 7. Dia 我们 Kata Tanya padankan j

Dear Parents/Guardians of Coralites

Transcription:

BAB 4 ANALISIS DATA 4.0 PENGENALAN Kajian ini dijalankan untuk meneliti keupayaan mahasiswa/i etnik Melayu mentranskripsikan dan membezakan komponen utama fonetik bahasa Mandarin dari aspek mendengar dalam proses pembelajaran Mandarin. Seramai 40 orang pelajar yang mengikuti kursus BCA 1012 di UPSI, Perak telah dipilih sebagai subjek kajian ini. Semua subjek yang dipilih adalah bebas memilih kursus ini sebagai kursus Audit di samping mengikuti kursus major, minor dan elektif. Instrumen seperti ujian mendengar dan soal selidik telah digunakan untuk menilai keupayaan pelajar. Ujian mendengar yang dijalankan telah disemak dan dianalisis dengan menggunakan kaedah SPSS versi 12.0 untuk melihat sejauh manakah pelajar berupaya mentranskripsikan dan membezakan sebutan bunyi fonetik bahasa Mandarin dalam aspek pendengaran. -kesilapan dalam ujian mendengar telah dikenalpasti dalam bab ini manakala punca-punca berlakunya kesilapan juga akan dibincangkan pada akhir bab ini. 4.1 ANALISIS LATAR BELAKANG SUBJEK KAJIAN Semua subjek yang dipilih tidak mempunyai pengetahuan asas dalam bahasa ini semasa mereka mulai belajar Mandarin. Ini bermakna, mereka mempelajari satu bahasa yang 52

baru, satu bahasa yang merupakan B2 atau ketiga kepada mereka selain daripada bahasa ibunda mereka. Berdasarkan data yang diperolehi, didapati bahawa lebih daripada 90% subjek yang mengikuti kursus ini menggunakan bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa utama di rumah (92.5%) dan juga di dalam bilik kuliah (95%). Bahasa yang kedua pula ialah BI. pengguna BI di rumah dan di bilik kuliah adalah sama iaitu 5%. Dapatan soal selidik ini dapat ditunjukkan seperti di Jadual 4.1. Rumah Bilik Kuliah Jenis Bahasa Bahasa Melayu 92.5% 95% Bahasa Inggeris 5% 5% Bahasa Lain 2.5% - Jadual 4.1 Penggunaan Bahasa Dari segi tahap penguasaan bahasa, subjek kajian berpendapat bahawa tahap penguasaan BM mereka adalah lebih baik daripada BI. Jadual 4.2 menunjukkan bahawa 55% subjek kajian menganggap bahawa mereka dapat menguasai BM pada tahap yang sangat baik dan 45% pula pada tahap yang baik. 53

Sangat Baik Baik Sederhana Kurang Baik Bahasa Melayu Bahasa English Subjek % Subjek % Subjek % Subjek % 22 55% 18 45% 0 0 0 0 1 2.5% 15 37.5% 24 60% 0 0 Jadual 4.2 Tahap Penguasaan Bahasa Jadual 4.3 dan 4.4 menunjukkan bahawa kumpulan subjek kajian ini mempunyai motivasi pembelajaran yang tinggi. Sebanyak 87.5% subjek kajian berpendapat bahawa tujuan utama mereka mempelajari bahasa ini adalah kerana berminat terhadap bahasa Mandarin. Selain itu, 60.0% subjek kajian berpendapat bahawa Mandarin adalah penting untuk pekerjaan mereka. Terdapat 40.0% pula mempelajari bahasa ini atas sebab keperluan peribadi. Perkembangan bahasa Mandarin dalam era globalisasi juga mempengaruhi subjek kajian. Terdapat 40% subjek kajian menyedari bahawa bahasa Mandarin semakin berkembang menjadi bahasa yang penting di peringkat antarabangsa. Pengaruh ibubapa dan kawan juga memainkan peranan dalam menpengaruhi pembelajaran subjek. Terdapat 12.5% subjek kajian mengikuti kursus ini atas galakkan daripada ibubapa dan terpengaruh dengan kawan-kawannya dalam memilih kursus bahasa Mandarin. 54

Tujuan Belajar Bahasa Mandarin Bilangan Subjek Minat 35 87.5 Galakan ibubapa 5 12.5 Ikut kawan 5 12.5 Perkembangan bahasa 16 40.0 Keperluan pekerjaan 24 60.0 Keperluan peribadi 16 40.0 Jadual 4.3 Tujuan Mengikuti Kursus Bahasa Mandarin Komunikasi Jadual 4.4 menunjukkan 47.5% daripada subjek menunjukkan minat yang tinggi iaitu sangat minat dalam pembelajaran bahasa Mandarin manakala 52.5% daripada mereka berada pada tahap minat sahaja. Ini selaras dengan dapatan yang diperolehi seperti di atas di mana tujuan utama 87.5% subjek memilih kursus ini atas sebab minat terhadap bahasa ini. Tidak ada orang kurang minat atau tidak minat terhadap pembelajaran mereka. Tahap minat Bilangan (orang) Sangat minat 19 47.5 Minat 21 52.5 Kurang minat 0 0 Tidak minat 0 0 Jadual 4.4 Tahap Minat Pembelajaran Bahasa Mandarin 55

Walaupun subjek kajian telah menunjukkan bahawa mereka mempunyai minat yang tinggi untuk mempelajari bahasa ini, namun masa yang digunakan untuk membuat ulangkaji adalah kurang. Keadaan ini dapat dilihat melalui jadual 4.5. Dalam kajian soal selidik yang dilakukan, didapati hanya 10% antara subjek meluangkan masa mereka untuk mengulangkaji setiap hari. Terdapat 47.5% subjek kajian membuat ulangkaji seminggu sekali di samping 2 jam belajar dalam kelas seminggu. Selain itu, 42.5% di antara mereka mengaku bahawa mereka hanya membuat ulangkaji sewaktu ujian diadakan. Masa Membuat Ulangkaji Bilangan (orang) Setiap hari 4 10.0 Seminggu sekali 19 47.5 Bila ujian diadakan (sebulan sekali) Tidak pernah mengulangkaji 17 42.5 0 0 Jadual 4.5 Masa Membuat Ulangkaji 4.2 PEMAPARAN HASIL KAJIAN Dalam kajian ini, dapatan kajian yang diperolehi dalam proses penyelidikan telah pun dianalisis dengan mendapatkan output daripada data yang telah dimasukkan ke dalam SPSS versi 12.0. Keupayaan pelajar dinilai dengan berdasarkan output yang diperolehi daripada sistem SPSS. Oleh yang demikian, setiap data yang dimasukkan 56

ke dalam computer dan analisis yang dibuat telah disemak sebanyak 2 kali untuk memastikan tidak berlakunya kesilapan. Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi, secara umumnya boleh dikatakan bahawa keupayaan subjek kajian untuk mentranskripsikan dan membezakan sebutan bunyi yang didengar adalah amat memuaskan. Penggredan skala di UPSI digunakan sebagai garis panduan untuk menilai keupayaan sampel kajian ini. (Jadual 4.6) Gred Julat PNG(S/K) Taraf Markah A 80-100 4.00 Cemerlang A- 75-79 3.70 Cemerlang B+ 70-74 3.40 Kepujian B 65-69 3.00 Kepujian B- 60-64 2.70 Kepujian C+ 55-59 2.40 Lulus C 50-54 2.00 Lulus C- 45-49 1.70 Lulus Lemah D+ 40-44 1.40 Lulus Lemah D 35-39 1.00 Lulus Lemah F 0-34 0 Gagal Jadual 4.6 Penggredan Skala UPSI Dalam ujian kali pertama, dua buah puisi, iaitu Puisi Suku Kata Awalan ( 声母诗 ) dan Puisi Suku Kata Akhiran( 韵母诗 ) (Zhou 1995, m.s. 34) (Lampiran J) yang merangkumi semua suku kata awalan dan suku kata akhiran telah dijadikan soalan ujian untuk menguji keupayaan pelajar mentranskripsikan sebutan fonetik bahasa Mandarin yang didengar. Selain itu, subjek kajian juga dikehendaki mentranskripsikan 4 nada bahasa Mandarin dalam ujian mendengar. Keputusan ujian tersebut (jadual 4.7) telah memaparkan keupayaan subjek kajian dalam mentranskripsikan sebutan fonetik bahasa 57

