独立小组到伦敦的使命是跟英国政府谈判关于马来亚的独立 2. Tunku Abdul Rahman telah mengetuai Rombongan Merdeka. Beribu-ribu rakyat berkumpul memberi sokongan padu kepada anggota

Similar documents
PowerPoint Presentation

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

PowerPoint Presentation


Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

出生于柔佛州的麻坡的 Bukit Gambir,Dato Onn 是 Dato' Ja'afar bin Haji Muhammad 的儿子 柔佛州第一任 首席部长 他是柔佛王室并从小受到 Ibrahim 苏丹 (Abu Bakar 苏丹的儿子 ) 的照顾, 并在他去英国深造之前 接受被马来教育 在

华小董事觉醒运动缘起

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

BAB SATU

SejarahOrang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

Penghargaan

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

SaverBrochure_F 07.ai

1

Microsoft Word - Avail News _Januari 2015_.doc

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

Tajuk

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

ISM Circular: 20 –2005

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

马来亚迟早要与英国和新加坡, 北婆罗洲, 汶莱和砂劳越人民互相理解 我说理解怎样可以实现视乎有点太早了, 然而, 它是不可避免的, 我们要实现这一目标, 并想出一个计划, 这些领域如何能够形成政治和经济密切的合作 4. Ucapan Tunku ini dianggap sebagai idea g

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

Mesej focus 焦点资讯 Semasa penjajahan Jepun, PKM menjadi semakin berpengaruh. British melatih MPAJA untuk menentang Jepun dan diberi pelbagai bentuk bant

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

Penghargaan

Kertas 1

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

1. Sebab pertama Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British ialah kerana desakan yang berterusan daripada kerajaan British. 第一个原因 Charles

Minit Mesyuarat

各位记者先生,小姐

1936- Golongan tentera mengambil alih pentadbiran Jepun. 军 方 接 管 了 日 本 的 行 政 管 理 Jepun menakluki Manchuria. 日 本 入 侵 满 洲 Jepun menguasai Ko

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

1. NAMA DAN ALAMAT PENDAFTARAN 1.1 Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) atau dengan perkataan Inggeris Malaysian

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

Microsoft Word - Avail News _Oktober 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _Ogos 2017_.doc

Microsoft Word - Avail News _November 2017_.doc

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

PowerPoint Presentation

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

BAB SATU

UCAMHALAL 中心是通过与 PEHMA 机构合作于 2014 年开发的 JAKIM 主动发展专业发展愿景 (HPB), 以满足政府希望在马来西亚和国际层面需要 60,000 名清真高管的愿望 HPB JAKIM 已经任命并认证了 7 所 IPTA 和 3 所 IPTS, 其中包括被委托在马来西

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

1

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

CC-CompanyProfile-A4.pdf

一月 JANUARI

Contents Bahasa Indonesia

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

KSSR BAHASA CINA TAHUN 1

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Penghargaan

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

独立前的《蕉风》与马来亚之国族想像

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

(b) apabila anggota itu meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis tiga bulan kepada Menteri; atau (c) apabila tamat tempoh jawatannya. Pemba

BookCatalog FINAL

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

CAG bus_TMFT_eManual

马来州盛产锡, 黄金, 铁矿石和煤炭 在马来州丰富的天然资源 : Negeri 州 Kawasan 地区 Hasil galian 矿物 Perak 霹雳 Larut Bijih timah 锡 Kinta Selangor 雪兰莪 Lukut Bijih timah 锡 Kuala Lumpur

icctv user guide manual.indd

July 2017 Business Incentive

这项运动还呼吁回教徒团结起来反抗在回教国家的西方殖民主义 (c) Idea perjuangan Gerakan Islah telah disebar ke Tanah Melayu oleh pelajar-pelajar Melayu yang menuntut di Mesir, khusu

ISI KANDUNGAN (1) Pendahuluan 1 (2) Pandangan Dan Cadangan 1 (i) Menggubal sistem pembinaan sekolah komuniti bagi setiap 1 aliran sekolah (ii) Meranca

3.1.1 Cara Penyusupan 如何渗透 1. Fahaman komunis menyusup ke Tanah Melayu melalui Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis Nanyang. 共产主义通过国民党 (KMT) 和南阳 (

Microsoft Word - PDPA2010.doc

Á ÂÛÚÐ %ÜÝ $&'%ÜÞ $&' ()*!( (( ß!à á â;ã ) äæåçpèé+êë;ì í îý 6%!3 % ª«% 0.% ±,7 ² ³ µ! 08 %!¹º» 9%% ¼½ 9¾ yà * ïð Á Â Ã Ä ÅÇÆ È $È :; É ;< É => É <? É

