Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

Similar documents
Penghargaan

BAB SATU

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

PowerPoint Presentation

Tajuk

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc


Penghargaan

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

PowerPoint Presentation

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

BAB SATU

Penghargaan

BAB 5

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

Southern University College Academic Journal, Volume 2, August 2014 南方大学学报 第 2 卷, 2014 年 8 月 prosa dan puisi. Sastera Melayu lama terdiri daripada cer

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

SaverBrochure_F 07.ai

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

1

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

四年级第二 次月考范围

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

SejarahOrang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

BookCatalog FINAL

1936- Golongan tentera mengambil alih pentadbiran Jepun. 军 方 接 管 了 日 本 的 行 政 管 理 Jepun menakluki Manchuria. 日 本 入 侵 满 洲 Jepun menguasai Ko

各位记者先生,小姐

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

ISM Circular: 20 –2005

Penghargaan

华小董事觉醒运动缘起

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

PowerPoint Presentation

ZC501N_UM_FrontPg

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

icctv user guide manual.indd

Contents Bahasa Indonesia

Kertas 1

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

Neo-Konfusianisme 理学 menjadi terkenal pada zaman dinasti Song dan Ming sebagai sebuah gerakan rasional yang menolak kepercayaan karut. Sekitar tahun 1

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

ISI KANDUNGAN (1) Pendahuluan 1 (2) Pandangan Dan Cadangan 1 (i) Menggubal sistem pembinaan sekolah komuniti bagi setiap 1 aliran sekolah (ii) Meranca

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧

EDUCATIONAL ISSUES IN MAHUA FICTIONS ( ) By LEONG SOO YEN Thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the re

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

Microsoft Word - Avail News _November 2017_.doc

这项运动还呼吁回教徒团结起来反抗在回教国家的西方殖民主义 (c) Idea perjuangan Gerakan Islah telah disebar ke Tanah Melayu oleh pelajar-pelajar Melayu yang menuntut di Mesir, khusu

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

To:

Microsoft Word - Apendix alla.doc

Minit Mesyuarat

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

Microsoft Word - Bursary

马来亚迟早要与英国和新加坡, 北婆罗洲, 汶莱和砂劳越人民互相理解 我说理解怎样可以实现视乎有点太早了, 然而, 它是不可避免的, 我们要实现这一目标, 并想出一个计划, 这些领域如何能够形成政治和经济密切的合作 4. Ucapan Tunku ini dianggap sebagai idea g

1

1

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

Kata Ganti Nama Diri padankan jawapan yang betul. 1. Kita 我 2. Mereka 你 3. Saya 他 4. Kamu 你 / 你们 5. Kami 他们 6. Awak 大家 7. Dia 我们 Kata Tanya padankan j

Microsoft Word - Avail News _Januari 2015_.doc

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

社團改組資料

出生于柔佛州的麻坡的 Bukit Gambir,Dato Onn 是 Dato' Ja'afar bin Haji Muhammad 的儿子 柔佛州第一任 首席部长 他是柔佛王室并从小受到 Ibrahim 苏丹 (Abu Bakar 苏丹的儿子 ) 的照顾, 并在他去英国深造之前 接受被马来教育 在

BAB SATU

01 SOCIAL MARKETER UPDATES APRIL 2016 SOCIAL MARKETER UPDATES APRIL BETTER PRODUCTS THE PRODUCTS YOU'RE PUTTING ON YOUR SKIN, INTO YOUR BODY

Microsoft Word - Avail News _Ogos 2017_.doc

四年级第二 次月考范围

Q: Must the Relationship Managers or sales persons handling the investment products of SCSB be licensed? Does that mean your RMs are now under SCSB? W

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format Of English Language Paper (Sa2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1

新校舍虽然只是木板屋结构的旧款式校舍, 但学校的范围已比以前大得多, 且因濒临海边, 空气异常清新, 同时因远离街市, 得以免除喧嚣的干扰, 实有助于学子潜心学习 一九七三年, 在本校服务二十余载之董能隆校长因思乡心切, 申请调职成功, 终于在离留两难中告别了这所由他细心培育成长的学校 董能隆校长的