Mandarin adalah memuaskan. Berdasarkan Jadual 4.7, didapati bahawa sebanyak 62.5% daripada subjek kajian telah berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang, iaitu 45% yang mendapat gred A dan 17.5% yang mendapat gred A-. Manakala bagi mereka yang memperolehi kepujian dalam ujian yang dijalani adalah sebanyak 30.0 %. Di antaranya 15.0% subjek kajian memperolehi gred B+, 7.5% memperolehi gred B dan gred B-. Selain itu, terdapat juga 7.5% di antara subjek kajian mecapai taraf lulus dan tidak ada di antara mereka yang gagal dalam ujian tersebut. Gred Bil. Sampel A 18 45.00 A- 7 17.50 B+ 6 15.00 B 3 7.50 B- 3 7.50 C+ 0 0.00 C 3 7.50 Jumlah 40 100 Jadual 4.7 Keputusan Ujian Kali Pertama Ujian kali kedua lebih tertumpu kepada soalan yang berbentuk perbandingan di antara suku kata awalan. Soalan digubal dengan membuat 4 kumpulan perbezaan di antara kumpulan suku kata awalan iaitu: 58

i) Perbezaan bunyi aspirated dan unaspirated ii) Perbezaan bunyi gelungan, bunyi sibilan dan bunyi lelangit iii) Perbezaan bunyi gigi iv) Perbezaan suku kata awalan yang lain. Bagi soalan perbezaan suku kata akhiran pula dibahagikan kepada 4 kumpulan, iaitu: i) Perbezaan vokal tunggal ii) Perbezaan vokal majmuk iii) Perbezaan vokal sengau Penggubalan soalan ujian ini adalah merujuk kepada latihan perbandingan sebutan fonetik bahasa Mandarin Wu Jiemin (2003, m.s.58-100) yang terkandung dalam XIN BIAN PUTONGHUA JIAOCHENG (Pengajaran Putonghua Edisi Baru). Selain itu, pelajar juga dikehendaki membezakan 4 nada bahasa Mandarin dalam ujian ini. Setiap nada mempunyai 5 soalan dan kesemuanya berjumlah sebanyak 20 soalan. Keputusan ujian kali kedua ini telah mencapai tahap yang amat memuaskan. Jadual 4.8 telah memaparkan hampir semua subjek kajian telah berjaya mencapai tahap yang cemerlang dalam ujian yang dijalankan. Sebanyak 97.5% daripada subjek kajian mencapai tahap cermelang, di mana 85% yang mendapat gred A dan 12.5% yang mendapat gred A-. Hanya 2.5 % iaitu seorang sahaja yang mendapat gred B. 59

Gred Bil. Sampel A 34 85.00 A- 5 12.50 B+ - 0.00 B 1 2.50 Jumlah 40 100.00 Jadual 4.8 Keputusan Ujian Kali Kedua Walaupun keputusan ujian kali kedua adalah jauh lebih baik daripada keputusan ujian kali pertama, namun perbandingan keputusan di antara 2 ujian ini tidak dijalankan kerana cara menggubal soalan kedua-dua ujian tersebut adalah berbeza. Ujian kali pertama lebih kepada menguji keupayaan pelajar mentranskripsikan sebutan bunyi fonetik bahasa Mandarin yang didengar manakala ujian kali kedua pula lebih kepada jenis perbandingan di antara suku kata awalan atau suku kata akhiran. Dalam erti kata yang lain, ujian kali pertama memerlukan subjek kajian mentranskripsikan sebutan yang didengar dalam sistem HP manakala bagi ujian kali kedua pula, subjek kajian hanya perlu mendengar dan memilih salah satu jawapan sahaja. Hasil daripada statistik yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa perbezaan antara suku kata awalan atau suku kata akhiran dalam bentuk kumpulan adalah jauh lebih mudah bagi subjek kajian jika dibanding dengan mentranskripsikannya. Pengkaji juga telah mengabungkan keputusan kedua-dua ujian, iaitu ujian kali pertama dan kedua untuk melihat keupayaan subjek kajian secara keseluruhannya. Jadual 4.9 60

dan Carta 4.2 telah nyata memaparkan keputusan yang diperolehi daripada percantuman kedua-dua ujian mendengar sebutan fonetik bahasa Mandarin yang telah diberi kepada subjek kajian. Sebanyak 62.5% daripada subjek kajian telah memperolehi gred A dalam ujian mereka dan 17.5% daripada subjek kajian memperolehi gred A-. Ini telah menunjukkan sebanyak 80.0% daripada subjek kajian telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam ujian mendengar fonetik bahasa Mandarin. Seterusnya bagi subjek kajian yang lain, kesemuanya iatu 20% di antara mereka pula memperolehi kepujian dalam ujian yang dijalani, di mana 15% memperolehi gred B+, 2.5% memperolehi gred B dan B-. Gred Bil. Sampel A 25 62.50 A- 7 17.50 B+ 6 15.00 B 1 2.50 B- 1 2.50 Jumlah 40 100.00 Jadual 4.9 Keputusan Ujian Mendengar Sebutan Fonetik Bahasa Mandarin 61

Keputusan Ujian Mendengar Sebutan Fonetik Bahasa Cina Secara Keseluruhan 17% 15% 3% 3% 62% A A- B+ B B- Carta 4.2 Keputusan Ujian Mendengar Sebutan Fonetik Bahasa Mandarin Secara Keseluruhan 4.3 Keupayaan Kemahiran Mendengar Pelajar Secara umumnya, subjek kajian telah diberi dua kali ujian mendengar untuk menilai keupayaan mereka dalam mentranskripsikan dan membezakan suku kata awalan, suku kata akhiran dan nada dalam sistem fonetik bahasa Mandarin atau juga dikenali sebagai HP. 4.3.1 Suku Kata Awalan Penilaian keupayaan pelajar dalam aspek suku kata awalan dibahagikan kepada dua kali. Ujian kali pertama lebih kepada skop yang luas iaitu sebuah puisi suku kata awalan yang bertajuk Cai Sang ( 采桑 ) dibaca dan subjek kajian dikehendaki mentranskripsikan suku kata awalan yang dibaca oleh guru bahasa mereka atas kertas jawapan yang disediakan. Ujian kali yang kedua pula menumpukan perhatian ke atas kumpulan-kumpulan suku kata awalan yang biasanya mengelirukan para pelajar BC pada amnya dan khasnya kepada mereka yang mempelajari Mandarin sebagai B2. 62

4.3.1.1 Keupayaan Pelajar Mentranskripsikan Suku Kata Awalan Song Chunyang ( 宋春阳 ) dan Huang Zhenji ( 黄贞姬 ) dalam kajian masing-masing telah menunjukkan pelajar Korea lemah dalam menyebut bunyi f. Mereka akan menyebutkan bunyi f sebagai bunyi p. Ini kerana bunyi f tidak wujud dalam sebutan fonetik mereka. (Sun 2006, m.s.258-273) Namun begitu, bunyi f tidak menjadi masalah kepada subjek kajian pengkaji. Jadual 4.10 di bawah dengan nyata sekali menonjolkan bahawa pelajar Melayu tidak menghadapi masalah dalam mentranskripsikan bunyi bibir f dan bunyi gigi l. Hasil kajian jelas memaparkan keupayaan pelajar dalam menguasai kedua-dua suku kata awalan tersebut adalah 100%. Ini bermakna tiada berlaku sebarang kesilapan dalam proses mentranskripsikan kedua-dua bunyi tersebut. Keupayaan pelajar ini mentranskripsikan sebutan bunyi ini adalah kerana kedua-dua bunyi ini juga wujud dalam BM. Seterusnya bagi bunyi bibir m pula, data yang dipungut juga menunjukkan bahawa pelajar berupaya tinggi untuk mentranskripsikannya di mana hanya terdapat seorang sahaja yang melakukan kesilapan. Ini bermakna 97.5% yang berjaya menjawab soalan ini. Selain itu, keupayaan pelajar mentranskripsikan bunyi d, r h dan p juga memuaskan. Bilangan yang betul untuk bunyi gigi d dan bunyi gelungan r ialah 38 orang iaitu 95% manakala untuk bunyi gutural h dan bunyi bibir p, kedua-duanya mencatat 37 orang sampel yang betul, iaitu 92.5%. Bagi bunyi gelungan sh, sebanyak 35 orang sampel yang jawab betul, iaitu 87.5%, bunyi bibir b dan bunyi gutural k kedua-duanya terdapat 34 orang sampel yang menjawab betul, iaitu 85% dan bunyi gigi t dan n, peratusan untuk 31 orang subjek 63

