BAB 4

Similar documents
BAB 5

Tajuk

Microsoft Word - Chord_chart_-_The_Word_of_God_in_Song CN.docx

Mixtions Pin Yin Homepage

Microsoft Word - Chord_chart_-_Song_of_Spiritual_Warfare_CN.docx

(CIP) : /. :, (/ ) ISBN T S H CI P (2006) XIANGPIAOWANLI JIUW ENH UA YU CH ENGYU

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri


ti2 guan4 bo1 bo5 huai4 zheng4 hong1 xi2 luo2 ren4

(CIP) : /. :, (/ ) ISBN T S H CI P (2006) CH IJIASH EN GXIAN G YINSHI WEN H U A Y U CHENGY U 1


turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

BAB SATU

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

PowerPoint Presentation

é é

诗 经 简介 诗经 是中国第一部诗歌总集 它汇集了从西周初年到春秋中期 五百多年间的诗歌三百零五篇 诗经 在先秦叫做 诗 或者取诗的 数目整数叫 诗三百 本来只是一本诗集 从汉代起 儒家学者把 诗 当作经典 尊称为 诗经 列入 五经 之中 它原来的文学性质就 变成了同政治 道德等密切相连的教化人的教

lí yòu qi n j n ng

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

j n yín

Penghargaan

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN



píng liú zú

Penghargaan


bài bì

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

<D2BDC1C6BDA1BFB5CDB6C8DAD7CAB8DFB7E5C2DBCCB3B2CEBBE1C3FBB5A52E786C7378>

封面封底.FIT)

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

jiàn shí


PowerPoint Presentation

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

封面封底.FIT)

Penghargaan

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

Microsoft Word - 詩經注釋.docx

BAB SATU

現代學術之建立 陳平 美學十五講 淩繼堯 美學 論集 徐複觀 書店出版社 的方位 陳寶生 宣傳 敦煌文藝出版社 論集續篇 徐複觀 書店出版社 莊子哲學 王博 道家 的天方學 沙宗平 伊斯蘭教 周易 經傳十

封面封底.FIT)


SaverBrochure_F 07.ai

合肥民商 2013 年第 10 期



Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

háng, y u jiàn xiá shì zhèn


<B3ACBDDD>


QINGDAOLAOGANBUZHIYOU

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S




Stock Transfer Service Inc. Page No. 1 CENTURY PEAK METALS HOLDINGS CORPORATION (CPM) List of Top 100 Stockholders As of 12/31/2015 Rank Sth. No. Name

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

华小董事觉醒运动缘起

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

1

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧


Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

scsx

<B7E2C3E E6169>

Wu Yi Shan Slalom Open Wu Yi Shan, China, November 2018 Final Ranking Battle Senior Women Rank ID Name Ctry Zapuskalova Nadezhda

BASTYR CENTER FOR NATURAL HEALTH Chinese and Ayurvedic Herbal Dispensary Ayurvedic Herb List

Ps22Pdf

Ps22Pdf

Kata Ganti Nama Diri padankan jawapan yang betul. 1. Kita 我 2. Mereka 你 3. Saya 他 4. Kamu 你 / 你们 5. Kami 他们 6. Awak 大家 7. Dia 我们 Kata Tanya padankan j

t o

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

DELE_MAYO2013.xls

táowù wèn hù

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

Ling Zhoujiu Shi Kuang

四年级第二 次月考范围


Microsoft Word - 3 Authentic Mandarin Chinese Street Interview Clips.docx


BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

2019 Chinese Taipei National High School Athletic Game Boxing Championship Junior Men Division Top 8 As of WED 24 APR 2019 Men s Mosquito(38-41Kg) Ran

CONTENTS 目录 县区人武 35 坚持军民融合理念 打造渌湘发展升级版 基地巡礼 38 工农武装割据的星星之火在这里点燃 走访秋收起义文家市会师纪念馆 党管武装 41 强根固本推进国防后备力量建设 株洲县人武部民兵建设纪实 2014 年 2 月 第 2 期 总第 4 期 内部资料准印证号 04

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

Transcription:

BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan Dalam bab ini, 30 buah puisi yang dianalisis dibahagikan kepada 3 bahagian mengikut tema utama dan diberi kod seperti berikut: Bahagian A : Bakat dan kemuliaan Bahagian B : Sikap belajar dan berusaha Bahagian C : Amalan kebenaran hidup Tema bakat dan kemuliaan mengandungi puisi yang berkaitan dengan moraliti, kebolehan atau kemahiran seseorang. Penulis puisi banyak menyentuh tentang kemuliaan seseorang yang berbakat, sikap yang perlu diamalkan apabila bakat seseorang tidak dikenali dan juga apa yang perlu kita lakukan untuk mencungkil bakat seseorang. Puisi bertemakan sikap belajar dan berusaha terdiri daripada puisi yang menceritakan aspek yang perlu diberi perhatian dalam usaha pembelajaran dan semangat yang perlu ada untuk mencapai kejayaan. Puisi bertemakan amalan kebenaran hidup pula menggunakan keadaan sebenar kehidupan manusia dan alam untuk menyampaikan falsafah kelakuan dan sikap baik yang perlu diamalkan oleh manusia selain dua tema utama yang dinyatakan terdahulu. Sebanyak 10 buah puisi dipilih untuk setiap tema. Puisi-puisi ini disusun mengikut tahun riwayat penulis puisi, puisi yang tiada penulis dan tiada tahun riwayat akan diletakkan di bahagian akhir sekali. Setiap 10 puisi dalam bahagian masing-masing diberi kod mengikut bahagiannya, iaitu A1-A10, B1-B10 dan C1- C10. Jumlah item leksikal metafora yang dianalisis sebanyak 122. 68

Kandungan dalam setiap analisis puisi seterusnya mengandungi aspek-aspek berikut: i) Puisi tradisional bahasa Cina yang asal dengan tulisan bahasa Cina dan sebutan bunyinya han yu pin yin. ii) Latar belakang puisi : nama penulis puisi dan tahunnya. Latar belakang puisi diterangkan supaya pembaca boleh mengetahui konteks dan budaya pada zaman itu untuk mengenal pasti item-item leksikal bermetaforikal dan juga faktor-faktor sesuatu item leksikal metafora digunakan dalam puisi tersebut. iii) Tema dan falsafah puisi. Tema dan falsafah puisi perlu diterangkan supaya dapat mengetahui maksud sebenar sesebuah puisi yang seterusnya dapat mengenal pasti item leksikal yang bermetaforikal. iv) Analisis metafora termasuk item-item leksikal metafora, penggolongan metafora, makna denotasi, makna metafora dan faktor-faktor item metafora digunakan. Selepas penganalisaan setiap puisi dalam setiap tema, perbincangan akan dibuat ke atas item-item leksikal metafora mengikut penggolongan metafora untuk setiap tema. Maklumat ringkas mengenai 30 buah puisi yang dianalisis diletakkan dalam Apendiks A. Ringkasan analisis item-item leksikal metafora pula diletakkan dalam Apendiks B. Seterusnya penterjemahan puisi dalam bahasa Melayu diletakkan dalam Apendiks C untuk puisi dalam Tema A, Apendiks D untuk puisi dalam Tema B dan Apendiks E untuk puisi dalam tema C. 69

4.2 Analisis Metafora Dalam Puisi Tradisional Bahasa Cina 4.2.1 Bahagian A : Bakat dan kemuliaan Dalam bahagian ini, pengkaji akan menganalisa 10 buah puisi yang bertema bakat dan kemuliaan. Maklumat ringkas mengenai 10 buah puisi ini diletakkan dalam Apendiks A. Ringkasan analisis item-item leksikal metafora dalam 10 puisi ini diletakkan dalam Apendiks B. Bahagian penterjemahan puisi daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu diletakkan di Apendiks C. Selepas penganalisaan untuk setiap puisi, pengkaji akan membincangkan penggunaan item leksikal metafora untuk 10 buah puisi dalam Tema A ini. Puisi A1 dan A10 tidak dijelaskan latarbelakangnya dengan terperinci disebabkan kekurangan sumber rujukan. Maklumat ini tidak diperolehi. A1. Yǒng chán 咏蝉 Chuí ruì yǐn yìn qīnglù, lòu liú xiǎng chū shū tóng 垂緌饮清露, 流响出疏桐 Jū gāo shēng zì yuǎn, fēi shì jí qiū fēng 居高声自远, 非是藉秋风 咏蝉 ditulis oleh Yu Shi Nan ( 虞世南 )( 558-638 tahun Masehi ) yang bermakna cerita puisi tentang reriang. Tema puisi ini mengatakan bahawa nama baik seseorang itu dikenali orang ramai disebabkan kemuliaan seseorang itu. Tetapi bukan kerana pujian atau bantuan sesiapa yang berpangkat atau orang yang hipokrit. 70

Menurut Kamus Xiandai Hanyu Cidian ( 1999:136), anak reriang hidup dalam tanah dan makan akar tumbuhan. Selepas menjadi dewasa, reriang akan makan cecair tumbuhan. Selain itu, semasa anak reriang berubah menjadi reriang yang dewasa, reriang akan menanggalkan kulitnya. Proses penanggalan kulit itu disifatkan sebagai pelepasan kesengsaraan dari dunia fana ini dan menuju dunia akhirat yang bahagia mengikut kepercayaan agama Buddha. Berdasarkan ciri-ciri tersebut, orang Cina menganggap reriang sebagai sejenis serangga yang berkedudukan lebih tinggi daripada yang lain. Dalam puisi ini, 蝉 iaitu reriang digolongkan sebagai metafora kata nama dan metafora kehaiwanan. 高 yang bermakna tinggi, iaitu jauh ke atas digolongkan sebagai metafora orientasi. Pada konsep manusia, sesuatu yang tinggi adalah lebih berharga, contohnya pangkat yang tinggi, harga yang tinggi dan sebagainya. Puisi ini mengatakan reriang tinggal di tempat yang tinggi ( 居高 ) memberi makna metafora bahawa kedudukan dan akhlak seseorang yang mulia dan disanjung tinggi. Selain itu, 声 iaitu bunyi adalah sumber dan sasarannya ialah nama baik; 远 iaitu jauh, besar jaraknya atau tidak dekat adalah juga metafora orientasi. Pada konsep manusia, jauh adalah lebih lama, lebih kekal atau lebih dikenali ramai, maka cerita bunyi nyanyian reriang jauh kedengaran memberi makna metafora nama baik seseorang itu diketahui orang ramai, di merata tempat. Selain itu, frasa 居高 adalah gabungan kata kerja 居 (duduk ) + kata sifat 高 (tinggi). Oleh sebab tema puisi ini ialah kemuliaan, maka tinggi ( 高 ) yang memberi makna metafora disanjung tinggi adalah lebih kuat ciri-ciri metaforanya dan lebih dekat dengan tema kemuliaan. Dengan itu, frasa ini juga digolongkan sebagai metafora kata sifat mengikut kata tinggi ( 高 ) yang merupakan kata sifat. Frasa 声远 71

(bunyi yang jauh) iaitu jauh memberi makna metafora yang berkait dengan tema puisi ini juga digolongkan sebagai metafora kata sifat. 清露 yang diterjemahkan sebagai embun pagi, pada denotasinya bermakna kabus pada waktu pagi. Item leksikal ini boleh digolongkan sebagai metafora kata nama. Puisi ini mengatakan reriang minum embun pagi kerana orang Cina pada zaman dulu tidak tahu bahawa reriang minum cecair tumbuhan. Mereka menganggap reriang minum embun pagi. Oleh sebab embun ini sejuk, tidak dapat ditangkap, segar dan tidak dicemari pada awal-awal pagi, maka ia bermakna sesuatu yang suci, amanah, bernilai dan tidak mudah diperoleh. 疏桐 merujuk kepada pokok parasol Cina yang mempunyai ranting yang sedikit. 桐 ialah kata singkatan 梧桐 iaitu pokok parasol Cina ( Chinese parasol tree ). Kayu pokok ini dianggap sebagai kayu yang bernilai. Menurut cerita legenda Cina, burung pheonix yang merupakan sejenis burung yang amat berharga akan terbang dari bahagian utara ke bahagian selatan setiap lima ratus tahun. Pada masa itu, burung pheonix ini hanya akan singgah di pokok parasol Cina dan hanya makan buah pokok ini sahaja. Dengan itu, pokok parasol Cina selalunya dianggap sebagai sejenis pokok yang bertaraf tinggi mengikut kepercayaan orang Cina. Dalam puisi ini, pokok ini ialah frasa kata nama dan metafora tumbuhan yang mencerminkan kemuliaan reriang kerana reriang menyanyi di atas pokok itu. 秋风 diterjemahkan sebagai angin musim luruh juga frasa kata nama yang merujuk kepada orang yang berpangkat atau sesiapa yang tidak berniat baik. Angin musim luruh tidak mempunyai ciri-ciri persamaan langsung dengan objek sasarannya. Penggunaan metafora ini adalah berdasarkan konteks pada masa puisi ini ditulis. Penulis 72

tidak boleh mengkritik secara terus terang sasarannya iaitu golongan atasan yang berkuasa. Secara ringkasnya, falsafah puisi ini mengatakan nama baik seseorang disebabkan kemuliaannya, tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk meningkatkan nama baiknya. A2. Gǎn yù qí yī 感遇 ( 其一 ) Lányè chūn wēiruí, guìhuā qiū jiǎojié 兰叶春葳蕤, 桂花秋皎洁 Xīnxīn cǐ shēngyì, zì ěr wéi jiājié 欣欣此生意, 自尔为佳节 Shuí zhī lín xī zhě, wén fēng zuò xiāng yuè 谁知林粞者, 闻风坐相悦 Cǎomù běn yǒuxīn, héqiú měirén zhé 草木本有心, 何求美人折 Penulis Zhang Jiu Lin ( 张九龄 ) ( 678-740 tahun Masehi ) telah menulis 12 buah puisi yang digolongkan dalam tajuk ini - 感遇. Puisi di atas ialah puisi yang pertama dalam 感遇 yang bermakna perasaan yang dialami berdasarkan kepada apa yang ditemui. Tema puisi ini menyampaikan falsafah bahawa orang yang mulia mempunyai maruah yang tinggi dan tidak perlu diketahui oleh orang lain atau diberi simpati. Dalam puisi ini, frasa bunga orkid ( 兰花 ) dan bunga laurel ( 桂花 ) merupakan metafora kata nama dan metafora tumbuhan yang berfungsi sebagai sumber untuk 73

menunjukkan kemuliaan seseorang. Menurut makna denotasi, bunga orkid ialah tumbuhan darat atau epifit daripada famili Orchidaceae yang bunganya berwarna terang dan cantik. Bunga laurel pula merupakan pokok renik yang daunnya hijau berkilat. Kedua-dua pokok bunga ini berasal dari negeri Cina. Mereka digolongkan dalam sepuluh buah pokok bunga yang paling cantik dan terkemuka di negeri Cina. Malahan, menurut legenda orang Cina, bunga laurel ialah dewa bunga pada bulan Ogos berdasarkan kecantikan dan cerita dongeng mengenainya. Bunga orkid dan bunga laurel juga digolongkan sebagai metafora ontologi. Item leksikal 葳蕤 yang menyatakan kesuburan bunga orkid yang tumbuh dengan baik menjadi item leksikal metafora kata sifat yang memberi maksud bersemangat dan bergaya; begitu juga frasa 皎洁 yang bermakna putih dan bersih, iaitu tidak kotor yang merujuk kepada bunga laurel yang merupakan metafora kata sifat yang bermaksud suci dan amanah. Selain itu, 皎洁 memberi maksud terang dan bersih mengikut Kamus Xiandai Hanyu Cidian ( 1999:636). Mengikut konsep umum dan pengalaman manusia, warna putih mendukung makna suci. Oleh itu, item leksikal ini juga boleh digolongkan sebagai metafora ontologi. Di samping itu, frasa ini sebenarnya digunakan untuk merujuk bulan yang terang dan putih, tetapi ianya digunakan untuk merujuk keadaan bunga laurel dalam puisi ini. Berdasarkan penggunaan ini, frasa ini boleh digolongkan sebagai metafora struktur iaitu bunga laurel dianggap sebagai satu entiti yang suci, maka frasa 皎洁 yang digunakan untuk bulan dengan makna metafora suci juga boleh digunakan untuk bunga laurel. Ayat 自尔为佳节 yang bermaksud mereka tumbuh dengan subur pada musim-musim yang sesuai masing-masing digolongkan sebagai metafora ontologi yang 74

bermaksud seseorang itu akan menunjukkan bakatnya tersendiri pada sesuatu masa yang sesuai. Musim pada makna denotasinya bererti masa yang tetap atau khusus setiap tahun mengikut perubahan iklim. Dua ayat yang terakhir : 草木本有心, 何求美人折 telah wujud sebagai metafora personifikasi, iaitu tumbuhan telah dijadikan sebagai manusia yang mempunyai hati ( 心 ) dan tidak meminta orang lain untuk memetiknya. Mengikut makna denotasi, hati bermaksud batin, iaitu tempat perasaan dan pengertian. Makna metafora yang dihuraikan di atas memang tepat sekali sekiranya kita mengkaji latar belakang penulis dan konteksnya. Menurut Bi (1994), penulis 张九龄 (Zhang Jiu Lin) ( 678-740 tahun Masehi ) merupakan seorang yang jujur, amanah, berani memberi nasihat kepada raja dan mulia (Meng, 1994:3-5). Beliau pernah menjadi perdana menteri yang berpangkat tinggi pada zaman Dinasti Tang. Malangnya pada tahun 736 tahun Masehi, beliau dihina dan dipecat daripada jawatannya kerana hasutan menteri lain yang jahat. Beliau menulis puisi ini selepas dipecat. Daripada analisis puisi ini, kita dapati bunga tersebut mewakili penulis iaitu beliau dapat menjalankan tugasnya dengan hati yang jujur, suci, bertanggung jawab dalam jawatannya seperti bunga tersebut yang menunjukkan kecantikannya pada musim tertentu. Beliau berpendapat seseorang itu boleh menunjukkan kebolehannya pada masa yang sesuai dan tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk memberi peluang kepadanya. 75