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format of English Language Paper (SA2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he

Persediaan Awal PENGGUNAAN Sila hubungi juruteknik profesional untuk pemasangan. Jangan memasangnya sendiri. Sahkan parameter Nota: Tekanan bekalan ga

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

独立小组到伦敦的使命是跟英国政府谈判关于马来亚的独立 2. Tunku Abdul Rahman telah mengetuai Rombongan Merdeka. Beribu-ribu rakyat berkumpul memberi sokongan padu kepada anggota

Transcription:

Southern University College Academic Journal, Volume 3, August 2015 鞙南方大学学 鞚第 3 卷 姓 2015 8 姓 Yow Cheun Hoe, Antara China dengan Tanah Tempatan: Satu Kajian Pemikiran Dwipusat di Kalangan Penulis Cina di Tanah Melayu 1919-1957. Penang: Universiti Sains Malaysia Press, 2011. 224 pp. Yow Cheun Hoe merupakan pakar dalam bidang kajian salasilah kaum Cina dan kajian utamanya lebih menjurus kepada qiaoxing (kampung halaman orang Cina) penulis-penulis Cina dan juga penghijrahan orang Cina. Beliau giat menulis artikel, ulasan bab dalam buku dan juga penulisan ilmiah yang lain. Buku Antara China dengan Tanah Tempatan: Satu Kajian Pemikiran Dwipusat di kalangan penulis Cina di Tanah Melayu merupakan salah satu karya beliau yang mendapat tempat di kalangan ahli akademik sejarah yang mengkaji mengenai penghijrahan orang Cina di Tanah Melayu. Di dalam buku ini, penulis memfokuskan kepada titik bermulanya era permulaan penulis Cina mengorak langkah mereka sebagai penulis di Tanah Melayu. Penulis memperincikan dengan jelas bagaimana penulis-penulis Cina di Tanah Melayu menulis karya mereka berdasarkan dua aliran pemahaman yang berbeza iaitu antara Tanah Besar China dan Tanah Melayu. Buku ini digarap dengan penuh kemas dan terperinci oleh penulis buku ini sendiri. Skop kajian buku ini menjurus kepada penulis Cina di Tanah Melayu yang telah mengalami perubahan pemikiran di antara negara China dan juga tanah tempatan. Dari aspek geografi pula, skop kajian merangkumi penulis Cina yang pernah bermastautin di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura bagi tempoh 1919-1957. Konsep dwipusat dijadikan tema utama buku ini iaitu merujuk kepada China dan juga tanah tempatan dalam mentaliti golongan penulis khasnya dalam masyarakat Cina. Istilah Nanyang banyak digunakan dalam buku ini, yang mana istilah ini merujuk kepada tanah tempatan atau Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, istilah ini telah bertukar kepada istilah Malaiya (Malaya) dan Mahua (orang Cina di Malaiya) iaitu pada sekitar tahun 1930-an. 147

