2

Similar documents
PowerPoint Presentation

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ii


Bahagian B [15 Markah] [Masa dicadangkan:25 Minit] Gambar di bawahmenunjukkanfaedah Internet kepadamurid.tulisulasantentangfaedah Internet kepada muri

PRUmultiple-cover-crisis_Chi_PDM copy

BAB SATU

Pengiklanan merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan dan pemasyarakatan pengguna hari ini

Penghargaan

Mixtions Pin Yin Homepage

华小董事觉醒运动缘起

Penghargaan

turut diteliti. Didapati bahawa penulis-penulis iklan bahasa Cina Malaysia cenderung mencampurkan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris ke dalam ayat

Tajuk

PowerPoint Presentation

Microsoft Word - LP 16 August 2011 _19895_.doc

Penghargaan

Antara kata-kata tersebut, kata nama merupakan kelas kata bahasa Inggeris yang paling banyak dicampurkan ke dalam iklan-iklan komersial bahasa Cina te

SaverBrochure_F 07.ai

Microsoft Word - Soo Yew Phong_laporan penyelidikan.doc

ti2 guan4 bo1 bo5 huai4 zheng4 hong1 xi2 luo2 ren4

(CIP) : /. :, (/ ) ISBN T S H CI P (2006) CH IJIASH EN GXIAN G YINSHI WEN H U A Y U CHENGY U 1

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

Microsoft Word - Avail News _Januari 2017_.doc

3 Nombor di dalam segi empat sama ditambah dengan nombor di dalam bulatan dan jumlahnya didarab dengan nombor di dalam segi tiga sama sisi

teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China. III. Anugerah & Hadiah Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilai

Langkah-langkah membeli atau menambah SAP Public Gold Membuat bayaran ke Akaun SAP Public Gold Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Nombor Akaun

1936- Golongan tentera mengambil alih pentadbiran Jepun. 军 方 接 管 了 日 本 的 行 政 管 理 Jepun menakluki Manchuria. 日 本 入 侵 满 洲 Jepun menguasai Ko

<4D F736F F D BBAAD0A1B6ADCAC2BBE1D5C2B3CCD1F9B1BEA3A8C2EDC0B4CEC4B0E6B1BEA3A92E646F63>

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN

現代學術之建立 陳平 美學十五講 淩繼堯 美學 論集 徐複觀 書店出版社 的方位 陳寶生 宣傳 敦煌文藝出版社 論集續篇 徐複觀 書店出版社 莊子哲學 王博 道家 的天方學 沙宗平 伊斯蘭教 周易 經傳十

Kategori Program Kursus Latihan ISO. EMS.OHSAS. HACCP Team Building dan Motivasi Pengurusan Sumber Manusia Produktiviti dan Kualiti Kewangan & Perakau

ISM Circular: 20 –2005

BAB SATU

1


2016/6/5 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 Wonderful Indonesia Gourmet Festival Digelar 美妙印尼美食节在京隆重开幕 KBRI Beijing

BM - 1 rancangan pembangunan perniagaan CNI SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR CNI Kalau kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. CNI mengalu-alukan keda

KAJIAN METAFORA KATA NAMA DAN KATA SIFAT DALAM CERPEN BAHASA MANDARIN


<D2BDC1C6BDA1BFB5CDB6C8DAD7CAB8DFB7E5C2DBCCB3B2CEBBE1C3FBB5A52E786C7378>

诗 经 简介 诗经 是中国第一部诗歌总集 它汇集了从西周初年到春秋中期 五百多年间的诗歌三百零五篇 诗经 在先秦叫做 诗 或者取诗的 数目整数叫 诗三百 本来只是一本诗集 从汉代起 儒家学者把 诗 当作经典 尊称为 诗经 列入 五经 之中 它原来的文学性质就 变成了同政治 道德等密切相连的教化人的教

Microsoft Word - Avail News _Mac 2017_.doc

Microsoft Word - Chord_chart_-_Song_of_Spiritual_Warfare_CN.docx

Microsoft Word - Chord_chart_-_The_Word_of_God_in_Song CN.docx

é é

Travel Protector Flight delays. Loss of luggage. Illness. An accident. Whether you are on a business trip or on holiday with your family, any of these

各位记者先生,小姐

BAB 5


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI KOMPONEN-KOMPONEN DALAM AYAT TUNGGAL PENGAJIAN CINA

(CIP) : /. :, (/ ) ISBN T S H CI P (2006) XIANGPIAOWANLI JIUW ENH UA YU CH ENGYU

Isi Kandungan 2 Muka surat 1. Kalendar Akademik Pogram 2. Struktur Kurikulum 2.1 Kursus Yang Ditawarkan Sinopsis Kursus 5 2. Sistem Penyampaian

PV Qualifier Incentive RM 1,250 (2) During the promotional period who achieves a Total (Bonus ) Sale Volume target. End of the promotional peri

Sustainable Education 9 Kitar semula merupakan salah satu aspek dalam konteks pengurusan. Amalan kitar semula perlu dipupuk sejak kecil lagi. Lagipun

3 points # 1. Ladybird will sit on a flower that has five petals and three leaves. On which of the following flowers will ladybird sit? Seekor kumbang

píng liú zú

Yes you do. In the case of a banker s cheque (whether in local or foreign currency, depending on the bank concerned)/bank draft/foreign currency deman

BookCatalog FINAL

AXA-AFFIN Maximiser-Brochure(Mar2018)

Neo-Konfusianisme 理学 menjadi terkenal pada zaman dinasti Song dan Ming sebagai sebuah gerakan rasional yang menolak kepercayaan karut. Sekitar tahun 1

Book Reviews 姓 姓书评姓 Penulis juga turut memperincikan kajian sastera dan penulisan Bahasa Cina di Malaysia lebih memberi penekanan ke atas kriteria sep

1.1.1 Bahasa dan Budaya Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, mengajar, berbincang, menyampaikan idea dan pemikiran (

4. Treatment for illness or discomfort/ 治疗疾病或不适的方法 / Rawatan untuk masalah tersebut B. Please describe the condition of illness, sign(s) and symptom(s

lí yòu qi n j n ng

有点紧, 不过还挺好看吧? B1E Ketat sikit, tetapi masih nampak cantik kan? B1F 小背心真漂亮 让我穿穿好吗? 嗯 Singlet sangat cantik.bolehkah saya memakainya? Okey. 有点紧, 不过还挺好看吧

1

PowerPoint Presentation

封面封底.FIT)

Microsoft Word - PDPA2010.doc


j n yín

Asia Foundation and Merdeka Center release 2008 National Youth Survey

封面封底.FIT)

Microsoft Word - Avail News _Jun 2017_.doc

Q: Must the Relationship Managers or sales persons handling the investment products of SCSB be licensed? Does that mean your RMs are now under SCSB? W

Microsoft Word - ULBS BC SPM doc

SejarahOrang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu

Parkson Malaysia CORPORATE DEVELOPMENT During the financial year, the Group had undertaken the following significant corporate event: In December 2016



Minit Mesyuarat

Q9: How do I identify myself as a winner to Tesco? A: Winners must present original Tesco receipts, NRIC and display the SMS indicating your winning O

Microsoft Word - MY_Stern Warning on Product Selling on Internet Classified Ad Sites_1 Feb 2017.docx

28 EN-PRUlink golden managed 01

Microsoft Word - Avail News _Januari 2015_.doc

Penghargaan

Stock Transfer Service Inc. Page No. 1 CENTURY PEAK METALS HOLDINGS CORPORATION (CPM) List of Top 100 Stockholders As of 12/31/2015 Rank Sth. No. Name