kajian yang jawab betul ialah 77.5%. Di samping itu, 27 orang subjek kajian atau 67.5% telah berjaya mentranskripsikan bunyi gelungan ch, 26 orang atau 65% berjaya mentranskripsikan bunyi sibilan s dan seramai 24 orang atau 60% yang menjawab betul dalam sebutan bunyi gigi g dan bunyi sibilan z. Menurut Ni Yan ( 倪彦 )dan Wang Xiaokui ( 王晓葵 ), pelajar yang berbahasa Inggeris, biasanya mereka menghadapi masalah dalam menyebut golongan bunyi lelangit, bunyi gelungan dan bunyi sibilan, khususnya bunyi j dan zh. (Sun 2006, m.s. 274-281) Keadaan yang sama juga berlaku dalam kalangan subjek kajian yang berbahasa Melayu. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa keupayaan subjek kajian mentranskripsikan bunyi lelangit j dan q, bunyi gelungan zh dan bunyi sibilan c adalah lemah. Hanya 17 orang subjek atau 42.5% yang berjaya mentranskripsikan bunyi lelangit j dan q. Bagi bunyi gelungan zh, seramai 14 orang atau 35% yang berjaya menjawab soalan ini. Bunyi sibilan c pula mencatat bilangan betul yang paling rendah iaitu cuma 12 orang atau 30% sahaja yang berupaya mentranskripsikan sebutan bunyi ini. Bunyi Bibir Bilangan Yang Betul (Jumlah=40) b 34 85.0 p 37 92.5 m 39 97.5 f 40 100.0 Bunyi Gigi Bilangan Yang Betul (Jumlah=40) 64

d 38 95.0 t 31 77.5 n 31 77.5 l 40 100.0 Bunyi Gutural Bilangan Yang Betul (Jumlah=40) g 24 60.0 k 34 85.0 h 37 92.5 (h1+h2/2) Bunyi Lelangit (35+38/2) Bilangan Yang Betul (Jumlah=40) (87.5%+95%/2) j 17 42.5 q 17 42.5 X 22 55.0 Bunyi Gelungan Bilangan Yang Betul (Jumlah=40) zh 14 35.0 ch 27 67.5 sh 35 87.5 r 38 95.0 Bunyi Sibilan Bilangan Yang Betul (Jumlah=40) z 24 60.0 c 12 30.0 s 25 62.5 Jadual 4.10 Perolehan Subjek Dalam Suku Kata Awalan 65

4.3.1.2 Keupayaan Pelajar Membezakan Suku Kata Awalan Jadual 4.11 di bawah telah memaparkan keputusan perbezaan di antara kumpulan bunyi aspirated dan unaspirated. Oleh kerana setiap kumpulan mempunyai 4 soalan, maka cara pengiraan untuk mendapatkan bilangan yang betul adalah seperti berikut: Bilangan yang betul = 4 soalan x 40 orang sample kajian Berdasarkan dapatan kajian yang dipaparkan dalam jadual 4.11, didapati bahawa pelajar Melayu paling lemah dalam membezakan bunyi aspirated dan unaspirated kumpulan z-c". Subjek kajian adalah berkeupayaan rendah dalam membezakan bunyi kumpulan ini iaitu hanya 82 bilangan yang betul (51.3%). Di antara kumpulan-kumpulan bunyi aspirated dan unaspirated ini, kumpulan g-k dan d-t mencapai peratusan yang amat tinggi iaitu 94.4% dan 93.1%. Ini bermakna sebanyak 151 bilangan yang betul telah dicapai bagi kumpulan g-k dan 149 bilangan yang betul dicapai bagi golongan d-t. Seterusnya pencapaian bagi golongan yang lain mengikut urutan dari tinggi ke rendah adalah b-p (88.8%), zh-ch (78.8%) dan j-q 61.9%). 66

Perbezaan Bunyi Aspirated dan Unaspirated Bilangan yang betul (Jumlah=160) b-p 142 88.8 d-t 149 93.1 g-k 151 94.4 zh-ch 126 78.8 z-c 82 51.3 j-q 99 61.9 Jadual 4.11 Perolehan Subjek Dalam Perbezaan Bunyi Aspirated Dan Unaspirated Bunyi Gelungan zh dan ch, bunyi sibilan z dan c dan bunyi lelangit j dan q merupakan 3 golongan suku kata awalan yang paling sukar dikuasai oleh pelajar Melayu. Ramai pelajar Melayu berasa sukar untuk menyebut suku kata yang bermula dengan suku kata awalan tersebut kerana bunyi-bunyi tersebut tidak wujud dalam BM. Tambahan pula, perbezaan di antara 3 kumpulan ini juga mengelirukan pelajar. Mereka tidak dapat membezakannya di antara satu sama lain dan kebarangkalian salah sebut juga adalah tinggi. ( Zhuang et al. 2005, m.s.249-262) Dari segi kemahiran mendengar pula, hasil dapatan kajian juga memaparkan pelajar lemah dalam membezakan 3 golongan suku kata awalan tersebut. Perbandingan kumpulan suku kata awalan dibahagikan kepada 3 golongan, iaitu zh-z-j, ch-c-q dan sh-s-x. Keputusan yang diperolehi dari perbezaan tersebut dipaparkan seperti jadual 4.12 di bawah. 67

Oleh kerana setiap kumpulan di bahagian ini mempunyai 6 soalan, maka cara pengiraan untuk mendapatkan bilangan yang betul adalah seperti berikut: Bilangan yang betul = 6 soalan x 40 orang sampel kajian Berdasarkan jadual 4.12 di bawah, kita boleh merumuskan bahawa keupayaan pelajar adalah lemah dalam membezakan 3 golongan suku kata awalan tersebut. Perolehan peratusan yang paling tinggi di antaranya ialah sh-s-x yang hanya mencapai 170 bilangan yang betul atau 70.8% dan seterusnya diikuti oleh golongan ch-c-q yang mencapai 160 bilangan yang betul atau 66.7%. Bagi zh-z-j pula, ia bukan sahaja mencatat bilangan jawapan betul yang paling kurang di antara ketiga-tiga golongan suku kata awalan dalam jadual 4.12, namun ia juga merupakan perolehan peratusan yang paling rendah dalam ketiga-tiga kumpulan perbandingan antara suku kata awalan (jadual 4.11, jadual 4.13 dan jadual 4.14), iaitu hanya 119 bilangan yang betul atau 49.6%. Perbezaan Bunyi Gelungan, Bunyi Sibilan Dan Bunyi Lelangit Jawapan yang betul (Jumlah= 240) zh-z-j 119 49.6 ch-c-q 160 66.7 sh-s-x 170 70.8 Jadual 4.12 Perolehan Sampel Dalam Kumpulan Perbezaan Bunyi Gelungan, Bunyi Sibilan Dan Bunyi Lelangit 68

Bunyi gigi n-l bukan merupakan kelemahan utama pelajar Melayu. Kenyataan ini dapat disokong dengan dapatan kajian yang diperolehi dalam jadual 4.13. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa 93.1% pelajar berupaya untuk membezakan bunyi n dan l dari segi pendengaran. Perbezaan Bunyi Gigi Jawapan yang betul (Jumlah= 160) n-l 149 93.1 Jadual 4.13 Perolehan Subjek Dalam Kumpulan Perbezaan Bunyi Gigi Bagi suku kata awalan yang lain seperti yang dinyatakan dalam jadual 4.14 di bawah, para subjek kajian juga telah menonjolkan keupayaan mereka dalam bahagian ini. Dapatan kajian yang diperolehi dalam bahagian suku kata awalan h-w, f-h dan r-l telah mencatat peratusan yang paling tinggi jika berbanding dengan lain ( jadual 4.11, jadual 4.12 dan jadual 4.13). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar Melayu tidak menghadapi masalah dalam membezakan bunyi r dan l di mana semua pelajar atau 100% di antara mereka berjaya menjawab keenam-enam soalan dalam bahagian tersebut. Di samping itu, pencapaian subjek kajian dalam membezakan bunyi f-h juga amat memuaskan. Hanya terdapat 2 kesilapan yang berlaku bagi golongan f-h, atau dalam erti kata yang lain sebanyak 98.8% yang jawab betul. 69