社團改組資料

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

摘 要 在 1990, 毛 四 周 群 山 抱, 而 在 山 中, 蕴 藏 着 丰 富 的 锡 米 銔 毛 个 村 改 邦, 马 来 文 Kampung Asam Kumbang 銔 Asam Kumbang 是 种 特 别 的 树, 在 英 文 称 Roselle, 中 文 个 美 称 洛 花 銔

ABMB_document_template_v1

巴东色海尚正学校2006年度行政历

(Microsoft Word - \246L\245\247\252\251.doc)

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH (PBS) NAIB PN. LIANG FEI SHIN PN. LEE CHAI YENG (TAHAP 1) CIK TUEH SHE PING (TAHAPN 2) KPBM: PEMENTORAN KPBI

1

CashVantage Financing-i Terms & Conditions

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model I am my business s guardian I am my staff s employer Many people depend on

Travel Protector Flight delays. Loss of luggage. Illness. An accident. Whether you are on a business trip or on holiday with your family, any of these

Pangeran Indera Mahkota 接管马来大臣的行政管理 c) Pangeran Indera Mahkota menguasai perdagangan antimoni dan emas daripada pembesar Melayu. Pangeran Indera Mahko

TRANSFEROR ( 转让人 ) 股份转让表格 SHARE TRANSFER FORM MLD/R036 (R7-11/04/2011) Stamp Duty RM10.00 Processing Fees RM3.00 I of do hereby agree to transfer my R

AXA-AFFIN Maximiser-Brochure(Mar2018)

Offline Fill in a Membership Application Form and pass the form together with a joining fee of RM53 (inclusive of GST) to your introducer, or submit t

djz

Transcription:

Tingkatan 3: Bab 5 Kemerdekaan 31 Ogos 1957 独立 1957 年 8 月 31 日 Pengenalan 介绍 1. Keputusan Pilihan Raya 1955 telah menyebabkan British terpaksa menerima hakikat bahawa Parti Perikatan telah mendapat sokongan keseluruhan rakyat. 1955 年选举的成绩, 导致英国接受联盟党获得全国人民支持的事实 2. Sistem Ahli ditukar menjadi Sistem Menteri. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri walaupun Pesuruhjaya British masih mempengerusikan Majlis Perundangan Persekutuan. 成员制度转化成部长制度 Tunku Abdul Rahman 被委任成为首席部长, 尽管联邦立法会仍然由英国专员主持 3. Seperti yang telah dijanjikan dalam kempen Pilihan raya 1955, Parti Perikatan mula menuntut kemerdekaan daripada kerajaan British. Satu rombongan telah dihantar ke London untuk merundingkan kemerdekaan. 就像 1955 年竞选活动中给予的承诺, 联盟党开始向英国政府要求独立 一个小组被派往伦敦以谈判独立的 事 5.1 Rombongan Merdeka 独立小组 1. Parti Perikatan yang memenangi Pilihan Raya 1955 telah berjaya membentuk kerajaan dan terus mengorak langkah menuntut kemerdekaan. 在 1955 年赢得选举的联盟党, 成功成立政府并继续行动以要求独立 2. Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu telah mengadakan rundingan dengan Raja-raja Melayu dan British mengenai hal ini. Tunku Abdul Rahman 作为马来亚的首席部长, 与马来统治者和英国在这件事上举行了会谈 3. Persetujuan telah dicapai untuk mengadakan mesyuarat rasmi dengan kerajaan British di London. Bagi tujuan tersebut, satu rombongan yang dinamakan Rombongan Merdeka telah dibentuk. 达成共识以将在伦敦与英国政府举行正式会议 为了这个目的, 成立一个小组命名为独立小组 4. Rombongan ini terdiri daripada 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan 4 orang wakil Parti Perikatan. 这小组由四名马来统治者代表和四名联盟的代表组成的 Anggota Rombongan Kemerdekaan 独立小组成员 Wakil Raja-raja Melayu 马来统治者代表 Dato' Panglima Bukit Gantang Dato' Nik Ahmed Kamil Abdul Aziz Othman Dato' Mohd. Seth Wakil Parti Perikatan 联盟党代表 Tunku Abdul Rahman Tun Dr. Ismail Tun Abdul Razak Hussein Tun H. S. Lee 敦李孝式 5.1.1 Matlamat Rombongan Merdeka 独立小组的目标 1. Rombongan Merdeka ke London membawa misi penting untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan kerajaan British. 1

