董教总提呈教育备忘录予教育部 (2008 年 4 月 10 日 ) 注 : 2008 年 4 月 10 日, 董教总在教总主席王超群以及董总主席叶新田的率领下, 前往教育部拜访新任教育部副部长魏家祥博士, 就我国当前教育课题与魏家祥副部长进行会面和交流意见 在这次拜访中, 董教总也呈上一份含有 13 项华教问题的教育备忘录予魏家祥副部长, 希望教育部给予关注和加以解决 1.1 建议教育部恢复各源流小学数理科只以母语教学和考试 事实证明, 在小学以英文教数理科既导致数理科水准滑落, 又不能提升英文水准 因此本会建议教育部重新检讨在各源流小学实行以英语教数理的政策, 并立即在各源流小学恢复数理科只以母语教学和考试 1.2 建议教育部制定一套妥善和全面的师资培训计划, 解决华小缺乏合格教师的问题 本会建议教育部以专业 透明和制度化的方式, 来制定一套妥善和全面的师资培 训计划, 根据所需的科目培训足够的合格教师, 以全面解决已经拖延数十年的华 小师资短缺问题 为此目的, 教育部应该接受华文独立中学高中统考文凭为进入师训学院或大学教育系的资格之一 1.3 建议教育部落实一个规划和增建各源流学校的合理制度 本会建议教育部当局检讨并修订有关的学校规划指南, 建立一个包括华小和淡小的各源流学校增建制度, 为所有源流小学提供学校保留地和发展拨款, 以在各个住宅区兴建当地居民所需要的小学 1.4 建议教育部加速完成已获批准增建和搬迁的华小 本会建议教育部确保所有已经获准增建和搬迁的华小, 能够在第 9 大马计划的执 行期间内 (2006-2010) 年早日建竣和启用 为此目的, 教育部 2004 年所规定的华小迁校条件, 应给予废除, 以消除此项特为 搬迁华小设置的阻碍 教育部也应加快行动, 以使雪兰莪州白沙罗华小原校, 能够在今年下半年或最迟 明年初就可以作为一所华小进行运作, 解决当地华裔学生要就读母语学校的困难
1.5 建议教育部增加在第 9 大马计划下增建华小的数量 根据本会的调查估计, 雪隆巴生河流域 柔佛州新山县和槟城州仍缺乏 132 所华小 因此, 本会建议教育部尽快进行增建华小, 以解决此一严重的短缺问题 1.6 建议教育部对按比例来公平增加华小 淡小淡小 宗教学校和教会学校在第 9 大马计划下的发展拨款 本会建议教育部在进行第 9 大马计划中期检讨时, 根据学生人数和发展需求, 增加华小 淡小 宗教学校和教会学校的发展拨款, 以公平对待这类学校 1.7 建议教育部废除和停止执行法外立法的 全津贴学校 和 半津贴学校 的区分 本会认为教育部应废除由教育部官员自己拟定的 1998 年 1 月 14 日关于政府资助学校扩建或增建的行政指南, 以及取消该指南将政府资助学校划分为所谓 全津贴学校 和 半津贴学校 的法外立法的区分 1.8 建议教育部确保华小董事顺利获得注册和注册证 1996 年教育法令 第 88 条文规定, 每一位作为某所教育机构的董事, 必须注册成为该教育机构的董事 教育总监也于 2007 年 10 月 9 日发出通知给所有州教育局, 指示他们必须尽快处理学校董事申请注册之事, 及早日发出学校董事注册证给合格的申请者 因此, 教育部应采取有效行动, 对付那些阻挠学校董事获得注册证的公务员 1.9 建议教育部确保学校 Akaun SUWA 的透明度及华小董事长签署支票和文件的权力 学校董事会作为学校的管理机构, 根据 1996 年教育法令 的条文, 必须确保该校的财产或金钱, 获得恰当的管理 因此, 教育部应尽快发出指示, 规定学校私立户头有关支票和文件必须有学校董事长的签署, 董事会可以不受阻挠地审查学校私立户头, 并且严厉处罚任何阻挠学校董事会执行这些任务的公务员 1.10 建议教育部明确规定议教育部明确规定 2004 年学校食堂管理指南 不适用于政府资助学校 为维护政府资助学校董事会管理学校的法定权力, 本会建议教育部发出指示, 明 确规定 2004 年学校食堂管理指南 只适用于国小等政府学校, 但不适用合于华 小 淡小和教会学校等政府资助学校
1.11 建议教育部为华文独立中学提供固定的年度拨款, 承认华文独中统考证书 本国的华文独立中学, 作为非营利的教育机构, 长期以来为国家和社会培养了无 数的人才 本会建议教育部给予协助, 在教育部常年财务预算中, 为华文独立中 学提供固定的年度拨款 本会也建议政府承认华文独立中学的统考证书, 接受统考证书作为进入国立大专和教师教育学院 / 师训学院就读的资格之一 1.12 建议教育部豁免华文独立中学学生报考议教育部豁免华文独立中学学生报考政府考试的费用 如上所述, 本国的华文独立中学都是非营利的教育机构 教育部应像对待政府中学一样, 豁免华文独立中学学生报考初中评估考试 (PMR) 马来西亚教育文凭考试 (SPM) 和马来西亚高级学校文凭考试 (STPM) 的费用, 以一视同仁及公平对待作为我国公民的独中学生, 享有与国中学生同样的待遇 1.13 建议成立由教育部和董教总组成的协调小组 本会建议成立一个由教育部和董教总共同组成的常设协调小组, 以便教育部和董 教总能够针对我国教育问题定期交流意见, 以便解决有关教育问题 表 1: 雪隆巴生河流域 柔州新山县和槟州的华小需求 供应与短缺 地区 华小需求 (2000 年 ) 现有华小 (2008 年 ) 华小短缺 ( 保守估计 ) 增建华小所需校地面积 ( 英亩 ) 雪州鹅唛县 19 7 12 90 雪州八打灵县 57 18 39 293 雪州巴生县 28 21 7 53 雪州乌鲁冷岳县 40 15 25 188 吉隆坡 56 41 15 45 柔州新山县 ( 包括古来 ) 57 36 21 105 槟州 ( 槟岛和威省 ) 103 90 13 52 合计 360 228 132 826