Perbezaan Suku Kata Awalan Yang Lain Bilangan yang betul (Jumlah= 160) f-h 158 98.8 r-l 160 100.0 Jadual 4.14 Perolehan Subjek Dalam Kumpulan Perbezaan Suku Kata Awalan Yang Lain 4.3.2 Suku Kata Akhiran Bahagian kedua dalam ujian pendengaran kali pertama yang diberi kepada subjek kajian ialah menguji keupayaan mereka dalam mentranskripsikan suku kata akhiran secara keseluruhan. Sebuah puisi Suku Kata Akhiran( 韵母诗 ) yang bertajuk Bu Yu ( 捕鱼 ) ( Zhou 1995, m.s.34) dijadikan sebagai soalan untuk bahagian ini kerana puisi ini merangkumi semua suku kata akhiran yang terkandung dalam HP. Seterusnya bahagian kedua dalam ujian kali kedua, soalan perbezaan suku kata akhiran diberi kepada subjek untuk melihat keupayaan mereka membezakan sebutan bunyi yang hampir sama atau bunyi yang mungkin mengelirukan mereka. 4.3.2.1 Keupayaan Pelajar Mentranskripsikan Suku Kata Akhiran Suku kata akhiran dalam bahagian ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu vokal tunggal, vokal majmuk, vokal sengau dan vokal gelungan mengikut cara pembentukkannya seperti yang disenaraikan dalam jadual 4.15, 4.16, 4.17 dan 4.18. 70

Vokal Tunggal Bilangan Yang Betul (Jumlah=40) a [A] 33 82.5 o [o] 15 37.5 e [ɣ] 36 90.0 ê [ɛ] 20 50.0 i [i] 37 92.5 -i [ɿ] 18 45.0 -i [ʅ] 20 50.0 u [u] 35 87.5 ü [y] 34 85.0 Jadual 4.15 Perolehan Subjek Dalam Bahagian Vokal Tunggal Jadual 4.15 di atas telah memaparkan keupayaan subjek dalam usaha mentranskripsikan vokal tunggal suku kata akhiran. Keputusan yang diperolehi dalam bahagian ini secara keseluruhannya adalah amat memuaskan. Pencapaian vokal tunggal a, e, i, u dan ü menunjukkan bahawa 33-37 orang subjek (82.5% - 92.5%) yang berupaya mentranskripsikan bunyi-bunyi tersebut dalam aspek pendengaran. Pencapaian yang cemerlang ini dikecualikan bagi vokal tunggal ê dan -i [ʅ], di mana hanya separuh daripada bilangan subjek (50%) berjaya mentranskripsikan sebutan tersebut. Manakala bagi bunyi i [ɿ] dan o masing-masing hanya terdapat 18 orang dan 15 orang daripada 40 orang subjek yang berjaya mentranskripsikan bunyi tersebut. Ini bermakna, kurang daripada separuh bilangan sampel iaitu 45.0% dan 37.5% yang berjaya menjawab soalan ini. 71

Vokal Majmuk Bilangan Yang Betul (Jumlah=40) ai 33 82.5 ao 28 70.0 ei 32 80.0 ia 40 100.0 ie 28 70.0 iao 22 55.0 iou/iu 18 45.0 ou 29 72.5 ua 36 90.0 uo 30 75.0 uai 37 92.5 uei/ui 26 65.0 üe 36 90.0 Jadual 4.16 Perolehan Subjek Dalam Bahagian Vokal Majmuk Jadual 4.16 menunjukkan perolehan subjek dalam bahagian vokal majmuk. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa subjek berupaya mentranskripsikan vokal majmuk seperti bunyi ai (82.5%), ei (80%), ia (100%), ua (90.0%), uo (75.0%), uai (92.5%), dan üe (90.0%). Di antaranya, bunyi ia telah mencatat perolehan yang paling tinggi iaitu 100% bilangan yang betul. Seterusnya pencapaian subjek dalam vokal majmuk ao, ie adalah sebanyak 70.0% bilangan yang betul dan ou pula 72

mencatat 72.5% bilangan yang betul. Untuk vokal majmuk iao pula terdapat 55.0% subjek kajian yang berjaya mentranskripsikan vokal tersebut. Sebutan bunyi vokal yang pelajar paling lemah ialah vokal majmuk iou/iu, iaitu hanya 45.0% pelajar yang berjaya dalam kategori ini. Vokal Sengau Bilangan Yang Betul (Jumlah=40) an 39 97.5 ang 34 85.0 en 38 95.0 eng 33 82.5 in 30 75.0 ing 31 77.5 ian 7 17.5 iang 36 90.0 iong 25 62.5 ong 38 95.0 uan 35 87.5 uang 39 97.5 uen/un 16 40.0 ueng 39 97.5 ün 31 77.5 üan 16 40.0 Jadual 4.17 Perolehan Subjek Dalam Bahagian Vokal Sengau 73

Perolehan subjek dalam bahagian vokal sengau dipaparkan dalam jadual 4.17 di atas. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar berupaya untuk mentranskripsikan vokal majmuk seperti an (97.5%), ang (85.0%), en (95.0%), eng (82.5%), in (75.0%), ing (77.5), iang (90.0%), ong (95.0%), uan (87.5%), uang (97.5%), ueng (97.5%) dan ün (77.5%) yang telah mencapai peratusan yang memuaskan. Menurut Zhuang dan rakan penyelidikannya (2005, m.s. 249-262) serta Goh (2009, m.s.75-82), pelajar Melayu lemah dalam menyebut bunyi ü atau suku kata yang mengandungi bunyi ini kerana bunyi tersebut tidak wujud dalam sistem fonetik bahasa Melayu. Namun begitu, hasil kajian ini telah memaparkan satu kenyataan di mana pelajar Melayu walaupun lemah dalam menyebut bunyi ü, tapi mereka tidak semestinya lemah dalam mentranskripsikan semua bunyi yang mengandunyi bunyi ü. Ini dapat dibuktikan dengan perolehan 77.5% yang betul untuk ün dalam ujian yang diberikan. Keupayaan pelajar bagi vokal majmuk yang lain pula memaparkan tahap yang berbeza. Untuk vokal iong, 62.5% pelajar telah berjaya mentranskripsikan sebutan vokal tersebut. Bagi vokal ian, uen/un dan üan, hasil pencapaiannya adalah tidak memuaskan. Jadual 4.17 di atas telah menunjukkan bahawa subjek sangat lemah dalam mentranskripsikan vokal ian, iaitu hanya 7 orang subjek (17.5%) yang berjaya menjawab soalan ini. Bagi vokal uen/un dan üan pula, hasil kajian menunjukkan bahawa subjek lemah dalam mentranskripsikan kedua-dua vokal ini, iaitu hanya 16 74

orang subjek (40.5%) yang berjaya mentranskripsikan kedua-dua sebutan bunyi ini. Keputusan ini bercanggah dengan dapatan kajian Goh (2009, m.s. 75-82). Beliau telah membuktikan pelajar Melayu kurang menghadapi masalah menyebut üan. Maka pengkaji berpendapat bahawa kelemahan kemahiran mendengar tidak semestinya bererti pelajar tersebut juga lemah dalam aspek menyebut. Vokal Gelungan Bilangan Yang Betul (Jumlah=40) er 20 50.0 Jadual 4.18 Perolehan Subjek Dalam Bahagian Vokal Gelungan Menurut Yu Wei ( 余维 ), bunyi er adalah sebutan yang sukar bagi pelajar Jepun. Ini kerana bunyi tersebut tidak wujud dalam bahasa Jepun. Walau bagaimanapun, menurut beliau, kesukaran sebutan er masih dapat diatasi oleh pelajar Jepun. (Sun 2006, m.s.228-248) Keadaan yang sama juga berlaku dalam kalangan subjek kajian. Jadual 4.18 menunjukkan bahawa hanya 1/2 daripada jumlah subjek yang berupaya mentranskripsikan vokal gelungan er. Namun begitu, bunyi gelungan ini bukan merupakan bunyi yang paling sukar bagi subjek kajian memandangkan hanya separuh subjek kajian dapat mentranskripsikannya dalam ujian mendengar yang dijalankan. 4.3.2.2 Keupayaan Pelajar Membezakan Suku Kata Akhiran Dalam bahagian ini, beberapa kumpulan suku kata akhiran ditadbir untuk menguji keupayaan pelajar Melayu dalam membezakannya dari aspek kemahiran mendengar. 75