独立小组到伦敦的使命是跟英国政府谈判关于马来亚的独立 2. Tunku Abdul Rahman telah mengetuai Rombongan Merdeka. Beribu-ribu rakyat berkumpul memberi sokongan padu kepada anggota Rombongan Merdeka sebelum mereka berangkat ke London. Tunku Abdul Rahman 率领独立小组 在独立小组出发去伦敦前, 成千上万的人聚集在一起, 给独立小组的成 员大力的支持 5.1.2 Perjanjian London 伦敦协议 1. Rundingan antara wakil Tanah Melayu dan kerajaan British di London telah dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd, iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British. 马来亚和英国政府的代表在伦敦之间的谈判是由英国殖民大臣,Lord Lennox-Boyd 主持 2. Rundingan itu telah berlangsung selama hampir tiga minggu, iaitu dari 18 Januari sehingga 8 Februari 1956. 谈判持续近三个星期里, 从 1 月 18 日至 1956 年 2 月 8 日 3. Tempoh rundingan agak panjang kerana banyak perkara yang perlu dirundingkan. Pada akhir rundingan, keduadua pihak telah mencapai beberapa persetujuan. Antaranya : 谈判的时间相当长, 因为很多事情需要协商 在谈判结束时, 双方达成了几个共识 其中包括 : (a) Pelantikan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal Perlembagaan Merdeka. 委任一个独立委员会以草拟独立宪法 (b) Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan. 维持君主立宪制的概念 (c) Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. 联邦和州政府之间的权力分配 (d) Parti Perikatan tidak akan mengambil alih kepentingan British atau Barat di Tanah Melayu. 联盟党不会接收英国或西方在马来亚的利益 (e) Satu perjanjian pertahanan dengan British akan dibuat bagi melindungi keselamatan Tanah Melayu dan menjaga kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu. 将与英国签订防御条约, 以保护马来亚的安全和照顾英国在马来亚的经济利益 (f) Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957. 马来亚联邦的独立日设定为 1957 年 8 月 31 日 Mesej Focus 资讯焦点 Rundingan di London yang berlangsung dari 18 Januari 1956 hingga 8 Februari 1956 akhirnya telah membawa kepada termeterainya Perjanjian London 1956. Perjanjian inilah yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu. 在伦敦的谈判从 1956 年 1 月 18 日进行至 1956 年 2 月 8 日, 最后导致签署伦了 1956 年敦条约 这条约给马 来亚带来独立 2

4. Rombongan Merdeka telah kembali ke Tanah Melayu pada 20 Februari 1956. Orang ramai telah menyambut Rombongan Merdeka dalam satu perhimpunan besar dengan meriah di Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka. 独立小组于 1956 年 2 月 20 日回到马来亚, 许多人在马六甲, 下游镇 (Bandar Hilir) 的独立草场 (Padang Merdeka) 举行大型集会, 大张旗鼓地迎接独立小组 5. Di Padang Merdeka, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dan disusuli dengan seruan merdeka. Orang ramai yang hadir telah menyambutnya dengan laungan "Merdeka" sehingga bergema dan membakar semangat mereka. 在独立草场 (Padang Merdeka),Tunku Abdul Rahman 宣布马来亚独立的日期, 随后是独立的呼吁 出席的 人们荡气回肠地呼喊 独立 和高昂的士气来以迎接他们 5.2 Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 马来亚联邦宪法的准备 1. Perlembagaan yang dipersetujui oleh semua kaum adalah penting bagi sesebuah negara yang bakal merdeka seperti Tanah Melayu. 所有种族都同意的宪法对一个将要独立的国家, 比如马来亚来说是非常重要的 2. Perlembagaan bermaksud peraturan atau undang-undang utama sebagai panduan untuk menguruskan pentadbiran institusi, organisasi atau pemerintahan. 宪法是指法规或主要法律作为引导, 以处理组织, 机构的行政或政府事务 3. Sebuah suruhanjaya bebas, iaitu Suruhanjaya Reid dibentuk oleh Parti Perikatan untuk menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka demi keadilan semua kaum. 联盟党成立一个独立的委员会, 那就是里德 (Reid) 委员会 (Suruhanjaya) 为所有种族的正义, 草拟马来亚 联邦的独立宪法 5.2.1 Suruhanjaya Reid 里德委员会 1. Perlembagaan merupakan dokumen yang mengandungi peraturan tertinggi dan prinsip utama sebagai panduan untuk mentadbir sesebuah negara. 宪法是包含最高法则和主要原则作为治国引导的一份文件 2. Sebagai sebuah negara merdeka yang mempunyai penduduk pelbagai kaum seperti Tanah Melayu, sebuah perlembagaan yang dipersetujui oleh semua kaum adalah penting. 作为一个多元种族的独立国家, 比如马来亚, 被所有种族都同意的宪法是非常重要的 3. Seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian London, Parti Perikatan telah bersetuju dengan pelantikan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. 就像在伦敦条约里同意的一样, 联盟党同意成立一个独立的委员会以草拟马来亚联邦的独立宪法 4. Pelantikan suruhanjaya bebas bertujuan untuk menyediakan sebuah perlembagaan yang berlaku adil kepada semua kaum. Suruhanjaya bebas yang dimaksudkan ialah Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya ini telah dibentuk pada bulan Mac 1956. 委任独立的委员会的目的是为了准备一个公平对待所有种族的宪法 这独立的委员会就是里德 (Reid) 委员 会 (Suruhanjaya) 这委员会成立于 1956 年 3 月 5. Anggota Suruhanjaya Reid 里德委员会成员 3

