KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Similar documents
KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

BAB SATU

Tajuk

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

Penghargaan


KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

PowerPoint Presentation

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

BAB 5

Penghargaan

BAB SATU

PowerPoint Presentation

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

SaverBrochure_F 07.ai

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

Penghargaan

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

华小董事觉醒运动缘起

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

1

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

BookCatalog FINAL

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

各位记者先生,小姐

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

Kertas 1

四年级第二 次月考范围

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

Mixtions Pin Yin Homepage

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

PowerPoint Presentation

1

BAB 4

Penghargaan

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

ISM Circular: 20 –2005

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

Contents Bahasa Indonesia

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

ZC501N_UM_FrontPg

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

1

BAB SATU

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves

Southern University College Academic Journal, Volume 2, August 2014 南方大学学报 第 2 卷, 2014 年 8 月 prosa dan puisi. Sastera Melayu lama terdiri daripada cer

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

icctv user guide manual.indd

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

Neo-Konfusianisme 理学 menjadi terkenal pada zaman dinasti Song dan Ming sebagai sebuah gerakan rasional yang menolak kepercayaan karut. Sekitar tahun 1

EDUCATIONAL ISSUES IN MAHUA FICTIONS ( ) By LEONG SOO YEN Thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the re


WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧

lí yòu qi n j n ng

SejarahOrang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu

JAWATANKUASA PENERBITAN KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP AMB. JANUARI 2008 (BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IP

新校舍虽然只是木板屋结构的旧款式校舍, 但学校的范围已比以前大得多, 且因濒临海边, 空气异常清新, 同时因远离街市, 得以免除喧嚣的干扰, 实有助于学子潜心学习 一九七三年, 在本校服务二十余载之董能隆校长因思乡心切, 申请调职成功, 终于在离留两难中告别了这所由他细心培育成长的学校 董能隆校长的

píng liú zú

Microsoft Word - PDPA2010.doc

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

AXA-Wealth Edu Brochure (2015)

Microsoft Word - Apendix alla.doc

四年级第二 次月考范围

Wawasan Penabur

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he

CEC’s Annual English Competition

社團改組資料

ISI KANDUNGAN (1) Pendahuluan 1 (2) Pandangan Dan Cadangan 1 (i) Menggubal sistem pembinaan sekolah komuniti bagi setiap 1 aliran sekolah (ii) Meranca

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

BAB I PENGENALAN 1.1 DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi, pemeliharaan, dan

Transcription:

BAB 1 : PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Terdapat pelbagai pandangan mengenai genre cerpen dalam dunia kesusasteraan bahasa Cina. Ramai pengkaji menjalankan kajian terhadap asalusul cerpen. Antaranya, terdapat pandangan-pandangan yang menyatakan bahawa cerpen merupakan salah satu perkembangan bagi genre novel, prosa, tarian, sketsa, dan teater. Pengkaji-pengkaji berpendapat cerpen mempunyai persamaan dengan jenis-jenis genre tersebut. Manakala ada juga pengkaji mengait rapat cerpen dengan karangan pendek( 杂文 ) (Huang, 2007:21). Cerpen merupakan satu jenis genre yang baru iaitu ia bermula di Malaysia pada 70-an dan mendapat input dari genre-genre yang berlainan. Ini adalah disebabkan cerpen boleh mendapat idea dari puisi, prosa, puisi prosa, tarian dan juga teater. Cerpen juga boleh mendapat ilham perekaannya daripada karangan pendek atau genre yang lain (Huang, 2007:21). Penulisan cerpen merupakan satu perkembangan yang tidak wujud batasannya (Liu,1998:26). Liu telah membuat perbandingan tentang perkembangan cerpen di negara China dan Singapura. Di China, cerpen yang dapat diterbitkan merupakan cerpen yang mempunyai struktur dan gaya yang memenuhi syarat-syarat bagi cerpen. Contohnya, cerpen yang ditulis oleh 1

cerpenis di China mempunyai plot cerita yang sama seperti novel, watak-watak dalam cerpen mempunyai gaya yang jelas dan lebih mementingkan perasaan yang akan disampaikan kepada pembaca. Manakala di Singapura, cerpencerpen yang ditulis oleh cerpenis Singapura mempunyai pelbagai bentuk umpamanya cerpen yang berbentuk diari, surat rasmi, surat tidak rasmi dan cerpen yang dipersembahkan dalam bentuk teater. Percubaan baru dilakukan oleh cerpenis Singapura untuk mempelbagaikan pengalaman pembaca. Liu berpendapat bahawa cerpen di Singapura telah berkembang lebih pantas berbanding cerpenis di negara China kerana cerpenis China hanya menulis mengikut peraturan cerpen yang tipikal manakala cerpenis di Singapura sanggup mencuba bentuk persembahan cerpen yang berbeza. Menurut Liu, penulisan cerpen juga boleh dijadikan satu eksperimen. Semakin baru genrenya semakin tinggi daya kreativiti. Walaupun isi kandungan cerpen itu membawa unsur mitos dan donggeng tetapi makna yang disampaikan itu mempunyai makna metafora yang bersesuaian dengan sifat kemodenan (Liu, 1998:27-29). Terdapat juga pengkaji yang berpendapat bahawa cerpen itu merupakan satu genre yang paling muda dalam golongan novel. Perkataan muda di sini bermakna paling baru dari segi pembentukkannya. Menurut Ke (1994:1) cerpen menjadi genre yang terkenal dan menarik perhatian orang ramai disebabkan isinya yang kepelbagaian. Dalam dunia kesusasteraan bahasa Cina, penulisan novel telah menjadi satu trend selama 50 tahun. Cerpen dikelaskan dalam kumpulan novel. Walaupun cerpen boleh mempunyai banyak jenis perubahan 2