州属雪兰莪州吉隆坡柔州新山县槟州 表 2: 当前极须增建华小的地区极须增建华小的地区双溪毛糯 (1 所 ) 万挠(1 所 ) 武吉布伦东(1 所 ); 八打灵再也市议会管辖区 (8 所 ) 首邦市(2 所 ) 蒲种 (3 所 ) 沙登岭(1 所 ); 巴生 (3 所 ); 安邦福泉山庄 (1 所 ) 蕉赖(1 所 ) 无拉港(1 所 ) 双溪龙 (1 所 ) 加影(1 所 ) 士毛月(1 所 ) 蕉赖 (2 所 ) 士布爹(1 所 ) 大城堡(1 所 **) 敦拉萨镇 (1 所 ) 旺沙玛珠(1 所 *) 甲洞(1 所 ) 泗岩沫 (1 所 ) 新山区 8 所 : 郊外岭 - 优景镇 - 烈光镇 (2 所 ), 福林园 (1 所 ) 百万镇(1 所 ) 马塞(1 所 ) 大学城(1 所 ) 英达花园(1 所 ) 东方花园(1 所 ) 古来区 3 所 : 优美城 (1 所 ) 太子城 (1 所 ) 沙冷 (1 所 ) 槟岛 5 所 : 阿依淡发林新镇 (1 所 ) 垄尾(1 所 ) 双溪里蒙 (1 所 ) 湖内(1 所 ) 新港(1 所 ) 威省 8 所 : 双溪赖 (1 所 ) 诗布郎再也(1 所 ) 才能园 (1 所 ) 柏淡(1 所 ) 阿尔玛(1 所 ) 大山脚(1 所 ) 高渊(1 所 ), 双溪巴甲 - 武吉淡汶 (1 所 ) 须增建华小数量 ( 保守估计 ) 26 8 11 13 合计 58 备注 :2008 年 1 月 31 日, 教育部宣布批准在雪兰莪州双溪龙 (Sungai Long) 加影 (Kajang) 沙登岭 (Bukit Serdang) 和万挠 (Rawang), 吉隆坡旺沙玛珠 (Wangsa Maju) 以及柔佛州新山金海湾 (Danga Bay), 总共增建 6 所新华小 同时, 另外 13 所现有华小获准迁至雪 兰莪州 Bandar Bukit Sentosa / 武吉布伦东 (Bukit Beruntung) 巴生 Bandar Parklands-Bukit Tinggi 3 安邦福泉山庄 (Lembah Maju), 吉隆坡大城堡 (Sri Petaling), 柔佛州新山金山 园 (Impian Mas) Eco Garden Bandar Cemerlang, 马六甲州中县 Crimson Krubong Jaya 马六甲市区 Limbongan 亚罗牙也 Taman Perkasa Rembia, 森美兰州芙蓉新镇 2(Seremban 2), 吉打州亚罗士打 (Alor Star) 和彭亨州 ( 地点待确定 )
Memorandum Dong Jiao Zong Kepada Kementerian Pelajaran (10 April 2008) 1.1 Cadangan Menggunakan Semula Bahasa Ibunda Sahaja Sebagai Bahasa Pengantar Dan Bahasa Peperiksaan Bagi Mata Pelajaran Sains Dan Matematik Di Semua Aliran Sekolah Rendah Pada hakikatnya, dasar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris menyebabkan prestasi dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut menurun, manakala tahap penguasaan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pula tidat dapat dipertingkatkan. Oleh itu, persatuan kami mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran menggunakan semula bahasa ibunda sahaja sebagai bahasa pengantar dan bahasa peperiksaan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di semua aliran sekolah rendah dengan secepat mungkin. 1.2 Cadangan Mewujudkan Pelan Latihan Perguruan Yang Sempurna Dan Menyeluruh Untuk Menyelesaikan Masalah Kekurangan Guru Terlatih Di SJKC Persatuan kami menyeru kerajaan mewujudkan satu pelan latihan perguruan yang sempurna dan menyeluruh secara profesional, telus dan sistematik untuk melahirkan guru terlatih yang mencukupi berdasarkan mata pelajaran yang diperlukan supaya masalah kekurangan guru terlatih di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang telah berlarutan berpuluh-puluh tahun dapat diatasi dengan sepenuhnya. Untuk tujuan itu, Kementerian Pelajaran harus menerima Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate, UEC) Sekolah Menengah Persendirian Cina sebagai salah satu kelayakan untuk melanjutkan pelajaran di Institusi Pendidikan Guru atau jurusan pendidikan perguruan di universiti-universiti tempatan. 