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria seperti: aspek mutu dan struktur karya serta pergerakan sastera; asal usul dan perkembangan sastera tersebut; pengaruh pergerakan sastera di China; proses lahir, berkembang dan merosotnya sesuatu genre, aliran dan kritikan; serta peranan dan sumbangan penulis dalam perkembangan sastera. Buku ini mengandungi enam bab kesemuanya. Setiap bab dikupas dengan begitu baik oleh penulis yang mana setiap bab mempunyai kesinambungan dan kronologinya yang tersendiri. Penulis berjaya menarik perhatian pembaca untuk mendalami isi buku ini dengan lebih mendalam dengan memasukkan fakta serta kajian yang berkaitan dengan sastera Cina yang pada masa itu mula berkembang di Tanah Melayu pada tahun 1919 hingga ke tahun 1957 iaitu tahun apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Bab kedua lebih memfokus kepada statistik yang menunjukkan tempat asal penulis Cina, pengaliran masuk dan keluar, kebangkitan kumpulan penulis yang dilahirkan setempat, ketidakseimbangan jantina, taburan, pekerjaan, afiliasi politik dan nama pena penulis di Tanah Melayu. Bab ini juga meninjau secara umum penulis Cina di Tanah Melayu sebagai satu kelompok sosial. Penulis memperihalkan bagaimana penulis-penulis ini mula wujud dan juga ciri-ciri khasnya dalam struktur sosioekonomi masyarakat Cina Di Tanah Melayu. Penulis mengumpulkan biodata dan maklumat tentang penulis-penulis Cina dan mengkategorikan mengikut perkara-perkara tertentu bagi memperlihatkan perkembangan yang mempengaruhi kewujudan, penambahan atau pengurangan komponen-komponen tertentu dalam kelompok sosial, kedudukan, aktiviti dan taburannya di Tanah Melayu. Penulis di Tanah Melayu pada masa itu kebanyakannya adalah daripada bidang pendidikan, suratkhabar dan penerbitan. Menurut penulis lagi, kebanyakan penulis tinggal di kawasan pantai barat, terutamanya di Singapura, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Jelas menunjukkan bahawa penulis-penulis Cina ini berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain melalui beberapa buah pertubuhan dan kumpulan sastera yang turut memperjuangkan matlamat yang sama. Di sebalik kemunculan penulis-penulis Cina yang memperjuangkan hak mereka ini, turut muncul golongan penulis bersayap kiri di Tanah Melayu pada ketika itu. Ekoran daripada ini, penulis-penulis Cina pada masa itu mempunyai pengaruh yang 148

Southern University College Academic Journal, Volume 3, August 2015 鞙南方大学学 鞚第 3 卷 姓 2015 8 姓 kuat dalam membentuk pengaruh dan pemikiran masyarakat Cina dan juga generasi muda. Penulis-penulis Cina pada masa itu juga cenderung menggunakan nama pena atau nama samaran untuk menyampaikan mesej tertentu kepada masyarakat Cina di Tanah Melayu. Penjelasan yang cukup terperinci digarap dengan penuh kemas dalam bab ini iaitu mengenai maklumat, biodata dan juga salasilah penulis-penulis Cina di Tanah Melayu. Bab ketiga boleh dibahagikan kepada tiga frasa iaitu frasa pertama ialah bagaimana China telah mendominasi pemikiran penulis sebelum tahun 1925. Bahagian kedua memfokus kepada tanah tempatan yang pada ketika itu dikenali sebagai Nanyang dan juga bahagian ketiga memperlihatkan bagaimana kedudukan Nanyang yang semakin dikenali dan mendapat tempat di dada-dada akhbar dan sekaligus menaikkan nama penulis Cina pada masa itu. Bab ini juga mengupas mengenai kedudukan dan juga kekuatan pemikiran dwipusat dalam mencorak pemikiran penulis Cina di Tanah Melayu. Di dalam bab ini juga jelas memperlihatkan penulis Cina di Tanah Melayu pada masa itu masih lagi membawa budaya dan corak permikiran ketika mereka di Cina yang mana ini dapat dilihat melalui penulisan mereka yang lebih memberi tumpuan terhadap keadaan di China dan membicarakan perkembanganperkembangan semasa yang berlaku di sana. Malah sebahagian besar daripada mereka lebih bersifat qiaomin iaitu orientasi pemikiran yang lebih menjurus terhadap negara China. Perkembangan sentimen qiaomin dan nasionalisme China yang menebal inilah yang menyebabkan penulis-penulis Cina tidak lupa akan asal-usul mereka. Antara penulis yang giat menulis pada masa itu ialah seperti Zhang Shunai, Lin Zhisheng, Lin Dubu, Li Zhisheng dan ramai lagi. Setiap penulis mempunyai corak penulisan yang berlainan contohnya Lin Zhisheng (1982-1954) editor sebuah surat khabar Lat Pau cenderung menulis ulasan politik manakala Lin Dubu (1903-awal 1980-an) corak penulisannya lebih berkisar kepada persoalan wanita. Selain daripada itu, bab ini juga memperihalkan bagaimana pada tahun 1925, tanah tempatan mula dikenali dengan gelaran Nanyang yang mana telah muncul lebih ramai penulis-penulis Cina di Tanah Melayu yang menulis berkisar mengenai masalah sosial tempatan dan mereka cuba untuk memperbetulkan kepincangan sosial tempatan pada masa itu. Istilah Malaiya hanya mula digunakan pada tahun 1930-an. Penerimaan 149