dalam penulisannya dan boleh dipersembahkan dengan pelbagai-bagai jenis bentuk tetapi pada asalnya novel merupakan akar bagi cerpen. Beliau berkata bahawa penulisan novel memerlukan pengumpulan maklumat atau data yang mencukupi untuk menghasilkan satu novel yang sempurna. Ini memerlukan penulis yang berpengetahuan luas. Manakala penulisan cerpen tidak disekat oleh syarat-syarat seperti ini. Menurut Huang (2007:17-21), Lu Xun ( 鲁迅 ) merupakan penulis popular dalam penulisan karangan pendek. Karangan pendek adalah satu genre yang ditulis hanya dengan mengikut gerak hati di mana isi ceritanya tidak disusun dengan sengaja. Beliau berpendapat perkembangan cerpen adalah berkait rapat dengan karangan pendek ini. Terdapat ramai cerpenis di Singapura yang memilih cerpen untuk menyampaikan tema karangan pendek. Beliau berpendapat cerpenis di negara membangun yang lain juga membawa bayangan karangan pendek semasa menulis cerpen (Huang,2007:17-21). Cerpen merupakan satu perkataan yang dihasilkan melalui proses campuran. Campuran adalah satu proses di mana dua atau lebih perkataan digabungkan setelah sekurang-kurangnya satu di antaranya disingkatkan. Cerpen dihasilkan berdasarkan perkataan cerita pendek. Dalam kesusasteraan bahasa Cina, cerita pendek dan cerpen merupakan dua konsep dan genre yang berlainan. Cerita pendek merujuk kepada cerita yang pendek dan lebih cenderung kepada cerita yang ditulis untuk kanak-kanak. Manakala cerpen 3

dalam kajian ini merujuk kepada novel bersaiz kecil atau Wei Xing Xiao Shuo ( 微 型小说 ) dalam bahasa Cina. 1.2 CERPEN DI MALAYSIA Malaysia merupakan satu negara yang berbilang kaum. Setiap kaum mempunyai kebebasan untuk mengembangkan bahasa dan kebudayaan sendiri. Ini telah menyebabkan negara ini kaya dengan kesusasteraan yang berlainan bahasa. Cerpen yang muncul di Malaysia sebagai satu genre yang baru di kalangan orang Cina telah berkembang dengan baik. Bukan sahaja golongan masyarakat Cina mengembangkan genre cerpen, bangsa lain seperti Melayu dan India juga berusaha mengembangkan genre ini dengan menggunakan bahasa mereka. Cerpen merupakan satu genre kesusasteraan. Perkembangan kesusasteraan bahasa Cina di Malaysia tidak dapat dipisahkan dengan kesusasteraan di negara China. Negara China merupakan akar bagi kesusasteraan bahasa Cina di Malaysia. Menurut Huang (1998:101), disebabkan orang Cina berada di negara Malaysia dan mengalami tekanan pendidikan bahasa Cina yang diberi oleh kerajaan, golongan Cina di Malaysia telah mempunyai ketabahan untuk mempertahankan pendidikan Cina di Malaysia. Menurut Huang (1999:99-105) bagi golongan masyarakat Cina di Malaysia bukan dari awalnya mempunyai kesamaan dari segi identiti mereka. Ini perlu 4

mengalami satu proses perkembangan sejarah supaya golongan masyarakat Cina boleh bersatu padu dan mewujudkan persemuafakatan. Keunikan yang ditunjukkan dalam karya sastera yang dihasilkan oleh orang Cina di Malaysia telah menunjukkan kelahiran bagi persemuafakatan tersebut. Maka bolehlah disimpulkan bahawa karya sastera di Malaysia adalah berkembang bersama dengan golongan masyarakat Cina di negara ini. Menurut Chen (1998:i) badan yang dianjurkan oleh rakyat merupakan pihak yang paling penting mengembangkan penulisan cerpen di Malaysia. Beliau berkata secara purata cerpenis-cerpenis di Malaysia setiap tahun menghasilkan kira-kira seratus cerpen. Sejak dari 70-an sehingga hari ini, cerpen yang telah dikemukakan oleh cerpenis di Malaysia adalah lebih daripada 3000 cerpen. Maka boleh dikatakan perkembangan cerpen di Malaysia adalah sangat baik. Disebabkan Malaysia merupakan satu negara yang berbilang kaum, tema yang ditunjukkan melalui cerpen juga beraneka. Cerpenis di Malaysia mahir menulis cerpen yang bertema berbilang kaum dengan mengfokus kepada kehidupan pelbagai kaum hidup bersama di bawah satu bumbung. Ini telah menjadikan cerpen yang ditulis oleh cerpenis di Malaysia cerpen bahasa Mandarin yang paling kaya dengan keunikan Nan Yang( 最具南洋色彩 )( Huang, 1999:101). Keunikan Nan Yang merujuk kepada kebudayaan dan corak 5

kehidupan di Malaysia dan Singapura. Nan Yang merujuk kepada kepulauan Asia Tenggara. (2006: 876). 1.2.1 LATAR BELAKANG MENGENAI CERPEN BAHASA MANDARIN DI MALAYSIA Menurut Huang (1999:298) cerpen merupakan genre yang baru dan muncul di Malaysia pada tahun 70-an. Pada tahun 1994 dan 1999, Singapura dan Malaysia telah menganjurkan Persidangan Cerpen bahasa Mandarin Dunia bagi kali pertama dan kali ketiga. Ini menunjukkan bahawa cerpen telah berkembang menjadi satu genre yang matang di Malaysia dan juga Singapura. Pada akhir 70-an, akhbar memainkan peranan yang penting dalam proses mendorongkan perkembangan bagi cerpen. Nanyang Siang Pau ( 南洋商报 ) dan Sin Chew Daily ( 星洲日报 ) telah memberikan ruangan untuk menyiarkan cerpen yang ditulis. Ruangan di Nanyang Siang Pau ( 南洋商报 ) dinamakan Nanyang Siang Pau Wen Lin ( 南洋商报. 文林 ) dijadikan sebagai satu ruangan untuk memaparkan cerpen. Pada masa itu nama cerpen masih belum dipakai. Karangan yang ditulis dinamakan sebagai karangan paling pendek ( 极短篇 ) dan novel kecil kecil ( 小小说 ) dan kemudiannya berkembang bertukar menjadi nama cerpen. Pada zaman pertengahan 80-an, banyak akhbar dan majalah telah mendorong penulisan cerpen bahasa Mandarin contohnya: Wan Feng ( 晚风 ), Wen Yi Cheng ( 文艺城 ), Cheng Shi Wen 6