1.3 Cadangan Melaksanakan Satu Sistem Perancangan Dan Pembinaan Sekolah Yang Munasabah Bagi Semua Aliran Sekolah Persatuan kami menyeru kerajaan mengkaji semula dan meminda garis panduan perancangan sekolah serta mengadakan satu sistem pembinaan sekolah bagi semua aliran sekolah dengan menyediakan tanah rizab sekolah dan peruntukan pembangunan untuk membina sekolah mana-mana aliran yang diperlukan oleh penduduk di setiap kawasan perumahan.
1.4 Cadangan Mempercepatkan Pembinaan SJKC Baru Dan Pemindahan SJKC Sedia Ada Yang Telah Diluluskan Persatuan kami menyeru kerajaan memastikan semua projek pembinaan SJKC baru dan pemindahan SJKC sedia ada yang telah diluluskan dapat disiapkan dan digunakan secepat mungkin dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010). Untuk tujuan itu, Kementerian Pelajaran harus membatalkan syarat-syarat pemindahan SJKC yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 2004 supaya menghapuskan halangan-halangan yang dikenakan kepada pemindahan SJKC. Persatuan kami juga berharap agar Kementerian pelajaran mengambil tindakan segera untuk membolehkan tapak asal SJK(C) Damansara di Negeri Selangor beroperasi sebagai sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina pada pertengahan tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan agar murid-murid setempat dapat belajar di situ. 1.5 Cadangan Menambah Pembinaan SJKC Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 Mengikut anggaran kajian kami, Lembah Klang, Daerah Johor Bahru dan Negeri Pulau Pinang masih kekurangan sebanyak 132 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Oleh itu, persatuan kami mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran mengambil tindakan segera untuk membina SJKC baru yang diperlukan agar dapat menyelesaikan masalah kekurangan SJKC yang serius tersebut. 1.6 Cadangan Menambah Peruntukan Pembangunan Kepada SJKC, SJKT, Sekolah Agama Dan Sekolah Mubaligh Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 Persatuan kami mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran, semasa menjalankan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-9, menambah peruntukan pembangunan berasaskan bilangan murid dan keperluan pembangunan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, sekolah agama dan sekolah mubaligh untuk memberi layanan yang adil kepada sekolah-sekolah tersebut.