Book Reviews 姓 姓书评姓 masyarakat Cina terhadap Tanah Melayu dapat dilihat menerusi suratkhabar Cina pada ketika itu dimana Nanyang. Diungkapkan sebagai suatu kawasan yang merangkumi Burma, Thailand, Benua Borneo, Jawa dan Sumatera. Begitu juga dengan Wang Gungwu yang juga turut berkongsikan pendapatnya mengenai Nanyang mengikut pengertiannya yang tersendiri. Bab keempat pula ialah mengupas bagaimana sastera xinxing yang telah diperkenalkan pada tahun 1929 telah mengubah persepsi penulis-penulis China di Tanah Melayu. Ini adalah ekoran daripada kemelesetan ekonomi yang melanda Tanah Melayu pada tahun tersebut. Sastera xinxing banyak digunakan dalam perkaryaan fiksyen. Penulis juga merumuskan bahawa atas dasar inilah bermula lah era peralihan orientasi penulis Cina dari China ke Nanyang. Kajian yang dilakukan oleh Wong Seng Tong dan juga Toh Kim Hiang telah mengubah persepsi penduduk Cina di Tanah Melayu pada ketika itu. Perbincangan adalah lebih berkisar kepada aspek buruh dan kapitalis dalam masyarakat di Tanah Melayu. Tahun kajian adalah tertumpu pada lewat tahun 1920-an sehingga awal 1930-an. Bagi menggalakkan penggunaan sastera xinxing beberapa orang penulis dari Perak dan Pulau Pinang telah bergabung dan bekerjasama mengasaskan kolum Li dalam suratkhabar Nanyang Siang Pau. Berdasarkan kajian bilangan kolum sastera dan ciri-ciri ideologi xinxing, Fang Xiu membahagikan perkembangan sastera xinxing kepada 3 tahap iaitu; percambahan, awal tahu 1927 hingga pertengahan tahun 1928; kemuncak, pertengahan tahun1928 hingga penghujung tahun 1930 dan kemerosotan, Januari hingga Disember 1931. Dalam pada itu juga, muncul lebih banyak kolum sastera xinxing di dalam surat khabar yang sama dalam pada masa yang singkat. Ini dapat dilihat dalam suratkhabar Nanyang Siang Pau, iaitu terdapat lebih kurang enam buah kolum iaitu Taosheng, Hundun, Yema, Tongshan, Xinhuo, dan Duluo. Manakala tiga buah halaman sastera iaitu Yepa, Liuxing, dan Kenhuang pula muncul dalam suratkhabar Sin Chew Jit Poh pada tahun 1930. Pada tahun tersebut juga, muncul Pan Yihong (Pan Shou) sebagai ahli teori sastera xinxing pada awal tahun 1930-an. Bab ini juga membicarakan bagaimana kerajaan British telah mengambil langkah drastik dengan menangkap dan menyingkirkan penulis Cina daripada terus menulis mengenai isu dan juga permasalahan yang berlaku di Tanah Melayu. 150