A3. Dēng jiǔ fēng lóu jì Zhāng hù 登九峰楼寄张祜 Bǎi gǎn zhōng lái bú zìyóu, jiǎo shēng gū qǐ xīyáng lóu 百感衷来不自由, 角声孤起夕阳楼 Bì shān zhōng rì sī wújìn, fāng cǎo hé nián hèn jí xiū 碧山终日思无尽, 芳草何年恨即休 Jié zài yǎn qián zhǎng bújiàn, dào fēi shēn wài gèng hé qiú 睫在眼前长不见, 道非身外更何求 Shuí rén dé shì Zhāng gōngzǐ, qiān shǒu shī qīng wàn hù hóu 谁人得似张公子, 千首诗轻万户侯 Puisi ini ditulis oleh Du Mu ( 杜牧 )(803-852 tahun Masehi). Tajuknya 登九峰楼寄张祜 bermaksud menaiki Bangunan Sembilan Puncak dan puisi ini dikirimkan kepada Zhang Hu. Zhang Hu ialah rakan Du Mu. Pada masa itu, Du Mu bersimpati dengan Zhang Hu kerana dihina oleh seorang penyair lain yang terkenal iaitu Bai Ju Yi ( 白居易 ). Selepas perjumpaan dengan Zhang Hu, Du Mu telah menulis puisi ini untuk menggalakkan Zhang Hu di Bangunan Sembilan Puncak. Item-item leksikal metafora dalam puisi ini wujud pada ayat kelima dan kelapan yang menunjukkan maksud sebenar puisi ini. Item-item leksikal metafora ini ialah bulu mata ( 睫 ), ribuan puisi ( 千首诗 ) dan anugerah gelaran yang memiliki kawasan seluas beratus ribu keluarga ( 万户侯 ). Bulu mata ( 睫 ) iaitu bulu pada tepi mata merupakan frasa metafora kata nama dan metafora pengkonkritan, frasa ini merujuk kepada kesilapan atau kelemahan 76

seseorang yang abstrak. Penulis mengatakan bahawa bulu mata yang tumbuh di bahagian atas mata tidak kelihatan untuk menyindir pengkritik Zhang Hu kerana tidak nampak kesilapan dan kelemahan sendiri Seterusnya, kata nama 千首诗 yang bermakna ribuan puisi merupakan metafora kata nama dan juga metafora pengkonkritan yang memberi makna kemuliaan dan amalan yang ikhlas. Puisi pada makna denotasinya ialah karangan yang berbentuk sajak. Frasa ini digunakan sebagai sasaran kerana penulis puisi pada zaman itu sangat mementingkan kelakuan baik dan banyak menulis puisi yang berunsur falsafah. Penulis memuji kawannya yang mementingkan ribuan puisi. Ini bermakna kawannya itu rajin mempraktikkan diri dengan moraliti yang baik. Sebaliknya, kawannya tidak mementingkan anugerah gelaran yang memiliki kawasan seluas beratus ribu keluarga ( 万户侯 ). Kata nama ini juga merupakan item leksikal metafora kata nama dan metafora pengkonkritan yang menunjukkan kenamaan dan kekuasaan. Gelaran pada makna denotasinya bermaksud panggilan kehormat yang diberi kerana jasa seseorang. Anugerah gelaran pada makna metaforanya merujuk kepada kemasyhuran atau pujian yang diberi oleh orang lain. Orang mulia tidak akan tamak kepada kebanggaan sebegini kerana ia tidak semestinya benar dan boleh berbentuk rasuah, maka anugerah gelaran selalunya dihina oleh orang yang mulia. Kedudukan jawatan tinggi yang memiliki kawasan yang luas pula merujuk kepada kekuasaan dan kekayaan seseorang. Hal ini kerana pegawai yang memiliki kawasan yang luas dengan penduduk ramai pada masa itu dapat menuntut cukai daripada penduduk untuk mendapat kekayaan dan kekuasaan. 77

Puisi ini pada unsur falsafahnya menceritakan seseorang yang bermoral tinggi tidak perlu menghirau kritikan orang lain tetapi terus mengamalkan kelakuan baiknya dan tidak tamak akan gelaran, kekayaan dan kekuasaan. A4. Zá jiè 杂诫 Dài xiāng rù bào sì, xiāng qì tóng bàoyú. 带香入鲍肆, 香气同鲍鱼 Wèi rù yóu kě wù, yǐ rù dāng hérú? 未入犹可悟, 已入当何如? Puisi ini ditulis oleh Cao Ye ( 曹邺 ) (kira-kira 816-875 tahun Masehi )dari Dinasti Tang. Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan. Menurut rekod dalam buku 唐诗纪事, Cao Ye ialah seorang pegawai yang amanah dan istimewa dengan adanya bukti daripada hasil kerjanya. Tajuk puisi ini 杂诫 bermaksud peringatan atau nasihat yang tidak teratur. Tema puisi ini memang bertujuan mengingatkan pembaca termasuk penulis sendiri supaya jangan dipengaruhi oleh unsur-unsur yang tidak baik di tempat kerja yang gelap dan kotor. Puisi ini menggunakan dua frasa untuk menerangkan sifat yang baik dan yang jahat. Pertama, bau wangi ( 香气 ) pada makna denotasi ialah sangat sedap baunya atau harum merujuk kepada kemuliaan dan amanah. Frasa ini digolongkan sebagai metafora kata sifat. Kedua, ikan jeruk ( 鲍鱼 ) yang merupakan ikan yang diasamkan berbau 78

busuk dan merujuk kepada orang yang berniat jahat. 肆 iaitu kedai merujuk kepada tempat kerja. 鲍肆 yang merupakan kedai menjual ikan jeruk merujuk kepada sesuatu tempat kerja yang penuh dengan orang yang tidak baik atau tidak amanah. Frasa 鲍鱼 (ikan jeruk) dan 鲍肆 (kedai menjual ikan jeruk) digolongkan sebagai metafora kata nama. Penulis menggunakan bau untuk menyifatkan kelakuan orang berdasarkan metafora yang berorientasikan konsep. Dari segi konsep sejagat universal, bau wangi adalah disukai ramai dan disanjung tinggi. Namun, bau busuk seperti bau ikan jeruk adalah dihina oleh orang. Melalui puisi ini, penulis ingin menyampaikan falsafahnya bahawa kita mesti sentiasa sedar untuk mengamalkan kelakuan yang baik walaupun kita terpaksa bekerja di tempat yang tidak amanah. Puisi ini ditulis pada akhir zaman Dinasti Tang, di mana keadaan politik dan sosial pada masa itu tidak tenteram. Ramai pegawai yang jujur hilang haluan dan tidak dapat melaksanakan tugas dengan pendirian yang mulia. Dengan itu, puisi ini sebenarnya menceritakan keadaan penulis dan pilihannya untuk terus memperjuangkan keadilan dalam pergolakan politik yang sengit. Puisi ini juga menjadi pedoman kepada kita supaya sentiasa sedar dan tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur yang tidak sihat. A5. Dēng fēi lái fēng 登飞来峰 Fēi lái shān shàng qiān xún tǎ, wén shuō jī míng jiàn rì shēng 飞来山上千寻塔, 闻说鸡鸣见日升 79

Bú wèi fú yún zhē wàng yǎn, zhǐ yuán shēn zài zuì gāo céng 不畏浮云遮望眼, 只缘身在最高层 Puisi ini ditulis oleh Wang Anshi ( 王安石 ) ( 1021-1086 tahun Masehi ). Tajuk ini 登飞来峰 bermakna menaiki Gunung Fei Lai. Penulis menulis puisi ini semasa beliau menaiki Gunung Fei Lai dan mendapat ilham. Makna denotasi puisi ini memberi maksud mengenai pemandangan di atas gunung dan perasaan penulis. Malahan, ayat ketiga dan keempat merupakan tema puisi yang berunsur falsafah, mengatakan seseorang yang mulia tidak akan takut kepada orang yang berniat jahat. Item-item leksikal metafora dalam puisi ini ialah awan terapung ( 浮云 ), menutup ( 遮 ), mata yang memandang ( 望眼 ) dan tingkat yang paling tinggi ( 最高层 ). Awan pada makna denotasinya bermakna wap air yang bergumpal di udara dan terapung pula memberi makna denotasi tidak tenggelam. Awan terapung dalam puisi ini merupakan item leksikal metafora kata nama yang merujuk kepada orang yang kurang pendirian. Frasa ini digunakan sebagai sumber kerana awan terapung merupakan sesuatu yang ringan, sentiasa bergerak mengikut tiupan angin, tidak tentu arah dan berubah-ubah. Dengan itu, awan terapung merujuk kepada orang yang tiada pendirian sendiri, berubah-ubah tindakan dengan mengikut pengaruh orang lain atau selepas menerima rasuah, tidak mengambil berat tentang kewajipan diri atau tidak berniat baik. Kata kerja menutup dengan makna denotasi tidak terbuka memberi makna menghalang atau menfitnah. Mata ialah alat untuk melihat iaitu organ deria yang penting, mata boleh digunakan untuk melihat, membantu manusia mentafsirkan, menilai atau menyelidik sesuatu perkara dan membuat keputusan, oleh itu, mata boleh mewakili 80

sesuatu pandangan, tafsiran, rancangan atau cita-cita. Perbuatan memandang adalah melihat ke tempat lain atau menuju ke hadapan yang memberi konsep adanya harapan atau pandangan yang jauh. Dengan itu, menutup mata yang memandang merupakan metafora kata kerja dan metafora pengkonkritan yang bermaksud menghalang atau memfitnah orang yang mempunyai sesuatu cita-cita yang tinggi, cadangan yang bermanfaat, rancangan yang baik atau masa depan yang cerah. Tingkat pada makna denotasinya ialah lapisan daripada sesuatu benda yang berbentuk bersusun-susun dan tinggi bermakna denotasi jauh ke atas. Tingkat yang paling tinggi ialah metafora kata sifat yang menunjukkan sasarannya kemuliaan seseorang. Kata sifat tinggi boleh digolongkan sebagai metafora orientasi iaitu tinggi memberi konsep yang lebih baik atau lebih bernilai, contohnya harga yang tinggi, jawatan yang tinggi, status yang tinggi dan sebagainya. Berdasarkan analisis makna metafora di atas, puisi ini bermaksud bahawa orang yang bermartabat tinggi tidak akan takut kepada fitnah orang jahat yang menghalang citacitanya. Dengan kata lain, selagi seseorang itu mulia dari segi fikiran dan semangatnya, dia akan sentiasa berada pada kedudukan yang lebih tinggi daripada orang yang tidak mulia. Hatinya tenang, tabah dan berani menempuh segala halangan. A6. Gǎn yù (qí qī) 感遇 ( 其七 ) Jiāngnán yǒu dān jú, jīng dōng yóu lǜlín 江南有丹橘, 经冬犹绿林 Qǐ yī dì qì nuǎn, zì yǒu suì hánxīn 岂伊地气暖, 自有岁寒心 81

Kěyǐ jiàn jiā kè, nàihé zǔ chóng shēn, 可以荐嘉客, 奈何阻重深, Yùn mìng nán suǒ yù, xúnhuán bù kě xún 运命难所遇, 循环不可寻 Tú yán shù táolǐ, cǐ mù qǐ wú yīn 徒言树桃李, 此木岂无阴 Puisi di atas juga ditulis oleh Zhang Jiu Lin ( 张九龄 ) ( 678-740 tahun Masehi ), puisi ini merupakan puisi ketujuh dalam kumpulan puisinya yang bertajuk 感遇, bermaksud perasaan yang dialami berdasarkan apa yang ditemuinya ( ke-7). Tema puisi ini menunjukkan sesuatu keadaan yang tidak adil iaitu orang ramai tidak nampak kelebihan buah tangerin yang merujuk kepada kekuatan penulis, tetapi hanya melayan orang yang lebih dikenali. Puisi di atas menggunakan buah tangerin ( 丹橘 ) sebagai item leksikal metafora kata nama yang boleh juga digolongkan dalam kategori metafora imej jenis tumbuhan. Buah tangerin ialah sejenis limau kecil yang manis dan kulitnya mudah dikupas, buah ini bertindak sebagai sumber untuk menerangkan sifat seseorang yang tahan lasak dan tabah hati. 岁寒心 yang bermaksud hati yang tahan kesejukan pada musim sejuk digunakan sebagai personifikasi yang menjadikan pokok tangerin itu seakan-akan manusia yang mempunyai hati yang tabah. Hati mempunyai makna konotasi sebagai batin, tempat perasaan, pengertian dan lain-lain. Jenis metafora ontologi wujud di sini iaitu 岁寒心 adalah lanjutan metafora daripada entiti buah tangerin. Ciri-ciri pokok buah tangerin yang tahan sejuk adalah berdasarkan kepada pertumbuhan pokok tersebut. 82

Selain itu, pokok pic dan pokok plum ( 桃李 ) juga dijadikan metafora kata nama untuk dibandingkan dengan pokok tangerin, tujuannya untuk menunjukkan orangorang lain yang lebih popular dan disanjung tinggi. Menurut Pang (1996:32), penggunaan metafora pokok tangerin, pokok pic dan pokok plum berdasarkan kepada dua buah buku ilmiah klasik berikut : i. 树橘柚者, 食之者甘, 嗅之者香 橘柚垂华实 Shù jú yòu zhě, shí zhī zhě gān, xiù zhī zhě xiāng jú yòu chuí huá shí Ayat ini bermakna buah tangerin dan buah shaddock, manis dimakan dan wangi dihidu. ii. 春树桃李, 夏得荫其下, 秋得食其实 韩诗外传 chūn shù táolǐ, xià dé yīn qí xià,qiū dé shí qíshí Hán shī wài zhuàn Ayat ini bermakna pokok pic dan pokok plum ditanam pada musim bunga, dan memberi teduh pada musim panas; buahnya dapat dimakan pada musim luruh. Mengikut Kamus Dewan (2005:1204), pokok pic adalah sejenis pokok yang mempunyai bunga berwarna samar dan buahnya bulat dan boleh dimakan. Pokok plum pula merupakan sejenis pokok yang buahnya berbentuk bujur atau bulat, berbiji keras dengan isinya lembut dan masam-masam manis ( Kamus Dewan, 2005:1219). Dengan penggunaan metafora ketiga-tiga jenis tumbuhan tersebut, penulis telah menyatakan pendapatnya bahawa orang ramai biasanya tidak tahu menghargai buah tangerin yang teguh. Hal ini kerana pada masa itu, orang ramai lebih banyak menanam pokok pic dan pokok plum daripada pokok tangerin. Puisi ini juga ditulis selepas penulis dipecat daripada jawatan menteri yang tinggi dan perasaan tidak puas hatinya jelas kelihatan. Penulis ingin menyampaikan 83

pendapatnya bahawa sesuatu yang baik memang sukar dikesan dan biasanya tidak dihargai oleh sesebuah masyarakat. A7. Gǔ fēng wǔshí jiǔ shǒu (qí sānshí bā) 古风五十九首 ( 其三十八 ) Gū lán shēng yōu yuán, zhòng cǎo gòng wú mò 孤兰生幽园, 众草共芜没 Suī zhào yángchūn huī, fù bēi gāo qiū yuè 虽照阳春晖, 复悲高秋月 Fēi shuāng zǎo xīlì, lǜ yàn kǒng xiū xiē 飞霜早淅沥, 绿艳恐休歇 Ruò wú qīngfēng chuī, xiāng qì wèi shuí fā? 若无清风吹, 香气为谁发? Puisi ini ditulis oleh Lee Bai ( 李白 ) (701-762 tahun Masehi), seorang penulis yang popular pada zaman Dinasti Tang. Beliau diberi gelaran Dewa Puisi ( 诗仙 shi xian ). Beliau telah menulis lebih daripada 900 buah puisi. Puisi di atas digolongkan sebagai puisi yang ke-38 dalam tajuk 古风 yang mempunyai 59 buah puisi. 古风 boleh diterjemahkan sebagai angin purba atau pengaruh tradisional. Tema puisi ini adalah tiada gunanya seseorang itu mempunyai bakat tetapi tidak dihargai oleh orang atasan yang berkuasa. Dalam puisi ini, bunga orkid ialah sumber yang menunjukkan seseorang yang berbakat, mempunyai cita-cita yang tinggi dan status yang lebih tinggi. Bunga orkid ( 兰 ) 84

pada makna denotasinya merujuk kepada tumbuhan darat atau epifit daripada famili Orchidaceae. Frasa bunga orkid boleh digolongkan sebagai metafora kata nama dan juga metafora ontologi iaitu bunga orkid dianggap sebagai satu entiti. Kita boleh menggunakan pengalaman kita atau melalui penerangan penulis tentang ciri-ciri bunga orkid untuk mentafsirkan makna metafora puisi ini. Dalam puisi ini, item-item leksikal 孤, 悲, 休歇 yang menerangkan keadaan bunga orkid yang sunyi, sedih dan akan berehat selama-lamanya turut merupakan metafora ontologi. Hal ini kerana kita dapat menggunakan pengalaman kita dengan menganggap bunga orkid sebagai satu entiti yang merujuk kepada seseorang yang berbakat. Item-item leksikal sunyi, sedih dan akan berehat selama-lamanya menerangkan keadaan bunga orkid yang merupakan metafora ontologi yang bermaksud seseorang yang berbakat itu berasa sunyi, sedih dan akan disingkirkan. Penggunaan item-item leksikal ini juga merupakan metafora personifikasi iaitu bunga orkid disifatkan sebagai manusia yang mempunyai perasaan sunyi ( 孤 ), sedih ( 悲 ) dan akan berehat selama-lamanya ( 休歇 ). Sunyi bererti bersendirian dan sepi, item leksikal ini bertindak sebagai metafora kata sifat yang membawa makna tidak dikenali orang. Sedih yang dinyatakan di dalam puisi ini merupakan makna denotasi hati berasa pilu yang juga merupakan metafora kata sifat yang mengatakan perasaan sedih penulis. Berehat selama-lamanya yang bermakna denotasi tidak lagi bekerja membawa makna metafora disingkir, ia juga boleh digolongkan sebagai metafora kata kerja. Rumput-rampai ( 草 ), ribut salji ( 飞霜 ), angin yang sejuk dan segar ( 清风 ) juga merupakan item leksikal metafora kata nama yang berfungsi sebagai objek 85

sampingan untuk menonjolkan kedudukan bunga orkid dan menerangkan situasi bunga orkid yang kurang bernasib baik. Rumput-rampai pada makna denotasinya ialah sejenis tumbuhan yang melata di bumi, berdaun tirus dan kecil, biasanya menjadi makanan lembu, kambing dan sebagainya. Rumput-rumpai dalam puisi ini merujuk kepada orang-orang yang kurang pandai atau kurang berupaya dan tidak dihargai, ia juga boleh digolongkan sebagai metafora tumbuhan. Item leksikal ini digunakan sebagai sumber kerana rumput adalah jenis tumbuhan liar yang tidak bernilai, ia tumbuh dengan banyak dan tidak diberi perhatian ramai. Ribut salji, iaitu angin kencang hablur-hablur ais yang turun dari awan disifatkan sebagai pergolakan politik yang tidak tenteram, ia tergolong sebagai metafora kata nama dan metafora pengkonkritan. Ribut salji ialah bencana alam yang sering berlaku di negeri China. Frasa yang digunakan untuk merujuk kepada pergolakan politik ini adalah tepat sekali kerana ribut salji boleh membawa kerosakan besar seperti kesan buruk akibat pergolakan politik. Angin yang sejuk dan segar, merujuk kepada orang atasan yang berkuasa atau sesiapa yang tahu menghargai dan menggunakan orang yang berbakat. Frasa ini tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan sasarannya kerana penulis tidak boleh mengkritik pihak atasan dengan berterus-terang. Oleh itu, penulis menggunakan frasa yang tiada kaitan langsung dengan pihak atasan demi melindungi keselamatan dirinya. Metafora ini digolongkan sebagai metafora kata nama. Dalam puisi ini, makna metaforanya mengatakan bahawa seseorang yang berbakat itu tidak dikenali atau tidak diketahui oleh orang lain, malah dianggap sebagai 86

orang yang biasa sahaja. Orang yang berbakat itu berasa sunyi dan sedih. Seterusnya, orang berbakat itu bertambah sedih kerana pergolakan politik, dia akan disingkirkan bersama-sama dengan orang yang tidak berbakat. Penulis mengeluh kerana orang yang berbakat tidak dihargai atau tidak diberi peluang untuk menunjukkan bakatnya. Makna metafora puisi ini tepat sekali apabila kita mengkaji konteks puisi ini iaitu latar belakang penulis. Lee Bai memang seorang yang berbakat bukan sahaja dalam bidang kesusasteraan, malah beliau juga bercita-cita tinggi dalam bidang politik. Pada tahun 742 Masehi, beliau berjaya menjadi pegawai tinggi dalam pentadbiran negara dengan sokongan daripada kawannya. Namun, beliau hanya dilayan sebagai seorang pegawai sastera, dan tidak disanjung sebagai seorang ahli politik yang berbakat. Beliau selalu dihina dan dihasut oleh musuhnya. Setelah dua tahun berkhidmat, beliau dipecat daripada jawatan dan dipaksa meninggalkan istana. Selepas itu, beliau hanya merayaurayau dan ketagih arak (Yau, 2000:454). Walaupun beliau gagal mencapai impiannya dalam bidang politik, tetapi beliau berjaya menulis beratus-ratus puisi yang disanjung tinggi oleh masyarakat sehingga ke hari ini. Puisi ini jelas menunjukkan perasaan Lee Bai yang sedih kerana bakatnya tidak dihargai oleh pihak berkuasa sepanjang hayatnya. A8. Hán dōng láng jíxí wéi shī xiāng sòng, yī zuò jìn jīng Tārì yú fāng zhuī yín lián xiāo shì zuò péi huí jiǔ zhī jù, yǒu lǎochéng zhī fēng Yīn chéng èr jué jì chóu, jiān chéng wèi zhī yuán wài 韩冬郎即席为诗相送, 一座尽惊 他日余方追吟 连宵侍坐裴回久 之句, 有老成之风 因成二绝寄酬, 兼呈畏之员外 Shí suì cái shī zǒu mǎ chéng, lěng huī cán zhú dòng lí qíng 十岁裁诗走马成, 冷灰残烛动离情 87