Latihan perbandingan yang ditabir oleh Wu Jiemin (2003, m.s. 78-100) telah dijadikan sebagai panduan utama semasa pengkaji menyediakan soalan untuk bahagian ini. Jadual 4.19, 4.20 dan 4.21 telah menunjukkan dapatan yang diperolehi dalam ujian kali kedua. Perbezaan Vokal Tunggal Bilangan yang betul (Jumlah= 80) e-o 80 100 u-o 80 100 Jadual 4.19 Perolehan Subjek Dalam Bahagian Perbezaan Vokal Tunggal Jadual 4.19 di atas jelas menonjolkan keupayaan subjek dalam membezakan bunyi kumpulan vokal e-o dan u-o dari segi pendengaran adalah 100% yang betul. Dalam ujian pertama, keupayaan subjek mentranskripsikan vokal o hanya mencapai 37.5% yang betul (jadual 4.15) Maka ini telah membuktikan bahawa subjek lebih sanggup membezakan sebutan vokal ini sekiranya mereka diberi pilihan terhad seperti perbandingan vokal e dan o atau u dan o dalam ujian mendengar kedua. Perbezaan Vokal Majmuk Bilangan yang betul (Jumlah= 160) ai-ei 153 95.6 ao-ou 150 93.8 ou-uo 157 98.1 Jadual 4.20 Perolehan Subjek Dalam Bahagian Perbezaan Vokal Majmuk 76

Dari segi perbezaan vokal majmuk, pencapaian yang diperolehi oleh para subjek juga amat mengalakkan. Ketiga-tiga kumpulan iaitu ai-ei, ao-ou dan ou-uo berjaya dibezakan oleh subjek kajian di mana peratusan perolehan bilangan yang betul mereka ialah 95.6% untuk kumpulan vokal ai-ei, 93.8% untuk kumpulan vokal ao-ou dan untuk kumpulan vokal ou-uo pula, hanya 2 bilangan kesilapan yang berlaku dan peratusan perolehan bilangan yang betul iaitu 98.1%. Perbezaan Vokal Sengau Bilangan yang betul (Jumlah= 160) an-ang 159 99.4 en-eng 157 98.1 ai-an 158 98.6 in-ing 114 71.3 ian-üan 142 88.6 Jadual 4.21 Perolehan Subjek Dalam Bahagian Perbezaan Vokal Sengau Perolehan subjek kajian dalam jadual 4.21 menunjukkan bahawa perbezaan vokal sengau yang dilakukan oleh subjek kajian pada keseluruhannya adalah memuaskan. Di antaranya, hanya kumpulan vokal in-ing yang mencatat 71.3% bilangan yang betul merupakan perolehan yang paling rendah dalam ujian perbezaan vokal suku kata akhiran. Bagi kumpulan vokal an-ang, en-eng, ai-an dan ian-üan masing-masing mencatat peratusan perolehan yang tinggi, iaitu 99.4%, 98.1%, 98.75% dan 88.6%. Perlu diberi perhatian bahawa vokal ian telah mencatat peratusan perolehan yang paling rendah dalam ujian pertama, iaitu 17.5% yang berjaya 77

mentranskripsikan sebutan vokal ini (jadual 4.17) kini telah mencatat peratusan perolehan yang tinggi dalam ujian perbezaan vokal suku kata akhiran. Maka sekali lagi membuktikan bahawa pelajar lebih berupaya membezakan sebutan bunyi yang lebih kurang sama jika sekiranya mereka diberi pilihan jawapan untuk membuat perbandingan. 4.3.3 Nada Nada Bahasa Cina Bilangan Betul Terkumpul (Jumlah= 200) Nada Pertama 150 75.0 Nada Kedua 135 67.5 Nada Ketiga 193 96.5 Nada Keempat 167 83.5 Jadual 4.22 Perolehan Subjek Kajian Dalam Bahagian Nada Bahasa Mandarin Jadual 4.22 di atas telah memaparkan keupayaan subjek kajian dalam membezakan nada bahasa Mandarin. Menurut Zhuang Xingfa dan rakan penyelidikannya (2005, m.s.249-262), pembacaan nada kedua dan nada ketiga dalam bahasa Mandarin merupakan masalah utama bagi pelajar Melayu. Manakala kajian Mok dan rakan-rakannya (2009, m.s. 116-126) pula mendapat keputusan bahawa nada kedua dan nada keempat merupakan sebutan yang paling kerap disebut salah oleh pelajar Melayu. Terdapat juga sesetengah pelajar perempuan yang berbahasa Inggeris berpendapat bahawa diri sendiri tidak dapat menyebut nada ketiga dengan baik adalah kerana nada 78

ketiga terlalu rendah bunyinya, nada ini hanya sesuai bagi lelaki. (Sun 2006, m.s.274-281) Dalam aspek kemahiran mendengar, dapatan kajian pengkaji telah menunjukkan dapatan yang berlainan dengan hasil kajian Zhuang dan Mok. Antara keempat-empat nada ini, didapati bahawa pelajar lebih berupaya membezakan nada ketiga di mana bilangan betul yang terkumpul adalah sebanyak 193 atau 96.5%. Ini diikuti oleh nada keempat yang mencatat bilangan betul terkumpul sebanyak 167 atau 83.5% dan seterusnya nada pertama merupakan nada yang ketiga yang dapat dikuasai oleh para subjek kajian antara keempat-empat nada bahasa Mandarin. Bagi pelajar Melayu, nada kedua merupakan nada yang paling sukar dikuasai. (Lee 2007, m.s.197 ) Dapatan kajian pengkaji juga memaparkan kelemahan yang sama dalam aspek kemahiran mendengar bagi pelajar Melayu. Perolehan bilangan betul terkumpul untuk nada kedua adalah paling rendah iaitu 135 atau 67.5% jika dibanding dengan perolehan nada yang lain. 4.4 Kumpulan Dalam Kemahiran Mendengar Sebutan Fonetik Bahasa Mandarin Dalam usaha menganalisis kesilapan yang dilakukan oleh subjek kajian, pengkaji telah mengkategorikan kesilapan yang berlaku dalam 3 kumpulan iaitu kesilapan terkumpul utama, kesilapan terkumpul kedua dan kesilapan terkumpul yang lain. terkumpul utama merujuk kepada kesilapan yang sama yang dilakukan oleh subjek kajian mencatat bilangan yang paling tinggi. terkumpul kedua pula merujuk kepada kesilapan yang sama yang dilakukan oleh subjek kajian mencatat bilangan yang kedua tinggi manakala kesilapan terkumpul yang lain pula merujuk kepada kesilapan 79

Bunyi Bibir Jenis n (% Jenis n (% n (% Bilangan yang sama yang dilakukan oleh subjek kajian selain daripada kesilapan terkumpul utama dan kesilapan terkumpul kedua. Sebagai contoh, jika sekiranya terdapat 18 orang subjek kajian salah mentranskripsikan suku kata awalan j, di mana antaranya 9 orang telah mentranskripsikannya sebagai q, 5 orang mentranskripsikannya sebagai c, 2 orang mentranskripsikannya sebagai x dan 2 orang mentranskripsikannya sabagai i, maka pengkaji akan mengategorikan q sebagai kesilapan terkumpul utama, c sebagai kesilapan terkumpul kedua manakala x dan i sebagai kesilapan terkumpul yang lain. 4.4.1 Suku Kata Awalan terkumpul (utama) kesilapan Terkumpul (Kedua) terkumpul (lain-lain) b p 6 100 - - - - - 6 p b 3 100 - - - - - 3 m n 1 100 - - - - - 1 Jadual 4.23 Terkumpul Untuk Bunyi Bibir Jadual 4.23 di atas menunjukkan kesilapan yang terkumpul untuk bunyi bibir. Jadual ini menunjukkan bahawa semua kesilapan yang berlaku untuk bunyi bibir b dan p 80