封面封底.FIT)

Contents Bahasa Indonesia

KOHESI NAHUAN DALAM KARANGAN KEPERIHALAN BAHASA CINA PELAJAR TINGKATAN EMPAT YAU CHENG YAN DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH S

PERJANJIAN KEAHLIAN (Syarat-syarat) 1. Untuk menjadi seorang Pengedar di "Mc-Ocean Holding Sdn Bhd" (selepas ini dirujuk sebagai Syarikat), pemohon me

ColumbusAire New Registration 新注册 ColumbusAire Pendaftaran Baru ColumbusAire


Microsoft Word - 白話中庸.docx

AXA-Wealth Edu Brochure (2015)

2019 Chinese Taipei National High School Athletic Game Boxing Championship Junior Men Division Top 8 As of WED 24 APR 2019 Men s Mosquito(38-41Kg) Ran

kebudayaan pluralisme dan perdagangan bebas dari AS. Tapi kini kita hampir tidak melihatnya lagi AS seperti yg kita kenal dulu, sehingga Jerman merasa

Kepada Pusat-pusat Stokis dan semua Anggota Avail Beauty:

Microsoft Word - 詩經注釋.docx

Kertas 1

Transcription:

1.0 Pengenalan Dinasti Qin dan Dinasti Han merupakan dua dinasti pertama setelah penyatuan seluruh negara China. Dinasti Qin adalah pemerintahan pertama yang menyatukan negara China, manakala Dinasti Han merupakan pemerintahan yang menggulingkan Dinasti Qin. Kedua-dua Dinasti ini mempunyai latar belakang politik agak sama, iaitu memerintah sebuah negara besar yang baru disatukan. Jika melihat kepada kejayaan kedua-dua dinasti ini, Dinasti Han dikatakan mencapai kejayaan yang agak mengagumkan dalam pemerintahannya. Pemerintahan Dinasti Han adalah selama 422 tahun dan telah berjaya menjadi sebuah negara yang berwibawa dan terkenal dalam mata dunia pada zaman tersebut. Manakala Dinasti Qin hanya dapat dikekalkan selama 15 tahun, kerana pemberontakan golongan petani. Sebelum meninjau dengan lebih mendalam, terlebih dahulu kita melihat sedikit pengenalan terhadap kedua-dua dinasti ini. 1.1 Dinasti Qin Pada mulanya Qin merupakan salah satu negeri zhuhou( 诸侯 ). Setelah Qin Xiao Gong( 秦孝公 ) menjalankan pelbagai pembaharuan dalam dasar pemerintahan Qin, negeri Qin telah menjadi negeri yang kuat di antara 7 negeri zhuhou. Dengan kekayaan negeri Qin dan tentara Qin yang handal, Ying Zheng( 嬴政 ) telah berjaya menewaskan 6 negeri zhuhou yang lain dan berjaya menyatukan negara China. Pada tahun 221 sm, Ying Zheng telah menubuhkan Dinasti Qin yang menggantikan Dinasti Zhou. Selepas kematian Ying Zheng, Hu Hai( 胡亥 ) telah menjadi pemerintah Dinasti Qin. Akan tetapi, maharaja yang kedua ini telah dibunuh oleh Zhao Gao( 赵高 ) pada 207 sm. Pada 206 sm, empayar berumur 15 tahun yang dibina oleh Ying Zheng ini telah tumbang, 1.2 Dinasti Han Setelah Dinasti Qin musnah, Liu Bang( 刘邦 ) dan Xiang Yu( 项羽 ) telah berperang selama 4 tahun dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Chu Han( 楚汉战争 ). Dengan bantuan Xiao He( 萧何 ), Han Xin( 韩信 ) dan Zhang Liang( 张良 ), Liu Bang telah berjaya menewaskan Xiang Yu dan menubuhkan Dinasti Han. 1

Dinasti Han dibahagikan kepada Han Barat(tahun 202 sm hingga tahun 8) dan Han Timur(tahun 25 hingga tahun 220) dua zaman pemerintahan yang berbeza, digelar sebagai Dua Han( 两汉 ). Pada zaman Dinasti Han, negara China merupakan sebuah empayar yang berkuasa dan bertamadun. Dinasti Han dan Empayar Rome pada zaman tersebut merupakan dua negara yang mempunyai tamadun yang paling cemerlang. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kegagalan Dinasti Qin, Dinasti Han pula telah terbukti berjaya dalam perkara yang Qin telah gagal, misalnya: cara pemerintahan, ideologi pentadbiran, ekonomi negara dan sebagainya. Perbincangan seterusnya akan meninjau lebih lanjut terhadap sebab-sebab Dinasti Han telah berjaya dalam perkara yang Dinasti Qin telah gagal. 2

2.0 Pemerintahan Ren( 仁政 ) Memang tidak boleh dinafikan bahawa kejatuhan Dinasti Qin disebabkan oleh pemerintahan yang zalim. Shih Huang Ti berniat untuk memperluaskan pengaruh Dinasti Qin dan membolehkan Dinasti Qin menjadi semakin agung. Baginda telah menjadikan angkatan tentera sebagai satu elemen penting dalam pentadbirannya dan menubuhkan Tembok Besar China yang bertujuan untuk menghalangkan keserangan Babarlian( 匈奴 ). Polisi politik Shih Huang Ti telah menyebabkan kesengsaraan rakyat. Selain itu, Shih Huang Ti telah mengerah rakyat untuk mengekalkan sepasukan tentera yang hebat dan gagah yang bertujuan menjalankan peperangan ke negara-negara lain. Mengikut purata, populasi penduduk Dinasti Qin adalah melebihi seribu juta, tetapi bilangan tentera telah mencapai dua ratus juta. Keadaan ini telah menimbulkan masalah kekurangan tenaga kerja lelaki dalam bidang pertanian. Oleh itu, pengeluaran hasil pertanian turut menurun dan menimbulkan masalah-masalah kekurangan makanan di kalangan rakyat. Pertanian merupakan asas kepada ekonomi negara, tetapi hal tersebut turut menjejaskan asas pentabiran( 根基 ) Dinasti Qin. Selain itu, ShihHuang-Ti melaksanakan sistem kepunyaan tanah baru dan membangunkan ekonomi tuan tanah. Oleh itu, terdapat sebahagian tuan tanah boleh merampas atau merangkap tanah yang dimiliki oleh petani melalui pelbagai cara yang melanggar undangundang. Tanah petani yang dirangkap oleh tuan tanah dipaksa menanam tanaman mengikut syarat jian shui shen wu( 见税什五 )iaitu semasa pengumpulan hasilan pertain dipaksa membayar separuh daripada hasilan sebagai cukai tanah. Oleh itu, golongan tuan tanah bergiat memperluaskan tanah kepunyaannya, sehingga semakin ramai petani yang hilang tanah peribadinya dan menjadi miskin, tetapi tuan tanah pula semakin hari semakin kaya Pada masa itu, kehidupan rakyat sangat sengsara, mereka mamakai pakaian yang kasar dan makan makanan yang seperti anjing dan kinzir( 穿牛马之衣, 吃犬彘之食 ), pemerintahan dan undang-undang yang tidak munasabah dan zalim telah mamaksa mereka melarikan diri ke dalam hutan serta menjalani pemberontak. Keadaan ini menjelaskan pemerintahan yang zalim akan menyebabkan ketegangan antara golongan atasan dan golongan bawahan semakin meningkat. Oleh itu, dalam membincangkan tentang keadaan banyak perompak( 群盗满山 ) semasa Dinasti Qin, seorang pegawai Dinasti Han Jia Shan ( 贾山 )telah mengatakan bahawa semasa pemerintahan Shih Huang Ti, Dinasti Qin sedang mengalami keruntuhan tanpa disedarinya. Selain Jia Shan, sajak yin ma chang cheng ku xing 饮马长城窟行 yang 3