Xue ( 城市文学 ), Wen Yi ( 文艺 ), Wen Yi Fang ( 文艺坊 ), Qian Zi He ( 千字盒 ), Xin Jia Po Wen Yi ( 新加坡文艺 ), Wen Xue ( 文学 ), Xin Jia Po Qing Nian ( 新加坡青年 ), Re Dai Wen Yi ( 热带文艺 ), Chi Dao Feng ( 赤道风 ), dan sebagainya. Akhbar dan majalah tersebut telah menerbitkan buku-buku cerpen. Tindakan ini telah berjaya membentuk sekumpulan pasukan cerpenis bahasa Mandarin yang handal ( Huang, 1999:298). Cerpen telah menjadi satu genre yang mewakili keunikan bagi Malaysia dan Singapura dari pandangan negara China (Huang, 1999: 298). Buku cerpen Malaysia dan Singapura yang pertama diterbitkan adalah di China pada bulan September tahun 1986 bertajuk Hai Wai Wei Xing Xiao Shuo Xuan ( 海外微型小说选 ). Ini menunjukkan bahawa cerpen merupakan antara genre-genre kesusasteraan di Malaysia dan Singapura yang paling menarik perhatian syarikat penerbitan dari China. Cerpen-cerpen bahasa Mandarin di Malaysia dan Singapura juga dipilih untuk diterbitkan oleh China dan ini berkemungkinan besar keunikan cerpen-cerpen bahasa Mandarin di Malaysia dan Singapura. Cerpen merupakan genre yang paling awal diperkenalkan kepada masyarakat negara China terhadap penulisan Malaysia dan Singapura. Di Malaysia, genre cerpen bahasa Mandarin berkembang ke tahap maksimum pada 80-an. Pada masa ini, Malaysia telah melahirkan ramai cerpenis yang terkenal dan bertaraf dunia. Penulis cerpen bahasa Mandarin 7

pada tempoh itu telah menjadi cerpenis yang popular. Contohnya Xiao Hei( 小黑 ), Chen Zheng Xin( 陈政欣 ), Hong Quan( 洪泉 ), Li Yi Jun( 李忆君 ), dan sebagainya. Cerpenis yang turut menyertai kemudian adalah seperti Duo La( 朵拉 ), Xu You Bin( 许友彬 ), dan sebagainya. Selain itu, terdapat cerpenis yang berusaha mempraktikkan teori modenisme dalam penulisan cerpen bahasa Mandarin. Antara mereka ialah Yu Chuan( 雨川 ), Bi Cheng( 碧澄 ), Meng Ping( 梦平 ), dan sebagainya(huang, 1999:300). Perkembangan cerpen juga telah membawa kemerosotan kepada novel yang sederhana panjang dan juga novel panjang di Malaysia. Ini adalah disebabkan ramai penulis di Malaysia hanya fokus kepada penulisan cerpen dan telah mengabaikan penulisan novel panjang dan novel sederhana panjang.( Huang, 1999:300). 1.2.2 LATAR BELAKANG MENGENAI CERPEN BAHASA TAMIL DI MALAYSIA Di Malaysia, cerpen yang berbahasa Tamil juga agak berkembang. Balu (2007), mengaitkan cerpen bahasa Mandarin dan cerpen bahasa Tamil dari segi latar belakang dan sejarah perkembangannya. Kedua-dua kaum ini mempunyai persamaan dalam aliran perkembangan cerpen. Cerpenis India di Malaysia adalah berketurunan India, manakala cerpenis Cina di Malaysia adalah berketurunan Cina. Kedua-dua bangsa ini pada mulanya menulis cerpen 8

menggunakan teknik dan latar belakang yang berasal dari negara asal bangsa mereka. Bagi cerpenis India mereka merujuk kepada negara India dan cerpenis Cina pula merujuk kepada negara China. Kebanyakan tema yang ditulis oleh cerpenis India di Malaysia masih berunsur Tamil Nadu dan Sri Lanka dan cerpenis Cina di Malaysia juga bersifat berbudaya China. Perkembangaan bagi cerpen India di Malaysia adalah lebih awal berbanding cerpen bahasa Mandarin di Malaysia. Mulai tahun 1940, cerpenis India Malaysia telah mulai menuliskan cerpen yang berlatarkan negara Malaysia tetapi cerpenis bahasa Mandarin di Malaysia hanya berbuat demikian pada tahun 1980-an (Balu,2007:12, Huang, 1999:298-311). Maka penghasilan cerpen yang bertema tulen Malaysia bagi kedua-dua cerpen yang berbahasa berlainan sebenarnya mengalami proses yang sama. Sejarah perkembangan kesusateraan bahasa Tamil di Malaysia telah mengalami 100 tahun. Ini bukan satu jangka masa yang pendek dan golongan bangsa India telah mengalami banyak kisah, peristiwa dan sejarah tersendiri. Perkembangan cerpen bahasa Tamil sehingga hari ini adalah sihat kerana masih disanjung tinggi oleh masyarakat India. Cerpen yang lebih bernilai dan bermutu dapat dihasilkan oleh cerpenis bahasa Tamil (Balu, 2007:12). Persatuan-persatuan memainkan peranan yang penting dalam mendorong perkembangan bagi cerpen. Contohnya Persatuan Bahasa Tamil, 9

