Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

Similar documents
Penghargaan

PowerPoint Presentation

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

BAB SATU

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri


BAB SATU

Tajuk

PowerPoint Presentation

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Penghargaan

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

SaverBrochure_F 07.ai

Penghargaan

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

1

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

BAB SATU

ISM Circular: 20 –2005

Penghargaan

BAB 5

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

各位记者先生,小姐

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

icctv user guide manual.indd

Contents Bahasa Indonesia

Kertas 1

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

Peribahasa sesuatu bahasa merupakan khazanah dan aspek yang paling indah dan bernilai dalam bahasa itu. Penciptaan peribahasa itu ialah hasil kebijaks

华小董事觉醒运动缘起

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of

SejarahOrang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

BookCatalog FINAL

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

CPB89 A5 Booklet Employer ALL

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our bank representative, you can e

WHAT SERVICES CAN YOU EXPECT FROM OUR PERSONAL BANKERS/ BANK REPRESENTATIVES? If you intend to purchase a life insurance product from our Personal Ban

PowerPoint Presentation

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

UCAMHALAL 中心是通过与 PEHMA 机构合作于 2014 年开发的 JAKIM 主动发展专业发展愿景 (HPB), 以满足政府希望在马来西亚和国际层面需要 60,000 名清真高管的愿望 HPB JAKIM 已经任命并认证了 7 所 IPTA 和 3 所 IPTS, 其中包括被委托在马来西

Microsoft Word - PDPA2010.doc

ISI KANDUNGAN (1) Pendahuluan 1 (2) Pandangan Dan Cadangan 1 (i) Menggubal sistem pembinaan sekolah komuniti bagi setiap 1 aliran sekolah (ii) Meranca

1

This study is conducted in 3 parts. Not all participants will be requested to complete all 3 parts of the study. The first part of the study involves

I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model I am my business s guardian I am my staff s employer Many people depend on

1

Chinese 试卷一 : 2 个小时 ( 总分 :60 分 ) 1) 实用文 私人电邮 - 话题讨论类 公务电邮 - 请求 建议类 150 字以上 2) 作文 3 题选 1 题 - 2 题情境记叙文 - 1 题说明类论说文 ( 谈利与弊 ) 300 字以上 试卷二 : 1 小时 30 分钟 ( 总

Microsoft Word - Bursary

Microsoft Word - Avail News _Januari 2015_.doc

perkataan cina tertentu. Murid dapat mengingati sesuatu perkataan cina yang baru dipelajari, tetapi mudah lupa selepas satu jangka masa. Berdasarkan p

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

Privacy Notice

四年级第二 次月考范围

AXA-AFFIN Maximiser-Brochure(Mar2018)

三年级音乐世界全年计划

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧

Microsoft Word - Avail News _Ogos 2017_.doc

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

A-EnrichGold REALISE YOUR SAVINGS GOALS You work hard to achieve your aspirations a new car, a new house, putting your kids through school, preparing

社團改組資料

28 EN-PRUlink golden managed 01

ABMB_document_template_v1

Offline Fill in a Membership Application Form and pass the form together with a joining fee of RM53 (inclusive of GST) to your introducer, or submit t

Microsoft Word - Avail News _November 2017_.doc

To:

Peragaan Runcit 杂货经营 Prinsip 3: Mengamalkan strategi penentuan harga yang berkesan 原则 3: 采取有效的价格政策 Jadikan harga jual yang disyorkan oleh pembekal seb

出生于柔佛州的麻坡的 Bukit Gambir,Dato Onn 是 Dato' Ja'afar bin Haji Muhammad 的儿子 柔佛州第一任 首席部长 他是柔佛王室并从小受到 Ibrahim 苏丹 (Abu Bakar 苏丹的儿子 ) 的照顾, 并在他去英国深造之前 接受被马来教育 在

Microsoft Word - MY_Stern Warning on Product Selling on Internet Classified Ad Sites_1 Feb 2017.docx

武吉班让小学 三年级华文 形成性评价 简介

Minit Mesyuarat

Date 14 Oct 2003

ZC501N_UM_FrontPg

Protect Your loved ones and Yourselves when illness or accident strikes One plan that links all Your protection needs Imagine owning just one insuranc

AXA-Wealth Edu Brochure (2015)

Transcription:

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Menurut Statistik Perangkaan Banci Penduduk 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan jumlah penduduknya sebanyak 28.25 juta. Antaranya merangkumi kaum bumiputera 66.1%, kaum Cina 25.0%, kaum India 7.5% dan selebihnya 1.4% adalah kaum minoriti (merujuk kepada risalah Data Penting 2010, Mac yang dicetak oleh Jabatan Perangkaan Malaysia). Situasi kepelbagaian kaum turut menjadikan Malaysia sebuah negara yang bermultibahasa di mana setiap kaum di negara ini masih bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing walaupun bahasa Melayu diisytihar sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi atau bahasa kedua di Malaysia. Sebagai contoh, bahasa Cina merupakan lingua franca untuk komuniti Cina, manakala bahasa Tamil adalah bahasa utama untuk masyarakat India. Ini menunjukkan bahawa penduduk Malaysia sekurang-kurangnya merupakan penutur berdwibahasa. Tambahan pula, penduduk negara ini juga bertutur dalam pelbagai bahasa dengan merangkumi dialek-dialek dan variasi-variasi bahasa tersebut (Asmah, 1992). Kenyataan ini disokong oleh Kuang (2006:76), beliau mengatakan (i) penutur Melayu selain daripada cekap dalam bahasa Melayu, kebanyakan daripada mereka juga boleh bertutur dalam bahasa Inggeris; (ii) penutur Cina lebih kerap bertutur dalam bahasa ibunda 1

mereka (misalnya Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew, Hainanese) dan pada masa yang sama mereka juga mempelajari bahasa Cina dan bahasa Melayu di sekolah; (iii) bagi penutur India pula, mereka juga bertutur dalam bahasa ibunda mereka (contohnya Tamil, Telugu, Malayalam atau Punjabi) dan bahasa Melayu, iaitu bahasa yang perlu dipelajari di sekolah. Situasi berbilang kaum dan bahasa di Malaysia mendorong fenomena pemilihan bahasa berlaku. Demi mencapai tujuan komunikasi, penduduk-penduduk di negara ini selalu memilih dan menggunakan bahasa perantaraan yang difahami oleh semua pihak semasa berkomunikasi dalam domain yang berlainan. Pemilihan bahasa bukan sahaja berlaku dalam komunikasi inter-etnik, tetapi juga kerap berlaku dalam komunikasi intraetnik, yakni dalam masyarakat Cina. Ini disebabkan komuniti Cina di Malaysia merupakan bangsa yang bermultibahasa. Komuniti Cina di Malaysia selalu dianggap sebagai golongan yang berupaya berkomunikasi dengan pelbagai bahasa. Ini disebabkan sejak kecil lagi mereka sudah dididik untuk menguasai bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan mungkin juga dialek Cina keturunan sendiri. Antara sebab-sebab yang mendorong komuniti Cina mementingkan penguasaan pelbagai bahasa adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan lingua franca Malaysia; bahasa Inggeris mempunyai kedudukan yang tinggi di pentas antarabangsa, ia juga didefinisikan sebagai bahasa penyalur kemodenan dalam bidang sains dan teknologi, perkomputeran, perdagangan, pendidikan dan diplomatik; manakala bahasa Cina atau dialek Cina adalah bahasa natif mereka dan 2

kedua-duanya selalu dijadikan sebagai alat yang mewarisi identiti kebudayaan nenek moyang. Dengan wujudnya pelbagai pilihan bahasa bagi komuniti Cina, maka kebanyakan daripada mereka selalu menyesuaikan diri dalam komunikasi harian dengan menggunakan bahasa tertentu berdasarkan konteks atau domain komunikasi yang berlainan untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi. 1.2 Permasalahan Kajian Perkembangan teknologi perkomputeran dan internet yang pesat dalam era globalisasi ini telah mengubah secara drastik cara manusia berkomunikasi antara satu sama lain. Medium baru ini membolehkan manusia berinteraksi dalam talian tanpa batasan jarak dan masa dengan hanya menggunakan pelbagai aplikasi berasaskan internet seperti mel elektronik, blog, bilik sembang (chat room), forum dalam talian, mesej segera (instant messenger), laman jaringan sosial (social netwok sites) dan sebagainya. Statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada tahun 2008 (dalam Digital Media Across Asia, 2010) menunjukkan bahawa kadar penembusan internet di Malaysia adalah 62.8% daripada jumlah populasinya. Daripada jumlah itu, 94.4% pengguna internet mengakses internet untuk mencari maklumat diikuti dengan tujuan berkomunikasi dalam talian (84.7%). Ini sepadan dengan dapatan kajian bertajuk Identify Malaysian Online Behavior yang dijalankan oleh Omnicom Media Group dan Yahoo (dalam Asiamediajournal.com, 2008) menunjukkan masing-masing sebanyak 24.0% dan 19.0% remaja yang berusia 20-3

