turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

Similar documents
BAB SATU

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

BAB SATU

Tajuk

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Penghargaan

PowerPoint Presentation

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Penghargaan

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

PowerPoint Presentation

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

Penghargaan

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun


KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

BAB 5

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

Kertas 1

华小董事觉醒运动缘起

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

BAB SATU

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

SaverBrochure_F 07.ai

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

Penghargaan

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总

社團改組資料

BookCatalog FINAL

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

Microsoft Word - 15 TanChingChing

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

JAWATANKUASA PENERBITAN KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP AMB. JANUARI 2008 (BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IP

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

Microsoft Word - Apendix alla.doc

各位记者先生,小姐

Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of

PowerPoint Presentation

5 阅读理解二 (2 篇 ) Chinese 试卷一 : 2 个小时 (60 分 ) 1. 实用文 私人电邮 - 分享类 ( 分享经验 / 心得 ) 公务电邮 - 投诉类 2. 作文 (3 题选一 ) 命题作文 ( 写人 ) 命题作文 ( 写事 ) 情境作文 试卷二 : 1 个小时 30 分钟 (

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

Privacy Notice

Microsoft Word - Avail News _Januari 2015_.doc

四年级第二 次月考范围

Q: Must the Relationship Managers or sales persons handling the investment products of SCSB be licensed? Does that mean your RMs are now under SCSB? W

CPB89 A5 Booklet Employer ALL

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

Dear Parents,

ZC501N_UM_FrontPg

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧

JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH (PBS) NAIB PN. LIANG FEI SHIN PN. LEE CHAI YENG (TAHAP 1) CIK TUEH SHE PING (TAHAPN 2) KPBM: PEMENTORAN KPBI

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

To:

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb

1

各 部 门 工 作 总 结 报 告 19

四年级第二 次月考范围

Transcription:

BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan Dalam bab ini, data-data yang dipilih untuk tujuan penyelidikan ini serta caracara data tersebut dipungut akan dibincangkan. Seterusnya, kaedah-kaedah menganalisis data tabii yang digunakan turut dibincangkan. Data penyelidikan ini ialah iklan-iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia yang memiliki fenomena percampuran kod. Terlebih dahulu kajian rintis yang dijalankan sebelum penyelidikan dibincangkan dalam 3.2, dan diikuti oleh perbincangan tentang metod penyelidikan yang digunakan. Kaedah-kaedah penyelidikan tersebut termasuk pengumpulan data, instrumen temu bual, soal selidik dan kaedah penganalisisan data yang digunakan. 3.2 Kajian Rintis Menurut Fraenkel dan Wallen (1990), kajian rintis merupakan cubaan kajian yang dijalankan secara kecil-kecilan dan bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan instrumen kajian dan tatacara penyelidikan. Tambahan pula, suatu penyelidikan akan dapat dikenal pasti sama ada dapat terus dijalankan atau sebaliknya melalui kajian rintis. Sebagai seorang pembaca akhbar bahasa Cina Malaysia, pengkaji mendapati bahawa iklan-iklan perniagaan tempatan yang memiliki fenomena percampuran kod semakin bertambah. Percampuran bahasa telah menjadi salah satu ciri istimewa dalam laras bahasa iklan perniagaan di Malaysia. Dalam proses menjalankan kajian rintis, 50 ayat iklan bahasa Cina dipilih secara rawak daripada salah satu akhbar bahasa Cina tempatan, iaitu Nanyang Siang Pau pada awal tahun 2005. Ayat-ayat iklan tersebut 65