ditulis oleh seorang penyair Cheng Lin( 陈琳 )telah menceritakan bahawa melahir anak lelaki janganlah melapor kapada kerajaan, melahirkan anak perempuan menyusui, raja tidak nampak, tulang-tulang orang mati menanggungkan Tembok Besar. ( 生男慎勿举, 生女哺用脯, 君不见, 长城下, 死人骸骨相撑柱 ). Jia Shan dan sajak tersebut telah jelas menggambarkan keadaan huru-hara yang disebabkan oleh kezaliman pemerintahan Shih Huang Ti. Dinasti Han telah menjadikan kegagalan Dinasti Qin sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi kegagalan Dinasti Qin. Pemimpin Dinasti Han telah menjalani beberapa langkah untuk memulakan pentabiran yang baru dan memperkembangkan penghasilan dalam negara. Mengurangkan cukai, berbaik-baik degan masyarakat dan meringankan aturan serta hukuman ( 轻徭薄赋 修生养息 宽仁慎刑 ) adalah langkah-langkah pemimpin Dinasti Han dalam pengurusan negara. Dalam Han Shu. Zhao Di Ji 汉书 昭帝纪 telah mengatakan bahawa selepas mengalami peperangan sepanjang tahun, populasi penduduk telah mengalami kekurangan. Oleh itu, untuk mengatasi isu semasa tersebut, kerajaan perlulah mengurangkang cukai dan rehat bersama masyarakat supaya membela tenaga rakyat dan memulihkan ekonomi.( 海内虚耗, 户口减半, 光知时务之要, 轻徭薄役, 与民休息 ). Langkahlangkah tersebut telah menbolehkan Dinasti Han menjadi satu kerajaan yang kuat dan gembilang. Sebagai contohnya, semasa pemerintahan Wen Ti( 汉文帝 ) pula, baginda menjalani sistem tuan tanah( 地主制 ),tetapi Wen Ti telah mengurangkan sistem cukai sawah kepada 1/30 daripada hasil pertanian. Kadang-kala, rakyat boleh dikecualikan daripada membayar cukai sawah. Cukai perseorangan juga dikurangkan sebanyak 2/3 iaitu sebanyak 40 qian ( 钱 ) sahaja. Wen Ti juga melepaskan hamba pembesar menjadi rakyat biasa dan memberi bantuan kepada rakyat yang menghadapi kesusahan serta memulang balik tanah kepada petani. Pembaharuan ini telah mengubah kehidupan rakyat dan menningkatkan tahap pengeluaran. Wen Ti menegaskan kepentingan bidang pertanian dan sanggup bertani sendiri. Polisi yang dijalankan oleh Wen Ti adalah untuk memperkembangkan bidang pertanian di samping memulihkan tenaga rakyat( 与民休息 ). Dinasti Han merupakan salah satu dinasti yang makmur dalam tamadun China. Pemimpin-pemimpin telah memberi perhatian penuh terhadap perkembangan bidang pertanian. Polisi rehat bersama masyarakat telah dilaksanakan secara berzaman-zaman. Kehidupan rakyat pada masa itu dalam keadaan mewah dan mesra( 丰衣足食, 安居乐业 ). Oleh itu, pentabiran 4

Dinasti Han selalunya mencapai kestabilan. Semasa Wu Di menaik takhta, baginda telah menerima cadangan dari Dong Zhong Shu( 董仲舒 ) untuk mengagungkan ideologi Konfusianisme dan mempraktikkannya ke dalam pentadbiran. Sejak itu, ideologi Konfusianisme telah memainkan peranan penting dalam pentabiran Dinasti Han. Pentabiran yang stabil dan ekonomi yang berkembang pesat telah mengakibatkan bidang graf tangan, bidang peniagaan, budaya humanisme( 人文艺术 ) dan bidang sains dapat berkembang sepanjang tahun. Pemerintahan zalim semasa Dinasti Qin telah menyebabkan kehidupan rakyat sangat sengsara lalu mecetuskan pemberontakan rakyat dan merupakan salah satu faktor keruntuhan Dinasti Qin. Manakala kejayaan Dinasti Han adalah disebakan Pemerintahan Ren yang mendapat sokongan penuh daripada rakyat maka pemerintah Han dapat diperkukuhkan. 5

3.0 Pelaksanaan Ideologi Dalam Pemerintahan Pemerintahan Dinasti Qin mengamalkan falsafah legalisme. Shih Huang-Ti mengamalkan undang-undang yang ketat. Shih Huang-Ti berpendapat bahawa rakyat mesti diperintah dan dikawal melalui kekerasan dan undang-undang yang tegas. Undang-undang Qin adalah meluas, ketat dan rapi, termasuk perkara-perkara yang berkenaan dengan jenayah, cukai, kerahan, aktiviti pertanian, sistem pengairan serta perlindungan alam sekitar. Hal ini membolehkan Shih Huang-Ti menguatkan lagi pemerintahannya terhadap seluruh negara. Hukuman undang-undang Qin adalah amat kejam, seperti: i. lu( 戮 ) dihina dan kemudian dipotong kepala. ii. iii. qishi( 弃市 ) dibunuh di depan khalayak ramai dan mayat ditunjuk. zhé( 磔 ) memecahkan mayat. iv. dingsha( 定杀 ) dilemas atau ditanamkan. Selain dari hukuman mati, ada lagi banyak hukuman yang lain termasuk yang mencacatkan anggota pesalah dan turut membunuh ahli keluarga dan kerabat pesalah iaitu lianzuo( 连坐 ) dan miezu( 灭族 ). Shih Huang Ti berpegang teguh kepada ideologi Legalisme yang menekankan konsep bahawa undang-undang yang ketat dan hukuman yang berat merupakan satu-satunya jalan penyelesaian bagi menjamin kestabilan dan keamanan negara. Shih Huang-Ti juga menjalankan dasar mengharamkan penyebaran idea ahli-ahli falsafah yang lain dan menghapuskan falsafah lain. Hal ini kerana mereka menganggap bahawa ajaran falsafah lain mempunyai unsur-unsur subversif kepada keselamatan negara. Dalam usaha menghapus idea sarjana lain, Shih Huang-Ti telah mengarahkan Li Si( 李斯 ) supaya membakar buku-buku falsafah lain dan membunuh kira-kira 400 orang sarjana pada tahun 213 S.M. Peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Pembakaran Buku( 焚书 ). Hanya buku-buku yang berguna seperti buku bidang perubatan, istiadat dan pertanian serta rekod-rekod sejarah China dan juga koleksi di Perpustakaan Maharaja tidak dimusnahkan. Sesiapa yang bersuhabat dengan golongan intelektual juga akan menerima hukuman. Bagi orang China, peristiwa pembakaran itu dianggap sebagai peristiwa pencabulan pusaka intelektual mereka. Selain itu, Shih Huang-Ti telah menanam hidup pengikut Konfusianisme( 坑儒 ). Shih Huang-Ti membakarkan buku-buku dan menanam hidup pengikut Konfusianisme adalah bertujuan untuk menyekat pemikiran masyarakat dan menyatukan pemikiran supaya dapat menyekat idea-idea dan pepatah golongan intelektual yang akan menentang kerajaan berkuasa 6