Tóng huā wàn lǐ Dānshānlù, chú fèng qīng yú lǎo fèng shēng 桐花万里丹山路, 雏凤清于老凤声 Puisi ini ditulis oleh Li Shang Yin ( 李商隐 ) ( 812-858 tahun Masehi ). Tajuk puisi ini yang panjang menerangkan tujuan puisi ini dihasilkan. Han Dong Lang hanya seorang budak kecil berumur sepuluh tahun. Dia telah menghasilkan sebuah puisi untuk dihadiahkan kepada Li Shang Yin dalam sebuah majlis perpisahan, Li Shang Yin merasa terharu. Li Shang Yin membaca semula puisi tersebut dan mendapati bahawa ayat puisi Han Dong Lang sangat baik dan matang. Maka Li Shang Yin menulis dua buah puisi untuk menggalakkan Han Dong Lang dan memberikan puisi itu kepada ayah Han Dong Lang. Puisi ini merupakan puisi yang pertama dalam tajuk tersebut. Tema puisi ini adalah untuk memuji bakat Han Dong Lang dan berdoa agar Han Dong Lang mempunyai masa depan yang cerah. Dalam ayat pertama, larian kuda ( 走马 ) ialah metafora kata kerja dan juga metafora kehaiwanan yang membawa makna cepat. Mengikut makna denotasi, lari bermakna bergerak dengan pantas sekali dan larian ialah perbuatan lari ( Kamus Dewan, 2005: 894-895). Kuda pula merujuk kepada sejenis binatang besar berkaki empat yang dipelihara untuk kenaikan (pengangkutan dan lain-lain) (Kamus Dewan, 2005:839). Pada zaman dahulu, kuda ialah pengangkutan yang penting digunakan untuk perjalanan darat seperti kereta yang digunakan pada zaman ini. Dengan itu, larian kuda menunjukkan sasarannya cepat. 冷灰残烛 diterjemahkan sebagai abu yang dingin dan lilin yang ketinggalan merupakan metafora kata sifat dalam puisi ini. Analisis makna metaforanya boleh dilakukan dengan melihat setiap makna denotasi item leksikal tersebut. 冷 iaitu 88

dingin yang bermakna denotasi tidak panas atau tidak meriah di sini merujuk kepada suasana yang sunyi ( 冷清 leng qing), 灰 yang bermakna abu ialah sesuatu sisa yang telah hangus dibakar atau terbakar, ia boleh memberi makna metafora sesuatu bahan ketinggalan yang terbiar. Gabungan item leksikal 冷灰 iaitu abu yang dingin memberi satu gambaran tentang satu keadaan yang sunyi senyap dan sedih selepas kebakaran. 残 yang bererti cacat, iaitu kekurangan atau keadaan kurang sempurna pada badan (benda, perbuatan, akhlak, batin dan lain-lain). 烛 ialah lilin yang merupakan sejenis bahan yang mengandungi lemak untuk dibuat dian, membawa makna air mata. Hal ini kerana lilin boleh lebur selepas dibakar, cecairnya seperti air mata manusia. 残烛 yang bermakna lilin yang tidak sempurna memberi makna suasana yang sedih dan tidak sempurna. Ringkasnya, 冷灰残烛 menggambarkan sesuatu suasana yang sedih dan sunyi. Item-item leksikal ini boleh juga digolongkan sebagai metafora pengkonkritan kerana menerangkan suatu suasana yang abstrak. 桐花万里丹山路 yang diterjemahkan sebagai beratus ribu batu bunga pokok parasol Cina dan jalan Bukit Dan. 桐花 ialah bunga pokok parasol Cina yang merujuk kepada Han. Pokok parasol Cina adalah jenis pokok kayu yang sangat bernilai, bunga pula merupakan bahagian tumbuhan untuk pembiakan, biasanya berwarna terang dan berbau harum merujuk kepada sesuatu yang cantik, berkembang dan tumbuh. Han Dong Lang disamakan seperti bunga pokok parasol Cina kerana dia masih muda dan mempunyai bakat yang tinggi, Li Shang Yin memuji bakat beliau yang amat bernilai tinggi seperti bunga pokok parasol Cina. Item leksikal metafora ini digolongkan sebagai metafora kata nama dan metafora tumbuhan. 89

万里 bermakna beratus-ratus ribu batu iaitu ukuran jarak yang jauh adalah metafora kata sifat yang biasanya digunakan untuk menerangkan masa depan yang cerah. Ia boleh digolongkan sebagai metafora orientasi kerana beratus-ratus ribu batu memberi satu gambaran lokasi yang jauh dan panjang, ia membawa makna yang baik kerana jalan yang panjang bererti perlu berjalan lama dan tidak berhenti dengan cepat. Begitulah harapan manusia yang sentiasa berharap ada jalan lagi yang panjang. Ini bermakna sesuatu kejayaan itu kekal dan tidak berakhir dengan cepat. Item leksikal 丹 山 iaitu Bukit Dan, dipercayai menghasilkan burung phoenix. Burung phoenix dianggap sebagai burung yang cantik, berbakat dan berkedudukan tinggi mengikut legenda orang Cina. 路 iaitu jalan dengan makna denotasinya tempat yang harus dilalui atau dilintas supaya sampai ke ruang tertentu adalah sumber yang menunjukkan masa depan. Puisi ini menggunakan Jalan Bukit Dan yang memberi makna masa depan Han Dong Lang seperti jalan yang penuh dengan bakat. Item leksikal metafora ini digolongkan sebagai metafora kata nama dan metafora pengkonkritan. 雏凤 yang bermakna anak burung phoenix merupakan metafora kata nama dan metafora kehaiwanan yang merujuk kepada Han Dong Lang yang berbakat dan muda. 老凤 yang bermakna burung pheonix yang tua dirujuk kepada orang yang berbakat tetapi sudah tua. Penulis mengatakan bunyi anak burung phoenix adalah lebih merdu dan terang daripada burung phoenix yang tua. Ini bermakna Han Dong Lang yang muda adalah lebih pandai daripada orang yang tua dan berpengalaman. Puisi ini berfalsafah bahawa bakat orang muda kadang-kala boleh mencapai kejayaan yang melebihi orang yang lebih tua, maka janganlah kita memandang rendah kepada orang yang lebih muda daripada kita. 90

A9. Xiǎo sōng 小松 Zì xiǎo cì tóu shēn cǎo lǐ, érjīn jiàn jué chū péng gāo 自小刺头深草里, 而今渐觉出篷篙 Shí rén búshì líng yún mù, zhí dài líng yún shǐ dào gāo 时人不是凌云木, 直待凌云始道高 Puisi ini ditulis oleh Du Xun He ( 杜荀鹤 ) ( 846-904 tahun Masehi ) dari Dinasti Tang. Tajuknya 小松 iaitu pokok pain kecil yang merupakan sejenis pokok dengan daun yang halus. Ia merupakan metafora kata nama yang merujuk kepada orang yang berbakat. Item leksikal yang berkaitan dengan pokok pain kecil dan turut menjadi item leksikal metafora adalah daun duri ( 刺头 ) dan pokok kayu yang tinggi hingga mencapai awan ( 凌云木 ). Pokok pain kecil ini juga boleh digolongkan sebagai metafora tumbuhan. Daun duri pokok pain kecil ( 刺头 ) ialah metafora kata nama dan metafora tumbuhan yang merujuk kepada bakat seseorang. Frasa ini digunakan sebagai sumber kerana duri ialah bahagian tajam yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan atau binatang. Penggunaan frasa ini menepati makna bahasa Cina iaitu cahaya yang tajam ( 锋芒, feng mang) merujuk kepada kebolehan dan bakat seseorang yang muda. Semak samun ( 篷篙 ) iaitu tumbuh-tumbuhan yang kecil dan rendah atau belukar digolongkan sebagai item leksikal metafora kata nama dan metafora tumbuhan yang merujuk kepada orang biasa yang sederhana atau kurang kebolehan. 91

Pokok kayu yang tinggi hingga mencapai awan ( 凌云木 ) dalam ayat ketiga digolongkan sebagai metafora tumbuhan merujuk kepada orang dewasa yang betul-betul berkebolehan. Item leksikal ini juga digolongkan sebagai metafora kata nama dan metafora tumbuhan. Tinggi hingga mencapai awan digolongkan sebagai metafora kata kerja dan metafora orientasi. Pada konsep manusia, sesuatu yang tinggi adalah lebih baik dan lebih kuat, malahan awan yang berwarna putih berada pada kedudukan tinggi selalu dianggap sebagai sesuatu yang mulia dan suci. Ayat ketiga dan keempat sebenarnya memberi makna metafora bahawa seorang budak yang berbakat tidak dikenali orang. Apabila dia dewasa, kebolehannya menonjol. Pada masa itu, barulah semua orang memuji kebolehannya. Puisi ini menyampaikan satu falsafah yang penting, iaitu bakat seseorang patut dicungkil sejak kecil lagi. Penulis menuduh kerajaan pada zaman itu tidak tahu menghargai orang yang berbakat walaupun nampak kebolehannya sejak kecil lagi. Dengan kata lain, bakat seseorang patut dicungkil dan dihargai sejak awal-awal lagi, jangan tunggu lama-lama hingga kehilangan seorang yang berbakat. A10. Guò shā tóu 过沙头 Guò le shā tóu jiàn yǒu cūn, dì píng jiāng kuòqì qīng wēn 过了沙头渐有村, 地平江阔气清温 Ancháo yǐ dào wú rén huì, zhǐyǒu gāo shī shí shuǐ hén 暗潮已到无人会, 只有篙师识水痕 92

Puisi ini ditulis oleh Yang Wan Li ( 杨万里 ) ( 1127-1206 tahun Masehi ). Tajuk puisi 过沙头 bermakna melalui Sha Tou. Sha Tou adalah nama sebuah tempat di pantai selatan Sungai Besar Barat, Wilayah Gao, Kuang Dong. Keadaan kampung yang muncul selepas melalui Sha Tou memberi makna metafora sesuatu keadaan yang baik dan mempunyai harapan. Kampung ( 村 ) boleh dikategorikan sebagai item leksikal metafora kata nama yang menunjukkan sesuatu tempat atau perkara yang ada harapan. Hal ini kerana kampung ialah kawasan kediaman yang diduduki orang yang memberi makna metafora ada harapan, meriah dan bersemangat. Tanah bererti lapisan bumi yang di atas sekali; rata bererti tidak tinggi rendah, datar, papak, dan papar. Tanah rata ( 地平 ) memberi makna metafora keadaan yang selamat dan tiada halangan. Hal ini kerana tanah yang rata adalah selamat untuk berjalan dan menjadi tempat tinggal manusia. Sungai ialah tali air yang semula jadi, batang air; lebar bermakna lapang, luas dan tidak sempit. Sungai besar yang lebar ( 江阔 ) memberi makna metafora adanya sumber yang cukup dan kaya. Hal ini kerana sungai merupakan sumber air semula jadi kepada manusia, sekiranya sungai besar itu lebar, ini bermakna sumber airnya adalah cukup dan kaya. Makna denotasi, udara merujuk kepada ruang di atas muka bumi yang berisi hawa, angkasa, awang-awang; nyaman bermakna cergas, segar, sihat ; sederhana pula bermakna tidak lebih dan tidak kurang, biasa, pertengahan. Udara yang nyaman dan sederhana ( 气清温 ) menyifatkan sesuatu keadaan yang mesra, gembira dan memuaskan hati. Hal ini kerana udara yang nyaman dan sederhana adalah amat sesuai 93

dengan suhu badan manusia dan manusia akan berasa senang hati. Item-item leksikal metafora tanah rata, sungai besar yang lebar dan udara nyaman dan sederhana digolongkan sebagai metafora kata sifat mengikut kata sifatnya yang membawa makna metafora yang lebih signifikan. Sebaliknya, arus tersembunyi ( 暗潮 ) pula menunjukkan sesuatu keadaan yang bahaya. Air pasang bermakna air sungai naik atau bertambah, masa ini tidak sesuai untuk berenang dan belayar kerana paras air naik dan mengalir dengan deras ke pantai, sekiranya air pasang di bawah sungai besar tidak dapat dikesan, keadaan akan menjadi bahaya sekali. Puisi ini pada mulanya menceritakan sesuatu keadaan yang selamat dan gembira tetapi di sebaliknya tersembunyi sesuatu keadaan yang bahaya. Item leksikal ini digolongkan sebagai item leksikal metafora kata nama dan juga metafora pengkonkritan. Keadaan bahaya yang disebutkan di atas tidak diketahui orang biasa dan hanya dapat dikesan oleh pemandu perahu. Pemandu perahu ( 篙师 ) dalam puisi ini juga merupakan item leksikal metafora kata nama yang merujuk kepada orang yang berkemahiran dan berpengalaman. Hal ini kerana pemandu perahu ialah orang yang bekerja di sungai besar ini dan setiap hari membawa orang atau barang-barang menyeberangi sungai. Dia berpengalaman untuk mengesan keadaan sebegini. Puisi ini menyampaikan dua falsafah yang utama. Pertama, sesuatu perkara yang buruk boleh juga berlaku walaupun keadaan itu kelihatan tenang dan menyenangkan hati. Hal ini kerana kita tiada kemahiran dan pengalaman yang cukup untuk mengesan perkara yang buruk itu. Dengan itu, kita perlu sentiasa berwaspada walaupun dalam keadaan yang selamat. Kedua, kita harus merendahkan diri, selalu menghormati dan meminta nasihat daripada orang yang berpengalaman dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau ke 94

sesuatu tempat supaya dapat menerima maklumat yang benar dan selamat untuk mengelakkan bahaya. 4.2.1.1 Perbincangan Analisis Item Leksikal Metafora Dalam Tema A Bakat dan Kemuliaan Puisi-puisi dalam Tema A ini mempunyai jumlah 48 item leksikal metafora yang terdiri daripada 21 kata, 25 frasa dan 2 ayat. Dari segi penggolongan metafora berdasarkan sturktur sintagmatik, metafora kata nama paling banyak digunakan iaitu sebanyak 31 metafora kata nama, diikuti oleh metafora kata sifat sebanyak 12 item leksikal dan 3 item leksikal metafora kata kerja. Trend ini sejajar dengan pendapat Aristotle (2004:251) yang menekankan bahawa biasanya metafora adalah hasil pemindahan kata nama. Dalam analisis ini, pengkaji mendapati setiap item leksikal metafora sama ada metafora kata nama, metafora kata sifat atau metafora kata kerja menyampaikan makna metaforanya berdasarkan tema sesebuah puisi. Perhubungan antara metafora kata nama, metafora kata kerja dan metafora kata sifat dalam sesebuah puisi adalah berkait rapat yang dapat membentuk satu rangkaian metafora. Sebagai contohnya, makna denotasi item-item leksikal metafora dalam bentuk kata sifat dan kata kerja dalam puisi A1 (Apendiks B) adalah saling berkaitan dengan kata nama reriang dan makna metaforanya menunjukkan temanya yang bermakna kemuliaan seseorang. Perhubungan rapat antara metafora kata nama, kata kerja dan kata sifat dalam sesebuah puisi itu boleh juga dilihat dalam puisi A2, A4, A5, A6,A7,A8,A9 dan A10 (Appendiks B). Item-item leksikal metafora dalam puisi A3 didapati boleh bertindak dengan lebih bebas untuk 95

menunjukkan makna metaforanya tanpa bergantung kepada perhubungan rapat antara satu sama lain, tetapi makna metaforanya masih terikat dengan tema puisi tersebut. Dari segi penggolongan berdasarkan imej, item leksikal metafora kehaiwanan dan tumbuhan mempunyai unsur konteks dan budaya yang sangat kuat. Item metafora kehaiwanan dalam Tema A ini, iaitu 蝉 (reriang ) (A1.1) membawa makna metafora kerana pengaruh budaya orang Cina dalam kepercayaan agama Buddha bahawa proses penanggalan kulit reriang disifatkan sebagai pelepasan kesengsaraan daripada dunia fana ini dan menuju ke dunia akhirat yang bahagia, maka reriang membawa makna metafora kemuliaan. Item leksikal 马 (kuda) (AA8.32) pula berunsur konteks kerana kuda dianggap sebagai kenderaan yang paling cepat pada zaman dahulu membawa makna metafora cepat. Sementara itu, item leksikal 凤 (burung pheonix) (A8.37,A8.38) pula ialah burung dalam cerita dongeng orang Cina yang berkedudukan tinggi. Item-item leksikal metafora tumbuhan yang terdapat dalam Tema A seperti 兰花 (bunga orkid) (A2.7), 桂花 (bunga laurel) (A2.8), 丹橘 (buah tangerin) (A6.22), 桃李 (pokok pic dan pokok plum)(a6.24), 桐花 (bunga pokok parasol Cina) (A8.34), 小松 (pokok pain kecil)(a9.39) dan 凌云木 (pokok kayu yang tinggi hingga mencapai awan)(a9.42) adalah jenis tumbuhan yang terdapat di negara bermusim sederhana. Dengan kata lain, pengetahuan tentang jenis tumbuhan ini terhad kepada faktor geografi manakala nilai tumbuhan tersebut juga terpulang kepada kepercayan budaya sesuatu kaum. Pembaca puisi perlu mempunyai pengetahuan khusus tentang jenis tumbuhan ini untuk mengenal pasti makna metaforanya. Malahan, item leksikal seperti 草 (rumput-rampai) (A7.29), 刺头 (daun duri) (A9.40) dan 篷 96

篙 (semak samun) (A9.41) yang merupakan jenis tumbuhan yang biasa terdapat di mana-mana sahaja adalah lebih mudah untuk dikenal pasti makna metaforanya berdasarkan pengetahuan am atau pemahaman konsep sejagat. Metafora pengkonkritan yang menggunakan sesuatu objek yang konkrit untuk menerangkan sesuatu konsep yang abstrak banyak menggunakan objek alam semula jadi yang mudah dijustifikasi melalui konsep manusia, contohnya 睫 (bulu mata) (A3.13), 遮望眼 (menutup mata yang memandang) (A5.20), 飞霜 (ribut salji) (A7.30), 冷灰残烛 (abu yang dingin dan lilin yang ketinggalan) (A8.33) dan 暗潮 (air pasang di bawah sungai) (A10.47). Selain itu, item leksikal metafora seperti 千首诗 (ribuan puisi) (A3.14), 万户侯 (sesuatu anugerah gelaran yang memiliki kawasan seluas beratus ribu keluarga) (A3.15) dan juga 丹山路 (Jalan Bukit Dan) (A8.36) pula memerlukan pemahaman pembaca puisi tentang budaya orang Cina dan konteks pada zaman dahulu untuk mengenal pasti makna metaforanya. Item-item leksikal yang digolongkan dalam penggolongan metafora personifikasi terdiri daripada item leksikal kata nama, kata kerja dan juga kata sifat. Pengkaji berpendapat bahawa sesuatu item leksikal kata kerja atau kata sifat mesti dikaitkan dengan item leksikal kata nama untuk menunjukkan sifat metaforanya. Sebagai contohnya, item leksikal kata sifat 孤 (sunyi) (A7.26) dan 悲 (sedih) (A7.27) mesti dikaitkan dengan sumber puisi itu iaitu 兰 (bunga orkid) (A7.25) untuk menyampaikan makna metaforanya iaitu bunga orkid yang merujuk kepada orang yang berakhlak mulia itu mempunyai sifat manusia yang sunyi dan sedih. Begitu juga item leksikal kata kerja 休歇 (rehat selama-lamanya) (A7.28) perlu dikaitkan dengan 97