Universiti Malaya telah menganjurkan Peraduan Penulisan cerpen bagi pertama kali pada tahun 1970, tetapi penerbitan bagi buku cerpen adalah pada tahun 1986. Di kalangan cerpen bahasa Mandarin, terdapat persatuan alumni Universiti Nanyang memikul tanggungajawab untuk menganjurkan peraduan penulisan cerpen. Kedua-dua persatuan ini meneruskan usaha mereka berturut-turut untuk memajukan bidang penulisan cerpen. 1.2.3 LATAR BELAKANG MENGENAI CERPEN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan bagi negara kita. Kesusasteraan bahasa Malaysia telah digalakkan dengan baik sekali di negara kita. Kerajaan berusaha mendorong perkembangan dalam penulisan karya dalam bahasa Malaysia. Cerpen merupakan salah satu jenis genre dalam kesusasteraan bahasa Malaysia. Cerpen bahasa Malaysia juga mempunyai potensi untuk berkembang. Peraduan penulisan cerpen dalam bahasa Malaysia juga giat diadakan dalam negara kita. Contohnya, Public Bank telah menganjurkan peraduan penulisan cerpen dalam bahasa Malaysia pada tahun 1993 (Mohd,1994:1). Peraduan ini mengfokuskan kepada golongan penulis cerpen yang muda. Menurut Mohd (1994:1), remaja selalu menimbulkan isu masalah cinta, konflik dalam keluarga, remaja lari dari rumah, perbezaan darjat dalam masyarakat, 10

perjuangan golongan penulis muda, pengorbanan ibu demi pendidikan anakanak dan perjuangan untuk mencapai cita-cita serta halangan-halangan yang dihadapi (1994:1). Ishak Haji Muhammad yang telah diberikan gelaran Gergasi Kesusasteraan Melayu banyak berjasa dalam perkembangan cerpen. Beliau mulai menulis cerpen sebelum Perang Dunia Kedua iaitu sekitar tahun-tahun 30-an dan awal 40-an di Malaysia (Hashim,1987:v). Terdapat penulis cerpen bahasa Malaysia yang bukan orang Melayu tetapi cerpen beliau disambut dengan baik di masyarakat Melayu contohnya Akhbar Goh. Kejadian ini tidak berlaku untuk penulisan cerpen dalam bahasa Cina dan Tamil. Di kalangan cerpenis yang menulis dalam bahasa Cina tidak wujudnya seorang cerpenis yang terkenal bukan orang Cina, dan keadaan adalah sama di kalangan cerpenis bahasa Tamil. Akhbar Goh yang telah diakui secara rasmi kepentingan beliau dalam penulisan cerpen bahasa Malaysia apabila salah satu cerpennya memenangi hadiah Peraduan Mengarang Cerpen anjuran Kementerian Kebudayaan, Singapura pada tahun 1963 (Federal,1965: v). Dengan ini, dapat menyimpulkan bahawa cerpen bahasa Malaysia telah dijadikan sebagai bahan kesusasteraan yang dimiliki oleh semua rakyat Malaysia, semua bangsa boleh menyertai untuk mengembangkannya, manakala cerpen 11

yang berbahasa Mandarin dan berbahasa Tamil hanya terhad kepada satu-satu bangsa sahaja yang akan berusaha untuk menggalakkan penulisannya. 1.3 LATAR BELAKANG MENGENAI KAJIAN KOLEKSI CERPEN Kajian ini menyelidiki metafora dalam buku Cerpen Universiti Nanyang 2006 (2006 年南大微型小说选 ). Buku tersebut mengumpulkan karya-karya yang mendapat anugerah dalam satu pertandingan penulisan cerpen yang dianjurkan pada tahun 2006 di Malaysia. Sebanyak 23 buah cerpen telah diberikan anugerah. Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Alumni Universiti Nanyang( 南大校友会 ). Tema yang dibawa oleh cerpen ini amat bermakna dan berkaitan dengan masyarakat Cina di Malaysia. Persatuan Alumni Universiti Nanyang ( 南大校友会 ) telah mewujudkan pertandingan penulisan cerpen di Malaysia sejak tahun 1989. Pertandingan ini diwujudkan setiap dua tahun sekali dan dibuka kepada semua rakyat Malaysia untuk menyertainya. Tujuan penganjuran pertandingan penulisan cerpen ini adalah untuk mendorong pemuda-pemudi di masyarakat Cina menulis cerpen. Penulisan karya kesusasteraan dapat memperkayakan kebudayaan bangsa dan meningkatkan tatatertib bangsa. Karya kesusasteraan dapat mencerminkan keadaan sebenar masyarakat. Cerpen yang ditulis merupakan bukti yang 12

menunjukkan kenyataan dalam masyarakat. Disebabkan cerpen ditulis dengan singkat dan ringkas, maka ia sangat sesuai dibaca oleh pembaca moden pada zaman ini (Yang, 2006:iii). Setiap kali pertandingan ini dianjurkan, karya-karya yang mendapat anugerah akan dikumpulkan untuk dijadikan dalam satu buku. Pertandingan ini telah merupakan satu pertandingan yang popular di kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Pada tahun 1989, buku yang bernama Menghadiahi Anda Sepohon Pokok Belimbing ( 送你一棵杨桃树 ) telah diterbitkan. Buku ini merupakan buku pertama yang mengumpulkan cerpen-cerpen yang telah mendapat anugerah bagi peraduan cerpen untuk peraduan cerpen kali pertama yang dianjurkan oleh alumni Nanyang Universiti( 南大校友会 ). Pada tahun yang pertama peraduan ini dianjurkan, terdapat karya sebanyak 218 dikirimkan kepada pihak penganjur dan diantara hanya 23 cerpen telah dipilih untuk diberikan anugerah cerpen (Fu, 1989: iii). Pada tahun 1989, jumlah perkataan cerpen telah dihadkan tidak melebihi 2000 perkataan sebagai merujuk pada syarat penyertaan peraduan ini. Syarat ini telah berubah menjadi tidak boleh melebihi 1500 perkataan pada tahun 2002 atas cadangan panel pengadil kerana panel pengadil berasa jumlah perkataan 1500 adalah lebih sesuai bagi karya cerpen. Menurut syarat penyertaan, penulisan cerpen mesti ditulis dalam bahasa Cina tanpa mengira bangsa tetapi setakat ini tidak ada bangsa selain penulis 13

