SejarahOrang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu

Similar documents
Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

PowerPoint Presentation

Penghargaan

PowerPoint Presentation


华小董事觉醒运动缘起

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

SaverBrochure_F 07.ai

BAB SATU

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

独立小组到伦敦的使命是跟英国政府谈判关于马来亚的独立 2. Tunku Abdul Rahman telah mengetuai Rombongan Merdeka. Beribu-ribu rakyat berkumpul memberi sokongan padu kepada anggota

Penghargaan

出生于柔佛州的麻坡的 Bukit Gambir,Dato Onn 是 Dato' Ja'afar bin Haji Muhammad 的儿子 柔佛州第一任 首席部长 他是柔佛王室并从小受到 Ibrahim 苏丹 (Abu Bakar 苏丹的儿子 ) 的照顾, 并在他去英国深造之前 接受被马来教育 在

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

Tajuk

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

1936- Golongan tentera mengambil alih pentadbiran Jepun. 军 方 接 管 了 日 本 的 行 政 管 理 Jepun menakluki Manchuria. 日 本 入 侵 满 洲 Jepun menguasai Ko

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

BAB SATU

ISM Circular: 20 –2005

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

Microsoft Word - Avail News _Januari 2015_.doc

Penghargaan

1

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

ISI KANDUNGAN (1) Pendahuluan 1 (2) Pandangan Dan Cadangan 1 (i) Menggubal sistem pembinaan sekolah komuniti bagi setiap 1 aliran sekolah (ii) Meranca

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

Peranakan-peranakan yang Cemerlang Lima Puluh Kehidupan Terunggul Kisah Singapura adalah kisah pelbagai pertemuan di antara pedagang, pengembara, dan

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

Microsoft Word - Avail News _April 2015_.doc

各位记者先生,小姐

Su Yingying 86 The Sprout and Development of Chinese Classical Culture in Malaya during the 20 th Century: Fields and Influences SU Yingying School of

一月 JANUARI

Minit Mesyuarat

CPB89 A5 Booklet Employer ALL

Microsoft Word - Avail News _Oktober 2017_.doc

摘 要 在 1990, 毛 四 周 群 山 抱, 而 在 山 中, 蕴 藏 着 丰 富 的 锡 米 銔 毛 个 村 改 邦, 马 来 文 Kampung Asam Kumbang 銔 Asam Kumbang 是 种 特 别 的 树, 在 英 文 称 Roselle, 中 文 个 美 称 洛 花 銔

Transfer funds across the globe in an instant Welcome to the world of instant fund transfers. With Global Transfer, you can transfer funds instantly t

Microsoft Word - PDPA2010.doc

AXA-AFFIN Maximiser-Brochure(Mar2018)

1. NAMA DAN ALAMAT PENDAFTARAN 1.1 Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) atau dengan perkataan Inggeris Malaysian

马来亚迟早要与英国和新加坡, 北婆罗洲, 汶莱和砂劳越人民互相理解 我说理解怎样可以实现视乎有点太早了, 然而, 它是不可避免的, 我们要实现这一目标, 并想出一个计划, 这些领域如何能够形成政治和经济密切的合作 4. Ucapan Tunku ini dianggap sebagai idea g

AXA-Wealth Edu Brochure (2015)

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

6. P.Pinang P051 Bayan Baru 峇央峇鲁 7. Perak P064 Ipoh Timur 怡保东区 8. Perak P065 Ipoh Barat 怡保西区 9. Perak P066 Batu Gajah 华都牙也 10. Perak P070 Kampar 金宝 11

UCAMHALAL 中心是通过与 PEHMA 机构合作于 2014 年开发的 JAKIM 主动发展专业发展愿景 (HPB), 以满足政府希望在马来西亚和国际层面需要 60,000 名清真高管的愿望 HPB JAKIM 已经任命并认证了 7 所 IPTA 和 3 所 IPTS, 其中包括被委托在马来西

Microsoft Word - Avail News _Ogos 2017_.doc

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

Microsoft Word - Avail News _November 2017_.doc

Mesej focus 焦点资讯 Semasa penjajahan Jepun, PKM menjadi semakin berpengaruh. British melatih MPAJA untuk menentang Jepun dan diberi pelbagai bentuk bant