an bersifat embracers dan socials dalam dunia siber, di mana mereka gemar mencuba dan menikmati apa-apa aplikasi yang baru dalam internet dan menunjukkan penglibatan yang tinggi dalam aktiviti komunikasi dalam laman jaringan sosial, mesej segera dan blog. Secara puratanya, mereka menggunakan 4 hingga 4.5 jam sehari untuk pelbagai aktiviti komunikasi dalam talian. Statistik ini menunjukkan semakin ramai generasi muda di negara ini suka melakukan komunikasi dalam talian sehingga ia menjadi suatu amalan kemestian dalam kehidupan harian. Fenomena sebegini berlaku disebabkan medium komunikasi yang baru ini membolehkan komunikasi berkembang kepada kitaran hubungan yang lebih luas, di mana ia memudahkan penggunanya berinteraksi dan membangunkan komuniti dengan pihak yang dikenali, mahupun pihak dari serata dunia yang tidak dikenali. Maka, pemilihan bahasa oleh para pengguna internet semasa melakukan komunikasi bertulis dalam talian adalah satu persoalan yang menarik, memandangkan interaksi sosial yang bersifat global ini tentu mewujudkan kepelbagaian pola pemilihan bahasa, terutama bagi generasi muda tempatan yang berbangsa Cina kerana mereka sentiasa mempunyai banyak pilihan bahasa dalam komunikasi harian. Jika meneliti kajian-kajian lepas yang berkaitan, didapati bahawa kebanyakan penyelidikan yang dijalankan ke atas topik ini lebih memberi tumpuan kepada pemilihan bahasa dalam komunikasi tradisional, iaitu komunikasi bersemuka. Akan tetapi, pemilihan bahasa dalam komunikasi berbantukan komputer (KBK) atau komunikasi 4

dalam talian belum dikaji secara mendalam oleh pengkaji tempatan walaupun cara komunikasi baru ini dilihat sudah menjadi salah satu corak kehidupan sesetengah rakyat Malaysia. Dengan menyedari hakikat ini, adalah wajar jika satu penyelidikan khusus dijalankan untuk melihat pola pemilihan bahasa dalam komunikasi berbantukan komputer yang sentiasa dilakukan oleh golongan generasi muda. 1.3 Objektif Kajian Kajian ini memberi tumpuan kepada dua aspek yang tersenarai seperti berikut: 1. Mengenal pasti pola pemilihan bahasa mahasiswa Cina dalam komunikasi berbantukan komputer. 2. Menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan bahasa mahasiswa Cina dalam komunikasi berbantukan komputer. 1.4 Persoalan Kajian Berdasarkan objektif yang ditentukan, maka persoalan kajian adalah seperti berikut: 1. Apakah bahasa yang biasa digunakan oleh mahasiswa Cina dalam laman jaringan sosial dan mesej segera berdasarkan (i) tujuan komunikasi dan (ii) interlokutor yang berlainan? 2. Adakah pola pemilihan bahasa mahasiswa Cina dalam laman jaringan sosial dan mesej segera berbeza berdasarkan (i) gender dan (ii) program pengajian? 5

3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pola pemilihan bahasa mahasiswa Cina dalam laman jaringan sosial dan mesej segera? 1.5 Skop Kajian Menurut kaji selidik Accenture pada tahun 2010, sebanyak 85.0% responden di Malaysia menggunakan jaringan sosial dalam talian. Ini disokong dengan laporan comscore World Matrix (sehingga Ogos, 2009) yang menunjukkan bahawa 67.0% daripada keseluruhan pengguna internet di Malaysia merupakan pengguna jaringan sosial. Di samping itu, berdasarkan laporan bertajuk Household Use of the Internet Survey 2009 yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, terdapat 66.5% pengguna internet menggunakan mesej segera untuk bersembang atau berkomunikasi secara bertulis dengan ahli keluarga dan rakan. Dengan itu, didapati komunikasi berbentuk jaringan sosial dan mesej segera kini dijadikan sebagai saluran komunikasi berbantukan komputer yang paling hangat dan semakin ramai yang menggunakannya. Tambahan pula, disebabkan kadar pertukaran mesej dan giliran pertuturan antara penyampai dan penerima dalam komunikasi berbentuk jaringan sosial dan mesej segera adalah cepat dan segera, maka kecenderungan atau corak pemilihan bahasa seseorang dapat dilihat dengan lebih signifikan sekiranya dibandingkan dengan komunikasi berbentuk mel elektronik, blog dan sebagainya. 6