Southern University College Academic Journal, Volume 3, August 2015 鞙南方大学学 鞚第 3 卷 姓 2015 8 姓 Bab kelima penulis membuat tinjauan mengenai dua kontroversi sastera yang berlaku pada tahun 1934 dan 1936, serta sentimen dan aktiviti-aktiviti penulis Cina dalam gerakan menyelamatkan China 1937-1941. Istilah Malaiya buat pertama kalinya telah diperkenalkan pada tahun 1934 secara meluas oleh penulis-penulis Cina. Ini telah mendatangkan kontroversi dalam Pengarang Tempatan pada tahun 1934 yang dicetuskan oleh Qiu Sizhen dan kontroversi Sastera Malaiya yang dicetuskan oleh Zeng Aidi pada tahun 1936. Namun begitu, penulis berpendapat bahawa unsur zugua masih menebal dalam sanubari dan juga pemikiran penulis Cina dan atas dasar inilah fahaman yang berkonsepkan negara China amat menebal di kalangan mereka. Penulis juga merasakan pembentukan konsep perletakan diri di Malaiya dalam tempoh ini adalah tidak begitu kukuh dan hanya sebagai tempelan sematamata. Ini adalah kerana pemikiran penulis Cina di Tanah Melayu pada masa itu masih lagi dikuasai oleh tanah kelahiran negara mereka. Tempoh tahun 1937-1942, menurut penulis merupakan tempoh puncak atau tempoh kemakmuran dalam perkembangan sastera bahasa Cina di Tanah Melayu. Ini adalah kerana lebih banyak karya-karya penulisan yang dihasilkan dan tema sastera adalah lebih tertumpu kepada anti-jepun dan usaha menyelamatkan China. Terdapat dua orang penulis wujud di era ini iaitu Tie Kang (1913-1942) dan Ye Ni (1913-1989) yang mana penulisan mereka yang lebih bercorakkan latar belakang Tanah Melayu. Pada tahun 1937, negara Jepun telah membuat serangan terhadap negara China dan ekoran daripada itu telah menyebabkan terbantutnya unsur Nanyang dan sastera xinxing di kalangan penulis Cina di Tanah Melayu. Malahan sedikit demi sedikit telah memansuhkan bentuk penulisan yang berbentuk realiti tempatan. Antara penulis Cina yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme Cina di Tanah Melayu ketika itu ialah Yu Dafu. Beliau aktif menulis komen-komen sosial yang berkaitan dengan anti perang. Walaubagaimanapun, sesetengah penulis Cina telah menukar persepsi mereka daripada pemahaman yang berlatar belakang negara China kepada Tanah Melayu akibat daripada kesan peperangan dan ini bermulanya detik pemulaan pembentukkan konsep negara Malaiya yang akan dibincangkan pada bab yang seterusnya. Bab keenam pula ialah memperlihatkan bagaimana berlakunya perubahan sosiopolitik yang mana penulis Cina mula beralih daripada 151

Book Reviews 姓 姓书评姓 pemahaman dari negara asal mereka kepada sentimen Tanah Melayu. Mereka mula memikirkan semula identiti dan juga tanggungjawab mereka di Tanah Melayu. Penulis telah memperincikan dengan terperinci yang mana akhirnya Malaiya telah diterima sepenuhnya oleh penulis-penulis Cina di Tanah Melayu pada sekitar tahun 1950-an dan menjadi tanah air dan negara baru di kalangan penulis Cina dalam Pergerakan Sastera Patriotik (Aiguo zhuyi wenxue yundong) pada tahun 1956. Antara individu yang banyak menyumbang kepada fahaman Malaiya dan berjaya mempengaruhi penulispenulis Cina untuk menerapkan pemahaman Malaiya ialah Mio Xiu dan Wei Yun. Beliau banyak memasukkan unsur serta elemen Malaiya dalam penulisan dan juga karya sasteranya. Selain itu, bab ini juga turut memaparkan konflik antara golongan yang berteraskan tanah tempatan dan juga golongan yang yang masih mengikut fahaman negara China dan ini dapat dilihat dalam Kontroversi Individualiti Sastera Mahua 1947-1948. Ekoran daripada kontroversi ini juga, konsep negara Malaiya mula secara beransuransur diperkenalkan. Antara penulis Cina yang aktif menyokong pembentukkan Malaiya ialah seperti Chen Fan, Du Hong, Zhuang Zaoguo dan Gao Jie. Mereka kerap dilihat menyokong Malaiya sebagai huaqio mereka dan bukannya China. Ini berbeza dengan penulis Cina sebelum pendudukan Jepun yang menganggap diri mereka sebagai huaqio dan China sebagai negara mereka. Kebanyakan penulis yang terlibat dalam Pergerakan Sastera Patriotik menegaskan bahawa Malaiya ialah negara mereka. Ini dapat dilihat melalui penulisan dan juga karya mereka yang menyokong penuh Malaiya dalam kehidupan mereka. Dalam pada itu juga, perkembangan lain seperti perkembangan PKM (Parti Komunis Malaya), pelaksanaan darurat, penubuhan dan peranan MCA dalam politik dan pilihanraya, serta isu pendidikan Cina turut mempengaruhi pemikiran penulis-penulis Cina di Tanah Melayu. Perkembangan-perkembangan ini telah memberi impak yang besar terhadap seluruh masyarakat Cina dan sekaligus telah mengubah serta menyelaraskan identiti mereka mengikut keadaan di Tanah Melayu. Kesimpulannya, buku ini mengupas mengenai perkembangan yang berlaku di Tanah Melayu yang membabitkan penulis-penulis Cina. Mereka pada permulaanya yang agak sukar untuk memasukkan sentimen Nanyang dalam pemikiran mereka telah mula beransur-ansur menerima kemasukkan pemahaman Malaiya. Ini dapat dilihat daripada penulisan serta karya-karya 152