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

CC-CompanyProfile-A4.pdf

BETTER WORKERS, BETTER JOBS The Labour Movement continues to touch the lives of everyday workers of all collars, ages and nationalities. We do it thro

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

1. Sebab pertama Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British ialah kerana desakan yang berterusan daripada kerajaan British. 第一个原因 Charles

I am my wife s protector I am my parents pillar I am my child s role model I am my business s guardian I am my staff s employer Many people depend on

Kertas 1

Anne has just entered her first job after university and she intends to start setting aside some money for the purpose of real-savings. See how can he

6. Mary sedang bunga di dalam pasu dengan sabar. A. mencuci C. menyolek B. menjahit D. menggubah 7. Kakak berasa gembira berjaya melanjutkan pelajaran

新校舍虽然只是木板屋结构的旧款式校舍, 但学校的范围已比以前大得多, 且因濒临海边, 空气异常清新, 同时因远离街市, 得以免除喧嚣的干扰, 实有助于学子潜心学习 一九七三年, 在本校服务二十余载之董能隆校长因思乡心切, 申请调职成功, 终于在离留两难中告别了这所由他细心培育成长的学校 董能隆校长的

Q: Must the Relationship Managers or sales persons handling the investment products of SCSB be licensed? Does that mean your RMs are now under SCSB? W

1

PowerPoint Presentation

Microsoft Word - Bursary

2

独立前的《蕉风》与马来亚之国族想像

于 1877 年续订的租约协议, 汶莱苏丹,Abdul Mu'mein 苏丹将金马尼士海湾 (Teluk Kimanis) 和 Sibuku 河之 间的土地移交给 Overback 和 Dent 11. Pada tahun 1878, Overbeck dan Dent menandatangan

巴东色海尚正学校2006年度行政历

社團改組資料

Privacy Notice

Penghargaan

Travel Protector Flight delays. Loss of luggage. Illness. An accident. Whether you are on a business trip or on holiday with your family, any of these

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

Smarth Link A helping hand is what you need as the events in your life constantly change; and flexibility becomes an important consideration to help m

BookCatalog FINAL

Dasar Menuju ke Selatan

Protection. Investment. Guaranteed Cash Payment! 1 Plan 3 Purposes While most insurance policies act solely as a protection plan, Allianz provides you

1

28 EN-PRUlink golden managed 01

ABMB_document_template_v1

Transcription:

Sejarah Kedatangan Kaum Cina dan India di Tanah Melayu dan sumbangan mereka dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu Pengenalan Kaum India dan Cina di Malaysia Pada umumnya, terdapat tiga kumpulan kaum yang utama di Malaysia, iaitu orang Melayu, Cina dan India. Di samping itu, terdapat kaum-kaum minoriti yang lain seperti kaum bumiputera dari Sabah dan Sarawak. Walaupun orang Melayu merupakan penduduk asal di Tanah Melayu tetapi kehadiran kaum-kaum lain turut mempengaruhi dan mengubah sistem sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sehingga terbentuknya pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Sejarah Kaum India di Tanah Melayu Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu. Kumpulankumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri-negeri Selat Pulau Pinang, Melaka dan Singapura oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang, supai, dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun, penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul:peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat sejak dekad 1870-an; dan pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang kemudian. Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000.

Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta). Sebab-sebab penghijrahan orang India ke Tanah Melayu banyak didorong oleh pergolakan dalaman yang berlaku di negara asal mereka. Selepas pertengahan abad ke-19, India menghadapi masalah pertambahan penduduk yang pesat, iaitu daripada 130 juta orang (1845) meningkat kepada 390 juta orang pada tahun 1941. Pertambahan penduduk yang pesat menimbulkan pelbagai masalah terutama kaum tani. Kawasan tanah yang boleh diusahakan semakin terbatas. Ini bermakna sumber untuk menyara kehidupan keluarga semakin berkurangan kerana bilangan orang menggunakannya bertambah. Petani yang memiliki tanah mula menjual tanah mereka kerana terpaksa membayar cukai dan membayar hutang. Manakala petani yang tidak memiliki tanah terpaksa memajak dari tuan tanah yang mengenakan kadar sewa yang tinggi. Mereka juga terpaksa menanggung beban cukai yang tinggi dan terikat dengan hutang daripada peminjam hutang. Ini menyebabkan mereka hidup dalam kesusahan. Sistem sosial di India juga membataskan mobiliti ekonomi dan sosial. Mereka yang berasal dari kasta rendah tidak berpeluang untuk meningkat ke taraf yang lebih tinggi. Sekatan dalam sistem sosial ini diburukkan lagi dengan wujudnya jurang antara mereka yang berpendidikan dengan golongan yang kurang terdidik atau buta huruf yang sebahagian besar berasal dari kasta yang rendah. Semua faktor ini membawa kepada kesengsaraan hidup dan mendorong mereka berhijrah ke negara lain untuk memperbaiki nasib hidup mereka.

Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 telah meningkatkan keperluan terhadap tenaga buruh. Keperluan semakin mendesak kerana penduduk tempatan enggan bekerja di ladang-ladang getah. Disebabkan tenaga buruh amat diperlukan dalam sektor ladang getah, orang India dibawa masuk secara beramairamai untuk bekerja di Tanah Melayu. Buruh India dibawa masuk oleh pihak British kerana mereka sanggup bekerja dengan upah yang sedikit di sektor ladang getah. Selepas kemelesetan ekonomi dunia sekitar tahun 1930-an, penggunaan tenaga buruh dari India semakin dikurangkan. Pada tahun 1938 kerjaan India mengenakan sekatan terhadap pengambilan buruh dari negara itu. Menjelang tahun 1931, hampir satu pertiga daripada jumlah orang India yang berhijrah ke Tanah Melayu datang dari kasta rendah yang berasal dari India Selatan. Kebanyakan mereka terdiri dari orang Tamil yang berasal dari Madras, manakala yang lainnya termasuklah Telegu, Malayali, Punjabi dan orang Ceylon. Penghijrahan Tamil Sebahagian penghijrah India yang amat besar terdiri daripada penutur bahasa Tamil dari negeri Tamil Nadu. Pada tahun 1947, mereka merupakan 77% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura. Orang India Selatan yang lain, khususnya orang Malayalee dan Telugu, merupakan lagi 14% pada tahun 1947, dan baki komuniti India terdiri daripada orang India Utara, terutamanya orang Punjabi, Bengali, Gurjarati, dan Sindhi. Pembahagian pekerjaan Pembahagian etnik lebih kurang mengikuti pengkhususan pekerjaan. Umpamanya, kebanyakan orang Tamil India bekerja sebagai buruh ladang, terutamanya di ladang getah, walaupun sebahagian kecil juga bertugas di jabatan-jabatan perkhidmatan awam. Kebanyakan orang Telegu juga bekerja sebagai buruh ladang, sedangkan komuniti Malayalee pula dibahagikan kepada mereka yang bertugas sebagai pekerja pentadbir di ladang-ladang serta sebagai pekerja kolar putih pentadbiran di bandar. Kaum Tamil Ceylon pula dibawa bertugas dalam kerajaan kebanyakannya pada taraf kerani dan keatas. Kerjaya setiap kaum dari India dan Ceylon (Sri Lanka)telahpun dipra-tentu oleh