Berdasarkan kedua-dua fakta di atas, maka kajian ini hanya berfokus kepada pemilihan bahasa dalam komunikasi berbentuk jaringan sosial dan mesej segera. Seramai 100 orang mahasiswa berbangsa Cina di Universiti Malaya dipilih secara rawak untuk menjadi sampel kajian ini. Secara ringkasnya, kajian ini hanya memfokus kepada bahasa yang biasa dipilih dan diguna oleh responden semasa berkomunikasi secara bertulis dalam laman jaringan sosial dan mesej segera. Oleh itu, pemilihan bahasa dalam KBK secara lisan tidak diambil kira dalam kajian. 1.6 Kepentingan Kajian Penelitian dan penganalisisan terhadap pola pemilihan bahasa dalam kalangan generasi muda adalah penting kerana mereka yang akan mempengaruhi perkembangan sesuatu bahasa pada masa akan datang. Oleh itu, kajian ini penting bagi melakarkan corak pemilihan bahasa yang dilakukan oleh masyarakat Cina muda semasa berkomunikasi berbantukan komputer, khususnya dalam domain jaringan sosial dan mesej segera, sedangkan medium komunikasi baru ini telah menjadi salah satu alat komunikasi yang tidak boleh diabaikan dalam era modernisasi ini. Pola pemilihan bahasa dalam komunikasi berbantukan komputer melalui kajian ini ditinjau dan seterusnya boleh dibandingkan dengan pemilihan bahasa dalam komunikasi bersemuka dalam kehidupan harian oleh masyarakat muda untuk 7

menentukan sejauh mana komunikasi berbantukan komputer mempengaruhi perkembangan bahasa. Dengan secara tidak langsung, lakaran terhadap corak pemilihan bahasa oleh generasi muda dalam komunikasi talian juga merupakan sumber penting yang boleh menjadi satu rujukan kepada pihak yang berusaha dalam perancangan bahasa. 1.7 Definisi Istilah Berikut adalah istilah yang perlu dijelaskan bagi mengelakkan kekeliruan atau kesalahtaksiran pembaca terhadap istilah yang kerap digunakan dalam kajian ini. 1.7.1 Bahasa Cina Bahasa Cina digunakan sebagai lingua franca oleh bangsa Cina merupakan bahasa standard yang dipiawaikan oleh pihak berkuasa negara China pada tahun 1956 dengan menggunakan fonetik Beijing sebagai fonetik standard; menggunakan dialek Utara (China) sebagai dialek asas dan menggunakan nahu karya-karya sastera moden yang tipikal sebagai rujukan nahu standard (Shen, 1999:7). Ia dikenali sebagai Putonghua ( 普通话 ) di negara China, tetapi komuniti Cina di Malaysia dan Singapura lebih kerap memanggilnya sebagai Huayu( 华语 ). Walaupun demikian, kedua-dua istilah tersebut sama-sama merujuk kepada bahasa Cina standard yang digunakan oleh bangsa Cina pada masa kini. Sebelum itu, istilah Huayu selalu diterjemahkan kepada bahasa Mandarin, akan tetapi, menurut Nanyang Siang Pau (2009), Majlis Pembakuan Bahasa Cina Malaysia telah mengumumkan bahawa 8

terjemahan yang standard bagi Huayu dalam bahasa Melayu ialah bahasa Cina dan bukan bahasa Mandarin. Maka, untuk merujuk kepada bahasa Cina standard yang digunakan sebagai lingua franca dalam komuniti Cina di Malaysia, istilah yang digunakan dalam kajian ini ialah bahasa Cina. Bagi merujuk kepada dialek Cina yang berbeza dengan bahasa Cina standard, istilah yang digunakan dalam kajian ialah dialek Cina. 1.7.2 Komunikasi Berbantukan Komputer Menurut December (1996, dalam Romiszowski & Mason, 1996:398), komunikasi berbantukan komputer (KBK, computer-mediated communication, CMC) merupakan satu proses di mana manusia menghasil, menukar dan menerima maklumat atau mesej dengan berbantukan sistem rangkaian telekomunikasi. Berbandingkan dengan komunikasi tradisional, semua teori komunikasi dan mekanisme penyaluran mesej (delivery mechanisms) dalam KBK adalah sama, yang berbezanya ialah KBK berlaku atas medium yang berasaskan teknologi internet melalui alat-alat komunikasi elektronik (Naughton, 2000, dalam Romiszowski & Mason, 1996:398). KBK boleh melibatkan komunikasi lisan atau komunikasi bertulis dengan berdasarkan aplikasi alat komunikasi elektronik yang digunakan (Romiszowski & Mason, 1996:398). Kemudahan KBK membolehkan pengguna internet melakukan interaksi sosial dalam talian tanpa kekangan ruangan dan masa. 9