pusat ( 中央集权 ). Akan tetapi, pembakaran buku dan menanam hidup pengikut Konfusianisme telah memusnahkan pusaka budaya dan menbunuh banyak gologan intelektual yang mungkin boleh menbawa jasa kepada negara. Hal ini telah menyebabkan kekurangan golongan intelektual yang berupaya dalam sistem pemerintahan Dinasti Qin. Oleh itu, pengawai istana yang khianat seperti Zhao Kao( 赵高 ) telah menguasai pentabiran secara sepunuhnya. Perkara-pekara tersebut telah menyebabkan sistem pemerintahan semakin hari semakin merosot dan menbawa kepada keruntuhan Dinasti Qin. Berdasarkan keruntuhan Dinasti Qin, golongan pemerintah Dinasti Han telah menyedari bahawa pemerintahan tegas berasaskan ideologi Legalisme tidak harus diamalkan lagi. Oleh itu, Konfusianisme telah diambil berat oleh raja-raja Dinasti Han dan semasa pemerintah Wu Ti, Dong Zhong Shu telah mengambil aspek Taoisme, Legalisme dan Konfusianisme yang berfaedah dan diaplikasikan terhadap pemerintahan kerajaan dan undangundang. Pentadbiran Konfusianisme yang dijalankan oleh Han Wu Di sebenarnya mengandungi unsur-unsur Legalisme di dalamnya. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa pentadbiran yang dilaksanakan oleh Han Wu Di adalah pada luarannya ialah Konfusianisme, pada dalamnya ialah Legalisme ( 儒表法里 ). Sebelum Han Wu Ti, pemerintahan Wen Ti dan Jing Ti telah mengamalkan dasar pentadbiran yang perikemanusiaan berasaskan ajaran Konfusianisme. Sistem hukuman telah diringankan semasa pemerintahan Wen Ti dan Jing Ti. Dalam tahun pertama Wen Ti menaiki takhta, baginda telah membatalkan hukuman yang bercanggah dengan konsep kemanusiaan seperti lianzuo( 连坐 ) iaitu jika seorang itu berbuat salah ahli keluarganya juga akan dihukum bersama-sama. Hukuman tersebut diamalkan sejak pemerintahan Han awal yang sama dengan undang-undang Qin dan semasa pemerintahan Wen Ti, bagingda telah menggugurkan undangundang tersebut. Selain itu, hukuman zalim yang menurut sistem perundangan zaman kuno seperti mengukir tulisan pada muka, memotong anggota badan, dilemas atau ditanamkan secara hidup dan lain-lain hukuman yang mengakibatkan kecacatan, semuanya telah dibatalkan oleh dan menggantikannya dengan hukuman yang lain. Pada zaman pemerintahan Jing Ti( 景帝 )pula, baginda telah menasihati para pembesar yang menjatuhkan hukuman perlu berdasarkan sifat-sifat bertoleransi dan perlulah mengelakkan keadaan penjatuhan hukuman yang secara tidak rasional. Sebagai contohnya, baginda telah menukarkan sistem hukuman kejam terhadap badan pesalah kepada sistem hukuman sebatan. Namun, jumlah sebatan adalah banyak. Hukuman badan pesalah( 肉刑 ) seperti memotong hidung, memotong aggota badan dan lain-lain hukuman yang zalim telah 7

digantikan dengan hukuman sebatan. Di samping itu, bilangan sebatan yang terbanyak akan menyebabkan kematian pesalah. Oleh itu, Jing Ti telah mengurangkan bilangan sebatan dan menetapkan kepanjangan dan kelebaran buluh supaya tidak berlakunya kematian pesalah lagi. Sebenarnya sebelum pemerintah Wen Ti, Jing Ti dan Han Wu Ti, dasar-dasar yang terbabit dengan Konfusianisme juga dapat dilihat semasa pemerintah Hui Ti( 惠帝 ). Pada masa pemerintah Hui Ti, baginda telah membatalkan undang-undang Qin iaitu menyimpan bukubuku haram ( 挟书之律 ). Semasa Dinasti Qin yang berada di bawah pemerintah Shih Huang- Ti, segala buku-buku yang mengandungi unsur-unsur Konfusianisme seperti kitab-kitab konfusianisme adalah buku yang haram dan rakyat tidak boleh memilik buku-buku tersebut, jikalau rakyat didapati menyimpan atau memilik buku-buku tersebut akan diberikan hukuman yang zalim. Hui Ti telah menbatalkan undang-undang tersebut dan memberi kebenaran kepada rakyat untuk mempunyaidan menbaca buku-buku tersebut. Maharaja Wen Ti dan Jing Ti juga menggalakkan rakyat menyerahkan dan buku-buku yang mengandungi unsur-unsur Konfusianisme. Oleh itu, pemikiran Konfusianmisme telah dibangkitkan semula dan tersebar luas di kalangan rakyat mulai pemerintahan Hui Ti. Walaupun, Undang-undang Qin telah mempengaruhi pengubalan Undang-undang Han tetapi ideologi yang digunakan oleh pemimpin semasa menjalani pentabiran adalah berlainan. Dinasti Qin menggunakan ideologi legalisme yang ketat manakala Dinasti Han lebih cenderung kepada ideologi Konfusianmisme yang mementingkan berperikemanusiaan dan lebih bertimbang rasa terhadap rakyat. Pentabiran Dinasti Qin yang menggunakan ideologi legalisme yang ketat telah menpercepatkan kejatuhan Dinasti Qin kerana kehilangan perasaan cinta rakyat terhadap kerajaan Qin dan kekurangan orang yang berbakat yang dapat memberi jasa kepada pembangunan kerajaan. Manakala pemerintahan pemimpin Han yang menolak hukuman kejam dan bertimbang rasa terhadap rakyat yang berteraskan ideologi Konfusianisme telah menekankan dalam perasaan cinta kepada rakyat dan golongan intelektual juga diberi peluang untuk memberi jasa kepada Dinasti Han dengan lebih berusaha. Oleh itu, ideologi yang diamalkan oleh Dinasti Qin dan Dinasti Han turut menyebabkan kejatuhan Dinasti Qin dan kejayaan Dinasti Han. 8