Lord William Reid (Hakim British) 英国法官 Sir Ivor Jennings (England) 英国 Sir William McKell (Bekas Gabenor Jeneral Australia) 澳大利亚前总督 Tuan B. Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India) 印度最高法院的法官 Tuan Abdul Hamid (Pakistan) 巴基斯坦 6. Suruhanjaya Reid dipertanggungjawabkan untuk menyediakan sebuah Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. 里德委员会负责根据规定的方针给即将独立的马来亚联邦制定一个宪法 7. Tugas Suruhanjaya Reid 里德委员会的任务 (a) Menyediakan sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka. 给即将独立的马来亚联邦准备一的宪法 (b) Membentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri. 建立和界定联邦中央政府和州政府的权力 (c) Menjamin kedudukan khas Raja-raja Melayu 确保马来统治者的特殊地位 (d) Mewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu. 创建一个马来亚联邦民族的样子 8. Suruhanjaya Reid membuka peluang kepada pelbagai pihak di Tanah Melayu untuk memberikan cadangan berkaitan dengan perlembagaan yang akan digubal. 里德委员会开放一个机会给马来亚的各方以提供有关即将草拟宪法的建议 9. Sehubungan dengan ini, Suruhanjaya Reid telah menerima sebanyak 131 memorandum termasuklah daripada Raja-raja Melayu, orang perseorangan, dan pertubuhan politik. 在这方面, 里德委员会共收到 131 个备忘录包括来自马来统治者, 个人和政治组织 10. Setelah memorandum diteliti dengan pertimbangan tertentu, draf perlembagaan oleh Suruhanjaya Reid telah diumumkan pada bulan Februari 1957 untuk mendapatkan reaksi daripada penduduk tempatan. 备忘录以某些考虑研究后, 里德委员会的宪法草案于 1957 年 2 月宣布以获得当地居民的反应 11. Draf perlembagaan tersebut telah dibahaskan oleh penduduk tempatan khususnya parti-parti politik. Kandungan draf perlembagaan ini secara umumnya ada yang ditolak dan ada yang diterima. 宪法草案由当地居民, 特别是各政党提交讨论 宪法草案的内容大致上有被拒绝的也有被接受的 12. Beberapa cadangan Suruhanjaya Reid yang asal terpaksa dipinda untuk memuaskan hati semua pihak. 一些里德委员会原本的提案被逼进行修订, 以满意各方 13. Antara perkara dalam draf perlembagaan yang mendapat respon pelbagai pihak ialah : 4