Berdasarkan Beth dan Cathy (2001:269) dan Romiszowski dan Mason (1996:398), KBK boleh dibahagi kepada dua bentuk: (i) KBK secara serentak (synchronous CMC), iaitu dua atau lebih interlokutor yang berkomunikasi antara satu sama lain dalam talian pada waktu yang sama (real-time), contohnya bersembang dalam mesej segera, bilik sembang dalam talian dan sebagainya; (ii) KBK secara tak serentak (asynchronous CMC), iaitu komunikasi dalam talian di antara dua atau lebih interlokutor yang berlaku pada waktu yang tidak serentak, ia bermaksud proses penghantaran dan penerimaan mesej di antara intelokutor mengalami penangguhan masa (time delay), misalnya mengepos mesej atau berkongsi pautan melalui mel elektronik, blog, forum dalam talian atau laman jaringan sosial dan sebagainya. Berdasarkan skop kajian yang ditetapkan, istilah komunikasi berbantukan komputer atau singkatan KBK yang digunakan dalam kajian ini merujuk kepada komunikasi secara bertulis dalam laman jaringan sosial dan mesej segera sahaja. 10

1.7.3 Laman Jaringan Sosial Boyd dan Ellison (2008) mendefinisikan laman jaringan sosial (social network sites) sebagai suatu perkhidmatan berasaskan laman web yang membolehkan individu untuk: (1) construct a public or semi-public profile within a bounded system, (2) articulate a list of other users with whom they share a connection, and (3) view and traverse their list of connections and those made by others within the system. (Boyd & Ellison, 2008:211) Dalam kata lain, laman jaringan sosial sebenarnya merupakan salah satu media sosial atau platform komunikasi baru yang menawarkan kepelbagaian aplikasi dan aktiviti sosial dalam talian yang membolehkan para penggunanya (i) mengembara profil kawan atau pengguna jaringan sosial yang lain; (ii) meninggalkan mesej ringkas dan komentar pada profil kawan; (iii) menulis mesej peribadi (private messaging) kepada kawan; (iv) memuatnaikkan foto dan video pada profil untuk berkongsi dengan pihak ketiga; (v) menulis atau mengepos tulisan-tulisan di dalam nota atau ruangan blog (blogging); (vi) bersembang dan sebagainya (Boyd & Ellison, 2008:213-214). Namun, aplikasi atau aktiviti sosial yang ditawarkan oleh setiap laman jaringan sosial adalah berbeza antara satu sama lain. Laman jaringan sosial yang agak popular kini termasuk Facebook, Twitter, Myspace, Friendster dan sebagainya. 11

1.7.4 Mesej Segera Mesej segera (instant messenger, IM) merupakan sejenis perkhidmatan komunikasi yang membolehkan individu membina suatu bilik sembang peribadi (private chat room) untuk berkomunikasi serentak dengan pengguna mesej segera lain yang dalam talian (Webopedia, 2011). Berbandingkan dengan bilik sembang yang tipikal, mesej segera lebih bersifat peribadi (Wisegeek, 2011). Ini disebabkan interlokutor dalam mesej segera terbatas kepada individu yang telah dijemput atau diterima dalam senarai kawan. Walaupun mesej segera lebih digunakan sebagai KBK serentak oleh penggunanya, namun ia kadangkala juga digunakan sebagai KBK tak serentak, misalnya meninggalkan mesej kepada pihak yang berstatus luar talian (send an offline instant message). Mesej segera yang agak popular kini misalnya MSN Messenger, Yahoo! Messenger, Google Talk dan sebagainya. Sebagai rumusan, bab ini telah membincangkan latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian, kepentingan kajian dan istilah-istilah penting yang digunakan dalam kajian. Semua perbincangan ini bertujuan memberikan gambaran yang jelas tentang kajian yang dilakukan. 12