4.0 Usaha Pengukuhan Kuasa Pemerintahan Raja Qin telah menjalankan pelbagai usaha mengukuhkan kuasa pemerintahannya, tetapi kurang berjaya kerana Raja Qin telah menyerangkan dan menyatukan enam negeri zhuhou( 诸侯 ) dalam masa yang sangat singkat. Oleh itu, telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di antara bangsawan enam negeri zhuhou. Kuasa-kuasa zhuhou masih wujud pada masa itu dan perasaan dendam zhuhou adalah sangat mendalaman. Qin telah menjadi musuh bagi bangsawan sisa zhuhou semasa negeri Qin menewaskan enam negeri zhuhou. Walaupun Chu guo hanya tinggal penduduk yang sedikit, tetapi Chu guo mesti menjatuhkan Qin guo. ( 楚虽三户, 亡秦必楚 ). Ayat tersebut telah menunjukkan perasaan dendam rakyat negeri Chu terhadap negeri Qin serta menunjukkan asparasi bangsa zhuhou. Keadaan ini telah menjelaskan jika Raja Qin tidak menghapuskan sisa kuasa-kuasa zhuhou dan meredakan perasaan dendam rakyat 6 negeri zhuhou, pemerintahan Qin guo akan berada di dalam keadaan yang berbahaya. Oleh itu, Shih Huang-Ti terpaksa mengetatkan pentabiran dan pemenrintah baginda serta berkali-kali menyerang dan menawan kerajaan-kerajaan yang berpecah-belah itu dan meletakkan di bawah kekuasaannya supaya memperkukuhkan pemerintahan Qin. Perasaan dengki terhadap permunashan negeri zhuhou( 亡国之恨 )telah menyatukan 6 negeri zhuhou. Pada masa yang lalu, tujuh negeri zhuhou tidak menjalinkan hubungan antara negeri dengan rapat disebabkan pertimbangan kepentingan pentadbiran dan negeri sendiri. Negeri-negeri zhuhou tidak bekerjasama antara satu sama lain. Tetapi selepas negeri Qin menewaskan negeri-negeri zhuhou yang lain, sisa kuasa 6 negeri zhuhou telah mempunyai hubungan manfaat yang sama. Ini adalah syarat permintaan kepada enam negeri zhu hou untuk membalas dendam. Perasaan dengki yang mengakibatkan kerjasama 6 negeri zhuhou telah menjadi ancaman kepada Dinasti Qin dan telah menimbulkan keadaan yang tegang pada awal pembentukan Dinasti Qin. Sebagai contohnya, pemberontakan Chen Yi( 陈胜起义 )yang mendapat sokongan rakyat ramai dan keadaan bangsawan 6 negeri zhuhou yang mengelar diri sebagai wang( 称王 ) telah menjelaskan bahawa keinginan enam negeri zhuhou untuk membangkitkan negara adalah sangat teguh dan juga besarnya bunyi yang dilantang oleh rakyat 6 negeri zhuhou. Keadaan tersebut diakibatkan oleh perasaan dengki terhadap permunashan negeri zhuhou mereka. Oleh itu, cita-cita kebangkitan negara telah mendorong perikatan enam negeri zhuhou menjadi lebih rapat dan menjadi lebih kuat. Justerunya, 9

perikatan 6 negeri zhuhou telah mengancam Dinasti Qin dan secara tidak langsung mengakibatkan kejatuhan Qin. Tafsiran secara objektif, selepas Liu pang( 刘邦 ) berjaya meruntuhkan Dinasti Han, perasaan dengki terhadap Dinasti Qin daripada rakyat enam negeri zhuhou telah dihilangkan akibat keruntuhan pemerintahan Dinasti Qin. Pada masa yang sama, perikatan dan kuasa-kuasa enam negeri zhuhou yang akan mengancam kekukuhan pemerintah Dinasti Han juga dihapuskan secara keseluruhan. Oleh itu, pemerintahan Dinasti Han dapat dijalankan dengan lancar dan menyeluruh tanpa menghadapi sebarang halangan. Selain itu, golongan pemerintahan Dinasti Han adalah daripada kalagan rakyat yang mempunyai sikap berkecuali. Oleh itu, Dinasti Han mendapat sokongan rakyat enam negeri zhuhou dengan mudahnya dan mendapat daya penarikan pusat dan tulus ikhlas rakyat terhadap Dinasti Han yang sebenarnya. Dengan syarat-syarat tersebut, Dinasti Han secara langsung telah menyatukan China. Untuk memperkukuhkan lagi kuasa pemerintahan Dinasti Han, Han Gao Zhu Liu Pang telah menbunuh tujuh raja yang kelainan nama keluarga( 异姓王 ) yang berjasa dalam mendirikan Dinasti Han supaya dapat menghapuskan bencana yang mungkin akan menimbulkan perebutan kuasa dalam pemerintahan baginda. Zaman keagungan Dinasti Han bermula semasa pemerintahan Maharaja Kelima iaitu Maharaja Han Wu Ti. Semasa pemerintahan Han Wu Ti( 汉武帝 ), baginda telah melaksanakan dasar Tui En Ling ( 推恩令 )iaitu mengurangkan kuasa zhuhou. Pada masa lalu, zhuhou hanya dibenarkan untuk menganugerahkan jawatan dan tanah yang dianugerahi oleh maharaja kepada anak sulung sahaja. Akan tetapi, di bawah dasar baru Han Wu Ti ini, zhu hou boleh membahagikan tanah yang dianugerahi kepada beberapa bahagian dan memberi kepada anak-anak mereka yang lain. Selain itu, zhuhou guo ( 诸侯国 ) tidak dibenarkan memiliki mata wang sendiri. Selain menyekat kuasa zhuhou, Wu Ti juga menubuhkan Sistem Pemantauan ( 刺史制度 ) untuk memperkukuhkan pengawalan kerajaan berkuasa pusat terhadap wilayah dan mengubahkan sistem pembesar. Contohnya Wu Ti telah melemahkan kuasa Perdana Menteri dan menambahkan kuasa tentera Jeneral Besar serta membenarkan sida-sida yang memegang jawatan yang lebih tinggi ( 高级宦官 ) menjadi setiausaha ( 中书 ) untuk bertanggungjawab kerja-kerja menyampaikan perintah maharaja serta segala urusan yang sulit.( 出纳章奏, 掌握机要 ). Selain itu, baginda juga melantik penasihat dan pegawai kerajaan kepada pembesar feudal. Pegawai-pegawai ini bertindak sebagai pemerhati bagi pihak 10

maharaja. Pembaharuan pentadbiran yang dijalankan oleh Han Wu Ti merupakan langkah untuk mengukuh lagi pentadbiran baginda. Ideologi Konfusianisme menyatakan bahawa maharaja merupakan mandat Tuhan dan memerintah rakyat atas nama Tuhan, maka Han Wu Ti telah memerima cadangan Dong Zhong Shu yang menggunakan teras Konfusianisme iaitu mewujudkan sebuah kerajaan yang kuasa tertingginya terletak pada maharaja( 大一统 )dan ideologi Konfusianisme telah dipraktikkan ke dalam pentadbiran Han Wu Ti. Oleh itu, seluruh rakyat negara harus mematuhi segala perintah raja. Zhuhou juga dikehendaki menberi taat setia yang sepenuhnya kepada raja. Tindakan Han Wu Ti ini telah berjaya menyekat perkembangan kuasa zhuhou dan mengukuhkan lagi keagungan dan kewibawaan raja. 11

5.0 Usaha Pembangunan Bidang Ekonomi Semasa pemerintah Shih Huang-Ti, baginda telah mempiawaikan sistem ukuran, mata wang, jarak antara roda kereta dan sebagainya. Walaupun baginda juga mengutamakan pertanian tetapi polisi-polisi yang dijalankan oleh Shih Huang-Ti telah menyebabkan kemerosotan bidang pertanian seperti mengerah gologan petani ramai untuk menyertai angkatan tentera dan mengguna tenaga yang ramai untuk membina Tembok Besar China. Pembinaan A Fang gong ( 阿房宫 ) turut menyebabkan kekurangan tenaga petani serta menjejaskan pengeluaran hasil pertanian. Peperangan dan projek-projek binaan secara besarbesaran ini telah membazirkan wang dan sangat mengganggu kehidupan serta aktiviti ekonomi harian rakyat. Selain itu, Shih Huang-Ti membuat sekatan ke atas perkembangan ekonomi perdagangan. Baginda telah menjalankan beberapa langkah-langkah untuk menyekat golongan pedagang iaitu merampaskan harta mereka, memindahkan mereka ke ibu kota, mengetatkan kawalan kerajaan terhadap sumber-sumber semula jadi dan kerajaan memonopolikan pengeluaran dan peniagaan besi dan garam. Selain petani, golongan peniaga juga dikerah menjadi askar. Semua punca pendapatan perbendaharaan telah diputus oleh polisi Shih Huang-Ti. Selain daripada cukai, bidang pertanian dan perniagaan di bawah polisi raja Qin telah mengalami kemerosotan dan tidak dapat menanggung perbelanjaan raja Qin. Selain itu, peperangan yang memerlukan belanjaan yang besar sekali lagi menghabiskan pendapatan Dinasti Qin. Jelasnya, ketidakstabilan dalam ekonomi yang menbawa ancaman terhadap pemerintahan Dinasti Qin telah menpercepatkan kejatuhan Dinasti Qin. 12