Kerajaan British yang menjajah Malaya dulu. Maka, keperluan pelbagai tenaga kerja akan diperolehi dari suku kaum yang sudahpun dipratententu. Orang India Utara, kecuali orang Sikh, terdiri terutamanya daripada pedagang dan peniaga. Umpamaya, Gujarati dan Sindhi memiliki sebilangan syarikat tekstil yang penting di Tanah Melayu. Orang Sikh biasanya bertugas sebagai polis atau pemgawal.pada masa kini,selepas tahun 70-an, Pekerja estet kaum Tamil dan Telugu sudah mula berhijrah ke bandar akibat banyak ladang-ladang getah telah ditutup dan dimajukan untuk tujuan lain. Terdapat pekerja yang telah bekerja berpuluh-puluh tahun telah diberhentikan begitu sahaja dan tidak diberikan apa-apa pampasan.[2]. Ramai daripada mereka, telah bersusah payah bekerja di bandar dan kini sempat meningkatkan taraf hidupan mereka. Walaupun sedemikian, ada pula telah tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan bandar. Anak-anak lelaki keluarga seperti inilah, yang secara signifikan, hidup tak tentu, tak dapat sesuaikan diri dengan kehidupan bandar, lalu menceburkan diri dalam kegiatan jenayah kecil dan sederhana. Ada yang lain pula menggotai kumpulan samseng mungkin kerana disebabkan pengaruh filem filem Tamil (hampir 80% daripadanya bertemakan samseng dan kongsi gelap. Walau bagaimanapun, keadaan ini hanyalah dijangka melibatkan generasi pertama India Malaysia yang berhijrah ke bandar. Pada 22 Ogos 2009, YB Dato Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia menyatakan bahawa kerajaan sedang mengambil langkah meningkatkan taraf hiidup pekerja ladang, terutamanya orang India yang berkerja di ladang.[3] Kerajaan nampak turut bersimpati dengan keadaan kaun India terutama sekali dalam bidang ekonomi, sosial serta pelajaran. Oleh kerana kerajaan menghargai dan mengiktiraf sumbangan kaum India terhadap asas ekonomi negara Fasa 1 (Getah sebelum 1975)dan Fasa kedua (Kelapa Sawit 1975 hingga 1990). Kerajaan sejak dulu lagi telah memberi banyak sokongan kepada kaum India Malaysia. Terdapat peruntukan RM1 juta setahun (2006) menerusi tabung bantuan pendidikan Pembangunan Insan Kemahiran Teknikal bagi melatih belia-belia India yang gagal dalam pelajaran dalam kursus jangka pendek di Kolej Industri dan Pendidikan Negeri Selangor (INPENS). Belia India bukan sahaja diberi latihan dalam bidang kemahiran teknikal, tetapi mereka juga diberikan bimbingan keagamaan setiap hari Jumaat oleh guru agama mereka. Selain itu wang saku juga diberi sebenyak RM100 sebulan.

Selain itu, Kerajaan negeri Selangor turut mewujudkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Estet negeri Selangor untuk membantu anak-anak ini melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dikendalikan oleh Yayasan Selangor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta setahun. Peruntukan sebanyak RM3 juta setahun juga diberikan untuk rumah ibadat bukan Islam termasuk kuil-kuil berdaftar. [4] Kelompok etnik yang lain Selain daripada kumpulan orang India yang tersebut di atas, terdapat juga tiga kumpulan etnik dan agama yang mempunyai kepentingan politik dan ekonomi yang jauh melebihi bilangannya. Dua daripadanya ialah komuniti perniagaan yang penting, iaitu: chettiar Tamil yang merupakan kasta pedagang dari Tamil Nadu; dan orang Muslim India Selatan, iaitu orang Moplah dari Kerala dan orang Marakkayar dari Tamil Nadu yang kebanyakannya merupakan pemborong. Kumpulan ketiga ialah Tamil Sri Lanka yang kebanyakannya bertugas dalam Perkhidmatan Awam dan bidang-bidang profesional. Taburan geografi Kesepadanan yang rapat antara pembahagian etnik dan pekerjaan komuniti India dibayangkan dalam taburan geografi kaum India di Tanah Melayu. Orang Tamil India Selatan bertumpu, khususnya di ladang getah dan landasan kereta api Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan, walaupun sebilangan mereka juga bekerja di limbungan Pulau Pinang. Orang Telugu banyak terdapat di ladang-ladang getah Perak Bawah dan beberapa bahagian di Selangor, sedangkan orang Malayalee tinggal terutamanya di Perak Bawah, Kuala Lumpur, beberapa bahagian di Negri Sembilan, serta di Johor Bahru. Komuniti-komuniti perniagaan, iaitu komuniti Gujarati, Sindhi, Chettiar, dan Muslim Tamil, bertumpu di kawasan bandar, terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Ipoh. Tamil Sri Langka pada umumnya juga merupakan komuniti bandar, walaupun sebilangan mereka juga tinggal di kawasan-kawasan luar bandar sebagai kakitangan ladang. Orang Cina Malaysia

