Penghargaan

Similar documents
Penghargaan

Penghargaan

BAB SATU

Penghargaan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

Tajuk

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

PowerPoint Presentation

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun


BAB SATU

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

PowerPoint Presentation

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

四年级第二 次月考范围

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

BAB 5

SaverBrochure_F 07.ai

各位记者先生,小姐

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

华小董事觉醒运动缘起

PowerPoint Presentation

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH (PBS) NAIB PN. LIANG FEI SHIN PN. LEE CHAI YENG (TAHAP 1) CIK TUEH SHE PING (TAHAPN 2) KPBM: PEMENTORAN KPBI

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

1

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

Microsoft Word - Apendix alla.doc

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

三年级音乐世界全年计划

icctv user guide manual.indd

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

JAWATANKUASA PENERBITAN KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP AMB. JANUARI 2008 (BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IP

ISM Circular: 20 –2005

Kertas 1

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

BookCatalog FINAL


Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

UCAMHALAL 中心是通过与 PEHMA 机构合作于 2014 年开发的 JAKIM 主动发展专业发展愿景 (HPB), 以满足政府希望在马来西亚和国际层面需要 60,000 名清真高管的愿望 HPB JAKIM 已经任命并认证了 7 所 IPTA 和 3 所 IPTS, 其中包括被委托在马来西

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

AXA-AFFIN Maximiser-Brochure(Mar2018)

CONTOH PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH

BAB SATU

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

四年级第二 次月考范围

Content About Kumon...p3 The Kumon worksheets...p4 The Kumon Instructor.. p5 Study flow...p6 Maths Programme...p8 English Programme...p9 Kumon Around

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

Contents Bahasa Indonesia

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

Microsoft Word - 15 TanChingChing

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format of English Language Paper (SA1) Primary 6 Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1

1

Microsoft Word - PDPA2010.doc

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format of English Language Paper (SA2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1

Q: Must the Relationship Managers or sales persons handling the investment products of SCSB be licensed? Does that mean your RMs are now under SCSB? W

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

Minit Mesyuarat

Dear Parents,

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL Format Of English Language Paper (Sa2) Primary Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing 1 1

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves

Ã Æ Ã Ã Kangaroo Math Competition 2014 (Malaysia) Benjamin 3 points # 1. Arno spelled the word KANGAROO with cards showing one letter at a time. Unfor

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he

1

社團改組資料

GONGSHANG PRIMARY SCHOOL English Language Paper (SA) Primary 6 Paper Component Item Type No. of Items Marks Weighting Situational Writing Paper Writin

ISI KANDUNGAN (1) Pendahuluan 1 (2) Pandangan Dan Cadangan 1 (i) Menggubal sistem pembinaan sekolah komuniti bagi setiap 1 aliran sekolah (ii) Meranca

NEP_Arissto_CoffeeMachine_UserManual_Booklet_ _FA

Microsoft Word - Avail News _Ogos 2017_.doc

28 EN-PRUlink golden managed 01

CPB89 A5 Booklet Employer ALL

P R E S I D E N T S N O T E We ceaselessly strive to disseminate information and spread awareness on arthritis and to this end, the latest edition of

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

Transcription:

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 PENGENALAN Bab 5 akan memaparkan kesimpulan berdasarkan analisis kesilapan yang dijalankan dalam Bab 4. Selain daripada itu, bab ini akan disusuli dengan implikasi kajian, cadangan langkah pemulihan dan seterusnya menyentuh tentang cadangan untuk kajian selanjutnya.. 5.1 RUMUSAN KAJIAN Dapatan kajian ini telah memaparkan bahawa pelajar berupaya tinggi dalam mentranskripsikan dan membezakan sebutan bunyi HP dalam aspek kemahiran mendengar, di mana sebanyak 80% (rujuk Jadual 4.9) dalam kalangan subjek kajian telah berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Hasil daripada perbandingan kedua-dua ujian, didapati bahawa pelajar lebih berupaya membezakann sebutan bunyi HP daripada mentranskripsikannya. Peratusan keputusan cemerlang yang diperolehi dalam ujian kali kedua yang mengutamakan keupayaan membezakan HP adalah lebih tinggi ( 97.5%) (rujuk jadual 4.8) berbanding dengan ujian kali pertama yang mengkaji keupayaan mentranskripsikan HP (62.5%).(rujuk Jadual 4.7) Selain itu, pengkaji juga berjaya mengenalpasti gologan kesilapan yang lazim dilakukan oleh pelajar melalui kajian kemahiran mendengar sebutan bunyi HP ini. Dalam gologan suku kata awalan HP, jelas menunjukkan bahawa kesilapan terkumpul bagi bunyi lelangit telah mencatat bilangan yang paling tinggi iaitu 64 daripada 228 bilangan 110