Cina yang mendapat anugerah cerpen ini. Setiap peserta dibenarkan menghantar dua cerpen (1995:iii). Bagi tahun 2006 wang tunai yang diberikan untuk anugerah telah meningkat dari RM 1000 sebagai hadiah pertama kepada RM 1500. Hadiah kedua telah bertambah dari RM 700 kepada RM 1000, dan hadiah ketiga dinaikkan dari RM 500 kepada RM 800. Hadiah sagu hati sebanyak 20 tempat diberi wang tunai sebanyak RM100 dan jumlah ini telah ditingkatkan kepada RM 200 (1995:iii). Jumlah peserta bagi peraduan-peraduan ini adalah tidak stabil. Pada tahun 2000 jumlah penyertaan mencecah 639. Terdapat 60% penulis di bawah umur 18 tahun. Dipercayai ini adalah hasil dorongan guru di sekolah menengah. Terdapat dua orang peserta remaja mendapat anugerah dalam peraduan pada tahun 2000 (2000:3). Pemupukan belia dalam penulisan cerpen adalah supaya bidang ini terdapat calon yang boleh mengambil alih peranan cerpenis yang bersara. Didapati ramai cerpenis mendapat anugerah ini berturut-turut 10 tahun. Fenomena ini terjadi tema yang boleh ditafsirkan sebagai satu fikiran iaitu cerpenis Malaysia sanggup menyokong peraduan penulisan cerpen untuk mempertingkatkan tahap dan kualiti penulisan cerpen bahasa Mandarin di Malaysia. Panel pengadil bagi peraduan penulisan cerpen ini terdiri daripada cerpenis atau sasterawan yang terkenal di Malaysia. Ada panel pengadil yang pada mulanya merupakan peserta bagi pertandingan ini dan kemudian diajak 14

menjadi pengadil selepas 10 tahun. Contohnya Bo Yi ( 柏一 ) yang merupakan pemenang peraduan penulisan cerpen pada tahun 1989 dan beliau dijemput menyertai panel pengadil pada tahun 2002. Keadaan ini boleh menerangkan bahawa peraduan ini telah berjaya menanam cerpenis yang berpotensi serta menyumbang besar kepada bidang kesusasteraan di Malaysia. Jadual 1.1 menunjukkan catatan nama buku terbitan alumni Nanyang Universiti ( 南大校友会 ) bagi cerpen yang mendapat anugerah dalam Peraduan Penulisan Cerpen Alumni Nanyang Universiti( 南大微型小说创作比赛 ) dan jumlah cerpen yang diterima untuk menyertai peraduan. Peraduan ini dianjurkan setiap dua tahun sekali untuk menyambut Pesta Kesusasteraan Dan Kesenian Mahua ( 马华文化和文学节 ). 15

Jadual 1.1: Jumlah cerpen yang diterima dalam peraduan penulisan cerpen yang dianjurkan oleh Alumni Universiti Nanyang bagi tahun-tahun yang lepas. Tahun Tajuk Buku Cerpen Jumlah cerpen 1989 Menghadiahi Anda Sepohon Pokok Belimbing 218 送你一棵杨桃树 1991 Tarian Seribu Ringgit 115 千元之舞 1993 Air Deras 115 大水 1995 Buah Betik Kepunyaan Datuk 85 阿爷的木瓜 1997 Pantai Ikan Putih 189 白鱼滩 2000 Buku Cerpen Universiti Nanyang Universiti 639 Tahun 2000 2000 年南大微型小说选 2002 Lelaki Yang Mencuri Pengebumian 148 偷葬礼的男孩 2004 Buku Cerpen 2004 207 2004 年南大微型小说选 2006 Punca Kematian Yap Ah Loy 165 叶亚来之死 16

1.4 LATAR BELAKANG MENGENAI ALUMNI NANYANG UNIVERSITI Universiti Nanyang telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1956. Pada 3 haribulan Mach 1956, Universiti Nanyang bermula menganjurkan kuliah. Persatuan Hokkien telah mendermakan tanah sebanyak 500 hektar kepada Universiti Nanyang untuk dijadikan sebagai kampus. Pada tahun 16 Ogos 1980, Universiti Nanyang dipaksa tutup kerana Singapura sedang membangunkan pendidikan yang mengutamakan bahasa Inggeris. Universiti Nanyang yang merupakan salah satu universiti yang berteraskan bahasa Cina sebagai bahasa penghantar telah dipaksa menamatkan hayatnya pada masa itu. Masa kegemilangannya hanya melalui 25 tahun sahaja. Alumni Universiti Nanyang Malaysia telah didirikan atas cadangan Chen Qi Yue pada tahun 1965. Tujuan penubuhannya adalah: 1. Merapatkan hubungan antara mahasiswa-mahasiswa yang telah tamat pengajian dari Universiti Nanyang. 2. Memupuk semangat bersatu padu antara graduan Universiti Nanyang. 3. Mendorong perkembangan sains sosial dan kebajikan masyarakat dengan bantuan graduan Universiti Nanyang supaya dapat memberi sumbangan kepada negara dan orang ramai. 17