Pengenalan (Cina Ringkas: 马来西亚华人 ; Cina Tradisional: 馬來西亞華人 ; pinyin: Mǎláixīyà Huárén atau Cina Ringkas: 马来西亚唐人 ; Cina Tradisional: 馬來西亞唐人 ; pinyin: Mǎláixīyà Tángrén) ialah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Istilah Orang Cina Malaysia agak jarang dipakai di negara ini. Pendatang Cina awal (sejak abad ke-15 di Melaka; abad ke-18 di Pulau Pinang) membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang memeluk kebanyakan adat Melayu secara takat-takat yang berbeza (terhad di Pulau Pinang, menyeluruh di Melaka), berbahasa Melayu, tetapi mengekalkan amalan agama Cina. Sebaliknya pula, pendatang-pendatan yang lebih lanjut (seawalnya abad ke-19) yang mengekalkan adat Cina dikenali sebagai sinkheh ( 新客, "tetamu baru").kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu secara besar-besaran bermula sepanjang abad ke-19. Pada mulanya, mereka lebih tertumpu di Negeri-negeri Selat dan kemudiannya secara beransur-ansur mereka telah memasuki negeri-negeri Melayu yang lain. Kebanyakan orang Cina yang datang kesini berasal dari tiga wilayah di tenggara Negara China, iaitu Kwangtung, Kwangsi dan Fukien. Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan orang Melayu beragama Islam. Di bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan beragama Islam untuk memeluk agama pasangannya. Kebanyakan orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik. Ekonomi

Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara. Pekerjaan Masyarakat Cina Malaysia telah mendominasi ekonomi Malaysia dengan lebih 90% kedai komersial dimiliki oleh orang Cina. Orang Cina lebih cenderung kepada berkerja sebagai pengusaha perniagaan sendiri daripada berkerja dibawah orang lain. Masyarakat Cina melibatkan diri dalam semua jenis perniagaan di sector swasta.orangorang Cina yang bekerja sebagai pekerja di sektor swasta yang paling aktif di Komputer, Automobile, industri Perumahan dan Jualan. Hanya sangat sedikit minoriti bekerja sebagai pegawai kerajaan di sektor awam. Orang-orang Cina yang melakukan pekerjaan di sektor kerajaan biasanya merupakan ahli politik. Status ekonomi Oleh kerana penyertaan yang sangat aktif dalam kegiatan ekonomi, masyarakat Cina Malaysia merupakan majoriti daripada "middle class" dan "high class" di Malaysia. Pendapatan rumah tangga Cina merupakan yang tertinggi di antara 3 kumpulan etnik. Menurut Sulaiman Mahbob, pada Disember 2007, pendapatan rumah tangga bulanan rata-rata berada di 4437 ringgit[1] Sebagai hasilnya, orang Cina menjadi penyumbang terbesar cukai pendapatan dan pelbagai cukai kerajaan kepada dana kerajaan.masyarakat Cina juga memiliki peratus simpanan tertinggi di Malaysia kerana telah dibesarkan dengan nilai-nilai tradisional menyimpan untuk kecemasan dan etika kerja yang baik. Penghijrahan orang Cina

Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian bertulis (indentured labour), dikenali sebagai kuli ( 苦力, "kuasa susah-payah"). Yang selainnya datang secara bebas untuk bekerja, dan didukung oleh Persatuan Suku Kaum. Populasi orang Cina di Tanah Melayu mencecah 269,854 pada tahun 1911, dan kira-kira sejuta sekitar tahun 1949. Suku dialek Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia. Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapti di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut. Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2 dan 8TV. Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.

Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian. Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis. Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora. Banci 2000 Menurut The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature m/s 52-53, bilangan penutur bahasa Cina meningkat dari 2,667,452 pada tahun 1957 kepada 5,365,846 pada tahun 2000, iaitu 26% daripada keseluruhan populasi di Malaysia. Sumber data ini berasal dari Banci Penduduk dan Perumahan 2000,[3] dan bilangan mereka menurut suku dialek ialah: Dialek Penduduk[4] Hokkien (Minnan) 1,848,211 Hakka 1,679,027 Kantonis 1,355,541 Teochew 974,573