kesilapan terkumpul. (rujuk Jadual 4.26) Bagi golongan suku kata akhiran, bilangan kesilapan terkumpul bagi vokal sengau telah mencatat bilangan yang paling tinggi iaitu 153 daripada 414 bilangan kesilapan bilangan yang terkumpul. (rujuk Jadual 4.32) Bagi bahagian nada pula, nada kedua dalam bahasa Mandarin telah mencatat bilangan kesilapan yang paling tinggi iaitu 65 daripada 155 bilangan kesilapan terkumpul. (rujuk Jadual 4.35) Dapatan kajian ini sejajar dengan hasil kajian Su (1990, m.s.246-254) Zhuang (2005, m.s.249-262), Lee (2007, m.s.188-201), dan Mok (2009, m.s.115-126) yang mendapati bahawa sebutan nada kedua bahasa Mandarin adalah nada yang paling sukar dikuasai oleh pelajar Melayu. Ini bermakna, pelajar adalah lemah dalam menguasai nada kedua tidak kiranya dalam aspek kemahiran mendengar mahupun dalam aspek kemahiran bertutur. Berpandukan analisis yang diperolehi, punca utama yang menyebabkan berlakunya kesilapan adalah disebabkan masa ulangkaji yang kurang di mana hanya 10% dalam kalangan subjek kajian mengulangkaji setiap hari. (rujuk Jadual 4.5) Ini telah menunjukkan bahawa walaupun 52.5% subjek kajian berminat dan 47.5% subjek kajian sangat berminat terhadap bahasa Mandarin (rujuk Jadual 4.4), namun 90% subjek kajian tidak megulangkaji bahasa ini setiap hari (rujuk Jadual 4.5). Ini bermakna, subjek kajian tidak mempunyai asas yang kukuh dan seterusnya menimbulkan masalah seperti kurang keyakinan, berasa keliru dalam bahasa sasaran di samping dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka. Melalui statistik yang diperolehi dalam perbincangan soalan ujian, didapati bahawa punca utama yang menyebabkan subjek kajian melakukan 111

kesilapan ialah kekeliruan dalam bahasa sasaran yang mencatat peratusan yang paling tinggi, iaitu 40.13%. Ini telah mengesahkan pandangan Richards (1971 dalam Saw 1997, m.s.11, 99,103) yang berpendapat bahawa kesilapan bahasa berlaku adalah dipengaruhi oleh cara pembelajaran yang salah atau tidak menyeluruh. Beliau berpendapat bahawa kesilapan bahasa bukan semata-mata dipengaruhi oleh B1, sebaliknya ia diakibatkan oleh kurang pemahaman tentang struktur tatabahasa B2. Mok (2009, m.s.123) dalam kajiannya juga telah menunjukkan bahawa kekeliruan dalam sebutan fonetik melakukan kesilapan. merupakan salah satu unsur yang menyebabkan pelajar Melayu Keputusan kajian menunjukkan bahawa kesilapan dalam sebutan nada kerap berlaku dalam kalangan pelajar Melayu adalah kerana tahap penguasaan mereka rendah. 5.2 CADANGAN LANGKAH PEMULIHAN Berdasarkan analisis kesilapan dan punca-punca kesilapan yang dibincang dalam Bab 4 di atas, pengkaji berpendapat bahawa langkah pemulihan harus diambil untuk mencegah dan mengatasi masalah-masalah yang menyekat kemajuan pelajar dalam pembelajaran bahasa Mandarin, khasnya dalam aspek HP. Menurut Yang Huiyuan ( 杨惠元 )(2002, m.s.42), tumpuan utama dalam latihan kemahiran mendengar pada peringkat fonetik adalah keupayaan membezakan dan menganalisis serta keupayaan meniru, iaitu membezakan sebutan dan nada, melatih iritabiliti ( 感应性 ) pelajar terhadap fonetik serta keupayaan menganalisis dan membezakan fonetik dalam signal bahasa yang diterima. Menurut Yang (2002, 112