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat-ayat iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia. Pelbagai jenis perkataan bahasa Inggeris disisipkan ke dalam ayat-ayat iklan bahasa Cina tersebut, dan hampir semua perkataan tersebut mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Hasil dapatan kajian rintis ini turut membuktikan bahawa kajian ini adalah memadai dan boleh teus dijalankan. 3.3 Pengumpulan Data Pada mulanya, 300 ayat iklan perniagaan bahasa Cina dipetik dari empat akhbar bahasa Cina di Malaysia. Akhbar-akhbar bahasa Cina tempatan tersebut ialah (1) Guang Ming Daily ( 光明日报 ), (2) China Press ( 中国报 ), (3) Nanyang Siang Pau ( 南洋商报 ) dan (4) Oriental Daily ( 东方日报 ) yang diterbitkan dari Julai 2005 hingga Disember 2005, iaitu selama enam bulan. Keempat-empat surat khabar bahasa Cina tersebut mempunyai golongan pembaca yang agak ramai di seluruh Malaysia. Terdapat juga ruang yang tersedia dalam akhbar-akhbar bahasa Cina tersebut agar membolehkan syarikat dan peniaga mempromosikan produk dan perkhidmatan perniagaan masingmasing melalui bahasa dan gambar kepada golongan pembaca dan pengguna di Malaysia. Selepas itu, setiap ayat iklan tersebut dibaca dengan teliti. Didapati bahawa sesetengah ayat tersebut tidak mempunyai fenomena percampuran kod atau mempunyai percampuran perkataan bahasa Melayu. Terdapat juga iklan yang bertindih dan dicampuri oleh terlalu banyak kata nama khas bahasa Inggeris. Faktor ini turut mengakibatkan tidak semua iklan perniagaan tersebut dikaji. Selepas penapisan dan pemilihan dilakukan, sebanyak 100 ayat iklan perniagaan bahasa Cina dipilih dan 66

dijadikan sebagai data penyelidikan ini. Iklan-iklan tersebut diterbitkan untuk mempromosikan dan mengiklankan barangan perniagaan tertentu seperti kereta, telefon bimbit, bir, bahan bacaan, makanan segera, pencuci rambut, perabot, alat elektronik, alat tulis, wayang, lagu, nada dering dan sebagainya kepada golongan pengguna tempatan. Selain itu, iklan-iklan perniagaan bahasa Cina tersebut juga mengiklankan dan memperkenalkan perkhidmatan perniagaan, institusi pengajian, jualan murah di pusat beli-belah dan tempat hiburan yang tertentu kepada pembaca-pembaca akhbar bahasa Cina di Malaysia. Tempoh masa selama enam bulan telah digunakan untuk mengumpul data penyelidikan tersebut. 3.4 Instrumen Kajian Dua jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual dan soal selidik. Dengan kata lain, terdapat dua kumpulan responden dalam penyelidikan ini. 3.4.1 Temu Bual Untuk mencapai objektif penyelidikan ketiga, lima orang penulis iklan bahasa Cina tempatan telah ditemu bual untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mengakibatkan perkataan-perkataan bahasa Inggeris tertentu dicampurkan ke dalam tajuk besar dan ayat iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia. Butir-butir penulispenulis iklan bahasa Cina (responden-responden) yang ditemu bual tersenarai dalam Jadual 1 berikut. 67