在宪法草案的项目中, 各方有所反应的是 : (a) Kerakyatan secara jus soli yang terbuka kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu. 出生地国籍开放给出生在马来亚的人 (b) Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan untuk tempoh 15 tahun. 马来人的特殊地位保留为期 15 年 (c) Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan, tetapi bahasa Cina dan Tamil juga diiktiraf sebagai bahasa rasmi. 马来文为国语, 但华文和淡米尔文也被承认为官方语言 (d) Agama Islam dicadangkan sebagai agama rasmi Persekutuan. 建议回教为联邦的官方宗教 (e) Institusi Raja-raja Melayu dan konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan. 保留马来统治者的机构 (Institusi Raja-raja Melayu) 和君主立宪制 (Raja Berperlembagaan) 的概念 (f) Pembentukan negara persekutuan dan pembahagian kuasa pusat dan negeri. 成立联邦国家以及联邦政府和各州政府权力的划分 14. Kerakyatan secara jus soli yang terbuka kepada sesiapa yang lahir di Tanah Melayu telah dibantah oleh sebahagian orang Melayu. Namun perkara ini tetap dikekalkan demi mengelak pengaruh Parti Komunis Malaya daripada terus berkembang. 一部分马来人反对出生地国籍开放给任何出生在马来亚的人 但是, 这事项仍然保留为了避免马来亚共产党 的影响力持续发展 15. Begitu juga dengan kedudukan istimewa orang Melayu yang dicadangkan untuk dikekalkan dalam tempoh 15 tahun juga telah ditolak. Peruntukan ini tetap dikekalkan sebagai tukar ganti kepada kerakyatan jus soli yang dibuka kepada golongan imigran. 同样, 马来人的特殊地位保留 15 年的建议也被拒绝 这项分配被保留作为替换出生地国籍开放给移民者 16. Cadangan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa Cina dan Tamil juga diiktiraf sebagai bahasa rasmi ditolak tetapi terus dikekalkan dengan jaminan bahasa Cina dan Tamil boleh dikembangkan dan menjadi bahasa pengantar di sekolah masing-masing. 马来文为国语, 但华文和淡米尔文也被认为是一种官方语言的建议被拒绝, 但建议仍然被保留并确保华文和 淡米尔文可以发展成各自学校的教学语言 17. Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan yang dicadangkan juga ditolak oleh sesetengah pihak. Cadangan ini tetap dikekalkan kerana kedudukannya sebagai agama utama Tanah Melayu sebelum kedatangan British. Bagaimanapun agama lain boleh berkembang. 一些人也拒绝让回教成为联邦官方宗教的建议 建议还是被保留, 因为英国来到马来亚之前, 回教的地位已 经是马来亚主要的宗教 然而, 其他宗教也可以蓬勃发展 18. Cadangan supaya institusi Raja-raja Melayu dikekalkan tidak dipersetujui oleh sesetengah pihak tetapi tetap dikekalkan. Konsep Raja Berperlembagaan seperti pada tahun 1948 turut dikekalkan. 5

一些人不同意保留马来统治者机构的建议, 但这建议仍然被保留 保留 1948 年君主立宪制的概念 19. Cadangan Suruhanjaya Reid tentang pembentukan negara persekutuan dan pembahagian kuasa pusat dan negeri diterima oleh semua pihak. 各方接受里德委员会的建议, 建立一个联邦国家以及中央政府和州政府的权力分配 20. Perkara tersebut dipersetujui berdasarkan semangat tolak ansur dan permuafakatan yang diamalkan oleh penduduk Tanah Melayu. 基于马来亚人民互相迁就和合作的精神, 这事情被同意了 21. Persetujuan yang dicapai menerusi permuafakatan ini bukan sahaja dapat mewujudkan sebuah perlembagaan yang dapat diterima oleh pelbagai pihak tetapi membolehkan pembentukan sebuah kerajaan demokrasi yang berkonsepkan Raja Berperlembagaan. 达成这个共识, 不仅能够创建一个可以被各方接受的宪法, 甚至还可以建立一个有君主立宪制概念的民主政 府 22. Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyedari kerjasama dan tolak ansur antara pelbagai kaum sangat penting dalam memastikan perpaduan, keharmonian, dan kemajuan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. 马来人和非马来领袖意识到各民族之间的合作与互相迁就是非常重要的以确保独立的马来亚联邦的团结, 和 谐以及发展 23. Draf perlembagaan Suruhanjaya Reid telah diterima oleh Parlimen British pada bulan Jun 1957. 里德委员会的宪法草案于 1957 年 6 月被英国国会接受 24. Draf tersebut telah dibentangkan untuk perbahasan dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada awal bulan Ogos 1957. 这项草案提交讨论并得到联邦立法会于 1957 年 8 月上旬批准 25. Pada 15 Ogos 1957, majlis menandatangani Perjanjian Merdeka 1957 telah disempurnakan oleh Raja-raja Melayu dengan British di Kuala Lumpur. 在 1957 年 8 月 15 日, 在马来统治者执行下, 理事会和英国在吉隆坡签署 1957 年独立条约 Mesej Focus 资讯焦点 Suruhanjaya Reid telah menggubal draf perlembagaan dengan mengambil kira 131 memorandum yang diterima daripada penduduk tempatan. Draf perlembagaan didapati terlalu longgar dan tidak menyebelahi orang Melayu sebagai peribumi. Parti Perikatan khususnya pemimpin Melayu tidak berpuas hati dengan beberapa perkara antaranya ialah agama Islam tidak dijadikan agama rasmi, dwi-kerakyatan dibenarkan, bahasa Tamil dan Cina dibenarkan di Majlis Perundangan selama 10 tahun selepas kemerdekaan, dan kedudukan istimewa perlu dikaji selepas 15 tahun kemerdekaan. Sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji draf perlembagaan tersebut. 里德委员会制定了宪法草案同时考虑到从当地居民获得的 131 个备忘录 宪法草案被认为是过于宽松, 而不 利于马来人作为原住民 联盟党尤其是马来人领袖不满意有些事情包括回教没有成为官方宗教, 允许双重国 籍, 独立后的 10 年立法会允许淡米尔语和华文, 以及特殊的地位需要在独立 15 年后再审查 一个委员会被 成立以审查这个宪法草案 5. 2. 2 Perlembagaan Merdeka 独立宪法 6