(Chen, 1990: 260) Alumni Universiti Nanyang terdapat cawangan di Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Perak, Sarawak, Singapura dan Kanada. Alumni Universiti Nanyang merupakan salah satu alumni yang aktif dan kerap menganjurkan aktiviti-aktiviti dan program-program kebudayaan dan kesenian contohnya ceramah dan pertandingan nyanyian lagu kesenian. Alumni Malaysia Universiti Nanyang telah ditubuhkan sebelum Universiti Nanyang ditutup. Walaupun Universiti Nanyang tidak wujud lagi namun tetapi Alumni Nanyang masih aktif dan dengan sedaya-upaya ia melaksanakan tanggungjawab sosial. Setiap tahun alumni ini akan menderma kepada pihak-pihak yang memerlukan bantuan seperti sekolah rendah aliran bahasa Cina, kolej-kolej yang menganjurkan pengajian bahasa Cina dan persatuan-persatuan bahasa Cina. Alumni ini juga bergiat dalam penganjuran aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kebudayaan. Pesta Muzik sebagai contoh dianjurkan setiap tahun dan Pesta Kesusasteraan dan Kesenian Mahua yang dianjurkan setiap dua tahun. Usaha ini merupakan program tahunan yang disertai oleh alumni ini (Chen : 1990 : 260-271). Genre cerpen dipilih bagi peraduan kerana peraduan genre lain diwujudkan oleh persatuan-persatuan Cina yang berlainan. 18

1.5 PENYATAAN MASALAH Kajian ini dijalankan untuk memahami metafora yang digunakan oleh penulis bagi mudah menyampaikan sesuatu imej. Menurut Hawkes (1972:1) metafora merujuk kepada perpindahan satu konsep set linguistik sesuatu objek kepada objek lain. Objek yang sedang dituturkan itu berasaskan ciri objek yang pertama. Kajian ini akan memperjelaskan kefahaman mengenai kegunaan metafora dalam tulisan cerpen. Menurut pemahaman, metafora adalah berdasarkan pengalaman kehidupan sendiri dan penafsiran makna metafora setiap pembaca terhadap metafora yang sama mungkin berbeza. Elemen ini telah menimbulkan masalah untuk menjalankan penyelidikan ini. Pada umumnya metafora dalam buku cerpen Universiti Nanyang 2006 boleh dibahagikan kepada beberapa tahap. Untuk memahami metafora, perlu mengenalpasti metafora yang wujud dalam tahap yang berlainan. Masalah-masalah kajian bagi penyelidikan ini jelas dikenalpasti seperti dibawah: 1) Adakah metafora dalam bentuk tajuk, ayat atau tema? Metafora boleh wujud dalam tajuk cerpen. Terdapat tajuk yang bermetafora dalam kajian teks ini. Walaupun tajuk yang digunakan itu hanya satu kata nama atau kata sifat tetapi perkataan itu merupakan metafora. Metafora juga boleh wujud dalam ayat cerpen. Dalam satu ayat cantuman beberapa perkataan membentuk satu ciri metafora. Pengkelasan kehadiran metafora kepada tahap tajuk, ayat dan tema juga menjadi masalah yang perlu 19

diselidiki. Terdapat kekerapan yang agak tinggi bagi kemunculan metafora dalam tema cerpen. Maka metafora itu akan dianalisis bersama tema yang ingin dinyatakan. 2) Apakah kesan metafora yang berjaya dijana untuk menyempurnakan proses pembacaan? Kajian ini perlu menganalisa jenis kesan yang dapat dibentuk oleh metafora dalam cerpen-cerpen yang dikaji. Sumbangan metafora kepada sesebuah cerpen perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Metafora menjana kesan yang berlainan seperti yang tersenarai di bawah: a) Menjana kesan kesedihan : terdapat tema yang menerangkan cerita yang agak sedih, contohnya malapetaka yang pernah berlaku dalam Malaysia seperti tanah runtuh. Metafora tertentu digunakan untuk mereka suasana yang penuh dengan kepedihan. b) Membentuk kesan keejekan : tema-tema yang dibawa oleh cerpen-cerpen adalah kepelbagaian. Terdapat tema yang berkaitan dengan isu politik, isu perkauman dan isu yang sensitif. Untuk mengelakkan perselisihan faham, maka metafora digunakan untuk mengejek pihak tertentu secara tidak langsung. Dengan penggunaan metafora yang bersesuaian maka kesan keejekan dapat dicapai. 20

c) Mereka kesan kejenakaan : dengan menggunakan metafora yang mempunyai kesamaan dengan sesuatu objek dapat menghubungkan daya imaginasi pembaca dengan objek-objek tertentu. Dengan cara ini, penulis dapat mereka kesan kejenakaan dan menjadikan cerpen itu menarik perhatian pembaca. 3) Apakah masalah pembentukan metafora yang boleh diperjelaskan? Masalah pembentukan metafora perlu dikaji untuk melicinkan kerja penyelidikan. Kefahaman terhadap masalah pembentukan metafora dapat membantu pembaca untuk memahami asal-usul sifat sesuatu metafora. Proses penafsiran maksud metafora yang wujud dalam cerpen-cerpen akan dipermudahkan. 1.6 OBJEKTIF KAJIAN Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk meneliti metafora kata nama dan kata sifat dalam cerpen-cerpen bahasa Mandarin. Objektif khusus kajian ini adalah untuk : a) mengenalpasti jenis metafora dalam kelas kata nama dan kata sifat yang wujud dalam cerpen-cerpen. b) mengkaji makna metafora yang dibawa oleh kelas kata dan tema cerpen-cerpen. 21

c) memperhatikan fungsi dan kesan kata nama dan kata sifat. 1.7 BATASAN KAJIAN Kajian ini terbatas kepada 23 buah cerpen yang terdapat dalam buku Cerpen Universiti Nanyang 2006 (2006 年南大微型小说选 ) sahaja. Buku Cerpen Universiti Nanyang pada tahun-tahun yang lepas tidak akan dikaji tetapi akan dijadikan sebagai rujukan bagi tujuan penyelidikan sejarah untuk pertandingan tersebut. Dalam 23 buah cerpen yang terpilih itu, hanya kata nama dan kata sifat yang membawa makna metafora sahaja dikaji. Kata nama dan kata sifat yang tidak mempunyai makna metafora tidak akan diselidik dalam penyelidikan. ditimbulkan. Metafora kata nama dan kata sifat akan dikaji bersamakan tema yang 1.8 KEPENTINGAN KAJIAN Setakat ini, kajian-kajian yang pernah dilakukan ke atas metafora dalam buku cerpen yang tertulis dalam bahasa Cina yang berasaskan satu pertandingan masih terhad. Terdapat pengkaji-pengkaji menjalankan 22