Penulis iklan BC Jadual 1: Butir-butir lima orang responden yang ditemu bual Jantina Bangsa Pengalaman pengiklanan Ada/Tidak mencampurkan kod dalam iklan W Lelaki Cina 4 tahun Ada C Lelaki Cina 6 tahun Ada K Lelaki Cina 6 tahun Ada M Perempuan Cina 8 tahun Ada B Lelaki Cina 9 tahun Ada Semua penulis iklan yang ditemu bual adalah kaum Cina Malaysia. Mereka mempunyai pengalaman pengiklanan selama sekurang-kurangnya empat tahun. Empat orang daripada mereka berjantina lelaki, manakala hanya seorang yang berjantina perempuan. Semua responden (penulis iklan bahasa Cina) yang ditemu bual mengakui bahawa diri mereka pernah mencampurkan bahasa Inggeris ke dalam ayat iklan perniagaan bahasa Cina yang dihasilkan. Justeru, maklum balas yang diberi oleh mereka dalam sesi temu bual adalah amat berguna dan boleh dipercayai di samping dapat memperkukuh lagi hasil analisis yang dibincangkan dalam 4.4. Untuk mencapai objektif penyelidikan ketiga, pengkaji telah menyediakan soalan-soalan yang ditujukan kepada lima orang penulis iklan bahasa Cina yang ditemu bual (Sila rujuk Lampiran I). Soalan-soalan yang dikemukakan kepada lima orang responden tersebut adalah berbentuk separa berstruktur. Sebahagian besar daripada soalan-soalan tersebut digubal berdasarkan data penyelidikan dan juga hasil analisis bahagian 4.3. Sebagai contoh, melalui temu bual, dapatlah diketahui bahawa faktorfaktor yang mengakibatkan kata sifat (misalnya cool dan in ) dan kata seru bahasa Inggeris (misalnya yeah dan wow ) yang tertentu disisipkan ke dalam iklan perniagaan bahasa Cina. Tambahan pula, melalui sesi temu bual, faktor-faktor yang 68

menyebabkan kata-kata singkatan bahasa Inggeris, iaitu CD, VCD, DVD, SMS, MMS, IT, VIP dan OK dicampurkan juga akan dapat diketahui. Maklum balas daripada responden-responden yang ditemu bual akan membantu pengkaji untuk menjawab soalan penyelidikan ini di samping membolehkan objektif kajian ketiga tercapai. Lebih kurang dua jam digunakan untuk bertemu bual dengan setiap penulis iklan. Selepas mendapat persetujuan daripada responden-responden temu bual, pengkaji turut mencatatkan maklum balas mereka dengan menggunakan perakam suara dan pen agar memudahkan kerja penganalisisan yang seterusnya. Seterusnya, maklum balas responden yang telah dirakamkan turut ditranskripsikan. Hasil transkripsi tersebut ditunjukkan sekali lagi kepada responden-responden yang ditemu bual lalu meminta mereka untuk mengesahkan hasil transkripsi tersebut sememangnya maklum balas mereka. Proses ini diperlukan agar memastikan kesahan dan kebolehpercayaan data. 3.4.2 Soal Selidik Untuk mencapai objektif kedua penyelidikan ini, soal selidik diberi kepada 100 orang responden yang mempunyai umur, taraf pendidikan, latar belakang dan pekerjaan yang berbeza. 20 orang responden soal selidik merupakan mahasiswa dan mahasiswi universiti tempatan. 20 orang lagi responden soal selidik merupakan pelajar sekolah menengah. 20 orang daripada semua responden soal selidik merupakan guru sekolah menengah, manakala 40 orang lagi responden merupakan pembaca akhbar di luar kampus. Umur responden soal selidik adalah antara 15 hingga 65 tahun. Kebanyakan responden berada dalam lingkungan umur 20 hingga 45 tahun. 100 orang responden ini merupakan pengguna bahasa Cina di Malaysia. Mereka juga merupakan pembaca 69