1. Kewujudan Perlembagaan Merdeka 1957 menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan dan bebas untuk menentukan hala tuju negara sendiri. 1957 年独立宪法的存在表示马来亚联邦获得独立和自由地决定自己国家的方向 2. Perlembagaan Merdeka 1957 mengandungi beberapa fasal yang menjadi panduan utama dalam pentadbiran negara selepas merdeka. 1957 年独立宪法包含几项条款, 成为国家独立后, 行政的主要参考依据 3. Antara fasal penting dalam Perlembagaan Merdeka 1957 ialah : 1957 年独立宪法的重要条款是 : (a) Tanah Melayu sebagai sebuah negara persekutuan dengan nama Persekutuan Tanah Melayu. 马来亚作为联邦国家并以马来亚联邦命名 (b) Yang di-pertuan Agong sebagai ketua negara 最高元首作为国家之首 (c) Perdana Menteri sebagai ketua pentadbir negara dibantu oleh sebuah Kabinet. 首相作为国家行政人员的负责人并由内阁协助 (d) Pembentukan sebuah Parlimen yang mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 建立一个有下议院 (Dewan Rakyat) 和上议院 (Dewan Negara) 的国会 (Parlimen) (e) Agama Islam menjadi agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu. 回教是马来亚联邦的官方宗教 (f) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 马来文是国语 ( 国家语言 ) (g) Kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu dan kerakyatan secara permohonan dipertimbangkan. 公民身份被开发给出生在马来亚联邦人和入籍联邦的申请会被考虑 (h) Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa mengurangi hak warganegara yang lain. 保持马来人的特殊地位但并不妨碍其他公民的权利 4. Perlembagaan Merdeka 1957 telah memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk menerajui sendiri negara yang berdaulat. 1957 年独立宪法赋予当地居民权利, 以自己掌舵独立的国家 5. Setiap rakyat Persekutuan Tanah Melayu mempunyai aspirasi yang sama untuk berusaha melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dan merdeka. 马来亚联邦的每个公民有相同的抱负, 努力创造一个团结和独立的社会 7

6. Sehingga kini, semua rakyat daripada pelbagai kaum dapat menikmati apa yang telah mereka persetujui di dalam Perlembagaan Merdeka 1957. 到现在为止, 所有种族的人民能享受他们在 1957 年独立宪法同意的事件 7. Kita seharusnya bersyukur kerana perjalanan ke arah kemerdekaan berjalan lancar tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. 我们应该庆幸因为迈向独立的旅程非常顺利, 没有发生任何不想发生的事情 8. Setinggi-tinggi penghargaan harus kita berikan kepada pemimpin-pemimpin yang telah merundingkan kemerdekaan negara. Dengan kebijaksanaan mereka membincangkan isu-isu yang amat rumit dan sensitif seperti soal kerakyatan, hak istimewa Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa kebangsaan, dan agama rasmi Persekutuan, ketegangan kaum dapat dielakkan dan kemerdekaan dapat dicapai tanpa pertumpahan darah. 我们应该至最高的感恩给为国家独立谈判的领袖们 他们用他们的智慧去讨论复杂和敏感的课题, 比如公民 权问题, 马来人特权, 马来统治者的地位, 国家语言和联邦的官方宗教问题, 民族关系紧张得以避免, 并且 可以不流血地实现独立 9. Jasa tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun V. T. Sambanthan, dan Tun H. S. Lee akan terus tersemat di hati setiap generasi rakyat yang cintakan tanah air. 领袖如 Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak,Tun V. T. Sambanthan 和敦李孝式的功劳将继续嵌入在每一 代爱国人的心里 10. Tidak dilupakan juga Tuanku Abdul Rahman, Yang di-pertuan Agong yang pertama, Raja-raja Melayu, Dato' Onn Ja'afar, dan Dato' Panglima Bukit Gantang, Dr. Burhanuddin al-helmy, dan pemimpin lain yang memperjuangkan kemerdekaan negara. 不能忘记的还有 Tunku Abdul Rahman, 第一任最高元首, 马来统治者,Dato' Onn Ja'afar 和 Dato' Panglima Bukit Gantang, Burhanuddin al-helmy 博士以及其他为国家独立奋斗的领袖们 11. Tanpa perjuangan dan kepimpinan mereka mencorakkan hala tuju negara, kemerdekaan yang membawa keharmonian dan kemakmuran negara pada hari ini tidak dapat kita nikmati. 如果没有他们的奋斗和领导以塑造国家的方向, 今天我们就不能享受独立性带来的国家和谐和繁荣 5.3 Pemasyhuran Kemerdekaan 独立宣言 1. Pemasyhuran kemerdekaan merupakan satu detik yang amat bermakna kepada seluruh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. 独立宣言对马来亚联邦所有人民来说是非常有意义的一个时刻 2. Detik-detik gemilang yang penuh bermakna telah berlaku sejak malam 30 Ogos 1957 lagi. Tepat pada pukul 12 tengah malam, di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera Union Jack telah diturunkan. 有意义的辉煌时刻从 1957 年 8 月 30 日晚上就开始发生 在午夜 12 点正, 在吉隆坡的雪兰莪草场俱乐部前, 英国国旗 (Union Jack) 降旗 3. Beberapa orang pemuda UMNO telah menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu bagi menggantikan bendera Union Jack yang telah diturunkan. 几个巫统年轻人升起马来亚联邦的国旗, 以取代下降的英国国旗 8