兰 (bunga orkid) (A7.25) untuk menunjukkan sifat personifikasi iaitu bunga orkid dianggap sebagai manusia yang perlu berehat pada makna denotasinya dan akan disingkir pada makna metaforanya. Dalam Tema A ini, terdapat dua lagi item leksikal yang menggunakan kata nama hati untuk menjadi metafora personifikasi, iaitu 草木本有心 (tumbuhan mempunyai hati) (A2.12) dan 岁寒心 (hati pada musim sejuk) (A6.23). Kedua-dua kata nama hati ini juga perlu digabungkan dengan kata nama yang bertindak sebagai sumber itu untuk menunjukkan makna metaforanya dalam penggolongan metafora personifikasi, iaitu tumbuhan dan musim sejuk disifatkan sebagai manusia yang mempunyai hati. Malahan, walaupun kata nama hati sama digunakan sebagai item leksikal metafora, makna metaforanya adalah berlainan. 草木本有心 (tumbuhan mempunyai hati) (A2.12) menunjukkan makna metafora seseorang itu mempunyai kemuliaan dan maruah yang tinggi; 岁寒心 (hati pada musim sejuk) (A6.23) pula memberi makna metafora hati seseorang yang tabah. Dalam Tema A, pengkaji mendapati satu sahaja item leksikal metafora struktur iaitu 皎洁 (putih dan bersih) (A2.10). Item leksikal ini lazimnya digunakan untuk menerangkan sifat bulan yang putih dan terang, tetapi ianya digunakan untuk menerangkan sifat bunga laurel dalam puisi A2 kerana bunga laurel dianggap sebagai satu entiti yang suci. Item leksikal ini boleh juga digolongkan dalam metafora orientasi berdasarkan pemahaman konsep sejagat manusia tentang warna putih yang membawa makna metafora suci. Hasil analisis ini memberitahu kita bahawa penggunaan sesuatu item leksikal metafora bukan sahaja berdasarkan pemahaman konsep sejagat manusia dan juga boleh dipinjam untuk menerangkan sesuatu sumber objek walaupun item leksikal 98

tersebut adalah salah digunakan untuk menerangkan sumber objek itu dari segi tatabahasa. Dengan kata lain, penggunaan metafora adalah luas, bebas dan tidak perlu terikat dengan peraturan dalam sesuatu sistem bahasa atau tatabahasa selagi ia boleh membawa makna metafora. Metafora orientasi lebih senang dikenal pasti kerana ia merupakan konsep yang diterima oleh manusia sejagat. Penganalisaan metafora orientasi tidak memerlukan pengetahuan khusus seperti maklumat latar belakang penulis puisi, konteks sesebuah puisi ditulis dan budaya kaum penulis. Dalam Tema A, item leksikal jauh (A1.6) dan tinggi (A1.5,A5.21) digolongkan sebagai metafora orientasi banyak digunakan untuk memberi makna metafora yang lebih baik atau bersifat positif. Dalam penggolongan metafora ontologi, pengkaji menggunakan pengalaman untuk mengenal pasti makna metafora sesuatu item leksikal. Metafora personifikasi adalah subsistem metafora ontologi. Selagi kita boleh mengenal pasti sesuatu item leksikal metafora melalui pengalaman, item leksikal yang bukan manusia disifatkan dengan kelakuan manusia akan diiktirafkan sebagai metafora personifikasi. Item-item leksikal metafora ontologi dalam Tema A adalah 兰花 (bunga orkid) ( A2.7), 桂花 (bunga laurel ) (A2.8), 葳蕤 (kesuburan) (A2.9), 自尔为佳节 (tumbuh dengan subur pada musim yang sesuai masing-masing) (A2.11), 草木本有心, 何求美人折 (tumbuhan mempunyai hati dan tidak meminta orang lain untuk memetiknya) (A2.12), 岁寒心 (hati yang tahan kesejukan pada musim sejuk) (A6.23 ), 兰 (bunga orkid) (A7.25), 孤 (sunyi) (A7.26), 悲 (sedih) (A7.27) dan 休歇 (rehat selama-lamanya) (A7.28). 99

Secara ringkasnya, item-item leksikal metafora dalam Tema A dapat dikenal pasti selagi kita mengetahui serba sedikit latar belakang puisi, tema puisi dan penulis puisi. Hasil kajian ini berpendapat faktor konteks dan perbezaan budaya merupakan penghalang utama untuk mengenal pasti dan menganalisis sesuatu item leksikal. Malahan, penggolongan metafora berdasarkan struktur sintagmatik, imej dan konsep dapat membantu penganalisaan corak penggunaan metafora dalam puisi tradisional bahasa Cina dan faktor-faktor sesuatu item leksikal metafora digunakan dalam data kajian ini. 4.2.2 Bahagian B : Sikap Belajar dan berusaha Dalam bahagian ini, pengkaji akan menganalisis 10 buah puisi yang bertema sikap belajar dan berusaha. Maklumat ringkas mengenai 10 buah puisi ini diletakkan dalam Apendiks A. Ringkasan analisis item-item leksikal metafora dalam 10 puisi ini diletakkan dalam Apendiks B. Bahagian penterjemahan puisi daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu diletakkan di Apendiks D. Selepas penganalisaan setiap puisi, pengkaji akan membincangkan penggunaan item leksikal metafora untuk 10 buah puisi dalam Tema B ini. Puisi B1, B2, B3, B4, B8 dan B10 kekurangan sumber rujukan latarbelakang. B1. Gǔ fēng wǔshí jiǔ shǒu (qí wǔshí) 古风五十九首 ( 其五十 ) Sòng guó wú tái dōng, yě rén dé yàn shí 宋国梧台东, 野人得燕石 Kuā zuò zuō tiānxià zhēn, què shěn Zhàowáng bì 夸作天下珍, 却哂赵王壁 100

Zhào bì wú zī lín, yàn shí fēi zhēn zhēn 赵壁无缁磷, 燕石非贞真 Liú sú duō cuòwù, qǐ zhī yù yǔ mín 流俗多错误, 岂知玉与珉 Puisi ini juga ditulis oleh Lee Bai ( 李白 ) (701-762), ia digolongkan sebagai puisi yang ke-50 dalam tajuk yang sama iaitu 古风 gu feng, puisi tentang angin purba atau pengaruh tradisional. Ayat pertama hingga ayat keenam dalam puisi ini telah menggunakan bahasa kiasan alegori, iaitu cerita mengenai seorang penduduk kampung yang tidak tahu membezakan antara jed yang benar dan yang palsu, malah mengejek jed yang benarbenar bernilai iaitu Jed Zhao. Walau bagaimanapun, puisi ini juga jelas kelihatan penggunaan metafora iaitu jed ( 玉 ) dan batu ( 珉 ). Kedua-dua item leksikal ini boleh digolongkan sebagai metafora kata nama. Jed ( 玉 ) pada makna denotasinya ialah sejenis batu bernilai, biasanya berwarna hijau, yang dijadikan barang hiasan dan barang kemas. Dalam puisi ini, jed menunjukkan sesuatu yang bernilai dan benar, ini kerana mengikut pengalaman manusia, jed merupakan sesuatu batu yang amat berharga, ia tidak akan menjadi nipis walaupun dikisar, malah ia tidak akan bertukar warnanya menjadi hitam walaupun dicelup warna hitam ; 珉 seakan-akan jed tetapi masih sejenis batu menunjukkan sasarannya sesuatu yang palsu dan mengelirukan. Kedua-dua item leksikal metafora ini juga digolongkan sebagai metafora pengkonkritan kerana kedua-dua objek ini adalah konkrit dan digunakan untuk menerangkan sesuatu konsep yang abstrak. 101

Penulis mengatakan orang biasa tidak tahu membezakan antara jed dan batu bermakna orang ramai kurang berakal untuk membezakan apa yang benar dan apa yang palsu. Falsafah puisi ini mengingatkan kita dalam sepanjang hayat pembelajaran, janganlah kita bertindak seperti orang kampung yang tidak tahu membezakan bendabenda yang benar dan yang palsu. Kita perlu berhati-hati supaya tidak ditipu dan tahu membezakan orang yang ikhlas dan orang yang berpura-pura. B2. Fàng yán wǔ shǒu (qí yī) 放言五首 ( 其一 ) Zhāo zhēn mù wěi hérén biàn, gúwǎngjīnlái dǐ shì wú 朝真暮伪何人辨, 古往今来底事无 Dàn ài zāng shēng néng zuò shèng, kě zhī níng zǐ jiě yáng yú? 但爱臧生能作圣, 可知宁子解佯愚? Cǎo yíng yǒu yào zhōng huǒ, hé lù suī tuán qǐ shì zhū 草萤有要终非火, 荷露虽团岂是珠 Bù qǔ fán chái jiān zhào chéng, kělián guāngcǎi yì hé shū 不取燔柴兼照乘, 可怜光彩亦何殊 Puisi ini ditulis oleh Bai Ju Yi ( 白居易 ) (772-846 tahun masehi ). Terdapat 5 buah puisi di bawah tajuk ini dan puisi ini merupakan puisi yang pertama. Tajuknya 放言 bermakna kata-kata yang bebas. Tema puisi di atas menunjukkan falsafah untuk membezakan perkara yang benar dan palsu. 102

Ayat ketiga dan keempat dalam puisi ini menggunakan alegori. Zang Sheng telah berpura-pura menjadi orang yang alim, malah semua orang suka padanya, manakala Ning Zi yang pandai orangnya tetapi berpura-pura menjadi bodoh tidak diterima oleh orang ramai. Cerita ini menunjukkan manusia percaya kepada apa yang mereka nampak dari permukaan fizikal sahaja, tetapi tidak tahu membezakan keadaan yang sebenar. Ayat seterusnya menggunakan metafora iaitu kelip-kelip ( 草萤 ) dan titisan embun ( 荷露 ) dijadikan sumber dan sasarannya ialah sesuatu yang tidak benar. Sebaliknya api kayu ( 燔柴 ) dan pancaran batu permata ( 照乘 ) pula mewakili sesuatu yang benar. Kelip-kelip ( 草萤 ) digolongkan sebagai metafora kata nama dan metafora kehaiwanan. Embun ( 荷露 ), api kayu ( 燔柴 ) dan pancaran batu permata ( 照乘 ) digolongkan sebagai metafora kata nama dan metafora pengkonkritan. Jika dikaji dari makna denotasi 照乘, 照 bermakna memancar dan 乘 ialah kereta kuda yang ditarik oleh empat ekor kuda. Item leksikal pancaran batu permata ( 照乘 ) adalah berasal dari karya dalam buku sejarah klasik Shi Ji ( 史记 ). Dalam karya tersebut, seorang raja yang bernama Maharaja Liang berkata walaupun negara baginda adalah kecil, tetapi baginda masih mempunyai sepuluh butir batu permata kecil bersaiz satu inci yang dapat memancarkan cahaya untuk dua belas buah kereta kuda dari depan hingga hujung. Oleh itu, gabungan kata memancar dan kereta kuda 照乘 dijadikan makna metafora yang merujuk kepada pancaran batu permata. Mengikut makna denotasi, kelip-kelip ialah sejenis serangga yang juga dikenali sebagai kunang-kunang; kayu ialah bahagian batang (dahan dan sebagainya ) yang 103

keras dan banyak gunanya. Penulis mengatakan cahaya kelip-kelip bukan api yang sebenar walaupun rupanya seakan-akan api, malah kita patut menggunakan kayu untuk membakar kerana kayu api ialah kayu yang benar-benar boleh digunakan untuk membakar. Sementara itu, embun bermakna wap air yang turun pada waktu malam. Walaupun titisan embun di atas daun teratai nampaknya bulat, licin dan jernih, tetapi ia bukan batu permata, hanya batu permata yang benar sahaja boleh memancarkan cahaya yang terang. Batu permata ialah batu berharga yang diikat pada cincin dan perhiasanperhiasan lain. Puisi ini menyampaikan falsafah iaitu walaupun serupanya sesuatu benda, malah ia masih tidak sama dan tidak dapat berfungsi seperti benda yang benar. Kita perlu membezakan antara yang benar dengan yang palsu, tetapi jangan menilai dengan melihat luarannya sahaja. B3. Guān shū yǒu gǎn (qí yī) 观书有感 ( 其一 ) Bàn mǔ fāng táng yī jiàn kāi, tiān guāng yún yǐng gòng páihuái 半亩方塘一鉴开, 天光云影共徘徊 Wèn qú nà dé qīng rú xǔ? Wéi yǒu yuán tóu huó shuǐ lái 问渠那得清如许? 为有源头活水来 104

Puisi ini ditulis oleh Zhu Xi ( 朱熹 ) ( 1130-1200 tahun masehi ) dari Dinasti Song. Beliau bukan sahaja seorang penyair yang terkenal tetapi juga merupakan sarjana yang terkemuka dalam bidang ilmu psikologi. Tajuk puisi ini 观书有感 ( 其一 ) bermakna pandangan dan fikiran tentang pembacaan buku atau pembelajaran. Tajuk ini mengandungi banyak puisi dan puisi ini ialah puisi yang pertama dalam tajuk tersebut. Dalam puisi ini, 方塘 yang bermaksud kolam dengan makna denotasi lubang di tanah yang berisi air dijadikan sumber untuk menunjukkan sasarannya pembelajaran. Penulis menganggap otak manusia seperti sebuah kolam yang besar. Hal ini kerana kolam yang menakung air seperti otak manusia dapat menyimpan ilmu. Item leksikal ini digolongkan sebagai metafora kata nama. 天光云影 yang diterjemahkan sebagai cahaya dari langit dan bayangbayang awan. Menurut makna denotasi, cahaya ialah pancaran yang datangnya dari objek yang bersinar dan bayang-bayang pula merujuk kepada gambar pada cermin atau air. Item-item leksikal ini juga digolongkan sebagai metafora kata nama yang memberi makna metafora ilmu yang dituntut. Penulis menggambarkan ilmu seseorang boleh diperolehi dari tempat jauh dan disimpan dengan jelas dalam otak seseorang seakan-akan pantulan cahaya dari langit dan bayang-bayang awan yang dapat dilihat dengan jelas dalam kolam. Kata sifat 清 yang bermakna jernih, iaitu boleh dilihat menerusinya merujuk kepada makna metafora otak yang jelas, hati yang terbuka dan pemikiran yang tenang. Item leksikal ini juga digolongkan sebagai metafora kata sifat. Penulis menyifatkan otak 105

pelajar yang menuntut ilmu adalah jelas, tenang dan dapat menerima ilmu tanpa batasan dan tidak keliru. 源头活水 yang bermakna punca air yang hidup juga merupakan item leksikal metafora yang digolongkan sebagai metafora kata nama dan metafora pengkonkritan. Punca air pada makna denotasinya ialah sumber atau asal. 活 yang diterjemahkan sebagai hidup memberi makna denotasi terus bernyawa dan bernafas. Penulis mengatakan bahawa air kolam jernih kerana adanya punca air yang hidup bermakna metafora bahawa otak, hati dan pemikiran pelajar tenang kerana adanya sesuatu daya usaha yang berterusan dan semangat yang gigih. Dengan itu, puisi ini sebenarnya bermakna seseorang yang berusaha dalam pelajaran mempunyai pemikiran yang jelas untuk menerima banyak ilmu, malahan seseorang pelajar itu mempunyai pemikiran yang tenang dan hati yang terbuka kerana mempunyai semangat berusaha dan sikap belajar yang tidak berhenti. Puisi ini merupakan puisi berunsur falsafah yang terkenal dan popular. Puisi ini menjadi pendorong kepada para pelajar yang menuntut ilmu. B4. Oǔ tí sān shǒu (qí sān) 偶题三首 ( 其三 ) Bù suí liúshuǐ mì xī yuán,xíng dào yuán tóu què wǎngrán 步随流水觅溪源, 行到源头却惘然 Shǐ wù zhēn yuán xíng búdào, yǐ qióng suí chù nòng chán 始悟真源行不到, 倚筇随处弄潺 106

Puisi ini juga ditulis oleh Zhu Xi ( 朱熹 ) ( 1130-1200 tahun masehi ). Tajuknya 偶题三首 ( 其三 yang merujuk kepada puisi yang ketiga daripada tiga buah tajuk puisi yang tiada tujuan tertentu, tetapi ditulis tanpa dirancang, mengikut perasaan. Puisi ini mengandungi falsafah tentang sikap belajar dan berusaha mencari kebenaran. 步随流水 diterjemahkan sebagai berjalan mengikut aliran sungai dan digolongkan sebagai klausa metafora kata kerja. Menurut makna denotasi, berjalan bermaksud bergerak ke depan dengan kaki; aliran sungai ialah gerakan mengalir sungai. Dari segi makna metafora, tindakan berjalan mengikut aliran sungai bermakna kelakuan menuntut ilmu atau mencari kebenaran. Dalam puisi ini, punca air sungai ( 溪源, 源头 ) boleh digolongkan sebagai metafora kata nama dan metafora ontologi iaitu ianya dianggap sebagai satu entiti, makna metafora puisi ini dapat dianalisis mengikut pengalaman penulis mencari punca air sungai. Punca air sungai ialah sumber atau asal sungai. Tujuan mencari punca air sungai bermakna apabila kita menuntut ilmu atau mencari kebenaran, kita mesti mencari sebabnya berlaku sesuatu perkara atau mengetahui asal usulnya. Apabila sampai kepada puncanya, kita masih ragu-ragu tentang hasil dapatan kita. Ini adalah kerana sikap konservatif kita untuk menuntut kebenaran. Mengikut pengalaman dalam usaha mencari punca air sungai, kita sukar untuk memastikan puncanya yang sebenar kerana cabang-cabang sungai memang banyak sekali. Pengalaman ini boleh dipraktikkan dalam usaha mencari kebenaran, kita tidak boleh begitu senang mempercayai sesuatu punca kejadian, kita mesti mengkaji dengan lebih 107

lanjut dan teliti untuk memastikan kebenaran. Oleh itu, penulis berkata dia baru sedar punca sebenarnya tidak dijumpai. Keadaan sebegini memang benar berlaku dalam usaha mencari kebenaran, kadang-kala kita berasa diri kita sudah memperolehi sesuatu yang benar, tetapi sebenarnya tidak. Selepas itu, penulis menggalakkan kita supaya jangan berputus asa tetapi bertenang dahulu dan berhenti sekejap untuk mencari punca serta merenung semula apa yang telah diperolehi sebelum ini. Galakan penulis memang tepat kerana kita tidak perlu berasa cemas apabila kita gagal menemui puncanya, lebih baik kita bertenang dahulu dan meneruskan usaha kemudian. Tema puisi ini memberi pedoman kepada para pelajar yang menuntut ilmu dan kebenaran supaya mengamalkan sikap mencari punca sesuatu kebenaran, sehingga tidak berasa ragu terhadap dapatan yang diperolehi, terus berusaha mencari punca kebenaran dan bertenang apabila menemui masalah. B5. Dēng hè què lóu 登鹤雀楼 Bái rì yī shān jìn, huáng hé rù hǎi liú 白日依山尽, 黄河入海流 Yù qióng qiānlǐ mù, gèng shàng yī céng lóu 欲穷千里目, 更上一层楼 108