penyelidikan yang berkaitan dengan metafora tetapi bukan kepada sebuah buku cerpen. Karya cerpen merupakan satu cermin kepada masyarakat. Penulisan karya kesusasteraan dapat memperkayakan isi kebudayaan bangsa dan kehidupan kita. Kajian ini penting bagi mereka yang suka menulis cerpen dan ingin menguasai teknik penulisan cerpen dengan baik. Melalui pembacaan cerpen, perbezaan dapat meninjau gaya pemikiran penulis cerpen di kalangan masyarakat orang Cina. Leksis-leksis yang dikaji terbatas spesifik kepada kata nama dan kata sifat dan diharapkan dapat menjana ruangan baru bagi bidang leksis dan meningkatkan kualiti karya cerpen yang ditulis. Penggunaan metafora dalam buku cerpen tersebut akan dianalisis dengan teliti, dan ini harap dapat menyumbang kepada teknik penulisan cerpen dengan penggunaan metafora. Penulisan cerpen masih merupakan satu cubaan baru di Malaysia. Diharap yang kajian ini dapat menggalakkan perkembangan cerpen dan memperkenalkan gaya cerpen yang ditulis oleh masyarakat Cina kepada pelbagai bangsa yang lain di Malaysia. Oleh itu, penyelidik berharap kajian ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan yang berguna kepada pihak-pihak yang seperti berikut : 23

a) Penulis cerpen di Malaysia : membantu penulis menganalisis metafora yang digunakan supaya dapat mengesan penggunaan metafora yang paling tepat bagi penulisan cerpen yang ditulis. Konsep metafora yang wujud dalam cerpen juga diterangkan dengan jelas harap boleh memandu penulis ke arah yang lebih senang untuk menguasai teknik penggunaan metafora dalam proses penulisan. b) Pembaca cerpen di Malaysia: membantu pembaca memahami metafora yang digunakan oleh penulis cerpen. Kebanyakan cerpen yang ditulis adalah berkaitan dengan isu-isu semasa yang ditimbulkan dalam masyarakat Cina. Metafora digunakan untuk mengelakkan ejekan dilakukan secara langsung. Makna yang tersembunyi di belakang kata nama dan kata sifat itu boleh dicari menurut kajian yang dijalankan ini. c) Penyelidik yang menjalankan kajian atas metafora berdasarkan satu teks: membantu penyelidik yang ingin menjalankan kajian terhadap metafora berasaskan satu teks seperti yang dilakukan dalam penyelidikan ini. Penyelidikan ini boleh dijadikan sebagai salah satu bahan rujukan bagi bidang penyelidikan metafora. Cara penggunaan metafora ini boleh mendorong dan meningkatkan prestasinya. 24

1.9 DEFINISI OPERASIONAL Penyelidik akan memberi keterangan yang ringkas mengenai definisi beberapa perkataan yang kerap digunakan dan dianggap adalah penting dalam kajian ini. 1.9.1 METAFORA Metafora menurut kamus Oxford (1997:928) bermakna use of a word or phrase to indicate something different from the literal meaning, iaitu penggunaan perkataan yang membawa makna yang berbeza dari makna literal. Menurut Hawkes (1972:1) metafora adalah bentuk bahasa figuratif yang paling asas. Perkataan metafora berasal dari perkataan Yunani metaphora yang boleh dipecahkan kepada meta yang bermakna over dan pherein yang bermakna to carry. Dalam penyelidikan ini, metafora merujuk kepada perkataan yang merupakan mana-mana kumpulan yang dikemukakan oleh Hawkes (1972:2). Menurut Hawkes (1972:2) metafora boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Pembentukan metafora-metafora dikehendaki dianalisis menurut ketiga-tiga kategori ini, iaitu a) Pengumpamaan/Simile ( 比喻 : di mana kemungkinan objek yang dipindahkan mengambil alih tempat objek asal dengan kehadiran perkataan 25

seperti : seperti dan seumpama. Contohnya: seperti seorang petani yang bermuka merah. b) Synecdoche ( 借代 ): menggabungkan ciri-ciri objek asal dengan objek yang dipindahkan dengan hanya menyatakan sebahagian kesamaan sifatsifat kedua-dua objek. Contohnya: 20 musim panas mewakili 20 tahun. c) Metonimi/Metofora( 转喻 : menggunakan cara penggantian sifat sesuatu objek kepada objek lain secara langsung. Contohnya: Rumah putih untuk menyatakan pengerusi Amerika Syarikat. Hawkes (1972:2) 1.9.2 KATA NAMA Kata nama adalah perkataan yang menerangkan orang dan benda. Kata nama ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu abstrak dan bukan abstrak. Kata nama abstrak adalah seperti sekolah, kantin, kerusi. Kata nama bukan abstrak ialah perasaan, kegembiraan dan kesakitan. Kata nama boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu: kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama (Arbak, 1985:141). Dalam penyelidikan ini, kata nama merujuk kepada semua leksis yang merangkumi kata nama khas, kata nama am dan juga kata nama ganti. 26