4. Peristiwa yang penuh bersejarah itu disaksikan oleh ribuan rakyat Persekutuan Tanah Melayu dengan penuh debaran. Sebaik sahaja bendera Union Jack mencecah bumi, orang ramai bertepuk tangan dan bersorak dengan gemuruh. 这充满历史性的事件由成千上万的马来亚联邦人民屏息以待地见证了 当英国国旗一接触到地面, 人群顿时 拍掌沸腾起来 5. Laungan merdeka bergema dan bersahut-sahutan menandakan kejayaan rakyat membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang berkibar di puncak tiang ditatap dengan gembira oleh setiap mata yang menyaksikannya. 回荡和互相呼应的独立呼声, 标志着人民成功从殖民主义的枷锁中解脱出来 每双地观看的眼睛兴高采烈地 盯着在柱子顶上飘扬的马来亚联邦的国旗 6. Peristiwa penuh simbolik ini membawa makna pemerintahan penjajah British telah berakhir untuk selamalamanya. Sehubungan dengan itu, bermulalah pemerintahan rakyat tempatan mentadbir negara sendiri. 这次充满象征意义的活动意味着英国殖民统治已经结束并直到永远 因此, 当地人民政府开始自己管理自己 的国家 7. Detik-detik kegemilangan yang penuh bermakna, iaitu pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957. 充满意义的荣耀的一刻, 那就是马来亚联邦于 1957 年 8 月 31 日在吉隆坡独立体育场举行的独立声明 8. Dengan pengisytiharan itu bererti Persekutuan Tanah Melayu telah bebas daripada cengkaman penjajah British untuk selama-lamanya. 这宣言, 意味着马来西亚联邦已经永久脱离英国的殖民统治 9. Stadium Merdeka yang siap dibina sehari sebelum tarikh perisytiharan kemerdekaan dibina khas untuk upacara pengisytiharan kemerdekaan negara. Ini adalah bangunan negara yang dibina khas untuk menonjolkan identiti kebangsaan kepada negara yang baru merdeka. 独立体育场在宣布独立日的前一天完成, 是专为独立的宣言仪式建造的 这是专门建造的国家建筑物以突出 国家身份是刚刚独立的国家 10. Pemasyhuran kemerdekaan ini disaksikan oleh ratusan ribu rakyat jelata. Mereka awal-awal lagi memenuhi setiap tempat duduk di stadium tersebut. Raja-raja Melayu kelihatan berseri-seri dengan baju Melayu songket berkilauan dan dipayungi dengan payung diraja. Raja-raja Melayu duduk berbaris bersemayam di pentas khas. Wakil Ratu Elizabeth, Duke of Wellington telah bersedia dengan dokumen perisytiharan kemerdekaan sebagai dokumen penyerahan kuasa. 这次独立宣言有成千上万的人见证 他们很早就充斥了体育场的每个座位 马来统治者看起来容光焕发并穿 着波光粼粼的马来松革 (songket) 上衣和皇家伞的保护 马来统治者在特殊舞台上并排坐着 伊丽莎白女王 的代表, 威灵顿 (Wellington) 公爵准备独立宣言的文件作为交接权力的文件 11. Upacara dimulakan dengan ucapan wakil Ratu England. Kemudian beliau menyerahkan dokumen perisytiharan kemerdekaan kepada Yang di-pertuan Agong sebagai ketua negara Persekutuan Tanah Melayu. Yang di-pertuan Agong menyerahkan dokumen tersebut kepada Tunku Abdul Rahman selaku ketua kerajaan. 仪式以英国女王代表的演讲开始 然后, 他把独立宣言的文件交给作为马来亚联邦负责人的最高元首 最高 元首递交文件给作为政府首脑的 Tunku Abdul Rahman 9