akhbar bahasa Cina tempatan. Dari segi taraf pendidikan pula, kebanyakan responden soal selidik telah mencapai taraf pendidikan sekolah menengah dan ke atas. Soal selidik dikemukakan untuk mengetahui pandangan responden terhadap ciri-ciri sesetengah perkataan bahasa Inggeris yang dicampurkan ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia. Misalnya, melalui soal selidik, pengkaji ingin mengetahui pandangan responden tentang sama ada kata-kata adjektif bahasa Inggeris yang dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina tempatan seperti in, hot dan cool adalah berciri moden atau sebaliknya. Tambahan pula, melalui soal selidik, pengkaji juga ingin mengenal pasti adakah cafe, SMS, top-up, yes, CD, VCD, DVD dan bye-bye yang dicampurkan ke dalam iklan-iklan bahasa Cina juga kerap dicampurkan ke dalam pertuturan bahasa Cina di kalangan responden. Selain itu, pengkaji juga ingin mengetahui pandangan responden tentang sama ada kata-kata singkatan bahasa Inggeris seperti CD, VCD, DVD, SMS dan VIP yang disisipkan adalah kelihatan lebih singkat atau sebaliknya sekiranya dibandingkan dengan item-item leksikal bahasa Cina yang sama makna dengannya. Semua soalan dalam borang soal selidik adalah dibentuk dengan berdasarkan hasil dapatan analisis data dan soalan-soalan tersebut adalah berbentuk tertutup (close-ended). (Sila rujuk Lampiran II) 3.5 Penganalisisan Data Selepas semua data primer dan sekunder yang berkenaan dikumpulkan, datadata tersebut dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Bagi penganalisisan kuantitatif, pengkaji mengkategorikan item-item leksikal (termasuk singkatan) bahasa Inggeris yang telah dicampurkan ke dalam iklan-iklan bahasa Cina tempatan kepada beberapa 70

kelas kata. Seterusnya, jadual berangka digunakan untuk menunjukkan frekuensi dan peratus kata-kata bahasa Inggeris yang dicampurkan ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia. Daripada jadual yang dibentuk, kata-kata bahasa Inggeris tersebut dikategorikan ke dalam lapan kelas kata lalu dianalisis dengan kaedah kuantitatif. Melalui penganalisisan, kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan akan dapat dikenal pasti. Selain daripada kaedah penganalisisan kuantitatif, kaedah deskriptif juga digunakan dalam penyelidikan ini. Menurut Salkind (1997), kaedah deskriptif merupakan metod penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan dan menghuraikan sesuatu fenomena atau keadaan yang tertentu. Tambahan pula, kaedah deskriptif juga bertujuan untuk menerokai satu bidang yang belum atau kurang dikaji, namun kaedah ini tidak bertujuan untuk menguji kebenaran atau ketepatan sesuatu hipotesis. Dalam 4.3, pengkaji menganalisis dan membincangkan ciri-ciri perkataan bahasa Inggeris yang dicampurkan ke dalam tema dan ayat huraian iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia berserta. Pengkaji hanya menganalisis dan membincangkan ciri-ciri item leksikal bahasa Inggeris tersebut dari segi linguistik sahaja. Tambahan pula, maklum balas 100 orang responden soal selidik tersebut dianalisis dengan kaedah manual. Ciri-ciri sesetengah perkataan bahasa Inggeris yang dicampurkan turut dibincangkan berdasarkan maklum balas mereka. Dengan kata lain, maklum balas responden soal selidik memperkukuh lagi hasil analisis tentang ciri-ciri sesetengah item leksikal bahasa Inggeris yang dicampurkan ke dalam iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia. 71

Seterusnya, maklum balas penulis-penulis iklan bahasa Cina tempatan yang ditemu bual dikemaskinikan. Kaedah kualitatif digunakan dalam membincangkan faktor-faktor yang mengakibatkan kata-kata bahasa Inggeris tersebut dicampurkan iklan perniagaan bahasa Cina tempatan. 3.6 Kesimpulan Selain daripada menjalankan kajian rintis dan memungut data, dua jenis instrumen, iaitu temu bual dan soal selidik juga digunakan dalam penyelidikan ini untuk mencapai objektif kajian tertentu. Terdapat dua kumpulan responden dalam kajian ini, iaitu responden temu bual dan responden soal selidik. Responden temu bual terdiri daripada lima orang penulis iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia, manakala responden soal selidik terdiri daripada 100 orang pengguna bahasa Cina di Malaysia yang juga merupakan pembaca iklan bahasa Cina. Dari segi kaedah penganalisisan data pula, kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan untuk menganalisis data-data penyelidikan yang diperoleh. Data-data kajian ini termasuk iklan-iklan perniagaan yang dipungut dari akhbar bahasa Cina Malaysia, maklum balas responden temu bual dan soal selidik. 72