登鹤雀楼 (deng he que lou) ditulis oleh Wang Zhi Huan ( 王之涣 ) ( 688-742 tahun masehi), tajuk ini bermakna menaiki bangunan yang terkenal dan 鹤雀 ( he que), merujuk kepada burung jejang. Ini adalah kerana ada ramai percaya burung jejang bersarang di atas bangunan tersebut. Bangunan ini adalah bangunan tiga tingkat dan merupakan tempat peranginan yang mashyur pada zaman Dinasti Tang. Ia terletak di Wilayah Yong Ji, yang dikenali sebagai Shanxi sekarang. Penulis menulis puisi ini kerana mendapat ilham semasa beliau melawat bangunan tersebut. Menurut Xu (Meng,1994: 541-543), 白日 adalah matahari yang terbenam, gunung 山, Sungai Huang 黄河 dan laut 海流 memberi satu gambaran alam semula jadi yang kuat, bebas dan berdaya. Menurut makna denotasi, 白日 iaitu matahari terbenam menggambarkan sesuatu yang hidup, keadaan berwarna oren jingga yang indah. 山 gunung ialah bukit yang besar dan tinggi, ia memberi makna metafora besar, kukuh dan tegap. Itemitem leksikal tersebut boleh digolongkan sebagai metafora pengkonkritan. 尽 yang bermakna sampai ke hujung sekali pada makna denotasinya menunjukkan bahagian yang terakhir dari sesuatu yang panjang juga merupakan metafora orientasi yang menunjukkan satu dimensi yang tidak terhad. Dengan itu, ayat pertama 白日依山尽 memberi makna metafora sesuatu harapan yang tinggi, masa depan yang cerah, pandangan yang terbuka, usaha dan semangat yang gigih atau pemikiran yang luas, bebas dan tiada batasan. 109

Dalam ayat kedua, Sungai Huang 黄河 ialah sungai yang paling besar di Negeri China ; 海流 laut ialah air masin yang meliputi sebahagian besar daripada muka bumi. 入 masuk bermakna denotasi pergi ke dalam memberi makna pergerakan. Item leksikal metafora 黄河入海流 membentuk satu rangkaian imaginasi yang besar, luas, jauh dan bergerak yang membawa makna metafora hati yang terbuka, tindakan yang aktif dan gigih. Item leksikal metafora ini digolongkan sebagai metafora pengkonkritan. Ayat yang ketiga dan keempat merupakan tema puisi ini yang menggalakkan kita berusaha gigih untuk mencapai matlamat kita. 千里 diterjemahkan sebagai beriburibu batu, iaitu jarak yang jauh dan 目 ialah pemandangan dalam puisi ini yang bermakna denotasi keadaan indah apabila dipandang. Pemandangan yang beribu-ribu batu ( 千里目 ) adalah metafora orientasi yang menunjukkan masa depan, matlamat atau jalan menuju ke arah kejayaan. 上 yang bermakna atas atau naik dengan makna denotasi bergerak ke atas juga merupakan metafora kata kerja yang bermakna berusaha menjadi lebih maju atau lebih berjaya, ini kerana pada konsepnya kita menganggap naik adalah yang lebih baik. Sementara itu, kita perlu berusaha apabila kita ingin naik ke satu tempat yang lebih tinggi. Dengan itu, 欲穷千里目, 更上一层楼 memberi makna metafora jika kita ingin mencapai matlamat kita, kita perlu berusaha dengan gigih. Ayat ini telah menjadi katakata hikmah yang bernilai dan masih digunakan sehingga hari ini. 110

B6. Chóu lètiān yáng zhōu chū féng xí shàng jiàn zèng 酬乐天扬州初逢席上见赠 Bā shān chǔ shuǐ qīliáng dì, èrshí sān nián qìzhì shēn 巴山楚水凄凉地, 二十三年弃置身 Huáijiù kōng yín wén dífù, dào xiāng fān shì làn kē rén 怀旧空吟闻笛赋, 到乡翻似烂柯人 Chén zhōu cè pàn qiān fān guò, bìng shù qián tóu wàn mù chūn 沉舟侧畔千帆过, 病树前头万木春 Jīn rì tīng jūn gē yī qǔ,zàn píng bēi jiǔ zhǎng jīngshen 今日听君歌一曲, 暂凭杯酒长精神 Puisi ini ditulis oleh Liu Yu Xi ( 刘禹锡 ) ( 772-842 tahun masehi). Tajuk ini menunjukkan puisi ini ialah puisi yang dibalas Liu kepada kawannya Le Tian 乐天 iaitu Bai Jv Yi ( 白居易 )apabila mereka bertemu semula setelah sekian lama tidak berjumpa di sebuah majlis di Yang Chou. Bai Jv Yi pada masa itu menulis sebuah puisi untuk Liu, maka Liu membalasnya dengan puisi di atas. Ayat kelima dan keenam merupakan ungkapan metafora. Item-item leksikal 沉舟, 病树 iaitu kapal yang tenggelam dan pokok yang sakit merupakan metafora kata nama. 千帆过 diterjemahkan sebagai beribu-ribu kapal layar belayar dalam puisi ini merupakan metafora kata kerja. Item leksikal metafora 万木春 iaitu beratus-ratus ribu pokok pada musim bunga memberi makna banyak pokok tumbuh dengan subur 111

digolongkan sebagai leksikal metafora kata sifat kerana musim bunga digunakan sebagai kata sifat yang menyampaikan makna metafora subur. Kapal, pada makna denotasinya ialah bahtera atau perahu besar yang ada geladak; tenggelam bermakna denotasi masuk terbenam ke dalam air. Makna metafora kapal yang tenggelam merujuk kepada penulis yang hilang semangat, dan tidak berdaya. Sebaliknya, beribu-ribu kapal layar pula merujuk kepada ramai orang yang bersemangat, ini kerana beribu-ribu kapal layar memberi suatu gambaran suasana yang sibuk, meriah dan berdaya. Belayar, pada makna denotasinya ialah berjalan atau bergerak. Beribu-ribu kapal layar belayar pula menegaskan lagi pergerakan yang aktif dan perarakan secara besar-besaran. Oleh itu, ayat ini memberi makna walaupun yang gagal, tetapi banyak lagi yang berjaya dan bersemangat serta berusaha gigih. Sementara itu, beratus-ratus pokok tumbuh dengan subur di depan pokok yang sakit juga mempunyai makna metafora yang sama. Pokok pada makna denotasinya ialah pohon dan sakit menderita contohnya seperti demam dan pening akan menyebabkan seluruh tubuh atau sesuatu bahagiannya tidak segar. Pokok yang sakit merujuk kepada penulis yang sakit hati. Sebaliknya, subur menurut makna denotasi tumbuh dengan baik. Dengan itu, beratus-ratus ribu pokok yang subur merujuk kepada harapan hidup yang sihat dan masa depan yang cerah. Kedua-dua ayat tersebut memberi makna metafora bahawa penulis yang sakit dan lemah masih mempunyai harapan lagi kerana beribu-ribu kapal belayar di tepinya dan beratus-ratus ribu pokok tumbuh dengan subur di depannya, harapan itu tidak jauh tetapi hanya berada di tepi dan di depannya sahaja. Puisi ini memberi galakan kepada sesiapa yang gagal untuk memulihkan semangatnya, tidak kira betapa malangnya kita ataupun 112

apa sahaja penyakit yang dihidapi. Harapan sentiasa berada di sisi kita dan kita perlulah berusaha untuk bangun semula. B7. Làng táo shā cí jiǔ shǒu (qí bā) 浪淘沙词九首 ( 其八 ) Mò dào chányán rú làng shēn,mò yán qiān kè shì shā chén 莫道谗言如浪深, 莫言迁客似沙沉 Qiān táo wàn sǎ suī xīnkǔ,chuījìn kuáng shā shǐ dào jīn 千淘万洒虽辛苦, 吹尽狂沙始到金 Puisi ini juga ditulis oleh Liu Yu Xi ( 刘禹锡 ) ( 772-842 tahun masehi). Tajuknya 浪淘沙词 adalah nama sebuah lagu pada zaman itu. Terdapat 9 buah puisi di bawah tajuk tersebut. Puisi ini adalah puisi yang ke-8 dalam tajuk ini. Tajuk ini berkaitan dengan ombak dan pasir. Ayat pertama dan kedua menggunakan simile, iaitu perkataan seperti untuk menggabungkan dua objek. Dalam ayat pertama, 浪 ombak adalah sumber dan fitnah adalah sasaran, ombak memberi makna denotasi sebagai gerakan air yang turun naik atau bergulung-gulung. Makna metafora ayat ini menyifatkan fitnah begitu banyak seperti ombak yang melambung hebat, ia boleh membawa kerosakan yang teruk. Malahan, penulis berkata kita tidak perlu takut kepada fitnah seperti ombak kerana berdasarkan pengalaman kita, ombak akan berhenti pada suatu masa nanti bermakna fitnah itu akan lenyap juga pada suatu hari. 113

Ayat kedua pula menggunakan 沙 pasir sebagai sumber dan pegawai yang diturunkan pangkat dan dibuang negeri itu sebagai sasaran. Makna denotasi pasir ialah batu yang hancur halus seperti yang dilihat di pantai, gurun dan lain-lain. Makna metafora ayat kedua menceritakan tentang pegawai tersebut seakan-akan pasir yang tenggelam, pasir itu tenggelam kerana pukulan ombak yang dimaksudkan fitnah itu. Jika kita mengkaji konteks puisi ini, ia merupakan keadaan yang dialami oleh penulis. Beliau memang banyak kali difitnah oleh musuhnya dan ini menyebabkannya diturunkan pangkat dan dibuang negeri. Namun, pegawai yang dipaksa turun pangkat dan dibuang negeri itu tidak akan tenggelam seperti pasir kerana setelah berusaha dengan gigih, pegawai itu juga akan pulih dan menunjukkan semangatnya. Seterusnya, 沙 pasir dalam ayat keempat berkaitan dengan pasir yang disebutkan dalam ayat kedua, iaitu bermakna pegawai yang difitnah itu. Metafora 金 emas pula bermakna pegawai yang sama tetapi bezanya dia telah bangkit semula, bersemangat, berbakat tinggi dan penuh dengan harapan. Item leksikal ini digunakan untuk sasaran ini kerana emas mengikut makna denotasinya menunjukkan sejenis logam berwarna kuning yang mahal harganya. Item leksikal ombak dan pasir bukan sahaja digolongkan sebagai metafora kata nama mengikut struktur ayat, tetapi juga boleh digolongkan sebagai metafora ontologi, ini kerana kita menganggap ombak dan pasir sebagai entiti dan menganalisis makna metaforanya berdasarkan pengalaman kita terhadap sifat-sifat ombak dan pasir. Emas pula digolongkan sebagai metafora kata nama. Falsafah puisi ini juga boleh digunakan untuk menggalakkan orang ramai. Pasir memberi makna metafora sesuatu yang tidak berharga dan sebaliknya emas merujuk 114

kepada sesuatu yang berharga atau satu kejayaan. Walaupun mendulang dan mencuci beribu-ribu kali adalah proses yang sukar tetapi apabila pasir disingkirkan, kita akan memperolehi emas yang bernilai. Ini bermakna kita mesti berusaha dengan gigih demi mencapai kejayaan. B8. Tí rén shàng zuò huà sōng 题仁上座画松 Yǎn jiǎn sōng zhī gé yān yǔ,zhī nóng dìng shì suì hán cái 偃蹇松枝隔烟雨, 知侬定是岁寒材 Bǎinián gēn jié yào lǎo yìng, jiāng kǒng bēng yá dào shí lái 百年根节要老硬, 将恐崩崖倒石来 Puisi ini ditulis oleh Wang Tingjian ( 黄庭坚 ) (1045-1105 tahun masehi), seorang penyair terkenal yang setaraf dengan penyair Su Shi ( 苏轼 ). Tajuk puisi ini ialah 题仁上座画松, iaitu sebuah puisi yang ditulis untuk menggambarkan sebuah lukisan pokok pain yang dilukis oleh seorang sami yang bermartabat tinggi. Tajuk puisi ini menulis tentang kekuatan pokok pain, malah dari segi makna metafora, tema puisi ini menyampaikan falsafah yang perlu diamalkan dalam usaha menuntut ilmu dan mengejar kejayaan, iaitu seseorang harus berusaha mengukuhkan asasnya supaya menjadi kuat untuk menempuh sebarang kesulitan. 松, iaitu pokok pain dalam puisi ini merupakan frasa metafora kata nama dan metafora tumbuhan dengan sasarannya merujuk kepada orang. Pokok pain ialah sejenis 115

pokok yang halus daunnya. Pokok pain ini selalu dijadikan metafora untuk orang yang kuat semangat dan mulia mengikut kepercayaan orang Cina berdasarkan ciri-cirinya yang tahan sejuk. Item-item leksikal yang berkaitan dengan pokok pain iaitu 岁寒材 dan 根节 juga digolongkan sebagai metafora kata nama dan metafora tumbuhan. 岁寒材 yang diterjemahkan sebagai kayu yang boleh tahan kesejukan dalam musim dingin merujuk kepada orang yang berkebolehan. 根节 yang merupakan akar pokok pain merujuk kepada asas kejayaan. Asas kejayaan ini boleh terdiri daripada pengetahuan, kemahiran, ketabahan hati, kegigihan atau usaha seseorang. Mengikut makna denotasi, akar merupakan bahagian tumbuh-tumbuhan yang lazimnya tumbuh ke dalam tanah. Akar digunakan untuk menerangkan asas kejayaan kerana pokok yang tumbuh dengan baik memerlukan akar yang kuat, sekiranya akar pokok itu rosak, pokok tersebut akan turut mati. Ini bermakna sekiranya seseorang itu tidak mempunyai asas kejayaan yang kukuh, maka dia tidak dapat mencapai kejayaan. 崩崖倒石 bermakna kejatuhan batu akibat tanah runtuh juga menjadi item leksikal metafora kata nama yang merujuk kepada halangan dalam perjalanan seseorang yang menuju kejayaan. Mengikut makna denotasi, tanah runtuh bermakna tanah yang gelongsor atau lungsur. Item leksikal ini juga boleh digolongkan sebagai metafora ontologi kerana kita boleh menganalisis makna metaforanya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman kita terhadap bencana alam tersebut. Item leksikal ini digunakan untuk makna metafora ini kerana tanah runtuh adalah bencana alam yang tidak diingini. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba akibat hujan lebat 116

yang mengakibatkan hakisan tanah. Batu-batan yang terjatuh akibat bencana alam ini boleh membawa kerosakan yang besar atau kematian. Mengikut analisis makna metafora, ayat pertama dan kedua bermakna seseorang yang boleh tahan lasak pastilah orang yang berkebolehan. Ini adalah kurniaan Tuhan kerana kebolehan seseorang memang dilahirkan semula jadi seperti ciri-ciri pokok pain yang berkualiti dengan semulajadi. Malahan, penulis berpendapat walaupun seseorang itu berkebolehan seperti akar pokok pain yang beratus tahun tua dan keras, orang itu masih perlu mengukuhkan kebolehannya lagi dengan usaha yang gigih supaya boleh menempuh apa-apa saja masalah yang menghalang kejayaannya. Dengan kata lain, penulis berpendapat usaha seseorang untuk mengukuhkan kebolehan diri sendiri adalah penting walaupun dia telah memiliki kebolehan yang dilahirkan secara semula jadi. B9. Zèng wú jiù yǐ jí jiàn jūnzǐ, yún hú bù xǐ wéi yùn ( qí èr) 赠无咎以 即见君子, 云胡不喜 为韵 ( 其二 ) Xián yú pì guān xíng, měi chǒu bú zì jiàn 贤愚譬观形, 美丑不自见 Yī gōng dài sān zhé, jiàn tiě yào bǎi liàn 医肱待三折, 剑铁要百炼 Mó jūn gǔ qīngtóng, tài jiǎn jì míng biàn 磨君古青铜, 汰拣寄明辨 Yī zhì chū qiān yú, shí qín nánwàng xiàn 一智出千愚, 食芹难忘献 117

Puisi ini ditulis oleh Zhang Lei ( 张耒 ) ( 1054-1114 tahun masehi ) dari Dinasti Song. Puisi ini adalah puisi yang kedua dengan rimanya 见 dalam kumpulan puisi yang bertajuk 即见君子, 云胡不喜. Kumpulan puisi ini mempunyai lapan buah puisi, penulis menggunakan setiap perkataan dalam tajuk tersebut untuk menjadikan rima dalam setiap lapan puisi. Puisi ini diberikan sebagai hadiah kepada kawannya, Wu Jiu ( 无咎 ). Puisi ini bertujuan untuk menggalakkan orang berusaha gigh dan melatih diri sendiri untuk meningkatkan kemahiran. Ayat ketiga 医肱待三折 berasal dari buku ilmiah klasik 左传. 定公十三年 (zuo zhuan.ding gong shi san nian) yang mengatakan bahawa seseorang doktor yang dapat mengubati pesakit yang lengannya patah 3 kali barulah dia dikenali sebagai doktor yang handal. Walaupun ayat ini ada ceritanya yang serupa dengan penggunaan bahasa kiasan alegori, tetapi ia masih dapat digolongkan sebagai frasa metafora kerana item-item leksikalnya mudah difahami dengan pengetahuan am dan konsep sejagat. Mengikut makna denotasi, 医 adalah mengubati iaitu menyembuh dengan ubat. 肱 adalah lengan iaitu bahagian badan dari bahu hingga pergelangan tangan. 医肱 bermakna mengubati lengan digolongkan sebagai metafora kata kerja yang memberi makna metafora sesuatu kejayaan atau kepakaran. 三折 dengan makna denotasinya patah atau putus sebanyak tiga kali boleh digolongkan sebagai metafora kata kerja yang membawa makna metafora latihan berulang-ulang kali atau pengalaman. 待 bermakna menunggu, menanti. Dengan itu, 医肱待三折 memberi makna 118

metafora seseorang yang pakar atau berjaya mesti menjalani latihan berulang kali atau mempunyai banyak pengalaman praktikal. Ayat keempat 剑铁要百炼 pula menegaskan bahawa pedang yang baik dan tajam juga diperbuat daripada besi tetapi perlu diproses sebanyak beratus kali. Pedang ialah senjata yang panjang bilahnya, biasanya tirus di hujungnya dan tajam. Mengikut pengetahuan am tentang proses membuat pedang, besi itu perlu diketuk dengan lama dan dibakar sehingga menjadi pedang. Dengan itu, 剑 pedang yang tajam dalam ayat ini boleh digolongkan sebagai metafora kata nama yang merujuk kepada orang yang berkemahiran. Proses beratus kali ( 百炼 ) mengikut makna denotasi merupakan satu siri tindakan yang dilakukan untuk membuat, menghasilkan, atau mencapai sesuatu. Item leksikal ini boleh digolongkan sebagai metafora kata kerja merujuk kepada latihan dan usaha yang gigih untuk meningkatkan kemahiran seseorang. Selain penggolongan metafora mengikut struktur ayat, kedua-dua ayat 医肱待 三折, 剑铁要百炼 juga boleh digolongkan sebagai metafora ontologi. Hal ini kerana makna metafora kedua-dua ayat ini boleh ditafsirkan berdasarkan pengalaman pembaca terhadap keadaan perubatan dan pemprosesan pedang dengan menganggap kedua-dua kerja itu sebagai satu entiti. Malahan, kata kerja 三折 dan 百炼 wujud sebagai metafora kata kerja berdasarkan subjek pertama dalam ayat masing-masing. Dalam ayat kelima 古青铜 yang bermakna cermin keluli yang telah berkarat dan tua merupakan item leksikal metafora kata nama yang menunjukkan seseorang yang sudah lama tidak berusaha, dan kolot fikirannya kerana tidak melihat diri sendiri. Cermin 119

adalah kaca untuk melihat rupa muka sendiri. Karat boleh memberi makna denotasi lama dan tua. Tua bermakna sesuatu yang lama. Penulis dinasihatkan supaya menggosok cermin keluli yang berkarat dan tua itu bermakna orang sebegini perlu bangkit dan melihat atau menilai semula kebaikan dan keburukan yang ada pada dirinya, mengekalkan sikap yang positif dan menghentikan sikap yang negatif. Dengan itu, kita dapat menilai sama ada diri kita baik atau tidak. Penulis membuat kesimpulan dalam puisi ini dengan mengatakan bahawa kesilapan yang banyak dilakukan akan menjadikan kita lebih pandai kerana manusia belajar daripada kesilapan dan menjadi pandai dengan pengalaman yang dilalui. 食芹 yang bererti makan sayur saderi dalam ayat yang terakhir juga merupakan item leksikal metafora kata kerja dan metafora tumbuhan jika dikaji dari segi etimologinya. Sayur saderi adalah sejenis tumbuhan yang daunnya boleh dimakan. Menurut cerita dalam buku lama 列子. 杨朱 ( liè zǐ. yáng zhū ), ada orang pernah menghidangkan sayur saderi yang murah sebagai sayur yang sedap dan memujinya di depan orang kaya di kampungnya. Oleh itu, generasi seterusnya menghadiahkan sayur saderi yang bermakna mencadangkan sesuatu yang tiada nilai dengan tujuan menghambakan diri. Dalam puisi ini, penulis menggunakan item leksikal ini untuk mengatakan cadangannya tidak seberapa sebagai tanda merendahkan diri. B10. Jīn lǚ yī 金缕衣 120