1.9.3 KATA SIFAT Kata sifat adalah perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama dalam rangkai kata nama, seperti hijau, biru dan besar dalam rangkai kata buku hijau, langit biru, rumah besar dan lain-lain. Dalam rangkai kata sifat, ia boleh digunakan bersama-sama kata keterangan darjah seperti nakal,tinggi, jauh dalam rangkai-rangkai kata paling nakal, terlalu tinggi, jauh betul dan sebagainya (Arbak,1985:149). Dalam penyelidikan ini, kata sifat merujuk kepada semua leksis yang merupakan kata adjektif. 1.9.4 CERPEN Dalam kajian ini, cerpen yang dirujukkan disini bermakna wei xing xiao shuo. Menurut kamus Zui Xin Han Yu Da Ci Dian( 最新汉语大词典 ) (2006: 1267) wei xing ( 微型 ) bermakna isipadu persegi sesuatu objek lebih kecil berbanding dengan yang lain. Dalam kajian ini wei xing ( 微型 ) merujuk kepada saiz cerpen yang pendek iaitu dalam 1500 perkataan sahaja dan wei xing xiao shuo ( 微型小说 ) adalah membawa makna kepada novel mini size. Cerpen diberikan pelbagai-bagai nama yang berbeza, contohnya mini novel ( 迷你小说 )dan novel super pendek ( 袖珍小说 ). Cerpen juga dinamakan sebagai cerpen satu minit( 一分钟小说 ) kerana boleh dibaca habis dalam satu minit disebabkan cerpen ini ditulis dalam lingkungan perkataan yang tidak melebihi 1500 perkataan (Lim,1998:1). 27

Dalam kajian ini, cerpen yang dirujuk adalah, bermakna wei xing xiao shuo di mana ia membawa makna kepada novel mini size ( 微型小说. 1.9.5 KARANGAN PENDEK 杂文 Menurut kamus Zui Xin Han Yu Da Ci Dian( 最新汉语大词典 ) (2006: 1518) karangan pendek merupakan salah satu aliran genre bagi prosa tetapi tidak terhad kepada mana-mana formatnya. Karangan pendek ini boleh digunakan untuk membuat kritik dan juga untuk menyatakan sesuatu kisah. Dalam penyelidikan ini, karangan pendek merujuk kepada Za Wen ( 杂文 ) yang ditulis khas oleh Lu Xun ( 鲁迅 ). 1.9.6 MAKNA DENOTASI Makna denotasi adalah makna asas yang terdapat dalam kamus. Denotasi ada perhubungan antara 1 item leksis dengan benda atau keadaan yang wujud dalam dunia kita (Jackson:2000:57). Item leksis mewakili sesuatu yang wujud dalam dunia ini di mana ia mengaitkan leksis yang mambawa makna denotasi dengan sesuatu yang boleh dirujuk. Contohnya : Lembu memberi susu. Menerangkan bahawa sejenis haiwan iaitu lembu membekalkan susu. Dalam penyelidikan ini, makna denotasi merujuk kepada makna permukaan yang dibawa oleh sesuatu leksis. 28

1.9.7 MAKNA METAFORA Makna metafora merujuk kepada makna sesuatu leksis yang dipindahkan ke konteks yang lain. Objek yang disebutkan itu bukan objek yang sebenarnya yang ingin disampaikan (Jackson, 2000:60). Contohnya: seperti lembu memberi susu. Maknanya bukan merujuk kepada lembu yang sedang beri susu tetapi memberi sumbangan seperti lembu yang membekalkan susu kepada kita. 1.10 KESIMPULAN Cerpen bahasa Mandarin merupakan sejenis genre yang dikira muda di Malaysia. Penulisan cerpen bahasa Mandarin banyak mendapat idea dari genre yang lain seperti novel, prosa, tarian dan sketsa ( Huang,2007:21). Ini telah memperkayakan isi kandungan dan persembahan cerpen bahasa Mandarin di Malaysia. Perkembangan cerpen bahasa Mandarin di Malaysia berkembang pada 70- an dan banyak dipengaruhi oleh cerpen dari negara China. Teknik penulisan dan persembahan cerpen bahasa Mandarin di Malaysia mempunyai banyak kesamaan dengan cerpen yang terdapat di negara China. (Huang,2007:21). Walaupun begitu dari segi tema dan tajuk yang ditulis oleh cerpenis di Malaysia adalah berbeza dengan cerpenis di negara China. Ini adalah disebabkan 29

keadaan politik dan perkembangan bangsa Cina di Malaysia mengalami proses yang berbeza dengan cerpenis di negara China. Ke (1994:1) berpendapat bahawa cerpen itu merupakan satu jenis novel yang telah dihadkan jumlah patah perkataan. Kehadiran cerpen adalah disebabkan oleh perkembangan novel mengalami proses ketepuan. Cerpen yang juga dikenali sebagai mini novel disambut baik oleh para pembaca kerana lebih senang dibaca dalam masa yang ringkas serta lebih digemari ditulis oleh penulis di Malaysia kerana patah perkataannya dihadkan dalam 1500 perkataan. Cerpen adalah lebih mudah dikaryakan dalam masa yang pendek. Cerpen bahasa Mandarin dan bahasa Tamil mengalami proses perkembangan yang lebih kurang sama di mana perkembangannya bergantung kepada bangsa masing-masing dan juga sumbangan dari persatuan-persatuan untuk menggalakkan perkembangannya. Menurut Huang (1999:99-105) cerpen bahasa Mandarin di Malaysia menyumbang kepada pembentukan identiti bersama bagi golongan masyarakat Cina di negara ini. Tema yang dipersembahkan oleh cerpenis bahasa Mandarin di Malaysia adalah kepelbagaian.. Cerpenis-cerpenis ini telah berjaya melakarkan dan membayangkan kehidupan Malaysia dalam keadaan bangsa yang bermajmuk. Keunikan ini dinamakan sebagai keunikan Nan Yang (2006:876). 30

Akhirnya, boleh dikatakan bahawa cerpen bahasa Mandarin yang terdapat di Malaysia telah memainkan fungsinya untuk memberikan bayangan yang sebenar bagi politik, kehidupan dan kemuafakataan di Malaysia kepada golongan masyarakat Cina. 31