Bunyi Gigi n (% n (% n (% Bilangan adalah kerana pelajar keliru antara bunyi aspirated p dan unasiprated b. Manakala untuk bunyi bibir m pula menunjukkan kekeliruan berlaku antara bunyi bibir m dan bunyi gigi n. Namun begitu, kesilapan yang berlaku adalah tidak banyak iaitu terdapat hanya 1 bilangan yang terkumpul untuk kesilapan ini. terkumpul (utama) kesilapan Terkumpul (Kedua) terkumpul (lain-lain) d t 2 100 - - - - - 2 t d 9 100 - - - - - 9 n m 9 100 - - - - - 9 Jadual 4.24 Terkumpul Untuk Bunyi Gigi Di antara bunyi gigi yang disenaraikan dalam jadual 4.24, didapati bahawa kesilapan yang berlaku juga disebabkan kekeliruan pelajar dalam bunyi aspirated dan unaspirated. Sebanyak 11 bilangan kesilapan yang terkumpul untuk bunyi gigi d dan t menunjukkan semua kesilapan yang berlaku adalah kerana pelajar tidak dapat membezakan bunyi aspirated t dan unaspirated d. Manakala untuk bunyi bibir n pula menunjukkan bahawa semua kesilapan berlaku adalah disebabkan kekeliruan pelajar dengan bunyi bibir m, iaitu terdapat 9 bilangan kesilapan yang terkumpul untuk bunyi n. 81

Bunyi Gutural n (% n (% n (% Bilangan terkumpul (utama) kesilapan Terkumpul (Kedua) terkumpul (lain-lain) g k 10 62.5 q 5 31.3 1 6.3 16 k g 3 50.0 kh 1 16.7 2 33.3 6 h1 p 4 80.0 ch 1 20.0 - - 5 h2 p k 1 1 50.0 50.0 - - - - - 2 Jadual 4.25 Terkumpul Untuk Bunyi Gutural Jadual 4.25 telah memaparkan kesilapan yang terkumpul untuk bunyi gutural. Kekeliruan yang wujud antara bunyi aspirated k dan unaspirated g telah menyumbang lebih daripada 50.0% (masing-masing ialah 62.5% dan 50.0%) kesilapan berlaku. Bagi sebutan bunyi gutural h pula, oleh kerana bunyi h wujud dua kali dalam puisi suku kata awalan, maka h1 mewakili sebutan bunyi gutural h yang pertama, manakala h2 pula mewakili sebutan bunyi h kali yang kedua. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa subjek kajian keliru antara sebutan bunyi gutural h dengan bunyi bibir p, iaitu sebanyak 5 bilangan kesilapan yang terkumpul. 82

Bunyi Lelangit n (% n (% n (% Bilangan terkumpul (utama) Terkumpul (Kedua) terkumpul (lain-lain) j q 11 47.8 ch 6 26.1 6 26.1 23 q ch 9 39.1 x 6 26.1 8 34.8 23 x s 9 50.0 sh 6 33.3 3 16.6 18 Jadual 4.26 Terkumpul Untuk Bunyi Lelangit Dari Jadual 4.26 yang menunjukkan kesilapan terkumpul untuk bunyi lelangit, nyata sekali terpaparnya 2 punca utama berlakunya kesilapan iaitu kekeliruan antara bunyi aspirated q dan unaspirated j serta kekeliruan pelajar dalam bunyi lelangit q dengan bunyi gelungan ch dan bunyi lelangit x dengan bunyi sibilan s. Seramai 11 daripada 23 orang pelajar yang berlaku kesilapan (47.8%) telah mentranskripsikan bunyi lelangit unaspirated j sebagai bunyi lelangit aspirated q. Bagi bunyi lelangit q, seramai 9 daripada 23 orang subjek kajian yang berlaku kesilapan telah mentranskripsikan bunyi ini sebagai bunyi gelungan ch dan akhir sekali untuk bunyi lelangi x, 50% kesilapan berlaku kerana mereka telah mentranskripsikannya sebagai bunyi sibilan s. 83

Bunyi Sibilan n (% n (% n (% Bilangan terkumpul (utama) Terkumpul (Kedua) terkumpul (lain-lain) z zh 12 75.00 ch 2 12.50 2 12.50 16 c ch zh 8 8 28.6 28.6 z 5 17.9 7 25.0 28 s sh 9 60.0 x 4 26.7 2 13.3 15 Jadual 4.27 Terkumpul Untuk Bunyi Sibilan. Bunyi Sibilan merupakan bunyi yang bermasalah bagi kebanyakkan pelajar asing, misalnya mereka yang berbahasa Inggeris, Thai dan Kemboja. (Sun 2006, m.s. 274-281, 298-307, 307-317) Dapatan pengkaji juga menunjukkan pelajar Melayu adalah lemah dalam golongan bunyi Sibilan. Jadual 4.27 yang menunjukkan kesilapan terkumpul untuk bunyi sibilan telah nyata sekali menonjol subjek kajian keliru antara bunyi sibilan dengan bunyi gelungan. Lebih daripada separuh subjek kajian melakukan kesilapan ini. Misalnya dalam kalangan bunyi sibilan, 75% kesilapan berlaku kerana telah mentranskripsikan bunyi z sebagai bunyi gelungan zh, dan 60.0% kesilapan berlaku dalam bunyi s sebagai bunyi gelungan sh. Di samping itu, terdapat 57.1% kesilapan berlaku kerana subjek kajian berasa keliru antara bunyi sibilan c dengan bunyi gelungan ch dan zh, masing-masing mencatat sebanyak 28.6% dalam bilangan kesilapan yang utama. 84

Jenis Bunyi Gelungan n (% Jenis n (% n (% Bilangan terkumpul (utama) kesilapan Terkumpul (Kedua) terkumpul (lain-lain) zh ch 16 61.5 z 5 19.2 5 19.2 26 ch zh 5 38.5 z c j sh x 2 40.00 zh ch s 2 2 2 1 1 1 15.4 15.4 15.4 20.00 20.00 20.00 2 15.4 13 - - 5 r re 2 100.00 - - - - - 2 Jadual 4.28 Terkumpul Untuk Bunyi Gelungan Menurut Xie Xiaoli ( 谢小丽 ), bunyi zh, ch, sh dan r merupakan bunyi yang bermasalah bagi pelajar Jepun. (Zhou & Zhu 2006, m.s.319-330) Keadaan yang sama juga berlaku dalam kalangan pelajar Korea (Sun 2006, m.s. 258-266). Hasil kajian pengkaji juga telah menunjukkan bahawa kekeliruan antara bunyi aspirated dan unaspirated telah mempengaruhi keupayaan pelajar Melayu membezakan bunyi gelungan zh dan ch. Sebanyak 61.5% kesilapan yang berlaku adalah kerana subjek kajian telah mentranskripsikan bunyi zh sebagai bunyi ch dan di sebaliknya 38.5% kesilapan berlaku atas sebab mereka telah salah mentranskripsikan bunyi ch sebagai zh. Seterusnya, kekeliruan bunyi sh sebagai bunyi lelangit x juga merupakan salah satu jenis kesilapan yang dilakukan oleh subjek kajian. Selain daripada kekeliruan yang berlaku antara bunyi-bunyi suku kata awalan, terdapat juga 85

subejk kajian yang kurang pengetahuan HP di mana 2 kesilapan dilakukan kerana telah mentranskripsikan bunyi gelungan r sebagai re yang bukan merupakan suku kata awalan dalam sistem HP. Dengan hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi dalam bahagian ini, kita boleh merumuskan bahawa kesilapan yang dilakukan oleh subjek kajian boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti dalam jadual 4.29. Klasifikasi kesilapan ini adalah berdasarkan kesilapan terkumpul yang utama seperti dalam jadual 4.23, 4.24, 4.25, 4.26, 4.27 dan 4.28. 4.4.2 Kategori Suku Kata Awalan Dalam bahagian ini, pengkaji telah mengklasifikasikan kesilapan suku kata awalan yang dilakukan oleh subjek kajian dengan berdasarkan kesilapan terkumpul utama ( lampiran D) kepada 7 kategori seperti jadual di bawah : No. Kategori 1 Kekeliruan antara bunyi aspirated dan unaspirated 2 Kekeliruan antara bunyi gutural dan bunyi bibir 3 Kekeliruan antara bunyi bibir dan bunyi gigi 4 Kekeliruan antara bunyi lelangit dan bunyi gelungan 5 Kekeliruan antara bunyi lelangit dan bunyi sibilan 6 Kekeliruan antara bunyi sibilan dan bunyi gelungan Bilangan Bilangan terkumpul 5 33.3 67 44.9 1 6.7 5 3.4 1 6.7 10 6.7 2 13.3 11 7.4 1 6.7 9 6.0 4 26.7 45 30.2 86