Quàn jūn mò xī jīn lǚ yī, quàn jūn xū xī shàonián shí 劝君莫惜金缕衣, 劝君须惜少年时 Yǒu huā kān zhé zhí xū zhé,mò dài wú huā kōng zhé / zhī 有花堪折直须折, 莫待无花空折枝 Puisi ini tidak diketahui penulisnya. Tajuknya 金缕衣 ialah baju yang dijahit dengan emas. Tema puisi ini menasihati orang muda supaya menghargai masa muda. Beberapa item leksikal metafora digunakan dalam puisi ini, iaitu baju emas ( 金缕衣 ), bunga ( 花 ), petik ( 折 ),petik batang yang kosong ( 空折枝 ). Baju emas ( 金缕衣 ) dari segi makna metaforanya bermakna sesuatu kekayaan, kemewahan dan keseronokan. Emas adalah sesuatu logam berwarna kuning yang mahal harganya; baju, iaitu pakaian untuk menutup badan yang dijahit dengan emas bukan sahaja mahal tetapi cantik. Baju emas dipercayai dipakai oleh maharaja Cina pada zaman dahulu. Walau bagaimanapun, baju akan koyak pada suatu masa nanti, ia tidak kekal dan hanya menunjukkan kecantikan sementara sahaja. Ayat ini menasihati kita supaya jangan terlalu mementingkan baju emas sahaja. Masa muda kita adalah lebih bernilai daripada baju emas itu. Item leksikal ini digolongkan sebagai metafora kata nama dan metafora pengkonkritan. Seterusnya, bunga ( 花 ) menjadi metafora kata nama yang merujuk masa muda seseorang. Bunga adalah bahagian tumbuhan untuk pembiakan, biasanya berwarna terang dan berbau harum. Walaupun bunga adalah cantik tetapi bunga hanya berkembang untuk 121

seketika dan akan gugur dengan cepat, keadaan ini menggambarkan masa muda seseorang akan berlalu dengan cepat dan tidak akan kembali lagi. Petik ( 折 ) bererti mengambil daripada tangkai pohon adalah item leksikal metafora kata kerja, ia membawa makna metafora berusaha dan bertindak, memetik bunga dalam puisi ini bermakna menggunakan masa muda dengan bijaknya, cepat melakukan sesuatu yang bermakna semasa muda, jangan kita menunggu sehingga tua, maka kita hanya boleh memetik batang yang kosong ( 空折枝 ) sahaja. Kosong yang bermakna denotasi tidak berisi apa-apa digolongkan sebagai metafora orientasi iaitu pada konsep kita, kosong memberi makna sia-sia, tidak mendapat apa-apa, dengan itu memetik batang yang kosong bermakna kita akan rugi dan tidak mendapat apa-apa tetapi hanya memiliki batang yang tidak berguna sahaja. Memetik batang yang kosong juga boleh digolongkan sebagai metafora kata kerja. Puisi ini menyampaikan falsafah bahawa kita perlu menghayati masa muda kita untuk melakukan kerja yang bermakna. Jika tidak, kita akan menyesal dan hanya mampu mengeluh. 4.2.2.1 Perbincangan Analisa Item Leksikal Metafora Dalam Tema B Sikap Belajar Dan Berusaha Di bawah Tema B terdapat sebanyak 37 item leksikal metafora yang terdiri daripada 18 kata, 17 frasa dan 2 ayat. Dari segi penggolongan metafora berdasarkan struktur sintagmatik, metafora kata nama paling banyak ditemui seperti hasil kajian 122

dalam Tema A iaitu sebanyak 24 metafora kata nama, diikuti oleh metafora kata kerja sebanyak 8 dan metafora kata sifat sebanyak 2 sahaja. Bilangan metafora kata kerja didapati menduduki tempat kedua dalam Tema B dan juga lebih banyak berbanding dengan Tema A dan Tema C. Hal ini kerana metafora kata kerja membawa makna menuju ke hadapan, berusaha, bersemangat, berlatih dan bertindak dengan tepat sekali penggunaannya dalam Tema B, contohnya 上 (naik) (B5.64), 千帆过 (beribu-ribu kapal layar belayar) (B6.66), 三折 (tiga kali patah) (B9.77), 百炼 (proses beratus kali) (B9.79) dan 折 (petik) (B10.84). Jika kita mengkaji item leksikal metafora kata sifat dalam Tema B ini dengan lebih terperinci lagi, kita akan dapati bahawa item leksikal 清 (jernih) (B3.57) juga merupakan kata sifat yang sesuai digunakan untuk menerangkan keadaan longkang yang bersih dalam puisi tersebut, tetapi item leksikal ini dijadikan metafora apabila ia digunakan untuk menunjukkan sasaran iaitu otak manusia yang jelas, hati yang terbuka dan pemikiran yang tenang. Sementara itu, item leksikal 春 ( musim bunga ) dalam 万木 (beratusratus ribu pokok) (B6.68) sebenarnya merupakan kata nama dan adalah salah jika digunakan untuk menerangkan pokok dari segi tatabahasa, tetapi item leksikal ini dapat menyampaikan makna metafora tentang sesuatu keadaan yang subur. Maka item leksikal ini dapat digolongkan sebagai metafora kata sifat dan digunakan untuk menerangkan keadaan pokok dalam puisi tersebut walaupun penggunaannya adalah salah dari segi tatabahasa. Selain itu, pengkaji mendapati penulis puisi banyak menggunakan dua objek sumber yang berlainan nilai untuk membandingkan sesuatu sasaran yang berharga 123

dengan sesuatu yang tidak berharga, sesuatu sasaran yang benar dengan sesuatu yang palsu atau sesuatu sasaran yang kuat dengan sesuatu yang lemah. Sebagai contohnya 玉 (jed) (B1.49) berbanding dengan 珉 (batu)(b1.50), 草萤 (cahaya kelip-kelip) (B2.51) berbanding dengan 荷露 (titisan embun) (B2.52), 燔柴 (api kayu) (B2.53) berbanding dengan 照乘 (pancaran batu permata) (B2.54), 沉舟 (kapal yang tenggelam) (B6.65) berbanding dengan 千帆过 (beribu-ribu kapal layar belayar) (B6.66), 病树 (pokok yang sakit) (B6.67) berbanding dengan 万木春 (beratus-ratus ribu pokok tumbuh dengan subur) ( B6.68), 沙 (pasir) (B7.70) berbanding dengan 金 (emas) (B7.71). Konteks dan budaya orang Cina juga menjadi faktor penting dalam proses mengenal pasti dan menganalisis item-item leksikal metafora dari segi penggolongan imej. Di antaranya ialah 松 (pokok pain) (B8.72), 食芹 (makan sayur) (B9.81), 玉 (jed) (B1.49), 珉 (batu) (B1.50) dan 照乘 (pancaran batu permata) (B2.54) yang memerlukan pengetahuan lebih mendalam tentang asal-usul item leksikal tersebut dan kepercayaan orang Cina. Selain itu, item leksikal metafora kehaiwanan, metafora tumbuhan dan metafora pengkonkritan lain yang lebih umum boleh dikenal pasti melalui pemahaman konsep sejagat seperti 岁寒材 (kayu yang boleh tahan kesejukan dalam musim dingin) (B8.73), 根节 (akar) (B8.74), 花 (bunga) (B10.83), 草萤 (kelp-kelip) (B2.51), 荷露 (titisan embun) (B2.52), 燔柴 (kayu yang membakar) (B2.53), 源头活水 (punca air yang hidup) (B3.58), 白日依山尽 (matahari terbenam di 124

hujung gunung-ganang) (B5.61), 黄河入海流 (Sungai Huang mengalir masuk ke dalam laut) (B5.62) dan 金缕衣 (baju emas) (B10.82). Dari segi penggolongan metafora berdasarkan konsep, puisi-puisi dalam Tema B terdapat 2 item leksikal metafora orientasi dan 9 item leksikal metafora ontologi. Item leksikal 尽 ( hujung) ( B5.61) dan 千里目 ( pemandangan yang beribu-ribu batu) ( B5.63) digolongkan sebagai metafora orientasi yang dapat ditinjau melalui pemahaman konsep kita tentang orientasi ruangan yang bermakna metafora tiada batasan dan jauh. Daripada 9 item leksikal metafora ontologi, kajian ini mendapati bahawa ada 4 item leksikal metafora ontologi yang tidak dapat menunjukkan makna metaforanya tersendiri, iaitu 医肱 (mengubati lengan) (B9.76), 三折 ( tiga kali patah) (B9.77), 剑铁 (pedang dari besi) (B9.78) dan 百炼 (diproses beratus kali) (B9.79). Keempat-empat item leksikal ini bertindak sebagai sumber yang menunjukkan sasaran yang berlainan dan memberi makna metafora yang berlainan, tetapi makna metaforanya hanya dapat dikenal pasti melalui gabungan item-item leksikal metafora dalam ayat tersebut melalui pengalaman pembaca. Jika tidak, item-item leksikal tersebut tidak akan membawa makna metafora. Item-item leksikal metafora ontologi yang lain seperti 步随流水 (berjalan mengikut aliran sungai) (B4.59), 溪源, 源头 (punca air sungai) (B4.60), 浪 (ombak) (B7.69), 沙 (pasir) (B7.70), 崩崖倒石 (kejatuhan batu akibat tanah runtuh) (B8.75) dapat menunjukkan makna metaforanya tersendiri melalui pengalaman pembaca. 125

Secara ringkas, penggunaan metafora dalam puisi tradisional Bahasa Cina adalah luas malah boleh terlepas daripada peraturan dalam sesuatu sistem bahasa. Sebagai contoh yang disebutkan di atas, item leksikal kata nama boleh digunakan untuk menunjukkan makna metafora dalam bentuk kata sifat, ia juga boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu objek atau perkara walaupun salah dari segi penggunaan tatabahasanya. Faktor konteks dan budaya juga menjadi faktor yang mempengaruhi penggunaan item leksikal dalam puisi tradisional. 4.2.3 Bahagian C : Amalan kebenaran hidup Dalam bahagian ini, pengkaji akan menganalisis 10 buah puisi yang bertema amalan kebenaran hidup. Maklumat ringkas mengenai 10 buah puisi ini diletakkan dalam Apendiks A. Ringkasan analisis item-item leksikal metafora dalam 10 puisi ini diletakkan dalam Apendiks B. Bahagian penterjemhan puisi daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu diletakkan di Apendiks E. Selepas menganalisis setiap puisi, pengkaji akan membincangkan penggunaan item leksikal metafora untuk 10 buah puisi dalam Tema C ini. Puisi-puisi C1, C2, C3 dan C10 kekurangan sumber rujukan latabelakang. C1. Zhōng qiū yuè èr shǒu (qí èr) 中秋月二首 ( 其二 ) Yuán pò shàng hán kōng, jiē yán sìhǎi tóng 圆魄上寒空, 皆言四海同 An zhī qiānlǐ wài, bù yǒu yǔ jiān fēng 安之千里外, 不有雨兼风 126

Puisi ini ditulis oleh Lee Qiao ( 李峤 ) (644-713 tahun masehi), tajuknya 中秋月二首 ( 其二 ) merupakan salah sebuah puisi daripada dua buah puisi yang bertajuk bulan pada pertengahan musim luruh. Menurut orang Cina, pada 15 haribulan Ogos mengikut kalendar Luna iaitu pada pertengahan musim luruh, bulan kelihatan paling bulat, besar dan cantik. Orang Cina menyambut hari itu sebagai hari perayaan sejak turun temurun mengikut tradisi sehingga hari ini. Puisi ini telah menggunakan item-item leksikal 圆 魄 dan 雨兼风 sebagai sumber untuk membandingkan dua keadaan yang bertentangan. 圆魄 diterjemahkan sebagai bulan yang bulat, bulan mengikut makna denotasinya merupakan satelit semula jadi bumi yang bergerak mengelilingi bumi sekali dalam 28 hari, dan bersinar pada waktu malam oleh cahaya yang dibalikkan matahari. Dalam puisi ini, bulan yang bulat merupakan item leksikal metafora kata nama dan metafora pengkonkritan yang menunjukkan suasana yang mesra dan bahagia. Hal ini kerana pada hari perayaan bulan ini, semua ahli keluarga akan berkumpul, berbual-bual, bermain-main dan makan bersama-sama di samping menikmati kecantikan bulan. Item leksikal 圆 yang bermakna bulat, atau bundar juga boleh digolongkan sebagai metafora orientasi. Orang Cina menganggap sesuatu yang bulat itu mewakili keadaan yang lengkap, sempurna dan tiada kecacatan. 127

雨兼风 diterjemahkan sebagai hujan dan angin, hujan ialah air yang turun (menitik dengan banyaknya ) yang terpeluwap daripada wap di atmosfera; angin pula merujuk kepada udara yang bergerak. Dalam puisi ini, hujan dan angin sebenarnya membawa makna metafora sesuatu keadaan yang membimbangkan dan kurang baik. Hal ini kerana hujan dan angin mungkin boleh membawa ribut taufan yang merosakkan alam. Item-item leksikal ini boleh digolongkan sebagai metafora kata nama dan juga metafora pengkonkritan. Puisi ini mengingatkan kita apabila berasa bahagia atau dalam keadaan yang selamat, kita perlu juga memikirkan keadaan orang lain yang susah atau orang yang kurang bernasib baik di seluruh dunia. Kita harus meraikan kegembiraan bersama-sama, di samping itu, kita juga tidak boleh melupakan kesusahan orang lain dan perlu bersimpati terhadap mereka. C2. Qiū huái shī shíyī shǒu (qí èr) 秋怀诗十一首 ( 其二 Báilù xià bǎi cǎo,xiāo lán gòng diāo cuì 白露下百草, 萧兰共雕悴 Qīng qīng sì qiáng xià, yǐ fù shēng mǎn dì 青青四墙下, 已复生满地 128

Hán chán zàn jìmò, xīshuài míng zì zì 寒蝉暂寂寞, 蟋蟀鸣自恣 Yùnxíng wúqióng qī, bǐng shòuqì kǔ yì 运行无穷期, 禀受气苦异 Shìshí gè dé suǒ, sōng bǎi búbì guì 适时各得所, 松柏不必贵 Puisi ini ditulis oleh Han Yu ( 韩愈 ) ( 768-824 tahun masehi ) pada zaman Dinasti Tang. Beliau terkenal sebagai penyair yang pertama dalam kumpulan lapan penyair yang terkenal dalam zaman Dinasti Tang dan Dinasti Song. Tajuk puisi ini 秋怀诗十一首 ( 其二 ) adalah daripada kumpulan tajuk puisi mengenai perasaan pada musim luruh, ia adalah puisi yang ke-2 daripada 11 buah puisi yang tergolong dalam tajuk tersebut. Item-item leksikal bunga orkid ( 兰 ), daun xiao ai ( 萧艾 ) dan rumput-rampai liar ( 青青 ) adalah item leksikal metafora kata nama dan metafora tumbuhan yang merujuk kepada orang yang berlainan kedudukan. Bunga orkid adalah jenis tumbuhan daratan atau epifit daripada famili Orchidaceae yang bunganya berwarna terang dan cantik, ia adalah pokok bunga yang lebih berharga kerana dinikmati orang ramai; daun xiao ai kurang popular jika dibandingkan dengan pokok bunga orkid kerana ianya hanya sejenis daun yang berbau busuk. Rumput-rampai liar diberi makna denotasi sebagai sejenis tumbuhan yang melata-lata di bumi dan kecil-kecil. Ia berada pada kedudukan yang paling rendah kerana senang dijumpai atau tumbuh di merata-rata tempat tanpa dijaga. 129

Selain ciri-ciri persamaan jenis tumbuhan ini dengan sasarannya, orang Cina memang biasanya menggunakan bunga orkid untuk merujuk kepada orang yang berkedudukan tinggi, daun xiao ai dan rumput-rampai liar merujuk kepada orang yang berkedudukan rendah. Menurut makna metafora puisi ini dalam menerangkan tumbuhan-tumbuhan yang disebutkan di atas, orang yang berkedudukan tinggi tidak perlu berasa sombong. Kedudukan mereka juga akan terjejas apabila tiba masanya bersama-sama dengan orang yang lebih rendah kedudukannya. Orang berkedudukan rendah juga tidak perlu hilang keyakinan kerana mereka juga akan berjaya apabila tiba masanya untuk mereka menunjukkan bakat mereka. Seterusnya, penulis juga menggunakan binatang 寒蝉 reriang dan 蟋蟀 keridik untuk menyampaikan makna metafora yang sama. Reriang adalah sejenis serangga, kepalanya pendek, sayapnya lutsinar. Reriang jantan berbunyi bising terutamanya pada musim panas. Semasa anak reriang berubah menjadi reriang yang dewasa, ia akan menanggalkan kulitnya. Kulit itu boleh dijadikan ubat. Proses penanggalan kulit itu disifatkan sebagai pelepasan kesengsaraan daripada dunia fana ini dalam kepercayaan agama Buddha, oleh itu, ia dianggap lebih tinggi kedudukannya berbanding dengan keridik. Menurut makna denotasi, keridik merupakan sejenis serangga berkepak yang berbisa. Apabila tibanya musim luruh, reriang terpaksa mendiamkan diri walaupun suaranya lebih merdu. Hal ini kerana musim luruh adalah sesuai untuk keridik, maka keridik boleh berbunyi dengan bebas tanpa disekat. 130