m.s.42), latihan perbandingan fonetik adalah sesuatu yang amat membosankan. Maka, untuk mengatasi masalah ini, tempoh masa latihan mendengar fonetik haruslah tidak terlalu lama. Ini kerana kita tidak dapat menyelesaikan semua masalah fonetik dalam satu tempoh yang singkat. Selain daripada itu, isi kandungan yang membosankan harus disampaikan dengan kaedah yang lebih aktif, misalnya melalui pelbagai cara seperti aktiviti permainan untuk menarik perhatian dan meningkatkan minat pelajar. Yang juga berpendapat bahawa perbendaharaan kata, ayat dan dialog pendek harus dimasukkan dalam latihan di samping membuat tumpuan latihan fonetik ( 语音重点练习 ). Hasil daripada dapatan yang diperolehi dalam Bab 4, kekeliruan dalam suku kata awalan dan suku kata akhiran dalam fonetik bahasa Mandarin merupakan masalah utama yang mempengaruhi prestasi pelajar dalam mentranskripsikan dan membezakan sebutan bunyi HP dalam aspek kemahiran mendengar. Dalam kekeliruan suku kata awalan, Li Ming ( 李明 )(Zhao 1997b, m.s.331-336) telah mengemukakan pendapatnya dalam beberapa sebutan suku kata awalan yang bermasalah ( 难音 )bagi pelajar yang mempelajari bahasa Mandarin sebagai B2. Menurut Li, keistimewaan yang unik dalam suku kata awalan selalunya merupakan masalah utama pelajar. Misalnya pertentangan antara bunyi unaspirated dan aspirated. 113

Dalam sistem fonetik bahasa Mandarin, bunyi occlusive ( 塞音 ) dan bunyi affricate( 塞 擦音 )masing-masing dibahagikan kepada 2 kategori iaitu bunyi aspirated dan bunyi unaspirated seperti b-p, d-t, g-k, z-c, zh-ch dan j-q. Hasil kajian pengkaji juga menunjukkan pelajar adalah lemah dalam bahagian ini. Ramai pelajar Melayu berasa sukar untuk menguasai sebutan bunyi-bunyi ini adalah kerana bunyi aspirated tidak wujud dalam BM manakala kebanyakkan bunyi unaspirated dalam bahasa Mandarin pula merupakan bunyi letupan tak bersuara dalam BM. Perbezaan ini telah menyebabkan wujudnya kekeliruan dan kesukaran dalam pembelajaran bahasa Mandarin dan akhirnya berlakunya kesilapan dalam pembelajaran bunyi-bunyi ini. Misalnya bunyi z-c, zh-ch dan j-q tidak wujud dalam sistem konsonan BM, maka pelajar secara tanpa disedari akan menggunakan bunyi yang hampir sama dalam BM iaitu /č/ untuk menggantikan bunyi-bunyi tersebut dan akhirnya menyebabkan kesilapan berlaku (Tan 1993, m.s.111-113). Untuk mengatasi masalah kekeliruan antara bunyi aspirated dan unaspirated, Li Ming berpendapat bahawa penekanan terhadap perbezaan terhadap kedua-dua kumpulan bunyi ini harus ditegaskan. (Zhao 1997b, m.s.331-336) Men Zimin pula berpendapat bahawa penggunaan International Phonetic Alphabet untuk menggantikan lambang fonetik yang asal akan membantu pelajar membezakan kedua-dua bunyi kumpulan ini. Misalnya, menggunakan [tʂ], [tʂʻ] untuk menggantikan zh, ch. Selain itu, pelajar juga boleh meletakkan tapak tangannya atau sehelai tisu di depan mulut semasa mereka menyebut bunyi aspirated dan unaspirated. Apabila mereka menyebut bunyi aspirated, mereka dapat merasai hembusan angin keluar dari mulut mereka atau tisu 114

tersebut akan bergerak manakala sekiranya tidak dapat merasai hembusan angin keluar dari mulut atau tisu tersebut tidak bergerak, maka mereka telah menyebut bunyi unaspirated (Cui & Yang 2005, m.s.17). Dai Qingxia ( 戴庆夏 ) (1999, m.s.188-194) berpendapat bahawa pemupukan kemahiran mendengar harus digabung dengan kemahiran menutur, menulis dan membaca barulah dapat mencapai keberkesanannya. Beliau mencadangkan latih tubi yang berbentuk mendengar-menutur, mendengar-menulis, mendengar-mengaksi dapat meningkatkan keupayaan pembelajaran pelajar. Dalam aspek suku kata akhiran, hasil kajian pengkaji telah menunjukkan bahawa pelajar lemah dalam vokal seperti o, üan dan ian yang mana masing-masing memperolehi peratusan bilangan betul yang rendah, iaitu 37.5%, 40% dan 17.5%. Vokal tunggal o jika sekiranya berdiri sebagai vokal tunggal, ia tidak akan menimbulkan masalah kepada pelajar. Namun apabila vokal o digabung dengan bunyi bibir b untuk membentuk suku kata bo, maka sebutan [po] akan mengelirukan kerana bunyi ini hampir sama dengan buo dalam BM. Keadaan yang sama juga berlaku pada vokal sengau üan dan ian. Apabila ia berdiri sebagai suku kata, ejaannya akan ditulis sebagai yuan dan yan dan disebut sebagai [yεn] dan [iεn]. Kedua-dua sebutan ini hampir sama dengan sebutan yuen dan yen dalam BM. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa punca kesilapan utama bagi golongan suku kata akhiran adalah gangguan bahasa ibunda iaitu BM. Maka untuk mengatasi masalah ini, pelajar harus diberi penerangan dan penekanan khas semasa mereka 115