7 Kekeliruan di luar pengetahuan 1 6.7 2 1.3 Jumlah 15 100 149 100 Jadual 4.29 Klasifikasi Mentranskripsikan Suku Kata Awalan Dari jadual 4.29 di atas, nyata sekali bahawa di antara kategori-kategori kesilapan yang dapat dikesan, kekeliruan antara bunyi aspirated dan unaspirated merupakan kesilapan yang paling ketara berlaku dalam kalangan subjek kajian, iaitu 33.3% bilangan kesilapan. Antara kesilapan kategori ini termasuk b-p/p-b, d-t/t-d, g-k/k-g, j-q/q-j dan zh-ch/ch-zh. Pengkaji telah mendapat hasil kajian yang sama dengan Lin Yigao ( 林奕高 )dan Wang Gongping ( 王功平 )(2005, m.s.59-65). Menurut Lin dan Wang, salah satu kesilapan utama pelajar Indonesia ialah menyebutkan bunyi aspirated sebagai bunyi unaspirated. Ini telah menunjukkan bahawa keunikan sebutan fonetik sebenarnya mengelirukan pelajar kerana bunyi-bunyi ini tidak wujud dalam bahasa ibunda mereka. Selain daripada itu, kekeliruan antara sebutan bunyi sibilan dan bunyi gelungan seperti z-zh/zh-z, c-ch/ch-c, c-zh dan s-sh/sh-s pula menyumbang peratusan bilangan kesilapan yang kedua tinggi iaitu 26.7 n iaitu 13.3% bilangan kesilapan. Contoh kesilapan kategori ini ialah q-ch dan sh-x. Manakala bagi kekeliruan yang berlaku antara bunyi gutural dan bunyi bibir (h-p), bunyi bibir dan bunyi gigi (m-n/n-m), bunyi lelangit dan bunyi sibilan (x-s) serta kekeliruan di luar jangkaan (r-re), keempat-empat kategori kesilapan ini telah mencatat 6.7% bilangan kesilapan di mana ia merupakan jenis kesilapan yang paling tidak ketara yang berlaku dalam kalangan subjek kajian. 87

Vokal Tunggal n (% n (% n (% Bilangan 4.4.3 Suku Kata Akhiran terkumpul (utama) kesilapan Terkumpul (Kedua) terkumpul (lain-lain) a e 5 71.4 - - - 2 28.6 7 o uo 19 76.0 oa 4 16.0 2 8.0 25 e er 3 75.0 en 1 25.0 - - 4 ê ae 7 35.0 a 5 25.0 8 40.0 20 i ie 2 66.7 - - - 1 33.3 3 -i [ɿ] e 18 81.8 er 3 13.6 1 4.5 22 -i [ʅ]] e 15 75.0 er 3 15.0 2 10.0 20 u ü 3 60.0 - - - 2 40.0 5 ü ue 3 50.0 ui üe ei 1 1 1 16.7 16.7 16.7 - - 6 Jadual 4.30 Terkumpul Untuk Vokal Tunggal Jadual 4.30 di atas memaparkan kesilapan yang terkumpul untuk vokal tunggal. Menurut Lu Jianji ( 鲁建骥 ) (Wang 1997, m.s.50-63), bunyi -i [ɿ] dan -i [ʅ] biasanya merupakan bunyi yang bermasalah bagi pelajar yang berbahasa Inggeris. Dapatan pengkaji juga mendapati bahawa subjek kajian berasa keliru antara vokal tunggal -i [ɿ], -i [ ʅ ]]. Misalnya bagi vokal tunggal -i [ ɿ ] dan -i [ ʅ ], subjek kajian telah mentranskripsikan bunyi ini sebagai e, iaitu kesilapan masing-masing telah mencatat 88

Vokal Majmuk Jenis n (% Jenis n (% n (% Bilangan 81.8% dan 75%. Selain itu, kekeliruan antara vokal tunggal dan vokal majmuk juga menyumbang tinggi dalam kesilapan yang dilakukan oleh subjek kajian. Di antaranya, sebanyak 76% kesilapan berlaku disebabkan oleh kerana subjek kajian telah mentranskripsikan vokal o sebagai uo dan 66.7% kesilapan berlaku kerana mereka mentranskripsikan vokal i sebagai ie. Pentranskripsian subjek untuk vokal ü sebagai ue pula mencatat 50% daripada kesilapan yang berlaku. Di samping itu, terdapat 75% kesilapan-kesilapan terkumpul yang utama bagi vokal e yang telah silap ditranskripsikan sebagai vokal gelungan er. Bagi kesilapan yang berlaku dalam vokal a, 71.4% tersilap ditranskripsikan sebagai vokal tungal iaitu e dan untuk vokal u pula, 60% tersilap ditranskripsikan sebagai ü. Bunyi ê juga merungsingkan pelajar di mana mereka telah mentranskripsikan bunyi ê sebagai ae dan menyumbang kepada 35% kesilapan terkumpul yang utama. terkumpul (utama) kesilapan Terkumpul (Kedua) terkumpul (lain-lain) ai i 5 83.3 - - - 1 16.7 6 ao ou 8 66.7 au 3 25.0 1 8.3 12 ei ai 3 37.5 - - - 2 25.0 8 ie 3 37.5 ie ue 6 50.0 ei 2 16.7 4 33.3 12 iao iau 9 50.0 iou 5 27.8 4 22.2 18 89

iou/iu io 10 41.7 iao 7 29.2 7 29.2 24 ou o 5 41.7 ao 3 25.0 4 33.3 12 ua oa 4 80.0 ou 1 20.0 - - 4 uo o 4 44.4 ua 3 33.3 2 22.2 9 uai ui 1 50.0 - - - - - 2 ai 1 50.0 uei/ui ue 8 57.1 - - - 6 28.6 14 üe ü 4 80.0 uer 1 20.0 - - 5 Jadual 4.31 Terkumpul Untuk Vokal Majmuk Dari jadual 4.31, didapati bahawa kekeliruan antara bunyi vokal tunggal dan vokal majmuk telah menyumbang kepada berlakunya kesilapan dalam mentranskripsikan vokal majmuk. Di antaranya, 83.3% kesilapaan terkumpul telah menunjukkan subjek kajian tersilap mentranskripsikan vokal ai sebagai i dan 80% pula tersilap mentranskripsikan vokal üe sebagai ü. Bagi vokal ou pula, 41.7% kesilapan yang terkumpul ialah vokal o dan untuk vokal uo, 44.4% kesilapan yang terkumpul ialah vokal o. Terdapat juga kekeliruan yang berlaku dalam kalangan vokal majmuk, iaitu 66.7% kesilapan berlaku kerana subjek kajian telah mentranskripsikan vokal ao sebagai ou, 37.5% kesilapan terkumpul bagi vokal ei sebagai ai, dan bagi vokal ie, 50% kesilapan terkumpul bagi vokal ie sebagai ue, 50% kesilapan terkumpul bagi vokal uai sebagai ui dan ai, akhir sekali 57.1% kesilapan terkumpul bagi vokal uei/ui sebagai ue. Selain daripada 2 jenis kekeliruan yang telah dikenalpasti, didapati terdapat juga subjek kajian yang tidak 90

Vokal Sengau Jenis n Jenis n n Bilangan menguasai pengetahuan HP sehingga menwujudkan suku kata akhiran yang baru dalam sistem HP. Misalnya untuk vokal iao, sebanyak 50% daripada jumlah kesilapan terkumpul ditranskripsikan sebagai vokal iau dan untuk vokal iou/iu, terdapat 41.7% daripada kesilapan terkumpul ditranskripsikan sebagai io yang bukan merupakan vokal suku kata akhiran bahasa Mandarin. Keadaan yang sama juga berlaku pada vokal ua, di mana terdapat 4 daripada 5 bilangan kesilapan terkumpul (80%) ditranskripsikan sebagai bunyi oa yang tidak wujud dalam fonetik bahasa Mandarin. terkumpul (utama) kesilapan Terkumpul (Kedua) terkumpul (lain-lain) an un 1 100.00 - - - - - 1 ang an 4 66.7 ung 1 16.7 - - 6 un 1 16.7 en eng 2 100.00 - - - - - 2 eng ong 5 71.4 - - - 2 28.6 7 in ing 6 60.0 ieng 3 30.0 1 10.0 10 ing in 6 66.7 en 2 22.2 1 11.1 9 ian ien 22 66.7 ein 4 12.1 7 21.2 33 iang ang 4 100.0 - - - - - 4 91