Keadaan ini juga memberi makna metafora bahawa apabila tiba masanya, seseorang akan menunjukkan bakatnya. Kedua-dua item leksikal ini boleh digolongkan sebagai metafora kata nama dan juga metafora kehaiwanan. Akhirnya, penulis menggunakan 松柏 pokok pain sebagai sumber dengan menunjukkan sasarannya seseorang yang disanjung tinggi. Pokok pain ialah sejenis pokok dengan daun yang halus. Pokok pain boleh hidup dalam semua musim dan kayunya adalah keras, jenis pokok ini amat dihargai oleh orang ramai. Malahan, penulis berpendapat pokok pain tidak perlu berasa sombong kerana semua hidupan ada fungsinya dan boleh hidup dalam musim yang paling sesuai untuk dirinya sendiri. Item leksikal ini digolongkan sebagai metafora kata nama dan metafora tumbuhan. Puisi ini mengingatkan kita supaya jangan memandang rendah terhadap orang yang kurang keupayaan. Semua orang ada kelebihannya dan hanya menunggu masa yang paling sesuai bagi mereka untuk menunjukkan kelebihan itu. Sebaliknya, orang yang berbakat jangan berasa sombong kerana dia boleh kehilangan segala-galanya apabila tiba masanya. C3. Huà méi niǎo 画眉鸟 Bǎi zhuàn qiān shēng suíyì yí, shān huā hóng zǐ shù gāo dī 百啭千声随意移, 山花红紫树高低 Shǐ zhī suǒ xiàng jīn lóng tīng, bù jí lín jiān zìzai tí 始知锁向金笼听, 不及林间自在啼 131

Puisi ini bertajuk burung hua mei, sejenis burung yang pandai menyanyi dan mempunyai suara yang merdu. Penulis puisi ini ialah Ou Yang Xiu ( 殴阳修 ) (1007-1072 tahun masehi ), beliau digolongkan dalam kumpulan 8 orang penyair terkemuka dalam Dinasti Tang dan Dinasti Song. Puisi ini bertemakan keinginan manusia mendapat kebebasan. Item leksikal metafora wujud dalam ayat ketiga dan keempat iaitu 金笼 dan 林间. 金笼 bererti sangkar emas dan 林间 bererti hutan. Kedua-dua item leksikal ini digolongkan dalam metafora kata nama dan metafora pengkonkritan. Mengikut makna denotasi, sangkar ialah kurungan burung; emas ialah sejenis logam berwarna kuning yang mahal harganya. Sangkar emas dalam makna metafora ialah sesuatu tempat yang cantik, berharga tinggi tetapi tiada kebebasan. Sebaliknya, hutan, iaitu kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar) memberi makna metafora sesuatu tempat semula jadi atau tempat asal yang penuh kebebasan. Menurut makna metafora, puisi ini mengatakan manusia sanggup hidup di tempat asalnya yang lebih susah demi memperoleh kebebasan. Puisi ini menyampaikan mesej bahawa kebebasan yang begitu tinggi kedudukannya hingga tidak dapat dinilai. C4. Hé zǐ yóu jì yuán zhōng cǎo mù shíyī shǒu (qí sān) 和子由 记园中草木 十一首 ( 其三 ) Zhòng bǎi dài qí chéng, bǎi chéngrén yǐ lǎo 种柏待其成, 柏成人已老 132

Bùrú zhòng cóng huì, chūn zhòng qiū kě shōu 不如种丛彗, 春种秋可收 Yīnyáng zé wù, měi è suíyì zào 阴阳不择物, 美恶随意造 Bǎi shēng hékǔ jiān, shì yì fèi gōng qiǎo 柏生何苦艰, 似亦费工巧 Tiān gōng qiǎo yǒu jǐ, kěn jìn wèi rǔ hào? 天工巧有几, 肯尽为汝耗? Jūn kàn lí yǔ huò, shēngyì cháng cǎo cǎo 君看藜与藿, 生意常草草 Puisi ini ialah puisi yang ketiga digolongkan dalam tajuk 和子由 记园中草木 yang mempunyai 11 buah puisi. 子由 adalah nama adiknya dan 记园中草木 bermakna catatan mengenai tumbuh-tumbuhan dalam taman. Penulis telah menulis puisi mengenai 10 jenis tumbuhan yang ada dalam sebuah taman di sebuah tempat kediaman. Penulis puisi ini Su Shi ( 苏轼 ) ( 1037-1101 tahun masehi ) merupakan seorang penyair yang terkenal dalam Dinasti Song. Dalam puisi ini, pokok pain ( 柏 ) menjadi watak utama dan tumbuhan lain yang menjadi bandingannya merupakan item leksikal metafora kata nama dan metafora tumbuhan. Pokok pain ialah sejenis pokok berdaun halus. Pokok pain menjadi sumber dan sasarannya mewakili sesuatu impian, matlamat atau hasil yang ingin dicapai oleh seseorang, ianya adalah lebih berkualiti tinggi dan memerlukan usaha yang gigih. Tumbuhan lain iaitu pokok hui, daun li dan daun huo ( 彗, 藜, 藿 ) pula mewakili sesuatu yang kurang bernilai atau berkualiti rendah. Pokok hui adalah salah satu jenis buluh yang boleh digunakan untuk menjadi penyapu. Nilai pokok hui ini tidak 133

boleh dibandingkan dengan pokok pain tetapi boleh membawa hasil dengan cepat dan mempunyai kegunaannya. Daun li adalah sejenis rumput liar yang hidup setahun sekali, daun huo pula adalah sejenis daun kacang, kedua-dua jenis daun ini boleh dimakan semasa muda. Jangka hayat daun-daun ini sangat pendek dan tidak berharga tetapi masih boleh dimakan. Selain itu, item leksikal 草草 juga merupakan item leksikal metafora jika dikaji dari segi etimologi item leksikal ini. 草草 dalam puisi ini merupakan kata sifat yang bermakna terbiar atau pendek umur. Makna ini boleh juga dikatakan makna konotasi kerana pada makna denotasinya, 草 ialah rumput. Rumput ialah sejenis tumbuhan kecil yang melata di bumi. Orang Cina menganggap rumput sebagai sesuatu yang tidak bernilai kerana tumbuh dengan banyak di tepi jalan tanpa dijaga, tidak banyak kegunaan dan boleh mati dengan cepat dan senang. Dengan itu, item leksikal 草 digandakan menjadi 草草 menjadi item leksikal metafora kata sifat. Apabila dikaji dari segi makna metafora, kita dapati puisi ini menggunakan tumbuhan untuk menyampaikan falsafah tentang kebenaran hidup dalam dunia ini yang adil dan saksama, malahan semua benda hidup mempunyai fungsi masing-masing di bawah jagaan Tuhan. Manusia tidak perlu bersusah payah mengejar sesuatu yang berharga atau berkualiti tinggi sahaja, malah kita patut juga menghargai sesuatu yang berkualiti rendah kerana ia juga mempunyai fungsinya. 134

C5. Tí xī lín bì 题西林壁 Héng kàn chéng lǐng cè chéng fēng, yuǎn jìn gāo dī gè bùtóng 横看成岭侧成峰, 远近高低各不同 Bù shí lú shān zhēn miàn mù,zhǐ yuán shēn zài cǐ shān zhōng 不识庐山真面目, 只缘身在此山中 Puisi ini bertajuk 题西林壁, maknanya ialah menulis puisi sebagai tajuk di atas dinding sebuah gunung di Kuil Xi Lin yang berada di Gunung Lu. Menurut Kamus Ci Hai (1989:307), Gunung Lu berada di Selatan Wilayah Sungai Besar Sembilan, Negeri Jiangxi. Tiga bahagian Gunung Lu dikelilingi sungai, bahagian daratnya terletak di barat, gunungnya yang banyak dan tinggi sentiasa diliputi awan dan kabus, pemandangannya cantik sekali. Puisi ini dikatakan puisi klasik berunsur falsafah yang amat terkenal ditulis oleh Su Shi ( 苏轼 ) ( 1037-1101 tahun masehi). Puisi ini adalah kesimpulan yang dibuat oleh Su Shi setelah beliau melawat Gunung Lu. Ayat pertama dan kedua iaitu 横看成岭侧成峰, 远近高低各不同 merupakan ayat metafora. Item-item leksikal dalam kedua-dua ayat itu iaitu 横, 侧, 远, 近, 高, 低 yang bermakna melintang, tepi, jauh, dekat, tinggi dan rendah merupakan item leksikal metafora kata sifat. Menurut makna denotasi, melintang bermakna lebar; tepi bermakna bahagian yang luar sekali, pinggir; jauh bermakna besar jaraknya, tidak dekat; dekat bermakna tidak jauh jaraknya atau antaranya dari, hampir; tinggi bermakna jauh ke atas dan rendah ialah tidak jauh jaraknya dari bawah, tidak tinggi. Kata-kata sifat ini bukan sahaja 135

merujuk kepada beberapa sudut pandangan penulis terhadap gunung. Dari segi makna metaforanya, kata-kata sifat ini sebenarnya merujuk kepada cara-cara, sudut-sudut, persepsi dan pendapat yang berlainan seseorang terhadap sesuatu perkara. Oleh sebab makna metafora item leksikal ini dapat ditafsirkan dengan pengalaman pembaca tentang sudut pandangan, maka item leksikal metafora ini juga boleh digolongkan sebagai metafora ontologi. Seterusnya, 岭 rabung mengikut makna denotasi ialah jalur tanah tinggi yang panjang, barisan bukit, kemuncak bukit; 峰 puncak pula bermakna bahagian yang tertinggi pada bukit, gunung, menara, pokok dan lain-lain. Item-item leksikal ini digolongkan sebagai metafora kata nama dan memberi makna metafora sesuatu hasil yang tidak sama. Item leksikal dalam ayat ini memberi makna metafora bahawa sesuatu perkara yang sama akan diperolehi hasil yang berlainan jika ianya dinilai dari sudut yang berlainan. Klausa dalam ayat ketiga 庐山真面目 yang bermakna keadaan sebenar Gunung Lu juga membawa makna metafora, iaitu keadaan sebenar sesuatu perkara atau keikhlasan seseorang. Klausa ini boleh digolongkan sebagai metafora kata sifat dan metafora pengkonkritan kerana menyifatkan ciri-ciri sesuatu perkara sama ada benar atau tidak yang berunsur abstrak. Sebenar dalam makna denotasi merujuk kepada yang tepat, betul atau kenyataan. Penulis menegaskan bahawa kita tidak dapat melihat keadaan sebenar jika kita berada di dalam gunung tersebut, ini bermakna jika kita melibatkan diri dalam sesuatu perkara itu, adalah amat sukar untuk kita melihat keadaan sebenar. 136

Malahan, jika kita terlalu rapat dengan seseorang atau terlalu mempercayai katakata seseorang, maka adalah sukar untuk kita mengetahui hati sebenar seseorang itu sama ada ikhlas atau tidak. Puisi ini cuba menasihatkan kita supaya bertindak sebagai pihak ketiga untuk menilai sesuatu perkara atau seseorang itu supaya dapat memperoleh gambaran keseluruhan dengan jelas. Ayat ketiga dan keempat ini telah menjadi kata-kata hikmah yang popular dan sentiasa digunakan oleh masyarakat Cina dalam amalan kehidupan harian. Puisi ini menyatakan dua falsafah yang penting. Pertama, kita perlu menilai sesuatu perkara atau seseorang itu dari pelbagai sudut. Kedua, kita perlu sentiasa mengelakkan diri daripada melibatkan diri dalam sesuatu perkara jika kita ingin menyelidik perkara tersebut atau menilai seseorang itu. C6. Yóu Shānxī cūn 游山西村 Mò xiào nóng jiā là jiǔ hún, fēngnián liú kè zú jī tún 莫笑农家腊酒浑, 丰年留客足鸡豚 Shān chóng shuǐ fù yí wú lù,liǔ àn huā míng yòu yī cūn 山重水复疑无路, 柳暗花明又一村 Xiāo gǔ zhuīsuí chūn shè jìn,yī guān jiǎnpǔ gǔ fēng cún 箫鼓追随春社近, 衣冠简朴古风存 Cóngjīn ruò xǔ xián chéng yuè,zhǔ zhàng wú shí yèkòumén 从今若许闲乘月, 拄杖无时夜叩门 137

Puisi ini ditulis oleh Lu You ( 陆游 ) ( 1125-1210 tahun masehi ). Tajuknya 游山西村 bermakna lawatan ke Kampung Shanxi. Tema puisi ini bertujuan mendorong kita menuju ke hadapan dan menempuh segala kesulitan. Puisi ini ditulis semasa penulis melawat ke Kampung Shanxi. Item-item leksikal dalam ayat 山重水复疑无路, 柳暗花明又一村 merupakan item leksikal metafora kata nama dan dapat digolongkan sebagai metafora ontologi. Pengkaji menganggap hutan rimba sebagai satu entiti, seterusnya metafora ontologi terbentuk berdasarkan pengalaman mendaki hutan rimba, keadaan sebenar yang dapat dikesan semasa mendaki gunung memberi makna metafora yang lebih mendalam. 山重水复 bermakna gunung-ganang yang bertimbun-timbun dan sungai yang berulang-ulang. Gunung ialah bukit yang besar dan tinggi ; bertimbun-timbun bermakna bersusun bertindih. Gunung-ganang yang bertimbun-timbun pada makna metaforanya bermaksud segala kesulitan dan kepahitan yang ditemui. Hal ini kerana keadaan sebegini memang sukar dilalui, orang akan mudah sesat jalan dan penat mendaki gunung-ganang. Sungai ialah tali air yang semula jadi; berulang-ulang bermakna selalu pergi balik. Oleh itu, sungai-sungai yang banyak dan berulang-ulang adalah memberi makna metafora keadaan yang mengelirukan. Bertimbun-timbun, banyak dan berulang-ulang merupakan kata sifat yang memberi makna metafora yang lebih signifikan tentang keadaan yang mengelirukan, oleh itu, item-item leksikal ini digolongkan sebagai metafora kata sifat. Apabila keadaan sebegini dapat kita fahami melalui pengalaman kita 138

tentang keadaan gunung dan sungai, maka item-item leksikal ini boleh juga digolongkan sebagai metafora ontologi. 路 iaitu jalan merupakan tempat lalu lintas. Pada konsepnya, jalan adalah panjang dan boleh dilalui, oleh itu jalan membawa makna metafora sesuatu cara atau harapan. Malahan, puisi ini mengatakan bahawa keadaannya nampak tiada jalan lagi, ini bermakna tiada cara atau tiada harapan lagi. Ayat sterusya, 柳暗 iaitu gelapnya pokok willow memberi makna metafora sesuatu keadaan yang sedih dan tiada harapan. Pokok willow adalah sejenis pokok yang dahannya kecil serta mudah dilentur, biasanya tumbuh di tepi air. Pokok willow mewakili perpisahan dalam kepercayaan tradisi orang Cina. Gelap, bermakna tidak terdapat cahaya, kelam dan tidak terang. Gelap memberi konsep yang negatif, iaitu tiada harapan kerana tiadanya cahaya. Sebaliknya 花明 dan 一村 iaitu terangnya bunga dan sebuah kampung merujuk kepada makna metafora sesuatu harapan, impian atau kejayaan. Bunga ialah bahagian tumbuhan untuk pembiakan, biasanya berwarna terang dan berbau harum. Terang bermakna bersih, cantik, riang, gembira. Kampung ialah kawasan kediaman manusia iaitu tempat adanya bantuan yang dapat diperoleh. Oleh itu, terangnya bunga dan sebuah kampung memberi makna metafora sesuatu keadaan yang riang, gembira, ada harapan dan berjaya. Item leksikal metafora 柳暗 (gelapnya pokok willow) dan 花明 (terangnya bunga) juga digolongkan sebagai metafora struktur. Penulis puisi telah menganggap pokok willow dan bunga sebagai sesuatu keadaan. Gelap sebenarnya digunakan untuk menerangkan keadaan yang tiada harapan dan terang pula digunakan untuk menerangkan keadaan yang riang dan gembira. Dalam puisi ini, gelap digunakan untuk pokok willow 139

dan terang untuk bunga demi menyampaikan makna metaforanya. Sejajar dengan pengalaman manusia dalam mentafsirkan makna metafora gelap dan terang dalam puisi ini juga dapat menggolongkan kedua-dua item leksikal ini sebagai metafora ontologi. Dengan itu, kedua-dua ayat ini memyampaikan falsafah bahawa pada mulanya kita menemui banyak kesulitan yang berulang-ulang dan kelihatan hilangnya harapan dan jalan keluar, tetapi pada akhirnya kita akan mendapat kejayaan juga. Ini bermakna sekiranya kita tidak putus asa dan terus berusaha untuk menempuh sebarang halangan, akhirnya kita mesti dapat mengatasi masalah tersebut dan berjaya mencapai cita-cita kita atau memperoleh kejayaan. C7. Wǎn bù xī yuán 晚步西园 Liào xiáo qīng hán jié wǎn yīn, fēi huā yuàn luò yuàn chūn shēn 料崤轻寒结晚阴, 飞花院落怨春深 Chuī kāi hóng zhí huán chuī luò, yī zhǒng dōng fēng liǎng yàng xīn 吹开红絷还吹落, 一种东风两样心 Puisi ini bertajuk 晚步西园 iaitu bersiar-siar di Taman Barat pada waktu malam. Taman Barat adalah nama sebuah taman yang berada di Bandar Hui Xuan sekarang. Penulis puisi ini ialah Fan Cheng Da ( 范成大 ) ( 1126-1193 tahun masehi ) pada zaman Dinasti Song. 140

Puisi ini ditulis kerana penulis mendapat ilham semasa bersiar-siar di Taman Barat pada waktu malam. Dari segi makna denotasi, puisi ini memberikan satu gambaran waktu senja pada musim bunga di sebuah taman bunga. Pada kebiasaannya, musim bunga adalah musim pertumbuhan iaitu banyak pokok dan bunga berkembang dengan mekar, tetapi puisi ini menggambarkan waktu senja dan angin timur sejuk bertiup pada musim bunga. Dengan itu, penulis mengeluh bahawa bunga itu berkembang kerana angin timur tetapi juga gugur kerana tiupan angin timur pada musim bunga. Apabila dianalisis dari segi makna metafora, puisi ini berunsur falsafah yang mengkritik orang yang bermuka dua. Dalam ayat ketiga dan keempat, 东风 iaitu angin timur adalah frasa metafora kata nama yang dapat digolongkan sebagai metafora personifikasi. Hal ini kerana penulis menjadikan angin timur sebagai orang yang mempunyai hati. Menurut makna denotasi, angin ialah udara yang bergerak. Angin timur berhati dua di sini memberi makna metafora orang yang mempunyai dua muka, dia boleh melakukan baik dan juga jahat terhadap seseorang. Kata kerja 吹开 dan 吹落 iaitu mengembangkan bunga dan menggugurkan bunga juga merupakan metafora kata kerja. Metafora ini adalah lanjutan daripada subjeknya angin timur. Apabila angin timur dianggap sebagai satu entiti, predikatnya mengembangkan bunga dan menggugurkan bunga juga digolongkan sebagai metafora ontologi berdasarkan pengalaman kita terhadap ciri-ciri dan fungsi angin timur serta sifat-sifat bunga. Mengembangkan bunga bermakna menjadikan bunga kembang. Ia merujuk sasarannya iaitu menolong, mencadangkan atau menaikkan pangkat seseorang. 141