diberi pendedahan suku kata akhiran. Latihan tubi yang dicadangkan oleh Dai (1999, m.s.188-194) adalah sesuai diberi kepada pelajar supaya mereka dilatih untuk membiasakan diri dalam struktur sebutan bahasa yang baru. Selain itu, latih tubi yang dicadangkan oleh Yang Huiyuan ( 杨惠元 ) (1996, m.s.51-69) dalam bentuk mendengar-meniru, mengeja dan membuat perbandingan juga akan membantu pelajar mengukuhkan asas mereka dalam bahagian ini. Berbeza dengan BM, bahasa Mandarin adalah bahasa yang bernada. Hasil daripada kajian yang diperolehi, didapati bahawa pelajar adalah lemah dalam membezakan 4 nada bahasa Mandarin, khasnya dalam nada kedua. Dalam hal ini, Cui Yonghua ( 崔永华 ) & Yang Jizhou ( 杨寄洲 ) (2005, m.s.19-20) telah memperkenalkan kaedah hyperbole dalam pembacaan nada atau menggunakan aksi tangan untuk mengambarkan 4 tanda diakritik yang berlainan dengan tujuan menarik perhatian pelajar dan memberi kesan yang mendalam kepada mereka. Selain itu, kaedah perbandingan antara bahasa ibunda dan bahasa sasaran yang diperkenalkan oleh Zhou Xiaobing ( 周小兵 ) dan ( 李海鸥 ) (2004, m.s.142-143) juga amat berkesan dalam membantu pelajar menguasai nada bahasa Mandarin. Misalnya, intonasi suku kata awalan makan dalam BM boleh disamakan dengan nada pertama bahasa Mandarin, manakala intonasi suku kata akhiran makan pula boleh disamakan dengan nada keempat bahasa Mandarin. Seterusnya, suku kata pertama dalam perkataan BM kekasih pula boleh disamakan dengan nada ketiga dalam Mandarin. Di samping itu, Cui & Yang (2005, m.s.23) telah mencadangkan nyanyian lagu 4 nada sebagai latih tubi yang dapat mengukuhkan penguasaan 4 nada bahasa Mandarin. Misalnya guru boleh membimbing pelajar 116

menyanyikan ā-á-ǎ-à, mā-má-mǎ-mà dengan cara guru bermula dengan nada pertama dan pelajar meneruskan lagu nada kedua, ketiga dan keempat, dan seterusnya nyanyian lagu ini boleh dijalankan secara bergilir-gilir atau berkumpulan. Guan Jian ( 关键 )telah mengemukakan 3 kelemahan yang sedia wujud dalam pengajaran nada, iaitu kelemahan pelan perancangan pengajaran, kekurangan bahan pengajaran, dan kelemahan kaedah pengajaran. (Wang 2006, m.s.70-75) Menurut beliau, hanya sekadar mengajar pelajar menyebut perkataan dengan nada yang betul adalah tidak mencukupi. Para tenaga pengajar juga seharusnya menekankan sebutan nada yang betul dalam bentuk ayat mahupun dalam perbualan dialog. Kesilapan yang berlaku dalam penyebutan perlu dibetulkan dengan segera untuk mengelakkan daripada menjadi satu kebiasaan. Secara keseluruhannya, penyelesaian masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam proses pembelajaran sistem fonetik bahasa Mandarin dapat diatasi dengan pelbagai cara. Peranan yang dimainkan oleh pelbagai pihak seperti guru, pelajar, pihak universiti adalah amat penting dalam usaha meningkatkan tahap penguasaan HP dalam kalangan pelajar. Sebagai seorang guru, mereka haruslah memberi penekanan yang lebih kepada latihan mendengar melalui permainan aktiviti di samping mempelbagaikan penggunaan bahan pengajarannya. Kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar seperti kaedah pembelajaran koperatif harus dilaksanakan bagi mengurangkan perasaan bimbang pelajar semasa mempelajari B2. Selain itu, guru juga bertanggungjawab memurnikan sukatan pelajaran bahasa Mandarin dan modul pengajaran mengikut perkembangan bahasa dari semasa ke semasa dan bersesuaian 117