iong ou 8 53.3 oung 4 26.7 3 20.0 15 ong hong 1 50.0 - - - - - 2 ung 1 50.0 uan un 3 60.0 - - - 2 40.0 5 uang uan 1 100.0 - - - - - 1 uen/ un en 14 58.3 uan 8 33.3 2 8.3 24 ueng en 1 100.00 - - - - - 1 ün üen 2 22.2 in 1 11.1 4 44.4 9 uen 2 22.2 üan uen 19 79.2 un 2 8.3 3 12.5 24 Jadual 4.32 Terkumpul Untuk Vokal Sengau Dalam kesilapan yang terkumpul untuk vokal sengau seperti yang dipapar dalam jadual 4.32, didapati bahawa kekeliruan dalam kalangan vokal sengau merupakan punca utama yang menyebabkan kesilapan berlaku. Kekeliruan dalam vokal sengau dapat dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu kekeliruan yang berlaku dalam kalangan vokal majmuk secara umum dan kekeliruan yang berlaku di antara vokal sengau hadapan dan vokal sengau belakang. Misalnya dalam kumpulan kekeliruan yang pertama, seramai 19 daripada 24 kesilapan terkumpul (79.2%) telah mentranskripsikan vokal üan sebagai vokal sengau uen. Satu contoh lagi ialah vokal uen/un, seramai 14 daripada 24 kesilapan terkumpul (58.3%) telah mentranskripsikan vokal ini sebagai vokal en. 92

Bagi kumpulan yang kedua, iaitu kekeliruan antara vokal sengau hadapan dan vokal sengau belakang, misalnya seramai 6 daripada 9 kesilapan terkumpul (66.7%) telah mentranskripsikan vokal sengau belakang ing sebagai vokal sengau hadapan in dan di sebaliknya 6 daripada 10 kesilapan terkumpul (60.0%) telah mentranskripsikan vokal sengau hadapan in sebagai vokal sengau belakang ing. Selain itu, terdapat juga subjek yang lemah dalam pengetahuan HP sehingga seramai 22 daripada 33 kesilapan terkumpul (66.7%) telah mentranskripsikan vokal sengau ian ([iεn]) sebagai bunyi ien ([iεn]). Walupun bunyi ian ([iεn]) sememangnya adalah berbunyi ien ([iεn]), namun ia ditulis sebagai ian dalam sistem HP. Ini menunjukkan kesilapan ini berlaku kerana pengetahuan sistem HP subjek kajian tidak mencukupi. Bagi vokal ong, terdapat 1 kesilapan terkumpul kerana subjek kajian telah mentranskripsikan vokal ini sebagai hong dan 1 lagi sebagai ung. Kedua-dua bunyi hong dan ung bukan merupakan suku kata akhiran bahasa Mandarin. Walaupun bunyi ong ( [uŋ]) memang berbunyi ung ( [uŋ]), namun seperti kesilapan yang berlaku di atas, bunyi ini ditulis sebagai ong dalam fonetik bahasa Mandarin. Sekali lagi membuktikan bahawa subjek kajian lemah dalam pengetahuan sistem HP. 93

Vokal Gelungan Jenis n (% Jenis n (% n (% Bilangan terkumpul (utama) kesilapan Terkumpul (Kedua) terkumpul (lain-lain) er ar 10 45.5 r 6 27.3 6 27.3 22 Jadual 4.33 Terkumpul Untuk Vokal Gelungan Jadual 4.33 telah menunjukkan kesilapan yang terkumpul untuk vokal gelongan. Keputusan yang diperolehi telah menunjukkan subjek kajian telah mentranskripsikan vokal er sebagai bunyi ar. kesilapan ini telah mencatat 45.5% dalam kalangan kesilapan yang terkumpul. 4.4.4 Kategori Suku Kata Akhiran Pengkaji telah mengklasifikasikan kesilapan suku kata akhiran yang dilakukan oleh subjek kajian dengan berdasarkan kesilapan terkumpul utama ( lampiran f) kepada 8 kategori seperti jadual di bawah : No. Kategori 1 Kekeliruan antara vokal tunggal 2 Kekeliruan antara vokal tunggal dan vokal majmuk 3 Kekeliruan antara vokal tunggal dan vokal gelungan 4 Kekeliruan antara vokal sengau dan vokal majmuk Bilangan Bilangan terkumpul 4 10.0 41 15.9 6 15.0 42 16.3 1 2.5 3 1.2 1 2.5 8 3.1 94

5 Kekeliruan dalam kalangan 7 17.5 30 11.6 vokal majmuk 6 Kekeliruan dalam kalangan 9 22.5 51 19.8 vokal sengau 7 Kekeliruan di antara vokal 4 10.0 19 7.4 sengau hadapan dan vokal sengau belakang 8 Kekeliruan di luar 8 20.0 64 24.8 pengetahuan Jumlah 40 100 258 100 Jadual 4.34 Kategori Dalam Mentranskripkan Suku Kata Akhiran Dari Jadual 4.34, didapati kekeliruan dalam kalangan vokal sengau mencatat peratusan bilangan kesilapan yang tertinggi, iaitu sebanyak 22.5%. Ini diikuti dengan kategori kekeliruan di luar pengetahun sebanyak 20% dalam bilangan kesilapan yang berlaku. Seterusnya kekeliruan dalam kalangan vokal majmuk (17.5%) dan kekeliruan antara vokal tunggal dan vokal majmuk (15%) mencatat peratusan bilangan kesilapan yang ketiga dan keempat tinggi. Terdapat 2 kategori yang mencatat peratusan sebanyak 10% iaitu kekeliruan antara vokal tunggal dan kekeliruan di antara vokal sengau hadapan dan vokal sengau belakang. Kekeliruan antara vokal tunggal dan gelungan serta kekeliruan antara vokal sengau dan vokal majmuk merupakan kategori yang jumlah kesilapannya paling kurang, iaitu tidak melebihi 10%. 4.4.5 Nada Jadual di bawah, telah menunjukkan kesilapan terkumpul untuk nada bahasa Mandarin. Menurut Lee Ai Chat dan rakan penyelidikannya (2007, m.s. 188-201), purata yang paling tinggi dalam melakukan kesalahan menyebut nada bahasa Mandarin adalah nada kedua. Kenyataan ini juga disokong dengan dapatan kajian pengkaji di mana terdapat 95

65 bilangan kesilapan yang terkumpul dalam nada kedua. Bilangan yang terkumpul ini telah mencatat peratusan yang paling tinggi iaitu 41.9% dalam kalangan kesilapan yang terkumpul dalam ujian mendengar yang dijalankan. Selain itu, statistik kajian juga memaparkan bahawa ramai pelajar telah mentranskripsikan nada kedua sebagai nada pertama, iaitu 46 kesilapan daripada 65 kesilapan adalah jenis kesilapan ini. Seterusnya nada pertama dan nada keempat masing-masing mencatat peratusan kesilapan sebanyak 32.3% untuk nada pertama dan 21.3% untuk nada keempat. Kebanyakkan pelajar telah mentranskripsikan kedua-dua nada ini sebagai nada kedua, di mana 34 daripada 50 kesilapan nada pertama dan 25 daripada 33 kesilapan nada keempat adalah jenis kesilapan ini. Di antara kesilapan-kesilapan yang terkumpul, perolehan peratusan kesilapan yang paling rendah ialah nada ketiga. Keputusan yang diperolehi dalam kajian ini bercanggah dengan kajian yang dilakukan ke atas orang Amerika Syarikat. Dalam kajian Wang Yunjia ( 王韫佳 )(Zhao 1997b, m.s.379-394), beliau telah mendapati orang Amerika lebih berupaya menyebut nada pertama dan keempat daripada nada kedua dan ketiga. Dapatan pengkaji telah membuktikan bahawa walaupun BM dan BI kedua-duanya adalah bahasa yang tidak bernada, namun kesilapan subjek kajian dalam aspek kemahiran mendengar dan bertutur tidak semestinya adalah sama. Hasil daripada dapatan pengkaji, kesilapan terkumpul dalam kategori ini hanya mencatat 4.5% dan di antaranya masing-masing adalah sebanyak 3 daripada 11 kesilapan berlaku adalah kerana pelajar telah mentranskripsikan nada ini sebagai nada kedua dan nada keempat. Kesemua ini telah diperincikan dan ditunjukkan dalam jadual 4.35. 96