Sebaliknya, menggugurkan bunga iaitu menjatuhkan bunga bermakna metafora menfitnah, menjatuhkan maruah atau menurunkan pangkat seseorang. Orang yang bermuka dua memang banyak juga terdapat dalam kehidupan kita. Kadang-kala orang yang menolong kita mungkin akan merosakkan kita juga, orang seperti ini boleh menjadi kawan dan juga musuh. Dengan itu, puisi ini mengingatkan kita supaya berhati-hati dalam pergaulan kerana adanya orang yang bermuka dua. C8. Guò jiǔ lǐng 过九岭 Duàn yá héng lù shuǐ chánchán, xíng dào shān gēn yòu shàng shān 断崖横路水潺潺, 行到山根又上山 Yǎnkàn bié fēng yúnwù qǐ, bùzhī shēn yě zài yún jiān 眼看别峰云雾起, 不知身也在云间 Puisi ini bertajuk 过九岭 yang bermakna merentas Rabung Sembilan. Rabung Sembilan adalah nama sebuah gunung yang berada di bahagian timur laut Sungai Barat ( Jiang Xi ). Puisi ini ditulis oleh Xu Ji ( 徐玑 )( 1162-1214 tahun masehi ) semasa beliau merentas Rabung Sembilan. Item leksikal 云雾 iaitu awan dan kabus adalah item leksikal metafora kata nama dan metafora pengkonkritan yang menunjukkan sasarannya sesuatu perkara yang kurang jelas atau keadaan yang mengelirukan, ia juga boleh merujuk kepada sesuatu persengketaan atau perselisihan yang tidak dapat dikenal pasti siapa yang salah dan siapa yang betul. Awan ialah wap air yang bergumpal-gumpal di udara.; kabus ialah wap air yang kelihatan seperti asap yang berada di muka bumi. Awan dan kabus dijadikan 142

sumber untuk mencerminkan sasaran tersebut kerana ciri-ciri awan dan kabus kabur, bergerak dan tidak dapat ditangkap. Ciri-ciri ini serupa dengan keadaan perselisihan antara dua pihak yang sukar untuk menimbangkan siapa yang betul dan siapa yang salah, malah juga susah untuk memastikan keadaan yang sebenar. 别峰 diterjemahkan sebagai gunung lain menjadi item leksikal metafora kata nama yang memberi makna metafora sesuatu parti, sesebuah masyarakat atau sesebuah keluarga. Gunung pada makna denotasinya ialah bukit yang besar dan tinggi. Dari segi analisis metafora, ayat-ayat ini memberi makna metafora bahawa kita tidak sedar akan diri sendiri dan kita berada dalam keadaan yang sama keliru apabila kita melihat orang lain berada dalam keadaan tersebut. Penulis berjaya menggunakan keadaan alam semula jadi untuk menyampaikan falsafah kebenaran dalam kehidupan kita. Kita memang selalunya tidak sedar akan kedudukan kita sendiri. Apabila kita mengkritik sesuatu perkara atau seseorang, kita tidak sedar bahawa kita sendiri juga terlibat dalam perkara tersebut ataupun kita juga mempunyai kelemahan yang sama. Dengan itu, kita perlu sentiasa sedar kedudukan kita sebelum kita mengkritik sesuatu perkara atau seseorang. C9. Yě wàng 野望 Yītiān qiūsè lěng jīng wān, wúshù fēng luán yuǎn jìn jiān 一天秋色冷睛湾, 无数峰峦远近间 Zì shàng shān lái kàn yě shuǐ, què yú shuǐdǐ jiàn qīng shān 自上山来看野水, 却于水底见青山 143

Puisi ini ditulis oleh Weng Juan ( 翁卷 ) pada zaman Dinasti Song, tahunnya tidak diketahui. Tajuk puisi ini 野望 bermakna pemandangan di desa. Penulis menulis puisi ini semasa melawat ke desa. Puisi ini menyampaikan makna metafora bahawa kita boleh mendapat sesuatu kejayaan di luar jangkaan kita dalam usaha kita mengejar sesuatu matlamat. Item leksikal 野水 dan 青山 adalah item leksikal metafora kata nama dan metafora pengkonkritan. 野水 diterjemahkan sebagai air semula jadi. Air iaitu cecair yang terbentuk daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen ( dalam keadaan yang murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa ). Sesuatu yang semula jadi ialah sesuatu yang diwarisi atau baka. Dengan kata lain, air semula jadi ialah cecair yang diperoleh dari hutan. Pada makna metaforanya, air semula jadi menunjukkan sesuatu matlamat atau impian yang ingin dicapai. 青山 iaitu gunung hijau pada makna metaforanya merujuk kepada sesuatu hasil atau pencapaian di luar jangkaan. Gunung pada makna denotasinya ialah bukit yang besar dan tinggi. Penulis mengatakan tujuannya ingin melihat air semula jadi tetapi didapati bayang-bayang gunung hijau terpantul di dasar air sebenarnya menyampaikan falsafah bahawa kadang-kala kita akan mendapat sesuatu yang bernilai atau lebih bernilai tanpa dirancang. Keadaan ini memang boleh berlaku dalam kehidupan kita. Dengan itu, kita tidak perlu berasa hairan dengan sesuatu dapatan yang diperoleh tanpa disangka. 144

C10. Yuè 月 Liáoliáo tiāndì nèi, yè pò shuǎng hé qīng 寥寥天地内, 夜魄爽何轻 Pín jiàn cǐ lún mǎn, jí yìng huáfà shēng 频见此轮满, 即应华发生 Bù yuán zhēng dé pò, cái zhèng yòu xū qīng 不圆争得破, 才正又须倾 Rénshì huán rúcǐ, yīn zhī yǐ fú qíng 人事还如此, 因知倚伏情 Puisi ini bertajuk bulan ditulis oleh seorang penyair Cao Song ( 曹松 )dari Dinasti Tang. Melalui pemerhatiannya terhadap bulan yang selalunya berbentuk bulat dan sabit, beliau membuat kesimpulan bahawa kebenaran hidup yang dinamik tidak dapat meramalkan perkara yang bertuah dan malang berlaku dalam kehidupan manusia. Tema puisi ini menasihatkan kita supaya menerima hakikat bahawa tuah dan malang adalah lumrah kehidupan kerana ianya memang kebenaran sejagat seperti keadaan bulan yang tidak tetap bentuknya. Tajuk puisi ini bulan digolongkan sebagai leksikal metafora kata nama dan metafora pengkonkritan. Dalam ayat kedua, item leksikal 夜魄 bermakna bulan pada waktu malam. Menurut Kamus Ci Hai (1989:1255), 魄 ( po ) merupakan bahagian gelap dalam bulan. Item leksikal ini juga merujuk kepada bulan, sebagai satelit semula jadi bumi yang bergerak mengelilingi bumi sekali dalam 28 hari, dan bersinar pada waktu malam 145

oleh cahaya yang dibalikkan daripada matahari. Dalam analisis metafora ini, bulan menjadi sumber dan kehidupan yang bertuah atau malang merupakan sasaran yang ingin diterangkan oleh penulis. Seterusnya bulan yang penuh dan berbentuk tegak menunjukkan keadaan bulan tidak ditutupi oleh apa-apa halangan. Maka item leksikal 满, 圆, 正 yang bermakna penuh, bulat dan tegak memberi makna denotasi yang sama iaitu bulan bulat dan makna metaforanya menunjukkan sesuatu yang baik dan bertuah. Item-item leksikal ini bukan sahaja digolongkan sebagai metafora kata sifat, tetapi juga digolongkan sebagai metafora orientasi bagi orang Cina kerana bentuk yang penuh dan bulat memberi konsep sesuatu yang lengkap, sempurna dan perjumpaan bahagia. Malahan, makna tegak dalam bahasa Cina memberi konsep sesuatu yang baik, jujur dan amanah. Sebaliknya, item leksikal 破 dan 倾 diterjemahkan sebagai pecah dan condong bermakna bulan sabit pula menunjukkan sesuatu perpisahan, perkara yang kurang baik atau tidak sempurna. Selain itu, ayat ketiga dan keempat dalam puisi ini menanda pergerakan masa. Dengan kata lain, perubahan bentuk bulan sabit kepada bulan bulat menunjukkan masa telah berlalu, manusia akan menjadi uzur dengan adanya uban setelah banyak kalinya berlakunya perubahan bentuk bulan. Pada dua ayat yang terakhir, penulis puisi ini menyampaikan makna sebenarnya dengan mengatakan perkara yang berlaku di kalangan manusia sama seperti perubahan bentuk bulan, adakala bernasib baik dan juga adakalanya malang. Item leksikal 倚伏 146

dalam ayat terakhir ialah dua perkataan yang diterjemahkan sebagai berdampingan dan tersembunyi. Item leksikal kata kerja ini boleh bertukar menjadi metafora kata nama yang memberi makna tuah dan malang berasal dari buku klasik ilmiah Lao Zi, iaitu 祸兮福所倚, 福兮祸所伏. Ayat tersebut memberi makna sesuatu yang malang akan didampingi sesuatu yang bernasib baik, sesuatu yang bernasib baik pula akan tersembunyi sesuatu yang malang. Penulis berjaya menggunakan perubahan keadaan alam semula jadi untuk menjelaskan kehidupan manusia yang sebenarnya berubah-ubah dan kita terpaksa menerima hakikat ini. 4.2.3.1 Perbincangan Analisis Item Leksikal Metafora Dalam Tema C Amalan Kebenaran Hidup Dalam Tema C, item-item leksikal metafora terdiri daripada 19 kata, 17 frasa dan 1 ayat dengan jumlah 37 item leksikal metafora. Dalam penggolongan metafora berdasarkan struktur sintagmatik, puisi-puisi dalam Tema C juga didapati mempunyai metafora kata nama yang paling banyak sama seperti hasil kajian dalam Tema A dan Tema B. Jumlah item leksikal metafora kata nama sebanyak 21, diikuti oleh 9 item leksikal metafora kata sifat dan 3 item leksikal metafora kata kerja. Item leksikal metafora kata sifat seperti 山重 (gunung-ganang yang bertimbun-timbun) (C6.103), 水复 (sungai yang berulang-ulang) (C6.104), 柳暗 (gelapnya pokok willow) (C6.106) dan 花明 (terangnya bunga) (C6.107) 147

merupakan frasa yang terdiri daripada gabungan kata nama dan kata sifat, kata sifat hanya dapat menunjukkan makna metaforanya apabila dipadankan dengan subjeknya yang bersifat kata nama dan merupakan sumber kepada sasaran yang ingin dimaksudkan oleh penulis puisi. Item leksikal metafora kata sifat yang lain iaitu 满 (penuh) (C10.117), 圆 (bulat) (C10.118), 正 (tegak) (C10.119), 破 (pecah) (C10.120), 倾 (condong) (C10.121) pula menyifatkan bentuk subjek yang sama untuk menunjukkan makna metafora yang berlainan berdasarkan bentuk bulan yang berlainan. Dalam penggolongan metafora berdasarkan imej, item leksikal metafora kehaiwanan terdiri daripada 寒蝉 (reriang pada musim luruh) (C2.91) dan 蟋蟀 (keridik) (C2.92) yang digunakan untuk perbandingan berkedudukan tinggi dan rendah. Serangga reriang ini juga wujud dalam puisi A1 yang membawa makna metafora yang sama iaitu menunjukkan seseorang yang mulia atau berkedudukan tinggi. Walaupun 寒蝉 (reriang pada musim luruh) (C2.91) ditambah dengan kewujudannya pada musim luruh tetapi makna metaforanya masih sama. Hal ini menunjukkan reriang adalah dianggap sebagai serangga yang lebih mulia dan berkedudukan tinggi secara umumnya dalam budaya orang Cina. Kajian ini juga mendapati bahawa item leksikal metafora tumbuhan dalam Tema C memerlukan pengetahuan khusus pembaca tentang sains tumbuhan untuk mengenal pasti makna metaforanya. Contoh item-item leksikal metafora tumbuhan dalam tema ini ialah 兰 (bunga orkid)(c2.88), 萧艾 (daun xiao ai) (C2.89), 青青 (rumput-rampai liar) (C2.90), 松柏 (pokok pain) (C2.93), 柏 (pokok pain) (C4.96), 彗 (pokok hui) 148

(C4.97), 藜 (daun li) (C4.98), 藿 (daun huo) (C4.99). Pembaca perlu mengetahui jenis-jenis tumbuhan ini untuk mengenal pasti nilainya sama ada tinggi atau rendah untuk mengetahui makna metaforanya. Item leksikal metafora tumbuhan 松柏 (pokok pain) (C2.93) dan 柏 (pokok pain) (C4.96) digunakan dalam puisi yang berlainan. Kedua-dua item leksikal metafora merupakan sumber yang sama dan memberi makna metafora yang sama iaitu seseorang atau sesuatu yang bernilai tinggi. Item leksikal pokok pain menjadi item leksikal metafora yang biasanya digunakan oleh penulis puisi tradisional untuk menunjukkan sesuatu objek yang bernilai tinggi mengikut budaya orang Cina. Item leksikal metafora 兰 (bunga orkid) (C2.88) juga wujud di dalam puisi A2 dan A7. Ia menunjukkan sasaran yang sama iaitu orang yang mulia atau berkedudukan tinggi. Penggunaan ini juga dipengaruhi oleh faktor budaya orang Cina. Item-item leksikal metafora pengkonkritan adalah lebih mudah untuk dikenal pasti dan diketahui makna metaforanya. Hal ini kerana kebanyakan item leksikal metafora dalam penggolongan ini ialah objek alam sekitar yang umum diketahui ramai dan mudah diperolehi di mana-mana sahaja. Item-item leksikal ini ialah 圆魄 (bulan yang bulat)(c1.86), 雨兼风 (hujan dan angin) (C1.87), 金笼 (sangkar emas) (C3.94), 林间 (dalam hutan) (C3.95), 云雾 (awan dan kabus) (C8.112), 野水 (air semulajadi) (C9.114), 青山 (gunung hijau) (C9.115) dan 夜魄 (bulan pada waktu malam)(c10.116). Item-item leksikal ini merupakan objek yang konkrit dan senang untuk dikenal pasti berdasarkan tema puisinya yang bertujuan menunjukkan sesuatu konsep yang abstrak. Walaupun item leksikal metafora ontologi 庐山真面目 (Keadaan sebenar 149

Gunung Lu) (C5.102) mengandungi nama khas sebuah gunung, tetapi kita masih boleh mengenal pasti makna metaforanya tanpa mengetahui nama gunung tersebut. Item leksikal metafora 圆魄 (bulan yang bulat)(c1.86) dan 夜魄 (bulan pada waktu malam)(c10.116) menggunakan sumber yang sama iaitu bulan, tetapi bergabung dengan perkataan yang lain. 圆魄 (bulan yang bulat)(c1.86) memberi makna metafora keadaan yang mesra dan bahagia kerana gabungan kata sifatnya bulat memberi makna metafora mesra dan bahagia. 夜魄 (bulan pada waktu malam) (C10.116) pula merujuk kepada makna metafora kehidupan, keadaan kehidupan yang baik atau buruk bergantung kepada kata sifat seterusnya dalam puisi tersebut iaitu 满 (penuh) (C10.117), 圆 (bulat) (C10.118), 正 (tegak) (C10.119) yang merujuk sasaran kehidupan yang baik manakala 破 (pecah) (C10.120) dan 倾 (condong) (C10.121) merujuk kepada sasaran kehidupan yang malang. Oleh yang demikian, kajian mendapati bahawa bukan semua sumber yang sama akan menunjukkan sasaran yang sama dan ini amat bergantung kepada ciri-ciri sumber yang ingin disampaikan oleh penulis puisi. Dalam penggolongan berdasarkan struktur, kajian mendapati 2 item leksikal metafora struktur, 5 item leksikal metafora orientasi dan 12 item leksikal metafora ontologi. Item leksikal 柳暗 (gelapnya pokok willow) (C6.106) digolongkan sebagai metafora struktur apabila pokok willow dianggap sebagai sesuatu keadaan, item leksikal gelap digunakan untuk menerangkan keadaan yang sedih dan tiada harapan. Apabila gelap digunakan untuk menerangkan pokok willow, gabungan gelap dan pokok willow iaitu 柳暗 akan menjadi item leksikal metafora struktur. 150

Item leksikal metafora 花明 (terangnya bunga) (C6.107) juga digolongkan sebagai metafora struktur apabila bunga dianggap juga sebagai satu keadaan, terang sebenarnya digunakan untuk menerangkan sesuatu keadaan. Apabila terang digunakan untuk menunjukkan bunga, 花明 (terangnya bunga) dapat digolongkan sebagai item leksikal metafora struktur. Kajian ini mendapati bahawa kedua-dua kata sifat gelap dan terang sebenarnya tidak boleh digunakan untuk menunjukkan pokok willow dan bunga, malah berdasarkan penggunaan metafora yang menganggap sumber itu sebagai sesuatu keadaan, maka kata sifat yang menerangkan keadaan boleh juga digunakan untuk menyampaikan makna metaforanya walaupun gabungan katanya adalah salah dari segi tatabahasa. Hasil kajian ini sekali lagi menunjukkan penggunaan metafora adalah terlepas daripada peraturan tatabahasa. Dalam Tema C, kata sifat yang menerangkan bentuk bulan iaitu 满 (penuh) (C10.117), 圆 (bulat) (C1.86,C10.118), 正 (tegak) (C10.119), 破 (pecah) (C10.120), 倾 (condong) (C10.121) semuanya digolongkan sebagai metafora orientasi. Item-item leksikal metafora ini boleh dikenal pasti dan ditafsirkan makna metaforanya melalui pemahaman konsep manusia terhadap orientasi bentuk. Item-item leksikal metafora ontologi pula terdiri daripada 横看成岭侧成峰, 远近高低各不同 (Jika dilihat secara melintang ia menjadi rabung, jika dilihat dari tepi ia menjadi puncak, keadaannya jauh dan dekat serta tinggi dan rendah adalah berlainan)(c5.101), 山重 (gunung-ganang yang bertimbun-timbun) (C6.103), 水复 (sungai yang berulang-ulang) (C6.104), 柳暗 (gelapnya pokok willow) (C6.106), 路 (jalan)(c6.105), 花明 (terang bunga) (C6.107), 一 151

村 (sebuah kampung) (C6.108), 东风 (angin timur) (C7.109), 吹开 (mengembangkan bunga) (C7.110), 吹落 (menggugurkan bunga) (C7.111), 野水 (air semulajadi) (C9.114) dan 青山 (gunung hijau) (C9.115). Item-item leksikal metafora yang tersebut di atas dapat dikenal pasti dan ditafsirkan makna metaforanya berdasarkan pengalaman pembaca. Item leksikal metafora 一村 (sebuah kampung) (C6.108) juga wujud dalam puisi A10 (A10.43). Kedua-dua sumber ini juga merujuk sasaran yang sama iaitu sesuatu keadaan yang mempunyai harapan. Secara ringkasnya, analisis dalam Tema C menunjukkan bahawa penggunaan sesuatu sumber metafora boleh merujuk kepada sasaran yang sama dan juga sasaran yang tidak sama bergantung kepada ciri-ciri sumber yang berbeza. Penggunaan metafora juga boleh terlepas daripada kongkongan tatabahasa. 4.3 Kesimpulan Bahagian ini telah menunjukkan analisis yang terperinci tentang 30 buah puisi tradisional bahasa Cina berunsur falsafah dari Dinasti Tang dan Dinasti Sung. Ringkasan tentang analisis item-item leksikal metafora yang terdiri daripada struktur ayat, makna denotasi, makna metafora dan penggolongan metafora dilampirkan dalam Apendiks B. Perbincangan hasil analisis setiap tema juga dinyatakan selepas setiap analisis Tema A, Tema B dan Tema C. Pada keseluruhannya, hasil analisis ini telah menunjukkan corak penggunaan metafora dan kepentingan metafora dalam persembahan puisi tradisional bahasa Cina. 152

Bab seterusnya akan merumus dan membandingkan penggunaan item leksikal metafora antara Tema A, Tema B dan Tema C melalui perbincangan makna metafora berdasarkan item leksikal, penggolongan dan faktor-faktor penggunaan item leksikal metafora. 153