Mandarin 958,467 Hainan 380,781 Min Bei 373,337 Fuzhou (Hokchiu) 249,413 Sumbangan kaum Cina dan India dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu Syarat utama pihak British untuk penduduk Tanah Melayu membentuk kerajaan sendiri ialah kerjasama antara penduduk berbilang kaum dan kewujudan sebuah parti politik yang kuat untuk mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu. Pada bulan Januari 1949, beberapa rundingan diadakan antara ketua kaum untuk mencari jalan penyelesaian politik di Tanah Melayu. Rundingan itu membawa kepada penubuhan sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perhubungan Kaum (CLC). Pada mulanya, CLC dianggotai oleh Dato Onn bin Jaafar yang mewakili kaum Melayu dan Tan Cheng Lock mewakili kaum Cina. Keanggotaan CLC kemudiannya ditambah menjadi enam orang pemimpin Melayu, enam orang pemimpin Cina dan seorang daripada setiap kaum India, Serani, Ceylon dan Eropah. Penubuhan CLC ialah untuk mewujudkan kerjasama pemimpin pelbagai kaum untuk berbincang segala masalah dihadapi antara kaum secara terbuka supaya jalan penyelesaian dan perpaduan kaum dapat dicapai. CLC memohon satu tempoh peralihan berkerajaan sendiri secara beransur-ansur dengan memperkenalkan pilihan raya kepada penduduk di Tanah Melayu serta dasar sama rata antara rakyat yang berteraskan demokrasi dan hak asasi manusia. Pada tahun 1951, kerajaan British memperkenalkan sistem Ahli dengan tujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pemimpin tempatan dalam pentadbiran negara. Mengikut sistem ini, beberapa orang pemimpin tempatan dilantik menjadi ahli Majlis Undangan Persekutuan dan diberi portfolio tertentu. Ini seterusnya diikuti dengan pilihan raya diperingkat tempatan bagi memilih ahli ahli majlis tempatan. Dalam piliharaya Perbandaran Kuala Lumpur pada 12 Februari 1952, UMNO Selangor

dan MCA Selangor membuat pakatan untuk bekerjasama bagi mengelakkan pertandingan sesama sendiri. Strategi kerjasama ini menghasilkan kejayaan cemerlang apabila perikatan UMNO-MCA memenangi sembilan buah kerusi dari 12 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan ini mendorong UMNO dan MCA untuk mengadakan kerjasama secara kekal melalui penubuhan Parti Perikatan diperingkat kebangsaan. Parti Perikatan kemudiannya muncul sebagai sebuah parti politik yang kuat. Pada tahun 1955, MIC yang mewakili kaun India menyertai Parti Perikatan. Pilihan raya umum pertama diadakan pada 27 Julai 1955 bagi merebut 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Dalam pilihan raya ini, seramai 1.6 juta orang layak mengundi dan daripada jumlah itu, seramai 1.28 juta orang telah mendaftar sebagai pengundi. Parti Perikatan mencapai kejayaan besar dalam pilihanraya ini dengan memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan perikatan dicapai hasil kerjasama dan tolak ansur antara kaum di tanah Melayu.Kemenangan Parti Perikatan ini membolehkan pembentukan kerajaan dengan Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri PersekutuanTanah Melayu. Beliau kemudiannya menubuhkan sebuah kabinet yang terdiri daripada 10 orang menteri, iaitu 6 orang daripada UMNO, 3 orang daripada MCA dan seorang daripada MIC. Pada bulan Ogos 1955, Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin parti Perikatan menghantar satu memorandum kepada Pejabat Tanah Jajahan British bagi menyatakan hasratnya untuk merundingkan soal kemerdekaan Tanah Melayu. Dalam memorandum tersebut, Parti Perikatan meminta dua perkara, iaitu pemberian kerajaan sendiri secepat mungkin dan penubuhan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal perlembagaan baharu di Tanah Melayu. Pada bulan November 1955, wakil Raja-raja Melayu dan Perikatan berunding terlebih dahulu untuk mencapai kata sepakat dan pendirian bersama tentang beberapa perkara asas seperti kawalan kewangan, pelantikan rakyat tempatan untuk mengetuai jabatan-jabatan kerajaan, keselamatan dalam negeri dan penggubalan perlembagaan. Pada 1 Januari 1956, rombongan kemerdekaan bertolak ke London. Rombongan itu terdiri daripada 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan 4 orang wakil parti Perikatan. Rombongan itu bertolak ke London dengan tujuan untuk berunding dengan kerajaan British bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Rundingan itu yang diadakan mulai 18 Januari hingga 8 Februari 1956, berjaya mencapai beberapa