12. Ini menandakan pemulangan semula kuasa politik negara ini kepada pemerintah tempatan setelah dikuasai penjajah Barat selama hampir 446 tahun. Penyerahan semula kuasa ini dilakukan dengan penuh adat istiadat yang gilang-gemilang. 这标志着这个国家的政治权力在西方殖民统治近 446 年后, 归还给当地政府 这个权力重新移交仪式充满着 光荣地进行 13. Tunku Abdul Rahman kemudian membaca perisytiharan kemerdekaan dengan penuh bersemangat. Tunku Abdul Rahman melaungkan seruan "merdeka" sebanyak 7 kali. Laungan ini kemudiannya disambut dengan laungan yang sama oleh rakyat jelata yang memenuhi segenap ruang Stadium Merdeka. Tunku Abdul Rahman 过后热情地宣读独立宣言 Tunku Abdul Rahman 高喊 独立 7 次 这声呐喊过后, 人 民呐喊一样并充满独立体育场所有空间的呼声 14. Inilah saat dan ketikanya seluruh rakyat memperlihatkan semangat yang berkobar-kobar kerana kecintaan terhadap tanah air yang baru terlepas daripada cengkaman penjajah. 这个时刻, 当所有人民的士气看起来是燃烧的火焰因为所爱的祖国刚刚摆脱了殖民统治的时代 15. Semoga semangat seperti ini dapat dijelmakan oleh generasi muda pada hari ini khususnya semasa perayaan sambutan hari kemerdekaan negara. 希望今天的年轻人可以体现这种精神, 特别是在庆祝独立日的庆祝活动 5.3.1 Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan 独立宣言的内容 1. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua versi, iaitu versi Melayu dan versi Inggeris. Semasa mengisytiharkan kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman telah membacakan pemasyhuran kemerdekaan versi Inggeris. 1957 年独立宣言的文件写了两个版本, 马来文版和英文版 而在独立体育场于 1957 年 8 月 31 日宣布独立时, Tunku Abdul Rahman 宣读英文版本的独立宣言 2. Pengisytiharan ini mengandungi beberapa perkara yang menunjukkan harapan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri. 这声明包含几个项目显示着 Tunku Abdul Rahman 作为首相的希望 3. Antara kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan ialah: 独立宣言的内容是 : (a) Persekutuan Tanah Melayu mencapai taraf sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat setaraf dengan negara-negara lain di dunia. 马来亚联合邦获得独立主权国家的地位并与世界其他国家同等级 (b) Persekutuan Tanah Melayu terbentuk daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 antara Raja-raja Melayu dengan Ratu England. 马来亚联合邦由马来统治者和英国女王的 1957 年马来亚联邦的协议形成 (c) Semua penguasaan Ratu England dan Parlimen British ke atas Negeri-negeri Selat terbatal. 所有英国女王和英国国会在海峡州的权力变成无效 10

(d) Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa pada 31 Ogos tahun 1957. 联邦宪法于 1957 年 8 月 31 日开始生效 (e) Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka mengandungi Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang. 独立的马来亚联邦包括柔佛, 彭亨, 森美兰, 雪兰莪, 吉打州, 玻璃市, 吉兰丹, 登嘉楼, 霹雳, 马六甲和 槟城 (f) Persekutuan Tanah Melayu adalah sebuah negara demokrasi yang mengutamakan kesejahteraan rakyatnya. 马来亚联邦是一个以人民福祉为主的民主国家 4. Kandungan pemasyhuran kemerdekaan dengan jelas mengisytiharkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. 独立宣言的内容, 明确宣布马来亚联邦成为一个独立主主的国家 Mesej Focus 资讯焦点 Antara hak istimewa orang Melayu berdasarkan Perlembagaan Merdeka 1957 ialah pemilikan tanah di kawasan Tanah Simpanan Melayu, kuota pegawai /kakitangan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan, kuota Melayu bagi lesen-lesen perniagaan tertentu dan keutamaan dalam mendapat biasiswa dan lain-lain bantuan pelajaran. 基于 1957 年的独立宪法给予马来人特殊的权利, 是在马来储备土地 (Tanah Simpanan Melayu) 的所有权, 马来官员 / 人员工在政府服务的配额, 营业执照给马来人一定的配额以及优先获得奖学金和其他教育援助 11