1.7 Cadangan Memansuhkan Pelaksanaan Klasifikasi Sekolah Bantuan Penuh Dan Sekolah Bantuan Modal Persatuan kami berpendapat bahawa Kementerian Pelajaran harus memansuhkan Garis Panduan Pembinaan Bangunan Tambahan/Gantian Di Atas Tapak Sekolah Bantuan Kerajaan (Bantuan Modal) Oleh Pihak Tertentu (Bukan Kerajaan) yang digubal oleh pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran pada 14 Januari 1998 serta membatalkan klasifikasi sekolah mengikut Sekolah Bantuan Penuh dan Sekolah Bantuan Modal yang ditetapkan oleh garis panduan tersebut yang sememangnya di luar peruntukan undang-undang. 1.8 Cadangan Mempertingkatkan Kecekapan Dalam Memproses Urusan Pendaftaran Pengelola Sekolah Dan Pengeluaran Sijil Perakuan Pendaftaran Pengelola Sekolah SJKC Seksyen 88 dalam Akta Pendidikan 1996 mengkehendaki tiap-tiap orang yang bertindak sebagai pengelola sesuatu institusi pendidikan hendaklah didaftarkan sebagai pengelola bagi institusi pendidikan tersebut. Pada 9 Oktober 2007, Ketua Pengarah Pelajaran dalam suratnya kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri mengarahkan supaya semua Jabatan Pelajaran Negeri memastikan proses permohonan pendaftaran dan pengeluaran sijil perakuan pendaftaran seseorang ahli pengelola sekolah disegerakan seboleh yang mungkin. Oleh itu, Kementerian Pelajaran harus mengambil tindakan berkesan terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang menghalang ahli-ahli pengelola sekolah mendapatkan sijil perakuan pendaftaran tersebut. 1.9 Cadangan Memastikan Ketelusan Akaun SUWA Dan Kuasa Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Untuk Menandatangani Cek-Cek Dan Dokumen-Dokumen Berkenaan Akaun SUWA Mengikut peruntukan Akta Pendidikan 1996, lembaga pengelola sebagai pihak yang mengurus sesebuah sekolah bantuan kerajaan hendaklah mentadbir harta atau wang sekolah dengan sepatutnya. Oleh itu, Kementerian Pelajaran harus mengeluarkan arahan dengan segera untuk menetapkan bahawa cek-cek dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Akaun SUWA (Akaun Sumber Wang Awam) hendaklah ditandatangani oleh pengerusi lembaga pengelola dan pihak lembaga pengelola boleh memeriksa Akaun SUWA tanpa sebarang halangan, manakala tindakan hendaklah diambil terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang menghalang lembaga pengelola daripada menjalankan tugasnya.
1.10 Cadangan Mengarahkan Bahawa Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Tahun 2004 Tidak Sesuai Untuk Sekolah Bantuan Kerajaan Demi memelihara kuasa lembaga pengelola sekolah bantuan kerajaan terhadap pengurusan sekolah, persatuan kami mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran mengarahkan bahawa Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Tahun 2004 hanya sesuai dilaksanakan di sekolah kerajaan seperti Sekolah Kebangsaan, dan ia tidak sesuai dilaksanakan di sekolah bantuan kerajaan seperti SJKC, SJKT dan Sekolah Mubaligh. 1.11 Cadangan Memberi Peruntukan Kewangan Tahunan Dan Mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) merupakan institusi pendidikan bukan keuntungan (non-profit), dan selama ini telah melahirkan banyak tenaga manusia untuk masyarakat dan negara kita. Oleh itu, persatuan kami menyeru Kementerian Pelajaran memberi bantuan yang sewajarnya dengan memperuntukkan bantuan kewangan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina dalam Belanjawan Kementerian Pelajaran setiap tahun. Kami juga menyeru kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate, UEC) SMPC dan menerima sijil tersebut sebagai salah satu kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pendidikan guru. 1.12 Cadangan Mengecualikan Bayaran Peperiksaan Awam Bagi Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina Memandangkan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) merupakan institusi pendidikan bukan keuntungan (non-profit), maka persatuan kami menyeru Kementerian Pelajaran mengecualikan bayaran peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM yang dikenakan kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina supaya mereka mendapat layanan yang adil selaku rakyat negara ini sebagaimana yang dinikmati oleh pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan. 1.13 Cadangan Menubuhkan Unit Penyelarasan Antara Kementerian Pelajaran Dengan Dong Jiao Zong Persatuan kami mencadangkan supaya satu unit penyelarasan yang tetap ditubuhkan untuk membolehkan Kementerian Pelajaran dan persatuan kami (Dong Jiao Zong) bertukar pendapat mengenai pendidikan negara kita dan mencari penyelesaian tentang masalah-masalah pendidikan yang berkaitan.