Manakala usaha-usaha peminpin Dinasti Han dalan bidang ekonomi telah memperkukuhkan lagi pemerintahan Dinasti Han. Raja-raja mengambil barat terhadap bidang pertanian dan perniagaan supaya dapat menstabillkan ekonomi dalam negara. Selain daripada mengurangkan cukai petani, langkah-langkah yang dijalani oleh raja Han adalah seperti membuat pembahagian semula jumlah penduduk dan tanah, menberi bantuan atau tanah kepada petani yang miskin dan sebagainya. Semasa pemerintahan Han Wu Ti, baginda turut memandang berat terhadap bidang pertanian. Baginda telah mengarahkan pembinaan terusan yang menghubungi Chang He dengan Sungai Kuning supaya tanah di antaranya lebih subur dan sistem perhubungan dapat diperkembangkan. Tanah baru diteroka untuk menjalankan kegiatan pertanian. Melalui langkah tersebut, Dinasti Han telah menambahkan hasil negara dan memberi kemakmuran kepada penduduk. Untuk mengukuhkan lagi ekonomi negara dan menambah fiskal Dinasti Han supaya tidak mengulangi kegagalan Dinasti Qin, Han Wu Ti telah menjalani beberapa pembaharuan ekonomi. Salah satu langkah yang dilakukan oleh Han Wu Ti ialah memonopolikan beberapa industri penting seperti industri garam dan besi( 盐铁官营 ). Manakala sistem pengangkutan diinstitusikan bagi mengawal pengagihan barang pengeluaran dengan mengarahkan pegawaipegawai mengawal penggangkutan darat dan air. Usaha ini dapat membantu menambahkan wang pebendaharaan dan mengawal harga barangan dengan membawa barang-barang segera ke pasaran. Selain itu, bagi menstabilkan harga barangan, maka diwujudkan sistem separas( 平准均输 ). Menurut sistem ini, pihak kerajaan akan membeli sesuatu barang apabila barangan tersebut didapati banyak di pasaran dan harga juga murah. Bagi mengawal harga barang yang mahal, kerajaan akan bertindak dengan mengeluarkan simpanannya ke pasaran. Langkah ini juga dapat membantu menambahkan hasil gudang kerajaan dan boleh digunakan untuk tujuan ketenteran. Selain langkah di atas, Wu Ti juga mula meletakkan tanggungjawab penempa duit di tangan kerajaan. Dengan ini, hak-hak pengguna dapat dilindungi dan dijamin, tambahan pula dasar ini juga dapat mengukuhkan kewangan negara. Menuruti catatan Han Shu. Shi Dai Zhi 汉书 食货志, zaman Han awal hingga pemerintahan Han Wu Ti, kehidupan rakyat dalam keadaan yang tenteram dan mesra disebabanya pentadbiran negara yang bijaksana. Gugang negara bertimbun dengan makanan yang terlalu banyak sehingga busuk dan pebendaharaan negara mempunyai beribu-ribu juta. Keadaan ini menjelaskan bahawa kemakmuran dan kemajuan ekonomi Dinasti Han. 13

Ekonomi memainkan peranan penting dalam pengukuhan kerajaan. Kejatuhan Dinasti Qin juga disebabakan ketidakseimbangan fiskal dan ekonomi manakala pencapaian ekonomi Dinasti Han telah menperkukuhkan pemerintahan Dinasti Han selama 422 tahun. 6.0 Kepimpinan Raja Maharaja Zheng adalah seorang peminpin yang bercita-cita melangit tinggi dan amat berupaya tetapi baginda telah menjadi semakin kejam dan bersifat curiga selepas baginda menjadi maharaja Dinasti Qin. Semasa pemerintahan Shih Huang-Ti, eksploitasi kerajaan terhadap rakyat semakin serius, pelbagai cukai dan kerahan dikenakan ke atas mereka. Terdapat juga fenomena penyalahgunaan tenaga rakyat dan sumber kebendaan serta kewangan yang serius, contoh: menghantar ekpedisi tentera untuk menawan puak Xiong Nu( 匈奴 ) dan Nan Yue( 南越 ), membina istana A Fang( 阿房宫 ) yang amat mewah, Tembok Besar dan sebagainya yang mengakibatkan pengorbanan rakyat yang tidak bersalah. Kelakuan Shih Huang-Ti sangat menboros, baginda menggunakan permata sebagai bahan untuk menbangun kubur baginda dan menggunakan raksa sebagai sungai yang berada di dalam kubur. Ini dapat menjelaskan bahawa kebesaran dan kemewahan kubur baginda serta pembaziran wang dan tanaga rakyat. Selain itu, semasa pembinaan kubur maharaja Shih Huang-Ti, ramai orang telah terkorban. Golongan gundik dan pekerja pembinaan telah dijadikan korban bersama-sama dengan mayat maharaja. Pembunuhan pekerja itu adalah untuk mengelakkan berlakunya kebocoran maklumat tentang kubur maharaja. Perlakuan Shih Huang-Ti telah menunjukkan sifat kezaliman dan kekejamannya. 14

Pemerintah Dinasti Qin mengamalkan falsafah legalisme. Asas kewibawaan raja adalah dibina atas undang-undang yang ketat. Oleh itu, kepimpinan raja memainkan peranan penting dalam perkembangan negara. Tetapi selepas kemangkatan Shih Huang-Ti, Hu Hai( 胡亥 ) ditabalkan sebagai maharaja baru oleh Li Si( 李斯 ) dan Zhao Gao( 赵高 ). Ini merupakan satu pakatan sulit telah dibentuk oleh Li Si dan Zhao Gao untuk menyingkirkan Fu Su( 扶苏 ) iaitu anak tua maharaja Fu Su tidak disukai oleh Li Si dan Zhao Gao kerana beliau merupakan seorang yang tidak bersungguh-sungguh mengamalkan falsafah legalisme. Beliau juga menentang dasar keras Dinasti Qin. Li Su dan Zhao Gao lebih suka melantik Hu Hai yang dianggap lemah untuk menjalankan pentadbiran sebagai maharaja kedua supaya Li Si dan Zhao Gao boleh menguasai pentadbiran secara sepenuhnya. Maharaja Qin yang kedua--hu Hai merupakan seorang pemerintah yang korup dan kurang berkeupayaan, malahan kejatuhan Dinasti Qin semakin ketara berikutan berlakunya pertelingkahan dalaman. Semua ini amat merosakkan moral serta keyakinan rakyat dan golongan atasan terhadap pimpinan maharaja, maka asas dinasti Qin semakin tergugat. Sementara itu, negari Qin terus berada dalam keadaan yang genting kerana rakyatnya mula bangun memberontak untuk menggulingkan kerajaan maka meletuslah pemberontakan pertama petani pada tahun 209 S.M di negeri Chu. Kelemahan kepimpinan raja tidak dapat mengawal seluruh situasinya maka pada tahun 206 S.M Dinasti Qin telah dimusnahkan Oleh Han Gao Zhu-Liu Pang. Manakala kejayaan dan kemakmuran Dinasti Han juga disebabkan olah kepimpinan raja-raja Han yang berupaya dan berkebolehan. Pada tahun 206 S.M, Liu Pang telah memulai Dinasti Han dan mengambil gelaran sebagai Han Gao Zhu. Maharaja Han Gao Zhu telah meneruskan usaha yang pernah dijalankan olah Dinasti Qin tetapi melakukan pemulihan sedikit terhadap corak pentadbirannya. Bagi menghormati hak dan tradisi pembesar tempatan, maka corak pentabiran pusat telah dilonggarkan agar tidak menimbulkan rasa tidak puas hati sekutu Han. Oleh itu, Han Gao Zhu meneruskan usaha menganugerahkan wilayah-wilayah tertentunya kepada pengikutnya bagi menjamin sokongan daripada sekutunya. Usaha awal yang dilakukan oleh Han Gao Zhu merupakan langkah untuk memulihara dinasti Han yang masih lagi tidak kukuh kerana menerima ancaman daripada pihak-pihak tertentu. Langkahlangkah yang dijalankan oleh Han Gao Zhu telah menbukti kebijaksanaan baginda. Selepas pemerintahan Han Gao Zhu diikuti adalah Han Wen Ti dan seterusnya adalah Han Jing Ti. Semasa pemerintahan Han Wen Ti dan Han Jing Ti, baginda telah menjalai polisipolisi secara perikemanusiaan seperti meringgankan hukuman, mengurangkan cukai, 15