selaras dengan peruntukan waktu pengajaran yang terhad. Sebagai seorang pelajar, mereka haruslah meluangkan masa menjalankan latihan yang banyak, mendengar pita rakaman dan mengambil inisiatif menerima pendedahan bahasa Mandarin di luar bilik kuliah, misalnya mendengar radio, menonton TV atau bergaul dengan kawan yang mahir dalam bahasa Mandarin. Bagi pihak universiti pula, langkah-langkah seperti meningkatkan kemudahan makmal bahasa, menyediakan makmal pembelajaran kendiri, menggalakkan tenaga pengajarnya menghadiri kursus, seminar atau persidangan yang berkaitan dengan kaedah pengajaran HP, memberi sokongan penuh dalam usaha memperkembangkan bahan pengajaran yang sedia ada untuk mempertingkatkan tahap penguasaan pelajar. 5.3 CADANGAN UNTUK KAJIAN SELANJUTNYA Kajian ini membuka laluan kepada mereka yang berminat meneruskan bidang kajian ini selanjutnya seperti berikut : a) meneruskan kajian dengan sasaran subjek kajian yang berlainan Para penyelidik boleh meneruskan kajian selanjutnya dengan sasaran yang berbangsa lain seperti pelajar India, orang asli atau orang Cina yang bukan berpendidikan bahasa Mandarin. Penyelidik boleh meninjau sejauh manakah persamaan dan perbezaan hasil kajiannya dengan keputusan yang diperolehi oleh pengkaji. b) meneruskan kajian ini dengan saiz kajian yang lebih besar 118

Para penyelidik boleh meneruskan kajian ini dengan komponen saiz yang lebih besar. Bilangan subjek kajian dalam penyelidikan ini hanya terhad kepada 40 orang pelajar sahaja. Penyelidik yang berminat terhadap bidang kajian ini boleh meneruskan kajian ini dengan lebih ramai bilangan subjek kajian untuk melihat sama ada keputusan yang diperolehi sama dengan pengkaji atau tidak. c) meneruskan kajian ini dengan menggantikan soalan yang berbentuk perkataan dengan perbendaharaan kata, frasa dan ayat ; Dalam kajian ini, pengkaji hanya memberi fokus kepada sebutan fonetik bahasa Mandarin. Para penyelidik boleh menggantikan kajian selanjutnya dengan fokus yang lain seperti perbendaharaan kata, frasa atau ayat untuk menguji kemahiran mendengar subjek kajian. d) mengulangi kajian sedemikian dalam kalangan pelajar peringkat pertengahan di UPSI Para penyelidik boleh mengulangi kajian yang sama dengan menggunakan subjek kajian peringkat pertengahan dan tinggi. Kajian dilakukan ke atas golongan peringkat pembelajaran yang berbeza adalah bertujuan untuk menguji kekonsistenan dan kesahihan dapatan kajian antara dua kumpulan yang mempunyai tahap penguasaan yang berlainan 5.4 KESIMPULAN Adalah jelas bahawa pembelajaran B2 merupakan sesuatu yang baru dan berbeza dengan bahasa ibunda yang menjadi pertuturan seharian. Keadaan ini akan menimbulkan masalah dalam pembelajaran mereka khasnya dalam aspek sebutan 119

fonetik bahasa Mandarin. Ini kerana sistem fonetik bahasa Mandarin berbeza dengan sistem fonetik bahasa ibunda mereka. Berdasarkan analisis yang diperolehi dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa pelajar Melayu mengalami pelbagai unsur yang menjadi halangan mereka dalam pembelajaran sebutan fonetik bahasa Mandarin. Oleh itu, pengkaji mencadangkan para tenaga pengajar sewajarnya menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian untuk membantu pelajar Melayu menguasai sebutan fonetik bahasa Mandarin. Dalam pengajaran sebutan fonetik bahasa Mandarin, latih-tubi yang menfokuskan kemahiran mendengar harus sentiasa diberi kepada pelajar Melayu bagi mengukuhkan pengetahuan asas mereka. Kesilapan yang berlaku harus dibetulkan dengan segera di samping mendedahkan pelajar Melayu persamaan dan perbezaan antara bahasa ibunda dan bahasa sasaran. Sebagai seorang tenaga pengajar, mereka juga harus berinisiatif meningkatkan ilmu dalam bidangnya. Langkah yang proaktif dan bekesan perlu diteliti dan diberi perhatian oleh semua pihak yang bertanggungjawab. 120