Jadual 1: Keperluan, pembekalan dan kekurangan SJKC di Lembah Klang, Daerah Johor Bahru dan Negeri Pulau Pinang Kawasan Keperluan SJKC (2000) SJKC Sedia Ada (2008) Bilangan Kekuranga n SJKC Keperluan Tanah (Ekar) Daerah Gombak 19 7 12 90 Daerah Petaling 57 18 39 293 Daerah Klang 28 21 7 53 Daerah Hulu Langat 40 15 25 188 Kuala Lumpur 56 41 15 45 Daerah Johor Bahru 57 36 21 105 Negeri Pulau Pinang 103 90 13 52 Jumlah 360 228 132 826
Jadual 2: Permintaan pembinaan SJKC di beberapa kawasan yang mempunyai keperluan oleh masyarakat setempat Kawasan Negeri Selangor Kuala Lumpur Daerah Johor Bahru, Negeri Johor Negeri Pulau Pinang Kawasan Yang Mempunyai Permintaan Pembinaan SJKC Sungai Buloh (1), Rawang (1), Bukit Beruntung (1); Kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (8), USJ dan Subang Jaya (2), Puchong (3), Serdang (1); Klang (3); Ampang (1), Cheras (1), Balakong (1), Sungai Long (1), Kajang (1), Semenyih (1). Cheras (2), Seputeh (1), Sri Petaling (1), Bandar Tun Razak (1), Wangsa Maju (1), Kepong (1), Segambut (1). Kawasan Johor Bahru (8 buah): Ulu Tiram [Desa Jaya-Taman Puteri Wangsa-Taman Desa Cemerlang] (2), Taman Daya (1), Permas Jaya (1), Masai (1); Taman Universiti (1), Taman Bukit Indah (1), Taman Skudai Baru (1). Kawasan Kulai (3 buah): Bandar Indah Pura (1), Bandar Putra (1), Saleng (1). Pulau Pinang (5 buah): Bandar Baru Air Itam/Perumahan Farlim (1), Paya Terubong (1), Sungai Nibong (1), Relau (1), Sungai Ara (1). Seberang Perai (8 buah): Sungai Dua (1), Seberang Jaya (1), Taman Chai Leng (1), Bertam (1), Alma (1), Bukit Mertajam (1), Nibong Tebal (1), Sungai Bakap & Bukit Tambun (1). Bilangan SJKC Yang Perlu Dibina 26 8 11 13 Jumlah 58 Nota: Pada 31 Januari 2008, Kementerian Pelajaran mengumumkan kelulusan untuk pembinaan 6 buah SJKC baru di Sungai Long (Selangor), Kajang (Selangor), Bukit Serdang (Selangor), Rawang (Selangor), Wangsa Maju (Kuala Lumpur) dan Danga Bay (Johor Bahru). Selain itu, sebanyak 13 buah SJKC sedia ada juga diluluskan untuk berpindah ke Bandar Bukit Sentosa/Bukit Beruntung (Selangor), Bandar Parklands-Bukit Tinggi 3 (Klang, Selangor), Lembah Maju (Ampang Jaya, Selangor), Sri Petaling (Kuala Lumpur), Impian Mas (Mukim Tebrau, Johor Bahru), Eco Garden (Johor Bahru), Bandar Cemerlang (Johor Bahru), Crimson Krubong Jaya (Krubong, Melaka Tengah), Limbongan (Kota Melaka), Taman Perkasa Rembia (Rembia, Alor Gajah), Seremban 2 (Negeri Sembilan), Alor Star (Kedah) dan Pahang (lokasi sebenar masih belum ditentukan).