menegaskan kepentingan bidang pertanian dan sebagainya yang mengasihi rakyat. Oleh itu, zaman tersebut digelarkan sebagai Pemerintahan Wen Jing( 文景之治 ) yang bermakna pencapaian kemakmuran dan kecermelang Dinasti han yang berada dibawah pemerintahan Han Wen Ti dan Jing Ti. Seterusnya, Han Wu Ti yang bersifat ketat dan berwibawa menaik takhta. Dinasti Han sekali lagi mencapai kegemilangan di bawah pemerintahan Maharaja Han Wu Ti. Selain daripada Wen Ti, Jing Ti dan Wu Ti, Han Zhao Ti( 汉昭帝 ) dan Han Xuan Ti( 汉宣帝 ) juga memulihkan dasar-dasar Han Wen Ti dan Han Jing Ti yang bersifat perikemanusiaan dan digelarkan sebagai Gemilangan Zhao Xuan ( 昭宣中兴 ). Pada zaman Dinasti Han, walaupun peminpin-peminpin Han bersifat perikemanusiaan dan tidak melaksanakan tindakan lebih tegas terhadap sistem feudal, namun ada usaha dibuat untuk memecahkan kuasa feudal dan menguatkan pemusatan kuasa kerajaan pusat. Selain itu, peminpin-peminpin Han yang bersifat bertolak ansur dan serdehana terhadap golangan intelek telah meredakan hubungan tegang antara pihak intelek dengan pemerintah. Keadaan tersebut telah melincinkan pentadbiran dan menyenangkan pengawalan raja-raja terhadap golongan intelek. Kelemahan Dinasti Qin selepas kemangkatan Shih Huang Ti bertambah buruk disebabkan kelemahan kepimpinan raja dan adanya pelbagai kumpulan yang ingin menguasai kerajaan. Kumpulan-kumpulan itu telah mengambil kesempatan daripada kelemahan kepimpinan raja akibat membangkitkan pemberontakan. Oleh sebab itulah, kejatuhan Dinasti Qin tidak dapat dielakkan. Manakala kekuatan kepimpinan raja Han tururt menbawa kejayaan dinasti Han sehingga pencapaian tersebut sebagai rujukan bangsa Cina. 16

7.0 Hubungan Dengan Negara Jiran Hubungan dengan negara jiran merupakan satu faktor yang penting dalam memastikan kestabilan politik dalam negara. Usaha-usaha pemimpin Dinasti Han dalam menjalani hubungan dengan negara jiran juga memperkukuhkan pemerintahan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti Han, kerajaan Han juga mengalami situasi yang sama dengan Dinasti Qin iaitu ancaman daripada pihak luar. Puak yang paling agresif menceroboh Zhong Yuan( 中原 ) ialah puak Xiong Nu( 匈奴 ). Sejak Qin lagi, ancaman daripada orang di utara dan barat menjadi masalah. Pada zaman Dinasti Qin, Shih Huang Ti telah menjalankan dasar meluaskan kuasa ke kawasan sebelah utara dan selatan. Kempen perang ke utara telah berjaya menawan kawasan Ordos hingga ke kawasan lebih utara (kini dikenali sebagai Mongolia Dalam). Manakala di sempadan barat laut Qin, tentera Qin telah berjaya mengundurkan tentera orang gasar di utara. Bagi melindungi negara daripada ancaman puak gasar dari utara, maka Shih Huang-Ti telah mengarahkan Jeneral Meng Tien untuk mengerahkan buruh paksa membina tembok pertahanan di sepanjang sempadan utara China. Tembok pertahanan ini sepanjang 1400 batu dari barat daya Kansu sepanjang kawasan pinggir selatan Mongolia. Tembok ini bertujuan untuk mempertahankan serangan musuh bagi mewujudkan kestabilan dalam negara dan menjaga 17

keselamatan penduduk. Walau bagaimanapun, pembinaan tembok besar ini telah menyababkan banyak orang terkorban. Negeri-negeri di bahagian selatan yang didiami oleh orang Yueh telah diserang oleh tentera Qin atas kepentingan ekonomi. Hal ini kerana kawasan tersebut dikatakan kaya dengan bahan-bahan berharga seperti gading gajah, cula badak, kulit kura-kura, pakaian dan buah-buahan. Serangan terhadap orang Yueh itu telah sampai ke utara Vietnam. Namun demikian, Dinasti Qin juga tidak dapat dikekalkan secara lama-lamaan. Ia disebabkan oleh peperangan yang dijalani tersebut telah mengakitbabkan ketidakseimbangan fiskal dan membazirkan tenaga rakyat turut melemahkan kerajaan sehingga menyebabkan kejatuhan Dinasti Qin. Kegagalan polisi yang dijalankan olah Dinasti Qin terhadap ancaman puak-puak lain telah menberi kesedaran kepada peminpin Dinasti Han bahawa berperang dengan puak-puak lain adalah cara yang tidak membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Semasa Dinasti Han, puak Xiong Nu telah bertapak di utara Chang An( 长安 ). Dalam usaha menangani puak ini, Dinasti Han telah menjalankan beberapa langkah seperti barbarians berlawan dengan barbarians, perkahwinan campur, bersatu dan berperang. Menerusi dasar barbarians berlawan dengan barbarians, Wu Ti telah cuba membuat pakatan dengan Puak Da Yue Shi( 大月氏 ) iaitu musuh Xiong Nu di barat China. Namun, usaha baginda menghantar Zhang Qian( 张骞 ) gagal membuat pakatan dengan puak Da Yue Shi untuk menetang Xiong Nu. Di sebaliknya kegagalan misi itu, pengembaran misi Zhang Qian( 张骞 ) banyak memberi pengetahuan dan maklumat tentang negeri-negeri di sebelah barat China. Pengembaran Zhang Qian telah membuka jalan negara China ke dunia barat dan Dinasti Han memperolehi pendapatan melalui perdagangan dan juga pelbagai jenis pengetahuan serta teknologi negara Barat dibawa masuk ke negara China. Oleh sebab langkah tersebut gagal, HanWu Ti telah menjalankan polisi perkahwinan. Baginda mengarah seorang puteri iaitu puteri Xi Jun( 细君公主 ) berkahwin dengan raja Da Wan Guo( 大宛国 ) supaya dapat berpakat dengan Da Wan Guo untuk menyerang puak Xiong Nu. Pada masa yang sama, Jeneral Wei Qing( 卫青 ) dan Huo Qu Bing( 霍去病 ) diarah olah Han Wu Ti menjalankan peperangan dengan Xiong Nu selama tiga kali. Puak Xiong Nu telah mengalami kegagalan dan puak tersebut telah berpecah belah kepada lima puak yang berlainan. Salah satu puak tersebut telah mengemukakan dasar perkahwinan dengan Dinasti Han secara sukalera. Oleh itu, Han Wu Ti telah mengarah seorang gadis cantik iaitu Wang Zhao Jun( 王昭 18