Southern University College Academic Journal, Volume 3, August 2015 鞙南方大学学 鞚第 3 卷 姓 2015 8 姓 sastera mereka yang pada ketika itu aktif membicarakan topik anti-perang. Perubahan positif ini juga dapat dilihat apabila berlakunya perang China- Jepun pada tahun 1937 dan ini telah memperkuatkan lagi semangat penulis Cina ke arah menerima Malaiya sebagai tanah air dan negara baru bagi mereka. Pemikiran dwipusat penulis Cina di Tanah Melayu merupakan kupasan utama yang ingin diperlihatkan disini. Buku ini merupakan satu bacaan yang tidak membebankan pembaca. Olahan bahasa yang digunakan adalah mudah tetapi terdapat juga ayat-ayat yang memerlukan pembaca berfikir lebih dari sekali. Penulis berjaya mengupas dengan terperinci sejarah salah silah pemikiran dwipusat hingga ke sentimen sebenar iaitu tanah tempatan. Diharap selepas ini akan lebih banyak wujud buku-buku yang memperincikan dan mengkhusus terhadap sejarah penulis-penulis Cina di Tanah Melayu dan juga kajian sastera bahasa Cina di Malaysia. Ini adalah kerana bahan ilmiah ini boleh dimanfaatkan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan bagi pengkajian sastera Cina di Malaysia. Pengulas bersetuju dengan cadangan penulis bahawa kajian sejarah masyarakat Cina di Malaysia yang terdapat kini hanya cenderung memberi fokus kepada aspek politik, ekonomi, dan sosial. Kita harus mencontohi sarjana dan juga penyelidik barat yang kerap menggunakan karya sastera sebagai sumber sejarah. Semoga dengan lahirnya buku ilmiah seumpama ini, akan memberi idea kepada penulis-penulis agar memperbanyakkan lagi kajian sastera masyarakat Cina di masa hadapan. Buku ini juga disyorkan kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk mendalami kajian sastera Cina di Malaysia. Buku ini juga amat sesuai dijadikan sebagai bahan umum atau teks rujukan utama bagi pelajar-pelajar yang mengikuti Pengajian Bahasa Cina di Institusi Pengajian Tinggi. Secara keseluruhannya, buku ini merupakan sebuah buku ilmiah yang tidak boleh dipandang sepi begitu sahaja, ini adalah kerana terdapat banyak ilmu pengetahuan yang boleh diperolehi melalui pembacaan buku ini. Pembaca perlu mendapatkan buku ini dengan kadar yang segera kerana pengulas merasakan setiap bab mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang pasti mengamit perasaan pembaca untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya. Jika pengulas diminta memberi bintang kepada karya ilmiah ini, dengan menjadikan angka 10 sebagai angka tertinggi dan angka 0 sebagai 153

Book Reviews 姓 姓书评姓 tahap terendah, pengulas akan meletakkan karya ini pada tahap 9 dalam kategori buku-buku kajian sastera Cina di Malaysia. Nadia Bte Ishak Kolej Universiti Selatan, Malaysia nadia@sc.edu.my 154