persetujuan, iaitu kerajaan British bersetuju untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu terus kekal dalam lingkungan Komanwel, rakyat tempatan akan menggantikan para pegawai British untuk memegang jawatanjawatan penting seperti Menteri pertahanan, Kewangan dan lain-lain, pihak British dibenarkan menempatkan tentera di Tanah Melayu dan sebuah badan bebas dibentuk untuk menggubal satu perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu. Pada bulan Jun 1956, sebuah suruhanjaya dibentuk untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya itu dinamakan Suruhanjaya Reid dengan dipengerusikan oleh Lord Reid dan dianggotai pakar-pakar perlembagaan dari negara Komanwel, iaitu Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Suruhanjaya Reid membuat beberapa tinjauan untuk mendapatkan pandangan dari semua peringkat. Suruhanjaya Reid menerima sebanyak 131 memorandum secara bertulis termasuk dari Parti Perikatan dan Raja-raja Melayu. Memorandum Perikatan merupakan hasil rundingan, tolak ansur dan kerjasama antara UMNO, MIC dan MCA yang mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu. Antara perkara penting dalam Memorandum Parti Perikatan ialah kewujudan sebuah kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Mewujudkan institusi Yang di-pertuan Agong dan Timbalan Yang di-pertuan Agong untuk menggantikan jawatan Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Raja-raja yang sedia ada diteruskan. Pembentukan Parlimen yang mengandungi sistem dua dewan. Kewujudan tiga badan pemerintah dan pengasingan kuasa. Islam sebagai agama rasmi negara dan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan takrif Melayu dalam perlembagaan. Pada bulan Mei 1957, sebuah Jawatankuasa Kerja ditubuhkan yang terdiri daripada 11 orang ahli untuk menyemak dan mengkaji Laporan Reid. Perjanjian Persekutuan tanah Melayu ditandatangani oleh raja-raja Melayu dengan Pesuruhjaya Tinggi British pada 5 Ogos 1957 di King s House, Kuala Lumpur. Perjanjian itu mengekalkan sebahagian besar struktur Perjanjian Persekutuan 1948 dengan kedudukan Raja-raja Melayu sebagai raja berpelembagaan, pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri, Menteri Besar sebagai ketua eksekutif negeri, kuasa eksekutif dan perundangan, kuasa kewangan yang dipegang oleh kerajaan persekutuan dan lain-lain kuasa berkaitan pemerintahan. Pada pukul 12 tengah malam 30 Ogos 1957, bendera Union jack diturunkan di Padang Kelab Selangor

sebagai menandakan berakhirnya penjajahan British di tanah Melayu dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, wakil Ratu Elizabeth II menyerahkan dokumen pengisytiharan kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama. Tunku kemudiannya melaungkan perkataan merdeka dan disambut oleh ribuan rakyat berbilang kaum. Kesimpulan Malaysia ialah sebuah negara berbilang etnik. Tiada satu golongan etnik yang dapat menegakkan kerajaan sendiri, kecuali melalui kerjasama antara pelbagai etnik. Kerjasama antara semua etnik utama juga penting supaya tiada kelompok dianiayai semata-mata kerana percaturan kuasa dan politik sempit.. Rujukan Bibliografi Purcell, Victor, Orang-orang Cina di Tanah Melayu (terj., Penerbit Universiti teknologi Malaysia, Skudai, 1997 Sandhu, K. S., Indian in Malaya: Some Aspects of their immigation and settlement, 1896-1957, Cambridge University Press, London, 1969. Zainuddin, Ruslan, Nota Lengkap sejarah Malaysia STPM Edisi Kedua, fajar Bakti Sdn Bhd, 2004. Wikipedia versi Melayu, Orang India di Malaysia, Shamsul Amri Baharuddin, Modul Hubungan Etnik

CTU553 HUBUNGAN ETNIK EAMA4B AHMAD FAZLI BIN MUSTAPHA NO. KP:710912-10-5793 NO. PELAJAR: 2009153745 PENSYARAH: KHAIRUL FAEZI BIN MOHD SAID