君 ) berkahwin dengan Chan Yu( 单于 ). Pada Zaman Dong Han( 东汉 ), puak xiong nu dibahagi kepada dua puak iaitu puak utara Xiong Nu( 北匈奴 ) dan puak selatan Xiong Nu( 南匈奴 ). Manakala puak nan Xiong Nu telah menjalankan hubungan persahabatan dengan Dinasti Han. Semasa pemerintahan Xuan Ti, baginda telah menubuhkan satu Institusi Pengawalan Daerah Selatan ( 西域都护府 ). Institusi tersebut berkuasa mengawal hal-ehwal daerah selatan. Selain itu, Dinasti Han juga menjalankan dasar pertahanan dan perluasan untuk melindungi kepentingan kerajaannya. Dengan kata ini, dasar itu tekah menbawa kepada perluasan kawasa jajahan Dinasti Han. Langkah pertama yang dilakukan ialah memerangi puak Xiong Nu. Pada tahun, 136 hingga tahun 56 S.M, pengaruh empayar Dinasti Han telah sampai ke timur laut, barat dan barat laut iaitu Mancuriah, Korea dan utara Vietnam. Manakala di timur laut, mereka berjaya menubuhkan wilayah tentera di Mancuriah pada tahun 128 S.M dan bahagian utara dan tengah Korea ditawankan pada tahun 106 S.M. Sementara itu, di sebelah barat, tentera Han berjaya meluaskan pengaruh Han hingga ke Asia Tengah termasuk Sin Jiang dan Turkistan. Usaha penaklukan tersebut telah menbawa interaksi Dinasti Han dengan dunia luar terutamanya dalam bidang perdagangan. Perdagangan melalui jalan darat di daerah Sin Jiang dan Turkistan telah dibuka. Jalan tersebut digelarkan sebagai Jalan Sutera( 丝绸之路 ). Pembukaan jalan tersebut telah melicinkan perdagangan antara China dengan dunia luar. Barangan yang dibawa ke China bukan sahaja datang dari India tetapi juga dari Sri Lanka, Jepun, Parsi, negara-negara Arab serta Rome. Pada masa yang sama, kerajaan Han mendapat cukai kastam yang lumayan. Pencapaian dalan perdagangan dan perhubungan dengan negara jiran melalui Jalan Sutera telah membolehkan Dinasti Han memperkukuhkan pemerintahannya. 19

20

8.0 Kesimpulan Dinasti Qin merupakan pemerintahan pertama yang menyatukan seluruh negara China. Malangnya, Dinasti Qin hanya dapat dikekalkan selama 15 tahun sahaja. Selepas keruntuhan Dinasti Qin, Dinasti Han telah ditubuhkan. Dinasti Han yang menggantikan Dinasti Qin ini telah dikenali sebagai Zaman Keemasan dalam sejarah China. Malah, Dinasti Han juga menjadikan negara China sebagai sebuah negara yang agung dalam dunia zaman tersebut. Setelah membincangkan sebab-sebab Dinasti Han berjaya dalam perkara yang Dinasti Qin telah gagal, didapati banyak kelemahan dalam pemerintahan Kerajaan Qin. Jika dibanding dengan pemeritahan Dinasti Han yang memerintah selama 422 tahun, kita boleh mengatakan bahawa Dinasti Qin merupakan sebuah dinasti yang gagal. Walau bagaimanapun, masa pemerintahan yang singkat tidak bererti Dinasti Qin merupakan dinasti yang gagal. Apabila kita melihat kepada kejayaan Dinasti Han, didapati bahawa Dinasti Han banyak mendapat pengajaran dan pengalaman dari Dinasti Qin. Hal ini juga merupakan faktor yang penting mengapa Dinasti Han dapat berjaya dalam perkara yang Dinasti Qin telah gagal. Misalnya penekanan kepada pertanian dan langkah-langkah yang diambil untuk menenteramkan kehidupan dalam permulaan penubuhan Dinasti Han, adalah pengajaran yang telah diperolehi daripada keruntuhan Dinasti Qin. Jia Yi ( 贾谊 ), penulis terkenal dalam zaman awal Dinasti Han, telah menyimpulkan faktor-faktor keruntuhan Dinasti Han dalam karangannya Guo Qin Lun ( 过秦论 ). Guo Qin Lun telah memberi pengaruh yang positif dalam pengukuhan Dinasti Han pada zaman tersebut. Dengan adanya penjelasan Jia Yi dalam Guo Qin Lun, barulah pemerintahpemerintah sedar bahawa keperluan rakyat, kestabilan ekonomi dan pemerintahn Ren merupakan faktor utama mengukuh dan mengekalkan sesebuah Dinasti. Selain daripada menjadi rujukan Dinasti Han, dasar-dasar politik yang telah dilaksana semasa Dinasti Qin secara tidak langsung menjadi asas yang kukuh bagi Dinasti Han menubuhkan sebuah kerajaan yang berwibawa. Bagi memudahkan pemerintahan secara berpusat, Dinasti Qin telah menyatukan Tulisan Bahasa China supaya tulisan yang sama digunakan di seluruh negara. Selain tulisan, Dinasti Qin juga menyeragamkan mata wang dan unit pengukuran pada masa tersebut. Dari segi pertahanan negara, pembinaan tembok besar China merupakan langkah yang tepat untuk mengukuhkan pertahanan negara. Dasar-dasar yang telah disebut di atas telah menyediakan asas yang baik dan kukuh bagi Dinasti Han memerinth negara China dengan lebih berkesan. 21

Kesimpulannya, kejayaan sesebuah kerajaan dalam pemerintahan, sejarah merupakan faktor yang amat penting. Kejayaan Dinasti Han boleh dikatakan kerana pemerintah Dinasti Han merujuk dan mendapat pengajaran daripada kegagalan Dinasti Qin. Sejarah umpama sebuah cermin, membolehkan kita menyedari kelemahan diri melaluinya. Dinasti Han menjadikan Dinasti Qin sebagai cermin untuk membaiki kelemahan diri, kemudian barulah melangkah ke hadapan. 9.0 Rujukan Zhong Lei.Bai Hua Shi Ji. Haerbin: Haerbin chubanshe.2005 22

Yuan Ye.The Chinese History of Five Thousand. Tianjin: Tianjin renmin meishu chubanshe, 2003. Yow Yit Seng, Chinese Dimensions: Their Roots, Mindset and Psyche, Pelanduk Publication (M) Sdn.Bhd, 2006. Suffian Mansor.Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003. John K. Fairbank, Edwin O.Reischauer dan Albert M. Craig. East Asia: Tradition and Transformation. Edisi Semakan. Boston: Houghton Mifflin Company, 1989. 23